19
2/25/2013 1 Ebak_bankai Selamat Belajar [email protected] PENGENALAN ANATOMI DAN FISIOLOGI [email protected] 1.1 SAINS ANATOMI DAN FISIOLOGI Anatomi Kajian terhadap struktur-struktur tubuh badan dan perkaitan antara setiap struktur tersebut. Berasal daripada perkataan Yunani ‘ana’ yang bermaksud asingkan dan ‘tome’ bermaksud memotong. Fisiologi Kajian tentang fungsi struktur tubuh. [email protected] 1.2 ORGANISASI STRUKTUR MANUSIA [email protected] Tubuh manusia mempunyai banyak aras struktural yang berbeza kompleksitinya. Aras struktur yang paling rendah ialah aras kimia. Pada aras ini, atom-atom bergabung membentuk molekul-molekul dan seterusnya bercantum secara khusus untuk membentuk pelbagai jenis sel yang menjalankan tugas yang berbeza. Sel-sel ini merupakan unit paling ringkas bagi semua kehidupan [email protected] Manusia ialah organisma multisel. Sel-sel yang serupa mengelompok membentuk tisu yang melaksanakan fungsi umum. [email protected]

PJM3106 Anatomi dan Fisiologi

  • Upload
    ebak

  • View
    5.382

  • Download
    4

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Nota ringkas bagi PJM3106 Anatomi dan Fisiolog. Selamat belajar ^^

Citation preview

Page 1: PJM3106 Anatomi dan Fisiologi

2/25/2013

1

Ebak_bankai

Selamat Belajar

[email protected]

PENGENALAN

ANATOMI

DAN

FISIOLOGI

[email protected]

1.1 SAINS ANATOMI DAN FISIOLOGI

Anatomi Kajian terhadap struktur-struktur tubuh badan dan perkaitan antara

setiap struktur tersebut.

Berasal daripada perkataan Yunani ‘ana’ yang bermaksud asingkan

dan ‘tome’ bermaksud memotong.

Fisiologi Kajian tentang fungsi struktur tubuh.

[email protected]

1.2 ORGANISASI STRUKTUR MANUSIA

[email protected]

Tubuh manusia mempunyai banyak aras struktural yang berbeza kompleksitinya.

Aras struktur yang paling rendah ialah aras kimia.

Pada aras ini, atom-atom bergabung membentuk molekul-molekul dan seterusnya bercantum secara khusus untuk membentuk pelbagai jenis sel yang menjalankan tugas yang berbeza.

Sel-sel ini merupakan unit paling ringkas bagi semua kehidupan

[email protected]

Manusia ialah organisma multisel.

Sel-sel yang serupa mengelompok

membentuk tisu yang melaksanakan fungsi umum.

[email protected]

Page 2: PJM3106 Anatomi dan Fisiologi

2/25/2013

2

Organ yang terdiri daripada gabungan dua atau lebih tisu yang berbeza untuk menjalankan tugas khusus untuk tubuh.

Organ-organ tertentu dikelompokkan untuk membentuk suatu sistem organ tubuh yang bekerjasama untuk mencapai tujuan yang sama.

Semua sistem organ ini membentuk organisma yang mewakili aras tertinggi organisasi struktural iaitu, aras organisme (Rajah 1.1).

[email protected]

Rajah 1.1 Aras Organisasi Struktural Manusia

[email protected]

1.2.1 Sistem-Sistem Tubuh

Jadual 1.1 Sistem Tubuh Badan

[email protected] [email protected]

[email protected]

[email protected]

Page 4: PJM3106 Anatomi dan Fisiologi

2/25/2013

4

[email protected]

1.2.2 Hubungkait Sistem Tubuh

Setiap sistem mestilah berfungsi dengan berkesan dan

bertindak secara harmoni dengan sistem lain untuk

kemandirian organisma.

Hubungkait sistem-sistem tubuh dapat dilihat pada

contoh yang berikut:

[email protected]

Rajah 1.2 Hubungkait sistem rangka dengan sistem yang lain [email protected]

UNIT 2

SISTEM RANGKA

[email protected]

2.1 KOMPONEN SISTEM RANGKA

• Sistem rangka terdiri daripada tulang-tulang dan struktur-struktur sokongan seperti ligamen, kartilej dan sendi.

• Ligamen adalah tisu berfiber yang menyambungkan dua atau lebih tulang atau rawan yang boleh bergerak dan memberi sokongan dan kekuatan kepada sendi.

• Sendi adalah tempat pertemuan dua tulang yang bersebelahan. Terdapat tiga jenis sendi pada manusia iaitu sendi tanpa gerak (synarthroses), sendi yang mempunyai gerakan terhad (amphiarthroses) dan sendi yang boleh bergerak bebas (diathroses).

• Kartilej adalah tisu yang kurang keras dan lebih fleksibel daripada tulang. Kartilej menyaluti hujung-hujung tulang yang membentuk sendi.

• Terdapat 206 ketul tulang pada rangka manusia yang mempunyai lapisan luar yang kuat, keras, tebal dan bahagian tengah berongga yang mengandungi sum-sum.

[email protected]

2.2 FUNGSI SISTEM RANGKA

Terdapat lima fungsi asas bagi sistem rangka iaitu:

Sokongan

Tulang rangka membentuk kerangka tegar bagi pelekatan tisu-tisu lembut dan organ-organ tubuh. Contoh:- Otot rangka dilekatkan pada tulang-tulang rangka.

Perlindungan

Tengkorak, kolum vertebra, sangkar rusuk dan kaviti pelvik melingkari dan melindungi organ-organ penting. Contoh:- Tengkorak melindungi otak.

Pergerakan

Tulang-tulang bertindak sebagai tuas apabila otot-otot yang melekat padanya menguncup lalu menghasilkan gerakan berpaksi pada sendi. Contoh:- Sendi siku-ulna dan humerus.

[email protected]

Page 5: PJM3106 Anatomi dan Fisiologi

2/25/2013

5

Pembentukan sel-sel darah

Sum-sum merah tulang orang dewasa menghasilkan sel-sel darah

merah, putih dan platlet. Tulang-tulang yang terlibat termasuklah

sternum, sebahagian daripada pelvis, femur dan humerus.

Penyimpanan mineral

Sebahagian besar dari matriks tulang terdiri daripada kalsium dan

fosforus yang menjadikan tulang-tulang tegar dan rintang terhadap

tekanan. Mineral-mineral ini boleh dikeluarkan untuk kegunaan

bahagian lain tubuh apabila diperlukan.

Contoh:- Kekurangan kalsium dalam diet, menyebabkan kalsium

dikeluarkan untuk kegunaan bahagian tulang yang lain seperti untuk

penguncupan otot.

[email protected]

2.3 KLASIFIKASI TULANG

Terdapat pelbagai bentuk dan saiz tulang. Tulang-tulang boleh

diklasifikasikan berdasarkan kepada empat bentuknya:

2.3.1 Tulang panjang

- secara umumnya tulang-tulang ini lebih panjang, lebar dan

berfungsi sebagai tuas.

- kebanyakannya tulang mampat.

- Contoh:- Tulang pada tangan (humerus, radius , ulna,

metakarpal dan falanges) dan kaki (femur, tibia, fibula,

metatarsal, falanges) kecuali pergelangan tangan dan kaki.

[email protected]

2.3.2 Tulang pendek

- tulang-tulang ini berbentuk kiub dan didapati di ruang-ruang

yang tertutup.

- berperanan memindahkan daya.

- tulang-tulang ini berongga.

- Contoh:- Tulang-tulang pergelangan tangan (karpal) dan

pergelangan kaki (tarsal).

2.3.3 Tulang leper/pipih

- berbentuk pipih, nipis dan melengkung.

- berfungsi sebagai tempat pelekatan otot-otot dan melindungi

organ-organ di bawahnya.

- Contoh:- Tulang-tulang kranium, rusuk dan sternum.

[email protected]

2.3.4 Tulang tak sama bentuk

- berfungsi sebagai tempat pelekatan otot atau artikulasi.

- Contoh:- Tulang-tulang vertebra (servikel, torasik, lumbar,

sekrum, dan koksiks) dan tulang telinga tengah (stapes, inkus,

maleus).

[email protected]

2.4 STRUKTUR TULANG PANJANG

Rajah 1.3 Struktur Tulang Panjang

[email protected]

2.4.1 - Epifisis terletak pada kedua-dua hujung tulang panjang dan

terdiri daripada lapisan nipis tulang mampat yang melingkari

kawasan tulang yang berongga.

- Epifisis dan diafisis terpisah oleh plat epifiseal yang merupakan

kawasan aktiviti pembiakan sel-sel yang terlibat dalam

tumbesaran tulang secara memanjang.

- Plat epifiseal ini digantikan dengan garisan epifiseal apabila

tumbesaran tulang terhenti pada akhir remaja.

2.4.2 - Diafisis adalah tulang mampat yang disaluti dan dilindungi

membran tisu penghubung berfiber yang dikenali sebagai

periosteum.

- Diafisis melingkari kaviti medulari yang mengandungi sum-sum

kuning tulang.

[email protected]

Page 6: PJM3106 Anatomi dan Fisiologi

2/25/2013

6

2.4.3 - Periosteum mempunyai lapisan luar bergentian dan lapisan

dalam bersel.

- Melainkan di antara kaviti sendi, lapisan superfisial tulang

panjang yang melindungi semua tulang panjang dibaluti oleh

periosteum.

- Periosteum:-

Mengasingkan tulang daripada tisu-tisu di sekelilingnya.

Menyediakan laluan peredaran dan pembekalan saraf.

Terlibat secara aktif dalam pertumbuhan dan pembaikan tulang.

[email protected]

2.5 PERKEMBANGAN TULANG

2.5.1 Pembentukan Tulang

i) Sel-sel tulang

- tulang terdiri daripada sel tulang fiber-fiber kolagen dan bahan

matriks bermineral padat.

- Sel-sel pembentuk tulang (osteobles) merangkap fiber-fiber

yang memerangkap mineral.

- Sel-sel tulang yang dilingkari mendapan mineral ini

kemudiannya menjadi sel-sel matang (osteosit).

- Tulang juga mempunyai sel-sel yang melarutkan tulang

(osteoklas).

- Osteoblas dan osteoklas bersama-sama bertindak untuk

sentiasa mengubah ketumpatan dan bentuk tulang.

- Osteoblas lebih aktif pada mereka yang muda.

- Osteoklas lebih aktif pada mereka yang berumur.

[email protected]

ii) Osifikasi tulang

-Tulang dibina dari kartilej dan tulang.

- Pada embrio, kabanyakan dari tulang-tulang rangka terbina dari

kartilej hailin dan kemudiannya digantikan dengan tulang pada

kanak-kanak.

- Pada pembentukan tulang atau osifikasi bagi kebanyakan tulang

rangka melibatkan dua peringkat:

Peringkat pertama

Osteoblas menyaluti sepenuhnya model kartilej hailin dengan bahan matriks bermineral.

Ini mewujudkan tulang-tulang yang berkatilej di sebelah dalam dan bertulang sebenar di sebelah luar.

Peringkat kedua

Model berkartilej hailin di sebelah dalam tulang tersebut dilarutkan osteoklas untuk membentuk kaviti medulari.

- Model kartilej hailin telah digantikan dengan tulang sewaktu bayi

dilahirkan kecuali dua kawasan pada tulang iaitu kartilej artikular

yang menuto kedua-dua hujung tulang dan plat epifiseal.

[email protected]

2.5.2 Tumbesaran Tulang

Arah Tumbesaran

- Tumbesaran tulang berterusan sehingga remaja.

- Semasa kanak-kanak, plat epifiseal adalah kawasan bagi

tumbesaran secara memanjang bagi tulang-tulang panjang.

- Pada akhir akil baligh, bila mana tumbesaran tulang hampir

lengkap, hormon-hormon seks merencatkan pembahagian sel-sel

pada plat epifiseal dan menjadikannya nipis.

- Pada umur 18 tahun, sel-sel pada plat epifiseal berhenti membiak

tetapi osifikasi terus berlaku sehingga 8 tahun seterusnya.

- Pada peringkat ini, diafisis bersatu dengan epifisis dan garisan

epifiseal menggantikan plat epifiseal.

- Semasa tumbesaran, diameter tulang akan bertambah kesan

daripada pertambahan beban ke atas tulang.

[email protected]

2.5.3 Keperluan mineral, vitamin dan hormon.

Garam mineral

i. Kalsium dan fosfat - tumbesaran tulang.

ii. Kedua-dua garam mineral ini diperlukan untuk tumbesaran dari

segi pertambahan saiz dan berat tulang sejak di peringkat pra

natal lagi.

Vitamin

i. Vitamin A, D dan C – tumbesaran tulang.

ii. Vitamin D – merangsang penyerapan serta mengangkut kalsium

dan fosfat ke dalam tulang. Ini membolehkan struktur menjadi

lebih kuat.

iii. Vitamin A dan C – tumbesaran dan membaiki tisu-tisu tulang yang

rosak.

Hormon

i. Hormon-hormon tiroid, hormon tumbesaran dan hormon seks

diperlukan untuk tumbesaran tulang.

[email protected]

2.6 JENIS-JENIS SENDI

[email protected]

Page 7: PJM3106 Anatomi dan Fisiologi

2/25/2013

7

2.6.1 Sendi Berdasarkan Fungsi

[email protected]

[email protected]

[email protected] Rajah 1.4 Jenis Sendi Sinovial [email protected]

2.6.2 Sendi Berasaskan Struktur

[email protected]

[email protected]

Page 8: PJM3106 Anatomi dan Fisiologi

2/25/2013

8

Fungsi Struktur Contoh Sendi Contoh Pergerakan

[email protected]

Fungsi Struktur Contoh Sendi Contoh Pergerakan

[email protected]

2.6.3 Jenis-Jenis Pergerakan

Jenis Contoh Penerangan

[email protected]

Jenis Penerangan Contoh

[email protected]

Rajah 1.5 Model RIngkas Pergerakan Artikular

[email protected]

UNIT 3

SISTEM OTOT RANGKA

[email protected]

Page 9: PJM3106 Anatomi dan Fisiologi

2/25/2013

9

3.1 PENGENALAN

3.1.1 Komponen sistem otot rangka

a) Fiber otot

Merupakan sel-sel otot.

Diameter boleh mencapai sehingga 100mm dan

panjangnya 30-40cm.

Setiap fiber berjalur dan mengandungi banyak nukleus

[email protected]

b) Tisu penghubung

Endomisium

- dikenali juga sebagai tisu penghubung halus dan

menyelaputi setiap fiber otot.

Perimisium

- membran berserat yang menyaluti beberapa fiber otot bagi

membentuk berkas fiber otot yang dikenali sebagai fasikel.

Epimisium

- dikenali sebagai tisu penghubung kasar dan menyaluti

keseluruhan badan otot yang terdiri daripada fasikel-fasikel

ini.

Tendon

- pada penghujung otot epimisium bersatu untuk membentuk tendon

yang melekatkan otot secara tidak langsung kepada tulang.

- kartilej atau tisu-tisu penghubung yang lain.

[email protected]

c) Tendon

- tisu fiber kolagen yang melekatkan otot kepada tulang.

- tendon tidak begitu kenyal.

- ia menghasilkan daya ketegangan yang tinggi.

3.1.2 Fungsi otot

a) Menghasilkan pergerakan

- penguncupan otot rangka menghasilkan pergerakan seperti

berjalan dan menulis.

b) Mengekalkan postur

- otot memberi bentuk pada manusia menyokong tubuh badan

dan mengekalkan postur.

[email protected]

c) Menstabilkan sendi

- selain menarik tulang-tulang untuk menghasilkan pergerakan,

otot-otot juga membantu menstabilkan sendi-sendi rangka.

d) Menghasilkan haba

- sel-sel badan menghasilkan haba sebagai aktiviti sampingan

otot.

- haba penting bagi mengekalkan suhu normal badan.

- otot rangka menghasilkan kebanyakan haba pada badan

memandangkan 40% jisim badan terdiri daripada otot rangka.

[email protected]

3.2 JENIS-JENIS OTOT

Terdapat 3 jenis otot iaitu otot rangka, kardiak dan licin.

Jadual 1.2 Membandingkan otot rangka dengan otot-otot lain

Ciri Otot rangka Otot kardiak Otot licin

[email protected]

Ciri Otot rangka Otot kardiak Otot licin

[email protected]

Page 10: PJM3106 Anatomi dan Fisiologi

2/25/2013

10

3.3 CIRI-CIRI OTOT RANGKA

3.3.1 Kebolehujaan ( irritability/excitability)

- kemampuan otot bergerak balas pada rangsangan dengan

mudah dan cepat.

3.3.2 Kebolehkuncupan (contractibility)

- kemampuan otot untuk memendek apabila menerima

rangsangan.

3.3.3 Kebolehpanjangan (extensibility)

- kemampuan otot untuk memanjang melebihi panjang asal.

3.3.4 Kebolehanjalan (elasticity)

- kemampuan otot untuk kembali semula kepada panjang asal

selepas memendek atau memanjang.

[email protected]

3.4 OTOT-OTOT RANGKA UTAMA

Rajah 1.6 Otot Rangka [email protected]

3.5 LEKATAN OTOT

Setiap otot rangka dilekatkan pada sekurang-kurangnya dua tempat

di tulang atau tisu-tisu penghubung yang lain.

Pelekatan proksimal

- tempat pelekatan otot pada tulang yang kurang bergerak.

Pelekatan distal

- tempat pelekatan otot pada tulang yang boleh bergerak.

- apabila sesuatu otot menguncup tulang yang terdapat pelekatan

distal otot ini akan bergerak ke arah tulang yang mempunyai

pelekatan proksimal.

[email protected]

Jadual 1.3 Nama otot utama, lokasi dan pelekatan otot

Nama Otot Lekatan Proksimal

Lokasi Otot Lekatan Distal

[email protected]

Nama Otot Lokasi Otot Lekatan Proksimal

Lekatan Distal

[email protected]

Nama Otot Lokasi Otot Lekatan Proksimal

Lekatan Distal

[email protected]

Page 11: PJM3106 Anatomi dan Fisiologi

2/25/2013

11

3.6 INTERAKSI OTOT-OTOT DALAM PERGERAKAN RANGKA

3.6.1 Saling tindakan otot-otot

i. Agonis

Otot-otot penggerak utama (prime movers).

Otot-otot utama menguncup untuk menghasilkan

pergerakan khusus.

Tindakan agonis menghasilkan lebih daya untuk

pergerakan khusus.

ii. Antogonis

Otot-otot yang bertindak berlawanan dengan otot

pengerak utama.

Tindakan berlaku secara serentak dengan otot.

[email protected]

Keterangan gambarajah:

Gerakan fleksi lengan.

Otot biseps brakii akan

menguncup – agonis.

Otot triseps brakii akan

mengendur – antagonis.

[email protected]

iii. Sinergis

Otot-otot yang membantu otot-otot penggerak utama.

Sinergis menambah daya pada pelekatan otot.

Sinergis juga menstabilkan sendi di mana otot-otot itu

melekat.

Keterangan gambarajah:

Otot-otot brakioradialis,

biseps brakii dan brakialis

bertindak sebagai sinergis

untuk membengkok sendi

siku.

[email protected]

3.7 PENGUNCUPAN OTOT RANGKA

3.7.1 Jenis-jenis penguncupan otot

i. Penguncupan isometrik (statik)

- penguncupan yang menghasilkan daya tetapi tidak mengubah

panjang fiber otot semasa mengatasi rintangan yang statik.

- Contoh : menolak dinding dengan kedudukan siku bengkok.

ii. Penguncupan isotonik

- bentuk penguncupan di mana fiber-fiber otot memendek bagi

menghasilkan daya mengatasi rintangan yang bergerak.

- boleh berlaku secara konsentrik atau esentrik.

- penguncupan konsentrik melibatkan pemendekan fiber-fiber

otot.

- Contoh : penguncupan bisep semasa mengangkat ‘dumbell’.

[email protected]

iii. Penguncupan isokinetik

- fiber-fiber otot menguncup pada kelajuan yang tetap mengatasi

rintangan yang berubah-ubah.

- peralatan khusus diperlukan untuk menghasilkan penguncupan

jenis ini kerana rintangan maksimum diperlukan bagi semua

julat pergerakan.

- Contoh : penggunaan mesin ‘multi-gym’.

3.7.2 Halaju penguncupan

Otot-otot rangka manusia terdiri daripada gabungan fiber sentak

cepat (fiber putih) dan fiber sentak lambat ( fiber merah).

Fiber sentak lambat digunakan untuk penguncupan yang

perlahan dan kekal (sustain).

Fiber sentak cepat digunakan untuk penguncupan yang pantas

tetapi penguncupan jenis ini tidak dapat bertahan lama.

[email protected]

Kesemua fiber otot boleh menguncup dalam kedua-dua keadaan

aerobik dan anaerobik.

Sebahagian daripadanya lebih sesuai untuk menguncup secara

anaerobik.

Jenis fiber Deskripsi

[email protected]

Page 12: PJM3106 Anatomi dan Fisiologi

2/25/2013

12

UNIT 4

SISTEM SARAF

[email protected]

PENGENALAN

Sistem saraf bertanggungjawab menginteragrasi dan mengawal

semua fungsi sistem badan.

Berkebolehan menerima dan bertindak balas terhadap impuls dari

persekitaran dan internal serta menghantar impuls ke sistem saraf

pusat.

Impuls saraf dihantar dari satu neuron ke neuron yang lain dalam

perjalanannya ke sistem saraf pusat.

[email protected]

4.1 KLASIFIKASI SISTEM SARAF

[email protected]

4.1.1 Sistem saraf pusat

- terdiri daripada otak dan saraf tunjang yang terletak pada kaviti

dorsal badan.

- berperana sebagai pusat intergrasi dan kawalan sisten saraf.

4.1.2 Sistem saraf periferi

- terdiri daripada saraf-saraf unjuran dari otak dan saraf tunjang.

- saraf-saraf sensori (aferen) membawa impuls dari reseptor sensori

ke sistem saraf pusat.

- saraf motor (eferen) membawa impuls dari sistem saraf pusat ke

organ-organ, otot-otot dan kelenjar untuk menghasilkan sesuatu

perlakuan.

- boleh diklasifikasikan kepada sistem saraf somatik dan sistem

saraf autonomatik.

- sistem saraf somatik – kawalan otot-otot rangka.

- sistem saraf autonomatik – mengawal aktiviti otot-otot kardiak dan

licin serta kelenjar yang di luar kawalan. [email protected]

Rajah 1.7 Arka Refleks

[email protected]

4.2 FUNGSI SISTEM SARAF

Mengintergrasikan rangsangan yang diterima.

Menterjemah rangsangan.

Mencetuskan pergerakan motor.

Menyimpan maklumat.

Menjana pemikiran dan idea.

[email protected]

Page 13: PJM3106 Anatomi dan Fisiologi

2/25/2013

13

4.3 STRUKTUR NEURON

• Neuron atau sel-sel saraf

menghantar impuls-impuls saraf

melalui unturan protoplasma yang

panjang.

• Kesemua neuron mempunyai

badan sel, akson dan dendrit.

Rajah 1.8 Struktur Neuron [email protected]

a) Dendrit

- merupakan fiber-fiber halus bercabang-cabang yang mengunjur

dari badan sel

- berfungsi membawa impuls-impuls saraf ke badan sel.

b) Akson

- merupakan satu fiber panjang yang membawa impuls saraf

keluar dari badan sel.

- disaluti dengan bahan putih dan berlemak yang dikenali sebagai

mielin.

- mielin melindungi dan menebat fiber-fiber serta meningkatkan

kadar transmisi impuls saraf.

c) Badan sel

- mengandungi nukleus dan ia adalah pusat metabolik sel.

[email protected]

4.4 SINAPS DAN TRANSMISI IMPULS

• Sinaps – tempat pertemuan khusus antara neuron transmisi dengan

neuron penerimaan.

• Berperanan dalam mengaturkan fungsi tisu dengan menyediakan

laluan-laluan tertentu bagi pemindahan pelbagai maklumat saraf.

• Proses transmisi impuls dari neuron ke neuron.

[email protected] Rajah 1.9 Transmisi impuls dari neuron ke neuron [email protected]

• Penerangan Rajah 1.9 :

[email protected]

4.5 PERSIMPANGAN SARAF OTOT

• Merupakan tapak neuron motor bertemu fiber otot.

• Transmisi rangsangan dalam bentuk impuls dari neuron ke fiber otot

adalah sama seperti transmisi impuls dari neuron ke neuron kecuali

tiada mekanisme perencatan pada persimpangan saraf otot.

• Asetilkolina (ACh) ialah sejenis neuron transmitter.

• Rembesan Ach membolehkan transmisi impuls menyeberangi klef

sinaptik.

• Apabila impuls sampai ke fiber otot, asetilkolinesterase dirembeskan

untuk bertindak balas dengan asetilkolina.

• Keadaan ini menghalang pengujaan fiber otot pada impuls

berikutnya bagi tempoh masa tersbut.

[email protected]

Page 14: PJM3106 Anatomi dan Fisiologi

2/25/2013

14

Rajah 1.10 Transmisi impuls dari neuron motor ke otot rangka.

[email protected]

UNIT 5

SISTEM KARDIOVASKULAR

[email protected]

5.1 PENGENALAN SISTEM KARDIOVASKULAR

• Sistem kardiovaskular atau kardiorespiratori berperanan

mengangkut oksigen, nutrien dan lain-lain keperluan kepada sel

dan membawa keluar sisa-sisa metabolisme serta produk-produk

sel ke bahagian lain tubuh.

5.1.1 Komponen-komponen utama sistem kardiovaskular.

a) Jantung

i. Organ yang penting mengepam darah ke seluruh tubuh untuk

membekalkan oksigen dan nutrien.

ii. Saiz jantung adalah sebesar penumbuk individu dan beratnya

kurang dari satu paun.

iii. Terdapat empat ruang pada jantung iaitu atrium kiri, atrium

kanan, ventrikel kiri dan ventrikel kanan.

[email protected]

b) Darah

i. Tisu cecair yang terdiri daripada pelbagai jenis unsur sel

termasuk eritrosit, leukosit dan platlet yang terkandung di

dalam plasma.

ii. Lebih kurang 55% daripada isipadu darah ialah plasma dan 45%

terdiri daripada eritrosit.

iii. Darah membentuk lebih kurang 7% daripada berat tubuh orang

dewasa normal. Seorang dewasa yang berat tubuhnya 70kg,

mempunyai kira-kira 5-6 liter darah.

c) Salur darah

i. Terdiri daripadaarteri, vena dan kapilari.

ii. Salur darah membolehkan darah mengalir dan melengkapi

peredaran dari jantung ke tisu dan kembali semula ke jantung.

[email protected]

5.2 STRUKTUR DAN FUNGSI BAHAGIAN- BAHAGIAN JANTUNG

Rajah 1.11 Struktur Jantung [email protected]

• Jantung terbina daripada otot jantung atau miorkardiumyang diliputi

epikardium di permukaan luarnya dan endokardium di bahagian

dalam.

• Atrium mempunyai dinding otot yang nipis dan kedua-duanya

dipisahkan oleh septum interatrial.

• Ventrikel pula mempunyai dinding yang tebal dan di antara kedua-

dua ventrikel terdapat septum interventrikel.

• Atrium - sebagai ruang penerima darah. Atrium kanan menerima

kurang darah beroksigen sementara atrium kiri menerima darah

yang kaya dengan oksigen.

[email protected]

Page 15: PJM3106 Anatomi dan Fisiologi

2/25/2013

15

• Ventrikel – sebagai pam yang mengepam keluar darah yang

diterima dari atrium. Ventrikel kanan mengepam darah ke paru-paru

sementara ventrikel kiri mengepam darah ke seluruh bahagian

badan.

• Injap-injap – membenarkan pengaliran darah pada satu arah saja.

• Injap atrioventrikular (injap mistral dan trikuspid) – membenarkan

aliran darah daripada atrium ke ventrikel sahaja.

• Injap semilunar pulmonari dan injap semilunar aortik – menghalang

aliran darah ke belakang yang keluar dari jantung menerusi arteri

pulmonari dan aorta.

• Terdapat dua injap atrioventrikular (AV) – injap trikuspid (sebelah

kanan jantung) dan bikuspid (sebelah kiri jantung).

[email protected]

5.3 KELUARAN JANTUNG (Q)

• Keluaran jantung adalah jumlah isipadu darah yang dipam keluar oleh ventrikel kiri dalam satu minit.

• Keluaran jantung boleh diukur dengan menggunakan rumus berikut:

Q = KDJ x IS

Keluaran jantung = Kadar Denyutan Jantung Dalam Seminit X Isipadu Strok

Kadar denyutan jantung adalah kekerapan penguncupan jantung seminit.

Isipadu strok ialah amaun darah yang dipam oleh ventrikel kiri.

Contoh :

Keluaran jantung individu yang mempunyai kadar denyutan rehat sebanyak 72 denyutan seminit dan isipadu strok sebanyak 70ml ialah 5L/ min.

Q = KDJ x IS

= 72 x 0.07

= 5.04

= 5L / min

[email protected]

5.4 PEREDARAN DARAH

• Sistem peredaran darah terbahagi kepada kitaran pulmonari dan

kitaran sistemik.

5.4.1 Kitaran sistemik

Membolehkan darah beroksigen serta nutrien dibawa ke organ-organ

badan dan membawa darah nyahoksigen kembali ke jantung.

5.4.2 Kitaran pulmonari

Membawa darah nyahoksigen ke paru-paru untuk pertukaran gas

sebelum darah beroksigen dikembalikan ke jantung.

[email protected]

5.4.3 Faktor-faktor yang mempengaruhi kembalian darah ke jantung.

Otot-otot menguncup – vena tertekan dan darah dalamnya ditolak

ke arah jantung.

Injap-injap – menghalang darah daripada mengalir ke arah belakang

dan hanya membenarkan darah mengalir satu arah saja ke arah

jantung.

Otot-otot mengendur – vena-vena akan dipenuhi semula dengan

darah.

Proses penguncupan dan pengenduran otot membolehkan darah

dialirkan ke jantung.

Semasa inspirasi – tekanan intratorasik menurun menyebabkan

vena darah dalam rongga toraks mengembung dan ini memaksa

darah mengalir ke arah atrial kanan jantung.

Semasa ekspirasi – tekanan intratorasik meningkat dan

menyebabkan vena-vena dipenuhi semula dengan darah

nyahoksigen.

[email protected]

Rajah 1.12 Sistem peredaran darah [email protected]

5.4.4 Mengukur tekanan darah

Tekanan merupakan daya yang mengedarkan darah dalam sistem

peredaran.

Darah mengalir dari bahagian tekanan tinggi ke bahagian tekanan

rendah.

Tekanan darah manusia boleh diukur dengan menggunakan

sfigmomanometer dan tekanan darah ini berbeza mengikut jantina,

umur, gerak kerja dan lain-lain.

Penguncupan jantung dikenali sebagai sistolik dan pengenduran

jantung dikenali sebagai diastolik.

Tekanan darah sistolik ialah tekanan darah tertinggi yang disukat

semasa penguncupan ventrikel.

Tekanan darah diastolik merupakan tekanan darah minimum pada

akhir pengenduran ventrikel.

Tekanan darah diukur dalam unit mm Hg (milimeter merkuri)

Tekanan darah normal ialah 120/80mm Hg.

[email protected]

Page 16: PJM3106 Anatomi dan Fisiologi

2/25/2013

16

• Kaedah mengukur tekanan darah :

Rajah 1.13 Mengukur tekanan darah [email protected]

5.5 HIPERTROFI DAN ATROFI JANTUNG

• Saiz jantung setiap individu berbeza.

• Jantung individu boleh bertambah besar atau mengalami hipertrofi jika individu tersebut mengamalkan gaya hidup sihat dengan melakukan latihan fizikal secara konsisten dan berterusan.

• Apabila hipertrofi jantung berlaku, ketumpatan kapilari juga meningkat.

• Hipertrofi jantung adalah kesan daripada:

Penambahan saiz kaviti ventrikel-ventrikel.

Bertambah ketebalan dinding ventrikel.

• Atrofi jantung berlaku apabila otot jantung mengalami pengurangan dari segi saiz, kekuatan dan berat.

• Ianya terjadi disebabkan jantung kurang digunakan bagi aktiviti fizikal.

• Atrofi jantung juga boleh berlaku apabila jantung mengalami kerosakan atau penyakit.

[email protected]

UNIT 6

SISTEM RESPIRATORI

[email protected]

Komponen utama sistem respiratori

a) Salur pernafasan

Salur pernafasan membolehkan pengaliran udara ke paru-paru dan

keluar dari tubuh.

Terdiri daripada salur nasal, farinks, trakea, bronkus dan bronkiul.

b) Paru-paru

Paru-paru adalah lembut dan berongga. Beratnya lebih kurang 1 kg.

Pada paru-paru terdapat dua lobus dan paru-paru kanan mempunyai

tiga lobus.

Terdapat banyak alveolus dalam paru-paru yang membolehkan

pertukaran gas-gas pernafasan.

[email protected]

6.1 RESPIRASI LUARAN

• Semasa respirasi luaran – darah yang melalui paru-paru

memerangkap oksigen.

• Darah beroksigen dihantar ke jantung dan diagihkan ke sel-sel tisu

badan.

• Pengguanan oksigen secara terus-menerus menyebabkan

kekurangan oksigen dalam darah berbanding di alveolus.

• Oksigen dari alveolus akan meresap ke dalam kapilari-kapilari

pulmonari melalui dinding kapilari alveolus.

• Sel-sel tisu badan juga menyingkirkan karbon dioksida ke dalam

darah.

• Kandungan karbon dioksida yang tinggi dalam kapilari-kapilari

pulmonari meresap ke dalam alveolus dan dihembus keluar dari

paru-paru semasa respirasi.

• Darah yang melalui paru-paru ke vena-vena pulmonari mempunyai

kandungan oksigen yang tinggi dan karbon dioksida yang rendah.

[email protected] Rajah 1.14 Pertukaran gas antara darah dan paru-paru

[email protected]

Page 17: PJM3106 Anatomi dan Fisiologi

2/25/2013

17

6.2 PROSES PENGANGKUTAN GAS OLEH DARAH

• Darah beroksigen diangkut ke sel-sel tisu badan dan akan digunakan.

• Sel-sel tisu badan akan membebaskan karbon dioksida ke dalam darah dan diangkut ke paru-paru.

a) Pengangkutan oksigen

- oksigen diangkut melaui dua cara:

> oksigen larut di dalam plasma.

> melalui pelarutan dengan hemoglobin untuk membentuk oksihemogloblin.

b) Pengangkutan karbon dioksida

- karbon dioksida diangkut melalui tiga cara:

> pelarutan dalam plasma

> bikarbonat

> gabungan dengan hemogloblin untuk membentuk karbominohemoglobin.

[email protected]

6.3 RESPIRASI DALAMAN

• Melibatkan pertukaran gas-gas respiratori antara darah dengan sel-

sel tisu.

• Pertukaran melibatkan pemindahan oksigen daripada darah ke sel-

sel tisu dan karbon dioksida daripada sel-sel tisu kepada darah.

• Oksigen dalam bentuk oksihemogloblin yang diangkut oleh darah

akan dibebaskan daripada sebatian tersebut dan meresap ke dalam

sel-sel tisu.

• Karbon dioksida pula akan meresap ke dalam darah untuk

membentuk asid karbonik dan membebaskan ion-ion bikarbonat ke

dalam plasma darah yang diangkut oleh sistem peredaran darah

untuk dikumuh.

• Respirasi dalaman menyebabkan darah pada vena lebih kaya

dengan karbon dioksida berbanding dengan darah yang

meninggalkan paru-paru untuk ke jantung.

[email protected]

Rajah 1.15 Pertukaran gas antara darah dan sel-sel tisu [email protected]

UNIT 7

SISTEM ENDOKRINA

[email protected]

7.1 PENGENALAN

Sistem badan terdiri daripada kelenjar yang merembeskan hormon.

Hormon merangsang proses jangka panjang seperti pertumbuhan,

metabolisme, pembiakan dan pertahanan badan.

Semua hormon adalah berasaskan kepada asid amino dan steroid.

[email protected]

Rajah 1.16 Sistem Endokrina

[email protected]

Page 18: PJM3106 Anatomi dan Fisiologi

2/25/2013

18

7.2 HORMON

7.2.1 Ciri-ciri hormon

Merupakan bahan kimia yang disintesis oleh sel-sel hidup.

Dirembes ke dalam darah dan diangkut oleh sistem peredaran

darah ke organ sasaran yang terletak jauh daripada tempat

hormon disintesis.

Dengan jumlah yang sedikit sudah mampu untuk

mempercepatkan atau memperlahankan sesuatu fungsi biologi.

[email protected]

7.3 KELENJAR-KELENJAR ENDOKRINA

7.3.1 Kelenjar Pituitari

Terletak di bawah hipotalamus.

Hormon yang dirembeskan – hormon tumbesaran (growth hormone)

Hormon tumbesaran

- mempercepatkan kadar pertumbuhan tubuh

- merangsang penguraian lemak untuk tenaga.

- merangsang pengambilan asid amino oleh sel bagi mensintesis

protein.

Kekurangan atau lebihan rembesan hormon ini membawa kwpada

pembentukan tubuh yang tidak normal.

Kekerdilan – kurangnya rembesan hormon ini.

Kegergasian dan “acromegaly” – rembesan hormon yang berlebihan.

[email protected]

Rajah 1.17 Akibat “Acromegaly”

[email protected]

7.3.2 Kelenjar Tiroid

Terletak di bahagian bawah kerongkong dan di hadapan halkum.

Menghasilkan hormon tiroksin, triiodotaironin dan kalsitonin.

Hormon tiroid

- mengawal kadar pengoksidaan glukosa.

- tumbesaran

- perkembangan secara normal tisu-tisu pembiakan dan sistem saraf.

Hormon kalsitonin

- merangsang penyimpanan kalsium pada tulang-tulang.

- kekurangan iodin mengganggu pembentukan hormon ini dan boleh

mengakibatkan beguk.

- kekurangan hormon ini pada kanak-kanak akan menyebabkan

“kretisme” – kaki lebih pendek daripada badan, cacat akal, berkulit

kering dan berambut nipis.

- orang dewasa – kelembapan pergerkan dan mental, bengkak pada

muka, kelesuan, suhu badan yang rendah dan kegemukan.

[email protected]

Lebihan tiroksin – peningkatan kadar denyutan jantung, kadar metabolisme

yang tinggi, tidak tahan panas dan kegelisahan.

Kekurangan kalsitonin – menyumbang kepada osteoporosis.

7.3.3 Kelenjar Adrenal

Terletak di atas ginjal.

Terbahagi kepada adrenal korteks dan adrenal medulla.

Adrenal korteks – merembeskan hormon glukokortikoid, mineralokortikoid

dan androgen (kuantiti kecil).

Glukokortikoid – merangsang pertambahan glukosa dalam darah dan

penyimpanan glikogen dalam hepar.

Adrenal medulla – merembeskan hormon epinefrin dan norepinefrin di

mana kedua-dua hormon ini meningkatkan kandungan glukosa dalam

darah, meningkatkan metabolik dan menjerut salur-salur darah tertentu.

Kekurangan glukokortikoid dan minerallokortikoid – penyakit Addison, hilang

selera makan dan pertambahan pigmentasi.

Lebihan glukokortikoid – penyakit cushing.

Lebihan androgen daripada adrenal korteks – sindrom andrenogenital.

[email protected]

7.3.4 Pankreas

Terletak berhampiran dengan perut.

Terdapat kelenjar endrokina yang dikenali sebagai kumpulan pankretik

(pancreatic islets).

Kumpulan pankreatik – menghasilkan hormon insulin dan glukogan.

Insulin – dirangsang oleh aras glukosa yang tinggi dalam darah.

Insulin bertindak ke atas semua sel tubuh dengan meningkatkan

keupayaan sel-sel untuk menerima glukosa – aras gula dalam darah

dapat dikurangkan.

Glukogan – dirangsang oleh aras glukosa yang rendah dalam darah.

Glukogan merangsang penguraian glikogen yang tersimpan di dalam

hepar kepada glukosa dan membebaskan glukosa ini ke dlam drah.

Lebihan insulin – menyebabkan hipoglisemia

Kekurangan atau ketiadaan insulin – penyakit diabetes mellitus.

Lebihan atau kekurangan glukogan – tidak menyebabkan masalah

kesihatan yang serius.

[email protected]

Page 19: PJM3106 Anatomi dan Fisiologi

2/25/2013

19

SEKIAN DAN TERIMA KASIH

[email protected]