Author
doantu
View
278
Download
0
Embed Size (px)
KEBERKESANAN SUBJEK PENGAJARAN MIKRO DALAM MEMBANTU GURU
PELATIH BELAJAR UNTUK MENGAJAR MATEMATIK SEMASA KURSUS
LATIHAN MENGAJAR
HALDY CHEW
Tesis ini dikemukakan sebagai memenuhi syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda
Sains Serta Pendidikan (Matematik)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
NOVEMBER 2007
iii
Khas Untuk Ayah dan Ibu Yang Tersayang
iv
PENGHARGAAN
Setinggi-tinggi penghargaan ditujukan kepada penyelia projek sarjana muda saya
iaitu Prof. Dr. Noor Azlan Ahmad Zanzali yang telah banyak memberikan bimbingan
serta tunjuk ajar. Segala teguran, nasihat, masa dan peluang yang diberikan amat saya
hargai.
Penghargaan juga ditujukan kepada guru-guru pelatih yang sudi menjadi
responden dan sampel terhadap kajian ini. Jutaan terima kasih diucapkan kepada
penyarah, kakitangan-kakitangan yang terlibat dan rakan-rakan seperjuangan kerana
banyak memberikan bantuan serta kerjasama sepanjang tempoh perjalanan penyelidikan
ini. Sekian, terima kasih.
v
ABSTRAK
Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti keberkesanan subjek Pengajaran Mikro dalam
membantu guru pelatih belajar untuk mengajar subjek Matematik. Matlamat utama
kajian ini adalah berpandukan kepada objektif utama kajian untuk mengenalpasti sama
ada kemahiran-kemahiran yang dipelajari oleh guru pelatih semasa kelas pengajaran
mikro dapat membantu guru pelatih untuk mengajar subjek Matematik semasa menjalani
kursus latihan mengajar. Kajian yang dilakukan adalah berbentuk kuantitatif dan
kualitatif. Instrumen kajian yang dibina untuk menjalankan kajian ini adalah melalui
soal-selidik, temubual dan pemerhatian. Seramai 31 orang responden telah diplih untuk
menjawab borang soal-selidik. Responden adalah pelajar Tahun 3 yang sedang
menjalani kursus latihan mengajar. Manakala seramai 4 orang guru pelatih
pengkhususan Matematik dipilih untuk ditemubual dan pemerhatian pengajaran.
Dapatan daripada soal selidik, temu bual dan pemerhatian menunjukkan kemahiran-
kemahiran pengajaran mikro banyak membantu guru pelatih dan kemahiran-kemahiran
ini dapat dilaksanakan dengan baik oleh guru pelatih semasa latihan mengajar. Secara
keseluruhannya, guru pelatih dapat belajar untuk mengajar subjek Matematik semasa
latihan mengajar dengan bantuan kemahiran-kemahiran yang dipelajari semasa kelas
pengajaran mikro.
vi
ABSTRACT
This research has been conducted in order to identify the effectiveness of the micro
teaching methods in helping the trainee teacher in teaching mathematics. The main goal
of this research is based on the main objective that is to ensure all the skills have been
learned by the trainee teacher in the micro teaching can be a tremendous help during the
practical training. The method of this research is accumulated in the form of
quantitative and qualitative data. The methods used are questionnaires, interviews and
through observations. A total of 31 participants have been chosen as respondents. They
consist of the semester three students who are undergoing the practical training. About
four mathematics-optioned trainee teachers have been selected to be interviewed and for
the purpose of teaching observation. The accumulated information in the questionnaires,
interviews and observations show that the micro teaching skills attained during the
micro teaching courses have helped greatly the trainee teachers and the skills acquired
successfully applied during the practical training. The mathematics trainee teachers
were able to teach mathematic with the aids of skills learned in the micro teaching
classes.
vii
SENARAI KANDUNGAN
BAB PERKARA HALAMAN
HALAMAN PENGAKUAN ii
HALAMAN DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
SENARAI KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xii
SENARAI RAJAH xiii
SENARAI SINGKATAN xiv
SENARAI LAMPIRAN xv
1 PENGENALAN
1.1 Pendahuluan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 4
1.3 Pernyataan Masalah 5
1.4 Objektif 6
1.5 Persoalan 7
1.6 Kepentingan Kajian 7
viii
1.7 Skop Kajian 8
1.8 Definisi Istilah 8
1.9 Penutup 11
2 SOROTAN KAJIAN
2.1 Pengenalan 12
2.2 Latar Belakang Pengajaran Mikro 12
2.2.1 Konsep Pengajaran Mikro 14
2.2.2 Kepentingan dan Kelebihan Pengajaran
Mikro 14
2.2.3 Pelaksanaan Pengajaran Mikro 15
2.3 Kemahiran Pengajaran Mikro 18
2.3.1 Persediaan Mengajar Harian 19
2.3.2 Kemahiran Pengenalan Pengajaran /
Set Induksi 20
2.3.3 Kemahiran Pengurusan Bilik Darjah 21
2.3.4 Kemahiran Memberi Penerangan 21
2.3.5 Kemahiran Penggunaan Contoh 22
2.3.6 Kemahiran Membuat Aktiviti 23
2.3.7 Kemahiran Menyoal 23
2.3.8 Kemahiran Menggunakan Graphic
Organizer 24
2.3.9 Kemahiran Membuat Pengukuhan 25
2.3.10 Kemahiran Penutup 26
2.4 Penutup 26
3 METODOLOGI
3.1 Pengenalan 28
3.2 Rekabentuk Kajian 29
ix
3.3 Tempat Kajian 30
3.4 Persampelan 30
3.5 Instrumen Kajian 32
3.5.1 Soal Selidik 32
3.5.2 Temubual 35
3.5.3 Pemerhatian 37
3.6 Kajian Rintis 38
3.7 Prosedur Kajian 39
3.8 Analisis Data 39
3.9 Penutup 41
4 ANALISIS DATA
4.1 Pengenalan 42
4.2 Analisis Soal-selidik 43
4.2.1 Analisis Bahagian A 44
4.2.2 Analisis Bahagian B 45
4.2.2.1 Jadual A 45
4.2.2.2 Jadual B 49
4.3 Analisis Hasil Dapatan Dari Sampel P 58
4.3.1 Pengenalan Ringkas Sampel P 58
4.3.2 Hasil Dapatan Pra-temubual Sampel P 58
4.3.3 Pemerhatian Pengajaran Sampel P Di
Dalam Bilik Darjah 60
4.3.4 Hasil Dapatan Pasca-temubual Sampel P 63
4.4 Analisis Hasil Dapatan Dari Sampel Q 65
4.4.1 Pengenalan Ringkas Sampel Q 65
4.4.2 Hasil Dapatan Pra-temubual Sampel Q 65
4.4.3 Pemerhatian Pengajaran Sampel Q Di
Dalam Bilik Darjah 67
4.4.4 Hasil Dapatan Pasca-temubual Sampel Q 70
4.5 Analisis Hasil Dapatan Dari Sampel R 71
x
4.5.1 Pengenalan Ringkas Sampel R 71
4.5.2 Hasil Dapatan Pra-temubual Sampel R 71
4.5.3 Pemerhatian Pengajaran Sampel R Di
Dalam Bilik Darjah 73
4.5.4 Hasil Dapatan Pasca-temubual Sampel R 76
4.6 Analisis Hasil Dapatan Dari Sampel S 78
4.6.1 Pengenalan Ringkas Sampel S 78
4.6.2 Hasil Dapatan Pra-temubual Sampel S 78
4.6.3 Pemerhatian Pengajaran Sampel S Di
Dalam Bilik Darjah 81
4.6.4 Hasil Dapatan Pasca-temubual Sampel S 84
4.7 Penutup 85
5 PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan 86
5.2 Perbincangan 86
5.2.1 Keberkesanan Kemahiran-Kemahiran
Pengajaran Mikro Dalam Membantu
Guru Pelatih Belajar Untuk Mengajar
Subjek Matematik 87
5.2.2 Kemahiran-kemahiran Pengajaran Mikro
Yang Boleh Dipraktikan Oleh Guru
Pelatih Semasa Latihan Mengajar 91
5.2.3 Cadangan Untuk Meningkatkan Lagi
Penguasaan Pembelajaran Untuk Mengajar
Subjek Matematik Yang Boleh
Diimplikasikan Semasa Latihan Mengajar 94
5.3 Rumusan 96
5.4 Cadangan-cadangan 97
5.4.1 Cadangan Umum 97
5.4.2 Cadangan Kajian Lanjutan 99
xi
5.5 Penutup 100
RUJUKAN 101 LAMPIRAN A - K 103 - 135
xii
SENARAI JADUAL
JADUAL TAJUK MUKA SURAT
3.1 Skala Empat Tahap 35
3.2 Peratus Penentuan Ya dan Tidak 40
3.3 Skor Min Pembolehubah 41
4.1 Taburan Mata Pelajaran Yang Diajar Semasa
Latihan Mengajar Oleh Responden 44
4.2 Taburan Kemahiran Yang Dipelajari Semasa
Kelas Pengajaran Mikro Mengikut Item 46
4.3 Taburan Persediaan Responden Sebelum
Mengajar 50
4.4 Taburan Persediaan Responden Sebelum
Mengajar 53
xiii
SENARAI RAJAH
RAJAH TAJUK MUKA SURAT
2.1 Proses Pelaksanaan Pengajaran Mikro 17
2.2 Proses Pengajaran Mikro 17
2.3 Urutan Pengukuhan 25
xiv
SENARAI SINGKATAN
UTM - Universiti Teknologi Malaysia
LM - Latihan Mengajar
SPSS - Statistical Package Social for Windows
xv
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT
A Borang Soal Selidik 103
B Soalan Pra-temubual 108
C Borang Cerapan Guru Pelatih Semasa Mengajar 110
D Soalan Pasca-Temubual 111
E Jawapan Pra-temubual Sampel-sampel 112
F Hasil Pemerhatian Sampel-sampel 119
G Jawapan Pasca-temubual Sampel-sampel 125
H Surat Pengesahan Status Pelajar Universiti
Teknologi Malaysia 130
I Surat Kebenaran Kementerian Pelajaran
Malaysia 131
J Surat Kebenaran Bahagian Perancangan Dan
Penyelidikan Dasar Pendidikan 132
K Pengesahan Soalan-soalan Kajian 133
BAB 1
PENGENALAN
1.1 Pendahuluan
Subjek pengajaran mikro ini diasaskan di Universiti Stanford pada tahun 1963
dalam usaha mencari kaedah latihan terbaik untuk bakal guru (Shahabuddin Hashim et
al., 2003). Pengasasnya adalah Dwight Allen. Pada masa itu, pengajaran mikro
meliputi pengajaran mengenai kaedah pengajaran yang mana pengambaran video
diambil bagi memudahkan penilaian oleh pensyarah.
Menurut Ee Ah Meng (1997), pengajaran mikro merupakan satu daripada
perkembangan yang paling berkesan dalam bidang pengajaran praktik. Subjek
pengajaran mikro ini diadakan di semua universiti dan maktab perguruan yang
menawarkan program perguruan adalah bertujuan memberikan latihan dan persediaan
yang secukupnya kepada guru-guru pelatih sebelum turun ke padang sebenar untuk
mengajar generasi-generasi yang bakal menerajui kemajuan negara kita. Disebabkan
itu, guru-guru pelatih ini perlu dilengkapi dengan pelbagai kemahiran mengajar. Justeru
2
itu, subjek pengajaran mikro merupakan elemen yang penting sebagai medium untuk
membimbing dan memberi latihan praktis kepada bakal guru sebelum melangkah ke
bilik darjah yang sebenar.
Di Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia, Pengajaran Mikro adalah
subjek yang wajib diambil dan dipelajari oleh semua pelajar sebelum menjalani kursus
latihan mengajar selama dua belas minggu. Menurut Esah (2004), guru pelatih tidak
mengajar sepenuhnya tetapi berlatih mengajar sebahagian daripada kemahiran
mengajar. Di Fakulti Pendidikan, semasa kelas pengajaran mikro, guru pelatih diberi
peluang untuk berlatih mengajar hanya sekali dan mengajar satu topik kecil mengikut
pengkhususan kursus masing-masing. Shahabuddin et al. (2003) menyatakan bahawa
Pengajaran Mikro merupakan suatu sesi pengajaran yang bercorak latihan atau
pendedahan yang mengambil masa 10-15 minit, melibatkan rakaman video dengan
memfokuskan kepada kemahiran-kemahiran tertentu. Antara kemahiran-kemahiran
yang ditekankan semasa kelas pengajaran mikro adalah penulisan rancangan pengajaran,
set induksi, bahan bantu mengajar, suara, teknik menyoal, merancang aktiviti, penutup
dan pengurusan masa.
Secara amnya, semasa kelas pengajaran mikro, guru pelatih akan mengajar satu
topik kecil dalam masa yang diperuntukkan oleh pensyarah. Pada masa itu, guru pelatih
telah menyediakan satu rancangan pengajaran, bahan bantu mengajar dan merancang
aktiviti-aktiviti yang bakal diadakan semasa proses pengajaran. Rakan-rakan dalam
kelas pengajaran mikro tersebut akan bertindak sebagai murid-murid dan juga pemerhati
terhadap pengajaran guru pelatih tersebut. Pensyarah pula akan menilai pengajaran guru
pelatih tersebut. Selepas suatu pengajaran oleh guru pelatih selesai, rakan-rakan dan
pensyarah akan memberikan komen terhadap pengajaran guru pelatih tersebut.
3
Latihan mengajar merupakan satu latihan amali untuk guru pelatih
mempraktikkan segala teori dan kaedah yang telah dipelajari. Latihan ini juga
merupakan satu syarat yang mesti dipenuhi oleh guru pelatih yang mengikuti kursus
perguruan di Universiti Teknologi Malaysia (Meor Ibrahim, 2004). Fakulti Pendidikan
memperuntukkan selama dua belas minggu untuk guru-guru pelatih menjalani kursus
latihan mengajar. Sepanjang tempoh itu, guru-guru pelatih ini akan dinilai oleh penyelia
dan guru pembimbing guru pelatih tersebut.
Salah satu syarat untuk guru pelatih sebelum menjalani kursus latihan mengajar
ialah mesti lulus mata pelajaran Asas Pedagogi atau Kaedah Mengajar dan lulus dengan
memperolehi gred B+ bagi mata pelajaran Pengajaran Mikro.
Menurut Abu Hassan dan Meor Ibrahim (1995), sebelum seorang guru pelatih
ditauliahkan sebagai guru, kemampuannya untuk mempraktikkan segala teori, kaedah,
strategi, pendekatan, kemahiran dan pengetahuan yang dipelajari di dalam bilik kuliah
akan digilap melalui program latihan mengajar. Oleh itu, subjek pengajaran mikro ini
sangat penting dalam membekalkan kemahiran dan dijadikan panduan kepada bakal
guru sebelum mengajar di bilik darjah nanti. Selain itu, subjek pengajaran mikro ini
bukan sekadar membekalkan ilmu kemahiran mengajar kepada bakal guru, tetapi juga
dijadikan syarat kepada guru pelatih Fakulti Pendidikan untuk lulus sebelum dapat
menjalani kursus latihan mengajar di sekolah.
4
1.1 Latar Belakang Masalah
Jangka masa pelajar untuk menghadiri kelas pengajaran mikro adalah sepanjang
satu semester sahaja. Oleh itu, dalam tempoh itu guru pelatih hanya mempunyai
peluang sekali sahaja untuk berlatih mengajar di dalam kelas pengajaran mikro. Sejajar
dengan itu, guru pelatih hanya mendapat sekali sahaja maklum balas dari pensyarah atau
rakan sekelas. Hal ini menyebabkan guru pelatih kurang bersedia semasa latihan
mengajar, terutamanya dalam kajian ini memfokuskan kepada pengajaran guru pelatih
bagi opsyen Matematik.
Menurut Esah dan Mohd Anuar (1998), para pelajar tidak cukup setakat
menguasai konsep tetapi perlu menguasai kemahiran mengajar dan melaksanakan setiap
kemahiran kecil yang telah diutarakan melalui latihan amali dalam sesi pengajaran
mikro. Kekurangan kemahiran mengajar dari aspek teori dan praktikal menyebabkan
ramai guru-guru pelatih opsyen Matematik mengalami masalah untuk melaksanakan
pengajaran semasa latihan mengajar.
Shahabuddin et al. (2003) menyatakan bahawa secara idealnya, murid-murid
sekolah yang sebenar patut dibawa ke bilik tempat pengajaran mikro dijalankan.
Namun, kekangan dan masalah yang timbul menyebabkan guru pelatih atau rakan
sebaya bertindak sebagai murid. Akan tetapi masalah yang akan timbul ialah apabila
guru pelatih pergi ke latihan mengajar. Suasana yang dialami oleh guru pelatih semasa
berlatih di kelas pengajaran mikro adalah berbeza dengan keadaan sebenar di bilik
darjah. Hal ini menyebabkan ramai guru pelatih menghadapi masalah untuk
menyesuaikan diri dengan keadaan bilik darjah yang sebenar.
5
1.2 Pernyataan Masalah
Semasa guru pelatih menjalani kursus latihan mengajar di sekolah,
sememangnya mereka ini akan dinilai oleh penyelia dan juga guru pembimbing. Oleh
itu, semestinya terdapat kelemahan-kelemahan dari segi teknik dan gaya pengajaran
guru pelatih tersebut.
Menurut Robiah Sidin (1994), guru pelatih masih lemah dan kurang mahir
dengan teknik-teknik mengajar, contohnya mengaitkan pengajaran teori dan amali.
Faktor ini menyebabkan guru pelatih menghadapi masalah semasa menjalani kursus
latihan mengajar dan juga tidak berkeyakinan untuk keluar mengajar di sekolah.
Dalam kajian Abdullah Mohd Noor (1996) mendapati guru-guru menghadapi
masalah dalam pengajaran dari segi penggunaan bahan bantu mengajar. Hal ini jelas
menunjukkan bahawa sepatutnya guru-guru sudah terlatih semasa menjalani kursus
perguruan sebelum mengajar di sekolah. Justeru itu, adalah penting kajian dilakukan
bagi memastikan bahawa guru-guru pelatih telah lengkap dari segi penguasaan
kemahiran mengajar semasa menjalani latihan mengajar di sekolah.
Dalam kajian ini, masalah-masalah yang ingin dikaji oleh penyelidik adalah
seperti berikut:
1. Elemen-elemen subjek pengajaran mikro yang kurang membantu guru
pelatih dalam belajar untuk mengajar matematik.
2. Guru pelatih kekurangan kemahiran dan teknik mengajar matematik.
6
1.3 Objektif
Bagi mencapai matlamat dalam kajian ini, beberapa objektif dibuat untuk
dijadikan sebagai panduan utama bagi melaksanakan kajian ini.
Antaranya adalah:
1. Mengenal pasti keberkesanan subjek pengajaran mikro dalam membantu
guru pelatih belajar untuk mengajar matematik dari segi aspek:
a) Penulisan rancangan pengajaran
Perancangan pengajaran matematik yang hendak diajar oleh guru.
b) Set induksi
Pengenalan kepada pelajaran yang hendak diajar.
c) Bahan bantu mengajar
Bahan yang membantu kefahaman murid terhadap pengajaran guru.
d) Suara
Bahasa dan intonasi suara guru.
e) Teknik menyoal
Menilai kefahaman murid dan mengajar pelajar berfikir.
f) Merancang aktiviti
Aktiviti pengukuhan yang membantu pengajaran lebih bermakna dan
diminati oleh murid.
g) Penutup
Menguji penguasaan murid dan menimbulkan rasa ingin tahu murid
seterusnya penyampaian lebih berkesan.
h) Pengurusan masa
Guru membahagikan masa pengajaran secara sistematik untuk menjamin
kelancaran pengajaran.
7
2. Mengenalpasti kemahiran yang dipelajari dalam kelas pengajaran mikro yang
dipraktikkan oleh guru pelatih semasa latihan mengajar.
1.4 Persoalan
Semasa melakukan kajian ini, timbul beberapa persoalan yang menjadi panduan
arah tuju kajian ini bagi mencapai matlamat kajian. Antara beberapa persoalan yang
diutarakan adalah:
1. Adakah elemen-elemen yang dipelajari dari subjek pengajaran mikro
berkesan dalam membantu guru pelatih belajar untuk mengajar matematik?
2. Adakah kemahiran-kemahiran yang dipelajari semasa kelas pengajaran mikro
dapat dipraktikkan oleh guru pelatih semasa latihan mengajar?
3. Bagaimana untuk meningkatkan lagi penguasaan pembelajaran untuk
mengajar matematik yang boleh diimplikasikan semasa latihan mengajar?