21
HBAE1103 PENGENALAN PENDIDIKAN SENI VISUAL 1.0 Pengenalan Kurikulum persekolahan kebangsaan mendukung hasrat mulia negara bagi menyediakan pendidikan bertaraf dunia kepada generasi masa kini dan akan datang. Penyemakan kurikulum bertujuan memantapkan Akta Pendidikan, memenuhi semangat Falsafah Pendidikan Kebangsaan, dan menyediakan warga Malaysia menghadapi cabaran pendidikan abad 21. Kurikulum yang disemak semula memberi penekanan kepada nilai murni dan semangat patriotik bagi menyedarkan murid akan peranan dan tanggungjawab mereka sebagai warganegara maju dan masyarakat berilmu. Murid dididik untuk berfikir, berilmu pengetahuan luas, bertataetika tinggi, bijaksana, serta dapat menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi secara berkesan. Pendidikan Seni Visual ialah mata pelajaran wajib di peringkat sekolah menengah rendah dan mata pelajaran elektif di peringkat sekolah menengah atas. Mata pelajaran ini bertujuan membentuk keperibadian generasi Malaysia yang celik budaya kesenian. Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual Kurikulum Bersepadu Sekolah rendah merangkumi tajuk-tajuk seperti menggambar, membuat rekaan da corak, membentuk dan membuat binaan serta kraf tradisional. Menurut kamus dewan, seni membawa maksud halus iaitu kecil, elok, tipis dan halus, enak di dengar iaitu mengenai suara, comel bentuk badan manakala . seni,II: membawa maksud karya termasuklah AZILAH BINTI MAT TOP 700327-01-5528 1

Strategi Pengajaran Dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Strategi Pengajaran Dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual

HBAE1103 PENGENALAN PENDIDIKAN SENI VISUAL

1.0 Pengenalan

Kurikulum persekolahan kebangsaan mendukung hasrat mulia negara bagi menyediakan

pendidikan bertaraf dunia kepada generasi masa kini dan akan datang. Penyemakan kurikulum

bertujuan memantapkan Akta Pendidikan, memenuhi semangat Falsafah Pendidikan

Kebangsaan, dan menyediakan warga Malaysia menghadapi cabaran pendidikan abad 21.

Kurikulum yang disemak semula memberi penekanan kepada nilai murni dan semangat patriotik

bagi menyedarkan murid akan peranan dan tanggungjawab mereka sebagai warganegara maju

dan masyarakat berilmu. Murid dididik untuk berfikir, berilmu pengetahuan luas, bertataetika

tinggi, bijaksana, serta dapat menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi secara berkesan.

Pendidikan Seni Visual ialah mata pelajaran wajib di peringkat sekolah menengah rendah

dan mata pelajaran elektif di peringkat sekolah menengah atas. Mata pelajaran ini bertujuan

membentuk keperibadian generasi Malaysia yang celik budaya kesenian. Sukatan Pelajaran

Pendidikan Seni Visual Kurikulum Bersepadu Sekolah rendah merangkumi tajuk-tajuk seperti

menggambar, membuat rekaan da corak, membentuk dan membuat binaan serta kraf tradisional.

Menurut kamus dewan, seni membawa maksud halus iaitu kecil, elok, tipis dan halus,

enak di dengar iaitu mengenai suara, comel bentuk badan manakala . seni,II: membawa maksud

karya termasuklah sajak, lukisan, muzik dan lain lagi yang dicipta dengan bakat atau kecekapan

dan hasil daripada sesuatu ciptaan. Visual pula dari segi bahasa bermaksud tampak iaitu yang

boleh dilihat melalui deria penglihatan. Terdapat juga istilah seni rupa, seni halus, seni lukis dan

seni reka.

Dalam Ensiklopedia Malaysiana (1996 ) ialah satu istilah yang digunakan bagi sesuatu

yang indah-indah pada pandangan pacaindera manusia samada melalui penglihatan atau

pendengaran. Menurut buku Fine art in Islamic civilization (1981),pemikir islam iaitu imam Al-

Ghazali memperkatakan bahawa seni itu indah melalui pandangan kecantikan dan keindahan.

Oleh itu penjelasan konsep seni visual bolehlah didasarkan kepada beberapa aspek pernyataan

diri ( self expression), pengalaman dan sensasi visual dan sentuh samada dalam bentuk 2D dan

3D.

AZILAH BINTI MAT TOP700327-01-5528 1

Page 2: Strategi Pengajaran Dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual

HBAE1103 PENGENALAN PENDIDIKAN SENI VISUAL

Seni visual merangkumi aspek pengkaryaan yang dihubungkan dengan disiplin seni

halus, dan perekaan, yang meliputi bidang-bidang komunikasi visual, reka bentuk teknologi, dan

reka bentuk persekitaran. Ringkasnya, ia merangkumi seni lukis dan seni reka. Karya seni visual

ialah suatu ekspresi visual akan sesuatu idea ataupun pengalaman yang dibentuk menerusi

penggunaan sesuatu bahan ataupun medium dengan menggunakan teknik-teknik yang tertentu.

Pengkarya dan pereka lazimnya memilih bahan yang sesuai dengan idea ataupun perasaan yang

ingin disampaikannya. Khalayak menikmati karya seni visual apabila bahan yang digunakan

pengkarya dengan cara-cara tertentu membolehkan sesuatu objek atau persembahan itu difahami

ataupun digunakan mereka.

Karya seni visual yang terbentuk menerusi kombinasi bahan-bahan berbeza disebut bahan

campuran ataupun mixed media. Selain daripada fotografi dan filem yang dirintis pada abad

kesembilan belas, menjelang pertengahan abad kedua puluh, teknologi moden telah

menghasilkan media seni visual yang baru seperti video dan komputer. Sebagai suatu bentuk

komunikasi, seni visual menyampaikan pelbagai maksud yang bertolak daripada pemikiran,

perasaan, dan pengamatan (Preble, Preble dan Frank, 1999). Perkembangan budaya dan

masyarakat telah banyak mempengaruhi bentuk seni visual, justeru melahirkan beberapa istilah

seni yang penting. Sebagai contoh, istilah-istilah seni halus dan seni gunaan telah muncul pada

abad ke-18. Seni halus merujuk kepada penghasilan seni yang berasaskan konsep keindahan

ataupun estetika, dan merangkumi bentuk-bentuk seni seperti catan, lukisan, arca, cetakan, seni

bina, puisi dan muzik (Osborne, 1979: 407), sementara seni gunaan pula merujuk kepada seni

berasaskan fungsi seperti produk-produk seni grafik, tekstil, seramik, seni industri, fesyen,

fotografi, seni logam halus, seni reka hiasan dalaman, seni landskap, multimedia dan animasi.

Selepas pengajaran Pendidikan Seni Visual membolehkan murid menghargai keindahan

alam ciptaan Tuhan, meningkatkan pengetahuan, daya kreativiti, inovasi disiplin serta kemahiran

yang dapat diamalkan dalam kehidupan dan kerjaya.Di samping itu murid juga menunjukkan

semangat jati diri kea rah pembentukan negara bangsa seperti yang dimahukan oleh Perdana

Menteri kita.

AZILAH BINTI MAT TOP700327-01-5528 2

Page 3: Strategi Pengajaran Dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual

HBAE1103 PENGENALAN PENDIDIKAN SENI VISUAL

2.0 Persembahan Grafik Strategi Pengajaran Dan Pembelajaran Pendidikan Seni

Visual

AZILAH BINTI MAT TOP700327-01-5528 3

Page 4: Strategi Pengajaran Dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual

HBAE1103 PENGENALAN PENDIDIKAN SENI VISUAL

AZILAH BINTI MAT TOP700327-01-5528 4

Page 5: Strategi Pengajaran Dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual

HBAE1103 PENGENALAN PENDIDIKAN SENI VISUAL

AZILAH BINTI MAT TOP700327-01-5528 5

Page 6: Strategi Pengajaran Dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual

HBAE1103 PENGENALAN PENDIDIKAN SENI VISUAL

3.0 Rancangan Pengajaran Harian Pendidikan Seni Visual

TARIKH : 1 Mac 2010 HARI : Isnin

MATA PELAJARAN: PENDIDIKAN SENI VISUAL

BILANGAN MURID : 35/35orang

WAKTU : 10.10 – 11.10 pagi (1 Jam)

TAHAP : 1

KELAS : 2 Delima

BIDANG : Membentuk dan Membuat Binaan

KEGIATAN : Lipatan Kertas (Origami)

TAJUK : Ikan Aquarium

KEMAHIRAN : Melipat dan Membentuk Ikan (Origami)

OBJEKTIF P&P : Pada akhir P&P ini diharapkan murid dapat:

- memahami konsep origami

- membuat rekaan secara lipatan

PENGALAMAN

SEDIA ADA : Murid sudah biasa membuat lipatan yang mudah seperti roket, topi dan

kapal.

PENERAPAN NILAI: - Menyayangi binatang peliharaan mereka.

- Mendengar arahan guru dan mengikut langkah-langkah yang

ditunjukkan.

AZILAH BINTI MAT TOP700327-01-5528 6

Page 7: Strategi Pengajaran Dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual

HBAE1103 PENGENALAN PENDIDIKAN SENI VISUAL

ABM :

1. Persediaan guru : a) Contoh – contoh ikan yang telah dilipat

b) Carta lagu

c) Alat – Kertas warna, pen marker dan gunting

d) Rujukan - Buku Sumber Guru Pendidikan Seni KBSR.

- Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual

KBSR.

2. Persediaan murid : Alat – Kertas warna dan gunting

KBKK : Murid dapat menjana idea mengikut urutan langkah-langkah membina

seekor ikan.

AZILAH BINTI MAT TOP700327-01-5528 7

Page 8: Strategi Pengajaran Dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual

HBAE1103 PENGENALAN PENDIDIKAN SENI VISUAL

Perkara / masa Isi kandungan Aktiviti P&P Catatan (strategi/

kaedah, ABM, nilai

dan illustrasi)

Induksi set

( 5 minit )

- Guru menunjukkan

simulasi memancing

ikan sambil

menyanyikan lagu “Ikan

Kekek Mak Iloi- Iloi”.

- Murid menyanyi

bersama guru lagu “Ikan

Kekek Mak Iloi-Iloi”.

- Murid bersoal jawab

dengan guru tentang ikan.

- Guru menerangkan

jenis-jenis ikan yang

boleh dimakan dan

dipelihara.

- Kaedah kelas.

- Power point lirik

lagu “Ikan Kekek

Mak Iloi-Iloi”.

- Kasih kepada

binatang

Perkembangan:

Langkah 1

(10 minit)

Pengenalan

- Guru dan murid

berbincang tentang

jenis-jenis ikan

akuarium yang biasa

dipelihara dalam

kehidupan.

(pengetahuan sedia ada)

- Murid memahami

tentang jenis-jenis ikan

akuarium dalam

kehidupan seharian dan di

alam sekitar.

- Guru menerangkan

kaedah yang akan

digunakan untuk

menghasilkan ikan iaitu

Kaedah

sumbangsaran.

- Contoh origami

bentuk ikan

AZILAH BINTI MAT TOP700327-01-5528 8

Contoh 1

Page 9: Strategi Pengajaran Dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual

HBAE1103 PENGENALAN PENDIDIKAN SENI VISUAL

lipatan origami.

Langkah 2

(10 minit)

Tunjuk cara

- Guru menerangkan

teknik dan kaedah

melalui alat bantu

mengajar Power Point

(cara menggunting,

langkah-langkah melipat

dan menghias ikan)

- Guru menunjukkan cara

melipat origami bentuk

ikan langkah demi

langkah.

Kaedah inkuiri dan

kontekstual.

- Carta proses

- Power point

Ilustrasi sebenar.

Langkah 3 Gerak kerja

- Menghasilkan lipatan

- Murid membuat lipatan

origami bentuk ikan

Kaedah inkuiri dan

kontekstual.

AZILAH BINTI MAT TOP700327-01-5528 9

Contoh 2

Contoh 3

Contoh 1

Page 10: Strategi Pengajaran Dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual

HBAE1103 PENGENALAN PENDIDIKAN SENI VISUAL

( 30 minit) origami ikan dengan bimbingan guru.

-Murid menghias ikan

yang telah siap dilipat.

Kemuncak Penilaian hasil kerja

lipatan origami bentuk

ikan.

Murid mempamerkan

hasilan masing – masing

untuk sesi ulasan bersama

guru.

- Kaedah individu

dan kumpulan.

Hasilan murid

(Origami bentuk

ikan).

- Murid

menggantungkan

ikan mereka seperti

mobail atau diorama

sebuah akuarium.

AZILAH BINTI MAT TOP700327-01-5528 10

Langkah 1 Langkah 2 Langkah 3

Page 11: Strategi Pengajaran Dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual

HBAE1103 PENGENALAN PENDIDIKAN SENI VISUAL

Penutup Rumusan Murid bermain dengan

lipatan yang telah siap

sambil menyanyikan lagu

“Ikan kekek Mak Iloi-

Iloi”.

- Kaedah individu

dan kumpulan.

Hasilan murid

(lipatan origami

bentuk ikan).

- Murid

menggantungkan

ikan dengan benang

seperti membaut

mobail atau diorama

AZILAH BINTI MAT TOP700327-01-5528 11

Page 12: Strategi Pengajaran Dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual

HBAE1103 PENGENALAN PENDIDIKAN SENI VISUAL

4.0 Hasilan Satu karya Bergambar Bertemakan Alam Semula Jadi.

Tajuk : Duniaku

Alatan : Kertas lukisan, cat poster, krayon, cungkil gigi, kertas warna gam,

gunting, palet, span dan berus.

Teknik : 1. Lukisan 4. Capan

2. Catan 5. Gurisan

3. Kolaj 6. Resis

AZILAH BINTI MAT TOP700327-01-5528 12

Page 13: Strategi Pengajaran Dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual

HBAE1103 PENGENALAN PENDIDIKAN SENI VISUAL

5.0 Kesimpulan

Kesimpulannya, pendidikan seni pada masa kini adalah satu mata pelajaran yang sangat

penting sepertimana subjek-subjek lain terutama sekali di dalam dunia yang semakin mencabar

pada masa kini. Seni diaplikasikan dalam setiap bidang ilmu dan bidang kerja. Sepertimana yang

dikatakan oleh Walter Gropius,”seni seharusnya memberi faedah dan berfungsi kepada

kehidupan seharian dan masyarakat. Bukan sekadar untuk menyatakan hasrat diri”. Maksudnya

antara fungsi seni adalah memberi manfaat kepada manusia iaitu dengan menggabungkan seni

halus (tradisional) dengan seni gunaan untuk kehidupan seharian. Ilmu dalam bidang seni yang

dipelajari dapat membantu pelajar dalam hidup mereka iaitu dengan mengaplikasikannya dalam

hidup mereka.

AZILAH BINTI MAT TOP700327-01-5528 13

Page 14: Strategi Pengajaran Dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual

HBAE1103 PENGENALAN PENDIDIKAN SENI VISUAL

Rujukan

Ahmad Suhaimi Mohd Noor ( 2007 ), Sejarah Kesedaran Visual di Malaya.

Tanjong Malim: UPSI

Arthur Efland ( 1990 ). “ A History of Art Education: Intellectual and Social Currents in

Teaching the Visual Arts“ New York: Teacher College Press:

Florence Temko. (2002). Origami For Beginners. Singapura: Tuttle Publishing.

Gardner, (1990) “Art Education and Human Development” California: The Getty Education

Institute

http://www.find-pdf.com/cari-jurnal+pembelajaran+konseptual+dalam+psv.html

http://skmelatitawau.wordpress.com/2009/07/03/kaedah-pembelajaran-kontekstual/

http://www.slideboom.com/presentations/14352/Belajar-Cara-Belajar

http://www.teachersrock.net/masteri3.htm

Md. Nasir, Iberahim Hassan ( 2003). Pendidikan Seni Untuk Maktab & Universiti.

Tanjung Malim: UPSI

Persfektif Bestari (September 7, 2007)

http://www.myqalam.net/didik/news.php?item.38

Rudolf Arnheim ( 1991) “Thoughts on Art Education” USA: The Getty Center:

AZILAH BINTI MAT TOP700327-01-5528 14

Page 15: Strategi Pengajaran Dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual

HBAE1103 PENGENALAN PENDIDIKAN SENI VISUAL

Lampiran Persembahan

Grafik Origami

AZILAH BINTI MAT TOP700327-01-5528 15

Page 16: Strategi Pengajaran Dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual

HBAE1103 PENGENALAN PENDIDIKAN SENI VISUAL

LAMPIRAN CD

AZILAH BINTI MAT TOP700327-01-5528 16