45
SME 3023 : TRENDS AND ISSUES IN EDUCATION FOR MATHEMATICAL SCIENCE LECTURER’S NAME: DR. MAZLINI BINTI ADNAN NAMA NO MATRIK NORATIKAH BT SOFIAN D20111047984 AZNIDA BT MOHMMAD SHAFIE D20111047985 FATIN AMIRA BT ROSLI D20111047988

Pengetahuan Isi Kandungan Pedagogi (PCK) dalam Kalangan Guru

Embed Size (px)

DESCRIPTION

test

Citation preview

PowerPoint Presentation

SME 3023 : TRENDS AND ISSUES IN EDUCATION FOR MATHEMATICAL SCIENCELECTURERS NAME:DR. MAZLINI BINTI ADNAN

NAMANO MATRIKNORATIKAH BT SOFIAND20111047984AZNIDA BT MOHMMAD SHAFIED20111047985FATIN AMIRA BT ROSLID20111047988ISU PENGETAHUAN PEDAGOgI ISI KANDUNGAN DALAM KALANGAN GURU Mengajar merupakan satu aktiviti kompleks yang melibatkan kebih daripada satu siri tindakan oleh guru (Loughran, Berry & Mulhall, 2006).Untuk membantu murid memahami idea penting dalam sesuatu mata pelajaran, guru mestilah mempunyai pengetahuan yang mendalam tentang idea tersebut (Grossman & Schoenfeld, 2005).Untuk menggalakkan kefahaman murid, guru mestilah mempunyai sekurang-kurangnya tiga jenis pengetahuan professional untuk pengajaran iaitu :Pengetahuan isi kandunganPengetahuan pedagogiPengetahuan tentang murid

Shulman (1987) juga menggariskan tujuh kategori pengetahuan teras guru yang diperlukan bagi mencapai tahap pengajaran untuk kefahaman ini.7 ASAS/TERAS PENGETAHUAN(SHULMAN,1987)Pengetahuan Pedagogi Isi Kandungan (PPIK), mempunyai ciri yang tersendiri kerana ia merupakan gabungan pengetahuan isi kandungan dan pengetahuan pedagogi (Aini Hassan, 2001) Apa itu PENGETAHUAN Pedagogi?Apa itu pengetahuan ISI KANDUNGAN?Pengetahuan Pedagogi Isi Kandungan (PPIK)Menurut Shulman (1987), PPIK merupakan satu jenis pengetahuan yang unik bagi seorang guru dan ia berdasarkan kepada cara guru mengaitkan pengetahuan pedagogi (cara mengajar) kepada pengetahuan isi kandungan (apa yang perlu diajar). Integrasi kedua-dua pengetahuan tersebut menghasilkan pengetahuan pedagogi isi kandungan.Konsep PPIK

Pengetahuan pedagogikal kandungan adalah konstruk yang digunakan untuk menjelaskan bidang pengetahuan guru mengenai isi kandungan (mata pelajaran) dan pedagogi (strategi pengajaran).

PPIK adalah bentuk pengetahuan yang membezakan antara seseorang guru yang pakar dalam bidangnya dengan seorang yang bukan guru dan malah dengan seorang guru biasa.

PPIK ialah kebolehan guru untuk menterjemah sesuatu konsep ke dalam sesi pengajaran dan pembelajaran untuk menjadikannya mudah difahami.Ini bermakna, pengetahuan isi kandungan sesuatu mata pelajaran dan pengetahuan untuk menyampaikan mata pelajaran tersebut adalah penting untuk menghasilkan kefahaman yang bermakna.Menurut Abd Rafie Mahat (2001), kita boleh merancang dan menghasilkan satu kurikulum yang lengkap dan sempurna tetapi jika guru tidak dapat menyampaikannya kepada pelajar secara berkesan maka usaha murni tersebut akan menjadi sia-sia.

Kajian lampau membuktikan perlunya guru-guru memiliki pengetahuan pedagogi isi kandungan untuk membolehkan mereka menjadi guru yang efektif (Clermont et al.,1994).Pengetahuan Isi KandunganPengetahuan isi kandungan mata pelajaran merupakan satu aspek yang penting dalam pengajaran.Pengetahuan yang dijelaskan oleh Shulman (1986) merangkumi :

Pengetahuan tentang topik, peraturan, struktur dan teori tertentu bagi subjek tertentu. Pengetahuan tentang nilai dan keperluan bagi suatu isi kandungan yang spesifik.Pengetahuan tentang perubahan terkini sesuatu subjek.Pengetahuan tentang kegunaan bukti untuk menyokong, menyanggah dan membina tuntutanPengetahuan Pedagogi GuruPengetahuan MuridMembincangkan pengetahuan umum tentang murid, kesukaran pembelajaran, dan miskonsepsi yang dihadapi oleh murid.Guru perlu mempunyai pengetahuan umum tentang muridnya seperti :

Latar belakang muridTahap kognitif muridSikap murid

Pengetahuan KonteksPengetahuan tentang komuniti, persekitaran sekolah dan budayanya yang berkaitan pengajaran topik yang diajar.

Guru perlu menggunakan pengetahuan tentang konteks bagi menjadikan pengajaran lebih menarik dan relevan dengan kehidupan pelajar.

Pengetahuan tentang konteks guru menjadikan pengajaran di dalam bilik darjah dapat diaplikasikan dalam kehidupan atau membolehkan murid mengaplikasikan pengetahuan dalam kehidupan mereka di dalam bilik darjah.Sumber bagaimana PPIK boleh diperolehi dan dikembangkanPEMBINAAN PPIKProses Pembinaan PPIK (Shulman, 1987)KAJIAN BERKAITAN PPIKJadual 1 : Tahap penguasaan PPK guru pelatih dari aspek mengemukakan soalan

Norasliza Hasan : Pengetahuan Pedagogi Kandungan Guru Pelatih Matematik Sekolah Menengah (2008)1Secara keseluruhannya, kajian ini menunjukkan tahap pengetahuan pedagogi kandungan (PPK) bakal guru matematik masih pada tahap yang sederhana.

Peranan penyoalan dalam pengajaran adalah penting untuk mengesan pengetahuan berbahasa pelajar, menggalakkan pelajar berfikir secara kreatif, inovatif, logik dan kritis serta mendorong pelajar menyusun dan menghuraikan bahan pengajaran dan pembelajaran.

Dapatan kajian ini mendapati PPIK di kalangan guru baru dan guru berpengalaman berada pada tahap yang rendah.

Perkembangan pengalaman guru tidak selari dengan perkembangan PPIK.PPIK yang dimiliki oleh guru Matematik berpengalaman tidak sepadan dengan pengalaman mengajar yang mereka lalui.Langkah-langkah pengajaran yang dikemukakan oleh guru-guru Matematik baru dan berpengalaman tidak banyak melibatkan pengintegrasian dengan beberapa kemahiran generik, seperti kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis (KBKK), kemahiran fasilitator, kemahiran teknologi maklumat, dan kemahiran belajar.Tengku Zawawi Tengku Zainal, Ramlee Mustapha dan Abdul Razak Habib : Pengetahuan Pedagogi Isi Kandungan Guru Matematik bagi Tajuk Pecahan (2009)2Seseorang guru yang berpengalaman tidak semestinya mempunyai amalan pengajaran berfikir yang baik sekiranya guru tidak berusaha untuk mengubah corak pengajaran kepada yang lebih baik.

Kajian oleh Marks (1991) juga mendapati bahawa terdapat guru matematik yang walaupun berpengalaman mengajar selama 30 tahun, tetapi masih mempunyai tahap PPIK yang lemah.

Sukiman Saad, Noor Shah Saad dan Mohd Uzi Dollah : Pengajaran Kemahiran Berfikir : Persepsi dan Amalan Guru Matematik semasa PdP di Bilik Darjah (2012)3Kajian ini bertujuan untuk mengetahui sama ada guru pelatih Program Teknologi Maklumat di Universiti Pendidikan Sultan Idris (AT20) memiliki pengetahuan tentang pelajar dan pembelajaran iaitu salah satu komponen pengetahuan pedagogi kandungan.

Guru pelatih Program AT20 mempunyai pengetahuan tentang gaya belajar pelajar melalui pemerhatian tingkahlaku semasa mengajar. Gaya belajar yang dapat dikesan oleh guru pelatih adalah gaya visual, auditori dan kinestetik.

Pengetahuan tentang perbezaan gaya belajar antara pelajar adalah penting supaya selari dengan perancangan PdP supaya PdP dapat dijalankan dengan lebih berkesan.Sulaiman Sarkawi & rakan-rakan :Pengetahuan Tentang Pelajar dan Pembelajaran dalam Kalangan Guru Pelatih Teknologi Maklumat (2011)4Guru pelatih memiliki sebahagian daripada pengetahuan tentang pelajar dan pembelajaran iaitu pengetahuan gaya belajar, keupayaan dan kelebihan pelajar belajar dan tajuk-tajuk yang sukar dipelajari serta puncanya tetapi belum menguasai pengetahuan kesilapfahaman konsep-konsep ICT. Perkembangan PPK seseorang guru amat dipengaruhi oleh faktor latar belakang pengkhususan guru dan juga pengalaman guru.

Dapatan kajian terhadap PPK guru-guru bahasa Iban mendapati faktor keperibadian guru itu sendiri amat mempengaruhi perkembangan PPK guru tersebut.

Guru yang rajin dan berinovasi dilihat mempunyai tahap PPK yang lebih baik berbanding guru lain tanpa mengambil kira latar belakang pengkhususan dan juga pengalaman guru tersebut. Zamri Mahamod :Penguasaan Pengetahuan Pedagogi Kandungan Guru Bahasa Iban (2012)5Guru-guru Bukan Opsyen Mengajar Dalam Subjek MatematikDefinisi : Guru yang tidak mempunyai kelayakan sijil atau major dalam mata pelajaran yang diajar.

Guru dikehendaki mengajar mata pelajaran bukan bidang setelah mendapat penempatan.Guru perlu mengisi kekosongan guru mata pelajaran yang terlibat.Guru mengalami masalah untuk mengajar mata pelajaran yang bukan bidang.Kajian luar Negara

Menurut Ingersoll (2011), guru terutamanya yang mengajar di sekolah menengah hendaklah mempunyai latar belakang pendidikan dan latihan dalam mata pelajaran yang diajar di sekolahKajian di Malaysia

Intensification of Research In Priority AreasMatematik adalah mata pelajaran teras dalam kurikulum sekolah menengah yang diajar oleh guru pelbagai bidang.Analisis data menunjukkan 41%(18 orang) daripada 42 orang guru mengajar mata pelajaran Matematik sementara yang selebihnya iaitu 59% bukan Matematik.Kadar ketidaksepadanan bidang yang tinggi dibimbangi akan mempengaruhi dan memberi kesan secara langsung terhadap kualiti PdP di sekolah.Guru MuridGuru tidak dapat mengajar dengan berkualiti dan berkesan. Berasa bosan dengan isi pengajaran guru.2) Kandungan isi pelajaran yang tidak lengkap.2) Berasa tidak yakin dengan pengajaran yang disampaikan.3) Guru menjadi tertekan.3) Keputusan peperiksaan tidak memuaskan4) Guru menjadi malas untuk mengajar.4) Murid menganggap mata pelajaran Matematik susah.5) Guru kurang berkeyakinan, kompetensi dan komited dalam pengajaran.5) Murid hilang minat terhadap MatematikKESANKajian Marks (1990) membandingkan tahap pengetahuan pedagogi isi kandungan antara guru yang memiliki tahap pengetahuan yang tinggi dan berpengalaman dengan guru yang kurang matematik (bukan opsyen matematik tetapi mengajar matematik)

6Guru Opsyen MatematikGuru Bukan Opsyen MatematikMenunjukkan gambar rajah

(Melalui aktiviti melipat kertas untuk menghasilkan beberapa bahagian yang sama besar)Menulis dan menamakan pecahan di papan hitam

2) Memperkenalkan konsep2) Menunjukkan gambar rajah3) Memberikan istilah yang berkaitan

AJAR MATA PELAJARAN BUKAN OPSYEN

ISMP DIPINGGIRKAN Kementerian Pendidikan Malaysia telah menyerap 7079 GSTT ke jawatan tetap di seluruh Negara selepas menawarkan peluang mengikuti kursus DPLI dalam bidang perguruan di Institusi Pendidikan Guru Malaysia dan IPTA terpilih.7000 lepasan ISMP belum ditawarkan tempat menyebabkan ada di kalangan mereka menganggur kerana sukar mendapatkan pekerjaan yang sesuai. Utusan, 3 Nov 2011 5000 mahasiswa UPSI berdemo tuntut jaminan yang sama dengan penempatan GSTT. Berita Harian, 20 Dis 2011Telling is not teaching and listening is not learningGuru yang biasa memberitahuGuru yang baik menjelaskanGuru yang hebat menginspirasi~ William ward ~