23
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL PERSEPSI GURU PELATIH MATEMATIK UTM TERHADAP PENULISAN REFLEKTIF SEMASA LATIHAN MENGAJAR SESI PENGAJIAN: 2008/2009 Saya : SHPH. AKLIMA NADIA BINTI SYED ALWI (HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut : 1. Hakmilik tesis adalah dibawah nama penulis melainkan penulisan sebagai projek bersama dan dibiayai oleh UTM, hakmiliknya adalah kepunyaan UTM. 2. Naskhah salinan di dalam bentuk kertas atau mikro hanya boleh dibuat dengan kebenaran bertulis daripada penulis. 3. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian mereka. 4. Tesis hanya boleh diterbitkan dengan kebenaran penulis. Bayaran royalti adalah mengikut kadar yang dipersetujui kelak. 5.*Saya membenarkan/tidak membenarkan Perpustakaan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran di antara institusi pengajian tinggi. 6. **Sila tandakan ( ) SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentinganMalaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/ badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD Disahkan oleh ____________________________________ _______________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap : K-97, TAMAN PERUMAHAN, PROF DR. NOOR AZLAN B WAKAF TEMBESU, AHMAD ZANZALI 21300 KUALA TERENGGANU, TRG. Tarikh : Tarikh : CATATAN : * Potong yang tidak berkenaan.** Jika Tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD (NAMA PENYELIA)

borang pengesahan tesis - fp.utm.my · 4.2 Catatan refleksi kendiri responden B 53 4.3 Catatan refleksi kendiri responden C 59 4.4 Catatan refleksi kendiri responden D 67 4.5 Catatan

  • Upload
    doandat

  • View
    252

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: borang pengesahan tesis - fp.utm.my · 4.2 Catatan refleksi kendiri responden B 53 4.3 Catatan refleksi kendiri responden C 59 4.4 Catatan refleksi kendiri responden D 67 4.5 Catatan

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

JUDUL PERSEPSI GURU PELATIH MATEMATIK UTM TERHADAP

PENULISAN REFLEKTIF SEMASA LATIHAN MENGAJAR

SESI PENGAJIAN: 2008/2009

Saya : SHPH. AKLIMA NADIA BINTI SYED ALWI

(HURUF BESAR)

mengaku membenarkan tesis ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan

syarat-syarat kegunaan seperti berikut :

1. Hakmilik tesis adalah dibawah nama penulis melainkan penulisan sebagai projek bersama dan

dibiayai oleh UTM, hakmiliknya adalah kepunyaan UTM.

2. Naskhah salinan di dalam bentuk kertas atau mikro hanya boleh dibuat dengan kebenaran bertulis

daripada penulis.

3. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian

mereka.

4. Tesis hanya boleh diterbitkan dengan kebenaran penulis. Bayaran royalti adalah mengikut kadar

yang dipersetujui kelak.

5.*Saya membenarkan/tidak membenarkan Perpustakaan membuat salinan tesis ini sebagai bahan

pertukaran di antara institusi pengajian tinggi.

6. **Sila tandakan (� )

SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau

kepentinganMalaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA

RASMI 1972)

TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/

badan di mana penyelidikan dijalankan)

TIDAK TERHAD

Disahkan oleh

____________________________________ _______________________________

(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)

Alamat Tetap : K-97, TAMAN PERUMAHAN, PROF DR. NOOR AZLAN B

WAKAF TEMBESU, AHMAD ZANZALI

21300 KUALA TERENGGANU, TRG.

Tarikh : Tarikh :

CATATAN : * Potong yang tidak berkenaan.** Jika Tesis ini SULIT atau TERHAD, sila

lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali tempoh tesis

ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD

(NAMA PENYELIA)

Page 2: borang pengesahan tesis - fp.utm.my · 4.2 Catatan refleksi kendiri responden B 53 4.3 Catatan refleksi kendiri responden C 59 4.4 Catatan refleksi kendiri responden D 67 4.5 Catatan

PERSEPSI GURU PELATIH MATEMATIK UTM TERHADAP PENULISAN

REFLEKTIF SEMASA LATIHAN MENGAJAR

SHPH. AKLIMA NADIA BINTI SYED ALWI

Laporan ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

penganugerahan

Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Matematik)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

APRIL 2009

Page 3: borang pengesahan tesis - fp.utm.my · 4.2 Catatan refleksi kendiri responden B 53 4.3 Catatan refleksi kendiri responden C 59 4.4 Catatan refleksi kendiri responden D 67 4.5 Catatan

ii

PENGESAHAN

“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini

adalah memadai dari skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan

Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Matematik)”

Tandatangan : ………………………………………….

Nama Penyelia : Prof. Dr. Noor Azlan Bin Ahmad Zanzali

Tarikh :

Page 4: borang pengesahan tesis - fp.utm.my · 4.2 Catatan refleksi kendiri responden B 53 4.3 Catatan refleksi kendiri responden C 59 4.4 Catatan refleksi kendiri responden D 67 4.5 Catatan

iii

PENGAKUAN

“Saya akui bahawa karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan

ringkasan yang dibuat yang tiap- tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”

Tandatangan : ………………………………………………….

Nama Penulis : SHPH. AKLIMA NADIA BINTI SYED ALWI

Tarikh :

Page 5: borang pengesahan tesis - fp.utm.my · 4.2 Catatan refleksi kendiri responden B 53 4.3 Catatan refleksi kendiri responden C 59 4.4 Catatan refleksi kendiri responden D 67 4.5 Catatan

iv

DEDIKASI

Teristimewa ditujukan buat bonda dan ayahanda yang tercinta,

TUAN SALBIYAH BINTI TUAN SAYED &

SYED ALWI BIN SYED ABDULLAH

Terima kasih di atas pengorbanan dan sokongan kalian yang tidak terbatas selama

ini,

Kini…terimalah kejayaan anakandamu ini sebagai satu penghargaan untukmu…

Khas buat kekanda dan adindaku yang tersayang dan tunangku tersayang,

Ida, Hafiz, Jannah & Asulmi…

Terima kasih di atas dorongan dan doa kalian…

Semoga keberkatan sentiasa mewarnai hidup kita, Insya- Allah…

Khas buat pensyarah- pensyarah dan sahabat- sahabatku,

Terima kasih di atas tunjuk ajar dan nasihat serta dorongan kalian,

Jasa kalian akan sentiasa ku kenang…

Terima kasih atas segalanya…

Page 6: borang pengesahan tesis - fp.utm.my · 4.2 Catatan refleksi kendiri responden B 53 4.3 Catatan refleksi kendiri responden C 59 4.4 Catatan refleksi kendiri responden D 67 4.5 Catatan

v

PENGHARGAAN

Dengan lafaz Bismillah dan pujian bagi Tuhan Ar-Rahman semoga

dilimpahkan rahmat dan payungan keberkatan serta keredhaan yang kekal

berpanjangan. Selawat dan salam buat Nabi Muhammad S.A.W, Rasul junjungan

pembawa sinar kegemerlapan, sahabat-sahabatnya dan seluruh pewaris pembawa

kebenaran.

Ribuan terima kasih dan jutaan penghargaan ditujukan kepada Profesor Dr.

Noor Azlan bin Ahmad Zanzali selaku penyelia sekaligus pembimbing yang banyak

memberikan nasihat, bimbingan dan tunjuk ajar dalam menyiapkan kajian

ini.Sekalung ucapan terima kasih juga kepada para pensyarah yang menjadi penilai

atas kesediaan berkongsi ilmu dan kepakaran.

Tidak lupa penghargaan buat keseluruhan pensyarah yang mencurahkan ilmu.

Juga tidak lupa buat semua pengetua, penyelia dan guru pelatih yang bersedia

meluangkan masa dalam membantu menyiapkan penyelidikan ini. Dan juga kepada

rakan- rakan yang banyak berkongsi idea dan memberikan semangat, dorongan,

tunjuk ajar dan nasihat dalam penyediaan penyelidikan ini seterusnya

melaksanakannya sehingga disiapkan dengan sempurna, insya- Allah.

Terima kasih tidak terhingga dan semoga segala bantuan dan pertolongan

yang diberikan akan diberikan ganjaran oleh Allah S.W.T. yang Maha Pemurah lagi

Maha Pengasihani dengan rahmat dan keberkatan di dunia dan akhirat. Akhir sekali,

kemaafan jua dipohon atas segala kesilapan dan kekhilafan yang dilakukan. Salam

hormat dan ribuan terima kasih.

Page 7: borang pengesahan tesis - fp.utm.my · 4.2 Catatan refleksi kendiri responden B 53 4.3 Catatan refleksi kendiri responden C 59 4.4 Catatan refleksi kendiri responden D 67 4.5 Catatan

vi

ABSTRAK

Tujuan kajian ini dijalankan untuk mengkaji persepsi guru pelatih terhadap

bimbingan guru dan pensyarah pembimbing mengenai penulisan reflektif semasa

latihan mengajar, tahap amalan refleksi di kalangan guru pelatih dan sejauh mana

penulisan reflektif dapat membantu guru pelatih untuk meningkatkan keberkesanan

pengajaran di dalam bilik darjah. Seramai lima guru pelatih matematik Universiti

Teknologi Malaysia yang menjalani latihan mengajar di tiga buah sekolah sekitar

Kulai dipilih secara rawak sebagai responden dalam kajian ini. Instrumen yang

digunakan adalah terdiri daripada ruangan refleksi kendiri dalam buku persediaan

mengajar dan soalan temu bual yang dilaksanakan ke atas responden. Pola penulisan

guru pelatih matematik dianalisa untuk mengetahui tahap penulisan refleksi yang

dianalisa dengan berpandukan kategori tahap yang dicadangkan oleh Hatton dan

Smith (1995). Temu bual pula ditranskrip dan dianalisa menggunakan kaedah

analisis kandungan. Hasil dapatan kajian mendapati guru dan pensyarah pembimbing

tidak memberikan bimbingan yang sepenuhnya mengenai penulisan reflektif pada

ruangan refleksi kendiri guru pelatih matematik. Selain itu, penulisan refleksi yang

dipamerkan guru pelatih matematik hanya berada pada tahap deskriptif sahaja.

Walaubagaimanapun, guru pelatih matematik mengatakan bahawa penulisan reflektif

pada ruangan refleksi kendiri banyak membantu mereka dalam meningkatkan

keberkesanan pengajaran dalam bilik darjah. Penyelidikan ini diharapkan dapat

memberikan sumbangan untuk mempertingkatkan keberkesanan proses pengajaran

dan pembelajaran matematik dan penekanan yang lebih mendalam mengenai

penulisan reflektif daripada pelbagai pihak.

Page 8: borang pengesahan tesis - fp.utm.my · 4.2 Catatan refleksi kendiri responden B 53 4.3 Catatan refleksi kendiri responden C 59 4.4 Catatan refleksi kendiri responden D 67 4.5 Catatan

vii

ABSTRACT

The objectives of this study were to investigate the perception of mathematics

student teachers about guided given from their supervisors in reflective writing

during practicum, their levels of reflection categorization and the effectiveness of

reflective writing in order to enhance their teaching in classrooms. A total of five

undergraduate mathematics student teachers of Universiti Teknologi Malaysia in

three schools in Kulai were chosen as the respondents of this study. The instruments

used were mathematics student teachers’ self-reflection in their daily lesson plans

and interviews. The patterns of students’ reflective writing were analyzed in order to

identify the levels of reflection using categorization suggested by Hatton and Smith

(1995). Interviews were transcribed and analyzed using the technique of content

analysis. The result shows mathematics student teacher’s supervisors not fully guided

in their reflective writing. Besides that, the level of their reflective writings is only at

the descriptive level. However, mathematics student teachers said that reflective

writing at self reflection in lesson plan book considerably helps them to improve

teaching effectiveness in classrooms. It is hope to increase the effectiveness of

mathematics teaching and learning process and to stress deeply about reflective

writing from the others.

.

Page 9: borang pengesahan tesis - fp.utm.my · 4.2 Catatan refleksi kendiri responden B 53 4.3 Catatan refleksi kendiri responden C 59 4.4 Catatan refleksi kendiri responden D 67 4.5 Catatan

viii

KANDUNGAN

BAB TAJUK MUKA

SURAT

HALAMAN JUDUL i

PENGESAHAN ii

PENGAKUAN iii

DEDIKASI iv

PENGHARGAAN v

ABSTRAK vi

ABSTRACT vii

SENARAI KANDUNGAN viii

SENARAI JADUAL xiii

SENARAI RAJAH xvi

SENARAI LAMPIRAN xv

SENARAI SINGKATAN xiv

1 PENGENALAN

1.1 Pendahuluan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 3

1.3 Penyataan Masalah 4

1.4 Objektif Kajian 4

1.5 Persoalan Kajian 5

1.6 Kepentingan Kajian 6

Page 10: borang pengesahan tesis - fp.utm.my · 4.2 Catatan refleksi kendiri responden B 53 4.3 Catatan refleksi kendiri responden C 59 4.4 Catatan refleksi kendiri responden D 67 4.5 Catatan

ix

1.6.1 Guru

1.6.2 Pelajar

1.6.3 Sekolah

1.6.4 Fakulti Pendidikan

1.6.5 Penyelidik

1.7 Skop Dan Batasan Kajian

6

6

6

7

7

8

1.8 Definisi Operasional 8

1.8.1 Amalan Refleksi 8

1.8.2 Penulisan Reflektif 9

1.8.3 Bimbingan 9

1.8.4 Praktikum/ Latihan Mengajar 9

1.8.5 Guru Pelatih 10

1.8.6 Matematik 10

1.9 Kerangka Konsep Penelitian 10

1.10 Kesimpulan 13

2 SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengenalan

2.2 Refleksi dan Pengajaran

2.3 Refleksi dan Latihan Mengajar

2.4 Tujuan Latihan Mengajar

2.5 Penulisan Reflektif Sebagai Alat

Amalan Refleksi

2.5.1 Persepsi Guru Pelatih Terhadap

Bimbingan Penulisan Reflektif

2.6 Tahap Penulisan Refleksi

2.6.1 Tahap Amalan Penulisan

Reflektif Guru Pelatih Menurut

Hatton & Smith (1995)

2.7 Penulisan Reflektif Dalam

Keberkesanan Dalam Bilik Darjah

2.8 Penutup

14

14

16

17

18

21

22

23

25

26

Page 11: borang pengesahan tesis - fp.utm.my · 4.2 Catatan refleksi kendiri responden B 53 4.3 Catatan refleksi kendiri responden C 59 4.4 Catatan refleksi kendiri responden D 67 4.5 Catatan

x

3 METODOLOGI

3.1 Pengenalan

3.2 Reka Bentuk Kajian

3.3 Populasi Kajian

3.3.1 Tempat Kajian

3.3.2 Sampel Kajian

3.4 Instrumen Kajian

3.4.1 Buku Persediaan Mengajar

3.4.2 Kaedah Temubual Separa Berstruktur

3.5 Kesahan dan Kebolehpercayaan

3.5.1 Temubual

3.6 Prosedur Pengumpulan Data

3.7 Analisis Data

3.7.1 Analisis Tahap Amalan Refleksi

3.7.2 Temubual Separa Berstruktur

3.7.3 Buku Persediaan Mengajar

3.8 Jangka Masa Kajian

3.9 Ringkasan Metodologi Kajian

3.10 Penutup

27

28

29

29

29

30

30

31

32

33

33

34

34

36

36

37

38

39

4 DAPATAN KAJIAN

4.1 Pendahuluan

4.2 Analisis Hasil Dapatan Responden A

4.2.1 Pengenalan Ringkas Responden A

4.2.2 Hasil Dapatan Temubual Responden A

4.2.3 Komen Penyelidik

4.3 Analisis Hasil Dapatan Responden B

4.3.1 Pengenalan Ringkas Responden B

4.3.2 Hasil Dapatan Temubual Responden B

40

41

41

41

47

48

48

48

Page 12: borang pengesahan tesis - fp.utm.my · 4.2 Catatan refleksi kendiri responden B 53 4.3 Catatan refleksi kendiri responden C 59 4.4 Catatan refleksi kendiri responden D 67 4.5 Catatan

xi

4.3.3 Komen Penyelidik

4.4 Analisis Hasil Dapatan Responden C

4.4.1 Pengenalan Ringkas Responden C

4.4.2 Hasil Dapatan Temubual Responden C

4.4.3 Komen Penyelidik

4.5 Analisis Hasil Dapatan Responden D

4.5.1 Pengenalan Ringkas Responden D

4.5.2 Hasil Dapatan Temubual Responden D

4.5.3 Komen Penyelidik

4.6 Analisis Hasil Dapatan Responden E

4.6.1 Pengenalan Ringkas Responden E

4.6.2 Hasil Dapatan Temubual Responden E

4.6.3 Komen Penyelidik

4.7 Keseluruhan Dapatan Kajian

4.8 Rumusan

54

55

55

55

61

62

62

63

68

69

69

70

75

76

79

5 PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN

5.1 Pendahuluan

5.2 Perbincangan

5.2.1 Persepsi guru pelatih terhadap aspek

bimbingan yang diberikan oleh guru dan

pensyarah pembimbing semasa latihan mengajar.

5.2.2 Tahap amalan refleksi di kalangan guru

pelatih semasa latihan mngajar menurut Hatton

& Smith (1995).

5.2.2.1 Tiada Catatan

5.2.2.2 Penulisan Deskriptif

5.2.2.3 Penulisan Refleksi Deskriptif

5.2.3 Sejauh mana penulisan reflektif dapat

membantu guru pelatih untuk

meningkatkan keberkesanan pengajaran

81

81

82

83

84

85

87

Page 13: borang pengesahan tesis - fp.utm.my · 4.2 Catatan refleksi kendiri responden B 53 4.3 Catatan refleksi kendiri responden C 59 4.4 Catatan refleksi kendiri responden D 67 4.5 Catatan

xii

di bilik darjah

5.3 Rumusan

5.4 Cadangan-cadangan

5.4.1 Cadangan Umum

5.4.2 Cadangan Kajian Lanjutan

5.5 Kesimpulan

88

90

91

92

92

93

RUJUKAN 95

LAMPIRAN A- D 99- 111

Page 14: borang pengesahan tesis - fp.utm.my · 4.2 Catatan refleksi kendiri responden B 53 4.3 Catatan refleksi kendiri responden C 59 4.4 Catatan refleksi kendiri responden D 67 4.5 Catatan

xiii

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA

SURAT

3.1 Bilangan responden minimum mengikut jenis

kajian (Gay, 1981) 31

3.2 Tahap penulisan refleksi 36

4.1 Catatan refleksi kendiri responden A 46

4.2 Catatan refleksi kendiri responden B 53

4.3 Catatan refleksi kendiri responden C 59

4.4 Catatan refleksi kendiri responden D 67

4.5 Catatan refleksi kendiri responden E 75

4.6 Dapatan kajian 80

5.1 Kategori penulisan refleksi responden semasa

Latihan mengajar 88

Page 15: borang pengesahan tesis - fp.utm.my · 4.2 Catatan refleksi kendiri responden B 53 4.3 Catatan refleksi kendiri responden C 59 4.4 Catatan refleksi kendiri responden D 67 4.5 Catatan

xiv

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK MUKA

SURAT

1.1 Model Pengajaran Reflektif Pollard

dan Tann (1990) 12

1.2 Ringkasan metodologi kajian 39

Page 16: borang pengesahan tesis - fp.utm.my · 4.2 Catatan refleksi kendiri responden B 53 4.3 Catatan refleksi kendiri responden C 59 4.4 Catatan refleksi kendiri responden D 67 4.5 Catatan

xv

SENARAI LAMPIRAN

BILANGAN TAJUK MUKA

SURAT

1 Lampiran A: Ruangan Refleksi Kendiri dalam

Persediaan Mengajar Harian 102

2 Lampiran B: Transkrip Temu Bual Responden

A dan B 105

3 Lampiran C: Surat Kebenaran Fakulti 111

4 Lampiran D: Soalan Temu Bual 115

Page 17: borang pengesahan tesis - fp.utm.my · 4.2 Catatan refleksi kendiri responden B 53 4.3 Catatan refleksi kendiri responden C 59 4.4 Catatan refleksi kendiri responden D 67 4.5 Catatan

xvi

SENARAI SINGKATAN

APD - Alat Pandang Dengar

GP - Guru Pembimbing

LCD - Liquid Crystal Display

PP - Pensyarah Pembimbing

P&P - Pengajaran dan Pembelajaran

SPM - Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Matematik)

SPT - Sarjana Muda Sains Komputer Serta Pendidikan (Matematik)

UTM - Universiti Teknologi Malaysia

Page 18: borang pengesahan tesis - fp.utm.my · 4.2 Catatan refleksi kendiri responden B 53 4.3 Catatan refleksi kendiri responden C 59 4.4 Catatan refleksi kendiri responden D 67 4.5 Catatan

BAB 1

PENGENALAN

1.1 Pendahuluan

Guru memainkan peranan yang penting dalam menentukan taraf pendidikan

sesebuah negara. Imam Al- Ghazali menakrifkan guru sebagai seseorang

menyampaikan sesuatu yang baik, positif, kreatif atau membina kepada seseorang

yang berkemampuan tanpa mengira peringkat umur walau terpaksa melalui dengan

pelbagai cara dan kaedah sekali pun tanpa mengharapkan sebarang ganjaran (Hamid

Fahmy Zarkasyi, 1990, hlm. 67). Guru merupakan pemangkin wadah perjuangan

untuk pelajar membina daya pemikiran analitik, kritis, dan kreatif bagi membentuk

individu- individu yang boleh menyesuaikan diri dengan perubahan- perubahan yang

berlaku di sekeliling mereka (petikan Boon Pong Ying).

Bagi melahirkan bakal guru yang berkesan dengan kehendak terkini sejajar

dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan pelbagai inisiatif yang telah diambil oleh

kerajaan. Di Institusi Pengajian Tinggi Awam, seperti di Universiti Teknologi

Malaysia, pengajaran mikro dan latihan praktikum diwajibkan ke atas semua

mahasiswa Fakulti Pendidikan. Pengajaran mikro memberi peluang kepada bakal-

bakal guru untuk mengaplikasikan prinsip dan teknik pengajaran yang perlu dikuasai

untuk melaksanakan sesuatu proses pengajaran di dalam kelas. Pelajar didedahkan

dan dibimbing untuk menyediakan perancangan pengajaran, pelaksanaan,

Page 19: borang pengesahan tesis - fp.utm.my · 4.2 Catatan refleksi kendiri responden B 53 4.3 Catatan refleksi kendiri responden C 59 4.4 Catatan refleksi kendiri responden D 67 4.5 Catatan

2

pengenalan, perkembangan dan penutup pengajaran, pelbagai teknik penyampaian, penyoalan

dan penilaian perkembangan murid, penggunaan papan tulis dan alat bantu mengajar serta

komunikasi di dalam kelas. Latihan mengajar pula bertujuan untuk memberi peluang guru

mengamalkan segala teori dan kaedah mengajar yang dipelajari dalam suasana sebenar bilik

darjah.

Walaubagaimanapun, kajian yang dilakukan oleh Jemaah Nazir Persekutuan (1989) dan

beberapa orang penyelidik barat seperti Barnett, et al., (1987) menunjukkan bahawa program

latihan yang sedang diamalkan di institusi- institusi pendidikan guru kurang berjaya untuk

mendidik guru dengan cemerlang. Dapatan kajian menunjukkan bahawa masalah yang dihadapi

dalam bidang pendidikan guru ialah teori dan amali tidak bergerak seiring (petikan daripada

Jurnal Pendidikan IPBA 2002, hlm. 1). Selain itu, dalam kajian The New Teacher in School

(HMI, 1988) HMI menemukan bahawa para guru baru merasakan latihan mereka terlampau

banyak menekankan terhadap pembelajaran pendidikan dan terlalu sedikit terhadap aspek latihan

pengajaran di dalam kelas. Penggabungan institut oleh Universiti Sheffield dan Stockholm

Institute of Education (Deas et al., 1989) melaporkan pelajar mengadu terlalu banyak teori dan

amali tidak mencukupi.

Oleh hal demikian, usaha dalam mengintegrasi teori dan amali, guru pelatih akan

didedahkan kepada banyak pilhan tentang teknik dan strategi yang boleh dilaksanakan dalam

proses pengajaran dan pembelajaran. Sejajar dengan itu, guru haruslah bijak dan berfikir

kehadapan untuk memastikan pengajaran mereka bermakna kepada pelajar. Dalam menentukan

kaedah pengajaran dan pembelajaran yang sesuai, guru haruslah merenung kembali proses

pengajaran mereka. Proses merenung, menilai pengajaran guru merupakan proses refleksi.

Refleksi ditakrifkan sebagai pemikiran mengenai pengajaran. Ianya merangkumi pemikiran guru

sebelum, semasa dan selepas iaitu pengajaran guru semasa mengajar. Ramai pendidik bersetuju

bahawa amalan refleksi merupakan matlamat yang diperlukan dalam program pendidikan guru

(Kennedy, 1989; Loughran, 1995, Richardson, 1990; Ross, 1989, Wildman, et al., 1990; dalam

Allen & Casbergue, 1997). Donald Schön (1983, 1987) mengatakan, amalan reflektif

merupakan inti pati “perbualan reflektif” yang melibatkan pengajar, pelajar, keluarga dan juga

Page 20: borang pengesahan tesis - fp.utm.my · 4.2 Catatan refleksi kendiri responden B 53 4.3 Catatan refleksi kendiri responden C 59 4.4 Catatan refleksi kendiri responden D 67 4.5 Catatan

3

guru lain. Jesteru itu, timbulnya kesedaran tentang kepentingan amalan refleksi dalam

pengajaran dan pembelajaran. Amalan refleksi dapat diterapkan dalam penulisan reflektif.

1.2 Latar Belakang Masalah

Amalan refleksi dalam proses pengajaran dikenalpasti dapat membantu seseorang guru

mengenalpasti permasalahan, mengumpul dan menganalisis maklumat dengan terancang dan

seterusnya melakukan perancangan serta tindakan bagi menyelesaikan permasalahn yang

dihadapi sekaligus mempertingkatkan kualiti guru. Penilaian amalan refleksi guru pelatih dinilai

melalui penulisan reflektif yang dihasilkan sama ada melalui jurnal atau di dalam buku

persediaan mengajar guru pelatih.

Akan tetapi, Asiah (2002) mengatakan maklum balas yang diterima daripada kalangan

guru pembimbing dan pensyarah pembimbing adalah penulisan reflektif yang dihasilkan oleh

guru pelatih merupakan penulisan seperti rentetan peristiwa dalam buku harian tanpa banyak

mencerminkan ciri- ciri serta mencapai kualiti penulisan reflektif yang diharapkan. Menurut

beliau lagi, di kalangan guru pelatih pula, ramai yang mengadu bahawa penulisan reflektif adalah

suatu beban kerana mereka dipaksa menulisnya dan ada kalanya pula, guru dan pensyarah

pembimbing tidak memberikan perhatian terhadap penulisan reflektif mereka kerana

membincangkan aspek- aspek pengajaran pembelajaran yang lebih penting. Tambahan pula,

mereka menganggap pulangan menulis tidak sepadan dengan pemberatan markah yang

diperuntukkan. James dan Denley (1993) dan Salisbury (1994) pula mengatakan kebanyakkan

tindak balas mengenai refleksi menunjukkan sifat sinis dan merasakan tentang refleksi terlalu di

tekankan berbanding dengan pengajaran.

Oleh itu, bimbingan yang secukupnya perlu diberikan kepada guru pelatih dalam

mengamalkan penulisan refleksi dan juga bagi mengelakkan amalan refleksi melalui penulisan

refleksi dibangkitkan kelemahannya. Persoalan yang timbul adalah sama ada bimbingan yang

secukupnya telah diberikan kepada guru pelatih tentang penulisan refleksi semasa mereka

Page 21: borang pengesahan tesis - fp.utm.my · 4.2 Catatan refleksi kendiri responden B 53 4.3 Catatan refleksi kendiri responden C 59 4.4 Catatan refleksi kendiri responden D 67 4.5 Catatan

4

menjalani latihan mengajar bagi mempertingkatkan keberkesanan pengajaran mereka.

Sehubungan itu, penyelidikan ini akan mengkaji bimbingan tentang penulisan reflektif yang

diberikan oleh guru pembimbing dan pensyarah pembimbing kepada guru pelatih semasa latihan

mengajar, tahap amalan penulisan reflektif di kalangan guru pelatih semasa latihan mengajar

menurut Hatton dan Smith (1995) dan juga sejauh manakah penulisan reflektif dapat

mempertingkatkan keberkesanan pengajaran di bilik darjah.

1.3 Pernyataan Masalah

Berdasarkan latar belakang masalah yang dikaji, kajian ini dijalankan untuk mengenal

pasti persepsi guru pelatih matematik UTM terhadap penulisan reflektif semasa latihan mengajar

khususnya yang dialami oleh guru pelatih tahun tiga Kursus Sarjana Muda Sains Serta

Pendidikan (Matematik), (3SPM) dan Kursus Sarjana Muda Sains Komputer Serta Pendidikan

(Matematik), (3SPT) sesi 2008/2009. Kajian difokuskan kepada mengkaji persepsi guru pelatih

terhadap bimbingan yang diberikan oleh guru dan pensyarah pembimbing terhadap penulisan

reflektif, tahap amalan penulisan reflektif di kalangan guru pelatih menurut tahap amalan refleksi

Hatton dan Smith (1995) dan juga sejauh mana penulisan reflektif dapat membantu guru pelatih

dalam meningkatkan pengajaran di dalam bilik darjah.

1.4 Objektif Kajian

Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengkaji:

i. Persepsi guru pelatih terhadap bimbingan yang diberikan oleh guru dan pensyarah

pembimbing mengenai penulisan reflektif semasa latihan mengajar.

Page 22: borang pengesahan tesis - fp.utm.my · 4.2 Catatan refleksi kendiri responden B 53 4.3 Catatan refleksi kendiri responden C 59 4.4 Catatan refleksi kendiri responden D 67 4.5 Catatan

5

ii. Tahap amalan refleksi di kalangan guru pelatih semasa latihan mengajar menurut

tahap amalan refleksi Hatton dan Smith (1995).

iii. Sejauh mana penulisan reflektif dapat membantu guru pelatih untuk

meningkatkan keberkesanan pengajaran di bilik darjah.

Kajian ini memberi tumpuan terhadap kemampuan guru pelatih matematik

mengaplikasikan penulisan reflektif pada ruangan refleksi kendiri dalam pengajaran. Oleh itu,

penyelidik berharap kajian dapat mengetahui persepsi guru pelatih terhadap bimbingan yang

diberikan oleh guru dan penyarah pembimbing kepada mereka mengenai penulisan reflektif pada

ruangan refleksi kendiri dalam buku persediaan mengajar, tahap amalan refleksi guru pelatih

menurut tahap amalan refleksi Hatton dan Smith (1995) dan juga sejauh mana penulisan reflektif

dalam membantu guru pelatih dalam meningkatkan keberkesanan pengajaran di dalam bilik

darjah.

1.5 Persoalan Kajian

Berdasarkan pernyataan masalah yang diutarakan, maka persoalan kajian tentang kajian

ini adalah:

i. Apakah persepsi guru pelatih terhadap bimbingan yang diberikan oleh guru dan

pensyarah pembimbing mengenai penulisan reflektif kepada guru pelatih semasa

latihan mengajar?

ii. Apakah tahap amalan penulisan reflektif di kalangan guru pelatih semasa latihan

mengajar menurut tahap amalan refleksi Hatton dan Smith (1995)?

iii. Sejauh manakah penulisan reflektif dapat membantu guru pelatih untuk

meningkatkan keberkesanan pengajaran di bilik darjah?

Page 23: borang pengesahan tesis - fp.utm.my · 4.2 Catatan refleksi kendiri responden B 53 4.3 Catatan refleksi kendiri responden C 59 4.4 Catatan refleksi kendiri responden D 67 4.5 Catatan

6

Oleh itu penyelidik berharap persoalan- persoalan yang diutarakan ini terjawab untuk

mengenal pasti bimbingan guru dan pensyarah pembimbing mengenai penulisan reflektif, tahap

amalan refleksi guru pelatih dan juga sejauh mana penulisan reflektif ini membantu

keberkesanan pengajaran di dalam bilik darjah.