Punca-punca Berlakunya Penderaan Kanak-kanak - Esei …eseispmstpm.blogspot.com/2013/10/punca-punca-berlakunya...2017-09-08Kes penderaan kanak-kanak turut ditunjangi oleh faktor tekanan

Embed Size (px)

Citation preview

Punca-punca Berlakunya Penderaan Kanak-kanak - Esei Spm & Stpm

skip to main | skip to sidebar

Esei Spm & Stpm

Panduan & Rujukan Para Pelajar Dalam Menulis Esei

HomeSenarai EseiKoleksi SoalanContact Us

Google Search - Search your essay !

Punca-punca Berlakunya Penderaan Kanak-kanak

08:04 Esei

Marcapada ini, sering meniti dari bibir ke bibir seantero rakyat Malaysia mengenai kes penderaan kanak-kanak yang semakin mencatatkan angka yang membimbangkan. Bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan. Media massa tidak pernah terlepas daripada memaparkan isu penderaan yang sering dilakukan oleh ibu bapa kandung anak itu sendiri. Mengapakah fenomena ini berlaku? Wajarkah kita menyalahkan anak-anak yang tidak tahu apa-apa dalam hal ini? Terdapat beberapa faktor yang boleh kita kaitkan dengan kes penderaan kanak-kanak.

Tekanan di tempat kerja merupakan salah satu pemangkin berlakunya kes penderaan kanak-kanak. Bagi ibu bapa yang bekerja, mereka pastinya menghadapi tekanan di tempat kerja. Ibu bapa yang tidak dapat mengawal emosi mereka akan menjadikan anak-anak sebagai medium melepaskan geram dan tekanan yang mereka hadapi. Ibu bapa yang tidak berfikir panjang berisiko tinggi melakukan kes penderaan ke atas anak-anak seperti menerajang, mencucuk puntung rokok atau sebagainya. Patutkah anak-anak yang tidak berdosa ini diperlakukan seperti binatang? Tepuk dada tanyalah selera.

Kes penderaan kanak-kanak turut ditunjangi oleh faktor tekanan ekonomi yang dihadapi oleh para orang tua. Kes hidup yang semakin meningkat pada masa ini, memaksa golongan ini berhutang demi memastikan kelangsungan hidup seisi keluarga. Masalah yang kewangan sering berlaku menyebabkan para ibu bapa berasa terbeban. Semua ini dilepaskan kepada sang kecil yang saat itu membutuhkan kasih sayang daripada kedua-dua insan mulia ini. Keadaan ini pasti menyedihkan sesiapa sahaja yang mendengar kes penderaan ini. Anak yang sepatutnya diberi perlindungan dan dibelai oleh ibu bapa, kini menjadi mangsa sepak terajak mereka yang terbeban dengan krisis kewangan yang dihadapi.

Kurangnya didikan gama dalam kalangan ibu bapa turut menyumbang kepada berlakunya masalah penderaan kanak-kanak. Ilmu agama merupakan tunggak utama yang menjamin kepada keutuhan serta perpaduan sesebuah institusi kekeluargaan. Ia juga memberi panduan yang terbaik dalam menguruskan keluarga. Bengkok bayang bengkoklah batangnya. Kedangkalan ilmu agama akan menyebabkan sesebuah keluarga itu dipandu dengan cara yang kontra dengan didikan agama. Hal ini yang menyebabkan terdapat segelintir ibu bapa yang menghukum anaknya sehingga meninggalkan kesan seperti luka, lebam dan mungkin juga berlaku pendarahan dalam otak. Di sini kita dapat lihat betapa didikan agama mementaskan peranan yang signifikan dalam kehidupan seharian kita.

Intihanya, penderaan kanak-kanak merupakan suatu tindakan yang keji dan sangat ditegah oleh mana-mana agama pun. Semua pihak harus bekerjasama menggalas obligasi membendung fenomena ini demi mewujudkan masyarakan madani menjelang tahun 2020. Kanak-kanak hari ini harus dipelihara dan diberikan sepenuh perhatian keranan mereka merupakan aset dan pewaris negara yang akan menerajui tampuk kepimpinan negara di hari muka. Oleh itu, hargailah anugerah Ilahi yang tidak ternilai ini.

Jika anda suka dengan Esei ini, jangan lupa kreditkan blog kami dengan copy salah satu link di bawah :-

Copy link esei dalam bentuk URL :

http://eseispmstpm.blogspot.ca/2013/10/punca-punca-berlakunya-penderaan-kanak.html

Copy link esei dalam bentuk HTML :

Punca-punca Berlakunya Penderaan Kanak-kanak

Prev Esei

Next Esei

Esei popular minggu ini

Kepentingan Sukan Kepada Pelajar

Bidang sukan merupakan salah satu bidang yang penting di negara kita. Hal ini demikian kerana, aktiviti sukan mendatangkan faedah yang ba...

Kesan Pencemaran kepada Manusia dan Alam Sekitar

Kesan Terhadap Manusia a) Kesihatan terjejas Kesan utama pencemaran udara adalah ke atas kesihatan manusia. Manusia akan menghidap pelbagai ...

Faedah-faedah Melancong dalam Negara Sendiri

Dewasa ini halwa telinga dan mata kita sering dihidangkan dengan pelbagai inisiatif oleh pihak kerajaan untuk menggalakkan lebih ramai rakya...

Amalan Gaya Hidup Sihat [ Syarahan ]

Yang dihormati tuan Pengerusi Majlis, Yang Arif panel hakim, dif-dif kehormat, rakan-rakan pelajar, dan hadirin sekalian, assalamualaikum da...

Kejayaan Malaysia Dalam Pelbagai Bidang

Malaysia merupakan sebuah negara yang maju dan telah mencapai kejayaan luar biasa dalam pelbagai bidang. Kalau dijejaki atau ditelusuri, beg...

Kesan Positif Dan Kesan Negatif Industri Pelancongan

Industri pelancongan merupakan salah satu aktiviti ekonomi yang semakin berkembang pesat di negara kita. Menurut Ketua Setiausaha Kementeri...

Perpaduan kaum di Malaysia

(a) Perpaduan Perpaduan boleh ditakrifkan sebagai satu proses yang menyatupadukan anggota masyarakat dan negara seluruhnya melalui ideologi ...

Bahaya Rokok Dan Kesan-Kesannya

Pelbagai pendapat membuktikan bahawa rokok itu membahayakan kesihatan manusia. Setiap batang rokok yang dinyalakan akan mengeluarkan lebih ...

Punca-Punca Berlakunya Obesiti

Obesiti dapat ditakrifkan sebagai seseorang yang mempunyai berat badan yang berlebihan. Dalam erti kata lain, obesiti ialah badan yang tidak...

Kesan Pencemaran Air

Kesan Terhadap Kesihatan Manusia Bahan-bahan yang dibuang dalam sungai akan mengurangkan kandungan oksigen dalam air. Manusia juga boleh m...

Copyright . Esei Spm & Stpm . Some Rights Reserved

Template Design by Herdiansyah Hamzah. Published by Borneo Templates