13
144 PENGARUH PERSEKITARAN LINGUISTIK TERHADAP PENGUASAAN LISAN DALAM KALANGAN MURID MELANAU DI DAERAH MUKAH Jocylene Christopher Columbus, Jamaludin Badusah Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia [email protected] ABSTRAK Kegagalan dalam penguasaan bahasa Melayu sebagai bahasa kedua sering dipengaruhi oleh pengaruh bahasa ibunda. Kegagalan ini akhirnya mempengaruhi prestasi dan penguasaan murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Sehubungan dengan itu, kajian ini dijalankan bagi mengenal pasti pengaruh persekitaran linguistik terhadap penguasaan lisan dalam kalangan murid Melanau. Kajian ini menggunakan kaedah tinjauan iaitu berasaskan pendekatan kuantitatif. Seramai 150 orang responden murd tahap 2 dalam kalangan murid Melanau daripada lima buah sekolah rendah di daerah Mukah, Sarawak terlibat dalam kajian ini. Instrumen soal selidik digunakan bagi tujuan pengumplan data. Data yang dikumpul akan dianalisis menggunakan SPSS Versi 23. Dapatan kajian menunjukkan aspek latar belakang bahasa keluarga paling mempengaruhi penguasaan lisan bahasa Melayu sebagai bahasa kedua murid dengan nilai (min=2.90,sp=1.249). Faktor lain yang turut mempengaruhi ialah latar belakang bahasa jiran (min=2.81,sp=1.256), latar belakang bahasa guru (min=2.03,sp=1.157) dan latar belakang bahasa rakan (min=1.924,sp=0.928). Secara keseluruhan, penguasaan Bahasa Melayu dalam kalangan murid Melanau adalah penting agar mereka dapat berkomunikasi dengan baik dalam Bahasa Melayu secara lisan. Pengenalan Bahasa merupakan satu medium yang sangat penting sebagai salah satu alat untuk mewujudkan komunikasi dalam kalangan manusia. Melalui bahasa seseorang ahli dalam sesebuah kelompok masyarakat tentu akan dapat berkomunikasi dengan ahli yang lain dengan lancar dan berkesan. Aspek kemahiran mendengar dan bertutur merupakan aspek asas yang paling penting dalam kemahiran berbahasa kerana murid-murid yang menguasai kemahiran mendengar dan bertutur dengan baik biasanya berpotensi cenderung menguasai kemahiran membaca dan menulis dengan lebih baik. Seseorang yang mempunyai kemahiran bertutur yang baik membolehkan seseorang menyampaikan perasaan dan fikirannya dengan berkesan. Ini bermakna seseorang pendengar dan penutur yang baik lebih berpotensi menguasasi kemahiran membaca dan menulis dengan baik kerana keupayaan mendengar dan bertutur dengan baik akan membantunya dalam proses membaca dan menulis Latar Belakang Kajian Siti Hajar Abdul Aziz (2009) menyatakan bahawa kemahiran bertutur merupakan kemahiran penting yang perlu dikuasai oleh semua orang. Yahya Don (2005) berpendapat bahawa kemahiran bertutur merangkumi keupayaan murid untuk menyampaikan maklumat, pendapat dan perasaan serta idea yang kritis dan kreatif secara lisan dengan sebutan dan intonasi yang betul dan secara sopan. Manusia memperoleh bahasa pertama secara semula jadi sejak dilahirkan dan dianggap sebagai bahasa ibunda. Kanak-kanak menguasai B1 secara semula jadi dalam persekitaran dan budaya linguistik.

PENGARUH PERSEKITARAN LINGUISTIK TERHADAP … · ABSTRAK . Kegagalan dalam penguasaan bahasa Melayu sebagai bahasa kedua sering dipengaruhi oleh pengaruh ... tunggal yang menyebabkan

Embed Size (px)

Citation preview

144

PENGARUH PERSEKITARAN LINGUISTIK TERHADAP PENGUASAAN LISAN DALAM KALANGAN MURID MELANAU DI DAERAH

MUKAH Jocylene Christopher Columbus, Jamaludin Badusah

Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia

[email protected]

ABSTRAK

Kegagalan dalam penguasaan bahasa Melayu sebagai bahasa kedua sering dipengaruhi oleh pengaruh bahasa ibunda. Kegagalan ini akhirnya mempengaruhi prestasi dan penguasaan murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Sehubungan dengan itu, kajian ini dijalankan bagi mengenal pasti pengaruh persekitaran linguistik terhadap penguasaan lisan dalam kalangan murid Melanau. Kajian ini menggunakan kaedah tinjauan iaitu berasaskan pendekatan kuantitatif. Seramai 150 orang responden murd tahap 2 dalam kalangan murid Melanau daripada lima buah sekolah rendah di daerah Mukah, Sarawak terlibat dalam kajian ini. Instrumen soal selidik digunakan bagi tujuan pengumplan data. Data yang dikumpul akan dianalisis menggunakan SPSS Versi 23. Dapatan kajian menunjukkan aspek latar belakang bahasa keluarga paling mempengaruhi penguasaan lisan bahasa Melayu sebagai bahasa kedua murid dengan nilai (min=2.90,sp=1.249). Faktor lain yang turut mempengaruhi ialah latar belakang bahasa jiran (min=2.81,sp=1.256), latar belakang bahasa guru (min=2.03,sp=1.157) dan latar belakang bahasa rakan (min=1.924,sp=0.928). Secara keseluruhan, penguasaan Bahasa Melayu dalam kalangan murid Melanau adalah penting agar mereka dapat berkomunikasi dengan baik dalam Bahasa Melayu secara lisan.

Pengenalan

Bahasa merupakan satu medium yang sangat penting sebagai salah satu alat untuk mewujudkan komunikasi dalam kalangan manusia. Melalui bahasa seseorang ahli dalam sesebuah kelompok masyarakat tentu akan dapat berkomunikasi dengan ahli yang lain dengan lancar dan berkesan. Aspek kemahiran mendengar dan bertutur merupakan aspek asas yang paling penting dalam kemahiran berbahasa kerana murid-murid yang menguasai kemahiran mendengar dan bertutur dengan baik biasanya berpotensi cenderung menguasai kemahiran membaca dan menulis dengan lebih baik. Seseorang yang mempunyai kemahiran bertutur yang baik membolehkan seseorang menyampaikan perasaan dan fikirannya dengan berkesan. Ini bermakna seseorang pendengar dan penutur yang baik lebih berpotensi menguasasi kemahiran membaca dan menulis dengan baik kerana keupayaan mendengar dan bertutur dengan baik akan membantunya dalam proses membaca dan menulis

Latar Belakang Kajian Siti Hajar Abdul Aziz (2009) menyatakan bahawa kemahiran bertutur merupakan kemahiran

penting yang perlu dikuasai oleh semua orang. Yahya Don (2005) berpendapat bahawa kemahiran bertutur merangkumi keupayaan murid untuk menyampaikan maklumat, pendapat dan perasaan serta idea yang kritis dan kreatif secara lisan dengan sebutan dan intonasi yang betul dan secara sopan.

Manusia memperoleh bahasa pertama secara semula jadi sejak dilahirkan dan dianggap sebagai bahasa ibunda. Kanak-kanak menguasai B1 secara semula jadi dalam persekitaran dan budaya linguistik.

145

Sebaliknya, pembelajaran B2 pula perlu melalui jangka masa kritikal dan adakalanya dalam situasi terpencil daripada persekitaran budaya linguistik yang terancang dan tersusun (Keeves & Darmawan, 2007). Dalam konteks pendidikan di Malaysia, kebanyakkan murid telah terdedah kepada lebih daripada satu bahasa. Hal ini merujuk kepada penggunaan bahasa ibunda yang berlainan mengikut kaum yang berbeza. Terdapat kira-kira 50 jenis bahasa di Sabah dan 32 bahasa di Sarawak (Zamri Mahamod, 2016). Kewujudan pelbagai bahasa ini dapat membuktikan bahawa penggunaan bahasa Melayu bukanlah satu-satunya bahasa ibunda bagi seluruh rakyat di Malaysia. Bahkan, bahasa Melayu berkemungkinan menjadi bahasa kedua atau bahasa ketiga bagi golongan masyarakat yang bukan berbangsa Melayu.

Murid-murid di Sarawak menghadapi masalah berkaitan pertuturan (lisan) bahasa Melayu Standard. Keadaan kini mendorong pengkaji untuk mengkaji dan menyelidik fenomena tersebut dengan lebih mendalam. Dalam kajian ini, bahasa kedua merujuk kepada Bahasa Melayu yang dipelajari oleh murid-murid Melanau, manakala bahasa Melanau merupakan bahasa ibunda atau bahasa pertama mereka. Bahasa Melanau merupakan B1 bagi suku kaum Melanau di negeri Sarawak. Bahasa ini tergolong dalam rumpun Melayu Polinesia daripada keluarga bahasa Austronesia yang memperlihatkan banyak persamaan dengan Bahasa Melayu.

Penyataan Masalah

Kegagalan dalam penguasaan bahasa Melayu sebagai bahasa kedua sering dipengaruhi oleh pengaruh bahasa ibunda. Kegagalan ini akhirnya mempengaruhi prestasi dan penguasaan murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Dalam sebuah kajian yang telah dijalankan oleh Roasharimah (2017) menyatakan dalam kajiannya, keputusan ujian dan peperiksaan UPSR memperlihatkan prestasi pembelajaran bahasa kedua murid-murid bukan penutur jati ini di tahap yang rendah. Beliau menyatakan bahawa masalah pembelajaran bahasa kedua ini berlaku apabila murid-murid mempunyai bahasa ibunda yang berlainan daripada Bahasa Melayu yang merupakan bahasa yang perlu dipelajari di sekolah. Terdapat segelintir murid-murid Melayu dan bukan Melayu yang mempelajari bahasa Melayu sama ada sebagai bahasa pertama atau bahasa kedua masih dipengaruhi oleh bahasa ibunda mereka ketika belajar bahasa Melayu, (Farid dan Ajid 1981; Ajib 1990; Liew Siew Lin, Yahya dan Abdul Rasid 2003; Zamri, Bukari, Sabariah dan Rosmini, 2005).

Menurut Abdullah (1996), dalam mempelajari bahasa Melayu, murid Melayu dan bukan Melayu mungkin dipengaruhi oleh dialek atau bahasa ibunda mereka. Hal ini dapat dikaitkan dengan masalah percampuran dengan bahasa pertama atau pun dialek murid dari segi kod, nahu, sebutan dan sebagainya. Kebanyakkan murid juga tidak menyedari masalah kesilapan disebabkan percampuran ini. Penguasaan bahasa Melayu sebagai bahasa kedua sangat memberi kesan terhadap prestasi murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Hal ini secara tidak langsung telah mewujudkan cabaran yang besar kepada para guru untuk mengajar murid-murid dalam menguasai bahasa kedua. Hal ini disokong oleh Ilangko Subramaniam et. al (2013) yang ada menyatakan bahawa proses pengajaran bahasa Melayu sebagai bahasa kedua telah memberi cabaran kepada warga pendidik terutama di kawasan luar bandar di negeri Sarawak. Persekitaran murid-murid di pedalaman mengakibatkan mereka kurang untuk menggunakan bahasa Melayu dalam kehidupan seharian. Secara tidak langsung perkara ini telah menyebabkan mereka sukar untuk menguasai bahasa Melayu. Mohd Helmi (2011) menyatakan bahawa sekiranya setiap gangguan tidak dapat diatasi dengan sebaiknya, maka aspek penguasaan bahasa kedua akan terhalang. Sebagai akibatnya, tahap pncapaian murid dalam muridan telah terjejas. Hal ini disokong oleh Noor Zila (2013) yang telah menyatakan bahawa pembelajaran murid terjejas akibat daripada pengaruh bahasa ibunda. Oleh hal yang demikian, mengenal pasti faktor yang menyebabkan keadaan tersebut berlaku sangat penting kerana jalan penyelesaian boleh dirangka untuk mengatasi masalah penguasaan bahasa kedua murid-murid.

Menurut Nur Hayati (2000), bahasa pertama dianggap sebagai faktor utama atau mungkin faktor tunggal yang menyebabkan gangguan dalam pembelajaran bahasa kedua. Kesemua masalah gangguan dalam pemindahan bahasa ini akan mempengaruhi pertuturan, pembacaan dan penulisan murid. Menurut Soh Bee Kwee (2001), kebiasaannya murid melakukan kesilapan akibat kesukaran yang dihadapi dalam pembelajaran bahasa kedua, bukan disebabkan gangguan bahasa pertama. Di daerah Mukah, Sarawak, majoriti penduduknya terdiri daripada etnik Melanau yang merupakan penduduk peribumi Sarawak. Di kawasan Mukah yang penduduknya kebanyakan terdiri daripada masyarakat peribumi Melanau dan

146

hidup dalam kawasan kampung, kanak-kanak hanya terdedah pada B1 mereka iaitu bahasa Melanau dalam pertuturan seharian. Oleh hal yang demikian murid sering mencampuradukkan bahasa dalam perbualan (lisan). Campuraduk bahasa sering berlaku daripada aspek ejaan, kosa kata, tatabahasa dan laras bahasa (Khaidir,2013).

Beberapa kajian telah dijalankan berkenaan dengan masalah yang telah menpengaruhi penguasaan bahasa kedua ini. Kajian oleh Azizi Yahya (2010) menunjukkan bahawa faktor keluarga, iaitu minat terhadap penguasaan bahasa itu sendiri sangat memberi pengaruh terhadap penguasaan bahasa Melayu seseorang murid. Hal ini menunjukkan bahawa peranan keluarga sangat penting dalam membantu penguasaan bahasa kedua murid-murid. Berdasarkan satu kajian yang dilakukan oleh Jerie & Zamri (2011), sikap yang positif dan bermotivasi tinggi ditunjukkan oleh murid-murid berbangsa Iban terhadap pembelajaran bahasa Melayu. Zamri (2016b) menyatakan bahawa bahasa kedua yang berbeza daripada bahasa pertama menimbulkan kesukaran untuk dipelajari. Hal ini menunjukkan amat penting untuk mengetahui faktor yang mempengaruhi masalah ini bagi membantu dalam mengatasinya. Pelbagai faktor dapat dikaitkan dengan masalah penguasaan bahasa ibunda dalam kalangan murid-murid Iban ini.

Daripada kajian-kajian lepas, boleh disimpulkan bahawa banyak kajian dijalankan berkaitan dengan penguasaan bahasa kedua. Walau bagaimanapun, kajian mengenai penguasaan bahasa melayu sebagai bahasa kedua terutama dalam aspek lisan dalam kalangan murid Iban sahaja yang banyak dijalankan. Kajian yang sama dalam kalangan murid Melanau di daerah Mukah kurang dijalankan. Oleh itu, hal ini telah mendorong pengkaji mengambil inisiatif untuk menjalankan kajian dan mengetahui dengan lebih mendalam berkenaan dengan faktor tersebut. Dengan dapatan kajian ini nanti, diharap dapat membantu dalam mengenal pasti langkah yang terbaik bagi mengatasi masalah penguasaan Bahasa Melayu dalam kalangan murid-murid Melanau di daerah Mukah.

Kerangka Teori Kajian

Dalam kajian ini, pengkaji telah memilih untuk menggunakan Model Psikologi Sosial Gardner (1985). Dalam model ini, sikap dan motivasi, motivasi dan kecenderungan menunjukkan kesan secara langsung terhadap kecekapan bahasa seseorang murid. Selain itu, dalam model ini juga terdapat dua jenis orientasi, iaitu integratif dan instrumental. Orientasi integrative merujuk kepada keinginan untuk memmuridi dan menjadi sebahagian dari komuniti budaya yang lain (Lambert 1963b:114). Orientasi instrumental pula merujuk kepada penekanan terhadap tujuan atau matlamat pembelajaran bahasa, iaitu nilai utilitari pencapaian linguistik itu berjaya.

Rajah 1: Kerangka teori kajian

Kerangka Konseptual Kajian Bagi menggambarkan konsep kajian, satu kerangka konseptual kajian telah dibina. Berdasarkah Rajah 2, pengkaji telah memilih beberapa faktor persekitaran linguistik yang mempengaruhi penguasaan bahasa Melayu murid pedalaman 3 kapit dalam aspek kemahiran lisan. Beberapa faktor persekitaran linguistik yang diambil kira mempengaruhi penguasaan bahasa Melayu murid dalam lisan termasuklah bahasa yang digunakan dalam keluarga dan sekolah, tempat tinggal dan latar belakang diri, keluarga

Sikap dan orientasi

Motivasi

Kecenderungan Kemahiran/Kecekapan

‘Self- identity’

‘Additive bilingualism’

‘Subtractive bilingualism’

147

rakan dan jiran. Melalui kajian ini, pengkaji ingin melihat faktor persekitaran linguistik yang sangat mempengaruhi penguasaan bahasa Melayu murid dalam lisan.

Rajah 2: Kerangka konseptual kajian

Tujuan Kajian

Tujuan kajian ini dilaksanakan adalah untuk mengenalpasti faktor persekitaran linguistik yang mempengaruhi penguasaan bahasa Melayu dalam aspek lisan murid-murid Melanau di daerah Mukah.

Objektif Kajian

Secara khusus, objektif kajian ini adalah untuk;

1. mengenal pasti faktor persekitaran lingustik dominan yang mempengaruhi penguasaan bahasa Melayu dalam aspek lisan murid-murid Melanau di daerah Mukah.

Persoalan Kajian

Kajian yang dilakukan ini akan menjawab beberapa persoalan bagi mencapai objektif kajian. Antara persoalan tersebut ialah:

1. apakah faktor persekitaran linguistik dominan yang mempengaruri penguasaan bahasa Melayu dalam aspek lisan murid-murid Melanau di daerah Mukah?

Kepentingan Kajian

Kajian ini penting bagi menambah bilangan kajian sedia ada dalam bidang psikolinguistik, iaitu kajian yang berkaitan dengan pemerolehan bahasa kedua murid. Kajian ini turut memberi manfaat dalam bentuk

Murid-murid Melanau Tahap 2 di Daerah Mukah

Faktor Persekitaran Linguistik

Latar belakang bahasa keluarga, jiran, guru dan

rakan

Latar belakang tempat tinggal

Latar belakang diri, keluarga,rakan dan jiran

Penguasaan bahasa Melayu sebagai bahasa kedua dalam aspek lisan

148

maklumat kepada warga pendidik, khususnya guru-guru yang mengajar Bahasa Melayu sebagai bahasa kedua yang dipelajari oleh murid. Di samping itu, kajian ini juga penting untuk menjelaskan faktor persekitaran linguistik yang mempengaruhi penguasaan lisan dalam kalangan murid. Secara amnya, kajian ini sangat penting kerana murid yang mempelajari bahasa Melayu sebagai bahasa kedua sering melakukan kesilapan terutama dalam aspek lisan dan penulisan sebagai akibat daripada pengaruh bahasa ibunda.

Definisi Operational

Dalam kajian ini, persekitaran linguistik merangkumi latar belakang bahasa dalam keluarga dan sekolah, latar belakang tempat tinggal dan latar belakang jiran dan jiran. Selain itu, murid Melanau pulak merujuk kepada murid-murid Melanau yang mendapat pendidikan secara formal di tiga buah sekolah rendah di daerah Mukah. Murid-murid tersebut pula ialah murid yang berada di Tahap Dua yang berumur dalam lingkungan 10 hingga 12 tahun.

Batasan Kajian

Dalam kajian ini, pengkaji tidak mampu untuk mengkaji sesuatu yang besar secara lebih khusus, maka pengkaji membataskan kajian ini supaya dapatan kajian adalah lebih memuaskan dan mengikut kehendak kajian. Antara perkara yang dibataskan oleh pengkaji ialah lokasi sekolah yang dipilih oleh pengkaji. Pengkaji memilih sekolah yang berada di kawasan kampung di daerah Mukah yang majoritinya didiami oleh penduduk Melanau. Selain itu, responden yang dipilih juga pengkaji telah membataskan umur responden, iaitu dalam lingkungan 10 tahun hingga 2 tahun (Tahap 2). Dalam pada itu, responden yang dipilih itu juga adalah berketurunan Melanau. Hal ini bertepatan dengan tajuk kajian yang ingin mengkaji faktor persekitaran linguistik murid kaum Melanau.

KAJIAN LITERATUR

Umum mengetahui bahawa aspek penguasaan bahasa Melayu bukan masalah serius bagi penutur jati masyarakat Melayu. Namun, hal ini adalah sebaliknya bagi golongan bukan penutur jati. Setiap satu etnik mahu pun kaum memiliki bahasa pertuturan dan komunikasi tersendiri mengikut tempat dan budaya yang berbeza. Hal ini sekaligus menggambarkan bahawa terdapat pelbagai jenis bahasa yang berbeza yang menjadi bahasa pertama bagi golongan masyarakat yang berbeza etnik dan kaum. Disebabkan itu,maka bahasa Melayu bukanlah menjadi bahasa pertama bagi semua kaum dan etnik terutama bagi masyarakat yang tinggal di Sabah dan Sarawak. Hal ini menjadi pencetus idea kepada para penyelidik untuk meneroka dan melihat sendiri kesannya terhadap proses pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu di sekolah.

Menurut Zamri (2015), individu dapat menyampaikan perasaan dan fikirannya mereka dengan lebih berkesan jika mereka mampu menguasai kemahiran bertutur. Dalam aspek pendidikan bahasa, dapat dilihat murid yang menguasai kemahiran bertutur lebih cenderung menguasai kemahiran bahasa yang lain seperti kemahiran membaca dan menulis. Zamri (2014) menyatakan kemahiran lisan merupakan asas kepada kemahiran berbahasa. Jika dilihat secara turutannya, kemahiran mendengar merupakan kemahiran yang paling awal muncul daripada kemahiran-kemahiran yang lain. Kanak-kanak mendengar terlebih dahulu sebelum bertutur dan seterusnya menguasai kemahiran membaca sebelum mereka menguasai kemahiran menulis.

Faktor persekitaran linguistik murid merupakan faktor yang harus dipentingkan semasa kita merancangkan atau melaksanakan sesuatu program pendidikan bahasa. Amir Bin Juhari dan Noor Zila binti Md. Yusuf (2012) telah menjalankan kajian ke atas 30 orang murid Iban yang mempelajari bahasa Melayu sebagai bahasa kedua. Kertas kerja yang dibentangkan di Seminar PMIOL, Bandung Indonesia telah membincangkan “Kaedah berkesan dalam pembelajaran bahasa Melayu sebagai bahasa kedua”. Kertas kerja tersebut membicarakan tentang faktor-faktor yang dikenal pasti sebagai punca murid-murid lemah menulis karangan. Dapatan kajian menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan antara pencapaian murid dalam ujian pra dan ujian pasca. Pencapaian murid lebih baik dalam ujian pasca berbanding ujian pra.

149

Zamri Mahamod (2007) mengatakan bahawa aspek psikolinguistik mempengaruhi pembelajaran murid ketika belajar bahasa Melayu di dalam bilik darjah. Murid yang bersikap negatif terhadap bahasa Melayu tidak bersetuju untuk mempelajari bahasa Melayu, lantas kurang pendedahan terhadap bahasa Melayu. Pendedahan terhadap bahasa kedua adalah amat penting kerana murid yang banyak terdedah kepada bahasa kedua adalah lebih cekap dalam berbahasa. Menurut Magdeline dan Zamri (2016), bahasa Iban telah dianggap sebagai satu dialek Bahasa Melayu, namun masih sukar untuk dikuasai oleh penutur bahasa Iban tersebut jika tidak mempunyai asas dan kurang pendedahan terhadap Bahasa Melayu seperti yang berlaku di kawasan pedalaman. Jerie dan Zamri (2011) serta Zamri (2016b) mengatakan murid-murid Iban mempunyai sikap yang positif dan bermotivasi tinggi dalam mempelajari Bahasa Melayu. Hal ini kerana Bahasa Melayu mudah dipelajari di samping untuk tujuan pekerjaan dan perhubungan.

Suthanthiradevi (2004), pula mengkaji aspek kesalahan bahasa yang kerap dilakukan oleh murid bukan penutur jati dalam mempelajari bahasa Melayu. Dapatan kajian dalam kajiannya yang bertajuk ‘Kesalahan bahasa dalam karangan murid Tamil yang mempelajari bahasa Melayu di sekolah menengah’, mendapati bahawa kesalahan penggunaan perkataan adalah yang kerap dilakukan oleh sampel kajian diikuti oleh kesalahan dalam menggunakan aspek frasa dan ayat. Penyelidik telah merumuskan bahawa pembelajaran murid Tamil dipengaruhi oleh lima proses bahasa. Selain itu, kajian ini juga dapat membuktikan bahawa murid Tamil yang sememangnya bukan penutur jati bahasa Melayu masih lemah dalam penguasaan tatababahasa bahasa Melayu malah masih belum menguasai Sistem Tatabahasa Bahasa Melayu itu sendiri. Hal ini mungkin disebabkan oleh faktor minat dan kecenderungan menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pertuturan dan komunikasi.

Berdasarkan kajian-kajian yang telah dijalankan sebelum ini, dapatlah dirumuskan bahawa murid perlulah mempunyai sikap yang positif terhadap bahasa yang dipelajarii. Sikap yang positif ini perlu ditunjukkan melalui tingkah laku, persediaan, dan pengetahuan yang diteroka melalui pelbagai elemen seperti persekitaran, hubungan komunikasi dengan rakan, membuat rujukan, membaca pelbagai bahan dan sebagainya. Di samping itu, aspek motivasi juga perlu dipertingkatkan untuk menanamkan keinginan bagi menguasai sesuatu bahasa. Melalui kesemua elemen ini, proses pembelajaran bahasa Melayu sebagai bahasa kedua akan menjadi lebih mudah dan menarik untuk dimuridi. Sehubungan dengan itu, kajian ini akan dijalankan untuk melihat hubungan di antara persekitaran linguistik murid Melanau dengan proses pembelajaran bahasa Melayu sebagai bahasa kedua.

REKA BENTUK KAJIAN

Dalam kajian ini, Model Psikologi Sosial oleh Gardner (1985) dirujuk bagi melihat beberapa faktor sosial yang berkait rapat dengan pembelajaran bahasa kedua. Dalam konteks kajian ini, reka bentuk yang digunakan ialah reka bentuk kajian kuantitatif dengan menggunakan kaedah tinjauan. Kaedah ini sangat bermakna dalam kajian ini kerana maklumat hanya dapat diperoleh terus daripada responden. Marican (2006) menyatakan bahawa kaedah tinjauan sesuai digunakan untuk mendapatkan maklumat daripada jumlah responden yang ramai. Responden yang dipilih mestilah menggambarkan ciri-ciri umum tentang keseluruhan populasi yang dikaji. Hal ini adalah kerana salah satu tujuan kaedah kajian tinjauan ialah untuk membuat generalisasi tentang populasi tersebut.

POPULASI DAN SAMPEL KAJIAN

Penyelidik telah memilih 150 orang murid Tahap 2, iaitu murid dari Tahun 4 hingga Tahun 6 sebagai sampel kajian. Sampel tersebut dipilih daripada populasi murid dari lima buah sekolah rendah kebangsaan daerah Mukah, Sarawak. Semua sampel yang dipilih merupakan murid etnik Melanau yang mempelajari Bahasa Melayu sebagai bahasa kedua. Penyelidik memilih sampel menggunakan pensampelan rawak berstrata di mana penyelidik perlu membuat strata terhadap populasi kemudian memilih secara rawak peratusan sampel yang dikehendaki. Pensampelan rawak berstrata tersebut sesuai digunakan dalam kajian ini kerana penyelidik perlu memilih murid etnik Melanau sahaja dan melibatkan sekolah daripada zon yang berbeza di dalam satu daerah. INSTRUMEN KAJIAN

150

Dalam kajian ini, pengkaji menggunakan instrumen soal selidik. Menurut Chua Yan Piaw (2012), kajian tinjauan merupakan kajian yang menggunakan borang soal selidik sebagai instrumen kajian. Dalam kajian ini, pengkaji menggunakan borang soal selidik yang terbahagi kepada dua bahagian, iaitu Bahagian A dan B. Bahagian A ialah latar belakang diri dan keluarga seperti bangsa ibu bapa, bangsa datuk dan nenek, pekerjaan ibu bapa, tempat tinggal dan bangsa jiran. Manakala bahagian B pula berkaitan latar belakang bahasa yang digunakan dalam keluarga. Dalam bahagian B ini, responden dikehendaki untuk menanda (/) pada skala likert yang telah ditetapkan. Skala tersebut terdiri daripada Sangat Tidak Setuju (1), Tidak Setuju (2), Kurang Setuju (3), Setuju (4) dan Sangat Setuju (5). Soal selidik yang digunakan adalah adaptasi dan diubahsuai daripada inventori kajian yang disediakan oleh Noor Zila dan Hj. Amir (2013) dan Dayang (2017). Soal selidik diedarkan dan ditadbir oleh guru Bahasa Malaysia di sekolah yang terpilih.

ANALISIS DATA

Semua data kuantitatif diperoleh dari bahagian A dan bahagian B soal selidik dianalisis menggunakan SPSS 23.0 (Statistic Package for the Social Science). Analisis data bahagian ini melibatkan penggunaan statistik deskriptif dan inferensi. Bagi statistik deskriptif proses penganalisisan data menggunakan min dan sisihan piawai.

Dapatan Kajian Profil Responden Mengikut Jantina

Jadual 1 menunjukkan jantina responden yang terlibat dalam kajian ini. Responden dalam kajian ini terdiri daripada 150 orang responden. 63 orang (42%) daripada 150 responden merupaka responden lelaki manakala 87 orang (58%) merupakan responden perempuan.

Jadual 1 : Profil Jantina Responden Jantina N Kekerapan Peratusan

Lelaki 150 63 42%

Perempuan 87 58%

Umur Responden berdasarkan Jantina

Jadual 2 menunjukkan umur responden yang terlibat dalam kajian ini. Seramai 50 orang (33.3%) responden terdiri daripada responden yang berumur 10 tahun, 50 orang (33.3%) responden berumur 11 tahun dan 50 orang (33.3%) responden berumur 12 tahun.

Jadual 2 : Profil Umur Responden

Umur N Kekerapan Peratusan

10 Tahun 150 50 33.3% 11 Tahun 50 33.3% 12 Tahun 50 33.3%

Rajah 3 menunjukkan umur responden mengikut jantina. Berdasarkan rajah tersebut, bilangan umur responden mengikut jantina adalah setara. Berdasarka rajah, tiada perbezaan ketara antara jumlah responden berumur 10 tahun hingga 12 tahun mengikut jantina. Responden lelaki yang paling ramai ialah responden yang berumur 12 tahun dengan bilangan seramai 22 orang (34.9%) jika dibandingkan dengan responden berumur 10 tahun dan 12 tahun iaitu masing-masing seramai 20 orang (31.7%) dan 21 orang

151

(33.4%). Bagi jantina perempuan pula, responden paling ramai ialah responden yang berumur 10 tahun dengan bilangan seramai 30 orang (34.5%) jika dibandingkan dengan responden berumur 11 tahun dan 12 tahun, iatu masing-masing seramai 29 orang (33.4%) dan 28 orang (32.1%).

Rajah 3 : Umur Responden Mengikut Jantina

Kaum Responden Berdasarkan Jantina

Jadual 3 menunjukkan bilangan kaum mengikut jantina responden. Dalam kajian ini, semua responden terdiri daripada murid kaum Melanau. Berdasarkan jantina pula, seramai 63 (42%) orang responden lelaki manakala seramai 87 (58%) orang merupakan responden perempuan.

Jadual 3 : Kaum Responden Berdasarkan Jantina

Umur N Jantina

Melanau 150 Lelaki Perempuan 63 87

Analisis Deskriptif

Dapatan yang diperoleh daripada bahagian B dalam soala selidik bagi menjawab soalan kajian 1 iaitu berkenaan dengan faktor persekitaran linguistik dominan yang mempengaruhi penguasaan lisan bahasa Melayu sebagai bahasa kedua murid-murid. Dapatan analisis dipersembahkan dalam bentuk min dan sisihan piawai. Oleh hal yang demikian, pengkaji telah memilih untuk menggunakan interpretasi skor min dari Alias Baba (1999) semasa membuat analisis.

Jadual 4 : Interpretasi skor purata min

Julat Tahap Skor Min 1.00-1.80 Sangat Rendah 1.81-2.60 Rendah 2.61-3.40 Sederhana 3.41-4.20 Tinggi 4.21-5.00 Sangat Tinggi

0

5

10

15

20

25

30

35

10 Tahun 11 Tahun 12 Tahun

Lelaki

Perempuan

152

Jadual 5 : Analisis min dan sisihan piawai bagi setiap item soal selidik

Faktor Latar belakang bahasa keluarga Item Min SP 1. Saya bertutur menggunakan bahasa Melayu apabila

berkomunikasi dengan keluarga saya. 2.92 1.156

2. Keluarga saya bertutur menggunakan bahasa Melayu apabila berkomunikasi dengan saya.

3.13 1.157

3. Saya bertutur menggunakan bahasa Melayu dan bahasa Melanau apabila berkomunikasi dengan keluarga.

2.73 1.336

4. Saya selesa bertutur menggunakan bahasa Melayu semasa berada di rumah.

3.09 1.271

5. Ibu dan bapa menggalakkan saya menggunakan bahasa Melayu ketika berkomunikasi dengan keluarga di rumah.

3.05 1.273

6. Saya seronok bertutur menggunakan campuran bahasa Melayu dan bahasa Melanau semasa berkomunikasi dengan ahli keluarga.

2.56 1.298

7. Ahli keluarga membimbing saya untuk bertutur dalam bahasa Melayu ketika berada di rumah.

2.88 1.258

Purata 2.90 1.249

Faktor Latar belakang bahasa jiran Item Min SP 1. Saya bertutur menggunakan bahasa Melayu apabila

berkomunikasi dengan jiran saya. 2.83 1.223

2. Jiran saya bertutur menggunakan bahasa Melayu apabila berkomunikasi dengan saya.

2.81 1.206

3. Saya selesa bertutur menggunakan bahasa Melayu semasa berkomunikasi dengan jiran.

2.93 1.227

4. Saya bertutur menggunakan bahasa Melayu dan bahasa Melanau apabila berkomunikasi dengan jiran.

2.74 1.271

5. saya sangat seronok menggunakan bahasa Melayu semasa bertutur dengan jiran.

2.84 1.275

6. Jiran menggalakkan saya untuk bertutur menggunakan bahasa Melayu ketika berkomunikasi dengan mereka.

2.84 1.248

7. Saya bertutur menggunakan bahasa Melayu dan bahasa Melanau dengan jiran.

2.70 1.345

Purata 2.81 1.256

Faktor Latar belakang bahasa guru Item Min SP 1. Saya bertutur menggunakan bahasa Melayu apabila

berkomunikasi dengan guru saya. 1.36 0.739

2. Guru saya bertutur menggunakan bahasa Melayu apabila berkomunikasi dengan saya.

1.41 0.836

3. Saya menggunakan bahasa Melayu dan bahasa Melanau apabila bertutur dengan guru dan pentadbir sekolah.

2.71 1.239

4. Saya menggunakan bahasa Melayu baku ketika mengajukan soalan kepada guru.

2.19 1.073

5. Guru saya menggunakan bahasa Melayu baku semasa mengajar.

2.16 1.199

6. Guru saya menerangkan sesuatu menggunakan bahasa 2.75 1.327

153

Melayu dan bahasa Melanau semasa mengajar. 7. Guru saya menggalakkan saya untuk menggunakan

bahasa Melayu standard ketika berada di dalam kelas.

1.69 1.69

Purata 2.03 1.157

Faktor Latar belakang bahasa rakan Item Min SP 1. Saya bertutur menggunakan bahasa Melayu apabila

berkomunikasi dengan rakan saya. 1.79 0.864

2. Rakan saya bertutur menggunakan bahasa Melayu apabila berkomunikasi dengan saya.

1.92 0.938

3. Saya berasa yakin apabila bertutur dalam bahasa Melayu ketika berbual bersama rakan.

1.86 0.956

4. Saya hanya bertutur menggunakan bahasa Melayu dengan rakan bukan berbangsa Melanau.

2.07 1.153

5. Saya selesa jika bertutur menggunakan bahasa Melayu ketika bersama rakan-rakan saya.

1.81 0.932

6. Saya seronok jika bertutur menggunakan bahasa Melayu ketika bersama-sama dengan rakan-rakan saya.

1.79 0.813

7. Rakan-rakan saya akan menegur saya sekiranya saya menggunakan bahasa Melanau ketika berada di dalam kelas.

2.23 1.194

Purata 1.924 0.978

Berdasarkan Jadual 5, didapati faktor linguistik dari aspek latar belakang bahasa keluarga (min=2.81,sp=1.249) mendapat nilai min yang tertinggi berbanding aspek yang lain. Nilai min yang kedua tertinggi pula ialah aspek latar belakang bahasa jiran dengan nilai min=2.81 dan sp=1.256, seterusnya diikuti oleh aspek latar belakang bahasa guru (min=2.03, sp=1.157) dan terakhir sekali aspek latar belakang bahasa rakan (min=1.924, sp=0.928). Dalam aspek latar belakang keluarga, item yang mendapat nilai min tertinggi ialah item 4 iaitu ‘saya selesa bertutur menggunakan bahasa Melayu semasa berada di rumah’ dengan nilai (min=3.09,sp=1.271). Jika dirujuk kepada intepretasi skor min dari Alias Baba(1999), nilai min ini berada pada tahap sederhana. Bagi faktor psikolinguistik dari aspek latar belakang bahasa jiran pula, item yang menunjukkan nilai min paling tinggi ialah item 3 iaitu ‘Saya selesa bertutur menggunakan bahasa Melayu semasa berkomunikasi dengan jiran’ dengan nilai (min=2.93, sp=1.227).

Seterusnya bagi faktor linguistik dari aspek latar belakang bahasa guru pula, item yang menunjukkan skor min tertinggi ialah item 6 iaitu ‘Guru saya menerangkan sesuatu menggunakan bahasa Melayu dan bahasa Melanau semasa mengajar’ dengan nilai (min=2.75, sp=1.327). Dari aspek latar belakang bahasa jiran pula, item 7 iaitu ‘Rakan-rakan saya akan menegur saya sekiranya saya menggunakan bahasa Melanau ketika berada di dalam kelas’ menunjukkan nilai min paling tinggi dengan (min=2.23, sp=1.194). Item ini mendapat nilai min pada tahap rendah berdasarkan interpretasi skor min Alias Baba(1999).

Perbincangan

Bukan suatu perkara mudah mempelajari bahasa Melayu sebagai bahasa kedua dalam kalangan murid. Oleh hal yang demikian, sangat penting untuk mengetahui faktor yang boleh dikaitkan dengan pembelajaran bahasa kedua murid-murid. Faktor persekitaran linguistik merupakan salah satu faktor yang sangat mempengaruhi pembelajaran bahasa kedua murid-murid. Faktor persekitaran linguistik merangkumi aspek latar belakang bahasa keluarga, latar belakang bahasa jiran, latar belakang bahasa

154

guru dan latar belakang bahasa rakan. Pengetahuan tentang faktor-faktor yang mempengaruhi pembelajaran bahasa Melayu sebagai bahasa kedua murid-murid dapat membantu dalam penyelesaian kepada masalah dalam penguasaan bahasa Melayu terutama aspek lisan. Hasil analisis yang dilakukan, murid-murid Melanau menyatakan aspek latar belakang bahasa keluarga paling mempengaruhi aspek lisan dalam pembelajaran bahasa Melayu sebagai bahasa kedua mereka. Dapatan kajian menunjukkan empat aspek yang dipilih iaitu latar belakang bahasa keluarga, latar belakang bahasa jiran, latar belakang bahasa guru dan latar belakang bahasa rakan,

Pengaruh aspek latar belakang bahasa keluarga dalam penguasaan lisan bahasa Melayu sebagai bahasa kedua

Hasil kajian menunjukkan faktor persekitaran linguistik iaitu, latar belakang bahasa keluarga yang paling mempengaruhi penguasaan lisan dalam bahasa Melayu sebagai bahasa kedua dalam kalangan murid Melanau di daerah Mukah. Latar belakang bahasa kelauarga yang kondusif dalam perkembangan bahasa memudahkan seseorang murid itu menguasai bahasa tersebut. Hasil kajian ini membuktikan bahawa latar belakang bahasa keluarga yang baik dapat mendorong seseorang untuk mempelajari bahasa dengan lebih baik. Selain daripada seolah, murid lebih banyak menghabiskan masa mereka di rumah. Oleh hal yang demikian, waktu interaksi murid dengan keluarga adalah lebih banyak berbanding dengan guru dan rakan.

Dapatan kajian menunjukkan, ahli keluarga terutama ibu bapa memberi galakkan kepada murid untuk berbahasa Melayu. Dalam perbualan seharian mereka, selain daripada bahasa Melanau, bahasa Melayu turut digunakan. Ibu bapa berperanan dan bertanggungjawab untuk membantu anak mereka dalam pembelajaran bahasa. Mereka perlu sering mengajar dan melatih anak mereka bertutur dalam bahasa Melayu kerana hal ini dapat membantu murid-murid menguasai kemahiiran bahasa terutama kemahiran lisan dengan lebih baik. Penglibatan ibu bapa dalam pendidikan murid-murid dan sumbangannya terhadap kejayaan akademik kanak-kanak telah dikaji sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Antaranya ialah berkaitan dengan peranan ibu bapa dalam pendidikan. Pena (2000) menyatakan penglibatan ibu bapa dalam pendidikan kanak-kanak dapat mempertingkatkan pencapaian akademik melalui faktor bahasa, taraf pendidikan ibu bapa, isu keluarga dan juga faktor-faktor lain. Menurut berita Utusan pada 7 Oktober 2014 yang dinyatakan oleh Roslah Othman, kanak-kanak yang mendapat dorongan dan tindak balas yang terbaik daripada ibu bapa dapat memupuk keupayaan mereka untuk berjaya dalam kehidupan mereka.

Pengaruh aspek latar belakang bahasa jiran dalam penguasaan lisan bahasa Melayu sebagai bahasa kedua

Di samping mengikuti proses pembelajaran bahasa Melayu di dalam bilik darjah, murid-murid juga perlu berinteraksi dengan ahli masyarakat dalam persekitaran mereka terutama jiran mereka. Pada peringkat awal, keperluan untuk berinteraksi dengan masyarakat adalah melalui penggunaan struktur ayat seperti ayat tanya, ayat perintah dan lain-lain. Setelah mereka menyedari peranan bahasa sebagai penyampai maklumat kepada orang lain, maka timbullah keperluan untuk menguasai tatabahasa bahasa tersebut agar suatu ujaran dapat dibentuk. Oleh sebab tempat tinggal murid adalah di sekitar perkampungan Melanau dan Melayu, maka wujud persekitaran yang membolehkan mereka berinteraksi dengan rakan-rakan menggunakan bahasa Melayu selain bahasa ibunda. Hasil kajian ini menunjukkan murid-murid masih menggunakan bahasa Melayu ketika berkomunikasi dengan jiran disamping menggunakan bahasa ibunda iaitu bahasa Melanau. Hal ini secara tidak langsung memudahkan murid untuk mempelajari bahasa Melayu, bahkan menguasai sistem bahasa Melayu. Seorang tokoh bahasa terkenal iaitu Halliday menyatakan bahawa peranan situasi sosial mustahak dalam pembelajaran bahasa. Halliday menegaskan bahawa interaksi bahasa penting untuk membantu kanak-kanak menguasai sistem bahasa. Interaksi bererti tindakan atau perhubungan aktif antara satu sama lain. Pembelajaran sistem dan nahu bahasa tidak berlaku dalam kalangan mereka sekiranya mereka hanya menyertai proses pembelajaran di dalam bilik darjah.

155

Pengaruh aspek latar belakang bahasa guru dan rakan dalam peguasaan lisan bahasa melayu sebagai bahasa kedua

Faktor latar belakang bahasa guru dan rakan yang meliputi lingkungan persekitaran sekolah murid-murid juga memberi pengaruh kepada penguasaan lisa murid-murid. Hasil kajian menunjukkan bahawa bahasa yang digunakan oleh guru san rakan-rakan di sekolah dapat mendorong seseorang murid untuk menguasai aspek lisan dalam bahasa Melau dengan lebih baik. Menurut Zakaria et al (2012), persekitaran sekolah termasuklah guru dan rakan sangat memainkan peranan yang penting dalam perkembangan pembelajaran bahasa murid-murid. Hal ini demikian kerana, selain di rumah, sekolah merupakan salah satu tempat murid-murid banyak menghabiskan masa mereka. Dalam pada itu, murid-murid juga lebih banyak berkomunikasi dengan guru dan rakan-rakan. Bahasa persekitaran di sekolah sangat mempengaruhi perkembangan bahasa murid-murid. Oleh hal yang demikian, komunikasi murid dengan warga sekolah terutama guru dan rakan-rakan dengan menggunakan bahasa Melayu yang standard amatlah digalakkan bagi melatih pembelajaran bahasa murid-murid terutama dalam aspek lisan.

Melalui kajian ini, latar belakang bahasa guru dan murid turut memberi impak kepada penguasaan lisan murid-murid. Murid-murid menggunakan bahasa Melayu standard untuk berkomunikasi dengan guru dan rakan-rakan semasa berada di kawasan sekolah. Walau bagaimanapun, tidak dapat dinafikan mereka tetap juga menggunakan atau mencampuradukkan bahasa ibunda, iaitu bahasa Melanau dalam perbualan. Kajian yang dijalankan oleh Kaspes (2010) menyatakan bahawa pembelajaran bahasa murid berjaya apabila murid dapat menggunakan dua bahasa tetapi masih boleh membezakan bahasa tersebut dengan jelas. Hal ini membawa maksud apabila berlaku situasi di mana guru perlu menggunakan bahasa ibunda murid-murid untuk menerangkan sesuatu perkara bagi tujuan mengukuhkan pemahaman murid-murid secara optimum terhadap bahasa sasaran mereka iaitu bahasa Melayu.

Kesimpulan

Daripada kajian ini, boleh dirumuskan bahawa, aspek latar belakang bahasa keluarga merupakan faktor dominan yang mempengaruhi penguasaan lisan murid-murid. Walau bagaimanapun, kajian ini tidak menolak bahawa latar belakang bahasa jiran,latar belakang bahasa guru dan latar belakang bahasa rakan juga memberi pengaruh terhadap penguasaan lisan bahasa Melayu murid. Ini dapat dibuktikan dengan perbezaan min yang tidak ketara antara keempat-empat aspek tersebut emlalui perbandingan purata min secara keseluruhan. Perbezaan ini boleh ditafsirkan bahawa keempat-empat faktor tersebut mempengaruhi penguasaan lisan bahasa Melayu murid sebagai bahasa kedua.

Rujukan Chua Yan Piaw. 2012. Kaedah dan statistik: Penyelidikan buku 2. Edisi Ke-2 Kuala Lumpur: Mc Graw

Hill Education. Hassan Ahmad. (1999). Dasar bahasa dan pembangunan negara di Malaysia. Dewan Bahasa, 43 (9): 783-

795. Ilangko Subramaniam et.al. 2014. Penggunaan bahasa ibunda dalam pengajaran Bahasa Melayu dalam

kalangan murid peribumi di sekolah pedalaman Sarawak. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 4 (1): 65- 74.

Jerie anak Peter Langan & Zamri Mahamod. 2011. Sikap dan motivasi murid Iban dalam mempelajari Bahasa Melayu sebagai bahasa kedua. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 1 (1): 13-25

Juriah Long. 2003. Pendidikan Bahasa Melayu: Antara hasrat dengan pelaksanaan. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Keeves, J. P. & Darmawan, I. 2007. Issues in language learning. InternationalEducation Journal, 8 (2): 16-26.

Kementerian Pelajaran Malaysia. 2003. Sukatan pelajaran Bahasa Melayu sekolah rendah. Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum

Kementerian Pendidikan Malaysia. 2013. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. Putrajaya: Bahagian PembangunanKurikulum.

Magdeline Anak Nor & Zamri Mahamod. 2016. Pengetahuan pedagogi kandungan guru Bahasa Iban. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

156

Magdeline anak Nor. 2014. Pengetahuan pedagogi kandungan guru Bahasa Iban sekolah menengah di negeri Sarawak. Tesis Dr. Falsafah. Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Noraziah Ahmad Ghazali. 2007. Bahasa dalam PIPP. Pelita Bahasa, Jun: 9-12 Noriah Mohamed & Rohani Mohd. Yusof. 2004. Persamaan dan kemiripan bahasa: Perbandingan kosa

kata dasar 10 bahasa Austronesia di Sarawak. Jurnal Bahasa, 4 (2): 278-359. Roasharimah Ibrahim. 2017. Faktor dalaman dan luaran yang mempengaruhi penguasaan Bahasa

Melayu murid-murid Cina. Kertas Projek Sarjana Pendidikan. Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Siti Hajar Abdul Aziz. 2009. Siri Pendidikan Guru: Bahasa Melayu II. Selangor Darul Ehsan: Laser Press Sdn Bhd.

Yahya Don 2005. Kepimpinan Pendidikan di Malaysia. PTS Professional Publishing Sdn. Bhd. Wangsa Melawati: Kuala Lumpur, Malaysia.

Zamri Mahamod. 2014. Inovasi P&P dalam pendidikan Bahasa Melayu. Cetakan Ketiga. Tanjung Malim: Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Zamri Mahamod. 2015. Strategi pembelajaran: Inventori cara belajar Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Zamri Mahamod. 2015. Strategi pembelajaran: Inventori cara belajar Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Zamri Mahamod. 2016. Psikolinguistik dan pengajaran bahasa. Fakulti Pendidikan: Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi. Selangor.