114
BMM 3114:KEBUDAYAAN MELAYU KONSEP BUDAYA : Definisi, Kandungan (Budaya Material dan Bukan Material), Ciri, Konsep Asimilasi, Akultrasi, dan Akomodasi. Definisi Umum : Seluruh cara hidup masyarakat atau seluruh aspek pemikiran dan tingkah laku manusia yang diwarisi daripada suatu generasi ke generasi yang lain Melayu proses pembelajaran. Budaya juga didefinisikan sebagai kemajuan fikiran, akal budi (cara berfikir) dan berkelakuan masyarakat. Budaya juga boleh didefinisikan sebagai satu cara hidup yang diamalkn oleh kumpulan tertentu dan Melayu yang meliputi sistem sosial, susunan organisasi, ekonomi, politik, agama, kepercayaan, adat resam, sikap dan nilai. Edward Tylor (satu87satu) : Keseluruhan sistem masyarakat yang komplek yang dalamnya ada unsur ilmu pengetahuan, kepercayaan, seni, moral, undang-undang, adat istiadat dan kemahiran yang diperoleh oleh manusia sebagai anggota masyarakat Kroeber dan Kluckhohn (1952) Geertz (1973) : Ahli sosiologi : Merujuk kepada gaya satu cara hidup manusia secara keseluruhan, tmasuklah pemikiran, nilai, pgetahuan, perlakuan dan bhn material yang dikongsi oleh mereka. 1

Bmm 3114 Kebudayaan Melayu

Embed Size (px)

DESCRIPTION

saje2

Citation preview

Page 1: Bmm 3114 Kebudayaan Melayu

BMM 3114:KEBUDAYAAN MELAYU

KONSEP BUDAYA : Definisi, Kandungan (Budaya Material dan Bukan Material), Ciri, Konsep

Asimilasi, Akultrasi, dan Akomodasi.

Definisi Umum :

Seluruh cara hidup masyarakat atau seluruh aspek pemikiran dan tingkah laku manusia yang

diwarisi daripada suatu generasi ke generasi yang lain Melayu proses pembelajaran.

Budaya juga didefinisikan sebagai kemajuan fikiran, akal budi (cara berfikir) dan berkelakuan

masyarakat.

Budaya juga boleh didefinisikan sebagai satu cara hidup yang diamalkn oleh kumpulan tertentu dan

Melayu yang meliputi sistem sosial, susunan organisasi, ekonomi, politik, agama, kepercayaan, adat

resam, sikap dan nilai.

Edward Tylor (satu87satu) : Keseluruhan sistem masyarakat yang komplek yang dalamnya ada

unsur ilmu pengetahuan, kepercayaan, seni, moral, undang-undang, adat istiadat dan kemahiran

yang diperoleh oleh manusia sebagai anggota masyarakat

Kroeber dan Kluckhohn (1952) Geertz (1973) : Ahli sosiologi : Merujuk kepada gaya satu cara

hidup manusia secara keseluruhan, tmasuklah pemikiran, nilai, pgetahuan, perlakuan dan bhn

material yang dikongsi oleh mereka.

Thomas J.Sullivan (1993) : Merujuk kepada tradisi, adat dan perlakuan seseorang

Lucy Mair: Milik bersama sesuatu masyarakat yang ada tradisi yang sama.

Taib Osman (1988) : Kebudayaan adalah cara hidup, cara mengatur hidup sesuatu kelompok

manusia. Lebih penting daripada perbuatan hari-hari seperti cara makan, cara beribadah, cara

menegur seseorang dan cirri-ciri lain iaitu tanggapan alam sekitar dan nilai sosial atau etos kerana

kedua-dua ciri inilah yang mewarnakan sesuatu budaya dan menjadi pendorong bagi tindakan

manusia. 1

Page 2: Bmm 3114 Kebudayaan Melayu

Ibn Khaldun: Merujuk kepada kebiasaan cara hidup. Membezakan manusia dengan haiwan.

Manusia ada kemampuan intelek dan daya berfikir Melayu intelek. Manusia dapat berhubung,

memahami satu sama lain. Manusia dapat menyesuaikan cara hidup dengan alam sekaliling –

proses penyesuaian Melayu melahirkan budaya yang berbeza antara kawasan.

Prof Koetjaraningrat : Keseluruhan daripada kelakuan  dan hasil kelakuan manusa yang teratur

oleh tatakelakuan yang harus diperoleh dengan cara belajar

Ralph L. Beats dan Harry Hoijer :

Mengenal pasti perlakuan yang selalu dipraktikkan, diperoleh melalui pembelajaran oleh kumpulan

masyarakat.

Pendapat Lain : Kebudayaan berasal daripada kata sankrit ‘buddyah’ iaitu bentuk jamak daripada

“buddha” yang bererti budi atau akal. Dengan itu kebudayaan dapat diertikn sebagai hal yang

bersangkutan dengan akal dan budi.

KANDUNGAN BUDAYA

Budaya Material

Objek fizikal atau artifak, peralatan atau kelengkapan hidup seperti rumah, kereta. 

Keris : alat kebesaran bagi raja atau lambang kekuasaan atau kedaulatan. 

Lambang kehebatan orang Melayu yang bijak mencampurkan bahan logam hingga terbentuk

senjata

Bukan Material

Unsur yang tidak wujud secara fizikal: adat, kepercayaan, bahasa dan nilai. 

Adat Istiadat : 

Sistem nilai yang berhubung dengan cara berfikir, pegangan hidup serta amalan sesuatu

masyarakat. 

Tingkah laku yang diterima oleh masyarakat disebut kebiasaan, kebiasaan menjadi adat yang

diterima secara bersama oleh masyarakat 

2

Page 3: Bmm 3114 Kebudayaan Melayu

Adat menjadi peraturan yang dipatuhi dan dihormati oleh masyarakat yang mendukungnya

tanpa paksaan 

Adat: peraturan yang sudah diamalkn secara turun-temurun dalam masyarakat sehingga

menjadi hukum dan peraturan yang harus dipatuhi. 

Istiadat: cara-cara atau peraturan untuk Melayu melakukan sesuatu yang sudah menjadi

kebiasaan atau resam, 

Dalam masyarakat Melayu ada adat Pepatih dan adat Temenggung.

KONSEP-KONSEP BUDAYA

Konsep Akulturasi

Perpaduan dua budaya. 

Dua kebudayaan bertemu dapat hidup berdampingan dan saling mengisi kekosongan yang

lainnya. Ia tidak bertentangan dan tidak hilang unsur asli kedua-dua kebudayaan.

Konsep Akomodasi

Proses menyebabkan setiap kumpulan etnik menyedari dan menghormati norma dan nilai

kumpulan etnik lain. 

Tetap mempertahankan budaya hidup masing-masing 

A + B + C = A + B + C 

Budaya Melayu diamalkan di Malaysia dan di Switzerland

Konsep Asimilasi

A + B + C = A 

satu proses pencantuman dan penyatuan antara kumpulan etnik berlainan budaya sehingga

membentuk satu kelompok dengan kebudayaan dan identiti yang sama. 

Asimilasi mutlak: berlaku penghapusan penuh perbezaan daripada segi budaya dan

identiti. 

Contoh: orang Melayu di Thai – nama, bahasa, cara hidup (kecuali agama) disatukan

menjadi amalan dan cara hidup orang Thai. Malaysia : Baba Nyonya, Orang Cina Kelantan.

3

Page 4: Bmm 3114 Kebudayaan Melayu

CIRI BUDAYA

Budaya yang menjadi amalan masyarakat Melayu yang melambangkan keperibadian identiti dan jati

diri.

 

Bersifat dinamik :

amalan dan cara hidup masyarakat mengalami perubahan kesan perkmbangan masa dan

kemajuan masyarakat. 

Contoh, masyarakat Melayu menerima kedatangan Islam dengan senang hati tanpa ada

sikap penolakan. 

Dari aspek pekerjaan: pertanian bertukar menjadi sektor perindustrian dan perdagangan.

Menerima dan Menolak Unsur Tertentu

Didorong oleh sikap masyarakat yang ingin mempertahankan dan mengekalkan nilai dan

cara hidup lama yang sedia ada. 

Perubahan diterima dengan syarat tidak bercanggah dengan kepercayaan dan nilai yang

dipegang oleh masyarakat berkenaan (agama).

Diwarisi

Amalan nenek moyang suatu masa dulu diperturunkan kepada generasi baharu dan secara

tidak langsung menjadi amalan dan perlakuan masyarakatnya. 

Contoh: adat perkahwinan – berandam, malam berinai, khatam Qu’ran, bersanding, beri

salam, basuh tangan

Proses kesinambungan

Dalam bentuk seni bina, peralatan dan budaya bukan kebendaan seperti kepercayaan, nilai

dan adat resam. 

Contoh: seni bina dulu sederhana, sekarang lebih kreatif dan kontemporari (rumah).

Boleh Dipelajari – oleh pengamal budaya dan diperkembangkan.

Boleh Dikongsi – oleh ahli budaya atau antara budaya.

4

Page 5: Bmm 3114 Kebudayaan Melayu

Bagaimana Ciri Budaya Dilaksana, Sejauhmana Ia Diwarisi  

Diwarisi dari satu generasi ke generasi yang lain. 

Amalan nenek moyang suatu masa dulu diperturunkn kepada generasi baharu dan secara

tidak langsung menjadi amalan dan perlakuan masyarakatnya.

KONSEP MASYARAKAT

(Definisi, Ciri, dan Perkembangan Masyarakat)

Definisi Masyarakat :

Sekelompok orang yang membentuk sebuah sistem interaksi sosial. 

Sebahagian besar interaksi yang berlaku dalam lingkungan sistem sosial itu adalah lahir

daripada individu yang berada dalam kelompok tersebut. 

Sekumpulan manusia yang hidup bersama di suatu tempat tertentu dalam satu komuniti

yang teratur.

Masyarakat menurut definisi Kamus Dewan (2005) ialah kumpulan manusia yang hidup

bersama di sesuatu tempat dengan aturan dan cara tertentu. Individu, keluarga dan

kumpulan-kumpulan kecil merupakan anggota sesebuah masyarakat.

Ciri Masyarakat

satu kelompok dan tinggal tetap dalam kumpulannya 

Komuniti yang saling bergantung dan memerlukan antara satu sama lain 

Ada peranan tertentu 

Ada kebudayaan dan kebudayaan boleh terus berkembang 

Ada statifikasi iaitu kelas dan status 

Berinteraksi Melayu bahasa

Ciri Masyarakat

1.Manusia Yang Hidup Berkelompok

Manusia ialah mereka hidup bersama dan membentuk kelompok. Kelompok inilah yang 5

Page 6: Bmm 3114 Kebudayaan Melayu

membentuk masyarakat. Mereka mengenali antara satu sama lain dan saling bergantungan.

Kesatuan sosial wujud dalam perhubungan sesama manusia ini. Seseorang manusia tidak mungkin

dapat meneruskan hidupnya tanpa bergantung kepada manusia lain.

2.Melahirkan Kebudayaan

Tiada masyarakat, tiadalah budaya dan sebaliknya. Masyarakat akan melahirkan kebudayaan, sama

ada kebendaan atau bukan kebendaan. Budaya itu pula diwarisi dari generasi ke generassi

berikutnya dnegan proses penyesuaian.

3.Mengalami Perubahan

Sebagaimana budaya, masyarakat juga turut mengalami perubahan. Suatu perubahan terjadi

kerana faktor-faktor yang berasal dari masyarakat itu snediri. Sebagai contoh, suatu penemuan

baru mungkin akan mengakibatkan perubahan kepada masyarakat itu.

4.Berinteraksi

Salah satu syarat kewujudan massyarakat ialaah terdapatnya perlakuan berhubung dan

bekerjasama di antara ahli dan ini akan mencetuskan interaksi. Interaksi ini boleh berlaku secara

lisan atau tidak lisan.komunikasi berlaku apabila masyarakat bertemu di antara satu sama lain.

5,Terdapat Kepimpinan

Pemimpin adalah terdiri daripada ketua keluarga, ketua kampung, ketua negara dan sebagainya.

Dalam masyarakat Melayu awal, kepimpinan adalah bercorak tertutup kerana pemilihan

berdasarkan keturunan.

6.Stratifikasi Sosial

Stratifikasi sosial meletakkan seseorang pada kedudukan dan peranan yang harus dimainkannya

atau merujuk kepada susunlapis masyarakat. Stratifikasi sosial boleh dibahagikan kepada tiga

bahagian iaitu kelas, status dan kasta. Kelas ialah kedudukan seseorang dalam masyarakat

berdasaarkan pemilikan harta atau kekayaan seperti orang kaya kelas atasan dan orang miskin,

kelas bawahan

Status ialah jangkaan peranan yang dimainkan oleh individu dalam masyarakat seperti penerimaan

gelaran iaitu haji, lebai, dato' dan sebagainya. Kasta ialah kelas sosial yang keahlinya ditentukan 6

Page 7: Bmm 3114 Kebudayaan Melayu

hanya melalui kelahiran dan dalam hidupnya tidak berlaku mobiliti sosial. Ini dapat dilihat dalam

zaman tradisional India yang memecahkan kasta kepada Brahmin, Ksyatria, Vaisya dan

Sundra/Parya.

Perkembangan Masyarakat

Jaringan erat wujud dalam kalangan anggota masyarakat khususnya melalui Hubungan

Bersemuka. Daripada pergaulan ini, terbina pola hubungan sosial yang berulang sifatnya

seperti kegiatan gotong royong, bersama-sama merayakan sesuatu perayaan melalui rumah

terbuka, berkumpul menyambut pembesar yang datang berkunjung, menghadiri kenduri majlis

perkahwinan, membantu mereka yang ditimpa malapetaka atau menziarahi jiran yang sakit tenat

atau yang telah meninggal dunia. Kekerapan pergaulan ini membina satu kesepaduan dalam

masyarakat tersebut sebagai satu unit sosial. Dalam konteks Malaysia, hubungan harmonis

antara pelbagai kumpulan etnik dapat membina sebuah masyarakat Malaysia yang teguh.

Setiap masyarakat pula mempunyai budayanya tersendiri yang terbentuk daripada hubungan

rapat sesama anggotanya semenjak masyarakat itu wujud. Sebagai contoh, masyarakat Melayu

kampung di kawasan luar bandar Malaysia telah wujud berpuluh abad lamanya, semenjak sebelum

kedatangan kebudayaan asing (sama ada dari negara China, India, Tanah Arab atau Eropah).

Masyarakat Melayu luar bandar yang paling baru dibentuk pada tahun 1956 ialah perkampungan

FELDA (Federal Land Development Authority atau Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan).

Perkampungan FELDA adalah untuk mereka yang berpendapatan rendah.

Para sarjana sains sosial dan kajian kemanusiaan telah menegaskan bahawa kebudayaan tidak

wujud jika tidak ada masyarakat. Pendapat ini berasaskan fakta sejagat bahawa manusia sebagai

anggota masyarakat telah bertanggungjawab mencipta, mengubah, menokok dan melestarikan

budaya, dan telah menurunkannya daripada generasi kepada generasi untuk jutaan tahun dalam

peradaban manusia sedunia. Proses mewariskan budaya melibatkan interaksi dua generasi;

pertama, generasi yang menurunkan budaya; dan kedua, generasi yang menerima budaya.

Generasi yang menurunkannya ketika menerima budaya tersebut telah pun mengubahsuaikannya

secocok dengan keadaan persekitaran sosial dan fizikal semasa mereka. Begitu jugalah yang

dilakukan oleh generasi yang menerima, iaitu anak-anak mereka pun turut mengubah suai budaya

yang mereka terima berasaskan situasi sosial dan fizikal semasa. Dengan cara inilah, sesuatu

7

Page 8: Bmm 3114 Kebudayaan Melayu

budaya terus menerus diperturun, diubah suai dan dilestarikan sepanjang zaman, yang

selanjutnya menjadi asas pembinaan sesebuah tamadun besar seperti di Mesir, negara China,

India atau di wilayah yang lain.

Masyarakat yang berbudaya berkembang dengan menurunkan dua bentuk budaya: budaya

material seperti Tembok Besar China dan Piramid di Mesir; dan budaya bukan material sepeti

sistem kepercayaan dan agama, falsafah dan kesusasteraan, dan pemikiran sains serta kemampuan

mencipta teknologi. Paduan kedua-dua komponen budaya inilah yang menjadi pemacu kepada

perkembangan dan kemajuan sesebuah masyarakat. Penglibatan setiap anggota masyarakat

diperlukan bukan setakat untuk mengatur kehidupan berlandaskan undang-undang, sistem politik,

ekonomi dan pentadbiran tetapi juga dari segi nilai, norma, emosi dan semangat mencintai

masyarakat atau sesebuah negara, yang seterusnya pula mengandungi pelbagai rupa bentuk

masyarakat.

MASYARAKAT MELAYU

(Definisi, Takrif Melayu, Bangsa Melayu, Sejarah dan Latar Belakang Bangsa Melayu)

Latar Belakang Istilah Melayu

Dalam kitab Hindu purba (Purana) terdapat perkatan Malayadvipa yang merujuk kepafa

pulau Sumatera iaitu tempat asal bahasa Melayu.

Dalam catatan China semasa Dinasti T’ang, menyatakan terdapat utusan Mo-lo-yeu

mengirim utusan ke China Mo-lo-yeu merujuk kerajaan Jambi di Sumatera.

Satu lagi catatan China oleh I Tsing menyebut bahawa terdapat sebuah kerajaan di

Sumatera dinamakan Mo-lo-yu iaitu kerajaan Sriwijaya di Palembang.

Dalam catatan kesusasteraan China, pengembara mereka menyebut satu bahasa yang

dikenali Kun-lun dipercayai bahasa Melayu dipertuturkan oleh kerajaan Sriwijaya di

Sumatera.

Konsep Melayu.

8

Page 9: Bmm 3114 Kebudayaan Melayu

Menurut Zuber Osman, Melayu berasal dari perkataan Malaya iaitu kependekan dari hima

alaya bermaksud tempat bersalji iaitu tempat asal bangsa Melayu dari pergunungan

Himalaya.

Dalam batu bersurat Bukit Gombak Satu di Sumatera ditemukan perkataan Malayapura

yang bermaksud kerajaan Melayu.

Dalam bahasa Jawa Kuno, perkataan Melayu berasal dari Mlayu bermaksud mengembara

kerana kerana orang Melayu ialah pengembara dari Yunan.

Dari segi bangsa pula, UNESCO memberikan makna istilah Melayu merujuk kepada suku

bangsa Melayu di Semenanjung Malaysia, Thailand, Indonesia, Filipina dan Madagaskar.

Dalam Perlembagaan Malaysia perkara 153, Melayu ditakrifkan sebagai bangsa Melayu

yang bertutur dalam bahasa Melayu, berkebudayaan Melayu, mengamalkan adat istiadat

Melayu dan beragama Islam.

Secara umumnya, Melayu bolehlah diertikan sebagai bangsa Melayu yang menjadi penutur

asli bahasa Melayu yang menduduki kawasan Kepulauan Melayu, Semenanjung Malaysia,

selatan Thailand dan Filipina, Campa, Sri Langka, Madagaskar dan Afrika Selatan.

Bangsa Melayu

Melayu merujuk kepada mereka yang bertutur bahasa Melayu dan mengamalkan adat resam orang

Melayu. Perkataan Melayu mungkin berasal daripada nama sebuah anak sungai yang bernama

Sungai Melayu di hulu Sungai Batang Hari, Sumatera. Di sana letaknya “Kerajaan Melayu” sekitar

1500 tahun dahulu sebelum atau semasa adanya Kerajaan Srivijaya. Sehubungan itu, dari segi

etimologi, perkataan “Melayu” itu dikatakan berasal daripada perkataan Sanskrit “Malaya” yang

bermaksud “bukit” ataupun tanah tinggi. [9] Ada juga sumber sejarah yang mengatakan bahawa

perkataan “Melayu” berasal dari “Sungai Melayu” di Jambi.

Etimologi

Istilah “Melayu” ditakrifkan oleh UNESCO pada tahun 1972 sebagai suku bangsa Melayu di

Semenanjung Malaysia, Thailand, Indonesia, Filipina, dan Madagaskar. Bagaimanapun menurut

Perlembagaan Malaysia, istilah “Melayu” hanya merujuk kepada seseorang yang berketurunan

9

Page 10: Bmm 3114 Kebudayaan Melayu

Melayu yang menganut agama Islam. Dengan kata yang lain, bukan semua orang yang berketurunan

daripada nenek moyang Melayu adalah orang Melayu.

Istilah “Melayu” untuk merujuk kepada nama bangsa atau bahasa adalah suatu perkembangan yang

agak baru dari segi sejarah, iaitu setelah adanya Kesultanan Melayu Melayuayuaka. Walaupun

demikian, tidaklah sehingga abad ke-17 bahawa istilah “Melayu” yang merujuk kepada bangsa

semakin digunakan secara Melayuayuuas. Sebelum itu, istilah “Melayu” hanya merujuk kepada

keturunan raja Melayu dari Sumatera sahaja.

Penggunaan istilah “Melayu” muncul buat pertama pada kira-kira 100-150 Masihi dalam karya

Ptolemy, Geographike Sintatidakis, yang menggunakan istilah “maleu-kolon”. G. E. Gerini

menganggap istilah itu berasal daripada perkataan Sanskrit, iaitu malayakom atau malaikurram,

yang merujuk kepada Tanjung Kuantan di Semenanjung Malaysia. Sebaliknya, Roland Bradell

menganggap tempat itu merujuk kepada Tanjung Penyabung.

Istilah Malaya dvipa muncul dalam kitab Purana, sebuah kitab Hindu purba, yang ditulis sebelum

zaman Gautama Buddha sehingga 500 Masihi. Dvipa bermaksud “tanah yang dikelilingi air” dan

berdasarkan maklumat-maklumat yang lain dalam kitab itu, para pengkaji beranggapan bahawa

Malaya dvipa ialah Pulau Sumatera.

Istilah “Mo-lo-yu” juga dicatat dalam buku catatan perjalanan pengembara Cina pada sekitar tahun

644-645 Masihi semasa zaman Dinasti Tang. Para pengkaji bersependapat bahawa perkataan “Mo-

lo-yo” yang dimaksudkan itu ialah kerajaan yang terletak di Jambi di Pulau Sumatera, serta juga

Sriwijaya yang terletak di daerah Palembang.

Masalah Dalam Penakrifan Orang Melayu

Penakrifan orang Melayu merupakan satu pekerjaan yang sukar. Sekiranya menurut penakrifan

orang Melayu sebagai orang yang bertutur dalam Bahasa Melayu, penakrifan ini merangkumi

kebanyakan orang di Malaysia, Indonesia, dan sebahagian dari negeri Thai dan Filipina. Tetapi, apa

yang menjadi masalahnya, di Indonesia, orang Melayu hanya merupakan salah satu daripada

beratus-ratus kaumatausuku di negara itu. Lebih-lebih lagi, warga Indonesia lebih suka mengenali

diri mereka sebagai orang Indonesia dan mengenali bahasa mereka sebagai bahasa Indonesia.

10

Page 11: Bmm 3114 Kebudayaan Melayu

Walaupun demikian, secara amnya terdapat dua jenis penakrifan untuk menentukan sama ada

seseorang itu orang Melayu. Iaitu:

Penakrifan undang-undang

Penakrifan antropologi

Penakrifan undang-undang

Di negara Malaysia, orang Melayu didefinisikan menurut perlembagaan dalam pekara 160(2).

Menurut perkara ini, orang Melayu ditakrifkan sebagai:

1. Seorang yang beragama Islam

2. Bertutur bahasa Melayu

3. Mengamalkan adat istiadat Melayu

4. Lahir sebelum hari merdeka sama ada di Persekutuan Tanah Melayu (Malaya) atau di

Singapura atau pada hari merdeka, dia bermastautin di Persekutuan atau di Singapura.

Takrifan undang-undang ini adalah ditetapkan demi keperluan politik di negara Malaysia. Maka

dengan itu, ia adalah tidak menepati hakikat di mana sebenarnya terdapat juga orang Melayu yang

bermastautin di luar Persekutuan Malaysia. Contohnya di selatan Thailand terdapat juga kelompok

manusia yang bertutur dalam Bahasa Melayu dan mengamalkan budaya orang Melayu.

Penakrifan Antropologi

Menurut Syed Husin Ali yang merupakan ahli antropologi di negara Malaysia, orang Melayu itu dari

segi zahirnya, lazimnya berkulit sawo matang, berbadan sederhana besar serta tegap dan selalu

berlemah lembut serta berbudi bahasa. Dari segi etnologi, Melayu bermakna kelompok masyarakat

yang mengamalkan sistem kemasyarakatan dwisisi dan kegenerasian yang termasuk dalam bangsa

Mongoloid.

Asal- usul Bangsa Melayu

11

Page 12: Bmm 3114 Kebudayaan Melayu

Asal usul bangsa Melayu merupakan sesuatu yang sukar ditentukan. Walaupun terdapat beberapa

kajian dilakukan untuk menjelaskan perkara ini, tetapi kata sepakat antara para sarjana belum

dicapai. Secara amnya terdapat dua teori mengenai asal-usul bangsa Melayu iaitu:

Bangsa Melayu berasal dari Yunnan (Teori Yunnan)

Bangsa Melayu berasal dari Nusantara (Teori Nusantara)

Selain itu ada juga pendapat yang mengusulkan bahawa orang Minangkabau itu berasal daripada

pengikut Nabi Nuh, iaitu bangsa Ark yang mendarat di muara Sungai Jambi dan Palembang, semasa

banjir besar berlaku di bumi. Tetapi pendapat ini masih belum mendapat bukti yang kukuh.

Teori ini disokong oleh beberapa sarjana seperti R.H Geldern, J.H.C Kern, J.R Foster, J.R Logen,

Slametmuljana dan juga Asmah Haji Omar. Secara keseluruhannya, alasan-alasan yang menyokong

teori ini adalah seperti berikut:

1. Kapak Tua yang mirip kepada Kapak Tua di Asia Tengah ditemui di Kepulauan Melayu.

Perkara ini menunjukkan adanya migrasi penduduk dari Asia Tengah ke Kepulauan

Melayu.

2. Adat resam bangsa Melayu mirip kepada suku Naga di daerah Assam (berhampiran dengan

sempadan India dengan Myanmar).

3. Bahasa Melayu adalah serumpun dengan bahasa di Kemboja. Dengan lebih lanjut lagi,

penduduk di Kemboja mungkin berasal dari dataran Yunnan dengan menyusuri Sungai

Mekong. Perhubungan bangsa Melayu dengan bangsa Kemboja sekaligus menandakan

pertaliannya dengan dataran Yunan.

Teori ini merupakan teori yang popular yakni diterima umum. Contohnya, dalam buku Teks

Pengajian Malaysia, adapun menyatakan “nenek moyang” orang Melayu itu berasal dari Yunan.

Berdasarkan teori ini, dikatakan orang Melayu datang dari Yunnan ke Kepulauan Melayu menerusi

tiga gelombang yang utama, yang ditandai dengan perpindahan Orang Negrito, Melayu Proto, dan

juga Melayu Deutro. Berikut adalah huraiannya.

Orang Negrito

12

Page 13: Bmm 3114 Kebudayaan Melayu

Orang Negrito merupakan penduduk paling awal di Kepulauan Melayu. Mereka diperkirakan ada di

sini sejak 1000 SM berdasarkan penerokaan arkeologi di Gua Cha, Kelantan. Daripada orang

Negrito telah diperturunkan orang Semang yang mempunyai ciri-ciri fizikal berkulit gelap,

berambut keriting, bermata bundar, berhidung lebar, berbibir penuh, serta saiz badan yang pendek.

Melayu Proto

Perpindahan orang Melayu Proto ke Kepulauan Melayu diperkirakan berlaku pada 2,500 SM.

Mereka mempunyai peradaban yang lebih maju daripada orang Negrito, ditandai dengan

kemahiran bercucuk tanam. Terdapat satu lagi persamaan antara Melayu Proto dimana dikenali

sebagai Melayu Negosiddek dimana kebanyakan terdapat disebuah pulau yang dikenali sebagai

Pinang. Melayu Negosiddek ini mahir dalam bidang lautan tetapi tidak pandai berenang.

Melayu Deutro

Perpindahan orang Melayu Deutro merupakan gelombang perpindahan orang Melayu kuno yang

kedua yang berlaku pada 1,500 SM. Mereka merupakan manusia yang hidup di pantai dan

mempunyai kemahiran berlayar.

Teori Nusantara

Teori ini didukung oleh sarjana-sarjana seperti J.Crawfurd, K.Himly, Sutan Takdir Alisjahbana dan

juga Gorys Keraf. Teori ini adalah disokong dengan alasan-alasan seperti di bawah:

1. Bangsa Melayu dan bangsa Jawa mempunyai tamadun yang tinggi pada abad ke-satu9. Taraf

ini hanya dapat dicapai setelah perkembangan budaya yang lama. Perkara ini

menunjukkan orang Melayu tidak berasal dari mana-mana, tetapi berasal dan berkembang

di Nusantara.

2. K.Himly tidak bersetuju dengan pendapat yang mengatakan bahawa Bahasa Melayu

serumpun dengan Bahasa Champa. Baginya, persamaan yang berlaku di kedua-dua bahasa

adalah satu fenomena “ambilan”.

3. Manusia kuno Homo Soloinensis dan Homo Wajakensis terdapat di Pulau Jawa. Penemuan

manusia kuno ini di Pulau Jawa menunjukkan adanya kemungkinan orang Melayu itu

13

Page 14: Bmm 3114 Kebudayaan Melayu

keturunan daripada manusia kuno tersebut yakni berasal daripada Jawa dan mewujudkan

tamadun bersendirian.

4. Bahasa di Nusantara (Bahasa Austronesia) mempunyai perbezaan yang ketara dengan

bahasa di Asia Tengah (Bahasa Indo-Eropah).

Teori ini merupakan teori yang kurang popular khususnya di negara Malaysia.

Kekeluargaan orang Melayu

Sistem kekeluargaan Melayu mempunyai ciri-ciri yang agak fleksibel. Ciri-ciri ini terlihat dalam

perkahwinan Melayu yang boleh berbentuk matrilokal atau patrilokal, monogami atau poligami.

Lebih-lebih lagi, perkembangan keluarga mempunyai beberapa variasi. Dalam sistem ini, keluarga

boleh bercerai dan bergabung sekiranya berlaku perceraian ibu bapa dan perkahwinan semula.

Malah bukan semua keluarga akan mengalami perkembangan kepada keluarga luas yakni sebuah

keluarga (yang mendiami sebuah rumah) mempunyai golongan tiga generasi. Kelahiran cucu

mungkin membawa kepada perkembangan ini tetapi juga mungkin membawa kepada perpecahan

keluarga dengan perginya ibu bapa yang baru demi mencari ruangan yang baru di luar rumah

untuk keluarganya yang mengalami penambahan ahli. Di samping itu, faktor yang menyebabkan

seorang anak mewarisi rumah ibu-bapa mereka juga tidak menentu dan ia mungkin disebabkan

oleh desakan ekonomi dan alasan-alasan yang lain.

Perkahwinan Orang Melayu

Orang Melayu amat beradat. Perkahwinan mereka secara umumnya terbahagi kepada lima

peringkat istiadat: merisik, melamar, bertunang, bernikah dan bersanding.

Melayu Kacukan

Oleh kerana Nusantara Melayu adalah tempat perdagangan dan pernah dijajah oleh kuasa Eropah,

banyak orang Melayu berkahwin campur dengan bangsa asing dan anak mereka dikenali sebagai

Melayu Kacukan. Sesetengah mereka ada mempunyai kemiripan orang Melayu dan yang lain tidak

ternyata dan susah hendak dikatakan. Di antara masyarakat Melayu Kacukan yang terkenal adalah

Melayu Eropah, Melayu India dan Melayu Arab.

14

Page 15: Bmm 3114 Kebudayaan Melayu

KEBUDAYAAN MELAYU – SISTEM POLITIK

(Sistem Pemerintahan dan Pentadbiran, Institusi Sosial, dan Sistem Kekeluargaan)

Politik ialah proses dan cara membuat keputusan untuk sesuatu kumpulan. Walaupun perkataan ini

biasanya digunakan bagi merujuk kepada kerajaan, tingkah laku politik juga boleh didapati di

korporat, akademik, agama, dan institusi lain. Kebanyakan proses politik membentuk hierarki

dominan (dominance hierarchies). Politik manusia awal berbentuk kumpulan tersusun seperti

keluarga, kerabat (clan), dan suku kaum ( tribes ) dan berkembang menjadi kerajaan.

Sistem politik masyarakat Melayu Tradisional sebelum campur tangan British melibatkan tiga unit

politik yang utama.

NEGERI

paling besar ialah negeri yang diketuai oleh seorang raja, sultan ataupun Yang Dipertuan

Besar.

Raja digunakan untuk negeri Perlis dan gelaran Yang Dipertuan Besar untuk Negeri

Sembilan.  Negeri-negeri Melayu yang lain menggunakan gelaran sultan

mempunyai keistimewaan tertentu untuk bezakan daripada rakyat biasa.  Misalnya, warna

kuning, cop mohor, permainan nobat, penggunaan bahasa istana, serta alat kebesaran yang

hanya dikhaskan untuk mereka.  

DAERAH

daerah yang diketuai oleh seorang pembesar daerah

kawasan yang dihadkan oleh penggunaan sungai sebagai alat perhubungan

diletakkan dibawah kawalan seorang pemerintah yang bergelar pembesar daerah

Pembesar daerah ini akan membentuk satu kumpulan pemerintah yang bersatu bagi

seluruh negeri. 

diberikan kuasa mentadbir oleh Sultan yang memerintah negeri tersebut melalui surat

tauliah

15

Page 16: Bmm 3114 Kebudayaan Melayu

mejalankan tugas menjaga keamanan dan keselamatan daerah, mengutip cukai,

menjalankan perdagangan, dan merupakan penghubung antara rakyat biasa dengan Sultan.

KAMPUNG

paling kecil ialah kampung yang diketuai oleh seorang penghulu atau penggawa.

Ketua kampong ialah penggawa atau penghulu kecuali di Negeri Sembilan.

merupakan orang perantaraan antara orang kampong dengan pembesar daerah.

selalunya dipilih daripada golongan rakyat yang mempunyai darjat yang lebih tinggi.

dicalonkan oleh pembesar daerah dan Sultan akan melantik mereka melalui surat tauliah

menjalankan tugas menjaga keamanan dan keselematan kampong

mengutip cukai dan membekalkan tenaga kerah bagi pembesar daerah atau Sultan semasa

peperangan

mendorong rakyat untuk taat setia kepada pemerintah

Maksud Daulat / Tulah

Daulat berasal daripada daulah. Dipercayai, kalimah daulat itu mempunyai pengertian yang

amat rapat dengan daulah iaitu negeri atau negara. Jadi 'Raja berdaulat' atau Raja yang ada

daulatnya, bererti Raja itu mempunyai negaranya untuk diperintah. 

Tindakan mengangkat sembah 'Daulat Tuanku' adalah doa rakyat supaya raja-raja Melayu

sentiasa berdaulat atau memiliki negara untuk memerintah dengan adil. 

konsep daulat, sultan dianggap mempunyai kuasa dan tidak boleh disentuh. 

konsep daulat memberi pengertian bahawa sultan merupakan seorang yang terpilih dan

diterima oleh tuhan untuk memimpin kesejahteraan masyarakat. 

juga berkaitan dengan knsep tulah. Tulah bermaksud sumpahan. Seseorang yang terkena

tulah sultan dianggap sebagai seorang yang derhaka. 

16

Page 17: Bmm 3114 Kebudayaan Melayu

ditulah maka ia akan menerima bencana seperti keturunan Laksaman Bentan Megat Sri

Rama. 

konsep daulat memberi ruang kepada sultan untuk meletakkan dirinya berbeza dengan

orang lain. Hal ini juga berkaitan dengan unsur ketuhanan atau sebagai wakil tuhan yang

dimilik sultan. Ia seterusnya mencerminkan kelebihan-kelebihan yang ada pada sultan serta

tidak boleh digunakan oleh orang lain. Hal ini mencetuskan konsep daulat dari segi

kehidupan sultan itu sendiri sebagai golongan elit yang tidak boleh dikongsi bersama

dengan rakyat. Ini memberikan banyak keistimewaan kepada sultan seperti hanya sultan

yang boleh berpakaian kuning, penggunaan bahasa dalam yang sering menggambarkan

kehinaan rakyat, penggunaan alat-alat kebesaran , nobat, dan lambang kebesaran dan

kemuliaan.

Pemerintahan Beraja

Pemerintahan beraja merupakan sistem politik Melayu yang bermula daripada zaman Kerajaan

Melaka. Pemerintahan beraja bermula daripada pengaruh Kerajaan Sriwijijaya, iaitu Sistem Beraja

Mutlak serta Sistem Pembesar Empat Lipatan. Sistem Pembesar Empat Lipatan pula terdiri

daripada Bendahara, Penghulu Bendahari, Temenggung, dan Laksamana. Sistem ini kekal turun-

temurun hingga kini. Hal ini demikian dibuktikan dengan kenyataan A.Aziz Deraman yang

berbunyi:

...“Sistem pemerintahan beraja alam Melayu juga unik. Sistem pemerintahan beraja ini berasakan

prinsip kedaulatan yang menjadi warisan budaya yang secara positif menjadi simbol maruah negara.”

...

Sistem Demokrasi

Sistem politik Melayu kini pula ditambah nilai dengan aspek demokrasi. Sistem demokrasi

berbentuk musyawarah yang dipimpin oleh ketua atau pemangku adat setempat. Demokrasi

berparlimen yang menjadi sistem politik Melayu kini ialah pentadbiran kerajaan yang dipilih oleh

rakyat dan untuk rakyat dengan peranan Raja atau Yang Dipertuan Agong untuk meluluskan

undang-undang yang dibuat di Dewan Rakyat dan Dewan Negara. Hal ini demikian menjelaskan

konsep pemerintahan yang berbentuk musyawarah, iaitu ketetapan bersama dalam menentukan

undang-undang yang perlu dilaksanakan. A.Aziz Deraman membuat kenyataan yang berbunyi:

...“Sistem demokrasi berparlimen adalah rupa bentuk budaya politik zaman ini, manakala raja

17

Page 18: Bmm 3114 Kebudayaan Melayu

berperlembagaan yang unik adalah warisan sejarah budaya yang diamalkan sejak zaman-berzaman.

Institusi yang di Pertuan Agong kekal kesinambungannya daripada tradisi beraja negara. Segala adat

istiadat dan upacara yang berhubung dengannya bererti pemupukan budaya yang berterusan.“

Institusi Sosial

Perkataan ‘sosial’ dari segi kebudayaan membawa maksud yang sangat luas meliputi segala aspek

yang berrkaitan dengan masyarakat. Sosial dalam pendefinisian ini merangkumi sistem sosial,

stratifikasi sosial, struktur sosial, perhubungan antara anggota masyarakat, mobiliti sosial dan

bentuk kepercayaan.[3] Dalam konteks masyarakat tradisional, sistem sosialnya merupakan

struktur masyarakat yang belum menerima pengaruh peradaban Barat.

Herarki Sosial Masyarakat Melayu

Herarki merupakan susunan sesebuah masyarakat yang bakal membentuk pentadbiran. Herarki ini

menggambarkan kedudukan sesuatu golongan atau kelompok dalam masyarakat. Bagi masyarakat

Melayu tradisional, sistem sosial atau herarkinya bersifat feudal. Raja atau Sultan berkuasa dan

menduduki tempat tertinggi dalam sistem sosial masyarakat Melayu tradisional. Herarki

masyarakat Melayu tradisional dipengaruhi oleh beberapa faktor iaitu keturunan, hubungan

kekeluargaan, pangkat dan kedudukan yang disandang, tugas dan sebagainya. Dari aspek demografi

pula, kedudukan masyarakat dapat dikategorikan mengikut jumlah pemilikan harta, reka bentuk

rumah, gaya pakaian dan penggunaan istilah dalam pertuturan.

1) Golongan Yang Memerintah

a) Raja/Sultan/Yang Dipertuan

Pada zaman Melayu tradisional, raja dianggap sebagai pemerintah yang berdaulat dan amat mulia.

Daulat ini dikaitkan dengan spiritual dan kepercayaan tradisi. Melalui pengagungan Raja ini maka

timbullah konsep Daulat dan Derhaka. Sesiapa yang ingkar kepada perintah Raja akan dihukum

bunuh akibat tulah yang mereka hadapi. Contohnya, Tun Hussien yang merupakan seorang

pembesar Sultan telah dibunuh kerana didapati ingin menderhakai sultan, walhal, beliau bertindak

atas dasar kemanusiaan yang cuba untuk menegakkan keadilan untuk menuntut bela kematian

ayahnya[4].

[

[18

Page 19: Bmm 3114 Kebudayaan Melayu

Secara umumnya, Sultan berperanan penting dalam tiga aspek utama iaitu politik, sosial dan

ekonomi. Dari segi politik, Sultan berperanan sebagai ketua kerajaan yang memerintah secara

mutlak dan dibantu oleh pembesar yang bertindak sebagai penasihat. Selain itu, baginda juga

berperanan sebagai pemimpin utama angkatan tentera di mana baginda akan mengepalai angkatan

tentera bagi mempertahankan negeri dan meluaskan jajahan taklukan. Di samping itu, baginda juga

merupakan ketua Agama Islam dan penggubal undang-undang.

Daripada aspek sosial pula, baginda bertindak sebagai penyelesai masalah rakyat dengan

menjalankan pemerintahan dan hukuman yang adil kepada rakyat. Oleh sebab itu, Sultan menjadi

tempat mengadu masalah dan dijadikan simbol perpaduan. Seterusnya, bagi aspek ekonomi pula.

Sultan berperanan penting dalam mengawal kewangan kerajaan. Maka dengan itu, Sultan telah

meminta rakyat agar memberikan hasil kegiatan ekonomi kepada kerajaan. Hasil ini dikutip melalui

sistem cukai yang telah diperkenalkan.

b) Keluarga dan Kerabat Diraja

Kedudukan dan status kedua tertinggi selepas Sultan ialah golongan anak raja dan kerabat diraja.

Mereka merupakan golongan yang mempunyai jurai keturunan Sultan yang memerintah sesebuah

kerajaan. Mereka ini diberi gelaran sebagai Raja atau Tengku. Anak raja sebenarnya tidak

semestinya seorang putera kepada Sultan yang sedang memerintah. Anak raja atau putera puteri

raja Sultan juga mempunyai keistimewaan yang sama dengan Sultan. Namun demikian,

keistimewaan yang diberikan kepada anak raja tidak melebihi keistimewaan Sultan sebagai ketua

kerajaan. Antara keistimewaan anak raja ialah mempunyai payung putih dan menggunakan ‘bahasa

dalam’. Dalam kalangan golongan keluarga dan kerabat diraja ini, terdapat beberapa orang yang

mempunyai kedudukan yang lebih istimewa hasil daripada hubungan yang rapat dengan Sultan.

Antaranya ialah hak keistimewaan dalam politik negeri.

c) Pembesar

Anggota masyarakat yang paling hampir dengan pihak bangsawan ialah golongan pembesar. Secara

umumnya, masyarakat melayu tradisional menggunakan sistem pembesar empat lipatan yang

tediri daripada Bendahara, Penghulu Bandahari, Temenggung dan Laksamana.

d) Bendahara19

Page 20: Bmm 3114 Kebudayaan Melayu

Bendahara merupakan ketua eksekutif seluruh mekanisme pentadbiran melayu tradisional. Jika

Sultan mempunyai kuasa spiritual dan divine. Bendahara pula mempunyai pemerintahan secara

fizikal. Taraf Bendahara lebih tinggi berbanding pembesar yang lain apabila beliau merupakan

golongan ketiga selepas kedudukan Sultan. Semasa ketiadaan Sultan, Bendahara mempunyai hak

untuk memangku tugas dan peranan Sultan[5], dengan dibantu oleh Seri Nara Diraja(Penghulu

Bendahari) dan Seri Bija Diraja. Beliau akan menjadi ketua turus tentera, ketua hakim dam ketua ‘di

balai sendiri’ kedudukan Bendahara dibuktikan melalui kedudukan beliau semasa di balairung

istana di mana beliau duduk di sebelah kanan Sultan[6]. Selain itu, Bendahara juga turut

dianugerahkan usungan untuk berjalan-jalan. Keistimewaan Bendahara telah disentuh dalam

Sejarah Melayu yang menerangkan seperti berikut;

“…jikalau Tun Perpatih Permuka Berjajar (Bendahara) duduk di balai, jikalau anak-anak raja datang,

tiada dituruninya, melainkan anak raja yang akan ganti kerajaan maka turuninya; dan jikalau

Bendahara masuk mengadap, tempatnya duduk itu akan dibentangi permaidani; jikalau raja masuk

maka Bendahara pulang, dan segala orang besar-besar dan orang kaya-kaya pergi menghantar

Bendahara kembali ke rumahnya…”[7]

Dalam jawatan Bendahara, tiada sistem yang tetap dalam perlantikan jawatan ini. Oleh sebab itu,

Bendahara selalunya akan dilantik daripada pembesar kanan yang mempunyai hubungan

kekeluargaan dengan Sultan. Kebiasaannya, Bendahara adalah merupakan bapa saudara Sultan

sendiri.

e) Penghulu Bendahari

Penghulu Bendahari menduduki tempat kedua selepas Bendahara dalam golongan pembesar dalam

sistem sosial masyarakat Melayu tradisional. Penghulu Bendahari mempunyai peranan utama

dalam memegang harta benda dan hasil mahsul kerajaan. Para pembesar yang berada di bawah

bidang kuasanya ialah bendahari-bendahari, pemegang hasil negeri, syahbandar-syahbandar dan

hamba-hamba raja[8]. Penghulu sebenarnya merupakan ‘Menteri Kewangan’ dan beliau

menjalankan tugas dengan menjadi wakil yang menerima ufti daripada kawasan taklukan kerajaan.

[

[

[

[20

Page 21: Bmm 3114 Kebudayaan Melayu

Selain itu, penghulu Bendahari juga boleh dititahkan untuk menjadi ketua angkatan tentera perang

untuk menyerang negeri asing seperti Melaka menentang Kampar.

f) Temenggung

Pembesar yang ketiga ialah Temenggung. Temenggung berperanan sebagai Ketua Keamanan

Negeri[9]. Temenggung juga menjadi ‘pengatur’ orang makan di balai istana. Menghakimkan

perbicaraan yang besar sebagai Timbalan Ketua Hakim, menangkap orang yang melakukan

kesalahan, membaiki keadaan pasar dan pekan, dan ketua perancang bandar dan jalan raya.

Kecuaian yang dilakukan oleh Temenggung akan menjadikan sesebuah negeri huru-hara.

Sebenarnya, tugas temenggung ada dibicarakan dalam Undang-undang Melaka seperti berikut;

“Adapun hukum yang diserahkan kepada Temenggung itu barang yang dihukumkan di dalam negeri

seperti tahafus-mentafahus dan seperti tengkap-menangkap orang yang jahat di dalam negeri.”[10]

Selalunya, Temenggung dilantik daripada kalangan keluarga pembesar-pembesar itu sendiri.

Umpamanya, Tun Mutahir yang menjadi Temenggung Melaka adalah anak kepada Seri Nara Diraja

Tun Ali dan anak saudara kepada Tun Perak.

g) Laksamana

Jawatan terakhir dalam sistem empat lipatan dalam herarki zaman tradisional Melayu ialah

Laksamana. Sebelum jawatan ini wujud, jawatan sebagai ketua angkaatan tentera laut dipegang

oleh Hulubalang Besar. Jawatan ini merupakan monopoli orang melayu dari Bentan yang bergelar

Seri Bija Diraja. Tokoh yang terkenal ialah Tun Hamzah (Datuk Bongkok) dan Tun Ketuyup (yang

dibunuh oleh Sultan Mahmud Syah).

Apabila jawatan Laksamana diperkenalkan oleh Sultan Mansor Syah, jawatan ini mula dipegang

oleh Laksaman Hang Tuah yang merupakan golongan kebanyakan. Pada awalnya, taraf Hulubalang

dan Laksamana adalah sama tetapi lama-kelamaan ianya berbeza. Dalam acara pencercaan,

Laksamana dan Temenggung ditugaskan untuk mengawal keselamatan Bendahara. Dalam hal ini

dapat menunjukkan kedudukan kedua-dua pembesar ini hampir sama. Rakyat yang biadap

[

[21

Page 22: Bmm 3114 Kebudayaan Melayu

menentang Bendahara akan dibunuh oleh Temenggung atau Laksamana.

Tugas-tugas utama Laksamana ialah ketua organisasi angkatan laut, pembawa utusan diraja dan

pengawal peribadi Bendahara.

Bagi jawatan Laksamana, ia diganti mengikut lunas kekeluargaan. Contohnya, pengganti-pengganti

kepada Laksaman Hang Tuah ialah Laksamana Khawaja Hassan, iaitu menantunya, dan kemudian

Hang Nadim yang juga menantu beliau. Seperti Bendahara, Laksamana juga dikurniakan usungan.

h) Syahbandar

Syahbandar juga merupakan pembesar yang terpenting pada zaman Melayu tradisional walaupun

tidak tergolong dalam pembesar empat lipatan. Syahbandar bererti ‘pemerintah pelabuhan’ yang

diambil daripada perkataan Parsi. Syahbandar menjadi ketua organisasi pelabuhan dan wakil

saudagar-saudagar asing. Syahbandar diletakkan di bawah bidang kuasa Penghulu Bendahari.

Menurut Tome Pires[11], kehadiran empat orang Syahbandar di Melaka menandakan kehadiran

ramai pedagang daripada berbagai-bagai kumpulan etnik.

Sebenarnya, jawatan Laksamana dan Syahbandar adalah kerana keperluan semasa. Hal ini kerana

sumber ekonomi zaman tradisional Melayu pada ketika itu bergantung kepada kegiatan laut,

terutama perdagangan dan perniagaan. Oleh itu, Laksamana diperlukan untuk mengawal

keselamatan laut. Manakala, kelancaran dan kepimpinan diperlukan di kawasan pelabuhan untuk

memudahkan urusniaga sehingga terciptanya jawatan Syahbandar. Keadaan ini sehinggakan

menyifatkan Laksamana sebagai ‘raja di laut’ dan syahbandar sebagai ‘raja di pelabuhan’.

i) Ulama

Golongan yang dikatakan penting dalam masyarakat tradisional Melayu ialah golongan ulama.

Golongan ini merupakan golongan intelek dan alim ulam yang pakar dalam hal ehwal agama Islam.

Ekoran daripada kepentingannya dalam sistem sosial masyarakat Melayu, maka golongan ini telah

diangkat darjatnya dalam susun lapis masyarakat Melayu tradisional. Biasanya, golongan ini terdiri

daripada masyarakat yang mempunyai keturunan Arab-Melayu. Golongan ini digelar sebagai

maulana, makhdum, kadi dan pendeta tasawuf. Lazimnya, mereka juga turut menggunakan gelaran

kebesaran seperti Maharaja Kadi, Dato’ Mufti Seri Utama dan Imam Maharaja. Golongan ini

[22

Page 23: Bmm 3114 Kebudayaan Melayu

sebenarnya hanya mula memainkan peranan yang penting dalam masyarakat Melayu selepas

tersebarnya Islam ke Nusantara. Pada mulanya, mereka mengajar asas agama Islam. Namun,

apabila Islam berkembang dengan pesat, mereka mula mengajar ilmu dalam bidang tasawwuf,

tafsir, dan hadis.

Selain itu, golongan ini juga telah dilantik oleh Sultan untuk menjadi guru, ketua agama, kadi dan

bertugas menasihati Sultan dalam bidang hukum syarak. Oleh itu, golongan ulama ini dikatakan

mempunyai hubungan yang rapat dengan Sultan.

Seterusnya, pendeta pula merupakan golongan yang pakar dalam bidang kesenian, kebudayaan,

kesusasteraan, adat istiadat dan salasilah raja. Golongan ini mempunyai bilangan yang sedikit

dalam masyarakat Melayu. Namun begitu, mereka menjadi rujukan Sultan dan golongan istana

selain menjadi perawi Sultan.

2) Golongan Diperintah

a) Rakyat

Rakyat merupakan lapisan pertama dalam golongan yang diperintah dalam sistem sosial

masyarakat Melayu. Rakyat merupakan golongan yang terbesar dalam masyarakat Melayu. Fungsi

utama rakyat adalah dari aspek mental, fizikal, dan tradisi ialah menyokong dan patuh kepada

institusi raja dan pembesar. Sebahagian besar daripada golongan rakyat adalah orang Melayu dan

selebihnya adalah orang asing dan Orang Laut yang terlibat dalam kegiatan ekonomi sebagai

pedagang, peniaga, pedagang-mubaligh dan senteri yang menyebarkan agama Islam.

Rakyat kebiasaannya menjadi pengikut atau pengiring pembesar-pembesar dan raja sebagai

hulubalang. Mereka juga terlibat secara langsung dalam apa jua jenis perang yang melibatkan

kerajaan. Sejarah Melayu ada menyebut bahawa orang asing juga terlibat dalam kumpulan ini

seperti Khawaja Baba, Naina Isahak dan Sayyid Ahmad[12].

Selain itu, rakyat biasa juga terdiri daripada golongan peniaga dan saudagar. Mereka ini

mempunyai taraf ekonomi yang lebih rendah daripada golongan buruh kasar dan tukang mahir.

[23

Page 24: Bmm 3114 Kebudayaan Melayu

b) Orang Asing

Selain daripada empat golongan yang terdapat dalam herarki masyarakat tradisional Melayu,

terdapat lagi sebuah golongan yang turut terlibat dalam masyarakat sosial pada zaman tradisional

Melayu iaitu golongan ‘orang asing’. ‘orang asing’ turut dikenali sebagai ‘orang dagang’ dan ‘orang

perantau’ yang terdiri daripada dua jenis utama. Pertama, golongan yang terlibat dalam pelbagai

jenis kegiatan sosial seperti tentera upahan yang kebanyakannya daripada Jawa dan Pasai selain

sebagai mubaligh. Kedua, mereka yang terlibat dalam aspek ekonomi seperti peniaga kecil-kecilan

sehingga menjadi pemborong dan peniaga besar. Golongan yang terlibat dalam kerja mahir juga

dipelopori oleh golongan asing seperti dalam perlombongan bijih yang didominasi oleh golongan

Cina.

Secara umumnya, ‘orang asing’ ini dikategorikan kepada dua kumpulan. Pertama mereka yang

menetap terus di Tanah Melayu. Manakala, golongan kedua adalah mereka yang menjadi

pengunjung sekali-sekala untuk tujuan perdagangan dan perniagaan. Antara golongan ‘orang asing’

pada zaman tradisional Melayu ialah orang Cina, Keling (Tamil), Gujerat, suku-suku dari Arab,

Ghori, Parsi dan Siam.

c) Hamba

Institusi perhambaan di dalam masyarakat tradisional Melayu dikaitkan dengan tradisi

perhambaan di Tanah Arab atau Islam dan wujudnya sistem kasta dalam kepercayaan Hindu.

Sebenarnya, institusi perhambaan ini wujud akibat daripada dorongan keperluan dan kepentingan

sosial serta ekonomi masyarakat melayu. Hamba berfungsi menyediakan tenaga manusia bagi

menyokong dan menjalankan pelbagai jenis kerja yang wujud dalam masyarakat. Hamba dikatakan

mampu meningkatkan taraf hidup pemiliknya kerana semakin ramai hamba yang dimiliki oleh

seseorang, semakin tinggi taraf hidup dan kukuh ekonominya. Contoh yang paling ketara ialah Tun

Mutahir yang mempunyai ratusan hamba dan dianggap sebagai orang terkaya pada ketika itu.

Hamba terbahagi kepada tiga golongan utama iaitu hamba biasa hamba berhutang dan hamba raja.

d) Hamba Raja

Pertama sekali adalah golongan hamba raja. Mereka terdiri daripada orang yang merdeka yang

telah melakukan kesalahan jenayah, kemudian tertangkap lalu mendapat keampunan daripada

sultan, dan berjanji akan menjadi hamba turun temurun.dengan cara ini mereka kan terlepas 24

Page 25: Bmm 3114 Kebudayaan Melayu

daripada menerima hukuman atas kesalahan yang mereka lakukan. Selain itu, golongan ini juga

terdiri daripada tawanan perang atau banduan. Haamba raja juga dikenali sebagai ‘biduanda’ yang

melakukan hampir kesemua jenis pekerjaan. Hamba raja ini mendapat perlindungan daripada

pihak pemerintah.[13] Golongan hamba raja ini mempunyai kedudukan yang lebih tinggi

berbanding dua kelompok hamba yang lain sehingga sesiapa yang membunuh hamba raja akan

mendapat hukuman yang berat seperti yang dinyatakan dalam Hukum Kanun Melaka sebagai:

“Adapun jikalau hamba rajin dan segala hartanya (si pencuri) itu dirampas. Jikalau nakhoda

sekalipun demikian juga hukumannya”.[14]

e) Hamba Biasa

Hamba biasa terdiri daripada tiga kelompok kecil iaitu abdi, dengan dan hamba. Hamba daripada

golongan ini biasa diperoleh melalui pembelian dan pertukaran tuan. Golongan ini menjadi hamba

seumur hidup secara turun-temurun.

Hamba abdi terbahagi pula kepada beberapa jenis. Hamba abdi yang pertama ialah hamba tawanan

yang menjadi hamba apabila tertawan dalam sesebuah peperangan. Kedua ialah hamba diranggah

iaitu hamba yang bukan daripada orang Islam yang ditawan seperti Batak dan orang asli atau

penduduk Islam lain di rantau ini yang diculik dan dijual oleh peniaga hamba abdi termasuk

mereka yang ditawan oleh lanun dan menjadi hamba. Hamba abdi yang ketiga ialah kamba habsyi

iaitu hamba yang diimport dari Afrika. Kebanyakan mereka merupakan orang kulit hitam yang

dibeli oleh orang Melayu semasa menunaikan haji di Makkah. Terdapat juga hamba afrika yang

dibawa oleh penjajah Eropah.

Selain itu, dalam hamba abdi juga terdapat hamba hulur. Hamba hulur merupakan mereka yang

melakukan kesalahan jenayah dan mereka yang menyerah diri kepada pemerintah kerana tidak

mampu untuk membayar semula hutang darah atau denda. Manakala, hamba serah pula mereka

yang menghadapi kesukaran hidup dan menjadi hamba dengan menyerah diri kepada mereka yang

sanggup memberikan makanan atau nafkah hidup. Akhir sekali ialah hamba keluarga atau anak

[

[25

Page 26: Bmm 3114 Kebudayaan Melayu

hamba yang merupakan anak dan isteri kepada hamba abdi.[15]

f) Hamba Berhutang

Hamba yang kedua iaitu hamba berhutang merupakan golongan yang tidak dapat membayar

hutang kepada si pemiutang. Golongan hamba berhutang ini pada asalnya merupakan golongan

orang yang merdeka. Oleh kerana tidak mampu membayar hutang, maka mereka terpaksa menjadi

hamba berhutang untuk melunaskan hutan-hutang mereka. Lebih memeritkan lagi apabila bukan

sahaja mereka yang menjadi hamba, tetapi turut dialami oleh anak-anak dan isteri sebagai hamba

tebusan. Tempoh perkhidmatan hamba berhutang adalah sehingga hutang tersebut telah selesai

dibayar seperti yang telah dijanjikan. Hamba berhutang melakukan pelbagai jenis kerja

termasuklah bercucuk tanam, melombong, kerja-kerja domestik dan lain-lain.

Hamba berhutang sebenarnya terbahagi kepada empat bahagian yang kecil. Pertama ialah orang

berhutang. Orang berhutang merupakan orang yang terikat dengan hutang dan akan dibebaskan

selepas menjelaskan hutang tersebut. Kedua ialah anak emas yang merupakan orang yang menjadi

hamba melalui perkahwinan iaitu hamba lelaki yang berkahwin dengan hamba wanita dan terikat

kepada tuannya. Seterusnya merupakan hamba waris yang merupakan isteri dan anak-anak

hamkba orang berhutang. Akhir sekali ialah hamba bayar yang merupakan abdi yang diserahkan

oleh tuannya kepada orang lain untuk tujuan membayar hutang tuannya kepada pemiutang.

Sesuatu yang menarik dalam golongan hamba ialah mereka dilindungi oleh Hukum Kanun Melaka

yang menyebut bahawa hamba terlindung daripada kezaliman. Hamba bebas untuk bergerak

seperti mengambil upah daripada orang lain.[16] Hasil pendapatan boleh disimpan sendiri atau

diberikan kepada tuan mereka. Kedudukan sosial hamba ini dibicarakan secara panjang lebar

dalam Hukum Kanun Melaka.[17]

Kebudayaan Melayu – Sistem Ekonomi

Ekonomi Masyarakat Melayu

Ekonomi merupakan satu cabang sains sosial yang mengkaji pembahagian sumber yang terhad

untuk memenuhi kehendak manusia. Hal ini termasuklah kajian tentang pengeluaran dan

[

[

[26

Page 27: Bmm 3114 Kebudayaan Melayu

penggunaan barang dan perkhidmatan.

Ekonomi berasaskan Hasil Perdagangan Antarabangsa

Melayu telah berjaya mencapai kejayaan yang lebih besar melalui Kerajaan Melaka pada Abad ke-

15 kesan daripada perdagangan yang berkembang pesat. Melaka telah muncul sebagai kuasa besar

di Kepulauan Tanah Melayu yang setaraf dengan kuasa besar lain seperti Siam, Srivijaya, dan China.

Melaka yang pada mulanya merupakan sebuah kerajaan kecil telah berkembang dan mengambil

alih peranan pusat perdagangan yang dulunya dipegang oleh Srivijaya.

Kejayaan Melaka bertindak sebagai penerima atau pembeli barang-barangan, menjadi pengantara

menemukan pedagang Timur dan Barat termasuk Nusantara, dan juga bertindak sebagai penyebar

barang-barangan yang dibawa ke Melaka ke tempat lain. Hal ini demikian dibuktikan dengan

kenyataan A.Aziz Deraman dalam bukunya pada halaman 9 dan 16 yang berbunyi:

...“Kerajaan Melayu membangun dengan pesat dalam bidang pelabuhan semasa sistem kerajaan

yang mengagumkan sewaktu Kegemilangan Melayu Melaka pada abad ke-15.” ...

2.2 Sistem Sara Hidup Berasaskan Pertanian

Sistem ekonomi Melayu pada abad ke-15 adalah berasaskan hasil pertanian. Hal ini berbeza

daripada sistem ekonomi orang Melayu kini yang tinggal di kota yang kebanyakannya bekerja

dalam sektor perindustrian, perdagangan, pengangkutan, dan lain-lain. Buktinya dapat dilihat pada

halaman ke-9 dan ke-16 yang membuktikan bahawa sistem ekonomi Melayu pada abad ke-15

adalah daripada hasil pertanian.

...“Melayu pada zaman dahulu berekonomikan sistem sara hidup yang mengusahakan ladang untuk

kegunaan dan keperluan diri sendiri.” ...

Kebudayaan Melayu – Sistem Sosial

Sosial Masyarakat Melayu

Sosial adalah perihal tentang kemasyarakatan. Secara umumnya sosial meliputi aspek

persahabatan, pergaulan atau ajaran yang bertujuan untuk membangunkan masyarakat secara

damai. Ruang lingkup sosial masyarakat Melayu sangat besar. Oleh sebab itu aspek yang

dibincangkan dalam bidang sosial masyarakat Melayu meliputi nilai murni, kesenian, undang-27

Page 28: Bmm 3114 Kebudayaan Melayu

undang, dan bahasa.

1. Nilai-nilai murni yang diamalkan

...“Kebudayaan Melayu menerima nilai-nilai yang dibawa Islam seperti kebebasan, kebenaran,

keadilan, kejujuran, kesetiaan dan cinta kepada negara. Norma hidup positif yang turut diamalkan

juga adalah bergotong-royong, muafakat dan kerjasama. Nilai-nilai yang diamalkan ini merupakan

panduan pembentukan imej masyarakat.”...

Begitulah kenyataan A.Aziz Deraman terhadap masyarakat Melayu pada halaman 85. Sifat orang

Melayu sangat terpuji lebih-lebih lagi setelah penyebaran Islam di Melaka. Semangat masyarakat

Melayu yang cinta akan negara diluahkan A.Aziz Deraman dalam kenyataan yang berbunyi:

...“Sikap Melayu cintakan negara. Kata pepatah Melayu “Hujan emas di negeri orang, hujan keris

lembing di negeri sendiri, lebih baik negeri sendiri” ....

2. Kesenian

Hasil seni Melayu jelasnya bukan sekadar pada imejnya walhal mempunyai takrifan makna

bersamanya. Keindahan dan kecantikan dapat dibuktikan dengan kata-kata A.Aziz yang berbunyi:

...“Dalam kesenian sekalipun tidak membawa imejnya semata-mata. Falsafah dan pemikiran

tergambar pada awan larat dan sobekannya mampu menunjukkan imej cita-cita budaya kita.” ...

(Halaman 87).

Dalam masyarakat Melayu, seni dapat dibagi menjadi dua: seni persembahan (tarian, nyanyian,

persembahan pentas seperti makyong, wayang kulit, ghazal, hadrah, kuda kepang) dan seni

tampak (seni ukir, seni bina, seni hias, pertukangan tangan, tenunan, anyaman dll).

Permainan tradisi seperti gasing, wau, congkak, juga termasuk dalam kategori seni

persembahan. Kegiatan seni Melayu mempunyai identitas tersendiri yang juga memperlihatkan

gabungan berbaga-bagai unsur asli dan luar.

3. Kemahiran Seni Halus

Bangsa Melayu kaya dengan hasil seni halus. Yang dimaksudkan dengan seni halus ialah hasil seni

yang melibatkan penggunaan motor halus tangan seperti anyaman dan tenunan. Hasil tangan

masyarakat Melayu ini sangat cantik dan berkualiti. Yang berikut merupakan antara kenyataan

yang dikemukakan A.Aziz:28

Page 29: Bmm 3114 Kebudayaan Melayu

...“Kesenian kita baik seni lakon (muzik, seni tari, seni suara) mahupun seni tampak (seni lukis, ukir,

arca,tekatan, anyaman) perlu digerakkan secara besar-besaran untuk menonjolkan identiti budaya

dan tamadun kita.” ...

...“Kemahiran yang kita ada perlu dilatih untuk membangunkan kejiwaan contohnya dalam bidang

tradisi tekstil (batik, songket, tenunan), logam (kepandaian bertukang emas, perak, kraf tangan).” ...

(Halaman 6)

4. Seni Busana/ Pakaian

Bangsa Melayu juga kaya dengan seni busananya. Baju kurung merupakan salah satu pakaian

masyarakat Melayu yang longgar pada lubang lengan, perut, dan dada. Pada mulanya, baju kurung

biasa dipakai untuk upacara kebesaran Melayu dan kini dipakai oleh masyarakat biasa. Walaupun

baju kurung atau baju Melayu ini merupakan asimilasi bangsa ini namun pemakaiannya berupaya

menjaga identiti Melayu. Justeru jelaslah bahawa bangsa Melayu mempunyai seni busana atau

pakaian sendiri yang dipelihara. Hal ini dibuktikan dengan kenyataan A.Aziz, iaitu:

...“Proses penerapan budaya berlaku sejak awal hubungan tamadun Melayu dengan tamadun Cina,

India, dan Eropah mengikut kesesuaian dan kewajaran budaya itu diterima dalam rumpun Melayu.

Pengaruh seperti pada baju Melayu dan songkok sebenarnya berasal daripada India-Pakistan kini

menjadi unsur nasional kita.” ... (Halaman 84)

Baju tradisional Melayu merujuk kepada baju tradisional orang Melayu, terutamanya baju Melayu

dan baju kurung. Selain itu, ia juga termasuk baju kebaya, celana, kain sarung, samping dan

selendang. Pakaian orang Melayu kini lahir daripada pertumbuhan dan perkembangan pakaian

orang dahulukala melalui proses ubah ansur. Proses ini bukan sahaja berlaku akibat peradaban

awal masyarakat ditempat itu sendiri, malahan yang lebih penting akibat daripada pengaruh

daripada pedagang India, Cina, Arab dan Eropah. Unsur-unsur tamadun dari timur dan barat ini

diolah dan digabungkan menjadi satu budaya yang beraneka rupa serta indah dan unik Pakaian

kaum lelaki yang masih popular hingga kini ialah Baju Melayu manakala pakaian wanita yang masih

popular termasuklah Baju Kurung,Baju Kebaya Panjang, Baju Kebaya Pendek, Baju Kurung Kedah

dan Baju Pahang. Selain itu terdapat juga pakaian yang dianggap klasik seperti pakaian Puteri

Perak, Cik Siti Wan Kembang, Baju Menora dan Baju Minangkabau. Antara baju yang terkenal ialah:-

Baju Riau

Baju Belah Kebaya Panjang

29

Page 30: Bmm 3114 Kebudayaan Melayu

Baju Melayu Cekak Musang

Baju Teluk Belanga

Baju Kurung

a) Baju Riau

Baju berbelah ini seakan-akan kebaya pendek. Baju Riau juga disebut 'Engku Puteri atau Raja

Hamidah' puteri pada Raja Haji iaitu Yang Dipertuan Muda Riau yang kelima dari keturunan Bugis.

Pada umumnya baju traisional melayu untuk kaum laki-laki biasanya dilengkapi dengan kain

Songket.

b) Baju Belah Kebaya Panjang

Walaupun wanita Johor terkenal dengan baju kurung, tetapi dalam acara majlis, mereka muncul

juga dengan memakai kebaya, sebagai warisan daripada Kerajaan Johor-Riau.

Pola baju belah panjang ini masih bersifat ‘mengurungkan’ anggota badan. Secara tradisi

potongannya labuh sehingga buku lali. Cuma bezanya ia berbelah dan berpesak di hadapan baju ini,

umumnya dipakai sebagai pakaian di luar rumah atau upacara rasmi. Baju belah panjang ini

terkenal di Melaka, Perak, Selangor dan Kedah-Perlis. Baju kurung belah ini kemudiannya dikenali

sebagai ‘baju panjang’ dan ‘kebaya panjang’. Tradisi ini berkembang menjadi kebaya dan bertangan

panjang berpesak lurus di hadapan, berkekek dan berbelah dada yang ditutup dengan kancing atau

kerongsang tiga.

c) Baju Melayu Cekak Musang

Istilah ini berhubung langsung dengan pola lingkaran leher baju, tengkuk ‘cekak’ tinggi atau leher

tegak empang leher. Pengertian ‘cekak musang’ merakamkan imej alami untuk leher baju yang

bercekak tinggi berdiri (2.5cm) melingkari leher. Ukuran ditentukan oleh lingkaran (bulat) yang

dibuat dengan ibu jari lain yang bertemu hujungnya. Baju ini mula dipakai di Johor ketika

pemerintahan Sultan Ibrahim Ibni Sultan Abu Bakar.

d) Baju Teluk Belanga

Baju ini mula di perkenalkan di Teluk Belanga, Singapura dan tersebar luas sebagai ciri khas johor

khususnya pada abad ke-19. Ia juga dikatakan sejenis pakaian lelaki yang dikatakan telah direka

oleh Sultan Abu Bakar pada tahun 1866 untuk meraikan perpindahan ibu negeri Johor dari Teluk

30

Page 31: Bmm 3114 Kebudayaan Melayu

Belanga di Singapura ke Johor Bahru. Walau bagaimanapun istilah ini akhirnya menjadi ciri khas

masyarakat Melayu hingga disebut selengkapnya ‘Baju Melayu’.

e) Baju Kurung

Baju kurung dianggap popular dan dipakai oleh lelaki dan perempuan. Perbezaannya terletak pada

bahagian kocek iaitu lelaki mempunyai tiga kocek manakala perempuan mempunyai satu kocek

serta perbezaan daripada segi pemakaian. Pengertian kurung secara tidak langsung telah

membawa erti ‘mengurung atau menutup’ anggota tubuh. Cara ini menepati konsep pakaian cara

Melayu setelah kedatangan Islam, sehinggalah istilah ‘kurung’ diertikan sebagai baju yang selesa

dan longgar, labuh atau panjang. Sehingga disebut dengan berbagai-bagai nama misalnya ‘baju

kurung bernyawa’ walaupun mempunyai pelbagai nama namun baju kurung telah menampilkan

ciri-ciri tersendiri

5. Kemahiran Seni Lakon

Identiti budaya kita juga ditonjolkan dengan seni lakon Melayu. Lakonan ialah salah satu aktiviti

manusia yang bertujuan untuk menggembirakan hati dengan cara meniru watak yang berlainan

dengan dirinya yang sebenar. Lakonan teater masyarakat Melayu boleh dibahagikan kepada

lakonan tradisional seperti Bangsawan, Main Puteri dan Menora yang mana watak dan jalan cerita

tidak lagi berubah walaupun setelah berlakunya perubahan zaman. Wayang kulit bermula

semenjak pengenalan kamera wayang pada sekitar 40an, 1950-an hingga 60-an. Teater moden pula

merujuk kepada yang lain daripada yang di atas. Jelaslah bahawa masyarakat Melayu kaya dengan

seni lakonnya. Seni lakon ini dijelaskan oleh A.Aziz dalam kenyataannya yang menceritakan asal

usul pergerakan seni lakon masyarakat Melayu yang berbunyi:

...“Daripada prinsip unzuru dan tafakkaru inilah budaya Melayu mencipta gerak tari berdasarkan

lambaian sulur, buaian ranting dan dedaun serta gerak geri fauna. Bunyi yang lahir daripada desiran

angin, titisan hujan dan deruan ombak dan diolah menjadi nada lagu.” ... (Halaman 111)

6. Permainan Tradisional

Permainan tradisional telah berupaya membentuk sebahagian daripada kehidupan

yang dilalui oleh nenek moyang masyarakat masing-masing. Asas penting yang

menjamin kesinambungan permainan tradisional pada masa lalu ialah

keseragaman cara hidup nenek moyang kita. Malah sejak dari kecil lagi mereka

membiasakan diri dengan keadaan yang demikian. Ada di antara permainan ini 31

Page 32: Bmm 3114 Kebudayaan Melayu

yang sekarang tidak dimainkan lagi tetapi hanya diketahui oleh ibu bapa dan datuk

nenek kita sahaja. Tetapi ada juga yang masih dimainkan lagi oleh kanak-kanak

sehingga hari ini. Di antara permainan itu termasuklah congkak, wau, selambut,

sepak raga, gasing, dan lain-lain.

Permainan tradisional merupakan sebahagian daripada kehidupan yang dilalui oleh nenek moyang

masyarakat Melayu. Permainan tradisional merupakan hiburan masyarakat Melayu pada waktu

lapang. Hal ini dibuktikan dengan kenyataan pada halaman 127 seperti yang berikut:

...“Kesenian pula terbahagi kepada bentuk tradisional atau sezaman. Bagi Malaysia bentuk tradisional

ada yang berupa etnik seperti makyung, wayang kulit, ngajat, gamelan atau kesenian rakyat yang

mencirikan penyertaan dan penglibatan rakyat seperti permainan tradisional wau, gasing, dan

sebagainya.” ...

a) Sepak Raga/ Takraw

Permainan sepak raga telah sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka. Pada masa

itu permainan ini dimainkan oleh golongan bangsawan.Rakyat Biasa juga

menggemari permainan ini. Pada masa sekarang sepak raga lebih dikenali dengan

nama sepak takraw. Ia bukan hanya dimainkan oleh orang Melayu sahaja tetapi

bangsa-bangsa lain, malah telah dikenali di seluruh. Bola sepak raga diperbuat

daripada bilah-bilah rotan yang dianyam bulat seperti raga sebesar isi buah kelapa

dua atau tiga lapis. Permainan ini dimulakan dengan salah seorang pemain

melambung bola kepada rakannya dengan tangan. Rakannya itu akan menimang

bola itu dengan kakinya sekali atau beberapa kali, sebelum menendangnya ke arah

pemain lain. Pemain-pemain yang membentuk lingkungan atau bulatan itu

mestilah bergilir-giliran menimang bola itu dan mengawalnya supaya tidak jatuh

ke bumi. Jika bola itu jatuh, permainan dalam pusingan tersebut ditamatkan.

b) Batu Seremban

Batu Seremban juga dikenali sebagai permainan Selambut atau Serembat. Sering

dimainkan di waktu lapang.Permainan ini dimainkan oleh kanak-kanak perempuan

sama ada secara individu atau berpasangan. Ianya dimainkan secara berkumpulan

seramai dua hingga empat orang atau lebih.Biasanya ia menggunakan guli kaca,

biji getah, ketul batu yang kecil atau ketulan-ketulan objek lai berbentuk bulat.

32

Page 33: Bmm 3114 Kebudayaan Melayu

Bilangan yang biasa digunakan sebanyak lima biji. Objek-objek ini dikenali sebagai

buah Dalam bermain Batu Seremban ini terdapat beberapa peringkat atau cara

sambutan buah yang berlainan. Bermula dengan peringkat pertama yang mudah

dengan menggunakan sebiji buah yang dinamakan sebagai buah satu hinggalah

kepadaperingkat lebih tinggi atau peringkat yang teratas dinamakan buah tujuh.

c) Congkak

Congkak merupakan sejenis permainan tradisional Melayu. Permainan ini telah

wujud sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi, tetapi tidak pasti asalnya,

samada pengaruh luar telah datang bersama pedagang atau sememangnya telah

dicipta oleh orang Melayu ketika itu. Permainan congkak dipercayai berasal

daripada dunia Afrika atau Arab, bergantung kepada teori mana yang anda

percayai. Bagaimanapun, bukti tertua yang dijumpai oleh cari gali purba yang

dibiayai oleh Persatuan National Geographic menjumpai kepingan batu kapur yang

mempunyai dua liang selari bertarikh semenjak 5000 hingga 7000 SM di masa kini

Jordan.

Dalam permainan tradisional ini, alatan yang digunakan adalah papan congkak dan

buah congkak. Kadang-kadang sebagai ganti papan congkak, lubang-lubangnya

dibuat di atas tanah. Sementara biji-biji congkak pula ialah guli-guli kaca, buah

getah, biji saga, batu-batu kecil dan sebagainya. Setiap papan congkak hanya

boleh dimainkan oleh dua orang sahaja. Papan congkak mengandungi 14 lubang

yang dipanggil "kampung". Terdapat dua lubang besar di setiap hujung papan

congkak. Lubang ini dipanggil "rumah". Panjang papan congkak tujuh lubang

biasanya sekitar 80 cm dan lebanya 18 cm. Papan congkak lazimnya dibuat dari

kayu hutan seperti merbau, keruing, balau dan sebagainya. Terdapat juga papan

congkak yang dibuat dari kayu rambutan, nangka dan sebagainya, mengikut

kemampuan si tukang pembuat congkak.

Cara-cara bermain permainan ini ialah dua orang pemain duduk berhadapan menghadap papan

congkak dan kedua-dua pemain akan mula dengan serentak. Mereka akan memasukkan buah satu

demi satu di dalam lubang kampung dengan pergerakan dari kanan ke kiri hingga ke rumah dan

kampung lawan. Gerakan diteruskan hingga buah yang terakhir pada tangan dimasukkan dalam

33

Page 34: Bmm 3114 Kebudayaan Melayu

kampung kosong di kawasan sendiri atau lawan dan pemain hendaklah berhenti, sekiranya buah

itu jatuh atau mati di kampung sendiri. Pemain itu boleh menembak kampung lawan yang

setentang dengan kampungnya iaitu mengaut kesemua buah (jika ada) di dalam kampung tersebut.

Pihak lawan mengambil giliran meneruskan permainan hingga buahnya mati. Sekiranya buah

terakhir jatuh di dalam rumah sendiri, pemain boleh meneruskan permainan dengan mengambil

buah yang masih banyak di mana-mana kampung sendiri. Sekiranya buah terakhir jatuh di

kampung kosong pihak lawan, maka permainan itu mati di situ sahaja dan pihak lawan boleh

memulakan permainan seterusnya hingga mati. Setelah tamat pusingan pertama, setiap pemain

mengisi semula kampung dengan buah congkak dan jika ada kampung yang tidak cukup buah, ia

dianggap terbakar. Kampung ini tidak boleh diisi apabila bermain pada pusingan yang kedua, ketiga

dan seterusnya hingga pihak lawan mengaku kalah.

d) Galah Panjang

Permainan galah panjang adalah sejenis permainan yang melintasi garisan-garisan berhalang.

Tujuan permainan ini adalah untuk menguji kecekapan pemain berlari melepasi halangan.

Permainan ini dimainkan oleh kanak-kanak lelaki dan perempuan dan bilangannya seramai

sepuluh orang.  Ianya juga dimainkan di kawasan tanah rata dan lapang dan permainan ini tidak

memerlukan sebarang alatan.

e) Guli

Permainan guli ialah sejenis permainan menuju atau melontarkan guli dengan tepat mengenai

sasarannya. Ia biasanya dimainkan oleh kanak-kanak yang berumur antara 7 hingga dua belas

tahun. Permainan ini dimainkan tidak lebih dari lima orang dan dimainkan dikawasan yang lapang

dan rata. Alatan yang diperlukan didalam permainan ini ialah beberapa biji guli.

f) Sepak Raga Bulatan

Sepak raga bulat adalah sejenis permainan menimbang dan mengawal bola raga. Ia bertujuan untuk

menguji kecekapan permain untuk menyepak, menanduk, mendada atau melutut bola raga dan

menghalangnya daripada jatuh ke tanah. Permainan ini dimainkan oleh kaum lelaki dan ia

memerlukan pemain yang ramai. Kawasan yang sesuai untuk bermain permainan ini adalah di

kawasan yang lapang dan rata

g) Wau34

Page 35: Bmm 3114 Kebudayaan Melayu

Permainan wau adalah satu permainan yang menguji kepakaran dan kecekapan pemain membuat,

manaikkan dan melayangkan wau. Ia biasanya dimainkan oleh golongan lelaki dewasa. Permainan

ini tidak menetapkan jumlah pemain dalam permainan ini. Lebih ramai pemain lebih

menyeronokkan dan dimainkan dikawasan yang luas dan lapang. Alat yang digunakan dalam

permainan ini adalah wau dan tali atau benang kasar yang panjang.

 

Permainan wau turut dipertandingkan. Terdapat pertandingan untuk memilih wau yang naik tinggi,

kemahiran menaikkan wau, wau yang mengeluarkan bunyi yang merdu, wau yang mempunyai

warna yang menarik, wau yang mempunyai lukisan yang cantik dan wau yang naik tegak.

h) Gasing

Gasing adalah satu permianan tradisional yang bertujuan menguji kepintaran pemain

memusingkan gasing supaya gasing dapat berpusing dalam jangka masa yang panjang. Permainan

ini dimainkan oleh lelaki dewasa dan kanak-kanak yang berumur Sembilan tahun ke atas. Jumlah

pemain bagi permianan ini adalah 2 orang atau lebih dan dimainkan di kawasan yang lapang dan

rata. Alat yang diperlukan untuk permainan ini ialah gasing timah, tali gasing, lopak, bong, bulu

ayam, getah kecupu, bilah, dan sedikit minyak pelincin.

Perbezaan Cara Permainan Dahulu dan Sekarang

Permainan merupakan satu aktiviti rekreasi sama ada untuk mendapat keseronokan, mengisi masa

lapang ataupun bersenam. Ia boleh dilakukan berseorangan ataupun secara berkumpulan.

Permainan biasanya mempunyai peraturan yang perlu diikuti semua orang. Adat bermain, ada yang

menang dan ada yang kalah, ataupun seri. Permainan yang melibatkan aktiviti fizikal biasanya

dipanggil sukan. Permainan masih diadakan sehingga kini tetapi terdapat perbezaan antara

permainan dahulu dan permainan sekarang. Perbezaan permainan dahulu dan permainan sekarang

akan dibincangkan selepas ini.

Permainan-permainan dahulu seperti permainan Wau, tarian Naga atau permainan gasing

mempunyai ciri-ciri kesenian yang melambangkan keindahan dan keharmonian rakyat di Malaysia.

Aktiviti ini kebiasaannya akan dilakukan secara berkumpulan dimana mereka mempunyai minat

yang sama. Masing-masing akan berkongsi tenaga, pendapat, dan masa semata-mata untuk

memastikan aktiviti seperti ini dapat dilaksanakan. Manakala bagi permainan sekarang, biasanya

adalah permainan komputer yang tidak melambangkan apa-apa dan tidak perlu dilakukan oleh 35

Page 36: Bmm 3114 Kebudayaan Melayu

sekelompok manusia serta tidak dapat mengeratkan hubungan antara manusia seperti permainan

dahulu. Selain itu, permainan komputer akan menyebabkan ketagihan di kalangan pemain. Pemain

yang terlalu ketagih kepada permainan tersebut tidak akan mempedulikan kesihatan mereka, tidak

makan atau tidur semata-mata untuk bermain permainan tersebut.

Permainan dahulu biasanya bersifat harmoni berbeza dengan permainan sekarang yang berunsur

ganas seperti permainan-permainan komputer seperti counter strike yang bersifat ganas yang

mendapat sambutan hangat daripada golongan remaja lelaki. Ini dengan secara tidak langsung akan

mencemarkan minda golongan orang muda zaman ini.

7. Seni Suara

Seni suara merupakan bunyi yang diterima oleh individu dan berbeza bergantung kepada sejarah,

lokasi, budaya dan cita rasa seseorang. Persembahan seni suara dan muzik dalam masyarakat

Melayu adalah unik bukan sahaja sekadar hiburan kosong. Persembahan seni suara sebenarnya

mempunyai pelbagai maksud pengajaran. Buktinya adalah dalam kenyataan berikut:

...“Seni muzik membawa lagu Islam dan zikir, digunakan untuk kepentingan rohaniah di kalangan sufi

bagi mendapatkan ghairat, marhaban, qasidah, berzanji dan digabungkan dalam bahasa Melayu-

Arab dalam dikir berodah.” ... (Halaman 106)

8. Undang-udang, Adat dan Kepercayaan

...“Nilai dan norma merupakan peraturan masyarakat yang terdiri daripada undang-undang, adat

resam, pantang larang dan gaya perlakuan.”...

Begitulah kenyataan A.Aziz Deraman pada halaman 37 yang memperkatakan tentang warisan

masyarakat Melayu. Undang-undang merupakan satu sistem peraturan atau norma yang cuba

diikuti oleh ahli-ahli masyarakat. Undang-undang kebiasaannya ialah peraturan sesuatu negara.

Yang melanggar peraturan tersebut mungkin dihukum atau didenda.

9. Bahasa

Bahasa ialah satu kod yang digunakan oleh pakar linguistik untuk membezakan antara bentuk dan

maksud. Bahasa Melayu yang merupakan sejenis bahasa Melayu-Polinesia di bawah keluarga

bahasa Austronesia telah berusia lebih 1,000 tahun lalu. Bahasa Melayu dikatakan berasal dari

Sumatera Selatan di sekitar Jambi dan Palembang. Rekod terawal bahasa Melayu Kuno ialah sebuah

batu bersurat bertarikh 682 Masihi yang dijumpai di Sumatera Selatan.36

Page 37: Bmm 3114 Kebudayaan Melayu

a) Dialek

Loghat (loghat daerah, dialek atau bahasa daerah) ialah kelainan dalam sesuatu bahasa yang

menjadi ciri satu golongan tertentu dalam kalangan penutur bahasa itu. Istilah ini paling biasa

digunakan untuk menghuraikan corak pertuturan setempat juga ditentukan oleh faktor-faktor lain

seperti darjat sosial. Bahasa Melayu mempunyai pelbagai dialek. Buktinya adalah berikut:

...“Kita mempunyai pelbagai dialek yang menunjukkan asas keserumpunan. Perjalanan budaya dan

tamadun Melayu berkembang subur dan memukau pengamatan bangsa lain melingkungi rantau

geografi Malaysia, Indonesia, Filipina, Brunei, Singapura, Selatan Thai, Indo cina dan berkembang ke

Kepulauan Pasifik di bahagian timur dan mencecah Malagasi di Barat sehingga Taiwan (Formosa di

bahagian utara” ... (Halaman 10)

b) Tulisan

Bahasa Melayu mempunyai bentuk tulisan yang tersendiri. Tulisan Jawi telah mengangkat martabat

Melayu dalam bidang keilmuan. Penerangan yang menunjukkan bahawa tulisan Jawi ini penting

dapat dilihat dalam keterangan berikut:

...“Melayu ditingkatkan menjadi bahasa Islam dengan tulisan baru melalui pengenalan huruf jawi dan

mampu menyatakan konsep dan ilmu baru yang berkembang atau disempurnakan.” ... (Halaman 102)

10. Tarian Melayu

a) Mak Yong

 Berasal dari Patani di selatan Thailand. Dicipta untuk hiburan kerabat DiRaja wanita,permaisuri

serta puteri sewaktu ketiadaan kerabat DiRaja lelaki. Menggabungkan drama romantis, serta tarian

dannyanyian tradisional dengan gaya yang menawan,yang mengisahkan zaman

kegemilangankesultanan Melayu

b) Kuda Kepang

37

Page 38: Bmm 3114 Kebudayaan Melayu

 Permainan kuda kepang ialah sejenis tarian pahlawan berkuda yang berasal dari Jawa, Indonesia. Ia turut dibawa oleh penghijrah-penghijrah ke Tanah Melayu. Para penari menggunakan kuda kepang untuk menggambarkan kisah kejayaan perjuangan suci Islam, diiringi paluan gendang, gong dan angklung. Permainan ini kini merupakan salah satu permainan rakyat di Indonesia, Singapura dan Malaysia, khususnya di negeri Johor, dan biasa dimainkan di majlis perkahwinan atau di majlis keramaian.

Tarian kuda kepang di Yogyakarta

Tarian kuda kepang memerlukan sekurang-kurang 25 orang seperti berikut:

9 orang penari

5 orang pemain muzik

2 orang yang bertindak sebagai "Bomoh Pemulih"

9 - 15 orang penjaga kawasan.

Bagaimanapun dalam sesuatu persatuan, jumlah ahlinya adalah sebanyak 40 orang. Seorang

daripada penari-penari itu bertindak sebagai pemimpin yang dipanggil "Danyang". Penari-penari

biasanya berpakaian seragam.

Peralatan tarian kuda kepang terdiri daripada:

lima buah angklung

sebuah gendang

beberapa gong

beberapa bonang(caklempong)

beberapa saron

beberapa jidur

beberapa kenong

sekurang-kurang sembilan kuda

sebatang pecut

serantai tali sepanjang 100 kaki (30 meter).

Angklung yang berbentuk empat segi diperbuat daripada buluh dan rotan dan dimainkan dengan

cara menggoyangkan dan menggoncangkan buluh tersebut. Gabungan bunyi nyaring daripada

38

Page 39: Bmm 3114 Kebudayaan Melayu

buluh yang kecil serta bunyi bergema daripada buluh yang besar menghasilkan bunyi yang indah

dan menarik. Gendang diperbuat daripada kayu leban dan kulit lembu, sedangkan pengikatnya

diperbuat daripada rotan. Gendang ini yang dipalu mengikut irama yang tertentu berdiameter lebih

kurang tiga kaki. Gong menyedapkan lagi bunyi muzik pengiring. Pecut diperbuat daripada kedua-

dua buluh dan tali yang dipintal menjadi satu. Fungsi pecut adalah untuk mengarah dan mengawal

permainan, iaitu penari-penari kuda kepang. Selain itu, perkakas yang penting ialah kuda yang

diperbuat daripada kulit lembu dan dibentukkan menyerupai kuda dan diwarnakan merah, putih,

atau kelabu. Tali digunakan untuk membuat pagar bagi mengelakkan penari-penari yang mabuk

daripada berkeliaran serta untuk memudahkan bomoh mengawal tarian.

Kuda kepang biasanya dipersembahkan di tempat terbuka atau di atas pentas yang besar. Sebelum

tarian bermula, Tok Bomoh akan membakar kemenyan dan membaca jampi untuk memberikan

tenaga kepada kuda-kuda. Beliau menggunakan telur mentah, bunga, rumput, dan air untuk

persembahan.

Dikawali oleh seorang "danyang" yang melecutkan pecut untuk menentukan rentak tarian, setiap

penari akan naik ke atas kuda masing-masing. Apabila muzik mula bergema, penari-penari yang

dipimpin oleh "danyang" itu masuk ke gelanggang. Rentak muzik bermula dengan perlahan dan

agak membosankan. Setiap penari akan menunggang dan memacu kuda menurut pola yang

ditentukan oleh rentak dan irama lagu itu. Ketika muzik menjadi lebih pantas, kuda-kuda akan

menderap dengan lebih laju. Kekadang pihak penganjur akan merentang kain licik untuk pemain

menitinya. Penari-penari boleh melakukan pergerakan yang aneh dan luar biasa seperti bersilat

melompat-lompat setinggi enam kaki dan sebagainya. Semasa penari dalam keadaan sedemikian,

bunyi-bunyian yang mengiringi tarian ini akan bertambah rancak. Kononnya jika alunan muzik

tidak rancak, penari-penari akan akan menerkam atau menendang pemain muzik seakan-akan

kuda yang sedang berang.

Penari-penari menari selama dua jam sehingga mengalami keadaan bersawai, terpukau dengan

kehebatan pergerakan-pergerakan mereka. Ketika mabuk, mereka kekadang akan bermimpi

menunggang kuda yang benar sambil menari-nari dengan iringan muzik. Disebabkan itu, mereka

mencuba mengejar muzik itu. Keadaan ini dipanggil "naik syeh". Jika keadaan bertambah liar dan

tidak dapat dikawali, Tok Bomoh akan mengarahkan pengawal-pengawal yang ditempatkan di

setiap sudut gelanggang untuk menangkap dan merebahkan mereka ke tanah, dan seterusnya Tok

Bomoh akan membaca jampi untuk memulihkan mereka39

Page 40: Bmm 3114 Kebudayaan Melayu

Kumpulan pemain kuda kepang diperlukan menyerahkan pengeras kepada Tok Bomoh untuk

persembahan. Pengeras ini terdiri daripada kemenyan, air mentah, nasi campur dengan lauk ayam

dan sayur, serta beberapa jenis kuih. Selain itu, kumpulan pemain juga dikehendaki menyerahkan

wang sebanyak RM2.25 kepada tuan rumah atau penganjur untuk Tok Bomoh persembahan.

Kumpulan pemain mengenakan bayaran yang tidak kurang dari RM200 untuk setiap persembahan.

Sebagai pantang larangan dalam permainan kuda kepang, pemain-pemain tidak boleh diacah

semasa dalam permainan atau ketika sedang mabuk kerana ditakuti akan melarat dan menjadikan

keadaan tidak terkawal. Pemain-pemain juga tidak boleh melihat kain merah kerana ini merupakan

pantang larangan semulajadi. Selain itu, pemain-pemain juga tidak boleh terlihat kaca kerana takut

bahawa mereka akan makan kaca itu.

c) Zapin

 Pengaruh Islam ketara dalam tarian Zapin. Terkenal di negeri Johor. Diperkenalkan oleh para

mubaligh dari Timur Tengah. Pada mulanya digunakan dalam amalan berzikir yang bertujuan

menyebarkan pengetahuanmengenai sejarah tamadun Islam.

d) Tarian Lilin

 Dipersembahkan oleh penari wanita sambilmenatang lilin di dalam piring kecil di atas telapak

tangan mereka. Memaparkan gerak-geri yang penuh dengankelembutan

e) Tarian Gamelan

 Dikesan di empayar Riau dan Lingga dalam kurunke-17. Mula di persembahkan buat pertama kali

dikhalayak ramai di Pekan Pahang dalam tahun 1811 dalam upacara persandingan Tengku

Hussain,putera kepada Sultan Abdul Rahman yangmemerintah Lingga, dengan Wan Esah yakni

adikperempuan kepada Bendahara Ali dari Pahang.

 

Mula di perkenalkan di Terengganu selepasTengku Mariam iaitu seorang puteri di

Pahang,mengahwini Tengku Sulaiman yakni putera kepadaTengku Zainal Abidin dari Terengganu.

Dipersembahkan secara eksklusif oleh penari wanita. Boleh dipentaskan secara dalaman ataupun

persembahan terbuka. Elemen Jawa boleh dilihat dari segi seni tarian tersebut. Secara estetikanya,

40

Page 41: Bmm 3114 Kebudayaan Melayu

tarian ini adalah sangat cantik dan merupakan bentuk tarian yang paling kaya dari segi jenisnya

dalam kebanyakan kostum tarianMelayu

f) Tarian Cik Siti Wau Bulan

 Pada musim menuai di negeri-negeri sebelah Pantai Timur sering diadakan permainan seperti

main gasing, main wau, rebana ubi, rebana kertuk,rebana kayu dan lain-lain lagi.

Bersempena dengan permainan wau maka satu tarian yang diberi nama Cik Siti Wau Bulan telah

dicipta. Tarian ini mengisahkan anak muda bermain-mainwau di musim menuai.

Kemeriahan tarian ini tergambar dalam gerak-geripenari-penari yang terdiri daripada anak

mudalelaki dan perempuan.

g) Joget

 Terkenal di Malaysia ini adalah sebuah tarian yangmeriah, dengan rentak yang agak laju.

Dipersembahkan oleh pasangan penari dengangerak-geri pantas yang disulami pelbagai

usikan,berasal dari tarian tradisi Portugis yangdiperkenalkan di Melayuayuaka sewaktu era

perdagangan rempah di situ.

h) Tarian Asyik

 Sejenis tarian Melayu klasik dari daerah - daerah di Kelantan yang ditarikan di istana raja – raja

Kelantan dan Patani. Asyik bererti kekasih, oleh itu tarian ini bersesuaian dengan gerak - geri

bersifat lemah lembut danpenuh dengan ketertiban. Dimulai dengan sepuluh orang penari masuk

kedewan tarian terlebih dahulu , lalu duduk bersimpuh.

11. Seni Muzik/ Lagu

Seni muzik merupakan salah satu seni yang telah lama wujud dalam masyarakat sosial di negara

kita. Seni muzik merupakan salah satu hiburan yang paling diminati di negara kita dari dahulu

hingga kini. Muzik juga merupakan satu tarikan kepada manusia dalam kehidupan sosial. Ahli

falsafah berpendapat manusia secara semulajadi mempunyai tarikan terhadap muzik.. Fakta ini

jelas kerana muzik menjadi kegemaran sejak manusia dilahirkan lagi. Muzik bukan sahaja dapat

dinikmati melalui pacaindera malahan dapat dirasai melalui hati dan perasaan seseorang itu. Muzik

dapat memberi kesan dalam hidup orang ramai melalui seni,irama dan lagu. Muzik juga dapat

ditontonkan dan dipersembahkan melalui pelbagai cara samaada secara terus ataupun melalui

media. Persembahan muzik bukan sahaja dapat dilakukan dengan pelbagai cara malahan dapat 41

Page 42: Bmm 3114 Kebudayaan Melayu

dipersembahkan oleh kaum lelaki mahupun wanita. Menurut kamus dewan pula seni muzik

merupakan satu gubahan bunyi yang menghasilkan hiburan dalam bentuk lagu dan irama yang

indah dan menyenagkan. Seni muzik juga sentiasa berubah-rubah melalui aliran dari zaman ke

zaman.

Di Malaysia,seni muzik tradisional merupakan seni yang tidak lapuk di kalangan pelbagai etnik di

negara kita. Seni muzik tradisional merupakan warisan turun temurun sesuatu kaum dan

mempunyai keunikan tersendiri. Setiap bangsa mempunyai ciri-ciri muzik yang tersendiri. Seni

muzik tradisional juga bergantung kepada adat dan budaya sesuatu bangsa. Pada zaman dahulu

muzik hanya dimainkan oleh golongan bangsawan ataupun untuk hiburan diraja sahaja. Namun

begitu terdapat juga muzik yang dimainkan untuk rakyat. Jelas disini seni muzik pada zaman

dahulu mempunyai hieraki tersendiri. Selaras dengan peredaran zaman rakyat juga dapat

menikmati seni ini pada masa kini. Alat muzik juga merupakan lambang estitika dalam masyarakat

kita. Ia bukan sahaja dijadikan sebagai hiburan malahan menjadi alat untuk penyebaran maklumat

dan sahsiah. Sesetengah alatan muzik juga mempunyai unsur magis yang boleh menaikan semangat

dan digunakan dalam upacara tertentu.

CONTOH – CONTOH ALAT MUZIK TRADISIONAL

GONG

 Gong ialah salah satu alat muzik yang digunakan muzik tradisional melayu. Gong diperbuat

daripada logam . Antara logam yang selalu digunakan ialah tembaga dan besi. Ia dimainkan dengan

cara mengetuk secara berselang seli dan lazimnya dimainkan bersama bonang,gendang dan

serunai. Ia diaminkan dalam muzik gendang silat,gendang keling dan gamelan.

BONANG

42

Page 43: Bmm 3114 Kebudayaan Melayu

Bonang juga menghasilkan bunyi seperti gong tetapi mempunyai bunyi yang lebih halus dan

mempunyai pelbagai bunyi.Ia mempunyai 10 buah canang yang dibuat dari perenggu. Canang cang

ini berwarna keemasan dan disusun kemas dalam dua baris dan diapungkan di atas dua

ingkar.Bonang lazimnya dimainkan dalam muzik Gamelan.

GENDANG

Gendang pula terbahagi kepada dua iaitu gendang ibu dan gendang penganak.Gendang dihasilkan

dengan sebatang kayu yang ditebuk.kayu yang lazimnya digunakan untuk membuat gendang ialah

kayu nangka. Setiap gendang mempunyai dua muka yang diperbuat daripada kulit kambing dan

kulit lembu yang diikat pada gendang tersebut menggunakan rotan atau tali.Gendang boleh

dimainkan bersama serunai,gong dan alat-alat muzik yang lain kerana bunyi gendng boleh

dimanipulasi mengikut keaadaan. Gendang penting untuk meminkan muzik wayang kulit,Gendang

keling,muzik silat dan muzik-muzik tradisional yang lain.

SERUNAI

Serunai merupakan salah satu alat muzik yang dimainkan secara tiupan. Terdapat pelbagai jenis

serunai dan bentuk serunai. Serunai yang paling terkenal dalam seni muzik di Malaysia ialah 43

Page 44: Bmm 3114 Kebudayaan Melayu

serunai Kedah dan serunai Kelantan.Serunai dihasilkan dengan menggunakan pelbagai jenis kayu

yang mudah ditebuk. Kayu daripada pokok cili merupakan antara kayu yang popular bagi

menghasilkan alat muzik ini. Serunai mempunyai lapan lubang di bahagian atas dan satu lubang di

bahagian bawah. Serunai dimainkan dalam muzik gendang keling,gendang silat.wayang kulit dan

sebagainya.

KOMPANG

 

Kompang ialah alat muzik yang bebentuk seperti sebiji tamborin tanpa kepingan besi di sekeliling.

Namun terdapat juga kompang yang mempunyai kepingan besi di sekeliling yang mempunyai bunyi

yang lebih sedap didengar. Kompang merupakan antara alat muzik yang paling popular di Malaysia.

Kompang dimainkan dengan mengunakan paluan menggunakan tangan dan jari. Kompang juga

digunakan dalam pelbagai majlis seperti majlis kenduri dan perarakan hari kemerdekaan. Kini

kompang digunakan bagi menyambut tetamu kehormat dalam sesuatu majlis. Kompang dimainkan

secara berkumpulan. Lazimnya kompang dimainkan oleh sepuluh orang dan mempunyai seorang

ketua yang bertindak menjadi ketua. Kompang dipalu dengan pelbagai corak dengan melapiskan

pelbagai rentak paluan yang berbeza menjadi satu gabungan ritma yang menarik.

REBANA

Rebana ialah alat muzik yang dipukul dan dipalu untuk menyampaikan pelbagai jenis pesanan pada

zaman dahulu. Bunyi-bunyi yang dihasilkan mempunyai makna tertentu seperti serangan musuh,

penguguman diraja,penguguman majlis dan kematian. Kini rebana digunakan untuk pelbagai

44

Page 45: Bmm 3114 Kebudayaan Melayu

kegunaan terutama dalam bidang muzik. Ia telah menjadi alat muzik yang digunakan untuk

persembahan dalam acara kemasyarakatan dan persembahan. Rebana lazimnya dipalu pada hari

kebangsaan dan dimainkan dengan alat muzik yang lain. Pemukul atau pemalu rebana perlu

mempunyai kekuatan dan stamina yang kuat bagi menghasilkan bunyi dari rebana.

GAMBUS

Gambus merupakan salah satu alat muzik timur tengah yang dimainkan dalam dalam pelbagai gaya

dalam muzik tradisional melayu. Dalam sejarah, alat muzik ini dikatakan dibawa ke Malaysia oleh

pedangang dari Parsi serta negara timur tengah yang lain. Alat muzik ini direka dengan seni yang

amat halus dan diukir dengan teliti. Uniknya gambus dihasilkan dengan campuran pelbagai jenis

kayu. Gambus menghasilkan bunyi seakan-akan bunyi kecapi. Cara menghasilkan bunyi gambus

ialah petikan talinya. Gambus merupakan alat muzik utama dalam muzik Ghazal. Jika dilihat dari

corak yang diukir di atas gambus, terdapat banyak unsuk kesenian timur tengah yang ditonjolkan.

SAPE

Sape adalah sejenis alat muzik tradisional masayarakat orang ulu atau penduduk ulu di sungai di

Sarawak. Sape berasal dari kaum kayan. Sape juga merupakan salah satu alat muzik petik yang

mempunyai bunyi yang unik. Ia berbentuk lebar,mempunyai tali,bertangkai kecil dan lebar lebih

kurang 1 meter. Sape diperbuat daripada sebatang kayu yang ditebuk dan mempunyai ukiran corak

berwarna yang unik. Alat muzik ini dahulunya dimainkan seorang diri sebagai hiburan. Selaras

45

Page 46: Bmm 3114 Kebudayaan Melayu

dengan peredaran zaman,sape dimainkan secara sosial dan dimainkan mengikut tema yang

berbeza bagi mengiringi tarian seperti Ngajat dan Datun Julud.

Muzik Tradisional Yang Terdapat Di Malaysia

Gamelan

Gamelan terbahagi kepada beberapa jenis iaitu Gamelan Jawa, Bali, Sunda, Banyuwangi, Kromong

dan Gamelan Amerika. Muzik gamelan biasanya dimainkan dalam majlis formal dan tidak formal

didalam istana bagi tatapan diraja. Pemuzik gamelan lazimnya terdiri daripada 9 orang lelaki dan

tujuh orang penari perempuan. Alatan muzik yang digunakan dalam muzik gamelan terdiri

daripada beberapa jenis iaitu Gong Agong, Gong Samakan, Gendang Ibu, Gambang dan Bonang. Kini

Gamelan diserapkan menjadi pelajaran di universiti dan dipersembahkan pada majlis-majlis

tertentu bagi mengekalkan kesenian ini. Gamelan sudah menjadi satu seni muzik yang diminati dan

persembahannnya dipamerkan di tempat bersejarah seperti di makam mahsuri.

Nobat

Nobat ialah salah satu kesenian muzik yang masih popular di Malaysia. Seni nobat masih

terpelihara sejak 400 tahun yang lalu. Dahulunya Nobat terkenal dengan persembahan kesenian

untuk diraja khususnya di negeri Perak,Kedah dan Kelantan. Nobat dilihat paling popular di negeri

Kedah dan bertapak di negeri itu hingga kini. Muzik nobat dianggap satu kesenian yang amat unik

di rantau nusantara. Ia dimainkan di majlis-majlis tertentu sahaja di istana. Kini muzik nobat

dijadikan penghibur utama atau pengiring dalam majlis perkahwinan,istiadat pertabalan dan

dipersembahkan dalam majlis tertentu bagi memperkenalkan kesenian ini dalam masyarakat sosial

di negara kita.

Cak Lempong

Muzik tradisional yang dipanggil Cak Lempong dikatakan telah dibawa ke Tanah Melayu oleh

masyarakat Minangkabau dari Sumatera Barat yang menetap di Negeri Sembilan seawal kurun ke -

14. Cak lempong dimainkan menggunakan gong-gong kecil yang berbentuk seperti seperti Bonang.

Dahulunya Cak Lempong dimainkan bertujuan menyatukan rakyat dan dimainkan ketika upacara

sultan di Negeri Sembilan. Kini masayarakat menjadikan Cak Lempong sebagai satu seni muzik

yang dijadikan hiburan di majlis perkahwinan,perasmian,keraian dan tarian. Muzik Cak Lempong

juga sudah mulai popular di kalangan masyarakat majmuk di seluruh Malaysia. Cak Lempong

dijadikan satu pelajaran di institusi pengajian tinggi bagi menyemai semangat kecintaan kepada

muzik tradisional ini di Malaysia.

Gendang Keling46

Page 47: Bmm 3114 Kebudayaan Melayu

Kesenian gendang keling merupakan kesenian yang amat popular di negeri Kedah dan Perlis. Ia

diberi nama Gendang Keling kerana terdapat sedikit kesenian dari India yang terdapat dalam seni

muzik ini. Antara kesenian India yang terdapat dalam muzik ini ialah irama ,serunai yang

digunakan dan bentuk gendang yang digunakan. Kumpulan muzik Gendang Keling lazimnya terdiri

daripada lima orang. Dua orang diberi tugas memukul gedang pengibu dan penganak,seorang

diberi tugas meniup serunai,seorang memainkan kerincing dan seorang lagi memukul gong jantan

dan gong betina. Gendang keling lazimnya dimainkan di majlis-majlis kenduri bagi menghiburkan

tetamu yang bertandang. Dalam erti kata lain Gendang Keling sudah sinonim dengan masyarakat

apabila sesuatu majlis kenduri diadakan. Dalam persembahan Gendang Keling, lagu-lagu yang

dimainkan ialah lagu tradisional seperti kutip siput,ayam didik,selendang mak inang, lagu-lagu

india,lagu-lagu siam,dan lagu hindustan. Selain lagu tersebut,kadangkala muzik gendang silat juga

dimainkan dalam persembahan kumpulan muzik Gendang Keling.

12. Perubatan

Perubatan tradisional Melayu ialah perubatan Melayu yang diamalkan oleh para bomoh dan Tok

Dusun sejak beberapa abad dahulu. Perubatan ini yang banyak menggunakan bahan-bahan yang

berasal daripada tumbuh-tumbuhan dan herba telah diterima dengan penuh minat oleh

masyarakat Melayu di Malaysia kerana ia merupakan kaedah yang selamat dan tidak memberi

kesan sampingan terhadap tubuh badan manusia. Ini dapat di buktikan dengan banyaknya produk

ubat tradisional Melayu yang dipasarkan. Dianggarkan pada masa ini melebihi 13,000 jenis

tumbuh-tumbuhan yang berpotensi untuk dijadikan ubat bagi menyembuhkan pelbagai penyakit.

Kebanyakkan tumbuh-tumbuhan ini terdapat di kawasan tropika. Menurut kajian Universiti Sains

Malaysia, terdapat 2,000 hingga 3,000 spesies tumbuh-tumbuhan ubatan di Malaysia yang telah

digunakan bagi tujuan perubatan moden dan tradisional. Satu lagi faktor tentang mengapa

perubatan tradisional Melayu mendapat tempat dalam kalangan masyarakat adalah kerana ia lebih

murah, berbanding dengan rawatan dan perubatan lain.

Pengamal perubatan tradisional Melayu banyak bergantung kepada pengetahuan dan ingatan yang

diwarisi daripada guru mereka secara turun-temurun. Dikalangan bangsawan, terdapat juga buku

perubatan dikarang, yang dipengaruhi dari Parsi seperti kitab Tib yang dikarang. Ada juga yang

dikatakan mendapat ilmu tentang perubatan dan rawatan melalui mimpi atau ilham dengan cara-

cara yang tertentu.

47

Page 48: Bmm 3114 Kebudayaan Melayu

Pada zaman penjajahan British, amalan perubatan Barat sangat popular sehingga amalan

perubatan tradisional Melayu dilupai, khususnya oleh golongan bangsawan dan para cendiakawan.

Masyarakat Melayu lebih mempercayai perubatan Barat yang dibawa oleh penjajah kerana kajian

yang dijalankan mereka terhadap sesuatu penyakit adalah lebih saintifik. Namun sejak akhir-akhir

ini, perubatan tradisional Melayu semakin mendapat tempat di hati masyarakat Melayu kerana ia

tidak menggunakan bahan-bahan kimia dan beracun.

Sistem perubatan tradisional Melayu

Perubatan tradisional Melayu adalah melalui amalan petua yang terdiri daripada dua aspek, iaitu

amalan suruhan dan amalan tegahan.[1] Amalan suruhan banyak berhubung dengan pemakanan

daripada segi jenis, kuantiti, dan khasiat yang terdapat di dalam tumbuhan. Ia bertujuan untuk

mendapatkan keseimbangan serta mengelakkan sebarang serangan penyakit dan keuzuran.

Amalan tegahan pula bertujuan untuk menghalang pesakit daripada memakan makanan tertentu

sewaktu dalam tempoh rawatan sebagai pantang larang. Ia bertujuan untuk memeliharakan

kesihatan manusia dalam keadaan baik secara berterusan atau bagi mempercepatkan

penyembuhan penyakit.

Kebanyakkan pengamal perubatan tradisional Melayu mengkategorikan punca penyakit kepada

yang bersangkutan dengan darah dan yang bersangkutan dengan angin. Darah perlu 'panas' tetapi

tidak boleh berlebihan. Angin disalurkan melalui urat di dalam badan. Namun jika terdapat terlalu

banyak angin, ia akan menyekatkan perjalanan darah lalu menganggu kesihatan. Justeru, darah dan

angin merupakan dua unsur utama dalam tubuh seseorang. Jika kedua-dua darah dan angin

berkeadaan baik, maka individu yang berkenaan itu akan sihat. Sehubungan dengan itu, kaedah

pengurutan juga dilakukan bagi menolak 'angin' dan merangsang perjalanan darah dan urat.

Pengurutan biasanya dilakukan pada bahagian-bahagian badan yang terlibat dalam kerja berat,

seperti tangan, kaki, dan belakang tubuh. Ia dilakukan dengan menggunakan minyak urut atau

minyak angin yang diperbuat daripada minyak kelapa dan beberapa jenis tumbuhan yang

mempunyai khasiat 'panas'. Tumpuan utama pengurutan adalah untuk merawat perempuan lepas

bersalin. Di samping itu, mereka juga digalakkan mengambil ramuan tumbuhan untuk dimakan dan

disapu pada badan bagi mengeluarkan angin dari urat.

Dalam perubatan tradisional Melayu, penggunaan tumbuh-tumbuhan adalah amat meluas.

Kebanyakkan pengamal perubatan tradisional Melayu berpendapat khasiat perubatan terletak

48

Page 49: Bmm 3114 Kebudayaan Melayu

terutama pada akar tumbuhan dan bagi tumbuhan yang berubi, ia terletak pada ubinya. Pengamal

perubatan tradisional Melayu biasa mengkategorikan zat tumbuhan kepada tiga, iaitu:

1. Zat besi untuk menguatkan darah;

2. Zat kawi untuk menstabilkan perjalanan fungsi tubuh; dan

3. Zat kapur untuk menyejukkan badan.

Gabungan Pengamal Perubatan Tradisional Melayu Malaysia (GAPERA) menggantikan PUTRAMAS

merupakan salah satu Badan Pengamal yang dikenal oleh Kementerian Kesihatan Malaysia di

Bahagian Perubatan Tradisional dan Komplementari sila lihat GAPERA

Prinsip amalan perbomohan

Amalan perbomohan yang menurut perspektif Islam mestilah berdasarkan sumber-sumber yang

pasti, sama ada dari al-Quran atau dari Sunnah, serta sumber-sumber perundangan yang diiktiraf

oleh Islam. Sekiranya terdapat percanggahan dengan prinsip akidah Islam, maka amalan tersebut

perlu disingkirkan. Penggunaan ayat-ayat roh, penunggu, atau makhluk lain, dengan tujuan untuk

bersahabat atau meminta bantuan daripada mereka, tidak dibenarkan dalam amalan perubatan

Melayu. Justeru, bantuan dan harapan hanyalah bersandarkan kepada Allah, di samping usaha-

usaha yang dilakukan.

12) Seni Tampak.

Seni tampak atau seni visual adalah satu bentuk seni yang menumpukan kepada hasil penciptaan

yang berbentuk visual seperti lukisan, fotografi, grafik dan filem. Kebanyakan disiplin kesenian

seperti seni persembahan, bahasa dan masakan melibatkan aspek seni visual dan lain-lain seni, jadi

definisi seni tidak terhad.

Dengan kata lain seni visual adalah sesuatu hasil/ciptaan yang boleh dinampak melalui penglihatan

mata. Hasil/karya itu adalah bersumberkan daya fikiran dan kesenian yang mutlak dalam minda

seseorang dan seterusnya diterjemahkan kepada objek yang nyata serta boleh dilihat seperti

gambar, arca, model dan sebagainya.

a) Keindahan49

Page 50: Bmm 3114 Kebudayaan Melayu

Setiap orang mempunyai persepsi terhadap keindahan yang lain. Sesuatu objek yang kelihatan indah mungkin tidaklah 'cantik' kepada orang lain. Jadi, mesej yang disampaikan serta maksud yang diterjemahkan ke dalam bentuk karya/hasil seni ini adalah amat penting. Contohnya, seseorang anggap poster yang mempunyai sebaris perkataan "A Star is Born" dan ilustrasi seperti satu bintang di latar belakang yang gelap tidaklah begitulah cantik dan indah. Namun, ia adalah 100% indah jika ia dapat memenuhi kehendak untuk poster itu serta mesej yang disampaikan adalah ringkas dan jelas.

Oleh itu, keindahan dalam sesuatu hasil seni perlulah mempunyai ciri-ciri berikut:

Objek: Subjek yang menjadi fokus utama dalam suatu karya (contoh: figura manusia dalam

poster konsert)

Komposisi: Unsur seni dan prinsip seni yang digunakan untuk menghasilkan sesuatu karya

(contoh: garisan pada suatu lukisan dengan warna harmoni digunakan)

Tema: Tajuk dan fokus penting untuk sesuatu karya (contoh, derma darah adalah sasaran

penting dalam suatu poster)

Makna: mesej di sebalik suatu karya adalah jelas

Fungsi: Fungsinya adalah fungsi estetik ataupun fungsi penggunaan atau kedua-duanya

a) Bidang seni visual

Dalam seni visual, bidangnya adalah seperti berikut:

Seni halus: lukisan, catan, cetakan dan arca

Visual Komunikasi: seni reka grafik dan multimedia (animasi dan laman web)

Seni reka teknologi: fesyen, tekstil, automobil, seramik

Seni reka persekitaran: landskap dan seni reka dalaman

b) Peranan Sosiologi Seni Visual

Sosiologi adalah kajian tentang manusia dan masyarakat dan interaksi antara manusia dalam

konteks masyarakat. Dalam erti kata lain, ia merupakan kajian respons individu ataupun

sekumpulan manusia terhadap sesuatu perubahan atau tindakan. Respons itu adalah mudah

difahami sebagai sub-budaya iaitu suatu tinfak balas setempat yang dipakai oleh sekumpulan

50

Page 51: Bmm 3114 Kebudayaan Melayu

manusia yang memiliki pemikiran yang agaik sama. Tidakan dan perubahan merujuk kepada satu

hasil idea ataupun keluaran barang nyata ke dalam sesuatu masyarakat. Contohnya, manusia

anggap orang yang mempunyai HIV positif adalah daripada kumpulan homoseksual. Jadi, anggapan

(sub-budaya) adalah tidak semestinya betul, sebaliknya adalah dipengaruhi oleh fikiran orang lain

dan persekirannya. Contohnya, adalah seseorang yang pembawa HIV semestinya tergolong di

kumpulan homoseksual? Dalam kajian seni visual, sosiologi adalah memfokus kepada pandangan

manusia terhadap penghasilan sesuatu karya. Biasanya, stereotaip masyarakat menganggap

golongan yang mengikuti aliran seni adalah kumpulan yang tidak pandai dan aliran ini adalah bagi

orang yang tidak mampu belajar. Pandangan ini adalah salah satu kajian tergolong dalam sosiologi

berdasarkan kajian seperti soal selidik dsb. Namun, peranan sosiologi dalam seni visual adalah lain.

Ini bermaksud kegunaan seni visual dalam kehidupan individu dan masyarakat. Antara peranannya

dari perspektif sosiologi adalah seperti berikut:

Panduan hidup: sejak dahulu hingga zaman moden, gambar berfungsi sebagai petunjuk

untuk melakukan sesuatu aktiviti. Orang dahulu melukis pengalaman daripada

pengembaraan dan pemburuan pada dinding gua sebagai iktibar untuk hidup. Zaman

sekarang pula, banyak yang mnggunakan gambar untuk menjelaskan sesuatu situasi dan

subjek secara ringkas.

Rekreasi: seni merupakan suatu aktiviti seperti hobi untuk melepaskan tekanan. Banyak

yang menggunakannya untuk mencipta sesuatu semata-mata untuk kepuasan diri.

Komersil / Ekonomi: seni visual telah dijadikan sebagai suatu produk yang berharga seperti

majalah, catan, arca dsb. Ia boleh menjadi suatu sumber pendapatan bagi mereka yang

bekerja dalam bidang ini.

Nasionalisme: seni visual sebagai alat untuk menggambarkan semangat patriotik terhadap

negara sendiri. Ia juga membangkitkan semangant untuk mencintai persekitaran negara

dengan meletakkan poster di merata-rata tempat.

Propaganda: sebaran sesuatu idea, maklumat dan mesej dapat dijalankan dengan mudah

jika adanya laman web, poster, risalah, papan tanda dsb.

51

Page 52: Bmm 3114 Kebudayaan Melayu

Persekitaran: penggunaan grafik adalah cara yang paling mudah bagi memupuk semangat

mencintai alam

Ritual / Upacara: banyak karya seni mempunyai ciri-ciri keagamaan dan kebudayaan yang

mana ianya menggalakkan pemujaan serta mengukuhkan sesuatu kaum.

C) Peranan psikologi seni visual

Psikologi merujuk kepada emosi dan perasaan seseorang yang biasanya melibatkan gerak balas

sistem saraf seperti otak. Setiap individu mempunyai kesan psikologi yang berlainan terhadap

sesuatu objek dan keadaan. Jadi kesan psikologi boleh diaruhkan secara visual seperti emosi

dipengaruhi dengan foto

TASAWUR (WORLD-VIEW/ PANDANGAN SARWA) DAN KOSMOLOGI MASYARAKAT MELAYU

Tasawur merujuk kepada pandangan , gambaran, konsep atau persepsi umum tentang

sesuatu yang dimiliki oleh sesuatu masyarakat. Manakala, Kosmologi dirujuk sebagai

falsafah yang dimiliki dalam memperkatakan kejadian asal-usul, proses, dan struktur alam

semesta (Kamus Dewan Edisi 4, 2007).

Setiap bangsa dalam dunia, walaupun primitif, mempunyai kosmologi tersendiri. Setiap bangsa,

sama ada berdasarkan kitab wahyu, mitos, atau falsafah pemikiran warisan turun temurun,

mempunyai tanggapan tersendiri tentang penciptaan alam semesta dan pemikiran yang berkaitan

dengannya.

Kajian tentang etnosains atau etnomatematik mempunyai kaitan dengan budaya pemikiran sesuatu

kaum yang melibatkan agama, bahasa, pandangan kosmologi, sosiobudaya, adat resam serta perkara

yang berkaitan.Tidak ada tamadun yang tidak mempersoalkan tentang kosmologi. Alam yang terbentang

luas ini menjadi bahan renungan setiap tamadun atau masyarakat. Setiap masyarakat mempunyai

aksiom (kepercayaan umum) tertentu tentang kejadian alam. Setiap masyarakat mempunyai tafsiran

berkaitan hubungan Tuhan dengan alam semesta. Masyarakat Melayu tidak terkecuali dalam perkara ini.

Mereka mempunyai pandangan sejak zaman berzaman mengikut pengaruh pandangan alam

sepanjang generasi (Ilavrita). Alam semesta dijadikan dalam pusingan tertentu yang dimulakan

dengan penciptaan dan berakhir dengan kemusnahan besar. Bermula segala sesuatu menurut

kosmologi ini, asalnya daripada air yang digelar matritamah. Ketika itu, tiada langit dan tiada

52

Page 53: Bmm 3114 Kebudayaan Melayu

bumi. Dalam penciptaan, telur semesta akan terapung di atas air, lalu pecah dan bermulalah

penciptaan bumi (Dvipa) dan dikelilingi oleh laut. Pusat kosmos itu terletak pada sebuah gunung agung

yang digelar  Mahameru. Gunung ini digambarkan sebagai gunung yang tinggi hingga kemuncaknya

sampai ke langit. Orang Melayu di bawah pengaruh Hindu menerima konsep ini dan berakar umbi

dalam masyarakat. Namun demikian, masyarakat Melayu kuno yang dipengaruhi oleh agama dan

kebudayaan Hindu turut merakamkan teori kosmos yang tersendiri dan kebudayaan Hindu turut

merakamkan teori kosmos yang tersendiri dan menganggap alam langit sebagai alam kayangan, alam

mahameru, alam Brahma, catur mukha dan seumpamanya yang menunjukkan pengaruh Hindu yang

ketara dalam teori itu.

Walaupun kosmologi Melayu moden lebih dipengaruhi oleh kosmologi Islam, namun

tamadun Melayu yang pernah berada di bawah pelbagai pengaruh budaya sebelum Islam,

maka kosmologi tersebut turut mengambil tempat dicelah-celah pentafsiran kosmologi

Melayu Islam.

Orang Melayu silam turut mempunyai konsep kosmologi yang dipengaruh oleh budaya

animisme, Hindu dan Buddha.Mereka memuja semangat, dan penunggu; mereka membaca

mentera yang menyebut asal kejadain alam dan makhluknya. Mereka memohon

perlindungan daripada penunggu pokok dan gua. Mereka meminta pertolongan jin dan

syaitan dalam perubatan dan sihir. Mereka mempunyai banyak mitos yang menyebut balik

tentang mitos kayangan ini seperti peranan yang dimainkan oleh Sri Rama, Siti Dewi, Raja

Muda Laksmana, Hanuman Kera Putih dalam plot ceritanya yang jelas menunjukkan terdapat

unsur kehinduan di dalam persembahan itu.

Wayang kulit yang merupakan warisan budaya silam menjadikan watak tersebut sebagai latar

belakang persembahannya. Orang Melayu tradisional menghayati satu cara hidup yang dianggap

unggul dari segi kaca mata pandangan moden semasa. Antara manifestasi keunggulan tersebut

ialah apa yang terkandung dalam pandangan alam/ pandangan sarwa (Weltanschauung) dan

budaya alam bangsa Melayu. 

Bagi orang Melayu tradisional, mereka melihat alam tabii ini sebagai penuh dengan makna,

simbolisme, gurindam dan syair. Pandangan mereka sekali-kali tidak terhad kepada manifestasi

material alam, bahkan bagi mereka dimensi fizikal yang amat penting bagi sains dan teknologi

53

Page 54: Bmm 3114 Kebudayaan Melayu

moden hanyalah satu manifestasi kecil fenomena alam ini yang kewujudannya sebenarnya

bergantung kepada dimensi hakikat dan ruh yang maha seni. 

Penghayatan pandangan ini, misalnya, dapat diperhatikan secara praktis dalam kehidupan seharian

dan kemasyarakatan mereka. Perkembangan semiotik tabii (kajian tentang

tanda/lambang/simbol yang dimiliki dan membudaya masyarakat) dan kosmologi kebudayaan

generasi-generasi tersebut menyerap pelbagai unsur yang datang dari luar ruang budaya Melayu

asli. Unsur-unsur luar tersebut datang daripada timur dan barat. Hindu, Buddhis, Islam dan

Barat merupakan pengaruh yang memberi kesan kepada pembentukan semiotik dan

kosmologi Melayu. Namun demikian, intipati semiotik dan kosmologi Melayu masih

terpelihara. 

Oleh itu dalam "alam Melayu," haiwan, tumbuh-tumbuhan dan batu-batan mampu bercakap,

bahkan bermadah secara bernas setanding dengan sebarang pujangga manusia. Alam

Melayu juga dimana manusia (khasnya syaman, pawang, bomoh, sufi dan wali Allah)

berinteraksi dengan haiwan, tumbuhan dan batu-batan pada tingkatan yang sukar diterima

dan untuk dibayangkan oleh manusia sekular.

Kemampuan bertinterkasi tersebut juga merupakan landasan yang membuka jalan bagi manusia

Melayu mampu hidup berharmoni dengan alam tabii. Bagi kebanyakan manusia moden, khususnya

dari barat, bercakap dengan mahluk lain selain sesama manusia hanyalah dalam cerita dongeng.

Nilai sosial ini menjadi lebih tersusun dengan munculnya Islam untuk menjadi nilai asas kepada masyarakat Melayu. Islam membawa rasionalisme dan pengetahuan akliah serta menegaskan satu bentuk sistem masyarakat yang berdasarkan kebebasan, keadilan, dan kemuliaan keperibadian insan. Peraturan keagamaan dan kemurnian batin serta ilmu (tasawuf) mengenainya tersebar luas dan mencengkan dalam sanubari masyarakat Melayu. Islam membawa semangat rasional dan intelektualisme bukan sahaja di kalangan raja-raja dan golongan bangsawan tetapi juga menyebar di kalangan rakyat jelata. Ini terbukti daripada risalah-risalah yang ditulis berdasarkan keperluan umum. Risalah-risalah tasawuf dan agama Islam ini ditulis berdasarkan ilmu yang merangkumi bidang ontologi, kosmologi, psikologi, sejarah, siasah, etik dan estetika yang cukup saintifik dan sosficated, bahkan mencapai tingkat serius dan rasional yang tinggi.54

Page 55: Bmm 3114 Kebudayaan Melayu

Islam menekan tentang hakikat manusia sebagai kepunyaan Allah s.w.t, dan dengan itu harus mengabdikan dirinya melakukan suruhan-Nya serta mendapat balasan dari-Nya. Maka itu din (agama) merujuk kepada menyerahkan diri kepada pengabdian terhadap Allah s.w.t. Din berkait rapat dengan ketetapan semulajadi manusia untuk menyerah dan menyembah Allah s.w.t, yang kemudian membentuk kebiasaan, budaya, dan peraturan yang berasaskan wahyu-Nya. Dalam konteks ini din merujuk kepada keadaan semulajadi maujud (natural state of being) yang disebut sebagai fitrah. Fitrah adalah corak dan bentuk setiap kewujudan yang telah ditentukan oleh Allah s.w.t. Contohnya secara fitrah biji akan menumbuhkan pokok, bukan haiwan atau galian. Ini kerana fitrahnya biji itu akan menjadi pokok. Begitu juga dengan fitrah manusia bahkan seluruh kewujudan semesta ini, ia datang daripada-Nya dan kembali kepada-Nya. Maka dalam konteks ini din adalah fitrah, iaitu aturan dan baiat pengabdian manusia kepada penciptanya. Pengabdian ini (sunnat-Allah) membawa kesejahteraan sebaliknya pengingkaran akan membawa kehuru-haraan. Penyerahan dalam konteks din Islam ini ialah penyerahan yang bersifat menyeluruh, mutlak, dan abadi – merujuk kepada apa yang disebut sebagai aslama.Nilai-nilai Islam ini seterusnya membentuk zaman baru yang melahirkan tamadun-tamadun Islam-Melayu di alam nusantara ini. Budaya-budaya yang berasaskan pengaruh Hindu-Buddha dan kemudiannya Islam ini turut melahirkan bentuk-bentuk persembahan teater-lakon dan muzik-nyanyian yang menjadi budaya masyarakat. Di samping ia turut melahirkan bentuk budaya baru yang didatangkan dari negeri-negeri yang menyebarkan pengaruh agama dan politik tersebut. Sehingga kini terlihat jelas bahawa nilai-nilai Islam telah menjadi asas kepada nilai sosial masyarakat Melayu dan seterusnya menjadi ‘kanta besar’ kepada sudut pandang Melayu. Dalam ertikata lain Islam adalah etos masyarakat Melayu.Nilai emosi (pathos) masyarakat Melayu ini pula berkait rapat dengan sentimen yang dibentuk oleh ruang psikologi mereka. Ruang psikologi ini melibatkan apa yang disebut sebagai kehadiran lambang-lambang; iaitu lambang alamiah (natural)

55

Page 56: Bmm 3114 Kebudayaan Melayu

dan lambang budaya (cultural). Lambang alamiah melibatkan bayangan-bayangan dasar yang arkaik. Ia kembali kepada akar-akar arkaik yang menemukan idea dan bayangan dari arkib-arkib kuno dan masyarakat primitif. Dalam ertikata lain ia merupakan arkib primer dalam perkembangan psikologi masyarakat Melayu. Sementara lambang budaya merupakan lambang-lambang yang telah digunakan untuk mengungkapkan ‘prinsip-prinsip kesucian’ yang digunakan dalam resam, kepercayaan dan agama. Ia lebih merupakan lambang-lambang sekunder dalam perkembangan psikologi masyarakat Melayu. Kedua-dua lambang ini melewati satu proses perubahan yang panjang dan menjadi bayangan-bayangan kolektif yang diterima oleh masyarakat Melayu. Satu aspek menarik yang muncul di sini ialah aspek numinosum (supernatural) atau “aspek yang mempesona”. Aspek ini melibatkan unsur ruh, semangat, alam batin yang berhubung dengan fenomena semulajadi. Aspek ini berkaitan dengan kewujudan satu titik dalam diri manusia iaitu titik tentang gambaran Tuhan (imago dei) yang merupakan lambang arkitaip yang paling bernilai dan terdapat dalam lapisan terdalam ruang psiki manusia. Manusia menghadapi paradoks-paradoks yang membingungkan, dan titik (kepercayaan/agama) dalam ruang imago dei itu kemudian bergerak menjadi punca kepada jalan keluar yang bererti. Kepercayaan atau agama ini merupakan pokok kepada psiki manusia yang mencari arah dan erti hidup. Ia menyelamatkan manusia daripada jatuh ke dalam kekosongan kehidupan. Melihat kepada hal ini, nilai-nilai emosi masyarakat Melayu berhubung rapat dengan alam dan sistem kepercayaan yang diamal serta dihayati oleh mereka. Kehadiran Islam telah membentuk nilai emosi yang berasaskan tauhid dan penyerahan mereka kepada Allah s.w.t. Seterusnya membentuk masyarakat Melayu kukuh dan berakar kejap kepada prinsip-prinsip Islam.Nilai logik (logos) masyarakat Melayu akhirnya berhubungkait dengan sosiopolitik masyarakat Melayu. Pembentukan organisasi yang berasaskan garisan patrilineal, iaitu lelaki sebagai ketua keluarga membentuk masyarakat patriakisme yang berfungsi menjadi pelindung kepada unit-unit masyarakat, desa dan negeri. Dasar perlindungan ini juga menitik beratkan ‘perlindungan’ terhadap wanita. Lantaran kuatnya ‘dasar perlindungan’ ini masyarakat Melayu adakalanya dilihat sebagai

56

Page 57: Bmm 3114 Kebudayaan Melayu

sebuah masyarakat matrialineal/ matriakisme (masyarakat Minangkabau dsbnya). Nilai logik yang berkaitan dengan perkembangan sosiopolitik ini kemudian melahirkan peraturan dan undang-undang yang dilegitimasikan oleh masyarakat Melayu. Perkembangan nilai logik dalam masyarakat Melayu melalui zaman yang sangat panjang. Kedatangan pengaruh Hindu-Buddha memperkembangkan nilai logik ini kepada pengukuhan institusi raja, yang mengangkat raja sebagai ‘bayangan dewa’. Ia kemudian diperkukuhkan dengan ciptaan-ciptaan upacara bagi menanamkan ‘kepercayaan’ ini kepada masyarakat. Namun kedatangan Islam kemudiannya menukarkan pandangan atau nilai logik untuk melihat bahawa agama itu harus ditanggapi secara rasional. Maka konseptual yang menyatakan manusia itu sebagai ‘dewa atau tuhan’ dimansuhkan. Sebaliknya masyarakat dibimbing untuk menyedari dan menginsafi kewujudan Allah s.w.t iaitu Tuhan Yang Maha Esa, tidak beranak dan diberanakkan. Nilai logik masyarakat Melayu mula memasuki frasa baru; iaitu frasa rasional dan vertikal. Nilai logik yang berhubung rapat dengan frasa rasional dan vertikal yang berhubungan dengan prinsip dan pencirian Islam ini akhirnya membina sudut pandang Melayu yang paling asasi.Alam budaya Melayu melibatkan hubungan antara kesatuan budaya dan sudut pandang Melayu ini memperlihatkan tentang wujudnya satu tradisi Melayu yang panjang dan kukuh mengikut jalur masa yang relatif dengan perubahan semasa. Ia melibatkan lapisan pra-sejarah, lapisan zaman Hindu-Buddha, dan lapisan tamadun Islam. Ketiga-tiga lapisan ini mencorakkan alam budaya Melayu yang amat kaya dan unik. Setiap lapisan yang menindan lapisan terdahulu, turut menyerap serba seditkit unsur budaya laipsan budaya yang ditindannya melalui penyerapan dan penyesuaian. Hingga akhirnya lapisan budaya Melayu ini dibalut oleh lapisan Islam yang memberikan keperibadian yang paling jelas terhadap ertikata dan makna Melayu tersebut. Melayu mula muncul sebagai konsep ketamadunan melambangkan suatu bentuk perkumpulan manusia yang lebih tersusun (berilmu, rasional) serta beragama dengan pegangan kepada Allah Yang Esa. Dari sini wujudnya pemerintah atau raja, hierarki sosial, negara, kota, undang-undang, penghidupan dengan segala seginya, kesantunan budaya, ilmu pengetahuan,

57

Page 58: Bmm 3114 Kebudayaan Melayu

penerokaan fizik dan metafizik serta hubungan yang signifikan dan lebih bererti terhadap vertikaliti Manusia-Alam-Tuhan.Kesatuan budaya Melayu akhirnya muncul dengan sifat yang sangat universal. Dalam pada itu sudut pandang Melayu ini berkaitan dengan nilai-nilai sosial, emosi dan logik yang telah melalui satu evolusi yang panjang dan akhirnya berdiri di atas landasan prinsip-prinsip Islam. Bagaimanapun prinsip-prinsip Islam ini menyerap nilai luhur budaya Melayu yang berasaskan adat tradisi dan sifat masyarakat nusantara yang lebih permisif dan sinkretis. Kesatuan budaya dari sudut pandang Melayu ini memperlihatkan kerukunan alam yang terangkum di dalamnya hubungan vertikal manusia-alam-Tuhan, dan masa yang sama memperlihatkan tentang kewujudan sebuah masyarakat awal di dunia.PENGARUH LUAR DALAM MASYARAKAT MELAYU(Barat, Hindu, Islam dan lain-lain)Jurai sejarah yang panjang dalam perkembangan masyarakat Melayu telah memunculkan kepelbagaian budaya dan akhirnya tergabung untuk membentuk satu kesatuan budaya Melayu. Kesatuan budaya Melayu ini, sepertimana yang dikatakan oleh Robert J. Wolf, “Barangkali kebudayaan Melayu adalah seperti ini, ia merupakan sebuah almari yang di dalamnya terkandung pemberian-pemberian daripada lain-lain kebudayaan, yang tidak tersusun dalam satu-satu susunan tertentu. Tidak ada hubungan antara barang-barang di atas satu tingkat dengan yang di atas tingkat yang lain – ataupun perkaitan antara barang-barang yang di atas tingkat yang sama pun. Tetapi kesemua barang-barang itu adalah kepunyaan seorang inividu”. (Mohd. Taib Osman, 1981).Pengaruh BaratPengaruh barat dalam kebudayaan Melayu sememangnya sangat jelas. Pengaruhnya boleh dilihat

dari aspek ekonomi, sosial, kesenian, politik dan lain-lain.

Mengamalkan sistem ekonomi secara kapitalis yang menjadikan faedah (riba) sebagai

asasnya. Contohnya dalam berhutang, penghutang dikenakan faedah sebanyak beberapa

58

Page 59: Bmm 3114 Kebudayaan Melayu

peratus dari jumlah yang dipinjam. Ini sebenarnya menindas penghutang dengan faedah

yang dikenakan.

Barat juga memperkenalkan sistem ekonomi sosialis iaitu produk dan pendapatan akan

menjadi milik kerajaan. Ini kelihatan berat sebelah. Oleh itu, undang- undang buruh

ditubuhkan untuk melindungi hak pengusaha agar kelihatan lebih saksama. Seterusnya,

sistem Ekonomi Campuran juga diperkenalkan.

Sistem ini adalah gabungan sistem ekonomi sosialis dan kapitalis. Ekonomi masyarakat

Malaysia juga dibahagikan mengikut bangsa semasa pemerintahan barat yang

mengamalkan dasar “pecah dan perintah”. Ini menyebabkan berlaku jurang perbezaan

ekonomi antara orang Melayu, Cina dan India.

Barat telah memperkenalkan sistem demokrasi. Sistem ini telah berjaya menghapuskan

sistem feudal Melayu zaman itu yang mengamalkan Pemerintahan Beraja. Demokrasi

mengutamakan suara rakyat dan rakyat berkuasa penuh dalam penentuan pemimpin

mereka.

Terdapat pelbagai jenis demokrasi yang diperkenalkan oleh barat antaranya Demokrasi

Berparlimen. Malaysia telah mengamalkan Demokrasi Berparlimen sejak mendapat

kemerdekaan daripada British. Demokrasi Berparlimen ini diamalkan di bawah

pentadbiran Raja Perlembagaan.

Pengaruh lebih kepada cara berfikir yang dianggap moden iaitu berfikiran terbuka.

Pemikiran yang terbuka contohnya masyarakat sudah kurang mempercayai tentang

perkara-perkara yang digelar pantang larang, petua dan lain-lain dan sesetangah orang

menganggapnya sebagai karut.

Barat juga mengamalkan sosial kekeluargaan tidak sesuai diamalkan oleh kita; Sistem

Pergaulan Bebas. Sebagai contoh, barat mula mengiktiraf bersekedudukan tanpa nikah,

pasangan sejenis, keibubapaan tunggal dan lain-lain. Perkara ini tidak sesuai sama sekali

dengan masyarakat Islam di Malaysia.

Barat cuba mencari alternatif lain menggantikan institusi kekeluargaan dan antara

alternatif yang dicadangkan ialah bersekedudukan tanpa nikah, pasangan sejenis,

keibubapaan tunggal, kehidupan berkelompok, dan didikan anak secara professional (Eliot,

1986). Perkara ini melanda masyarakat timur termasuk Malaysia secara perlahan-lahan,

namun institusi kekeluargaan masyarakat Islam di Malaysia masih utuh dengan

berlandaskan Islam.

59

Page 60: Bmm 3114 Kebudayaan Melayu

Dunia mula diperkenalkan dengan aliran- aliran muzik barat yang melalaikan dalam

pelbagai genre antaranya kumpulan-kumpulan artis yang beraliran rock, balada, pop, jazz,

dan lain-lain. Setiap aliran ini mempunyai identiti dan imej yang tersendiri. Seni hiburan

barat ini menjadi ikutan negara lain termasuklah Malaysia.

Ini telah menyebabkan seni tradisional sudah mula dipinggirkan sehingga ke hari ini. Seni

reka bentuk pula, boleh dilihat dari bangunan-bangunan yang dibina dengan seni

rekabentuk moden. Contohnya, Menara Berkembar Petronas contohnya, dibina dengan

berkonsepkan silinder yang diideakan oleh barat.

Hindu/ Budha vs. IslamAntara unsur luar yang terdapat di dalam masyarakat Melayu ialah seperti Islam, Hindu dan Budha. Menurut catatan Fa-hsien, penduduk Jawa Barat menyembah berhala dan menganut agama hindu dari aliran Brahmaisme, Saivaisme dan Visyanisme. Kira-kira tahun 420 masihi seorang raja dari Kashmir, India bernama Gunaarman telah mengunjung alam melayu untuk menyebarkan agama Budha. Seterusnya, sifat agama Hindu yang mudah disesuaikan dengan amalan animisme terutama dari aspek ritualnya membolehkannya diolah untuk menyusun amalan animisme baru masyarakat peribumi. Lantaran itu, agama Hindu-Buddha lebih diterima oleh masyarakat Asia Tenggara ini dari aspek ritualnya dan bukan dari aspek falsafah keagamaannya. Sebagai contoh, fungsi pembinaan candi terlihat cengkaman pengaruh peribumi yang kuat. Candi-candi di sini bukanlah dibina sebagi kuil tempat pemujaan dewa-dewa seperti di India. Sebaliknya lebih merupakan tempat pertemuan rakyat dengan roh nenek moyangnya, terutama roh-roh raja. Candi Borobudur misalnya, secara simbolisnya mencerminkan nilai tertinggi Buddha-Mahayana, namun pada hakikatnya adalah tempat pemujaan nenek moyang dinasti Sailendra Dan, Islam mula tersebar di alam Melayu sejak abad ke 13 masihi. Pengaruh India perlahan-lahan terhakis dengan kehadiran pedagang Arab-Islam pada abad ke-8 Masehi. Walaupun dikatakan pedagang Arab mula berhubungan

60

Page 61: Bmm 3114 Kebudayaan Melayu

dengan alam nusantara sejak zaman Rasulullah s.a.w lagi, yang melalui alam nusantara dalam menjalankan aktiviti perdagangan dengan China. Kedatangan pedagang Arab ini turut membawa penyebaran agama Islam ke alam Melayu. Rombongan 100 pedagang arab termasuk Ali ibn Muhammad ibn Ja’far al-Sadiq yang kemudiannya mengahwinkan Meurah Perlak tersebut dengan adik kandungnya Puteri Makhdum Tanshuri telah melahirkan Sayyid Abd al-Aziz yang pada tahun 840 Masehi menjadi raja pertama Kerajaan Perlak dengan gelaran Sultan Maulana Abd al-Aziz Shah (Abd Rahman Hj Abdullah, 1990). Perlak menganut Islam aliran Syiah. Islam tiba di Pasai sekitar tahun 1297 masihi dan di Terengganu pada 1303 masihi. Dengan kedatangan semua pengaruh asing ini perkembangan dalam masyarakat telah berlaku, begitu juga dengan kebudayaan melayu. Perkembangan ini meliputi bidang ekonomi, politik, kepercayaan, adat istiadat, undang-undang, kesusasteraan dan kesenian. Puncak kegemilangan tamadun Islam ini ialah pengislaman Melaka pada tahun 1414 yang berada di bawah pemerintahan Parameswara oleh Sayid Abd Aziz. Parameswara kemudiannya ditukarkan namanya menjadi Sultan Muhammad Syah. Melaka akhirnya berkembang bukan sahaja sebagai empayar kelautan Melayu yang mengambilalih peranan kerajaan Hindu Srivijaya tetapi juga menjadi pusat penyebaran Islam yang unggul di alam Melayu.a) Politik - Apabila pengaruh Hindu Budha mulai memasuki alam melayu, organisasi politik pada awal masihi mulai berkembang daripada bantuan penguasaan bagi suatu kawasan yang kecil kepada sebuah organisasi politik yang besardan menguasai jajahan yang luas. Sistem pentadbiran politik Hindu telah diserap oleh orang Melayu dan dilaksanakan setelah dilakukan pelbagai penyesuaian. Ketua negara yang memimpin kerajaan dinamakan raja yaitu istilah yang dipinjam daripada bahasa sanskrit.

61

Page 62: Bmm 3114 Kebudayaan Melayu

Konsep raja yang berkembang dalam masyarakat melayu adalah sebagai pemimpin kerajaan. Di samping itu raja juga dikatakan berketurunan dewa-dewa. Konsep dewaraja ialah kepercayaan dan salasilah raja-raja yang diwujudkan secara ciptaan tadi dikaitkan dengan dewa-dewi dari kalangan penjelmaan daripada Shiva, Vishnu atau Brahma, lelembut, mamang atau makhluk halus yang tidak dapat dipandang mata dari sudut asal usul dan tradisi keturunan nenek moyang mereka. Ini adalah warisan dari tradisi Melayu-Hindu. Selepas raja Melaka menganut agama Islam, sistem pemerintahan pun disesuaikan dengan agama Islam. Walaubagaimanapun pengaruh Hindu masih lagi berlanjutan. Beberapa perubahan telah berlaku misalnya gelaran Sri Maharaja yang dipakai dalam kerajaan Srivijaya telah diubah kepada gelaran Sultan seperti raja-raja Islam di India dan Asia Barat.

b) KepercayaanMenurut E. B Taylor, kepercayaan kepada makhluk halus dan ruh merupakan asas kepercayaan agama yang mula-mula tumbuh dalam alam pemikiran manusia primitif. Kepercayaan animisme merupakan satu bentuk culturals universals yang wujud di kalangan suku-suku primitif. Dalam kepercayaan rakyat di nusantara terdapat anggapan bahawa roh orang yang telah mati boleh masuk ke dalam tubuh binatang, misalnya suku Nias, di sebuah pulau yang terletak di barat Sumatera mempercayai seekor tikus yang keluar masuk rumah dianggap sebagai roh daripada orang yang telah mati beranak. Kadang-kadang roh itu memasuki tubuh babi atau harimau dan dipercayai binatang itu akan mengganggu orang yang menjadi musuh simati pada masa hidupnya. Jikalau roh itu baik ia akan menjelma menjadi haiwan yang jinak dan sekiranya sebaliknya roh itu akan menjelma di dalam tubuh haiwan yang liar. Ini juga disebut sebagai penjelmaan dewa-dewa sama ada jahat atau baik.Islam mengubah pandangan dunia orang melayu daripada mempercayai dewa-dewa seperti yang mereka anuti pada zaman hindu kepada mempercayai Tuhan 62

Page 63: Bmm 3114 Kebudayaan Melayu

Yang Maha Esa; Allah SWT. Al Quran menjadi pegangan hidup dan sumber rujukan bagi umat Islam sama ada dalam hal-hal dunia dan akhirat. Segala aturcara sehari-harian adalah bergantung kepada ajaran Islam yang dibawa oleh junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. Kepercayaan karut yang boleh merosakkan akidah umat Islam dan memecahbelahkan masyarakat lenyap beransur-ansur diganti dengan kepercayaan kepada Allah Yang Esa. Pegangan yang satu ini telah memulihkan semangat orang Melayu bahawa tiada yang lain yang perlu ditakuti dan tiada kuasa lain yang lebih kuat melainkan Allah yang Maha Berkuasa.c) Adat istiadatAdat istiadat dalam masyarakat melayu bermula sejak seseorang itu lahir ke dunia. Sejak ibu mengandung hingga kanak-kanak yang dilahirkan itu membesar. Antaranya ialah Adat Melenggang Perut sewaktu ibu mengandung, Mencecah Garam, menjejak kaki ke bumi dan beberapa acara perkahwinan dan kematian. Antaranya adat melenggang perut diamalkan di kalangan keluarga diraja dan juga rakyat jelata apabila kandungan ibu genap tujuh bulan. Upacara ini dilakukan oleh tok bidan dengan tujuan untuk membuang garuh atau kecelakaan yang mungkin menimpa ibu yang bakal bersalin. Ini adalah kepercayaan animisme pada unsur ghaib. Di dalam Islam, adat ini tidak wujud sama sekali dan ianya merupakan unsur-unsur kurafat dan syirik. Sebaliknya adat ini diganti dengan Kenduri Aruah dan Bacaan Doa Selamat untuk si ibu dan anak yang bakal lahir agar segala-galanya selamat. Bagi upacara mencecah garam ke mulut kanak-kanak, ia bersamaan dengan adat Hindu yang mencecah madu dan minyak sapi ke bibir bayi yang dilakukan oleh Brahmin supaya bayi itu panjang umur dan mendapat kebahagiaan di dalam hidupnya. Tapi bagi Islam adat ini diganti dengan Mencecapkan air zam-zam atau kurma. Pembacaan mantera yang biasa dilakukan sebelum adat itu dilakukan juga digantikan dengan Pembacaan Ayat Al-Quran seperti surah Al-Fatihah dan Surah Al-Ikhlas kemudian dibacakan doa-memohon kepada Allah supaya memberkati hidup bayi tersebut. Dalam adat perkahwinan pasangan yang berkahwin dikatakan

63

Page 64: Bmm 3114 Kebudayaan Melayu

raja sehari dan diadakan Upacara Bersanding sebagai kemuncak bagi upacara tersebut. Pasangan tersebut akan diletakkan di atas pelamin tanpa bergerak-gerak. Penggunaan sirih pinang, tepung tawar, beras kunyit dan berinai juga merupakan pengaruh hindu. Walaubagaimanapun adat bersanding tidak berapa digalakkan di dalam Islam kerana ianya boleh membawa fitnah terhadap pengantin. Walaupun unsur-unsur budaya lama seperti meminang, berinai, dan bersanding masih dikekalkan oleh sesetengah orang Melayu, namun upacara itu banyak disesuaikan dengan lunas-lunas agama Islam selagi ianya tidak bertentangan dengan ajaran Islam. Pernikahan yang dijalankan itu misalnya dilakukan dengan menuruti hukum syarak. Sebagaimana yang ditetapkan pengantin lelaki mesti melafazkan penerimaan nikah daripada wali atau kadi dengan disaksikan oleh 2 orang saksi. Bagi melengkapkan upacara perkahwinan itu, Kenduri Kesyukuran diadakan sesuai dengan suruhan Nabi Muhammad s.a.w. Akhir sekali apabila seseorang itu meninggal dunia warisnya akan memengadakan kenduri aruah dan bacaan tahlil mengira hari iaitu seperti 7 hari, 40 hari dan 100 hari. Walaubagaimanapun unsur-unsur ini telah kurang dilakukan mengikut hari kerana Islam tidak menetapkan hari untuk melakukan perkara-perkara kebaikan sebaliknya ianya terpulang kepada kita untuk melakukan bila-bila masa selagi terdaya.d) KesenianDalam bidang kesenian pengaruh India dapat dilihat pada binaan dan bangunan agama. Dalam hal ini pengaruh India jelas kelihatan pada penggunaan batu dan bata sebagai bahan utamanya kerana ia merupakan bahan yang lebih kekal dan dianggap sesuai untuk membina rumah dewa dan dewi. Dalam hal ini, istana raja telah dibina di tengah-tengah ibu negeri, dan lazimnya dibina di kawasan yang lebih tinggi sebagai satu replika pergunungan kosmik yang dikenali sebagai Mahameru. Gunung Mahameru ini dipercayai merupakan tempat tinggal atau rumah tuhan yang terletak di tengah-tengah alam semesta (S.Singaravelu, 1993). Oleh sebab itulah tugu agama yang dibina pada zaman purba masih dapat dikesan sehingga kini. Pengaruh ini jelas dilihat pada

64

Page 65: Bmm 3114 Kebudayaan Melayu

ukiran seni pahat dinding patung dewa Logam yang berupa arca. Selain itu terdapat patung Kuwera dan Hariti yang juga dipuja dalam agama Buddha. Dari segi ukiran, yang menjadi pola hiasan pada dinding candi-candiatau kuil ialah makhluk ajaib, binatang, dan tumbuh-tumbuhan, sesuai dengan suasana Gunung Mahameru. Antara motif ukiran yang selalu digunakan ialah seperti kepala Kala, daun-daunan, ranting-ranting dan bunga teratai.Dalam bidang kesenian pengaruh Islam pula dapat dilihat pada makam atau batu nisan, masjid dan perhiasan-perhiasannya. Batu nisan merupakan karya seni Islam yang pertama sekali masuk ke nusantara. Contohnya yang pernah ditemui ialah batu nisan Syeikh Abdul al-Qadir Husain Alam bertarikh 903 masihi yang dijumpai di Linggir Kedah. Pada permukaan makam-makam yang dijumpai ini terdapat tulisan yang dipahat daripada ayat Al-Quran; Seni Khat Islam serta ajaran Islam yang menekankan tentang hukum dan tasawuf. Misalnya pada prasasti di di Pekan Pahang, tertulis ayat AlQuran dengan gaya khat thuluth daripada surah Ali Imran ayat 185, surah Yunus ayat 62 serta nasihat bercorak kesufian. Dari segi corak batu nisan tersebut, di samping menerima pengaruh asing ia juga memancarkan daya kreativiti penduduk tempatan. Contohnya batu nisan Maulana Malik Ibrahim yang dibawa dari G. Jeram mempunyai bentuk seperti kepala terbalik yang menunjukkan adanya pengaruh Parsi. Selain batu nisan, Masjid merupakan karya seni Islam yang terpenting di nusantara. Dari segi coraknya, masjid-masjid yang menunjukkan corak dari abad 14 hingga abad 18 di mana ianya masih lagi berbentuk tradisional. Pengaruh tradisi ini dapat dilihat pada bentuknya yang tersusun sebagai lanjutan daripada seni Bali yang disebut Meru. Pengaruh Hindu lebih jelas lagi pada bentuk dan bangunan menara kudus yang didirikan pada zaman Sunan Kudus. Terdapat juga pengaruh masyarakat tradisi pada bentuk perhiasannya. Contohnya pola-pola yang menjadi perhiasan yang berasal dari zaman pra Islam seperti daun-daunan, bunga teratai, bukit-bukit karang, permandangan dan garis-garis geometri. Di samping itu, terdapat juga perkembangan kaligrafi atau seni khat Islam. Ini dapat dilihat pada makam, masjid dan sebagainya. Contohnya

65

Page 66: Bmm 3114 Kebudayaan Melayu

masjid terdapat ukiran khat pada mihrab, mimbar, bingkai atau lengkung tiang dan sebagainya. Tidak dapat dinafikan bahawa seni ini juga dipengaruhi oleh unsur pra Islam yang telah lama seperti dengan masyarakat tempatan.Pengaruh budaya India dalam Seni Persembahan seperti wayang kulit, ketoprak, kecak, barongan; adat perkahwinan seperti berinai, bersanding; adat pertabalan raja serta adat dalam mengerjakan pertanian dan sebagainya. Interaksi dengan pedagang Arab-Islam melahirkan pengaruh budaya Islam Arab dan Parsi seperti dalam tarian hadrah, rodat, dabus, dan zapin; dalam seni persembahan seperti marhaban, ghazal, boria, stambul dan bangsawan (berasal dari wayang Parsi); seni muzik seperti nobat, gambus, dan rebana; amalan perkahwinan, amalan kehidupan seperti menyambut aidilfitiri, bercukur, menyambut maulidur rasul dan sebagainya.e) KesusasteraanSebelum kedatangan unsur dari luar, masyarakat pribumi sudahpun mempunyai kesusasteraan yang tersendiri. Sebelum masyarakat tempatan tahu menulis, melalui cara pertuturan sajalah mereka menyampaikan perasaan atau curahan hati masing-masing. Ini dikenali sebagai sastera lisan. Dari percakapan yang pendek membawa kepada percakapan yang panjang hingga menggambarkan suatu cerita. Dengan ini timbullah jenis-jenis kesusasteraan mengikut kaedah namanya yang sesuai dengan zaman itu seperti bidalan, peribahasa, perumpamaan dan perbilangan. Selain itu pantun juga merupakan sastera yang tertua terdapat pada masyarakat Melayu. Hasil sastera yang yang dihasilkan ini adalah melalui pengalaman dan pemerhatian masyarakat terhadap sesuatu peristiwa yang berlaku dalam kehidupan sehari-hari. Kedatangan unsur luar telah memperkayakan lagi unsur pribumi ini. Setelah kedatangan pengaruh India, kita dapat lihat bagaimana unsur tempatan telah diserapi oleh pengaruh ini. Bahasa Melayu telah mengalami penyerapan besar-besaran bahasa Sanskrit, dan turut juga membawa susastera India yang besar seperti epik Ramayana dan Mahabratta dan juga puisi seperti hikayat Seri Rama, Rama Keling dan

66

Page 67: Bmm 3114 Kebudayaan Melayu

sebagainya. Walaupun terdapat pengaruh ini, tetapi jika ditinjau dengan lebih mendalam ternyata warisan pribumi masih menebal. Menurut Prof. Mohd Taib Osman, karya-karya sastera daripada warisan Hindu itu masih dipercayai segala isi ceritanya, meskipun orang Melayu sudah menganut agama Islam selama beratus-ratus tahun. Antara unsur kepercayaan Hindu daripada epik tersebut yang mempengaruhi karya sastera yang lain ialah cerita dewa dewi yang bersifat manusia dan tuhan, kejadian luar biasa seperti penjelmaan dalam pelbagai bentuk serta senjata ghaib dan sakti. Setelah kedatangan Islam di nusantara, proses penanaman aqidah Islam melalui cerita atau kisah-kisah melalui dua cara iaitu dengan mengubahsuai cerita yang sedia tersebar dengan unsur Islam dan mengenengahkan cerita-cerita baru yang berasal dari tradisi Islam seperti kisah-kisah tauladan sahabat di zaman nabi-nabi serta kisah nabi.Kesusasteraan dimulakan dengan Sastera lisan dan Sastera tulisan diikuti dengan tulisan Arab/ Jawi), dan bermulalah penulisan dan penyalinan kitab-kitab yang berkaitan dengan agama. Contohnya seperti kitab-kitab Risalat Dua Kalimah Syahadah, peraturan dan rukun-rukun sembahyang, peraturan puasa dan sebagainya. Kemudian dikembangkan pula dengan doa-doa dan kisah-kisah nabi, kitab feqah, tafsir Al-Quran, hikayat para nabi, cerita pahlawan Islam dan lain-lain lagi. Kedatangan Islam menyebabkan kesusasteraan masyarakat pribumi makin berkembang dan berdiri di landasan yang benar. Kesusasteraan masyarakat tempatan tidak tidak hilang malah kekal sehingga ke hari ini. Contohnya sehingga ke hari ini khazanah yang begitu bernilai seperti pantun masih lagi kekal dan mutunya masih tidak dapat ditandingi oleh ciptaan generasi masa kini.Pengaruh Luar Yang Lain

Pengaruh Portugis dapat dilihat dalam tarian joget dan lagu keroncong. Termasuk juga di sini ialah pengaruh dalam budaya makanan dan pakaian. Pengaruh Champa-Thai dalam persembahan Makyong, Menora dan Wayang Kulit di pantai timur semenanjung. Bahkan unsur utama melahirkan Mak Yong iaitu semangat padi, berasal dari nama Mak Hiang di utara turut

67

Page 68: Bmm 3114 Kebudayaan Melayu

mempunyai persamaan dengan jalur-jalur budaya di wilayah Melayu yang lain. Pengaruh Jawa dalam seni persembahan dan seni muzik seperti gamelan di Palembang dan juga di Riau. Hubungan antara etnik rumpun Melayu ini saling berinteraksi untuk membina sebuah kesatuan budaya Melayu nusantara.

KEBUDAYAAN KEBANGSAAN(Definisi dan konsep, Prinsip, Pelaksanaan, Isu dan Permasalahan, Kedudukan Terkini, Bentuk budaya pada Masa yang Akan Datang)

Definisi dan Konsep Kebudayaan KebangsaanGaya hidup seperti pengetahuan, kesenian, kelengkapan hidup, system ekonomi dan kemasyarakatan, bahasa dan adat istiadat yang mencerminkan keperibadian dan identity bangsa Malaysia dan dapat mempertahankan hubungan baik antara anggota Masyarakat Malaysia.Prinsip Kebudayaan Kebangsaan (Rujuk lampiran PDF; Siti Rahmah Hj. Idris et.al, 1996)1) Berorientasikan akal fikiran terhadap kenegaraan.2) Berdasarkan system kemasyarakatan Negara.3) Kebajikan system ekonomi warganegara.4) Berasaskan system pendidikan Negara.5) Berasaskan system kepercayaan utama Negara.6) Kestabilan system politik Negara.7) Mengutamakan pengucapan seni Negara; bahasa kebangsaan.8) Mementingkan system etika dan nilai Negara. Prinsip Dasar Kebudayaan Kebangsaan  ·        Terdapat tiga prinsip :

68

Page 69: Bmm 3114 Kebudayaan Melayu

1.      Kebudayaan kebangsaan negara ini hendaklah berteraskan kebudayaan rakyat asal rantau ini - Menurut prinsip ini, kebudayaan kebangsaan Malaysia hendaklah berteraskan kebudayaan rakyat setempat rantau ini. “Rantau” membawa maksud alam Melayu, yakni warisan tradisi kebudayaan Kepulauan Melayu yang sebahagian besar suku bangsanya terdiri daripada orang Melayu, Bugis, Jawa, Iban, Minang, Murut, Kadazan dan lain-lain lagi. Merekalah yang dimaksudkan sebagai rakyat asal rantau ini. 2.      Unsur-unsur kebudayaan lain yang sesuai dan wajar boleh diterima menjadi unsur-unsur kebudayaan kebangsaan - Prinsip ini memberi pengakuan bahawa unsur-unsur kebudayaan kaum lain yang sesuai dan wajar memanglah telah lama diamalkan. Masyarakat pribumi telah banyak menerima unsur-unsur ini sejak zaman-berzaman. Kemasukan unsur-unsur ini ke dalam kebudayaan tempatan kaum pribumi terjadi melalui pelbagai proses seperti asimilasi, difusi, evolusi dan akulturasi. Sebagai contoh, proses asimilasi wujud hasil daripada kekerapan perhubungan dan pertembungan di antara kebudayaan dan bahasa dari negera China, India dan Eropah. Begitu juga terdapat pengaruh bahasa Sanskrit, Portugis, China, Inggeris dan lain-lain dalam bahasa Melayu. Tempatan.  3.      Islam merupakan unsur yang penting di dalam pembentukan kebudayaan kebangsaan itu - Meletakkan Islam sebagai unsur penting dalam kebudayaan kebangsaan memang kena pada tempatnya. Ini kerana Islam merupakan agama Persekutuan yang telah lama tersurat dan diterima oleh Perlembagaan. Justeru, pelaksanaan prinsip pertama dan kedua dalam pembentukan kebudayaan kebangsaan perlulah disesuaikan dengan agama Islam. Segala unsur budaya yang mewarisi pelbagai warisan budaya rakyat tidaklah menjadi status kebudayaan kebangsann secara automatis. Ia haruslah terlebih dahulu disesuaikan dengan ciri-ciri atau nilai universal Islam. Selaras dengan kehendak kebudayaan kebangsaanlah, kerajaan telah berusaha untuk menerapkan nilai-nilai Islam.    Tujuan Kebudayaan Kebangsaan   1.      Perpaduan Negara - Tujuan ini dapat dilihat dari aspek keseluruhan penduduk yang berbilang kaum dan keturunan di negara ini. Masyarakat majmuk Malaysia perlu dipupuk dengan nilai-nilai yang dapt dikongsi bersama. Nilai-nilai 69

Page 70: Bmm 3114 Kebudayaan Melayu

budaya yang suci ini akan membawa kepada titik-titik persamaan dalam kehidupan masyarakat. 2.      Membentuk keperibadian atau identiti Malaysia - Tujuan ini sangat wajar kerana setelah lebih 45 tahun merdeka, masyarakat Malaysia masih belum mempunyai satu identiti kukuh. Semangat sayangkan bangsa, tanahair dan sebagainya masih kabur. Sikap dan imej penduduk Malaysia haruslah dapat dikenalkan di kalangan antarabangsa.  3.      Meningkatkan kualiti kehidupan kemanusiaan dan kerohanian yang seimbang dengan pembangunan sosioekonomi dan politik - Jika dua tujuan di atas tercapai, barulah kualiti kehidupan boleh meningkat. Peningkatan kehidupan bermaksud, setiap kaum sudah hilang perasaan prejudis. Keadaan ini memberi peluang kepada setiap kaum di Malaysia mengecapi pembangunan sosioekonomi dan politik yang seimbang.Pelaksanaan dan Strategi Dasar Kebudayaan Kebangsaan.Strategi dan Pelaksanaan Objektif dasar ini boleh dicapai melalui strategi-strategi berikut:I. Pemulihan, pemeliharaan dan pembangunan kebudayaan ke arah menguatkan asas-asas Kebudayaan Kebangsaan melalui usahasama penyelidikan, pembangunan, pendidikan, pengembangan dan perhubungan budaya;II. Meningkat dan mengukuhkan kepimpinan budaya melalui usaha-usaha membimbing dan melatih peminat, mendokong dan menggerak kebudayaan seluas-luasnya sebagai jentera pembangunan yang berkesan;III. Mewujudkan komunikasi yang berkesan kearah kesedaran kebangsaan, kenegaraan dan nasionalisme Malaysia;IV. Memenuhi keperluan sosiobudaya; danV. Meninggikan taraf dan mutu kesenian.Di samping Kementerian Kebudayaan Kesenian dan Pelancongan, penglibatan pihak lain juga adalah penting dalam pelaksanaan dasar ini. Mereka termasuklah Kementerian-kementerian dan Jabatan-jabatan Kerajaan Pusat, Kerajaan-

70

Page 71: Bmm 3114 Kebudayaan Melayu

kerajaan Negeri, badan-badan berkanun dan pihak swasta serta pertubuhan- pertubuhan kebudayaan.Peranan Kementerian Kebudayaan Kesenian dan Pelancongan dalam pelaksanaan matlamat dan strategi dasar ini adalah penting. Antara lain Kementerian ini menguruskan penyelidikan, pembangunan dan penggalakan, pendidikan dan pengembangan kesenian dan perhubungan kearah kemajuan kebudayaan kebangsaan. Usaha-usaha itu dicapai melalui aktiviti-aktiviti pembangunan, persembahan seni oleh Kompleks Budaya Negara sebagai pengelola dan urusetia perhubungan kebudayaan antarabangsa, Majlis Kebudayaan Negeri, khidmat nasihat bagi mengukuhkan pertubuhan-pertubuhan kebudayaan dan kerjasama dengan badan-badanantarabangsa. Peranan Kementerian/Jabatan, Kerajaan-kerajaan Negeri dan badan-badan berkanun yang lain adalah sama penting dalam melaksanakan strategi dasar ini di dalam pengurusan harian dan pelaksanaan dasar-dasar semasa. Peranan pihak swasta dan pertubuhan- pertubuhan kebudayaan kian diperlukan di mana badan-badan ini boleh memainkan peranan menjalankan usaha pembinaan dan kemajuan kebudayaan di peringkat organisasi masing-masing dan seterusnya membiayai penajaan program atau projek-projek kebudayaan.Pencapaian dan Kedudukan Terkini.Berbagai usaha telah dijalankan bagi mencapai matlamat dasar ini. Secara umumnya pencapaian matlamat dan objektif dasar telah menunjukkan kejayaan yang boleh dibanggakan.Perlu diingat bahawa di dalam pembentukan dan pewujudan satu Kebudayaan Kebangsaan, proses penyerapan dan penerimaannya menambil masa yang lama, melangkaui satu generasi kesatu generasi yang lain. Penggubalan dan pelaksanaan dasar ini, meskipun masih lagi baru usianya (iaitu sejak penerimaan prinsip asas gagasan Kongres Kebudayaan Kebangsaan padatahun 1971) namun pembentukan identiti nasional dan perpaduan kaum dan nilai murni Islam telahpun dilaksanakan. Adalah didapati bahawa pencapaian ke arah ini telahpun jelas kelihatan sejak kebelakangan ini. Identiti kewarganegaraan dan seni budaya Malaysia juga didapati di dalam perayaan- perayaan antarabangsa

71

Page 72: Bmm 3114 Kebudayaan Melayu

dan juga di dalam kegiatan seni sukan dan perayaan sama ada di peringkat rasmi atau tidak rasmi. Secara ringkas bolehlah dikatakan identiti negara Malaysia telah dapat diwujudkan secara beransur-ansur. Walau bagaimanapun, ada kalangan yang mempersoalkan sejauh mana unsur-unsur kebudayaan lain telah diterapkan dalam proses penwujudan Kebudayaan Kebangsaan itu. Sebenarnya persoalan ini tidak harus ditimbulkan. Misalnya, Kerajaan Malaysia menyediakan pendidikan asas percuma selama 6 tahun yang melibatkan sekolah-sekolah, guru-guru dan buku-buku dalam bahasa Tionghua dan Tamil. Di peringkat menengah pula, Kerajaan dikehendaki oleh undang-undang untuk menyediakan guru bahasa Cina atau Tamil sekiranya ibu-bapa kepada 15 atau lebih orang pelajar Cina dan India meminta kelas-kelas bahasa ibunda. Di peringkat pengajian tinggi pula kerajaan telah lama menubuhkan jabatan-jabatan pengajian Cina dan Tamil di Universiti Malaya. Program-program dalam bahasa Cina dan Tamil kerap disiarkan oleh Radio dan Televisyen Malaysia. Tidak ketinggalan juga Tahun Baru Cina, Deepavali, hari Wesak dan Krismas telah diisytiharkan sebagai hari kelepasan am. Namun demikian ukuran secara terperinci terhadap pencapaian dan kekesanan pelaksanaan dasar ini adalah sukar dibuat memandangkan bahawa pembentukan sesuatu budaya negara bukanlah dapat diusahakan dalam satu atau dua dekad.Isu dan Permasalahana) Pembinaan Budaya Kebangsaan - Pembinaan budaya kebangsaan amat penting diberikan perhatian dan tumpuan. Budaya kebangsaan itu bukan sahaja menyatakan jati diri masyarakat dan negara Malaysia, malahan juga penting dalam memupuk semangat patriotisme dan integrasi kaum di negara ini. Melalui budaya kebangsaan itu membolehkan anggota-anggota masyarakat mengenali sejarah dan membina ikatan emosi kepada masyarakat dan negara. Kesedaran tentang pentingnya budaya kebangsaan itu adalah sebahagian daripada kekuatan semangat kebangsaan Melayu yang dipupuk sejak zaman pemerintahan kolonial lagi. Pemerintah kolonial tidak memberikan perhatian tentang bahasa dan budaya Melayu, sebaliknya bahasa dan budaya kolonial

72

Page 73: Bmm 3114 Kebudayaan Melayu

didapati semakin penting yang membawa nilai-nilai sosial dan ekonomi. Perjuangan orang Melayu untuk mencapai kemerdekaan adalah tidak dapat dipisahkan daripada kepentingan persoalan bahasa dan budaya. Kerajaan telah menerima konsep dan prinsip budaya kebangsaan, dan usaha perancangan serta perlaksanaan dimulakan pada tahun 1970. Kerajaan menyedari pentingnya pembinaan budaya kebangsaan, terutama kesan daripada peristiwa 13 Mei 1969. Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan waktu itu ditubuhkan bagi menumpukan perancangan dan perlaksanaan budaya kebangsaan itu, terutama pemuliharaan dan penggalakan budaya rakyat. Salah satu usaha yang dilakukan ialah mengenali dan menggalakkan perkembangan di peringkat nasional berbagai-bagai unsur budaya tradisional pribumi Malaysia. Dalam pemuliharaan dan penggalakan tradisi rakyat itu, berbagai bantuan diberikan. Malahan ada usaha mendorongkan generasi muda terlibat dalam kegiatan-kegiatan tradisi budaya rakyat itu. Berbagai pihak, terutama pencinta-pencinta seni rakyat berusaha mengembangkan dan menyebarkan ke peringkat nasional. Terdapat institusi-institusi pendidikan yang turut menggalakkan perkembangan seni dan mainan tradisonal. Selain itu, penyelidikan, seminar dan bengkel tentang berbagai warisan tradisi rakyat itu sentiasa diberikan perhatian oleh berbagai-bagai pihak. Kesan daripada berbagai usaha yang telah dilakukan itu, minat generasi muda terhadap budaya rakyat itu tidak juga meningkat. Sebagaimana telah dinyatakan bahan-bahan budaya popular sentiasa dapat menarik minat ramai. Sebagai contoh, walaupun persembahan budaya rakyat itu ditawarkan secara percuma di bandar-bandar, masih tidak dapat menarik penonton. Tetapi mereka sanggup mengeluarkan perbelanjaan untuk menonton persembahan popular. Generasi muda tidak diberikan pendedahan seluasnya kepada tradisi budaya itu, yang menyebabkan mereka tidak mengenali dan memahami unsur-unsur budaya tradisi. Apabila mereka tidak mengenalinya maka mereka tidak mencintainya.

73

Page 74: Bmm 3114 Kebudayaan Melayu

Sedangkan tradisi sangat penting untuk memberikan peluang generasi muda mengenali sejarah, tradisi dan budaya sendiri. Dengan itu akan dapat memupuk nilai-nilai sosial cintakan bangsa dan tanahair. Seterusnya dapat membina ikatan emosi yang mendalam untuk mempertahankan warisan tradisi, dan jatidiri bangsa dan negara. Generasi muda patut dipupuk dengan nilai-nilai positif, iaitu memandang tinggi dan berbangga dengan warisan tradisi. Kedudukan warisan tradisi tidak boleh disamakan dengan bahan-bahan budaya popular. Bahan-bahan budaya popular sebagaimana bahan-bahan pengguna yang lain untuk mengisi keperluan yang lebih tinggi. Apabila nilai-nilai sosial yang berbeza diberikan kepada kedua-dua fenomena itu, maka budaya popular itu tidak dapat dianggap sebagai persaingan kepada warisan tradisi atau budaya rakyat itu. Kedudukan budaya tradisi atau budaya rakyat yang ingin diperkembangkan dalam rancangan pembinaan budaya kebangsaan tidak menunjukkan kemajuan sebagaimana yang diharapkan. Oleh itu kerajaan telah mengubah strategi bagi menggalakkan pertumbuhan budaya kebangsaan, iaitu Kementerian yang berkenaan telah digabungkan dengan industri pelancongan, yang kini dikenali sebagai Kementerian Kebudayaan Kesenian dan Pelancongan. Memahami masalah yang dihadapi dalam usaha membangunkan berbagai-bagai unsur seni tradisional adalah berkaitan dengan masalah ekonomi. Mereka yang terlibat dalam kegiatan seni tradisional tidak dapat menumpukan sepenuh perhatian kepada kegiatan yang berkaitan memandangkan kegiatan itu tidak memberikan pulangan ekonomi sewajarnya. Mereka terpaksa bergiat dalam lapangan berkaitan secara sambilan semata-mata berasaskan kepada minat. Dari sudut ekonomi, perlibatan dalam kegiatan-kegiatan kesenian tradisional atau budaya rakyat tidak memberikan pendapatan sewajarnya. Ini tidak dapat menarik minat generasi muda untuk melibatkan diri. Ganjaran ekonomi dipercayai boleh menarik dan mendorong generasi muda untuk terlibat dan mengambil bahagian

74

Page 75: Bmm 3114 Kebudayaan Melayu

dalam kegiatan-kegiatan budaya. Pelancongan diharapkan dapat memberikan suntikan ekonomi kepada kegiatan budaya itu. Budaya pelancongan kini merupakan sebahagian fenomena budaya popular. Penawaran bahan-bahan budaya kepada para pelancong itu dipercayai dapat menghidupkan kegiatan atau industri budaya yang berkaitan dengan budaya tradisi atau budaya rakyat terutama dalam bidang kesenian. Usaha meningkatkan industri pelancongan itu, berasaskan pengalaman negara-negara lain didapati mampu meningkatkan kegiatan yang berkaitan dengan tradisi budaya atau warisan budaya rakyat tempatan. Berasaskan pengalaman industri pelancongan di Malaysia, didapati industri yang berkaitan dengan kraftangan dapat berkembang dengan baik. Malahan, terdapat badan-badan swasta dan agensi-agensi kerajaan yang menggalakkan peningkatan industri kraftangan tradisional bumiputera di negara ini. Tetapi dalam bidang seni persembahan dan mainan tradisional tidak mengalami pertumbuhan sebagaimana yang dijangkakan. Terdapat usaha komersial yang dilakukan secara kecil-kecilan tetapi setakat ini tidak membuktikan kejayaan yang baik. Perkembangan warisan budaya tradisi atau tradisi rakyat bagi tujuan industri pelancongan itu terdapat pula kelemahannya. Unsur-unsur budaya yang ditawarkan itu, berasaskan kepentingan komersial selalunya disesuaikan dengan citarasa budaya para pelancong. Atas kepentingan itu didapati pihak pengusaha kurang memberikan tumpuan untuk mempertahankan mutu seni sebagaimana dalam bentuk asalnya. Dalam seni persembahan sebagai contoh, persembahan untuk pelancong yang tidak memahami konteks tradisi budaya tempatan, dilakukan semata-mata untuk pelancong, tetapi tidak dipersembahkan dalam suasana sebenar sebagaimana yang menjadi amalan dalam budaya itu. b) Budaya Popular vs. Budaya KebangsaanDalam hasrat membina budaya kebangsaan itu, ruang lingkup budaya yang diliputi itu sepatutnya tidak terbatas kepada warisan budaya tradisional atau budaya

75

Page 76: Bmm 3114 Kebudayaan Melayu

rakyat. Budaya itu dinamiks. Budaya Melayu juga adalah dinamiks, yang sentiasa berubah menyesuaikan dengan perubahan yang dilalui masyarakat. Perkembangan budaya terkini itu kemudian akan menjadi tradisi. Proses penciptaan dan penghasilan bahan-bahan budaya popular itu adalah sebahagian daripada proses perubahan masyarakat dan budaya Melayu. Dengan itu juga dapat memperkukuhkan kedudukan budaya Melayu. Masyarakat dan budaya akan terus dinamiks, iaitu perubahan perlu dilakukan bagi menjamin peningkatan peradaban Melayu itu. Dalam konteks ini penghasilan bahan-bahan budaya popular itu adalah sebahagian daripada kemajuan budaya yang dicapai masyarakat Melayu. Dalam konteks ini budaya kebangsaan itu perlu dibina atas warisan budaya tradisi dan pembangunan budaya moden, iaitu budaya popular. Oleh itu dalam penghasilan bahan-bahan budaya popular itu juga perlu mempertahankan mutu yang sewajarnya. Bahan-bahan budaya popular itu juga tidak dapat dinafikan masih mempunyai mutu dan nilai-nilai seni yang akan menjadi warisan budaya Melayu. Penghasilan budaya popular itu juga melalui proses kreativiti sewajarnya, yang dengan sendirinya menyatakan pembangunan budaya Melayu, dan seterusnya memainkan peranan sebagai sumbangan peningkatan peradaban Melayu. Budaya rakyat kini semakin lemah kedudukannya berikutan minat atau tumpuan orang ramai didapati semakin berkurang. Peranan atau fungsi sesuatu fenomena itu tidak dapat dipisahkan daripada kepentingan sesuatu tradisi budaya. Berikutan dengan perubahan sosial, ekonomi dan pendidikan, didapati kepentingan terhadap budaya rakyat semakin kurang mendapat tempat dalam kehidupan masyarakat Melayu moden hari ini. Walaupun terdapat usaha untuk menghidupkan tradisi rakyat pada peringkat kampung terutama di kalangan golongan tua, tetapi sambutan daripada orang-orang muda tidak menggalakkan. Mereka yang masih meneruskan perlibatan dalam tradisi rakyat semata-mata berasaskan kepada minat, bukannya sebagai suatu yang dilakukan secara sungguh-sungguh. Masalah yang dihadapi di kalangan penduduk kampung ialah

76

Page 77: Bmm 3114 Kebudayaan Melayu

tekanan ekonomi yang tidak memungkinkan mereka menumpukan perhatian terhadap minat mereka itu. Sambutan orang ramai yang dingin terhadap tradisi budaya itu tidak memberi peluang mereka untuk menambahkan pulangan ekonomi dengan menumpukan kepada bidang yang diminati. Penumpuan dalam kegiatan-kegiatan ekonomi yang lain lebih penting, terutama bagi memperbaiki kehidupan mereka. Dengan pesatnya penawaran berbagai-bagai bahan budaya popular Melayu moden, boleh dianggap mempengaruhi kedudukan tradisi rakyat yang tidak lagi berkembang dan menjadi popular. Bahan-bahan budaya popular yang dianggap lebih moden mempengaruhi keseluruhan kehidupan orang ramai. Citarasa budaya orang ramai telah berubah, terutama berikutan dengan proses modenisasi dan urbanisasi yang semakin pesat. Setiap orang tidak mahu ketinggalan dalam menghadapi atau mengalami gaya hidup moden kini. Sesuatu yang baru dan moden itu mudah didapati dan sesuai dengan perubahan citarasa budaya orang ramai. Berbagai-bagai usaha pernah dilakukan oleh mereka yang ingin mengekalkan tradisi bagi menghidupkan budaya rakyat Melayu untuk menyesuaikan dengan keperluan mengisi inspirasi budaya nasional. Tetapi jelas didapati, dorongan dan galakan yang dilakukan tidak membawa banyak kesan, terutama di kalangan orang-orang muda. Golongan muda tidak menunjukkan minat yang mendalam terhadap unsur-unsur budaya rakyat tradisi. Proses modenisasi dan urbanisasi membawa kesan-kesan langsung kepada kedudukan warisan budaya rakyat, yang semakin kepinggiran.

c) Pelancongan Sebagai Industri BudayaMemandangkan masalah yang dihadapi dalam pengembangan budaya rakyat tempatan, kerajaan telah mengubah strategi untuk menjadikan warisan budaya rakyat sebagai bahan budaya yang boleh menarik perhatian pelancong, terutama

77

Page 78: Bmm 3114 Kebudayaan Melayu

pelancong luar negeri. Pelancong-pelancong luar negeri dapat menghayati warisan budaya rakyat kerana itu dianggap kelainan dari budaya mereka. Dengan itu diharapkan penghasilan warisan budaya rakyat akan mendapat perhatian ramai apabila para pelancong mulai menunjukkan minat terhadapnya. Bagi mereka yang terlibat dalam kegiatan itu akan sanggup memberi tumpuan apabila permintaannya semakin baik. Budaya rakyat sebagai budaya warisan orang Melayu dapat disebarkan atau dihidupkan semula apabila tumpuannya ialah untuk industri pelancongan. Ini merupakan suatu perkembangan baru bagi penduduk di negara ini dalam perancangan untuk mengembalikan kedudukan budaya tradisi. Penawaran budaya rakyat kepada pelancong telah dilakukan dengan jayanya oleh sesetengah negara, seperti di Indonesia dan Thailand. Para pelancong melihat penghasilan seni tempatan itu sebagai suatu yang berbeza daripada seni moden, iaitu mempunyai nilai-nilai seninya tersendiri. Penawaran unsur-unsur budaya rakyat tempatan dapat menarik perhatian para pelancong yang bertujuan untuk mencari dan mengalami sesuatu yang baru dan berlainan daripada budaya mereka. Atas kesedaran ini penduduk tempatan berusaha menimbulkan atau menghidupkan tradisi budaya mereka untuk dihayati oleh para pelancong. Kerajaan Malaysia menyedari akan pentingnya industri pelancongan itu sebagai sumber ekonomi negara. Di samping dapat meningkatkan kegiatan ekonomi, industri pelancongan ini juga dapat mendorongkan penduduk tempatan terus menumpukan kepada kegiatan-kegiatan yang berkaitan dengan budaya tradisi. Dalam keadaan ini, kerajaan dapat melahirkan dua kepentingan dengan mempergiatkan industri pelancongan ini, iaitu di samping sebagai kegiatan ekonomi, negara juga dapat terus menonjolkan budaya tradisi sebagai usaha melambangkan identiti negara atau dengan kata-kata lain dapat terus mengembangkan identiti negara dalam konteks budaya kebangsaan. Bagi

78

Page 79: Bmm 3114 Kebudayaan Melayu

mencapai tujuan itu kerajaan telah menggabungkan kegiatan kebudayaan dan pelancongan di bawah satu Kementerian. Perancangan seperti itu dikatakan lebih pragmatik dan dapat terus mendorongkan perkembangan budaya tradisi memandangkan tradisi itu dapat memberikan sumbangan ekonomi yang baik. Bagi mengharapkan budaya tradisi berkembang secara sendirian sudah pasti tidak mampu berlaku sebagaimana masa lalu. Sesuatu itu dapat bergerak dan berkembang dengan baik dalam masyarakat kini apabila terdapat dorongan ekonomi. Industri pelancongan dapat memberikan perhatian kepada warisan budaya rakyat tradisi yang masih kedapatan di negara ini sebagai bahan promosi untuk menarik para pelancong, terutama pelancong-pelancong luar negeri. Kumpulan-kumpulan kesenian selalu dihantar ke luar negeri dengan tujuan menjual Malaysia kepada orang-orang luar. Saluran ini dikatakan amat berkesan untuk menarik perhatian orang luar untuk datang melancong ke negara ini. Selain itu, keindahan alam sekitar dan cara hidup tradisi orang Melayu di peringkat kampung juga selalu dikatakan dapat menarik pelancong-pelancong asing. Kerajaan dan agensi-agensi pelancongan menyediakan berbagai-bagai rancangan dalam usaha memperkenalkan para pelancong luar negeri kepada budaya rakyat tradisi penduduk tempatan. Misalnya, pusat-pusat yang menumpukan kepada kegiatan kerajinan tangan ditubuhkan. Galakan diberikan kepada tukang-tukang atau artis-artis tradisi untuk menumpukan kegiatan seni itu secara komersial. Pendedahan yang meluas unsur-unsur budaya tradisional yang ditujukan kepada para pelancong itu juga dapat menarik perhatian pelancong-pelancong tempatan. Dengan pendedahan itu, penduduk tempatan dapat memahami dan menghayati bahan-bahan budaya, dan dengan ini penawarannya semakin bertambah di pasaran. Orang ramai juga dengan sendirinya menyedari kepentingan unsur-unsur budaya tradisi. Penghasilan budaya rakyat yang berkembang bagi kepentingan

79

Page 80: Bmm 3114 Kebudayaan Melayu

para pelancong itu menghadapi proses penyesuaian yang dilakukan bagi kepentingan pasaran. Peranan atau fungsi tradisinya mungkin tidak dapat dipertahankan lagi. Budaya rakyat itu kini diletakkan dalam rangka kepentingan atau fungsi baru, iaitu untuk dihayati, bukannya lagi berperanan dalam konteks kaitannya dengan fungsi guna dalam masyarakat Melayu masa lalu. Penghasilannya kini sebagai bahan dagangan, bukannya untuk penggunaan sebagaimana kedudukannya dalam masyarakat Melayu tradisi. Unsur-unsur budaya itu dijadikan komoditi dagangan sebagaimana bahan-bahan budaya popular moden dan bagi kepentingan ini persaingan di kalangan pengusaha-pengusaha mendorongkan mereka melakukan penyesuaian bagi mendapat pasaran yang baik. Dalam keadaan demikian didapati para pengguna memainkan peranan penting dalam menentukan permintaan. Pengusaha, seperti tukang dan artis berusaha memahami citarasa pelancong dalam menyesuaikan penghasilan keluaran mereka. Walau bagaimanapun, pengekalan unsur-unsur tradisi, terutama dari segi bentuknya perlu dilakukan bagi menentukan keaslian budaya rakyat yang berkembang secara komersial itu. Persembahan kesenian seperti dikir barat, rebana, wayang kulit, kuda kepang dan berbagai-bagai jenis tarian tradisi yang dipersembahkan untuk pelancong diringkaskan untuk jangka masa yang lebih pendek agar tidak menjemukan penonton. Sedangkan persembahan asalnya memakan masa yang lama, tetapi para penonton dalam konteks masyarakat itu dapat menghayati dan memahaminya. Persembahan kepada pelancong terpaksa mereka memilih bahagian-bahagian yang menarik bagi menarik perhatian penonton. Misalnya, dengan mengurangkan babak-babak dailog dan melebihkan bahagian perlakuan. Perkembangan budaya pelancongan ini adakala membawa kesan-kesan buruk kepada kedudukan warisan budaya rakyat tradisi itu. Pihak pengusaha selalu menimbangkan kepentingan ekonomi tanpa meneliti kesan-kesan jangka

80

Page 81: Bmm 3114 Kebudayaan Melayu

panjangnya. Pengusaha selalu mengubah dan menyesuaikan sesuatu unsur budaya tradisi itu mengikut kemahuan mereka sehingga tidak ada lagi keasliannya dalam unsur itu. Sebagai contoh, dapat kita perhatikan tarian-tarian Melayu asli telah banyak disesuaikan dengan kehendak-kehendak moden dan dilakukan perubahan secara sewenang-wenang sehingga tidak wujud sifat-sifat aslinya. Keadaan ini boleh melenyapkan keaslian sesuatu unsur itu dan diganti dengan sesuatu yang baru. Generasi akan datang menghadapi masalah untuk mengesan dan memahami unsur-unsur budaya asli yang boleh menyatakan identiti masyarakat dan budaya Melayu. Unsur-unsur budaya kebendaan hasil kerajinan tangan Melayu disesuaikan dengan kehendak-kehendak pelancong. Bahan-bahan budaya itu disesuaikan dari segi saiznya, misalnya dijadikan lebih kecil bagi memudahkan para pelancong membawa pulang. Fungsi asalnya secara umum berubah kepada fungsi perhiasan. Oleh itu penekanan diberikan kepada keindahan, misalnya dari segi ukiran dan kehalusan buatannya, yang bertujuan untuk dapat menarik perhatian pelancong, terutama pelancong luar negeri. Sebagai contoh, layang-layang yang dihasilkan oleh orang Melayu ialah untuk dinaikkan, tetapi dijadikan saiznya lebih kecil untuk perhiasan. Oleh itu ukiran dan warnanya menjadi perhatian tukang-tukang untuk mengisi keperluan itu. Bagi mengisi keperluan budaya pelancong, artis-artis yang berkebolehan bagi mencipta dan menghasilkan sesuatu dengan cara lebih kreatif perlu diberikan perhatian. Fungsi asasnya telah berubah kepada hasil untuk dagangan kepada para pelancong. Pelancong tidak memahami kedudukan sesuatu hasil budaya itu yang telah dibawa keluar daripada konteks masyarakat. Mereka tidak penting kepada makna dan pengertian asalnya tetapi memerlukan keindahan sesuatu penghasilan budaya, sebagai sesuatu yang dianggap eksotik. Pelancong berusaha memahami sesuatu fenomena budaya itu secara ringkas dan mudah. Mereka menonton atau meneliti sesuatu itu secara sepintas lalu dan kemudian akan melupainya. Kesannya tidak mendalam. Tujuannya untuk menarik perhatian pelancong secara luaran dan

81

Page 82: Bmm 3114 Kebudayaan Melayu

secara cepat yang dapat. Misalnya, dalam penghasilan barangan, unsur-unsur tradisi, seperti motif atau ukirannya berubah kepada unsur-unsur moden. Dengan ini bermakna nilai-nilai tradisi semakin dilupai dan adakala pula dimasukkan unsur-unsur asing. Suasana demikian tidak dapat membina dan mengekalkan keaslian tradisi budaya Melayu. Dengan pesatnya berlaku keadaan demikian, suatu hari nanti orang Melayu terutama generasi muda tidak dapat mengenali unsur-unsur budaya tradisi yang dapat menyatakan keaslian Melayu untuk dibanggakan. Dalam perkembangan budaya pelancongan itu, orang-orang yang berkebolehan dan ahli dalam bidang-bidang berkaitan patut dapat terus mengekalkan nilai-nilai tradisi bagi kepentingan bersama. d) Proses Globalisasi dan Budaya Popular MelayuPerkembangan ekonomi global atau proses globalisasi dalam ekonomi membawa kesan yang ketara dalam perubahan dan pembangunan budaya. Dalam perkembangan ekonomi global itu sebenarnya memperkukukan kedudukan ekonomi negara maju. Penyebaran pasaran yang tidak mempunyai batasan memberikan kekuatan kedudukan dan kuasa ekonomi negara-negara maju, khususnya barat. Sebelum runtuhnya sekatan atau blok ekonomi yang berasaskan kepentingan politik, negara-negara maju itu telah pun menguasai ekonomi di peringkat internasional. Kekuasaan ekonomi itu boleh dikesan sebagai persambungan pembangunan ekonomi kolonial dahulu lagi. Perkembangan ekonomi global itu turut memperluaskan penyebaran pasaran bahan-bahan budaya, terutama atas kepentingan komersial. Bahan-bahan budaya popular yang dibawa dari negara-negara maju itu, terutama barat sentiasa dianggap mempunyai nilai-nilai sosial yang tinggi, iaitu dianggap moden dan maju. Malahan bahan-bahan budaya popular yang dibawa dari barat sentiasa menarik perhatian golongan muda mudi di negara ini. Anggapan seperti itu bukanlah suatu nilai-nilai sosial yang baru, nilai-nilai demikian telah dipupuk sejak zaman

82

Page 83: Bmm 3114 Kebudayaan Melayu

pemerintahan kolonial dahulu lagi. Kemodenan dan kemajuan itu selalu dirujuk kepada pencapaian peradaban barat. Golongan muda merupakan majoriti penduduk negara ini. Oleh itu, penyebaran bahan-bahan budaya di kalangan muda mudi itu dapat pula berkembang sebagai budaya popular. Pengaruh budaya barat itu tidak terbatas di kalangan golongan muda sahaja. Malahan gaya hidup barat juga telah meresap di kalangan golongan elit bangsawan tempatan sejak lama dahulu lagi. Mereka mempertahankan bahawa kemajuan dan kemodenan yang dibawa oleh barat itu mempunyai kedudukan sosial yang tinggi dan patut diikuti. Bahan-bahan budaya dari barat itu telah diterima dengan meluas sebagai lambang sosial. Suasana demikian mempengaruhi golongan muda dan fenomena ini tidak boleh dianggap sesuatu yang baru. yang tidak sesuai dengan nilai-nilai sosial tempatan. Antaranya sebagai contoh terdapat gaya hidup penyanyi dan pemain muzik barat yang mempengaruhi kumpulan muda mudi tempatan, dan perlakuan itu adakala bercanggah dengan nilai-nilai tempatan. Apabila keadaan itu berlaku, maka golongan dewasa menentang perlakuan demikian. Sedangkan golongan muda mudi itu didedahkan dengan perkembangan budaya popular barat yang keterlaluan sifatnya. Tetapi golongan dewasa adalah bertanggungjawab dalam menyebarkan bahan-bahan budaya secara meluas itu atas kepentingan komersial. Penyebaran bahan-bahan budaya barat itu membawa dan menyalurkan bersamanya nilai-nilai sosial berasaskan budaya barat. Selalunya melalui bahan-bahan yang disebarkan itu terdapat nilai-nilai yang baik dan patut menjadi ikutan orang Melayu, terutama golongan muda. Tetapi kerapkali nilai-nilai yang baik itu diketepikan, sebaliknya nilai-nilai yang tidak baik mudah mempengaruhi perlakuan golongan muda mudi Melayu. Orang ramai selalu beranggapan, bahan-bahan budaya popular yang dibawa dari barat itu membawa kesan-kesan buruk kepada masyarakat tempatan, terutama golongan muda. Misalnya, budaya barat itu selalu dikatakan budaya kuning, dan dianggap tidak sesuai dengan kehidupan orang Melayu.

83

Page 84: Bmm 3114 Kebudayaan Melayu

Pencemaran bahasa yang tidak terkawal, penamaan dan perancangan taman-taman perumahan, perbandaran, seni bina yang tidak sepenuhnya mencerminkan identiti Malaysia, dan ini diburukkan lagi dengan kemasukan unsur-unsur seni dan muzik luar yang tidak ada kaitan langsung dengan seni budaya asal rantau ini.Tetapi aspek kebaikan, terutama nilai-nilai sosial yang patut menjadi teladan, seperti pembinaan hubungan sosial, kekeluargaan, budaya ilmu, menjaga kebersihan dan sebagainya kurang mendapat perhatian. Sedangkan budaya popular yang dibawa dari barat itu terdapat banyak nilai-nilai sosial yang patut diikuti. Perkara yang menjadi perhatian ialah berkaitan dengan nilai-nilai buruk yang dianggap boleh membawa kesan-kesan buruk kepada generasi muda. Penyebaran bahan-bahan budaya popular moden kini membawa perubahan besar kepada kehidupan orang Melayu. Bahan-bahan budaya popular dapat dianggap sebagai saluran penting kepada orang ramai untuk mengisi keperluan yang lebih tinggi seperti hiburan, melayan perasaan, kepuasan individu, dan mengisi masa lapang. Dengan itu dapat mengurangkan tekanan hidup kepada anggota-anggota masyarakat. Orang ramai, sebagai pengguna bahan-bahan budaya popular boleh membuat pilihan daripada berbagai jenis bahan budaya di pasaran mengikut kemampuan dan keperluan masing-masing. Penawaran bahan-bahan budaya itu dalam berbagai jenis dan bentuk yang dilakukan secara komersial, mampu dibeli untuk penggunaan orang ramai. Perbelanjaan terhadap bahan-bahan budaya popular merupakan sebahagian daripada keperluan kepenggunaan orang ramai yang itu menjadi sebahagian daripada keperluan harian setiap orang. Bahan-bahan budaya popular itu dihasilkan oleh kegiatan industri budaya. Perkembangan industri itu sebagaimana industri lain mempunyai pengurusan yang berusaha memasarkan keluaran mereka kepada ramai. Sebagai industri, maka usaha promosi, misalnya dengan iklan, pameran, demostrasi dan sebagainya dilakukan bagi menarik pengguna atau audien. Kejayaan sesuatu industri budaya itu sangat bergantung kepada sambutan yang diberikan oleh para pengguna.

84

Page 85: Bmm 3114 Kebudayaan Melayu

Sedangkan pengguna itu mempunyai kemampuan untuk membuat pilihan sendiri. Walau bagaimanapun, melalui promosi yang meluas kerapkali dapat mempengaruhi nilai-nilai sosial. Perkembangan industri budaya popular itu memberikan sumbangan ekonomi yang penting kepada negara. Di samping itu industri itu juga dapat menyediakan peluang-peluang pekerjaan kepada mereka yang berkebolehan dan berminat. Malahan, industri budaya ini turut memainkan peranan penting dalam pembangunan negara, misalnya dalam membawa perubahan nilai-nilai sosial dan world-view. Pesatnya pembangunan yang dilalui penduduk luar bandar, turut memberikan peluang meningkatnya penyebaran budaya popular sehingga ke kawasan-kawasan pendalaman, dan melaluinya dapat menyalurkan proses urbanisasi dan modenisasi dengan lebih berkesan. Misalnya, dengan pendedahan yang disalurkan melalui televisyen dapat membuka minda dan mencabar pemikiran anggota-anggota masyarakat untuk memperbaiki kehidupan mereka. Nilai-nilai yang dipupuk itu dapat mendorongkan mereka untuk mengubah sikap, misalnya dengan bekerja lebih kuat, yang dapat meningkatkan produktiviti. Budaya popular sekian lama telah memainkan peranan dalam mengurangkan kedudukan jurang sosial di kalangan anggota-anggota masyarakat. Ini dapat dikaitkan dengan peranan media massa yang menawarkan bahan-bahan budaya popular kepada semua peringkat anggota masyarakat tanpa mengira kedudukan kelompok-kelompok sosial. Semua anggota masyarakat menghayati bahan budaya yang sama atau standard yang disalurkan oleh media popular itu. Dengan itu dapat membina dan memupuk nilai-nilai sosial yang lebih kurang sama. Industri budaya popular di negara ini telah bermula sejak pemerintahan kolonial, apabila berkembangnya ekonomi kapitalis dan teknologi moden. Tetapi pemilikan modal dan teknologi moden itu, seperti filem dan piring hitam dikuasai orang bukan Melayu. Orang Melayu yang terlibat hanya mampu memberikan sumbangan tenaga dengan ganjaran upah atau gaji. Oleh itu, industri budaya popular Melayu

85

Page 86: Bmm 3114 Kebudayaan Melayu

yang pesat berkembang di bandar-bandar besar di negara ini adakala merupakan kegiatan komersial orang bukan Melayu. Pada peringkat awal, orang Melayu boleh dikatakan terlibat dalam indsutri Bangsawan. Apabila industri budaya memerlukan modal yang besar dan teknologi moden, maka orang Melayu tidak mampu untuk turut serta dalam membina industri demikian. Malahan pembangunan industri itu memerlukan kepakaran dan pendidikan, terutama dalam usaha pengurusan industri itu. Pembinaan industri budaya sebagaimana juga industri yang lain memerlukan susunan strategi pengurusan yang berkesan. Walaupun kepentingan utamanya ialah untuk mendapatkan keuntungan, tetapi pengusaha industri itu juga mempunyai peranan dan tanggungjawab sosial. Dalam perjalanan sesebuah industri budaya itu, melibatkan pengumpulan modal dan tenaga pekerja. Dalam sistem kapitalis, kegiatan yang berkaitan itu berusaha memaksimum keuntungan. Atas kepentingan ini, pengusaha industri itu berusaha menawarkan sesuatu bahan budaya yang dapat menarik perhatian orang ramai. Bahan-bahan budaya yang baru atau dianggap moden itu kerapkali dapat menarik perhatian orang ramai. Oleh itu, pengusaha sentiasa peka kepada perubahan selera orang ramai. Penwaran bahan-bahan budaya di pasaran sentiasa berubah menyesuaikan dengan kehendak dan kepentingan orang ramai dari masa ke masa. Adakala pengusaha industri budaya popular itu menggunakan strategi mengeksploit keinginan semula jadi manusia bagi menarik minat ramai, terutama golongan muda. Aspek-aspek yang boleh menimbulkan rangsangan keinginan manusia itu seperti seks dan keganasan sebagaimana yang selalu dipaparkan dalam filem selalu diberikan perhatian oleh pengusaha. Filem-filem yang dikeluarkan di barat misalnya, selalu membawa adegan-adegan yang sensasi bagi menarik minat khalayak. Namun, tumpuan yang diberikan itu kerapkali agak keterlaluan, dan tidak sesuai dengan nilai-nilai sosial tempatan. Oleh itu, kerajaan telah menetapkan syarat dan

86

Page 87: Bmm 3114 Kebudayaan Melayu

peraturan dalam mengawal bahan-bahan budaya yang boleh menimbulkan percanggahan dengan nilai-nilai sosial tempatan. Misalnya, badan penapis filem diberikan kuasa dalam menentukan kesesuaian bahan-bahan budaya yang dibawa dari luar itu. Ini dilakukan bagi mengawal moral dan akhlak penduduk tempatan, terutama orang Melayu yang beragama Islam. Kini, penyebaran bahan-bahan budaya semakin meluas, melalui perkembangan teknologi moden yang boleh membawa kesukaran dalam melakukan kawalan terhadap bahan-bahan budaya itu. Pembangunan teknologi moden yang sangat pesat kini memainkan peranan penting dalam membawa proses globalisasi bahan-bahan budaya popular. Dengan perkembangan media elektronik dan penyebaran yang dapat dilakukan melalui satalite membolehkan bahan-bahan budaya dapat disebarkan dengan meluas. Dalam perkembangan itu, menjadikan negara maju, terutama barat mempunyai kedudukan yang semakin kukuh dalam ekonomi dan budaya. Kekuatan ekonomi barat dalam menguasai ekonomi dunia, turut mempengaruhi pula penyebaran bahan-bahan budayanya. Budaya popular barat yang dihasilkan oleh pembangunan industri budaya itu dapat menyalurkan bahan-bahan budaya itu ke seluruh dunia. Seterusnya, penyebaran yang meluas itu dapat memperkukuhkan kedudukan ekonomi dan politiknya. Kekuatan ekonomi dan pembangunan teknologi negara-negara maju itu seterusnya dapat menguasai budaya di peringkat global dan dapat pula mempengaruhi dan menyalurkan ideologi politiknya. Pencapaian itu menyatakan kedudukan global itu hakikatnya membawa kesan yang amat baik kepada negara-negara maju. Namun, asas pembinaannya itu telah bermula sejak pengaruh politik kolonial yang menyebarkan konsep moden tehadap penduduk di negara-negara dunia ketiga, yang masih di peringkat sedang membangun. Pengaruh budaya barat yang telah bermula sejak zaman pemerintahan kolonial di negara ini turut mempengaruhi perkembangan budaya Melayu. Penyebaran bahan-bahan budaya popular barat memainkan peranan penting dalam mempengaruhi pembinaan budaya popular Melayu. Teknologi moden yang dibawa dari barat

87

Page 88: Bmm 3114 Kebudayaan Melayu

seperti piring hitam, filem, radio dan sebagainya turut diisi dengan kandungan Melayu, tersebar luas, terutama di kalangan orang Melayu. Fenomena budaya popular itu sentiasa dianggap sebagai sesuatu yang baru, dan seterusnya membawa bersamanya nilai-nilai kemodenan. Sesuatu yang popular dari barat mudah ditiru dan diikuti bagi menyesuaikan dengan kehendak tempatan. Perkembangan budaya popular Melayu itu turut dipengaruhi perkembangan budaya popular di peringkat global khususnya barat. Kini dengan pesatnya penyebaran bahan-bahan budaya dalam proses globalisasi itu, didapati perkembangan itu memainkan peranan dalam mempengaruhi perkembangan industri budaya popular Melayu, yang berusaha untuk mengisi keperluan tempatan. Dengan kekuatan asas yang telah dibina dalam proses modenisasi semenjak pengaruh budaya kolonial dahulu, dan keadaan yang sama berlaku dalam proses globalisasi budaya kini, didapati bahan-bahan budaya yang dibawa dari barat itu sentiasa dipandang tinggi dan dianggap moden. Namun, berbagai usaha dilakukan untuk menggalakkan orang ramai menggunakan bahan-bahan budaya tempatan. Bahan-bahan budaya popular global dalam berbagai lapangan yang disebarkan oleh industri budaya barat itu kini didapati tersebar luas yang memberikan kemudahan kepada orang ramai untuk melakukan pilihan, pendedahan yang sangat meluas itu tidak dapat dinafikan turut mempengaruhi cita rasa budaya tempatan dan memupuk nilai-nilai sosial negara maju. Orang Melayu turut mempunyai peluang untuk menghayati berbagai bentuk dan jenis penawaran budaya popular yang dibawa dari negara-negara maju. Berasaskan pengalaman itu mereka mengharapkan penawaran bahan-bahan budaya popular tempatan juga tidak jauh berbeza dengan bahan-bahan budaya popular dari negara-negara maju itu. Suasana demikian mempengaruhi perkembangan industri budaya popular Melayu.

88

Page 89: Bmm 3114 Kebudayaan Melayu

Bagi kepentingan komersial, industri budaya tempatan selalu meniru atau mengikuti perkembangan sebagaimana yang dinyatakan oleh negara-negara maju. Tetapi industri budaya tempatan terpaksa menyesuaikan dengan nilai-nilai sosial tempatan, misalnya tentang moral dan akhlak yang tetap berlandaskan kepada nilai-nilai Islam. Adakala terdapat bahan-bahan budaya popular itu yang kurang memberikan pertimbangan tentang nilai-nilai sosial itu yang boleh membawa kepada kesan-kesan sosial yang kurang baik. Namun masyarakat Melayu selalu memberikan tekanan terhadap bahan-bahan budaya Melayu yang didapati agak keterlaluan dan tidak memberikan perhatian kepada nilai-nilai sosial tempatan dan Islam. Penyebaran bahan-bahan budaya popular dari negara-negara maju dalam proses globalisasi itu memberikan kesan yang menyeluruh terhadap budaya Melayu tradisi. Persaingan dengan perkembangan budaya popular di peringkat global membawa kesan kepada tradisi budaya tempatan, iaitu apabila bahan budaya popular itu digunakan sebagai nilai-nilai yang mengukur kemajuan dan kemodenan kini. Segala warisan tradisi dianggap sebagai ketinggalan zaman dan tidak dinamiks mengikut pembangunan semasa. Penyebaran budaya popular dari negara-negara maju, terutama barat itu menekankan nilai-nilai sosial yang adakala bercanggah dengan nilai-nilai sosial tempatan, malahan tidak sesuai dengan nilai-nilai Islam. Misalnya, kepentingan kepada nilai-nilai material dan mementingkan diri keterlaluan boleh menjejaskan kurangnya pertimbangan sosial, terutama nilai-nilai moral dan akhlak. Sedangkan bahan-bahan budaya popular itu sangat berkesan dalam mempengaruhi generasi muda, yang lebih mementingkan hiburan. Mereka kurang memberikan perhatian terhadap masalah-masalah sosial. Adakala kelainan budaya yang disalurkan melalui budaya popular menjadi ikutan kepada generasi muda di negara ini. Selain itu, eksploitasi unsur-unsur sensasi boleh membawa kesan-kesan sosial yang kurang baik.

89

Page 90: Bmm 3114 Kebudayaan Melayu

Penyebaran budaya popular sangat dinamiks, sentiasa berubah menyesuaikan dengan permintaan orang ramai. Penyebaran bahan-bahan budaya itu memberi peluang kepada orang ramai mempelajari dan memahami masyarakat dan budaya lain di dunia ini, yang boleh mempengaruhi pemikiran mereka. Pendedahan yang meluas dapat mempercepatkan proses modenisasi dan globalisasi, tetapi perlu juga diawasi, di samping mendorongkan perubahan selaras dengan kesan yang dibawa oleh proses globalisasi itu. Mereka perlu mempelajari dari masyarakat dan budaya lain bagi membolehkan mereka mengalami perubahan nilai-nilai sosial. Pesatnya perkembangan dan penyebaran bahan-bahan budaya popular itu boleh mempengaruhi pembangunan ekonomi negara. Di samping itu anggota-anggota masyarakat juga boleh melibatkan diri dalam pembangunan industri itu mengikut kemampuan dan kepakaran masing-masing. e) Impak Fenomena Budaya PopularPerkembangan industri budaya popular memberikan sumbangan ekonomi yang tidak kurang pentingnya kepada negara. Sebahagian besar sumbangan itu datangnya daripada kemasukan bahan-bahan budaya dari negara-negara maju. Industri budaya popular tempatan menghadapi persaingan dengan penawaran bahan-bahan budaya yang datangnya dari negara-negara maju itu. Kerajaan berusaha membantu bagi menggalakkan perkembangan industri budaya Melayu. Misalnya, keutamaan diberikan kepada pengusaha-pengusaha tempatan dalam penyebaran bahan-bahan budaya popular. Penawaran bahan-bahan budaya popular itu bukan sahaja sebagai bahan yang memberikan hiburan, melayan emosi atau perasaan orang ramai sebagai pengguna. Malahan, bahan-bahan budaya itu dapat memainkan berbagai peranan dalam membawa keharmonian dan kesejahteraan sosial. Penyaluran nilai-nilai sosial melalui bahan-bahan budaya popular adalah sangat berkesan, terutama di kalangan orang-orang muda. Misalnya, filem, nyanyian, dan buku-buku cerita popular adalah saluran pemupukan nilai-nilai sosial yang amat baik.

90

Page 91: Bmm 3114 Kebudayaan Melayu

Bahan-bahan budaya popular itu juga turut memainkan peranan dalam memperkukuhkan hubungan sosial, terutama melalui nilai-nilai sosial yang disalurkan itu yang seragam. Malahan budaya popular itu boleh memainkan peranan dalam pembinaan perpaduan antara kaum di negara ini. Di peringkat nasional, budaya popular dapat mengurangkan ikatan individu kepada kelompok yang berasaskan kedaerahan. Bahan-bahan budaya popular dikongsi dan dihayati bersama, maka nilai-nilai sosial dan unsur pendidikan yang disalurkan melalui bahan-bahan itu dapat memberikan rasa kekitaan yang kukuh. Budaya popular sebagai ‘urban product’ sentiasa menghasilkan sesuatu yang baru. Nilai-nilai sosial yang didedahkan kepada orang ramai melalui bahan-bahan budaya popular itu merupakan suatu pembaharuan dan kemodenan. Orang ramai, terutama golongan muda sentiasa mencari sesuatu yang baru. Oleh itu, bahan-bahan budaya popular itu turut memberikan sumbangan dalam membawa para pengguna itu mengalami proses modenisasi dan urbanisasi. Anggota-anggota masyarakat tidak mahu ketinggalan dalam mengikuti perkembangan budaya semasa. Penyaluran bahan-bahan budaya popular melalui media elektronik, media cetak dan seumpamanya mendedahkan orang ramai kepada bahan-bahan budaya popular di peringkat global. Ini memberikan peluang para pengguna berfikiran lebih terbuka dan turut mengalami proses globalisasi. Perkembangan pesat budaya popular dapat memberikan peluang orang ramai membuat pilihan pengisian keperluan lebih tinggi, seperti bahan-bahan budaya, mengikut citarasa masing-masing. Malahan sebagai bahan pengguna, penawaran bahan-bahan budaya itu mampu didapati oleh orang ramai, terutama di pasaran di seluruh negara. Perkembangan bahan-bahan budaya popular itu adakala dikaitkan dengan kesan buruknya kepada golongan muda. Bahan-bahan budaya yang dibawa dari barat selalu dianggap bercanggah dengan nilai-nilai sosial tempatan dan nilai-nilai Islam. Perlakuan kelainan budaya yang tersebar di kalangan orang-orang muda juga

91

Page 92: Bmm 3114 Kebudayaan Melayu

dikaitkan dengan budaya popular dari barat. Oleh itu, orang dewasa beranggapan bahan-bahan budaya itu amat perlu dikawal dan diawasi. Tetapi dengan teknologi penyebaran maklumat yang semakin canggih kini, pengawalan bahan-bahan budaya yang disalurkan melalui teknologi itu didapati semakin sukar dilakukan. Oleh itu, usaha yang perlu dilakukan ialah memperkuatkan ketahanan diri golongan muda itu, misalnya dengan memberikan pendidikan agama dan moral yang sebaiknya. Sejauhmana kesan buruk yang dibawa oleh bahan-bahan budaya popular dari negara-negara maju terhadap golongan muda di negara ini setakat ini belum lagi dilakukan penyelidikan secara mendalam. Perkembangan pesat penawaran bahan-bahan budaya popular secara global, terutamanya yang datang dari barat mempengaruhi nilai-nilai sosial orang Melayu. Misalnya, nilai-nilai material semakin meningkat. Gaya hidup yang berasaskan ‘impian Amerika’ semakin meluas. Fenomena budaya popular mempengaruhi dan membawa kesan kepada kelemahan kedudukan budaya Melayu tradisional. Minat ramai, terutama golongan muda terhadap warisan tradisi itu semakin berkurang. Kepinggiran warisan tradisi adalah kesan daripada nilai-nilai kemodenan dan kemajuan yang diberikan kepada bahan-bahan budaya popular. Budaya Melayu itu dinamis. Perkembangan pesat budaya popular Melayu dengan jelas menyatakan dinamiknya budaya Melayu. Perkembangannya itu selaras dengan pembangunan yang dilalui orang Melayu. Kini orang Melayu mengalami proses modenisasi dan urbanisasi yang pesat dan perubahan yang dilalui itu dapat difahami daripada perkembangan bahan-bahan budaya popular yang tersebar luas. Di samping itu masyarakat Melayu terdedah kepada perubahan dan kemajuan yang berlaku di peringkat global apabila bahan-bahan budaya popular dari negara-negara maju itu berkembang secara global. Bahan-bahan budaya popular Melayu itu dengan jelas menyatakan secara ekspresif dan simbolik perubahan yang dilalui orang Melayu. Melaluinya mereka menyatakan pencapaian orang Melayu dalam mengalami perubahan seperti pembangunan dan kemodenan.

92

Page 93: Bmm 3114 Kebudayaan Melayu

Pesatnya perkembangan dan penyebaran bahan-bahan budaya popular dari negara-negara maju di negara ini dalam proses globalisasi boleh membawa kesan-kesan kurang baik dari segi nilai-nilai kebangsaan. Tetapi kesan itu boleh pula memberikan kesedaran kepada masyarakat Melayu, untuk meningkatkan dan memperkukuhkan semangat kebangsaan. Dalam konteks ini usaha mengembalikan masyarakat kepada nilai-nilai sosial tradisi yang berteraskan kepada Islam digalakkan oleh berbagai-bagai pihak di negara ini.

RumusanFenomena budaya popular kini menjadi sebahagian daripada keperluan hidup moden. Perkembangannya tersebar luas merintasi kelas sosial. Penawarannya yang merupakan kegiatan komersial memberikan pulangan ekonomi yang baik kepada negara, dan memberikan peluang pekerjaan kepada ramai orang yang terlibat dalam industri itu. Budaya Melayu tradisional pernah berkembang secara popular masa lalu dalam konteks budaya rakyat. Budaya popular tradisional itu berbeza daripada budaya popular moden yang telah mengalami proses modenisasi dan urbanisasi. Perkembangan ekonomi, teknologi dan pendidikan moden memainkan peranan penting dalam melahirkan fenomena budaya popular moden Melayu. Ini boleh dikesan sejak perkembangan bandar-bandar moden semasa pemerintahan kolonial. Budaya popular Melayu merupakan ‘urban product’ yang membawa ciri-ciri kemodenan dan pembandaran. Perkembangan budaya popular moden membawa kesan-kesan perubahan sosial dan budaya yang berlaku di kalangan orang-orang Melayu. Budaya popular yang tersebar luas itu membawa kemerosotan kepada budaya tradisi, sedangkan dalam konsep pembinaan budaya kebangsaan, unsur-unsur budaya tradisional itu sangat penting sebagai lambang jatidiri negara. Kesannya itu meletakkan budaya rakyat itu menghadapi masalah untuk dapat diterima ramai. Walau bagaimanapun, Kementerian yang terlibat berusaha di samping memulihara ialah menghidupkan berbagai jenis seni tradisional dengan cara melibatkan industri budaya dalam kegiatan pelancongan. Budaya Melayu tradisional menyatakan aspek ekspresif dan simbolik kehidupan orang Melayu. Berbagai usaha dilakukan dalam menentukan tradisi itu tidak

93

Page 94: Bmm 3114 Kebudayaan Melayu

lenyap begitu sahaja. Walau bagaimanapun dalam proses globalisasi yang pesat kini, orang Melayu menyedari kesan-kesan yang kurang baik dibawa oleh bahan-bahan budaya popular dari negara-negara maju itu. Ini memberi kesedaran masyarakat Melayu untuk mengembali dan mempertahankan identiti Melayu itu. Antaranya, ialah dengan berusaha meletakkan warisan tradisi budaya Melayu di tempat sewajarnya. Namun, unsur-unsur budaya tradisi itu boleh dipopularkan apabila unsur-unsur budaya itu dapat disesuaikan dengan keperluan semasa. Perkembangan budaya popular Melayu itu juga menyatakan dengan jelas dinamiks budaya Melayu itu. Dan dalam pembinaan budaya kebangsaan, peranan budaya moden dalam konteks budaya popular itu perlu juga diberikan tumpuan. Tetapi tidak semua bahan budaya popular itu dapat dianggap penting dalam pembinaan budaya kebangsaan. Pertimbangan mutu sangat penting dalam meletakkannya sebagai budaya kebangsaan. Adakala orang berpendapat bahan-bahan budaya popular bermutu rendah, hanya mementingkan pulangan ekonomi semata-mata. Walau bagaimanapun kita tidak boleh ketepikan nilai mutu itu, memandangkan penawaran bahan-bahan budaya itu ialah untuk kepuasan orang ramai. Oleh itu perkara mutu itu juga sentiasa diberikan perhatian agar penawarannya itu mendapat perhatian orang ramai. Perkembangan budaya popular itu, terutama bahan-bahan budaya popular dari negara-negara maju dalam konteks global memberikan persaingan kepada perkembangan budaya popular Melayu. Pengusaha dan mereka yang terlibat dalam industri budaya berusaha meningkatkan mutu pengeluaran dan ini merupakan cabaran bagi perkembangan budaya popular Melayu agar dapat bersaing di pasaran. Pembangunan dalam penawaran bahan-bahan budaya popular Melayu boleh dianggap sangat penting untuk mengimbangi pesatnya kemasukan bahan-bahan budaya dari negara-negara maju. Bahan-bahan budaya popular Melayu masih berteraskan kepada nilai-nilai sosial yang diberikan oleh ajaran Islam. Dengan ini dapat memberikan pilihan kepada orang Melayu yang kian terdedah dengan bahan-bahan budaya dari luar. Bahan-bahan budaya dari barat, di samping terdapat nilai-nilai yang patut dicontohi, terdapat pula nilai-nilai yang dinyatakan dalam perlakuan yang bercanggahdengan nilai-nilai sosial Melayu dan Islam. Perlakuan itu boleh menimbulkan konflik nilai dan mempengaruhi golongan muda yang seterusnya boleh membawa berbagai-bagai masalah sosial atau kelainan budaya. Kini penyebaran bahan-bahan budaya dari negara-negara maju semakin meluas dalam berbagai saluran yang tidak mungkin boleh diawasi lagi. Oleh itu, ketahanan diri individu perlu diperkukuhkan. Generasi muda perlu dipupuk dengan nilai-nilai moral dan akhlak yang tinggi berasaskan Islam bagi membolehkan mereka berhadapan dengan penyebaran bahan-bahan budaya yang tidak sesuai dengan budaya Melayu dan Islam.

94

Page 95: Bmm 3114 Kebudayaan Melayu

Bahan-bahan budaya popular itu juga memainkan peranan penting dalam membawa orang Melayu mengalami proses modenisasi dan urbanisasi. Selain itu, melaluinya dapat dipupuk nilai-nilai sosial secara berkesan kepada orang ramai. Budaya popular itu yang sentiasa berubah menyesuaikan dengan perubahan cita rasa budaya ramai menyalurkan berbagai-bagai nilai sosial, adakala nilai-nilai sosial itu bercanggah dengan tradisi budaya Melayu dan Islam. Perkembangan budaya popular itu yang merupakan sebahagian kehidupan moden terdapat kesan-kesan baik dan buruknya. Impaknya yang begitu meluas sentiasa disedari anggota-anggota masyarakat. Anggota-anggota masyarakat Melayu perlu dilengkapkan dengan ketahanan diri yang kuat, terutama asas Islam dan pendidikan, agar orang Melayu mampu menerima cabaran dan dapat bersaing dalam berbagai bidang dan lapangan berikutan pesatnya proses kemodenan, urbanisasi dan globalisasi. Bahan-bahan budaya popular itu mendapat populariti berasaskan peranannya membawa perubahan, pembaharuan dan menyatakan gaya hidup moden dan bandaran. Tidak dapat dinafikan lagi peranan fenomena budaya popular itu dalam kehidupan masyarakat Melayu moden kini yang perkembangannya semakin meluas dan merupakan sebahagian daripada fenomena budaya moden. Kita tidak boleh lagi menganggap bahan-bahan budaya popular itu tidak penting atau boleh membawa kesan-kesan yang kurang baik kepada masyarakat, terutama golongan muda. Semua pihak perlu memahami kepentingan dan peranan budaya popular dari aspek positifnya, iaitu budaya popular itu boleh memberikan sumbangan penting dalam pembangunan masyarakat dan budaya. Untuk meletakkan budaya Melayu sebagai budaya kebangsaan yang berteraskan Islam, maka budaya popular itu perlu digunakan seluasnya agar dapat memberikan kesan yang baik, terutama kepada generasi muda. Bahan-bahan budaya popular itu juga boleh digunakan dengan berkesan sebagai saluran pemupukan nilai-nilai sosial yang berteraskan Islam, khususnya ke arah pembangunan orang Melayu. Dalam perancangan pembangunan sosial dan kebudayaan, peranan dan kepentingan fenomena budaya popular perlu diberikan pertimbangan serius sebagai fenomena yang dapat membawa perubahan masyarakat dan budaya, seterusnya meningkatkan peradaban Melayu.BibliografiA.Aziz Deraman (2000). Tamadun Melayu dan Pembinaan Bangsa Melayu Edisi Baharu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka

Abdul Rahman Haji Abdullah (1990). Pemikiran Umat Islam di Nusantara. Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur.Amat Juhari Moain (1990). Kepercayaan Orang Melayu Berhubung dengan Pertanian. Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur.Amran Kasimin (1989). Istiadat Perkahwinan Melayu: Satu Kajian Perbandingan. Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur.

95

Page 96: Bmm 3114 Kebudayaan Melayu

Carl Gustav Jung (1986). Approaching the Unconscious in Man and his Symbols. Picador Publication. London.D.G.E Hall (terj), (1987). Sejarah Asia Tenggara. Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur.E.H.G. Dobby (ter. 1982). Asia Tenggara. Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur.Ismail Hussein, Wan Hashim Wan Teh & Ghazali Shafie (1990). Tamadun Melayu Menyonsong Abad Ke-21. Edisi Kedua. Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia. Selangor.Ismail Hussein, A. Aziz Deraman & Abd Rahman Al-Ahmadi (1993). Tamadun Melayu Jilid Satu. Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur.Mohd Taib Osman (1981). Bunga Rampai Kebudayaan Melayu. Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur.Mohd. Yusof Hassan (1991). Dunia Melayu. Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur.Muhammad Abu Bakar, Amarjit Kaur & Abdullah Zakaria Ghazali (1984). Historia. Persatuan Sejarah Malaysia. Kuala Lumpur.Nik Safiah Karim dan rakan (1994), Budi Kencana, Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

Syed Muhammad Naquib Al-Attas (1972). Islam dalam Sejarah dan Kebudayaan Melayu. Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia. Kuala Lumpur.Syed Muhammad Naquib Al-Attas (1972). Islam Faham Agama dan Asas Akhlak. Angkatan Belia Islam. Kuala Lumpur.William A. Haviland (1987). Cultural Anthropology. 5th Edition. Saunders College Publishing. United State of America.JurnalEtnimusikologi. Volume 1, Nomor 3, Januari 2006. Jurnal Ilmu Pengetahuan dan Seni. Departemen Etnomusikologi, Universitas Sumatera Utara. Medan, Indonesia.Tenggara. Journal of Southeast Asian Literature. 1987. Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur

96