Upload
others
View
36
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS DAN KREATIF DALAM
MATA PELAJARAN MATEMATIK TINGKATAN 4 DI SEKOLAH
MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA KEDAH
NADIAH HUSNA BINTI ABU KASIM
Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi
sebahagian daripada syarat penganugerahan
Ijazah Sarjana Muda Sains Dan Komputer Serta Pendidikan (Matematik)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
2004
iii
Untuk Ayahbonda Tercinta
Abu Kasim bin Mohamad dan Rahimah binti Othman
Terima kasih di atas doamu, doronganmu
Semoga Allah s.w.t. merahmati dunia dan akhiratmu
Buat Yang Tersayang
Kakak abangku, Nadiah Hanim & Mohd Nazmi
Terima kasih di atas nasihat dan sokonganmu
Adik-adikku, Nabil Fitri, Nurul Iman dan Nabil Izzani
Teruskan perjuangan semoga kejayaan ini
Pendorong buat kalian.......
Istimewa Buat Hafizan
Terima kasih di atas kesabaran dan kasih sayangmu
Semoga Allah memberkati kita
Lena....Ayu....Eily....Syikin....Mer....
Thanks....kalian adalah sahabat paling istimewa.....
Finally Grad juga kita kan.........
iv
PENGHARGAAN
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Penyayang. Syukur alhamdulillah
kerana dengan limpah dan kurnia-Nya kajian ini dapat disiapkan. Selawat dan salam
ditujukan kepada Rasulullah S.A.W. yang membawa rahmat ke seluruh alam.
Setinggi-tinggi penghargaan yang tidak terhingga kepada Pensyarah Pembimbing
iaitu Prof. Madya Dr Shariff bin Omar yang telah banyak memberi tunjuk ajar, cadangan
serta bimbingan tanpa rasa jemu dalam menyiapkan kajian ini.
Tidak dilupakan, ribuan terima kasih kepada Bahagian Perancangan dan
Penyelidikan Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia dan Jabatan Pendidikan
Negeri Kedah kerana memberi kebenaran menjalankan kajian ini. Ucapan terima kasih
kepada Pengetua, guru-guru dan pelajar-pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama
Kedah di atas kerjasama yang diberikan.
Tidak dilupakan juga sekalung penghargaan kepada keluarga dan rakan-rakan
seperjuangan yang banyak member sokongan dan dorongan, juga kepada individu-
individu yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan projek
sarjana muda ini.
v
ABSTRAK
Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif (KBKK) merupakan satu elemen
yang penting di dalam sistem pendidikan kita sekarang. Walaupun KBKK bukan sebagai
mata pelajaran, namun unsur-unsurnya perlu disepadukan bagi semua mata pelajaran.
Dengan cara ini pelajar-pelajar akan dapat meningkatkan daya intelek mereka seiring
dengan perkembangan rohani, emosi, jasmani dan sahsiah berteraskan Falsafah
Pendidikan Negara. Kajian ini bertujuan untuk mengetahui tahap penguasaan kemahiran
berfikir pelajar dalam mata pelajaran matematik KBSM tingkatan 4 dan mengetahui pola
kesilapan pelajar dalam operasi asas matematik dalam menyelesaikan permasalahan
yang diberi. Sejumlah 50 responden terdiri daripada pelajar Sekolah Menengah
Kebangsaan Agama Kedah telah dipilih. Instrumen kajian yang digunakan ialah set
soalan soal selidik yang terbahagi kepada dua bahagian iaitu bahagian A berkenaan
dengan latar belakang responden dan bahagian B yang melibatkan maklum balas
responden terhadap persoalan-persoalan kajian. Dapatan kajian menunjukkan bahawa
pencapaian pelajar dalam kemahiran berfikir yang dikaji berada pada tahap pencapaian
baik iaitu 76.5%. Kajian ini diharapkan dapat memberi panduan kepada pihak guru dan
sekolah dalam usaha memantapkan lagi perlaksanaan KBKK dalam pengajaran dan
pembelajaran matematik. Beberapa cadangan telah disarankan sebagai alternatif untuk
kajian akan datang yang dikemukakan di akhir bab.
vi
ABSTRACT
Critical and Creative Thinking Skills (KBKK) is an important element in our
educational system. Even though KBKK is not a curriculum subject its philosophy has
to be integrated into all subjects. By doing this, the students can increase their
intellectual understanding concurrently with spiritually emotional and personal
development based on the National Education Philosophy. The purpose of this research
is to find out the standard of students thinking skill in the Form 4 KBSM Mathematics
subject and their mistake patterns in solving problems of basic mathematics operation.
50 respondents were chosen from Sekolah Kebangsaan Agama Kedah. The instrument
used in the study is a set of survey question that is divided into 2 parts. Part A is related
to the respondent, While Part B involved the respondent, feedback to the research
questions. Result quite high at 76.5%. This expected to assist teachers and school to
manage to their KBKK development in the teaching and educating of mathematics
several proposals have been proposed final chapter as an alternative for future research.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
PENGESAHAN STATUS TESIS
PENGESAHAN PENYELIA
HALAMAN JUDUL
HALAMAN PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xii
SENARAI RAJAH xiii
SENARAI LAMPIRAN xiv
SINGKATAN xv
BAHAGIAN SATU
I PENGENALAN
1.1 Pendahuluan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 3
1.3 Penyataan Masalah 5
1.4 Objektif Kajian 6
1.5 Persoalan Kajian 6
viii
1.6 Batasan Kajian 7
1.7 Kepentingan Kajian 7
1.7.1 Pelajar 7
1.7.2 Guru 7
1.7.3 Sekolah 7
1.8 Definisi Istilah 8
1.8.1 Berfikir 8
1.8.2 Pemikiran Kritis 8
1.8.3 Pemikiran Kreatif 9
1.8.4 Sek. Men. Keb. Agama Kedah 11
1.9 Kerangka Konsep 12
BAHAGIAN DUA
II KAJIAN LITERATUR
2.1 Pengenalan 13
2.2 Kemahiran Berfikir Dalam Matematik 14
2.3 Model Kemahiran Berfikir 15
2.3.1 Model CoRT I, Model CoRT IV 16
2.3.1.1 Model CoRT I 16
2.3.1.2 Model CoRT IV 17
2.3.2 Model R. Swartz & Sandra Parks 18
BAHAGIAN TIGA
III METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 20
3.2 Rekabentuk Kajian 20
ix
3.3 Sampel Kajian 21
3.4 Instrumen Kajian 21
3.4.1 Pembahagian Soalan Mengikut Jenis 22
Kemahiran Berfikir
3.4.2 Keterangan Jenis Kemahiran Berfikir 22
Dalam Matematik
3.5 Kajian Rintis 24
3.5.1 Kesahan 24
3.5.2 Kebolehpercayaan 24
3.6 Prosidur Kajian 25
3.7 Analisis Data 26
3.8 Penutup 26
BAHAGIAN EMPAT
IV ANALISIS DATA
4.1 Pendahuluan 27
4.2 Analisis Data 27
42.1 Analisis Latar Belakang Responden 28
4.2.2 Taburan Responden Mengikut Tempat 28
Tinggal
4.2.3 Taburan Pekerjaan Penjaga Responden 29
4.2.4 Taburan Gred Matematik dan Bahasa 30
Malaysia Dalam Peperiksaan Menengah
Rendah (PMR)
4.3 Hasil Kajian 31
4.4 Analisis Perlaksanaan Kemahiran Berfikir 31
Secara Kritis dan Kreatif (Bahagian B)
4.5 Jenis- jenis Kemahiran Berfikir Secara Kritis 32
dan Kreatif (KBKK) Yang Dikaji.
x
4.5.1 Menyatakan Matlamat Masalah 32
4.5.2 Menterjemah 34
4.5.3 Membanding dan Membeza 37
4.5.4 Menafsir 39
4.5.5 Membuat Gambarajah 42
4.5.6 Mengecam Falasi 44
4.5.7 Mengkategori 48
4.5.8 Bekerja Dari Belakang 51
4.5.9 Mengecam Hubungan 54
4.5.10 Mencari Semua Penyelesaian Yang 57
Mungkin
4.6 Kesalahan Operasi Matematik Yang Dikaji 61
4.7 Kesimpulan 62
BAHAGIAN LIMA
V PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan 65
5.2 Perbincangan Kajian 65
5.3 Kesimpulan 72
5.4 Cadangan 73
5.4.1 Inisiatif Kendiri 73
5.4.2 Perubahan Tingkahlaku Guru 74
5.4.3 Tanggungjawab Pihak Sekolah 75
5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 76
5.6 Penutup 76
xi
RUJUKAN 77
LAMPIRAN A – E 81 - 105
xii
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK HALAMAN
3.4.1 Jadual Menunjukkan Pembahagian Soalan-soalan Mengikut 22
Jenis Kemahiran Berfikir
3.4.2 Jadual Pengkelasan Tahap Pencapaian Berdasarkan Peratus 26
4.1 Taburan dan Peratusan Responden Mengikut Jantina 28
4.2 Taburan dan Peratusan Responden Mengikut Tempat Tinggal 28
4.3 Taburan dan Peratusan Pekerjaan Penjaga Responden 29
4.4 Taburan dan Peratusan Gred Matematik dan Bahasa Malaysia 30
Dalam Peperiksaan Menengah Rendah (PMR)
4.5 Klasifikasi Respon Soalan –soalan Soal Selidik Mengikut Kod 31
4.6 Menyatakan Matlamat Masalah 32
4.7 Menterjemah 34
4.8 Membanding dan Membeza 37
4.9 Menafsir 40
4.10 Membuat Gambarajah 42
4.11 Mengecam Falasi 45
4.12 Mengkategori 48
4.13 Bekerja Dari Belakang 51
4.14 Mengecam Hubungan 54
4.15 Mencari Semua Penyelesaian Yang Mungkin 58
4.16 Kesalahan Operasi Matematik yang Dilakukan Pelajar 61
4.17 Min Dapatan Kajian Mengikut Kemahiran Berfikir yang Dikaji 62
4.18 Min Keseluruhan Soalan KBKK Yang Dikaji 62
xiii
SENARAI RAJAH
NO. RAJAH TAJUK HALAMAN
1.1 Peta Dominan Pemikiran 10
1.2 Rekabentuk Kaedah Penerapan Kemahiran Berfikir 12
3.1 Carta Alir Bagi Kajian Yang Dilakukan Oleh Penyelidik 25
xiv
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK HALAMAN
A Soalan Soal Selidik 81
B Jawapan Soalan Bahagian B 92
C Jenis-jenis Kemahiran Berfikir Dalam Matematik 101
D Surat Kebenaran Daripada BPPDP 102
E Surat Kebenaran Penyelidikan Jabatan PendidikanNegeri Kedah 104
xv
SINGKATAN
SMKA : Sekolah Menengah Kebangsaan Agama
PMR : Penilaian Menengah Rendah
SPM : Sijil Pelajaran Malaysia
KBSM : Kurikulum Baru Sekolah Menengah
KBKK : Kemahiran Berfikir Kritis dan Kreatif
KPM : Kementerian Pendidikan Malaysia
BPG : Bahagian Pendidikan Guru
BPPDP : Bahagian Perancangan Penyelidikan Dasar Pendidikan
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan.
Yang Amat Berhormat Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad, Perdana Menteri
Malaysia sewaktu melancarkan Wawasan 2020, pada Februari 1991, menyatakan
bahawa untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang maju, apa yang lebih
penting ialah kita perlu menggunakan sepenuhnya apa yang berada di antara dua
telinga kita, yakni minda kita, bukan apa yang berada di antara dua bahu kita, iaitu
kekuatan atau apa yang berada di antara dua tapak kaki kita, iaitu sumber semula
jadi. (Som dan Mohd Dahlan, 1998). Hakikat ini sejajar dengan kenyataan
cendekiawan berbangsa Jepun bernama Kenichi Ohmae (1987) yang menyatakan
bahawa kunci kepada masa depan sesuatu bangsa bergantung kepada sumber
manusianya. Ia tidak lagi bergantung kepada sumber alam semulajadi sebagaimana
berlaku pada zaman sebelum ini. Kualiti serta bilangan manusia terpelajar
merupakan penentu sama ada sesebuah negara itu makmur atau sebaliknya.
Oleh itu, demi mencapai hasrat Wawasan 2020 tersebut, segala usaha di
dalam pendidikan semestinya menjurus ke arah melahirkan insan yang seimbang dari
segi rohani, emosi intelek, dan jasmani. Setiap langkah yang diambil juga perlu
menggunakn sepenuhnya keupayaan minda manusia. Menurut Edward De Bono
(1976), berfikir adalah bauran antara perkara-perkara metafizik, kimia, fizikal dan
biologis. Kejayaan dan kemajuan sesebuah negara pada masa akan datang
2
bergantung kepada kebijaksanaan atau kuasa minda yang dimiliki oleh rakyatnya
sebagaimana kata perdana Menteri Brazil, Luis Alberto Machado:
“The level of development a country is determined, in considerable
part, by the level of its people’s intelegence....”
Betapa perlu dan pentingnya aktiviti berfikir untuk diri manusia adalah jelas
sebagaimana yang digambarkan di dalam maksud sebuah Hadis Nabi iaitu berfikir
sesaat itu lebih baik daripada sembahyang di sepanjang malam. Manakala di dalam
kitab suci Al-Qur’an perkataan yang merujuk kepada kata aqal disebut sebanyak 40
kali. Allah S.W.T juga menempelak manusia yang tidak mahu berfikir. Apabila
Allah S.W.T. memberitahu manusia, ‘lihatlah bulan, lihatlah langit, lihatlah bintang
dan fikirkan’. Baginda menuntut manusia supaya menggunakan akal fikiran.
Kita sekarang berada dalam zaman ledakan teknologi dan maklumat yang
giat menguasai medan ilmu, alam pemikiran dan arena kehidupan. Zaman ini
merupakan zaman persaingan ekonomi perindustrian yang hebat, yang memerlukan
persaingan daya fikir yang bersifat kritis, inovatif dan imaginatif dan kreatif.
Dalam menghadapi cabaran era pasca-industri, yang telah digalurkan dalam
Wawasan 2020, Yang Amat Berhormat Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad ada
mengatakan bahawa Malaysia mempunyai sistem pendidikan yang terbaik di
kalangan dunia ketiga tetapi untuk perjalanan yang akan kita tentukan untuk generasi
kedua, piawai baru perlu kita ditetapkan dan kejayaan perlu kita capai. Kejayaan
yang kita hasratkan dan yang ada kaitan langsung dengan pendidikan antara lain
termasuklah cabaran yang keenam dalam Wawasan 2020, iaitu mewujudkan
masyarakat yang inovatif dan memandang jauh kehadapan. (Mohd Nasuha Jamidin
dan rakan-rakan, 1995).
Masyarakat yang lahir bukan sahaja menjadi pengguna teknologi tetapi juga
memberi sumbangan kepada kemajuan teknologi masa hadapan. Lantaran itu, sistem
pendidikan di Malaysia sekarang ini tidak lagi hanya menekankan kepada 3M sahaja
tetapi menekankan kemahiran berfikir, kemahiran saintifik dan kemahiran teknologi.
Pelbagai program sedang dirancang dan akan dilaksanakan sebagai contoh “Sekolah
3
Bestari” adalah pada dasarnya berasaskan kepada kemahiran-kemahiran tersebut.
Kemahiran berfikir secara Kritis dan Kreatif (KBKK) akan dijadikan asas
penguasaan ilmu dan kemahiran.
Selaras dengan kehendak ini, Kementerian Pendidikan Malaysia dalam
reformasi Pendidikannya pada tahun 1994 telah memantapkan budaya ilmu yang
terangkum di dalamnya kemahiran berfikir. Kurikulum sekolah dikaji, dirancang dan
diubahsuai dari semasa ke semasa mengikut keperluan. Kemahiran Berfikir secara
Kritis dan Kraetif (KBKK) dijadikan asas pemerolehan ilmu dan kemahiran mata-
mata pelajaran.
Dengan ini jelaslah bahawa, guru di sekolah memberikan pendidikan yang
formal dalam sistem pendidikan seharusnya mempunyai kemahiran untuk
membimbing pelajar-pelajar menguasai kemahiran-kemahiran ini. Memandangkan
KBKK adalah satu bidang yang baru, maka guru perlu melengkapkan diri dengan
pengetahuan dan kemahiran berhubung dengan KBKK.
1.2 Latar belakang Masalah.
Bekas Menteri Pendidikan Malaysia Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak
selepas merasmikan Ekspo Reka Cipta Kebangsaan 1996 pada 10 Jun 1996
mengatatakan bahawa Kementerian Pendidikan sedang melihat aspek kemahiran
berfikir untuk diserapkan ke dalam kurikulum peringkat sekolah menengah tetapi
aspek ini memerlukan perancangan yang rapi. Kata beliau lagi, “Kurikulum
berkenaan harus mampu memberi penekanan kepada otak sebelah kanan manusia
berbanding otak sebelah kiri yang lebih menjurus kepada aspek pemikiran logikal”.
(Som dan Mohd Dahlan, 1998)
Kata-kata menteri kita ini menyokong usaha yang dibuat oleh bahagian-
bahagian di Kementerian Pendidikan seperti Pusat Perkembangan Kurikulum,
Bahagian Pendidikan Guru, Bahagian Teknologi Pendidikan dan Lembaga
Peperiksaan berhubung dengan KBKK, iaitu dari segi kurikulum sekolah, latihan
4
guru, bahan pengajaran dan peperiksaan. Apabila KBKK ini dipelajari dan dikuasai
para pelajar akan dapat memaksimumkan penggunaan potensi otak kanan dan otak
kiri mereka. Melalui pelbagai ransangan dan latihan KBKK, otak kanan yang lebih
bertumpu kepada kemahiran kritis akan dapat dipupuk dan dikembangkan lagi
potensinya. Jika kedua-dua otak ini seimbang, dan diberikan perhatian sewajarnya
dalam pengajaran dan pembelajaran maka sudah tentulah pembelajaran secara
optimum. Ahli Falsafah Cina, Confucius pernah berkata:
‘Seseorang yang berfikir tetapi tidak belajar adalah rugi, seseorang
yang belajar tetapi tidak berfikir adalah dalam bahaya.’
Berfikir adalah suatu proses yang kompleks yang berlaku dalam minda
seseorang. Ia melibatkan operasi pengendalian mental di atas pengetahuan dan
pengalaman seseorang. Secara sedar atau tidak, otak manusia sebenarnya terbahagi
kepada dua bahagian iaitu hemisfera otak kiri dan hemisfera otak kanan. Hasil
daripada penemuan Dr Roger Sperry dan pasukan doktor bedahnya ini membantu
manusia memahami kedua-dua fungsi hemisfera otak ini. Hemisfera otak kiri bersifat
‘analitikal’. Ia memproses dan menganalisis maklumat secara lurus dan
mengenalpasti bahagian-bahagian satu persatu secara terpisah. Pemikiran Kritis
menekankan penggunaan hemisfera otak kiri. Hemisfera ini digunakan untuk operasi
aritmetik dan kemahiran berbahasa.
Hemisfera otak kanan pula menggabung dan mensintesis bahagian-bahagian
atau pecahan-pecahan maklumat kepada suatu bentuk yang menyeluruh. Pemikiran
kreatif berlaku pada bahagian ini. Oleh itu, kedua-dua bahagian otak ini hendaklah
diberikan perhatian yang sama dalam proses pengajaran dan pembelajaran kerana
kita bukan sahaja ingin melahirkan pelajar yang kreatif, tetapi kita juga ingin
melahirkan pelajar yang kritis.
Kemahiran berfikir dalam matematik bukanlah suatu perkara yang baru,
tetapi kebanyakan guru tidak menyedari bahawa mereka menggunakan kemahiran
berfikir dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Dengan yang demikian,
kemahiran-kemahiran yang terdapat dalam kompenen pemikiran kritis dan kreatif
seharusnya diajarkan secara eksplisit dan terancang. Guru seharusnya menggunakan
5
pendekatan yang ini supaya pelajar diberi kesempatan untuk membina kemahirannya
sendiri.
Oleh itu, kajian yang akan dijalankan oleh penyelidik bukan bermaksud untuk
menentukan taraf tinggi atau rendahnya pencapaian pelajar dalam matematik, tetapi
untuk mengetahui setakat manakah penguasaan kemahiran berfikir dalam matematik
oleh responden yang dikaji.
1.3 Penyataan masalah
Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) dilaksanakan untuk
melahirkan masyarakat Malaysia yang seimbang dalam segenap bidang. Matematik
yang merupakan mata pelajaran teras bagi peringkat rendah dan menengah, yang
memberi sumbangan ke arah pencapaian hasrat tersebut dengan membekalkan ilmu
pengetahuan matematik kepada pelajar untuk memperkembangkan kemahiran
penyelesaian masalah, pemikiran sistematik, komunikasi dan nilai murni. Masalah
timubul apabila kebanyakkan pelajar menganggap bahawa matematik merupakan
mata pelajaran yang terlalu komplek, abstrak dan penghafalan senarai definisi yang
membosankan. (Nik Aziz Nik Pa).
Dalam situasi ini, pelajar memerlukan pemikiran yang beraras tinggi yang
dapat dipupuk melalui pendidikan yang berkonsepkan Kemahiran Berfikir secara
Kritis dan Kreatif. KBKK yang diterapkan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran akan membolehkan pelajar mendapatkan latihan berfikir secara kritis
dan kreatif untuk membuat keputusan dan menyelesaikan masalah dengan bijak. Di
samping itu pelajar akan bersikap terbuka dalam menerima dan memberikan
pendapat, membina keyakinan diri untuk memberikan hujah, membuat pertimbangan
berdasarkan alasan dan bukti serta memberikan pandangan dan kritikan.
Kementerian Pendidikan khususnya sedang berusaha menjadikan budaya
berfikir dengan bijak sebagai amalan rakyatnya sebagaimana yang tersurat dalam
Wawasan 2020. Semua pihak seharusnya terlibat dalam memainkan peranan yang
6
penting terutamanya guru sama ada yang sedang mengajar di sekolah ataupun yang masih
dalam latihan.
1.3 Objektif Kajian.
i. Mengenalpasti tahap penguasaan dan kefahaman pelajar dalam KBKK bagi mata
pelajaran matematik.
ii. Mengenalpasti pola kesilapan yang kerap dilakukan oleh pelajar dalam operasi-
operasi asas matematik dalam menyelesaikan soalan-soalan matematik.
1.4 Persoalan kajian
Kajian ini bertujuan melihat beberapa aspek dalam bahagian KBKK bagi pelajar
tingkatan 4, di Sek. Men. Keb. Agama Kedah. Beberapa persoalan yang akan diteliti
dalam kajian ini ialah :
i. Adakah pelajar-pelajar dapat menggunakan dan menguasai KBKK dalam
menyelesaikan soalan-soalan bagi mata pelajaran matematik?
ii. Apakah pola kesilapan yang kerap dilakukan oleh pelajar dalam operasi-operasi
asas matematik dalam menyelesaikan soalan-soalan KBKK yang diberi?