11
PJM3111 PERMAINAN BOLA TAMPAR & BOLA BALING DAYANG SADIAH BT AWANG RASIT PPGPJ1212 REFLEKSI KENDIRI TENTANG PENGAJARAN MIKRO BOLA BALING KELEBIHAN Banyak kelebihan yang saya dapat dalam menjalani pengajaran mikro bola baling ini. Pertama sekali ialah saya dapat mengenal pasti kemampuan diri saya sendiri dalam mencipta alat inovasi ini. Semasa mencipta alat ini, saya perlu memikirkan banyak benda seperti penggunaan bahan yang akan diguna, kebaikan untuk murid dan kesesuaian alat yang dicipta dengan rancangan mengajar yang dirancang. Ia juga dapat meningkatkan daya pemikiran kreatif diri saya kerana saya perlu berfikir di luar kotak pemikiran yang sedia ada di mana saya perlu mengubah bahan bantu mengajar yang sedia ada kepada alat inovasi yang lebih mudah, efektif, memberi kelainan dan keseronokan kepada murid. Hasil penciptaan alat ini juga, murid akan berasa seronok dan teruja apabila mereka melihat ada benda baru yang digunakan. Murid juga tidak jemu dengan pengajaran mikro saya kerana saya mengajar menggunakan alat yang baru dan bukan menggunakan alat sukan yang sedia ada. Ia memberi impak yang baik kerana murid memberi tumpuan semasa pengajaran dan pembelajaran ini. Pada mulanya, saya berasa sukar apabila menerima tugasan ini kerana saya perlu mencipta alat inovasi tetapi setelah alat mula tercipta, saya sendiri berasa teruja dan seronok. Kalau bukan kerana tugasan ini, berkemungkinan saya tidak

Refleksi Kendiri Tentang Pengajaran Mikro Bola Baling

Embed Size (px)

DESCRIPTION

refleksi

Citation preview

Page 1: Refleksi Kendiri Tentang Pengajaran Mikro Bola Baling

PJM3111 PERMAINAN BOLA TAMPAR & BOLA BALINGDAYANG SADIAH BT AWANG RASIT PPGPJ1212

REFLEKSI KENDIRI TENTANG PENGAJARAN MIKRO BOLA BALING

KELEBIHAN

Banyak kelebihan yang saya dapat dalam menjalani pengajaran mikro bola

baling ini. Pertama sekali ialah saya dapat mengenal pasti kemampuan diri saya

sendiri dalam mencipta alat inovasi ini. Semasa mencipta alat ini, saya perlu

memikirkan banyak benda seperti penggunaan bahan yang akan diguna, kebaikan

untuk murid dan kesesuaian alat yang dicipta dengan rancangan mengajar yang

dirancang.

Ia juga dapat meningkatkan daya pemikiran kreatif diri saya kerana saya perlu

berfikir di luar kotak pemikiran yang sedia ada di mana saya perlu mengubah bahan

bantu mengajar yang sedia ada kepada alat inovasi yang lebih mudah, efektif,

memberi kelainan dan keseronokan kepada murid.

Hasil penciptaan alat ini juga, murid akan berasa seronok dan teruja apabila

mereka melihat ada benda baru yang digunakan. Murid juga tidak jemu dengan

pengajaran mikro saya kerana saya mengajar menggunakan alat yang baru dan

bukan menggunakan alat sukan yang sedia ada. Ia memberi impak yang baik

kerana murid memberi tumpuan semasa pengajaran dan pembelajaran ini.

Pada mulanya, saya berasa sukar apabila menerima tugasan ini kerana saya

perlu mencipta alat inovasi tetapi setelah alat mula tercipta, saya sendiri berasa

teruja dan seronok. Kalau bukan kerana tugasan ini, berkemungkinan saya tidak

mengetahui kelebihan dan kebolehan yang ada pada diri saya. Terhasilnya alat

inovasi ini, ia akan merubah sistem pengajaran dan pembelajaran yang lama kepada

sistem yang baru iaitu dari segi penggunaan alat-alat sukan.

Page 2: Refleksi Kendiri Tentang Pengajaran Mikro Bola Baling

PJM3111 PERMAINAN BOLA TAMPAR & BOLA BALINGDAYANG SADIAH BT AWANG RASIT PPGPJ1212

KELEMAHAN

Di samping kelebihan, terdapat juga sedikit kelemahan. Kelemahan yang

telah saya dapat kenal pasti daripada tugasan ini ialah kesediaan saya sendiri dalam

memperkenalkan alat inovasi ini. Pertuturan saya masih tergagap-gagap dan kurang

lancar sedikit menyebabkan murid kurang faham dengan penerangan saya. Saya

terpaksa mengulangi arahan banyak kali dan ia juga menyebabkan pembaziran

masa pengajaran dan pembelajaran.

Kedua, alat inovasi yang saya cipta kurang stabil dan ia kadang kala

bergoyang apabila ditiup dan ini menyukarkan murid untuk menghantar bola ke arah

yang tepat. Kelemahan yang ketiga ialah masa pengajaran dan pembelajaran yang

tidak mencukupi akibat daripada kesalahan saya sendiri yang kurang peka dengan

penggunaan masa yang optimum.

Kelemahan yang terakhir yang dapat saya perolehi daripada pengajaran

mikro ini ialah penggunaan padang yang kurang sesuai kerana saya terpaksa

mengajar di atas jalan bertar kerana sekolah tiada padang yang sesuai untuk

bersukan dan untuk pengetahuan padang yang saya guna selama ini adalah

berkongsi tempat dengan tempat letak kereta guru.

Page 3: Refleksi Kendiri Tentang Pengajaran Mikro Bola Baling

PJM3111 PERMAINAN BOLA TAMPAR & BOLA BALINGDAYANG SADIAH BT AWANG RASIT PPGPJ1212

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

Pada masa yang akan datang, saya akan cuba untuk berkomunikasi dengan

baik dan mesti yakin dalam setiap tutur kata yang dilontarkan. Di samping itu juga,

saya akan sentiasa bersedia sebelum memulakan pengajaran dan pembelajaran

yang akan dijalankan. Alat inovasi juga perlu diubah sedikit tapaknya agar lebih

stabil iaitu saya akan menyediakan tapak alat yang lebih lebar dan berat.

Penggunaan masa yang optimum agar segala aktiviti yang dirancang akan

dapat dilaksanakan mengikut masa yang ditetapkan. Seterusnya ialah saya akan

berusaha untuk mencari padang yang lebih sesuai, di mana saya akan membawa

murid bersukan di padang kampong yang berdekatan dengan sekolah.

Akhir kalam, setiap apa yang dilakukan pasti ada kelebihan dan kelemahan.

Maka daripada situ lah, saya dapat untuk memperbaiki kesilapan dan kelemahan

yang saya ada. Saya juga dapat mengetahui kebolehan dan kelebihan yang ada

pada diri saya terutama dalam penciptaan alat inovasi ini.

Page 4: Refleksi Kendiri Tentang Pengajaran Mikro Bola Baling

PJM3111 PERMAINAN BOLA TAMPAR & BOLA BALINGDAYANG SADIAH BT AWANG RASIT PPGPJ1212

RUJUKAN

BUKU

Lee Chin Choy (2006). Siri Sukan Popular Fajar Bakti: Bola Baling. Shah Alam: Fajar

Bakti Sdn. Bhd.

Teng Boon Tong (1993). Panduan Pengajaran Kemahiran Asas Permainan. Petaling

Jaya: Longman Malaysia Sdn. Bhd.

Wee Eng Hoe (2000). Pengajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Edisi Kedua:

Shah Alam. Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Rancangan Pengajaran Tahunan Sekolah Rendah Tahun 4

LAMAN WEB

Diakses pada 10 September 2013 daripada

http://www.scribd.com/doc/130834619/126355331-RPH-Bola-Baling-Hntran-Aras-

Dada

Diakses pada 10 September 2013 daripada

http://www.scribd.com/doc/160954623/Teknik-Hantaran-Bola-Baling

Diakses pada 10 September 2013 http://www.scribd.com/doc/164631685/48028516-

Rph-Pj-Bola-Baling

Page 5: Refleksi Kendiri Tentang Pengajaran Mikro Bola Baling

PJM3111 PERMAINAN BOLA TAMPAR & BOLA BALINGDAYANG SADIAH BT AWANG RASIT PPGPJ1212

REFLEKSI KENDIRI TENTANG PENGAJARAN MIKRO BOLA TAMPAR

KELEBIHAN

Sepanjang pengajaran mikro, saya memperoleh banyak pengalaman dan

input baru berkaitan cara-cara dan teknik yang betul dalam menyediakan rancangan

pengajaran harian Pendidikan Jasmani dan Kesihatan khususnya untuk bola tampar

dengan lebih efektif. Pensyarah juga banyak memberi tunjuk ajar, nasihat dan

teguran membina bagi memantapkan lagi cara pengajaran kami di samping

memperbaiki kelemahan kami semasa menyediakan rancangan pengajaran harian

untuk diaplikasikan di sekolah.

Saya belajar untuk mengawal keadaan dan tingkah laku murid bagi

memastikan mereka bermain dalam keadaan yang terkawal, mengikut arahan dan

tidak melakukan aktiviti lain sepanjang aktiviti berjalan. Semasa mengendalikan

proses pengajaran dan pembelajaran, arahan yang diberikan mestilah dalam nada

yang kuat dan jelas supaya mudah difahami pelajar.

KELEMAHAN

Semasa pengajaran mikro bola tampar, terdapat beberapa kelemahan saya

yang perlu dibaiki agar kesalahan yang sama tidak diulangi lagi pada masa

hadapan. Di mana saya ada kalanya tidak mengajar dengan teknik yang betul dan

ini disebabkan oleh saya kurang bersedia. Kelemahan ini boleh menyebabkan murid

mendapat maklumat yang salah dan tidak dapat menguasai kemahiran yang diajar.

Page 6: Refleksi Kendiri Tentang Pengajaran Mikro Bola Baling

PJM3111 PERMAINAN BOLA TAMPAR & BOLA BALINGDAYANG SADIAH BT AWANG RASIT PPGPJ1212

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

Saya akan cuba untuk memperbaiki kelemahan-kelemahan yang berlaku

terutama dalam aspek tunjuk cara untuk memastikan tahap kecekapan dan

penguasaan murid dalam kemahiran yang dipelajari berada pada tahap seoptima

yang boleh. Dalam pada itu, kaedah pengajaran secara ansur maju amatlah penting

untuk mengajar sesuatu kemahiran bagi memantapkan lagi kemahiran yang telah

dipelajari.

Secara keseluruhannya, saya telah menjalankan aktiviti pemanasan dan

penyejukan badan, tunjuk cara, latih tubi, ansur maju dan permainan kecil mengikut

prosedur yang telah digariskan. Sepanjang aktiviti berlangsung, semua murid

memberikan kerjasama yang amat baik sekali di mana mereka sentiasa aktif untuk

bermain bagi memastikan kumpulan mereka menang. Mereka semua gembira

melibatkan diri dalam setiap aktiviti yang dijalankan.

Kesimpulannya, pengalaman mengendalikan pengajaran mikro ini secara

tidak langsung adalah sebagai suatu persediaan untuk menguji ketahanan mental

dan fizikal semasa mengajar di sekolah. Saya berharap agar ilmu pengetahuan dan

pengalaman yang ditimba dapat dikongsi dan dipraktikkan bersama murid semasa

mengajar subjek Pendidikan Jasmani.

Page 7: Refleksi Kendiri Tentang Pengajaran Mikro Bola Baling

PJM3111 PERMAINAN BOLA TAMPAR & BOLA BALINGDAYANG SADIAH BT AWANG RASIT PPGPJ1212

REFLEKSI KESELURUHAN TENTANG PENGAJARAN MIKRO YANG TELAH

DIJALANKAN

Semasa menjalankan sesi pengajaran dan pengajaran dijalankan, terdapat

kelebihan dan kelemahan yang dapat dikesan. Pengajaran yang dilaksanakan

secara keseluruhanya adalah berkesan akan tetapi terdapat juga kekurangan yang

perlu diperbaiki untuk mencapai sesi pengajaran dan pembelajaran yang sempurna.

Kekuatan bagi sesi pengajaran dan pengajaran ini yang dapat dikesan adalah

ketegasan dan kelantangan suara. Guru mempunyai suara yang lantang dan tegas

semasa sesi pengajaran dijalankan. Suara yang lantang dapat menarik minat murid

untuk mematuhi arahan guru sekaligus dapat membantu murid untuk memahami

apa yang cuba disampaikan oleh guru. Daripada kelantangan dan ketegasan suara

ini telah mewujudkan kawalan kelas yang baik semasa sesi pengajaran dan

pengajaran dijalankan. Kawalan kelas yang baik dapat memastikan keselamatan

murid semasa sesi pengajaran dan pembelajaran dijalankan.

Selain itu juga, kekuatan lain yang dapat dikesan adalah strategi bimbingan

yang dipilih. Strategi bimbingan yang digunakan adalah lebih berpusatkan murid.

Situasi ini dapat dilihat sepanjang sesi pengajaran dan pengajaran dijalankan di

mana penglibatan semua murid secara menyeluruh semasa aktiviti pembelajaran

dijalankan. Murid juga kelihatan aktif dan menunjukkan perasaan seronok dalam

permainan kecil dengan bersorak terhadap rakan lain.

Kekuatan terakhir adalah pendekatan bimbingan guru semasa sesi

pengajaran dan pengajaran dijalankan. Guru bergerak aktif semasa langkah

perkembangan pengajaran cuba sedaya upaya untuk membetulkan kesilapan teknik

perlakuan kemahiran yang dilakukan oleh murid. Pendekatan ini membuatkan murid

akan lebih cepat untuk memahami teknik perlakuan kemahiran yang betul.

Bagi kelemahan sesi pengajaran dan pengajaran yang dapat dikesan adalah

pembahagian ketepatan masa bagi sesuatu langkah pengajaran. Didapati terdapat

satu langkah pengajaran yang tidak mengikuti peruntukan masa yang ditetapkan.

Apabila sesuatu langkah pengajaran yang dijalankan menjadi terlalu singkat, hal ini

akan menyebabkan kelancaran sesi pengajaran dan pengajaran tergangu dan tidak

Page 8: Refleksi Kendiri Tentang Pengajaran Mikro Bola Baling

PJM3111 PERMAINAN BOLA TAMPAR & BOLA BALINGDAYANG SADIAH BT AWANG RASIT PPGPJ1212

seimbang. Hal ini juga akan meningkatkan kemungkinan peratusan murid untuk

gagal dalam menguasai kemahiran yang diajar kerana tidak sempat untuk

memahami dan mengaplikasikan kemahiran yang diajar.

Kelemahan lain adalah kesesuaian pemilihan tempat melakukan aktiviti. Sesi

pengajaran dan pengajaran telah dilakukan di jalan yang bertar. Permukaan

gelanggang yang keras menjadikan keadaan yang merbahaya bagi murid semasa

melakukan aktiviti larian. Hal ini kerana, permukaan yang keras akan meningkatkan

kemungkinan murid mudah cedera semasa berlari.

Berdasarkan kelemahan-kelemahan di atas, antara penambahbaikan yang

boleh dilakukan adalah membuat perancangan tetapan masa yang rapi bagi setiap

langkah pengajaran. Guru seharusnya mengikut peruntukan masa dengan tepat

walaupun murid berjaya atau gagal menguasai teknik perlakuan yang ditetapkan

semasa langkah pengajaran. Antara cara yang boleh dilakukan oleh guru untuk

menepati masa adalah guru mengatur jam tangan berbunyi setiap langkah

pengajaran dijalankan. Sekiranya jam tangan berbunyi, maka guru haruskan

meneruskan langkah pengajaran yang seterusnya.

Penambahbaikan lain yang boleh dilakukan adalah guru memilih tempat

aktiviti yang sesuai dengan kemahiran yang diajar dengan menjalankan sesi

pengajaran dan pengajaran di atas padang dimana permukaan padang yang lebih

lembut akan mengurangkan risiko kecederaan murid sekiranya murid tidak

mempraktikkan teknik perlakuan kemahiran yang betul. Sekiranya padang tidak

dapat digunakan atau tiada, guru boleh mengubahsuai langkah pengajaran teknik

perlakuan supaya sesuai dengan tapak permukaan tempat aktiviti.

Secara keseluruhannya, sesi pengajaran dan pengajaran dapat dilaksanakan

dengan lancar di mana murid memberikan respon yang baik dan menunjukkan

penglibatan yang menyeluruh. Akan tetapi terdapat juga beberapa kelemahan yang

perlu dibaiki agar sesi pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih sempurna dan

lancar.