Upload
prime-mdsbr
View
589
Download
18
Embed Size (px)
DESCRIPTION
MATHEMATICS
Citation preview
KAMPUS PEREMPUAN MELAYU, MELAKA
JABATAN MATEMATIK
KERJA KURSUS PENDEK [KKP]
SEM (3) 2012
NAMA AHLI KUMPULAN : a) MOHD DRAMANTI SANTRI BIN
ROHANI
(790505 – 04 – 5239)
b) MD ABU FADREY BIN MD YUSOF
(790615 – 11 – 5031)
c) RAFIDAH BINTI JOHAR
(791021 – 01- 5812)
PENSYARAH : PUAN ZALENA BT ABDUL RAZAK
PROGRAM/UNIT : MATEMATIK
KURSUS : PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG) JUN 2011
SUBJEK/ KOD : RESOS DALAM MATEMATIK/ MTE 3106
Tarikh serah : 28 Julai 2012Tarikh hantar : 1 September 2012Tandatangan Ketua Jabatan:
___________________________Cop Rasmi :
2
Kami akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan
dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah kami jelaskan sumbernya.
Nama Penulis : MOHD DRAMANTI SANTRI BIN ROHANI(790505 – 04 – 5239)
________________________________
MD ABU FADREY BIN MD YUSOF
(790615 – 11 – 5031)
________________________________
RAFIDAH BINTI JOHAR
(791021 – 01- 5812)
________________________________
Tarikh : 1 September 2012
KANDUNGAN
3
BAB PERKARA MUKA SURAT
Soalan Tugasan
- Muka hadapan 4
- Muka belakang 5
Penghargaan 6
Profail guru
- Profail Guru 1 7
- Profail Guru 2 8
- Profail Guru 3 9
1 Pengenalan 10 – 11
2 Resos
2a) Bagaimana resos dibina 12 – 13
2b) Penggunaan resos 13 – 14
2c) Bagaimana resos tersebut membantu proses
pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah.
15 – 16
3 Rancangan pengajaran harian dengan aktiviti P&P yang lengkap
17 – 23
4. Sumber Rujukan 24
4
SOALAN TUGASAN [MUKA DEPAN]
5
6SOALAN TUGASAN [MUKA BELAKANG]
7
PENGHARGAAN
Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat-Nya yang agung kerana
dengan limpah kasih sayang dan izin-Nya jua dapatlah kami menyiapkan tugasan
bagi Kerja Kursus Pendek Kumpulan ini.
Di kesempatan ini dengan sukacitanya kami ingin merakamkan penghargaan
dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam pembikinan tugasan ini,
terutamanya pensyarah - pensyarah bagi mata pelajaran ini. Terima kasih juga
kepada pensyarah-pensyarah lain di Jabatan Matematik yang turut sama
menyumbang sumber dan pengetahuan bagi proses menyiapkan tugasan ini.
Penghargaan juga turut diberikan kepada guru-guru PPG Unit Matematik di
atas kerjasama, sumbangan idea dan saranan-saranan membina yang diberikan
dalam menjadikan tugasan ini lebih mantap.
Kepada semua pihak sama ada yang terlibat secara langsung atau tidak
langsung, terima kasih diucapkan. Kerjasama yang diberikan amat penting dan jasa
anda semua tidak akan kami lupakan.
Banyak sungguh kendi dihulur,
Hanya diisi madu seroja,
Banyak sungguh budi ditabur,
Hanya Allah dapat membalasnya.
8
PROFAIL GURU 1
NAMA MOHD DRAMANTI SANTRI BIN ROHANI
GRED JAWATAN DGA 29
TARIKH MULA BERKHIDMAT 3 JANUARI 2005
KELULUSAN AKADEMIK
TERTINGGI
DIPLOMA SAINS KOMPUTER
[ UTM SKUDAI 2000]
KELULUSAN IKTISAS DIPLOMA PERGURUAN
[OPSYEN MATEMATIK / BAHASA MELAYU]
[MP SULTAN MIZAN, BESUT TERENGGANU]
NO KP 790505 – 04 – 5239
NO FAIL PERIBADI A 52189
EMAIL [email protected]
HP NO: 012 - 7382035
SENARAI SEKOLAH PERNAH BERKHIDMAT
BIL NAMA SEKOLAH TEMPOH JAWATAN
1. SK PENGKALAN
RINTING JOHOR BAHRU
03/ 01/ 2005 SEHINGGA 31
/ 12 / 2006
GURU PENOLONG
- [ ICT]
2. SK AYER HITAM BATU
18 MUAR JOHOR
03 / 01/ 2007 SEHINGGA
31 / 12 / 2009
GURU DATA
3. SK PARIT BAKAR
DARAT
03 / 01/ 2010 SEHINGGA
KINI
GURU DISIPLIN
9
PROFAIL GURU 2
NAMA MD ABU FADREY BIN MD YUSOF
GRED JAWATAN DGA 30
TARIKH MULA BERKHIDMAT 8 JULAI 2000
KELULUSAN AKADEMIK
TERTINGGISPM
KELULUSAN IKTISAS DIPLOMA PERGURUAN
[OPSYEN MATEMATIK / PENGAJIAN ISLAM]
[MP PERGURUAN ISLAM, BANGI]
NO KP 790615 – 11 – 5031
NO FAIL PERIBADI 29657
EMAIL [email protected]
HP NO: 019-6504325
SENARAI SEKOLAH PERNAH BERKHIDMAT
BIL NAMA SEKOLAH TEMPOH JAWATAN
1. SK BUKIT BERINGIN 1.1.2009 – HINGGA KINI GURU PENYELARAS
BESTARI
2.
3.
10
PROFAIL GURU 3
NAMA RAFIDAH BINTI JOHAR
GRED JAWATAN DGA 29
TARIKH MULA BERKHIDMAT 11 JULAI 2001
KELULUSAN AKADEMIK
TERTINGGI
SIJIL PELAJARAN MALAYSIA
[ SMK TUN SRI LANANG 1996]
KELULUSAN IKTISAS DIPLOMA PERGURUAN
[OPSYEN MATEMATIK / PENDIDIKAN JASMANI]
[MP BATU PAHAT]
NO KP 791021 – 01 - 5812
NO FAIL PERIBADI
EMAIL [email protected]
HP NO: 013 - 3414770
SENARAI SEKOLAH PERNAH BERKHIDMAT
BIL NAMA SEKOLAH TEMPOH JAWATAN
1. SK METHODIST 2,
MELAKA
11/ 07/ 2001 SEHINGGA 15
/ 01 / 2003
KETUA PANITIA PJK
2. SK SIKAMAT,
SEREMBAN, NEGERI
SEMBILAN
16 / 01/ 2003 SEHINGGA
KINI
SETIAUSAHA
KOKURIKULUM
11
1. Pengenalan
Perkembangan penggunaan resos matematik dalam proses pembelajaran
dan pengajaran telah menjadi pesat dewasa ini. Dari bahan bantu mengajar yang
bersifat maujud dan tradisional kini telah beralih kepada bentuk dan bahan yang
mudah dicapai dan digunakan dengan adanya bantuan dari perisian dan sistem
rangkaian yang semakin berteknologi tinggi.
Akan tetapi jurang penggunaan resos matematik ini masih tinggi disebabkan
kurangnya pengetahuan pembinaan perisian dan kos yang agak mahal untuk
membeli perisian mengajar tersebut. Faktor masa juga memainkan peranan penting
dalam pembinaan perisian kerana mengambil masa yang agak lama dan sedikit
sebanyak menggangu rutin harian seorang guru untuk mengajar dengan cekap.
Penggunaan perisian resos matematik telah menjadi suatu pendekatan
pengajaran-pembelajaran yang sangat penting dan telah terbukti keberkesananya.
Menurut Najib Tun Razak (dalam Ee Ah Meng, 1998) menyatakan bahawa sekolah
Bestari ditubuhkan bukan sahaja untuk memenuhi kehendak-kehendak Koridor Raya
Multimedia (MSC), malahan untuk melahirkan satu generasi baru rakyat Malaysia
yang kreatif dan inovatif dalam pemikiran selaras dengan Falsafah Pendidikan
Negara. Anwar Ibrahim (1997) dalam pembentangan Belanjawan 1998 telah
menyarankan agar setiap rakyat Malaysia perlu berkemahiran menggunakan
komputer. Menurut Zoraini Wati Abas (1997), untuk menuju ke tahap negara maju,
generasi celik maklumat perlu diasuh dari sekarang selaras dengan matlamat
perlaksanaan MSC. Ahmad Zaharudin Idrus (1997) turut memberi penekanan
bahawa dalam era teknologi maklumat dan dunia yang serba kompetitif,
penguasaan ilmu dan maklumat adalah sangat penting untuk mencapai taraf negara
maju seperti yang digariskan melalui Wawasan 2020.
Pendekatan pengajaran tradisi yang berasaskan “chalk and talk” tidak berapa
menarik minat atau merangsang proses pembelajaran kerana tidak melibatkan
kesemua panca indera terutama sekali dalam pembelajaran matapelajaran
Matematik. Penggunaan perisian berhubungkait dengan matapelajaran Matematik
yang mengandungi banyak topik yang sukar difahami oleh pelajar secara lisan
kerana perkara yang ingin disampaikan adalah berbentuk abstrak. Untuk
memudahkan pemahaman pelajar, kaedah penyampaian bidang ini harus
diubahsuai daripada pendekatan tradisi kepada pendekatan penerokaan dan
12
penemuan kendiri menerusi perisian multimedia interaksi yang melibatkan pelajar
secara aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
"People retain only 20 % of what they see, 30% of what they hear. But they
remember 50% of what they see and hear, as much as 80% of what they see,
hear and do simulaneously. " (Computer Technology Research, 1993).
Pembinaan perisian resos matematik adalah satu proses yang memerlukan
kemahiran, pengetahuan dalam bidang grafik di samping kreativiti serta inisiatif yang
tinggi untuk menghasilkan suatu perisian yang bermutu. Pembinaan perisian resos
matematik harus berpandukan kepada teori-teori pembelajaran supaya ia dapat
menyumbang kepada kesan pembelajaran yang positif dan berkesan. Di samping
itu, pembinaan perisian resos matematik juga harus mengambil kira apek umum dan
tidak terhad kepada sukatan mata pelajaran tertentu sahaja. Ini adalah sesuai
dengan polisi pendidikan negara yang sentiasa berkembang. Dengan ini, perisian
yang di bina tidak akan ketinggalan zaman dan boleh digunakan oleh pelbagai
pihak.
Justeru, kerja kursus ini bertujuan mengenalpasti cara pembelajaran
menggunakan resos matematik yang berkesan dengan cuba membina resos yang
mantap bagi kegunaan guru dalam menyampaikan ilmu. Dengan terhasilnya perisian
ini, diharapkan ianya dapat dijadikan sebagai bahan pengajaran dan pembelajaran
di sekolah maupun di institusi-institusi pendidikan yang lain. Jika ia didapati sesuai
digunakan, maka perisian-perisian selanjutnya boleh di bangunkan berdasarkan
kepada pendekatan perisian ini. Diharap juga perisian ini boleh dijadikan sebagai
rujukan kepada pembina perisian multimedia yang lain dalam membantu guru serta
pelajar menempuhi dunia pendidikan yang semakin luas dan mencabar.
13
2. Resos
2.a) Bagaimana resos dibina
Dalam pembangunan perisian multimedia ini disamping bahasa gubahan
Micromedia Authoware versi 6.0 , Macromedia Flash, Ulead Videoa studio, hot
potatoes dan banyak perisian sokongan lain telah digunakan untuk menghasilkan
rekabentuk yang bersifat interaktif dan memperkayakan paparan skrin yang dapat
menarik minat pengguna. Sebagai contohnya Ulead COOL 3D ver 3.5 di gunakan
untuk mengedit klip-klip video dan menghasilkan video. Perisian resos matematik
yang direka telah mengoptimumkan mod penggunaan komputer dalam proses
pengajaran dan pembelajaran iaitu
1. Pelajar boleh menggunakan pemprosesan perkataan untuk menyediakan
- laporan-laporan aktiviti untuk aktiviti pengayaan, tugasan serta projek.
- penyediaan portfolio : bercetak atau berbentuk elektronik
- penyediaan kontrak pembelajaran dan lain - lain.
2. Persembahan grafik dengan menggunakan ‘drawing tools’ untuk melukis :
-pelan dan dongakan dengan menggunakan grid yang telah disediakan(sebagai
template) atau tanpa grid, melukis pelan bagi taman kanak-kanak dan lain –
lain.
3. Menggunakan perisian ‘Java Script’ serta ‘Authorware’ untuk menyediakan
penilaian-penilaian formatif di mana pelajar mendapat maklum balas serta
merta tentang kemajuannya dan maklumat ini disimpan dalam pangkalan data
yang dapat diakses oleh guru dengan serta merta. Penilaian ini dapat
dijalankan oleh pelajar pada bila-bila masa dan di mana- mana (di luar bilik
darjah - misalnya di rumah ).
4. Perisian lain yang diintergrasikan ialah ‘Sound Forge’, ‘Adobe Photoshop’ dan
‘Image Ready’, ‘Adobe Acrobat 4.0’, ‘Photo Paint Pro 5.0’, ‘Macromedia
Dreamweaver’ dan ‘Microsoft Office’.
14
Dalam aspek pembangunan juga penyelidik menggunakan mikro komputer
dengan Mikropemprosesan Intel Pentium III 833 MHz, 128 MB RAM serta
menggunakan sistem komputer yang mempunyai kapasiti 20GB. Walaupun begitu
sistem ini hanya menggunakan sebanyak 65.7 MB ruang storan sahaja. Lain-lain
sistem adalah sama seperti komputer multimedia yang lain. Dianggarkan pengguna
perisian ini memerlukan sekurang-kurangnya perkakasan main dengan
Mikropemprosesan Pentium 100Mhz dan 64 MB RAM bagi membolehkan perisian
multimedia ini berfungsi dengan baik.
2.b) Penggunaan resos
SUMBER SEDIA ADA(BUKAN TMK)
SUMBER SEDIA ADA(TMK)
SUMBER TMK YANG DIPERLUKAN
1. Carta masa
2. Gambar – gambar jenis jam dan peranti masa.
3. Model jam analog dan jam digital.
4. Jam Tangan murid / guru.
1. Video berkenaan peredaran masa dari waktu pagi sehingga malam.
2. Bahan Bantu Mengajar dalam bentuk persembahan slaid MS Powerpoint.
3. Laluan internet
4. Pemain video dan LCD Projektor
5. Soalan Interaktif dari komputer.
6. Pengimbas
7. Digital Camera
1. Laluan internet untuk mencari data - data berkenaan dengan topik dan menjawab soalan.
2. Slaid MS Powerpoint sebagai BBM yang menerangkan masa dalam sehari, dalam seminggu,bulan dan menyatakan masa berdasarkan waktu.
3. Bahan – bahan video berkaitan masa.
4. Perisian MS Word untuk digunakan oleh pelajar bagi memuat turun data – data dari internet.
5. Perisian edit / gabung video.
15
Topik/Sub- Topik Penggunaan TMK Kemahiran TMK Sumber TMK
Masa :
Pengenalan kepada Masa
Operasi masa
1. Guru menggunakan
persembahan MS Power
Point yang diintegrasikan
dengan perisian MS Word
dan internet untuk mencari
data-data untuk dimuat
turun ke dalam fail MS Word.
2. Fail movie juga dipaut kepada
persembahan slaid MS Power
Point.
1. Murid belajar menggunakan
persembahan MS Power Point
bila menjalankan aktiviti
menjawab soalan interaktif di
dalam persembahan.
2. Murid belajar cara
menggunakan tetikus, papan
kekunci dan membuka
paparan MS Word atau MS
Power Point dengan
bimbingan guru.
4. Murid dapat
pengetahuan
dan
pengalaman
menggunakan
komunikasi
elektronik.
1. Slaid persembahan
sebagai BBM.
2. Perisian MS Word.
3. Perisian MS Power
Point.
4. Internet dan alamat
laman web.
http://www.teachingtime.co.uk/clock/clockres.html
http://www.teachingtime.co.uk/draggames/sthec1.html
http://www.teachingtime.co.uk/draggames/y1atod.html
http://www.teachingtime.co.uk/what/2y1atod.html
http://www.teachingtime.co.uk/flashdigital.html
http://www.teachingtime.co.uk/flashcard.html
http://www.teachingtime.co.uk/clockOHP.html
http://www.teachingtime.co.uk/wsgames/y1game.html
http://www.teachingtime.co.uk/tvguide.html
5. Fail-fail video yang
dipindahkan dari
rakaman
video ke komputer.
16
2.c) Bagaimana resos tersebut dapat membantu proses pengajaran dan
pembelajaran dalam bilik darjah?
Secara amnya, pelajar merasakan bahawa pengajaran guru lebih menarik jika
guru itu menggunakan Bahan Bantu Mengajar. Melalui penggunaan Bahan Bantu
Mengajar, seseorang guru itu lebih bersedia dan lebih kreatif untuk menyampaikan
pelajarannya dengan baik (Kamal et.al, 1987, m.s. 227). Dale (1963, m.s. 218 ),
telah menyatakan tujuh nilai penting tentang penggunaan Bahan Bantu Mengajar :
1. merangsang minat yang tinggi di kalangan pelajar dan minat satu faktor
yang penting dalam pembelajaran mereka.
2. Menyediakan satu dasar kukuh untuk perkembangan kefahaman dan corak
pemikiran dan oleh itu mengurangkan berbagai-bagai gerak balas lisan daripada
pelajarnya.
3. Membekalkan satu dasar untuk perkembangan pembelajaran pelajar -
pelajar dan oleh itu menjadikan pembelajaran mereka lebih kekal.
4. Menyediakan pengalaman yang tidak dapat diperolehi dengan mudahnya
melalui cara lain dan menolong menjadikan pembelajaran pelajar-pelajar lebih
mendalam dan pelbagai.
5. Menolong dalam kefahaman, oleh itu mempercepatkan perkembangan
perbendaharaan kata.
6. Menawarkan pengalaman yang sebenar dan dengan demikian
merangsangkan kegiatan seorang pelajar.
7. mendorong pelajar untuk menyiasat dan dengan demikian menambahkan
bacaan sukarela.
Para pendidik perlu berubah daripada cara pengajaran tradisional yang masih
diamalkan oleh sesetengah guru dalam aspek pengajaran pembelajaran perlu dikaji
semula dan diubahsuai jika perlu. Semua jenis pembelajaran dan pengalaman yang
diperolehi adalah melalui deria. Menurut Kamaruddin (1986, m.s.214), Bahan Bantu
Mengajar merupakan segala kelengkapan yang digunakan oleh guru untuk
membantunya dalam menyampaikan pengajaran di bilik darjah. Alatan mengajar ini
17
tidak terhad kepada buku-buku teks,papan tulis dan gambar-gambar sahaja tetapi
juga merangkumi segala benda yang digunakan dalam pengajaran dan sebagainya.
Hasil dari kajian Mohd Sharif Abdul Manaf (1994, dalam Omar Drahman,
1997 m.s.18 ), mendapati penggunaan media dalam pengajaran dan pembelajaran
dapat menimbulkan kesan positif seperti;
1. Proses pengajaran menjadi lebih baik dengan penggunaan media
pengajaran.
2. Pembelajaran berkesan dalam masa yang singkat.
3. Membantu mencapai objektif pengajaran.
4. Pelajar lebih berminat dengan pengajaran dan pengajar.
Ini diikuti dengan kajian Naim Ahmad (1989, m.s. 64), merumuskan hasil
kajiannya tentang keberkesanan media pengajaran kepada pengajar dalam proses
pengajaran dan pembelajaran.
a. Media pengajaran dapat membantu meningkatkan keupayaan ingatan
semasa menyampaikan pelajaran.
b. Dapat membantu pengajar mengubah teknik dan kaedah pengajaran.
c. Dapat menjelaskan konsep pelajaran dengan berkesan.
d. Mempelbagaikan media pengajaran boleh menimbulkan minat yang
berterusan kepada pelajar.
e. Menjimatkan masa pengajar.
f. Media pengajaran mendorong daya kreativiti pengajar dengan pelajar.
Justeru, pembinaan resos ini amat bertepatan dengan apa yang telah
dibincangkan kerana ia banyak membantu melancarkan proses pengajaran dan
pembelajaran dalam bilik darjah.
18
3. Rancangan pengajaran harian dengan aktiviti P&P yang lengkap
Mata pelajaran : Matematik
Tahun : 4 Pluto
Hari : Selasa
Tarikh : 5 May 2005
Masa : 9.00 – 10.00 pagi
Bilangan Murid : 30 orang
Topik : 5. Masa dan waktu
Kemahiran :
5.5 Penambahan masa dan waktu (saat, minit, jam, hari, minggu, bulan dan tahun )
Aras 3
Menyelesaikan masalah operasi tambah yang melibatkan ukuran masa dalam
situasi harian.
5.6 Penolakan masa dan waktu ( saat, minit, jam, hari, minggu, bulan dan tahun )
Aras 1
Menolak ukuran masa tanpa melibatkan penukaran unit.
Pengetahuan sedia ada:
Murid sudah mempunyai asas dalam oprasi penambahan dan
penolakan sesuatu nombor.
Murid sudah mempunyai pengetahuan berkenaan perkaitan dan
hubungan antara setiap unit masa.
Murid sudah biasa menggunakan masa dan waktu dalam kehidupan
seharian mereka.
Hasil pembelajaran :
Pada akhir pembelajaran ini, murid dapat :
Menyelesaikan masalah operasi tambah yang melibatkan ukuran
masa dalam situasi harian.
Menolak ukuran masa tanpa melibatkan penukaran unit.
19
Kemahiran berfikir :
Menghubungkait
Menjana idea
Gambaran mental
Menterjemah
Mentafsir
Menyelesaikan masalah
Penerapan nilai :
Yakin
Berani
Ketepatan
Teliti
Kerjasama
Rajin
Penggabungjalinan :
Bahasa Melayu
Bahasa inggeris
Pendidikan Moral
20
Persediaan Guru
(BukanTMK)
1. Carta masa
2. Gambar – gambar jenis jam dan peranti masa.
3. Model jam analog dan jam digital.
4. Jam Tangan murid / guru.
Penerapan TMK TMK digunakan dalam bentuk kumpulan P&P koperatif:
1. Membina BBM menggunakan perisian MS Office.
2. Membuka fail MS Word untuk menaip tugasan
menggunakan templat pengurusan grafik yang
disediakan,
3. Membuka fail MS Excel untuk menjawab latihan
interaktif berkaitan tajuk.
4. Melayari internet untuk memperoleh maklumat
berkaitan dengan masa.
5. Berbincang dalam ruangan forum mengunakan
Yahoo Mesengger untuk berkongsi maklumat
tugasn dan berkolaborasi berkaitan topik.
6. Menghantar tugasan kepada guru menggunakan e-
mel.
Persediaan TMK
1. Menempah bilik komputer dan projektor LCD.
2. Memastikan sistem rangkaian dan internet
berfungsi.
3. Perisian MS Office dan set soalan dalam MS Word.
4. Set slaid MS Power Point sebagai Bahan Bantu
Mengajar.
5. URL berkaitan dengan Masa untuk pautan
pembelajaran.
21
6. Klip video tentang Masa.
7. ID Yahoo Messenger untuk murid.
8. E-mel guru yang masih aktif dan boleh digunakan.
9. Menyediakan templat tugasan dalam MS Word.
Aktiviti Pelajaran 1. Memainkan lagu “ Masa Itu Emas” dengan MS
PowerPoint.
2. Menyanyikan lagu dengan bimbingan guru.
3. Bersoal jawab mengenai tajuk pelajaran.
4. Menyaksikan klip video tentang jenis-jenis jam dan
persembahan MS Power Point.
5. Menjawab soalan latihan pengukuhan interaktif
dalam MS Excel secara lisan.
6. Menyaksikan video tentang masa (pagi, tengah
hari, petang, senja dan malam) dan menjawab
soalan latihan pengukuhan interaktif
dalam MS Excel secara lisan.
7. Penilaian rakan sebaya dan penghantaran
tugasan.
22
Aktiviti Guru
1. Memperdengarkan lagu “Masa Itu
Emas” dengan MS Power Point.
Tekan F5 apabila power point telah
dibuka.
2. Membimbing murid menyanyi lagu
berkenaan.
3. Mengemukakan soalan berkaitan
set induksi dan perkaitannya
dengan tajuk pelajaran.
4. Menayangkan slaid MS Power
Point @ MS Word tentang waktu
dan jam. Mengemukakan soalan
berkaitan . Contoh :-
Apakah jenis jam yang kamu lihat
ini?
Apakah waktu pada gambar yang
ditunjukkan?
.
5. Pengajaran menggunakan pelayan
HTML offline.
6. Pengajaran operasi masa.
Aktiviti Murid
1. Mendengar, memerhati dan berfikir
mengenai klip video lagu yang
ditayangkan.
2. Murid menyanyi lagu bersama
dengan guru.
3. Menjawab soalan guru tentang
perkaitan set induksi dengan tajuk
pelajaran.
4. Menyaksikan slip video sambil
mencari jawapan kepada soalan
guru.
5. Murid belajar dengan bantuan
BBM Power Point untuk memahami
isi pelajaran.
6. Menjawab soalan pengukuhan
secara lisan.
7. Melaksanakan tugasan dalam
lembaran kerja dengan bimbingan
guru.
8. Menyiapkan lembaran kerja yang
diberi.
23
7. Meminta murid menjawab
Latihan pengukuhan dalam
lembaran kerja interaktif HTML
ofline.
8. Meminta murid menjawab soalan
kuiz interaktif.
9. Memantau kerja murid. Guru
mencetak lembaran kerja untuk
diedar kepada murid.
Lembaran 1
Lembaran 2
Lembaran 3
Lembaran 4
Lembaran 5
Lembaran 6
Lembaran 7
9. Menerima email tugasan murid.
10. Meminta murid bermain dengan kuiz
masa yang dibina dari Flash.
11. Rumusan pelajaran.
9. Menghantar tugasan kepada guru
melalui email.
10. Bahan bercetak yang telah siap
dibuat oleh murid di imbas oleh
pengimbas dan dihantar ke email
guru. Demonstrasi cara akan
diperkenalkan terlebih dahulu.
11. Menyiapkankerja rumah online
berdasarkan alamat website yang
diberi dibawah.
1. Tiada berkaitan.
24
14. Keperluan Khusus
15. Laman Web. http://www.teachingtime.co.uk/clock/clockres.html
http://www.teachingtime.co.uk/draggames/sthec1.html
http://www.teachingtime.co.uk/draggames/y1atod.html
http://www.teachingtime.co.uk/what/2y1atod.html
http://www.teachingtime.co.uk/flashdigital.html
http://www.teachingtime.co.uk/flashcard.html
http://www.teachingtime.co.uk/clockOHP.html
http://www.teachingtime.co.uk/wsgames/y1game.html
http://www.teachingtime.co.uk/tvguide.html
16. Literasi Jenis-jenis Jam, perubahan masa dan waktu, hari dalam
seminggu dan bulan dalam setahun.
17. Numerasi Saat, minit, jam, hari, minggu, bulan dan tahun.
18. Bahan Rujukan
TMK dan bukan
TMK.
1. Buku Teks Matematik Tahun Satu.
2. CD Rom Matematik Tahun Satu.
3. MS PowerPoint.
4. LCD Projektor
5. Laluan Internet.
6. Pengimbas
7. Digital Kamera.
8. CD berkenaan peredaran masa.
RUJUKAN
25
Ee Ah Meng (1998).”Psikologi Pendidikan II (semester II).” Shah Alam. Penerbit
Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Fletcher, J.D (1990) “Effectiveness and cost of interactive Video Disc Instruction in
deffence training and education.” Washington D.C institute for Defence Analysis.
Gan S. Lee (1996). “CIE projects-Where are we heading?”. Intech: 25 Jun 1996.
Kementerian Pendidikan Malaysia (1993). “Kurikulum bersepadu sekolah menengah
pengajian kejuruteraan elektrik & elektronik tingkatan 4.” Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Mohd Najib Tun Haji Razak (1997). “Education for a smart society.”
http://www.mdc.com/flagship/school/index.html
Ng Kien Kang(1998). “Pembinaan Periasian Pembelajaran Berbantu Komputer
Multimedia dalam satu tajuk kecil mata pelajaran Teknologi Elektrik-Transistor.”
Tesis Sarjana Muda UTM (tidak diterbitkan).
Okey, J. et al.(1985). “Development of An Intergrated Process Skill Test II.” Journal
of Research In Science Teaching, 22(2): 169-177.
Zoraini bt Wati Abas (1997). “Melahirkan generasi celik maklumat.” Utusan
Melayu.______