365
BAHAGIAN A Karangan berpandu : Berdasarkan pelbagai bahan rangsangan Markah : 30 markah Masa : 45 minit Panduan agihan masa Memahami dan menganalisis bahan rangsangan 5 minit Membina rangka/pelan karangan 10 minit Menulis 25 minit Menyemak 5 minit HAK CIPTA TERPELIHARA 1

Penulisan Karangan Edit

Embed Size (px)

DESCRIPTION

ddd

Citation preview

KHEMAH IBADAH PANITIA PENDIDIKAN ISLAM

BAHAGIAN A

Karangan berpandu : Berdasarkan pelbagai bahan rangsanganMarkah : 30 markahMasa : 45 minit

Panduan agihan masaMemahami dan menganalisis bahan rangsangan 5 minitMembina rangka/pelan karangan10 minitMenulis25 minitMenyemak 5 minit

HAK CIPTA TERPELIHARA1BAHAGIAN BTajuk karangan berdasarkan kombinasi:Bidang Interpersonal (IP)Bidang Maklumat (M)Bidang Estetika (E)

Pilihan : Satu daripada lima soalanMarkah : 100 markahMasa : 90 minit

Panduan agihan masa- Memahami dan menganalisis bahan rangsangan10 minit- Membina rangka/pelan karangan15 minit- Menulis55 minit- Menyemak10 minit

DIMENSI :DIRI @ KELUARGAKELUARGA @ MASYARAKATMALAYSIA GLOBAL @ ANTARABANGSASASTERA @ ESTETIKA

HAK CIPTA TERPELIHARA2PERBEZAAN KARANGAN BERPANDU DAN UMUMKarangan berpanduKarangan UmumBilangan Perenggan Isi- 3-4 isiBilangan Perenggan Isi 4-5 isiBilangan Muka Surat 2 msBilangan Muka Surat 3-4 ms Bilangan Perenggan- 5 Bilangan Perenggan- 7HAK CIPTA TERPELIHARA3PEMARKAHANAspekBahagian A(30 markah)Bahagian B(100 markah)Takrif3 markah10 markahIsi dan Kematangan Fikiran7 markah25 markahBahasa14 markah45 markahPengolahan6 markah20 markahHAK CIPTA TERPELIHARA4BAHASA MELAYU KERTAS 1PANDUAN MENULIS KARANGAN BAHAGIAN AHAK CIPTA TERPELIHARA5BAHASA MELAYU KERTAS 1Bahagian A (30 Markah)

Panduan Menjawab:

1. Baca arahan soalan dengan baik. Bincangkan tema yang dikehendaki seperti yang terdapat dalam arahan soalan.2. Mesti 5 perenggan iaitu:a)Perenggan pendahuluanb)Perenggan ideac)Perenggan idead)Perenggan ideae)Perenggan penutup3.Panjang perenggan antara 10 -11 baris (paling pendek antara 8 9 baris)4. Pemerengganan hendaklah seimbangHAK CIPTA TERPELIHARA6SAMBUNGAN

5.Karangan Bahagian A mesti 2 muka surat penuh6. Perlu ada 2 variasi ayat:Contoh 1: Pada masa ini, isu pembuangan bayi semakin gawat diperkatakan oleh masyarakat. Persoalannya, apakah punca-punca yang menyebabkan isu ini semakin berleluasa?(Ayat Tanya). Apabila isu ini semakin kritikal, pelbagai pihak saling menunding jari antara satu sama lain. (Ayat Songsang).7. Perlu ada 2 ungkapan menarik sama ada:a)Bukan peribahasa - Contoh: Ayat Al-Quran/Hadis/Kata-kata orang ternamab)Peribahasa- Orang-orang tua ada mengatakan bahawa...............c) Kosa Kata Berdarjat Tinggi Contoh: intiha/globalisasi/faktor perdana dll

HAK CIPTA TERPELIHARA7KRITERIA KARANGAN CEMERLANGKarangan menepati tema bahan rangsangan.Bahasa gramatis dari segi kata dan ayat.Penggunaan tanda baca betul dan tepat. Ejaan mengikut Sistem Ejaan Rumi Baharu. Penggunaan kosa kata luas dan tepat. Wacana lengkap.Unsur bahasa yang digunakan bervariasi. Penggunaan ungkapan menarik (peribahasa, slogan, cogan kata, frasa menarik, kata hikmat, maksud hadis dan al-Quran). Idea relevan dengan tema bahan rangsangan.Huraian jelas dan matang.Panjang karangan antara 200 hingga 250 patah perkataan.Tulisan yang kemas.

HAK CIPTA TERPELIHARA8PEMARKAHAN KARANGANCiri-ciri KaranganMarkah Layak DiterimaIdea menepati tema bahan rangsangan20 - 30Idea masih menepati tema 15 - 19Idea kurang menepati tema10 - 14Idea tidak menepati tema1 - 9HAK CIPTA TERPELIHARA9BAHAGIAN A[Masa dicadangkan : 45 minit][30 markah]

PEMAKANAN SEIMBANG DAN GAYA HIDUP SIHATLihat gambar di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang isu pemakanan seimbang dan gaya hidup sihat. Panjang huraian, antara 200 hingga 250 patah perkataan.HAK CIPTA TERPELIHARA10Lihat gambar di bawah dengan teliti. Huraikan faktor-faktor kemerosotan permainan tradisional dan kebaikan mengekalkan warisan bangsa ini berdasarkan gambar tersebut. Panjang huraian anda antara 200 hingga 250 patah perkataan.

PERMAINAN TRADISIONAL DI NEGARA KITA

PERMAINAN GASINGPERMAINAN CONGKAK

PERMAINAN WAUPERMAINAN SEPAK RAGAHAK CIPTA TERPELIHARA11Pendahuluan:- Kaya dengan pelbagai permainan - Permainan tradisional perlu diberi perhatianFaktor-faktor kemerosotan: Perkembangan teknologi permainan moden Komputer dan permainan video mempunyai keunikan sendiri

Faktor-faktor kemerosotan: Tanggapan masyarakat, permainan tradisional tiada nilai komersial Permainan seperti bowling dan badminton lebih berprestij dan lumayanFaktor-faktor kemerosotan: Penyediaan bahan untuk permainan tradisional sukar dicari Memerlukan kepakaran yang tinggi untuk membuatnyaKebaikan meningkatkan warisan bangsa ini: Merapatkan hubungan silaturahim/kejiranan Kos bahan permainan yang murah Mempromosikan keunikan permainan tradisional di peringkat antarabangsaPenutup:- Perlu diperkenalkan kepada masyarakat- Tidak hilang ditelan zaman- Kempen perlu melibatkan generasi mudaHAK CIPTA TERPELIHARA12RANGKA KARANGANLihat catatan di bawah dengn teliti. Huraikan pendapat anda tentang ciri-ciri positif yang menjadi amalan pelajar cemerlang. Panjang huraian hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan. Pelajar-pelajar yang cemerlang mempunyai wawasan yang jelas. Selain itu, mereka juga tahu akan kelemahan dan kekuatan diri masing-masing. Mereka turut mengamalkan kemahiran belajar dan bijak menguruskan masa dengan berkesan. Akhirnya, kecemerlangan pelajar turut ditentukan oleh faktor kekuatan disiplin yang tinggi dalam diri mereka.- PAKAR MOTIVASI

HAK CIPTA TERPELIHARA1314Pelajar-pelajar yang cemerlang mempunyai wawasan yang jelas.Selain itu, mereka juga tahu akan kelemahan dan kekuatan diri masing-masing.Mereka turut mengamalkan kemahiran belajar dan bijak menguruskan masa dengan berkesan.Akhirnya, kecemerlangan pelajar turut ditentukan oleh faktor kekuatan disiplin yang tinggi dalam diri mereka.HAK CIPTA TERPELIHARAKenal pasti bilangan idea yang ada dalam bahan rangsangan.Apa maksud wawasan?15Bagaimana hendak mencapai wawasan? ?Mengapa perlu ada wawasan?Jika ada wawasan?MASBBD-JikaHAK CIPTA TERPELIHARAWawasan yang jelasApa kekuatan dan kelemahan diri yang ada?16Bagaimana hendak memanfaatkan kekuatan diri ?Mengapa perlu membuang kelemahan diri?Dari mana kita dapat mengetahui kekuatan diri ?MASBBD-JikaHAK CIPTA TERPELIHARAMengetahui kekuatan dan kelemahan diriMengapa kita perlu mengamalkan kemahiran belajar yang ada?17Bagaimana hendak menjadi bijak menguruskan masa dengan berkesan ?Apa yang patut kita lakukan?Jika kita berjaya mengamalkan kedua-dua perkara ini...MASBBD-JikaHAK CIPTA TERPELIHARAMengamalkan kemahiran belajar dan bijak menguruskan masa dengan berkesanMengapa kita perlu mempunyai kekuatan disiplin yang tinggi?18Bagaimana hendak mengekalkan disiplin yang tinggi sepanjang masa?Apa yang patut kita lakukan?Jika kita mempunyai disiplin diri yang tinggi sudah tentu.....MASBBD-JikaHAK CIPTA TERPELIHARAKekuatan disiplin yang tinggi dalam diri19 Kejayaan tidak akan datang bergolek. Kecemerlangan pula tidak akan datang melayang. Sebagai pelajar, sudah tentulah kita perlu menggemblengkan seluruh tenaga agar menjadi insan cemerlang dalam pelbagai aspek. Sebenarnya terdapat banyak ciri positif yang mesti diamalkan jika kita hendak menjadi pelajar cemerlang.HAK CIPTA TERPELIHARAPENGENALAN20 Pelajar-pelajar yang cemerlang mestilah mempunyai wawasan yang jelas. Mereka sepatutnya sudah menetapkan visi dan misi demi masa hadapan yang gemilang. Wawasan penting supaya pelajar dapat menetapkan matlamat dan mencapainya dalam jangka masa tertentu. Jika kita tidak mempunyai wawasan yang hendak dicapai, sudah tentu kita tidak akan bekerja ke arah matlamat tersebut. Hal ini dapatlah dikaitkan dengan pepatah angan-angan Mat Jenin.HAK CIPTA TERPELIHARAISI PERTAMA21 Selain itu, pelajar cemerlang juga perlu tahu akan kelemahan dan kekuatan diri masing-masing. Apabila kita mengetahui kekuatan dan kelemahan diri, maka kita akan memanipulasi kedua-dua keadaan itu supaya menjadi peluang keemasan yang tidak sepatutnya dibiarkan begitu sahaja. Pelajar cemerlang akan sentiasa mendapatkan maklumat di sekeliling mereka tentang sesuatu kekuatan dan kelemahan yang ada pada dirinya. Kadaan ini sudah tentu akan menyedarkan kita untuk terus maju dan berjaya seperti kata pepatah, hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. HAK CIPTA TERPELIHARAISI KE-222 Di samping itu, pelajar cemerlang juga turut mengamalkan kemahiran belajar. Mereka juga sepatutnya bijak menguruskan masa dengan berkesan. Kemahiran belajar yang dikuasai dengan betul akan membimbing kita agar menjadi insan yang cemerlang. Sebagai contoh kemahiran mencatat nota, membina peta minda dan belajar dalam kumpulan akan memberikan impak yang sangat besar kepada seseorang. Malah, pada masa yang sama kita akan sentiasa menghargai masa, kerana masa itu emas. HAK CIPTA TERPELIHARAISI KE-323 Akhirnya, kecemerlangan pelajar turut ditentukan oleh faktor kekuatan disiplin yang tinggi dalam diri mereka. Disiplin selalunya menuntut pelajar agar sentiasa melakukan pengorbanan. Perkara-perkara yang berkaitan dengan keseronokan hendaklah dilupakan sementara waktu bagi memberi laluan untuk kita mengecapi kecemerlangan diri. Tanpa pengorbanan, kecemerlangan akan sukar digapai. Oleh itu, berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu bersenang-senang kemudian, hendaklah menjadi pegangan hidup. HAK CIPTA TERPELIHARAISI KE-424 Kesimpulannya, pelajar-pelajar hendaklah berusaha untuk mencapai kecemerlangan. Keinginan tanpa usaha ialah angan-angan, manakala keinginan dengan usaha ialah impian. Oleh itu, sebagai pelajar cemerlang, kita hendaklah memandang ke hadapan dengan seribu impian yang menggunung. Selagi ada usaha, pasti ada kejayaan yang menanti! HAK CIPTA TERPELIHARAPENUTUPPENANDA WACANA MEMULAKAN KARANGANHAK CIPTA TERPELIHARA25Pada era globalisasi ini, Pada zaman pascakemerdekaan ini, Dalam meniti arus kemodenan ini, Dewasa ini, Pada masa ini, Kini, Dasawarsa ini, Dalam meniti kehidupan pada marcapada, Sejak sedekad yang lalu, Sejak negara menikmati arus kemerdekaan, Kebelakangan ini, Belakangan ini, Sejak akhir-akhir ini,

PENANDA WACANA UNTUK MEMULAKAN ISI BAHARUHAK CIPTA TERPELIHARA26Selain itu, Di samping itu, Sementara itu, Lebih-lebih lagi, Dalam pada itu, Lain daripada itu, Pada waktu yang sama, Dalam pada itu, Seterusnya,

PENANDA WACANA UNTUK HURAIAN ISI KARANGANHAK CIPTA TERPELIHARA27Hal ini demikian kerana, Hal ini berlaku kerana, Hal ini terjadi kerana, Hal ini disebabkan oleh, Hal ini wujud akibat daripada, Hal ini bersangkut-paut dengan, Hal ini berpunca daripada, Hal ini tercetus apabila, Hal ini timbul apakala,

PENANDA WACANA UNTUK MEMBERI CONTOH DALAM KARANGANHAK CIPTA TERPELIHARA28Misalnya, Contohnya, Sebagai contoh, Tamsilnya, Sebagaimana yang kita sedia maklum, Antaranya adalah seperti

PENANDA WACANA UNTUK MENGHURAIKAN CONTOHHAK CIPTA TERPELIHARA29Hal ini mengakibatkan Hal ini menyebabkan Oleh itu, Maka, Oleh hal yang demikian, Oleh sebab itu, Jelaslah bahawa Justifikasinya,

PENANDA WACANA UNTUK MENUTUP ISIHAK CIPTA TERPELIHARA30Kesannya, Natijahnya, Akibatnya, Akhirnya, Dengan itu, Dengan berbuat demikian, Dengan keadaan sedemikian, PENANDA MEMULAKAN PERENGGAN PENUTUPHAK CIPTA TERPELIHARA31Kesimpulannya, Intihanya, Secara tuntas, Konklusinya, Sebagai penutup wacana, Sebagai penghias bicara akhir, Sebelum mengakhiri wacana ini, Secara keseluruhan, Secara total,

SOALAN SPM 2009 (N)HAK CIPTA TERPELIHARA32

CONTOH KARANGAN CEMERLANG HAK CIPTA TERPELIHARA33Badan beruniform tidak asing lagi bagi masyarakat terutamanya golongan remaja yang bergelar pelajar. Secara holistiknya, badan-badan beruniform yang ditubuhkan di sekolah mendapat sambutan dan penyertaan yang menggalakkan daripada pelajar. Badan-badan beruniform seperti Kadet Polis, Persatuan Bulan Sabit Merah, Kadet Remaja Sekolah dan lain-lain lagi bukan sahaja menarik minat golongan pelajar dengan aktiviti-aktivitinya, malah faedah-faedah menyertai badan beruniform mendorong pelajar untuk melibatkan diri dalam badan-badan beruniform Antara faedah menyertai badan beruniform ialah dapat meningkatkan mental dan fizikal pelajar. Seperti yang kita ketahui, badan beruniform biasanya menjalankan aktiviti yang agak lasak dan mencabar ketahanan mental dan fizikal pesertanya. Hal ini sudah tentu mampu meningkatkan ketahanan bukan sahaja dari segi fizikal malah mental peserta. Sebagai contoh, Kadet Remaja Sekolah menjalankan aktiviti Flying Fox yang menguji fizikal dan mental. Bagi ahli kadet yang baru pertama kali menyertai aktiviti ini, aktiviti ini merupakan pengalaman baru yang mencabar mental dan fizikal mereka sekali gus meningkatkan ketahanan mental dan fizikal mereka. Oleh yang demikian, badan beruniform terbukti dapat meningkatkan ketahanan mental dan fizikal peserta.

SAMBUNGANHAK CIPTA TERPELIHARA34Selain itu, badan beruniform juga dapat membentuk semangat kerjasama dan disiplin ahli yang jitu. Hal ini demikian, dalam badan beruniform terdapat pelbagai peraturan yang perlu dipatuhi oleh ahli sama ada ketika menjalankan aktiviti mahupun hari-hari biasa. Badan beruniform amat menekankan disiplin ahliyang tinggi dan semangat kerjasama antara ahli bagi menjayakan sesuatu aktiviti. Hal ini dapat digambarkan melalui aktiviti perkhemahan yang dijalankan oleh badan beruniform seperti Persatuan Pengakap. Hal ini kerana, dalam aktiviti perkhemahan setiap ahli akan diberikan tugasan sama ada secara berkumpulan atau berpasangan. Oleh itu, setiap ahli yang berdisiplin akan menjalankan tugas dengan sempurna di samping bekerjasama dengan ahli yang lain bagi menyempurnakan tugas tersebut. Oleh yang demikian, jelaslah bahawa badan beruniform mampu membentuk semangat kerjasama dan disiplin ahli yang jitu.SAMBUNGANHAK CIPTA TERPELIHARA35Badan beruniform juga dapat memberikan pengetahuan asas bantuan kecemasan kepada ahli. Hal ini kerana, terdapat badan beruniform yang menyediakan program bagi mendedahkan ahli tentang asas bantuan kecemasan melalui teori dan praktikal. Hal ini secara tidak langsung akan menambah pengetahuan asas bantuan kecemasan kepada ahli. Sebagai contoh, ahli Persatuan Bulan Sabit Merah dapat mengaplikasikan asas-asas bantuan kecemasan kepada atlet-atlet yang mengalami kecederaan semasa aktiviti sukan sekolah. Kesimpulannya, badan beruniform banyak memberikan faedah kepada ahli yang menyertainya. Oleh itu, langkah-langkah untuk menubuhkan lagi badan beruniform wajar dilaksanakan agar peluang terutamanya kepda remaja terbuka luas untuk menyertainya sekali gus dapat melahirkan remaja yang berwawasan dan mampu menjadi aset penting negara.

KRITERIA PENSKORANBahagian A : Karangan Berdasarkan Bahan Rangsangan (30 Markah)

PERINGKATMARKAHKRITERIACemerlang26 30(28-30)(26-27) Karangan menepati tugasan soalan bahan rangsangan. Bahasa gramatis dari segi kata dan ayat. Penggunaan tanda baca betul dan tepat. Ejaan mengikut Sistem Ejaan Rumi Baru. Penggunaan kosa kata luas dan tepat. Wacananya lengkap. Unsur bahasa yang digunakan bervariasi dan menggunakan ungkapan yang menarik. Idea relevan dengan tugasan bahan rangsangan dan dihuraikan dengan jelas dan matang. HAK CIPTA TERPELIHARA36PERINGKATMARKAHKRITERIAKepujian20 25(23-25)(20-22)

Karangan menepati tugasan soalan bahan rangsangan.

Bahasa gramatis dari segi kata dan ayat. Tanda baca betul dan tepat. Ejaan mengikut Sistem Ejaan Rumi Baru. Penggunaan kosa kata luas.

Wacananya lengkap. Unsur bahasa yang digunakan bervariasi.

Idea relevan dengan tugasan bahan rangsangan dan dihuraikan dengan jelas.SAMBUNGANHAK CIPTA TERPELIHARA37SAMBUNGAN

PERINGKATMARKAHKRITERIAMemuaskan15 19(17-19)(15-16) Karangan masih menepati tugasan soalan bahan rangsangan. Bahasa masih gramatis dari segi kata dan ayat. Penggunaan tanda baca masih betul dan tepat. Ejaan masih mengikut Sistem Ejaan Rumi Baru. Penggunaan kosa kata umum. Wacananya masih lengkap. Unsur bahasa masih bervariasi. Idea masih relevan dengan tugasan bahan rangsangan. Huraian idea masih jelas.HAK CIPTA TERPELIHARA38SAMBUNGAN

PERINGKATMARKAHKRITERIAKurang Memuaskan10 14(12-14)(10-11) Karangan kurang menepati tugasan soalan bahan rangsangan. Bahasa kurang gramatis dari segi kata dan ayat. Kesalahan-kesalahan tatabahasa ketara. Ejaan masih mengikut Sistem Ejaan Baru tetapi terdapat kesalahan ejaan yang ketara. Penggunaan kosa kata terhad. Wacananya kurang lengkap. Unsur bahasa kurang bervariasi. Idea kurang relevan dengan tugasan bahan rangsangan. Huraian idea kurang jelas.HAK CIPTA TERPELIHARA3926 30:CEMERLANG

20 25:KEPUJIAN

15 19:MEMUASKAN (MASIH)

10 14:KURANG MEMUASKAN (KURANG)

01 09:PENGUASAAN MINIMUM40PEMARKAHAN KARANGANBAHAGIAN A

HAK CIPTA TERPELIHARABAHASA MELAYU KERTAS 1PANDUAN MENULIS KARANGAN BAHAGIAN BHAK CIPTA TERPELIHARA41PerbincanganPendapatUlasanKomentarFaktaDeskriptifCereka PeribahasaCogan kata

HAK CIPTA TERPELIHARA42JENIS KARANGAN TIDAK BERFORMAT WawancaraDialogTemuramah BeritaRencana UcapanSyarahanCeramahPidatoSurat kiriman rasmi & tidak rasmiLaporan aktiviti Minit mesyuaratPerbahasanHAK CIPTA TERPELIHARA43JENIS KARANGAN BERFORMAT Rencana biasa dan rencana akhbar.Tulis tajuk di bahagian atas.Tulis nama di bawah tajuk.HAK CIPTA TERPELIHARA44RENCANAAda beberapa jenis, tulis ikut kehendak soalan.Tajuk di tulis di bahagian atas dan tengah.Tulis butiran dan urutan peristiwa dengan lengkap.Tulis nama pelapor di akhir karangan.HAK CIPTA TERPELIHARA45LAPORANBukan bentuk pertandingan.Ada tajuk khusus dan mesti huraikan.Format lebih longgar berbanding syarahan dan perbahasan.Tujuan memberi penjelasan tertentu kepada golongan tertentu.Pendahuluan ada kata alu-aluan.Penutup ada harapan dan terima kasih.HAK CIPTA TERPELIHARA46CERAMAHTidak berbentuk pertandingan.Tujuannya meraikan seseorang juga sempena majlis rasmi.Tiada tajuk khusus.Pendahuluan ada kata alu-aluan.Untuk meraikan seseorang, isi mesti ada jasa-jasanya.Penutup ada doa dan harapan.HAK CIPTA TERPELIHARA47UCAPANDua jenis pertandingan dan bukan pertandingan.Pendahuluan syarahan bukan pertandingan tiada kata alu-aluan untuk hakim.Penutup menekankan perkara pokok yang diutarakan.HAK CIPTA TERPELIHARA48SYARAHAN/PIDATO/ PERBAHASANTulis ikut format.Ada maklumat rujukan seperti: tarikh, nama pewawancara, nama diwawancaraAda tujuan khusus.Nyatakan latar belakang isu dan orang yang diwawancara dalam pendahuluan.Isi mengandungi cadangan kepada isuPenutup ada harapan orang yang diwawancara.HAK CIPTA TERPELIHARA49WAWANCARA/DIALOGSURAT RASMIHAK CIPTA TERPELIHARA50

SURAT TIDAK RASMIHAK CIPTA TERPELIHARA51

KRITERIA KARANGAN CEMERLANGPenggunaan pelbagai jenis kata yang luas dan tepat. Penggunaan pelbagai ayat majmuk yang gramatis. Ejaan dan tanda baca betul. Laras bahasa sesuai dengan tugasan. Penggunaan kosa kata luas dan tepat. Idea yang relevan dengan tugasan. Huraian yang jelas dan matang. Penggunaan contoh yang sesuai. Pengolahan yang menarik. Wacana yang lengkap.

HAK CIPTA TERPELIHARA52SAMBUNGANKesinambungan idea yang jelas antara perenggan. Format menepati kehendak soalan. Penggunaan unsur bahasa bervariasi. Gaya bahasa yang menarik dari segi keindahan bahasa. Penggunaan ungkapan menarik (peribahasa, cogan kata, frasa menarik, kata hikmat, pantun). Kesalahan ejaan sifar. Panjang karangan melebihi 350 patah perkataan. Tulisan yang boleh dibaca dan tidak terlalu kecil. Satu isi dalam setiap perenggan. Penggunaan penanda wacana yang betul. HAK CIPTA TERPELIHARA53PEMARKAHAN KARANGANCiri-ciri KaranganMarkah Layak DiterimaIdea yang relevan mengikut tugasan66 - 100Idea masih reIevan mengikut tugasan36 - 65Idea masih relevan I idea bercampur aduk21 - 35Idea bercampur aduk1 - 20HAK CIPTA TERPELIHARA54BAHAGIAN B[Masa dicadangkan : 1 jam 30 minit][100 markah]Pilih satu daripada soalan di bawah dan tulis sebuah karangan yang panjangnya lebih daripada 350 patah perkataan.1 Setiap tahun sekolah anda menganjurkan pelbagai program motivasi dan anda sering terlibat dalam program-program tersebut.

Berikan pendapat anda tentang faedah-faedah menyertai program motivasi.

dan seterusnya.. (Rujuk Kertas Soalan SPM 2012)HAK CIPTA TERPELIHARA551. Menganalisis Tugasan/Kehendak Soalan (T/F/T)LANGKAH DEMI LANGKAH DALAM PENULISAN KARANGAN:

Merangka Karangan/Menjana Idea

Mengarang : 3.1 Membina Perenggan Pendahuluan3.2Membina Perenggan Isi3.3Membina Perenggan Penutup

4. Mengedit Karangan

HAK CIPTA TERPELIHARA56 1. MENGANALISIS SOALANContoh Soalan 1Di negara kita, kemalangan jalan rayadikatakan berlaku hampir setiap hari. Padapendapat anda, apakah langkah-langkahyang perlu diambil untuk mengatasi keskemalangan di jalan raya?HAK CIPTA TERPELIHARA57 MENGANALISIS SOALANContoh Soalan 1Analisis Soalan : (Tema, Format,Tugasan)Di negara kita, kemalangan jalan rayadikatakan berlaku hampir setiap hari. Padapendapat anda, apakah langkah-langkahyang perlu diambil untuk mengatasi keskemalangan di jalan raya?HAK CIPTA TERPELIHARA58 PENDAHULUAN KARANGAN Analisis Soalan : (Tema, Format,Tugasan)

Tema : Kemalangan jalan rayaFormat : Tiada (jenis fakta)Tugasan : Langkah-langkah untuk mengatasi kemalangan di jalan rayaHAK CIPTA TERPELIHARA59 1. MENGANALISIS SOALANContoh Soalan 2Usaha kerajaan memupuk nilai-nilai murni terhadap rakyat untuk melahirkan masyarakat yang berkeperibadian luhur. Namun demikian, perbuatan rasuah masih berlaku. Perbuatan seperti ini merupakan suatu penyakit sosial yang akan menjejaskan nama baik negara. Berikan pendapat anda tentang punca berlakunya rasuah dan kesan buruk perbuatan tersebut.

HAK CIPTA TERPELIHARA60 MENGANALISIS SOALANContoh Soalan 2Analisis Soalan : (Tema, Format,Tugasan)Usaha kerajaan memupuk nilai-nilai murni terhadap rakyat untuk melahirkan masyarakat yang berkeperibadian luhur. Namun demikian, perbuatan rasuah masih berlaku. Perbuatan seperti ini merupakan suatu penyakit sosial yang akan menjejaskan nama baik negara. Berikan pendapat anda tentang punca berlakunya rasuah dan kesan buruk perbuatan tersebut.HAK CIPTA TERPELIHARA61 PENDAHULUAN KARANGAN Analisis Soalan : (Tema, Format,Tugasan)

Tema : Gejala rasuahFormat : Tiada (jenis fakta)Tugasan : Punca dan kesan rasuahHAK CIPTA TERPELIHARA62JENIS-JENIS PENDAHULUANJENIS-JENIS PENDAHULUANPuisiPeribahasa/PepatahDefinisiSejarahFaktaSuasanaPersoalanPendapat TokohBeritaGabunganHAK CIPTA TERPELIHARA63AYAT RANGSANGAN

AYAT FOKUS

AYAT ARAHHAK CIPTA TERPELIHARA64MEMBINA PERENGGAN PENDAHULUAN (ARFA) PERENGGAN PENDAHULUANAYAT FOKUS11 JENIS PENDAHULUANTEMATUGASANAYAT RANGSANGANAYAT ARAH

HAK CIPTA TERPELIHARA65MEMBINA PERENGGAN PENDAHULUAN KARANGAN Pendahuluan karangan - perenggan paling penting (gambaran awal) kepada pemeriksa tentang hasil penulisan pelajar.Tulis antara empat hingga enam ayat secara menyeluruh atau am tentang sesuatu tajuk yang dipilih.HAK CIPTA TERPELIHARA66MEMBINA PERENGGAN PENDAHULUAN KARANGAN Jangan bincangkan sebarang isi dalam perenggan pendahuluan.Ayat-ayat mestilah bersifat rangsangan, dan berfokus agar pemeriksa akan berminat untuk membaca hasil penulisan anda.Ada Ayat Arah (AA) pada akhir perenggan pengenalan. (ARFA)HAK CIPTA TERPELIHARA67MEMBINA PERENGGAN PENDAHULUAN KARANGAN Jenis Pendahuluan KaranganAda pelbagai jenis pengenalan yang diminati & boleh ditulis oleh pelajar:Pendahuluan jenis umumPendahuluan jenis definisiPendahuluan jenis pendapatPendahuluan jenis suasanaPendahuluan jenis persoalanPendahuluan jenis peribahasa HAK CIPTA TERPELIHARA68aaSAMBUNGANPendahuluan jenis sejarah Pendahuluan jenis dialog Pendahuluan jenis puisi Pendahuluan jenis lagu Pendahuluan jenis beritaHAK CIPTA TERPELIHARA69 PENDAHULUAN KARANGAN Contoh Soalan 1Di negara kita, kemalangan jalan rayadikatakan berlaku hampir setiap hari. Padapendapat anda, apakah langkah-langkahyang perlu diambil untuk mengatasi keskemalangan di jalan raya?HAK CIPTA TERPELIHARA70 PENDAHULUAN KARANGAN Contoh Pendahuluan(1)Hampir setiap hari media di negara kita, sama ada media elektronik atau media cetak, menyiarkan berita tentang kemalangan di jalan raya. (2) Pada musim perayaan terutamanya, banyak pengguna jalan raya yang kehilangan nyawa atau mengalami kecacatan anggota akibat kemalangan. (3) Dari segi statistik pula, negara kita pernah mencatat kadar kemalangan yang tertinggi di dunia yang berlaku pada setiap hari. (4) Oleh hal yang demikian, pihak yang berkenaan hendaklah mengambil langkah yang berkesan untuk mengatasi masalah ini. (70 p.p)

HAK CIPTA TERPELIHARA71AYAT ARAHIDEA UMUM / AM PENDAHULUAN KARANGAN Contoh Soalan 2Analisis Soalan : (Tema, Format,Tugasan)Di negara kita, kemalangan jalan rayadikatakan berlaku hampir setiap hari. Padapendapat anda, apakah punca-puncayang menyebabkan kemalangandi jalan raya semakin meningkat?HAK CIPTA TERPELIHARA72 PENDAHULUAN KARANGAN Analisis Soalan : (Tema, Format,Tugasan)

Tema : Kemalangan jalan rayaFormat : Tiada (jenis fakta)Tugasan : Punca-punca yang menyebabkan kemalangan di jalan raya semakin meningkat

HAK CIPTA TERPELIHARA73 PENDAHULUAN KARANGAN Contoh Pendahuluan(1)Hampir setiap hari media di negara kita, sama ada media elektronik atau media cetak, menyiarkan berita tentang kemalangan di jalan raya. (2) Pada musim perayaan terutamanya, banyak pengguna jalan raya yang kehilangan nyawa atau mengalami kecacatan anggota akibat kemalangan. (3) Dari segi statistik pula, negara kita pernah mencatat kadar kemalangan yang tertinggi di dunia yang berlaku pada setiap hari. (4) Sebenarnya terdapat beberapa punca yang memungkinkan kemalangan di jalan raya semakin meningkat. (65 p.p)

HAK CIPTA TERPELIHARA74IDEA UMUM / AMAYAT ARAH PENDAHULUAN JENIS DEFINISI

SOALAN

Isu penderaan kanak-kanak masih lagiberlaku walaupun negara kita telah mencapai kemajuan yang pesat. Bincangkan punca-punca yang menyebabkan kes ini sentiasa berlaku dan berulang.HAK CIPTA TERPELIHARA75 PENDAHULUAN JENIS DEFINISI

Dera bermaksud pukulan dengan rotan, tali pinggang, atau alat-alat lain sebagai satu hukuman. Mendera bermaksud memukul dengan menggunakan alat-alat yang dinyatakan tadi. Penderaan pula bermaksud melakukan perbuatan mendera. Sebenarnya, penderaan terbahagi kepada dua jenis, iaitu penderaan berbentuk fizikal dan penderaan berbentuk mental. Berdasarkan kajian, terdapat banyak punca yang menyebabkan perbuatan ini berlaku terutamanya kepada kanak-kanak. HAK CIPTA TERPELIHARA76AYAT ARAH PENDAHULUAN JENIS PENDAPAT

SOALAN

Kepentingan bahasa Inggeriskepada rakyat dan negara.Bincangkan.HAK CIPTA TERPELIHARA77 PENDAHULUAN JENIS PENDAPAT

Tun Dr. Mahathir pernah menyatakan bahawa kita tidak akan mencapai kemajuan yang cepat jika kita tidak menumpukan perhatian dalam penguasaan bahasa Inggeris. Kata beliau, kebanyakan ilmu yang terdapat dalam dunia ini terungkap dalam bahasa Inggeris. Oleh itu, kita mestilah memberikan penekanan tentang penggunaan bahasa Inggeris dalam sistem pendidikan kita. Menurut beliau, terdapat banyak kepentingan atau kebaikan bahasa Inggeris sama ada kepada rakyat mahupun negara.HAK CIPTA TERPELIHARA78AYAT ARAH PENDAHULUAN JENIS SUASANA

SOALAN

Jiran anda telah ditimpa kemalangan ngeri kerana kediamannya ditimpa olehruntuhan batu. Gambarkan keadaan dansuasana pada masa itu.HAK CIPTA TERPELIHARA79 PENDAHULUAN JENIS SUASANA

Apabila saya sampai di tempat kejadian itu, sayamendengar jeritan manusia dari celah-celah rekahan batu.Selain itu, tangisan bayi dan kanak-kanak jelaskedengaran dari suatu bilik yang berdekatan denganruntuhan batu tersebut. Pada ketika itu, pasukanpenyelamat masih belum tiba lagi. Saya menjadi gelabahkerana buntu untuk melakukan sebarang tindakan.Namun, saya gagahkan semangat dan cuba melakukansesuatu supaya mangsa yang berada di bawah runtuhan batuitu dapat diselamatkan. Ketika itu hanya Allah yang mengetahui tentang perasaan dan debaran jantung saya.HAK CIPTA TERPELIHARA80 PENDAHULUAN JENIS PERSOALAN SOALAN

Sejak akhir-akhir ini, kejadian kemalangan di jalan raya berlaku hampir pada setiap hari. Pada pendapat anda, apakah faktor-faktor yang menyebabkan kemalangan di jalan raya berlaku?HAK CIPTA TERPELIHARA81 PENDAHULUAN JENIS PERSOALAN Tahukah anda bahawa hampir setiap hari ada-adasahaja kemalangan jalan raya yang dilaporkanmelalui media massa? Masing-masing menyalahkanpihak lain apabila kejadian seumpama ini berlaku.Ketika itu perbuatan menuding jari sering kedengaranseperti dalam lagu bangau oh bangau!. Adakahpengguna jalan raya atau pihak kerajaan yang harus dipersalahkan? Persoalannya sekarang ialah apakah faktor-faktor yang menyebabkan kemalangan di jalan raya sering berlaku dan semakin menjadi-jadi?HAK CIPTA TERPELIHARA82AYAT ARAH PENDAHULUAN JENIS PERIBAHASA SOALAN

Tulis satu rencana yang bertajuk Perpaduan Asas Kemajuan untuk dimuatkan dalam majalah sekolah anda.HAK CIPTA TERPELIHARA83 PENDAHULUAN JENIS PERIBAHASA Orang Melayu sememangnya kaya dengan peribahasayang meliputi semua aspek kehidupan. Antara peribahasayang menekankan aspek kerjasama dan perpaduantermasuklah Bukit sama didaki, lurah sama dituruni,Hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah,Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing, Bagai aurdengan tebing, Ibarat telur sesangkak, pecah sebiji,pecah semua, dan banyak lagi. Semua peribahasa yangdinyatakan tadi sebenarnya membawa konsep kerjasamadan perpaduan yang utuh antara ahli dalam sesebuahmasyarakat. Konsep ini perlu diamalkan sepanjang masakerana perpaduan asas kemajuan sesebuah negara.HAK CIPTA TERPELIHARA84AYAT ARAH PENDAHULUAN JENIS SEJARAHSOALAN

Bincangkan punca-punca yang menyebabkan mutu sukan bola sepak di negara kita merosot.HAK CIPTA TERPELIHARA85 PENDAHULUAN JENIS SEJARAHPada tahun 1972, pasukan bola sepak negara kita telahberjaya melayakkan diri dalam pertandingan bola sepakSukan Olimpik di Munich, Jerman. Kejayaan ini diulangpada tahun 1980 apabila pasukan kita layak menyertaiSukan Olimpik di Moscow, Rusia. Pada akhir tahun 1970-an pula, keupayaan pasukan bola sepak negara kitasetanding dengan keupayaan pasukan bola sepak KoreaSelatan. Namun demikian, apakah punca-punca yangmenyebabkan mutu sukan bola sepak di negara kitasekarang ini begitu jauh merosot atau ketinggalan dengannegara-negara lain?HAK CIPTA TERPELIHARA86AYAT ARAHPENGENALAN JENIS DIALOGCeritakan sebuah karangan yang berkait dengan peribahasa air yang dicincang tidak akan putus.

Kataku pergi! Pergi!! pekik Amin.Pergi kataku! kataku lagi.Mengapa mesti aku pergi? balas Siti, isteri Amin sambil menangis teresak-esak menahan kesakitan.Bukankah ini rumahku juga? tambahnya lagi. Mata kirinya yang lebam kerana dipukul sebelum ini sudah tidak boleh dibuka lagi.

HAK CIPTA TERPELIHARA87PENGENALAN JENIS PUISISOALAN

Anda telah dipilih mewakili kelas dalam pertandingan menulis esei sempena Minggu Keusahawanan yang dianjurkan oleh Persatuan Ekonomi sekolah anda. Tajuk esei yang ditetapkan ialah Faedah Berjimat Cermat. Tulis esei anda itu selengkapnya.

HAK CIPTA TERPELIHARA88PENGENALAN JENIS PUISITikar pucuk tikar mengkuang, Alas nikah raja Melayu; Ikan busuk jangan dibuang, Buat perencah si daun kayu.

Pantun warisan di atas mengingatkan kita supaya tidak membuang ikan yang sudah busuk. Sebaliknya, suri rumah yang kreatif seharusnya memanfaatkan ikan busuk itu untuk dijadikan hidangan yang istimewa. Dengan sentuhan yang bijak, ditambah pula dengan pelbagai ramuan termasuk ulam-ulaman, ikan busuk itu akan menjadi makanan yang enak untuk dinikmati. Demikian, maksud secara literal pantun empat kerat di atas. Secara tersiratnya, pantun tersebut mengingatkan kita agar sentiasa berjimat-cermat dalam kehidupan amnya, dan perbelanjaan seharian khususnya. Tambahan pula, agama Islam sendiri melarang umatnya bersikap boros lantaran pemboros ialah sahabat syaitan.HAK CIPTA TERPELIHARA89PENGENALAN JENIS LAGUSOALAN

Pelbagai langkah telah diambil oleh pihak kerajaan untuk memajukan sektor pertanian di samping meningkatkan taraf hidup golongan petani. Tulis sebuah rencana tentang sumbangan sektor pertanian terhadap ekonomi negara untuk dimuatkan dalam akhbar tempatan.

HAK CIPTA TERPELIHARA90PENGENALAN JENIS LAGUBurung yang berkicau Air mengalir tenang Sejuk mata memandang Damai mempesonakan Padi melambai-lambai Gadis di tepi bendang Walau panas membahang Tetap manis tersenyum riang

Lagu Desa Tercinta dendangan Nora yang dikategorikan dalam genre muzik irama Malaysia ini sangat popular sekitar tahun 2000 yang lalu. HAK CIPTA TERPELIHARA91SAMBUNGANIlustrasi di dalam lagu tersebut menunjukkan betapa harmoni hubungan antara alam dengan insan. Lebih jauh lagi, lagu itu berusaha memberikan gambaran tentang keindahan sebuah kampung tradisional di negara kita. Kampung tersebut masih mengekalkan sektor pertanian, khususnya penanaman padi sebagai sumber utama pendapatan penduduknya. Walau bagaimanapun, gambaran seumpama itu hanya indah dan terdapat di beberapa perkampungan di negara kita, sedangkan desa yang lainnya sudah dicalar oleh projek pembangunan yang menggila. Di sisi yang lain, sektor pertanian sesungguhnya masih amat diperlukan untuk terus membangunkan negara. Lantaran itu, apakah langkah-langkah proaktif yang wajar dilaksanakan bagi memajukan sektor pertanian di negara ini?

HAK CIPTA TERPELIHARA92PENGENALAN JENIS BERITA Sistem pengangkutan di negara ini telah mengalami perubahan yang amat ketara. Berbanding dengan dua puluh tahun yang lalu, kini pelbagai jenis sistem pengangkutan moden telah disediakan bagi kemudahan para pengguna.Berikan pendapat anda tentang sistem pengangkutan moden di negara ini.

HAK CIPTA TERPELIHARA93PENGENALAN JENIS BERITA Kerajaan galak mohon permit teksi eksekutif. Demikian tajuk berita yang terpapar di muka 11 akhbar Mingguan Malaysia bertarikh 17 Jun 2007 yang lalu. Kenyataan tersebut dikeluarkan oleh Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi selepas beliau merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi Berjasa Negeri Sembilan Berhad kali ke-9 di Seremban. Teksi eksekutif merupakan sistem pengangkutan awam yang menggunakan teksi yang lebih besar dan selesa, tetapi tambangnya lebih tinggi berbanding dengan teksi bajet. Penggunaan teksi eksekutif dicadangkan apabila usia kenderaan sedia ada mencapai tempoh tujuh tahun. Selain teksi eksekutif, terdapat beberapa jenis sistem pengangkutan moden di negara ini, termasuklah monorel, keretapi LRT dan lain-lain lagi.

HAK CIPTA TERPELIHARA94CARA MENULIS PENDAHULUAN KARANGAN 1. Ayat 1 (Masukkan isu semasa): Contoh ayat:Apabila kita membaca akhbar/melayari internet/menonton televisyen, kita sering didedahkan dengan berita/iklan/maklumat berkenaan...............(masukkan isu yang ditanya dalam soalan peperiksaan)***akan menjadi lebih kurang 20 patah perkataan2. Ayat 2 (Berikan definisi isu): Contoh ayat:Secara umumnya,......................(kaitkan dengan isu yang ditanya) dapat dijelaskan sebagai.................................***akan menjadi lebih kurang 15 patah perkataan3. Ayat 3 dan ayat 4 (Berikan latar belakang atau sejarah isu yang ditanya): Contoh ayat:Sebelum ini, isu berkenaan..............tidak banyak didedahkan oleh media untuk tatapan umum. Jika ada sekalipun, hanyalah sekadar perbincangan tidak rasmi di kedai kopi atau warung kecil di pinggir jalan.***akan menjadi lebih kurang 25 patah perkataan

HAK CIPTA TERPELIHARA954. Ayat 5 (Statistik/Perangkaan secara umum): Contoh ayat:Walau bagaimanapun, statistik telah menunjukkan berlakunya peningkatan jumlah kes/laporan berkenaan...............(isu yang ditanya) seperti yang telah dikeluarkan oleh Jabatan/Kementerian.................***akan menjadi lebih kurang 20 patah perkataanAyat 6 (Pendapat Tokoh):Contoh ayat:Perkara ini turut ditegaskan / mendapat perhatian................(sebutkan Menteri/Tokoh yang relevan dengan isu yang ditanya) dalam majlis yang dihadiri beliau baru-baru ini.***akan menjadi lebih kurang 15 patah perkataan6. Ayat terakhir dalam pengenalan ialah ayat fokus soalan:***akan menjadi lebih kurang 15 patah perkataan

SAMBUNGANHAK CIPTA TERPELIHARA96Sedasawarsa ini sering meniti dari bibir ke bibir umat manusia di segenap empat penjuru dunia ini tentang isu Era pascaperindustrian dan pascaglobalisasi yang serba mencabar akal dan minda kita telah .Sudah terang lagi bersuluh, semakin hari kita semakin menghampiri ambang 2020. Keadaan ini menandakan titik permulaan pelbagai cabaran dan rintangan yang bakal menghambat.Dasawarsa ini, sama ada kita sedar atau tidak lantaran terlalu dihidangkan dengan pembangunan negara yang semakin gah di persada dunia. Namun di sebalik itu, kita acapkali tersentak oleh pelbagai permasalahan sosial yang dicetuskan oleh rakyat kita sendiri.Dalam dunia yang dilingkari kemajuan sains dan teknologi ini Sejak dua dan tiga dekad kebelakangan ini memang kita dapat menyaksikan

PENANDA WACANA MEMULAKAN KARANGANHAK CIPTA TERPELIHARA97PENANDA WACANA UNTUK MENYATAKAN CONTOHSebagai contohnya Biar kita lihat Biar kita ambil contoh Bagi membuktikan perkara ini, contoh yang boleh diketengahkan ialah Sebagai analoginya, Contoh yang ketara yang paling dekat dengan kita ialah

HAK CIPTA TERPELIHARA98Berdasarkan perangkaan terkini yang diperoleh didapati sebanyak Bukti yang jelas dan terkini yang berkaitan dengan perkara ini menunjukkan Statistik yang sahih lagi tepat telah dikeluarkan oleh Kementerian pada tahun menunjukkan bahawa sebanyak

HAK CIPTA TERPELIHARA99PENANDA WACANA UNTUK MENYATAKAN STATISTIKBARISAN MENTERI KABINET MALAYSIA 2014

Perdana Menteri MalaysiaDatuk Seri Mohd. Najib Bin Tun Abdul Razak

Timbalan Perdana Menteri MalaysiaTan Sri Muhyiddin Bin Yassin

HAK CIPTA TERPELIHARA100MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERIDatuk Seri Jamil Khir Bin BaharomSenator Datuk Seri Abdul Wahid Bin OmarSenator Datuk Seri Idris JalaTan Sri Joseph KurupDatuk Seri Shahidan Bin KassimPn Nancy ShukriDatuk Joseph Entulu Anak BelaunSenator Paul Low Seng KwanDatuk Razali Ibrahim (TIMBALAN MENTERI)Waytha Moorthy Ponnusamy (TIMBALAN MENTERI)

HAK CIPTA TERPELIHARA101KEMENTERIAN PERTAHANAN &KEMENTERIAN KEWANGAN

Menteri Pertahanan Malaysia: Datuk Seri Hishamuddin Bin Tun HusseinTimbalan Menteri Pertahanan Malaysia: Datuk Abdul Rahim BakriMenteri Kewangan Malaysia: Datuk Seri Mohd. Najib Bin Tun Abdul RazakMenteri Kewangan Malaysia (II): Datuk Seri Ahmad Husni Bin Mohamad HanadzlahTimbalan Menteri Kewangan Malaysia: Datuk Ahmad Bin MaslanHAK CIPTA TERPELIHARA102

KEMENTERIAN PELAJARAN & PENGAJIAN TINGGI Menteri Pelajaran dan Pengajian Tinggi: Tan Sri Muhyiddin Bin YassinMenteri Pelajaran dan Pengajian Tinggi (II): Datuk Seri Idris Bin JusohTimbalan Menteri Pelajaran dan Pengajian Tinggi: Datuk Mary Yap Kain ChingTimbalan Menteri Pelajaran dan Pengajian Tinggi (II): P. Kamalanathan A/L P.Panchanathan

HAK CIPTA TERPELIHARA103KEMENTERIAN DALAM NEGERI &KEMENTERIAN PENGANGKUTAN

Menteri Dalam Negeri: Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Bin HamidiTimbalan Menteri Dalam Negeri: Datuk Dr. Wan Junaidi Bin Tuanku JaffarMenteri Pengangkutan: Datuk Seri Hishamuddin Bin Tun Hussein (Memangku)Timbalan Menteri Pengangkutan: Datuk Ab. Aziz Kaprawi

HAK CIPTA TERPELIHARA104KEMENTERIAN PELANCONGAN DAN KEBUDAYAAN & KEMENTERIAN LUAR NEGERI

Menteri Pelancongan Dan Kebudayaan: Datuk Seri Mohamed Nazri Bin Abdul AzizTimbalan Menteri Pelancongan Dan Kebudayaan: Yb Datuk Joseph Salang Anak GandumMenteri Luar Negeri: Datuk Seri Anifah AmanTimbalan Menteri Luar Negeri: Datuk Hamzah Bin Zainuddin

HAK CIPTA TERPELIHBiARA105KEMENTERIAN KERJA RAYA & KEMENTERIAN KESIHATAN

Menteri Kerja Raya: Datuk Fadillah YusofTimbalan Menteri Kerja Raya: Datuk Rosnah Binti Abdul Rashid ShirlinMenteri Kesihatan: Datuk Seri SubramaniamTimbalan Menteri Kesihatan: Datuk Seri Hilmi Bin Yahaya

HAK CIPTA TERPELIHARA106KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN & KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA

Menteri Belia Dan Sukan: Khairy Jamaluddin Bin Abu BakarTimbalan Menteri Belia Dan Sukan: Datuk Saravanan A/L MuruganMenteri Sumber Manusia: Datuk Richard Riot Anak JaemTimbalan Menteri Sumber Manusia: Datuk Ismail Bin Abd. Muttalib

HAK CIPTA TERPELIHARA107KEMENTERIAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN KEPENGGUNAAN & KEMENTERIAN PERDAGANGAN ANTARABANGSA

Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Kepenggunaan: Datuk Hassan Bin MalekTimbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Kepenggunaan: Datuk Ahmad Bashah Bin Md. HanipahMenteri Perdagangan Antarabangsa: Datuk Seri Mustapa MohamedTimbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa: Hamim Bin Samuri

HAK CIPTA TERPELIHARA108KEMENTERIAN PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI & KEMENTERIAN SAINS TEKNOLOGI DAN INOVASI

Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani: Datuk Seri Ismail Sabri Bin YaakobTimbalan Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani: Datuk Tajuddin Bin Abd RahmanMenteri Sains Teknologi dan Inovasi: Datuk Dr. Ewon EbinTimbalan Menteri Sains Teknologi dan Inovasi: Datuk Dr. Abu Bakar Bin Mohamad Diah

HAK CIPTA TERPELIHARA109

KEMENTERIAN SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR & KEMENTERIAN TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar: Datuk Seri G PalanivelTimbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar: Datuk Dr James DawosMenteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air: Datuk Dr Maxsimus Johnity OngkiliTimbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air: Datuk Seri Mahdzir Khalid

HAK CIPTA TERPELIHARA110KEMENTERIAN KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH & KEMENTERIAN PERUSAHAAN, PERLADANGAN DAN KOMODITI

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah: Datuk Seri Shafie Bin ApdalTimbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah: Datuk Alexander Nanta LinggiMenteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi: Datuk Seri Douglas Uggah EmbasTimbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi: Datuk Noriah Binti Kasnon

HAK CIPTA TERPELIHARA111KEMENTERIAN KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN & KEMENTERIAN PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT

Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan: Datuk Abdul Rahman Bin DahlanTimbalan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan: Datuk Halimah Binti Mohd SaddiqueMenteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat: Datuk Rohani Binti Abdul KarimTimbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat: Datuk Azizah Binti Mohd. Dun

HAK CIPTA TERPELIHARA112KEMENTERIAN KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA & KEMENTERIAN WILAYAH PERSEKUTUAN

Menteri Komunikasi dan Multimedia: Datuk Seri Ahmad Shabery Bin CheekTimbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia: Datuk Jailani Bin JohariMenteri Wilayah Persekutuan: Datuk Seri Tengku Adnan Bin Tengku MansorTimbalan Menteri Wilayah Persekutuan: Datuk Dr. Loga Bala Mohan A/L Jaganathan

HAK CIPTA TERPELIHARA113PENANDA WACANA UNTUK AYAT TERAKHIR PENDAHULUAN KARANGAN (AYAT ARAH)Oleh itu, kebaikan dan keburukan yang mewarnai fokus perbincangan akan dihuraikan dengan terperinci demi kebaikan bersama.Sebagai memperkukuhkan lagi penyataan tersebut, punca-punca yang menunjangi masalah ini perlu diperincikan demi kebaikan bersama.Usaha pasti akan membuahkan hasil kalau pelbagai langkah yang efektif dan drastik dilakukan segera untuk mengatasi masalah yang sudah bersarang lama di negara kita ini.Setelah meneliti dan mengkaji sehingga ke akar umbi, saya bersetuju dengan pendapat yang menyatakan Tiada penyakit yang tiada penawarnya, maka langkah-langkah yang konkrit, sistematik dan pragmatik harus dijalankan secara berterusan agar masalah ini boleh dibasmi hingga ke akar umbi.

HAK CIPTA TERPELIHARA114CONTOH PENDAHULUANSedasawarsa ini sering meniti dari bibir ke bibir umat manusia di segenap empat penjuru dunia ini tentang isu pendatang asing. Definisi bagi frasa pendatang asing ialah seseorang yang datang memasuki negara kita dan bertujuan mencari pekerjaan. Hal ini kerana, Malaysia menjadi lubuk rezeki kepada kebanyakan pekerja asing ini persis kata pepatah di mana ada gula di situ ada semut. Pekerja asing datang ke negara kita secara sah namun, tidak kurang jua pendatang asing memasuki negara kita secara haram dan dikenali sebagai pendatang asing tanpa izin (pati). Pendatang asing biasanya datang ke negara kita berasal dari negara jiran iaitu Myanmar, Bangladesh dan Indonesia.

HAK CIPTA TERPELIHARA115SAMBUNGANStatistik yang sahih lagi tepat telah dikeluarkan oleh Kementerian Dalam Negeri pada tahun 2013 menunjukkan peratusan pendatang asing yang masuk secara haram ke negara kita terus meningkat dari setahun ke setahun. Oleh itu kebaikan dan keburukan yang mewarnai fokus perbincangan akan dihuraikan dengan terperinci demi kebaikan bersama.

HAK CIPTA TERPELIHARA116CONTOH PENDAHULUAN MUDAHHAK CIPTA TERPELIHARA117CONTOH 1Tak tumbuh tak melata, tak sungguh orang tak kata. Isu semakin kerap dipaparkan melalui media massa. Hal ini menggambarkan bahawa masyarakat pada hari ini peka terhadap isu semasa. Lantas mereka cuba mengenal pasti punca permasalahan serta mencari jalan penyelesaiannya. Hal ini bermakna masyarakat tidak akan membiarkan menjadi barah yang memusnahkan kehidupan. Justeru, apakah punca-punca yang menyebabkan berlaku?

HAK CIPTA TERPELIHARA118CONTOH 2 Pada zaman ini, apabila memperkatakan isu , isu tersebut sering kita dengar dan baca daripada media massa. sering berkaitan dengan masyarakat di negara kita. Oleh sebab itu, langkah-langkah/cara-cara mengatasinya harus dilaksanakan @ Oleh sebab itu, faktor-faktor yang menyebabkannya perlu diteliti.

119HAK CIPTA TERPELIHARACONTOH 3 Isu sering diperkatakan oleh semua pihak. Perkara ini perlu diberikan perhatian. Semua pihak perlu bekerjasama untuk mengatasi masalah . Sekiranya semua pihak bekerjasama, hal ini dapat diatasi untuk kesejahteraan dan kebaikan semua, bak kata pepatah bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat.

HAK CIPTA TERPELIHARA120CONTOH 4 Sejak belakangan ini, kita sering kali mendengar atau membaca berita tentang melalui dada-dada akhbar serta media elektronik. Isu ini hangat dan sering dibincangkan dalam kalangan masyarakat dan juga pada peringkat global. Pelbagai pihak telah mengambil yang semakin serius ini. Peribahasa sediakan payung sebelum hujan wajar dijadikan pedoman individu dalam mengatasi masalah ini.

HAK CIPTA TERPELIHARA121CONTOH 5 Dalam menempuhi era modenisasi yang semakin mencabar ini, pelbagai isu telah timbul dan fenomena ini amat meresahkan pelbagai pihak. Isu telah menjadi perbualan dalam kalangan masyarakat. Berbagai-bagai inisiatif telah diambil namun segala usaha ini bagai hujan jatuh ke pasir. Sikap tegar masyarakat menyebabkan masalah ini bukan sahaja semakin sukar untuk diatasi, malah kian parah. Situasi sedemikian boleh berlaku kerana tindakan sesetengah pihak yang bersikap bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing. Malah diburukkan lagi dengan pihak yang bersikap melepaskan batuk di tangga. Di bawah akan dijelaskan lagi tentang

HAK CIPTA TERPELIHARA122 PENGEMBANGAN PERENGGAN ISIPerenggan isi karangan hendaklah sekurang-kurangnya mengandungi empat (4) jenis ayat dalam setiap perenggan :Ayat Fokus (AF)Ayat Huraian (AH)Ayat Contoh (AC)Ayat Penegas (AP)HAK CIPTA TERPELIHARA123WACANA YANG KEMAS Satu kesatuan perenggan-perenggan, setiap perenggan berfokus kepada satu isi. Setiap ayat bertautan antara satu sama lain. Pertautan membawa kesinambungan yang logik antara satu ayat dengan ayat yang berikutnya.Teks penulisan terbentuk sebagai satu satuan yang jitu Khatijah binti Abdul Hamid1996HAK CIPTA TERPELIHARA124PENGEMBANGAN IDEA DALAM PERENGGAN ISITIGA PILIHAN PERENGGAN :Perenggan Deduktif- ayat topik diikuti oleh ayat huraianPerenggan Induktif- ayat huraian diikuti oleh ayat topikPerenggan Deduktif-Induktif - ayat topik -> ayat huraian -> ayat simpulHAK CIPTA TERPELIHARA125 PENGEMBANGAN PERENGGAN ISIAyat Fokus (AF)Ayat yang mengandungi kata kunci jawapan yang menjawab pokok persoalan karangan. Ayat Fokus ini dapat diletakkan pada bahagian awal, di tengah, atau di hujung sesuatu perenggan. Hal ini bergantung pada huraian yang dilakukan oleh pelajar. Walau bagaimanapun, pelajar dinasihati agar menulis ayat judul pada awal perenggan.HAK CIPTA TERPELIHARA126 PENGEMBANGAN PERENGGAN ISIAyat Huraian (AH)AH ialah ayat huraian lanjut tentang isi utama yang dikemukakan dan bertujuan untuk memberikan penjelasan tentang perkara yang diperkatakan. Karangan yang baik mesti mengemukakan sekurang-kurangnya satu ayat huraian. Sebagai panduan ayat huraian dapatlah difokuskan kepada MASBBD & Ji.

HAK CIPTA TERPELIHARA127 PENGEMBANGAN PERENGGAN ISIAyat Bukti / Contoh (AC)Ayat yang mengandungi bukti atau contoh yang berkaitan dengan isi yang diperkatakan. Ayat ini bertujuan untuk memperkuat hujah. Bukti atau contoh yang dikemukakan mestilah bukti yang sahih dan boleh berbentuk data, angka, sesuatu maklumat atau perkara dan sebagainya.HAK CIPTA TERPELIHARA128 PENGEMBANGAN PERENGGAN ISIAyat Penegas (AP)Ayat yang memberikan penegasan terhadap isi dan huraian yang telah dikemukakan. Ayat ini biasanya mempunyai penanda wacana seperti tegasnya, oleh itu, sehubungan dengan itu, oleh hal yang demikian, sesungguhnya, dan sebagainya.

HAK CIPTA TERPELIHARA129CARA MENULIS ISI KARANGANAyat 1 Ayat Topik (Ayat isi beserta penanda wacana)Isi 1:Salah satu/antara faktor/kesan/kepentingan/ langkah ....Contoh ayat: Salah satu faktor berlakunya kemalangan jalan raya ialah kecuaian manusia.Isi 2:Selain itu,............................................Isi 3:Di samping itu,....................................Isi 4:Dalam pada itu,...................................Isi 5:Sehubungan dengan itu,.....................***akan menjadi lebih kurang 10 patah perkataan

2. Jelaskan apa maksud/konsep isi yang dikemukakan (1 @ 2 ayat):

Contoh ayat: Kecuaian manusia dapat dijelaskan sebagai sikap cuai pemandu ketika berada di jalan raya seperti memandu melebihi had laju, memandu dalam keadaan mabuk dan sebagainya***akan menjadi lebih kurang 20 patah perkataanHAK CIPTA TERPELIHARA1303. Huraikan bagaimana menyebabkan sesuatu isu itu boleh berlaku (3 atau 4 ayat): - sekurang-kurangnya 2 alasanContoh ayat:Apabila seseorang pemandu memandu melebihi had yang ditetapkan, mereka mungkin tidak dapat mengawal kenderaan sekiranya berlaku situasi yang mencemaskan. Oleh itu, kemalangan akan berlaku. Sementara itu, jika pemandu memandu dalam keadaan mabuk sudah tentu pemandu itu tidak dapat menumpukan perhatian semasa memandu kenderaan sekaligus boleh menyebabkan berlakunya kemalangan jalan raya.***akan menjadi lebih kurang 40 patah perkataan

4. Berikan contoh atau bukti:Contoh ayat:Kemalangan yang berpunca daripada kecuaian manusia telah berlaku di..........................seperti yang dilaporkan oleh akhbar............baru-baru ini.***akan menjadi lebih kurang 20 patah perkataan

5. Kesimpulan kecil / Ayat penegasan:Contoh ayat:Hal ini jelas menunjukkan bahawa........(ulang ayat isi)***akan menjadi lebih kurang 10 patah perkataanHAK CIPTA TERPELIHARA131SAMBUNGANPENANDA WACANA UNTUK AYAT PERTAMA SETIAP PERENGGANKita dapat menyaksikan betapa Kita seharusnya berterima kasih kepada pihak kerajaan kerana Lazimnya, dalam keadaan Namun demikian, suatu hakikat yang tidak boleh dikesampingkan ialah Pada hemat saya Pada pandangan saya Pada realitinya, memang tidak dapat dinafikan bahawa HAK CIPTA TERPELIHARA132SAMBUNGANSebagaimana yang kita ketahui Sebagaimana yang kita maklumiSejak awal lagi Kebelakangan ini Selain itu, pada masa ini juga Seperti yang telah dinyatakan Umum mengetahui bahawa Lanjutan daripada huraian yang telah dinyatakan di atas

HAK CIPTA TERPELIHARA133PENANDA WACANA UNTUK AYAT 2 DAN SETERUSNYA DALAM KARANGANBagi sesetengah orang Begitu juga dengan Begitu juga halnya dengan Bertitik tolak daripada itu Bukan itu sahaja Dalam hal ini Dalam konteks ini ...Dalam zaman yang serba canggih ini Daripada realiti ini dapat kita katakan bahawa

HAK CIPTA TERPELIHARA134SAMBUNGANDengan adanya Dengan berbuat demikian Dengan kata lain Disebabkan hal itu Disebabkan keistimewaan inilah kita Hal ini berlaku disebabkan Hal ini penting dalam Hal ini serupa dengan Hal yang serupa berlaku apabila ...Jadi kita perlu Jadi kita hendaklah

HAK CIPTA TERPELIHARA135SAMBUNGANKeadaan ini tentunya Lantaran itu sehingga kini Kesemua ini menyumbang kepada Kita mengakui hakikat bahawa Kita sering menonton di kaca televisyen Kita sering membaca di dada-dada akhbar Memandangkan keadaan yang sedemikian Namun sejak belakangan ini Oleh itu, bolehlah dikatakan Secara logiknya masa yang HAK CIPTA TERPELIHARA136PENANDA WACANA UNTUK MEMASUKKAN PERIBAHASA @ KATA-KATA HIKMATBak kata peribahasa, ...Bak kata peribahasa Melayu, ...Bak kata orang tua-tua, ...Bak kata mutiara, ...Bak peribahasa, ...Bak kata cendekiawan, ...Persis kata peribahasa, ...Persis kata peribahasa Melayu, ...Persis kata orang tua-tua,

HAK CIPTA TERPELIHARA137SAMBUNGANHAK CIPTA TERPELIHARA138Persis kata mutiara, ...Persis peribahasa, ...Persis kata cendekiawan, ...Hal ini sama dengan peribahasa ...Senario ini persis dengan peribahasa melayu, yakni ...Fenomena ini dikatakan Masalah ini sama dengan peribahasa ...Saya yakin rakyat Malaysia mengenali peribahasa ...

SAMBUNGANSejak seawal usia kemerdekaan negara ini lagi, kita Yang paling nyata ialah Yang perlu kita pastikan ialah

HAK CIPTA TERPELIHARA139FORMULA / RUMUS PENGEMBANGAN ISIAFAH (MASBBD+A) ACAP

AF (Ayat Fokus)Isi utamaAH (Ayat Huraian)[MAS BBD + Ji]WHY, WHAT, WHO, WHERE, WHEN, HOW + IF[5 WIVES 1 HUSBAND (5W 1H)]Mengapa (M), Apa (A), Siapa (S), Bila (B), Bagaimana (B), Di mana (D), + Jika (Ji)

AC (Ayat Contoh)Contoh yang berkaitan dengan isi

AP (Ayat Penegas)Penutup perenggan

HAK CIPTA TERPELIHARA140+ Ji ( Jika @ Andainya )Merujuk KBKKKaitan atau perhubunganMembanding atau membezaMeramal Membuat analogi (peribahasa)HAK CIPTA TERPELIHARA141 PENGEMBANGAN PERENGGAN ISIContohTema / Tajuk :Menghantar Anak ke Pusat TuisyenSkop / Isi :(tidak setuju membazirkan wang)

AFPertama, amalan menghantar anak-anak ke pusat tuisyen membazirkan wang.AH 1MengapaHal ini kerana, kos perbelanjaan untuk belajar di pusat-pusat tuisyen adalah tinggi. AH 2SiapaIbu bapa perlu mengeluarkan wang lebih untuk menampung keperluan anak mereka menghadiri kelas-kelas tuisyen yang biasanya terdapat di bandar. HAK CIPTA TERPELIHARA142 PENGEMBANGAN PERENGGAN ISIAH 3JikaSekiranya anak mereka mengambil beberapa mata pelajaran untuk dipelajari di pusat-pusat tuisyen, sudah tentu bayaran yang dikenakan meningkat beberapa kali ganda. AH 4ApaTambahan pula, perbelanjaan yang digunakan untuk membeli makanan, minuman, dan tambang bas atau teksi juga perlu diambil kira.ACSebagai contoh, sekiranya seorang pelajar mempelajari tiga mata pelajaran di pusat tuisyen, yuran yang perlu dijelaskan ialah RM90.00!HAK CIPTA TERPELIHARA143 PENGEMBANGAN PERENGGAN ISIAH 5JikaBukankah pembaziran wang ini dapat dielakkan jikalau anak-anak tidak dihantar ke pusat-pusat tuisyen?APApa Oleh itu, tumpuan belajar di dalam kelas semasa sesi persekolahan yang sebenar hendaklah diberi perhatian.HAK CIPTA TERPELIHARA144 PENGEMBANGAN PERENGGAN ISIPertama, amalan menghantar anak-anak ke pusattuisyen membazirkan wang. Hal ini kerana, kosperbelanjaan untuk belajar di pusat-pusat tuisyenadalah tinggi. Ibu bapa perlu mengeluarkan wanglebih untuk menampung keperluan anak merekamenghadiri kelas-kelas tuisyen yang biasanyaterdapat di bandar. Sekiranya anak merekamengambil beberapa mata pelajaran untuk dipelajaridi pusat-pusat tuisyen, sudah tentu bayaran yangdikenakan meningkat beberapa kali ganda. HAK CIPTA TERPELIHARA145 PENGEMBANGAN PERENGGAN ISITambahan pula, perbelanjaan yang digunakanuntuk membeli makanan, minuman, dan tambangbas atau teksi juga perlu diambil kira. Sebagaicontoh, sekiranya seorang pelajar mempelajari tigamata pelajaran di pusat tuisyen, yuran yang perlu dijelaskan ialah RM90.00! Bukankah pembaziranwang ini dapat dielakkan jikalau anak-anak tidakdihantar ke pusat-pusat tuisyen? Oleh itu, tumpuanbelajar di dalam kelas semasa sesi persekolahanyang sebenar hendaklah diberikan perhatian. (121 p.p)HAK CIPTA TERPELIHARA146AYAT PENEGASCONTOH SOALAN Usaha menangani kemelut ekonomi menuntut komitmen dan pengorbanan semua pihak terutamanya institusi keluarga. Berikan pendapat anda tentang usaha-usaha yang patut dilaksanakan secara berterusan oleh anggota keluarga untuk menangani masalah yang melanda negara kini.HAK CIPTA TERPELIHARA147JAWABANAFAmalan berjimat cermat hendaklah diamalkan untuk menghadapi inflasi.AH 1ApaInflasi menyebabkan rakyat terpaksa membeli sesuatu barangan dengan harga mahal.ACSiapaSetiap ibu bapa hendaklah menjadikan amalan berjimat cermat ini sebagai budaya hidup.ContohTema / Tajuk :Kenaikan harga barang - Inflasi Skop / Isi :(langkah-langkah mengatasi inflasi)

HAK CIPTA TERPELIHARA148AH 2MengapaAmalan yang ditunjukkan oleh ibu bapa ini akan menjadi contoh dan ikutan kepada anak-anak. AH 3Bagai-manaHal ini kerana perlakuan ibu bapa akan mudah dicontohi kerana bagaimana acuan, begitulah kuihnya.AH 4SiapaAnak-anak akan hanya membeli barangan apabila diperlukan sahaja.HAK CIPTA TERPELIHARA149SAMBUNGANAH 2Bagai-manaSetiap ahli keluarga perlu menyimpan wang di dalam tabungan masing-masing, sama di bank ataupun di rumah.APDengan cara ini, sudah pasti keadaan inflasi dapat diatasi sedikit demi sedikit.HAK CIPTA TERPELIHARA150SAMBUNGANPENGEMBANGAN ISIMENGHADAPI KEMELUT EKONOMIMengatur PerbelanjaanMenambah Kewangan

MengelakkanPembaziranMendisiplinkanKeluargaMenabungHAK CIPTA TERPELIHARA151Menabung

(AT) Menabung merupakan aktiviti tradisi yang kita warisi sejak zaman nenek moyang lagi.

(AH 1) Aktiviti ini perlu kita suburkan bagi menghadapi kemelut ekonomi yang melanda negara. ( Apa yang harus dilakukan ?)

(AH 2) Dengan adanya tabungan, kita pasti berasa terjamin terutama sekali pada masa kecemasan. Mengapa?)

HAK CIPTA TERPELIHARA152Rujukan / NahuanElipsis / Nahuan

CONTOH APLIKASI RUMUSSAMBUNGAN(AH 3) Sementara itu, menabung tiga puluh peratus daripada pendapatan sangatlah digalakkan kerana jumlah ini dianggap berpatutan. (Bagaimana?) (AH 4) Malahan, ramai sependapat bahawa kepentingan menabung perlu ditekankan kepada semua anggota keluarga sejak zaman kanak-kanak lagi. (Bila?)HAK CIPTA TERPELIHARA153Penanda wacana / NahuanSAMBUNGAN(AH 5) Pelbagai bentuk tabung telah direka dan ditawarkan oleh bank dan institusi kewangan untuk menarik perhatian kanak-kanak menabung. (Siapa?) (AH 6) Sekiranya setiap anggota keluarga memberikan komitmen yang tinggi terhadap aktiviti menabung, tentulah kemelut ekonomi akan dapat diatasi. (Andainya)HAK CIPTA TERPELIHARA154Penanda wacana/ NahuanSAMBUNGAN(AC) Sebagai contoh, kita boleh menyimpan di bank dalam bentuk simpanan tetap, simpanan semasa atau melabur dalam dana tertentu. (Di mana?)

(AS) Jadi, pepatah nenek moyang kita yang berbunyi beringat sebelum kena, berjimat sebelum habis patutlah dijadikan amalan hidup dan pegangan yang berterusan.HAK CIPTA TERPELIHARA155ISI CUKUP DAN BERKEMBANGSEKURANG-KURANGNYA 3 ISI/ 5 ISIAPLIKASI FORMULA [MAS BBD + Ji]SUSUN IKUT KEPENTINGANCONTOH / BUKTISEIMBANGMATANGSATU ISI / 1 PERENGGAN

HAK CIPTA TERPELIHARA156PENUTUP KARANGANRamalan, bayangan masa hadapan atau soalan yang mencabar daya fikir pembaca juga boleh diutarakan.

Pastikan perenggan penutup ditulis dalam satu perenggan yang hampir seimbang dengan perenggan terdahulu iaitu antara lima hingga tujuh ayat.HAK CIPTA TERPELIHARA157MEMBINA PERENGGAN PENUTUPCuba masukkan peribahasa, madah pujangga, slogan atau cogan kata pada akhir perenggan bagi menunjukkan penegasan yang jitu.Boleh diakhiri dengan ayat seruan agar memberikan kesan / impak maksimum kepada pembaca atau pemeriksa.HAK CIPTA TERPELIHARA158MEMBINA PERENGGAN PENUTUPPenutup merupakan kesimpulan tentang pendapat yang telah dikemukakan. Pada peringkat ini, pelajar dikehendaki menyatakan CINTA HATI PERTAMA cadangan, harapan atau pendirian (atau kesemuanya) tentang tajuk yang dikemukakan. HAK CIPTA TERPELIHARA159KLU / KANTA KUNCIMEMBINA PERENGGAN PENUTUPIsu : Faktor peningkatan kemalangan di jalan raya.

Ayat kesimpulanKesimpulannya, kes kemalangan di jalan raya yang begitu tinggi di negara kita, terutamanya pada musim perayaan hendaklah diatasi.Ayat cadangan Dalam hal ini, pihak berkuasa mestilah bertindak tegas terhadap semua pengguna jalan raya yang melanggar peraturan dengan menguatkuasakan undang-undang yang sedia ada.HAK CIPTA TERPELIHARA160MEMBINA PERENGGAN PENUTUPIsu : Faktor peningkatan kemalangan di jalan raya (sambungan)

Ayat cadanganJusteru, pihak berkuasa janganlah pilih bulu ketika menguatkuasakan undang-undang.Ayat harapanSemua pengguna jalan raya hendaklah ingat bahawa keselamatan di jalan raya ialah tanggungjawab semua pihak.Slogan penegasanSesungguhnya, Pandu Cermat Jiwa Selamat!HAK CIPTA TERPELIHARA161MEMBINA PERENGGAN PENUTUPKesimpulannya, kes kemalangan di jalan raya yang begitu tinggi di negara kita, terutamanya pada musim perayaan hendaklah diatasi. Dalam hal ini, pihak berkuasa mestilah bertindak tegas terhadap semua pengguna jalan raya yang melanggar peraturan dengan menguatkuasakan undang-undang yang sedia ada. Justeru, pihak berkuasa janganlah pilih bulu ketika menguatkuasakan undang-undang. Semua pengguna jalan raya hendaklah ingat bahawa keselamatan di jalan raya ialah tanggungjawab semua pihak. Sesungguhnya, Pandu Cermat Jiwa Selamat! (66 p.p)

HAK CIPTA TERPELIHARA162PENANDA WACANACADANGANPENANDA WACANAHARAPANPENEGASANSIMPULAN BAHASAMEMBINA PERENGGAN PENUTUPKesimpulannya, kes kemalangan di jalan raya yang begitu tinggi di negara kita, terutamanya pada musim perayaan hendaklah diatasi. Dalam hal ini, pihak berkuasa mestilah bertindak tegas terhadap semua pengguna jalan raya yang melanggar peraturan dengan menguatkuasakan undang-undang yang sedia ada. Justeru, pihak berkuasa janganlah pilih bulu ketika menguatkuasakan undang-undang. Semua pengguna jalan raya hendaklah ingat bahawa keselamatan di jalan raya ialah tanggungjawab semua pihak. Sesungguhnya, Pandu Cermat Jiwa Selamat! (66 p.p)

HAK CIPTA TERPELIHARA163SOALAN SPM 2007 (N)Pelaksanaan waktu bekerja lima hari seminggu banyak membawa kebaikan kepada keluarga dan negara.Jelaskan kebaikan-kebaikan pelaksanaan waktu bekerja lima hari seminggu.Tiada siapa dapat menyangkal bahawa pelaksanaan waktu bekerja lima hari seminggu banyak membawa kebaikan kepada keluarga dan negara. Mutakhir ini kita dikejutkan dengan pelbagai permasalahan sosial golongan remaja dalam kegiatan berkumpulan seperti punk, black metal dan gothic. Perkara ini amat menyedihkan kerana remaja yang berwawasan tidak akan melakukan aktiviti yang tidak berfaedah. Apakah faktor yang menyebabkan situasi ini berlaku? Persoalan inilah yang akan dirungkaikan kerana remaja sering kali menyalahkan ibu bapa terutama yang bekerja setiap hari. Dengan pelaksanaan waktu bekerja lima hari seminggu, ibu bapa dapat meluangkan masa senggang mereka dengan anak-anak.

HAK CIPTA TERPELIHARA164SAMBUNGANKebaikan utama pelaksanaan waktu bekerja lima hari seminggu adalah dalam kalangan ahli keluarga. Hal ini demikian kerana ibu bapa pada masa kini sibuk mencari pekerjaan untuk menampung kos ahli keluarga. Tanggungjawab menjaga anak-anak diberikan kepada pembantu rumah dan guru-guru dengan harapan mereka dapat menjadikan anak-anak insan yang berguna. Ibu bapa di bandar sering mengabaikan tanggungjawab mereka kerana tidak mempunyai masa dengan anak-anak. Pelaksanaan waktu bekerja lima hari seminggu sekurang-kurangnya dapat merapatkan hubungan anak-anak dengan ibu bapa. Ibu bapa perlulah memberi pendidikan sejak mereka kanak-kanak lagi kerana mereka masih ada di rumah. Bak kata pepatah melentur buluh biarlah dari rebungnya. Anak-anak yang dididik dari segi agama dan tingkah laku dapat membezakan perkara baik dan buruk. Dengan ini meraka dapat membuat keputusan sebelum melakukan sesuatu tindakan.HAK CIPTA TERPELIHARA165SAMBUNGANSelain itu dengan pelaksanan waktu bekerja lima hari seminggu, dapat mewujudkan keluarga harmoni. Ibu bapa dapat merapatkan hubungan dengan lebih erat lagi. Di samping itu hubungan dengan adik beradik bertambah mesra dengan saling menghormati dan bekerjasama antara satu sama lain sekali gus memupuk sikap sayang antara keluarga. Ibu bapa yang mempunyai konflik perlu diselesaikan dengan segera ibarat buang yang keruh, ambil yang jernih. Keluarga yang harmoni dapat menjadikan anak-anak selesa untuk belajar dan mencapai kejayaan yang cemerlang.HAK CIPTA TERPELIHARA166SAMBUNGANKe mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi, bapa borek anak rintik, bagaimana acuan begitulah kuihnya. Ketiga-tiga peribahasa ini jelas menunjukkan ibu bapa menjadi ikon ideal kepada anak-anak. Ibu bapa yang berkerjaya tidak boleh bersikap individualisme terutama kepada anak-anak. Ibu bapa yang bekerja dapat meluangkan masa dua hari kepada anak-anak dengan mengadakan aktiviti berfaedah seperti bercuti dan bersiar-siar pada waktu petang. Dengan cuti dua hari dalam seminggu inilah ibu bapa diperuntukkan untuk bersama keluarga. Ibu bapa boleh menelaah pelajaran bersama anak-anak. Bagi ibu bapa yang mempunyai ilmu pengetahuan mereka wajarlah menurunkan ilmu itu kepada anak-anak.

HAK CIPTA TERPELIHARA167SAMBUNGANSelain membawa kebaikan kepada keluarga, pelaksanaan waktu bekerja lima hari seminggu juga membawa kebaikan kepada negara. Sistem pekerjaan yang sistematik dapat menjadikan negara setanding dengan negara-negara maju yang lain. Kakitangan awam khususnya dapat merehatkan minda dengan kerja yang terlalu banyak kerana segala bil cukai dan urusan lain hanya perlu dilaksanakan pada waktu pejabat sahaja. Hal ini secara tidak langsung dapat melahirkan pekerja yang berdisiplin dalam pekerjaan dan urusan pentadbiran negara berjalan dengan lancar.

HAK CIPTA TERPELIHARA168SAMBUNGANSeterusnya melalui pelaksanaan bekerja lima hari seminggu para pekerja dapat berehat selama dua hari dengan pergi melancong bersama keluarga dan rakan-rakan. Keadaan ini secara tidak langsung dapat meningkatkan sumber ekonomi negara. Tahun 2007 merupakan Tahun Melawat Malaysia. Oleh itu kerajaan telah menyediakan pelbagai aktiviti yang menarik. Kemudahan prasarana yang baik dan kondusif menarik minat orang ramai untuk melancong di dalam Malaysia. Situasi ini sekali gus mengeratkan perpaduan kaum di negara kita.

HAK CIPTA TERPELIHARA169SAMBUNGANKebaikan lain ialah, pertumbuhan ekonomi negara meningkat kerana pelaksanaan sistem pekerjaan yang teratur. Pentadbiran politik di negara kita berjalan dengan lancar. Selain itu, kehidupan masyarakat juga dapat dieratkan melalui pelaksanaan waktu bekerja lima hari seminggu. Nama negara juga akan dipandang tinggi oleh negara luar kerana kagum dengan pelaksanaan ini yang menjadikan Malaysia setanding dengan negara-negara luar.

HAK CIPTA TERPELIHARA170SAMBUNGANSecara tuntas, pelaksanaan waktu bekerja lima hari seminggu membawa kebaikan kepada keluarga dan negara. Oleh hal demikian, pihak kerajaan tidak memandang rendah akan hal ini dan meningkatkan lagi prestasi negara dari segi politik, ekonomi dan sosial agar melahirkan generasi yang cemerlang, gemilang dan terbilang pada masa akan datang.

HAK CIPTA TERPELIHARA171KRITERIA PENSKORANBahagian B : Karangan Respons Terbuka (100 Markah)

PERINGKATMARKAHKRITERIA Cemerlang80 100(90-100)(80-89) MENJAWAB TUGASANPenggunaan pelbagai jenis kata yang luas dan tepat. Penggunaan pelbagai ayat majmuk yang gramatis. Ejaan dan tanda baca yang betul. Laras bahasa yang sesuai dengan tugasan. Penggunaan kosa kata luas dan tepat. Idea yang relevan mengikut tugasan, dihuraikan dengan jelas dan matang, disertakan dengan contoh yang sesuai. Pengolahan menarik dan berkesan serta pemerengganan sesuai. Wacana lengkap dan terdapat kesinambungan idea yang jelas antara perenggan. Penggunaan unsur bahasa bervariasi. Gaya bahasa menarik dari segi keindahan bahasa dan penggunaan ungkapan seperti peribahasa, pantun, cogan kata atau frasa.HAK CIPTA TERPELIHARA172SAMBUNGANPERINGKATMARKAHKRITERIA Kepujian66 79(73-79)(66-72) MENJAWAB TUGASANPenggunaan pelbagai jenis kata yang luas dan tepat. Penggunaan pelbagai ayat majmuk yang gramatis. Ejaan dan tanda baca yang betul. Laras bahasa yang sesuai dengan tugasan. Penggunaan kosa kata luas dan tepat. Idea yang relevan mengikut tugasan, dihuraikan dengan jelas dan matang, disertakan dengan contoh yang sesuai. Pengolahan menarik dan berkesan serta pemerengganan sesuai. Wacana lengkap dan terdapat kesinambungan idea yang jelas antara perenggan. Penggunaan unsur bahasa bervariasi. Gaya bahasa menarik dari segi keindahan bahasa dan penggunaan ungkapan seperti peribahasa, pantun, cogan kata atau frasa.HAK CIPTA TERPELIHARA173SAMBUNGANPERINGKATMARKAHKRITERIA Baik51 65(58-65)(51-57) MENJAWAB TUGASAN Penggunaan pelbagai jenis kata sesuai. Penggunaan ayat majmuk gramatis tetapi terdapat kesalahan yang minimum. Ejaan dan tanda baca masih betul. Laras bahasa yang sesuai mengikut tugasan. Penggunaan kosa kata umum. Idea yang relevan mengikut tugasan, huraian isi masih / kurang jelas contoh masih sesuai. Pengolahan masih menarik dan pemerengganan masih sesuai. Wacana masih lengkap. Penggunaan unsur bahasa masih bervariasi. Gaya bahasa yang kurang menarik dari segi keindahan bahasa dan penggunaan ungkapan kurang berkesan.HAK CIPTA TERPELIHARA174SAMBUNGANPERINGKATMARKAHKRITERIA Memuaskan36 - 50(43 - 50)(36 - 42) MASIH MENJAWAB TUGASAN Penggunaan pelbagai jenis kata terhad. Ayat kurang gramatis. Ejaan dan tanda baca masih betul tetapi terdapat kesalahan yang minimum. Laras bahasa kurang sesuai. Penggunaan kosa kata umum dan terhad. Idea masih relevan mengikut tugasan, huraian isi kurang jelas dan contoh kurang sesuai. Pengolahan kurang menarik. Wacana masih / kurang lengkap. Penggunaan unsur bahasa masih bervariasi. Gaya bahasa kurang menarik dari segi keindahan bahasa dan penggunaan ungkapan kurang berkesan.HAK CIPTA TERPELIHARA175SAMBUNGANPERINGKATMARKAHKRITERIA Kurang Memuaskan 21 35 (28-35)(21-27) KURANG MENJAWAB TUGASAN Penggunaan kata kurang tepat. Ayat tidak gramatis tetapi masih difahami. Terdapat kesalahan ejaan dan tanda baca yang ketara. Idea masih relevan / idea bercampur aduk dan huraian tidak jelas / tidak berkembang dan contoh tidak sesuai. Pengolahan tidak menarik. Wacana tidak langkap dan binaan perenggan tidak seimbang. Unsur bahasa tidak bervariasi. Gaya bahasa dari segi keindahan bahasa dan penggunaan ungkapan lemah.HAK CIPTA TERPELIHARA176SAMBUNGAN

PERINGKATMARKAHKRITERIA PencapaianMinimum01 20(11-20)(01-10) TIDAK MENJAWAB TUGASAN Keseluruhannya menunjukkan penggunaan kata dan ayat yang tidak gramatis. Terdapat kesalahan ejaan dan tanda baca yang ketara. Idea bercampur aduk dan huraian idea tidak jelas / tidak berkembang dan contoh tidak sesuai. Pengolahan tidak menarik. Wacana tidak langkap dan binaan perenggan tidak seimbang dan tidak sesuai. Gaya bahasa dari segi keindahan bahasa dan penggunaan ungkapan lemah dan tidak menarik.Keseluruhan karangan sukar / tidak difahami.HAK CIPTA TERPELIHARA17780 100:CEMERLANG

66 79:KEPUJIAN

51 65:BAIK (MASIH)

36 50:MEMUASKAN (KURANG)

21 35:KURANG MEMUASKAN

01 20:PENCAPAIAN MINIMUM

178PEMARKAHAN KARANGANBAHAGIAN BHAK CIPTA TERPELIHARAPENANDA WACANA UNTUK KESIMPULAN KARANGANIntihanya,Sebagai menggulung segala yang telah diperkatakan di atas,Konklusinya,Dengan ini diharapkan,Mudah-mudahan perkara ini,Dengan keizinan Tuhan yang Maha Esa, kita yakin dan percaya bahawa,HAK CIPTA TERPELIHARA179SAMBUNGANJika semua masyarakat berganding bahu, ibarat ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni, insya-Allah perkara ini akan Demi merealisasikan visi kudsi Wawasan 2020, marilah kita bersama-sama

HAK CIPTA TERPELIHARA180PENJALINANPenanda wacana harus dimasukkan oleh itu, namun demikian, namun begitu, nampaknya,apa -apapun, selain itu, oleh yang demikian, sesungguhnya

HAK CIPTA TERPELIHARA181CARA MENULIS PENUTUP / KESIMPULAN KARANGAN 1. Ayat 1 (Kesimpulan beserta ayat fokus):Contoh ayat:Kesimpulannya, kemalangan jalan raya (ISU yang ditanya) berlaku disebabkan oleh pelbagai punca (Fokus soalan)***akan menjadi lebih kurang 10 patah perkataan

2. Ayat 2 (Penyataan semula isi yang dikemukakan)Contoh ayat:Antara punca kemalangan jalan raya adalah disebabkan oleh kecuaian manusia, struktur jalan raya, tiada papan tanda dan kenderaan tidak diselenggarakan dengan baik.***akan menjadi lebih kurang 35 patah perkataan

3. Ayat 3 dan 4 (masukkan pendapat sendiri yang berkaitan dengan fokus soalan):Contoh ayat:Berdasarkan punca-punca yang dijelaskan maka langkah-langkah yang drastik perlu diambil bagi menangani fenomena ini. Antaranya mempergiatkan kempen keselamatan jalan raya.***akan menjadi lebih kurang 20 patah perkataan.HAK CIPTA TERPELIHARA1824. Ayat 5 (Masukkan pendapat tokoh):Contoh ayat:Perkara ini pernah ditegaskan oleh .........................bahawa....................***akan menjadi lebih kurang 20 patah perkataan

5. Ayat 6 (Kaitkan isu dan fokus soalan dengan mana-mana wawasan negara):Contoh ayat:Oleh itu, semua pihak sama ada orang perseorangan, masyarakat, pihak swasta dan kerajaan sendiri hendaklah bekerjasama antara satu sama lain untuk mengurangkan kadar kemalangan jalan raya di negara kita. Kerjasama ini amat penting dan bersesuaian pula dengan pelaksanaan konsep 1 Malaysia***akan menjadi lebih kurang 20 patah perkataanHAK CIPTA TERPELIHARA183SAMBUNGANUNGKAPAN MENARIKFRASAMENARIKPETIKANUCAPANCOGAN KATAMAKSUDAL-QURANPANTUNPETIKANHADISKATA-KATA HIKMATPERIBAHASAHAK CIPTA TERPELIHARA184UNGKAPAN MENARIKSimpulan bahasa- ringan mulut (suka bercakap)Perumpamaan- bagai cincin dengan permata(sama cantik dan sama padan)Bidalan- alah bisa, tegal biasa(pekerjaan yang sukar akan menjadi senang jika dilakukan selalu)Pepatah- nasi sudah menjadi bubur(sesuatu yang sudah terlanjur dan tidak dapat dibetulkan lagi)HAK CIPTA TERPELIHARA185PERIBAHASAPERIBAHASA MENGIKUT TEMAHAK CIPTA TERPELIHARA186BUDAYA MEMBACAIlmu pelita hidup.Membaca jambatan ilmu.Jauh berjalan luas pengalaman, banyak membaca luas pengetahuan.Bangsa membaca bangsa berjaya.Membaca memerdekakan minda.Orang yang tidak membaca umpama katak di bawah tempurung.

HAK CIPTA TERPELIHARA187SEMANGAT KEJIRANAN

Bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing.Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh.Muafakat membawa berkat.Tidak mahu menjaga tepi kain orang lain.Anak orang anak sendiri.Beranak seorang mendidik ramai.Bagai aur dengan tebing.Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat.

HAK CIPTA TERPELIHARA188AMALAN MENABUNG

Sedikit-sedikit lama-lama menjadi bukit.Di mana ada kemahuan di situ ada jalan.Berjagung-jagung dahulu sementara menunggu padi masak.Ingat sebelum kena, berjimat sebelum habis.Sediakan payung sebelum hujan.Ikut hati mati, ikut rasa binasa.HAK CIPTA TERPELIHARA189PELANCONGAN

Jauh perjalanan luas pengalaman.Budi bahasa budaya kita.Kecil tapak tangan, nyiru saya tadahkan.Negara Bersih, Rakyat Sihat .HAK CIPTA TERPELIHARA190KEMALANGAN JALAN RAYA

Biar lambat asalkan selamat.Malang tidak berbau.Sudah terhantuk baru tengadah.Nasi sudah menjadi bubur.Alah bisa tegal biasa.

HAK CIPTA TERPELIHARA191BANGUNAN BERSEJARAH

Tak lapuk dek hujan tak lekang dek panas.Hanya jauhari mengenal manikam.Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.Genggam bara api biar sampai jadi arang.Melentur buluh biarlah dari rebungnya.HAK CIPTA TERPELIHARA192KELUARGA

Bapa borek anak rintik.Bagaimana acuan begitulah kuihnya.Anak umpama kain putih. Ibu bapalah yang mencorakkannya. Jika dilukis dengan warna pelangi, maka cerahlah masa depannya. Jika ditumpahkan dengan warna hitam, maka gelaplah masa depannya.Melentur buluh biarlah dari rebungnya.Tidak mahu menjadi seperti kata peribahasa,ketam menyuruh anaknya berjalan lurus'.Ibu bapa sebagai idola kepada anak-anak mereka.Peribahasa Bahasa Arab: syurga itu terletak di bawah telapak kaki ibu'.

HAK CIPTA TERPELIHARA193NEGARA/CINTAKAN NEGARA/ PATRIOTISME

Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung.Masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak.Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama.Biar putih tulang, jangan putih mata.Ibarat telur sesangkar, pecah sebiji pecah semua.Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh.Seberkas lidi kuat kudratnya berbanding dengan sebatang lidi yang mudah dipatahkan.Bagai menarik rambut dalam tepung, rambut tidak terputus, tepung tidak berselerak.

HAK CIPTA TERPELIHARA194Tangan yang mengayun buaian mampu menggoncang dunia.Muafakat membawa berkat.Sekutu bertambah mutu.Bertangguh itu pencuri masa.Membaca itu jambatan ilmu.Masa itu emas. HAK CIPTA TERPELIHARA195KATA HIKMAT Pantun 1Berburu ke padang datar, Dapat rusa belang di kaki, Berguru kepalang ajar, Dapat bunga kembang tak jadi.

Pantun 2 Bintang tujuh sinar berseri, Bulan purnama datang menerpa,Ajaran guru hendak dicari, Mana yang dapat janganlah lupa.HAK CIPTA TERPELIHARA196PANTUNKATA-KATA INDAHMemanifestasikan fikiran - Menggunakan idea dengan sebaik-baiknyaMenukilkan kata-kata - Menulis / bercakap sesuatuMemberikan impak - Mengakibatkan / menyebabkanRentetan senario itu - Selepas fenomena ituJika ditelusuri - Jika dikaji secara mendalamPenyalur ilmu - Pemberi banyak pengetahuanAlaf baharu - Masa terkiniMutakhir ini - Pada masa kiniSeantero dunia - Seluruh duniaMenikam sanubari - Merosakkan perasaanMeluaskan horizon pemikiran - Meluaskan pandangan / pemikiranMenggabungjalinkan elemen - Menggunakan pelbagai aspekMerangsang ekonomi - Mengaktifkan proses jual beliLebih intelektual dan berketerampilan - Lebih bijak dan berkebolehanBitara - Tiada tandingan / eksklusif / hanya satu-satunyaSimbiosis - Dua benda yang saling berkaitanHAK CIPTA TERPELIHARA197SAMBUNGANMasih bermain dengan fantasi - Berkhayal / bermenung / tidak berfikiran matangMendabik dada - Kesombongan akibat kejayaan / keangkuhanMengkodifikasikan undang-undang - Menyelaras undang-undang / peraturanKestabilan spiritual dan fizikal - Keseimbangan rohani dan jasmaniMekanisme kawalan - Alat / aspek yang mengawal sesuatuPandangan sarwa - Pemikiran biasa / umumAnjakan paradigma - Perubahan demi kemajuan atau kebaikanRelevan dengan kehendak zaman - Diterima dengan perubahan dari semasa ke semasaLandasan berfikir - Cara berfikirMasyarakat konvensional - Masyarakat umum / biasaMengaibkan diri - Memalukan diriAlma mater - Sekolah / universiti / tempat pelajarKemapanan fikiran - Keteguhan cara berfikirAlpukah - Daya usaha / inisiatifBacul - Tidak bersemangat

HAK CIPTA TERPELIHARA198SAMBUNGANBadai kehidupan - Cabaran hidupInteligensia - Kumpulan manusia yang pandaiBerkongkalikung BersepakatBukti yang konklusif - Bukti yang kukuhPraja - Kota / negeriPrakarsa - Inisiatif / daya usahaPramusaji - Pelayan tetamu di restoranRutin harian - Kerja yang biasa dilakukan dan sehari-hariNawaitu diri - Keinginan diriNarsisistik - Terlalu memuji diri sendiriPrivasi - Keadaan atau suasana bersendiri tanpa sebarang gangguanPortfolio menteri - Tugas menteriPentas siasah - Dunia politikPolemik - Bahas / debat / konflikMelikwidasikan - Membubarkan / memansuhkanLinglung - Hilang ingatan

HAK CIPTA TERPELIHARA199SAMBUNGANFalah - Kejayaan / kemenanganInterpretasi - Tafsiran / penjelasanBersilengah - Bersikap tidak tahu

HAK CIPTA TERPELIHARA200FRASA INDAHAbsurd = Mustahil, Tidak Masuk AkalKetidakacuhan = Sikap Tidak Memperdulikan SesuatuBeradaptasi = Membuat PenyesuaianAdiwangsa = Bangsa Utama (Mulia)Adiwarna = Amat Indah, Amat BagusAkademikus = Orang Yang Berpendidikan / Lepasan UniversitiAktual = Yang SebenarnyaMengakulturasi = Menyerapan Budaya Ke Sesuatu Budaya Yang LainAlhasil = Akhirnya, KesudahannyaSeantero = SeluruhApologetik = Menyesali Sesuatu Perbuatan Yang Sudah TerlanjurApresiasi = Penghargaan Terhadap Sumbangan Atau Jasa SeseorangAsimilasi = Berpadu Menjadi SatuPengasimilasian = Proses Mengasimilasikan SesuatuPembabibutaan = Melakukan Sesuatu Tanpa Berfikir PanjangMentarbiahkan = Mendidik, Mengasuh

HAK CIPTA TERPELIHARA201SAMBUNGANMembahalakan = Memuja, mendewa-dewakan Memperbonekakan = MempermainkanBobrok = Rosak, binasa Membobrokkan = Merosakkan, membinasakanCemerkap = Tidak cermat melakukan sesuatuKecemerkapan = KelalaianMendampilkan = MerapatkanDarulfana = Dunia yang tidak kekal abadiDe facto = Pada hakikatnya, sebenarnyaDe jure = Menurut undang-undangMemperdekap = Menjadikan lebih dekatKedekadenan = Kemerosotan (nilai, kualiti dan lain-lain)Mendugalkan = Memuakkan, meloyakanKeefisienan = KecekapanEgosentrik = Mementingkan keperluan diri dan tidak peduli orang lainEgotisme = Mementingkan diri sendiri

HAK CIPTA TERPELIHARA202SAMBUNGANEksistensi = KewujudanEvasif = Mengelak diri daripada sesuatu tanggungjawabMemfaalkan = MeramalkanMemfadihatkan = Memalukan seseorang, mengaibkanFanatisisme = Keyakinan yang amat kuat terhadap sesuatuBerfantasi = Berangan-angan, berkhayalMemfantasikan = Mengkhayalkan, mengangan-angankanFundamental = Sangat pentingSecara generalisasinya = KesimpulannyaMenggeneralisasikan = Membuat kesimpulan tentang sesuatu perkaraKehakikiannya = Keadaan yang sebenarnyaHipokrasi = Perbuatan berpura-pura baikMengimplementasikan = MelaksanakanMengintegrasikan = Menyatupadukan (kaum)Inteligensia = Orang bijak pandaiMengisbatkan = Menentukan, menetapkan

HAK CIPTA TERPELIHARA203SAMBUNGANMengalicaukan = MengelakkanKetidakkeruanan = Keadaan tidak tentu arahKekhilafan = Kesalahan kerana kurang teliti atau kurang pengalamanTerkhilaf = Tersalah, terkeliruKhisit = Iri hati, cemburuMengomidikan = Memperdayakan, mempermainkan, menipuKolaborasi = Bekerjasama dengan pihak musuhKolaboratif = Kerjasama antara dua pihakMelemahlesukan = Menjadikan lemah, tidak bermayaMaslahat = Berfaedah, bergunaKemaslahatan = Faedah, kegunaanMusyawarah = Perundingan antara kedua-dua belah pihakBermusyawarah = Berunding, berbincang, bermesyuaratMengqadimkan = MeramalkanMemperyahudikan = Memandang hinaYuda = Peperangan

HAK CIPTA TERPELIHARA204FRASA MENARIKHAK CIPTA TERPELIHARA205-

Mendepani realiti baru dunia yang pantas berubah dan berkembangMendukung kebenaran yang kita sepakatiMengamalkan sikap dan perwatakan yang murniMengambil langkah sederapMenghirup udara hasil kemerdekaanMengikut acuan sendiriMengundang kontroversiMenjadi cerucuk utama pembangunanMenjulang negara ke puncak jagatMenuntut setiap anak watan mengotakan aspirasiMenyambut gamitan menara impianMenyebabkan imej negara tercalar

SAMBUNGANMenyediakan kursus dan latihan yang relevanMenyembunyikan masalah utama masyarakatMereka lebih cenderung kepada keseronokan dan berpeleseranMewujudkan masyarakat yang bermaklumat dan berpengetahuanMilineum baru ini pasti sahaja sarat dengan muatan cabaran reformasiMuafakat merupakan inti kepada perpaduanNegara kita akan bersih daripada unsur sosial yang tidak sihatNilai keinsanan yang syumulNilai-nilai material semakin memberkas dan meluas dalam masyarakatPandangan pro dan kontra yang dipaparkanPelbagai cabaran yang bakal menghambatPelbagai masalah sosial sedang menghinggapi masyarakatPembentukan masyarakat sakinahPembudayaan ilmu perlu dipupuk dan dibajai oleh generasi muda masa kini

HAK CIPTA TERPELIHARA206SAMBUNGANPendedahan oleh pihak media massa menghangatkan senario iniPerlu dibaja kembaliPerubahan yang diharap masih belum menjelmaPetanda kehancuran generasiPewujudan masyarakat madaniPropaganda negatif terhadap negara kita dapat ditepisKita perlu mengorak langkahKita tidak wajar hanya akur dengan arus yang songsang iniKomitmen menyeluruh agensi yang terlibatKongkongan yang selama ini dianggap membelengguMasalahnya, kita mahu memberi pendapat tetapi tidak rela dikritikMakmur dari segi ekonomi tetapi muflis nilai kekeluargaanMampu mengadunkan satu kombinasi usaha yang cukup paduManifestasi kesanggupan bangsa

HAK CIPTA TERPELIHARA207SAMBUNGANMasa depan menjanjikan cabaran di luar jangkaanMasalah putusnya komunikasi dan jurang generasiMasalah sosial dan susila yang meruncingMasih terbelenggu dengan cara berfikir yang sempitMasyarakat yang naif dengan mata kebendaan yang melalaikanMelangkah dengan seribu kekuatanMelontarkan soalan yang cukup pentingMelupakan cita-cita yang lebih luhurMembangunkan generasi yang berketerampilan, bersahsiah mulia dan berilmuMembebaskan mereka daripada belenggu kejahilan dan kegelapanMembenam budaya hedonistik yang tidak berfaedahMembetulkan ketidaktepatan faktaMembimbing mereka memenuhi impian

HAK CIPTA TERPELIHARA208SAMBUNGANMembongkar kepincanganMembuktikan sensitiviti, kepekaan dan keprihatinan merekaMempengaruhi minda generasi mudaMempertahankan perasaan saling bersefahamanMempertingkat dan memperteguh kefahamanMempraktikkan elemen tolak ansurMemudaratkan kesejahteraan rakyatMenabur bakti kepada mereka yang kurang beruntungMenaburkan nilai kebendaan yang tidak bertahan lamaMenagih komitmen dan pengertian serius semua pihakMenampilkan wajah baru yang disulami tekadMenangkis tuduhan yang tidak berasasMencapai tahap yang mencemaskanMencerminkan dengan jelas akan hakikat ini

HAK CIPTA TERPELIHARA209SAMBUNGANMencerminkan generasi yang muflis dan tercabut daripada akar tradisinyaMendapat perhatian dan liputan media massaMendepani masa depan yang tidak menentuManusia bukanlah `haiwan robotik yang tidak mempunyai rasa dan jiwaMembina impian masa depan yang lebih gemilangHAK CIPTA TERPELIHARA210Unit 1 : SENARIOMASYARAKAT KITAMasyarakat Malaysia Alaf BaruTradisi Kejiranan DalamMasyarakatUnit 2 : AMBANG REMAJARemaja dan CabaranRemaja dan KeluargaDisiplin Remaja danKokurikulumUnit 3 : DUNIA SEMAKINCANGGIHKad ElektronikBudaya TeknologiMaklumat danTelekomunikasiE-mel dan andaUnit 4 : KERANAMUMALAYSIAPatriotismeMalaysia Alaf BaruPengorbananku

Unit 5 : MELESTARIKAN ALAM SEKITAR Pendidikan Alam Sekitar Kualiti Udara Pencemaran Sungai KitaUnit 6 : RIADAH Hobi, Sukan dan Rekreasi Cabaran di Puncak Kinabalu Unit 7 : GENERASI KITA Wawasan Generasi Kita Patriotisme Generasi Muda Generasi Pelapis Unit 8 : GAYA HIDUP SIHAT Amalan Gaya Hidup Sihat Remaja dan Kesihatan Obesiti dan Pencegahannya

TAJUK SUKATAN ESEI TINGKATAN 4Unit 9 : KERJAYA Minggu Kerjaya Cita-cita dan Kerjaya Surat PermohonanUnit 10 : WARISAN BANGSA Pemeliharaan dan Pemuliharaan Bangunan Bersejarah Warisan Seni Bina MelayuTradisional Pemuliharaan Warisan SejarahUnit 11 : INDUSTRI PELANCONGAN MALAYSIA Kebudayaan dan Pelancongan Malaysia dan Destinasi Pelancongan Warna-warna Malaysia

HAK CIPTA TERPELIHARA211TAJUK SUKATAN ESEI TINGKATAN 5UNIT 1 : RUMAH TERBUKA RAKYAT MALAYSIARumah Terbuka AidilfitriRumah Terbuka MalaysiaKemanusiaan SejagatUNIT 2 : PENDIDIKAN ALAF INIE-PendidikanPendidikan MayaKepentingan Ilmu Dalam Era GlobalisasiUNIT 3 : PENGANGKUTAN ALAF INITren ERLKejayaan Negara dalam Perindustrian Tren LajuHarapan Masa DepanUNIT 4 : BANDAR PINTAR MALAYSIABandar dalam TamanPutrajaya Mercu Tanda Kemajuan NegaraPerpaduan Menjamin KeamananUNIT 5 : ALAM PEKERJAANKerjaya Masa DepanKejayaan dalam kerjayaImpian, Usaha dan KejayaanUNIT 6 : PENDIDIKAN INDUSTRIPendidikan Industri di IPTPendidikan Industri Teras Pembangunan NegaraCabaran Pendidikan IndustriUNIT 7 : BIOLEMBANGANKejayaan Melalui PertanianBioteknologi dalam PertanianPerkembangan Pertanian

UNIT 8 : PELABURANPelaburan Mengubah Masa DepanPelaburan Menerusi Saham AmanahPelaburan Dalam Sektor Hartanah UNIT 9 : TELEPERUBATANKesihatan Sepanjang HayatAmalan Pemakanan SeimbangCegah Sebelum Parah

HAK CIPTA TERPELIHARA212SAMBUNGANUNIT 10 : SUKAN SEANTERO DUNIAMalaysia Jaguh Sukan SEASukan Mengharumkan Nama NegaraMalaysia Penganjur Sukan AntarabangsaUNIT 11 : KOMUNIKASI GLOBALMykad Ciptaan Kita Internet dan Dunia Tanpa SempadanSeni Sastera Khazanah BangsaUNIT 12 : PELESTARIAN BUDAYA WARISANMemelihara Budaya BangsaAnugerah Seni NegaraAdat Perkahwinan Masyarakat MalaysiaHAK CIPTA TERPELIHARA213NOTA TAMBAHANHAK CIPTA TERPELIHARA214KEPENTINGAN NILAI MURNI

Masyarakat yang berperibadi mulia dan berdisiplin dapat memberi sumbangan yang lebih bermakna dalam usaha memajukan negara agar mencapai kemakmuran dan kemajuan yang pesat.Individu dan masyarakat yang mempunyai nilai murni akan mempunyai budi pekerti yang mulia dan akan dihormati oleh orang lain.Pelbagai gejala sosial yang kurang baik dapat dibanteras dan masyarakat hidup dalam keadaan aman dan harmonis.Imej negara di kaca mata dunia akan tinggi dan rakyat negara ini dikagumi oleh pelancong asing/ masyarakat dunia.Individu yang mempunyai nilai murni akan dapat membuat pertimbangan secara rasional dalam menyelesaikan masalah

HAK CIPTA TERPELIHARA215USAHA MEMAJUKAN INDUSTRI BUAH-BUAHAN TEMPATAN

Memperkenalkan teknik penanaman moden dan teknologi yang baru dalam indust