KEBUDAYAAN MELAYU BMM 3114

Embed Size (px)

Citation preview

Kebudayaan melayu bmm 3114

1.0 Pengenalan : Sejarah dan Identiti Masyarakat Melayu Masyarakat Melayu merupakan salah sebuah masyarakat yang terbesar bilangannya di rantau Nusantara ini. Hal ini dapat diperhatikan dengan lebih jelas lagi terutamanya di bumi Malaysia. Kewujudan masyarakat Melayu telah bermula sejak sebelum terbinanya empayar Kesultanan Melayu Melaka lagi kira-kira 500 tahun yang lalu. Ketika ini boleh dikatakan bahawa masyarakat Melayu adalah antara masyarakat yang tinggi ketamadunannya kerana dengan wujudnya empayar pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka, Semenanjung Tanah Melayu terutamanya di negeri Melaka telah menjalankan kegiatan perdagangan dengan pedagangpedagang dari luar negara terutamanya dari Arab, Parsi, India, China dan lain-lain lagi. Jika dilihat dari suatu sudut perspektif, empayar Kesultanan Melayu Melaka yang boleh dikatakan terdiri daripada masyarakat Melayu sudah berjaya menaiki satu anak tangga dalam memajukan ekonomi yang sekadar bermula dengan perusahaan pertanian ataupun penangkapan ikan yang hanya mampu menampung keperluan diri dan keluarga telah berubah sehingga menjadi sumber pendapatan yang lebih lumayan. Hal ini kerana hasil yang mereka perolehi daripada aktiviti pertanian ataupun penangkapan ikan boleh didagangkan. Walaupun pada permulaannya aktiviti ekonomi hanya melibatkan urus niaga secara sistem barter atau bertukar barang ini telah berevolusi sehingga wujudnya sistem mata wang. Bertitik tolak daripada terciptanya sistem mata wang ini, kegiatan ekonomi di Tanah Melayu semakin lagi berkembang maju. Secara tidak luar langsung negara. telah menggalakkan kedatangan pedagang daripada Hasilnya

pertembungan kepelbagaian budaya telah wujud di Tanah Melayu dan ada yang diserap dan diasimilasikan dalam budaya Melayu. Pengasimilasian budaya ini juga telah mula ditapis agar menepati kehandak syarak setelah kedatangan Islam ke Tanah Melayu. Hal ini berlaku apabila Kesultanan Melayu Melaka yang sebelum ini diasaskan oleh Parameswara, iaitu orang yang bertanggungjawab membuka Kota Melaka. Keturunannya telah memeluk Islam dan boleh dikatakan hampir keseluruhan rakyat jelata turut mengikut perbuatan raja mereka untuk menganut agama Allah S.W.T. iaitu agama Islam. Kebudayaan atau budaya masyarakat Melayu yang wujud kini boleh dikatakan berlandaskan kepada ajaran Islam dan ada juga budaya-budaya1

Kebudayaan melayu bmm 3114

yang diserap daripada budaya masyarakat India yang beragama Hindu dan masyarakat Cina yang mengamalkan agama Buddha. Penyerapan budaya ini berlaku selagi budaya yang diserap itu tidak bertentangan dengan ajaran Islam. Contohnya adat bersanding atau berinai yang diambil daripada masyarakat India. Secara amnya terdapat beberapa pendapat atau definisi mengenai budaya yang berbeza-beza mengikut pengkaji itu sendiri. Akan tetapi maksud budaya yang dikemukakan oleh mereka membawa konotasi yang sama atau serupa maknanya. Kata budaya itu berasal daripada cantuman bahasa Sanskrit dan bahasa Melayu iaitu; Budhi (Sanskrit) : kecergasan fikiran dan akal Ini bermaksud budaya itu adalah kecergasan akal fikiran seseorang yang akan menentukan tahap pemikiran mereka dalam menangani sesuatu permasalahan dan seterusnya mencari jalan penyelesaian kepada permasalahan tersebut. Daya (Melayu) : kekuatan kuasa, tenaga dan pengaruh Kata daya di sini memberi maksud bahawa sesorang individu itu menggunakan segala kekuatan kuasa, tenaga dan pengaruh yang semula jadi bagi membantu menjana pemikiran mereka. Hasil gabungan kedua-dua kata atau perkataan ini menjelaskan maksud bahawa budaya merupakan kebolehan seseorang individu menggunakan kekuatan, tenaga dan akal fikiran bagi ke arah meningkatkan kecergasan akal fikiran bagi menyelesaikan permasalahan dan seterusnya berupaya menyelesaikan permasalahan tersebut. Penyelesaian tersebut pula boleh diterima semua ahli masyarakat dan seterusnya menjadi amalan bersama. Amalan yang yang diterima ini seterusnya dijadikan budaya dalam kehidupan mereka. Menurut Kamus Dewan (2005), budaya ditakrifkan sebagai kemajuan fikiran, akal budi (cara berfikir), berkelakuan dan sebagainya. Budaya juga diklasifikasikan sebagai satu cara hidup yang diamalkan oleh kumpulan tertentu dan meliputi sistem sosial, susunan organisasi ekonomi, politik, agama, kepercayaan, adat resam, sikap dan nilai. Dictionary of Philosophy (1996) ada menjelaskan yang budaya itu adalah:2

Kebudayaan melayu bmm 3114

The way of life of people, including their attitudes, values, beliefs, arts, scienes, modes of perception, and habits of thought and activity. Amalan-amalan yang dibentuk ini akan menetukan hala tuju bersama dalam masyarakat berkenaan. Mohd Taib Osman (1988) ada membuat tafsiran mengenai budaya. Menurut beliau, budaya memperlihatkan satu himpunan kelengkapan intelektual dan kebendaan yang mampu memenuhi kehendak biologidan kemasyarakatan serta dapat menyesuaikannya dengan keadaan sekeliling. Melalui himpunan daya intelektual tersebut masyarakat membentuk nilai yang dapat diterima bersama. Selo Soemardjan dan Soelaiman Soemardi bersepakat bahawa budaya merupakan alat penghasilan karya seni, rasa, dan penciptaan dalam sesebuah masyarakat. Penghasilan karya atau kesenian tersebut dipersembahkan dalam pelbagai bentuk yang akan menjadi asas kebudayaan masyarakat. Manakala Malinowsky dalam bukunya A Scientific Theory of Culture telah mengkelaskan budaya sebagai suatu tindak balas terhadap keperluan manusia. Budaya merupakan keseluruhan aspek kemanusiaan dari segi sejarah, kesusasteraan, institusi politik, muzik, lukisan, falsafah dan sebagainya. Budaya secara umum adalah cara atau gaya hidup sesebuah masyarakat atau bangsa. Budaya meliputi semua aktiviti harian manusia dan juga berperanan membezakan bangsa-bangsa tertentu. Kesimpulan yang boleh dibuat mengenai budaya adalah, budaya dari aspek bahasa adalah cara hidup yang diamalkan dalam kehidupan bermasyarakat pada masa kini. Dari aspek istilah pula, budaya merujuk kepada satu cara hidup yang diamalakan oleh kebanyakkan orang termasuk pemikiran, nilai kepercayaan, pandangan dan tabiat sesorang dalam menghadapi sesuatu perkara atau situasi. Budaya boleh dikaitkan dengan pengalaman interaksi sosial individu dengan masyarakat sekelilingnya. Budaya merupakan warisan sosial manusia, cara pemikiran, perasaan dan tingkah laku yang boleh diwarisi. Budaya adalah hak masyarakat yang akan menentukan bentuk tingkah laku mereka. Menyentuh semula dengan kebudayaan Melayu. Kebudayaan Melayu adalah satu cara hidup atau amalan seharian yang diamalkan oleh masyarakat Melayu3

Kebudayaan melayu bmm 3114

dalam kehidupan seharian mereka. Berdasarkan kepada pendapat yang telah dinyatakan oleh Mohd Taib Osman dan Malinowsky, budaya dapat dibahagikan kepada 2 jenis iaitu budaya material dan budaya bukan material. Budaya material adalah budaya yang bersifat kebendaan. Contohnya alatan permainan, pakaian, bentuk rumah dan sebagainya. Manakala budaya bukan material adalah budaya yang bersifat bukan kebendaan. Budaya bukan material lebih bersifat kepada kepercayaan dan adat resam sesuatu masyarakat itu sendiri. Bagi lebih memahami konsep budaya material dan bukan material yang terdapat dalam budaya masyarakat Melayu, rajah berikut boleh dijadikan rujukan yang ringkas dan padat mengenainya.

4

Kebudayaan melayu bmm 3114

2.0 Takrif dan Definisi Pantun Kesusasteraan Melayu merupakan sebahagian daripada pusaka kebudayaan Melayu yang tak terhingga nilainya. Kesusasteraan Melayu amat berkait rapat dengan bidang kesenian yang merupakan sub-budaya Melayu yang berbentuk bukan material atau kebendaan. Apabila menyebut sahaja mengenai kesusasteraan Melayu, tidak dapat tidak kita lari daripada membincangkan tentang puisi. Puisi-puisi ini pada asalnya adalah5

Kebudayaan melayu bmm 3114

salah satu bentuk persembahan yang berbentuk lisan dan diwarisi secara turun temurun dari satu generasi ke generasi yang seterusnya. Namun atas kesedaran yang mula tumbuh dalam diri tokoh sejarawan dan budayawan Melayu, puisi-puisi ini mula dibukukan bagi menjamin kelangsungan wujudnya pusaka budaya ini daripada pupus atau hilang ditelan zaman. Puisi-puisi ini dicipta atas hasil daya kreativiti pemikiran masyarakat Melayu terdahulu dalam menyusun bait-bait kata sehinggalah terciptanya pelbagai genre puisi seperti syair, gurindam, teromba, seloka, pantun dan lain-lain lagi. Keindahan susunan kata ini mencerminkan ketinggian budi pekerti dan adab sopan masyarakat Melayu dalam berkomunikasi. Kewujudan puisi-puisi ini adalah sebagai salah satu bentuk hiburan. Selain itu, puisi-puisi ini juga digunakan dalam komunikasi untuk menyampaikan sesuatu hasrat seperti dalam menyampaikan nasihat dalam bentuk bahasa yang indah dan berlapik. Hal ini tidak seperti kebudayaan Barat yang lebih berterus terang dalam menasihati dan menegur sesuatu perbuatan atau perlakuan yang kurang manis dipandang. Salah satu bentuk puisi yang begitu terkenal dalam masyarakat Melayu adalah pantun. Pelbagai kajian telah dilakukan terhadap pantun Melayu, maka pelbagailah tafsiran yang muncul bagi menerangkan pendapat masing-masing tentang hasil kajian mereka. Sebagai contoh, asal wujudnya kata pantun telah dibincangkan dengan panjang lebar oleh Pijnappel, Hoessein Djajadiningrat, Zainal Abidin Ahmad, Wilkinson. Winstedt, Van Ophuijsen dan lain-lain lagi. Salah seorang daripada mereka ada mengatakan bahawa pantun itu terdapat dalam pelbagai bahasa di Nusantara. Contohnya toen (bahasa Sunda), tuntun (bahasa Pampanga), tonton (bahasa Tagalog), tuntun, atuntun, matuntun (bahasa Jawa), panton (bahasa Bisaya) dan pantun (bahasa Toba). Dalam kesemua bahasa yang dinyatakan tadi, kata-kata yang berasal daripada pelbagai bahasa itu merujuk kepada satu kata yang iaitu pantun. Kesemua kata daripada pelbagai bahasa itu merujuk kepada satu bentuk atau suatu cara penglahiran maksud mengikut tatasusila yang teratur. Van Ophuijsen ada mengatakan dalam kajiannya yang menyebut tentang asal wujudnya pantun itu adalah berasal daripada kebiasaan orang Mandahiling menggunakan dedaunan sebagai lambang untuk menyuarakan perasaan hati dalam kalangan golongan muda-mudi. Walau bagaimanapun pendapat beliau disangkal6

Kebudayaan melayu bmm 3114

oleh Wilkinson, menurutnya pantun wujud hasil daripada kebiasaan masyarakat Melayu menggunakan perkataan bersajak, sebunyi atau seirama. Manakala Harun Mat Piah pula berdasarkan kajiannya pula, mengatakan bahawa sebuah pantun berisi suatu saran bunyi pada kuplet pertama yang memberikan bayangan kepada kuplet kedua. Pantun terbahagi kepada beberapa jenis seperti pantun 2 kerat, 4 kerat, 6 kerat, 8 kerat dan seterusnya dalam bilangan yang genap. Namun begitu pa Banyak pendapat mengatakan bahawa pantun bukan sahaja khazanah budaya kepunyaan masyarakat Melayu, tetapi merupakan ciptaan orang Melayu itu sendiri. Pendapat ini disokong lagi dengan kajian yang telah dilakukan oleh Harun Mat Piah setelah melakukan perbandingan antara pendapat-pendapat yang dikemukakan oleh tokoh-tokoh seperti Winstedt, Teeuw, Overbeck dan Prampolini. Harun ada membuat kesimpulan bahawa pantun adalah ciptaan asal dalam masyarakat Melayu dan bukan karya saduran dari Jawa, Cina atau India. Secara umumnya pantun memiliki ciri-ciri dan hukum kepuitisan yang tersendiri seperti yang berikut: i. ii. iii. iv. v. vi. Memiliki rangkap-rangkap yang berasingan. Setiap rangkap terdiri daripada baris-baris atau kerat-kerat. Jumlah suku kata dalam setiap baris antara 8 hingga 10. Setiap rangkap ada pembayang dan maksud. Skima rima akhir a-b-a-b. Setiap rangkap ada pantun memiliki kesatuan fikiran yang lemgkap dan sempurna. vii. Memiliki lambang yang sesuai dengan norma dan nilai masyarakat setempat. viii. Terdapat hubungan antara bahagian pembayang dan makna.

Ciri terakhir pantun iaitu mempunyai hubungan atau perkaitan antara pembayang dan makna. Perkara ini sering menjadi polemik antara para pengkaji. Namun ada sesetengah pengkaji yang menyangkal dan ada juga yang mengambil7

Kebudayaan melayu bmm 3114

jalan tengah dengan mengatakan bahawa hanya pantun-pantun tertentu yang pembayangnya ada perkaitan dengan makna. Pantun-pantun ini dapat dibahagikan kepada beberapa variasi atau jenis bergantung kepada isi kandungan atau tujuan pantun itu dibina. Contohnya: i. ii. iii. iv. v. vi. Pantun Kanak-kanak Pantun Jenaka Pantun Kiasan Pantun Nasihat Pantun Keagamaan Pantun Kasih Sayang

3.0 Nilai dalam Masyarakat Melayu Masyarakat Melayu umumnya mempunyai banyak nilai yang menjadikan bangsa Melayu ini penuh dengan tatasusila dan terkenal dengan sopan santunnya. Nilai merupakan salah satu aspek yang sentiasa ditekankan oleh ahli masyarakat. Melalui nilai, kita akan belajar untuk mencontohi sesuatu amalan yang baik dan positif. Menurut Kamus Dewan Edisi Ke-4 muka surat: 1081, nilai adalah taksiran harga, harga sesuatu yang dibandingkan dengan harga yang lain, kadar nisbah, sifat8

Kebudayaan melayu bmm 3114

ketinggian dan darjat, kualiti, mutu dan taraf. Ini bermakna, nilai adalah ukuran kepada sesuatu seperti sifat keperibadian dan sebagainya yang ada pada individu. Menurut Clyde Kluckhon, nilai ialah satu konsep nyata atau tersirat yang dapat membezakan seseorang individu atau ciri-ciri kumpulan dari segi perkara yang diingini. Keadaan ini akan mempengaruhi cara individu itu memilih kefahaman yg sedia ada dan tingkah laku pada akhirnya. Menurut George Lundberg, semua objek mempunyai nilai dan manusia bertindak terhadap objek itu supaya dapat mengekalnya atau menambah hak kepunyaan individu. Umumnya, nilai boleh dihuraikan sebagai sesuatu benda atau perkara yang boleh dilihat dari segi harga yang boleh dikira dgn aritmetik dan kualiti intrinsik. Nilai merupakan salah satu aspek budaya yang disebut sebagai bukan material. Bukan material bermaksud sesuatu yang tidak dapat disentuh dengan anggota badan namun boleh dirasai dan dicontohi. Menurut Mohd Yusof Hasan dalam bukunya Dunia Melayu (30:1991), nilai ialah asas pertimbangan bagi seseorang atau sesuatu kelompok manusia untuk menentukan sama ada sesuatu perkara atau bendaitu baik, benar, bermanfaat, indah dan diingini dan cuba diperoleh dan dibina, atau sebaliknya, buruk, palsu, berbahaya, dibenci dan berusaha untuk dijauhi dan dihapuskan. Nilai dapat dibahagikan kepada empat iaitu nilai estetik, nilai moral, nilai doktrin dan nilai budaya. Kesemua nilai ini akan dikaji dalam tugasan ini berdasarkan pantun-pantun orang Melayu.

3.1 Nilai : Berbudi. Nilai pertama yang dapat dilihat dalam masyarakat Melayu ialah berbudi. Masyarakat Melayu dibiasakan dengan amalan berbudi. Semangat berbudi ini sememangnya dapat mewujudkan satu rasa kebersamaan dan saling bergantungan antara satu sama lain. Sememangnya masayarakat Melayu terutamanya telah dibiasakan dengan nilai-nilai budi. Sememangnya isu-isu berkaitan budi ini merupakan antara isu yang cukup popular dalam kalangan masyarakat Melayu sejak

9

Kebudayaan melayu bmm 3114

dulu lagi. Oleh kerana itu, banyak pantun yang menggunakan nilai budi sebagai tema pantun mereka. Contohnya seperti pantun di bawah. Mengenang Budi Pulau Pandan jauh ke tengah, Gunung Daik bercabang tiga; Hancur badan dikandung tanah, Budi baik dikenang juga.

Mengenang budi merupakan antara aspek yang seringkali dibicarakan apabila menyentuh sahaja tentang budi. Secara umumnya mengenang budi boleh diertikan sebagai mengingati, menghargai atau tidak melupakan jasa yang telah diberikan oleh seseorang. Contoh yang paling mudah adalah, mengenang budi kedua-dua ibu bapa yang telah membesarkan anak sehingga dewasa. Sebagai seorang anak jasa, kedua ibu bapa sememangnya tidak terbalas dengan harta mahupun wang ringgit. Mereka telah membesarkan kita dari seawal usia dalam kandungan sehinggalah dewasa. Mereka telah mengasuh kita dengan segala ilmu dunia dan akhirat. Kesemua ibu bapa di dunia ini sudah tentunya mahukan yang terbaik dalam hidup anak-anak mereka. Mereka tidak mengatakan tidak atas segala permintaan yang dibuat oleh anak selagi kemahuan mereka itu tidak mendatangkan kesan yang negatif. Jika diperhatikan dari aspek keperluan harian seperti makanan, pakaian mahupun keselamatan, bapalah yang memainkan peranan utama. Bapa adalah orang boleh dikatakan individu yang bertanggungjawab penuh. Maka tidak hairanlah apabila adanya kata-kata seperti kasih ayah kekal selamanya. Manakala ibu pula adalah insan sanggup melakukan apa sahaja bagi memenuhi keperluan anak-anak dari aspek pengurusan anak itu dari kecil sehinggalah dewasa atau sehingga anak itu boleh berdikari sendiri. Bayangkan, ibulah orang yang sanggup bangun di tengahtengah malam hanya semata-mata ingin menukar lampin anaknya. Tidak cukup dengan itu, ibu jugalah yang sanggup menyusukan, membasuh pakaian, memasak

10

Kebudayaan melayu bmm 3114

dan berbagai lagi tugasan yang dibuat hanya semata-mata ingin memastikan yang anaknya sentiasa terurus. Aspek kerohanian dan pembentukan sahsiah juga tidak dilupakan. Dalam menjalankan tanggungjawab ini, kedua-dua ibu bapa akan menegur, menasihati, memarahi atau melakukan apa sahaja bagi memastikan yang anak-anak mereka menjadi insan yang berakhlak. Jadi tidak hairanlah orang-orang dahulu mengatakan, sayang anak ditangan-tangankan. Istilah atau frasa ini bukanlah bermaksud yang ibu bapa tidak menyayangi anak mereka, sebaliknya tujuan perkara itu dilakukan adalah kerana ibu bapa amat menyayangi anak mereka. Bayangkan, betapa besarnya pengorbanan mereka itu. Ringkasnya, mengenang budi amat penting tidak kiralah daripada siapa kita menerima budi atau jasa. Sentiasa ingat dan hargailah budi dan jasa yang pernah kita terima. Seperti apa yang digambarkan dalam pantun di atas, walaupun seseorang individu itu telah meninggal dunia budi baik yang pernah diterimanya akan tetap dikenang.

Sikap Berbudi Bahasa tidak Mengenal Taraf. Anak dara berkain cukin, Dari Daik bulan puasa; Tidak kira kaya miskin, Asalkan baik budi bahasa.

Berbudi bahasa. Berbudi bahasa adalah satu amalan yang mulia dan harus diamalkan oleh setiap orang di muka bumi ini. Perihal pentingnya berbudi bahasa ini adalah untuk mewujudkan suasana yang aman dan harmonis dalam sesebuah11

Kebudayaan melayu bmm 3114

masyarakat itu sendiri. Amalan ini hendaklah dipraktikkan oleh segenap lapisan masyarakat tanpa mengira darjat, keturunan, warna kulit mahupun taraf sosial individu itu. Selain itu, kepentingan berbudi bahasa adalah untuk memastikan seseorang itu sentiasa dipandang mulia dan memberikan persepsi yang positif kepada masyarakat sekeliling. Pelbagai kempen telah diadakan oleh kerajaan, contohnya kempen yang dijalankan melalui media elektronik. Kempen yang dimaksudkan adalah iklan di televisyan yang dilakonkan oleh Adlin Aman Ramli yang sanggup buat-buat tidur hanya kerana tidak mahu memberikan tempat duduknya kepada orang yang lebih memerlukan. Keadaan itu telah memberikan persepsi negatif kepada dirinya. Penumpang-penumpang lain yang sedar akan perbuatan Adlin itu telah mendapat persepsi negative kepada Adlin. Walau bagaimanapun dalam iklan yang lain Adlin telah memberikan reaksi yang positif apabila memerhatikan adanya seorang perempuan yang lebih memerlukan tempat duduknya. Adlin bingkas bangun dan memberikan tempat duduknya kepada perempuan itu. Tindakannya itu telah membuatkan wujudnya suasana yang harmoni tanpa sebarang rasa tidak puas hati. Selain itu juga, masyarakat sekeliling juga perlulah mengamalkan amalan berbudi bahasa ini tanpa mengira taraf sosial ataulatar belakang mereka. Sebagai contoh, dengan mengamalkan sikap ini jurang antara orang kaya dan miskin itu akan terhapus. Hal ini secara tidak langsung akan mewujudkan perhubungan yang lebih akrab dan mesra antara segenap lapisan masyarakat. Berbudi Bahasa Tidak Hanya Melalui Pertuturan. Makan sirih berpinang tidak, Pinang di bawah tangga; Makan sirih mengenyang tidak, Tapi tanda budi bahasa.

Berbudi bahasa tidak hanya melalui pertuturan adalah bermaksud sikap atau perilaku berbudi bahasa itu boleh dizahirkan melaui perbuatan atau tingkah laku. Berdasarkan baris maksud pantun, makan sirih mengenyang tidak, tapi tanda budi12

Kebudayaan melayu bmm 3114

bahasa adalah sebagai menghormati adat dan tujuan seseorang. Perkara ini dapat dilihat pada zaman dahulu. Kebiasaannya apabila ada tetamu datang ke rumah, tuan rumah akan menjamu tetamu dengan sedikit minuman dan makan ringan atau kuih muih, selesai dengan itu tuan rumah akan mengeluarkan sirih untuk dimakan bersama-sama tetamu yang bertandang. Secara logiknya makan sirih tidak mengenyangkan dan hanya sekadar bahan kudapan. Perkara yang ingin ditekankan di sini adalah niat murni tuan rumah yang tidak mahu membiarkan tetamu hanya sekadar duduk bersembang kosong sahaja tanpa ada sebarang jamuan. Manakala sebagai tetamu pula haruslah memakan sirih itu bagi menghormati tujuan atau niat tuan rumah. Ada sesetengah orang mengatakan bahawa makan sirih itu adalah budaya atau amalan yang mesti diamalkan apabila bertandang ke rumah orang. Sebagai tetamu, individu itu haruslah memakan sirih bersama dengan tuan rumah sebagai tanda menghormati adat atau budaya tuan rumah tiu sendiri.

Budi Bahasa Melambangkan Bangsa. Tegak rumah kerana sendi, Runtuh sendi rumah binasa; Sendi bangsa ialah budi, Runtuh budi runtuhlah bangsa.

Masyarakat Asia memang terkenal dengan adab Ketimuran yang kaya dengan budi bahasa dan sopan santunnya. Jadi tidak hairanlah yang masyarakat Melayu yang merupakan sebahagian daripada penduduk Asia memang terkenal dengan sopan santunnya yang juga boleh dikatakan sebahagian daripada kebudayaan Melayu.

13

Kebudayaan melayu bmm 3114

Seperti apa yang dinyatakan dalam pantun di atas budi adalah sendi bangsa. Persoalan pokok yang cuba diutarakan oleh pencipta pantun ini adalah mengatakan yang kekuatan yang menghubungkan sesuatu bangsa juga terletak kepada budi yang juga merupakan sebahagian daripada kebudayaan sesuatu bangsa. Masyarakat Melayu yang telah dididik sejak dari kecil hinggalah dewasa tentang budi bahasa penerapan nilai-nilai murni yang sama telah membentuk satu kelompok masyarakat Melayu yang mengamalkan sikap berbudi bahasa. Kesannya terebentuklah masyarakat yang bersatu padu. Walau bagaimanapun akan runtuhnya sesebuah masyarakat atau bangsa itu jika amalan berbudi bahasa tidak lagi diamalkan. Hal ini kerana amalan berbudi bahasa yang menjadi sendi penghubung antara ahli dalam sesebuah masyarakat itu tidak lagi diamalkan. Hal ini akan mewujudkan rasa tidak puas hati antara satu sama lain dan merenggangkan perhubungan ahli masyarakat itu. Apa yang disampaikan oleh pencipta pantun ini amat bertepatan melalui persamaan yang dibentuk menjadi pantun. Secara umumnya amalan berbudi bahasa dapat meneguhkan perhubungan antara ahli atau anggota sesebuah masyarakat itu.

Budi yang Tak Terbalas Pisang emas dibawa belayar, Masak sebiji di atas peti; Hutang emas boleh dibayar, Hutang budi dibawa mati.

Antara sudut lain yang dapat dibincangkan tentang nilai berbudi adalah nilai budi baik yang tak terbalaskan dengan wang ringgit ataupun harta. Merujuk tentang pantun di atas yang menyatakan bahawa hutang yang berbentuk wang ringgit boleh dilunaskan walau dengan apa cara sekalipun, tetapi tidak hutang budi. Contoh mudah yang dapat diberikan adalah berdasarkan dalam sesuatu situasi berikut yang melibatkan individu A yang sedang sakit dan memerlukan rawatan dan individu B pula dengan rela hati dan ikhlas menolong individu A tadi dengan menghantarnya ke14

Kebudayaan melayu bmm 3114

hospital. Walaupun dengan hanya bantuan kecil yang dilakukan oleh individu B tetapi telah menyelamatkan nyawa individu A. Jika kita mengibas kembali sejarah perubatan negara, pada tahun1999 telah terlakarnya satu peristiwa yang akan memilukan hati sesiapa sahaja yang tahu tentang perkara itu. 13 tahun lalu seorang bayi bernama Afiq yang dijangkakan hanya dapat hidup selama 10 bulan kerana mempunyai masalah hati. Bayi malang itu dapat meneruskan hidupnya atas ikhsan seorang yang bukan darah dagingnya yang sanggup mendermakan sebahagian daripada hatinya semata-mata ingin memastikan kelangsungan hidup bayi itu. Seorang pemuda berusia 23 tahun, Hafizam. Atas budi yang diberikan oleh Hafizam, Afiq Berjaya meneruskan hidup seperti anak-anak yang lain. Manakala ibu bapa Afiq pula merasa begitu terhutang budi kepada Hafizam kerana sanggup mendermakan sebahagian daripada hatinya kepada anak mereka. Ringkasnya apa yang disimpulkan adalah, ada sesetengah budi boleh dibalas jika budi itu berbentuk harta atau wang ringgit tetapi bagaimana pula dengan budi yang bukan bersifat wang ringgit sudah tentunya tidak terbalas. Seperti apa yang digambarkan dalam kes di atas yang melibatkan pendermaan organ. 3.2 Nilai : Nasihat Menasihati. Nasihat dan peringatan begitu diperlukan manusia kerana dengannya mereka akan didorong untuk sentiasa berada dalam kebaikan dan kebenaran. Beberapa ayat Allah menegaskan kepentingan peringatan kerana ia mendatangkan manfaat, khususnya kepada golongan beriman. Kepentingan nasihat juga ditegaskan oleh Nabi SAW dalam hadis Baginda sehingga dikatakan bahawa Islam itu adalah nasihat. Agama terletak pada nasihat yang mengandungi unsur ketaatan kepada Allah dan Rasul-Nya selain keimanan serta usaha beramal dengan kitab-Nya serta Sunnah Rasul-Nya. Manfaat atau kebaikan besar yang terkandung dalam nasihat terserlah pada maksud perkataan itu sendiri. Nasihat mengandungi maksud supaya individu yang dinasihati memperoleh keuntungan atau faedah. Selain itu, nasihat juga terkandung kaedah penyampaian iaitu dengan menggunakan kata yang dipilih dengan teliti dan dihalusi di samping berasaskan ketulusan hati serta tidak dipengaruhi maksud yang buruk.15

Kebudayaan melayu bmm 3114

Yang Baik Jadikan Teladan Anak dara menumbuk pandan, Membuat kuih hidangan kenduri; Ilmu yang baik jadikan teladan, Segala yang buruk tolak ke tepi.

Yang baik jadikan teladan, yang buruk tolak ke tepi. 2 baris (maksud) pantun di atas menyatakan tentang kepentingan menuntut ilmu yang baik. Manakala segala perkara yang bersifat buruk atau negatif haruslah diabaikan. Nilai yang terdapat dalam masyarakat Melayu selalu menekankan isu-isu mengenai amalan yang baik dijadikan teladan. Contohnya melalui cerita-cerita rakyat seperti Perlumbaan Arnab dan Kura-kura. Berdasarkan cerita ini tema yang ingin disampaikan adalah jangan berputus asa. Mesej yang terdapat dalam cerita ini diterapkan dalam minda generasi seterusnya. Mengenai Segala yang buruk tolak ke tepi, pula bermaksud tidak menerima amalan yang bertentangan dengan amalan masyarakat Melayu. Contoh perkara atau amalan buruk yang ditolak oleh masyarakat Melayu adalah mengumpat. Perbuatan ini walaupun bertentang dengan nilai masyarakat Melayu namun masih ada lagi sesetengah atau sekumpulan kecil yang melakukannya. Maka dengan terciptanya pantun ini diharap dapat menyedarkan sekumpulan kecil yang melakukan perbuatan mengumpat. Melalui pantun ini, sindiran halus dilakukan bagi dalam susun kata bahasa yang beralas. Jangan Mengharapkan Balasan Ada ubi bawalah ubi, Ada beras berikan beras; Suka dipuji selalu rugi, Tamakkan balas kerap melepas.

16

Kebudayaan melayu bmm 3114

Pantun di atas jelas menggambarkan bahawa sikap sukakan pujian atas segala apa yang dilakukanakan mendatangkan kerugian. Pantun ini juga menerangkan kesan negatif jika bersikap tamak. Kedua-dua sikap negatif ini telah dimasukkan dalam pantun ini adalah bertujuan untuk menasihati masyarakat Melayu khususnya agar tidak terjebak dalam sikap yang tidak mendatangkan faedah ini. Berdasarkan maksud suka dipuji selalu rugi, seseorang individu yang bersikap begini pada mulanya memang disukai oleh ramai orang, namun lama kelamaan inidividu seperti ini akan semakin kurang rakan atau teman. Masyarakat di sekelilingnya akan mula menjauhkan diri daripada individu seperti ini kerana mereka akan mula rasa hilang hormat. Manakala tamakkan balas kerap melepas pula bermaksud, orang suka mengharapkan balasan atas segala perbuatan baik khususnya akan kerap melepas. Hal ini kerana peluang yang diperolehnya untuk melakukan jasa atau menghulurkan bantuan akan semakin tertutup kerana masyarakat akan mula menolak sebarang pemberian oleh individu yang sukakan balasan atas apa yang dilakukannya. Secara umumnya pantun di atas menjelaskan yang masyarakat Melayu khususnya perlu menjauhkan diri daripada melakukan perbuatan buruk seperti yang dinyatakan tadi. Jangan Mengikut Perasaan Padi muda jangan dilurut, Kalau dilurut pecah batangnya; Hati muda jangan diturut, Kalau diturut salah datangnya.

Kepentingan nasihat juga penting dalam masyarakat Melayu khasnya untuk golongan muda. Hal ini kerana golongan muda sering kali dikaitkan sikap darah muda yang berjiwa membara. Golongan muda mentah yang kurang pengalaman ini cenderung untuk melakukan keputusan tanpa memikirkan baik buruk yang mendatang. Pantun di atas jelas menggambarkan kerasionalan generasi muda ini dalam menentukan hala tuju mereka. Pembayang dan maksud pantun yang jelas17

Kebudayaan melayu bmm 3114

menasihati golongan muda agar lebih berhati-hati dan berfikir lebih jauh ke depan dalam membuat sebarang keputusan. Pembayang pantun yang amat berkait rapat dengan maksud pantun dipilih agar bersesuaian dengan baris maksud pantun. Pencipta pantun ini mengibaratkan yang golongan muda in sebagai batang padi muda yang lemah, yang akan pecah jika dilurut. Manakala kesan padi yang pecah akibat dilurut disamakan dengan kesan negatif yang timbul akibat membuat keputusan yang terburu-buru. Jelas sekali pantun nasihat ini amat berguna dalam usaha membantu anak muda dalam mengingatkan diri mereka agar lebih berhati-hati dalam membuat keputusan agar tidak mendatangkan masalah bukan sahaja kepada diri mereka tetapi kadang kala akan membabitkan individu di sekeliling mereka.

Jangan Selalu Memakan Budi Orang Jangan selalu memakan budi orang merupakan salah satu nasihat yang sering dileterkan oleh ibu bapa kepada anak-anak mereka. Hal ini kerana seseorang yang terlebih makan budi orang akan menyesal di kemudian hari. Dalam masyarakat moden sekarang ini ada istilah yang menyebut tentang perkara ini yang berbunyi terhutang budi sampai tergadai body. Hal ini timbul apabila ada keluarga yang malas berusaha dalam mencari rezeki tetapi hanya bergantung kepada bantuan orang tertentu untuk meneruskan hidup mereka. Sampai suatu masa apabila ingin membalas budi keluarga tadi tidak mampu dan penyelesaian yang paling mudah adalah mengahwinkan anak mereka dengan individu yang banyak membantu keluarga itu. Perkahwinan itu secara kebiasaannya bukanlah atas kerelaan anak tetapi terpaksa merelakan kerana memikirkan segala budi yang pernah diterima. Pantun di atas jelas mengingatkan orang Melayu khususnya agar berusaha untuk meneruskan hidup tanpa mengharapkan bantuan atau budi baik orang lain. Hal ini bukan sahaja akan mendatangkan masalah kepada diri sendiri dan ahli keluarga, malah akan menjadi buah mulut orang lain.18

Kebudayaan melayu bmm 3114

Anak Perling melompat pergi, Singgah mencolok buah hutan; Jangan kita kedapatan budi, Kelak tentu orang perkatakan. Sedar Akan Keupayaan Diri Masyarakat Melayu juga sering menasihati golongan muda agar sentiasa berpijak di bumi yang nyata agar tidak hanyut dalam angan-angan yang hanya sekadar mimpi di siang hari. Unsur nasihat seperti ini penting bagi memastikan yang masyarakat Melayu tidak berangan yang keterlaluan atau bermimpikan sesuatu yang mustahil untuk dicapai. Elemen nasihat seperti ini juga penting kerana mempunyai funsi untuk menaikkan semangat dan usaha bagi memastikan apa yang dihajati dapat dicapai. Nasihat yang terdapat dalam pantun ini juga dpat diperhatikan dalam peribahasa Melayu seperti ukurlah baju di banadan sendiri atau kalau kail panjang sejengkal lautan dalam jangan diduga. Anak tenggiri anak selambai, Ikan lidah dalam perahu; Langit tinggi jangan dicapai, Bumi rendah tengok dahulu.

19

Kebudayaan melayu bmm 3114

3.3 Nilai : Kasih Sayang. Dalam masyarakat melayu, nilai kasih sayang amat penting dalam memupuk masyarakat yang penyayang dan saling mengasihi antara satu sama lain tidak kira sahabat, sanak-sudara malah haiwan peliharaan juga menjadi aset untuk memupuk kasih sayang. Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga, kasih membawa maksud perasaaan sayang (terhadap seseorang atau sesuatu,cinta). Selain itu kasih juga membawa maksud berasa sayang. Manakala sayang pula menurut Kamus Dewan membawa maksud mengasihi atau mencintai, kasihan atau berasa belas. Dalam konteks kebudayaan melayu, kasih sayang dapat disifatkan sebagai nilai budaya yang amat dititkberatkan agar dapat membentuk masyarakat yang harmoni melalui nilai kasih sayang ini. Nilai kasih sayang yang wujud dalam masyarakat Melayu dapat dilihat melalui bidang kesusasteraan melayu yang amat terkenal sejak tahun 1940-an lagi yang mana masyarakat Melayu pada masa itu terkenal dengan cerita penglipur laranya. Dalam masyarakat Melayu, menurut Aripin Said (1948) dalam bukunya Puisi Warisan, pantun merupakan puisi Melayu lama yang menggambarkan kehalusan budi dan keprihatinan masyarakat pada waktu itu terhadap alam dan ruang lingkup budayanya.20

Kebudayaan melayu bmm 3114

Nilai kasih sayang dalam masyarakat Melayu dapat diterjemahkan dalam bentuk puisi yang merangkumi sajak,syair,gurindam dan pantun. Antara pantun yang dapat kita lihat ialah seperti pantun berikut : Burung terkukur digulai lemak, Kembang selasih dibawah batang Sudah lumpur jalanpun semak; Sebab kasih saya datang.

Dalam pantun ini, ternyata masyarakat Melayu pada masa itu mementingkan kasih sayang sebagai nilai dalam masyarakat pada masa tersebut. Dalam rangkap sudah lumpur jalanpun semak, sebab kasih saya datang, rangkap ini membawa maksud walaupun terdapat halangan dan cabaran untuk mendapatkan kasih sayang, seseorang itu tetap pergi menempuh halangan tersebut untuk mendapatkan kasih sayang yang diinginkan. Hal ini menunjukkan bahawa masyarakat Melayu amat mementingkan nilai kasih sayang walaupun nilai kasih sayang itu sukar untuk didapatkan. Antara pantun lain yang dapat memberi contoh nilai kasih sayang ialah seperti pantun berikut : Cuba cuba bertanam mumbang, Moga moga tumbuh kelapa, Cuba cuba bertanam sayang; Moga moga menjadi cintaDewan Bahasa, Mei 1958, hlm. 241

Rangkap pertama membawa maksud perihal alam iaitu menanam mumbang kelapa atau pucuk kelapa yang mustahil akan tumbuh menjadi kelapa. Dalam rangkap kedua pula membawa maksud menyemai kasih sayang agar sayang yang disemai itu menjadi cinta. Nilai kasih sayang dalam pantun ini menunjukkan kasih sayang mesti ditanam dalam diri agar dapat membentuk cinta. Dalam budaya21

Kebudayaan melayu bmm 3114

melayu, kasih sayang yang wujud antara seorang lelaki kepada seorang perempuan akan berakhir dengan cinta apabila mereka berkahwin. Antara pantun lain yang dapat memberi contoh nilai kasih sayang ialah seperti pantun berikut :

Zaman lampau telah pun hilang, Dulu kecil kini dewasa, Zaman baru sudah menjelang; Kasih ibu masih dirasa.Puisi puisi pilihan Usman Awang, Rahman Shaari 1991.

Dalam pantun di atas, rangkap pertama membawa maksud peredaran zaman iaitu daripada zaman kanak kanak sehingga dewasa iaitu zaman dahulu. Manakala, rangkap kedua pula membawa maksud zaman yang yang baru yang mana menceritakan kasih sayang daripada seorang ibu tetap dirasai walaupun zaman telah berubah. Dalam masyarakat melayu, nilai kasih sayang sangat dijunjung oleh seorang anak terhadap seorang ibu meskipun zaman dan masa berubah tetapi kasih kepada ibu tetap dirasai dan diingati. Contohnya seorang anak yang telah lama terpisah dengan ibunya. Meskipun bertahun-tahun berpisah dengan ibunya yang telah meninggalkan dunia,tetapi kasih tetap dirasai dan dihargai.

Pantun keempat yang dapat menggambarkan nilai kasih sayang dalam masyarakat melayu ialah seperti pantun berikut :

Perahu tongkang memuat kayu,22

Kebudayaan melayu bmm 3114

Datang angin dilayarkan, Hendak kasih, kasih selalu; Kasih jangan tuan tinggalkan.Pantun Dondang Sayang Vols. 2, hlm 42.

Maskud rangkap pertama dalam pantun ini ialah memerihalkan tongkang yang bergerak apabila terkena angin. Dalam rangkap kedua pula, membawa maksud ingin berkasih. Jika ingin berkasih sayang, janganlah ditinggalkan orang yang kita kasihi itu. Dalam budaya masyarakat Melayu, kasih sayang kepada seseorang amat dihargai. Jika kita telah pun sayang atau kasih kepada seseorang, eloklah kiranya kita terus menyayangi seseorang itu selalu dan tidak meninggalkan orang yang kita kasih itu. Contohnya, apabila kita berkasih dengan seseorang, haruslah kita mengasihinya sampai bila bila agar orang yang dikasihi itu senantiasa bahagia dan tidak berkecil hati dengan kita. Pantun kelima yang merupakan pantun terakhir yang dapat menggambarkan nilai kasih sayang dalam masyarakat Melayu ialah seperti pantun berikut : Rakit buluh dari seberang, Dulang terletak diatas geta, Sakit sungguh kasih seorang; Orang tidak kasihkan kita.Petua Mengarang Pantun Melayu,hlm 22.

Dalam rangkap pertama pantun di atas memerihalkan tentang rakit dan dulang iaitu dua benda yang berbeza dari segi kegunaannya yang mana rakit yang datang dari seberang dan dulang pula diletakkan di atas geta iaitu tempat raja beradu atau berehat. Dalam rangkap kedua pula, membawa maksud apabila kita kasihkan seseorang dan kasih kita tidak terbalas oleh seseorang itu,maka akan timbul rasa tidak sempurna.

23

Kebudayaan melayu bmm 3114

Jika dilihat dari perspektif kebudayaan Melayu, pantun ini menggambarkan nilai kasih sayang itu seharusnya dibalas untuk mengelakkan sebelah pihak tidak terasa sakit dan dapat mengukuhkan ikatan kasih sayang dalam sesuatu budaya masyarakat. Masyarakat yang mengamalkan nilai kasih pasti hidup dalam suasana harmoni dan bersatu padu . Bak kata pepatah, serumpun bagai serai, selubang bagai tebu.3.4 Nilai : Patuh kepada perintah agama.

Nilai yang seterusnya yang terdapat dalam masyarakat Melayu ialah nilai kepatuhan kepada agama. Budaya masyarakat Melayu menggabungkan unsur agama iaitu Islam dan adat. Kedua-dua aspek ini menjadi asas yang utama dalam proses sosialisasi dan pembudayaan. Namun demikian, adat dan budaya yang menjadi asas dalam proses sosialisasi tersebut hendaklah berteraskan kepada syarak. Ini adalah kerana jati diri Melayu yang bersandarkan adat dan budaya adalah berpaksikan konsep tauhid dan syariah yang telah mewarnai budaya Melayu sejak dari abad ke-13 lagi. [Pemikir April-Jun (2003: 6)] Kedua-dua aspek ini iaitu agama dan budaya menjadi asas yang utama dalam proses sosialisasi dan pembudayaan. Proses sosialisasi ialah proses mempelajari perkara-perkara yang diamalkan oleh masyarakat bagi membolehkan seseorang berfungsi dalam masyarakat tersebut. (Tamadun Islam dan Tamadun Asia 2001: 187). Pembudayaaan pula ialah proses penerapan unsur-unsur budaya bagi memastikan seseorang itu bertindak dalam lingkungan peraturan, norma dan nilai budaya masyarakat yang dianggotainya (Tamadun Islam dan Tamdun Asia 2001: 187). Kedua-dua proses ini dijalankan dalam kitaran hidup seseorang individu, tetapi yang terpenting adalah pada masa seseorang itu masih kecil iaitu dari tahap kelahiran hingga ke tahap remaja. Proses ini bertujuan mengekalkan kesinambungan budaya dan identiti masyarakat dan seterusnya kehidupan bertamadun. Apabila orang-orang Melayu menerima Islam, proses penyesuaian antara tradisi dengan ajaran Islam itu mengambil masa yang lama. Proses Islamisasi itu berlaku secara berterusan. Kedatangan pengaruh barat itu juga disesuaikan dengan kehendak-kehendak ajaran Islam. Islam adalah teras kepada budaya Melayu. Orangorang Melayu sentiasa merujuk kepada ajaran Islam apabila mereka menghadapi24

Kebudayaan melayu bmm 3114

permasalahan. Misalnya, dalam pertembungan dengan berbagai-bagai unsur budaya yang dibawa dari luar, bagi menentukan sama ada unsur tersebut dapat diterima atau tidak, mereka akan merujuk kepada ajaran Islam. Malahan, mereka juga sentiasa menilai kembali unsur-unsur budaya warisan dari segi kesesuaiannya dengan ajaran Islam. Umumnya, pantun agama adalah merupakan sebuah pantun yang

berunsurkan nilai keagamaan. Dalam pantun agama terselit unsur-unsur nasihat serta pengajaran yang berguna bagi dijadikan panduan kepada seluruh genap masyarakat. Pantun agama dapat membentuk serta membina nilai-nilai murni dalam diri seseorang kerana di dalamnya terkandung makna-makna tersirat dan dapat dijadikan pedoman. Tidak dapat dinafikan pantun agama memang terdapat pengajaran yang berguna kerana melalui pantun tersebut sekali gus dapat mendidik dan mengajar kita berkaitan ilmu agama sama ada ilmu duniawi atau ukhrawi. Antara pantun Melayu yang menggambarkan keadaan ini adalah seperti yang berikut : Hari ini hari Selasa, Hari esok hari Rabu. Dapat mengenal Tuhan Yang Esa, Wajib diturut perintahnya itu. (Mastika, Oktober 1960, halaman 23) Pantun di atas membawa maksud sebagai seorang muslim, kita hendaklah sentiasa melakukan perkara-perkara yang telah diperintahkan oleh Allah. Segala perkara yang disuruh oleh Allah hendaklah dilaksanakan dengan penuh ketaqwaan kerana kita sudah bersaksi bahawa Allah SWT itu adalah Tuhan Yang Esa. Orang Melayu hendaklah bersyukur kerana telah dilahirkan dalam keadaan Islam. Ini dinyatakan dalam perlembagaan Malaysia yang menyatakan bahawa orang Melayu wajib beragama Islam. Selain daripada itu, orang Melayu berpegang kepada segala perintah Allah yang telah termaktub di dalam kitab-Nya supaya menjadi panduan dalam menyelusuri kehidupan di dunia ini. Oleh yang demikian, orang Melayu hendaklah patuh kepada kitab suci iaitu Al-Quran yang penuh dengan panduan untuk diikuti25

Kebudayaan melayu bmm 3114

oleh seluruh umat manusia. Contohnya, jika kita hendak melakukan sesuatu pekerjaan, kita hendaklah memilih pekerjaan yang halal disisi syarak supaya mendapat berkat daripada Allah SWT. Pekerjaan seperti mencuri, merompak, menipu dan sebagainya adalah bertentangan dengan syariat Allah dan ini akan mendatangkan murka Allah kepada mereka yang mengerjakan perkara yang mungkar. Antara pantun yang menggambarkan betapa perlunya kita mematuhi segala perintah Allah yang termaktub di dalam Al-Quran adalah seperti yang berikut : Daun terap dia atas dulang Anak udang mati dituba. Dalam kitab ada terlarang, Yang haram jangan dicuba. (An introduction to Malay Pantuns, halaman 25) Pantun di atas membawa maksud di dalam Al-Quran, sudah termaktub perkara-perkara yang mungkar yang dilarang oleh Allah untuk dilakukan oleh manusia di atas muka bumi ini. Setiap perkara yang telah dilarang di dalam kitab suci Al-Quran serta As-Sunnah hendaklah dijauhi kerana perkara-perkara yang ditegah itu datangnya daripada Allah. Ini adalah kerana setiap perkara yang dilarang oleh Allah akan mendatangkan kemudaratan kepada orang yang mengerjakan perkara tersebut. Oleh yang demikian, sebagai seorang muslim, orang melayu hendaklah patuh kepada segala suruhan Allah seperti yang telah termaktub di dalam kitab-Nya. Seterusnya, masyarakat Melayu sering melakukan sesuatu pekerjaan dengan bersungguh-sungguh dan kemudian menyandarkan usaha bagi sesuatu perkara yang dilakukan itu kepada Allah SWT. Mereka akan bertawakal kepada Allah atas segala apa yang telah diusahakan dan dikerjakan oleh mereka supaya pekerjaan mereka itu mendapat rahmat, berkat dan dimakbulkan oleh Allah. Contohnya dalam mencari jodoh mahupun pasangan pengantin, mereka disyorkan untuk berusaha mencari pasangan hidup mereka masing-masing kemudian mereka dikehendaki untuk bertawakal kepada Allah semoga usaha mereka itu dipermudahkan oleh Allah melalui solat istikharah dan solat hajat. Patun dibawah dapat membantu menggambarkan situasi tersebut.

26

Kebudayaan melayu bmm 3114

Sayang-sayang buah kepayang, Buah kepayang hendak dimakan; Manusia hanya mampu merancang, Kuasa Allah yang menentukan.

(Kumpulan Pantun Melayu, 1984, halaman 70) Baris pertama pantun di atas iaitu sayang-sayang buah kepayang

menceritakan mengenai manusia walaupun mereka cuba merancang atau menentukan sesuatu seperti manusia suka akan buah kepayang tetapi kuasa Allah yang menentukan segalanya. Selain itu, buah kepayang hendak dimakan seperti manusia yang mahu makan buah kepayang tetapi hanya Allah yang berhak atas manusia yang diciptanya. Ini bermakna, manusia boleh merancang berbagai perkara dan berharap akan terlaksana seperti yang dirancang walaupun mengetahui bahawa yang menentukan takdir hanyalah Allah S.W.T. Kuasa Allah yang tiada siapa pun dapat menandingi-Nya. Sebagai seorang muslim juga, orang Melayu hendaklah melaksanakan solat lima waktu sehari semalam bagi menandakan rasa syukur dan taatnya kepada segala suruhan dan perintah Allah. Di dalam solat, mereka dikehendaki untuk berdoa kepada Allah supaya diampun segala dosa dan kesalahan yang telah dilakukan sebelum ini. Islam menuntut umatnya supaya segera bertaubat setelah melakukan kesalahan. Ini adalah kerana, Allah SWT adalah tuhan yang Maha Pengampun. Contohnya, jika seseorang itu telah melakukan jenayah mencuri, maka dia perlu segera bertaubat memohon keampunan kepada Allah dan perlu menyesali segala perbuatan mungkarnya itu. Berikut adalah pantun yang dapat menggambarkan situasi yang berlaku di atas :

27

Kebudayaan melayu bmm 3114

Anak ayam turun sepuluh, Mati seekor tinggal Sembilan. Bangun pagi sembahyang subuh, Minta ampun kepada tuhan.

Pantun di atas menyeru kepada manusia supaya bangun awal pagi iaitu pada waktu subuh untuk sujud menyembah Allah, memohon keampunan kepada-Nya di atas segala kekhilafan yang pernah dilakukan. Antara nilai yang terdapat dalam pantun tersebut adalah nilai ketaatan yang ditunjukkan pada baris ketiga pantun iaitu Bangun pagi sembahyang subuh. Orang Melayu sememangnya akan bangun seawal subuh bagi menunaikan solat subuh. Nilai yang seterusnya yang terdapat dalam pantun ialah keinsafan dan memohon keampunan. Orang yang telah melakukan kesalahan hendaklah memohon kempunan kepada Allah diatas setiap kesalahan yang telah dilakukanya. Nilai-nilai yang telah ditetapkan dalam Islam itu merupakan ketetapan daripada Allah, namun dalam mempengaruhi perlakuan itu adalah mengikut tradisi budaya masing-masing. Misalnya, Islam telah menetapkan nilai-nilai dalam menjaga aurat. Maka bagi menentukan cara atau kaedah untuk memenuhi nilai-nilai itu adalah berasaskan kepada budaya tradisi. Orang-orang Melayu mempunyai tradisi pakaian mereka tersendiri sebagai menyatakan jati diri pakaian Melayu. Contohnya pakaian baju kurung dan baju Melayu yang lengkap menutupi seluruh tubuh lelaki dan perempuan. Ini selari dengan nilai-nilai Islam yang telah ditetapkan oleh al-Quran dan Hadith. Selain itu, orang Melayu sangat terkenal dengan budaya ketimuran yang tinggi. Masyarakat Melayu terkenal dengan adab sopan santunnya. Ini menyebabkan masyarakat Melayu dipandang tinggi oleh masyarakat lain yang menjadikan budaya dan cara hidup orang Melayu sebagai contoh dan teladan untuk diikuti. Kesantunan perilaku dan berbahasa telah menjadikan masyarakat Melayu tinggi adab dan budayanya. Untuk mencapai tahap ini, mereka perlu memelihara segala tingkahlaku supaya setiap perlakuan mereka tidak melanggar syariat yang telah ditetapkan oleh Allah. Pantun dibawah menggambarkan betapa pentingnya kita menjaga tingkah28

Kebudayaan melayu bmm 3114

laku dan komunikasi kita supaya semua perlakuan kita terpelihara daripada segala kemungkaran. Kalau bercakap peliharalah lidah, Kalau berjalan peliharalah kaki. Kalau menghadap kepada Allah, Luruskan iman peliharalah hati.

Pantun di atas bermaksud kita sebagai umat manusia hendaklah memelihara segala perlakuan dan anggota tubuh kita daripada melakukan perkara yang dimurkai oleh Allah. Apabila kita hendak memelihara sesuatu yang zahir, maka kita hendaklah memulakan sesuatu itu degan segala amal kebaikan melalui pembersihan hati dan jiwa kita. Pembersihan hati inilah yang dinamakan sebagai taqwa. Apabila hati kita baik, maka baiklah seluruh anggota dan apabila rosak hati itu maka akan binasalah seluruh anggota badan kita dan kebersihan itu hanyalah dicipta melalui AlMuraqabah. Dalam masyarakat Melayu, segala tingkah laku hendaklah berlandaskan syariat Islam. Orang Melayu meletakkan ajaran Islam sebagai landasan dalam menentukan perjalanan hidup mereka. Oleh yang demikian, segala perintah Allah akan mereka turuti supaya mereka tidak tergelincir ke arah perkara-perkara yang ditegah oleh Allah.3.5 Nilai : Tolong-menolong.

Manusia adalah makhluk sosial yang saling perlu dan memerlukan antara satu sama lain. Sejak dilahirkan sehingga akhir hayat, memberi dan menerima pertolongan merupakan dua amalan yang biasa bagi seorang manusia yang normal. Manusia dan persekitaran adalah dua elemen yang tidak boleh dipisahkan dalam memastikan kesempurnaan dan kelangsungan kehidupan. Oleh itu, menolong dan ditolongi merupakan fitrah semula jadi yang ada dalam diri setiap manusia. Budaya tolong-menolong juga merupakan amalan yang mulia yang boleh mewujudkan keharmonian dalam sesebuah masyarakat. Begitu juga dengan masyarakat Melayu. Nilai ini merupakan antara unsur penting yang membentuk masyarakat Melayu. Tolong-menolong sememangnya29

Kebudayaan melayu bmm 3114

sudah menjadi budaya dalam masyarakat Melayu. Pertolongan yang diberi adalah seikhlas mungkin kerana orang Melayu percaya bahawa setiap perbuatan baik itu pasti akan dibalas dengan kebaikan. Pertolongan yang diberi pula adalah seikhlas hati tanpa meminta balasan mahupun ganjaran daripada orang yang meminta pertolongan. Pantun di bawah menjadikan nilai ini sebagai tema lantas membuktikan pentingnya nilai ini dalam masyarakat Melayu. Buah jambu buah kedodong Jatuh ke tanah dimakan bulus Hidup itu tolong menolong Tanpa diupah kerana tulus.

Pantun di atas bermaksud, setiap daripada pertolongan yang diberikan hendaklah kita lakukan dengan hati yang ikhlas tanpa mengharapkan sebarang ganjaran diatas pertolongan yang telah dihulurkan. Kita tidak sepatutnya meminta ganjaran di atas segala pertolongan yang telah diberikan kerana kemungkinan kita akan membebankan orang lain. Kita hendaklah yakin bahawa setiap pertolongan yang diberikan dengan hati yang ikhlas bukan sahaja merapatan hubungan kita dengan orang lain, malah kita akan mendapat ganjaran pahala di sisi Allah. Selain itu, tanpa nilai tolong-menolong ini, masyarakat juga akan menjadi lemah dan tunduk kepada musuh. Sesungguhnya Islam amat menggalakkan umatnya supaya memperbanyakkan pertolongan terhadap amalan-amalan kebaikan yang memberi manfaat kedua-dua belah pihak semasa hidup di dunia dan juga di akhirat nanti, seperti firman Allah s.w.t. Tolong-menolonglah kamu dalam perkara kebaikan dan ketaqwaan, dan jangan sekali-kali kamu memberi pertolongan di atas perkara kejahatan dosa yang membawa kepada perseteruan, dan takut olehmu akan Allah. Sesungguhnya Allah akan mengenakan seksaan yang amat dasyat. (Surah Al-Maidah: 2) Ini kerana, kekuatan sesebuah masyarakat dibentuk dari nilai bersatupadu. Pepatah Melayu sendiri banyak mengaitkan nilai bersatu-padu dan tolongmenolong. Ini terbukti dalam penulisan pantun di bawah:

30

Kebudayaan melayu bmm 3114

Masa berjalan bawalah tongkat, Kalau boleh jenis semambu. Sama sekampung teguhkan pakat, Kalau tidak musuh berkubu. (Zainal Abidin Bakar, Koleksi Pantun Zakaria Hitam,150:1983) Pantun di atas membawa dalam kehidupan bermasyarakat, kita hendaklah sentiasa hidup dalam keadaan bersatu padu dan tolong menolong agar hubungan kita kita dalam kalangan masyarakat terjalin dengan erat tanpa sebara krisis atau permasalahan yang boleh memecahbelahkan keharmonian hidup bermasyarakat. Jika hubungan dalam kalangan masyarakat dapat dijaga dengan baik, maka anasiranasir luar tidak dapat mengganggu gugat persefahaman anatara masyarakat. Jika tidak, kehidupan akan menjadi tidak tenteram dan dipenuhi dengan ketidakpuasan hati dan pemberontakan. Dalam bermasyarakat, orang Melayu sangat mementingkan nilai tolong menolong ini. Contohnya dalam sesebuah keraian atau kenduri.Dalam masyarakat Melayu, majilis kenduri kendara bagi meraikan pengantin baharu mahupun kenduri kesyukuran akan dijalankan secara bergotong royong. Orang kampung akan turun padang bersama-sama membantu tuan rumah untuk menyediakan juadah bagi membantu melancarkan perjalanan majlis kenduri yang diadakan. Masyarakat Melayu bergotong-royong tanpa mengira peringkat umur. Oleh itu, sesuatu kerja yang dilakukan akan menjadi mudah. Dengan adanya semangat sebegini, nilai bersatu padu akan menambahkan kekuatan bagi sesbuah masyarakat itu terutamanya masyarakat Melayu. Dalam pantun di bawah menunjukkan nilai bersatu dan tolong-menolong.

Orang cina menjual daging, Daging dijual berpikul-pikul Kalau ringan sama dijinjing31

Kebudayaan melayu bmm 3114

Kalau berat sama dipikul. (Setiamulia, Lima Puluh Pantun, 6:1965) Tolong menolong juga merupakan kewajiban bagi setiap manusia. Ini kerana, dengan tolong menolong kita akan dapat membantu orang lain dan jika kita perlu bantuan tentunya orangpun akan menolong kita. Sikap tolong menolong, bantu membantu dan jamin-menjamin sesama muslim di dalam perkara makruf atau kebaikan adalah merupakan tuntutan al-ukhuwwah al-Islamiyyah (persaudaraan Islam). Seseorang muslim sentiasa berusaha membantu saudara muslimnya yang lain. Membantu sesama muslim adalah antara tanggungjawab yang mesti dipikul oleh bahu setiap yang beriman dengan ayat Allah (maksudnya)Sesungguhnya orang beriman itu bersaudara, (Surah al-Hujurat : ayat 10). Tolong menolong juga akan dapat membantu kita membina hubungan baik dengan semua orang. Jika kita sentiasa tolong menolong sesama insan, kita dapat memupuk rasa kasih sayang antara tetangga, antara tema dan juga antara rakan kerja. Singkat kata tolong menolong adalah sifat hidup bagi setiap orang. Pantun di bawah ini menggambarkan situasi di atas : Adat bersampan mahu berdayung Adat membelat mahu berbasah Adat berkawan mahu menolong Adat bersahabat mahu bersusah (Tenas Effendy, Khazanah Pantun Melayu Riau, 36:2007)

Pantun di atas bermaksud sebagai seorang sahabat dan kawan, kita perlu mengharungi segala cabaran di dunia ini bersama-sama tanpa mengira waktu sudah mahupun waktu senang. Kawan yang baik adalah kawan yang sanggup berasama kita tidak mengira sama ada waktu senang mahupun waktu susah. Jadi, amat penting untuk kita memilih kawan yang bukan sahaja sekadar dapat menemani dan berkongsi suka dengan kita, malah kita dituntu untuk memilih sahabat yang baik pekertinya dan mendekatkan diri dengan agamanya kerana orang yang dekat32

Kebudayaan melayu bmm 3114

dengan agama akan menjaga hubungan dengan kawannya sebagaimana yang dituntut oleh agamanya. Manusia dan masyarakat merupakan entiti yang tidak sempurna. Apabila manusia dan masyarakat tidak sempurna, maka akan timbul pelbagai masalah. Masalah yang timbul memerlukan penyelesaian, maka tolong menolong antara satu sama lain adalah perlu apabila masalah timbul. Dalam masyarakat Melayu, tujuan menolong secara umumnya adalah untuk memberi arahan dan motivasi, mengatasi masalah sosial atau peribadi, menyelesaikan konflik interpersonal, isu-isu yang mendadak, dan keperluankeperluan dalam kalangan masyarakatnya. Seandainya perkara-perkara ini dapat di atasi, maka kualiti hidup akan meningkat, dan ini merupakan salah satu matlamat menolong terutama dalam masyarakat Melayu. Kadangkala apabila kita membantu orang lain, kita akan ingat akan kesusahan yang pernah kita alami sebelumnya. Secara tidak langsung diri kita terdidik untuk membantu orang yang berada dalam kesusahan. Pantun dibawah adalah contoh pantun yang boleh menggambarkan situasi tersebut : Untuk apa menebang pisang Supaya dapat merasa buahnya Untuk apa menolong orang Supaya ingat masa susahnya (Tenas Effendy, Khazanah Pantun Melayu Riau, 234:2007)

33