6
Bahan Pencemaran Udara Asap Rokok Asap rokok mengandungi banyak bahan yang membahayakan. Antaranya adalah nikotin, tar, karsinogen dan karbon monoksida. Nikotin - dadah beracun yang menyebabkan ketagihan dan merosakkan tisu otak Tar - bahan lekit yang membunuh sel dan menyebabkan kanser peparu Karsinogen - agen penyebab kanser Karbon Monoksida - gas beracun tanpa bau dan warna yang menghalang hemoglobin daripada angkut oksigen ke seluruh tubuh badan Perengsa - bahan yang menyebabkan rasa tak selesa pada laluan pernafasan Karbon Monoksida Gas ini biasanya diperolehi daripada asap kenderaan. Gas beracun ini tidak berwarna dan berbau. Kesan gas karbon monoksida akan menyebabkan hemoglobin gagal mengangkut oksigen ke seluruh badan.

Pencemaran

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Sains

Citation preview

  • Bahan Pencemaran Udara

    Asap Rokok

    Asap rokok mengandungi banyak bahan yang membahayakan. Antaranya adalah nikotin, tar, karsinogen dan karbon

    monoksida.

    Nikotin - dadah beracun yang menyebabkan ketagihan dan merosakkan tisu otak

    Tar - bahan lekit yang membunuh sel dan menyebabkan kanser peparu

    Karsinogen - agen penyebab kanser

    Karbon Monoksida - gas beracun tanpa bau dan warna yang menghalang hemoglobin daripada angkut oksigen ke seluruh

    tubuh badan

    Perengsa - bahan yang menyebabkan rasa tak selesa pada laluan pernafasan

    Karbon Monoksida

    Gas ini biasanya diperolehi daripada asap kenderaan. Gas beracun ini tidak berwarna dan berbau. Kesan gas karbon

    monoksida akan menyebabkan hemoglobin gagal mengangkut oksigen ke seluruh badan.

  • Sulfur Dioksida

    Biasanya gas sulfur dioksida ini datangnya daripada asap kilang. Gas ini juga beracun. Tidak mempunyai warna namun

    mempunyai bau yang menyesakkan! Gas sulfur dioksida menyebabkan rasa tak selesa pada laluan pernafasan, batuk, sukar

    bernafas, bronkitis dan kanser peparu.

    *Gas sulfur dioksida juga adalah gas yang sama yang menyebabkan hujan asid

    Jerebu

    Jerebu terhasil daripada wasap eksoz kenderaan, pembakaran terbuka dan juga kebakaran hutan. Jerebu terdiri daripada

    zarah pepejal yang sangat halus, seperti habuk dan asap.

    Toksin

    Toksin dibebaskan ke udara melalui asap rokok, wasap ekzos kenderaan dan juga pembakaran bahan api. Contoh toksin yang

    membahayakan adalah sebatian plumbum dan juga oksida nitrogen yang ada dalam udara. Toksin ini menyebabkan

    keracunan yang boleh membunuh sel, merosakkan otak dan peparu, batuk dan juga penyakit peparu seperti emfisema.

  • Penyakit Yang Berkaitan Dengan Respirasi

    Asma

    Penyakit asma berpunca daripada habuk, asap rokok dan juga wasap industri. Simptom bagi asma adalah sesak nafas,

    pernafasan yang berbunyi kuat dan juga batuk.

    Bronkitis

    Bronkitis pula adalah radang pada bronkus yang disebabkan oleh tar dan bahan perengsa lain dalam asap rokok. Antara

    gejala bagi sakit ini adalah batuk yang berterusan, sering tercungap-cungap dan tidak dapat tidur.

    Emfisema

    Emfisime adalah penyakit di mana alveoulus pesakit menjadi besar dan rosak. Keadaan ini disebabkan oleh bahan pencemar

    udara yang tercemar terutamanya asap rokok. Gejala bagi sakit emfisema adalah sesak nafas, sakit ketika bernafas dan

    keletihan walaupun selepas kerja ringan.

    Kanser Peparu

    Kanser paru-paru disebabkan oleh karsinogen ataupun agen penyebab kanser pada asap rokok. Antara gejala kanser peparu

    adalah batuk yang berterusan, kahak berdarah dan rasa sakit ketika bernafas.

    http://www.cikguhailmi.com/2013/03/dapat-ini-jika-anda-merokok-cemburunya.htmlhttp://www.cikguhailmi.com/2013/03/dapat-ini-jika-anda-merokok-cemburunya.htmlhttp://www.cikguhailmi.com/2013/03/dapat-ini-jika-anda-merokok-cemburunya.htmlhttp://www.cikguhailmi.com/2013/03/dapat-ini-jika-anda-merokok-cemburunya.html

  • Cara Untuk Memperbaiki Kualiti Udara

    1) Mewajibkan semua kilang menggunakan penapis asap

    Pihak berwajib harus memastikan kilang dan syarikat yang terlibat dengan aktiviti membebaskan asap kilang ke udara

    agar memasang penapis apas pada cerobong kilang masing-masing. Ini adalah bagi memastikan tiada bahan

    berbahaya yang disebarkan bersama-sama asap kilang tadi dan juga mengurangkan kuantiti asap yang dikeluarkan.

    2) Menganjurkan kempen kesedaran kepada masyarakat

    Kempen kesedaran boleh dianjurkan bagi mendidik masyarakat dalam menangani isu ini dengan lebih baik. Sekurang-

    kurangnya kempen cinta alam sekitar seperti ini dapat meningkatkan lagi kesedaran masyarakat mengenai perihal

    pentingnya menjaga alam sekitar.

    3) Gunakan petrol tanpa plumbum

    Penggunaan petrol tanpa plumbum juga dapat meminimumkan pembebasan logam berbahaya ke udara. Sekalipun

    petrol tanpa plumbum adalah lebih mahal berbanding petrol berplumbum, namun sekiranya kesemua kita mempunyai

    kesedaran yang tinggi terhadap alam sekitar, kita boleh bekerjasama bersama-sama mengurangkan pencemaran.

    4) Menggunakan pengangkutan awam

    Penggunaan kenderaan pengangkutan awam juga mampu meminimumkan penghasilan bahan cemar udara. Seperti

    berkongsi kenderaan, penggunaan pengangkutan awam jelas mengurangkan bilangan kenderaan persendirian yang

    berada di jalanraya. Sekaligu ini dapat mengurangkan bahan cemar yang terbebas ke udara.

  • 5) Tanam lebih banyak pokok

    Usaha menanam lebih banyak pokok juga dapat memperbaiki kualiti udara kita. Dengan jumlah pokok yang lebih banyak,

    bermaksud kuantiti gas karbon dioksida dapat dikurangkan. Malah kuantiti gas oksigen yang dibebaskan oleh tumbuhan juga

    dapat diperbanyakkan lagi.

    6) Denda yang tinggi bagi yang melanggar undang-undang

    Sebagai satu lagi langkah mendidik masyarakat agar bertindak dengan lebih baik, denda yang tinggi boleh dikenakan

    kepada mereka yang melanggar undang-undang. Sikap mereka ini seharusnya dijadikan pengajaran kepada pihak lain agar

    lebih berhati-hati dalam menangani hal yang melibatkan kualiti udara.