18

Realiti dan Cabaran Wanita Bekerjaya...kebajikan dan menyumbang dalam aspek pendidikan, ekonomi dan politik. Ini sekaligus akan memberi kesan langsung kepada pembangunan ekonomi keluarga,

  • Upload
    others

  • View
    14

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Realiti dan Cabaran Wanita Bekerjaya...kebajikan dan menyumbang dalam aspek pendidikan, ekonomi dan politik. Ini sekaligus akan memberi kesan langsung kepada pembangunan ekonomi keluarga,
Page 2: Realiti dan Cabaran Wanita Bekerjaya...kebajikan dan menyumbang dalam aspek pendidikan, ekonomi dan politik. Ini sekaligus akan memberi kesan langsung kepada pembangunan ekonomi keluarga,
Page 3: Realiti dan Cabaran Wanita Bekerjaya...kebajikan dan menyumbang dalam aspek pendidikan, ekonomi dan politik. Ini sekaligus akan memberi kesan langsung kepada pembangunan ekonomi keluarga,

Realiti dan Cabaran Wanita Bekerjaya | 1

Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS)

Pendahuluan

Dewasa ini, peranan wanita sudah jauh berbeza berbanding dahulu. Ramai wanita

sekarang mempunyai kerjaya dalam bidang kepakaran masing-masing. Namun

begitu, dalam mencapai keseimbangan lebih-lebih lagi antara tuntutan sebagai

pekerja dan juga tanggungjawab kepada keluarga merupakan satu cabaran dan

bukan sesuatu tugas yang mudah.

Pada hakikatnya, peranan wanita bukan sahaja dalam mengurus rumah tangga, tetapi

sebagai penyumbang ekonomi keluarga. Malahan, tanggungjawab ini bukan hanya

dipikul oleh wanita yang telah berumah tangga, tetapi turut menjadi sebahagian

tanggungjawab bagi mereka yang belum berkahwin (Siti Nur Husna, Mohd Izhar Ariif

& Muhammad Adnan, 2017).

Maksudnya di sini, peranan wanita dalam keluarga adalah sebagai anak yang patuh

kepada kedua ibu bapa, isteri yang mentaati suami dan sentiasa menjaga diri serta

ibu yang meletakkan anak-anak sebagai keutamaan dengan asuhan didikan agama

sempurna.

Selain itu, dari sudut kemasyarakatan pula mereka terlibat dengan kerja-kerja amal

kebajikan dan menyumbang dalam aspek pendidikan, ekonomi dan politik. Ini

sekaligus akan memberi kesan langsung kepada pembangunan ekonomi keluarga,

masyarakat dan negara (Siti Nur Husna et al., 2017).

Konsep Keseimbangan Antara Kerja dan Kehidupan

Lazimnya, dalam keadaan peningkatan teknologi dan capaian internet masa kini telah

menjadikan seseorang individu itu terus leka dan fokus dengan kerja sehinggakan

terlalu sukar untuk mengimbangi di antara kerja dan kehidupan apatah lagi untuk

meluangkan masa bersama-sama keluarga, rakan-rakan serta diri sendiri.

Realiti hari ini, terdapat individu lelaki mahupun wanita yang bekerja dari pagi hingga

lewat malam. Jika ini berterusan, kesannya akan mencetuskan tekanan emosi,

keletihan mental dan fizikal, pergolakan rumah tangga, penceraian, produktiviti kerja

semakin menurun serta berhenti kerja.

Berdasarkan kajian tinjauan yang dibuat oleh Linkedln Learning (2019) terhadap

2,843 responden golongan profesional menunjukkan bahawa 49 peratus daripada

mereka dilaporkan mengalami tekanan dalam pekerjaan mereka.

Kajian tersebut juga mendapati antara penyebab utama tekanan di tempat kerja tanpa

mengira jantina, umur dan pangkat adalah berasa sukar untuk mencapai

Page 4: Realiti dan Cabaran Wanita Bekerjaya...kebajikan dan menyumbang dalam aspek pendidikan, ekonomi dan politik. Ini sekaligus akan memberi kesan langsung kepada pembangunan ekonomi keluarga,

Realiti dan Cabaran Wanita Bekerjaya | 2

Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS)

keseimbangan antara kerja dan kehidupan serta tertekan dengan bebanan kerja

(rujuk Rajah 1).

Menurut Jeffrey H. Greenhaus et

al. (2003), keseimbangan kerja

dan kehidupan didefinisikan

sebagai keadaan seseorang

individu yang terikat dengan

seimbang di antara peranan dan

tanggungjawabnya terhadap

pekerjaan dan kehidupan serta

berpuas hati dengannya.

Bahkan, menurut Jim Bird,

pengasas dan CEO of

WorkLifeBalance.com pula

mengatakan bahawa “work life

balance does not mean an equal

balance”.

Keseimbangan terbaik adalah berbeza bagi setiap individu kerana kita semua

mempunyai keutamaan dan kehidupan yang tidak sama. Menurutnya lagi, pencapaian

dan nikmat kegembiraan yang kita capai setiap hari itu adalah kunci utama dalam

mencari titik keseimbangan.

Malahan, menurut artikel yang bertajuk The Importance of Achieving Work-Life

Balance-And How to Do It yang dikeluarkan oleh thebalancecareers.com bertarikh 20

Ogos 2019 ada menyatakan bahawa bagi mencapai keseimbangan dalam kerja dan

kehidupan merupakan satu cabaran yang sentiasa berubah mengikut masa.

Keseimbangan pada hari ini mungkin berbeza dengan esok. Ketika anda masih

bujang, adalah berbeza semasa berkahwin atau mempunyai anak, begitu juga ketika

mula bekerja adalah berlainan ketika kita hampir bersara.

Zaman Berubah, Realiti Perkembangan Wanita Dahulu dan

Sekarang

Memetik laporan yang diterbitkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia pada 15 Julai

2019, jumlah penduduk perempuan adalah sebanyak 15.8 juta orang manakala lelaki

pula 1 juta orang lebih ramai berbanding perempuan iaitu 16.8 juta orang. Nisbah

jantina pula adalah 107 lelaki bagi setiap 100 perempuan (rujuk Rajah 2).

Rajah 1 : Lima penyebab utama tekanan di tempat kerja

(Linkedln Learning, 2019)

Page 5: Realiti dan Cabaran Wanita Bekerjaya...kebajikan dan menyumbang dalam aspek pendidikan, ekonomi dan politik. Ini sekaligus akan memberi kesan langsung kepada pembangunan ekonomi keluarga,

Realiti dan Cabaran Wanita Bekerjaya | 3

Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS)

Rajah 2 : Statistik populasi penduduk Malaysia mengikut nisbah jantina bagi tahun 2018-2019 (Jabatan

Perangkaan Malaysia, 2019)

Menurut rencana BH Online bertarikh 8 Mac 2019, peranan wanita dilihat begitu

penting dan telah membentuk separuh penduduk negara. Tambahan pula, kita telah

menyaksikan bahawa wanita kini tidak lagi terhad menggalas tugas dan

tanggungjawab di rumah semata-mata. Bahkan telah menceburi bidang kerja yang

sebelum ini dikuasai oleh lelaki setanding dengan tahap pencapaian pendidikan

dimiliki. Di samping itu, wanita juga telah berjaya dalam meningkatkan potensi diri dan

membantu mengukuhkan ekonomi keluarga dan negara.

Senario ini berbeza dengan kehidupan wanita zaman dahulu yang seringkali dikaitkan

dengan tanggungjawab menguruskan keluarga dan rumah tangga, menjaga anak-

anak malah tidak lari berada di ceruk dapur untuk memasak. Dunia mereka hanyalah

di rumah dikelilingi ibu bapa dan adik-beradik. Bagi yang telah berkahwin pula,

menjadi tanggungjawab mereka untuk berada di sisi suami, anak-anak dan mertua.

Namun begitu, wanita dilihat semakin bertambah dari semasa ke semasa apatah lagi

mempunyai tahap pendidikan tinggi serta ada yang menyandang jawatan penting

dalam bidang profesional.

Statistik yang telah dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia pada 13 Disember

2019 menunjukkan bahawa bilangan siswazah yang bekerja pada tahun 2018 adalah

seramai 3.99 juta orang berbanding tahun sebelumnya iaitu 3.69 juta orang dengan

peningkatan sebanyak 8.2 peratus (rujuk Rajah 3).

Manakala, perbandingan mengikut jantina pula menunjukkan siswazah perempuan

mendominasi dengan 2.01 juta orang (50.4 peratus) berbanding siswazah lelaki iaitu

sebanyak 1.98 juta orang (49.6 peratus).

Page 6: Realiti dan Cabaran Wanita Bekerjaya...kebajikan dan menyumbang dalam aspek pendidikan, ekonomi dan politik. Ini sekaligus akan memberi kesan langsung kepada pembangunan ekonomi keluarga,

Realiti dan Cabaran Wanita Bekerjaya | 4

Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS)

Rajah 3 : Statistik siswazah bekerja bagi tahun 2017 dan 2018 mengikut kumpulan jantina dan umur

(Jabatan Perangkaan Malaysia, 2019)

Peningkatan kemajuan ilmu dan teknologi telah sedikit sebanyak melonjakkan bidang

sektor tenaga kerja tanpa mengira status dan jantina. Penglibatan wanita dalam

pelbagai aspek pembangunan negara sememangnya tidak dapat dipertikaikan lagi.

Hampir setiap sektor samada ekonomi, sosial, perundangan, pendidikan, politik,

perubatan, keselamatan, pentadbiran, perdagangan dan sebagainya telah diceburi

oleh kaum wanita.

Situasi ini jelas dapat dilihat melalui

data yang dikeluarkan oleh Jabatan

Perangkaan Malaysia pada 25

November 2019 menunjukkan

bahawa kadar penyertaan tenaga

kerja wanita meningkat sebanyak

55.2 peratus pada tahun 2019

berbanding 54.7 peratus tahun

2018 (rujuk Rajah 4).

Manakala, anggaran jumlah

pendapatan yang diperoleh wanita

juga turut meningkat kepada

RM35,508 pada tahun 2019

berbanding RM33,264 tahun

sebelumnya. Selain itu, wanita telah

mendominasi kaum lelaki bagi

pencapaian dalam pendidikan di

semua peringkat; rendah,

menengah dan tinggi.

Rajah 4 : Statistik Pemerkasaan Wanita Dalam Domain

Terpilih, Malaysia, 2019 oleh Jabatan Perangkaan

Malaysia bersempena Hari Wanita 2020 (Infografik

Bernama)

Page 7: Realiti dan Cabaran Wanita Bekerjaya...kebajikan dan menyumbang dalam aspek pendidikan, ekonomi dan politik. Ini sekaligus akan memberi kesan langsung kepada pembangunan ekonomi keluarga,

Realiti dan Cabaran Wanita Bekerjaya | 5

Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS)

Oleh itu, kemampuan wanita kini terbukti hampir menyamai golongan lelaki kecuali

dari sudut fizikal. Walaupun begitu, setinggi mana pangkat dan status kerjaya mereka,

tanggungjawab terhadap keluarga tetap menjadi keutamaan.

Namun begitu, kehidupan seorang wanita bekerjaya akan mempunyai cabaran dan

konflik tersendiri dalam mencari keseimbangan kerja dan kehidupan, lebih-lebih lagi

pada mereka yang memikul tanggungjawab sebagai seorang isteri dan ibu. Bukan

sesuatu tugas yang mudah untuk kita mencapai titik keseimbangan tersebut.

Justeru, bagaimanakah seseorang wanita itu dapat membahagikan masanya di

antara kerja dan keluarga? Sudah pastinya pelbagai emosi dan tekanan yang harus

dialami oleh wanita, tidak kira positif mahupun negatif. Kegagalan dalam mengatasi

emosi tersebut akan bakal memberikan impak besar terhadap kerjaya ekoran hilang

fokus dan produktiviti pada kerja serta mengabaikan tanggungjawab terhadap

keluarga.

Cabaran Wanita Mendepani Era Dwi-Kerjaya

Menurut Tracy Soidi dan Agnis Sombuling (2016), peranan dalam institusi keluarga

telah mengalami perubahan terutamanya bagi golongan wanita yang bukan sahaja

dilihat sebagai seorang ibu tetapi juga seorang pekerja.

Ekoran itu, bilakah kali terakhir kita meluangkan masa berkualiti bersama suami atau

isteri, anak-anak, keluarga, rakan-rakan dan diri sendiri? Bilakah kali terakhir kita

berasa gembira dan puas hati dengan pencapaian di tempat kerja? Hakikatnya, realiti

hidup sebagai seorang wanita bekerjaya itu merupakan cabaran yang tidak mudah

untuk dihadapi.

1. Tekanan antara Tuntutan Tanggungjawab Keluarga dan Tugas Kerjaya

Kini, golongan wanita sering kali dilihat sentiasa berhadapan dengan konflik

keseimbangan antara keluarga dan kerjaya terutamanya bagi mereka yang telah

berumah tangga (Fatimah Abdullah, 1985).

Lebih-lebih lagi, rata-rata wanita yang bekerja banyak menghabiskan masa mereka

dengan rutin harian yang padat. Mereka harus bangun seawal pagi bagi menguruskan

anak dan keluarga, keluar bekerja dengan purata masa lapan hingga sepuluh jam

sehari, balik ke rumah lewat petang atau awal malam dan terus menyambung tugasan

sebagai seorang isteri dan ibu. Senario ini telah menyebabkan badan akan menjadi

terlalu penat, letih dan emosi penuh ketegangan. Bukan itu sahaja, ada sehinggakan

yang mengabaikan suami dan anak-anak.

Page 8: Realiti dan Cabaran Wanita Bekerjaya...kebajikan dan menyumbang dalam aspek pendidikan, ekonomi dan politik. Ini sekaligus akan memberi kesan langsung kepada pembangunan ekonomi keluarga,

Realiti dan Cabaran Wanita Bekerjaya | 6

Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS)

Rajah 5 : Masalah utama yang dihadapi wanita dalam mengimbangi peranan antara kerjaya dan

keluarga dari Kajian KPKM-5, 2014 (LPPKN)

Sementara itu, Kajian Penduduk dan Keluarga Malaysia Kelima (KPKM-5), 2014 yang

dijalankan oleh Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN)

mendapati bahawa hampir satu perlima iaitu 18.7 peratus wanita yang sedang bekerja

menghadapi masalah dalam mengimbangi peranan antara kerjaya dan keluarga.

Antara masalah utama adalah disebabkan oleh kurang masa bersama keluarga (51.9

peratus), masalah penjagaan anak (13.0 peratus), kurang masa untuk diri sendiri (11.9

peratus) dan bebanan tugas di tempat kerja (11.2 peratus).

Menurut Nurul Naimah Rose dan Mohd Yusri Mustafa (seperti disebut dalam

Mirowsky, 2003) menunjukkan bahawa golongan yang mengalami tekanan (stress)

lebih tinggi adalah wanita. Hal ini disebabkan oleh gaya hidup yang seringkali

mendesak dan menekan telah menjadi penyebab utama kepada tekanan emosi

mental dan fizikal.

Apabila wanita bekerja itu telah berumah tangga, tanggungjawab dan tugasnya bukan

sahaja tertumpu pada kerjaya semata-mata, namun suami dan anak-anak juga perlu

menjadi keutamaan. Selain itu, tekanan akan lebih tinggi berlaku apabila masalah

penjagaan anak dipertanggungjawabkan sepenuhnya kepada wanita.

Menurut Nurul Naimah Rose dan Mohd Yusri Mustafa (2018) lagi, antara punca yang

mendorong ke arah tekanan adalah disebabkan oleh kurang masa terluang untuk

keluarga dan diri sendiri, tugasan rumah yang berlebihan (seperti disebut dalam Bird,

1999), isu penjagaan anak, kurang komunikasi dengan pasangan dan keletihan

(seperti disebut dalam Glass dan Fujimoto, 1994).

Sebagai contoh, ekoran pandemik COVID-19 yang telah melanda dunia sekarang,

Kerajaan Malaysia telah melaksanakan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)

yang bermula sejak 18 Mac yang lalu. Ramai pekerja yang diarahkan untuk bekerja

dari rumah termasuklah golongan wanita. Namun begitu, sesetengah individu

merasakan bahawa bekerja dari rumah itu sangat mencabar terutama bagi yang

Page 9: Realiti dan Cabaran Wanita Bekerjaya...kebajikan dan menyumbang dalam aspek pendidikan, ekonomi dan politik. Ini sekaligus akan memberi kesan langsung kepada pembangunan ekonomi keluarga,

Realiti dan Cabaran Wanita Bekerjaya | 7

Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS)

bergelar ibu sehingga boleh menimbulkan tekanan kerana keperluan menunaikan

pelbagai tanggungjawab secara serentak seperti menjaga rumah tangga dan anak

malah dan pada masa yang sama perlu juga melaksanakan tugasan daripada

majikan.

Kesannya, wanita yang tidak menyeimbangkan antara kerja dan keluarga dengan

sebaiknya akan membawa kepada impak negatif terutama kepada institusi keluarga

yang akhirnya akan membawa kepada kes pergolakan rumah tangga dan penceraian.

2. Kurang Pengurusan Masa yang Berkesan

Umum mengetahui bahawa bagi seseorang wanita bekerja terutama yang sudah

berumah tangga, 24 jam sehari itu adalah tidak mencukupi jika dibandingkan dengan

rutin harian yang perlu dihadapi. Senario ini menunjukkan bahawa tugas seorang

isteri, ibu dan tanggungjawab kerja tidak henti-henti bermula dari pagi hingga ke

malam.

Menurut Noor Rahamah Abu Bakar (2012), golongan wanita yang bekerja akan

menghadapi masalah dalam melaksanakan tanggungjawab dan tugasnya samada di

rumah mahupun di pejabat. Ini adalah disebabkan oleh bebanan kerja yang terlalu

banyak dan masa yang tidak mencukupi untuk melaksanakan tugas tersebut secara

serentak sekaligus memberikan kesan negatif kepada institusi keluarga.

Justeru itu, adalah penting bagi seorang wanita untuk bijak menguruskan masa. Masa

adalah kunci bagi setiap wanita pada era sekarang. Setiap saat yang ada perlu

digunakan sebaiknya, setiap minit yang terluang hendaklah diisi dengan efisien, clock-

in dan juga clock-out perlu tepat dan persis.

3. Kehendak Sokongan dan Kemudahan Penjagaan Anak

Lazimnya bagi seorang wanita bergelar ibu, perkara yang sentiasa bermain di fikiran

mereka ketika berada di tempat kerja adalah memikirkan akan keadaan anak di rumah

ataupun di taman asuhan kanak-kanak (TASKA). Sebaliknya, apabila berada di rumah

pula, tidak henti memikirkan cara untuk menambah pendapatan keluarga ekoran kos

sara hidup yang semakin tinggi pada masa kini. Hakikatnya, keadaan ini merupakan

dilema seorang ibu dalam memberikan keselesaan dan kesenangan buat

keluarganya.

Namun demikian, setinggi mana sekalipun pangkat seseorang wanita itu, perkara

yang lebih menjadi keutamaan setelah bergelar ibu adalah memberi perhatian penuh

terlebih dahulu kepada anak-anak.

Menurut New Sraits Times (2017), daripada laporan Kajian Penduduk dan Keluarga

Malaysia Kelima (KPKM-5), 2014 menunjukkan bahawa faktor utama yang

Page 10: Realiti dan Cabaran Wanita Bekerjaya...kebajikan dan menyumbang dalam aspek pendidikan, ekonomi dan politik. Ini sekaligus akan memberi kesan langsung kepada pembangunan ekonomi keluarga,

Realiti dan Cabaran Wanita Bekerjaya | 8

Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS)

menyebabkan wanita membuat keputusan untuk berhenti kerja adalah disebabkan

oleh masalah penjagaan anak dengan mencatatkan peratusan tertinggi sebanyak

32.4 peratus (rujuk Rajah 6).

Rajah 6 : Antara sebab utama wanita berhenti kerja oleh Kajian Penduduk dan Keluarga Malaysia

Kelima (KPKM-5), 2014 (Infografik : NST)

Manakala, kajian yang dijalankan oleh Pusat Kepimpinan Wanita Tun Fatimah

Hashim, UKM turut menyatakan bahawa antara cabaran wanita di negara ini pada

masa kini adalah berkaitan dengan sokongan penjagaan anak terutamanya bayi.

Kajian tersebut juga menyatakan

cabaran lain adalah disebabkan oleh kos

TASKA yang agak tinggi. Malahan, ada

sesetengahnya tidak menyediakan

kemudahan untuk para ibu menyusu bayi

walaupun tempat kerja adalah

berhampiran.

Namun begitu, pihak TASKA juga

menghadapi cabaran apabila segelintir

para ibu menyatakan kerisauan bahawa

masih ada pusat jagaan tidak mempunyai

kakitangan terlatih yang mencukupi dan

sijil tauliah untuk menjaga bayi mereka.

Menurut Azizan Zainuddin dan Kartini

Khalid@Aboo Talib (2018), fasiliti

penjagaan anak yang kurang praktikal

Rajah 7 : Cabaran dan peranan wanita di negara (Pusat Kepimpinan Wanita Tun Fatimah Hashim, UKM)

Page 11: Realiti dan Cabaran Wanita Bekerjaya...kebajikan dan menyumbang dalam aspek pendidikan, ekonomi dan politik. Ini sekaligus akan memberi kesan langsung kepada pembangunan ekonomi keluarga,

Realiti dan Cabaran Wanita Bekerjaya | 9

Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS)

merupakan antara punca yang menyebabkan tahap penglibatan wanita berkeluarga

dalam sektor pekerjaan semakin berkurangan. Akibatnya, perkara ini menjadi

halangan utama untuk wanita kekal di sektor pekerjaan kerana mereka mencari kerja

yang lebih sesuai dan fleksibel agar keluarga dan anak-anak tidak terabai dan

sentiasa menjadi keutamaan.

4. Bebanan Kerja dan Tanpa Sokongan Majikan

Dalam era globalisasi ini, mempunyai pekerja yang hebat, jujur dan produktif adalah

satu nikmat bagi seseorang yang bergelar majikan. Bukan itu sahaja, majikan yang

terbaik pula akan memastikan keselesaan dan meletakkan kehendak pekerjanya

sebagai keutamaan.

Menurut Astro Awani pada 21 Februari 2019, Tan Sri Lee Lam Thye, Pengerusi Institut

Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH) dan penaung Persatuan

Psikiatri Malaysia (MPA) ada menyatakan tentang peri pentingnya bagi mengatasi isu

tekanan di tempat kerja. Jelas beliau lagi, tahap kesedaran tentang soal kesihatan

mental di tempat kerja dilihat masih rendah. Justeru, majikan perlu mengambil berat

soal kesihatan mental pekerjanya agar risiko tekanan emosi dapat dielakkan.

Selain itu, kurangnya sokongan daripada rakan sekerja dan majikan juga merupakan

antara punca tekanan. Antara bentuk tekanan yang kerap berlaku adalah seperti kes

buli di tempat kerja dan tidak diberi peluang untuk kenaikan pangkat. Malahan ada

yang menerima penderaan secara emosi seperti disindir, gangguan seksual,

persekitaran kerja toksik, waktu kerja terlalu panjang sehinggakan tiada masa untuk

rehat dan sukar mengambil cuti.

Bukan itu sahaja, sesebuah organisasi perlu memastikan pekerjanya tidak terbeban

dengan tugasan yang berlebihan. Tekanan boleh berlaku dalam pelbagai cara dan

bentuk. Antaranya, apabila pekerja diberikan tugasan baharu yang di luar kepakaran

dan skop kerja, mereka terpaksa mempelajari skop kerja tersebut bahkan dalam masa

sama perlu berhadapan dengan harapan pihak majikan.

Dalam konteks ini, ketidakseimbangan untuk menyesuaikan diri dengan skop kerja

baharu ini boleh mengundang konflik dan tekanan kerana seseorang pekerja merasa

terbeban dengan tugasan sehingga tidak dapat membahagikan masa secukupnya

bersama keluarga. Hal ini secara tidak langsung akan menyebabkan ketidakpuasan

hati dan memberi kesan kepada kesihatan malah prestasi dan produktiviti kerja turut

terjejas (Sharifah Hayaati Syed Ismail, 2017).

Selain itu, masih terdapat keadaan bahawa individu yang belum berkahwin sentiasa

menjadi mangsa keadaan di tempat kerja dan perlu berkorban kepada orang lain. Oleh

itu, bagi mencapai keseimbangan kerja dan kehidupan ini bukan sahaja merupakan

Page 12: Realiti dan Cabaran Wanita Bekerjaya...kebajikan dan menyumbang dalam aspek pendidikan, ekonomi dan politik. Ini sekaligus akan memberi kesan langsung kepada pembangunan ekonomi keluarga,

Realiti dan Cabaran Wanita Bekerjaya | 10

Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS)

satu keperluan kepada individu berkeluarga malahan satu kepentingan juga buat

mereka yang belum berkahwin dan tiada anak.

5. Kesaksamaan Gender dalam Sektor Pekerjaan

Tidak boleh disangkal lagi bahawa wanita adalah sebahagian daripada aset terpenting

negara. Lebih-lebih lagi peningkatan sumbangan aktif dan pencapaian mereka dalam

sektor pekerjaan telah memberi impak yang sangat besar terhadap perkembangan

ekonomi dan pembangunan negara.

Justeru itu, selaras dengan Dasar Wanita Negara dan juga Pelan Tindakan

Kementerian, kesedaran dalam mempertingkatkan pengetahuan mengenai

kesaksamaan gender dan menghargai pengorbanan wanita adalah tanggungjawab

semua lapisan masyarakat. Oleh yang demikian, kerajaan sentiasa memelihara hak-

hak kepentingan wanita agar dilindungi dan memelihara kebajikan serta

meningkatkan penyertaan aktif mereka dalam pelbagai sektor pekerjaan antaranya

pendidikan, ekonomi, sosial, kesihatan dan politik.

Rajah 8 : Laporan Forum Ekonomi Dunia menunjukkan bahawa Malaysia berada di tangga ke 104

daripada 153 negara dalam Indeks Jurang Jantina Global 2020 (Infografik : Ekonomi Rakyat)

Menurut portal Ekonomi Rakyat, laporan daripada Forum Ekonomi Dunia

menunjukkan bahawa Malaysia berada di kedudukan 104 daripada 153 negara bagi

Indeks Jurang Jantina Global 2020. Dalam pada itu, Malaysia berada di kedudukan

kesembilan hanya mengatasi negara Myanmar dan Timor Leste bagi kedudukan di

Page 13: Realiti dan Cabaran Wanita Bekerjaya...kebajikan dan menyumbang dalam aspek pendidikan, ekonomi dan politik. Ini sekaligus akan memberi kesan langsung kepada pembangunan ekonomi keluarga,

Realiti dan Cabaran Wanita Bekerjaya | 11

Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS)

rantau Asia Tenggara. Hal ini berlaku disebabkan oleh jurang jantina yang besar

dalam dua bidang iaitu pemerkasaan politik dan penyertaan ekonomi (rujuk Rajah 8).

Selain itu, isu diskriminasi dalam dunia pekerjaan juga dilihat sebagai salah satu isu

ketidaksaksamaan gender terutama kepada golongan wanita. Wanita masih lagi

berhadapan dengan tanggapan dan persepsi bahawa tidak setanding dengan

golongan lelaki. Ekoran itu, golongan lelaki pula dilihat ramai yang memegang jawatan

tinggi dalam pekerjaan walaupun taraf pendidikan dan pengalaman kerja mereka

adalah sama dengan golongan wanita.

Peranan dan Sokongan ke arah Kesejahteraan Lestari

Sehubungan dengan itu, peranan wanita sebagai seorang isteri, ibu, anak mahupun

pekerja haruslah diuruskan dengan baik. Mereka perlu bijak dalam menguruskan

tanggungjawab terhadap keluarga dan juga mencapai kecemerlangan dalam kerjaya.

Jika semua ini dapat dicapai, maka kesempurnaan dan keseimbangan antara kerjaya

dan keluarga mudah dikecapi.

Jika dilihat, Islam memberi peluang dan ruang kepada umatnya tidak kira lelaki

mahupun wanita dalam konteks pekerjaan dan bekerja namun haruslah memahami

akan batas-batas yang telah ditentukan. Oleh itu, seorang wanita harus bijak menjaga

diri dan etika ketika bekerja. Janganlah meletakkan kesibukan kerja itu suatu

keutamaan sehingga mengabaikan keluarga dan membiarkan rumah dengan tidak

terurus. Jika hal ini berlaku, sudah pasti akan menggugat keharmonian dan

kebahagiaan rumah tangga yang dikecapi selama ini (‘Adawiyah Ismail & Salasiah

Hanin Hamjah, 2012).

Pada waktu yang sama, Islam juga membenarkan wanita bekerja bagi membantu

keperluan keluarga dan memberikan kepakaran dalam memantapkan ekonomi

negara. Justeru itu, wanita hari ini perlu mempunyai pelbagai kemahiran bagi

mencapai kestabilan dan kecemerlangan dalam kerjaya dan keluarga (Naemah

Hamzah et al., 2013).

Di samping itu, cara terbaik bagi menumpukan perhatian kepada keluarga dan

perkembangan anak-anak adalah dengan mengamalkan pengurusan diri yang baik,

mengawal emosi ke arah pemikiran positif dan sentiasa berkongsi masalah dengan

pasangan serta tidak membawa konflik di tempat kerja ke rumah (Naemah Hamzah

et al., 2013).

Selain itu, wanita yang bekerja perlu membuat perancangan kerja dengan pengurusan

masa yang baik. Kepentingan antara keluarga dan kerjaya haruslah ditetapkan.

Contohnya, memberikan tumpuan sepenuhnya kepada keluarga apabila berada di

rumah dan meninggalkan tugas-tugas pejabat di tempat kerja. Masa terluang

Page 14: Realiti dan Cabaran Wanita Bekerjaya...kebajikan dan menyumbang dalam aspek pendidikan, ekonomi dan politik. Ini sekaligus akan memberi kesan langsung kepada pembangunan ekonomi keluarga,

Realiti dan Cabaran Wanita Bekerjaya | 12

Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS)

hendaklah digunakan dengan sebaik mungkin. Hal ini bagi mewujudkan keharmonian

kehidupan rumah tangga dan keluarga.

Bukan itu sahaja, keizinan daripada suami dan sokongan keluarga hendaklah diambil

peduli. Oleh itu, seseorang wanita itu hendaklah membahagikan masa dengan baik

bahkan harus bijak dalam mengimbangi komitmen. Sebagai contoh, sentiasa fokus

apabila berada di pejabat dan menguruskan hal rumah tangga dengan sebaiknya.

Urusan di pejabat hendaklah diselesaikan di tempat kerja dan bukannya dibawa

pulang ke rumah. Sebaliknya, apabila berada di rumah, masa terluang yang ada perlu

diisi bersama-sama keluarga dengan sebaiknya (‘Adawiyah Ismail & Salasiah Hanin

Hamjah, 2012).

Namun begitu, sokongan keluarga terutamanya daripada suami amatlah penting.

Misalnya, seorang suami haruslah turut sama membantu meringankan tugas para

isteri di rumah yang telah penat bekerja sepanjang hari. Selain itu, komunikasi yang

baik antara pasangan juga penting malah peranan untuk menjaga anak adalah

tanggungjawab bersama dan jangan dilepaskan kepada isteri semata-mata. Begitu

juga wanita, urusan kerja dan keluarga hendaklah dibahagi secara saksama, bebanan

haruslah dipikul secara bersama-sama.

Bagi keadaan di tempat kerja pula, sokongan sosial dan konsep memahami itu penting

dalam mempengaruhi tahap kepuasan kerja, komitmen dan pencapaian prestasi.

Justeru itu, sesebuah organisasi haruslah tidak membebani wanita dengan tugasan

yang berat dan keterlaluan malah perlu sedar dengan permasalahan yang dihadapi

oleh wanita dalam mengecapi keseimbangan kerja dan kehidupan (Siti Marziah

Zakaria et al., 2019).

Hal ini bertepatan dengan senario masa kini. Ekoran pandemik COVID-19 ketika ini,

ramai wanita yang bekerja dari rumah sepanjang tempoh PKP. Ada sesetengahnya

merupakan normal baharu buat mereka. Jadi, adalah penting bagi majikan untuk

memahami keadaan yang dihadapi oleh pekerja wanita ketika ini. Majikan haruslah

meletakkan hasil kerja sebagai keutamaan dan bukanlah dengan memantau setiap

pekerja setiap masa. Hal ini disebabkan oleh masing-masing melihat dari sudut

(angle) yang berbeza. Apa yang penting, kita mahu mewujudkan situasi menang-

menang antara majikan dan pekerja supaya mana-mana pihak tidak akan terjejas.

Jika diteliti dengan lebih mendalam, golongan wanita sentiasa menjadi keutamaan

pihak kerajaan. Antaranya kerajaan telah mengambil pelbagai langkah inisiatif bagi

membantu golongan wanita seperti mewujudkan pelaksanaan waktu bekerja anjal dan

cadangan membina TASKA di tempat kerja.

Diharap agar lebih banyak lagi peluang dalam bidang pekerjaan, kemudahan dan

bantuan dapat disediakan. Contohnya dari sudut kesihatan dan kebajikan wanita serta

Page 15: Realiti dan Cabaran Wanita Bekerjaya...kebajikan dan menyumbang dalam aspek pendidikan, ekonomi dan politik. Ini sekaligus akan memberi kesan langsung kepada pembangunan ekonomi keluarga,

Realiti dan Cabaran Wanita Bekerjaya | 13

Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS)

penubuhan lebih banyak persatuan atau pertubuhan bagi menjaga hak-hak

kepentingan wanita di negara ini.

Penutup

Secara keseluruhannya, ingatlah bahawa seorang wanita yang bergelar ibu itu sangat

luar biasa hebatnya. Bahkan, di setiap kelembutan seorang ibu itu berkata-kata,

tersembunyi kuasa yang luar biasa. Di setiap langkah lembutnya pula penuh dengan

pengorbanan. Lebih-lebih lagi apa yang dilakukan jelas penuh azam dan semangat

ibarat pepatah melayu ada menyebut “tangan yang menghayun buaian itu mampu

menggoncang dunia”.

Justeru itu, amatlah penting bagi seseorang wanita dapat mengimbangi peranan dan

tanggungjawabnya sebagai seorang isteri dan ibu serta tugasnya sebagai pekerja.

Namun, keseimbangan ini haruslah dilihat dalam skop yang lebih lebar dan luas agar

perkara ini bukanlah satu keperluan kepada mereka yang telah berkahwin semata-

mata bahkan penting kepada wanita yang belum berkahwin.

Akhirnya, segala konflik keseimbangan antara kerja dan kehidupan boleh diatasi

dengan semangat kerjasama dan kepekaan dari pelbagai pihak seperti keluarga

termasuk pasangan, majikan dan rakan sekerja. Malah tidak terkecuali juga dari

masyarakat dan pihak kerajaan. Tanpa semua sokongan itu, kebahagiaan sesebuah

keluarga sukar diraih. Dengan kata lain, kebahagiaan dan keharmonian sesebuah

keluarga itu akan memberi impak positif secara langsung kepada organisasi dan juga

negara.

Page 16: Realiti dan Cabaran Wanita Bekerjaya...kebajikan dan menyumbang dalam aspek pendidikan, ekonomi dan politik. Ini sekaligus akan memberi kesan langsung kepada pembangunan ekonomi keluarga,

Realiti dan Cabaran Wanita Bekerjaya | 14

Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS)

SENARAI RUJUKAN

‘Adawiyah Ismail & Salasiah Hanin Hamjah. (2012). Kefahaman Terhadap Kedudukan Wanita

Bekerjaya menurut Islam. Jurnal al-Hikmah, Vol.4 (pp.3-14). Didapatkan dari

http://journalarticle.ukm.my/6752/

Audrey Vijaindren & Farhana Syed Nokman . (2017, May 14). 'Hearts' programme helps housewives,

stay-at-home mums work their hearts out. (New Straits Times) Didapatkan dari

https://www.nst.com.my/news/exclusive/2017/05/239138/hearts-programme-helps-

housewives-stay-home-mums-work-their-hearts-out

Azizan Binti Zainuddin & Kartini Khalid @ Aboo Talib. (2018). Konsep Mengarusperdanakan Gender:

Kajian Wanita dalam Pekerjaan di Malaysia. Journal of Administrative Science, Vol.15, Issue

1. Didapatkan dari ResearchGate:

https://www.researchgate.net/publication/326245803_Konsep_Mengarusperdanakan_Gender

_Kajian_Wanita_dalam_Pekerjaan_di_Malaysia

Dr Firdaus Abdul Gani. (2019, Februari 21). Tekanan di tempat kerja : Bagaimana untuk bertahan?

Didapatkan dari Astro Awani: http://www.astroawani.com/berita-malaysia/tekanan-di-tempat-

kerja-bagaimana-untuk-bertahan-199233

Fatimah Abdullah. (1985). Wanita Dan Pekerjaan : Satu Analisis Konflik Peranan. Akademika, (pp.77-

93). Didapatkan dari http://ejournals.ukm.my/akademika/article/view/3766

Fikri Fisal. (2020, March 12). Mencapai Kesaksamaan Jantina, atau Mengabai? Didapatkan dari

Ekonomi Rakyat: https://ekonomirakyat.com.my/2020/03/12/mencapai-kesaksamaan-jantina-

atau-mengabai/

Harits Asyraf Hasnan. (2016, Februari 24). Alasan wanita kahwin lambat: Tiada calon sesuai!

Didapatkan dari Astro Awani: http://www.astroawani.com/berita-malaysia/alasan-wanita-

kahwin-lambat-tiada-calon-sesuai-95780

Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM). (2019, Julai 15). Anggaran Penduduk Semasa, Malaysia,

2018-2019. Didapatkan dari

https://www.dosm.gov.my/v1/index.php?r=column/cthemeByCat&cat=155&bul_id=aWJZRkJ4

UEdKcUZpT2tVT090Snpydz09&menu_id=L0pheU43NWJwRWVSZklWdzQ4TlhUUT09

Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM). (2019, Disember 13). Statistik Siswazah 2018. Didapatkan dari

https://www.dosm.gov.my/v1/index.php?r=column/cthemeByCat&cat=476&bul_id=cDJkZjM5b

2hjdjJZMDlvNDlueU54Zz09&menu_id=Tm8zcnRjdVRNWWlpWjRlbmtlaDk1UT09

Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM). (25 November 2019). Statistik Pemerkasaaan Wanita Dalam

Domain Terpilih, Malaysia, 2019. Putrajaya: Siaran Akhbar.

Jeffrey H. Greenhaus, Karen M. Collins and Jason D. Shaw. (2003). The relation between work–family

balance and quality of life. Journal of Vocational Behavior, Vol.63, (pp.510-531). Didapatkan

dari https://www.polyu.edu.hk/mm/jason/doc/Greenhaus-Collins-Shaw peratus202003

peratus20JVB.pdf

Jim Bird. (t.t). Work-Life Balance Defined. Didapatkan dari https://worklifebalance.com/work-life-

balance-defined/

Naemah Hamzah, Mohd Ismail Mustari & Bushrah Basiron. (2013). Kemahiran yang diperlukan bagi

wanita bekerjaya dan berumah tangga masa kini. Seminar Pertama Pendidikan dan

Penyelidikan Islam [SePPIM'13]. Didapatkan dari http://eprints.utm.my/id/eprint/53491/

Noor Rahamah Hj. Abu Bakar. (2012). Wanita bekerja dan pengurusan keluarga. Geografia Malaysia

Journal of Society and Space, Vol.8,No.7 (pp.155-162). Didapatkan dari

http://ejournal.ukm.my/gmjss/article/view/20631

Nurul Naimah Rose & Mohd Yusri Mustafa. (2018). Tekanan dalam kalangan Wanita Bekerja: Khidmat

Bantu Kaunseling Menggunakan Konsep Teori Tekanan Lazarus dan Praktis Terapi Berfokus

Solusi. Asian Social Work Journal (ASWJ), Vol.3, Issue.1 (pp.28-34). Didapatkan dari

ResearchGate:

https://www.researchgate.net/publication/323654689_Tekanan_dalam_kalangan_Wanita_Be

Page 17: Realiti dan Cabaran Wanita Bekerjaya...kebajikan dan menyumbang dalam aspek pendidikan, ekonomi dan politik. Ini sekaligus akan memberi kesan langsung kepada pembangunan ekonomi keluarga,

Realiti dan Cabaran Wanita Bekerjaya | 15

Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS)

kerja_Khidmat_Bantu_Kaunseling_menggunakan_Konsep_Teori_Tekanan_Lazarus_dan_Pr

aktis_Terapi_Berfokus_Solusi

Paul Petrone. (2019, April 15). Stress at Work Report: Who is Feeling It the Most and How to Combat

It. Didapatkan dari https://learning.linkedin.com/blog/advancing-your-career/stress-at-work-

report--who-is-feeling-it-the-most-and-how-to-com

Pusat Kepimpinan Wanita Tun Fatimah Hashim, UKM. (t.t). Infografik – Cabaran dan Peranan Wanita

di Negara. Didapatkan dari Universiti Kebangsaan Malaysia:

http://www.ukm.my/pkwtfh/news/infografik-cabaran-dan-peranan-wanita-di-negara/

Shafezah Abdul Wahab. (2019, Mac 8). Galas cabaran 'Seimbang Untuk Sejahtera'. Didapatkan dari

BH Online: https://www.bharian.com.my/rencana/komentar/2019/03/538580/galas-cabaran-

seimbang-untuk-sejahtera

Sharifah Hayaati Syed Ismail. (2017). Mengurus Antara Keluarga dan Kerjaya Organisasi: Analisis

Melalui Pendekatan al-Tadayyun, al-Maqasid dan al-Wasatiyyah. Akademika - Journal of

Southeast Asia Social Sciences and Humanities, Vol.87, No.3 (pp.195-206). Didapatkan dari

http://ejournal.ukm.my/akademika/article/view/17471

Siti Marziah Zakaria, Nor Hazila Mat Lazim & Nor Ba’yah Abdul Kadir. (2019). Konflik Peranan Dalam

Kalangan Ibu Bekerjaya : Analisis Kajian Daripada Pelbagai Negara Dan Era. e-Jurnal

Penyelidikan Dan Inovasi, Vol.6, No.2 (pp.137-147). Didapatkan dari

https://www.researchgate.net/publication/337757461_KONFLIK_PERANAN_DALAM_KALAN

GAN_IBU_BEKERJAYA_ANALISIS_KAJIAN_DARIPADA_PELBAGAI_NEGARA_DAN_ERA

Siti Nur Husna Abd Rahman, Mohd Izhar Ariff Mohd Kashim & Muhammad Adnan Pitchan. (2017).

Peranan Wanita Dalam Institusi Kekeluargaan : Perbincangan dari Perspektif Islam. Journal of

Social Sciences and Huminities, Vol.12, No.3 (pp.1-16). Didapatkan dari

http://ejournal.ukm.my/ebangi/article/view/22480

Susan M. Heathfield. (2019, August 20). The Importance of Achieving Work-Life Balance-And How to

Do It. Didapatkan dari https://www.thebalancecareers.com/work-life-balance-1918292

Tracy Soidi & Agnis Sombuling. (2016). Pengaruh Konflik Kerja dan Keluarga terhadap Kepuasan

Keibubapaan dalam kalangan Ibu Bekerja. Southeast Asia Psychology Journal, Vol. 4 (pp.17-

23). Didapatkan dari http://www.cseap.edu.my/sapj

Page 18: Realiti dan Cabaran Wanita Bekerjaya...kebajikan dan menyumbang dalam aspek pendidikan, ekonomi dan politik. Ini sekaligus akan memberi kesan langsung kepada pembangunan ekonomi keluarga,