Upload
syazwancool
View
1.040
Download
3
Embed Size (px)
Citation preview
PEDAGOGI: Metodologi, Pendekatan,Kaedah,
Teknik dan strategi mengajar dengan berkesan.
Oleh: Ustazah Sarimah bt. Mokhtar
Institut Perguruan Tawau
Pengenalan • PEDAGOGI(PEDAGOGUE): Kajian tentang kaedah dan prinsip
pengajaran, sebilangan guru di negara ini memerlukan latihan semula tentang perkembangan terbaru dalam bidang kurikulum.
• METODOLOGI: Sistem yang merangkumi kaedah dan prinsip yang digunakan dalam sesuatu kegiatan, disiplin(terutama dalam bidang akademik) dsb.Metode:cara melakukan sesuatu,sistem, kaedah belajar.
• PENDEKATAN: Cara mengajar berdasarkan objektif pelajaran yang telah ditentukan berdasarkan teori, prinsip atau model tertentu.contoh: daripada yang mudah kepada yang lebih susah atau daripada konkrit kepada yang lebih abstrak. Diantara contoh pendekan pengajaran ialah :Pendekatan induktif dan deduktif , pendekatan koperatif(bekerjasama dalam kumpulan) , pendekatan kolaboratif(kerjasama antara dua pihak), pendekatan intergratif(menggabungkan atau sepadu) dan pendekatan tematik(tema fokus utama:contoh tema isu semasa akan menjurus kepada masalah salahlaku remaja).
Pengenalan • KAEDAH:Siri tindakan guru yang sistematik bertujuan mencapai
objektif pengajaran yang telah ditetapkan, pemilihan kaedah yang sesuai dalam jangka masa pendek.contoh:kaedah praktis, kaedah dapatan dan sebagainya. Di antara contoh kaedah ialah :Kaedah kuliah, kaedah perbincangan, kaedah bercerita, kaedah projek, kaedah inkuiri penemuan(Ingin tahu/meneroka ilmu) dan kaedah penyelesaian masalah.
• TEKNIK: Kemahiran guru mengelola dan melaksanakan kaedah mengajar yang telah dilaksanakan.contoh: teknik bercerita,latihtubi,menghafal, simulasi, teknik penyoalan, teknik penyampaian, teknik perbincangan, teknik tunjuk cara dan sebagainya.
Pengenalan
• STRATEGI: Kebijaksanaan memilih pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran berdasarkan objektif pengajaran.Mengambil kira semua aspek pengajaran termasuk pemilihan bahan,masa,aktiviti dan sebagainya. Di antara contoh strategi pengajaran :Strategi penggabungjalinan(aqidah+sirah+akhlak+sains+geografi), strategi berpusatkan pelajar, strategi penyerapan(nilai Islam/nilai murni).
Konsep metodologi pengajaran Pendidikan Islam
• Bermula sejak zaman permulaan Islam hingga ke hari ini.contoh: bermula dengan wahyu pertama,”…..Bacalah dengan nama Rabbmu…”(surah al-”Alaq 1-5).
• Al-Quran: sumber utama ilmu pengetahuan yang sebenar dan asli.• Menurut Prof.Omar As-Syaibani,”..iaitu segala kegiatan yang
terarah dijalankan oleh guru dalam memenuhi keperluan matapelajaran yang diajar, ciri-ciri perkembangan pelajar,suasana alam sekitar dan tujuan untuk membantu pelajar mencapai matlamat pembelajaran dan perubahan tingkahlaku yang dikehendaki.
• Bercirikan sepadu dan selaras dengan matlamat, roh dan akhlak Islam( perkaitan hubungan antara manusia, alam dan Penciptanya) serta bersifat luwes(boleh disesuaikan dengan perkembangan masa dan keadaan),seimbang diantara teori dan praktis, proses belajar dan amal, hafalan dan kefahaman dan sebagainya.
Prinsip utama Metodologi P.Islam
• Membantu pelajar mencapai objektif dan tujuan pembelajarannya.• Sentiasa menjaga motivasi, minat dan keinginan pelajar untuk terus
belajar• Memelihara tahap kematangan dan kemampuan pelajar untuk
belajar• Memberi perhatian terhadap perbezaan individu mengikut
pencapaian pelajar• Memberi peluang pelajar mengambil bahagian secara praktikal
dalam proses pembelajaran• Memberi perhatian terhadap aspek kefahaman dan bukan hafalan
semata-mata.• Mewujudkan suasana yang gembira dalam proses
pembelajaran(Kondusif)
Metodologi pengajaran Rasulullah dan tokoh Islam
• Pelopor metodologi Pendidikan Islam & ilmu Pendidikan : Para Rasul utusan Allah sejak dari Nabi Adam a.s hingga kepada Rasulullah,disambung dan dikembangkan oleh para sahabat dan tokoh-tokoh Islam di zaman Khulafa’ar-Rasyidin dan Tabi’in
• DI ANTARA METODE PENGAJARAN RASULULLAH: 1.Kuliah/Khutbah 2.Soal jawab 3.Diskusi/perbincangan 4.Bercerita 5.Berdialog 6.Hafalan 7.Tunjukcara/demonstrasi/amali 8.Projek(Rancangan kerja/aktiviti) 9.Statistik(butiran/bukti yang ditunjukkan dengan angka/bilangan 10.Berdebat 11.Menggunakan rajah(gambaran,tanda,tulisan,melukis)
• DI ANTARA METODE PENGAJARAN IMAM AL-GHAZALI
1. Kaedah Halaqah
2. Kaedah Dialog dan Perbincangan
3. Kaedah Perbandingan
4. Kaedah Petunjuk dan Bimbingan
Metodologi pengajaran Rasulullah dan tokoh Islam
• DI ANTARA METODE PENGAJARAN IMAM as-Syafie
1. Kaedah Kuliah2. Kaedah Imlak(penulisan serentak dengan
hafaz)3. Kaedah Halaqah4. Kaedah Diskusi5. Kaedah
Usuli(dasar,asal,cadangan,pandangan)6. Kaedah Bacaan
Metodologi pengajaran Rasulullah dan tokoh Islam
Kaedah pengajaran Tafsir al Quran/Hadis
• Kaedah Kuliah ringkas
• Kaedah perbincangan
• Soaljawab
• Pembelajaran melalui Pusat Sumber
• Penggunaan alat TeknologiMaklumat,Ms Word,Ms Power Point,internet, Slaid,elektronik(audio visual) dsb
Langkah pengajaran Tafsir/Hadis
• Permulaan pengajaran: memetik salah satu isi kandungan yang manarik,mula dengan Asbabul
Nuzul,mulakan dengan masalah-masalah semasa yang berkaitan dengan ayat tersebut
- Perkembangan pengajaran: 1.Tilawah(baca) ayat/hadis oleh pelajar atau guru 2.Terjemahan ayat/hadis 3.Perbincangan ringkas- dalam bentuk soaljawab untuk merangsang
pemikiran pelajar spt istilah baru dalam ayat. 4.Tafsiran ayat/hadis- guru 5.Perbincangan lanjut- Antara guru dengan pelajar mengenai tuntutannya
dalamkehidupan 6.Penilaian- guru mengemuka beberapa soalan untuk menilai sejauhmana
pencapaian objektif pengajaran- Penutup- Tugas lanjutan- Penilaian kendiri
Kaedah pengajaran Aqidah• Kaedah induktif atau deduktif:
Induktif iaitu pendekatan yang memberi peluang kepada pelajar membuat kesimpulan sendiri mengenai sesuatu konsep atau benda.Guru akan memulakan pengajaran dengan memberi sebanyak mungkin contoh khusus sehingga pelajar dapat membuat kesimpuan.
Deduktif iaitu cara pengajaran yang bermula dengan memberikan rumus-rumus atau teori yang sudah diketahui umum.Seterusnya pelajar akan menganalisis rumus yang didedahkan terlebih dahulu melalui contoh yang telah dibentangkan.contoh:guru mendedahkan dahulu masalah,hukum,formula atau teori tertentu, kemudian menggunakan .Guru hanya membimbing pelajar cara menyelesaikan masalah melauicontoh yang sesuai diaplikasi dalam situasi yang lain
Kaedah pengajaran Aqidah• Kaedah diskusi atau perbincangan• Kaedah rehlah atau lawatan• Penggunaan ICT. MS Power Point,MS Word(Bahan edaran)LANGKAH PENGAJARAN AQIDAH:-Permulaan pengajaran-membentangkan sesuatu isu atau masalah yang memerlukan
kepada penyelesaian mengingatkan pelajar tentang pelbagai nikmat yang telah dianugerahkan Allah menghubungkan pelajar dengan peristiwa atau hari-hari kebesaran Islam yang sesuai-Membentangkan kefahaman yang salah-untuk menguji pelajar, kemudian kesalahan
tersebut dikritik dari segi latar belakang,rasional,tujuan dan implikasi kepada individu dan masyarakat seperti kepercayaan kepada berhala atau Tuhan banyak.
-Membentangkan kefahaman yang betul-berdasarkan dalil naqli dan aqli, hujah dan rasional yang meyakinkan,gaya bahasa yang menarik, jelas dan penuh perasaan, buat perbandingan dan kefahaman secara ilmiah
-Perbincangan-guru dan pelajar bersoaljawab untuk mengukuhkan kefahaman. Pelajar diberi peluang untuk mengemukakan pandangan dan persoalan yang berkaitan dengan tajuk.
-Penilaian objektif pengajaran-Penutup--Tugas lanjutan-Penilaian kendiri
Kaedah pengajaran feqah• Banyak memerlukan kepada aktiviti,amali dan praktikal spt ibadah
solat,zakat,haji,sembelihan• Kaedah Demonstrasi dan tunjuk cara• Kaedah papan hitam• Kaedah penyelesaian masalah(menganalisis,membuat
keputusan,pemikiran kritis)• Kaedah kuiz• Kaedah permainan• Kaedah simulasi(keadaan/situasi sebenar)• Tayangan slaid/video audio visual• Penggunaan ICT spt MS Power Point, MS Word. CD Interaktif,• Benda maujud
Langkah pengajaran Fiqh-Permulaan pengajaran: pelbagai teknik boleh digunakan oleh guru untuk menarik perhatian pelajar-Perkembangan: -Soaljawab- segi kefahaman pelajar,masalah dan kekaburan mereka
sepertiyang telah dipelajari-solat,puasa, haji sebagai ibadah seharian-Huraian fakta isi pelajaran-menggunakan papanhitam atau bahan bantu
mengajar yang lain-Perbincangan-guru dan pelajar berbincang/ perbincangan dalam kumpulan
kecil-Tunjukcara-guru tunjuk secara praktikal tentang tatacara melakukan ibadah
tersebut-Penilaian objektif pengajaran-Penutup-Tugas lanjutan-Penilaian kendiri
Kaedah pengajaran Sirah/Tamadun Islam
• Kaedah Projek• Kaedah perbincangan/soaljawab• Kaedah Kuliah• Kaedah Simulasi(Situasi)• Kaedah pembelajaran melalui Pusat Sumber• Kaedah Bercerita,gambar,peta,rajah-gunakan
gaya,nada suara yang sesuai,isyarat memek muka dan gerak badan(body contact)
• Kuiz atau teka-teki• Tayangan slaid/video,penggunaan ICT
Kaedah pengajaran Akhlak
• Guru sebagai Qudwah Hasanah(role model)• Kaedah perbincangan• Kaedahbercerita• Kaedah perbandingan• Kaedah Simulasi/lakonan semula(situasi
sebenar masa kini spt masalah keruntuhan moral dikalangan masyarakat kini).
• Kaedah lakonan• Penggunaan bahan elektronik(audio visual),
penggunaan ICT
PRINSIP ASAS DALAM PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BACAAN
DALAM ERA NEGARA MAJU
Merangkumi falsafah pendidikan yang menjadikan guru berperanan sebagai:
• Moderator(sederhana) dalam pemikiran• Pencipta konflik konsep(masalah)• Pencabar kemahuan konvensional(kebiasaan
umum/amalan kebiasaan yang telah diiktiraf ramai/adat)
• Fasilitator kepada pembinaan dan penggunaan pengetahuan latar pelajar terhadap alam mereka(situasi kehidupan sebenar)
Guru sebagai moderator
• Bertindak membimbing pelajar dalam persembahan pemikiran
• Membimbing pelajar melakukan tugasan bacaan berdasarkan kemampuan dan minat mereka
• Menggalakkan tugasan dilakukan secara berkoperatif dan berkalobratif
• Menggalakkan pembelajaran berasaskan masalah
• Melakukan penilaian secara berformatif dan bertujuan memperbaiki proses pengajaran dan pembelajaran
Guru sebagai pengarah
• Menggerakkan aksi pelajar di dalam bilik darjahnya
• Sebagai juru kamera yang melihat aksi para pelajarnya menerusi lensa yang dipasang dalam pemikirannya
• Melibatkan pelajar dalam drama improvasi daripada kehidupan
Guru sebagai pengurus
• Mengurus strategi perancang dan pelaksanaan
• Mengurus sumber bahan dan masa• Mengurus pengajaran agar bergerak di
sekitar parameter yang dihadkan• Mengurus risiko dalam suasana
pembelajaran yang menekan• Mengurus dalam pencapaian objektif jangka
pendek dan jangka panjang
Guru sebagai fasilitator
• Memandu dalam menentukan arah yang ingin dituju oleh pelajar
• Pembimbing pembelajaran eksplorasi(penjelajahan minda/mencari maklumat)
• Pembimbing pembelajaran berasaskan pengalaman
• Penujukkan arah pada waktu berlakunya konflik
Guru sebagai pakar rujuk.
• Mengamalkan proses pembelajaran yang dinamik(maju/pembaharuan/bertenaga/kekuatan)
• Sumber untuk mendapat “nasihat”
• kamus bergerak atau buku rujukan
• Ensaiklopedia ilmu
• Pakar pedagogi
PENUTUP
• Tugas memperkasa proses pengajaran bukanlah satu tugas yang mudah
• Guru harus menerima hakikat bahawa kehidupan adalah dinamik
• Harus terus belajar• Harus terus mengkaji• Harus terus membuat refleksi
diri(muhasabah diri)
Gurindam Menjalankan Kerja Mahzan Arshad, Januari 2002
• Jika banyak cela-mencelaTidak menjadi satu pun kerja
• Jika kurang usul-periksaKerja yang berat menjadi sia-sia
• Jika asyik bercakap-cakapSegala kerja menjadi tak cekap
• Jika kerja berdikit-dikitDari busut menjadi bukit
• Jika mahu bergotong-royongSagu diperoleh di dalam ruyung
• Jika masih bercerai-beraiSampai bila kerja tak selesai
• Jika orang banyak perintahBertungkus-lumus amatlah betah
• Jika mahu tegur-menegurNyiur yang tinggi boleh digugur
• Jika banyak memberi alasanUsah diharap mendapat ganjaran
• Jika kerja menurut aturanGuni yang berat menjadi ringan
• Jika asyik berbalas nistaRosaklah kuah pecahlah belanga
• Jika tangan ringan sentiasaHasil diperoleh sepanjang masa
Sekian Selamat Berkhidmat Kerana Allah untuk Generasi Ummah