20
TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN MEMBUAT INFERENS, MEMBUAT HIPOTESIS DAN MENTAFSIR DATA DALAM KALANGAN PELAJAR TAHUN EMPAT IJAZAH SARJANA MUDA SAINS SERTA PENDIDIKAN (SAINS) RUGAYAH BINTI AZIZ Universiti Teknologi Malaysia

TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN MEMBUAT INFERENS, MEMBUAT HIPOTESIS …€¦ · UPSR Ujian Penilaian Sekolah Rendah UTM Universiti Teknologi Malaysia . xiii SENARAI LAMPIRAN Lampiran A

  • Upload
    lynhi

  • View
    244

  • Download
    6

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN MEMBUAT INFERENS, MEMBUAT HIPOTESIS …€¦ · UPSR Ujian Penilaian Sekolah Rendah UTM Universiti Teknologi Malaysia . xiii SENARAI LAMPIRAN Lampiran A

TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN MEMBUAT INFERENS, MEMBUAT

HIPOTESIS DAN MENTAFSIR DATA DALAM KALANGAN PELAJAR TAHUN

EMPAT IJAZAH SARJANA MUDA SAINS SERTA PENDIDIKAN (SAINS)

RUGAYAH BINTI AZIZ

Universiti Teknologi Malaysia

Page 2: TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN MEMBUAT INFERENS, MEMBUAT HIPOTESIS …€¦ · UPSR Ujian Penilaian Sekolah Rendah UTM Universiti Teknologi Malaysia . xiii SENARAI LAMPIRAN Lampiran A

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS♦

JUDUL: TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN MEMBUAT INFERENS, MEMBUAT HIPOTESIS DAN MENTAFSIR DATA DALAM KALANGAN PELAJAR TAHUN EMPAT IJAZAH SARJANA MUDA SAINS SERTA PENDIDIKAN (SAINS)

SESI PENGAJIAN: 2007/2008

Saya: RUGAYAH BINTI AZIZ

(HURUF BESAR)

mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-ayarat kegunaan seperti berikut:

1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian

sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai pertukaran antara institusi pengajian

tinggi. 4. ** Sila tandakan (√)

SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau

kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)

TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh

organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD

Disahkan oleh

__________ ______ _________ _____________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat tetap: Nama Penyelia: NO 4, JLN KMP 1/7, PM. DR. SETH BIN SULAIMAN KOTA MALIM PRIMA, TG MALIM, PERAK. Tarikh :___24.8.2008_________ Tarikh:____24.8.2008_________________

CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. ♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan , atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

Page 3: TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN MEMBUAT INFERENS, MEMBUAT HIPOTESIS …€¦ · UPSR Ujian Penilaian Sekolah Rendah UTM Universiti Teknologi Malaysia . xiii SENARAI LAMPIRAN Lampiran A

”Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini adalah

memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains

serta Pendidikan (Sains).”

Tandatangan :.........................................................

Nama Penyelia :PM. DR. SETH BIN SULAIMAN

Tarikh :...................28.4.2008......................

Page 4: TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN MEMBUAT INFERENS, MEMBUAT HIPOTESIS …€¦ · UPSR Ujian Penilaian Sekolah Rendah UTM Universiti Teknologi Malaysia . xiii SENARAI LAMPIRAN Lampiran A

i

TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN MEMBUAT INFERENS, MEMBUAT

HIPOTESIS DAN MENTAFSIR DATA DALAM KALANGAN PELAJAR TAHUN

EMPAT IJAZAH SARJANA MUDA SAINS SERTA PENDIDIKAN (SAINS)

RUGAYAH BINTI AZIZ

Laporan projek ini dikemukakan

sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan

Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Sains)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

April, 2008

Page 5: TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN MEMBUAT INFERENS, MEMBUAT HIPOTESIS …€¦ · UPSR Ujian Penilaian Sekolah Rendah UTM Universiti Teknologi Malaysia . xiii SENARAI LAMPIRAN Lampiran A

ii

” Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya kecuali nukilan dan ringkasan yang

setiap satunya telah saya perjelaskan sumbernya.”

Tandatangan :........... ............

Nama Penulis :RUGAYAH BINTI AZIZ

Tarikh :.........28.4.2008...................

Page 6: TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN MEMBUAT INFERENS, MEMBUAT HIPOTESIS …€¦ · UPSR Ujian Penilaian Sekolah Rendah UTM Universiti Teknologi Malaysia . xiii SENARAI LAMPIRAN Lampiran A

iii

DEDIKASI

Buat suami, anak-anak, mak dan abah

Terima kasih atas segala jasa dan pengorbanan yang dicurahkan...

Page 7: TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN MEMBUAT INFERENS, MEMBUAT HIPOTESIS …€¦ · UPSR Ujian Penilaian Sekolah Rendah UTM Universiti Teknologi Malaysia . xiii SENARAI LAMPIRAN Lampiran A

iv

PENGHARGAAN

Assalamualaikum,

Ribuan terima kasih diucapkan kepada pensyarah pembimbing iaitu PM. Dr. Seth

Sulaiman atas bimbingan dan tunjuk ajar beliau dalam menyempurnakan Projek Sarjana

Muda ini.

Terima kasih juga diucapkan buat Fakulti Pendidikan dan pihak perpustakaan kerana

telah menyediakan sumber-sumber yang dapat membantu saya mendapatkan bahan-

bahan berkaitan untuk menyelesaikan Projek Sarjana Muda ini.

Tidak dilupakan terima kasih yang tidak terhingga kepada pelajar-pelajar 4 SPN Ijazah

Sarjana Muda sains serta Pendidikan (Sains) kerana telah menjadi responden dalam

kajian saya ini.

Juga yang terakhir buat pihak yang terlibat membantu saya sama ada secara langsung

atau tidak langsung.

Page 8: TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN MEMBUAT INFERENS, MEMBUAT HIPOTESIS …€¦ · UPSR Ujian Penilaian Sekolah Rendah UTM Universiti Teknologi Malaysia . xiii SENARAI LAMPIRAN Lampiran A

v

ABSTRAK

Kemahiran Proses Sains (KPS) merupakan satu kemahiran penting dalam

mempelajari Sains. KPS membantu pelajar menguasai ilmu Sains dengan lebih baik.

Jadi kajian ini dijalankan dengan tujuan untuk mengenalpasti tahap penguasaan pelajar

Tahun Empat Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Sains) (SPN) Universiti

Teknologi Malaysia (UTM) dalam kemahiran membuat inferens, membuat hipotesis dan

mentafsir data. Responden kajian terdiri daripada 55 orang pelajar Perdana dan pelajar

PKPG Tahun Empat SPN UTM. Instrumen kajian dinamakan Ujian Pencapaian Tahap

Penguasaan Kemahiran Proses Sains (UPTPKPS) yang mengandungi 35 item berbentuk

soalan objektif. Data yang diperolehi dianalisis menggunakan Perisian statistical

Packages For social science for Windows (SPSS) versi 11.5. Hasil analisis

dipersembahkan dalam bentuk min, sisihan lazim, maksimum, minimum dan peratusan.

Kebolehpercayaan instrumen kajian dengan nilai Alpha Cronbach (α) adalah memuaskan

iaitu bernilai .83. Tahap kemahiran proses sains yang dipilih pada keseluruhannya adalah

baik dengan min ialah 24.7 dari markah maksimum 35 dan peratusan min sebanyak

70.66%. Tidak terdapat perbezaan yang signifikan pada tahap penguasaan pelajar

merentasi program pengajian.

Page 9: TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN MEMBUAT INFERENS, MEMBUAT HIPOTESIS …€¦ · UPSR Ujian Penilaian Sekolah Rendah UTM Universiti Teknologi Malaysia . xiii SENARAI LAMPIRAN Lampiran A

vi

ABSTRACT

Science Process Skills are important skills required in the learning of science.

The skills help students understand science better. The study was carried out to

determine the level of science process skills of undergraduate science education students

at UTM. Only three SPS were selected namely making inference, making hypothesis

and interpreting data. The population consists of 55 final year science education students

(4 SPN) both for mainstream and for PKPG. The instrument consist of 35 objective

questions and is named UPTPKPS which tested three aspect of SPS namely Making

inference, Making Hypothesis and Interpreting Data. The data was analyzed using SPSS

PC version 11.5. The reliability coefficient was find to be α = .83. The level of SPS was

find to be ”good” with the mean score is 24.7 out of maximum mark 35 and the

percentage of mean is 70.66%. There was no significant difference in the level of SPS

between the mainstreem students and PKPG students.

Page 10: TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN MEMBUAT INFERENS, MEMBUAT HIPOTESIS …€¦ · UPSR Ujian Penilaian Sekolah Rendah UTM Universiti Teknologi Malaysia . xiii SENARAI LAMPIRAN Lampiran A

vii

ISI KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

PENGESAHAN STATUS TESIS

PENGESAHAN PENYELIA

HALAMAN JUDUL i

HALAMAN PENGAKUAN ii

HALAMAN DEDIKASI iii

HALAMAN PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

ISI KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL x

SENARAI SINGKATAN xii

SENARAI LAMPIRAN xiii

1 PENGENALAN 1

1.0 Pendahuluan 1

1.1 Latar Belakang Masalah 2

1.2 Penyataan Masalah 3

1.3 Objektif Kajian 4

1.4 Persoalan Kajian 4

1.5 Kepentingan Kajian 5

Page 11: TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN MEMBUAT INFERENS, MEMBUAT HIPOTESIS …€¦ · UPSR Ujian Penilaian Sekolah Rendah UTM Universiti Teknologi Malaysia . xiii SENARAI LAMPIRAN Lampiran A

viii

1.6 Skop Kajian 5

1.7 Batasan Kajian 6

1.8 Definisi Istilah 7

1.8.1 Tahap Penguasaan 7

1.8.2 Kemahiran Membuat Inferens 7

1.8.3 Kemahiran Mentafsir Data 8

1.8.4 Kemahiran Membuat Hipotesis 8

1.8.5 Kemahiran Proses Sains 8

1.9 Rumusan 9

2 SOROTAN PENULISAN 10

2.0 Pendahuluan 10

2.1 Teori-Teori Berkaitan dengan Kemahiran Proses Sains 10

2.1.1 Kemahiran Membina Hipotesis 11

2.1.2 Kemahiran Membuat Inferens 11

2.1.3 Kemahiran Mentafsir Data 12

2.2 Kajian-Kajian Yang Berkaitan Kemahiran Proses Sains 13

2.3 Rumusan 22

3 METODOLOGI KAJIAN 24

3.0 Pendahuluan 24

3.1 Rekabentuk Kajian 24

3.2 Sampel Kajian 25

Page 12: TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN MEMBUAT INFERENS, MEMBUAT HIPOTESIS …€¦ · UPSR Ujian Penilaian Sekolah Rendah UTM Universiti Teknologi Malaysia . xiii SENARAI LAMPIRAN Lampiran A

ix

3.3 Alat Kajian 25

34 Tatacara Kajian 26

3.4.1 Kajian Rintis 27

3.4.2 Kajian Sebenar 27

3.5 Analisis Data 28

3.6 Rumusan 30

4 DAPATAN KAJIAN 32

4.0 Pendahuluan 32

4.1 Tahap Penguasaan Kemahiran Membuat inferens,

Membuat Hipotesis dan Mentafsir Data 32

4.2 Tahap penguasaan Kemahiran Membuat Hipotesis,

Membuat Inferens dan Kemahiran Mentafsir Data

Merentas program pengajian 33

4.3 Perbezaan min dalam kemahiran proses sains antara

Pelajar Perdana dengan Pelajar PKPG 35

4.4 Rumusan 36

5 KESIMPULAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN 37

5.0 Pendahuluan 37

5.1 Ringkasan dan Perbincangan 37

5.1.1 Tahap Penguasaan Kemahiran membuat Inferens,

Membuat Hipotesis dan mentafsir Data 38

5.1.2 Tahap Penguasaan kemahiran Membuat Hipotesis,

Membuat inferens dan mentafsir Data Merentas

Program Pengajian 41

Page 13: TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN MEMBUAT INFERENS, MEMBUAT HIPOTESIS …€¦ · UPSR Ujian Penilaian Sekolah Rendah UTM Universiti Teknologi Malaysia . xiii SENARAI LAMPIRAN Lampiran A

x

5.1.3 Perbezaan yang Signifikan dalam Kemahiran

proses sains antara pelajar Perdana dengan pelajar

PKPG 43

5.2 Kesimpulan 43

5.3 Implikasi 44

5.3.1 Fakulti Pendidkan 45

5.3.2 UTM 46

5.3.3 Institusi Perguruan 46

5.3.4 Negara 47

5.4 Cadangan 47

5.5 Cadangan kajian Masa Depan 49

5.6 Rumusan 50

RUJUKAN 51

SENARAI JADUAL

NO TAJUK MUKA

JADUAL SURAT

3.1 Item kemahiran membuat inferens, kemahiran

membuat hipotesis dan kemahiran mentafsirkan data 26

3.2 Jadual Pemeringkatan Bagi Tahap Penguasaan

Kemahiran Membuat Inferens, Membuat Hipotesis 29

dan Mentafsir Data

Page 14: TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN MEMBUAT INFERENS, MEMBUAT HIPOTESIS …€¦ · UPSR Ujian Penilaian Sekolah Rendah UTM Universiti Teknologi Malaysia . xiii SENARAI LAMPIRAN Lampiran A

xi

3.3 Jadual pemeringkatan Bagi Tahap Penguasaan Kemahiran

Membuat Inferens 29

3.4 Jadual pemeringkatan Bagi Tahap Penguasaan Kemahiran

Membuat Hipotesis 30

3.5 Jadual pemeringkatan Bagi Tahap Penguasaan Kemahiran

Mentafsir Data 30

4.1 Analisis Statistik Deskriftif Tahap Penguasaan Kemahiran

Membuat inferens, Membuat Hipotesis dan Mentafsir Data 33

4.2 Analisis statistic Deskriftif Tahap Penguasaan Kemahiran

Membuat Hipotesis, membuat Inferens dan Mentafsir Data

merentas Program Pengajian 34

Page 15: TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN MEMBUAT INFERENS, MEMBUAT HIPOTESIS …€¦ · UPSR Ujian Penilaian Sekolah Rendah UTM Universiti Teknologi Malaysia . xiii SENARAI LAMPIRAN Lampiran A

xii

SENARAI SINGKATAN

DBP Dewan Bahasa Pustaka

KBSR Kurikulum Baru Sekolah Rendah

KBSM Kurikulum Baru Sekolah Menengah

KPS Kemahiran Proses Sains

KPSS Kemahiran Proses Sains Bersepadu

MPTI Maktab Perguruan Temenggong Ibrahim

PKPG Program Khas Pengsiswazahan Guru

SPN Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Sains)

SPSS Statistical Package for Social Science

UPSR Ujian Penilaian Sekolah Rendah

UTM Universiti Teknologi Malaysia

Page 16: TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN MEMBUAT INFERENS, MEMBUAT HIPOTESIS …€¦ · UPSR Ujian Penilaian Sekolah Rendah UTM Universiti Teknologi Malaysia . xiii SENARAI LAMPIRAN Lampiran A

xiii

SENARAI LAMPIRAN

Lampiran A 53

Lampiran B 70

Lampiran C 72

Page 17: TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN MEMBUAT INFERENS, MEMBUAT HIPOTESIS …€¦ · UPSR Ujian Penilaian Sekolah Rendah UTM Universiti Teknologi Malaysia . xiii SENARAI LAMPIRAN Lampiran A

BAB 1

PENGENALAN

1.0 Pendahuluan

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan untuk memperkembangkan

lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu supaya dapat melahirkan insan

yang seimbang, harmonis dan bermoral tinggi. Hasrat ini termaktub dalam Falsafah

Pendidikan Kebangsaan. Sebagai sebuah negara yang sedang melangkah ke arah status

negara maju, Malaysia perlu mewujudkan masyarakat yang saintifik dan progresif serta

berilmu, yakni masyarakat yang mempunyai daya perubahan yang tinggi, memandang

jauh ke hadapan, inovatif serta menjadi penyumbang kepada tamadun sains dan

teknologi di masa hadapan.

Di samping itu, masyarakat ini juga berkebolehan untuk menguruskan alam dan

sumbernya secara optimum dan bertanggungjawab. Bagi mencapai hasrat ini, kita perlu

membentuk warganegara kritis, kreatif dan berketrampilan yang mengamalkan budaya

sains dan teknologi.

Dalam konteks pengajaran-pembelajaran sains, pengetahuan mengenai isi

pelajaran mata pelajaran merujuk kepada pengetahuan tentang konsep sains dan

kemahiran saintifik (kemahiran proses sains dan kemahiran manipulatif) yang

terkandung dalam sukatan pelajaran sains sekolah rendah manakala pengetahuan isi

pelajaran pedagogi pula merujuk kepada pengetahuan dan penghayatan tentang strategi

Page 18: TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN MEMBUAT INFERENS, MEMBUAT HIPOTESIS …€¦ · UPSR Ujian Penilaian Sekolah Rendah UTM Universiti Teknologi Malaysia . xiii SENARAI LAMPIRAN Lampiran A

2

pengajaran-pembelajaran sains yang berasaskan Model Konstruktivisme

(Constructivism).

Di samping itu, proses pengajaran-pembelajaran merujuk kepada jenis aktiviti

pengajaran-pembelajaran yang dirancang dan dilaksanakan, pendekatan dan strategi

pengajaran-pembelajaran sains yang digunakan semasa menyampaikan pengetahuan

konsep sains dan memupuk kemahiran saintifik, penggunaan bahan bantu mengajar,

teknik penyoalan, ketepatan isi pelajaran yang disampaikan, tahap keyakinan guru

semasa menyampaikan pengetahuan konsep sains dan aspek-aspek lain yang berkaitan.

1.1 Latarbelakang Masalah

Kurikulum Sains KBSR dan KBSM digubal untuk murid dari sekolah rendah

hingga sekolah menengah. Kurikulum ini digubal berdasarkan penguasaan kemahiran

dan penerapan sikap saintifik dan nilai murni. Fokusnya adalah pada pembelajaran sains

berfikrah dan mengoptimumkan hasil pembelajaran. Antara objektif kurikulum sains

sekolah rendah adalah menguasai kemahiran saintifik iaitu kemahiran proses sains dan

kemahiran manipulatif melalui pendekatan inkuiri penemuan. (Pusat Perkembangan

Kurikulum Sains, 2003) Pendekatan inkuiri penemuan merupakan pendekatan yang

mementingkan pembelajaran melalui pengalaman. Murid melalui aktiviti seperti

eksperimen akan menyiasat sesuatu fenomena dan mencapai kesimpulan sendiri. Guru

kemudian membimbing murid untuk memahami konsep sains melalui hasil inkuiri

penemuan tersebut. Jadi di sini sangat penting dan perlunya bagi seorang guru sains

tersebut memahami dengan sejelasnya sesuatu konsep sains sebelum mengajar kepada

murid.

Inilah perkara yang cuba dikaji oleh penyelidik. Masalah guru-guru yang akan

mengajar mata pelajaran sains ini. Responden yang akan dikaji oleh penyelidik

merupakan bekas guru yang pernah mengajar di sekolah rendah dan menyambung

pengajian dalam bidang sains di UTM dan juga pelajar perdana yang tidak mempunyai

pengalaman mengajar. Sebahagian daripada responden ini tidak pernah mengajar mata

Page 19: TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN MEMBUAT INFERENS, MEMBUAT HIPOTESIS …€¦ · UPSR Ujian Penilaian Sekolah Rendah UTM Universiti Teknologi Malaysia . xiii SENARAI LAMPIRAN Lampiran A

3

pelajaran sains sebelum ini. Terdapat juga responden yang tidak pernah mengambil mata

pelajaran sains tulen semasa mereka belajar dahulu. Ada juga sebahagiannya yang

bukan dari opsyen sains semasa di mereka belajar di maktab. Pengalaman guru ini

mungkin memberikan mereka keyakinan untuk menangani persoalan-persoalan yang

dikemukakan oleh murid secara umum tetapi bukan soalan spesifik yang berkaitan

dengan konsep-konsep sains. . Adalah agak sukar bagi mereka memikirkan alternatif

untuk mengajar konsep-konsep sains jika mereka tidak mempunyai pengetahuan yang

cukup dalam bidang sains. Begitu juga dengan pelajar perdana yang tiada pengalaman

mengajar langsung, hanya berasas pengalaman ketika mereka belajar.

Dalam kemhiran proses sains, murid dibolehkan mempersoalkan sesuatu dan

mencari jawapan secara bersistem. Kemahirannya merupakan kemahiran yang mudah

kepada yang kompleks. Jadi sangat jelaslah bahawa guru sangat berperanan untuk

membimbing dan menunjuk ajar pelajar dalam menguasai kemahiran proses sains

tersebut.

1.2 Pernyataan Masalah

Berhubung dengan masalah yang dinyatakan di atas, penyelidik memfokuskan

kajian ini kepada tahap penguasaan kemahiran membuat inferens, kemahiran membuat

hipotesis dan kemahiran mentafsirkan data dalam kalangan pelajar tahun empat program

pendidikan sains UTM. Ini adalah kerana pelajar biasanya menghadapi masalah untuk

membezakan antara kemahiran membuat inferens dan membuat hipotesis. Begitu juga

soalan yang melibatkan data sukar untuk ditafsirkan oleh pelajar. Manakala pelajar

tahun empat dipilih kerana pelajar-pelajar SPN tahun empat sahaja yang mempunyai dua

kategori pelajar iaitu pelajar Perdana dan Pelajar PKPG.

Page 20: TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN MEMBUAT INFERENS, MEMBUAT HIPOTESIS …€¦ · UPSR Ujian Penilaian Sekolah Rendah UTM Universiti Teknologi Malaysia . xiii SENARAI LAMPIRAN Lampiran A

4

1.3 Objektif Kajian

Kajian ini dijalankan berdasarkan objektif-objektif berikut:

a. Untuk mengenalpasti tahap penguasaan kemahiran membuat inferens,

membuat hipotesis dan mentafsir data dalam kalangan pelajar tahun empat

program pendidikan sains UTM

b. Untuk mengenalpasti tahap penguasaan kemahiran membuat inferens,

membuat hipotesis dan mentafsir data dalam kalangan pelajar tahun empat

program pendidikan sains UTM merentas program pengajian

c. Untuk menentukan sama ada wujud perbezaan yang signifikan dalam

kemahiran proses sains di antara pelajar Perdana dengan pelajar PKPG

1.4 Persoalan Kajian

Persoalan kajian dalam kajian ini adalah seperti berikut:

a. Apakah tahap penguasaan kemahiran membuat inferens,membuat hipotesis dan

mentafsir data dalam kalangan pelajar tahun empat program pendidikan sains

UTM?

b. Adakah terdapat perbezaan tahap penguasaan kemahiran membuat hipotesis,

membuat inferens dan kemahiran mentafsir data pelajar tahun empat program

pendidikan sains UTM merentas program pengajian?

c. Adakah terdapat perbezaan yang signifikan dalam kemahiran proses sains di

antara pelajar Perdana dengan pelajar PKPG?