29
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA FAKULTI PENDIDIKAN Semester II Sesi 2009/2010 STRATEGI PENGAJARN TEKNOLOGI MEMBANTU STRATEGI PENGAJARAN Pensyarah Prof Madya Datin Dr Zahara bt. Abd Aziz Disediakan Oleh : Romy bin Abd Kadir (P 47990) Mazalan bin Amaludin (P 45644)

PEMBENTANGAN TEKNOLOGI MEMBANTU PENGAJARAN - STRATEGI PENGAJARAN

  • Upload
    sh-mn

  • View
    397

  • Download
    2

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: PEMBENTANGAN TEKNOLOGI MEMBANTU PENGAJARAN - STRATEGI PENGAJARAN

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

FAKULTI PENDIDIKANSemester II Sesi 2009/2010

STRATEGI PENGAJARN

TEKNOLOGI MEMBANTU STRATEGI PENGAJARAN

Pensyarah

Prof Madya Datin Dr Zahara bt. Abd Aziz

Disediakan Oleh :

Romy bin Abd Kadir (P 47990)Mazalan bin Amaludin (P 45644)

Page 2: PEMBENTANGAN TEKNOLOGI MEMBANTU PENGAJARAN - STRATEGI PENGAJARAN

Skop pembentanganApa itu teknologi dan teknologi maklumat ?Penggunaan komputer dalam pengajaran

(LCD)Mobile learning, e-mail, video conferencingLMS, Yahoo GroupQuestionPro

Page 3: PEMBENTANGAN TEKNOLOGI MEMBANTU PENGAJARAN - STRATEGI PENGAJARAN

Definisi Teknologi & Teknologi Maklumat

Teknologi meliputi kaedah, teknik, proses, peralatan dan perkakasan yang digunakan dalam untuk melakukan sesuatu kerja atau proses

Teknologi maklumat atau singkatannya IT (information technology) iaitu semua perkakasan atau peralatan teknologi yang digunakan untuk memproses, menyimpan dan memindahkan maklumat dalam bentuk elektronik. Melalui teknologi maklumat pengguna boleh merekod, menyimpan, memproses, mendapat semula, menghantar semula dan menerima maklumat.

Teknologi maklumat juga menggabungkan teknologi komputer dengan talian komunikasi berkelajuan tinggi. Penggabungan ini melahirkan suatu teknologi yang menyatukan beberapa industri melalui pelbagai peranti penukaran maklumat dalam bentuk elektronik yang boleh digunakan oleh komputer

Page 4: PEMBENTANGAN TEKNOLOGI MEMBANTU PENGAJARAN - STRATEGI PENGAJARAN

Komputer dalam pengajaran Perkembangan dalam bidang teknologi mengubah cara manusia belajar (Naismith,

Lonsdale, Vavoula, & Sharples, 2004; Ting, 2007). Proses pembelajaran kini melampaui ruang fizikal bilik darjah (Kukulska-Hulme & Traxler, 2005) bersifat globalisasi dan sepanjang hayat (Sharples, 2000).

Koh Boh Boon (1992) menyatakan bahawa proses pengajaran-pembelajaran di sekolah melibatkan dua pihak iaitu guru dan murid. Justeru, pengajaran yang ideal haruslah membawa kesan penuh ke atas pembelajaran yang berlaku.

Pelaksanaan penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran menuntut guru untuk mengubah peranan mereka; daripada "tuan" kepada "pembantu", daripada "pengarah" kepada "penyelia", daripada "diktator" kepada "fasilitator". Pelajar menentukan dan merancang pembelajaran sementara guru pula bertindak memastikan pelajar berjaya melaksanakan rancangan pembelajaran mereka dan mencapai kriteria yang telah ditetapkan.

Page 5: PEMBENTANGAN TEKNOLOGI MEMBANTU PENGAJARAN - STRATEGI PENGAJARAN

Samb…Sementara itu Wood (2003) pula berpendapat penggunaan

teknologi wireless dalam pendidikan dapat menyumbang ke arah menyelesaikan jurang digital dalam kalangan negara-negara membangun, kerana pada umumnya peralatan teknologi seperti telefon bimbit dan PDA adalah lebih murah berbanding komputer meja.

Perkembangan teknologi yang pesat daripada sistem analog kepada sistem digital dan kini mula beralih kepada sistem digital generasi ketiga (3G) ( Kolahi, 2002) perlu dimaanfatkan oleh bidang kurikulum bagi menghasilkan pengajaran dan pembelajaran yang lebih menarik dan berkesan. Sesuai dengan perubahan semasa dan kepentingan kurikulum pendidikan di Malaysia pada masa hadapan, maka penghasilan sebuah kurikulum yang sesuai dengan perubahan teknologi semasa adalah penting.

Page 6: PEMBENTANGAN TEKNOLOGI MEMBANTU PENGAJARAN - STRATEGI PENGAJARAN

• Pendidikan dan latihan yang berasaskan kepada komputer berkembang dengan begitu pesat di seluruh dunia. Ini menunjukkan bidang pendidikan dan juga industri menerima teknologi sebagai kaedah yang berkesan, fleksibel, cekap dan pantas dalam melaksanakan pendidikan dan latihan (Riley & Gallo, 2000).

• Jaffa (2004) mendapati penggunaan kaedah pembelajaran seperti E-Pembelajaran menunjukkan pencapaian yang memberangsangkan. Misalnya pelajar yang menggunakan E-Pembelajaran untuk enam jam atau lebih mencapai lima GCSE mata lebih tinggi berbanding pelajar yang tidak

menggunakan E-Pembelajaran.

Page 7: PEMBENTANGAN TEKNOLOGI MEMBANTU PENGAJARAN - STRATEGI PENGAJARAN

FAEDAH PENGGUNAAN TEKNOLOGI DALAM P&P• Melalui penggunaan pendekatan dan model pedagogi yang

sesuai M-Pembelajaran memberikan faedah yang besar kepada pendidikan (Satrayanan, 2003).

• Penggunaan teknologi mudah alih dalam pendidikan dapat memberikan faedah yang besar kepada sistem pembelajaran sepanjang hayat, kepada pelajar separuh masa, pelajar pendidikan jarak jauh mahupun pelajar-pelajar dalam kampus (Wenger, 1998).

• Penggunaan komputer berteknologi mudah alih diinstitusi pendidikan tinggi membolehkan: 1) Pembelajaran tidak terhad dalam bilik darjah; 2) capaian kepada bahan elektronik dalam setiap masa; 3) Komunikasi dengan komuniti pelajar dan guru melewati sempadan institusi; 4) Kebolehan melakukan kerja lapangan di luar bilik darjah seperti pemungutan data dan merekod pengalaman; dan 5) Capaian kepada maklumat seperti jadual dan lokasi bilik kuliah (Freitas & Levene, 2003; Green, 2001).

Page 8: PEMBENTANGAN TEKNOLOGI MEMBANTU PENGAJARAN - STRATEGI PENGAJARAN

Kekangan pelaksanaan teknologi dalam pengajaran• Alatan yang telah disediakan di dalam kelas tidak berfungsi dengan baik• Talian internet di sekolah kurang memuaskan• Ada bilik-bilik darjah yang tidak mempunyai kelengkapan peralatan yang

cukup untuk penggunaan media komputer dalam pengajaran• Guru-guru kurang pengetahuan dan kemahiran dalam penggunaan media

komputer• Perisian kursus sukar diperolehi.• Tiada talian internet di rumah.• Kurang kursus dalaman tentang penggunaan media komputer untuk guru.• Pelajar kurang minat dan kurang pengatahuan• Peralatan yang tidak mencukupi (kongsi)• Peralatan lama (outdated)

Page 9: PEMBENTANGAN TEKNOLOGI MEMBANTU PENGAJARAN - STRATEGI PENGAJARAN

Samb…• Guru tidak mempunyai cukup masa untuk

meneliti dan menggunakan perisian kursus kerana tugas mengajar yang banyak.

• Guru tidak mempunyai cukup masa untuk melayari internet kerana dibebani dengan tugas mengajar dan lain-lain tugas yang dipertanggungjawabkan

• Guru tidak mempunyai cukup masa untuk melayari internet kerana dibebani dengan tugas mengajar dan lain-lain tugas yang dipertanggungjawabkan

Page 10: PEMBENTANGAN TEKNOLOGI MEMBANTU PENGAJARAN - STRATEGI PENGAJARAN

Kajian berkaitan penggunaan teknologi dalam pengajaran• Norhayati Abd Mukti (2000) dalam kajiannya ke atas 15 orang guru yang

mengajar komputer dalam pendidikan mendapati bahawa faktor-faktor latar belakang guru, sikap dan keprihatinan guru memberikan makna yang besar ke atas tahap penggunaan komputer di dalam kelas

• Guru yang mempunyai lebih pengetahuan menunjukkan sikap yang lebih positif terhadap penggunaan komputer dalam pengajaran dan guru yang kurang berpengetahuan menyedari bahawa mereka memerlukan lebih kemahiran dan pengetahuan untuk menggunakan teknologi di dalam kelas.

• Melalui kajian yang dijalankan oleh Norida Suhadi (2001) ke atas 100 orang guru siswazah dan bukan siswazah mendapati bahawa hanya 10% daripada guru-guru yang menghasilkan bahan pengajaran dalam bentuk multimedia.

Page 11: PEMBENTANGAN TEKNOLOGI MEMBANTU PENGAJARAN - STRATEGI PENGAJARAN

Samb…• Hasil kajian Sham Ibrahim (2003) ke atas 119 orang guru sekolah

menengah daerah Jelebu mendapati bahawa perisian multimedia mampu memenuhi masa pengajaran dengan efektif, membantu guru menjalankan aktiviti dalam kelas, dapat mencapai objektif yang disasarkan, mempertingkatkan minat pelajar dan boleh dijadikan bahan rujukan yang berguna kepada guru.

• Dalam kajian yang dijalankan oleh Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan KPM (2003) ke atas 206 orang pengetua, 818 orang guru bahasa Melayu, bahasa Inggeris, Sains dan Matematik dan 3043 pelajar Tingkatan 1, 2 dan 4 di beberapa buah sekolah menengah seluruh negara, mendapati bahawa tahap kesediaan sekolah menengah melaksanakan pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer masih di peringkat awal dan persepsi di kalangan guru dan pelajar sangat positif terhadap

penggunaan komputer.

Page 12: PEMBENTANGAN TEKNOLOGI MEMBANTU PENGAJARAN - STRATEGI PENGAJARAN

Melalui kajian yang telah dijalankan oleh Nazamud-din (2004) terhadap guru-guru sains di sekolah menengah bahagian Kuching/Samarahan mendapati guru-guru mempunyai tahap pengetahuan, kemahiran dan latihan sedia ada yang sederhana. Beliau juga mendapati tahap keperluan pengetahuan dan latihan adalah besar dan tahap keperluan kemahiran adalah sederhana. Jadi, suatu program latihan yang tersusun dan komprehensif perlu dilaksanakan bagi menambah pengetahuan dan kemahiran asas dan penggunaan teknologi maklumat guru-guru sains dalam perkhidmatan.

Page 13: PEMBENTANGAN TEKNOLOGI MEMBANTU PENGAJARAN - STRATEGI PENGAJARAN

Subjek berkaitan IT dalam pendidikanProduksi Multimedia :1. Konsep multimedia2. Teknologi perkakasan dan perisian multimedia3. Proses dan penghasilan teknik produk

multimedia4. Jenis dan produk multimedia

Page 14: PEMBENTANGAN TEKNOLOGI MEMBANTU PENGAJARAN - STRATEGI PENGAJARAN

Grafik Berkomputer :1. Asas pengetahuan grafik dan sistem komputer2. Pengetahuan tentang perkakasan dan perisian komputer3. Prinsip dan proses penghasilan karya grafik4. Jenis dan bentuk karya grafik

Page 15: PEMBENTANGAN TEKNOLOGI MEMBANTU PENGAJARAN - STRATEGI PENGAJARAN

Pendidikan dan Teknologi Mudah AlihTeknologi mudah alih seperti rangkaian tanpa wayar hotspot,

telefon mudah alih 3G (Third Generation), personal data assistants (PDA) atau palm talk, komputer riba, PC tablet dan sebagainya menjadi ‘kegilaan’ bagi golongan remaja dan dewasa. Di institusi pengajian tinggi, ianya seolah-olah dilihat sebagai keperluan bagi seseorang pelajar.

Daripada menelefon ibu bapa hinggalah membuat temu janji dengan pensyarah, ramai yang menggunakan telefon mudah alih. Di sini dapat dilihat bahawa teknologi ini mempunyai kaitan rapat dengan suasana pendidikan di Malaysia.

Page 16: PEMBENTANGAN TEKNOLOGI MEMBANTU PENGAJARAN - STRATEGI PENGAJARAN

Di Malaysia, telefon mudah alih, komputer riba, “palm talk” mahupun “i-pod” merupakan “gadget” yang mampu dimiliki. Dengan adanya peralatan berteknologi ini, kita berpeluang untuk merubah bentuk kaedah pembelajaran: untuk mencipta komuniti pembelajaran yang luas, untuk menghubungkan manusia pada masa nyata ataupun dunia maya, untuk menyediakan kepakaran yang diperlukan dan seterusnya menyokong pembelajaran sepanjang hayat (Sharples, 2007).

Page 17: PEMBENTANGAN TEKNOLOGI MEMBANTU PENGAJARAN - STRATEGI PENGAJARAN

Mobile learningApakah M-Learning? M-Learning merupakan suatu konsep baru dalam

proses pembelajaran. Ianya menekankan kepada keupayaan untuk memudah alih proses pembelajaran tanpa terikat kepada lokasi fizikal proses pembelajaran berlaku (Kukulska-Hulme & Traxler, 2005). Dalam kata mudah, proses pembelajaran boleh dilakukan dimana-mana sahaja dan bukannya di kelas semata-mata.

Penggunaan peralatan mudah alih dalam pengajaran dan pembelajaran meningkatkan prestasi serta merangsang minat pelajar dalam mata pelajaran seperti sains dan matematik (Metcalf, Milrad, & Cheek, 2008).

Page 18: PEMBENTANGAN TEKNOLOGI MEMBANTU PENGAJARAN - STRATEGI PENGAJARAN

Pembelajaran berasaskan M-Learning menggunakanPDA (Churchill & Churchill, 2007)Teknologi

Page 19: PEMBENTANGAN TEKNOLOGI MEMBANTU PENGAJARAN - STRATEGI PENGAJARAN

Kelebihan Mobile LearningTriantafillou, Georgiadou dan Economides (2006) melalui

kajian mereka terhadap ujian yang dilakukan melalui alatan mudah alih dalam pendidikan mendapati bahawa penilaian yang dilakukan melalui ujian M-Learning adalah lebih efektif dan efisyen. Ini adalah kerana ujian yang dilaksanakan secara M-Learning adalah lebih menjimatkan masa daripada ujian yang dilaksanakan secara kertas dan pensel. Item-item yang dijawab oleh pelajar pula menjadikan proses pemarkahan lebih tepat dan jitu.

Page 20: PEMBENTANGAN TEKNOLOGI MEMBANTU PENGAJARAN - STRATEGI PENGAJARAN

Hasil dapatan daripada kajian Attewell (2005) dalam merumuskan projek M-Learning 2001 mencadangkan bahawa penggunaan M-Learning mungkin dapat memberi kesanyang positif kepada beberapa bidang:

1. M-Learning membantu pelajar meningkatkan kemahiran literasi dan numerik untuk mengenalpasti keupayaan sebenar mereka

2. M-Learning boleh digunakan untuk menggalakkan kedua-dua pengalaman pembelajaran bebas dan pengalaman pembelajaran perkongsian (collaborative learning)

3. M-Learning dapat membantu pelajar mengenalpasti perkara-perkara yang memerlukan bantuan dan sokongan

4. M-Learning dapat membantu dalam memperjuangkan penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi serta dapat membantu mengurangkan jurang di antara literasi telefon mudah alih dengan literasi teknologi maklumat

5. M-Learning membantu pelajar menolak beberapa formaliti daripada pengalaman pembelajaran

6. M-Learning membantu pelajar dalam mengekalkan fokus pembelajaran untuk jangka masa yang lebih panjang

7. M-Learning membantu meningkatkan self-esteem

8. M-Learning membantu meningkatkan keyakinan diri (Attewell, 2005)

Page 21: PEMBENTANGAN TEKNOLOGI MEMBANTU PENGAJARAN - STRATEGI PENGAJARAN

Samb…Elemen multimedia yang mampu mengintegrasikan audio

dan video dapat menarik minat pelajar dalam penggunaan M-Learning. Melalui pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan audio dan video, pelajar akan menjadi lebih menumpukan perhatian, aktif, konstruktif, bersemangat dan dapat menyemarakkan peranan bekerjasama dalam suasana pemikiran kreatif dan kritis.

Page 22: PEMBENTANGAN TEKNOLOGI MEMBANTU PENGAJARAN - STRATEGI PENGAJARAN

Masalah M-Learning dalam pendidikanMelalui satu kertas kajian yang dilaksanakan oleh Singh dan Zaitun (2006)

beberapa masalah telah dikenalpasti dalam mengintegrasikan alatan mudah alih dengan senario pendidikan di Malaysia, antaranya:

1. Terdapat had kapasiti simpanan bagi palm talk dan telefon mudah alih

2. Jalur lebar mungkin berkurangan apabila jumlah pengguna bertambah

3. PDA dan telefon mudah alih adalah tidak lasak berbanding dengan komputer peribadi

4. Bateri perlu dicaj selalu dan jika tidak dilakukan dengan cara yang betul, datamungkin akan hilang (Singh dan Zaitun, 2006)

Page 23: PEMBENTANGAN TEKNOLOGI MEMBANTU PENGAJARAN - STRATEGI PENGAJARAN

E-mail Satu alat perhubungan untuk menyampaikan

maklumat .E-mail terdiri daripada yahoo, hotmail, gmailYahoo group juga adalah satu alat

perhubungan di dalam kumpulan

Page 24: PEMBENTANGAN TEKNOLOGI MEMBANTU PENGAJARAN - STRATEGI PENGAJARAN

LMS – learning management systemPembelajaran secara mayaDi aplikasikan oleh OUMPelajar dan pensyarah berinteraksi secara

dalam talian

Page 25: PEMBENTANGAN TEKNOLOGI MEMBANTU PENGAJARAN - STRATEGI PENGAJARAN

Video conferenceMenurut Shaffee bin Mohd Daud, Yusup

Hashim & Md Noor Salleh (1999) pengajaran dan pembelajaran melalui sidang video wujud keberkesanan dari segi interaksi dan protokol persembahan.

Page 26: PEMBENTANGAN TEKNOLOGI MEMBANTU PENGAJARAN - STRATEGI PENGAJARAN

Teknologi membantu strategi menurut perspektif islamMerujuk kepada sejarah islam, teknologi

bukanlah sesuatu yang asing.

Kegunaan ICT masih tertakluk kepada syariah dan hukum yang dibenarkan oleh islam.

Page 27: PEMBENTANGAN TEKNOLOGI MEMBANTU PENGAJARAN - STRATEGI PENGAJARAN

Manakala Menurut Tajul Arifin (1993), penggunaan ICT akan mempengaruhi perkembangan pendidikan Islam dalam lima tahap iaitu:

Meluaskan skop paradigma ilmu Islam  Membina Tamadun Islam yang berjaya berasaskan konsep ketauhidan  Merangka paradigma dan kurikulum  yang sama semua negara Islam  Menjadikan Pendidikan Islam sebagai teras ilmu Kesepaduan antara Pendidikan Islam dana Pendidikan Moden

Page 28: PEMBENTANGAN TEKNOLOGI MEMBANTU PENGAJARAN - STRATEGI PENGAJARAN

QuestionProSatu software untuk mengedarkan soal selidikKelebihan question pro, tidak perlu ke lapangan soal selidik

diedarkan secara online dan menjimat masa, tenaga serta wangHanya 10 kategori soalan sahaja boleh dimasukkanDalam tempoh 2 minggu sahaja soalan boleh dijawab selepas

itu soalan tersebut akan expired.

# melalui google taip questionpro

# Login : [email protected]

pw : 731021

# Masuk email : [email protected] (check survey)

Page 29: PEMBENTANGAN TEKNOLOGI MEMBANTU PENGAJARAN - STRATEGI PENGAJARAN

RumusanKeberkesanan proses pengajaran dalam proses P&P merupakan aspek yang

sangat penting dalam sistem pendidikan. Justeru, bagi meningkatkan dan memperhebat usaha- usaha ke arah amalan pengajaran berkesan memerlukan kepada daya kreativiti guru yang dapat menggunakan segala kebolehan dan kemahiran dalam menyampaikan isi pelajaran. Ini dapat dilakukan berdasarkan ketajaman idea-idea baru bagi menjana penguasan maksimum para pelajar terhadap ilmu pengetahuan yang disampaikan. Sungguhpun kemudahan teknologi pengkomputeran menjadi arus perdana masakini menjadi dasar kemajuan pembangunan baru, namun keberkesanannya dalam proses pengajaran hanya dillihat sebagai suatu sumber kemudahan yang tidak bersifat sepenuhnya. Oleh itu, adalah menjadi keutamaan bagi para guru menggunakan daya kreativiti mereka bagi mewujudkan kedinamikan proses P&P tanpa bergantung sepenuhnya dengan kemudahan teknologi sahaja.