34
Kursus i-THINK Secara Bersemuka Kepada Guru dan Pengetua/ Guru Besar (KiSB) 2017 TUJUAN: Bahan Rujukan Kendiri diguna pakai oleh peserta kursus dua minggu sebelum menghadiri KiSB sebagai persiapan dan pendedahan awal terhadap Program i-THINK yang akan dipelajari semasa kursus. OBJEKTIF: 1. Memastikan guru dan pengetua/ guru besar mendapat pengetahuan asas tentang Program i-THINK 2. Memastikan guru dan pengetua/ guru besar melaksanakan tugasan diberi di akhir latihan kendiri. Bahan Rujukan Kendiri KiSB

Kursus i-THINK Secara Bersemuka Kepada Guru dan … RUJUKAN KENDIRI... · tugasan diberi di akhir latihan kendiri. ... urutan masa dan gambarajah van dalam penggunaan harian di

  • Upload
    lekhanh

  • View
    241

  • Download
    6

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Kursus i-THINK Secara Bersemuka Kepada Guru dan … RUJUKAN KENDIRI... · tugasan diberi di akhir latihan kendiri. ... urutan masa dan gambarajah van dalam penggunaan harian di

Kursus i-THINK Secara Bersemuka

Kepada Guru dan

Pengetua/ Guru Besar (KiSB) 2017

TUJUAN:

Bahan Rujukan Kendiri diguna pakai oleh peserta kursus dua minggu

sebelum menghadiri KiSB sebagai persiapan dan pendedahan awal

terhadap Program i-THINK yang akan dipelajari semasa kursus.

OBJEKTIF:

1. Memastikan guru dan pengetua/ guru besar mendapat

pengetahuan asas tentang Program i-THINK

2. Memastikan guru dan pengetua/ guru besar melaksanakan

tugasan diberi di akhir latihan kendiri.

Bahan Rujukan Kendiri KiSB

Page 2: Kursus i-THINK Secara Bersemuka Kepada Guru dan … RUJUKAN KENDIRI... · tugasan diberi di akhir latihan kendiri. ... urutan masa dan gambarajah van dalam penggunaan harian di

| 2

KANDUNGAN

Pengenalan

3

Gambaran Keseluruhan

7

Peta Pemikiran dan Proses Pemikiran

8

Huraian Peta Pemikiran

11

Bingkai Rujukan 27

Tugasan Kendiri

29

Page 3: Kursus i-THINK Secara Bersemuka Kepada Guru dan … RUJUKAN KENDIRI... · tugasan diberi di akhir latihan kendiri. ... urutan masa dan gambarajah van dalam penggunaan harian di

| 3

PENGENALAN Program i-THINK

Program ini bertujuan mempertingkatkan dan membudayakan kemahiran berfikir

dalam kalangan murid ke arah menghasilkan murid berinovatif di bawah Pelan

Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM). Kemahiran befikir merupakan salah

satu daripada 6 ciri utama yang perlu ada pada setiap murid untuk bersaing pada

peringkat global sejajar dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan:

Pengetahuan

Kemahiran berfikir

Indentiti nasional

Kemahiran memimpin

Kemahiran dwibahasa

Etika dan kerohanian

Program i-THINK merupakan satu program untuk mempertingkatkan dan

membudayakan kemahiran berfikir dalam kalangan murid ke arah menghasilkan

murid berfikiran kreatif, kritis dan inovatif.

i-THINK membawa maksud innovative THINKING (Pemikiran Inovatif).

Membudayakan penggunaan alat berfikir dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP)

dapat membantu murid berfikir kreatif, kritis dan inovatif. Di samping itu, dapat

memupuk kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) dan mampu berdaya saing.

Definisi KBAT

Kemahiran berfikir aras tinggi ialah keupayaan untuk mengaplikasikan pengetahuan,

kemahiran dan nilai dalam membuat penaakulan dan refleksi bagi menyelesaikan

masalah, membuat keputusan, berinovasi dan berupaya mencipta sesuatu. (KPM,

2013)

Program i-THINK juga merupakan salah satu inisiatif memperkukuhkan KBAT di

dalam bilik darjah yang dapat membantu pihak sekolah memupuk kemahiran berfikir,

Page 4: Kursus i-THINK Secara Bersemuka Kepada Guru dan … RUJUKAN KENDIRI... · tugasan diberi di akhir latihan kendiri. ... urutan masa dan gambarajah van dalam penggunaan harian di

| 4

menyemai budaya pembelajaran sepanjang hayat, mahir dalam menyelesaikan

masalah dan berupaya menghasilkan jalan penyelesaian secara kreatif dalam

kalangan murid serta membantu murid ke arah menjadi pelajar Abad Ke-21.

Enam Titik Permulaan Bagi Membudayakan Kemahiran Berfikir

Terdapat Enam Titik Permulaan untuk membangunkan dan memupuk budaya

berfikir di kalangan murid.

Penyoalan reflektif

Kemahiran berfikir

Pemetaan Visual

Rangkaian Kolaboratif

Membangunkan Kecenderungan Peribadi

Penstrukturan Persekitaran

Penyoalan Reflektif

Mencerminkan pemikiran dan pembelajaran anda. Penyoalan Reflektif adalah

penggunaan soalan untuk menarik perhatian murid bukan sahaja melalui apa yang

mereka tahu (memori fakta) tetapi juga bagaimana mereka mengetahuinya (fikiran

kritis) dan mengapa ianya sebegitu (penaakulan). Penyoalan Reflektif membolehkan

murid untuk berfikir tentang pemikiran mereka iaitu metakognitif. Berfikir tentang

pelakuan dan sikap murid yang berkesan iaitu Kecenderungan. Berfikir tentang

bagaimana mereka bekerjasama dengan orang lain untuk menambahkan nilai

pembelajaran mereka iaitu Rangkaian Kolaboratif.

Kemahiran Berfikir

Kemahiran Berfikir merupakan penggunaan proses berfikir atau kognitif yang nyata.

Ahli psikologi, saintis kognitif dan pendidik telah membangunkan banyak model dan

teori yang berbeza untuk mendefinisikan dan menyusun pelbagai jenis kemahiran

berfikir, Lazimnya, model-model ini akan dibahagikan antara kemahiran aras rendah

dan tinggi. Biasanya teori-teori ini merangkumi penerangan mengenai proses

Page 5: Kursus i-THINK Secara Bersemuka Kepada Guru dan … RUJUKAN KENDIRI... · tugasan diberi di akhir latihan kendiri. ... urutan masa dan gambarajah van dalam penggunaan harian di

| 5

pemikiran asas untuk menjana dan menyusun maklumat seperti mensintesis,

menganalisa, menilai dan mereka cipta.

Pemetaan Visual

Pemetaan Visual merupakan penggunaan alat visual untuk memetakan idea.

Fikirkan graf, urutan masa dan gambarajah van dalam penggunaan harian di

sekolah. Memandangkan kebanyakan maklumat yang kita perolehi adalah secara

visual, penggunaan kaedah Pemetaan Visual merupakan kaedah yang berkesan

untuk memproses maklumat. Pemetaan Visual merangkumi jaringan sumbangsaran,

pengurus grafik, peta konsep atau rajah di samping bahasa visual yang biasa

diaplikasi di seluruh sekolah seperti Peta Pemikiran.

Rangkaian Kolaboratif

Rangkaian kolaboratif ialah pembelajaran bersama. Terdapat banyak model dan

teknik untuk mewujudkan kumpulan kolaboratif di dalam bilik darjah dan sekolah.

Pembelajaran kolaboratif di sekolah boleh digalakkan dengan saling berkongsi

pengetahuan dan saling berhubung dengan rakan sekerja yang lain, pemikiran

saling bergantungan. Teknologi baru telah mengubah cara bagaiman kita boleh

berkongsi dan memperolehi pengetahuan. Kini media sosial merupakan salah satu

kaedah baru untuk berkongsi maklumat dalam kumpulan.

Membangunkan Kecenderungan Peribadi

Membangunkan kecenderungan peribadi merujuk kepada perlakuan yang diamalkan

oleh pelajar-pelajar yang berjaya. Pendidik yang berminat dalam bidang pemikiran

biasanya bermula dengan membezakan antara kemahiran berfikir atau kemahiran

kognitif dengan perlakuan dan sikap yang dipanggil kecenderungan. Kemahiran

kognitif mungkin merangkumi penaakulan, sebab dan akibat manakala

kecenderungan merangkumi sikap gigih atau menguruskan sifat impulsif.

Kecenderungan lazimnya dikatakan dengan kecerdasan emosi dan perkembangan

sifat empati pada orang lain.

Penstrukturan Persekitaran

Penstrukturan persekitaran ialah bagaimana ruang fizikal di susun dan sumber

digunakan. Penstrukturan fizikal bilik darjah, sekolah dan kawasan persekitaran

Page 6: Kursus i-THINK Secara Bersemuka Kepada Guru dan … RUJUKAN KENDIRI... · tugasan diberi di akhir latihan kendiri. ... urutan masa dan gambarajah van dalam penggunaan harian di

| 6

akan memberi kesan kepada pengajaran dan pembelajaran. Susun atur tempat

duduk murid dalam bilik darjah dan kemudahan untuk mengakses bahan

pembelajaran merupakan sebahagian daripada penstrukturan persekitaran.

Penggunaan sumber yang didapati dari dalam dan persekitaran sekolah serta dalam

komuniti yang lebih luas adalah penting untuk menarik perhatian murid.

Dengan itu, sebanyak lapan (8) peta pemikiran diperkenalkan dalam program

i-THINK digunakan sebagai alat berfikir dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP)

di samping melaksanakan aktiviti kemahiran berfikir aras tinggi.

Kursus i-THINK Secara Bersemuka (KiSB)

Kursus KiSB mempunyai dua fasa iaitu kendiri dan bersemuka.

Fasa pertama - kendiri, peserta kursus diberi bahan rujukan KiSB untuk dibaca

selama dua minggu sebagai persediaan sebelum menghadiri kursus bersemuka.

Dalam tempoh tersebut peserta kursus juga diminta menyiapkan tugasan diberi.

Fasa kedua - bersemuka, peserta kursus dikehendaki menghadiri kursus secara

bersemuka bersama jurulatih kebangsaan di pusat latihan yang ditetapkan oleh

Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi mendapat pengetahuan dan pendedahan

yang lebih mengenai Program i-THINK serta hubungan antara lapan peta pemikiran

dan proses pemikiran yang berkaitan dalam membudayakan kemahiran berfikir di

sekolah. Manakala pengetua dan guru besar pula akan didedahkan dengan modul

kepimpinan dalam membudayakan KBAT di sekolah.

Peraturan Asas

Peraturan asas yang perlu diikuti sepanjang KiSB:

Berfikir di luar kotak

Bersedia menerima idea-idea baru

Bersedia mengambil beberapa risiko

Bersedia menerima kesilapan

Tidak membenarkan pengalaman dan amalan lalu mempengaruhi pemikiran

Page 7: Kursus i-THINK Secara Bersemuka Kepada Guru dan … RUJUKAN KENDIRI... · tugasan diberi di akhir latihan kendiri. ... urutan masa dan gambarajah van dalam penggunaan harian di

| 7

GAMBARAN KESELURUHAN Proses pembelajaran melibat penggunaan pelbagai proses pemikiran. Kadangkala

satu proses pada satu-satu masa dan kadangkala melibatkan pelbagai kombinasi

proses pemikiran yang berlainan.

Pembelajaran berkesan dan efektif hadir apabila guru dapat mengenal pasti proses

pemikiran atau proses-proses pemikiran yang boleh digunakan untuk menjalankan

tugas tertentu atau menyelesaikan masalah.

Selain itu pembelajaran berkesan dan efektif datang daripada keupayaan untuk

mengimbas kembali tugas atau masalah yang telah dijalankan serta boleh mengenal

pasti proses pemikiran atau proses-proses pemikiran yang telah digunakan.

Proses-proses pemikiran adalah sebagai salah satu hasil dari inisiatif penyelidikan

sains kognitif dengan lapan proses pemikiran yang asas.

Page 8: Kursus i-THINK Secara Bersemuka Kepada Guru dan … RUJUKAN KENDIRI... · tugasan diberi di akhir latihan kendiri. ... urutan masa dan gambarajah van dalam penggunaan harian di

| 8

PETA PEMIKIRAN DAN PROSES PEMIKIRAN

Apakah Peta Pemikiran?

Peta Pemikiran merupakan alat berfikir yang dipersembahkan dalam lapan bentuk

Peta Pemikiran secara visual yang mudah diguna pakai dan difahami merentasi

kurikulum. Setiap Peta Pemikiran mempunyai proses pemikiran tersendiri.

Penggunaan peta ini boleh disesuaikan mengikut tajuk atau unit pelajaran

berdasarkan ilustrasi Peta Pemikiran seperti dalam Jadual 1 berikut.

Jadual 1: Peta Pemikiran dan Proses Pemikiran

1. Peta Bulatan

Proses pemikiran: Mendefinisikan mengikut konteks

Peta bulatan membantu aktiviti sumbang saran

dan menyenaraikan semua yang diketahui

tentang perkara atau idea tertentu supaya

perkara tersebut boleh diteroka.

Sebagai contoh, jika mahu berkongsi idea

tentang sistem suria, tulis perkara yang muncul

dalam fikiran dalam lingkungan bulatan luar.

2. Peta Buih

Proses pemikiran: Menerangkan atau memerihalkan

menggunakan adjektif

Peta buih membantu menerangkan sesuatu

perkara atau idea dengan menyenaraikan kata

adjektif (kualiti, sifat atau ciri) supaya boleh

menerang dan memahami sesuatu dengan lebih

baik.

Sebagai contoh, jika mahu memahami

tumbuhan Rafflesia dengan lebih baik,

senaraikan kata adjektif yang menerangkannya

dalam bulatan-bulatan yang berada di sekitanya.

3. Peta Buih Berganda

Proses pemikiran: Banding beza

Peta Buih Berganda membantu menyenaraikan

persamaan dan perbezaan antara dua perkara

atau idea supaya dapat membezakan kedua-

duanya dengan membanding dan membeza.

Sebagai contoh, jika mahu membandingkan

Page 9: Kursus i-THINK Secara Bersemuka Kepada Guru dan … RUJUKAN KENDIRI... · tugasan diberi di akhir latihan kendiri. ... urutan masa dan gambarajah van dalam penggunaan harian di

| 9

kapal terbang dan kereta api, senaraikan

persamaan antara kedua-dua jenis sistem

pengangkutan tersebut dalam bulatan-bulatan di

tengah menakala perbezaan pula disenaraikan

di dalam bulatan-bulatan yang berada di luar.

4. Peta Pokok

Proses Pemikiran: Membuat pengelasan

Peta Pokok membantu menyusun maklumat

supaya berada dalam kumpulan yang berbeza

agar boleh memahami maklumat tersebut dalam

gambaran besar secara menyeluruh.

Sebagai contoh, jika mahu menyusun senarai

makanan yang berbeza, kelaskan butiran yang

sama dalam kumpulan yang sama dan labelkan

kumpulan-kumpulan tersebut.

5. Peta Dakap

Proses Pemikiran: Hubungan seluruh-bahagian

Peta Dakap membantu memecahkan sesuatu

kepada cirri-ciri selanjutnya supaya dapat

memahami cara sesuatu benda berfungsi.

Sebagai contoh, jika mahu memahami peta

dunia, senaraikan semua benua, dan

seterusnya negara-negara di setiap benua.

6. Peta Alir

Proses Pemikiran: Urutan

Peta Aliran membantu menyenaraikan langkah-

langkah yang terlibat dalam sesuatu proses

supaya dapat memahami apa yang perlu

dilakukan untuk mencapai sesuatu.

Sebagai contoh, jika ingin tahu langkah-langkah

untuk bersiap sedia ke sekolah, tulis langkah-

langkah yang perlu diambil dan susun dalam

urutan yang harus diikuti.

Page 10: Kursus i-THINK Secara Bersemuka Kepada Guru dan … RUJUKAN KENDIRI... · tugasan diberi di akhir latihan kendiri. ... urutan masa dan gambarajah van dalam penggunaan harian di

| 10

7. Peta Pelbagai

Alir

Proses Pemikiran: Sebab dan akibat

Peta Pelbagai Alir membantu melakarkan sebab

dan akibat sesuatu peristiwa agar boleh

memahami akibat tindakan-tindakan yang

diambil dan cara untuk mengubahnya.

Sebagai contoh, jika ingin mengetahui kesan-

kesan kerosakan gigi dan sebab perkara ini

berlaku, senaraikan perkara-perkara yang

menyebabkan kerosakan gigi di sebelah kiri dan

kesan kerosakan gigi di sebelah kanan.

8. Peta Titian

Proses Pemikiran: Analogi (hubungan yang sama,

mencari faktor penghubungan)

Peta Titi membantu menyenaraikan beberapa

pasangan butiran yang berkaitanantara satu

sama lain supaya dapat memahami hubungan

yang serupa (analogi).

Sebagai contoh, jika ingin mengetahui

hubungan antara haiwan dengan anaknya,

mulakan dengan menamakan sesuatu haiwan

dan anaknya, yang anda tahu, kemudian

senaraikan pasangan-pasangan yang lain.

RF

as as

Page 11: Kursus i-THINK Secara Bersemuka Kepada Guru dan … RUJUKAN KENDIRI... · tugasan diberi di akhir latihan kendiri. ... urutan masa dan gambarajah van dalam penggunaan harian di

| 11

HURAIAN PETA PEMIKIRAN

1. Peta Bulatan

Langkah Membina Peta Bulatan

1. Lukiskan sebuah bulatan kecil di bahagian tengah.

2. Tuliskan topik utama yang ingin diperkenalkan dalam bulatan kecil tersebut.

3. Lukiskan sebuah bulatan yang lebih besar mengelilingi bulatan kecil tersebut.

4. Isikan bahagian dalam bulatan besar dengan segala maklumat berkaitan dengan

topik tersebut untuk menjana idea (proses sumbang saran).

5. Lukis bingkai di bahagian luar bulatan besar untuk menyatakan sumber rujukan

atau sudut pandangan daripada pelbagai pihak.

Soalan-soalan berkaitan

1. Apakah kata pembayang yang dapat membantu mendefinisikan topik?

2. Bagaimana anda tahu tentang...................?

3. Adakah anda tahu bahawa...........................?

4. Bagaimana mendefinisikan/memperkenalkan idea/topik ini?

5. Apakah yang anda fikir tentang.......................?

PETA BULATAN

(CIRCLE MAP)

Proses Pemikiran:

MENDEFINISIKAN MENGIKUT KONTEKS

(DEFINING IN CONTEXT)

CADANGAN PENGGUNAAN

Meningkatkan kosa kata Sumbangsaran idea dalam

penulisan Menguji pengetahuan sedia ada

murid Menguji pemahaman murid

selepas pengajaran dan pembelajaran

KATA KUNCI

Konteks/senaraikan Jelaskan Tuliskan semua yang anda

tahu ..... Sumbangsaran Kenalpasti Kaitkan dengan pengetahuan

sedia ada Meneroka makna/maklumat

Page 12: Kursus i-THINK Secara Bersemuka Kepada Guru dan … RUJUKAN KENDIRI... · tugasan diberi di akhir latihan kendiri. ... urutan masa dan gambarajah van dalam penggunaan harian di

| 12

Contoh Hasil Kerja Murid

Sastera Sekolah Menengah

Bahasa Malaysia Sekolah Rendah

Page 13: Kursus i-THINK Secara Bersemuka Kepada Guru dan … RUJUKAN KENDIRI... · tugasan diberi di akhir latihan kendiri. ... urutan masa dan gambarajah van dalam penggunaan harian di

| 13

2. Peta Buih

Langkah Membina Peta Buih

1. Lukiskan sebuah bulatan di bahagian tengah dan labelkan topik utama di

dalamnya.

2. Lukiskan beberapa bulatan di sekelilingnya untuk diisi dengan kata adjektif/kata

sifat bagi topik tersebut.

3. Sambungkan semua bulatan tersebut dengan topik utama menggunakan garis

lurus.

4. Senaraikan seberapa banyak kata/frasa adjektif berkaitan sama ada

positif/negatif. Warna yang berbeza boleh digunakan.

5. Contoh:

Kata Adjektif – cantik, baik hati, periang, pandai, pendiam, cemburu, malas

Frasa Adjektif – bertelinga besar, berion positif, bersisik tebal.

Soalan-soalan berkaitan

1. Bagaimana anda dapat menerangkan tentang seseorang, tempat, benda, idea,

konsep, gambar?

2. Apakah ciri-ciri yang digunakan bagi mewakili objek ini?

3. Apakah sifat bagi konsep/nombor ini?

4. Apakah kualiti yang penting bagi konsep ini?

CADANGAN PENGGUNAAN

Adjektif

Fakta

Pendapat

KATA KUNCI

Terangkan Jelaskan Gunakan lima pancaindera

untuk menerangkan ....... Kualiti Sifat Ciri-ciri

PETA BUIH

(BUBBLE MAP)

Proses Pemikiran:

PENERANGAN MENGGUNAKAN KATA / FRASA ADJEKTIF

(DESCRIBING QUALITIES)

Page 14: Kursus i-THINK Secara Bersemuka Kepada Guru dan … RUJUKAN KENDIRI... · tugasan diberi di akhir latihan kendiri. ... urutan masa dan gambarajah van dalam penggunaan harian di

| 14

Contoh Hasil Kerja Murid

Pendidikan Moral Sekolah Rendah

Bahasa Inggeris Sekolah Rendah

Page 15: Kursus i-THINK Secara Bersemuka Kepada Guru dan … RUJUKAN KENDIRI... · tugasan diberi di akhir latihan kendiri. ... urutan masa dan gambarajah van dalam penggunaan harian di

| 15

3. Peta Buih Berganda

Langkah Membina Peta Buih Berganda

1. Lukiskan dua bulatan (berwarna biru dan merah) di dua bahagian untuk menulis

dua topik (objek/idea) yang ingin dibandingkan.

2. Tuliskan kedua-dua topik tersebut di dalamnya.

3. Lukiskan beberapa bulatan di sekelilingnya termasuklah di antara dua bulatan

utama.

4. Sambungkan semua bulatan dengan dua topik utama menggunakan garis lurus.

5. Bagi bulatan (berwarna hijau) yang berada di antara dua topik, gabungkannya

dengan kedua-dua topik untuk mewakili persamaan.

6. Isikan semua perbezaan di dalam bulatan (berwarna kuning atau ungu) yang

hanya bersambung dengan satu topik sahaja.

7. Peta ini juga boleh digunakan untuk menujukkan persamaan sahaja atau

perbezaan sahaja.

Soalan-soalan berkaitan

1. Apakah persamaan dan perbezaan antara dua topik ini?

2. Bagaimanakah kita dapat membanding beza kedua-duanya?

CADANGAN PENGGUNAAN

Membanding beza ciri-ciri

bentuk 2D dan 3D

Membandingkan sifat manusia

Membandingkan dua idea

KATA KUNCI

Bandingkan

Bezakan

Persamaan

Bezakan antara ....

dengan .....

Perbezaan

PETA BUIH BERGANDA

(DOUBLE BUBBLE MAP)

Proses Pemikiran:

MEMBANDING BEZA

(COMPARING & CONTRASTING)

Page 16: Kursus i-THINK Secara Bersemuka Kepada Guru dan … RUJUKAN KENDIRI... · tugasan diberi di akhir latihan kendiri. ... urutan masa dan gambarajah van dalam penggunaan harian di

| 16

B.MALAYSIA

Contoh Hasil Kerja Murid

Matematik Sekolah Rendah

Pendidikan Muzik Sekolah Rendah

Page 17: Kursus i-THINK Secara Bersemuka Kepada Guru dan … RUJUKAN KENDIRI... · tugasan diberi di akhir latihan kendiri. ... urutan masa dan gambarajah van dalam penggunaan harian di

| 17

4. Peta Pokok

Langkah Membina Peta Pokok

1. Tuliskan tajuk/topik utama di bahagian atas dan gariskannya.

2. Lukiskan garisan untuk mengasingkan topik utama kepada beberapa

kumpulan/kategori.

3. Tuliskan setiap kategori pada setiap cabang pengelasan.

4. Senaraikan contoh/penjelasan bagi setiap kategori.

5. Gariskan setiap contoh yang ditulis.

Soalan-soalan berkaitan

1. Bagaimanakah anda mengasingkan semua maklumat yang telah dikumpulkan?

2. Bolehkah anda mengasingkan/mengelaskan objek-objek ini

mengikut kumpulannya?

3. Apakah idea/penjelasan yang menerangkan/menyokong idea utama ini?

4. Apakah contoh bagi setiap kategori ini?

5. Adakah item ini sesuai untuk ditulis dalam beberapa kategori yang telah dipilih?

6. Adakah kaedah yang lebih baik untuk mengelaskan bahan/alatan ini?

CADANGAN PENGGUNAAN

Mengelaskan kumpulan haiwan Mengelaskan jenis alatan muzik Mengelaskan elemen penting cerita Mengkategorikan kosa kata

KATA KUNCI

Kelaskan

Asingkan

Kategorikan

Kenal pasti antara idea

utama dan penjelasannya

PETA POKOK

(TREE MAP)

Proses Pemikiran:

MEMBUAT PENGELASAN

(CLASSIFYING)

Page 18: Kursus i-THINK Secara Bersemuka Kepada Guru dan … RUJUKAN KENDIRI... · tugasan diberi di akhir latihan kendiri. ... urutan masa dan gambarajah van dalam penggunaan harian di

| 18

Contoh Hasil Kerja Murid

Bahasa Arab Sekolah Rendah

Matematik Sekolah Menengah

Page 19: Kursus i-THINK Secara Bersemuka Kepada Guru dan … RUJUKAN KENDIRI... · tugasan diberi di akhir latihan kendiri. ... urutan masa dan gambarajah van dalam penggunaan harian di

| 19

5. Peta Dakap

Langkah Membina Peta Dakap

1. Digunakan untuk mengkaji/menganalisis objek secara fizikal/maujud.

2. Tuliskan bahagian objek yang ingin dipisahkan dan gariskannya.

3. Tuliskan bahagian/pecahan utama.

4. Tuliskan bahagian/komponen yang lebih kecil di sebelah kanannya.

5. Lukiskan ({ ) untuk menggabungkan/menyatukan objek dan komponennya.

Soalan-soalan berkaitan

1. Apakah nama objek ini?

2. Apakah bahagian/komponen utama objek ini?

3. Apakah komponen yang lebih kecil bagi setiap komponen utama objek ini?

4. Adakah bahagian/komponen ini merupakan sebahagian daripada.....?

5. Bahagian/komponen manakah yang telah hilang/tiada dalam gambar rajah ini?

CADANGAN PENGGUNAAN

Matematik (nilai tempat nombor)

Komponen alatan muzik

Analisa struktur objek

KATA KUNCI

Sebahagian daripada .....

Tunjukkan struktur .....

Ambil sebahagian daripada .....

Kenal pasti struktur

Komponen fizikal

Anatomi

PETA DAKAP

(BRACE MAP)

Proses Pemikiran:

HUBUNGAN SELURUH-BAHAGIAN

(WHOLE – PARTS RELATIONSHIP)

Page 20: Kursus i-THINK Secara Bersemuka Kepada Guru dan … RUJUKAN KENDIRI... · tugasan diberi di akhir latihan kendiri. ... urutan masa dan gambarajah van dalam penggunaan harian di

| 20

Contoh Hasil Kerja Murid

Bahasa Arab Sekolah Rendah

ICT Sekolah Menengah

Page 21: Kursus i-THINK Secara Bersemuka Kepada Guru dan … RUJUKAN KENDIRI... · tugasan diberi di akhir latihan kendiri. ... urutan masa dan gambarajah van dalam penggunaan harian di

| 21

6. Peta Alir

Langkah Membina Peta Alir

1. Tuliskan tajuk (peristiwa/langkah)

2. Lukiskan sebuah kotak di sebelah kiri kertas dan isikan dengan langkah pertama

untuk menghasilkan/membina/membuat......

3. Lukiskan anak panah mengarah ke sebelah kanan.

4. Lukiskan kotak yang kedua dan isikan dengan langkah seterusnya.

5. Ulangi langkah sehingga tamat proses yang ingin diterangkan.

6. Sambungkan kotak dari kiri ke kanan untuk baris berikutnya (jika perlu).

7. Sekiranya terdapat penerangan selanjutnya, lukiskan kotak kecil di bawah

langkah utama berkenaan.

8. Cadangan topik – Apakah yang dilakukan semasa cuti sekolah?

Soalan-soalan berkaitan

1. Apakah tajuk bagi peristiwa ini?

2. Apakah langkah/peringkat bagi setiap peristiwa?

3. Adakah terdapat penjelasan lanjut bagi langkah tertentu?

4. Apakah langkah pertama yang perlu ditulis sebelum dan selepas peringkat yang

sedang di bincang?

5. Apakah yang berlaku selepas itu?

6. Bagaimanakah aturan yang terbaik untuk menyusun peristiwa ini?

CADANGAN PENGGUNAAN

Sains (proses dan kitaran hidup) Penyelesaian masalah Peristiwa sejarah dan garis masa

Proses menanam sayur (KH)

KATA KUNCI

Susunkan mengikut aturan yang betul

Ceritakan/kira semula Kitaran

Tunjukkan proses

Selesaikan masalah .....

Mengkaji corak (trend)

PETA ALIR

(FLOW MAP)

Proses Pemikiran:

URUTAN

(SEQUENCING)

Page 22: Kursus i-THINK Secara Bersemuka Kepada Guru dan … RUJUKAN KENDIRI... · tugasan diberi di akhir latihan kendiri. ... urutan masa dan gambarajah van dalam penggunaan harian di

| 22

Contoh Hasil Kerja Murid

Pendidikan Islam Sekolah Rendah

Sains Sekolah Menengah

Page 23: Kursus i-THINK Secara Bersemuka Kepada Guru dan … RUJUKAN KENDIRI... · tugasan diberi di akhir latihan kendiri. ... urutan masa dan gambarajah van dalam penggunaan harian di

| 23

7. Peta Pelbagai Alir

Langkah Membina Peta Pelbagai Alir

1. Digunakan untuk menerangkan analisis sebab dan kesan.

2. Lukiskan kotak di bahagian tengah dan tuliskan peristiwa yang dikaji.

3. Di sebelah kiri rajah, tuliskan sebab-sebab berlakunya peristiwa tersebut dalam

kotak berasingan.

4. Sambungkan setiap sebab dengan anak panah mengarah kepada peristiwa.

5. Tuliskan beberapa kesan daripada peristiwa tersebut dalam kotak di sebelah

kanan.

6. Lukis anak panah mengarah ke kotak sebelah kanan.

7. Peta ini juga boleh digunakan untuk menerangkan sebab atau kesan sahaja.

8. Cadangan Topik – Saya berjaya dalam peperiksaan.

Soalan-soalan berkaitan

1. Apakah sebab dan kesan peristiwa ini?

2. Mengapakah peristiwa ini berlaku? (sebab/cause)

3. Apakah pengajaran di sebalik peristiwa ini?

4. Apakah yang akan berlaku jika .................. berlaku?

CADANGAN PENGGUNAAN

Analisis sejarah

Meramalkan kejadian

Pengurusan sikap

KATA KUNCI

Sebab dan kesan Bincangkan kesan/pengajaran Apakah yang akan berlaku sekiranya... ? Jika ................... maka ............... Terangkan perubahan ....................... Mengenal pasti pengajarannya Mengenal pasti keputusan daripada ....... Apa yang berlaku jika .......

PETA PELBAGAI ALIR

(MULTI – FLOW MAP)

Proses Pemikiran:

SEBAB DAN KESAN

(ANALYZING CAUSE & EFFECT)

Page 24: Kursus i-THINK Secara Bersemuka Kepada Guru dan … RUJUKAN KENDIRI... · tugasan diberi di akhir latihan kendiri. ... urutan masa dan gambarajah van dalam penggunaan harian di

| 24

Contoh Hasil Kerja Murid

Bahasa Inggeris Sekolah Rendah

Sains Sekolah Menengah

Page 25: Kursus i-THINK Secara Bersemuka Kepada Guru dan … RUJUKAN KENDIRI... · tugasan diberi di akhir latihan kendiri. ... urutan masa dan gambarajah van dalam penggunaan harian di

| 25

RF as as as

8. Peta Titi

Langkah Membina Peta Titi

1. Lukiskan sebuah garisan dan tuliskan

faktor penghubung (relating factor) di bahagian kiri.

2. Faktor penghubung (RF) adalah frasa setara yang

mengaitkan analogi.

3. Lukiskan garisan dan tuliskan di bahagian atas dan bawahnya

pasangan yang berkaitan.

4. Seterusnya, ikuti langkah yang sama untuk pasangan berikutnya.

5. Kedua-dua pasangan berkaitan ini disambungkan oleh puncak.( ).

6. Sambungkan pasangan seterusnya sehingga tamat.

7. Sentiasa meletakkan ‘as’ yang bererti sama seperti pada peta titi.

Soalan-soalan berkaitan

1. Apakah faktor penghubung antara dua contoh ini?

2. Bagaimana kedua-dua perkataan ini dapat dikaitkan?

3. Apakah ayat yang dapat dibina dengan dua perkataan ini?

4. Adakah perkaitannya sama bagi semua contoh yang ditunjukkan?

5. Apakah pasangan lain yang mempunyai perkaitan yang sama?

CADANGAN PENGGUNAAN

Konsep Sains

Peristiwa Sejarah

Perkaitan Matematik

KATA KUNCI

Kenalpasti perkaitan

Meneka peraturan

Simbol

Analogi

Kesetaraan

Relating factor = RF = Faktor penghubung

as = sama seperti/seperti mana /seperti juga/sama dengan

PETA TITI

(BRIDGE MAP)

Proses Pemikiran:

ANALOGI (HUBUNGAN YANG SAMA, MENCARI

FAKTOR PENGHUBUNG)

(SEEING ANALOGIES)

Page 26: Kursus i-THINK Secara Bersemuka Kepada Guru dan … RUJUKAN KENDIRI... · tugasan diberi di akhir latihan kendiri. ... urutan masa dan gambarajah van dalam penggunaan harian di

| 26

Contoh Hasil Kerja Murid

Bahasa Melayu Sekolah Rendah

Cara membaca peta titi di atas: Antonim bermula ialah berakhir sama seperti antonim berjaya ialah gagal sama seperti antonim jujur ialah penipu….....

Bahasa Melayu Sekolah Menengah

Cara membaca peta titi di atas:

Simpulan bahasa ringan tulang bermaksud sikap rajin bekerja sama seperti

simpulan bahasa ulat buku bermaksud suka membaca sama seperti simpulan

bahasa ala kadar bermaksud seadanya.

Page 27: Kursus i-THINK Secara Bersemuka Kepada Guru dan … RUJUKAN KENDIRI... · tugasan diberi di akhir latihan kendiri. ... urutan masa dan gambarajah van dalam penggunaan harian di

| 27

BINGKAI RUJUKAN

Gambar A Gambar B

Apakah perbezaan antara gambar A dan B?

Apakah Bingkai Rujukan (Frame of Reference)?

Bingkai rujukan merupakan rangka fikiran tentang apa yang difikirkan berdasarkan

pemikiran berikut:

1. Bagaimana anda tahu apa yang anda tahu?

2. Apakah maklumat yang mempengaruhi peta pemikiran anda?

3. Mengapa maklumat itu penting?

Peta ini mempunyai

Bingkai Rujukan

Frame of reference

Page 28: Kursus i-THINK Secara Bersemuka Kepada Guru dan … RUJUKAN KENDIRI... · tugasan diberi di akhir latihan kendiri. ... urutan masa dan gambarajah van dalam penggunaan harian di

| 28

Membina Bingkai Rujukan

“Bingkai rujukan boleh digunakan dalam semua lapan Peta Pemikiran. Ia adalah

‘Bingkai Metakognitif’ dan meminta murid berfikir tentang apa yang telah difikirkan

sebelum ini. Ia digunakan oleh murid untuk memikirkan kembali sumber rujukan bagi

isi-isi yang telah mempengaruhi pemikiran mereka.” (Hyerle & Yeager, 2007)

Keterangan:

1. Bingkai rujukan dilukis pada bahagian luar

Peta Pemikiran setelah semua maklumat di

dalamnya sudah diisi.

2. Ia bertujuan untuk menyatakan sumber

rujukan atau sudut pandangan daripada

pelbagai pihak.

3. Contohnya: Ibu bapa

Huraian: Ia bermaksud maklumat yang

didapati telah diambil daripada ibu bapanya.

Kata Kunci:

1. Bagaimana kamu tahu tentang topik ini?

2. Adakah maklumat tersebut kamu dapat

daripada sumber tertentu?

Page 29: Kursus i-THINK Secara Bersemuka Kepada Guru dan … RUJUKAN KENDIRI... · tugasan diberi di akhir latihan kendiri. ... urutan masa dan gambarajah van dalam penggunaan harian di

| 29

ARAHAN:

Terdapat tiga bahagian yang perlu diisi dan dibawa ketika sesi

perjumpaan KiSB.

TUGASAN KENDIRI

KURSUS i-THINK KEPADA GURU

DAN PEMIMPIN SECARA

BERSEMUKA (KiSB)

2017

Page 30: Kursus i-THINK Secara Bersemuka Kepada Guru dan … RUJUKAN KENDIRI... · tugasan diberi di akhir latihan kendiri. ... urutan masa dan gambarajah van dalam penggunaan harian di

| 30

BAHAGIAN A:

Arahan: Sila jawab SEMUA soalan.

1. Terdapat _________ peta pemikiran.

2. Sila namakan jenis-jenis petak pemikiran

Peta Pemikiran

a

b

c

d

e

Page 31: Kursus i-THINK Secara Bersemuka Kepada Guru dan … RUJUKAN KENDIRI... · tugasan diberi di akhir latihan kendiri. ... urutan masa dan gambarajah van dalam penggunaan harian di

| 31

Peta Pemikiran

f

g

h

3. Namakan proses pemikiran bagi setiap peta

Proses Pemikiran

a

b

c

RF as as

Page 32: Kursus i-THINK Secara Bersemuka Kepada Guru dan … RUJUKAN KENDIRI... · tugasan diberi di akhir latihan kendiri. ... urutan masa dan gambarajah van dalam penggunaan harian di

| 32

Proses Pemikiran

d

e

f

g

h

RF as as

Page 33: Kursus i-THINK Secara Bersemuka Kepada Guru dan … RUJUKAN KENDIRI... · tugasan diberi di akhir latihan kendiri. ... urutan masa dan gambarajah van dalam penggunaan harian di

| 33

BAHAGIAN B

Bina peta pemikiran yang sesuai untuk menjelaskan punca dan kesan obesiti

di Malaysia.

BAHAGIAN C

Sila bawa satu peta pemikiran hasil kerja murid semasa kursus.

Maklumat Peserta:

Nama Penuh (mengikut kad Pengenalan):

Nombor Kad Pengenalan:

Nombor Telefon Bimbit:

Kod Sekolah:

Nama dan Alamat Sekolah:

Tandatangan Peserta: Disahkan oleh JU KiSB:

__________________________ ____________________________

Nama:

Tarikh:

Cop sekolah:

Page 34: Kursus i-THINK Secara Bersemuka Kepada Guru dan … RUJUKAN KENDIRI... · tugasan diberi di akhir latihan kendiri. ... urutan masa dan gambarajah van dalam penggunaan harian di

| 34