24
PENGENALAN Manusia yang dicipta oleh tuhan sebagai khalifah atau pemimpin di muka bumi ini mempunyai perbagai keistimewaan dan kelebihan berbanding dengan makhluk-makhluk lain. Kelebihan dan keistimewaan ini ialah kerana manusia dikurniakan akal. Akal fikiranlah yang membezakan secara kualitatif, di antara manusia dan haiwan. Akal atau minda adalah sumber ilmu intelek ( intellectual knowledge ) yang menghasilkan pengetahuan melalui proses pemikiran dan penaakulan minda ( akal ). Akal adalah tempat bersemadinya kearifan dan kebijaksanaan ( hikmah ). Akal adalah merupakan kurniaan Allah S.W.T. yang sangat berharga kepada hambaNya. Melaluinya manusia boleh membuat penaakulan ( rationalize ), membentuk konsep ( conceptualize ), dapat memahami ( comprehend ) dan sebagainya. Untuk memiliki sifat hikmah ( wisdom ), seseorang perlulah menjalani latihan penajaman minda dan pendidikan pembersihan akal. Di samping dikaitkan dengan otak, hikmah juga dikaitkan dengan qalbu atau hati manusia. Hati adalah sumber ilmu yang menghasilkan pengetahuan melalui ilham, taufiq dan hidayah ( bisikan hati dan suara qalbu ). Pemberian Allah S.W.T. kepada seseorang kerana bersihnya hati yang dimiliki. Hati mempunyai keupayaan penaakulan dan daya faham seperti kemampuan akal, boleh mengesani dan menemui kebenaran. Pengetahuan yang diperolehi melalui mata hati dapat membezakan yang benar daripada yang palsu, yang betul daripada yang salah, dan kebaikan daripada keburukan. Untuk memperolehi pengetahuan bersumberkan hati, seseorang itu perlu mempunyai hati yang suci dan ini dapat dicapai melalui latihan penyucian hati ( purification of the heart ). Sekiranya manusia dapat menggunakan akal dan hatinya dalam mengeluarkan buah fikiran, maka ia dikira sebagai telah menggunakan akalnya dengan bijak. Kemahiran mengggunakan buah fikiran yang baik dan 1

kemahiran berfikir

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: kemahiran berfikir

PENGENALAN

Manusia yang dicipta oleh tuhan sebagai khalifah atau pemimpin di muka

bumi ini mempunyai perbagai keistimewaan dan kelebihan berbanding dengan

makhluk-makhluk lain. Kelebihan dan keistimewaan ini ialah kerana manusia

dikurniakan akal. Akal fikiranlah yang membezakan secara kualitatif, di antara manusia

dan haiwan. Akal atau minda adalah sumber ilmu intelek ( intellectual knowledge ) yang

menghasilkan pengetahuan melalui proses pemikiran dan penaakulan minda ( akal ). 

Akal adalah tempat bersemadinya kearifan dan kebijaksanaan ( hikmah ). Akal adalah

merupakan kurniaan Allah S.W.T. yang sangat berharga kepada hambaNya. Melaluinya

manusia boleh membuat penaakulan ( rationalize ), membentuk konsep ( conceptualize ),

dapat memahami ( comprehend ) dan sebagainya. Untuk memiliki sifat ‘hikmah’

( wisdom ), seseorang perlulah menjalani latihan penajaman minda dan pendidikan

pembersihan akal.

Di samping dikaitkan dengan otak, hikmah juga dikaitkan dengan ‘qalbu’

atau hati manusia. Hati adalah sumber ilmu yang menghasilkan pengetahuan melalui

ilham, taufiq dan hidayah ( bisikan hati dan suara qalbu ). Pemberian Allah S.W.T.

kepada seseorang kerana bersihnya hati yang dimiliki. Hati mempunyai keupayaan

penaakulan dan daya faham seperti kemampuan akal, boleh mengesani dan menemui

kebenaran. Pengetahuan yang diperolehi melalui mata hati dapat membezakan yang

benar daripada yang palsu, yang betul daripada yang salah, dan kebaikan daripada

keburukan.

Untuk memperolehi pengetahuan bersumberkan hati, seseorang itu perlu

mempunyai hati yang suci dan ini dapat dicapai melalui latihan penyucian hati (

purification of the heart ). Sekiranya manusia dapat menggunakan akal dan hatinya

dalam mengeluarkan buah fikiran, maka ia dikira sebagai telah menggunakan akalnya

dengan bijak. Kemahiran mengggunakan buah fikiran yang baik dan berguna inilah yang

bakal mengangkat darjat “keinsanan manusia berbanding haiwan”. Sejarah membuktikan

1

Page 2: kemahiran berfikir

bahawa manusia bertindak tanpa menggunakan akal dan buah fikirannya bukan sahaja

boleh terjerumus ke dalam darjat kehaiwanan, bahkan lebih dahsyat daripada itu.

Keputusan-keputusan dan tindakan-tindakan yang dibuat oleh manusia ada

kaitan dengan kemahiran berfikir. Sekiranya keputusan dan tindakan itu membawa

natijah positif kepada dirinya dan orang lain, ia dikatakan keputusan yang berhikmah dan

bijaksana. Sebaliknya, jika keputusan tidak bermanfaat kepada diri, orang lain dan alam

sekelilingnya, keputusan itu dikatakan tidak bijak atau tidak berhikmah.

Betapa perlu dan pentingnya aktiviti berfikir untuk diri manusia adalah

jelas sebagaimana digambarkan di dalam maksud sebuah hadis Nabi

“Berfikir sesaat itu lebih baik daripada sembahyang sunat selama tujuh puluh

tahun”. Manakala di dalam kitab suci Al-Quran perkataan yang merujuk kepada

kata akar aqal disebut sebanyak 40 kali. Allah SubhanahuWataala ( S.W.T ) juga

menempelak manusia yang tidak mahu berfikir. Apabila Allah S.W.T memberitahu

manusia, “Lihatlah bulan, lihatlah langit, lihatlah bintang dan fikirkan”.

Menyedari kebesaran Allah Taala melalui ciptaanya seperti bumi, bulan, bintang

dan matahari adalah tanda seseorang itu sebenarnya menggunakan akalnya untuk

berfikir. Justeru itu, berfikir adalah sesuatu yang menjadi tuntutan dan

seharusnya dilakukan oleh manusia dalam setiap aktiviti dan tindak tanduk yang

dilakukan. Namun bagitu, tidak ramai antara kita yang memahami pengertian

serta selok-belok berfikir yang sewajarnya.

Membuat keputusan boleh dilihat dalam sudut menyelesaikan masalah.

Semasa menyelesaikan sesuatu masalah, kebanyakan masa kita akan berhadapan dengan

pelbagai alternatif yang diperlukan dalam penyelesaian masalah. Keraguan dalam

pemilihan alternatif yang paling berkesan atau berkualiti adalah tidak dapat dielakkan.

Proses tersebutlah dinamakan sebagai membuat keputusan. Secara ringkas, konsep

membuat keputusan merupakan proses membuat pemilihan selepas pertimbangan

2

Page 3: kemahiran berfikir

terhadap kesan yang akan diberi oleh setiap langkah alternatif. (Beyth-Marom,

Fischhoff, Jacobs-Quadrel, & Furby, 1991; von Winterfeldt & Edwards, 1986).

Cuba bayangkan satu senario di mana kita mendapat durian runtuh

sebanyak RM20,000 dalam satu pertandingan. Untuk kali ganda harta yang kita miliki

dalam tempoh yang singkat, beberapa unit pelaburan yang berpotensi telah pun kita pilih,

iaitu pusat tuisyen dan laman web. Satu persoalan yang muncul di minda kita ialah

antara alternatif-alternatif berikut yang manakah kita harus memilih? Kita bermula

dengan bertanyakan rakan baik kita, “Saya ada RM20,000. Awak ada idea, pusat tuisyen

dan laman web, manakah paling sesuai untuk dilabur?”. Rakan kita memberitahu kita

bahawa dia merasa laman web membawa keuntungan yang paling sedikit serta sukar

untuk mendapat kejayaan. Kita mula berfikir laman web itu memang sukar berjaya

dengan persaingan yang tinggi pada masa kini. Kita sebenarnya mengharapkan

pelaburan yang senang lagi menguntungkan. Oleh itu, kita membuat keputusan untuk

tidak mengambil laman web dalam pertimbangan. Selepas memikirkannya secara

bersendirian, kita mendapati pusat tuisyen paling berpotensi dan selamat dilaburkan. Jadi

kita cuba mencari seseorang yang mempunyai pengalaman dalam membuka tuisyen.

Senario tersebut menunjukkan dengan jelas ciri-ciri utama membuat

keputusan iaitu membuat keputusan bermula dengan perasaan ragu-ragu. Ia melibatkan

pencarian untuk menghilangkan keraguan. Oleh itu, membuat keputusan dari satu sudut

merupakan satu penjelajahan untuk menghilangkan keraguan. Di antara elemen-elemen

penting dalam membuat keputusan ialah kemungkinan atau alternatif pilihan, matlamat

atau objektif dan bukti-bukti (Baron, 2000).

Kita tidak dapat mengelakkan diri daripada membuat keputusan dalam

kehidupan harian, selain gerakan, fikiran serta keinginan kita adalah dikawalkan oleh

orang lain. Kita harus membuat keputusan dalam pemilihan pekerjaan yang sesuai,

teman, kesihatan diri sendiri dan lain-lain. Keputusan-keputusan yang dibuat akan

membentuk peribadi kita.

3

Page 4: kemahiran berfikir

Pakar-pakar dalam bidang membuat keputusan telah banyak memberikan

pendapat masing-masing mengenai konsep membuat keputusan sebenarnya. Antaranya,

Massie(1987) yang berpendapat bahawa membuat keputusan merupakan tindakan yang

diambil secara sedar daripada pelbagai alternatif dengan tujuan mencapai hasil yang

diharapkan. Konsep beliau telah menyokong idea Silvano Arieti(1972):

“…one of the major functions of consciousness is to decide and to will. The

greater the realm of consciousness, the greater the realm of choice. The greater the

realm of unconsciousness, the smaller the area in which man can exert his will.”

KONSEP MEMBUAT KEPUTUSAN

Bertolak dari konsep kemahiran berfikir seperti yang diutarakan oleh

beberapa ahli fikir dan falsafah seperti Socrates dan lain-lain yang dijelaskan dalam

konsep dan sejarah kemahiran berfikir dan pemikiran kritis, maka kemahiran berfikir

yang juga ditafsiran sebagai pemikiran reflektif, kritis dan kreatif, dalam kertas ini

dapatlah ditafsirkan sebagai satu proses intelektual yang melibatkan pembentukan konsep

( conceptualizing ), aplikasi, analisis, sintaksis, dan/atau menilai informasi yang

terkumpul atau dihasilkan melalui pengamatan, pengalaman, refleksi, penaakulan, atau

komunikasi – sebagai landasan kepada satu keyakinan ( kepercayaan ) dan tindakan. Ini

adalah selari dengan apa yang diutarakan oleh Dr. Richard Paul, Pengasas dan pengarah

kepada ‘The Center for Critical Thinking’, satu badan yang terkenal dengan

penglibatannya dengan pemikiran kritis di Amerika Syarikat.

Walau bagaimanapun elok juga kita lihat kemahiran berfikir daripada

perspektif KBKK ( Kemahiran Berfikir secara Kritis dan Kreatif ) saperti yang

diketengahkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Dalam kurikulum KBKK,

kemahiran berfikir dibahagikan kepada dua komponen yang penting iaitu; kemahiran

berfikir secara kritis dan kemahiran berfikir secara kreatif. Kemahiran berfikir secara

kritis merujuk kepada keberkesanan seseorang dalam menggunakan minda dalam menilai

4

Page 5: kemahiran berfikir

kesahan atau kebaikan satu-satu idea, buah fikiran, pandangan dan boleh memberi

respons berdasarkan kepada bukti dan sebab musabab. Jenis-jenis kebolehan yang boleh

di kategorikan sebagai pemikiran kritis termasuklah; membanding dan membeza

( compare and contrast ), membuat ketegori ( categorization ), menerangkan sebab akibat

( cause and effect ), meniliti bahagian dan hubungan bahagian yang kecil dengan

keseluruhan, membuat andaian, membuat ramalan dan inferens.

Sementara itu, kemahiran berfikir secara kreatif pula boleh didefinisikan

sebagai kebolehan menggunakan minda dalam menjana idea-idea yang baru,

kemungkinan yang baru, ciptaan yang baru berdasarkan kepada keaslian dalam

penghasilannya. Ia boleh diberikan dalam bentuk idea yang nyata ataupun abstrak.

Kebolehan berfikir secara kreatif ini boleh dilihat dalam contoh-contoh berikut: mencipta

idea yang baru, mencipta analogi dan metaphora. Harus diingat bahawa kedua-dua

kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif ini adalah bertujuan untuk menolong atau

membantu seseorang dalam membuat keputusan dan menyelesaikan masalah.

Mari kita lihat satu lagi perspektif penting yang ada kaitan dengan berfikir.

Dengan mengambil kira kepentingan EQ ( kecerdasan emosi ) seperti yang diperkenalkan

oleh Daniel Goleman maka kemahiran berfikir juga menegaskan kepentingan peranan

hati atau ‘qalbu’ sebelum satu-satu tindakan dibuat atau diyakini. Pemikiran yang

didasarkan kepada domain kognitif ( IQ ) tanpa mengambil kira kepentingan domain

afektif ( EQ ) belum tentu boleh menjanjikan satu-satu kejayaan yang sempurna dalam

hidup seseorang. Ini selari dengan apa yang disarankan oleh Goleman (1998) “bahawa

80% kejayaan seseorang adalah bergantung kepada EQ dan bukannya IQ”. Konsep

berhubung dengan EQ akan dijelaskan dengan mendalam dalam topik berkaitan dalam

tugasan ini.

5

Page 6: kemahiran berfikir

Malahan sekiranya dilihat dalam konteks yang lebih syumul, peranan hati

‘qalbu’ yang berkait rapat dengan ‘afektif’ atau ‘EQ’ dan perananya dalam kejayaan

hidup telah tekankan dengan tegas dalam satu hadis Nabi Muhammad

Sallallahualaihiwasallam, lebih 1400 tahun dahulu:

       Dalam badan manusia itu ada seketul daging.

       Sekiranya daging itu baik, maka baiklah badan itu,

       Sekiranya daging itu tidak baik atau busuk,

       Maka tidak baik atau busuklah badan itu;

       Daging itu adalah hati.

Dalam mentakrifkan kemahiran membuat keputusan, kami memfokuskan

bahawa kemahiran membuat keputusan adalah berkait rapat dengan kebolehan seseorang

insan menggunakan kedua-dua domain kognitif dan afektif dalam usaha untuk

mendapatkan atau memberikan informasi, menyelesaikan masalah atau membuat

keputusan. Dalam lain perkataan, kemahiran berfikir adalah kemahiran seseorang

menggunakan otak ( domain cognitif/aqal ) dan hati ( domain afektif/qalbu )nya sebagai

landasan kepada keyakinan ( belief ) atau tindakan ( actions )”.

Oleh itu, kesedaran terhadap keputusan yang harus dibuat dipengaruhi

oleh kebolehan seseorang insan dan mempengaruhi kejayaan matlamat yang harus

dicapai. Untuk meningkatkan kesedaran, proses-proses membuat keputusan sepatutnya

diamalkan. Menurut Russo dan Schoemaker (2002), terdapat enam tahap membuat

keputusan yang merupakan tulang belakang kepada mana-mana proses membuat

keputusan. Setiap pembuat keputusan akan melalui keenam – enam tahap tersebut iaitu:-

Mengenal pasti masalah – Masalah mana yang perlu ditangani? Jika terdapat

lebih daripada satu, bagaimana untuk memilih yang paling penting?

6

Page 7: kemahiran berfikir

Memperinci sesuatu masalah – Bagaimana untuk memperinci sesuatu masalah

dengan menyeluruh dan jitu?

Menganalisa sesuatu masalah – Apa punca - punca masalah dan punca yang mana

satu paling penting dan perlu diselesaikan serta-merta?

Merancang penyeleasaian – Apa penyelesaian alternatif yang berbeza untuk

menyelesaikan masalah tersebut?

Pengimplementasian penyelesaian – Bagaimana untuk memastikan penyelesaian

tersebut dikuatkuasakan secara efektif dan betul?

Menilai penyelesaian – Bagaimana penyelesaian tersebut bertindak? Apa yang

perlu diubah?

Mengenal pasti masalah

Mengenal pasti sesuatu masalah adalah langkah pertama yang paling

kritikal dalam mengaplikasikan proses penyelesaian masalah dengan jayanya. Sesuatu

masalah perlu diselesaikan dalam aturan yang sempurna. Mengapa penting untuk

mengatur masalah?

Masa dan sumber adalah sangat terhad. Ini adalah kerana anda tidak boleh

menyelesaikan beberapa masalah pada masa yang serentak. Oleh sebab itu, anda harus

tertumpu ke atas hal yang paling mustahak.

Untuk mendapat pengalaman dengan proses penyelesaian masalah,

masalah pertama yang patut anda kaji perlu merupakan yang mudah untuk diselesaikan.

Pilih masalah yang mempunyai data yang boleh didapati dengan mudah, tepat dan jitu.

7

Page 8: kemahiran berfikir

Sesuatu masalah wujud apabila terdapat perbezaan di antara situasi ideal

dan situasi sebenar. Sesuatu masalah menyampaikan perbezaan antara situasi yang

diharapkan dan situasi sebenar dan adalah berkait rapat dengan kesihatan sesuatu

populasi baik secara langsung mahupun tidak langsung. Selain itu, masalah tersebut juga

adalah diluahkan dalam bentuk proses, kesan, implikasi, dan kepuasan.

Kita boleh memilih sesuatu masalah dengan menggunakan salah satu

teknik berikut:

suatu teknik pengamatan secara terus seperti “user survey”.

suatu teknik konsensus seperti “prioritization matrix”, di mana “brainstorming”

adalah langkah pertama.

Suatu teknik menganalisis data seperti “control chart”

Memperinci sesuatu masalah

Sebelum cuba menyelesaikan sesuatu masalah, kita perlu memperincikan

masalah tersebut. Ini adalah perlu supaya kita boleh faham bagaimana masalah tersebut

boleh menjejaskan proses yang berlaku.

Untuk membantu kita memperinci masalah tersebut, kita mungkin dan

patut menjawab beberapa soalan mengenai masalah tersebut, seperti :

Berapa kerap masalah tersebut berlaku?

Bila masalah tersebut biasanya berlaku? Adakah masalah tersebut berkaitan

dengan masa?

Di manakah biasanya masalah tersebut berlaku? Apa kaitan masalah tersebut

dengan sesuatu lokasi?

8

Page 9: kemahiran berfikir

Siapa yang paling terjejas?

Seterusnya, untuk memperinci sesuatu masalah, kita mestilah mengikuti

langkah-langkah proaktif dan berkronologi. Pertama, gunakan “flowchart” untuk

mengenal pasti aliran peristiwa dalam proses yang dikaji. Kemudian, pilih penanda yang

akan digunakan untuk memperincikan masalah tersebut. Penanda boleh mengambil

apa-apa nilai ataupun langkah-langkah dalam sesuatu proses. Seterusnya, kumpulkan

data-data untuk memperincikan situasi tersebut. Data tersebut boleh dikumpul daripada

sumber sedia ada ataupun daripada pengamatan secara terus sama ada secara langsung

mahupun tidak langsung.

Akhir sekali, kita jelaskan penanda secara graf dengan menggunakan

kaedah-kaedah seperti “Table” yang membolehkan data yang dikumpul disampaikan

dalam bentuk yang mudah untuk dianalisis. Selain itu juga, kita juga boleh

mempamerkan penanda kita dalam bentuk graf seperti graf bar, graf garis, carta pai dan

histograf.

Menganalisa sesuatu masalah

Untuk bertindak secara efektif, punca-punca masalah patut dianalisa

secara teliti dan faktor paling penting perlulah diberi perhatian yang lebih. Bertindak

pada faktor yang kritikal akan membantu dalam menyelesaikan kebanyakan masalah.

Mengatur atau menganalisa punca-punca dengan teliti dengan

mendefinisikan semula masalah tersebut. Kita perlu ada idea atau gambaran yang jelas

tentang masalah tersebut supaya boleh dianalisakan dengan lebih jitu.

9

Page 10: kemahiran berfikir

Kaji semula soalah-soalan yang disebabkan masalah tersebut untuk

memastikan kita dapat memahami dengan jelas tentang apa sebenarnya masalah itu,

bagaimanakah kekerapan masalah itu berlaku, bila dan di mana masalah itu berlaku, dan

siapa yang paling terjejas?

Mengumpulkan semua punca-punca di mana punca-punca tersebut patut

dikumpulkan mengikut hubungan sebagai langkah persediaan untuk perincian secara

grafik. Seterusnya, kita boleh mempersembahkan punca-punca tersebut menggunakan

rajah “Cause-Effect” ataupun dikenali sebagai rajah “Fish Bone” untuk memudahkan

penganalisaan dibuat.

Langkah seterusnya ialah memilih beberapa faktor yang paling penting

yang menyebabkan masalah itu. Kemudian aplikasikan penyelesaian tersebut dengan

menggunakan kaedah – kaedah yang berikut :

“tally sheet”, yang membolehkan anda memerhati bagaimana kerap perbezaan

punca-punca itu berlaku.

“pareto analysis”, yang membolehkan anda focus kepada faktor penting.

alatan pemerhatian langsung seperti “client flow analysis” atau “focus

group”.

“prioritization matrix” untuk mengagihkan punca-punca yang penting.

Merancang penyeleasaian

Selepas mengenal pasti empat atau lima punca-punca utama masalah

tersebut, langkah seterusnya adalah untuk mengenal pasti cara yang perlu dilaksanakan

untuk menyelesaikan punca-punca tersebut.

10

Page 11: kemahiran berfikir

Selalunya, terdapat pelbagai alternatif untuk menyelesaikan masalah yang

wujud. Walau bagaimanapun, strategi yang terbaik bergantung pada daya yang bertindak

dan keberkesanan serta kos penyelesaian alternatif yang bakal dilaksanakan. Antaranya

ialah :

Mengesahkan keputusan yang dijangka.

“brainstorming” untuk menjana alternatif lain.

menggunakan “force field analysis” untuk mengenal pasti bagaimana alternatif

lain akan dijejaskan.

Seterusnya, pilih strategi yang mantap untuk menyelesaikan punca-punca

masalah tersebut dengan menggunakan “prioritization matrix” untuk membandingkan

keberkesanan penyelesaian yang berbeza. Selain itu, kita juga dapat mendefinisikan

strategi yang dipilih dengan menggunakan “hierarchical flow chart” untuk

memspesifikasikan kronologi aktiviti tersebut. Dan merancang implementasi aktiviti

dengan menggunakan “matrix programme” untuk mendefinisikan matlamat serta

memperuntukkan sumber.

Untuk memastikan masalah tersebut telah diselesaikan, anda perlu

mengawasi setiap langkah supaya implementasi yang sepatutnya dilaksanakan dengan

sempurna.

Untuk memantau proses tersebut, pemantauan adalah teknik utama yang

digunakan sehingga memastikan implementasi yang betul dijalankan. Beberapa teknik

yang boleh digunakan semasa pemantauan termasuk pengamatan langsung, dialog

11

Page 12: kemahiran berfikir

bersama personel, dialog bersama pengguna, mengulas maklumat dan lain-lain. Alatan

yang berbeza boleh digunakan untuk mengimplementasi pemantauan seperti :

“Supervision visit plan” akan membantu dalam merancang pemantauan.

“Monitoring curve” dan “control graph” adalah alatan penting yang membantu

dalam melihat penunjuk kualiti.

“Checklist” boleh digunakan kerana membolehkan pengumpulan data dan

pemerhatian semasa berlaku.

Pengimplementasian penyelesaian

Untuk memantau proses pengimplementasian, langkah-langkah seperti

pemantauan adalah teknik utama yang digunakan until memastikan implementasi yang

betul dan tepat dapat dilaksanakan.

Beberapa teknik yang boleh digunakan semasa pemantauan termasuk

pengamatan langsung, dialog bersama personel, dialog bersama pengguna, mengulas

maklumat dan lain-lain.

Menilai penyelesaian

Untuk memastikan masalah tersebut telah diselesaikan, kita seharusnya

mengawasi pengimplementasian proses dan menilai hasilnya.

Suatu sistem pengawasan adalah jumlah kesemua prosedur yang

digunakan dan menyediakan maklumat mengenai tujuan, objektif, aktiviti, impak, kos

serta kepuasan pengguna.

12

Page 13: kemahiran berfikir

Langkah yang boleh diambil untuk membina satu sistem pengawasan

termasuk mendefiniskan penanda yang paling penting dengan bantuan “indicator

matrix”. Penanda boleh termasuk :

Penanda proses yang dipilih untuk pengawasan.

Penanda untuk mencapai matlamat yang ditentukan.

Penanda untuk menilai keputusan dan kualiti proses.

Mendefinisikan komponen sistem pengawasan yang bergantung pada

senarai penanda yang dipilih sebelum ini dan dengan menggunakan “prioritization

matrix” dengan kriteria - kriteria seperti jenis pengumpulan data, penganalisaan data

secara analitical, frekuensi analisis, dan tanggungjawab.

Mendefinisikan mutu penanda yang boleh digunakan untuk mentafsir

keputusan pengawasan. Ini boleh dilakukan melalui alatan seperti mendefinisikan mutu

dengan menggunakan norma dan matlamat antara bangsa serta kebangsaan serta

menggunakan X-R dan P graf pengawal untuk mengira mutu secara statistik.

13

Page 14: kemahiran berfikir

PANDANGAN MENGIKUT PERSPEKTIF AGAMA BUDDHA

PENGENALAN

Setiap manusia di dunia ini boleh dikatakan mempunyai kepercayaan

kepada agama. Menurut kamus, agama bermaksud “segenap kepercayaan kepada tuhan

atau dewa-dewi serta dengan kewajipan - kewajipan yang bertalian dengan kepercayaan

itu”. Agama mempunyai kaitan yang sangat rapat dengan ajaran. Dengan kepercayaan

kepada agama, manusia sanggup berkorban untuk mempertahankan agama mereka.

Kesemua agama pada amnya menyampaikan ajaran yang baik seperti disiplin diri,

keamanan serta kebaikan. Terdapat dua jenis kepercayaan iaitu agama yang berunsurkan

kepercayaan ketuhanan dan agama kebudayaan yang berkembang daripada falsafah

bangsa-bangsa yang menganutinya.

Agama Buddha adalah berdasarkan ajaran Siddharta Gautama. Gautama

ialah seorang putera raja yang dilahirkan di Kapilavastu pada tahun 563SM. Gautama

dibesarkan di istana sebagai seorang yang beragama Hindu. Baginda berkahwin dengan

sepupunya Yasodhra dan hidup dalam penuh kemewahan dan kebahagiaan. Tetapi

baginda tidak berasa gembira dengan kehidupan yang mewah itu. Semasa berusia 29

tahun, Gautama menyaksikan kelaparan, kesakitan dan kematian. Baginda berasa terharu

menyaksikan keadaan hidup manusia itu. Baginda ingin tahu mengapa manusia

menderita dan ingin mencari jalan untuk mengatasi masalah-masalah itu.

            Gautama telah meninggalkan keluarganya dengan memakai jubah kuning

seperti seorang petapa dan mengembara untuk mencari jawapan tentang erti hidup yang

sebenarnya. Baginda telah mengkaji kitab suci Hindu iaitu Veda dan Upanishad, bertapa

beberapa hari dengan berpuasa hingga hampir kebuluran dan menanggung penderitaan.

14

Page 15: kemahiran berfikir

Namun demikian, baginda tidak dapat mencari kebenaran kepada penderitaan manusia.

Baginda akhirnya berjaya mendapat kebenaran atau pencerahan agung yang dicarinya

setelah bertapa selama 45 hari di bawah pokok Bo di Boghgaya, berhampiran dengan

Benares. Pada suatu malam purnama, Gautama telah menerima pengetahuan daripada

tuhan dan mengetahui jawapan bagi masalah kehidupan dan kematian manusia. Hari ini

dikenali sebagai Hari Wesak. Mulai hari itu, baginda digelar Buddha yang bermakna

Penyinar Cahaya. Buddha kemudian mengembara ke seluruh India untuk menyebarkan

ajarannya. Buddha mengasaskan satu pertubuhan sama bernama Sangha. Sami-sami

yang memasuki Sangha mencukur rambut dan memakai jubah kuning yang menandakan

mereka telah bebas daripada segala hal duniawi. Selepas mengembangkan ajaran-ajaran

selama 45 tahun, Buddha meninggal dunia pada tahun 483SM semasa berusia 80 tahun.

            Ajaran-ajaran Buddha dijadikan sebagai agama dan dibukukan dalam

Bahasa Pali oleh pengikut-pengikutnya yang setia. Empat Kebenaran Mulia yang

didapati di bawah Pokok Bo menjadi asas agama Buddha.

KONSEP PENYELESAIAN MASALAH MENGIKUT PERSPEKTIF BUDDHA

Dalam agama Buddha, masalah merupakan satu penderitaan kepada

semua. Penderitaan atau masalah ini terdapat dalam konsep Empat Kebenaran Mulia

iaitu :

Kebenaran mengenai Dukkha

Kebenaran mengenai sebab Dukkha

Kebenaran mengenai penghapusan Dukkha

Kebenaran mengenai cara menghapuskan Dukkha

Melalui kebenaran mengenai cara menghapuskan Dukkha, cara

menyelesaikan masalah dari segi agama Buddha dapat dikenal pasti. Cara tersebut

15

Page 16: kemahiran berfikir

adalah melalui Jalan Lapan Lapis Mulia yang membantu pengikut agama Buddha

mencari kebenaran dan mengharungi masalah dalam kehidupan seharian. Jalan Lapan

Lapis atau Jalan Pertengahan menjadikan seseorang mengawal fikiran dan membentuk

tingkah laku yang baik. Jalan Lapan Lapis menjadi teladan bagi pengikut-pengikutnya.

Hukum-hukumnya ialah seperti berikut :

Pertuturan yang Betul

Perbuatan yang Betul

Pekerjaan yang Betul

Usaha yang Betul

Kesedaran yang Betul

Tumpuan yang Betul

Pandangan yang Betul

Fikiran yang Betul

Pertuturan yang Betul

Pertuturan dalam erti kata yang lain adalah menghormati kebenaran dan

menghormati kebajikan orang lain. Hal ini bermaksud kita mengelakkan diri daripada

berbohong, menyebarkan khabar-khabar angin, mengeluarkan kata-kata yang

menyakitkan orang lain dan bercakap sia-sia.

Biasanya kita memandang ringan terhadap kuasa pertuturan dan kurang

mengawal fakulti pertuturan kita. Kebanyakan masalah dan salah faham mungkin dapat

dielak jika kita berfikir sebelum bertutur dan bertutur dengan jujur serta bersopan-santun.

16

Page 17: kemahiran berfikir

Perbuatan yang Betul

Perbuatan yang Betul mengikut Jalan Lapan Lapis Mulia ini penting

kerana ia memberikan keselamatan, kedamaian dan menghapuskan kebimbangan pihak

yang lain serta merupakan antara kaedah yang penting dalam membuat keputusan

Kesemua Perbuatan yang Betul adalah berdasarkan Metta dan Karuna

( cinta murni dan belas kasihan ). Kelakuan atau perbuatan yang mencorakkan peribadi

kita. Tiada sesiapa yang boleh memberikan kita keperibadian yang baik, setiap individu

perlu membentuk peribadinya dengan fikiran, perhatian, usaha, kesedaran dan tumpuan

masing-masing.

Pekerjaan yang Betul

Pekerjaan yang Betul bermaksud mencari nafkah tanpa mendatangkan

keburukan kepada makhluk yang lain. Jikalau seseorang atau sesuatu komuniti menyerah

diri kepada kuasa dosa dengan mempergunakan orang lain, ketenteraman dan

keharmonian dalam masyarakat itu akan terancam.

Pekerjaan yang Betul bertujuan membawa perubahan kepada seluruh

kewujudan secara kolektif, pembentukan satu masyarakat yang ideal. Buddha telah

menyatakan lima jenis pekerjaan yang tidak harus dilakukan iaitu :

Memperdagangkan senjata

Menyembelih binatang

Menjual hamba abdi

17

Page 18: kemahiran berfikir

Menjual minuman keras

Menjual racun

Usaha yang Betul

Usaha yang Betul dalam Buddhisma membawa implikasi tenaga mental

dan bukan kekuatan fizikal. Penganut-penganut Buddha sepatutnya tidak putus asa atau

memberhentikan usahanya.

Dengan Usaha yang Betul juga kita dapat memelihara satu sikap yang

positif dan bersungguh-sungguh dalam segala yang kita lakukan sama ada kerjaya,

pelajaran ataupun mempraktikkan Dhamma. Dengan berbekalkan daya yang

bersungguh-sungguh dan azam yang kuat ini, barulah kita boleh memperolehi kejayaan

dan sinar di masa hadapan.

Kesedaran yang Betul

Kesedaran yang Betul amat diperlukan dalam kehidupan kita setiap hari.

Kesedaran yang Betul bermaksud sentiasa sedar akan segala yang kita lakukan pada

setiap masa, sama ada daripada segi kelakuan, pertuturan ataupun fikiran.

Kita mesti selalu sedar dan membuat pemerhatian terhadap perkara-

perkara yang berlaku di sekeliling kita. Jangan menjadi seorang pelalai dan alpha yang

tidak mengawal perbuatan, pertuturan dan fikiran yang dipenuhi dengan sifat tamak,

kegusaran dan kejahilan kerana ia bakal menjerumuskan diri kita ke lembah hina.

Tumpuan yang Betul

18

Page 19: kemahiran berfikir

Tumpuan yang Betul merupakan proses melatih fikiran melalui meditasi.

Meditasi dalam konteks ini bererti melatih fikiran menumpu kepada sesuatu objek.

Objek itu boleh merupakan satu benda yang wujud seperti bunga atau konsep seperti

kasih sayang ( metta ).

Latihan meditasi membantu seseorang memperolehi fikiran yang tenteram

dan tertumpu. Meditasi amat berfaedah sekiranya kita melakukannya tiap-tiap hari

sungguhpun hanya selama beberapa minit sahaja. Tetapi adalah penting kita mempunyai

guru meditasi yang berkelayakan untuk membimbing kita pada peringkat permulaan.

Pandangan yang Betul

Dalam masyarakat yang serba moden ini, manusia mudah terpengaruh

oleh pelbagai jenis idea, pendapat, pandangan yang baik dan buruk. Manusia senang

terkeliru dengan tayangan filem, video, televisyen, radio, gambar-gambar menarik dan

novel-novel tertentu yang menyebabkan ia terbabas dari jalan yang benar dan pandangan

yang betul.

Maka Pandangan yang Betul penting bagi kita untuk memahami dan

mengetahui sesuatu dalam keadaannya yang sebenar, dan bukan apa yang boleh

diperhatikan dalam bentuk luaran sahaja.

Fikiran yang Betul

Fikiran yang Betul membawa maksud keadaan mental yang sentiasa

menghapuskan idea atau pendapat yang salah dan memperkembangkan faktor-faktor

moral lain yang boleh membawa ke Nibbana. Dalam perkataan yang lain, Fikiran yang

Betul menghapuskan fikiran yang berdosa dan memperkembangkan fikiran yang suci.

19

Page 20: kemahiran berfikir

KEMAHIRAN MEMBUAT KEPUTUSAN DARI PERSPEKTIF SEJARAH

Zaman Socrates

Ada baiknya jika kita soroti sedikit kemahiran membuat keputusan dari

perspektif sejarah dan kesannya kepada kefahaman tentang konsep tersebut sendiri.

Berfikir yang juga dikenali pada mulanya sebagai pemikiran kritis yang juga merangkumi

pemikiran kreatif telah mula diberi perhatian istimewa oleh tamadun manusia semenjak

zaman Socrates, 2500 tahun dahulu lagi. Dalam menitikberatkan pemikiran kritis dalam

kehidupan manusia, Socrates telah berjaya menggunakan keberkesanan soalan untuk

menilai dan mempertingkatkan kebolehan seseorang menjana dan memberikan buah

fikiran. Socrates telah menyatakan bahawa buah fikiran yang bernas tidak semestinya

dihasilkan oleh seseorang yang mempunyai kuasa atau authoriti sahaja. Beliau telah

membuktikan bahawa seseorang yang mempunyai kuasa dan kedudukan, kadang-kadang

boleh melakukan tindakan yang membingungkan dan tidak diterima akal. Beliau

menyarankan betapa pentingnya soalan-soalan aras tinggi yang beliau sebut sebagai

‘deep questions’ diajukan untuk menggalakkan seseorang berfikir secara kritis sebelum

satu-satu buah fikiran dapat dan layak diterima pakai.

Dia juga menyatakan betapa pentingnya seseorang berupaya melahirkan

hujah yang kukuh sebelum buah fikirannya dapat diterima. Keupayaan ini merangkumi

kebolehan melihat secara objektif, mentaakul dan membuat saranan, menganalisa

konsep-konsep asas, dan juga menyoroti implikasi bukan sahaja terhadap apa yang

dinyatakan tetapi juga apa yang telah dilakukan dengan perbuatan. Kaedah penyoalan

Socrates yang dikenali sebagai “Socratic questioning” atau “Penyoalan Socratic” masih

dianggap sebagai satu cara terbaik dalam pengajaran berfikir secara kritis dan kreatif dan

masih banyak diamalakan hingga ke hari ini.

20

Page 21: kemahiran berfikir

Socrates telah memulakan agenda berfikir dengan menggunakan soalan

sebagai alat penjanaan idea dan buah fikiran yang mantap. Soalan telah digunakan bila

mempertikaikan kepercayaan dan penerangan yang lazimnya diterima oleh masyarakat

tanpa usul periksa. Beliau dengan cermatnya telah  mengenalpasti satu-satu kepercayaan

itu dari perspektif logik dan diterima akal berbanding dari hanya melihat secara lahiriah

dan nampak elok atau secocok dengan perasaan ego yang serasi dengan cita-cita 

tersembunyi seseorang. Sesuatu yang berupaya atau dilihat sebagai berpotensi untuk

memberi keselesaan dan keseronokan. Sekiranya tidak didasarkan kepada hujah, bukti

atau asas keyakinan yang kukuh adalah tidak boleh diterima pakai.

Idea Socrates dalam berfikir secara kritis dan kreatif telah disoroti oleh

Plato ( murid Socrates yang banyak membuat catatan tentang pemikiran Socrates ) dan

Aristotle ( seorang lagi ahli falsafah Greek ). Mereka  dan ahli falsafah Greek yang lain

menyarankan betapa perlunya manusia berfikir sebelum menerima sesuatu kerana realiti

sesuatu  itu mungkin berbeza dari keadaan lahiriahnya tetapi hanya minda yang terlatih  (

trained mind ) sahaja yang dapat membezakannya apa yang dilihat oleh mata kasar (

delusive appearances ) dengan apa yang sebenarnya tersirat disebalik kulit luarannya (

the deeper realities of life ). Bertitik tolak dari saranan tradisi Greek ini, lahir keperluan

bagi manusia untuk mencari kebenaran tersembunyi ( deeper realities ), berfikir secara

sistematik, menyoroti implikasi secara meluas dan mendalam kerana cuma dengan

berfikir secara komprehensif, ‘well-reasoned’, dan bersifat responsif terhadap tentangan

dan kejanggalan sahaja yang membolehkan manusia berfikir secara mendalam dari cuma

menghayati apa yang terpapar pada sifat lahiriah sahaja.

Tradisi ini adalah selari dengan apa yang disarankan oleh Islam supaya

manusia meneliti kebesaran dan kehebatan Pencipta alam ini di sebalik keindahan

ciptaanNya yang berupa bintang-bintang, gunung ganang, matahari dan bulan yang

sentiasa menakjubkan mereka yang ingin berfikir. Keyakinan yang didasarkan kepada

Al-Quran, hadith dan sunnah, ijmak dan ulamak adalah mutlak dan tidak boleh

21

Page 22: kemahiran berfikir

dipersoalkan. Berfikir dalam Islam adalah dalam lingkungan yang dibenarkan oleh

syara’ dan tidak bertentangan dengan syariat Islam itu sendiri.

Zaman moden

Dalam abad dua puluhan, ramai ahli pendidik, falsafah dan ahli fikir yang

lain telah dilahirkan. Kita berterima kasih dengan tokoh-tokoh seperti Guilford, Dewey,

Meyers, Beyer, Bloom dan ramai lagi yang telah mendalami dan memberi sumbangan

yang besar terhadap perkembangan aspek ini. Tokoh-tokoh seperti Benjamin Bloom

bersama rakan-rakannya yang lain termasuk Krathwohl telah mendalami konsep

penggunaan soalan seperti yang disarankan oleh Socrates dalam menjana kemahiran

membuat keputusan dengan berlandaskan domain kognitif. Bloom adalah orang yang

bertanggungjawab dalam memperkenalkan istilah ‘aras pemikian’ atau ‘levels of thought

processes’. Bloom menyatakan bahawa pemikiran aras tinggi ( higher-order thought

processes ) hanya boleh digemblengkan dengan penggunaan soalan atau objektif

pengajaran aras tinggi juga. Bloom juga menyatakan bahawa keghairahan guru

menggunakan soalan dan objektif pengajaran aras rendah telah melahirkan pelajar-pelajar

yang tidak kreatif atau kritis. Ini berlaku kerana guru tidak sedar tentang kepentingan

penggunaan soalan dan objektif pengajaran aras tinggi bagai menjana pemikran kritis di

kalangan pelajar.

Krathwohl dalam usaha lain telah menghasilkan satu taksonomi yang

memberi pemberatan kepada unsur atau domain afektif dalam proses berfikir. Konsep

tentang kepentingan domain afektif dalam kejayaan kehidupan seseorang telah dikhususi

pula oleh penyelidik mutakir seperti Daniel Goleman yang menyarankan konsep yang

dikenali sebagai ‘EQ’ atau ‘Emotional Intelligence’ ( Kecerdasan Emosi ) yang

menurutnya memainkan peranan yang lebih penting dalam menjana satu-satu kejayaan.

Menurutnya “80% kejayaan seseorang adalah bergantung kepada EQ dan bukan IQnya”

(Goleman, 1998). Kenyataan ini dibuat berdasarkan kajian yang dijalankannya ke atas

beribu-ribu orang ahli professional berjaya dalam lapangan masing-masing. Konsep EQ

yang diperkenalkan oleh Goleman mempunyai keselarian dari segi konsep dan

22

Page 23: kemahiran berfikir

penekananan dengan domain afektif seperti yang diutarakan oleh Krathwohl dalam

taksonomi domain afektifnya.

RUJUKAN

1. Baron, J., & Brown, R.V. (1991). Toward improved instruction in decision making

to adolescents: A conceptual framework and pilot program. In J. Baron & R.V.

Brown (Eds.), Teaching Decision Making to Adolescents, (pp. 95-122). Hillsdale,

NJ: Lawrence Erlbaum Associates

2. Von Winterfeldt, D., & Edwards, W. (1986). Decision Analysis and Behavioral

Research. New York: Cambridge University Press.

3. http://cals-cf.calsnet.arizona.edu/fcs/bpy/content.cfm?content=decision_making

4. The Will to Be Human, Silvano Arieti (1972) New York: Quadrangle Books, Inc., p44.

5. Piyadassi Thera, The Buddha’s Acient Path, Buddhist Publication Society, Kandy

(1974).

6. Narada Maha Thera, The Buddha And His Teaching, Buddhist Publication Society,

Kandy (1980).

23