30
PENSYARAH: EN. MOHD RAFI B. GHAZALI

PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU BMM 3104 -PENGAJARAN EJAAN, IMLAK DAN KARANGAN-

Embed Size (px)

DESCRIPTION

PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU BMM 3104 -PENGAJARAN EJAAN, IMLAK DAN KARANGAN-. PENSYARAH: EN. MOHD RAFI B. GHAZALI. CONTOH AKTIVITI MENULIS. Ejaan Imlak / Rencana • Menulis jawapan pemahaman • Menulis karangan • Menulis ayat berdasarkan gambar • Membina ayat - PowerPoint PPT Presentation

Citation preview

Page 1: PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU BMM 3104 -PENGAJARAN EJAAN, IMLAK DAN KARANGAN-

PENSYARAH:

EN. MOHD RAFI B. GHAZALI

Page 2: PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU BMM 3104 -PENGAJARAN EJAAN, IMLAK DAN KARANGAN-

• Ejaan• Imlak / Rencana• Menulis jawapan pemahaman• Menulis karangan• Menulis ayat berdasarkan gambar• Membina ayat• Memanjangkan ayat• Menulis rencana• Mengisi silang kata• Melengkapkan ayat

Page 3: PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU BMM 3104 -PENGAJARAN EJAAN, IMLAK DAN KARANGAN-

Melibatkan proses perkembangan mental dan pembinaan konsep.

Tujuan ejaan untuk melatih murid mendengar dan menulis dengan tepat, meningkatkan pemahaman makna perkataan dan perbendaharaan kata murid.

Aktiviti ejaan; menulis perkataan, rangkai kata, ayat dari sebutan, gambar, pita rakaman; membetulkan kesalahan ejaan dan kenal pasti ejaan yang salah dari petikan.

Page 4: PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU BMM 3104 -PENGAJARAN EJAAN, IMLAK DAN KARANGAN-

Pilih perkataan yang sesuai dengan kemampuan murid. Perkataan itu pernah dipelajari. Jumlah ejaan tidak terlalu banyak. Dijalankan selepas aktiviti bacaan. Guru menyebut murid mengeja. Disemak bersama.

Page 5: PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU BMM 3104 -PENGAJARAN EJAAN, IMLAK DAN KARANGAN-

Aktiviti menulis semula sesuatu petikan yang dibaca atau diperdengarkan

Murid perlu kuasai kemahiran membentuk huruf, mengeja, menggunakan tanda bacaan dan perbendaharaan kata

Petikan perlu sesuai dari segi panjang petikan, bahasa, kandungan, dan kosa kata

Pastikan tempat hentian bacaan Petikan perlu dibaca dengan jelas

Page 6: PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU BMM 3104 -PENGAJARAN EJAAN, IMLAK DAN KARANGAN-

Berikan petikan teks dan minta murid baca Guru memilih bahagian dalam teks untuk

diimlakkan Guru menyebut perkataan secara lisan atau

rakaman dan murid menulis Aspek yang dinilai seperti ketepatan ejaan,

penggunaan perkataan, bentuk huruf dan tanda baca

Dilaksanakan selepas aktiviti lisan atau membaca

Page 7: PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU BMM 3104 -PENGAJARAN EJAAN, IMLAK DAN KARANGAN-

Penulisan boleh dibahagi kepada lima kategori, iaitu:a. karangan,b. penulisan ringkas, c. penulisan untuk majlis rasmi,d. surate. penulisan untuk papan kenyataan.

Page 8: PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU BMM 3104 -PENGAJARAN EJAAN, IMLAK DAN KARANGAN-

1. Terkawal

Karangan yang disediakan oleh guru. Penggunaan bahasa dan isi yang terdapat dalam Karangan Terkawal ditentukan oleh guru, bertujuan untuk mengurangkan kesilapan dalam penulisan. Karangan ini dapat membantu murid mengeluarkan idea tanpa diganggu oleh kesilapan penggunaan bahasa.

- Contoh :

-Mengisi tempat kosong dengan perkataan yang sesuai dalam

karangan yang disediakan.

-Menyusun ayat-ayat yang disediakan mengikut urutan supaya menjadi sebuah karangan lengkap.

Page 9: PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU BMM 3104 -PENGAJARAN EJAAN, IMLAK DAN KARANGAN-

2. Separa Terkawal

Karangan Separa Terkawal ialah karangan yang disediakan oleh guru, tetapi murid diberi peluang

untuk menggunakan daya pemikiran mereka bagi membuat pemilihan perkataan sesuai dengan tajuk yang

disediakan.- Contoh :

-Menggantikan beberapa perkataan yang telah dipadamkan dengan perkataanperkataan lain

yang telah disediakan.

Page 10: PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU BMM 3104 -PENGAJARAN EJAAN, IMLAK DAN KARANGAN-

3. Bebas

Jenis karangan ini memberi kebebasan kepada murid untuk melahirkan idea tentang sesuatu tajuk yang disediakan dengan menggunakan perkataan sendiri. Bentuk karangan bebas seperti berikut :

• Naratif: cerita, berita, laporan, rencana, ulasan.• Argumentatif: bahas, perbincangan, kritikan.• Deskriptif: gambaran, peristiwa, benda, perwatakan.• Kreatif: puisi, cerpen, drama• Imaginatif: pengalaman.

Page 11: PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU BMM 3104 -PENGAJARAN EJAAN, IMLAK DAN KARANGAN-

Pengajaran mengarang memerlukan perancangan berdasarkan objektif yang ditentukanoleh guru.

Selain itu, pengajaran mengarang juga mengambil kira aspek aktiviti peringkat pra mengarang, semasa mengarang dan pasca mengarang.

Murid perlu diberikan pendedahan yang secukupnya sebelum mereka benar-benar terlibat dalam aktiviti mengarang yang serius.

Page 12: PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU BMM 3104 -PENGAJARAN EJAAN, IMLAK DAN KARANGAN-

Objektif mengarang bagi sekolah rendah adalah seperti yang terdapat di dalam Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah.

Objektif ini disesuaikan dengan kemahiran-kemahiran yang hendak dikuasai oleh murid-murid pada sesuatu tahap tertentu.

Namun begitu, objektif mengarang pada umumnya adalah untuk:

- Melatih murid-murid melahirkan idea.

- Melatih murid-murid menghujah dan mengembangkan idea.

- Melatih murid-murid mengembangkan karangan dalam bentuk pemerengganan yang betul.

- Melatih murid-murid menggunakan bentuk penggunaan bahasa yang betul berdasarkan sesuatu jenis karangan tertentu.

- Melatih murid-murid menggunakan format karangan yang betul

- Menggunakan pengalaman menulis karangan ke dalam situasi sebenar sehari-hari.

Page 13: PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU BMM 3104 -PENGAJARAN EJAAN, IMLAK DAN KARANGAN-

Melibatkan aktivit-aktiviti pra mengarang, semasa mengarang dan pasca mengarang.

1. Pra mengarang

- Berbincang untuk menentukan format.- Berbincang untuk menentukan isi.- Mendapat bahan daripada sumber bahan bercetak,

internet dan bahan elektronik yang lain.- Membuat peta minda atau carta aliran cerita.- Menentukan watak.- Menyaring bahan.- Menulis draf.

Page 14: PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU BMM 3104 -PENGAJARAN EJAAN, IMLAK DAN KARANGAN-

2. Semasa mengarang- Mentransformasikan perancangan kepada bentuk karangan

- Menentukan format

- Mengambil kira aspek penghuraian yang melibatkan kosa kata,

sistem bahasa, gaya bahasa, tanda baca, ejaan (termasuk bentuk

huruf) dan wacana.

- Mengambil kira aspek kohesi dan koherens.

3. Pasca mengarang- Menyemak karangan

- Melakukan pembetulan

- Membuat penambahan sekiranya perlu

- Menghantar karangan

Page 15: PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU BMM 3104 -PENGAJARAN EJAAN, IMLAK DAN KARANGAN-

• Bahan sumber daripada internet

- Guru memuat turun bahan-bahan yang berkaitan daripada internet. Bahan- bahan berkenaan disimpan dalam folder. Bahan-bahan berkenaan boleh dipancar tayang dengan menggunakan projektor LCD semasa di dalam bilik darjah. Murid-murid berbincang dan berinteraksi dengan bahan yang berkenaan sebagai persediaan mendapatkan idea untuk menulis karangan.

• Bahan sumber digital

- Guru menyediakan bahan yang disediakan sendiri, bahan yang diimbas dengan mesin pengimbas, atau bahan terpilih yang diturun muat daripada cakra digital untuk dibakar. Cakra padat CD rom berinformasi itu kemudian boleh digunakan oleh guru dalam pengajaran karangan mereka.

• Bahan audio dan audio visual

- Di ambil daripada sumber media elektronik. Dirakam dan diedit untuk digunakan olehmurid-murid sebagai bahan rangsangan.

Page 16: PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU BMM 3104 -PENGAJARAN EJAAN, IMLAK DAN KARANGAN-

Sesuai dengan bilangan murid-murid di dalam kelas dan cara pengelolaan kelas guru semasa mengajar.

Sesuai dengan wang peruntukan yang ada terutama yang melibatkan pralatan ICT.

Mengambil kira kebolehupayaan murid-murid menggunakan bahan berkenaan terutama sekiranya melibatkan bahan-bahan berteknologi digital dan elektronik.

Page 17: PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU BMM 3104 -PENGAJARAN EJAAN, IMLAK DAN KARANGAN-

Mengambil kira kebolehupayaan guru untuk mengendalikan bahan yang disediakan sendiri.

Sesuai dengan peringkat umur murid-murid dan perlu juga diambil faktor keselamatan murid-murid.

Sesuai dengan latar belakang agama dan kepercayaan yang berbilang bangsa.

Sesuai dengan objektif pengajaran yang telah ditetapkan terlebih dahulu oleh guru.

Hendaklah digunakan sekurang-kurangnya 70 peratus dalam langkah pengajaran, terutama sekiranya bahan berkenaan mengambil masa dan menggunakan kos yang tinggi dalam mengadakannya.

Page 18: PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU BMM 3104 -PENGAJARAN EJAAN, IMLAK DAN KARANGAN-

Kemahiran mengarang boleh diajarkan secara berperingkat-peringkat.

Untuk mencapai objektif kemahiran yang hendak dicapai, pengajaran karangan boleh diajarkan dengan menggunakan pendekatan tertentu seperti:◦ Terkawal◦ Berpandu◦ Bebas◦ Proses◦ Komunikatif◦ Pengalaman Bahasa

Page 19: PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU BMM 3104 -PENGAJARAN EJAAN, IMLAK DAN KARANGAN-

1. Pendekatan Terkawal

Pendekatan terkawal merupakan satu pendekatan yang digunakan bagi membantu murid-murid menimba pengalaman mengarang supaya mereka biasa dengan struktur karangan.

Selain itu, pendekatan ini dapat mengelakkan murid-murid daripada melakukan kesalahan baik dari segi bahasa mahu pun dari segi isi.

Page 20: PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU BMM 3104 -PENGAJARAN EJAAN, IMLAK DAN KARANGAN-

Murid-murid menulis karangan dengan berpandukan sepenuhnya kepada bahan yang disediakan oleh guru.

Contoh aktiviti:1. mengisi tempat kosong dengan menggunakan

perkataan-perkataan yang disediakan terlebih dahulu.

2.menulis karangan berdasarkan gambar bersiri, menyusun ayat sehingga membentuk sebuah karangan yang lengkap.

3.menyusun bahagian pendahuluan, bahagian isi dan bahagian penutup untuk membentuk sebuah

karangan yang lengkap bersturuktur.

Page 21: PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU BMM 3104 -PENGAJARAN EJAAN, IMLAK DAN KARANGAN-

2. Pendekatan Berpandu

Isi karangan telah diberikan oleh guru Murid membina ayat berdasarkan perkataan

atau rangkai kata yang telah diberikan oleh guru.

Murid-murid mengisi tempat kosong dengan menggunakan perkataan mereka sendiri bagi melengkapkan perenggan.

Kad imbasan dan kad perkataan digunakan bagi membantu murid-murid.

Page 22: PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU BMM 3104 -PENGAJARAN EJAAN, IMLAK DAN KARANGAN-

Murid mengolah isi berdasarkan pendahuluan atau pengakhiran cerita yang telah diberikan oleh guru.

Kesalahan yang minima dapat dielakkan daripada dilakukan oleh murid.

Latihan memadankan ayat boleh diberikan terlebih dahulu kepada murid.

Murid-murid yang pandai diberikan aras latihan yang lebih mencabar.

Penulisan karangan boleh dilakukan dalam bentuk grafik sebelum ditulis dalam bentuk wacana yang lengkap.

Page 23: PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU BMM 3104 -PENGAJARAN EJAAN, IMLAK DAN KARANGAN-

3. Pendekatan Bebas.

Sesuai untuk kumpulan murid yang sudah menguasai aspek penulisan dengan baik.

Murid menulis karangan berdasarkan tajuk yang diberikanoleh guru.

Murid-murid mencari isi karangan sendiri. Murid-murid menyusun isi dan membuat rangka karangan Guru memberikan beberapa perkataan atau rangkai kata

tertentu bagi membantu murid memantapkan lagi pengolahan.

Penggunaan peribahasa digalakkan.

Page 24: PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU BMM 3104 -PENGAJARAN EJAAN, IMLAK DAN KARANGAN-

4. Pendekatan Proses

Tidak memberatkan hasil tetapi melibatkan proses yang dilalui oleh murid-murid.

Murid-murid mengumpul bahan berdasarkan tajuk yang diberikan oleh guru.

Boleh dilakukan secara berkumpulan atau individu Bahan-bahan yang telah dikumpul disimpan di dalam

folio. Bahan daripada folio disaring untuk menentukan

kesesuaian dengan tajuk karangan yang diberikan Penggunaan sumber bahan berasaskan ICT adalah

sangat digalakkan.

Page 25: PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU BMM 3104 -PENGAJARAN EJAAN, IMLAK DAN KARANGAN-

Bahan yang tidak digunakan disimpan semula ke dalam folio untuk digunakan kepada tajuk karangan yang lain.

Aktiviti Pengajaran:-Murid-murid menyusun isi.

-Dalam peringkat menyusun isi, murid berbincang dengan guru.

-Isi yang telah disusun, ditulis dalam bentuk rangka karangan.

-Rangka karangan yang telah mantap, ditulis bentuk penulisan yang lengkap.

-Murid-murid mengedit karangan yang telah disiapkan dan melakukan pembetulan.

-Setelah siap dan lengkap, karangan dihantar kepada guru untuk dinilai.

Page 26: PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU BMM 3104 -PENGAJARAN EJAAN, IMLAK DAN KARANGAN-

Peringkat Pengajaran◦Penentuan tajuk dan pengumpulan maklumat◦Penulisan draf◦Penyemakan pertama◦Penyemakan kedua◦Penulisan draf akhir◦Persembahan

Page 27: PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU BMM 3104 -PENGAJARAN EJAAN, IMLAK DAN KARANGAN-

5. Pendekatan Komunikatif

◦ Penulisan karangan berdasarkan fungsi bahasa sebagai alat perhubungan.

◦ Penekanan diberikan kepada penggunaan bahasa yang berkesan dalam mengungkapkan isi cerita dan kurang kepada aspek penstrukturan karangan.

◦ Murid-murid diberikan latihan mengemukakan pendapat mereka tentang sesuatu idea.

◦ Murid-murid diminta bercerita tentang sesuatu dalam konteks perbincangan yang autentik.

◦ Bentuk penulisan murid-murid lebih mirip kepada melaporkan sesuatu kejadian dalam konteks dan suasana kejadian sebenar.

◦ Penggunaan bahan rangsangan seperti bahan multi media dapat membantu murid-murid dalam mengemukakan penceritaan.

Page 28: PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU BMM 3104 -PENGAJARAN EJAAN, IMLAK DAN KARANGAN-

6. Pendekatan Pengalaman Bahasa

◦Guru meransang perbincangan berkaitan dengan tajuk yang dipilih.

◦Murid-murid digalakkan memberi sumbangan untuk membina cerita.

◦Perkataan-perkataan tertentu yang akan digunakandalam petikan disebut dalam perbincangan oleh guru.

◦Murid-murid diminta membina ayat berdasarkan idea yang mereka berikan.

◦Setelah selesai, guru membimbing murid memberi tajuk cerita.

Page 29: PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU BMM 3104 -PENGAJARAN EJAAN, IMLAK DAN KARANGAN-

Guru menulis ayat-ayat untuk membina cerita bertulis.

Setelah cerita selesai…◦Guru membaca secara nyaring, murid mendengar.◦Murid menyalin teks yang telah ditulis oleh guru.◦Murid menggariskan perkataan yang mereka tahu.◦Guru meminta murid-murid menggunakan perkataan

yang mereka tahu dalam situasi.

Page 30: PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU BMM 3104 -PENGAJARAN EJAAN, IMLAK DAN KARANGAN-

Terdapat banyak masalah yang berhubung kait dengan pengajaran menulis di sekolah di negara ini.

Antaranya pengaruh kesebatian penggunaan bahasa dialek Bahasa Melayu Brunei (BMB), daerah /tempatan dan inilah faktor utama menyumbang kepada berlakunya kesalahanpenggunaan tatabahasa Bahasa Melayu Standard (BMS) dengan betul.