76
PERBANDINGAN TAHAP KEBIMBANGAN SEBELUM PERTANDINGAN ANTARA PEMAIN BOLA SEPAK DAN HOKI BAWAH 15 DAN 18 TAHUN

Kajian Tindakan Bab 1-3

Embed Size (px)

DESCRIPTION

kajian tindakan

Citation preview

Page 1: Kajian Tindakan Bab 1-3

PERBANDINGAN TAHAP KEBIMBANGAN SEBELUM

PERTANDINGAN ANTARA PEMAIN

BOLA SEPAK DAN HOKI

BAWAH 15 DAN

18 TAHUN

Page 2: Kajian Tindakan Bab 1-3

ABSTRAK

Kajian yang menggunakan sampel pemain bola sepak dan hoki Sekolah Menengah

Kebangsaan Anderson Ipoh Perak ini adalah untuk mengetahui pasukan manakah

yang mempunyai tahap kebimbangan kognitif, somatik dan keyakinan diri yang lebih

tinggi satu jam sebelum pertandingan liga sekolah-sekolah premier. Sementara itu,

kajian ini juga dilakukan adalah untuk mengetahui adakah terdapat perbezaan

kebimbangan seketika antara pemain bola sepak dan hoki sebelum pertandingan.

Penyelidikan ini dijalankan menggunakan soal selidik ‘Competitive State Anxiety

Inventory-2’ (CSAI-2) yang diperkenalkan oleh Martens (1977). Dapatan kajian ini

menunjukkan secara keseluruhan pasukan bola sepak dan hoki Sekolah Menengah

Kebangsaan Anderson Ipoh berada pada tahap kebimbangan kognitif yang sederhana,

tahap kebimbangan somatik yang sederhana dan juga tahap keyakinan diri yang

sederhana. Disebabkan keputusan inilah, maka atlit-atlit ini masih lagi tidak terlepas

daripada menghadapi kebimbangan yang akan mempengaruhi prestasi permainan

mereka dalam pertandingan. Oleh itu, amatlah perlu bagi atlit-atlit memperbaiki dan

mempelajari mengenai cara untuk mengawal tahap kebimbangan dan mewujudkan

tahap keyakinan diri yang tinggi dalam setiap pertandingan yang akan dihadapi.

Page 3: Kajian Tindakan Bab 1-3

BAB 1

PENGENALAN

1.1 Latar belakang kajian

Dalam bidang sukan, kebanyakan jurulatih lebih menumpukan kepada aspek latihan

kemahiran, teknik, taktik dan strategi dalam permainan sebagai persediaan atlet bagi

menghadapi pertandingan. Manakala aspek psikologi tidak diberi perhatian yang

khusus. Sebenarnya aspek psikologi banyak menyumbang ke arah prestasi seseorang

atlet dalam pertandingan. Kekuatan fizikal diikuti dengan kekuatan mental sebelum

Page 4: Kajian Tindakan Bab 1-3

dan semasa bertanding merupakan gabungan yang harmonis bagi mencapai

kemenangan. Perasaan gementar, takut, bimbang dan keyakinan diri merupakan

perkara yang perlu diberi perhatian. Ada sesetengah atlet yang mewakili negara pada

Sukan Komanwel di Melbourne 2006 baru-baru ini gagal menepati sasaran emas

negara menyatakan prestasi mereka kurang menyerlah kerana perasaan kurang yakin,

gementar, risau, takut dan bimbang semasa bertanding. Oleh itu, keupayaan altet

mengatasi perasaan gementar, risau, takut, bimbang dan lain-lain merupakan

gangguan sebelum dan semasa bertanding merupakan kelebihan untuk mempamerkan

prestasi cemerlang seterusnya mengalahkan pihak lawan. Dalam erti kata yang lain

atlet perlu berlawan dengan diri sendiri (psikologi) dan barulah berupaya berlawan

dengan pihak lawan. Keadaan ini disedari oleh Menteri Belia dan Sukan iaitu Dato’

Azlina bt. Dato’ Othman Said yang telah ditemuramah dalam rancangan Laporan

Harian Sukan Komanwel 2006 menyatakan bahawa atlet negara memerlukan jurulatih

mental bagi membantu dan meningkatkan prestasi atlet dalam negara.

Pada peringkat pertandingan sukan tinggi, seringkali atlet mengalami masalah

untuk beraksi dengan cemerlang kerana gangguan faktor kebimbangan. Ramai atlet

telah menyuarakan tentang kegagalan mereka untuk mengawal tahap kebimbangan

Page 5: Kajian Tindakan Bab 1-3

sewaktu menghadapi pertandingan. Akibatnya, prestasi mereka jatuh mendadak

walaupun mereka sebenarnya memiliki kemahiran dan keupayaan fizikal yang baik.

Kegagalan melakukan tindakan yang sepatutnya pada saat genting menjadi penyebab

pemain dan pasukan ternama mengalami kekalahan berpunca dari tekanan,

kebangkitan dan peningkatan tahap kebimbangan Shaharudin (2001). Semenjak tahun

1960-an lagi, pengaruh kebimbangan yang terdapat dalam ‘stress’ pada masyarakat

sekarang sudah banyak diperolehi. Berbagai cara digunakan untuk mengukur tahap

kebimbangan di kalangan ahli-ahli sukan. Perasaan kebimbangan dilihat dalam

berbagai dimensi dalam 2 cara iaitu komponen tret dan seketika. Komponen seketika

adalah satu rangsangan emosi yang datang secara tiba-tiba disebabkan oleh ketakutan,

tekanan dan peningkatan rangsangan psikologi. Komponen tret di dalam kebimbangan

ialah proses pra-penyusunan semula dalam merasai situasi tertentu yang menggugat

sesebuah persekitaran. Sekiranya seseorang atlet mempunyai komponen kebimbangan

tret yang tinggi maka beliau akan menunjukkan kebimbangan seketika sebagai

tindakbalas yang tinggi di dalam menghadapi pertandingan. Kepelbagaian dimensi

dalam kebimbangan juga mengandungi :

i. Kebimbangan kognitif iaitu merupakan kebimbangan mental yang disebabkan

oleh takut dengan penilaian negatif sosial, takut gagal dan hilang harga diri.

Page 6: Kajian Tindakan Bab 1-3

ii. Kebimbangan somatik iaitu merupakan komponen kebimbangan fizikal yang

terhasil kerana sebab-sebab psikologi yang dinyatakan di atas, seperti kelajuan

degupan jantung, pernafasan dan ketegangan otot.

Kesimpulan kebimbangan dalam pertandingan pula merupakan satu masalah

yang kerap dialami oleh pemain dan jurulatih atau guru sukan. Kebiasaannya masalah

kebimbangan ini berlaku apabila sesuatu pertandingan semakin hampir atau

pertandingan sedang berlangsung. Ramai jurulatih percaya bahawa kebimbangan

merupakan faktor utama yang menggangu prestasi atlet dan menghadkan prestasi

sukan.

Page 7: Kajian Tindakan Bab 1-3

1.1.1 Kerangka konseptual

PEMAIN PASUKAN BOLA SEPAK DAN HOKI YANG MEWAKILI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN ANDERSON IPOH

PERBANDINGAN TAHAP KEBIMBANGAN SEBELUM PERTANDINGAN DI ANTARA PEMAIN BOLA SEPAK DAN HOKI

BAWAH 15 DAN 18 SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN ANDERSON IPOH

Page 8: Kajian Tindakan Bab 1-3

Rajah 1 : Kerangka Konseptual

1.1.2 Definisi operasioanal

1.1.2.1 Kebimbangan

Kebimbangan adalah sesuatu perasaan takut yang menguasai individu sehingga

memberi kesan terhadap peningkatan pada fungsi tubuh badan manusia.

Kebimbangan ini berkait rapat dengan konsep perasaan gentar dan takut (Cox, 2002).

1.1.2.2 Sebelum pertandingan

Membayangkan tekanan yang dihadapi bagi menaikkan tahap kebimbangan melalui

proses untuk membandingkan prestasi individu antara satu sama lain dan kesedaran

untuk menilai antara satu sama lain dalam proses perbandingan (Gill, 1990).

Page 9: Kajian Tindakan Bab 1-3

1.1.2.3 Kebimbangan tret

Keadaan badan yang terpengaruh dengan suasana persekitaran sama ada mengancam

atau bertindak dengan meningkatkan kebimbangan seketika.

1.1.2.4 Kebimbangan state pertandingan

Keadaan emosi yang sementara, satu persepsi perasaan yang subjektif terhadap

ketegangan dan ketakutan serta peningkatan aktiviti sistem saraf autonomik (Magill,

1985).

1.1.2.5 Kebimbangan kognitif

Merupakan komponen mental kebimbangan seketika. Ia merujuk kepada proses

kognitif iaitu minda yang berlaku akibat tafsiran terhadap situasi semasa (Shaharudin,

2001).

Page 10: Kajian Tindakan Bab 1-3

1.1.2.6 Kebimbangan somatik

Tindakbalas dari kebangkitan autonomik akibat pengalaman yang tertekan.

1.1.2.7 Keyakinan diri

Tahap kepastian yang ditunjukan oleh para pemain terhadap kebolehan mereka untuk

berjaya dalam lapangan sukan (Veeley, 1990).

1.1.2.8 Kebimbangan tret pertandingan

Suatu kecenderungan untuk melihat situasi pertandingan dengan perasaan takut.

1.2 Pernyataan masalah

Berdasarkan kepada kajian lampau mendapati bahawa faktor kebimbangan adalah

salah satu peyumbang kepada peningkatan atau kemerosotan prestasi atlet. Malah ahli

Page 11: Kajian Tindakan Bab 1-3

psikologi sukan juga berpendapat, ada atlet yang memerlukan sedikit atau sejumlah

besar tahap kebangkitan untuk menghadapi pertandingan dalam membantu

meningkatkan pencapaian mereka. Di samping itu sebilangan besar pemain atau atlet

tidak dapat memberikan mutu persembahan yang cemerlang dan kurang keyakinan

diri kerana masalah gangguan kebimbangan.

Sebagai contoh fenomena kebimbangan juga sering berlaku kepada mana-

mana atlet yang menyertai pertandingan dalam sesuatu kejohanan. Masalah ini juga

turut berlaku kepada atlet Sekolah Menengah Kebangsaan Anderson Ipoh (SMKA).

Setiap tahun pihak sekolah akan menghantar wakil atlet dalam pertandingan acara

berpasukan ke pertandingan pada peringkat Negeri. Namun dari segi pencapaian

pasukan ini adalah tidak konsisten yang menyebabkan mereka tidak dapat

mempamerkan prestasi sebenar setiap kali menyertai pertandingan.

Berdasarkan rekod keputusan perlawanan SMKA pada tahun 2007. Kedua-dua

pasukan ini menunjukan prestasi mereka semasa perlawanan tidak menentu

terutamanya apabila mereka memasuki peringkat akhir perlawanan. Justeru, tujuan

kajian ini dijalankan adalah untuk mengetahui sejauh mana tahap kebimbangan dan

Page 12: Kajian Tindakan Bab 1-3

perbezaan kebimbangan di antara pemain bola sepak dan hoki, SMKA ini

menpengaruhi pencapaian dalam perlawanan.

1.3 Objektif kajian

Objektif kajian ini adalah untuk melihat:

i. Mengenalpasti tahap kebimbangan sebelum pertandingan dikalangan pemain

bola sepak dan hoki SMKA

ii. Mengenalpasti tahap kebimbangan kognitif, somati dan keyainan diri

dikalangan pemain bola sepak dan hoki SMKA.

1.4 Persoalan kajian

Terdapat tujuh persoalan kajan dalam kajian ini iaitu :

i. Apakah tahap kebimbangan kognitif sebelum pertandingan bagi pemain bola

sepak SMKA?

ii. Apakah tahap kebimbangan kognitif sebelum pertandingan bagi pemain hoki

SMKA?

Page 13: Kajian Tindakan Bab 1-3

iii. Apakah tahap kebimbangan somatik sebelum pertandingan bagi pemain bola

sepak SMKA?

iv. Apakah tahap kebimbangan somatik sebelum pertandingan bagi pemain hoki

SMKA?

v. Apakah tahap keyakinan diri sebelum pertandingan bagi pemain bola sepak

SMKA?

vi. Apakah tahap keyakinan diri sebelum pertandingan bagi pemain hoki SMKA?

vii. Adakah terdapat perbezaan dari segi tahap kebimbangan kognitif, somatik, dan

keyakinan diri dikalangan pasukan bola sepak dan hoki SMA?

1.5 Kesignifikanan kajian

i. Untuk mendapatkan maklum balas daripada atlet, mengenai tahap

kebimbangan mereka.

ii. Dapat mengkategorikan tahap kebimbangan di kalangan atlet sama ada pada

tahap yang tinggi, sederhana atau rendah untuk menunjukkan tidak terdapat

perbezaan yang signifikan bagi kedua-dua sukan tersebut.

Page 14: Kajian Tindakan Bab 1-3

iii. Untuk memberi panduan dan rujukan kepada atlet dan juga jurulatih untuk

memperbaiki tahap prestasi sukan mereka dengan membentuk pasukan yang

mempunyai kekuatan mental dalam menghadapi sebarang peringkat

pertandingan.

1.6 Batasan kajian

Kajian ini berkaitan dengan perbandingan tahap kebimbangan di antara pemain bola

sepak dan hoki. Sasaran kajian melibatkan semua pemain bola sepak dan hoki yang

bertanding dalam pertandingan liga antara sekolah-sekolah premier. Dalam

mendapatkan hasil dapatan yang sempurna semasa soal selidik dijalankan, terdapat

batasan-batasan yang berkaitan dengan kajian seperti :

i. Responden berkemungkinan memberi jawapan yang tidak tepat.

ii. Berkemungkinan tiada unsur kejujuran oleh responden ketika memberi

jawapan semasa soal selidik dijalankan. Keadaan ini berkemungkinan

responden bebas untuk memberi jawapan dengan sesuka hati tanpa diketahui

oleh pengkaji kerana di dalam borang soal selidik tidak memerlukan identiti

responden.

Page 15: Kajian Tindakan Bab 1-3

iii. Sikap responden semasa menjawab soal selidik adalah di luar kawalan

penyelidik. Perkara ini berlaku kerana responden terlalu ramai sehingga

pengkaji tidak dapat memerhati ketika responden menjawab soal selidik.

iv. Responden perlu memilih jawapan-jawapan yang disediakan oleh penyelidik

sahaja dan tidak berpeluang untuk memberi jawapan serta pendapat sendiri

yang mempunyai rasional yang konkrit.

v. Tempoh masa untuk menjawab soal selidik berkemungkinan mempengaruhi

jawapan responden kerana tempoh masa yang dihadkan telah ditetapkan oleh

penyelidik.

BAB 1

PENGENALAN

Page 16: Kajian Tindakan Bab 1-3

1.1 Latar belakang kajian

Dalam bidang sukan, kebanyakan jurulatih lebih menumpukan kepada aspek latihan

kemahiran, teknik, taktik dan strategi dalam permainan sebagai persediaan atlet bagi

menghadapi pertandingan. Manakala aspek psikologi tidak diberi perhatian yang

khusus. Sebenarnya aspek psikologi banyak menyumbang ke arah prestasi seseorang

atlet dalam pertandingan. Kekuatan fizikal diikuti dengan kekuatan mental sebelum

dan semasa bertanding merupakan gabungan yang harmonis bagi mencapai

kemenangan. Perasaan gementar, takut, bimbang dan keyakinan diri merupakan

perkara yang perlu diberi perhatian. Ada sesetengah atlet yang mewakili negara pada

Sukan Komanwel di Melbourne 2006 baru-baru ini gagal menepati sasaran emas

negara menyatakan prestasi mereka kurang menyerlah kerana perasaan kurang yakin,

gementar, risau, takut dan bimbang semasa bertanding. Oleh itu, keupayaan altet

mengatasi perasaan gementar, risau, takut, bimbang dan lain-lain merupakan

Page 17: Kajian Tindakan Bab 1-3

gangguan sebelum dan semasa bertanding merupakan kelebihan untuk mempamerkan

prestasi cemerlang seterusnya mengalahkan pihak lawan. Dalam erti kata yang lain

atlet perlu berlawan dengan diri sendiri (psikologi) dan barulah berupaya berlawan

dengan pihak lawan. Keadaan ini disedari oleh Menteri Belia dan Sukan iaitu Dato’

Azlina bt. Dato’ Othman Said yang telah ditemuramah dalam rancangan Laporan

Harian Sukan Komanwel 2006 menyatakan bahawa atlet negara memerlukan jurulatih

mental bagi membantu dan meningkatkan prestasi atlet dalam negara.

Pada peringkat pertandingan sukan tinggi, seringkali atlet mengalami masalah

untuk beraksi dengan cemerlang kerana gangguan faktor kebimbangan. Ramai atlet

telah menyuarakan tentang kegagalan mereka untuk mengawal tahap kebimbangan

sewaktu menghadapi pertandingan. Akibatnya, prestasi mereka jatuh mendadak

walaupun mereka sebenarnya memiliki kemahiran dan keupayaan fizikal yang baik.

Kegagalan melakukan tindakan yang sepatutnya pada saat genting menjadi penyebab

pemain dan pasukan ternama mengalami kekalahan berpunca dari tekanan,

kebangkitan dan peningkatan tahap kebimbangan Shaharudin (2001). Semenjak tahun

1960-an lagi, pengaruh kebimbangan yang terdapat dalam ‘stress’ pada masyarakat

sekarang sudah banyak diperolehi. Berbagai cara digunakan untuk mengukur tahap

Page 18: Kajian Tindakan Bab 1-3

kebimbangan di kalangan ahli-ahli sukan. Perasaan kebimbangan dilihat dalam

berbagai dimensi dalam 2 cara iaitu komponen tret dan seketika. Komponen seketika

adalah satu rangsangan emosi yang datang secara tiba-tiba disebabkan oleh ketakutan,

tekanan dan peningkatan rangsangan psikologi. Komponen tret di dalam kebimbangan

ialah proses pra-penyusunan semula dalam merasai situasi tertentu yang menggugat

sesebuah persekitaran. Sekiranya seseorang atlet mempunyai komponen kebimbangan

tret yang tinggi maka beliau akan menunjukkan kebimbangan seketika sebagai

tindakbalas yang tinggi di dalam menghadapi pertandingan. Kepelbagaian dimensi

dalam kebimbangan juga mengandungi :

iii. Kebimbangan kognitif iaitu merupakan kebimbangan mental yang disebabkan

oleh takut dengan penilaian negatif sosial, takut gagal dan hilang harga diri.

iv. Kebimbangan somatik iaitu merupakan komponen kebimbangan fizikal yang

terhasil kerana sebab-sebab psikologi yang dinyatakan di atas, seperti kelajuan

degupan jantung, pernafasan dan ketegangan otot.

Kesimpulan kebimbangan dalam pertandingan pula merupakan satu masalah

yang kerap dialami oleh pemain dan jurulatih atau guru sukan. Kebiasaannya masalah

kebimbangan ini berlaku apabila sesuatu pertandingan semakin hampir atau

Page 19: Kajian Tindakan Bab 1-3

pertandingan sedang berlangsung. Ramai jurulatih percaya bahawa kebimbangan

merupakan faktor utama yang menggangu prestasi atlet dan menghadkan prestasi

sukan.

1.1.1 Kerangka konseptual

PEMAIN PASUKAN BOLA SEPAK DAN HOKI YANG MEWAKILI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN ANDERSON IPOH

PERBANDINGAN TAHAP KEBIMBANGAN SEBELUM PERTANDINGAN DI ANTARA PEMAIN BOLA SEPAK DAN HOKI

BAWAH 15 DAN 18 SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN ANDERSON IPOH

Page 20: Kajian Tindakan Bab 1-3

Rajah 1 : Kerangka Konseptual

Page 21: Kajian Tindakan Bab 1-3

1.1.2 Definisi operasioanal

1.1.2.1 Kebimbangan

Kebimbangan adalah sesuatu perasaan takut yang menguasai individu sehingga

memberi kesan terhadap peningkatan pada fungsi tubuh badan manusia.

Kebimbangan ini berkait rapat dengan konsep perasaan gentar dan takut (Cox, 2002).

1.1.2.2 Sebelum pertandingan

Membayangkan tekanan yang dihadapi bagi menaikkan tahap kebimbangan melalui

proses untuk membandingkan prestasi individu antara satu sama lain dan kesedaran

untuk menilai antara satu sama lain dalam proses perbandingan (Gill, 1990).

1.1.2.3 Kebimbangan tret

Keadaan badan yang terpengaruh dengan suasana persekitaran sama ada mengancam

atau bertindak dengan meningkatkan kebimbangan seketika.

Page 22: Kajian Tindakan Bab 1-3

1.1.2.4 Kebimbangan state pertandingan

Keadaan emosi yang sementara, satu persepsi perasaan yang subjektif terhadap

ketegangan dan ketakutan serta peningkatan aktiviti sistem saraf autonomik (Magill,

1985).

1.1.2.5 Kebimbangan kognitif

Merupakan komponen mental kebimbangan seketika. Ia merujuk kepada proses

kognitif iaitu minda yang berlaku akibat tafsiran terhadap situasi semasa (Shaharudin,

2001).

1.1.2.6 Kebimbangan somatik

Tindakbalas dari kebangkitan autonomik akibat pengalaman yang tertekan.

1.1.2.7 Keyakinan diri

Page 23: Kajian Tindakan Bab 1-3

Tahap kepastian yang ditunjukan oleh para pemain terhadap kebolehan mereka untuk

berjaya dalam lapangan sukan (Veeley, 1990).

1.1.2.8 Kebimbangan tret pertandingan

Suatu kecenderungan untuk melihat situasi pertandingan dengan perasaan takut.

1.2 Pernyataan masalah

Berdasarkan kepada kajian lampau mendapati bahawa faktor kebimbangan adalah

salah satu peyumbang kepada peningkatan atau kemerosotan prestasi atlet. Malah ahli

psikologi sukan juga berpendapat, ada atlet yang memerlukan sedikit atau sejumlah

besar tahap kebangkitan untuk menghadapi pertandingan dalam membantu

meningkatkan pencapaian mereka. Di samping itu sebilangan besar pemain atau atlet

tidak dapat memberikan mutu persembahan yang cemerlang dan kurang keyakinan

diri kerana masalah gangguan kebimbangan.

Page 24: Kajian Tindakan Bab 1-3

Sebagai contoh fenomena kebimbangan juga sering berlaku kepada mana-

mana atlet yang menyertai pertandingan dalam sesuatu kejohanan. Masalah ini juga

turut berlaku kepada atlet Sekolah Menengah Kebangsaan Anderson Ipoh (SMKA).

Setiap tahun pihak sekolah akan menghantar wakil atlet dalam pertandingan acara

berpasukan ke pertandingan pada peringkat Negeri. Namun dari segi pencapaian

pasukan ini adalah tidak konsisten yang menyebabkan mereka tidak dapat

mempamerkan prestasi sebenar setiap kali menyertai pertandingan.

Berdasarkan rekod keputusan perlawanan SMKA pada tahun 2007. Kedua-dua

pasukan ini menunjukan prestasi mereka semasa perlawanan tidak menentu

terutamanya apabila mereka memasuki peringkat akhir perlawanan. Justeru, tujuan

kajian ini dijalankan adalah untuk mengetahui sejauh mana tahap kebimbangan dan

perbezaan kebimbangan di antara pemain bola sepak dan hoki, SMKA ini

menpengaruhi pencapaian dalam perlawanan.

1.3 Objektif kajian

Objektif kajian ini adalah untuk melihat:

Page 25: Kajian Tindakan Bab 1-3

iii. Mengenalpasti tahap kebimbangan sebelum pertandingan dikalangan pemain

bola sepak dan hoki SMKA

iv. Mengenalpasti tahap kebimbangan kognitif, somati dan keyainan diri

dikalangan pemain bola sepak dan hoki SMKA.

1.4 Persoalan kajian

Terdapat tujuh persoalan kajan dalam kajian ini iaitu :

viii. Apakah tahap kebimbangan kognitif sebelum pertandingan bagi pemain bola

sepak SMKA?

ix. Apakah tahap kebimbangan kognitif sebelum pertandingan bagi pemain hoki

SMKA?

x. Apakah tahap kebimbangan somatik sebelum pertandingan bagi pemain bola

sepak SMKA?

xi. Apakah tahap kebimbangan somatik sebelum pertandingan bagi pemain hoki

SMKA?

xii. Apakah tahap keyakinan diri sebelum pertandingan bagi pemain bola sepak

SMKA?

xiii. Apakah tahap keyakinan diri sebelum pertandingan bagi pemain hoki SMKA?

Page 26: Kajian Tindakan Bab 1-3

xiv. Adakah terdapat perbezaan dari segi tahap kebimbangan kognitif, somatik, dan

keyakinan diri dikalangan pasukan bola sepak dan hoki SMA?

1.5 Kesignifikanan kajian

iv. Untuk mendapatkan maklum balas daripada atlet, mengenai tahap

kebimbangan mereka.

v. Dapat mengkategorikan tahap kebimbangan di kalangan atlet sama ada pada

tahap yang tinggi, sederhana atau rendah untuk menunjukkan tidak terdapat

perbezaan yang signifikan bagi kedua-dua sukan tersebut.

vi. Untuk memberi panduan dan rujukan kepada atlet dan juga jurulatih untuk

memperbaiki tahap prestasi sukan mereka dengan membentuk pasukan yang

mempunyai kekuatan mental dalam menghadapi sebarang peringkat

pertandingan.

1.6 Batasan kajian

Page 27: Kajian Tindakan Bab 1-3

Kajian ini berkaitan dengan perbandingan tahap kebimbangan di antara pemain bola

sepak dan hoki. Sasaran kajian melibatkan semua pemain bola sepak dan hoki yang

bertanding dalam pertandingan liga antara sekolah-sekolah premier. Dalam

mendapatkan hasil dapatan yang sempurna semasa soal selidik dijalankan, terdapat

batasan-batasan yang berkaitan dengan kajian seperti :

vi. Responden berkemungkinan memberi jawapan yang tidak tepat.

vii. Berkemungkinan tiada unsur kejujuran oleh responden ketika memberi

jawapan semasa soal selidik dijalankan. Keadaan ini berkemungkinan

responden bebas untuk memberi jawapan dengan sesuka hati tanpa diketahui

oleh pengkaji kerana di dalam borang soal selidik tidak memerlukan identiti

responden.

viii. Sikap responden semasa menjawab soal selidik adalah di luar kawalan

penyelidik. Perkara ini berlaku kerana responden terlalu ramai sehingga

pengkaji tidak dapat memerhati ketika responden menjawab soal selidik.

ix. Responden perlu memilih jawapan-jawapan yang disediakan oleh penyelidik

sahaja dan tidak berpeluang untuk memberi jawapan serta pendapat sendiri

yang mempunyai rasional yang konkrit.

Page 28: Kajian Tindakan Bab 1-3

x. Tempoh masa untuk menjawab soal selidik berkemungkinan mempengaruhi

jawapan responden kerana tempoh masa yang dihadkan telah ditetapkan oleh

penyelidik.

BAB 2

KAJIAN LITERATUR

Page 29: Kajian Tindakan Bab 1-3

Dalam bab ini, penyelidik membincangkandapatan kajian lepas dan juga

perbincangan mengenai tajuk kajian. Selain itu, penyelidik juga membuat rumusan

pada akhir bab ini.

2.1 Definisi kebimbangan

Kajian-kajian mengenai tahap kebimbangan pada ahli-ahli sukan begitu meluas sekali.

Kebanyakan pengkaji lebih menekankan dalam soal selidik muka untuk mengetahui

tahap kebimbangan di kalangan ahli-ahli sukan. Kajian-kajian yang akan dipaparkan

di dalam bab ini hanyalah segelintir daripada kajian-kajian yang telah dijalankan oleh

pengkaji-pengkaji. Paparan ini bertujuan memberi gambaran ringkas mengenai tajuk

ini.

Menurut Kamus Dwibahasa Oxford (1994) kebimbangan boleh didefinisikan

sebagai suatu keadaan yang berkaitan dengan saraf di mana ia melibatkan perasaan

resah, gelisah, bimbang, tertekan, khuatir dan gemuruh. Levitt (1980) dalam petikan

Cox pula mendefinisikan kebimbangan sebagai satu perasaan takut yang menguasai

diri manusia sehingga memberi kesan terhadap peningkatan kepada fungsi tubuh

badan manusia. Ianya berkait rapat dengan konsep gentar.

Page 30: Kajian Tindakan Bab 1-3

Jones (1990) Mellaliew, Hanton dan Jones (2003) menyatakan kebimbangan

adalah dirujuk sebagai satu yang negatif, kognitif dan menerima respon fisiologi

akibat kebangkitan yang tidak menentu pada pengawalan terhadap situasi yang

tertekan contohnya pertandingan. Fossum (1990) mentakrifkan kebimbangan sebagai

jumlah keseluruhan tindak balas psikobiologikal terhadap situasi yang dianggap tidak

kebal dan terdedah kepada bahaya serta ancaman.

Hans Selye dan Me Glynn (1975), telah mendefinisikan ‘kebimbangan’

sebagai satu tindak balas tidak menentu tubuh badan kita, yang berlaku terhadap diri

kita. Dalam erti kata yang lain, kebimbangan adalah sesuatu perasaan risau yang

timbul dalam diri manusia. Sehubungan dengan itu, manusia akan mula mengawal

kebimbangan dan bukannya kebimbangan mengawal manusia.

Martens (1977) menyatakan reaksi kebimbangan boleh terhasil daripada

keperluan objektif persekitaran yang diinterprestasikan sebagai ancaman. Keadaan ini

berkait rapat dengan gangguan daripada aspek psikologikal dan fisiologikal. Keadaan

kebimbangan ini biasanya mempengaruhi prestasi atlet di dalam acara yang akan

Page 31: Kajian Tindakan Bab 1-3

disertainya. Oleh itu kebimbangan dalam menghadapi sesuatu pertandingan boleh

dijadikan isu psikologi sukan yang boleh menimbulkan masalah kepada prestasi dan

pencapaian atlet.

Kebimbangan seketika ialah kebimbangan sementara yang dialami oleh

seseorang individu dan ia tidak kekal. Kesan kebimbangan seperti ini terhadap

prestasi motor dapat diklasifikasikan sebagai kesan kognitif dan fisiologi.

Kebimbangan seketika ini boleh digolongkan kepada 2 iaitu Kebimbangan Kognitif

dan Kebimbangan Somatik.

2.2 Definisi kebimbangan tret

Mengikut Spielberger (1972), kebimbangan tret pula adalah satu sifat kebimbangan

semulajadi seseorang dalam menghadapi sesuatu tekanan. Kebimbangan ini merujuk

kepada dimensi personaliti atau perubahan personaliti individu terhadap persekitaran

tertentu sebagai ancaman dan ini boleh menimbulkan ketegangan. Jika kebimbangan

tret bertambah serius, ia akan menjadi kebimbangan state (kebimbangan seketika).

Kebimbangan ini merujuk kepada kebimbangan yang kekal dan dialami dalam jangka

Page 32: Kajian Tindakan Bab 1-3

masa yang agak lama. Kebimbangan tret ini biasanya dihadapi sebelum sesuatu

pertandingan itu berlangsung.

Sementara Morris (1995) kebimbangan tret adalah dimensi personaliti. Anshel

(1991) petikan Morris menjelaskan kebimbangan tret adalah satu personaliti yang

kekal pada pra penerimaan sesuatu rangsangan pada situasi atau persekitaran seperti

ancaman atau tekanan dan cenderung untuk bertindak dengan meningkatkan

kebimbangan seketika. Manakala kebimbangan tret menurut Cox (2002) adalah

keadaan badan yang terpengaruh dengan suasana persekitaran sama ada mengancam

atau bertindak dengan meningkatkan kebimbangan seketika.

2.3 Definisi kebimbangan somatik

Dalam proses pertandingan, kebimbangan tret dan seketika berkait rapat dan

mempengaruhi tingkah laku sewaktu bertanding. Tahap kebimbangan dipengaruhi

oleh tahap kesukaran permainan yang akan dihadapi. Oleh itu seseorang jurulatih

perlu mengenal pasti tahap kebimbangan sama ada lelaki atau perempuan supaya

dapat merancang program atau strategi yang bersesuaian dan berkesan bagi mengatasi

masalah tersebut.

Page 33: Kajian Tindakan Bab 1-3

Mishel dan Freedson (1991) pula menyatakan bahawa kebimbangan somatik

menyebabkan peningkatan kadar nadi, ketegangan dan pengurangan kordinasi otot.

Kesan kognitif dan fisiologi yang tidak dapat dikawal akan menyebabkan berlakunya

fenomena ketidakupayaan menghasilkan prestasi yang baik. Keadaan ini

mengakibatkan ketidakupayaan menghasilkan prestasi mengikut potensi yang sebenar

apabila berhadapan dengan situasi tertentu seperti situasi pertandingan.

Shaharudin (2001) menyatakan kebimbangan somatik merujuk kepada aspek

fisiologikal dan afektif individu tersebut. Lazimnya, kebimbangan somatik seperti

perut memulas, berpeluh, peningkatan kadar dengutan jantung, tekak kering dan

sebagainya akan berlaku selepas adanya tafsiran dibuat oleh minda terhadap situasi

tersebut. Kesan yang diperolehi akhirnya akan mempengaruhi perasaan sekaligus

menurunkan prestasi atlet tersebut.

Cox (1990) menyatakan kebimbangan somatik adalah perasaan subjektif

terhadap ketakutan dan keadaan ini boleh meningkatkan kebangkitan fisiologikal

terhadap seseorang atlet. Atlet atau pemain yang tinggi tahap kebimbangan sebelum

Page 34: Kajian Tindakan Bab 1-3

dan semasa pertandingan akan meningkatkan tahap kebangkitan serta akan timbul

perasaan tegang dan takut. Di sini boleh dikatakan kebimbangan merupakan satu

perasaan yang dihasilkan atas tindak balas fisiologikal ataupun kebangkitan. Akibat

daripada kebangkitan, kebimbangan ditunjukkan melalui perasaan tegang.

Cartty (1973) menyatakan individu yang tidak pernah berasa takut atau

bimbang dianggap sebagai individu yang mempunyai kecacatan personaliti. Menurut

Strub (1980) terdapat pengalaman emosi yang agak kekal kepada atlet akibat dari

penyertaan dalam sebarang aktiviti terutamanya semasa dalam pertandingan. Pendapat

ini boleh dikuatkan lagi melalui pendapat Mc Garth (1970) menurut beliau, tahap

kebimbangan ahli-ahli sukan wujud secara semulajadi.

2.4 Hubungan antara

Menurut Burton dalam Mohd. Sofian (2003) telah mencipta teori kebimbangan

multidimensional. Menurut beliau kebimbangan kognitif merupakan tanggapan atau

pemikiran yang negatif tentang prestasi. Tanggapan ini meliputi keupayaan dalam

memberi tumpuan semasa pertandingan sehingga menjejaskan prestasi, manakala

kebimbangan somatik ialah persepsi atau simptom-simptom fisiologi tubuh secara

Page 35: Kajian Tindakan Bab 1-3

automatik seperti pernafasan yang kencang, tangan dan kaki menggeletar, mulut

kering, peningkatan kadar nadi dan lain-lain akibat perasaan bimbang yang juga

menyebabkan gangguan terhadap prestasi seseorang (Horm,1992).

Rajah 1 : Hubungan Multidimensional antara Prestasi Atlet dengan

Kebimbangan State

Page 36: Kajian Tindakan Bab 1-3

Dalam model Multidimensional ini, kebimbangan kognitif mempunyai kaitan

secara linear negatif dengan prestasi. Keyakinan ini (komponen kognitif berasingan)

didapati mempunyai perkaitan linear positif dengan prestasi (Burton,1988).

Kebimbangan somatik (simptom Fisiologi) pula dikenal pasti mempunyai perkaitan

secara Inverted-U dengan prestasi Burton, 1988). Walaupun model ini banyak

mengaitkan elemen kebimbangan, ia masih menganggap kebimbangan dan prestasi

sebagai entiti berbeza (Humara, 1999).

Krane dan Williams (1994) mengkaji kebimbangan kognitif, somatik dan

keyakinan diri atlet lelaki dan wanita sekolah tinggi dan kolej dalam acara balapan

dan padang. Seramai 216 orang atlet dikehendaki melengkapkan CSAI-2

(Competition State Anxiety Inventory) dalam masa 20 minit bagi setiap acara yang

dipertandingkan pada jemputan lari berganti-ganti. Hasil kajian menunjukkan atlet

lelaki mengalami kebimbangan somatik yang rendah dan keyakinan diri yang tinggi,

manakala atlet wanita sekolah tinggi dan kolej memperlihatkan kebimbangan kognitif

dan somatik yang rendah tetapi atlet sekolah tinggi memperlihatkan kebimbangan

somatik dan kognitif yang tinggi. Atlet lelaki kolej memperlihatkan kebimbangan

kognitif yang rendah manakala atlet lelaki sekolah tinggi menunjukkan kebimbangan

Page 37: Kajian Tindakan Bab 1-3

yang tinggi. Bila menguji hipotesis, atlet menceburi sukan mempunyai perbezaan

yang signifikan atau tidak kesukaran dan jangka masa tertentu bagi melihat perbezaan

kebimbangan dan keyakinan diri. Hanya kebimbangan kognitif didapati berbeza

kesukaranya.

Sewel dan Edmonson (1996) telah menjalankan penyelidikan terhadap

perkaitan di antara kebimbangan seketika sebelum pertandingan dengan mengikut

posisi dalam permainan bola sepak dan hoki. Instrumen yang digunakan untuk

mengukur kebimbangan seketika sebelum pertandingan ialah CSAI-2 (Competitive

State Anxiety Inventory-2). Sampel yang digunakan dalam kajian terdiri daripada 121

pemain bola sepak dan hoki yang mengambil bahagian dalam pertandingan peringkat

universiti. Dapatan kajian mendapati pemain bola sepak dan hoki mengalami

kebimbangan yang tinggi sebelum pertandingan berbanding semasa pertandingan.

Halvari dan Gjesmen (1995) mengkaji tahap kebimbangan tret dan

kebimbangan seketika sebelum dan selepas tugasan motor. Subjek terdiri daripada 33

orang peserta dan dilakukan dalam masa 25 saat. Kajian ini memerlukan peserta

menjalani latihan kordinasi, kepantasan, jangka masa dan kekuatan fizikal termasuk

Page 38: Kajian Tindakan Bab 1-3

lakuan eksplosif. Dua jenis lakuan yang diperhatikan iaitu jumlah kesilapan yang

dilakukan ketika lakuan dan julat masa yang diperlukan untuk melengkapkan tugasan

motor. Analisa menunjukkan wujud hubungan positif antara kebimbangan tret dengan

kesilapan dalam lakuan ketika Model Linear diaplikasikan. Walau bagaimanapun

ketika model lengkungan digunakan, terdapat hubungan rapat secara ’U’ antara

kesilapan dengan tahap kebimbangan sebelum pertandingan. Tegasnya, wujud

hubungan positif secara linear antara tahap kebimbangan selepas lakuan dan jumlah

kesilapan semasa lakuan ketika pencerapan dilakukan. Keputusan menunjukan lakuan

adalah faktor kritikal dalam menyebabkan kebimbangan seketika wujud selepas

pertandingan.

Jones, Hanton dan Swain (1994) membuat kajian ke atas atlet renang. Hasil

kajian mendapati di mana tahap intensiti kebimbangan adalah tinggi dikalangan atlet

yang menterjemahkan kebimbangan sebagai perkara yang mudah. Hasil kajian ini

adalah sama seperti kajian yang telah dijalankan ke atas atlet gimnastik (Jones,

Hanton dan Swain, 1993).

Page 39: Kajian Tindakan Bab 1-3

Jumlah keyakinan diri pada individu telah dikenal pasti berbeza di antara atlet

elit dengan atlet yang kurang pengalaman. Kajian keatas pemain-pemain tenis

menunjukkan pemain-pemain yang berpengalaman mempunyai tahap keyakinan diri

yang signifikan (Perry dan William, 1998). Kajian lain menunjukkan bahawa tanda

keyakinan diri yang paling kepercayaan individu terhadap kebolehan yang diperolehi

(Gould, Petchlikoff dan Weinberg, 1984). Keyakinan diri merupakan penjelasan yang

baik bagi pendapat yang berbeza dalam prestasi akibat kebimbangan kognitif dan

kebimbangan somatik (Hardy et al, 1996), ini menyatakan bahawa untuk

menghasilkan prestasi yang baik dikalangan atlet, atlet mestilah mempunyai tahap

keyakinan yang tinggi dimana ini boleh menjadi penghalang kepada peningkatan

kebimbangan kognitif.

Martens (1997) mendefinisikan kebimbangan tret pertandingan sebagai

kecenderungan untuk melihat situasi pertandingan itu sebagai satu ancaman dan

bertindak dengan perasaan takut terhadap situasi tersebut. Kebimbangan tret

pertandingan adalah berkait dengan kebimbangan seketika. Martens menyatakan

bahawa, individu yang tinggi tahap kebimbangan tret pertandingan akan mengalami

Page 40: Kajian Tindakan Bab 1-3

kebimbangan seketika yang lebih tinggi. Dalam situasi pertandingan berbanding

dengan individu yang mempunyai tahap kebimbangan tret pertandingan yang rendah.

Kebimbangan somatik akan meningkat dengan cepat apabila pertandingan

hampir bermula, manakala kebimbangan kognitif akan meningkat secara perlahan-

lahan di dalam tempoh tersebut. Manakala keyakinan diri di kalangan atlet wanita

akan berkurangan apabila waktu pertandingan semakin hampir. (Swain dan Jones,

1992).

Halvari dan Gjesme (1995) mengkaji tahap kebimbangan tret dan

kebimbangan seketika sebelum dan selepas tugasan motor. Subjek terdiri daripada 33

orang peserta dan dilakukan dalam masa 25 saat. Kajian ini memerlukan peserta

menjalani latihan koordinasi, kepantasan, jangka masa dan kekuatan fizikal termasuk

lakuan eksplosif. Dua jenis lakuan yang diperhatikan iaitu jumlah kesilapan yang

dilakukan ketika lakuan dan julat masa yang diperlukan untuk melengkapkan tugasan

motor. Analisis menunjukkan wujud hubungan positif antara kebimbangan tret

dengan kesilapan dalam lakuan ketika Model Linear diaplikasikan. Walau

bagaimanapun ketika model lengkungan digunakan, terdapat hubungan rapat secara

Page 41: Kajian Tindakan Bab 1-3

‘U’ antara kesilapan dengan tahap kebimbangan sebelum pertandingan. Tegasnya,

wujud hubungan positif secara linear antara tahap kebimbangan selepas lakuan dan

jumlah kesilapan semasa lakuan ketika pencerapan dilakukan. Keputusan

menunjukkan lakuan adalah faktor kritikal dalam menyebabkan kebimbangan state

muncul selepas pertandingan.

Butt, Weinberg dan Horn (2003) telah membuat kajian mengenai intensiti dan

interpretasi kebimbangan terhadap peningkatan dan kemerosotan prestasi melalui

pertandingan. Tujuan utama kajian ini dijalankan adalah untuk mengkaji tahap

kebimbangan dan keyakinan diri melalui pra-pertandingan, semasa dan selepas

pertandingan. Kajian ini dijalankan adalah untuk melihat intensiti dan interpretasi

kebimbangan untuk berjaya dalam pertandingan. Kajian mereka melibatkan 5 orang

pemain hoki perempuan yang berpengalaman sekitar 10 tahun dalam pertandingan

hoki. Hasil kajian fasa pra-pertandingan di dapati tahap kebimbangan atlet adalah

tinggi. Mereka dapati hasil kajian tersebut adalah selari dengan jangkaan awal

mereka. Sementara tahap kebimbangan atlet adalah lebih rendah selepas pertandingan.

Tahap keyakinan diri atlet rendah pada fasa pra-pertandingan dan ini signifikan

Page 42: Kajian Tindakan Bab 1-3

dengan hipotesis mereka iaitu tahap keyakinan atlet adalah rendah dalam fasa pra

pertandingan, semasa pertandingan dan selepas pertandingan.

Ye Ping (1993) melihat motif pertandingan merupakan faktor petanda

kebimbangan tret kognitif dikalangan atlet universiti. Kajian lebih cenderung melihat

kepada personaliti atlet dan tahap kebimbangan tret kognitif. Motivasi atlet

merupakan petanda atau penentu kebimbangan kognitif atlet. Dapatan yang diperolehi

setelah beliau menganalisis enam faktor personaliti serta motif pertandingan

dikalangan atlet, seperti persedian pertandingan, kebolehan lawan, penilaian sosial,

kecederaan dan hubungan persekitaran. Analisis seterusnya ialah motif pertandingan

seperti keinginan kemenangan, kebolehan mempersembahkan yang terbaik, kehendak

sosial, keseronokan dan cabaran dalam diri. Faktor ini sebenarnya dilihat sebagai

petanda kebimbangan tret kognitif di kalangan atlet hari ini. Hasil kajian beliau

mendapati terdapat hubungan yang signifikan di antara faktor personaliti dengan

motif pertandingan di kalangan atlet universiti.

Thuot Kavouras dan Kenefick (1998) telah menjalankan kajian perbandingan

tahap kebimbangan antara atlet lelaki dan wanita dengan menggunakan alat ukur

Page 43: Kajian Tindakan Bab 1-3

CSAI-2. Hasil kajian mendapati atlet wanita mempunyai tahap keyakinan diri yang

rendah dan tahap kebimbangan somatik yang tinggi berbanding atlet lelaki. Kajian ini

juga menumpukan kepada lokasi sesuatu pertandingan yang mana jika dimainkan di

tempat lawan, kebimbangan somatik akan meningkat dan keyakinan diri akan

menurun.

2.2 Rumusan

Hasil keputusan yang dijalankan ke atas atlet menunjukkan tahap kebimbangan di

kalangan atlet memberi kesan-kesan yang boleh menjejaskan prestasi atlet. Fenomena

ini kita tidak dapat dielakkan atau nafikan kerana banyak kajian telah membuktikan

bahawa tahap kebimbangan dikalangan atlet mempengaruhi pencapaian seseorang

atlet itu. Walaupun begitu kajian-kajian yang telah dinyatakan bukan sekadar untuk

membuktikan tahap kebimbangan itu boleh mengganggu prestasi seseorang atlet itu

tetapi juga untuk membantu para atlet dan jurulatih untuk memperbaiki mutu

permainan mereka dengan mengatasi tahap kebimbangan yang tinggi dan membantu

jurulatih untuk berfikir bagaimana cara untuk melatih atlet menghadapi dan

menangani tahap kebimbangan dengan baik.

Page 44: Kajian Tindakan Bab 1-3

BAB 3

METODOLOGI KAJIAN

Page 45: Kajian Tindakan Bab 1-3

Melalui bab ini, terdapat beberapa aspek akan diutarakan untuk memberikan

penjelasan yang terperinci dalam menghasilkan penyelidikan. Antara aspek tersebut

adalah reka bentuk kajian, tempat kajian, Subjek kajian, instrumen kajian, tatacara

pengumpulan data, pembolehubah kajian, prosedur kajian dan penganalisisan data.

Menurut Mohd. Majid (1990), kaedah penyelidikan yang digunakan perlulah

bersesuaian dengan objektif kajian kerana ia merupakan satu rangka bagi keseluruhan

penyelidikan yang menyatakan berkenaan bentuk kajian yang dilaksanakan, sumber

maklumat, kaedah bagi mendapatkan maklumat, jenis maklumat yang perlu

dikumpulkan serta kaedah dalam pemprosessan maklumat yang diperolehi.

3.1 Reka bentuk kajian

Kajian ini berbentuk deskriptif dengan menggunakan kaedah soal selidik bagi

mengukur perbandingan tahap kebimbangan sebelum pertandingan di antara pemain

bola sepak dan hoki Sekolah Menengah Kebangsaan Anderson Ipoh (SMKA) dalam

pertandingan liga antara sekolah-sekolah primear, tahun 2007. Pengedaran borang

soal selidik dijalankan sewaktu tinjauan dilakukan. Soal selidik yang akan digunakan

Page 46: Kajian Tindakan Bab 1-3

dalam kajian ini ialah “Competitive State Anxiety Inventory-2” (CSAI-2) yang direka

oleh Martens, Burton, Vealy, Bump & Smith; 1982, 1990. CSAI-2 digunakan untuk

mengukur tahap kebimbangan somatik, kognitif dan keyakinan diri .

3.2 Persampelan

Kajian ini dijalankan ke atas pasukan bola sepak dan pasukan hoki Sekolah Menengah

Kebangsaan Anderson Ipoh (SMKA) yang telah mewakili sekolah pada pertandingan

liga antara sekolah-sekolah premier 2007.

3.3 Instrumen kajian

Instrumen yang digunakan dalam kajian ini ialah ‘Competitive State Anxiety

Inventory-2’ (CSAI-2) yang diperkenalkan oleh Martens (1977), berbentuk soal

selidik dan telah diubahsuai pada tahun (1990). CSAI-2 direka khas untuk mengukur

tahap kebimbangan state dalam situasi pertandingan. Soal selidik terbahagi kepada 3

pembolehubah iaitu kebimbangan kognitif, kebimbangan somatik dan keyakinan diri.

Borang soal selidik akan diedarkan sejam sebelum pertandingan. Ia mengandungi 27

Page 47: Kajian Tindakan Bab 1-3

soalan yang harus dijawab. Masa yang diperuntukkan untuk menjawab soalan soal

selidik di antara 10 hingga 15 minit. Selain daripada itu arahan yang diberikan adalah

ringkas dan lengkap dalam borang soal selidik.

3.4 Sampel kajian

Sampel kajian ini adalah terdiri daripada 80 orang atlet yang mewakili SMKA untuk

pertandingan liga antara sekolah-sekolah premier bagi acara bola sepak dan hoki.

Daripada jumlah tersebut 40 pemain mewakili acara bola sepak dan 40 orang pemain

yang mewakili pasukan hoki.

3.5 Pembolehubah kajian

Dalam kajian ini, pembolehubah yang akan digunakan ialah pemain-pemain bola

sepak dan hoki SMKA Ipoh. seramai 80 orang, yang mewakili Sekolah dalam

pertandingan liga antara sekolah-sekolah premier 2007.

3.6 Prosedur kajian

Page 48: Kajian Tindakan Bab 1-3

Penyeldik menyediakan kertas cadangan penyelidikan dengan lengkap dan

bersesuaian dengan tajuk yang telah dipilih. Ia dikemukakan kepada penyelia untuk

diteliti dan diperbaiki. Kemudian penyelidik mendapatkan kebenaran daripada

Kementeian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk membuat kajian di sekolah.

Penyelidik akan menetapkan satu tarikh yang sesuai untuk mengadakan satu

sesi perjumpaan bersama sampel kajian. Penyelidik memberikan satu soal selidik iaitu

‘Competitive State Anxiety Inventory2'(CSAI- 2) kepada sample kajian. Sampel

dikehendaki melengkapkan CSAI-2 sejam sebelum pertandingan bermula dan masa

yang diambil adalah selama 15 minit untuk melengkapkannya.

3.7 Penganalisisan data

Data-data yang diperolehi daripada penyelidik akan dikumpul dan dianalisis dengan

menggunakan program “Statistical Packages For The Social Sciences”- Personal

Computer (SPSS/PC+ 11.0). Perisian ini akan memberi taburan skor, ukuran

kecenderungan memusat seperti taburan min dan sisihan piawai. Selain daripada itu

Page 49: Kajian Tindakan Bab 1-3

ujian-t digunakan untuk membandingkan perbezaan tahap kebimbangan antara

pemain bola sepak dan hoki.

3.7.1 Tatacara pengumpulan data

The Competitive State Anxiety Inventory 2 (CSAI-2)

1. Menggunakan soal selidik ‘Competitive State Anxiety Inventory2'(CSAI- 2)

iaitu tahap kebimbangan sebelum pertandingan.

i. Kebolehpercayaan CSAI-2 Kerlinger (1973), r = 0.79 hingga

0.90.

ii. Soalan dalam CSAI-2 mengandungi 27 soalan yang

dipecahkan kepada item atau soalan yang memerlukan dipilih

oleh subjek.

iii. Soalan-soalan setiap kategori mengandungi 9 soalan :

a) CSAI-2 kognitif adalah hasil campuran jumlah skor 9 item yang

merangkumi item nombor 1, 4, 7, 10, 13, 16, 19, 22 dan 25.

b) CSAI-2 Somatik terdiri daripada item nombor 2, 5, 8, 11, 14R, 17,

20, 23, dan 26. Item nombor 14 (14R) perlu diukur secara songsang

dalam campuran skor tahap kebimbangan somatif seperti berikut:

Page 50: Kajian Tindakan Bab 1-3

i. Tidak Pernah = 4

ii. Kadang-kadang = 3

iii. Kerap = 2

iv. Amat Kerap = 1

c) CSAI-2 keyakinan diri pula terdiri daripada item bernombor 3, 6, 9,

12, 15, 18, 21, 24, dan 27.

d) Skor CSAI-2 dikira mengikut julat iaitu 9 hingga 36 dimana:

i. 9 sehingga 17.5 rendah

ii. 17.6 sehingga 26.5 sederhana

iii. 26.6 sehingga 30 tinggi

e) Norma CSAI di kira mengikut peratus iaitu:

i. 0% hingga 63% - Tahap kebimbangan rendah.

ii. 64% hingga 100% - Tahap kebimbangan adalah tinggi.