Upload
dalina-yusuf
View
2.654
Download
1
Embed Size (px)
Citation preview
Pengenalan
Dalam pengajaran pendidikan Seni Visual , guru-guru perlu bijak menggunakan strategi
pengajaran dan pembelajaran untuk menarik minat pelajar.Guru-guru perlu membuat
perancangan yang rapi, sistematik dan kreatif supaya pembelajaran tidak membosankan dan
objektif pengajaran akan tercapai.Dalam membuat dan merancang pelaksanaan pengajaran
dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual,guru-guru perlu mempunyai ilmu pengetahuan
yang mendalam tentang strategi-strategi pengajaran dan pembelajaran, ini adalah
supaya ,guru-guru dapat menjalankan pengajaran mereka dengan berkesan ,manakala pelajar
pula merasa seronok belajar pendidikan seni.
Beberapa jenis strategi pengajaran dan pembelajaran dalam pendidikan seni visual boleh
digunakan oleh guru-guru untuk memastikan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran
yang berkesan dalam bilik darjah. Di antaranya ialah :
1. Pembelajaran masteri
2. Kajian masa depan
3. Konstruktivisme
4. Belajar cara belajar
5. Kecerdasan pelbagai
6. Pembelaran akses kendiri
7. Kemahiran berfikir
8. Teknologi komunikasi dan maklumat (ICT)
9. Pembelajaran konseptual
10. Pembelajaran Kontekstual
Guru-guru perlu bijak memilih strategi yang sesuai dengan keadaan dan pengetahuan sedia
ada pelajar-pelajar dalam kelas mereka , dengan pemilihan strategi yang sesuai,pengajaran
dan pembelajaran akan berjalan dengan lancar,seronok dan objektif akan tercapai dengan
mudah dan berkesan.Dengan strategi yang sesuai,pelajar-pelajar dapt memahami isi
pelajaran dengan mudah dan berkesan dan ini tentunya akan memberi kebaikan kepada guru
dan pelajar.
1
Soalan 1
Buat banding beza strategi pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual dengan
menggunakan pengurusan grafik.
(i)Banding beza yang pertama dibawah ini ialah antara strategi kontruktivisme dengan teori
kecerdasan pelbagai.
Aspek Strategi
Kontruktivisme Teori kecerdasan pelbagai.
Definisi Pendekatan pembelajaran yang
memberi peluang murid
membina sendiri
pengetahuan ,konsep aktif
melalui pengalaman sedia ada
merupakan teori fungsi
kognitif ,setiap orang mempunyai
kebolehan dalam kelapan-lapan
kecerdasan. Tahap kebolehan
antara kelapan-lapan kecerdasan
berbeza dalam setiap individu.
Ciri-ciri -Pengetahuan baru dibina
berasaskan dari pengetahauan
lepas.
-berhubung dengan bahan dan
idea melalui inkuiri
-membuat refleksi selepas
interaksi dengan bahan atau idea.
-kebolehan menjana masalah
baru untuk diselesaikan.
-berkeupayaan membuat sesuatu
yang bernilai dalam linkungan
suatu budaya.
Aplikasi
Pelajar hubungkaitkan idea asal
dengan idea baru,kemudian
membuat hipotesis dan mencipta
penyelesaian mereka sendiri
untuk membuat keputusan.
untuk menyelesaikan masalah
yang dihadapi dalam situasi
sebenar dengan menggunakan
kesemua kelapan-lapan
kecerdasan
Rumusan Strategi ini dapat menyusun
pengetahuan baru dengan
Setiap individu memiliki
kelapan-lapan kecerdasan dengan
2
teliti,kerja yang dilakukan sendiri
,akan menguatkan struktur minda
manusia
tahap yang berbeza,guru perlu
bijak mencungkil kecerdasan
dalam setiap pelajar.
(ii) Banding beza yang kedua dibawah ini ialah antara strategi Teknologi komunikasi dan
maklumat (ICT) dengan Pembelajaran Akses Kendiri (PAK) .
Aspek Strategi
Teknologi komunikasi dan
maklumat (ICT)
Pembelajaran Akses Kendiri
(PAK)
Definisi Alat tambahan kepada
pengajaran dan pembelajaran
yang berkesan menggunakan ICT
Menggunakan suatu pendekatan
pengajaran dan pembelajaran
yang berpusatkan murid.
Ciri-ciri Menggunakan kemudahan ICT
dalam membuat kerja seni dan
diberi peningkatan mutu dalam
komunikasi visual.
Pelajar belajar sendiri
menggunakan akses di bawah
pengawasan dan bimbingan
guru.guru perlu menyediakan
aktiviti pembelajaran yang sesuai
mengikut minat dan keperluan
pelajar,pelajar dapat belajar
sendiri atau kumpulan sendiri
mengikut kemampuan mereka
Aplikasi Penggunaan ICT untuk
pengajaran dan pembelajaran
seni sebagai media supaya lebih
berkesan dan menarik.
Pelajar membuat aktiviti yang
disediakan guru secara bebas
tanpa tekanan mengikut
kemampuan mereka.dan mencari
penyelesaian sendiri.
Rumusan ICT berfungsi sebagai alat
sokongan kepada guru dan
pelajar untuk menyempurnakan
Untuk keberkesan program
ini ,guru perlu tingkatkan kualiti
dan pelbagaikan alat untuk
3
pengajaran dan pembelajaran
supaya lebih sistematik dan
kreatif.
menarik minat pelajar
menggunakan bahan di pusat
PAK.
(iii) Banding beza yang ketiga dibawah ini ialah antara strategi pembelajaran Masteri
dengan kajian Masa depan.
Aspek Strategi
Pembelajaran Masteri Kajian masa depan
Definisi Pendekatan dan pembelajaran
berfokus kepada penguasaan
pelajar,iaitu memastikan pelajar
faham apa yang diajar dahulu
sebelum ke unit npelajaran yang baru.
Meransang minda untk berfikir
berdasarkan apa yang bakal
berlaku melauii ramalan,
imaginasi dan kreativiti yang
didasarkan kepada sejarah.
Ciri-ciri Guru memastikan pelajar telah faham
apa yang telah dipelajari, jika
sebaliknya pemulihan akan
diberikan,jika pelajar sudah
menguasai aktiviti pengayaan
disediakan,Aktiviti adalah boleh
menilai keupayaan pelajar semasa
pembelajaran.
Pelajar digalakan berfikir untuk
membuat ramalan kepada nilai-
nilai yang positif berdasarkan
sejarah, dan secara imaginasi
menyatakan keputusan yang
boleh menyelesaikan sesuatu
permasalahan.
Aplikasi Digunakan untuk mengenalpasti
penguasaan murid dalam sesuatu
pelajaran yang dipelajari, pemulihan
dan pengayaan akan diberikan
selepas mengetahui pengusaan
pelajar.
Guru memberi peluang kepada
murid untuk menggunakan
ramalan dan kreaviti untk
menyelesaikan masalah
pembelajaran mereka dan perlu
membuat kaitan dengan sejarah
Rumusan Pendekatan ini memastikan pelajar
benar-benar menguasai
pelajaran,barulah guru berpindah ke
unit pengajaran atau tajuk
Merupakan cara untk
memperolehi gambaran tentang
masa depan dengan mengkaji
sejarah yang sedang berlaku dan
4
baru,memerlukan peruntukan masa
dan aktiviti yang menarik.
sudah berlaku, seterusnya
mempertimbangakan untk
membuat penyelesaian
pembelajaran.
(iv) Banding beza yang keempat dibawah ini ialah antara strategi pembelajaran secara
kontekstual dengan kemahiran berfikir.
Aspek Strategi
strategi pembelajaran secara
kontekstual
kemahiran berfikir.
Definisi Kaedah pembelajaran yang
mengabungkan isi kandungan
dengan pengalaman individu dan
masyarakat dalam kehidupan
harian
Proses menggunakan minda untk
mencari makna dan pemahaman
terhadap sesuatu serta dapat
menyelesaikan masalah
Ciri-ciri ia menghubungkaitkan
pengajaran dalam konteks
pengalaman hidup.
pelajar terlibat secara aktif
mencari idea dan fakta
pelajar menggunakan maklumat
yang ada untuk menyelesaikan
masalah masa akan datang.
Guru akan membimbing pelajar
menemui pengetahuan baru
melalui penerokaan,pengujian
dan mencari jawapan.
Ada dua kemahiran iaitu
kemahiran secara kritis iaitu
kebolehan untk menilai
kemunasabahan idea dan
kemahiran secara kreatif iaitu
kebolehan menghasilkan idea
yang asli dan generatif
Aplikasi menyelesaikan masalah dengan
mengaitkan konteks dengan
mendapat latihan berfikir secara
kritis dan kreatif untuk membuat
5
pengalaman hidup.
Aktiviti melalui
penerokaan,pengujian dan
mencari jawapan.
keputusan dan menyelesaikan
masalah dengan bijak dan
menghasilkan idea atau ciptaan
yang kreatif dan inovatif
mengatasi kesilapan-kesilapan
berfikir yang terburu-buru,
bercelaru, kabur dan sempit
meningkatkan aspek kognitif dan
afektif, dan seterusnya
perkembangan intelek mereka.
Rumusan Pembelajaran berlaku apabila
pelajar dapat memproses
maklumat dengan cara
bermakna .Minda pelajar akan
cuba mencari makna dalam
konteks dan menghubungkait
dengan persekitaran,budaya,
sosial, fizikal, dan psikologi.
Proses menggunakan minda
untuk mencari makna dan
pemahaman terhadap
sesuatu,membuat pertimbangan
dan keputusan untuk
menyelesaikan masalah.
Penggunaan bahan rangsangan,
alat, latihan dan aktiviti untuk isi
Refleksi dan metakognitif,dan
dalam situasi Harian.
(v) Banding beza yang kelima dibawah ini ialah antara strategi pembelajaran konseptual
dengan kemahiran belajar cara belajar
Aspek Strategi
pembelajaran konseptual belajar cara belajar
Definisi Pengajian konseptual adalah
pelajar belajar bagaimana untuk
Belajar Cara Belajar adalah proses teknik
pembelajaran sama ada belajar bersama
6
mengelolakan maklumat dalam
struktur-struktur mental secara
logik.
guru atau belajar sendiri.
Ciri-ciri menumpukan pada prinsip-
prinsip penyusunan fakta-fakta
kepada idea-idea.
Memerlukan pengusaan beberapa
kemahiran seperti kemahiran
mendengar,kemahiran membaca,kemahiran
menulis,kemahiran mengambil nota dan
kemahiran mengingat
Aplikasi Digunakan untk penyelesaian
masalah bagi tahap yang lebih
tinggi
-Mentafsirkan maklumat-
maklumat yang diberi dan
menggunakannya untk mencari
jawapan
Pembelajaran cara ini boleh berkesan
Untk pelajar memberi sepenuh tumpuan
dan perhatian kepada pembelajaran hari itu
Pelajar menumpukan perhatian pada apa
yang diperkatakan, ditunjukkan dan ditulis
oleh guru.
Rumusan Konsep ini menjadikan pelajar
benar-benar memahami fakta-
fakta dan konsep dan boleh
membuat kaitan untk
membentuk idea-idea baru bagi
penyelesaian masalah.
Pembelajaran cara ini dapat menjadikan
pelajar seorang yang boleh menjalankan
pembelajaran sendiri ,kerana pelajar sudah
pun menguasai kemahiran belajar yang
utama.
Soalan 2 Cadangkan satu aktiviti pengajaran dan pembelajaran bidang membentuk dan membuat binaan tahap satu dengan mengaplikasikan strategi konstruktivisme.
Rancangan Pengajaran HarianPendidikan Seni Visual
Mata pelajaran : Pendidikan Seni VisualTahun : Tahun 2 JupiterBilangan Murid : 39 OrangBidang Kegiatan : Membentuk dan Membuat Binaan
7
Tajuk : Membentuk Bekas SuratIsi kandungan : Membentuk Bekas Surat dari Piring KertasObjektif : Pada akhir pembelajaran murid
dapat:-a. menghasilkan sebuah bekas surat yang mudah b. menggunakan hasil kerja dalam kehidupan seharian.
Hasil Pembelajaran : 1.menghasilkan bekas surat dengan menggunakan piring Kertas mengikut kreativiti.ii) persembahan hasil kerja.
Alat/bahan : 2 keping piring kertas,gunting,gam,warna air,berus,bekas pembancuh warna.
Pengetahuan Sedia ada murid
: Murid pernah melihat bekas surat di rumah.
Jumlah Masa : 1 jam (60minit)Tarikh : 01.March.2010Masa : 10.10 pagi -11.10 pagi
Prosedur : 1.Guru memastikan aktiviti sesuai dengan tahap kebolehan murid2.Merancang strategi Pengajaran dan pembelajaran supaya berlaku dengan lancar dan menyeronokkan.3.Mulakan dengan set induksi4. Mempamerkan contoh hasil kerja yang sudah siap.5. Penerangan kepada murid tentang langkah-langkah yang perlu dibuat untuk membuat bekas surat.6. Membimbing murid menyiapkan bekas surat.7. Kemuncak8.Apresiasi9.Rumusan10. Penutup
Langkah/Masa
Isi Pelajaran Aktiviti pengajaran dan pembelajaran
Catatan/KBKK
Set Induksi(4 minit)
Meneka isi kandungan dalam kotak
1. Guru meminta murid meneka isi kandungan dalam kotak.
2.Seorang murid diminta mengoncang isi dalam kotak dan murid meneka.
3. Seorang murid keluar mengeluarkan isi dalam kotak
-Kotak-Lembaran surat-lembaran surat-membuat inferens
8
iaitu lembaran-lembaran surat.
Langkah 1(4 Minit)
Perbincangan mengenai cara menyimpan suratsupaya kemas dan teratur.
1.Guru meminta murid nyatakan bagaimana cara mereka menyimpan surat di rumah.
2.Murid memberi jawapan masing-masing.
3.Murid-murid menyatakan bentuk dan corak bekas surat yang ada di rumah dan yang pernah dilihat.
-mengingat kembali
-membuat gambaran mental
Langkah 2(10 minit)
-Memperkenalkan contoh bekas surat dari piring kertas
-Menerangkan cara-cara membuat bekas surat
i-Sediakan 2 keping piring kertas
ii-satu keping daripadanya dipotong separuh.
iii-Cantumkan potongan piring tersebut dengan piring yang tidak dipotong
iv.Hiaskan bekas surat dengan corak dan warna
v. Melekatkan tali penyangkut pada
1. Murid melihat contoh bekas surat yang ditunjukkan.
2.Wakil Murid mengambil peralatan yang disediakan oleh guru :
2 keping piring kertas,gunting,gam,warna air, berus,bekas pembancuh warna.
3. Murid mendengar arahan dan penerangan daripada guru
4. Murid diingatkan tentang keselamatan menggunakan alatan seperti gunting.
-patuh-2 keping piring kertas,gunting,gam,warna air,berus,bekas pembancuh warna.
-kerjasama-estetika-bertanggungjawab
-estetika-bertanggungjawab
9
bekas surat.
Langkah 3(25 minit)
Murid melakukan aktiviti dengan bimbingan guru.
1.Murid memulakan aktiviti dengan memotong piring kertas.
2. Mencantumkan bahagian-bahagian piring kertas dengan cermat dan berhati-hati.
3.Guru memantau dan membimbing murid .
4. Murid menghias dengan membuat corak yang disukai masing-masing dengan kreativiti.
5. Murid mewarnakan corak yang dilukis dengan warna air.
6. Melekatkan tali penyangkut pada bekas surat supaya boleh digantung.
KBKK-Kritis
-kreatif
-menyusun mengikut keutamaan
-menjana idea
-sabar dan cermat
-kreatif
10
Kemuncak(10 minit)
Lakonankepentingan menggunakan bekas surat.
1. Murid melakonkan situasi surat yang bersepah-sepah.
2.Murid mengalami kesukaran apabila meletak surat merata-rata
3. Murid menyimpan surat –surat dalam bekas surat dan menyatakan sekiranya surat disimpan menggunakan bekas surat,keadaan akan menjadi kemas dan mudah untk mencari surat apabila dikehendaki.
_Teratur
-Kreatif
-Bertanggungjawab
Apresiasi dan refleksi
(5 minit)
1. Murid membuat penilaian dan menyatakan persaan.
1. Murid dapat menilai tahap kebolehan yang ada pada mereka.
2.Murid dapat menyatakan perasaan dan pengalaman terhadap aktiviti yang telah dilakukan.
-Bangga
-Dihargai
-Pelbagai kecerdasan
Penutup
(2 minit)
1 langkah-langkah membuat bekas surat.
2. kepentingan tempat menyimpan surat
3. bekas surat
1.Murid menyatakan semula langkah-langkah membuat bekas surat.
2.Menyatakan kepentingan menyimpan surat di tempat khas
3.Memberi gambaran bekas suratyang pernah dilihat.
-seronok
-bertanggungjawab
-menerima pendapat orang lain.
11
Rumusan
Pencapaian Objektif pelajaran Pendidikan seni visual,memerlukan banyak pengorbanan
daripada seorang guru. Guru yang komitmen,kreatif dan tidak putus asa dalam mencari ilmu
dan mempunyai kebolehan memilih strategi pengajaran dan pembelajaran yang berkesan
untuk pengajaran dalam kelas adalah sebab yang membawa kejayaan dalam pelajaran
pendidikan seni visual.
Penggunaan strategi pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dan berkesan dapat
menarik minat pelajar kepada pendidikan seni visual.Kaedah dan teknik yang digunakan
perlu dipelbagaikan supaya dapat meransang pelajar dan menggalakkan penglibatan pelajar
secara aktif. Rancangan Pengajaran tahunan dan Rancangan pengajaran harian yang
dirancang dan disusun rapi dapat menyenangkan pencapaian objektif. Segala aktiviti yang
dirancang perlu sesuai dengan kebolehan pelajar,keadaan bilik darjah, kebolehan dan minat
pelajar,bahan bantu mengajar dan juga melibatkan semua pelajar dalam bilik darjah.
Perkara-perkara yang tersebut perlu diambil berat oleh guru-guru bagi memastikan
kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran,ini secara langsung dapat mewujudkan satu
suasana yang menyeronokan dan sudah tentu memberi kabaikan kepada guru dan pelaja-
pelajar.
12