BAB 11 Kajian Tindakan

Embed Size (px)

Citation preview

  • 7/30/2019 BAB 11 Kajian Tindakan

    1/63

    Kajian

    Tindakan141

    BAB 11

    KAJIAN TINDAKAN

    Dalam bab ini isi kandungan berikut dihuraikan:

    Kajian Tindakan Dalam Perkembangan Profesional

    Guru sebagai penyelidik

    Latar belakang Sejarah Kajian Tindakan

    Konsep dan Definisi Kajian Tindakan

    Model Kajian Tindakan

    Asas teori Kajian Tindakan

    Prinsip pendekatan kajian tindakan

    Proses kajian tindakan

    Strategi dan teknik pengumpulan data

    Konsep asas analisis data kuantitatif serta alat statistik yang sesuai terutamanya statistik

    huraian

    Proses dan prosedur analisis dan interpretasi data kualitatif

    Pengurusan data temu bual dan pemerhatian

    Analisis data temu bual dan pemerhatian

    Interpretasi data kualitatif

    Asas penulisan proposal dan laporan kajian tindakan

    11.1 PENGENALAN KEPADA KAJIAN TINDAKAN DALAM PENDIDIKAN

    HASIL PEMBELAJARAN

    1. Menyenaraikan ciri-ciri guru yang professional

    2. Menghuraikan konsep guru sebagai penyelidik

    3. Menghuraikan latar sejarah kajian tindakan serta perkembangannya

    4. Menghuraikan konsep dan definisi kajian tindakan

    5. Menganalisis beberapa model kajian tindakan

    ISI KANDUNGAN

    Profesionalisme: Konsep dan Ciri

    Agak sukar kadang-kadang untuk memahami perbezaan di antara istilah-istilah seperti

    perkembangan profesionalisme, pendidikan professional berterusan, perkembangan staf,

    latihan dalam perkhidmatan, perkembangan sumber manusia dan latihan. Kesukaran ini

    sebahagiannya disebabkan oleh penggunaan istilah-istilah tersebut secara bertukar ganti. Oleh

  • 7/30/2019 BAB 11 Kajian Tindakan

    2/63

    Kajian

    Tindakan142

    itu, definisi yang dibentuk oleh Bredeson (2003) berdasarkan pengalaman peribadi,

    penyelidikan dan literatur terkini mungkin dapat membantu dalam memahami makna

    perkembangan profesionalisme. Mengikut beliau, Profesional development refers to learning

    opportunities that engage educators creative and reflective capacities in ways that strengthen

    their practice (ms. 34). Terdapat tiga konsep penting yang terkandung dalam definisi tersebutiaitu peluang pembelajaran, keterlibatan dalam kebolehan kreatif dan reflektif, dan peningkatan

    amalan.

    Dalam konteks kerja guru, konsep perkembangan profesionalisme mengandaikan peningkatan

    keprofesionalan guru. Perkembangan profesionalisme adalah merupakan proses yang

    melibatkan guru memperolehi pengetahuan dan kemahiran yang penting untuk amalan

    profesionalisme yang berkesan di setiap tahap perkembangan kerjayanya.

    Perbincangan tentang mengajar sebagai satu profesion berfokus kepada setakatmanakah

    kerja-kerja mengajar patuh kepada kriteria yang biasanya digunakan dalam membezakan di

    antara bidang professional dan bukan professional. Carr & Kemmis (1985) menjelaskan

    biasanya terdapat beberapa kriteria utama yang sering dikaitkan dengan sesuatu profesion.

    Yang pertamanya berkaitan dengan metod dan prosedur yang digunakan oleh ahli-ahli

    profesion adalah berasaskan pengetahuan teoretikal dan penyelidikan. Profesion perubatan,

    undang-undang dan kejuruteraan misalnya, yang dianggap sebagai bidang professional adalah

    disebabkan prosedur dan metod pekerjaan mereka melibatkan teknik dan kemahiran yang

    disokong oleh ilmu dan pengetahuan yang dihasilkan secara sistematik. Keduanya, berkaitan

    dengan komitmen setiap ahlinya terhadap kesejahteraan pelanggan mereka. Berasaskan

    kepada kod etika yang dipersetujui oleh ahli-ahli profesion tersebut, kepentingan pelanggandiberi keutamaan. Ketiganya, untuk menjamin yang mereka boleh sentiasa bertindak untuk

    kepentingan pelanggan, ahli-ahli profesion mempunyai hak untuk membuat penilaian dan

    keputusan yang autonomous, bebas daripada kekangan dan kawalan luaran yang tidak

    professional. Autonomi professional ini biasanya beroperasi di peringkat individu dan

    kumpulan. Secara individu, seorang profesional membuat keputusan secara bebas tentang

    bentuk tindakan khusus yang boleh digunakan dalam sebarang situasi. Secara bersama, ahli-

    ahli professional mempunyai hak untuk menentukan apakah bentuk polisi, organisasi dan

    prosedur yang menjadi asas urustadbir profesion mereka secara keseluruhan.

    Jelaslah bahawa keprofesionalan sesuatu bidang tugas itu mempunyai dua dimensi utama:peningkatan status dan peningkatan amalan. Peningkatan status melibatkan usaha sesuatu

    profesion untuk memenuhi kriteria yang mencirikan jenis profesion yang unggul/ideal atau, bagi

    profesion yang telah mantap, ia melibatkan usaha untuk mengekal dan meningkatkan

    kedudukan istimewanya. Dari segi dimensi meningkatkan amalan pula, melibatkan peningkatan

    berterusan pengetahuan dan kemahiran pengamal. Dalam pengertian ini, keprofesionalan boleh

    disamakan dengan perkembangan profesional.

  • 7/30/2019 BAB 11 Kajian Tindakan

    3/63

    Kajian

    Tindakan143

    Bahan-bahan literatur berkaitan dengan perkembangan profesional guru menunjukkan terdapat

    lima set proses utama yang dialami oleh seseorang individu guru dalam perkembangannya.

    Mengikut Sparks & Loucks Horsley (1989), jenis-jenis proses tersebut adalah seperti berikut:

    Pembelajaran kendiri - pembelajaran informal (secara individu atau berkumpulan dan

    penyertaan dalam persatuan profesional guru)

    Perkembangan melalui pemerhatian dan maklumbalas - sama ada proses secara formal

    ataupun usaha sendiri

    Penglibatan dalam proses perkembangan dan peningkatan - seperti perkembangan

    kurikulum, perkembangan projek

    Kursus - mengikuti kursus-kursus pendek, seminar, bengkel, kursus-kursus di universiti

    Penyelidikan di dalam sekolah dan antara sekolah

    Lomax P., (1999) pula mengemukakan konsep profesionalisme berasaskan penyelidikan bagi

    membangunkan komuniti kajian tindakan dan pembelajaran kendiri. Beliau berpendapat

    mengajar bukan pekerjaan yang homogeneous kerana terdapat banyak golongan lain yang

    terlibat sama dalam profesion pendidikan termasuk penyelidik pendidikan yang mungkin

    terdapat di sekolah, universiti dan lain-lain institusi. Disebabkan terdapatnya kepelbagaian

    dalam pendidikan, ini menyediakan asas kepada pembentukan dialektik yang menyediakan

    agenda dailog berterusan di kalangan pengamal untuk peningkatan amalan. Salah satu cara

    untuk mencapai peningkatan ini adalah melalui kajian tindakan dan pembelajaran kendiri yang

    merupakan aspek penting dalam profesionalisme berasaskan penyelidikan.

    Guru sebagai penyelidik

    Apakah dia penyelidikan guru? Ia merupakan aspek yang luas dan penting dalam

    perkembangan bukan sahaja penyelidik guru tetapi juga rakan sekerja dengan siapa dapatan

    kajian dikongsi sama ada semasa menulis laporan kajian ataupun dalam konferen atau

    perjumpaan. Kesan positif menjalankan penyelidikan dalam bilik darjah adalah banyak, kerana

    tanpa kajian kita akan kehilangan sumber yang berharga dalam perkembangan sebagai guru

    dan juga pelajar kita.

    Guru memilih untuk menjalankan penyelidikan atas beberapa sebab. Pertama, guru bertindaksebagai penyelidik semasa guru membina teori tentang situasi kerja mereka melalui refleksi,inkuiri dan tindakan. Seterusnya guru bertindak sebagai perekabentuk kurikulum berasaskandapatan kajian mereka. Guru berperanan sebagai guru apabila mereka menyesuaikan amalanmereka berdasarkan kesimpulan yang dibuat dalam kajian. Jelasnya ketiga-tiga peranan iniadalah penting dalam perkembangan guru sebagai penyelidik dan pengamal bilik darjah.Tanpa menjalankan kajian, mungkin guru boleh menghalang perkembangan mereka sendiri.Oleh itu melalui penyelidikan yang dijalankan guru boleh membuat keputusan yang termaklum

  • 7/30/2019 BAB 11 Kajian Tindakan

    4/63

    Kajian

    Tindakan144

    bagi meningkatkan amalan mereka dengan mengetahui apakah perubahan yang perludilakukan dalam pengajaran dan tahu bagaimanakah untuk menilai impak perubahan yangdilakukan. Menjalankan penyelidikan merupakan aspek yang penting dalam kehidupanprofessional guru. Ia menyediakan ruang bagi guru untuk belajar tentang diri mereka, pelajarmereka dan dapatan kajian guru lain.

    Menurut Wolfe (1989):

    Teachers often leave a mark on their students, but they seldom leave a mark on their

    profession. Through the process and product of action research, teachers will do both.

    Manakala menurut Hitchcock dan Hughes (1989) pula, ..teachers themselves have little

    regard for the findings of conventional educational research, seeing it as having limited,

    if any, practical value. They are especially critical, it is contended, of the divorce (as

    they perceive it) between theory and practice...The obscurity of the language and the

    high level of generality implied in much research has often resulted in teachers

    perceiving this work as being remote and divorced from their needs and situation.

    (ms. 4)

    Pandangan di atas menunjukkan bahawa guru memerlukan tradisi penyelidikan yang sesuaidengan teori dan amalan mereka yang dapat menyumbang terhadap peningkatan pengajarandan pembelajaran. Satu tradisi penyelidikan yang berkembang dalam konteks pendidikan.Bilik darjah adalah merupakan makmal yang ideal untuk menguji teori-teori pendidikan. Gurusebenarnya di kelilingi oleh sumber-sumber yang kaya yang boleh dijadikan bahanpenyelidikan. Stenhouse (1975) berpendapat bahawa jika guru hendak merealisasikan aspirasipedagogi mereka, adalah perlu mereka menganggap peranan mereka sebagai penyelidik.Penyelidikan perlu dijadikan sebagai salah satu tugas utama guru.

    Dalam konteks yang sama, Donald Schon (1983) menyarankan perubahan amalan guru dariberbentuk technical rationality kepada reflective rationality yang menekankan amalan refleksisebagai asas perkembangan profesional. Schon mengemukakan konsep reflection-in-actiondan knowing-in-action sebagai proses penyelidikan yang menjadi saluran untuk perkembanganilmu profesional dan peningkatan praktis profesional. Elliott (1993) pula menekankan betapaperlunya refleksi yang sistematik sebagai cara untuk mempertingkatkan mutu keputusan dantindakan profesional yang dibuat oleh seseorang guru. Refleksi tersebut adalah bercorakperibadi, refleksif dan kritikal. Elliott telah mengutarakan paradigma sains praktikal yangmerangkumi konsep guru sebagai penyelidik dan pengamal reflektif. Proses ini melibatkanpenyelidikan tindakan dan inkuiri tindakan. Bagi Elliott, perubahan pendidikan perluberlandaskan inkuiri yang sistematik.

    Carr (1989) pula berhujah bahawa kualiti pengajaran tidak boleh dipertingkatkan melainkandengan mempertingkatkan keupayaan guru untuk merealisasikan nilai-nilai pendidikan merekamenerusi praktis amalan mereka. Beliau selanjutnya menegaskan bahawa ini mesti melibatkanproses penyelidikan di mana guru membuat refleksi tentang praktis mereka serta menggunakanhasil refleksi tersebut untuk membina semula secara sistematik praktis mereka. Proses ini akanmenjadikan guru lebih memahami tugas dan tanggungjawab mereka supaya benar-benardapat meningkatkan kualiti amalan mereka.

  • 7/30/2019 BAB 11 Kajian Tindakan

    5/63

    Kajian

    Tindakan145

    Gagasan guru sebagai penyelidik ini perlu dikembangkan dengan penglibatan pakar-pakarpenyelidik dalam membimbing guru untuk melakukan penyelidikan yang boleh membentukbudaya menyelidik dan reflektif. Budaya ini didapati telah dapat meningkatkan keberkesananguru yang seterusnya dapat menyumbang kepada kualiti pendidikan.

    Dalam era yang pantas berubah ini, para pendidik perlu sentiasa meneliti peranan mereka

    supaya dapat menyesuaikan diri dengan perubahan-perubahan yang berlaku. Para pendidik

    bukan sahaja perlu melengkapkan diri dengan ilmu dan kemahiran yang terkini tetapi juga perlu

    dapat menyesuaikan diri dengan budaya dan teknologi baru. Dengan itu perlulah seseorang

    pendidik itu sentiasa merenung, menyoal dan menyelidik peranan dan tugas mereka. Pendidik

    yang sedia membuat kritikan kendiri, menyelidik kesan-kesan aktiviti pengajaran-pembelajaran

    serta mengubahsuai perlakuan dengan sewajarnya. Amalan pengajaran perlu dijadikan

    sebagai amalan pendidikan yang lebih kritis terhadap perlakuan sendiri.

    Kajian tindakan bertujuan untuk memperbaiki dan mempertingkatkan amalan menerusi

    perkembangan peribadi dan professional seseorang guru dengan bertanggungjawab ke atas

    tindakan mereka dalam mewujudkan persekitaran pengajaran dan pembelajaran yang kondusif

    dan dinamis. Oleh itu, kajian tindakan dan guru berkembang dalam aktiviti-aktiviti

    perkembangan kurikulum berasaskan sekolah dan perkembangan professional guru. Dalam

    konteks guru dan kajian tindakan, guru yang terlibat dalam kajian tindakan selalunya ingin

    mengkaji konteks di mana mereka berada dan bekerja sebab mereka ingin kajian yang

    dijalankan memberi satu perubahan dan perbezaan dalam persekitaran kerja mereka

    Hubungan kajian tindakan dan perkembangan profesional guru mungkin berkembang dalam

    ruang pemikiran yang melihat guru sebagai seorang profesional yang mempunyai

    tanggungjawab dan jangkaan seperti berikut:

    Profesional adalah dijangka melakukan kerja yang bukan rutin dan melakukannya

    secara kreatif.

    Profesional adalah dijangka mempertimbangkan pelbagai prespektif semasa membuat

    keputusan

    Profesional memainkan peranan signifikan dalam menghasilkan pengetahuan dan celik

    akal yang memacu profesionnya ke hadapan

    Profesional adalah dipertanggungjawabkan menggunakan dan mengamal amalan-amalan yang terbaik (Sagor, 2000)

  • 7/30/2019 BAB 11 Kajian Tindakan

    6/63

    Kajian

    Tindakan146

    Bagi guru yang professional, melalui kajian tindakan mereka akan dapat melihat bahawa kerjamengajar adalah bukan sesuatu yang rutin. Ini memandangkan bahawa setiap strategiyang digunakan adalah bergantung kepada situasi dan konteks. Tidak ada satu strategiyang sesuai digunakan untuk semua kelas, murid atau konteks. Oleh itu, melalui kajiantindakan guru dapat melihat strategi mana yang sesuai digunakan dalam situasi dankeadaan yang bagaimana. Ini menjadikan kerja mengajar itu bukan sesuatu yang rutindan sama sahaja sepanjang masa.

    Latar Sejarah dan Falsafah

    Sebagai satu pendekatan kajian, terdapat beberapa asas disiplin dan epistemologi yang

    menjadi asas perkembangan kajian tindakan. Terdapat pelbagai asas pemikiran yang

    menyumbang kepada pembentukan beberapa jenis kajian tindakan. Bab ini akan cuba

    membentangkan latar sejarah perkembangan kajian tindakan dengan memaparkan tokoh-tokoh

    dan pemikirannya yang telah memberi sumbangan kepada kajian tindakan dalam pelbagai

    bidang disiplin terutama disiplin sains sosial. Kajian tindakan dalam bidang pendidikan jugamemperlihatkan perkembangan yang seiring dengan konsep guru sebagai penyelidik dan

    pengamal reflektif. Asas teori dan konseptual kajian tindakan dibincangkan untuk melihat

    apakah andaian dan rasional kajian tindakan dijalankan dan apakah kepentingannya kepada

    penyelidikan terutama kepada guru.

    Sejarah kajian tindakan telah banyak dibincang dan didokumenkan dengan baik. Penulis-

    penulis seperti Adelman (1993) dan Kemmis, (1982) misalnya banyak membicarakan tentang

    latar belakang perkembangan kajian tindakan mengikut sudut-sudut pandangan tertentu. Smith

    (2001) telah membahagikan perkembangan kajian tindakan mengikut kem-kem tertentu. Beliaumerujuk kepada tradisi British yang khususnya berkait dengan pendidikan, yang lebih melihat

    kajian tindakan sebagai kajian yang berorientasi kearah peningkatan amalan secara langsung.

    Ini dapat dilihat dengan lebih jelas lagi sebagaimana pandangan yang diberikan oleh Carr dan

    Kemmis (1986) seperti berikut:

    Action research is simply a form of self-reflective enquiry undertaken by participants in

    social situations in order to improve the rationality and justice of their own practices,

    their understanding of these practices, and the situations in which the practices are

    carried out.

    (1986, ms. 162)

    Namun begitu, asal usul kajian tindakan selalu dikaitkan dengan kerja-kerja Kurt Lewin (1880-

    1947) di Amerika Syarikat. Beliau dikatakan sebagai orang yang mula-mula menggunakan

    perkataan action research (kajian tindakan) kira-kira dalam tahun 1934. Pada pertengahan

  • 7/30/2019 BAB 11 Kajian Tindakan

    7/63

    Kajian

    Tindakan147

    tahun-tahun 1940an, Kurt Lewin dikatakan telah membentuk teori kajian tindakan yang

    menjelaskan kajian tindakan sebagai, .proceeding in a spiral of steps, each of which is

    composed of planning, action and the evaluation of the result of action(Kemmis & McTaggert,

    1990:8). Dan seterusnya Lewin menyarankan bahawa untuk memahami dan mengubah

    amalan-amalan sosial tertentu, ahli-ahli sains sosial perlu melibatkan pengamal daripada duniasosial sebenar dalam semua fasa inkuiri (McKernan 1991:10)

    Kajian tindakan telah berkembang di Amerika Syarikat dengan ramai peminat dan pengikutnya

    sejak awal abad ke 20 (Wallace, 1987). Bagi Bogdan & Biklen (1992) kajian tindakan pada

    masa itu difahamkan sebagai, the systematic collection of information that is designed to bring

    about social change, (ms. 223). Mengikut McKernan (1996), sejak itu kajian tindakan telah

    dipengaruhi oleh ramuan sejarah dan falsafah seperti berikut:

    i. Gerakan Sains dalam Pendidikan di abad ke 19 dan awal abad ke 20 di mana metodsaintifik telah digunakan dalam pendidikan. Bukti nya adalah melalui penulisan bukutentang penggunaan metod saintifik dalam pendidikan oleh penulis-penulis seperti

    Alexander Bain (Bain, 1879), Richard G. Boone, (Boone, 1904); dan yang palingmenonjol adalah buku hasil tulisan Burdette Ross Buckingham yang bertajukResearch for Teachers, (Buckingham, 1926)

    ii. Pemikiran pendidikan eksperimentalis dan progresif, terutama kerja-kerja JohnDewey yang menggunakan metod induktif saintifik penyelesaian masalah sebagailogik untuk menyelesaikan masalah dalam bidang-bidang seperti estetika, falsafah,psikologi dan pendidikan.

    iii. Gerakan Dinamika Kelompok dalam psikologi sosial dan latihan hubungan

    kemanusiaan yang bergerak dalam abad ke 19 untuk menangani masalah sosial era

    tersebut melalui inkuiri sosial kualitatif. Sekali lagi gerakan ini digunakan dalam

    tahun-tahun 1940an untuk menangani masalah berkait dengan hubungan antara

    kelompok, prasangka kaum dan pembangunan semula sosial, yang merupakan

    kesan bahang Perang Dunia Ke 2 pada masa itu. Penyelidik yang banyak terlibat

    pada masa ini adalah Kurt Lewin (1880-1947). Asal usul kajian tindakan selalu

    dikaitkan dengan kerja-kerja beliau di Amerika Syarikat. Bagi beliau penyelidikan

    yang diperlukan untuk mengkaji amalan sosial adalah lebih sesuai dicirikan sebagai

    penyelidikan untuk pengurusan sosial atau perekayasaan sosial (social engineering).

    Ia adalah merupakan satu jenis kajian tindakan yang meneliti keadaan dan kesan

    pelbagai bentuk tindakan sosial. Asas kepada model Lewin adalah penyelidikan

    mengandungi gelungan tindakan termasuk analisis, pengumpulan fakta,

    pengkonseptualan, perancangan, perlaksanaan dan penilaian tindakan.

  • 7/30/2019 BAB 11 Kajian Tindakan

    8/63

    Kajian

    Tindakan148

    iv. Dalam tahun-tahun 1950an dan 60an, kajian tindakan telah digunakan dalampenyelidikan industri, yang berkembang di kalangan penyelidik di MassachusettsInstitute of Technology di Amerika, dan di Tavistock Institute, di United Kingdom.

    v. Aktiviti perkembangan kurikulum rekonstruksionis pasca perang di Amerika Syarikatyang melibatkan penulis-penulis rekonstruksionis sosial pasca perang menerajui danmempopularkan penggunaan kajian tindakan dalam pendidikan. Stephen Corey(Corey, 1953) adalah penulis yang menerajui gerakan ini dan beliau percaya kajiantindakan boleh mengubah dan meningkatkan amalan kurikulum secara signifikansebab pengamal sendiri menggunakan hasil kajian dalam kajian dan amalanmereka.

    Kajian tindakan seterusnya berkembang mengikut aliran pemikiran yang berbeza, termasuklah

    kumpulan kajian tindakan Amerika Syarikat yang asal-usul pemikiran mereka berasaskan

    gerakan pendidikan progresif yang banyak berkembang dalam kerja-kerja Dewey. Di United

    Kingdom pula kajian tindakan berkembang dalam pembaharuan-pembaharuan kurikulum serta

    perkembangan profesionalisme dalam pengajaran (Elliott, 1991), dan di Australia, kajiantindakan berkembang dalam gerakan-gerakan ke arah perancangan kurikulum secara

    kolaboratif (Kemmis, 1990).

    Kajian Tindakan Dalam Pendidikan

    Kajian tindakan telah mendapat tempat yang baik di kalangan ahli-ahli pendidik terutama sekali

    dalam konteks perkembangan profesional dan pembuatan keputusan berasaskan data. Asas

    teoretikal kajian tindakan dalam pendidikan adalah banyak berkisar kepada kepentingan yang

    diberi oleh John Dewey kepada pengalaman manusia dalam penjanaan pengetahuan. Di

    samping itu, Schon dengan konsep pengamal reflektif nya juga telah menggunakan

    pengalaman guru dan lain-lain pengamal sebagai sumber pengetahuan tentang pengajaran.

    Idea pengamal pendidikan menjalankan penyelidikan di sekolah telah berjalan seawal akhir

    abad ke sembilan belas dan awal abad ke dua puluh bersama gerakan kajian saintifik dalam

    pendidikan. Guru telah dilihat sebagai barisan hadapan dalam pengumpulan data yang bekerja

    secara saintifik dalam bilik darjah mereka. Selaras dengan gerakan saintifik dalam pendidikan

    ini adalah gerakan progresif yang dipelopori oleh Dewey.

    Pada awal tahun 1950an, kajian tindakan telah dikembangkan dalam bidang pendidikan

    terutamanya oleh Corey (1949, 1953, 1954) di Columbia Teachers College yang percaya

    bahawa guru akan mendapati dapatan kajian mereka adalah lebih berguna daripada yang

    dijalankan oleh orang luar. Corey yang pada masa itu menjadi pegawai eksekutif Horace Mann-

    Lincoln Institute for School Experimentation, menggalakkan stafnya berkolaborasi dengan guru-

    guru dalam menjalankan penyelidikan.

  • 7/30/2019 BAB 11 Kajian Tindakan

    9/63

    Kajian

    Tindakan149

    Gerakan penyelidik-guru merupakan titik penghijrahan yang kritikal dari pandangan

    konvensional dalam penyelidikan kurikulum kepada pandangan guru sebagai penyelidik dan

    pengamal reflektif. Di Britain, kerja-kerja penyelidikan Lawrence Stenhouse dalam tahun-tahun60an dan 70an melalui Humanities Curriculum Projects serta bukunya yang berpengaruh

    bertajuk An Introduction to Curriculum Research and Development yang diterbitkan pada

    tahun 1975, memaparkan tesis utama pemikiran beliau yang mengatakan bahawa pengajaran

    perlulah berlandaskan kepada penyelidikan dan penyelidikan dan perkembangan kurikulum

    adalah merupakan bidang tugas guru; oleh itu melalui penyelidikan kurikulum guru akan dapat

    meningkatkan kefahaman tentang kerja mereka dan seterusnya pengajaran mereka dapat

    dipertingkatkan.

    Kerja-kerja Lawrence Stenhouse tersebut telah dikembangkan oleh beberapa penyelidik melalui

    projek-projek penyelidikan seperti Ford Teaching Project, yang diarahkan oleh John Elliott dan

    Clem Adelman, kerja-kerja oleh Nixon (1981), Hopkins (1985), Carr dan Kemmis (1986), Walker

    (1985) dan Winter (1989). Selain daripada itu, peranan yang dimainkan oleh persatuan seperti

    Classroom Action Research Network (CARN) dan the National Association for Race Relations,

    Teaching and Action Research (NARTAR) yang banyak menyebarluaskan hasil-hasil kajian

    tindakan. Pada tahun 1990, Kongres Dunia Pertama Kajian Tindakan telah diadakan di

    Australia.

    Definisi Kajian Tindakan

    Tidak dapat dinafikan bahawa memang banyak terdapat variasi dalam tradisi kajian tindakan

    seperti juga variasi di antara kajian tindakan dengan pendekatan penyelidikan konvensional.

    Sesetengah kajian tindakan berasaskan kumpulan dan sesetengahnya berasaskan individu;

    sesetengahnya dijalankan oleh penyelidik dalam konteksnya sendiri, dan sesetengahnya pula

    dijalankan oleh agen perubahan daripada luar organisasi dengan kerjasama dengan orang

    dalam; sesetengahnya menekankan penyertaan dan sesetengahnya pula tidak. Begitu juga

    dengan matlamat kajian tindakan yang bagi sesetengah orang melihatnya sebagai

    meningkatkan amalan atau membina individu-individu, manakala yang lain melihatnya sebagai

    mengubah amalan dan partisipan. Biasanya debat berkaitan kajian tindakan berkisar di sekitar

    isu-isu ini.

    Definisi klasik tentang kajian tindakan yang pernah diutarakan oleh ahli-ahli kajian tindakan

    seperti berikut:

    Action Research is a three-step spiral process of (1) planning which involves reconnaissance;

    (2) taking actions; and (3) fact-finding about the results of the action.

    (Kurt Lewin, 1947)

  • 7/30/2019 BAB 11 Kajian Tindakan

    10/63

    Kajian

    Tindakan150

    Action Research is the process by which practitioners attempt to study their problems

    scientifically in order to guide, correct, and evaluate their decisions and actions.

    (Stephen Corey, 1953)

    Dalam perkembangan kajian tindakan seterusnya, beberapa pandangan serta definisi yang

    lebih terkini telah dikemukakan. McKernan (1988) misalnya menjelaskan bahawa kajian

    tindakan sebagai

    a form of self-reflective problem solving, which enables practitioners to better understand and

    solve pressing problems in social settings(ms.6)

    Kemmis dan McTaggart (1990) pula mengatakan kajian tindakan adalah,

    a form of collective self-reflective inquiry undertaken by participants in social situations in order

    to improve the rationality and justice of their own social or educational practices, as well as their

    understanding of these practices and the situations in which these practices are carried out

    (ms. 5)

    Bagi Rapoport (1970) pula,

    action research aims to contribute both to the practical concerns of people in an immediate

    problematic situation and to the goals of social science by joint collaboration within a mutually

    acceptable ethical framework(ms. 499).

    Manakala John Elliott pula mengatakan yang kajian tindakan,

    concerned with the everyday practical problems experienced by teachers, rather than the

    theoretical problems defined by pure researchers within a discipline of knowledge

    Walaupun terdapat perbezaan pendapat tentang istilah serta isu-isu dalam kajian tindakan,

    namun kebanyakannya bersetuju bahawa kajian tindakan adalah satu inkuiri yang dilakukan

    oleh atau bersama orang dalam (insiders) di sesebuah organisasi atau komuniti, tetapi tidak

    kepada atau ke atas mereka. Ia merupakan satu proses reflektif yang dijalankan secara

    bertujuan dan sistematik, oleh individu atau kumpulan, yang biasa nya memerlukan satu bentuk

    bukti untuk menyokong sesuatu kenyataan, dan bermatlamat untuk mengubah atau

    meningkatkan amalan. Daripada definisi-definisi di atas terdapat empat tema asas yang timbul

    iaitu:

    pengupayaan partisipan;

    kolaborasi melalui penyertaan;

    pemerolehan pengetahuan; dan

  • 7/30/2019 BAB 11 Kajian Tindakan

    11/63

    Kajian

    Tindakan151

    perubahan sosial.

    Model Kajian Tindakan

    Untuk lebih jelas lagi, langkah-langkah di atas boleh dilihat melalui beberapa model yang telah

    dikemukakan seperti rajah 11.1.

    Perancangan

    Mereflek Bertindak

    Memerhati

    Rajah 11.1 Model Kajian Tindakan

    Dalam perkembangan seterusnya, didapati beberapa model atau skema muncul yang

    dikemukakan oleh beberapa pengkaji seperti Stephen Kemmis, John Elliott, Dave Ebbutt Jack

    Whitehead dan lain-lain. Kemmis, Elliott dan Ebbutt dikatakan mengemukakan model yang

    lebih formal, preskriptif dan lari daripada konsep asal kajian tindakan yang dikemukakan oleh

    Lewin (McNiff, 2001). Bagi Kemmis, idea beliau tentang kajian tindakan berasaskan konsep

    asal Lewin, tetapi beliau telah mengembangkannya dengan membuat tambahan. Beliau

    mengembangkan modelnya dalam konteks pendidikan dan menggunakan istilah educational

    action research. Dalam buku beliau yang bertajuk Action Research Planner, beliau telah

    memperincikan penggunaan pendekatan kajian tindakan dalam pendidikan. Rajah 11.2 dapat

    menjelaskan sedikit sebanyak tentang model atau skema yang dikemukakan beliau.

    Sumbangan Kemmis dalam meningkatkan penggunaan kajian tindakan terutamanya dalam

    pendidikan adalah banyak. Pengaruhnya telah memberi kesan secara langsung ke atas polisi

    pendidikan di Australia dalam usaha menggalakkan guru menjadi penyelidik reflektif ke atas

    amalan mereka sendiri.

    Elliott pula pada dasarnya bersetuju dengan langkah-langkah dan gelungan berurutan yang

    dikemukakan oleh Kemmis. Elliott telah mengembangkan lagi model Kemmis bagi

    membolehkan aliran yang lebih lancar berlaku antara tahap-tahap yang terdapat dalam proses

    kajian tindakan. Model yang dikemukakan oleh Elliott seperti yang terdapat dalam Rajah 11.3.

  • 7/30/2019 BAB 11 Kajian Tindakan

    12/63

    Kajian

    Tindakan152

    Rajah 11.2 Model Kajian Tindakan Kemmis

    Mengenal pasti idea

    Reconnaissance:

    mencari fakta dan

    Pelan Umum

  • 7/30/2019 BAB 11 Kajian Tindakan

    13/63

    Kajian

    Tindakan153

    Rajah 11.3 Model Kajian Tindakan Elliott

    Dalam perkembangan kajian tindakan selanjutnya, terdapat beberapa model kajian tindakanyang telah dikemukakan oleh beberapa penyelidik kajian tindakan yang lain yang lebih

    terkemudian yang berkembang di UK, Amerika Syarikat dan Australia. Di UK misalnya, Bridget

    Somekh (1989) telah mengembangkan lagi langkah-langkah kajian tindakan ini dengan lebih

    terperinci seperti yang terdapat dalam Rajah 11.4.

    Langkah tindakan 1

    Langkah tindakan 2

    Langkah tindakan 3

    Pantau pelaksanaan

    dan kesannya

    Reconnaissance:jelaskan sebarang

    kegagalan

    Laksana langkah

    Semak semula idea

    Pelan diubah

    Langkah tindakan 1

    Langkah tindakan 2

    Langkah tindakan 3

    Pantau pelaksanaan

    dan kesannya

    Reconnaissance:

    jelaskan sebarang

    kegagalan

    Laksana langkah

  • 7/30/2019 BAB 11 Kajian Tindakan

    14/63

    Kajian

    Tindakan154

    Model Somekh, (1989)

    Rajah 11.4 Model Somekh

    Di Australia juga, Stringer (2004) telah mencadangkan prosedur dan proses kajian tindakan

    seperti berikut:

    Merekabentuk

    Mengambil Tindakan Mengumpul Data

    Menyampai Hasil Menganalisis Data

    Rajah 11.5 Model Stringer

    Jack Whitehead pula mengemukakan konsep a living educational theory (McNiff, 2001).

    Untuk menjalankan kajian tindakan yang lebih bermakna, beliau telah mengubah proses

    gelungan tindakan-refleksi kepada pola-pola pernyataan yang bertindak sebagai formula umum

    untuk mengurus masalah pendidikan yang praktikal secara sistematik. Cara nya adalah seperti

    berikut:

  • 7/30/2019 BAB 11 Kajian Tindakan

    15/63

    Kajian

    Tindakan155

    i. Saya mengalami masalah apabila sesetengah nilai-nilai pendidikan yang sayapegang dinafikan dalam amalan. (Contohnya, pelajar saya nampaknya tidakmengambil peranan yang aktif dalam pengajaran saya sebagaimana yang sayakehendaki)

    ii. Saya menggambarkan cara penyelesaian kepada masalah tersebut. (Patutkah sayamenyusun pengajaran saya supaya pelajar-pelajar boleh bertanya soalan? Patutkahsaya mencuba kerja kumpulan atau latihan berstruktur?)

    iii. Saya menjalankan cara penyelesaian yang digambarkan. (Saya mencuba verjakumpulan bermula pada pengajaran hari Selasa, dan saya memperkenalkanlembaran kerja berstruktur yang membawa kepada relajar-pelajar saya bertanya danmenjawab soalan-soalan tanpa pengawasan saya)

    iv. Saya menilai hasil tindakan saya. (Ya, pelajar-pelajar saya telah lebih melibatkandiri, tetapi mereka membuat bising yang banyak. Juga, mereka masih bergantungkepada saya dalam mengerjakan lembaran kerja)

    v. Saya membentuk semula masalah hasil daripada penilaian yang dibuat (Saya mesticari cara untuk memujuk mereka terlibat dalam pengajaran tanpa membuat bisingyang banyak. Saya mesti cari cara untuk menjadikan mereka lebih tidak bergantungkepada saya dalam perkembangan pendidikan dan pembelajaran mereka)

    (Terjemahan: McNiff, 2001, ms. 38)

    Berdasarkan beberapa model yang telah dibincangkan di atas, jelaslah bahawa prosedur dan

    proses kajian tindakan adalah mengikut proses satu gelungan langkah-langkah, dijalankan oleh

    satu kumpulan yang berusaha bersama-sama untuk membuat perubahan dan peningkatan

    amalan dalam situasi kerja sendiri. Sebagai rekabentuk yang menggunakan prosedur yang

    sistematik, kajian tindakan boleh dijalankan dengan langkah-langkah berikut:

    i. Tinjauan (Reconnaissance)

    Membentuk dan menentukan fokus kajian

    Mengenalpasti objektif kajian

    Memilih metod kajian

    Mengatur akses kajian

    Membina instrumen kajian

    Mengumpul data

    Mengurus dan menyusun data

    Analisis data

    ii. Perancangan

    Merancang tindakan berdasarkan tinjauan awal serta maklumat yang berkaitan

    iii. Pelaksanaan Tindakan

  • 7/30/2019 BAB 11 Kajian Tindakan

    16/63

    Kajian

    Tindakan156

    Menjalankan tindakan seperti yang telah dirancangkan

    iv. Penilaian dan Refleksi

    Menilai tindakan untuk melihat kesan tindakan yang telah dijalankan

    Ilustrasi Proses Kajian Tindakan

    Dalam bentuk dan proses yang paling ringkas, di bawah ini dikemukakan ilustrasi sinopsis

    proses kajian tindakan:

    Sinopsis I

    Keinginan untuk mengetahui apa yang berlaku

    dalam kelas/pelajaran (dengan membuat rakaman

    audio)

    Saya rasa seolah-olah saya agak cepat dalam

    teknik penyoalan saya dan tidak memberi murid

    masa yang cukup untuk membentuk jawapan

    kepada soalan saya.

    Keputusan:

    ..meneroka lebih lanjut dan memastikan sama ada

    hal ini merupakan amalan pengajaran saya atau

    Mengump

    ul data

    Mengesahk

    an andaian

  • 7/30/2019 BAB 11 Kajian Tindakan

    17/63

    Kajian

    Tindakan157

    hanya dipengeruhi oleh keadaan masa itu.

    (membuat rakaman sekali lagi, disokong dengan

    Pencerapan oleh rakan dan berbual-bual dengan

    Murid selepas pelajaran)

    saya dapati memang benar bahawa saya meminta

    jawapan dengan cepat selepas mengemukakan soalan

    dan agak kerap juga saya menjawab sendiri soalan

    saya itu.

    Membuat rujukan

    Saya merujuk kepada literatur yang membincangkan

    perkaitan antara tempoh yang berlalu selepas guru

    mengemukakan soalan dengan kualiti tindakbalas

    murid.

    Saya merasakan bahawa saya tidak memberi murid

    cukup masa berfikir selepas mengemukakan sesuatu

    soalan.

    Ini menjejaskan proses berfikir mereka..?

    Saya merangka satu rancangan bagi mengubah tingkah

    Lakukan pengajaran saya dan menentukan untuk

    memantau teknik penyoalan saya. Saya mengambil

    masa yang agak panjang (lebih satu bulan) untuk

    melaksanakan rancangan ini.

    Tafsiran

    Melaksanaka

    n dan

  • 7/30/2019 BAB 11 Kajian Tindakan

    18/63

    Kajian

    Tindakan158

    Saya mendapat bukti bahawa respons murid bertambah

    baik banyak jawapan aras tinggi. Dengan melibatkan

    mereka dalam proses penilaian pengajaran saya, suasana

    kelas menjadi bertambah baik. Murid nampaknya

    bertambah komited untuk mengikuti pelajaran saya.

    (Disesuaikan daripada laporan seorang guru: Hopkins: 1993)

    Sinopsis II

    Guru A : saya menghadapi masalah dengan salah sebuah kelas yang saya ajar.

    Kelas tersebut nampaknya tidak berminat terhadap pelajaran yang saya ajar..

    Guru A & B : ..kami memutusakan untuk menyiasat dan mendapatkan maklumat tentang

    apa yang berlaku di kelas tersebut ketika guru A mengajar

    Guru B : Saya mencerap beberapa pengajaran Guru A, serta membuat rakaman (audio)

    pengajaran tersebut. Kemudiannya kami berdua sama-sama meneliti catatan

    saya dan rakaman pengajaran serta berbincang.

    Guru A : Kami membentuk beberapa hipotesis. Antaranya:

    Kandungan pelajaran yang saya gunakan tidak merangsang murid

    Murid tidak dapat mengaitkan isi pelajaran dengan keperluan atau minat

    mereka

    Guru A : Saya mencari idea dan berusaha menggunakan isi pelajaran yang ada kaitan

    dengan minat atau pengalaman murid. Saya mengubahsuai jenis soalan,

  • 7/30/2019 BAB 11 Kajian Tindakan

    19/63

    Kajian

    Tindakan159

    khususnya saya perbanyakkan soalan terbuka serta soalan yang saya sendiri

    tidak tahu jawapannya..

    Guru A : Semasa saya mencuba perubahan-perubahan yang saya rancangkan itu, saya

    meminta Guru B memantau pengajaran saya selama satu minggu

    Guru A : Kami menonton rakaman tersebut dan berbincang. Kami dapati rakaman video

    menunjukkan interaksi yang lebih kompoloeks berlaku iaitu:

    Penglibatan murid bertambah

    Murid lebih berminat

    Murid lebih kerap memberi cadangan

    Komunikasi lisan lebih natural

    Guru A : .saya telah diminta dan bersetuju untuk membuat pelaporan tentang apa

    yang telah saya buat kepada guru-guru lain.

    CADANGAN KAEDAH P&P, TEKNOLOGI, DAN PENAKSIRAN

    Kuliah dan perbincangan, persembahan kumpulan menggunakan slaid PowerPoint, video klippengajaran dan pembelajaran, dan laporan kajian tindakan.

    11.2 LANGKAH-LANGKAH MENJALANKAN KAJIAN TINDAKAN

    HASIL PEMBELAJARAN

    1. Menghuraikan prosedur dan proses kajian tindakan2. Mengenalpasti masalah kajian3. Merancang tindakan yang sesuai4. Menilai tindakan kajian yang dijalankan

  • 7/30/2019 BAB 11 Kajian Tindakan

    20/63

    Kajian

    Tindakan160

    ISI KANDUNGAN

    IDEA UTAMA

    Menjelaskan tentang prinsip pendekatan kajian tindakan, prosedur dan proses kajian tindakan

    yang biasanya digunakan oleh guru. Langkah-langkah umum seperti Tinjauan Awal, Merancang

    Tindakan, Menjalankan Tindakan, Memerhati dan Menilai, dan Refleksi akan dijelaskan dengan

    memberikan contoh-contoh yang sesuai.

    Prinsip Pendekatan Kajian Tindakan

    Pada umumnya prosedur dan proses kajian tindakan menggunakan kedua-dua pendekatan dan

    metod kuantitatif dan kualitatif. Sama ada menggunakan salah satu pendekatan atau

    menggunakan kedua-duanya sekali dalam satu kajian. Rekabentuk kajian tindakan merupakan

    prosedur yang sistematik dalam mengumpul dan menganalisis maklumat yang seterusnya

    mengambil tindakan yang sesuai untuk meningkatkan amalan serta pengurusan sesuatu

    tugasan pengajaran dan pembelajaran. Sebagai pendekatan penyelidikan yang berfokus dan

    praktikal, prosedur dan proses kajian tindakan berlaku dalam satu gelungan perancangan dan

    tindakan yang saling berkait yang pada umumnya merangkumi proses perancangan, tindakan

    dan penilaian hasil tindakan. Bergantung kepada latar belakang penyelidik, kajian tindakan

    boleh dijalankan di pelbagai tahap kompleksiti sosial dan pendidikan yang berbeza.

    Mengikut McTaggart (1996) adalah bahaya kalau kita melihat kajian tindakan hanya sebagaisatu prosedur yang mengikut gelung-gelung sahaja. Kajian tindakan bukan sahaja merupakan

    metod atau prosedur menjalankan kajian, tetapi yang lebih penting adalah merupakan

    komitmen untuk mengkaji dan menyelesaikan masalah melalui amalan berdasarkan beberapa

    prinsip menjalankan inkuiri sosial.

    Kajian tindakan seperti yang dijelaskan pada awalnya oleh Lewin, bermula dengan langkah-

    langkah yang mengandungi perancangan, tindakan, pemerhatian dan penilaian hasil

    tindakan. Proses kajian tindakan bermula dengan idea umum yang menekankan bahawa

    peningkatan atau perubahan dalam kerja dan amalan adalah diperlukan. Kumpulan

    kemudiannya dibentuk untuk menjelas dan mengkaji keprihatinan bersama yang telah

    dikenalpasti. Kumpulan perlu membuat keputusan untuk bekerja bersama dan merancangstrategi peningkatan terhadap keprihatinan yang telah dikenalpasti. (Kemmis & McTaggert,

    1988, p.8-9).

    Dalam prosedur kajian tindakan, ahli-ahli kumpulan akan:

    i. membentuk perancangan yang mempunyai langkah-langkah tindakan yang bertujuanuntuk meningkatkan amalan semasa. Perancangan perlulah lebih fleksibel bagimembolehkan ubahsuaian ke atas kesan atau kekangan yang tidak diduga

  • 7/30/2019 BAB 11 Kajian Tindakan

    21/63

    Kajian

    Tindakan161

    ii. menjalankan tindakan melaksanakan perancangan dalam situasi yang sistematik danterkawal

    iii. tindakan yang dijalankan direkodkan bagi memungut data untuk dibuat penilaianterperinci. Pemerhatian yang terancang perlu dilakukan sama ada secara individu

    mahupun secara berkumpulan

    iv. refleksi ke atas tindakan yang dijalankan melalui pemerhatian yang telah dibuatmenjadi panduan dalam perbincangan kumpulan. Refleksi kumpulan boleh membawakepada pembinaan makna situasi sosial dan menyediakan asas untuk perancangantindakan selanjutnya. Dengan itu, proses selanjutnya akan berterusan melalui gelunganselanjutnya. (Kemmis & McTaggert, 1988, pp.10-14; Zuber-Skerritt, 1992, p.16)

    Proses Kajian Tindakan

    Jelaslah bahawa terdapat pelbagai bentuk kajian tindakan yang boleh dijalankan. Walaupunbentuk kajian itu agak berbeza, namun setiap bentuk kajian mempunyai ciri am yang sama.

    Kajian tindakan dilaksanakan dalam bentuk gegelung yang merangkumi aktiviti: (i)

    mengenalpasti masalah, (ii) merancang tindakan, (iii) pelaksanaan tindakan, (iv) melakukan

    refleksi dan masuk ke gegelung kedua dengan merancang semula dan proses kajian

    berkenaan akan berulang sehingga ia mantap dan dapat mencari jalan penyelesaiannya

    Langkah 1: Tinjauan Awal (Reconnaisance)

    Mengenalpasti Masalah Kajian

    Masalah merupakan satu perkara yang hendak dicari jalan penyelesaiannya. Sesuatu yang

    didapati tidak memuaskan, belum diselesaikan, terdapat kesukaran, sesuatu yang perlu diubah,

    sesuatu yang berjalan tidak seperti yang diharapkan. Melibatkan sesuatu yang menjadi

    perhatian, prihatin, minat penyelidik, keadaan yang hendak dipertingkatkan, kesukaran yang

    hendak dihapuskan, persoalan yang hendak dicari jawapannya. Oleh itu bukanlah satu perkara

    yang mudah bagi seseorang penyelidik untuk membina satu masalah yang mudah, ringkas,

    jelas dan lengkap.

    Masalah penyelidikan pada asasnya dimulakan dengan persoalan yang merupakan fokus atau

    tumpuan utama kepada penyiasatan penyelidik.

    Contoh:

    a. Adakah pengiraan menggunakan sampoa lebih cepat dan cekap daripada pengiraanmenggunakan mesin kira ? (Penyelidikan Eksperimen)

    b. Adakah penerangan tentang sifat-sifat orang Melayu pada masa dahulu dalam bukupenulisan Munshi Abdulah mencerminkan ciri-ciri orang Melayu ketika itu? (AnalisisKandungan)

    c. Apakah yang dilakukan oleh pelajar-pelajar luar bandar disetiap hujung minggu?(Kajian Ethnografi)

  • 7/30/2019 BAB 11 Kajian Tindakan

    22/63

    Kajian

    Tindakan162

    d. Adakah perlakuan guru berbeza apabila mengajar di kelas yang berbeza tahappencapaiannya? (Kajian Perbandingan Bersebab causal comparative research)

    e. Bolehkah kita ramalkan pelajar yang manakah akan menghadapi masalah apabilamempelajari sains ? (Kajian Korelasi).

    f. Apakah perspektif ibubapa terhadap penggunaan Bahasa Inggeris dalampengajaran mata pelajaran Sains dan Matematik di sekolah rendah dan menengah?(Penyelidikan Tinjauan)

    g. Bagaimanakah pengetua sekolah boleh meningkatkan motivasi guru-guru yangmengajar matematik? (Penyelidikan Temubual)

    Memperkecilkan Topik Kajian

    Keadaan ini membantu kita untuk mendapatkan data yang bertepatan dengan kajian-kajian

    yang hendak dilakukan. Katakan kita memilih tajuk Bahasa Inggeris. Tajuk ini amat luas. Kita

    harus memperkecilkan lagi kepadamungkin penggunaan Bahasa Ingeris di peringkat sekolah.

    Mungkin juga diperingkat sekolah rendah atau menengah. Katakan kita berminat untukmengkaji penggunaan Bahasa Inggeris di Tingkatan 1 sekolah menengah. Malahan ini juga

    boleh diperkecilkan lagi kepada Bahasa Inggeris komunikasi di Tingkatan 1. Ini juga masih

    boleh diperkecilkan lagi kalau kita hendak melihat penguasaan Bahasa Inggeris mereka sama

    ada dalam isu-isu semasa telah mempengaruhi penggunaan Bahasa Inggeris yang ada

    sekarang di Tingkatan 1. Kini kita telah memasuki ke satu peringkat di mana tajuk yang kita

    minati itu diperkecilkan kepada soalan yang boleh dikaji apabila kita boleh olah semula

    (rephrase) soalan kepada pertalian di antara dua pembolehubah, misalnya,

    Adakah terdapat perbezaan penggunaan Bahasa Inggeris bagi pelajar bandar dengan pelajar

    luar bandar?

    Dalam mengenalpasti masalah spesifik atau persoalan kajian, ia melibatkan soalan-soalan

    seperti berikut:

    Apa yang kita hendak ketahui?

    Apakah soalan-soalan yang boleh ditanya untuk memahami masalah tersebut?

    Apakah (individu, artifak, amalan dan lain-lain) yang hendak dikaji?

    Mengapakah masalah atau persoalan tersebut penting? Adakah ia merupakan

    persoalan yang signifikan dan akan menyumbang kepada bidang atau amalan?

    Adakah masalah boleh dikaji berdasarkan sumber-sumber yang ada?

    Oleh itu, pada umumnya sesuatu masalah atau persoalan kajian itu perlulah:

    Ditulis dengan jelas dengan menggunakan bahasa yang tidak terlalu teknikal serta dapat

    merangsang minat pembaca

    Skopnya cukup kecil supaya mudah diurus

  • 7/30/2019 BAB 11 Kajian Tindakan

    23/63

    Kajian

    Tindakan163

    Diletakkan dengan baik dalam konteks teori dan penyelidikan semasa

    Langkah 2: Merancang Tindakan

    Merancang tindakan bertujuan untuk menangani aspek terperinci dan tidak melibatkan

    perubahan kepada keseluruhan perancangan. Kita harus membuat perancangan yang baru

    sekiranya perancangan yang lama tidak boleh diteruskan. Bahagian Perancangan dan

    Penyelidikan Dasar Pendidikan (1995) telah menggariskan beberapa pertimbangan dalam

    merancang tindakan dan telah menyarankan prosedur berikut: (i) tentukan matlamat cadangan

    tindakan, (ii) mengapa tindakan itu diambil dan (iii) senaraikan tindakan yang perlu diambil, dan

    nyatakan bentuknya seperti: aktiviti, bahan dan tanggung jawab dan tugas.

    Setelah mendapat fokus yang jelas tentang perkara yang hendak dikaji melalui sorotan literaturdan reconnaissance serta penyataan tujuan, soalan dan hipotesis kajian maka perancangan

    selanjutnya perlu dibuat bagi menjalankan tindakan yang sesuai. Perancangan kajian tindakan

    merupakan pemikiran tentang kajian tindakan yang akan memandu kerja-kerja kajian

    selanjutnya. Elliott (1991) dan Kemmis & McTaggart (1988) mencadangkan langkah-langkah

    berikut:

    Menulis pernyataan fokus kajian

    Definisikan pembolehubah yang berkaitan

    Bentuk soalan kajian

    Jelaskan intervensi atau inovasi yang dicadangkan

    Jelaskan rakan-rakan penyelidikan yang akan terlibat

    Jelaskan perundingan yang perlu dijalankan

    Bina garis masa (timeline) kajian

    Nyatakan sumber-sumber yang boleh dan akan digunakan

    Nyatakan idea-idea tentang pengumpulan data

    Sebaik-baiknya libatkan ramai rakan untuk membantu merancang kegiatan kajian tindakan. Di

    peringkat sekolah misalnya boleh dibentuk satu jawatankuasa khas bagi mencadang dan

    merancang kajian tindakan. Sebagaimana yang dijelaskan sebelum ini, kajian tindakan ini

    adalah lebih berkesan sekiranya dijalankan secara kolaboratif dengan rakan sekerja yang lain.

    Semasa merancang kajian tindakan, perlu dipertimbangkan perkara-perkara berikut:

    Menjelaskan matlamat cadangan tindakan yang berkait dengan masalah yang hendak

    diselesaikan atau amalan yang hendak dipertingkatkan atau sesuatu idea/strategi baruyang hendak dicuba uji dalam konteks bilik darjah. Contohnya, sekiranya masalah yanghendak dikaji adalah berkaitan dengan pelajar tidak berminat belajar, sudah tentuperkara-perkara yang hendak diketahui lebih lanjut adalah seperti berikut:

  • 7/30/2019 BAB 11 Kajian Tindakan

    24/63

    Kajian

    Tindakan164

    - Pelajar manakah yang tidak berminat?

    - Apakah yang mereka lakukan selain daripada belajar?

    - Adakah mereka tidak berminat membuat perkara yang sama atau yang

    berbeza?- Adakah pada masa-masa yang tertentu, topik-topik tertentu atau

    matapelajaran

    tertentu sahaja yang menunjukkan mereka kurang berminat?

    - Apakah bentuk-bentuk perlakuan yang menunjukkan mereka tidak

    berminat belajar?

    Soalan-soalan ini boleh membantu menjelaskan lagi bentuk masalah yang dikaji.

    Pengumpulan maklumat berkaitan dengan soalan-soalan di atas akan menyediakan

    asas untuk mengklasifikasi fakta yang relevan serta membentuk kategori-kategori yang

    sesuai berkaitan dengan masalah pelajar tidak berminat belajar.

    Menjelaskan sebab-sebab cadangan tindakan itu diambil dengan memberikan asas

    pemikiran atau teori-teori berkaitan yang dapat menerangkan dengan lebih lanjuttentang bentuk dan skop tindakan

    Menyenaraikan tindakan-tindakan/aktiviti-aktiviti yang dicadangkan termasuklah: - tugas

    dan tanggungjawab:

    - aktiviti-aktiviti,- bahan-bahan,- struktur organisasi,- falsafah dan konsep baru tentang perubahan,- bagaimana aktiviti dijalankan,- jumlah gelungan kajian dan tempoh pelaksanaan untuk semua gelungan,- cara-cara pemantauan perubahan, penilaian perubahan formatif &

    sumatif,- keperluan-keperluan lain seperti bahan rujukan, kewangan, kemudahan,

    kelengkapan, tenaga, dan masa.

    Langkah 3: Menjalankan Tindakan

    Apa yang telah dirancang perlu dijalankan untuk melihat keberkesanannya. Kumpulan akan

    mempastikan segala yang dirancang dilaksanakan. Ada yang terlibat dalam melaksanakan

    rancangan dan ada yang terlibat dalam mengumpul maklumat atau data untuk mengesankeberkesanan tindakan yang dibuat. Sekiranya apa yang dirancang adalah satu sesi

    pengajaran, maka perlu ada ahli kumpulan yang melaksanakan pengajaran dan ada yang

    memerhatikan pengajaran untuk mengumpul maklumat yang diperlukan. Terdapat pelbagai

    cara boleh digunakan untuk mengumpul data bergantung kepada keperluan kajian. Bahan-

    bahan berkenaan boleh didapati daripada:

  • 7/30/2019 BAB 11 Kajian Tindakan

    25/63

    Kajian

    Tindakan165

    bahan-bahan dokumentasi seperti kerja pelajar dalam bentuk projek atau kerja

    rumah, minit mesyuarat, rekod kedatangan pelajar, skor ujian bulanan, rekod keputusanpeperiksaan dan sebagainya

    rakaman video atau audio mengenai pengajaran dan pembelajaran dalam kelas, luar

    kelas, pelaksanaan program kokurikulum nota yang dibuat hasil dari temubual, misalnya temubual dengan pelajar

    foto dan gambar menunjukkan kegiatan yang dikaji.

    Catatan buku diari dan nota-nota kerja

    Ujian bertulis dan soalselidik kepada pelajar

    Langkah 4: Melakukan Refleksi

    Penilaian dan refleksi boleh dijalankan oleh pengkaji, atau bersama rakan pengkaji melalui

    perbincangan. Satu proses yang penting dalam tahap ini adalah refleksi yang melibatkan

    analisis, sintesis, interpretasi, menjelas dan membuat kesimpulan. Refleksi merupakan proses

    merenung, menganalisis masalah, mencari alasan, cadangan dan tindakan untuk memperbaiki

    diri (Hanipah, 2000). Selain refleksi dikatakan sebagai satu proses atau aktiviti kognitif (Boud et

    al., 1985; Langer, 1989; Loughran, 1996), refleksi juga melibatkan dimensi emosi (Boud et al.,

    1985). Sehubungan itu, Brookfield (1995) menjelaskan proses refleksi melibatkan seseorang

    itu aktif mengimbas kembali segala permasalahan yang dihadapi dan berusaha

    mempertimbangkan segala kemungkinan yang akan berlaku serta bertungkus lumus mencari

    jalan bagi menyelesaikan segala permasalahan tersebut. (dalam Nor Hasniza, 2005, ms. 13).

    Dengan ertikata lain, refleksi merupakan tindakan yang bertujuan dan berhati-hati melalui

    penilaian secara kritikal yang melibatkan pengujian strategi seseorang untuk memberi respons

    kepada sesuatu situasi atau tindakan.

    Langkah memantau dan menilai juga melibatkan pengambilan keputusan tentang apa yang

    berlaku seperti melihat semula fokus kajian, peluang dan kekangan yang terdapat di situasi,

    pencapaian dan limitasi langkah tindakan pertama, mempertimbangkan kesannya (termasuk

    kesan yang tidak dijangka dan kesan sampingan), dan mula memikirkan implikasi nya untuk

    tindakan pada masa depan. Aktiviti pemantauan boleh dijalankan dengan beberapa cara.

    Antaranya pemantauan kendiri, pemantauan dengan rakan sejawat, pemantauan dengan

    pelajar-pelajar dan pemantauan bersama dengan kelompok-kelompok yang terlibat dalam

    kajian.

    Membuat refleksi bermaksud melihat sama ada terdapat perubahan dan adakah perubahan

    disokong oleh data yang diperolehi. Oleh itu, guru perlu mengkaji dan meneliti data berkenaandengan cermat. Guru perlu membuat analisis dengan menyemak data untuk mencari perkara-

    perkara yang tidak terduga. Ini boleh dibuat melalui:

    o temubual pelajar

    o perbincangan dengan rakan

    Guru juga perlu membuat pemantauan kendiri tentang:

  • 7/30/2019 BAB 11 Kajian Tindakan

    26/63

    Kajian

    Tindakan166

    o apa yang telah dilakukan

    o halangan yang wujud

    o masalah yang telah timbul

    o ambil pandangan orang lain terhadap masalah yang dihadapi dan cara kita

    menangani masalah berkenaan

    Guru juga harus menilai keberkesanan proses kajian yang dibuat. Ini boleh dibuat dengan:

    o menilai bahagian yang perlu diperbaiki

    o mengenalpasti panduan yang telah diikuti

    o atau lain-lain perkara untuk pusingan yang selanjutnya

    Gegelung Kedua

    Dalam gegelung kedua, guru perlu membuat perancangan seterusnya berdasarkan penilaiangelung pertama. Proses ini boleh merupakan membuat perubahan kepada perkara yang telah

    kita lakukan atau rancangkan. Ini dibuat dengan mewujudkan rancangan baru untuk

    menangani:

    o isu yang sama

    o isu tambahan

    o kesemua ini adalah hasil dari tindakan atau taksiran dalam gelung tindakan

    pertama

    Rumusan

    Jelas menunjukkan bahawa kajian tindakan bermula dengan masalah atau prihatin yang

    dikenalpasti oleh pengamal sendiri dalam kerja-kerja seharian mereka. Masalah dan

    keprihatinan itu perlu dijelaskan dengan membuat refleksi ke atas apa yang telah dilakukan di

    samping mengumpulkan bukti-bukti yang relevan bagi menjelaskan lagi permasalahan yang

    ingin dikaji. Selaras dengan perkembangan tradisi kajian tindakan ini, proses dan prosedurnya

    juga berkembang dan berbeza mengikut bidang serta orientasi penyelidik yang terlibat dalam

    kajian tindakan. Dari proses dan prosedur awal kajian tindakan yang dikemukakan oleh Lewin,

    ianya terus berkembang dari segi pendekatan dan paradigmanya oleh penyelidik-penyelidik

    kemudiannya seperti Kemmis, Elliott, Ebbutt, Somekh, Stringer dan lain-lain. Faedah yang

    utama kajian tindakan adalah peningkatan amalan, peningkatan pemahaman ke atas amalan

    oleh pengamalnya serta peningkatan situasi di mana amalan berlaku. Ciri-ciri utama kajian

    tindakan adalah penglibatan dan kolaborasi, berorientasikan tindakan, kritikal serta proses

    gelungan yang melibatkan secara ringkasnya sebagai perancangan, tindakan, pemerhatian dan

    refleksi.

    CADANGAN KAEDAH P&P, TEKNOLOGI, PENAKSIRAN

  • 7/30/2019 BAB 11 Kajian Tindakan

    27/63

    Kajian

    Tindakan167

    Kuliah, menganalisis Laporan Kajian Tindakan. Gunakan persembahan Powerpoint, Video

    Pengajaran dan Pembelajaran. Dari segi pentaksiran, pelajar menganalisis video untuk

    mengenalpasti kelemahan dan kekuatan pengajaran guru dan menjawab soalan-soalan yang

    disediakan oleh pensyarah berasaskan video.

    11.3 PENGUMPULAN DATA

    HASIL PEMBELAJARAN

    1. Meneliti beberapa strategi dan teknik pengumpulan data

    2. Menghuraikan konsep asas analisis data kuantitatif serta alat statistik yang sesuai

    terutamanya statistik huraian

    3. Menghuraikan proses dan prosedur analisis dan interpretasi data kualitatif

    ISI KANDUNGAN

    IDEA UTAMA

    Menjelaskan tentang langkah-langkah pengumpulan data melalui beberapa teknik

    pengumpulan data seperti soal selidik, pemerhatian, temubual, analisis dokumen dan penulisan

    diari. Prosedur analisis data kuantitatif juga akan dijelaskan dengan menerangkan alat-alat

    statistik terutama statistik deskriptif. Di samping itu, prosedur analisis dan interpretasi data

    kualitatif juga akan dijelaskan.

    Pengumpulan Data

    Keputusan tentang bentuk dan jenis data yang dikumpul untuk kajian tindakan adalah

    bergantung kepada masalah yang hendak dikaji. Pengkaji perlu menentukan apakah data yang

    dapat menyumbang kepada pemahaman mereka serta penyelesaian yang sesuai terhadap

    masalah yang dikaji. Oleh itu, sering dikatakan bahawa proses dan prosedur memulakan

    pengumpulan data serta bentuk dan jenis data yang hendak dikumpul adalah merupakan satu

    pendekatan khusus yang ada kaitannya dengan keperluan penyelidik untuk memahami

    masalah dan amalan mereka dengan lebih lanjut. Bahagian ini akan memberikan penekanan

    kepada pengumpulan data (kualitatif dan kuantitatif) dalam pelbagai metod dan teknik yang

    sesuai dengan keperluan dan permasalahan yang dikaji dalam kajian tindakan.

    Apabila fokus kajian dan soalan kajian telah dikenalpasti, perlu ditentukan metod pengumpulan

    data yang sesuai. Pada asasnya dua set data akan dikumpulkan. Pertama, data yang dikumpul

    untuk membolehkan anda mula menjawab soalan yang dikemukakan. Kedua, data yang

    dikumpulkan untuk menentukan kesan amalan yang telah berubah. Set data pertama akan

    mengesahkan yang anda telah mengenalpasti soalan yang sebenar, menyediakan idea dan

  • 7/30/2019 BAB 11 Kajian Tindakan

    28/63

    Kajian

    Tindakan168

    pemahaman tentang bentuk dan hakikat isu yang mendasari soalan anda, mencadangkan

    perubahan-perubahan kepada amalan anda. Sorotan literatur dan bahan-bahan berkaitan akan

    menyediakan maklumat lanjut yang akan memberikan petunjuk tentang keputusan untuk

    mengubah amalan anda. Pertimbangkan soalan-soalan berikut:

    Apakah skop inkuiri yang boleh anda uruskan?

    Apakah yang anda jangka akan berlaku hasil daripada kajian tindakan anda?

    Bagaimana? Bila?

    Dalam latar apakah anda akan mengumpul data?

    Siapakah yang terlibat?

    Apakah interaksi yang berlaku?

    Apakah bukti fizikal yang ada?

    Bagaimana anda merancang untuk mengurus pengumpulan data?

    Lebih spesifik lagi, soalan-soalan berikut mungkin boleh membantu:

    Apakah sebenarnya yang dikumpulkan?

    Apakah pelbagai sumber data yang ada yang membolehkan kita memahami dengan

    lebih baik tentang topik? Apakah data masa lalu yang boleh digunakan?

    Berapa banyak data yang diperlukan untuk kita dapat betul-betul belajar dan memahami

    tentang topik?

    Di manakah data akan dikumpul dan berapa lama diperlukan untuk mengumpulnya?

    Adakah apa-apa limitasi untuk mengumpul data?

    Apakah sistem sokongan yang perlu disediakan bagi membolehkan pengumpulan data

    dijalankan?

    Adakah cara yang sesuai untuk pengumpulan data dalam aktiviti bilik darjah?

    Bilakah data akan dikumpul dan untuk berapa lama?

    Adakah perancangan data berlaku dipelbagai poin dalam tempoh pengumpulan data? Adakah strategi yang digunakan memudahkan pemerhatian serta merekod data

    semasa pengajaran berjalan?

    Adakah masa sesuai dan mencukupi untuk mengumpul dan merekod data

    menggunakan strategi yang dipilih?

    Siapakah yang akan mengumpul data?

  • 7/30/2019 BAB 11 Kajian Tindakan

    29/63

    Kajian

    Tindakan169

    Adakah data yang boleh dijana oleh pelajar?

    Adakah rakan sekerja yang boleh memerhati semasa pengajaran guru atau adakah

    pelatih guru boleh membantu dalam pengumpulan data?

    Bagaimanakah data akan dikumpul dan dipersembahkan?

    Bagaimanakah data kualitatif dan kuantitatif akan dikumpul dan dipersembahkan?

    Apakah perancangan untuk menganalisis data?

    Bertanyakan soalan yang betul adalah merupakan kemahiran penting dalam pengumpulan data

    yang efektif. Oleh itu, perlulah jelas mengapa sesuatu data itu dikumpul serta bagaimana data

    tersebut akan digunakan. Ini memerlukan satu kerangka pengumpulan data dibentuk yang

    menjelaskan tentang alat pengumpulan data serta alat analisis data yang sesuai. Perlu

    diputuskan berapa banyak data yang akan dikumpulkan. Ini sudah tentu berkait dengan saiz

    sampel yang sesuai serta jangkamasa data dikumpul. Data mestilah tepat, berguna, tidak

    memakan masa yang panjang untuk mengumpulnya serta mestilah boleh dipercayai bagimembolehkan hipotesis dan strategi perlaksanaan kajian dibentuk dengan yakin. Dengan

    ertikata lain, data yang dikumpul sepatutnya menjadikan kerja-kerja selanjutnya lebih mudah

    dikendalikan.

    Taksonomi Pengumpulan Data

    Kajian tindakan memerlukan pelbagai cara mengutip data bagi mendapatkan maklumat. Jenis-

    jenis data yang dikumpul biasanya boleh dikategorikan kepada dua iaitu data primer dan data

    sekunder ataupun bentuk-bentuk data yang dikumpul boleh berbentuk data kuantitatif atau data

    kualitatif. Pendekatan eklektik ini memerlukan pengetahuan dan kemahiran pengkaji serta

    rakan penyelidik yang sesuai. Di antara pendekatan dan teknik yang biasa digunakan adalahseperti yang dikemukakan oleh Hopkins (1985) melalui taksonomi pengumpulan data

    penyelidikan bilik darjah seperti jadual 11.1.

  • 7/30/2019 BAB 11 Kajian Tindakan

    30/63

    Kajian

    Tindakan170

    Teknik Faedah Kelemahan KegunaanNotaLapangan

    Mudah; berterusan;personal

    Subjektif; perlukanlatihan

    - isu-isu spesifik- kajian kes- impresi umum

    RakamanPita Audio

    Tepat; versatil;menyediakan data yangcukup

    Sukar ditranskripsi;memakan masa;

    - bukti terperinci- diagnostic

    Diari Pelajar Menyediakan perspektifpelajar

    Subjektif - diagnostik- triangulasi

    Temubualdanperbincangan

    Melibatkan pelbagailapisan partisipan danperspektif

    Memakan masa - maklumat spesifikyang terperinci

    Perakam PitaVideo

    Visual dankomprehensif

    Mahal; bolehmengganggu

    - bahan visual- diagnostik

    Soal selidik Terlalu spesifik; mudahditadbir; komparatif

    Memakan masa untukdianalisis; masalah

    untuk dapat jawapanbetul

    - maklumat danmaklumbalas

    spesifik

    Sosiometri Mudah ditadbir;menyediakan panduanuntuk tindakan

    Boleh mengancampelajar yg terasing

    - analisisperhubungan sosial

    Buktidokumentari

    Iluminatif Sukar diperolehi;memakan masa

    - menyediakankonteks danmaklumat

    Slaid Iluminatif;menggalakkanperbincangan

    Sukar diperolehi;superficial

    - menjelaskaninsiden kritikal

    Kajian Kes Tepat; representatif;menggunakan pelbagaiteknik

    Memakan masa - pandangankomprehensiftentang isu- format yang bolehditerbit

  • 7/30/2019 BAB 11 Kajian Tindakan

    31/63

    Kajian

    Tindakan171

    Jadual 11.1 Taksonomi Pengumpulan Data

    Langkah Pengumpulan Data

    Secara umumnya, pengumpulan data biasanya melibatkan langkah-langkah seperti berikut:

    a. mengenalpasti dan menyediakan sempadan atau parameter kajian. Mungkin pengkajiboleh memberi pertimbangan kepada empat parameter yang dicadangkan oleh Milesdan Huberman (1984):

    latar (setting) - tempat di mana kajian dijalankan

    individu/kumpulan (actors) - informan yang akan diperhati atau ditemubual

    peristiwa (events) - perkara-perkara yang dilakukan oleh informan yang diperhatidan ditemubual

    proses - perkembangan perkara/peristiwa yang dilakukan oleh informan ditempat kajian

    b. mengumpul maklumat melalui pemerhatian, temubual, dokumen dan bahan-bahanvisual - perlu dinyatakan data atau jenis data yang akan dikumpul dan menyediakanrasional untuk pengumpulan data.

  • 7/30/2019 BAB 11 Kajian Tindakan

    32/63

    Kajian

    Tindakan172

    CADANGAN KAEDAH P&P, TEKNOLOGI, DAN PENAKSIRAN

    Kuliah, Praktikal (Pemerhatian dan temubual), Tayangan video dan analisis kandungan

    menggunakan video (temu bual) dan persembahan PowerPoint. Penilaian hasil laporanpemerhatian dan temu bual.

    11.4 PENGURUSAN DAN ANALISIS DATA

    HASIL PEMBELAJARAN

    1. Menghuraikan konsep asas analisis data kuantitatif serta alat statistik yang sesuai

    terutamanya statistik huraian

    2. Menghuraikan proses dan prosedur analisis dan interpretasi data kualitatif

    ISI KANDUNGAN

    IDEA UTAMA

    Dalam kajian tindakan, penyelidik harus mempunyai pengetahuan dan kemahiran untuk

    menganalisis data sama ada dalam bentuk data kuantitatif atau data kualitatif. Pada umumnya,

    kajian tindakan akan mengintegrasikan kedua-dua bentuk data berkenaan untuk mendapatkan

    keputusan yang boleh dipercayai dan sah pada kajian berkenaan sahaja. Oleh yang demikian

    penyelidik kajian tindakan haruslah dapat memahami konsep statistik dengan baik Statistik

    boleh dibahagikan kepada statistik huraian, iaitu statistik yang menghuraikan ciri-ciri sampel,

    dan statistik inferen iaitu statistik yang membuat rujukan tentang populasi berdasarkan sampel.

    Memandangkan kajian tindakan yang dijalankan oleh guru kebanyakannya menggunakan

    statistik huraian dalam menganalisis dan menghuraikan dapatan kajian, maka modul ini akan

    memberi tumpuan kepada statistik huraian sahaja.

    Data Penyelidikan

    Bhasah (2007) menjelaskan bahwa data merupakan fakta, maklumat atau angka yangmembolehkan kita membuat huraian atau ringkasan tentang sesuatu (perkara yang menjadi

    kajian). Ia boleh didapati dari guru sekolah, pelajar, ibubapa dan mereka yang terlibat dengan

    kajian yang bakal dibuat. Oleh itu data perlu disusun mengikut satu organisasi yang tertentu

    agar ia dapat memberikan satu gambaran khas tentang perkara berkenaan. Data yang tidak

    tersusun tidak akan memberi apa-apa makna hanya setakat maklumat yang terpisah-pisah dari

    satu dengan yang lain. Data mempengaruhi jenis statistik yang akan digunakan. Data

    parametrik atau data bukan parametrik boleh digunakan untuk sesuatu ujian tertentu sahaja dan

  • 7/30/2019 BAB 11 Kajian Tindakan

    33/63

    Kajian

    Tindakan173

    begitu juga dengan data yang bukan parametrik. Sebagai contoh, data parametrik boleh

    diugnakan dengan ujian ANOVA atau ujian-t dan data bukan parametrik boleh digunakan

    dengan ujian Khi kuasa dua.

    Kategori Data

    Data boleh dikategorikan kepada data primari dan data sekunder. Data primari didapati hasil

    dari soal-jawab atau borang soalselidik yang diedarkan kepada partisipan untuk dijawab.

    Prosedur mendapatkan data primari adalah mahal dan mengambil masa yang panjang. Proses

    untuk mendapatkan data primari melibatkan: pertamanya ialah menentukan apakah masalah

    penyelidikan yang ingin dikaji diikuti pula dengan pembentukan soalan kajian supaya senang

    kita mengetahui apa sebenarnya yang hendak dikaji. Kemudian diikuti pula dengan

    pembentukan rekabentuk penyelidikan, pemungutan data, penyediaan data dan analisis dan

    akhir sekali penyediaan laporan dan pembentangannya di seminar atau di konferen yang

    berkaitan dengan hasil penyelidikan yang perlu dibentangkan. Data sekunder pula merupakan

    data yang telah terkumpul untuk satu-satu tujuan. Data ini boleh didapati dengan cepat, mudah

    dan murah. Data ini boleh didapati dari Jabatan Statistik Negara, Laporan Rancangan Malaysia

    atau dari Lembaga Peperiksaan Malaysia yang setiap tahunnya menyediakan laporan

    pencapaian pelajar dalam setiap mata pelajaran mengikut tahun, jenis peperiksaan, ras, jantina,

    kawasan dan sebagainya.

    Jenis-jenis Data

    Penjenisan data adalah bergantung kepada bagaimana data berkenaan didapati. Jika data

    didapati secara pengukuran maka data itu dinamakan sebagai data pengukuran dan seterusnya

    data bilangan, data pangkatan dan data klasifikasi. Data juga boleh diklasifikasikan sebagai

    data metrik atau bukan metrik. Data metrik adalah data yang unitnya adalah selanjar atau

    berterusan, manakala data bukan metrik adalah data yang berkategori. Contoh data metrik:

    markah bagi sesuatu ujian bulanan calon, berat bahan, skor sesuatu pertandingan dan

    sebagainya. Data bukan metrik pula seperti bangsa atau dalam bentuk kekerapan. Pelajar

    harus dapat membezakan data metrik dari data bukan metrik. Data yang digunakan akan

    menentukan jenis statistik yang boleh digunakan. Sebagai contoh: data metrik hanya boleh

    digunakan untuk pembolehubah bersandar dalam ujian-t, ANOVA dan Regresi. Manakala data

    bukan metrik kerap digunakan dalam ujian Khi kuasa dua. Data boleh didapati daripada

    berbagai cara. Data boleh diperoleh secara pemerhatian, temuduga dan secara soalselidik.

    Seperti yang dinyatakan tadi, data memainkan peranan dalam menentukan jenis ujian statistik

    yang bakal digunakan untuk menjawab sesuatu soalan penyelidikan.

  • 7/30/2019 BAB 11 Kajian Tindakan

    34/63

    Kajian

    Tindakan174

    Skala Pengukuran

    Dalam pengukuran, kita mempunyai dua jenis pembolehubah yang asas iaitu: (a) Jenis

    kuantitatif dan (b) Jenis kategori. Kedua-dua jenis pembolehubah yang dinyatakan ini boleh

    diukur menggunakan skala nominal, ordinal, sela atau nisbah. Adalah penting bagi penyelidikmengetahui pengkelasan data yang mereka gunakan. Tidak semua jenis data boleh digunakan

    dengan ujian-t, ANOVA, khi kuasa dua, regresi dan sebagainya. Setiap data itu adalah sesuai

    digunakan dengan satu atau lebih jenis ujian statistik yang tertentu sahaja.

    Skala Nominal. Skala nominal adalah skala pengukuran yang paling mudah dan merupakan

    bentuk pengukuran yang paling rendah boleh digunakan oleh ahli penyelidik. Skala nominal

    digunakan untuk pengenalan atau membentuk nombor bagi menunjukkan kategori yang

    berlainan. Skala nominal boleh digunakan untuk pembolehubah seperti: bangsa, agama, warna,

    jenis bangunan, jenis perkerjaan dan sebagainya. Sebagai contoh: Guru ingin membahagikan

    ras pelajar dalam kelasnya kepada beberapa kategori. Nombor 1 kategori Melayu, nombor 2

    kategori Cina, nombor 3 kategori India dan nombor 4 lain-lain ras. Pemberian nombor 1, 2, 3

    atau 4 dan selanjutnya adalah untuk memudahkan pengklasan ras dalam analisis komputer. Ini

    tidak bermakna 1 lebih baik atau superior dari 2 dan 2 pula lebih baik dari 3 dan seterusnya. Ia

    hanya melambangkan kumpulan bagi sesuatu pembolehubah, seperti contoh yang diberikan

    ialah ras.

    Skala Ordinal Pengukuran menggunakan skala ordinal menyusun data daripada yang rendah

    kepada yang tinggi atau daripada yang lemah kepada yang cemerlang atau satu susunan yang

    melambangkan satu bentuk hiraki.

    Contoh

    Guru mungkin menyusun skor yang didapati dalam Ujian Bahasa Melayu dari markah yang

    tertinggi kepada markah yang terendah sekali. Skala ordinal hanya menyusun mengikut hiraki.

    Susunan ini melambangkan perbezaan atau kedudukan sesuatu individu relatif kepada sesuatu

    individu yang lain.

    Skala Sela. Pengukuran yang menggunakan sekala sela mempunyai semua ciri ordinal dan

    ditambah pula, di setiap titik dalam skala berkenaan mempunyai jarak yang sama. Skala sela

    memberikan sela sama daripada titik origin yang arbitrari. Ini bermakna skala sela mempunyaiciri-ciri nominal dan ordinal, terutamanya ciri-ciri pangkatan. Jarak numerik yang sama di atas

    skala sela menggambarkan jarak yang sama pada ciri yang diukur.

    Contoh

    Sekarang cuba kita lihat perbezaan IQ 60 dengan IQ 70, perbezaannya hanya 10 poin. Begitu

    juga IQ 120 dengan IQ 130, perbezaannya sama iaitu 10 poin juga. Seandainya kita percaya

  • 7/30/2019 BAB 11 Kajian Tindakan

    35/63

    Kajian

    Tindakan175

    skor berkenaan adalah skala sela, kita mestilah mengandaikan juga perbezaan 10 poin

    mempunyai makna yang sama pada lokasi yang berbeza di atas skala tadi.

    Skala Nisbah Aras tertinggi dalam pengukuran ialah pengukuran menggunakan skala nisbah.

    Skala nisbah mempunyai ciri-ciri nominal, ordinal dan sela serta mempunyai nilai mutlak sifar

    yang mempunyai makna empirikal. Nombor pada skala menunjukkan amaun atau ciri sebenar

    yang diukur. Seandainya skala nisbah untuk pencapaian wujud, maka bolehlah kita katakan

    pelajar yang mendapat markah 80 adalah dua kali lebih pencapaiannya dengan pelajar yang

    mendapat markah 40. Dalam keadaan sebenarnya, kedaan ini tidak wujud.

    Taburan Kekerapan

    Taburan kekerapan menggambarkan bilangan paratisipan bagi sesuatu skor. Kaedah ini amat

    berkesan sekiranya sebaran skor adalah kecil tidak melebihi 50 partisipan. Seandainya melebihi

    50 partisipan, maka taburan kekerapan data berkumpulan adalah lebih baik digunakan.

    Latarbelakang Kajian:

    Berikut diberikan satu contoh penyelidikan tindakan yang telah dijalankan oleh satu jawatan

    kuasa kajian Tindakan Sekolah Menengah Solok Pak Rimau (SMSPR). Melaka. Kajian

    Tindakan berkenaan adalah untuk mengenalpasti stres dikalangan pelajar Tingkatan 4 Sekolah

    berkenaan. SMSPR mengandungi 10 buah kelas Tingkatan 4 yang berjumlah 432 orang

    pelajar. Seramai 244 orang pelajar telah dipilih secara rawak untuk tujuan kajian berkenaan.

    Dalam kajian ini kita hendak tahu pelajar mana yang lebih dalam keadaan stres. Sama ada

    pelajar perempuan atau pelajar lelaki. Anda mungkin telah didedahkan dengan konsep variabel.

    Di sini, kita perlu tahu bahawa variabel jantina adalah menjadi kajian kita. Dalam variabel

    jantina terdapat dua kategori: iaitu lelaki dan perempuan. Lelaki dan perempuan ini dipanggil

    sebagai aras atau kategori bagi variabel jantina. Variabel jantina dipanggil sebagai variabel tak

    bersandar. Variabel stres dipanggil sebagai variabel bersandar. Ini bermakna, variabel stres

    adalah bersandar kepada jantina. Ini bermakna lagi, stres adalah bergantung kepada jantina.

    Jantina tidak bergantung kepada stres, tetapi stres bergantung kepada jantina. Jantina yang

    mana ? Lelaki ? atau perempuan ? jadi jantina itulah dipanggil sebagai variabel tak bersandar

    (independent variable). Stres terletak pada jantina: sama ada lelaki atau perempuan.

    Sekarang kita nak tahu, sama ada pelajar lelaki atau prempuan yang lebih stres. Sebelum kita

    nak tahu sama ada pelajar lelaki atau prempuan yang lebih stres kita perlu tahu dahulu bilangan

    pelajar lelaki dan perempuan dalam sampel kajian yang kita lakukan itu. Daripada data yang

    dikumpulkan kita dapati, bilangan pelajar lelaki adalah seramai 98 orang dan pelajar perempuan

    adalah seramai 146 orang. Bilangan pelajar lelaki seramai 98 orang itu juga dipanggil sebagai

    kekerapan pelajar lelaki dan begitu juga dengan bilangan pelajar perempuan itu sebagai

  • 7/30/2019 BAB 11 Kajian Tindakan

    36/63

    Kajian

    Tindakan176

    kekerapan pelajar perempuan dalam persampelan kita. Dalam ilmu penyelidikan kita juga perlu

    menyatakan perkadaran bagi setiap kategori bagi setiap variabel. Ini bermakna kita perlu

    nyatakan peratusan bagi pelajar lelaki dan perempuan. Dalam sampel ini kita dapati pelajar

    lelaki adalah seramai 40.2% daripada jumlah sampel dan perempuan adalah seramai 59.8%.

    Peratusan menggambari perkadaran kandungan jantina dalam sampel berkenaan. Kalaubilangan atau perkadaran 98 orang diberikan, kita tidak tahu sama ada 98 iaitu satu angka yang

    besar atau kecil, kerana ia bergantung kepada jumlah pelajar dalam satu-satu sampel yang kita

    ambil. Bilangan 98 mungkin satu angka yang kecil sekiranya bilangan dalam sesuatu sampel itu

    adalah 1000 orang, tetap bilangan 98 itu adalah satu angka yang besar sekiranya bilangan

    dalam sampel itu hanya mengandungi 110 orang. Bilangan dalam sampel kerap disebut

    sebagai saiz sampel. Dalam kajian stres yang bakal kita lakukan mempunyai saiz sampel 244

    partisipan. Ini jelas ditunjukkan seperti dalam jadual 11.2. Partisipan bermakna unit dalam

    kajian kita. Pada peringkat awalnya, unit kajian kita dipanggil sebagai subjek kajian, kemudian

    ia bertukar kepada responden kajian dan kini dipanggil sebagai partisipan kajian. Ini adalah

    selaras dengan kehendak American Education Research Association.(AERA). Begitu juga

    dengan penggunaan istilah negro kepada black dan kini dipanggil sebagaiAfrican-American.

    Jantina Kekerapan Peratusan (%)

    Lelaki 98 40.2

    Perempuan 146 59.8

    Jumlah 244 100.0

    Jadual 11.2 Kekerapan Jantina

    Dalam kajian kita juga perlu memberikan maklumat tentang beberapa ciri latar belakang kajian

    kita: seperti yang telah dinyatakan, jantina, keturunan, tempat bapa bekerja, tempat tinggal

    pelajar, mod ke sekolah, bilangan adek beradek dan sebagainya. Maklumat ini disebut juga

    sebagai maklumat demografi yang juga sekali gus merupakan variable tak bersandar yangboleh kita kaitkan atau hubungkan dengan variabel bersandar iaitu stres yang bakal kita kaji

    nanti.

    Sekarang mari kita lihat maklumat tentang komposisi sampel yang kita pilih terdiri daripada 116

    orang partisipan Melayu dan 128 partisipan Bukan Melayu. Selalunya dalam laporan

    penyelidikan kita kerap menulis seperti: Sampel kajian terdiri dari 116 (47.5%) partisipan

  • 7/30/2019 BAB 11 Kajian Tindakan

    37/63

    Kajian

    Tindakan177

    Melayu dan 128 (52.5%) partisipan Bukan Melayu. Di sini tuliskan sekali peratusannya dalam

    kurungan. Ini akan memberi lebih maklumat kepada pembaca bahawa terdapat lebihan 5%

    perkadaran Bukan Melayu dalam sampel kajian berkenaan. Kita juga boleh menulis seperti

    bilangan Bukan Melayu yang lebih ramai atau peratusan Bukan Melayu (52.5%) yang lebih

    tinggi berbanding dengan peratusan Melayu (47.5%)

    Keturunan Kekerapan Peratusan (%)

    Melayu 116 47.5

    Bukan Melayu 128 52.5

    Jumlah 244 100.0

    Jadual 11.3 Kekerapan Keturunan

    Begitu juga seterusnya, anda bolehlah menggunakan jadual berikut dalam menjelaskan

    latarbelakang bagi sampel kajian anda berdasarkan maklumat (variable) berikut seperti:

    pekerjaan bapa, tempat tinggal pelajar, mod ke sekolah, bilangan adik beradik, anak ke berapa

    dalam keluarga, keadaan keluarga dan tahap stres.

    Pekerjaan Keluarga Kekerapan Peratusan (%)

    Kerajaan 99 40.6

    Swasta 50 20.5

    Bekerja Sendiri 95 38.9

    Jumlah 244 100.0

    Jadual 11.4 Kekerapan Pekerjaan Keluarga

    Tahap Stres Kekerapan Peratusan (%)

    Stres Rendah 112 45.9

    Stress Sederhana 121 49.6

  • 7/30/2019 BAB 11 Kajian Tindakan

    38/63

    Kajian

    Tindakan178

    Stres Tinggi 11 4.5

    Jumlah 244 100.0

    Jadual 11.5 Kekerapan Kategori Stres

    Selain mendapatkan maklumat tentang komposisi bagi sesuatu sampel, kita juga perlu

    mendapatkan statistik bagi menjelaskan ciri-ciri sampel berkenaan. Ini juga disebut sebagai ciri-

    ciri psikometrik bagi sampel berkenaan. Kadang kala ianya disebut sebagai statistik bagi

    sampel berkenaan. Statistik bagi sesuatu sampel merujuk kepada: min, julat, sisihan piawai dan

    varian bagi sampel berkenaan.

    Statistik Huraian

    Statistik huraian membolehkan penyelidik membuat satu organisasi data, merumuskan data

    dan menghuraiakan cerapan bagi sesuatu sampel atau populasi.

    Min Merupakan satu pengukuran tentang kedudukan. Min pada asalnya disebut sebagai

    purata atau pukul rata. Simbol x (x bar). Min bagi satu set skor X1, X2, X3,Xn ialah jumlah

    semua skor Xi dibahagikan dengan bilangan X

    x = Xi______

    n

    Nilai bagi setiap skor akan mempengaruhi min. Satu skor tertinggi atau satu skor terendah

    dalam set data akan memberi kesan kepada min, sama ada min akan menjadi lebih tinggi atau

    lebih rendah.

    Dalam penyelidikan kita di atas, kita dikehendaki membuat kajian tentang stres yang dihadapi

    oleh pelajar Tingkatan 4. Stres tadi di ukur menggunakan skala 5 poin seperti dalam Jadual

    11.6 bagi setiap item seperti yang terdapat dalam Jadual 11.7.

    Maksud

  • 7/30/2019 BAB 11 Kajian Tindakan

    39/63

    Kajian

    Tindakan179

    Skala

    1 SANGAT TIDAK KERAP BERLAKU

    2 KURANG KERAP BERLAKU

    3 KADANG-KADANG SAHAJA BERLAKU

    4 KERAP BERLAKU

    5 SANGAT KERAP BERLAKU

    Jadual 11.6 Skala Stres Pelajar

    Bil Pernyataan Skala

    1 2 3 4 5

    1 Saya berasa sangat letih walaupun saya

    mempunyai masa tidur yang cukup

    1 2 3 4 5

    2 Saya tidak puas hati dengan tugasan yang

    dilakukan

    1 2 3 4 5

    3 Saya berasa sedih tanpa sebab 1 2 3 4 5

    4 Saya seorang pelupa 1 2 3 4 5

    5 Saya lekas marah dan menengking pada

    orang lain

    1 2 3 4 5

    Morse, R. Donald and Furst, Lawrence (1982), Stress for success. Van Nost Reinhold, New York.

    Jadual 11.7 Item untuk mengukur Stres Pelajar

    Item untuk mengukur stres ini menggunakan 25 item yang dibina oleh Morse dan Furst (1982).

    Dengan menggunakan instrumen yang ada, terdapat 3 cara yang boleh dilakukan untuk

    mengukur stres. Satu daripadanya ialah dengan mencampurkan semua skor dari setiap item

    bagi konstruk stres. Dengan kaedah ini, jumlah skor akan dikategorikan kepada 3 kategori

    dengan skor-skor tertentu bagi setiap kategori stres: tinggi, sederhana dan rendah. Keadaan ini

    bergantung kepada bilangan item yang digunakan untuk menentukan stres. Kaedah kedua ialah

    dengan menggunakan min bagi setiap variable stres. Bagi setiap variabel stres telah diskalakan

  • 7/30/2019 BAB 11 Kajian Tindakan

    40/63

    Kajian

    Tindakan180

    kepada 5 poin seperti di atas dan kita hitungkan jumlah skor bagi setiap variabel dan hitungkan

    minnya. Min tadi akan menentukan tahap stres bagi setiap partisipan. Skor min bagi konstruk

    stres ini kan menentukan tahap stres bagi sampel berkenaan. Di sini bilangan item tidak

    memberi kesan kepada tahap stres.

    Median Median pula merupakan satu titik di tengah-tengah yang membahagikan semua skor

    kepada dua bahagian. Titik pembahagi pada 50% di panggil median. Ia ditentukan dengan

    menyusun skor dari tertinggi ke skor terendah. Median ditentukan dengan skor di tengah-

    tengah bagi set skor berkenaan. Seandainya set skor itu genap, mediannya ialah di tengah-

    tengah antara dua skor tengah. Bila set skor itu ganjil, median ialah skor di tengah-tengah set

    skor berkenaan. Skor yang ekstrim (terlalu tinggi atau terlalu rendah) tidak akan mempengaruhi

    median berkenaan.

    Mod Ialah skor yang mempunyai kekerapan yang tertinggi. Ini boleh dipastikan melalui

    proses cerapan (pemerhatian data) sahaja. Mod ialah satu jenis statistik yang kurang boleh

    dipercayai tetapi kerap digunakan sebagai anggaran awalan bagi kecondongan memusat. Mod

    ialah bilangan partisipan yang teramai sekali mendapat sesuatu skor berkenaan.

    Julat Satu pengukuran paling mudah dan paling kasar untuk mengukur serakan. Ia adalah

    perbezaan antara skor tertinggi dengan skor terendah bagi sesuatu taburan skor. Julat ialah

    perbezaan atau jarak antara dua skor yang ekstrim (paling tinggi dengan yang paling rendah)

    setelah data dalam set berkenaan disusun secara menaik atau menurun.

    Sisihan Piawai Merupakan indeks serakan bagi sesuatu taburan skor. Merupakan jarak bagi

    setiap skor (sisihan) daripada min (x) yang telah dipiawaikan (standardkan); Iaitu setelah ditolak

    daripada min bagi setiap unit (Xi).

    Skor sisihan = x - x

    Digandakan dua (untuk mengelakkan nilai negatif).

    (Skor sisihan)2 = ( x - x )2

    Kemudian dicampurkan semua unit (Xi) dalam sampel berkenaan dan dibahagikan denganjumlah unit (N - 1) (tujuannya ialah untuk mencari purata sisihan daripada min bagi setiap unitdalam sampel). Untuk sampel kita selalunya tolakkan dengan 1. Untuk populasi kita tidak perlutolak dengan 1.

    (Skor sisihan)2 = ( x - x )2N - 1

  • 7/30/2019 BAB 11 Kajian Tindakan

    41/63

    Kajian

    Tindakan181

    Akhirnya cari punca ganda dua (kerana pada awalnya kita telah menggandakan dua semuaunit).

    Varian Varian ialah ganda dua sisihan piawai. Satu indeks pengukuran tentang keberubahan

    dalam satu-satu set data.

    Pencongan

    Merujuk kepada simetri bagi sesuatu taburan. Sesuatu taburan itu boleh menjadi pencong

    negatif atau pencong positif. Dalam sesuatu ujian yang senang ramai calon mendapat skor

    yang tinggi dan tidak ramai calon mendapat skor yang rendah, ekor bagi taburan berkenaan

    akan menghala ke kiri pencong negatif seperti dalam Rajah 11.2. Seandainya ujian yang

    diberikan adalah terlalu sukar, ramai calon mendapat skor rendah dan amat kurang calon

    mendapat skor tinggi, maka ekor taburan berkenaan menghala ke kanan pencong positif

    seperti dalam Rajah 11.3.

    Rajah 11.6 Pencongan

  • 7/30/2019 BAB 11 Kajian Tindakan

    42/63

    Kajian

    Tindakan182

    Rajah 11.7 Pencongan Negatif

    Rajah 11.8 Pencongan Positif

    Kurtosis

    Menjelaskan tentang puncak sesuatu keluk, sama ada lebih tajam, lebih rata atau menghampiri

    normal. Taburan yang mendatar disebut sebagai platikurtosis. Bagi keluk yang tajam

    dinamakan leptokurtosis dan bagi taburan yang normal dinamakan sebagai mesokurtik. Nilai

    kurtosis yang menghampiri 0 menunjukkan bentuk yang menghampiri normal. Nilai negatif

    menunjukkan satu taburan yang lebih tajam daripada normal. Manakala nilai positif

    menunjukkan satu taburan yang lebih mendatar daripada normal (Allyn & Bacon, 1999).

    Taburan Normal

    Keluk normal merupakan sebuah keluk yang berbentuk seperti loceng yang tertungkup. Antara

    ciri-ciri keluk normal dapat dijelaskan dengan melihat Rajah 11.4 berikut:

  • 7/30/2019 BAB 11 Kajian Tindakan

    43/63

    Kajian

    Tindakan183

    Rajah 11.9 Keluk Normal

    Keluknya mempunyai 1 mod, simetrik dan mesokurtik. Ketiga-tiga pengukuran kecondongan

    memusat ini mempunyai nilai yang sama iaitu min, mod dan median adalah terletak pada satu

    titik yang sama. Peratusan yang ditunjukkan dalam setiap kawasan menerangkan berapa

    banyak jumlah keluasan di bawah keluk berada dalam kawasan berkenaan. Dari segi taburan

    skor ujian pula, ini bermakna peratusan itu menunjukkan perkadaran bagi semua skor adalah

    diantara nilai-nilai yang ditunjukkan pada garisan dasar keluk berkenaan. Contoh: Lebih kurang

    68% dari kesemua skor adalah terletak pada 1 sisihan piawai di atas dan 1 sisihan piawai di

    bawah min.

    CADANGAN KAEDAH P&P, TEKNOLOGI, DAN PENAKSIRAN

    Kuliah, Tunjuk cara penggunaan SPSS, Praktikal (Analisis Data Ujian dan Soal selidik). Perlu

    ada kemudahan komputer dan perisian SPSS. Pelajar dikehendaki menghasilkan laporan

    analisis berdasarkan output SPSS.

    11.5 PENGURUSAN, ANALISIS, DAN INTERPRETASI DATA KUALITATIF

    HASIL PEMBELAJARAN

    1. Mengurus data temu bual dan pemerhatian2. Menganalisis data temu bual dan pemerhatian3. Menginterpretasi data kualitatif

    ISI KANDUNGAN

    IDEA UTAMA

  • 7/30/2019 BAB 11 Kajian Tindakan

    44/63

    Kajian

    Tindakan184

    Data yang telah dikumpul melalui pelbagai kaed