34
KONSEP ASAS TAMADUN ISLAM 2.0 Definisi tamadun Maksud tamadun dari segi bahasa arab iaitu membawa kepada 4 istilah yang digunakan. Empat istilah tersebut ialah tamadun, umran, hadarah dan madaniyyah. Perkataan tamadun yang ditulis dalam bahasa Melayu diambil dari perkataan bahasa Arab iaitu ‘tamaddun’ yang membawa makna kehalusan budi bahasa dan kesopanan tingkah laku. Perkataan tamadun ini telah diperkenalkan oleh Jurji Zaydan dalam bukunya yang bertajuk ‘Tarikh Al-Tamadun Al- Islami’ bertarikh 1902-1906. Sekiranya diberi penjelasan dari sudut semantik, perkataan tamadun merupakan kata terbitan daripada kata kerja ‘maddana’. Maddana membawa erti pemilihan sesuatu lokasi sebagai tempat tinggal serta membangunkan sesuatu kawasan hingga menjadi suatu perbandaran. Madinah pula lahir daripada perkataan maddana yang bererti bandar. Seterusnya madaniyyah ialah peradaban dan kemakmuran hidup yang merujuk kepada kemajuan kebendaan yang dicapai oleh masyarakat. Konsep ini telah diperkenalkan oleh Abu Nasir al-Farabi (abad ke-11). Menurut Profesor M.A.J Beg, tamadun merupakan pencapaian manusia dalam bentuk kota, skrip, kesenian, seni bina, agama, undang-undang dan politik. (Beg,1985(b):20). Daripada yang telah didefinisikan oleh Profesor M.A.J Beg diatas, terbinanya sesebuah tamadun itu dengan terbentuknya sebuah kota, mempunyai ciri-ciri kesenian dalam tamadun tersebut, mempunyai pegangan agama yang

KONSEP ASAS TAMADUN ISLAM

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: KONSEP ASAS TAMADUN ISLAM

KONSEP ASAS TAMADUN ISLAM

2.0Definisi tamadun

Maksud tamadun dari segi bahasa arab iaitu membawa kepada 4 istilah yang

digunakan. Empat istilah tersebut ialah tamadun, umran, hadarah dan madaniyyah.

Perkataan tamadun yang ditulis dalam bahasa Melayu diambil dari perkataan bahasa

Arab iaitu ‘tamaddun’ yang membawa makna kehalusan budi bahasa dan kesopanan

tingkah laku. Perkataan tamadun ini telah diperkenalkan oleh Jurji Zaydan dalam

bukunya yang bertajuk ‘Tarikh Al-Tamadun Al-Islami’ bertarikh 1902-1906.

Sekiranya diberi penjelasan dari sudut semantik, perkataan tamadun merupakan

kata terbitan daripada kata kerja ‘maddana’. Maddana membawa erti pemilihan sesuatu

lokasi sebagai tempat tinggal serta membangunkan sesuatu kawasan hingga menjadi

suatu perbandaran. Madinah pula lahir daripada perkataan maddana yang bererti

bandar. Seterusnya madaniyyah ialah peradaban dan kemakmuran hidup yang merujuk

kepada kemajuan kebendaan yang dicapai oleh masyarakat. Konsep ini telah

diperkenalkan oleh Abu Nasir al-Farabi (abad ke-11).

Menurut Profesor M.A.J Beg, tamadun merupakan pencapaian manusia dalam

bentuk kota, skrip, kesenian, seni bina, agama, undang-undang dan politik.

(Beg,1985(b):20). Daripada yang telah didefinisikan oleh Profesor M.A.J Beg diatas,

terbinanya sesebuah tamadun itu dengan terbentuknya sebuah kota, mempunyai ciri-

ciri kesenian dalam tamadun tersebut, mempunyai pegangan agama yang dianuti oleh

setiap masyarakat di dalamnya, terbentuknya undang-undang serta politik yang menjadi

penanda aras kepada pembentukan sesuatu masyarakat dalam sesebuah tamadun.

Maksud tamadun dari sudut Barat pula ialah dikaitkan dengan pembangunan

lahiriah seperti dalam aspek kebudayaan, penulisan undang-undang, kesenian dan

perbandaran. Pencapaian lahiriah ialah kayu ukur kemajuan dalam sesebuah

masyarakat. Pembangunan lahiriah pula ialah proses perkembangan tamadun. Kedua-

dua pencapaian dan pembangunan lahiriah ini penting dalam menentukan jatuh

bangunnya tamadun tersebut. Tanpa pencapaian lahiriah, masyarakat dalam tamadun

tersebut sudah tentu tidak dapat mencapai pembangunan lahiriah. Hal ini kerana,

Page 2: KONSEP ASAS TAMADUN ISLAM

sekiranya sesebuah tamadun tersebut tidak maju, bagaimana ia untuk terus

berkembang dan bagaimana masyarakatnya akan meningkat maju.

Daripada pendapat tokoh Barat pula, menurut Arnold Toynbee, tamadun ialah suatu

sistem masyarakat yand dapat membantu manusia menambah hasil pengeluaran atau

produktiviti dan ia mempunyai empat elemen iaitu bahan-bahan ekonomi, sistem politik,

pengetahuan dan seni. Berdasarkan pendapat tersebut, kita dapat lihat bahawa

keempat-empat elemen tersebut saling berkait rapat untuk mewujudkan satu sistem

masyarakat yang mana mereka boleh menambahkan hasil pengeluaran atau

produktiviti yang dapat meningkatkan kemajuan mereka.

J.K Fieblemen pula berpendapat bahawa tamadun ialah kepandaian dan

mengeksploitasi material oleh masyarakat. Dengan perkataan lain, proses masyarakat

terhadap material dengan sendiri menjadikannya barang baru bagi keperluan tertentu.

Menurut Kamus Dewan Edisi baru 1989 halaman 1274, tamadun bermaksud

keadaan masyarakat manusia yang dicirikan oleh atau didasarkan pada taraf kemajuan

kebendaan serta perkembangan pemikiran(sosial, budaya, politik dll) yang tinggi

peradaban; 2. negara dan penduduknya yang telah mencapai kemajuan kebendaan

serta perkembangan pemikiran (sosial, budaya, politik dll ) yang tinggi; 3. Budaya, cara

hidup orang-orang (negara, kawasan atau sesuatu zaman) tertentu, peradaban; 4.

keadaan pemikiran (budaya dan moral ) yang halus, peradaban. Ringkasnya tamadun

ialah perkembangan kemajuan yang lebih baik termasuk dari segi fizikal dan spiritual.

2.1Definisi tamadun Islam

Menurut Prof. Syed Naquib Al-Attas, tamadun Islam sebagai satu keadaan

kehidupan masyarakat yang telah mencapai tahap kehalusan tatasusila dengan

mempunyai kebudayaan yang luhur bagi seluruh masyarakat. Ini membawa maksud

bahawa kehidupan masyarakat perlu mempunyai budi bahasa yang baik dan halus dan

mempunyai kebudayaan.

Selain itu, Ibn Khaldun pula berpendapat bahawa tamadun Islam sebagai

pencapaian manusia yang sudah melebihi keperluan asasi kehidupan sehingga dapat

membuka jalan ke arah pemikiran dan penghasilan daya cipta yang lebih halus dan

Page 3: KONSEP ASAS TAMADUN ISLAM

mempunyai nilai-nilai seni. Tamadun Islam juga merupakan kemuncak pembangunan

yang berkait dengan peningkatan kemewahan, keindahan suasana dan minat kepada

pelbagai aspek industri yang boleh mempertingkatkan kualitinya. Ini termasuk

keperluan kepada bahan-bahan makanan, peralatan rumahtangga dan sebagainya.

Sesuatu tamadun itu dianggap berjaya apabila pencapaian manusia sudah melebihi

keperluan asas mereka. Hal ini kerana apabila sesebuah tamadun itu sudah mencapai

tahap kemuncak pembangunan maka manusia juga mampu untuk meningkatkan

pencapaian mereka terhadap keperluan asas sehingga dapat menghasilkan sesuatu

daya cipta yang baru.

Muhammad Rasyid Redha pula mempunyai pendapatnya yang tersendiri. Bagi

beliau, agama adalah asas tamadun. Ini kerana peningkatan unsur maknawi (spiritual)

akan mendorong kebangkitan fizikal. Rasionalnya semua tamadun di dunia ini

ditegakkan berasaskan kepercayaan agama. Peningkatan atau kemusnahan sesuatu

tamadun itu bergantung kepada keteguhan pegangan agama atau sebaliknya. Ini

bermakna, pegangan agama itu sangat penting dalam menentukan jatuh bangunnya

sesuatu tamadun itu. Kekuatan rohani mampu untuk mendorong peningkatan

pembangunan dan kemajuan fizikal.

Abu Bakar Hamzah mendefinisikan tamadun Islam ialah sesuatu yang lahir dan

berkembang bersama- sama dengan kehidupan manusia dan perkembangan-

perkembangan yang lahir daripadanya, sama ada sesuatu yang merupakan niskala

(abstrak) mahupun yang berupa sekala (material). Lahirnya tamadun Islam itu dengan

adanya kehidupan manusia yang berkembang dari segi fizikal mahupun kebendaan.

Hal ini menunjukkan bahawa sesuatu tamadun itu berkembang.

Page 4: KONSEP ASAS TAMADUN ISLAM

4.0Sumber-sumber tamadun Islam

4.1 Al-Quran

Al-Quran merupakan sumber utama tamadun Islam. Al-Quran daripada sudut

bahasa bermaksud ‘bacaan’ dan perkataan al-Quran berasal daripada perkataan arab

‘al-qira’ah’. Manakala daripada sudut istilah al-Quran ditakrifkan sebagai kalam Allah

SWT yang bermukjizat yang diturunkan kepada nabi Muhammad SAW dengan

perantaraan malaikat jibrail, ditulis dalam mashaf, diriwayatkan secara mutawatir dan

menjadi ibadat bagi sesiapa yang membacanya. Al-Quran juga merupakan mukjizat

yang menerangkan tatacara bagaimana manusia yang diamanahkan oleh Allah S.W.T

sebagai khalifah bagi membentuk serta mentadbir alam sejajar dengan kehendak

AllahS.W.T.

Al-Quran dijamin oleh Allah S.W.T terpelihara sehingga hari kiamat. Al-Quran

juga terpelihara dari sebarang penyelewengan yang dilakukan oleh manusia atau jin.

Syariah yang dibawa dalam al-Quran lengkap dan menyeluruh untuk semua manusia,

masa, suasana, tempat dan zaman. Ini menunjukkan bahawa al-Quran bersifat

menyeluruh dan lengkap untuk semua tidak mengira masa, tempat dan keadaan.

Dalam al-Quran bukan sahaja mengatur cara hidup untuk diri individu malah meliputi

keluarga, jiran, negara, ekonomi, teknologi dan antarabangsa. Ini jelas menunjukkan

bahawa dalam al-Quran telah meliputi segala aspek untuk membina sesebuah tamadun

yang lengkap dan sempurna.

Keunggulan al-Quran bergantung kepada mukjizat bahasanya yang indah dari

segi balaghahnya (retorika). Perkara ini diakui oleh sasterawan Arab jahiliah yang

sangat mahir dengan balaghah. mereka sendiri gagal untuk menandingi keindahan

masih sejak ia diturunkan hingga ke hari ini. Keluasan dan kedalaman ilmunya tidak

terjangkau oleh pemikiran manusia. Masih banyak ilmu yang terdapat di dalam al-Quran

yang belum dihurai oleh manusia.

Tamadun Islam tegak di atas dasar Ilahi yang terpancar di dalam al-Quran

mengandungi segala nilai, dasar, prinsip serta hukum untuk membimbing manusia bagi

mencapai perhubungan dan kesempurnaan hidup. Ia juga merangkumi konsep

Page 5: KONSEP ASAS TAMADUN ISLAM

ketuhanan, pengetahuan tentang perkara ghaib, asas pandangan, moral, fakta-fakta

sains, sejarah manusia dan lain-lain lagi.

Oleh itu, al-Quran menjadi dasar utama pembentukan tamadun Islam. Al-quran

merupakan sumber yang lengkap untuk kehidupan setiap pengikutnya. Al-quran juga

telah menceriatakan segala perkara yang berlaku sama yang telah, semasa atau akan

datang. Hal ini boleh menjadi peringatan kepada pengikut-pengikut supaya sentiasa

tidak lupa kepada pencipta mereka. Al-Quran bertindak sebagai penghubung manusia

dengan perkembangan selaras dengan kehidupan dan senantiasa memenuhi keperluan

manusia serta mampu menyelesaikan sebarang masalah yang dihadapi.

Page 6: KONSEP ASAS TAMADUN ISLAM

4.2 As-sunnah

As-sunnah merupakan segala yang disandarkan kepada Rasullulah S.A.W sama

ada perkataan, perbuatan dan pengakuan serta sifat kejadian,akhlak dan riwayat hidup

baginda, sebelum dan sesudah baginda dilantik menjadi Rasul. Telah diriwayatkan

daripada Rasullulah S.A.W oleh para sahabat ,tabiin dan seterusnya sehingga ditulis

oleh ulama’ Hadis. Al-sunnah melengkapi al-Quran dengan 4 cara iaitu yang

pertamanya mentafsirkan hal yang umum seperti cara menunaikan ibadat

sembahyang, zakat, haji dan lain-lain lagi. Yang keduanya pula ialah membataskan

hukum yg belum ditetapkan batasnya oleh Al-Quran. Seterusnya ialah mengkhususkan

sesuatu hukum yg umum. Yang teralhir ialah menjelaskan hukum Al-Quran.

Segala perkataan, perbuatan dan pengakuan Rasulullah dalam membina

masyarakat dan kerajaan di dalam pelbagai bidang seperti politik, ekonomi, pendidikan

dan hubungan sosial berasaskan akidah, syariah dan akhlak telah menjadi contoh

dalam pembinaan tamadun Islam ini. As-sunnah menjadi ikutan manusia

memandangkan Rasullullah merupakan idola kepada manusia dari dahulu sehingga

kini. Sebagai contoh yang mudah, mengajar solat, mengaji dan sebagainya merupakan

amalan yang mudah diajar melalui pemerhatian manusia lain kepada Rasul S.A.W

junjungan kita.

As-sunnah diperlukan untuk menghuraikan prinsip & konsep umum & menyeluruh

dari Al-Quran. Selain itu, as-sunnah juga bertindak sebagai pentafsir al-Quran. Hal ini

kerana, ayat al-Quran adanya berbentuk umum dan mutlak. Oleh itu, memerlukan

perntafsiran daripada Rasulullah S.A.W kerana tanpa perntafsiran itu sukar untuk umat

Islam memahaminya. Selain daripada itu, as-sunnah juga berperanan dalam tambahan

hukum al-Quran. Al-Quran bersifat umum, prinsip, konsepsi dan menyeluruh. Ada juga

cabang hukum yang tidak di sentuh oleh Al-Quran. Sebagai contoh hukum anak

binatang yang masih didalam kandungan ibunya, apabila ibunya disembelih seperti

lembu. Kemudian rasulullah S.A.W telah menjelaskan seperti berikut:

“Sembelihan janin (anak dlm kandungan)mengikut sembelihan ibunya.”

Page 7: KONSEP ASAS TAMADUN ISLAM

Ini bermaksud, telah berlaku penambahan hukum al-Quran yang menghalalkan

sembelihan binatang ternakan iaitu anak yang masih berada dalam kandungan ibunya

sebagai halal dimakan apabila ibunya disembelih mengikut syarak.

As-sunnah menjadi pelengkap kepada hukum-hukum yang belum dijelaskan

secara terperinci dalam al-Quran. As-sunnah juga menjelaskan dan menerangkan

perkara berkaitan dengan perintah dan larangan Allah di dalam al-Quran. Al-Quran

menggariskan prinsip-prinsip asas, kemudian dihurai dan diperincikan oleh as-Sunnah.

Ia merupakan sumber inspirasi umat Islam untuk membentuk, membangun dan

mengembangkan tamadun mereka.

Sesuatu pembaharuan yang dibuat boleh dikatakan tamadun, tetapi tidak boleh

digolongkan sebagai tamadun Islam kalau bertentangan dengan sumber-sumber ini.

Ringkasnya, semua sudut tamadun Islam dicorakkan di atas acuan al-Quran dan as-

Sunnah. Daripada al-Quran dan as-Sunnah dicerakinkan akidah, syariah dan akhlak

untuk dilaksanakan dalam kehidupan manusia. Pelaksanaannya ditunjukkan oleh

Rasulullah s.a.w. dan para ulama selepas baginda.

Page 8: KONSEP ASAS TAMADUN ISLAM

4.3 Al-ijma’ dan Qias

Ijma’ ialah kata sepakat semua ulama’ Islam yang mujtahid pada suatu masa

selepas wafatnya Rasulullah S.A.W mengenai sesuatu hukum syari’ah. Terdapat 2 jenis

ijma’ iaitu sarih dan sukuti. Bukan ijma’ sahabat sahaja tetapi ijma’ sekalian mujtahid

yang lain daripada sahabat juga wajib diikuti samada mengerjakan ibadah ataupun

dunia.

Qias pula ialah menyandarkan sesuatu yang tidak belum ada hukumnya kepada

sesuatu yang sudah ada hukumnya daripada nas oleh persamaan ‘illah iaitu sebab

musabab. Qias mengembalikan cabang kepada usul dengan sebab illah (sebab) yang

sama. Mengembalikan dalam ayat di atas bermaksud menyamakan keduanya yang

diqias kepada yang usul (yang kena qias) pada hukum. Jika hukum usul haram maka

hukum yang diqiaskan juga haram seperi diqiaskan beras dengan gandum di dalam

hukum riba kerana illah (sebab) yang sama iaitu makanan. Walapun di dalam hadis

Nabi S.A.W menyebut gandum tetapi kerana illah beras iaitu makanan seperti gandum

maka hukumnya sama.

Ijma’ dan qias merupakan sumber hukum yang digunakan oleh ulama mujtahid di

dalam menetapkan sesuatu permasalahan. Qias merupakan salah satu cabang

daripada ilmu mantiq yang diguna pakai oleh ulama dalam memahami al-Quran dan al-

Hadis yang jawamiul jawaamik. Untuk mudah difahami ialah perkataan yang sedikit

tetapi membawa maknanya yang luas. Ayat al-Quran iejaz (ringkas) tetapi sangat luas

pengertian begitu juga dengan kalam Nabi S.A.W yang kita panggil sebagai hadis atau

sunnah sehingga jika dikumpul tafsiran ‘basmalah’ sahaja sudah tentu kita tidak mampu

untuk menghabiskan dalam masa satu hari bahkan sebulan

Tanpa ijmak dan qias hukum Islam menjadi jumud kerana terbatas kepada apa

yang disebut secara zahir di dalam al-Quran tanpa merujuk kepada makna disebaliknya

sedangkan al-Quran merupakan panduan hidup sehingga hari kiamat. Setiap zaman

akan ada hukum baru atau hukum kontemporari maka qias memainkan peranan

penting dalam menentukan halal dan haramnya. Walaupun qias menggunakan akal

Page 9: KONSEP ASAS TAMADUN ISLAM

tetapi ia disyaratkan selari dengan al-Quran dan al-Hadis kerana hukum asalnya

terdapat di dalam al-Quran tetapi diqiaskan perkara-perkara yang baru kepada hukum

yang sudah ada di dalam al-Quran dan al-hadis dan ijmak yang kita telah bincangkan

tadi.

Inilah yang dikatakan ijma’ dan qias menjadi sumber tamdun Islam. Hal ini

kerana, sesebuah tamadun akan berkembang dari masa ke semasa jadi, akan timbul

pelbagai permasalahan yang baru yang memerlukan ulamak menentukan hukum. Oleh

itu, hukum-hukum baru boleh ditentukan dengan menggunakan qias. Dengan cara ini,

segala masalah yang timbul dapat diselesaikan dengan mudah.

4.4 Istihsan

Istihsan menetapkan sesuatu hukum terhadap sesuatu persoalan ijtihadiyah atas

dasar prinsip-prinsip umum ajaran Islam seperti keadilah, kasih sayang dan lain-lain.

Kaedah ini sedikit berbeza daripada mashalih al-mursalah kerana ia

mempertimbangkan dasar kemaslahatan itu dengan disertai dalil al-Quran dan As-

Sunnah yang umum. Contohnya Saidina Umar r.a.tidak menghukum pencuri kerana

kebuluran semasa kemarau panjang dengan hukuman hadd kerana atas dasar keadilan

dan kasih sayang dan dalil daripada al-Hadith bahawa Islam tidak menyusahkan

umatnya.

Penggunaan istihsan ini dapat member kehidupan yang baik kepada umat Islam

dalam hal hukum. Sesungguhnya Islam ini mudah dan tidak menyusahkan umatnya.

Jadi dengan penggunaan istihsan ini, hukum dijalankan dengan adil dan saksama.

Page 10: KONSEP ASAS TAMADUN ISLAM

2.0Prinsip-prinsip tamadun Islam

Prinsip tamadun Islam yang pertamanya ialah memelihara agama. Sudah menjadi

fitrah semulajadi manusia yang memerlukan agama dan mereka bebas memilih agama

mereka masing-masing. Firman Allah SW dalam surah Al Baqarah, “tiada paksaan

dalam beragama” . Dalam Islam, umatnya perlu menyerahkan diri kepada Allah dengan

mengerjakan segala suruhan dan meninggalkan larangan. Agama Islam ini mudah dan

tidak memaksa. Dengan cara tersebut, manusia akan hidup dalam keadaan aman dan

bahagia. Islam menyediakan cara hidup bermasyarakat berbilang kaum dan agama.

Prinsip toleransi beragama, kebebasan beragama, sikap saling hormat menghormati di

antara satu sama lain yang berlainan agama adalah sebahagian daripada ajaran Islam

yang wajib dilaksanakan. Sekiranya semua pihak yang berlainan agama ini benar-benar

memahami agamanya tentu mereka akan mengamalkan ajaran agamanya dengan

sebaik-baiknya. Dalam waktu yang sama Islam menggalakkan dan sentiasa memberi

ruang dan kesempatan untuk semua pihak yang berbeza agama ini berinteraksi bagi

berbincang tentang fahaman masing-masing yang tidak bertentangan dengan prinsip

agama masing-masing supaya lahir suasana yang harmoni dan saling hormat-

menghormati. Kesimpulannya setiap penganut agama mestilah memahami dengan

sebaik-baiknya ajaran agama yang dianutinya dan beramal dengannya. Ini jelas

menunjukkan betapa tamadun Islam sesuai diamalkan di dalam masyarakat majmuk

kerana Islam sentiasa menekankan kepentingan mendalami ilmu agama dan

mengamalkannya demi menjamin keharmonian masyarakat di samping kesucian

agama yang akan tetap terpelihara.

Prinsip yang kedua ialah memelihara nyawa dan jiwa. Ini membawa erti setiap

manusia atau umat Islam perlu memelihara jiwa mereka dan jiwa orang lain. Ini

menunjukkan bahawa kehidupan bermasyarakat sangat penting dan kita harus

mengenali sesama kita. Dengan cara ini tidak akan timbul perasaan mahmudah dalam

diri masing dan tidak akan berlaku pergaduhan yang boleh membawa kepada

pembunuhan. Islam juga menyebut larangan membunuh dan membunuh diri. Firman

Allah, “ Barangsiapa yang membunuh seorang manusia bukan kerana hukuman

pembunuhan atau kerana membuat bencana dalam negeri,maka ertinya orang itu telah

Page 11: KONSEP ASAS TAMADUN ISLAM

membunuh manusia seluruhnya..” surah al-Maidah 5:32. Islam mewajibkan umatnya

berusaha untuk mempertahankan nyawa. Sekiranya sesuatu perkara atau perbuatan itu

boleh menyelamatkan nyawa, walau pada awalnya hukumnya haram ia boleh

dilakukan. Contohnya dalam bidang perubatan, ubat berbentuk cecair yang digunakan

untuk merawat penyakit jantung adalah diambil dari babi yang kita sedia maklum akan

hukum haramnya, namun jika ia dapat menyelamatkan nyawa pesakit ia adalah

dibenarkan. Ia pastinya bersesuaian dan mudah diterima di kalangan masyarakat

majmuk. Setiap masalah atau penyakit yang kita hadapi pasti ada penyelesaianya dan

ada penawarnya. Oleh itu, kita harus bijak mencari jalan penyelesaiannya sekiranya

kita menghadapi sebarang masalah. Janganlah kita berfikir singkat dan mengambil

jalan mudah dengan membunuh diri sebagai jalan penyelesaian masalah kerana Allah

membenci orang yang membunuh diri.

Seterusnya pula ialah memelihara akal. Bagaimana kita sebagai umat Islam untuk

memelihara akal kita sendiri? Islam telah mengajar tentang cara memilih makanan dan

minuman yang baik untuk kesihatan tubuh dan akal fikiran. Islam telah mengharamkan

minuman keras kepada umatnya bagi memelihara akal mereka. Hal ini kerana, dengan

minuman keras tersebut, seseorang itu boleh hilang pertimbangan dan akan melakukan

sesuatu di luar jangkaan. Mereka sudah tidak dapat berfikir dengan waras dan

bertindak atas kehendak nafsu. Oleh itu, agama Islam telah mengharamkan meminum

minuman keras. Firman Allah dalam Surah Al Maidah 5:90, “Wahai orang yang

beriman, sesungguhnya minuman arak, berjudi, berkorban untuk berhala, mengundi

nasib dengan panah adalah perbuatan keji,termasuk perbuatan syaitan. Maka jauhilah

perbuatan itu,agar kamu mendapat keberuntungan.” Dalam al-Quran telah menyatakan

kebaikan pengambilan madu lebah untuk menjaga kesihatan tubuh badan sebagai ubat

yang paling mujarab. Islam juga mengesyorkan memegang makanan dengan tangan

kanan. Hal ini kerana, tangan kanan mengandungi kimia yang membantu

penghadaman makanan. Agama telah menetapkan hukum bukan untuk menyusahkan

umatnya tetapi untuk memberi yang terbaik bagi kehidupan mereka. Jadi, kita harus

pandai membezakan yang mana baik dan yang mana buruk. Tubuh badan yang sihat

akan menjamin akal yang sihat ke arah membina negara dan menegakkan agama.

Page 12: KONSEP ASAS TAMADUN ISLAM

Selain itu, prinsip tamadun Islam juga ialah memelihara maruah dan keturunan.

Islam telah mensyariatkan perkahwinan untuk kita memelihara maruah dan keturunan.

Dengan perkahwinan ini dapat menghindari daripada melakukan maksiat seterusnya

dapat menjaga maruah diri dan keluarga. Selain daripada perkahwinan, Islam juga

mensyariatkan poligami yang mana dapat membantu golongan wanita yang berada di

dalam kesusahan. Islam telah mengiktiraf perkahwinan poligami namun ia tidak

diwajibkan dan bukan sesuatu yang digalakkan.poligami dibenarkan demi untuk

menjaga zuriat yang bakal dilahirkan. Ini sangat berbeza dengan fahaman negara lain.

Sebagai contoh masyarakat di barat, mereka tidak dibenarkan berpoligami tetapi lelaki

dan perempaun dibenarkan bersekedudukan. Akibat daripada itu, lahirnya anak luar

nikah dan boleh terjadi merebaknya penyakit berjangkit seperti AIDS dan lain-lain lagi.

Justeru, prinsip dalam tamadun Islam ini boleh digunakan pakai oleh masyarakat lain

untuk memelihara maruah dan keturunan mereka.

Di samping itu juga, prinsip tamadun Islam yang seterusnya ialah memelihara harta.

Ini bermakna, kita perlu menjaga harta kita daripada kerosakkan. Sekiranya kita

menjaganya dengan baik kita boleh mengelakkan pembaziran untuk membeli yang

baru. Setiap individu berhak mencari rezeki masing-masing serta berusaha untuk

mendapat, mengumpul dan menggunakan harta benda mereka secara bebas mengikut

kemampuan masing-masing selagi tidak melanggar norma masyarakat dan agama.

Untuk memelihara keselamatan harta benda yang menjadi hak milik halal bagi individu,

tamadun Islam mengharamkan sebarang bentuk pencurian daripada sekecil-kecil harta

seperti jarum hinggalah sebesar-besarnya. Harta atau kekayaan yang diperoleh dari

usaha sendiri dengan cara yang halal berhak dipelihara dan dipertahankan. Tiada

sesiapa berhak mengambil tanpa izin pemiliknya. Hal ini diperjelaskan oleh Allah S.W.T

dalam ayat surah Al-Maa’idah 5:38 terjemahannya, “Lelaki dan perempuan yang

mencuri, potonglah tangan kedua-duanya sebagai pembalasan daripada apa yang

mereka kerjakan dan sebagai seksaan daripada Allah”. Bagi mereka yang memelihara

harta mereka akan diberikan ganjaran pahala oleh Allah S.W.T. ini jelas menunjukkan

bahawa Islam sangat menitikberatkan umatnya menjaga harta mereka masing-masing.

Page 13: KONSEP ASAS TAMADUN ISLAM

5.0Matlamat tamadun Islam

Matlamat tamadun Islam yang pertama ialah menjaga hubungan dengan Allah

S.W.T. dalam agama Islam, terdapat rukun Islam dan rukun iman yang setiap penganut

agama Islam patuhi dan ikuti. Bagaimana dikatakan menjaga hubungan dengan Allah?

Menjaga hubungan dengan Allah S.W.T ialah boleh dibuktikan dengan melakukan

ibadat yang telah ditetapkan dan meninggalkan larangan yang telah termaktub didalam

al-Quran. Hubungan ini boleh dipelihara jika kita tidak mengingkari suruhan dan

larangan Allah S.W.T. Hubungan ini merupakan hubungan yang melibatkan hubungan

hamba dengan Pencipta. Ibadat-ibadat yang boleh dilakukan antaranya ibadat umum

dan khusus. Dengan melakukan ibadat ini, kita dapat mendekatkan diri Pencipta dan

kita akan sentiasa berhati-hati dengan apa yang kita akan lakukan kerana kita

memepunyai Pencipta yang akan menghakimi setiap tindak-tanduk yang kita lakukan.

Oleh itu, hubungan ini merupakan hubungan yang paling tinggi dan mulia dalam

kehidupan manusia, mengatasi hubungan yang wujud antara manusia sesama manusia

atau makhluk lain. Dengan menjaga hubungan kita dengan Pencipta ini, kita dapat

hidup dengan aman dan harmoni kerana mendapat keberkatan dari-Nya.

Yang seterusnya ialah menjaga hubungan manusia dengan manusia. Manusia

diciptakan oleh Allah S.W.T dari satu keturunan iaitu nabi Adam a.s. kita di dunia ini

merupakan keluarga. Jadi kita perlu menjaga hubungan sesama kita kerana kita adalah

saudara yang datang dari satu jiwa. Justeru dalam perhubungan kita seharian perlulah

mengikut aturan yang telah ditentukan oleh Allah S.W.T dalam menjamin agar tidak

timbul kezaliman, pergaduhan malah hubungan yang wujud dalam setiap kehidupan

sama ada yang bersifat peribadi mahupun kemasyarakatan berasaskan tolong

menolong dan hormat menghormati. Dalam konteks agama Islam terdapat sistem

kemasyarakatan. Ini menunjukkan bahawa, Islam mementingkan kemasyarakat dalam

menjamin kesejahteraan hidup di dunia ini. Sekiranya kita hidup dalam masyarakat dan

saling bantu-membantu dan hormat-menghormati, kita akan disenangi oleh masyarakat

dan kita mudah untuk meminta bantuan mereka sekiranya menghadapi masalah. Ini

adalah kerana masyarakat muslim adalah masyarakat yang terbentuk berdasarkan

konsep kesatuan ummah. Ini menjadikan masyarakat Islam sebuah masyarakat yang

Page 14: KONSEP ASAS TAMADUN ISLAM

berbentuk sejagat, tidak bersifat perkauman, tidak bersifat kebangsaan serta tidak

terbatas dalam lingkungan sempadan geografi dan politik. Semua kita adalah sama dan

mengapa kita perlu membangga diri dengan orang lain, kerana kita dari satu keturunan

yang sama. Janganlah hubungan dengan manusia lain agar hidup kita lebih selesa.

Bagi masyarakat muslim, hanya satu ukuran yang mendapat tempat di sisi Allah

S.W.T iaitu ketakwaan kepadaNya, di samping berbuat baik kepada sesama manusia.

Firman Allah dalam surah al-Hujurat ayat 13 bermaksud :

” Wahai umat manusia, sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki

dan perempuan dan kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku (puak)

supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra anatara satu sama lain.

Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di

antara kamu (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha

mengetahui lagi maha mendalam pengetahuanNya

Yang terakhir ialah menjaga hubungan dengan alam sekitar. Allah S.W.T telah

mencipta alam semesta ini untuk dinikmati oleh makhluk ciptaanNya. Manusia sebagai

khalifah Allah S.W.T di muka bumi ini telah dipertanggungjawabkan untuk memelihara

alam ini. Allah S.W.T telah memberikan panduanNya kepada manusia berhubung

dengan hubungan yang sepatutnya dengan alam. Firman Allah S.W.T dalam Surah al-

A’raf ayat 56 yang bermaksud :

”Janganlah kamu berbuat kerosakan di bumi setelah Allah menyediakan segala

yang membawa kebaikan padanya, dan berdoalah kepadaNya dengan perasaan

bimbang (kalau-kalau tidak diterima). Sesungguhnya rahmat Allah itu dekat kepada

orang-orang yang berbuat kebajikan.”

Menurut Islam, manusia dan alam adalah makhluk ciptaan Allah S.W.T namun

manusia diberikan taraf lebih tinggi berbanding dengan makhluk lain lantaran kelebihan

akal dan tanggungjawab sebagai khalifah.  Manusia perlu memelihara dan memulihara

alam sekitar mengikut peraturan-peraturan Allah S.W.T. Manusia yang mengusahakan

sesuatu yang boleh membawa kpd kesejahteraan di muka bumi melalui sumber alam

Page 15: KONSEP ASAS TAMADUN ISLAM

yang sedia ada dan tidak melakukan perkara yang merosakkan alam sekitar. Seperti

yang kita lihat sekarang, alam sekitar dibiarkan tercemar dan berlaku pemusnahan di

san sini. Di manakah tanggungjawab kita sebagai khalifah di muka bumi ini. Kita salah

menggunakan akal yang telah Allah S.W.T kurniakan kepada kita. Itulah yang dikatakan

manusia yang tidak tahu bersyukur dengan apa yang tekah diberikan kepadanya.

Matlamat pembinaan tamadun Islam adalah untuk melahirkan manusia yang

mempunyai kepercayaan yang betul iaitu percaya kepada kekuasaan Allah S.W.T.

selain itu, matlamat tamadun Islam juga adalah untuk melahirkan manusia yang

mempunyai cara hidup yang tersusun dan bersistem sesuai dengan setiap tempat,

masa dan keadaan. Selain daripada itu, matlamatnya ialah melahirkan manusia yang

dapat bertanggungjawab sebagai khalifah di muka bumi ini. Seterusnya adalah untuk

melahirkan manusia yang kenal dirinya dan arah tujuan.

Matlamat pembinaan tamadun Islam ini juga adalah selari dengan penurunan kitab-

kitab Allah dan pengutusan para rasulNya iaitu untuk melahirkan manusia yang

mentauhidkan dan mengabdikan Allah dalam seluruh kehidupannya, melaksanakan

tanggungjawab dengan sebaiknya serta mendapat keampunan dan keredhaan Allah

S.W.T.

Page 16: KONSEP ASAS TAMADUN ISLAM

6.0Penutup

Tamadun Islam adalah tamadun yang didasari oleh nilai-nilai ketuhanan dan

keagamaan. Sumber matlamat dan tujuan kehidupan manusia telah ditetapkan oleh

Allah. Al-Quran menjadi sumber dan pedoman kepada kegiatan hidup manusia.

Tanggungjawab manusia ialah sebagai hamba dan khalifah Allah di muka bumi.

Tamadun Islam tidak terikat kepada bangsa tertentu, tempat dan tempoh tertentu

bahkan ia milik seluruh manusia yang berpegang kepada ajaran Islam. Perkembangan

tamadun Islam berpegang kepada konsep ummah dan tidak disandarkan kepada

sesuatu bangsa atau kawasan. Berbeza dengan tamadun lain seperti tamadun Cina,

tamadun India, tamadun mesophotamia, dan tamadun Parsi. Tamadun Islam sangat

mementing hubungan dengan Pencipta iaitu Allah S.W.T, hubungna manusia dengan

manusia serta hubungan manusia dengan alam sekitar. Hal ini kerana, ketiga-tiga

hubungan berkait rapat dengan kehidupan manusia itu sendiri. Kurangnya salah satu

dari hubungan ketiga-tiga ini maka tidak akan lengkap hidup. Mereka akan merasa

kekurangan.

Islam sentiasa meletakkan manusia di tingkat kesempurnaan yang paling tinggi dan

yang dapat dicapai. Iaitu dengan mengawasi seluruh kegiatan manusia agar tidak

bercanggah dengan ajaran Allah. Realistik dari segi mengambil kira hubungan dengan

alam sejagat atas dasar bahawa alam merupakan suatu hakikat yang berlaku di dunia

nyata yang menunjukkan hakikat kewujudan Allah. Tamadun Islam mencakupi seluruh

aspek kehidupan manusia termasuk undang-undang, akidah, akhlak, hubungan dengan

Allah, hubungan sesama manusia dan hubungan manusia dengan makhluk lain serta

hubungan antarabangsa. Tamadun Islam dapat menerima malah menggalakkan

penerusan unsur-unsur baik yang terdapat pada tamadun lain selagi tidak bertentangan

dengan syariat Islam. Keterbukaan Tamadun Islam membolehkan ia mudah diterima

oleh kebanyakan manusia.

Page 17: KONSEP ASAS TAMADUN ISLAM

1.0 Pengenalan

Tamadun ialah perkataan Arab yang berasal dari kata kerja ‘maddana’ yang bererti

membangunkan atau memodenkan sesuatu. Beberapa perkataan lain yang sama erti

dengan perkataan tamadun, ialah ‘Hadharah’ bererti peradaban, ‘Umran’ yang bererti

kemajuan, ‘Thaqafah’ pula bererti kebudayaan dan di dalam bahasa Inggeris disebut

‘civilization’.

Islam mula diperkenalkan kepada manusia pertama iaitu Adam a.s. Ia

merupakan pemberitahuan dan peraturan yang diwahyukan oleh Allah S.W.T.

Kemudian wahyu itu diperkuatkan dengan perlantikan rasul-rasul yang bermula dengan

Nabi Adam a.s dan berakhir dengan Nabi Muhammad s.a.w. Risalah Islam yang

diturunkan kepada rasul-rasul adalah sesuai dengan zaman, jumlah manusia dan

kebudayaan umat ketika itu. Islam diturunkan kepada manusia untuk membimbing

mereka ke jalan yang benar supaya mereka mencapai kesejahteraan hidup, dunia dan

akhirat.

Dalam perjalanan sejarah tamadun manusia yang panjang, ramai manusia yang

terus-menerus menentang serta membantah pengajaran-pengajaran Allah S.W.T yang

dibawa oleh utusan Allah S.W.T, lalu dengan kasih sayang dan belas kasihan Allah

S.W.T, Dia telah menurunkan kitab-kitab agar manusia dapat membaca, memahami

dan melaksanakan segala arahanNya. Tujuannya untuk menegakkan kepercayaan

Tauhid (kepercayaan kepada Allah Yang Maha Esa), menghindarkan mereka dari syirik

kepada Allah S.W.T, terpengaruh dengan hawa nafsu yang liar dan mengajar mereka

supaya mematuhi segala ajaran Allah S.W.T dan menjauhkan diri dari laranganNya.

Sejarah Islam telah menunjukkan bahawa keistimewaan yang terkandung dalam

Islam telah mampu membentuk satu tamadun yang mengangkat tinggi martabat

manusia, menuju kesejahteraan hidup, dunia dan akhirat. Tamadun Islam telah muncul

dan menempa kegemilangan yang tiada tolok bandingnya lantaran kesyumulan dan

kesepaduan Islam itu sendiri yang menjadi intipati kepada tamadun Islam. Akhirnya

Page 18: KONSEP ASAS TAMADUN ISLAM

tamadun Islam telah berjaya mendepani zaman dan menjadi rujukan kepada

pembinaan tamadun manusia sehinggalah ke hari ini.

Page 19: KONSEP ASAS TAMADUN ISLAM

KONSEP ASAS TAMADUN ISLAM

DEFINISI

PRINSIP

SUMBER

MATLAMAT

TAMADUN TAMADUN ISLAM

Rajah 1.0: Konsep asas tamadun.

Page 20: KONSEP ASAS TAMADUN ISLAM

Rajah 2.0: Definisi tamadun

DEFINISI TAMADUN

BAHASA ARA

B

TAMADUN: dari perkataan bahasa arab 'tamaddun' bererti kehalusan budi bahasa dan kesopanan tingkah lakuMADDANA: tamadun kata terbitan dari kata kerja maddana yang bererti pemilihan sesuatu lokasi sebagai tempat tinggal serta membangunkan sesuatu kawasan hingga menjadi suatu perbandaranMADINAH: lahir dari maddana yang bererti bandar.MADANIYYAH: peradaban dan kemakmuran hidup yang merujuk kepada kemajuan kebendaan yang dicapai oleh masyarakat.

PROFESOR M.A

.J BEG

pencapaian manusia dalam bentuk kota, skrip, kesenian, seni bina, agama, undang-undang dan politik.

BARA

T

pembangunan lahiriah seperti dalam aspek kebudayaan, penulisan undang-undang, kesenian dan perbandaran

ARNOLD TOY

NBEE

suatu sistem masyarakat yand dapat membantu manusia menambah hasil pengeluaran atau produktiviti dan ia mempunyai empat elemen iaitu bahan-bahan ekonomi, sistem politik, pengetahuan dan seni.

J.K FIEBL

E MEN

kepandaian dan mengeksploitasi material oleh masyarakat.

KAMUS DEWA

N

keadaan masyarakat manusia yang dicirikan oleh atau didasarkan pada taraf kemajuan kebendaan serta perkembangan pemikiran(sosial, budaya, politik dll) yang tinggi peradaban

Page 21: KONSEP ASAS TAMADUN ISLAM

Rajah 2.1: Definisi tamadun Islam.

satu keadaan kehidupan masyarakat yang telah mencapai tahap kehalusan tatasusila dengan mempunyai kebudayaan yang luhur bagi seluruh masyarakat.

P r o f . S y e d N a q u i b A l - A tt a s

pencapaian manusia yang sudah melebihi keperluan asasi kehidupan sehingga dapat membuka jalan ke arah pemikiran dan penghasilan daya cipta yang lebih halus dan mempunyai nilai-nilai seni.

I b n K h a l d u n

tamadun ditegakkan berasaskan kepercayaan agama.

M u h a m m a d R a s y i d R e d h a

sesuatu yang lahir dan berkembang bersama- sama dengan kehidupan manusia dan perkembangan-perkembangan yang lahir daripadanya, sama ada sesuatu yang merupakan niskala (abstrak) mahupun yang berupa sekala (material).

A b u B a k a r H a m z a h

DEFINISI TAMADUN ISLAM

Page 22: KONSEP ASAS TAMADUN ISLAM

Rajah 3.0: Prinsip-prinsip tamadun Islam.

PRINSIP-PRINSIP

MEMELIHARA AGAMA

MEMELIHARA NYAWA DAN JIWA

MEMELIHARA AKALMEMELIHARA MARUAH DAN KETURUNAN

MEMELIHARA HARTA

Page 23: KONSEP ASAS TAMADUN ISLAM

Rajah 4.0: Sumber-sumber tamadun Islam.

SUMBER

AL-QURAN

AS-SUNNAH

IJMA' DAN QIAS

ISTIHSAN

Page 24: KONSEP ASAS TAMADUN ISLAM

Rajah 5.0: Matlamat tamadun Islam.

MATLAMAT

Hubungan manusia dengan

alam sekitar

Hubungan manusia dengan

manusia

Hubungan manusia dengan

Allah S.W.T

Page 25: KONSEP ASAS TAMADUN ISLAM

REFLEKSI

Melalui tugasan ini, selepas pensyarah menyerahkan tugasan, saya mencari maklumat

untuk menyiapkan tugasan ini. Saya juga berbincang bersama rakan sekelas untuk menyiapkan

tugasan yang diberikan. Pelbagai pendapat yang diutarakan dalam menyiapkan tugasan ini.

Saya mencuba sebaik mungkin untuk menyiapkan tugasan ini.

Apabila tugasan ini selesai, apa yang dapat saya katakan ialah banyak ilmu mengenai

tamadun Islam. Melalui tugasan ini saya perlu mencari mengenai konsep asas tamadun Islam.

Dalam konsep asas tamadun Islam ini mempunyai beberapa tajuk kecil yang lain. Pembahagian

yang pertama ialah melalui definisi. Setelah mencari bahan mengenai definisi tamadun Islam,

apa yang saya perolehi ialah pelbagai pendapat dari tokoh-tokoh ternama dalam mengemukan

pendapat mereka mengenai definisi tamadun.

Seterusnya pula mengenai sumber-sumber taamdun Islam. Jelas menunjukkan bahawa

sumber-sumber utama tamadun Islam ialah al-Quran dan sunnah. Setelah menyiapkan

bahagian ini, saya lebih memahami mengenai sumber tamadun Islam. Selain itu terdapat juga

bahagian ciri-ciri serta prinsip-prinsip tamadun Islam. Dalam bahagian ini mengajar saya untuk

lebih menghargai adanya tamadun Islam.

Akhir sekali, saya dapat juga menyiapkan tugasan ini tanpa sebarang masalah yang

terlalu berat. Kerjasama antara rakan-rakan juga banyak membantu saya menyiapkan tugasan

ini. Selain itu, pensyarah pembimbing juga telah banyak memberi panduan kepada saya. Beliau

telah memberi garis panduan apa yang perlu ada dalam tugasan kami, jadi hal ini telah

memudahkan saya dan rakan sekelas yang lain mencari bahan.

Page 26: KONSEP ASAS TAMADUN ISLAM

BIBLIOGRAFI

BUKU

Ab. Alim Abdul Rahim dan Syed Idrus Syed Mohamad (1995). Tamadun Islam. Kuala Lumpur.

Penerbit Fajar Bakti.

Mustafa Hj. Daud. (1990). Pengantar Masyarakat Islam. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan

Pustaka.

Mustafa Haji Daud (1993). Tamadun Islam. Kuala Lumpur. Utusan Publications & Distributors.

Sivachandralingam Sundara Raja Ayadurai Letchumani. (1993). Siri Sejarah Fajar Bakti. Selangor.

Fajar Bakti Sdn Bhd.

W. Abdullah Hj. W. Mahmood (1997). Tamadun Islam dan Tamadun Alam Melayu serta

Sumbangannya kepada Dunia. Shah Alam. Pusat Pendidikan Islam ITM.

INTERNET

http://tamanilmu.com/downloads/RB_Pengajian_Tamandun_Islam_2.pdf. Dilayari pada 2 Mac

2010.

http://www.slideshare.net/wanbk/51-definisi-tamadun-islam. Dilayari pada 2 Mac 2010.