Upload
david-henderson
View
271
Download
4
Embed Size (px)
bab 4:Perniagaan antarabangsa
4.3: DOKUMEN PERNIAGAAN ANTARABANGSA
Prosedur Import
PROSEDUR EKSPORT
JENIS-JENIS DOKUMEN PERNIAGAAN ANTARABANGSA
DOKUMEN PERNIAGAAN
DOKUMEN PENGANGKUTAN
DOKUMEN PEMBAYARAN
DOKUMEN INSURANS
DOKUMEN KASTAM
1. INDEN Pesanan bertulis daripada pengimport kepada
pengeksport atau ejennya untuk memesan barang Terbahagi 2;
- Inden terbuka
- Inden tertutup
2. INVOIS EKSPORT Dihantar oleh pengeksport kepada pengimport
sebagai jawapan daripada inden yang diberikan (memberi maklumat lengkap tentang barang yang dijual dan jumlah bayaran).
DOKUMEN PERNIAGAANDOKUMEN PERNIAGAAN
SAMB..
3. INVOIS KONSULAR Dihantar oleh pengeksport kepada pengimport Mengesahkan kebenaran telah diperolehi daripada
negara pengimport untuk membenarkan barang dihantar ke negara pengimport.
4.SIJIL ASAL USUL Menyatakan asal sesuatu barang serta penting untuk
pihak kastam negara pengimport menentukan kadar duti import keatas barang tersebut.
CONTOH INDEN
CONTOH INVOIS EKSPORT
CONTOH SIJIL ASAL USUL
1. BIL MUATAN Di keluarkan oleh syarikat perkapalan untuk pengeksport yang
menghantar barangnya menggunakan pengangkutan laut. Merupakan resit rasmi yang dikeluarkan sebagai pengakuan menerima
barang atas kapal juga merupakan dokumen hak milik. Mengandungi maklumat seperti nama kapal,nama syarikat kapal,
maklumat barang serta pelabuhan.
2. BIL UDARA Nota kiriman yang dikeluarkan oleh syarikat penerbangan kepada
pengeksport untuk menghantar barang dengan kapal terbang. Mengandungi maklumat mengenai barang, pengeksport dan
pengimport, syarikat penerbangan, bayaran tambang dan duti kastam.
3. NOTA PERKAPALAN Diberikan oleh syarikat perkapalan kepada Lembaga Pelabuhan untuk
meminta pihak Lembaga memuatkan barang ke dalam kapal tertentu.
DOKUMEN PENGANGKUTAN
CONTOH BIL MUATAN
1. Polisi InsuransDokumen yang dikeluarkan oleh syarikat insurans untuk melindungi barang yang diangkut daripada risiko seperti kerosakan dan kehilangan semasa pelayaran.Bayaran polisi ditanggung oleh pengimport / pengeksport bergantung kepada syarat yang telah ditetapkan dalam kontrak jualan.
DOKUMEN INSURANS
1. Borang Perakuan Kastam Perlu diisi dengan lengkap oleh pengimport dan pengeksport
mengenai barang yang diimport/ eksport sama ada barang itu dikenakan duti atau tidak.
Terdiri daripada borang: a) kemasukan barang percuma b) kemasukan barang bercukai Jika pembayaran ditangguhkan, barang akan disimpan dalam
gudang sehingga duti dijelaskan
DOKUMEN KASTAM
1. Bil Perintah Bayar Arahan bertulis yang dikirim oleh pengeksport kepada
pengimport untuk meminta pengimport membayar sejumlah wang pada tarikh yang telah ditetapkan
2. Kredit Berdokumen Surat kredit yang dikeluarkan oleh pihak pengimport untuk
memudahkan pengeksport mendiskaunkan bil perintah bayar untuk mendapat bayaran segera
3. Surat Cagaran Dokumen yang dihantar oleh pengeksport kepada bank
pengimport Mengelakan kerugian yang berpunca daripada keengganan
pengimport menerima barang tersebut.
DOKUMEN PEMBAYARAN
PETA KONSEP
1. Antara berikut, dokumen yang manakah tidak digunakan apabila barang diangkut melalui laut?
A. Bil udara
B. Bil muatan
C. Invois konsular
D. Nota perkapalan
2. Apakah fungsi sijil asal usul kepada seorang pengeksport?
A. Menyatakan butiran barang yang dieksport
B. Membuktikan tempat asal barang-barang eksport
C. Membuktikan bahawa barangan yang dieksport tinggi harganya
D. Membuktikan barang tersebut boleh dieksport
SOALAN
3. Antara berikut manakah benar tentang bil muatan?
A. Merupakan dokumen hak milik
B. Merupakan resit penerimaan barang oleh pihak kastam
C. Boleh dicagarkan kepada pihak bank
D. Bukti kontrak bahawa barang diterima oleh kapal untuk diangkut
4. Dokumen manakah yang berikut merupakan dokumen bertulis yang dikirim oleh pengimport kepada pengeksport?
A. Bil muatan
B. Invois Konsular
C. Inden
D. Nota perkapalan
5. Berikut adalah dokumen perniagaan antarabangsa di bawah dokumen perniagaan kecuali:
A. Inden
B. Invois eksport
C. Kredit berdokumen
D. Sijil asal usul
SEKIAN TERIMA KASIH