7
Pengaruh Cina Dalam Kebudayaan Melayu Sebagai penduduk asal Tanah Melayu yang telah menerima kehadiran pelbagai budaya asing semenjak beratus tahun lamanya, budaya masyarakat Melayu dengan sendirinya terevolusi. Terdapat banyak pengaruh asing yang telah diterima dan diamalkan dalam kehidupan masyarakat Melayu sekarang dan ianya dapat dilihat dari segi bahasa, makanan, adat perayaan dan sebagainya. Bahasa Orang Cina datang ke Tanah Melayu pada zaman pemerintah Inggeris. Mereka bekerja di lombong-lombong bijih di samping menjalankan perniagaan. Komunikasi berlaku antara pelbagai kaum yang mendiami negara ini. Dalam hal ini, perhubungan antara masyarakat Melayu dan masyarakat Cina telah menyebabkan kosa kata bahasa Cina meresap dalam bahasa Melayu. Kebanyakan kata pinjaman daripada bahasa cina yang terdapat dalam bahasa Melayu mengekalkan bunyi dan makna asal dalam bahasa cina walaupun sesetengahnya mengalami perubahan makna. Kata pinjaman dalam bahasa Melayu kebanyakannya diserap daripada bahasa Hokien Selatan iaitu Fujian Selatan. Orang Hokien ialah bangsa Cina yang awal datang ke Tanah Melayu. Kosa kata bahasa Cina banyak diserap ke dalam bahasa Melayu menerusi perhubungan mereka dengan masyarakat tempatan. Perkataan pinjaman daripada bahasa Cina meliputi perkataan yang berkaitan dengan makanan,

Pengaruh Cina Dalam Kebudayaan Melayu

Embed Size (px)

DESCRIPTION

gg

Citation preview

Page 1: Pengaruh Cina Dalam Kebudayaan Melayu

Pengaruh Cina Dalam Kebudayaan Melayu

Sebagai penduduk asal Tanah Melayu yang telah menerima kehadiran pelbagai budaya

asing semenjak beratus tahun lamanya, budaya masyarakat Melayu dengan sendirinya

terevolusi. Terdapat banyak pengaruh asing yang telah diterima dan diamalkan dalam

kehidupan masyarakat Melayu sekarang dan ianya dapat dilihat dari segi bahasa,

makanan, adat perayaan dan sebagainya.

Bahasa

Orang Cina datang ke Tanah Melayu pada zaman pemerintah Inggeris. Mereka bekerja

di lombong-lombong bijih di samping menjalankan perniagaan. Komunikasi berlaku

antara pelbagai kaum yang mendiami negara ini. Dalam hal ini, perhubungan antara

masyarakat Melayu dan masyarakat Cina telah menyebabkan kosa kata bahasa Cina

meresap dalam bahasa Melayu.

Kebanyakan kata pinjaman daripada bahasa cina yang terdapat dalam bahasa

Melayu mengekalkan bunyi dan makna asal dalam bahasa cina walaupun

sesetengahnya mengalami perubahan makna. Kata pinjaman dalam bahasa Melayu

kebanyakannya diserap daripada bahasa Hokien Selatan iaitu Fujian Selatan. Orang

Hokien ialah bangsa Cina yang awal datang ke Tanah Melayu. Kosa kata bahasa Cina

banyak diserap ke dalam bahasa Melayu menerusi perhubungan mereka dengan

masyarakat tempatan. Perkataan pinjaman daripada bahasa Cina meliputi perkataan

yang berkaitan dengan makanan, adat-istiadat, sistem panggilan, peralatan, permainan

dan kebudayaan. Antara kata pinjaman bahasa Cina dalam bahasa Melayu ialah:

Page 2: Pengaruh Cina Dalam Kebudayaan Melayu

Bidang Bahasa Melayu Bahasa  Cina

Sayur-sayuran, Buah-buahan dan Makanan

bihunkailankuacikuetiau

bihunkailanku atsikuetio

Pakaian dan Barang Daganganceongsamgincuhun

tsong samgun tsuhun

Peralatantekopangkengloteng

te-kopang-kinglao-ting

Manusia dan Budayaguaangpaulu

guaangpolu

Permainanpakauceki

pakautsit ki

Kenderaansampanbeca

sam-panbe tsia

Jadual 1: Contoh kata pinjaman bahasa Cina yang diserap dalam bahasa

Melayu

Makanan

Dari segi masakan, makanan cina turut meresap dalam budaya masyarakat Melayu.

Jenis-jenis masakan yang mengandungi kicap soya, sos tiram, dan bebola ikan, ayam

atau daging merupakan pengaruh daripada budaya Cina yang kini menjadi sebahagian

daripada makanan popular masyarakat Melayu.

Adat Perayaan

Pemberian sampul yang berisi wang kepada kanak-kanak atau orang muda pada hari

raya merupakan pengaruh yang kian sebati dalam masyarakat Melayu, malah

pemberian ini turut dinamakan angpau bagi kebanyakan mereka. Amalan ini diterima

kerana tidak bercanggah dengan ajaran Islam. Pemberian angpau ketika Hari Raya

Aidilfitri merupakan budaya yang asalnya dipinjam dari budaya masyarakat Cina.

Dalam budaya masyarakat Cina, pemberian angpau adalah dari golongan yang sudah

berkahwin kepada mereka yang masih bujang, tetapi dalam masyarakat Melayu,

Page 3: Pengaruh Cina Dalam Kebudayaan Melayu

pemberian angpau pula adalah dari orang dewasa tanpa mengira yang sudah

berkahwin ataupun yang masih bujang kepada kanak-kanak kecil dan remaja yang

masih bersekolah dan juga dari seorang anak kepada kedua ibu bapa mereka.

Malahan ada juga yang memberi angpau kepada nenek serta datuk.

Permainan bunga api dan mercun ketika Hari Raya Aidilfitri juga merupakan

pengaruh budaya masyarakat Cina. Pada zaman silam, batang buluh yang berisi

serbuk meriam dan dibakar untuk menghasilkan letupan kecil pernah digunakan di

China untuk mengusir puaka. Pada zaman moden pula, kaedah ini berubah menjadi

penggunaan mercun pada musim perayaan. Mercun biasanya diikat pada tali panjang

berlakur yang digantung. Setiap batang mercun digulungkan dalam kertas merah

kerana warna merah itu bertuah, dan berisi serbuk merian dalam terasnya. Apabila

dibakar, mercun melepaskan bunyi meletup-letup yang kuat. Oleh sebab mercun

biasanya berangkai dalam bilangan ratusan, mercun menghasilkan letupan

memekakkan yang dipercayai boleh mengusir roh-roh jahat. Penyalaan mercun juga

melambangkan peristiwa yang ria dan menjadi satu aspek penting dalam sambutan

Tahun Baru Cina. Namun masyarakat Melayu menyerap kebudayaan bermain bunga

api dan mercun hanya dengan tujuan untuk berseronok dan juga untuk memeriahkan

sambutan perayaan Hari Raya Aidilfitri yang diadakan sekali dalam setahun.

Page 4: Pengaruh Cina Dalam Kebudayaan Melayu

REFLEKSI

MUHAMMAD AFIF YUSRI BUN YAHYA

911225-08-5349

Alhamdulillah, bersyukur saya ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia dan

inayah-Nya dapat saya dan pasangan tugasan dapat menyiapkan tugasan ini tepat

pada masanya. Setelah bertungkus-lumus mengikut tempoh yang telah diberikan, maka

inilah yang dapat saya dan pasangan tugasan hasilkan. Sepanjang melakukan tugasan

ini, saya tidak menghadapi sebarang masalah besar yang menyukarkan penghasilan

tugasan ini. Hal ini adalah kerana pensyarah Encik Othman Bin Ahmad telah memberi

penerangan dengan jelas mengenai tugasan Kerja Kursus Projek (KKP) pada kali ini.

Setelah menyelesaikan tugasan ini, banyak perkara baharu yang dapat saya

pelajari. Kebudayaan mempunyai pelbagai definisi. Antaranya ialah budaya

didefinisikan sebagai suatu cara hidup yang diamalkan oleh kumpulan tertentu dan

meliputi sistem sosial, susunan organisasi ekonomi, politik, agama, kepercayaan, adat

resam , sikap dan nilai.

Kebudayaan juga merujuk kepada tamadun sesuatu masyarakat yang diwarisi

dan yang bersifat dinamik. Di samping itu, ada unsur menerima dan menolak yang

dipraktiskan oleh sesuatu masyarakat dalam satu keseluruhan sistem kehidupan, di

dalamnya terkandung unsur teknologi, ekonomi, organisasi sosial, kepercayaan dan

sistem simbol yang menjadi milik bersama sesuatu masyarakat.

Pengalaman semasa menyiapkan tugasan ini adalah saya dapat memahami

dengan lebih mendalam tentang kebudayaan Melayu dari segi pantang larang, adat

resam, agama dan sebagainya. Melalui tugasan ini, pelbagai pengetahuan baharu yang

telah saya pelajari. Antaranya ialah pengaruh luar yang mempengaruhi kebudayaan

Melayu. Terdapat beberapa pengaruh luar yang mempengaruhi kebudayaan Melayu

iaitu pengaruh animisme, Hindu, Cina, Barat dan Islam. Pengaruh-pengaruh luar ini

banyak mempengaruhi kehidupan masyarakat Melayu sehingga kini. Antaranya ialah

pengaruh Hindu dalam adat perkahwinan , adat berinai, adat bersanding dan

Page 5: Pengaruh Cina Dalam Kebudayaan Melayu

sebagainya. Pengaruh animisme juga mempengaruhi masyarakat Melayu dalam

pantang larang.

Sepanjang menyiapkan tugasan ini, saya tidak mempunyai masalah yang besar.

Hal ini kerana, terdapat banyak sumber seperti buku dan laman sesawang untuk

dirujuk. Hanya satu masalah yang saya hadapi iaitu panjang tugasan adalah terhad

sedangkan banyak perkara yang ingin dijelaskan dalam tugasan ini. Hal ini

menyebabkan saya perlu mengehadkan dan memuatkan hanya perkara yang penting

dalam tugasan ini. Masa untuk menyiapkan tugasan ini juga mencukupi. Apabila bahan

rujukan banyak, masa untuk menyiapkan tugasan akan menjadi lebih singkat.

Tambahan pula, soalan tugasan diberikan awal, jadi saya dapat memulakan tugasan

dengan lebih awal dan sebelum praktikum bermula.

Antara dapatan baharu yang saya perolehi ialah pengetahuan tentang

kebudayaan kebangsaan dan isu-isu berkaitan dengan perpaduan nasional, pengaruh

Hindu, pengaruh Barat dan pengaruh Cina.

Secara kesuluruhannya, saya dapat lebih kefahaman, pengetahuan dan dapat

mengaplikasi apa yang diajar oleh pensyarah semasa proses menyediakan kerja

kursus ini. Saya berharap masyarakat Melayu masa kini memartabatkan bahasa ibunda

kita kerana bahasa Melayu mempunyai keindahan dan keunikan yang berbeza

berbanding bahasa-bahasa lain di dunia ini seperti kata pepatah ‘’Bahasa Jiwa

Bangsa”.