Kesan Pendidikan Terhadap Ekonomi

Embed Size (px)

Citation preview

Kesan Pendidikan Terhadap Ekonomi

Pendidikan merupakan salah satu komponen yang penting dan memberikan kesan kepada ekonomi. Menurut teori alokasi Meyer (1977), pendidikan bertindak sebagai satu lembaga sosial yang salah satu fungsinya meletakkan individu secara sosial menurut strata pendidikan.Golongan yang berpendidikan mempunyai kedudukan yang tinggi dari segi ekonomi dan sosial. Individu yang mempunyai tahap pendidikan yang lebih tinggi, dikatakan akan mempunyai pekerjaan dan upah yang lebih baik berbanding yang pendidikannya lebih rendah. Apabila upah mencerminkan produktiviti, maka semakin banyak individu yang mempunyai pendidikan tinggi, maka semakin tinggi produktiviti dan hasilnya ekonomi negara akan berkembang lebih pesat. Walaubagaimanapun, pada tahun 70-an, teori ini mendapat kritikan tajam. Hujah yang disampaikan adalah peringkat pendidikan tidak selalu sesuai dengan kualiti pekerjaan, sehingga orang yang berpendidikan tinggi ataupun rendah tidak berbeza produktiviti dalam menangani kerja yang sama. Dengan demikian, orang berpendidikan rendah tetapi mendapat latihan akan mempunyai produktiviti relatif sama dengan orang berpendidikan tinggi dan formal. Meyer (1977), merujuk pendidikan sebagai suatu lembaga sosial yang salah satu fungsinya memperuntukkan anggota secara sosial mengikut strata pendidikan. Keinginan mencapai status lebih tinggi menyebabkan individu untuk mengambil pendidikan lebih tinggi. Walaupun individu-individu berpendidikan tinggi mempunyai perkadaran lebih tinggi dalam pendapatan nasional, tetapi peningkatan perkadaran orang yang bependidikan lebih tinggi dalam suatu bangsa tidak akan secara automatik meningkatkan pengembangan ataupun pertumbuhan ekonomi. Pendidikan pada zaman dahulu dilihat seperti tidak mementingkan faktor ekonomi. Kabnyakan pelaksanaan polisi-polisi pendidikan bergantung kepada keadaan semasa, faktor agama, ketenteraan dan politik. Pada peringkat awal kewujudan teori institusional ini, pendidikan dilihat sebagai satu instistusi yang mempunyai legitimasi dalam masyarakat. Pendidikan juga dilihat sebagai tanggungjawab sepenuhnya pihak kerajaan dan golongan profesional.(Meyer, 1977). Walaubagaimanapun, perubahan dalam arus pendidikan telah menyebabkan beberapa pandangan awal ini telah berubah. Pelaksanaan polisi-polisi pendidikan dilihat lebih

menumpukan kepada perkembangan ekonomi global. Contohnya, negara kita Malaysia yang menggalakkan perkembangan pelajar kearah sains dan teknologi untuk mencapai status negara maju menjelang tahun 2020. Selain daripada itu, pasaran pendidikan bukan lagi dipertanggungjawabkan dan dimonopoli oleh pihak kerajaan sebaliknya melibatkan pihak swasta yang pada masa yang sama dilihat membantu menyumbang kearah pembangunan ekonomi dengan menyediakan tenaga kerja yang berkemahiran dan berpengetahuan.