Click here to load reader

Pedagogi Produktif

  • View
    259

  • Download
    22

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Strategi Pembelajaran Pedagogi Produktif Kemahiran Mendengar & Bertutur

Text of Pedagogi Produktif

  • 1

    1.0 Pendahuluan

    Pedagogi ialah kajian mengenai

    pengajaran, khususnya pengajaran dalam

    pendidikan formal. Dengan kata lain, ia adalah

    sains dan seni mengenai cara mengajar di

    sekolah. Secara umumnya pedagogi merupakan

    mata pelajaran yang wajib bagi mereka yang ingin

    menjadi guru di sekolah. Sebagai satu bidang

    kajian yang luas, pedagogi melibatkkan kajian

    mengenai proses pengajaran dan pembelajaran,

    pengurusan bilik darjah, organisasi sekolah dan

    juga interaksi guru dengan pelajar.

    Dari segi etimologinya,

    perkataan Pedagogi datangnya daripada bahasa

    Yunani paidagogos, hamba yang menghantar

    dan mengambil budak-budak pergi balik dari

    sekolah. (lihat Paideia.)

    Mereka yang

    mahu menjadi

    guru mesti tahu

    mengenai

    pedagogi.

  • 2

    Perkataan paida merujuk kepada kanak-

    kanak, yang menjadikan sebab kenapa

    sebahagian orang cenderung membezakan antara

    pedagogi (mengajar kanak-kanak) dan andragogi

    (mengajar orang dewasa). Perkataan Yunani

    untuk pedagogi, pendidikan, adalah digunakan

    dengan lebih meluas, dan seringkali kedua-duanya

    boleh ditukar guna.

    Pedagogi moden selalunya membahagikan fungsi

    pengajaran kepada tiga bidang, yakni apa yang

    dimaksudkan sebagai Taksonomi Bloom. Menurut

    Taksonomi Bloom, pengajaran boleh terbahagi

    kepada:

    Bidang Kognitif

    Berkenaan dengan aktiviti mental seperti

    kefahaman, pengetahuan dan analisa.

    Bidang Afektif

    Berkenaan dengan sikap dan sahsiah diri.

    Bidang Psikomotor

    Berkenaan dengan aktiviti fizikal seperti

    kemahiran hidup, pertukangan, dan sukan.

    Pedagogi

    Mengajar kanak-

    kanak

    Andragogi

    Mengajar orang

    dewasa

  • 3

    Ketiga-tiga bidang ini nampaknya begitu

    tersendiri sifatnya, tetapi dalam keadaan

    pengajaran dan pembelajaran semula jadi,

    pengasingan ketiga perkara ini selalunya tidak

    wujud.

    Contohnya, apabila seorang guru ingin

    mengajar seorang pelajar menulis, dia perlu

    mengajar pelajar itu cara memegang pensel

    (bidang psikomotor); bentuk huruf dan maknanya

    (bidang kognitif); dan juga harus memupuk minat

    untuk belajar menulis (bidang afektif).

    Pedagogi merupakan satu ilmu yang luas

    dan mendalam. Perbincangannya boleh dibahagi

    kepada dua bahagian yang besar iaitu:

    Perkaedahan pengajaran

    Teori pembelajaran dan pengajaran

    Pedagogi satu ilmu

    yang sangat luas.

  • 4

    Pada lazimnya, seorang bakal guru akan

    mendalami kedua-dua bidang ini sebelum menjadi

    seorang guru. Tetapi disamping itu, bakal guru

    juga harus mempelajari perkara-perkara seperti

    pengurusan bilik darjah, organisasi sekolah,

    kurikulum sekolah, cara mengajar , Interaksi guru

    dengan pelajar dan sebagainya.

    Seorang guru dalam menjalankan tugasnya

    sebagai pendidik di sekolah, perlu mempunyai

    satu set ilmu tentang bagaimana cara mendidik

    murid-murid. Guru bukan hanya sekadar mahir

    dalam menyampaikan pengajaran, tetapi guru juga

    harus mampu membangunkan peribadi murid-

    murid, mengembangkan watak mereka, serta

    menajamkan pemikiran dan naluri murid-murid.

    Pedagogi merupakan ilmu yang mengkaji

    bagaimana cara untuk seorang guru membimbing

    murid-murid, bagaimana harus berhadapan

    dengan murid, apakah tugas seorang pendidik,

    dan apakah tujuan pendidikan tu diberikan kepada

    murid-murid.

    Guru bukan hanya

    mahir

    menyampaikan

    ilmu tetapi juga

    harus mampu

    membangunkan

    sahsiah murid.

  • 5

    Secara umumnya, pedagogi boleh di anggap

    sebagai ilmu pendidikan yang meniktik beratkan

    kepada pemikiran, matlamat pendidikan serta

    bagaimana guru harus membimbing dan mendidik

    murid-murid.

    Pedagogi merupakan suatu teori yang teliti,

    kritis, dan mempunyai objektif mengembangkan

    konsep-konsep mengenai hakikat proses

    pendidikan.

    Secara ringkasnya, pedagogi dapat

    disimpulkan sebagai panduan ilmu pendidikan

    untuk guru-guru menguasai kemahiran-kemahiran

    dalam merancang, melaksana dan mentaksir

    pengajaran dan pembelajaran serta bagaimana

    mahu mewujudkan suasana yang kondusif untuk

    pengajaran dan pembelajaran supaya ia lebih

    berkesan dan bermakna.

    Pedagogi satu ilmu

    yang menitik

    beratkan

    pemikiran,

    matlamat

    pendidikan &

    bagimana guru

    membimbing

    murid.

  • 6

    1.1 Latar Belakang Dan Konsep

    Pedagogi Produktif

    Pedagogi adalah strategi yang digunakan

    oleh guru untuk mengajar murid secara

    profesional, manakala Pedagogi Produktif adalah

    kaedah yang digunakan di dalam bilik darjah yang

    fokusnya adalah pada memberikan arahan yang

    bertujuan untuk meningkatkan hasil pembelajaran

    murid.

    Pedagogi Produktif adalah nama yang

    diberikan kepada model multidimensional latihan

    bilik darjah. Ia juga dikenali sebagai rangka kerja

    untuk pembangunan professional yang

    memfokuskan kepada latihan bilik darjah dan

    perhatian amat diberikan kepada kesaksamaan

    dalam pendidikan. Sesetengah strategi yang

    digunakan oleh guru hanya sesuai untuk teknik

    Apakah yang

    dimaksudkan

    dengan Pedagogi

    Produktif??

  • 7

    pengajaran yang tertentu sahaja dan bergantung

    kepada kumpulan atau sebagainya dan guru

    harus membuat pemilihan untuk menggunakan

    teknik yang dirasakan sesuai.

    Pedagogi produktif berbeza dengan

    pendekatan lain. Ia sangat komprehensif dan

    tidak hanya memfokuskan kepada satu aspek

    atau kaedah pengajaran sahaja.

    Pedagogi Produktif juga merupakan satu

    rangka kerja umum dimana guru boleh memilih

    dan mengembangkan strategi pengajaran dengan

    Apa yang diajar?

    Kepelbagaian gaya pendidikan

    Latar belakang murid-murid mereka.

    Pedagogi Produkrif merupakan projek tahap

    pertama dari program pembelajaran dan

    pembangunan bagi menyokong pembaharuan

    kurikulum yang mula diperkenalkan di semua

    sekolah di Queensland bermula tahun 2001.

    Pedagogi produktif berbeza

    dengan pendekatan lain.

    Ia sangat komprehensif dan

    tidak hanya memfokuskan

    kepada satu aspek atau kaedah

    pengajaran sahaja.

  • 8

    Ia merupakan strategi yang melibatkan

    sekolah dalam pembangunan profesional dalam

    pedagogi produktif dan penilaian produktif.

    Pada asasnya, pedagogi produktif

    menggunakan strategi dan konsep pembelajaran

    yang sedia ada cuma diubah kepada modul yang

    sederhana. Namun dengan berdasarkan kepada

    penilaian faktor-faktor tersebut, peningkatan

    kesedaran guru adalah yang paling penting kerana

    ia menyumbang kepada kejayaan program

    tersebut.

    Menurut Profesor Jenny Gore dari University

    Of Newcastle menyatakan bahawa pedagogi

    produktif yang menarik adalah penting untuk

    menarik minat pembelajaran murid. Beliau juga

    menyatakan pendidikan dahulu lebih menekankan

    persekitaran pembelajaran, kemahiran khusus dan

    semua sukatan pelajaran. Tetapi sebenarnya kita

    terlepas pandang tentang fokus dan cabaran

    intelektual kepada semua pelajar.

    pedagogi produktif

    yang menarik

    adalah penting

    untuk menarik

    minat

    pembelajaran

    murid

  • 9

    Peningkatan kepada kualiti intelektual

    melibatkan pengenalan kepada pengetahuan dan

    tidak hanya kepada matlamat semata-mata. Hal

    ini menggalakkan pelajar untuk berfikir aras tinggi

    dan pendekatan kepada pengetahuan di mana ia

    melibatkan penyampaian idea dan hujah yang

    bertentangan dengan pendekatan memberi. Hal

    ini bertujuan untuk memastikan pelajar belajar

    bekerja daripada sibuk bekerja. (Jenny).

    Belajar bekerja daripada

    sibuk bekerja. (Jenny).

  • 10

    1.2Ciri-Ciri Pedagogi Produktif

    Dalam pedagogi produktif, guru sentiasa

    akan dinilai sama ada guru itu mempunyai kualiti

    yang tinggi atau guru itu berkualiti sederhana atau

    berkualiti rendah. Guru yang mempunyai tahap

    yang tinggi dikatakan sangat berbeza daripada

    mereka yang mempunyai kualiti yang rendah.

    Guru-guru yang dikatakan mempunyai kualiti

    tinggi dapat dilihat daripada beberapa perkara

    seperti rasa tanggungjawab kepada murid.

    Guru bertanggungjawab bagi memastikan

    murid memahami kemahiran yang diajar dan guru

    juga bertanggungjawab untuk menarik minat murid

    untuk belajar dan memperolehi ilmu pengetahuan.

    Guru juga menggunakan pelbagai pendekatan

    berdasarkan teori atau generalisasi yang tertentu.

    Guru bertanggungjawab bagi memastikan murid memahami kemahiran yang diajar

  • 11

    Pendekatan pengajaran pedagogi produktif

    sering digunakan oleh guru yang berkualiti tinggi

    untuk mendekati murid dan memulakan proses

    pengajaran sesuatu isi pelajaran, sesuatu mata

    pelajaran atau beberapa mata pelajaran atau

    sesuatu kemahiran.

    Selain itu, guru yang mempunyai kualiti yang

    tinggi juga seorang yang sangat berkesan dalam

    meningkatkan hasil pembelajaran murid. Guru ini

    juga dapat menggunakan pelbagai kaedah dan

    tek