19
SEMINAR PERSURATAN PAHANG Menjejaf^ Warisan (Pafiang Penyair Muda Wanita Pahang: Catatan Biografiktif & Antologi Khirul Bariah Arup Oleh: Sdr. Abdul Halim Ali 27 - 28 Oktober 2001 Tempat : Auditorium Taman Budaya, Kuantan Jlnjuran <Rersama: Jabatan Kebudayaan & Kesenian Pahang (JKKP) Fakulti Bahasa Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Dewan Persuratan Melayu Pahang (DPMP) <Dengan %erjasama Yayasan Pahang Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Kerajaan Negeri Pahang P ! hv-f# 1 i iBfSSS TMIBIIIl'Triimil BrttnW

Penyair Muda Wanita Pahang: Catatan Biografiktif ...pustaka2.upsi.edu.my/eprints/346/1/Penyair muda wanita Pahang... · Berbekal kelulusan Sijil Pelajaran Malaysia ... 1997, bakat

  • Upload
    vunhan

  • View
    258

  • Download
    6

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Penyair Muda Wanita Pahang: Catatan Biografiktif ...pustaka2.upsi.edu.my/eprints/346/1/Penyair muda wanita Pahang... · Berbekal kelulusan Sijil Pelajaran Malaysia ... 1997, bakat

SEMINARPERSURATAN PAHANGMenjejaf^ Warisan (Pafiang

Penyair Muda Wanita Pahang: Catatan Biografiktif & Antologi

Khirul Bariah Arup

Oleh:Sdr. Abdul Halim Ali

27 - 28 Oktober 2001

Tempat : Auditorium Taman Budaya, Kuantan

Jlnjuran <Rersama:Jabatan Kebudayaan & Kesenian Pahang (JKKP)

Fakulti Bahasa Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Dewan Persuratan Melayu Pahang (DPMP)

<Dengan %erjasama Yayasan Pahang

Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)Kerajaan Negeri Pahang

P! hv-f#1 i iBfSSS

T M IB IIIl'T riim il BrttnW

Page 2: Penyair Muda Wanita Pahang: Catatan Biografiktif ...pustaka2.upsi.edu.my/eprints/346/1/Penyair muda wanita Pahang... · Berbekal kelulusan Sijil Pelajaran Malaysia ... 1997, bakat

Penyair Muda Wanita Pahang:Catatan Biograflktif & Antologi Khirul Bariah Arup

OlehSdr. Abdui Halim Ali

Fakulti Bahasa Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)

Pengenaian

Nama-nama seperti Sahmad Malaya, Baharuddin Zakaria, Yassin Salleh, Arisel BA

(Subaxi Ahmad), M aznan Nordin, M.Z Alias dan Aripin Said sudah tidak asing lagi

dalam peta perpuisian M elayu moden di negeri Pahang dan negara amnya. Nama Sahmad

Malaya sudah muncul sejak tahun 1950 dan terus terkenal hingga tahun 1970an,

kemudian tenggelam timbul dalam tahun-tahun 1980an dan 1990an. Manakala M.Z.

Alias Baharuddin Zakaria, Arisel BA dan Aripin Said pula menghiasi era 1970an, 80an

dan 1990an.

Dalam tahun 1980an, 90an hingga kini, Pahang sudah melahirkan tidak kurang

dari sepuluh penyair baru yang beijaya mencapai tahap kematangan seperti Marsh N.O,

Yazid Idris, Nazri Sham, M aimunah Ali, Ami Masra, Maimunah Manan dan ramai lagi.

Tidak kurang pula penulis-penulis m uda yang giat menulis seperti Sharulnizam Talib,

Khairul Bariah Arup, Abdul M utalib Ghani, Nor Arifin Ibrahim,Nor Afliza

Arshad,Hasejati, Ramli Yahya dan lam-lainnya.

Masrli N.O. anak kelahiran Terengganu, merupakan tokoh penyair generasi paling

prolifik di negeri Pahang dan negara. Dengan dokongan idealisme angkatan generasi 21,

1

Page 3: Penyair Muda Wanita Pahang: Catatan Biografiktif ...pustaka2.upsi.edu.my/eprints/346/1/Penyair muda wanita Pahang... · Berbekal kelulusan Sijil Pelajaran Malaysia ... 1997, bakat

iVtarsli berjaya memantapkan diri dengan keupayaan sendin dalam dunia perpuisian

Tokoh-tokoh penyair muda Pahang lain yang berpotensi pula ialah Shahrulizam Talib,

Ami Masra, Yazid Idris, Nazri Sham, Amarizatul Noor Rahim, Abdul Mutalib Abd

Ghani, dan Khairul Bariah Arop. Dalam perkembangan terkini, saya meiihat tokoh muda

Sharulizam Talib dan Khirul Bariah Arup merupakan dua tokoh baru yang paling ke

depan dalam arus perpusian negara mengiringi beberapa tokoh lain yang sudah beqaya

mematangkan diri seperti' Ami Masra, Nazri Sham, Yazid Idris dan Marsli N.O.

Dunia perpuisian Pahang turut diserikan dengan penglibatan beberapa tokoh

penyair dari luar Pahang tetapi menetap dan bertugas di Pahang seperti Rahimidin

Zahari, Mohd Azli Lee Abdullah, Abdul Halim Ali dan Asmui Mustafa dan lain-lain.

Sumbangan penyair ini sedikit sebanyak menyaksikan Pahang tidak terus sep: dalam arus

perpuisian Melayu moden, khususnya di pantai timur. Mohd Azli Lee dan Abdul Halim

Ali merupakan dua tokoh yang banyak menyumbang kepada kelahiran penyair remaja

dengan mengendalikan secara aktif persatuan-persatuan penulis remaja. Pengalaman

yang dibawa dari Terengganu ternyata berfaedah dan dapat dimanfaatkan di negeri

Pahang, Mohd Azli memimpin Pertemuan Penulis Remaja Pantai Tjnur di Sekolah

Menengah Tengku Abdullah Pekan, manakala Abdul Halim Ali mengendalikan

Perkampungan Penulis Remaja Darul Makmur sejak tahun 1996 d? Sekolah Menengah

Kg. Awah, Maran.

Kelihatan ada sedikit lompang dalam perkembangan puisi di negeri ini, akibat

daripada kurangnya penglibatan kaum wanita. Tidak ramai penyair wanita yang dapat

Page 4: Penyair Muda Wanita Pahang: Catatan Biografiktif ...pustaka2.upsi.edu.my/eprints/346/1/Penyair muda wanita Pahang... · Berbekal kelulusan Sijil Pelajaran Malaysia ... 1997, bakat

dibanggai oleh negeri Pahang. Dalam pemerhatian saya, agak seciikit penyair wanita

kelahiran bumi Datuk Bahaman ini yang menggabung din dengan puisi. Mengimbaui

sejarah, sejak perkembangan genre puisi Melayu sejak tahun 1950an hingga kini, terbukti

jarang kedapatan nama-nama tokoh penulis wanita Pahang yang melibatkan diri secara

aktif dan konsisten. Maimunah Ali dan Maimunah Manan mungkin merupakan beberapa

tokoh penyair wanita di negeri ini yang dilihat sangat komited dan konsisten dalam

menghasilkan karya.

Pertengahan tahun 1990an, muncul beberapa penyajak wanita muda seperti Khirul

Bariah Arup, Nor Afliza Arshad dan beberapa yang lain. Walau bagaimanapun, Khirul

Bariah Arup dilihat sebagai tokoh penulis wanita muda yang mempunyai potensi besar

yang akan mewamai wajah genre puisi di negeri Pahang. Menerusi Dewan Persuratan

Melayu Pahang (DPMP), Khirul Bariah mengorak langkah secara perlahan-lahan

membina dan mengakrabkan diri dengan dunia perpuisian tanah air. Kegigihan melontar

idea dan berbicara tentang persoalan kehidupan dalam sajak-sajaknya, telah

menghasilkan sebuah antologi persendirian beliau yang diberi nama ' Usrah Perjalanan .

Makalah Ini hanyalah satu catatan biografi dan analisis kreatif terhadap Khirul

Bariah Arup dan antologinya untuk melihat secara umum garapan pemikiran dan

mengenali suara penyair muda yang dilihat mempunyai potensi besar sebagai penyair

terkenal, sebagai kata Rahimidin Zahari ' beliau (Khirul Bariah) sudah tentu akan

menyusuri nama-nama penyair wanita tanah air yang telah sedia ada sebelum ini seperti

Salmi Manja, Zurinah Hassan, Noraini Mohamad, Zaihasra, Zanariah Wan Ab Rahman,

Page 5: Penyair Muda Wanita Pahang: Catatan Biografiktif ...pustaka2.upsi.edu.my/eprints/346/1/Penyair muda wanita Pahang... · Berbekal kelulusan Sijil Pelajaran Malaysia ... 1997, bakat

Salmiah Ismail, Mahaya Mohd Yassin dan Siti Zaleha Hashim (Khirul Bariah

Arup.l999:iii)

Tentang Khirul Bairab Arup

Kliiral Bariah Arup dilahirkan pada 8 Mei 1975 di Jengka 4, Maran, Pahang.

Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan (LKTP) Jengka 4 dan Sekolah

Menengab Kebangsaan Jengka 6 di daerah yang sama. Berbekal kelulusan Sijil Pelajaran

Malaysia (SPM), Khirul Bariah memasuki dunia pekerjaan sebagai staf d:' Pejabat Risda

Maran dan kini bertugas pula di sebuah agensi Risda Smallholders Plantations Sdn Bhd,

Temerloh, Pahang.

Penglibatan Khirul Bariah dalam dunia perpuisian Melayu moden bermula pada

tahun 1995 dan menggabungkan dirinya dalam DPMP tidak lama selepas itu. Pada tahun

1997, bakat penulisan Khirul semakin menyerlah dan beberapa karya beliau mula

menghiasi beberapa buah media cetak seperti Utusan Zaman, Mingguan Malaysia,

Majalah Novel,Mingguan Tempo,URTV dan Berita Minggu. Sajak beliau yang pertama

beijudul 'Rindu hati p f tersiar di akhbar Mingguan Tempo.

Dalam tahunl998, beberapa buah puisinya tersiar pula di Dewan Sastera, satu-

satunya majalah Sastera bertaraf eiit di negara ini. Antara puisi beliau yang tersiar

beijudul 'Bersama Sutardji' pada bulan Julai 1998 dan 'Rindunya Sungai Pahang pada

4

Page 6: Penyair Muda Wanita Pahang: Catatan Biografiktif ...pustaka2.upsi.edu.my/eprints/346/1/Penyair muda wanita Pahang... · Berbekal kelulusan Sijil Pelajaran Malaysia ... 1997, bakat

bulan Oktober tahun yang sama. Mengimbau kata-kata Rozninah Azib, Editor Dewan

Sastera sewaktu pembentangan kertas kerja di Seminar Kritikan Sastera Melayu Serantau

pada Oktober 2001 di Park Royal, Kuala Lumpur, 'hanya karya yang bermutu dan

penulis-penulis yang eshtabahst dikhususkan bagi siaran Dewan Sastera'. Berdasarkan

kepada kata-kata ini, tidak syak lagi sajak-sajak Khirul yang tersiar di Dewan Sastera

merupakan sajak-sajak yang bermutu, dan berjaya pula menempatkan dirinya sebaris

dengan penyajak eshtabalist di majalah itu.

Khirul Bariah merupakan tokoh penyair muda yang bertuah di Pahang. Saya

menyebutkan begitu kerana dalam 'kemudaannya' itu beliau telah diberi peluang yang

luas oleh DPMP melibatkan diri dalam program-program kepenyairan baik di peringkat

kebangsaan atau serantau. Bermula bulan Julai tahun 1997, Khirul Bariah bersama

beberapa peserta lain mewakili DPMP dalam Perkampungan Penulis GAPENA Zon

Timur di Hotel Seri Malaysai Kuantan Pada bulan Disember puia, beliau terpilih

mewakili DPMP-GAPENA menyertai Perkampungan Penulis GAPENA-RIAU di Pulau

Rupat, Sumatera dan Pertemuan Sasterawan Nusantara IX/Pertemuan Sasterawan

Indonesia di Padang, Sumatera Barat.

Penyertaan Khirul Bariah pada program-program tersebut dimanfaatkan

sepenuhnya dengan menghasilkan karya-karya puisi yang boleh saya sifatkan sebagai

sajak-sajak kembara yang kemudiannya dikumpulkan dalam antologi sulungnya

(Terdapat sejumlah sebelas buah sajak yang berlatarkan Pulau Rupat dan Sumatera dalam

antologinya itu) dan juga tersiar di Dewan Sastera dan akhbar-akhbar tempatan.

5

Page 7: Penyair Muda Wanita Pahang: Catatan Biografiktif ...pustaka2.upsi.edu.my/eprints/346/1/Penyair muda wanita Pahang... · Berbekal kelulusan Sijil Pelajaran Malaysia ... 1997, bakat

Program-program lain yang turut disertai oleh Khirul Bariah ialah FCem Sosio

Budaya Pahang. Dari program ini beliau berjaya mewakili Pahang ke peringkat

Kebangsaan yang diadakan di Terengganu pada bulan Mei tahun 1998. Beliau turut

terlibat dalam Perhimpunan Penulis Generasi Baru d, Genting Highlands sempena

Minggu Sastera 1998, Hari Puisi Nasionai di Negeri Sembilan pada bulan Janusri 1999,

Perkampungan Penulis GAP ENA-NUSANTARA di Kompleks Muara Sungai duyong

Melaka pada bulan April 1999, Persetemuan Sasterwan Nusantara X dan Pertemuan

Sasterawan Malaysia di Johor Baru pada bulan dan tahun yang sama.

Berdasarkan catatan pengalaman ini, saya merumuskan, Khirul Banah telah

memperolehi pengalaman luas mendampingi dan menjiwai dunia kepenyairan. Tidak

ramai kalangan tokoh penulis wanita muda di Pahang yang mendapat peluang atau

berpeluang mengintimkan diri dengan program-program seumpama ini, melainkan

mereka yang punyai bakat dan kesungguhan, minat dan keinginan, daya saing dan tingkat

pergorbanan yang tinggi serta komitmen yang berkekalan. Empat tahun pengalaman

mengharungi hidup sebagai manusia sastera, akhimya dikumpul dan dimatangkan

pemikiran menerusi penerbitan antologi persendman beliau pada penghujung tahun 1999.

Sesuatu yang sukar dilakukan oleh sebilangan besar penulis baru hari ini, tetapi mudah di

tangan Khairul Bariah. Di samping antologi persendiriannya yang sulung itu, beberapa

sajaknya juga termuat dalam antologi bersama yang diselenggarakan oleh Hamzah

Hamdani yang beijudul Gema Membelah Gema 12 serta Gema membelah gema 13 dan

antologi Bunga-bunga di taman desa, seienggaraan Abdul Halim Ali

6

Page 8: Penyair Muda Wanita Pahang: Catatan Biografiktif ...pustaka2.upsi.edu.my/eprints/346/1/Penyair muda wanita Pahang... · Berbekal kelulusan Sijil Pelajaran Malaysia ... 1997, bakat

Catatan Pengalaman diri daiam antologi ’ Usra/i Perjalanan

Antologi Usrah Perjalanan diterbitkan pada tahun 1999 oleh DPMP. Rahimidin

Zahari telah mengambil inisiatif meneliti dan memilih dari segumpulan sajak Khirul

Bariah dan diberi judul 'Usrah Perjalanan' berdasarkan salah sebuah sajak yang termuat

dalam antologinya. Antologi ni dilancar di Auditorium yang mulia im sempena Diolog

Pantai III pada bulan Oktober 1999 lalu. Antologi mi memuatkan sejumlah 76 buah sajak

yang dihasilkan sepanjang tempoh antara tahun 1995 hingga 1999.

Meneliti sajak-sajak yang termuat dalam antologi ini, khalayak dipersembahkan

dengan pelbagai tema, antaranya ialah tema kemasyarakatan, kehidupan, Islam dan

pengalaman diri. Nada kemanusiaan, kelslaman dan suara hati yang menderu dalam diri

menjadi runtunan pengalaman yang amat berharga bagi diri penyajak. Dari situlah

penyajak menjalin diksi dan memperelok perlambangan dalam setiap pengungkapan. .

Pada penelitian saya, pengalaman dir menghegemon. keseluruhan suara dalam

antologi ini. Pengalaman diri menjadi unsur kehadiran yang paling dominan dan

menunjangi idealisme persepsian penyajak. Tidak sedikit penyair yang kembali kepada

pengalaman diri dalam persajakan mereka. Usman Awang, Latiff Mohidin, A.Samad

Said anatara tokoh awal 60an yang paling akrab dengan pengalaman diri. Dari

pengalaman diri itu menjelmalah idealisme, ideologi dan pandangan hidup masing-

masing.

7

Page 9: Penyair Muda Wanita Pahang: Catatan Biografiktif ...pustaka2.upsi.edu.my/eprints/346/1/Penyair muda wanita Pahang... · Berbekal kelulusan Sijil Pelajaran Malaysia ... 1997, bakat

Mana Sikana (1994) percaya bahawa pengalaman adalah satu kuasa yang

menghidupkan diri pengarang dan karya mereka. Beliau m enolak tanggapan golongan

pemikir barat yang menolak biografi, sejarah dan pengalaman sebagai sumber

kepengkaryaan. Modems barat menolak pengarang sebagai salah satu entiti

kepengarangan. Demikian tegas Strukturalis Roland Barthes dengan momokan 'kematian

pengarang' (the death of author) lewat penolakannya terhadap diri pengarang.

Usrah Perjalanan kaya dengan pengalaman din penyajak yang banyak

menggabung diri pada alam di sekitar. Tidak kurang dari 35 buah dar keseluruhan sajak

membicarakan tentang pengalaman diri, baik pengalaman diri di tanah kelahiran, di tanah

seberang dan juga pengalaman mengharungi kehidupan sehari-harian. Antara sajak-sajak

yang menggambarkan pengalaman diri di tanah seberang ialah Bersama-sama Suterdji,

Entah (i), Entah (ii), Kaki, Kanvas kemaafan, Pantai Rindu,,Rupat:atas paksi diri,

Sandiwara dan Wajah-wajah. .

Pengalaman di tempat orang

Sajak Bersama-sama Suterdji mengisahkan pengalaman diri penyajak bersama tokoh

penulis Indonesia yang sama-sama terlibat dalam Perkampungan Penulis yang penyajak

serial, Ternyata pengalaman itu amat bererti buat penyajak terutama dalam usahanya

membina dan menempatkan diri dalam dunia kepenyairan. Dari Pak Suterdji penyajak

mendapat kata nasihat yang amat berguna buat dirinya. Kata penyajak;

Page 10: Penyair Muda Wanita Pahang: Catatan Biografiktif ...pustaka2.upsi.edu.my/eprints/346/1/Penyair muda wanita Pahang... · Berbekal kelulusan Sijil Pelajaran Malaysia ... 1997, bakat

Pak Suterdji

katamu 'kenali dirimu

dahulu dalam menggali ilmu

sastera yang tiada pernah padam’ [ baris 13 - 16 ]

{Usrah Perjdlanan.ha.hS)

Berada di tempat orang seringkali menjadi jarak yang mendekatkan kita k* sada

sendiri. Lamunan menjadi wahana yang sangat ampuh membujuk perasaan )i w

kita melakukan penilaian, pertanyaan yang kadangkala tidak teijawab tetapi serin ul

dijawab sendiri oleh hati kita. Demikianlah halnya berlaku kepada penyaiak ini sewaktu

berada di Pulau Rupat, Sumatera. Penyajak berasa lebih dekat kepada dirinya, bertar

dan menyoal hati. Katanya dalam Entah (i)\

telah lama

kakiku di gigi air

kocak kelam

entah masih berjari

atau kakiku hilang [ baris 1 -5 ]

(Usrah Perjalanan.h&Y. 15)

alam sajak Entah (ii) penyajak diamuk mengalami hal yang serupa;

. lama sudah

iii

9

Page 11: Penyair Muda Wanita Pahang: Catatan Biografiktif ...pustaka2.upsi.edu.my/eprints/346/1/Penyair muda wanita Pahang... · Berbekal kelulusan Sijil Pelajaran Malaysia ... 1997, bakat

badan dibalut 'lotion'

seinci dua inci

mata hari petang pandang menendang

entah jadi cair

atau saiut eraas [ baris 1 -6 ]

(Usrah Perjalanan.hal: 15)

Pengalaman di tempat orang tidak mungkin sama dengan pengalaman diri kita

hidup di tempat sendiri. Kata perpatah 'hujang emas di negeri orang, hujan batu di negeri

sendi'i lebih baik di negeri sendiri. Justeru, pengalaman indah beberapa ketika di tanah

seberang tidak sedikit mengurangkan rindu dan sayang penyajak kepada tanah airnya,

malah perasaan itu terus membuak tatkala kakinya mencecah di Kuala Lumpur. Perasaan

Ini digambarkan oleh penyajak dengan baik dan beraroma romantisme dalam puisinya

yang beijudul'Rindu Sungai Pahang'-, Lihat nukilan rindunya;

ingin aku pulang .

mendakapmu sungai pahang

pada dada masa dan realiti

bukti kesabaran teris

bakal kesabaran terisi

bakal kukuhlah keimanan

ini nanti di hati. [baris 12-18]

(Usrah Perjalanan .hal: 3 8)

10

Page 12: Penyair Muda Wanita Pahang: Catatan Biografiktif ...pustaka2.upsi.edu.my/eprints/346/1/Penyair muda wanita Pahang... · Berbekal kelulusan Sijil Pelajaran Malaysia ... 1997, bakat

Pengalaman di kampung halaman

Penyajak juga banyak menimba pengalaman diri dan kehidupan di kampung

halaman. Kampung halaman adalah dunia ketiga yang berada dalam lingkaran kehidupan

manusia selain diri dan keluarga kita. Sajak Usrah perjalanan menyingkap pengalaman

diri penyajak dengan Kampung Luit, kampung kelahiran orang tuanya. Penyajak teringin

untuk kembali menghuni kampung tanah kelahiran orang tuanya itu, namun pengalaman

diri mengenalkan kehidupan penduduk Kampung Luit yang penuh pergoiakan yang telah

menyebabkan penyajak tidak yakin pada dirinya sendiri untuk hidup aman di situ. Kata

penyajak;

desa kelahiran ayahdabonda

ingin kujadikan peneman setia '

itupun andai kubisa

kerana dasarmu, Luit

penuh pergoiakan yang entah

bilakan padam! [baris 11-16]

(Usrah Perjalanan.hal:59)

Pengalaman dengan manusia lain

Dalam pengalaman dirinya, penyajak juga telah menyaksikan manusia yang telah

hilang kemanusiaan diri, kerana tenggelam dalam arus kealpaan, Kealpaan telah

membeenarkan manusia melakukan kemaksiatan. Lihat nukilan penyajak dalam 'alpa';

ada semacam pesta

di tengah lautan manusia alpa

11

Page 13: Penyair Muda Wanita Pahang: Catatan Biografiktif ...pustaka2.upsi.edu.my/eprints/346/1/Penyair muda wanita Pahang... · Berbekal kelulusan Sijil Pelajaran Malaysia ... 1997, bakat

di pekat wanna malam

di hi tarn nafsu dug ana

di pantai dinifaari libur [ baris 1-5]

( Usrah P erja ia n a n h a b l)

Penyajak tidak melihat kealpaan bangsanya secara sambil lain, sebaliknya melihat

dengan pencil ketnsafan dan sikap tanggungjawab sesama bangsa, sesama manusia dm

sesama agama. Jtistemi, penyajak tidak inpa mengungkapkan kata-kata nasfliat dan

paimgallan Tuhan akan masa yang teibuang akibat kealpaan itu. Di sinilah penyajak

menemukan peatingnya masa yang tneniii pengalaman dan kehidupan rnannsia lain dan

dirinya sendiri. Sajak Bsmi masa mefangfatmkan tanggungjawab keinsanan dan

kenmasiliiman penyajak teiiiailap manusia lain (sebangsa) yang dianggap- sudah, jauh

teaJlpaaEi dan perln bamgkit memanfaaikan masa yang ada. Katanya;

te g u A h anak Ibangsaba "

feangffinilali. 4m lena yang panjang

taagpnflali dari mimpi yang isdali

TOBunfeaftaEJ sdbuah masa

yang teraras fomat manat manusia

n m s b i aah di kettdopan

sdteltaira. meajetaanya alam sama. [baris 7 — 13]

(iUsrok PesjaiammJnsa§,~%3}

Ptemgalamami yamg dilate oteh seseorang tidak sama dan suasama yang dinadapi pula

irejseaana dam beefeagm.. DemiMan jttga, latar yang meijjadi sranntar peaglalman dan

Page 14: Penyair Muda Wanita Pahang: Catatan Biografiktif ...pustaka2.upsi.edu.my/eprints/346/1/Penyair muda wanita Pahang... · Berbekal kelulusan Sijil Pelajaran Malaysia ... 1997, bakat

pemupukan pengalaman itu. M anusia-manusia lain, perasaan dalam diri, dorongan nafsu,

pergaulan, kepasrahan diri adalah antara sumber pembenihan pengalaman diri kita. Kata

orang-orang berilmu 'pengalaman adalah guru yang mematangkan kehidupan'. Dar

pengalaman diri kita dapat mengenaii kehidupan, membentuk sikap dan melakar

pemikiran buat mengejap diri mengharungi hari-hari mendatang. Pada pengamatan saya,

penyajak (Khirul Bariah) telah melalui sebahagian besar daripada rentetan pengalaman

kehidupan itu sebagaimana yang diunggap dalam sajak-sajaknya di dalam antologi ini.

Pengalaman diri seorang muslim

Pengalaman diri penyajak kelihatan amat sebati dengan jatidiri Kelslamannya.

Justeru, kontektualiti penyajakannya amat jelas sekali, apabila beliau dengan sedar

menghubung pengalaman hidup dengan kebesaran Allah, kehidupan selepas mati dan

perkara-perkara yang berhubungkaii dengan Islam secara khusus. Sajak-sajak seperti

Bulan tidak senyum lagi, Demi masa, Kanvas kemaafan, Menuju daerah itu, Milik-

Mu,Pintu, Pantai rindu, Sedar atau tidak, Saat kuhadap suatu subuh yang bening, Sam.

kekesalan kembali, Taubat, Wasiat untuk wanita, Zaman keberangkatan, Tanda abad dan

sesaat waktu terhenti merupakan sajak-sajak yang membicarakan persoalan keagamaan

(Islam), sarat dengan nada pujian terhadap Tuhan dan suara-suara penyesalan.

Manusia memuji Tuhan kerana banyak sebab, antaranya kerana keimanm,

bangkit dari keinsafan, menyedari kekecilan diri dan kerana kesyukuran. Mereniingi,

Page 15: Penyair Muda Wanita Pahang: Catatan Biografiktif ...pustaka2.upsi.edu.my/eprints/346/1/Penyair muda wanita Pahang... · Berbekal kelulusan Sijil Pelajaran Malaysia ... 1997, bakat

Usrah Perjalanan, maka kita akan temui kedalaman pengalam an penyajak mengharungi

kehidupan sebagai seorang muslim dan keintiman naiurinya menjiwai m akna hamba yang

sedar dan sentiasa menginsafi diri di hadapan Allah. Sajak Demi masa adalah runtutan

rasa tanggungjawab yang terheret oleh sikap kesal terhadap manusia sebangsa dan

seagama yang sering mensia-siakan masa yang dikumiakan oleh Allah. Sebagai insan

muslim, penyajak cukup kenal dan memahami makna ayat-ayat Al-Quran Surah Al-Asr

yang bermaksud;

'Demi masa, sesunggutmya manusia itu dalam kerugian, kecuali orang-orang

Yang beriman dan beralam soleh dan berpesan-pesan dengan kebenaran dan

Berpesan-pesan dengan kesabaran. ’

Lalu, dalam kesedaran diri itu, penyajak melontarkan kata nasihat dan madah bujukan

agar manusia kembali kepada kebenaran dan menghargai dan memanfaatkan masa yang

di telah lama disia-siakan oleh mereka yang sebangsa dan seagama dengannya. Tidak

mudah untuk seseorang lain menasihati manusia lain dalam soal-soal agama, melainkan

tugas itu seringkalinya dilakukan oleh golongan ulama dan orang-orang yang tinggi ilmu

agama. Namun, pengalaman diri dan kemumian iman telah menjadi kekuatan kepada din

penyajak untuk memberi nasihat dan menyampai seruan Islam itu.

Dalam mengharungi hidup, penyajak menemui makna rindu, sayang, iman dan

taqwa. Bagi penyajak rindu dan sayang sebenamya adalah milik Allah yang abad

Manusia yang merasai dan menikmatinya adalah kumia Tuhan dari luasnya lautan kasih

dan sayang-Nya. Justeru, manusia seharusnya pula menyediakan iman dan taqwa dalam

14

Page 16: Penyair Muda Wanita Pahang: Catatan Biografiktif ...pustaka2.upsi.edu.my/eprints/346/1/Penyair muda wanita Pahang... · Berbekal kelulusan Sijil Pelajaran Malaysia ... 1997, bakat

din sebagai ja lan untuk kem bali kepada Allah dan menyerahkan pengabdian hanya

kepada-Nya. Dem ikian nukil penyajak dalam sajaknya yang beijudul Milik-Mu\

Rindu yang terungkai

di ranting masa

milik-Mu abadi

miliki-Mu azali

milik-Mu hakiki

Sayang yang tercipta

adalah milik-Mu

kasih yang terkalung

adalah milik-Mu .

mesra yang terjalin

tetap milik-Mu.

Iman dan taqwa

galur ke rumah milik-Mu [baris 1-13]

Pengalaman diri menyedarkan penyajak terhadap hak milik segala sesuatu itu hanya di

sisi Allah. Lantas, tidak hairan, penyajak dengan penuh kesedaran menumpahkan

kerendahan diri dengan menghitung diri. berdoa dan bermunajat kepada Allah.

Demikianlah luahan diri penyajak dalam sajaknya Sciat kekesalan kembali.

Pengalaman memupuk cinta

Pengalaman diri penyajak bersama teman-teman dan kehidupannya di kampung

halaman turut diungkap dengan baik. Umpamanya sajak Hujan sepetang, Ingatan yang

15

Page 17: Penyair Muda Wanita Pahang: Catatan Biografiktif ...pustaka2.upsi.edu.my/eprints/346/1/Penyair muda wanita Pahang... · Berbekal kelulusan Sijil Pelajaran Malaysia ... 1997, bakat

kian tercicir, Sahaba dan Usrah perjalanan. Sebagai anak watan Pahang Darul Makmur,

penyajak juga tidak pemah lupa kepada budi dan jasa negerinya yang telah menumbuh

dan mendewasakan pengalaman dinnya. Lalu ditumpahican rasa kagum dan cinta yang

tidak berbelah bagi terhadap tanah air nya itu. Semua ini dinukilkan oleh penyajak dalam

sajak Bumi bertuah, iaitu sajak yang telah membawa penyajak memenangi hadiah kedua

Sayembara Menulis Puisi Anjuran angkatan Seniman Pahang tahun 1998.

Negeri tercinta tanah ibunda

Melahirkan pahlawan dan srikandi pewaris setia

Mendukung amanat kesejahteraan

Dari generasi ke generasi

Bermatlamatkan wawasan kebahagiaan. [ baris 1-5]

Susurilah sungainya yang panjang

Sepanjang kasin tertumpah

Setia dan taat tidakkan terbelah

Pada bumi bertuah, Pahang. [baris 12-15]

( Usrah Perjalanan.hd.\:62)

Cinta kepada tanah air seringkali dikaitkan dengan pengalaman hidup di tanah air itu

sendiri. Manusia sanggup bermandi darah dan mengorban nyawa demi kecintaan

terhadap tanah air. Penyajak mempunyai persepsi yang sama, Cuma tumpahan

pengorbanannya dibuktikan dengan lontaran kata cinta, rindu, taat dan kasih yang tidak

berbelah bagi lewat diksi-diksi puitisnya.

16

Page 18: Penyair Muda Wanita Pahang: Catatan Biografiktif ...pustaka2.upsi.edu.my/eprints/346/1/Penyair muda wanita Pahang... · Berbekal kelulusan Sijil Pelajaran Malaysia ... 1997, bakat

Kesimpulan

Meneliti antologi ini, kita akan temui gugusan pengalaman diri penyajak yang

tercipta dari lenggang lengguk kehidupannya sebagai seorang penyajak. Di sinilah juga

kita dapat menafsir citra rasa seorang penyajak muda yang sering diombak kemahuan

untuk menjadi manusia yang bijak mengatur perjalanan hidup, tahu memeta dan

menyaring pengalaman agar setiap yang menjadi pengalaman itu benar-benar berguna

untuk diri dan kehidupannya di masa kini dan masa-masa akan datang.

Sebaga: seorang penyajak muda yang masih memerlukan banyak waktu untuk

membina dir , Khirul Bariah kelihatan masih belum bersedia untuk memasuki dunia

falsafah dan kelihatan masih berada pada jarak yang agak terpisah dengan isu-isu yang

bersifat global dan sejagat. Meskipun ada sedikit percubaan ke arah itu, namun ia mudah

terkesan kerana pengarah konvensi yang ada pada stail penulisannya yang menyebabkan

banyak pengungkapannya terperangkap dalam mainan rasa dan pengalaman diri.

Usrah Perjalanan mungkin menjadi landasan pertama kepada peijalanan-

peijalanan lain bagi diri penyajak pada masa akan datang, dan yang pasti peijalanan-

peijalanan itu tentunya akan menemukan pengalaman baru di luar diri yang lebih

bermakna dan mencabar idealisme kepenyajakannya. Di waktu itu, penyajak terpaksa

berhadapan dengan tanggurrgjawab besar membangun dan membina wajah kepenyajakan

di negeri ini khasnya dan Malaysia amnya, di samping berusaha membina keperibadian

dan mencari kemerdekaan diri sendiri sebagaimana tokoh-tokoh penyair wanita seperti

17

Page 19: Penyair Muda Wanita Pahang: Catatan Biografiktif ...pustaka2.upsi.edu.my/eprints/346/1/Penyair muda wanita Pahang... · Berbekal kelulusan Sijil Pelajaran Malaysia ... 1997, bakat

Zurinah Hassan, Siti Zaleha Hashim, Salmi Manja atau sekurang-kurangnya segandir

dengan Mahanie Sulong, yang sudah lama berpaut pada pohon kematangan.

Bafaan Bacaan:

Ahmad Kamal Abdullah & Ahmad Razali Haji Yusof (Pngr).1990. Puisi Baharu Melayu. 1961-1986. Kuala Lumpur; Dewan Bahasa Pustaka.

Khirul Bariah Arup. 1999.Usrah Perjalanan. Pahang. Terbitan Dewan Persuratan Melayu Pahang.

Mana Sikana.1994.Mencari Keunggulan Dinamika Teks dalam Othman Putih (Pngr). Teks Cerminan Nilai Budaya Bangsa. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mohd Hashim Ismail (Pngr). 1999. Sabda Alam I. Pahang. Terbitan Dewan Persuratan Melayu Pahang.

Rozninah Abd Azib.2001.

18

on