7
LAPORAN KENDIRI ______________________________________________________________ ________ PROJEK ‘UNDER ONE ROOF’ NAMA : SHARIFAH NOR SHAIRAH BINTI SYED KHAIR AZMAN JAMALULIL NO MATRIK : GA01749 NO K/P : 941029-08-6376 EMEL : [email protected] PENASIHAT : EN. ABDUL QAIYUM BIN BORHAN

Refleksi (Laporan Kendiri)

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Refleksi (Laporan Kendiri)

LAPORAN KENDIRI______________________________________________________________________

PROJEK ‘UNDER ONE ROOF’

NAMA : SHARIFAH NOR SHAIRAH BINTI SYED KHAIR AZMAN JAMALULIL

NO MATRIK : GA01749

NO K/P : 941029-08-6376

EMEL : [email protected]

PENASIHAT : EN. ABDUL QAIYUM BIN BORHAN

TARIKH AKHIR : 25 MEI 2014

Page 2: Refleksi (Laporan Kendiri)

PENDAHULUANAlhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran saya panjatkan kepada Allah SWT atas

rahmatNya yang dikurniakan kepada kami pelajar Program Berkembar Universiti Kebangsaan Malaysia – Universitas Padjadjaran 2013 (UKM-UNPAD) sehingga boleh menjayakan Projek ‘Under One Roof’ (UOR) kali ini. Selain itu, setinggi-tinggi penghargaan saya ucapkan kepada penasihat program UOR ini iaitu Encik Qaiyum Borhan selaku Unit Perkembangan Pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia yang sudi meluangkan masa dan memantau perjalanan projek ini.

Selain itu, ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada pelajar-pelajar jurusan kedoktoran UKM-UNPAD kerana telah berusaha dengan sedaya upaya untuk menjayakan Projek ‘Under One Roof’ (UOR). Tidak lupa juga ucapan jutaan terima kasih kepada yang telah membantu secara langsung dan tidak langsung dalam projek UOR ini.

Walaupun program kali ini tidak meraih perhatian dari banyak pihak, namun ia berjaya dijalankan dengan baik tanpa sebarang masalah atas kerjasama yang padu oleh kami iaitu pelajar-pelajar jurusan perubatan UKM-UNPAD. Di samping itu, perlaksanaan yang baik oleh Majlis Tertinggi dan biro-biro lain memantapkan lagi kelancaran program UOR ini.

Akhir kata, program seperti ini perlu dipergiatkan lagi agar dapat menghulurkan bantuan kepada masyakarat yang berada dalam kesusahan. Bak kata pepatah Melayu, ringan sama dijunjung, berat sama dijinjing.

Page 3: Refleksi (Laporan Kendiri)

Pengenalan

Projek ‘UNDER ONE ROOF’ (UOR) merupakan satu projek kemanusiaan yang dikendalikan oleh pelajar-pelajar jurusan perubatan Program Berkembar Universiti Kebangsaan Malaysia – Universitas Padjadjaran (UKM-UNPAD) 2013 pada 13 April 2014 yang lalu yang bertempat di Jalan Sayang, Jatinangor. Program ini bertujuan untuk manyalurkan bantuan kepada penduduk-penduduk kampung yang tidak berkemampuan dari segi kewangan, barangan dapur, keperluan seharian dan lain-lain. Selain itu, penganjuran program ini juga bertujuan untuk memupuk nilai-nilai kesedaran dan keprihatinan pelajar-pelajar UKM-UNPAD dalam aktiviti kemasyarakatan. Terdapat pelbagai aspek yang perlu dipenuhi dalam menjayakan program kali ini. Antaranya ialah :

1. Nilai, sikap, etika dan profesionalime2. Pemikiran kritikal, penyelesaian masalah dan pendekatan saintifik3. Kepimpinan dan kerja berpasukan

Dalam usaha untuk menjayakan program ‘Under One Roof’, saya telah memainkan peranan sebagai ahli Biro Kewangan. Tugas saya adalah untuk mencari dana bagi manjalankan program kemanusiaan tersebut. Seperti yang tahu, jika sesebuah program itu kekurangan atau ketiadaan dana pasti perlaksanaan program akan terjejas. Saya dan ahli-ahli biro yang lain telah berjaya mencari dana yang diperlukan bagi melaksanakan program UOR dengan membuat jualan kek batik dan ‘keychain’ yang diperbuat dari kain felt hasil kraf tangan kami.

1. Nilai, sikap, etika dan profesionalisme

Alhamdulillah, pengendalian program UOR ini telah banyak memberi pengalaman yang berharga kepada saya. Pertama sekali, program kemanusiaan UOR kali ini telah mengubah persepsi saya terhadap masyarakat Indonesia yang hidup kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Di sini, saya dapat melihat dengan lebih jelas cara hidup mereka yang susah jika dibandingkan dengan saya sendiri. Seperti yang kita tahu, kadar kemiskinan di bumi Indonesia ini lebih tinggi daripada Malaysia. Nilai mata wang juga amat rendah.

Justeru, melalui program kemanusiaan UOR ini, saya dapat menghulurkan bantuan kepada mereka yang tidak berkemampuan. Bak kata pepatah, hulurkan tangan, ringankan beban. Selain itu, kerjaya sebagai seorang doktor merupakan kerjaya yang sentiasa membantu masyarakat tidak kira bangsa, umur, jantina dalam apa jua keadaan sekali pun. Di sini timbulnya nilai dan sikap saling bantu-membantu sesama manusia bagai aur dengan tebing.

Bagi etika dan profesionalisme pula, aspek ini dapat dilihat apabila kami berjaya menjalankan program ini pada waktu yang ditetapkan. Ini menunjukkan sikap keprofesionalan dalam menepati masa di samping beretika dalam mangendalikan program.

Page 4: Refleksi (Laporan Kendiri)

2. Pemikiran kritikal, penyelesaian masalah dan pendekatan saintifik

Seminggu sebelum program UOR ini dilaksanakan, dana yang diperlukan tidakmencukupi bagi melangsungkan program ini. Kami ahli-ahli biro kewangan telah mencapai kata sepakat untuk membuat jualan makanan iaitu kek batik di sekitar Fakultas Kedokteran UNPAD dan juga bale-bale. Namun, dana tersebut masih tidak mencukupi.

Justeru, cadangan dari salah seorang biro kewangan telah membuahkan hasil dan dana yang diperlukan jugak terlebih mencukupi. Kami sebulat suara untuk membuat jualan ‘keychain’ hasil kraf tangan kami dari Biro Kewangan. Setiap malam menjahit ‘keychain’ yang telah ditempah oleh pelanggan-pelanggan kami. Pelanggan-pelanggan kami terdiri dari pelajar-pelajar senior, Malaysia dan juga Indonesia. Hasil dari jualan ‘keychain’ ini amat menguntungkan dan mampu mencukupkan dana di samping membuat kutipan derma bagi menjaya program UOR ini.

Untuk pendekatan saintifik, saya telah berjaya mengaplikasikan ilmu pengetahuan keusahawanan dalam aktiviti jualan tersebut.

3. Kepimpinan dan kerja berpasukan

Untuk aspek kepimpinan dan kerja berpasukan sangat jelas ditunjukkan oleh setiap pelajar-pelajar perubatan UKM-UNPAD dan merupakan aspek yang paling penting dalam mengendalika sebuah program. Tanpa pemimpin yang bagus dan semangat berpasukan yang jitu, kelancaran program pasti akan terganggu. Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh.

Setiap biro yang ditugaskan oleh Majlis Tertinggi berusaha keras dan saling tolong menolong dalam berpasukan untuk memenuhi kriteria program seperti dana, makanan, acara, logistik dan pengangkutan. Jika salah satu biro tidak menjalankan gerak kerja pasti lumpuh perlaksanaan program UOR.

Akhir kata, syabas diucapkan kepada semua tenaga kerja secara langsung atau tidak langsung yang saling berkerjasama bak bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat dalam menjayakan Program ‘Under One Roof’ (UOR) 2014.

BUKTI PERLAKSANAAN PROGRAM

Page 5: Refleksi (Laporan Kendiri)

‘UNDER ONE ROOF’ 2014

Page 6: Refleksi (Laporan Kendiri)

Bersama dengan anak penduduk Jalan Sayang

Semua mendengar penerangan permainan yang disampaikan oleh biro acara

Page 7: Refleksi (Laporan Kendiri)

Ahli-ahli Biro Kewangan

Tenaga kerja Program ‘Under One Roof’