Upload
mat-rijal
View
355
Download
5
Embed Size (px)
1
BAB 1
PENDAHULUAN
1.0 PENGENALAN
Pendidikan di Malaysia telah mengalami gelombang reformasi yang begitu pesat sesuai
dengan tuntutan era teknologi maklumat. Anjakan paradigma dan pengubahsuaian pada
kurikulum adalah bertujuan untuk membina dan mengembangkan kuasa berfikir guru dan
murid. Dengan memberi penekanan kepada proses kognitif dalam isi pelajaran dan
pengetahuan. Proses kognitif kurikulum dikembangkan melalui isi kandungannya yang
dipelbagaikan dari segi pendekatan dan strategi berfikir serta mempunyai kualiti intelek
yang tinggi. Isi pelajaran dan pengetahuan yang mendasari sesuatu aktiviti pengajaran
pembelajaran akan dapat merangsang pemikiran serta mengukuhkan daya fikir dan celik
akal pelajar.
Untuk memperasakan produk yang dihasilkan ini, sekolah adalah platform yang
terbaik untuk melahirkan generasi yang mampu berdaya saing sejajar dengan
perkembangan arus globalisasi. Justeru itu, pelbagai strategi pengajaran dan
pembelajaran telah dicadangkan untuk digunakan semasa menyampaikan sesuatu
pengajaran sama ada di dalam atau di luar bilik darjah. Salah satu daripadanya adalah
dengan menggunakan pembelajaran koperatif.
2
Statistik tahap pencapaian akademik pelajar di Malaysia menurut laporan
Bernama 2008, didapati sebanyak 65.3 peratus pelajar wanita sedang mengikut pengajian
di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) pada sesi akademik 208/2009 berbanding
dengan hanya 34.7 peratus pelajar lelaki. Sejajar dengan itu, fenomena pencapaian
akademik yang berbeza di antara gender adalah ketara di kebanyakan IPTA di Malaysia.
Berdasarkan kajian yang diperoleh, jumlah enrolmen pelajar di IPTA pada tahun 2007
adalah sebanyak 382,997 orang, daripada jumlah tersebut didapati sebanyak 228,521
terdiri daripada pelajar perempuan manakala pelajar lelaki sebanyak 154,476 orang. Ini
secara tidak langsung turut mempengaruhi perbezaan pencapaian akademik di antara
gender di IPTA. Namun, hakikatnya pencapaian akademik yang tinggi adalah dimonopoli
oleh golongan para siswi di mana mereka sentiasa memperoleh keputusan yang lebih
cemerlang berbanding dengan golongan para siswa.
Tinjauan oleh Sutherland (dalam Tinklin, Coxford, Frame & Ducklin 2000)
menyatakan bahawa prestasi pelajar perempuan yang lebih baik berbanding pelajar lelaki
adalah suatu fenomena yang menyeluruh dan berlaku di banyak negara di dunia seperti di
Scotland, England, Perancis, Jerman, Jepun, Australia, dan New Zealand. Di Jerman
misalnya, markah yang dicapai oleh pelajar perempuan adalah lebih baik berbanding
dengan pelajar lelaki dan kebarangkalian pelajar perempuan meneruskan pendidikan ke
tahap menengah atas adalah lebih tinggi daripada pelajar lelaki. Jules dan Kutnick (1997)
melaporkan bahawa fenomena yang serupa turut dialami di Trinidad dan Tobago dengan
kadar keciciran yang tinggi di kalangan pelajar remaja lelaki kerana mereka dikatakan
mula kurang selesa dengan guru perempuan.
3
Keadaan yang serupa turut berlaku di Malaysia, data daripada Kementerian
Pendidikan Malaysia (2000) mengenai keputusan peperiksaan awam dari tahun 1996-
1999 menunjukkan pelajar perempuan memperoleh prestasi akademik yang lebih baik
berbanding pelajar lelaki dalam peperiksaan awam di peringkat sekolah rendah (UPSR),
menengah rendah (PMR) dan menengah (SPM) dalam kebanyakan mata pelajaran
terutamanya Sains, Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu dan Matematik. Statistik turut
menyatakan bahawa prestasi akademik pelajar perempuan jauh lebih baik daripada
akademik pelajar lelaki (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2000).
Di Malaysia, kecemerlangan prestasi pelajar perempuan ditunjukkan dengan
jumlah kemasukan pelajar perempuan di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) yang
jauh berbeza dengan jumlah kemasukan pelajar lelaki di IPTA. Ketidakseimbangan
bilangan pelajar lelaki dan perempuan di IPTA mempunyai implikasi sosiopolitik dan
ekonomi yang serius kepada negara. Antara faktor yang menyebabkan keadaan ini
berlaku termasuklah dakwaan bahawa stail pengajaran dan pengujian yang lebih berpihak
kepada pelajar perempuan. Hasil kajian yang ditinjau juga mendapati bahawa pelajar
perempuan mempunyai sikap yang lebih positif dan memberi perhatian yang lebih serius
kepada kerja-kerja sekolah berbanding pelajar lelaki (Dwyer 1974; Fennema 1987;
Halpern 1992).
4
1.2 LATAR BELAKANG SEKOLAH
1.2.1 VISI
1.2.2 MISI
TUJUAN KAJIAN
Tujuan kajian ini dijalankan adalah:
i) Untuk mengenal pasti faktor yang menyebabkan pelajar menghadapi masalah
dalam mencapai matlamat pembelajaran secara efektif.
ii) Membantu pelajar meningkatkan pencapaian akademik mereka
iii) Untuk melihat perubahan sikap pelajar terhadap pencapaian akademik.
5
PERMASALAHAN KAJIAN
Permasalahan semasa yang telah dialami dalam negara menuju ke alaf milineum
semenjak beberapa abad yang lalu mendapati bahawa tidak ramai pelajar di sekolagh
yang memperoleh keputusan cemerlang. Ada sesetengah daripada mereka yang berjaya
tetapi pada peringkat yang sederhana. Gaya pembelajaran yang diamalkan oleh setiap
individu adalah berbeza di antara satu sama lain. Seseorang pelajar mula membentuk
gaya pembelajaran sejak awal kanak-kanak. Tetapi pada hari ini, suasana di dalam kelas
lebih berorientasikan peperiksaan iaitu memberi penekanan kepada pencapaian akademik
semata-mata. Kaedah pengajaran yang digunakan di dalam kelas menjadi salah satu
faktor yang membuatkan pelajar menjadi pasif dan kurang berinteraksi semasa rakan
dalam melakukan tugasan. Bertitik tolak daripada permasalahan yang wujud di dalam
aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang merangkumi aspek prestasi dan hubungan
sosial. Salah satu alternatif kepada strategi pengajaran dan pembelajaran yang sedia ada
adalah pembelajaran koperatif.
PERSOALAN KAJIAN
6
KAJIAN LEPAS
Terdapat kajian-kajian lepas berkaitan pembelajaran koperatif dalam pembelajaran.
Berikut adalah beberapa kajian lepas yang dilakukan oleh pengkaji dari dalam negara dan
luar negara.
Kajian Luar Negara.
Merujuk kepada penyelidikan meluas yang telah dijalankan di luar negeri, didapati proses
pengajaran-pembelajaran dengan pendekatan PK adalah lebih berkesan untuk
meningkatkan pencapaian akademik dibanding dengan pendekatan tradisional (Davidson,
1985). Menurut Slavin (1980), Sharan (1980), Johnson, Johnson, dan Holubec (1990) dan
Pensri & Krongthong (1992), selain dari pencapaian akademik, PK juga membawa kesan
yang positif dalam hubungan sosial antara kaum serta sikap dan minat terhadap
pembelajaran. Kagan (1994), mendapati pendekatan PK membantu murid menjadi
kurang gelisah dalam pembelajaran kerana sokongan yang terjamin dari ahli kumpulan.
Davidson (1990) telah membuat ringkasan terhadap banyak kajian oleh pengasas PK dan
menyatakan lebih dari 40% kajian tersebut menunjukkan pencapaian murid adalah jauh
lebih baik dengan pendekatan PK. Menurut Professor Hartman (1997) dari Teori
Interaksi Sosial Vygotsky’s menyatakan apabila murid belajar secara koperatif dalam
kumpulan, mereka akan dibantu oleh rakan sebaya dan dapat bekerja lebih rapat untuk
mencapai potensi diri masing-masing jika dibandingkan dengan pembelajaran secara diri.
Rumusan yang dibuat oleh D. W. Johnson dan R. T. Johnson (1989) dari 375 kajian luar
negeri yang dijalankan dalam jangka masa 90 tahun mendapati pendekatan PK adalah
7
paling berkesan dalam situasi yang memerlukan pemikiran aras tinggi, idea-idea
kreativiti, aplikasi dalam dunia sebenar dan melibatkan banyak penyelesaian masalah.
Selain itu, juga didapati hubungan antara individu menjadi lebih positif termasuk mereka
yang berbeza dari segi kebolehan intelek, kumpulan etnik, kelas sosial dan keadaan
fizikal.
Kajian yang dibuat terhadap kesan PK dalam pencapaian akademik juga
menunjukkan kesan yang positif. Sherman & Thomas (1986), mendapati PK dapat
meningkatkan pencapaian murid cergas, sederhana dan lemah dalam akademik. Kajian
Slavin (1990), Davidson (1985) dan Webb (1985), mendapati murid lebih bersikap positif
terhadap penumpuan dalam kelas dapat meningkatkan pencapaian akademik mereka.
Dapatan Nellson (1996) yang telah melaksanakan PK dalam mata pelajaran Kimia, Sains
dan Teknologi menunjukkan amalan PK menyebabkan murid menjadi lebih gigih dan
menghasilkan tugasan yang lebih berkualiti. Dees (1991), melaporkan murid dapat
menyelesaikan masalah matematik dengan terbaik apabila dapat bekerja dalam kumpulan
kecil. Selain itu, beliau juga mendapati PK adalah sangat sesuai untuk mereka yang tidak
yakin dan lemah dalam penyelesaikan masalah pelajaran mereka.
Kajian kes yang dibuat oleh Lindquist (1995) ke atas kelas audit mendapati
pencapaian pelajar meningkat dengan kegunaan pembelajaran koperatif. Di dalam situasi
Pembelajaran koperatif, pelajar tidak mudah putus asa di dalam menyelesaikan masalah
tugasan di samping lebih bersifat terbuka untuk menerima strategi-strategi alternatif
(Duren & Cherrington, 1992). Dapatan kajian Johnson, Skon, dan Johnson (1980)
8
mendapati situasi pembelajaran koperatif mengatasi situasi pembelajaran individu dan
persaingan dari segi pencapaian dalam aspek penyelesaian masalah.
Kajian Dalam Negara
Dalam konteks di Malaysia pula, hasil kajian S-L Gan (1992), menyatakan murid
berpendapat pembelajaran serta aktiviti dalam PK adalah menyeronokkan. Beliau juga
mendapati pendekatan PK dapat membantu dalam membentuk nilai murni, mengeratkan
hubungan antara kaum yang berbeza dan meningkatkan pencapaian akademik di
kalangan murid, maka PK adalah amat sesuai dilaksanakn di sekolah-sekolah Malaysia.
Menurut Cheah dan June (1998/99), kelebihan dalam PK ialah murid dilatih untuk
berkomunikasi, mengurus konflik, memimpin dan membuat keputusan, semuanya
merupakan kemahiran sosial yang amat penting dalam dunia bekerja pada masa depan.
Kajian Cheah, Adlan, Baskaran dan Lim (2002), mendapati kesan kaedah PK
dalam meningkatkan bacaan pemahaman teks dalam bahasa Cina dan bahasa Tamil
adalah ketara dan dicadangkan supaya sukatan pelajaran kursus Diploma Pendidikan
Malaysia terus memberikan penekanan dalam kaedah PK. Hasil kajian T. H. Gan dan
Wong (1995) mendapati bahawa PK mempunyai kesan yang positif terhadap sikap murid
dalam pencapaian akademik. T. H. Gan (1999) menyatakan murid berpendapat bahawa
pendekatan PK adalah seronok kerana ia memenuhi keperluan untuk berinteraksi
bersama, mewujudkan suasana belajar yang lebih terjamin dan bebas dari tekanan, beliau
9
juga mencadangkan bahawa PK sesuai sekali digunakan untuk menangani masalah
penguasaan kemahiran bagi murid-murid pelbagai tahap pencapaian.
1.3 DEFINISI KONSEP
1.3.1 Sikap
Sikap menggambarkan personaliti, sikap adalah diri kita. Itulah yang sering kita dengar
apabila memperkatakan tentang sikap. Mengikut ahli psikologi sosial, sikap meliputi 3
komponen yang utama iaitu afektif, perilaku dan kognisi (Rajecki, 1989). Komponen
afektif merangkumi emosi positif dan negatif individu terhadap sesuatu iaitu bagaimana
perasaan seseorang terhadapnya. Komponen perilaku pula terdiri daripada kecenderungan
atau bertujuan untuk bertindak pada tingkah laku tertentu yang berkait dengan sikap kita.
Manakala komponen kognisi merujuk kepada kepercayaan dan pemikiran yang dipegang
oleh seseorang terhadap sesuatu objek. Ketiga-tiga komponen dalam sikap ini saling
berhubungan dan seterusnya berfungsi dalam pembentukan dan pemantapan sikap
individu. Sikap adalah sesuatu yang berbentuk dalaman dan sukar untuk difahami. Ia
terletak di dalam sanubari kita dan bukan semua sikap dapat dilahirkan secara terang
dalam realiti kehidupan. Itulah sikap yang sering membuat manusia tertanya-tanya dan
tercari-cari. Melalui sikap, manusia boleh mempelajari pelbagai ilmu baru untuk
mempertingkatkan jati diri. Itulah sikap yang sebenar yang perlu ada dalam diri manusia.
Banyak kajian telah dilakukan untuk melihat faktor-faktor yang mempengaruhi
pembelajaran dan pencapaian pelajar-pelajar di sekolah. Antara faktor-faktor yang dapat
10
dikesan itu, dan perlu diberi perhatian ialah berkait rapat dengan sikap pelajar. Sikap
memainkan peranan yang penting untuk mencapai kejayaan di dalam sesuatu perkara
atau usaha. Apabila seseorang itu gagal di dalam sesuatu perkara, ramai orang akan
menyatakan dia mempunyai sikap yang salah. Di sekolah pula, guru-guru sering
menyatakan bahawa kegagalan pelajar-pelajar disebabkan oleh sikap mereka yang negatif
seperti malas, tidak berminat dan sebagainya. Sikap ini dibentuk dari pengalaman dan
persepsi seseorang terhadap sesuatu perkara atau fenomena ( Robbins, 1986).
1.3.2 Pencapaian akademik
Pencapaian pelajar adalah didefinisikan sebagai pencapaian dalam peperiksaan. Dalam
kajian program intervensi ini, pengkaji mengukur pencapaian berdasarkan keputusan
peperiksaan menegah rendah (PMR) pelajar. Mengikut statistik laporan yang di
kemukakan oleh kaunselor sekolah menengah kebangsaan Likas, kesemua pelajar yang
terlibat di dalam program intervensi ini adalah pada tahap pencapaian akademik yang
rendah.
1.3.3 Pembelajaran koperatif (Cooperatif Learning)
Menurut Kagan & Olsen (1992), PK merupakan aktiviti pembelajaran dalam kumpulan
yang berstruktur di mana pembelajaran adalah bergantung kepada pertukaran maklumat
secara sosial antara ahli-ahli kumpulan, setiap murid adalah bertanggungjawab terhadap
11
pembelajaran sendiri dan juga ahli kumpulannya. Johnson, Johnson, dan Holubec (1993),
menyatakan PK sebagai pembelajaran dalam kumpulan kecil terdiri dari dua hingga
empat orang murid yang bersifat heterogen untuk memaksimumkan pembelajaran setiap
ahli kumpulan bagi mencapai matlamat bersama. Seorang lagi pakar dalam PK, Slavin
(1985), mentakrifkan PK sebagai strategi pengajaran melalui kumpulan kecil heterogen
yang berstruktur dan sistematik, beliau mendapati ia sesuai untuk semua mata mata
pelajaran dan juga murid dari semua peringkat.
Cohen (1994) mentakrifkan “cooperative learning” sebagai kerjasama yang
dilakukan oleh pelajar dalam satu kumpulan kecil yang melibatkan semua ahli di dalam
tugas yang diberikan tanpa penyeliaan guru secara langsung. Menurut Coelho (1994),
selain daripada pencapaian akademik, kaedah ini dikatakan menekankan pembangunan
kemahiran sosial dan diasaskan mengikut pandangan humanistik yang berpendapat
pendidikan sepatutnya berpusatkan pelajar dan di bawah kawalan pelajar, manakala guru
atau fasilitator hanya sebagai pembimbing dan pemudah cara.
Walau bagaimana pun, PK bukan setakat mengumpulkan murid dalam kumpulan
kecil untuk duduk bersama-sama, berkongsi bahan pembelajaran dan berinteraksi sambil
menyiapkan tugasan yang diberikan oleh guru. Menurut D. W. Johnson, dan R. T.
Johnson (1989) dan Kagan (1992), PK yang berkesan dalam proses pembelajaran perlu
mematuhi lima prinsip utama yang berikut :
12
(i) Hubungan saling gantung yang positif.
Setiap ahli kumpulan perlu mempunyai persepsi bahawa mereka adalah saling
bergantung untuk mencapai matlamat kumpulan yang diberikan, kejayaan seseorang ahli
kumpulan bermaksud kejayaan seluruh kumpulan dan sebaliknya, kegagalan seorang
ahli kumpulan bermaksud kegagalan seluruh kumpulan, ("sink or swim together"). Untuk
mewujudkan hubungan saling positif, guru boleh merancang matlamat bersama untuk
setiap kumpulan, memberi ganjaran kepada semua ahli kumpulan apabila setiap ahlinya
mencapai kriteria yang ditentukan dan setiap ahli kumpulan boleh diberi peranan-peranan
Kapten, Pelari, Penggalak dan Pemeriksa.
(ii) Akauntabiliti individu
Setiap ahli kumpulan bertanggungjawab untuk menunjukkan pencapaian pembelajaran
individu. Ini dapat dilaksanakan dengan penilaian berterusan terhadap pencapaian murid
sama ada dengan memberi ujian kepada semua murid atau pemilihan murid secara rawak
dari setiap kumpulan untuk menjawab soalan dan markah yang di perolehi diberi kepada
kumpulan tersebut.
13
(i) Interaksi bersemuka
Untuk meningkatkan prestasi ahli kumpulan, ahli kumpulan perlu berinteraksi antara satu
sama lain termasuklah berbincang, berkongsi maklumat dan memberi sokongan kepada
usaha ahli kumpulan. Kedudukan ahli kumpulan boleh disusun supaya dapat bersemuka
antara satu sama lain.
(ii) Kemahiran sosial
Kemahiran kumpulan kecil dan interpersonal adalah sangat penting untuk menjayakan
PK. Guru perlu mengajar kemahiran-kemahiran tersebut dengan terancang dan teliti,
antaranya ialah kemahiran berkomunikasi, mengurus konflik, memimpin, membuat
keputusan, mendengar, memberi galakan dan mengikut giliran. Kemahiran sosial juga
adalah amat penting untuk mewujudkan interaksi yang berkesan antara ahli kumpulan
dari etnik dan budaya yang berbeza.
(iii) Pemprosesan kumpulan
Ahli kumpulan menilai kembali usaha mereka serta kemajuan kumpulan dari segi
pencapaian matlamat. Ini membolehkan ahli kumpulan terus berfokus pada matlamat
bersama, berusaha membaiki kemahiran sosial, memastikan ahli kumpulan mendapat
maklum balas terhadap sumbangan masing-masing dan mengingatkan ahli kumpulan
untuk terus bekerjasama.
14
TEORI YANG BERKAITAN
Teori Pembelajaran Sosial Albert Bandura
Menurut Albert Bandura dalam teori pembelajaran sosial, beliau mencadangan satu
kompromi antara trait dan situasi dalam mempengaruhi tingkah laku. Seperti contoh,
anda mempunyai kawan yang begitu peramah dan agak dominan apabila berseorangan
bersama anda, tetapi merasa malu apabila berada di dalam kelompok atau khalayak
ramai.mungkin juga anda mempunyai kawan lain yang pendiam dan membosankan
apabila berbual bersama dengan anda tetapi kawan anda merupakan orang yang pandai
bercakap dan begitu peramah apabila berada di khalayak ramai. Daripada dua contoh dua
kawan anda tersebut,dapat disimpulkan bahawa walaupun situasi member kesan ke atas
manusia, namun manusia boleh bertindak secara berbeza-beza dalam situasi yang sama.
Hal ini bermakna, wujud interaksionisme iaitu adanya interaksi di antara trait dengan
situasi.
Motivasi melibatkan sejumlah faktor sebagai pencetus suatu tingkah laku
seseorang. Teori dorongan Hull atau Drive-Reduction Aproaches (Hull, 1943)
menyatakan apabila individu kekurangan dalam keperluan biologinya, maka ia akan
memiliki dorongan mendapatkan atau memenuhi keperluannya. Sementara teori kognitif
pula mengaitkan motivasi dengan peranan fikiran, jangkaan dan fahaman mengenai
keadaan yang kita hadapi. Misalnya yang berkaitan dengan jangkaan, suatu tingkah laku
mungkin wujud kerana fahaman kita mengenai nilai daripada tujuan kita (Tolman,1999).
Terdapat dua jenis motivasi iaitu motivasi intrinsik dan motivasi ekstrinsik. Tingkah laku
15
yang disebabkan oleh wujudnya keinginan dari dalam diri seperti kesenangan dinamakan
motivasi intrinsik manakala tingkah laku yang disebabkan oleh sesuatu dari luar seperti
mendapatkan hadiah yang ditawarkan oleh pihak tertentu dinamakan motivasi ekstrinsik.
Hal ini bermakna, pelajar yang ingin mencapai kejayaan yang tinggi dalam akademik
akan memotivasikan diri mereka supaya bersaing demi mendapatkan kedudukan yang
terbaik di sekolah.
Teori Anomie Merton menjelaskan bahawa lencongan adalah disebabkan oleh
jurang antara matlamat seseorang dalam masyarakat dengan cara-cara yang dipersetujui
bagi mencapai matlamat tersebut. Ini boleh dikaitkan dengan pelajar sekolah yang ingin
memuaskan hati guru serta rakan dengan apa cara sahaja tetapi masih dipengaruhi rakan-
rakan. Semua orang ingin berjaya. Kita menerima norma satu-satu kebudayaan apabila
kita berbaik dengan ahli daripada kebudayaan tersebut. Ini menunjukkan jika seseorang
yang bergaul rapat dengan seseorang ini akan mempengaruhi tingkah laku seseorang
dalam bertingkah laku yang bagaimana. Ini bagi menjelaskan konsep “peer mediation”.
Menurut Rohaty (1998), Habibah dan Noran Fauziah (1997); Muhd. Mansur dan
Siti Nordinar (1988), remaja merupakan zaman peralihan dalam pusingan hidup
seseorang. Banyak perubahan yang berlaku pada zaman ini, sama ada dari segi fizikal
atau emosi. Keremajaan merupakan satu jangka masa yang mencabar dalam
perkembangan seseorang. Rogers (1972), membahagikan masa remaja kepada tiga
peringkat iaitu awal remaja (12 – 15 tahun), pertengahan remaja (15 – 18 tahun) dan
16
akhir remaja (18 – 22 tahun). Namun begitu, umur akhir remaja masih dipertikaikan lagi
kerana terdapat perbezaan budaya dan negara yang membezakan peringkat akhir remaja.
Steinberg (1993) dan Steinberg dan Belsky (1991) mengemukakan teori
pergolakan dan tekanan mengatakan masa remaja adalah satu peringkat pertikaian emosi
yang tidak dapat dielakkan. Beliau percaya perubahan hormon semasa akil baligh
menyebabkan perubahan atau pergolakan yang berlaku secara tiba- tiba di kalangan
remaja. Pergolakan ini adalah perubahan biologi yang tidak dapat dielakkan. Piaget
(dalam Woolfolk 1995) menjelaskan perkembangan kognitif waktu remaja melibatkan
satu peralihan daripada konkrit hinggalah kepada operasi formal. Zaman operasi formal
bermula dari umur 11 hingga 15 tahun.
Dalam zaman ini remaja, struktur kognitif kanak-kanak mencapai tahap paling
kemuncak. Pelajar sekolah Likas yang dijalankan intervensi dilihat sebagai antara remaja
yang mula mengorak langkah mencari identiti diri sebagai seorang yang ingin dihormati
serta self esteem yang tinggi, namun ekoran dari pengaruh rakan serta pengaruh orang
sekeliling mempengaruhi destinasi sebenar mereka.
Teori-teori Pembelajaran Kooperatif
Secara umumnya, PK adalah berlandaskan dua teori utama iaitu teori motivasi dan teori
kognitif (Slavin, 1992).
17
Perspektif Motivasi
Perspektif motivasi berfokus pada kesan struktur ganjaran dan matlamat kumpulan.
Menurut perspektif ini, struktur insentif secara koperatif membentuk satu situasi di mana
cara untuk seseorang murid mencapai matlamat sendiri ialah apabila kumpulannnya
mencapai matlamat tersebut. Dengan itu murid adalah didorong untuk mengambil
inisiatif diri dalam usaha membantu ahli kumpulannya untuk belajar dan berjaya bersama
(Deutsch, 1949; Slavin 1978).
Perspektif Kognitif
Perspektif kognitif pula menekankan kesan dari interaksi antara murid dalam proses
menyiapkan tugasan bersama. Didapati interaksi antara murid dapat meningkatkan
kebolehan seseorang murid itu memproses maklumat dan seterusnya meningkatkan
pencapaian murid (Slavin, 1996). Menurut Damon (1984), interaksi antara kanak-kanak
yang sebaya terhadap topik pembelajaran yang sama dapat meningkatkan penguasaan
pemikiran kritik. Ini kerana semasa perbincangan dijalankan, konflik kognitif akan
berlaku dimana alasan yang tidak cekap akan termuncul dan dengan itu kefahaman yang
berkualiti tinggi dapat diwujudkan. Vygotsky (1978), menyatakan aktiviti kolaboratif
antara kanak-kanak dapat meningkatkan perkembangan fikiran yang matang dan Piaget
(1926), percaya bahawa pengetahuan seperti bahasa, nilai dan sistem simbol hanya dapat
dikuasai melalui interaksi antara satu sama lain. Secara ringkasnya, interaksi dalam
kumpulan kecil membantu murid menganalisis, berbincang dan bersintesis idea untuk
18
meningkatkan tahap pemikiran dan pemahaman murid dalam konteks yang lebih
bermakna.
Pembelajaran Koperatif Mengikut Perspektif Teoritikal
Rajah 2.0: Teori pembelajaran koperatif keatas pembelajaran koperatif (Slavin, 1990,
1995).
Strategi PK dikatakan dapat meningkatkan pencapaian akademik pelajar
berdasarkan teori-teori tertentu. Terdapat beberapa teori pembelajaran yang menerangkan
kesan PK ke atas pencapaian (Slavin, 1990, 1995). Gabungan teori-teori tersebut dapat
digambarkan melalui Rajah 2. Di bawah PK, interaksi sesama pelajar penting di dalam
proses pembelajaran. Menurut Slavin (1987), berlakunya interaksi sesama ahli kumpulan
yang membezakan Pembelajaran Koperatif dengan kumpulan kontingensi. Di dalam
kumpulan kontingensi, ahli kumpulan akan menggunakan hukuman sosial sesama mereka
19
tanpa memerlukan interaksi untuk memastikan ahli kumpulan bertingkah laku seperti
yang dikehendaki. Sedangkan Pembelajaran Koperatif menekankan interaksi pelajar
perlu berlaku bagi meningkatkan pencapaian. Dapatan beberapa kajian menunjukkan
terdapat hubungan antara interaksi pelajar di dalam kumpulan dengan pencapaian mereka
(King, 1990; Peterson & Swing, 1985; Ross &Raphael, 1990).
Bagi mendorong pelajar berinteraksi sesama ahli kumpulan, terdapat dua teori
yang dikemukakan. Teori kohesif sosial mencadangkan pelajar akan berinteraksi apabila
mereka mengenali rakan sekumpulan dan mengambil berat antara satu sama lain.
Penekanan yang diberi adalah mewujudkan hubungan yang rapat sesama ahli kumpulan.
Maka aktiviti bagi mengeratkan hubungan ahli kumpulan dan penilaian diri dalam
kumpulan dititikberatkan.
Bagi teori kohesif sosial, tugasan yang mencabar sudah cukup untuk menarik
minat pelajar menyelesaikan tugasan secara berkumpulan. Maka ganjaran kumpulan dan
tanggungjawab individu tidak dipentingkan. Sebaliknya, teori tingkah laku
mencadangkan ganjaran adalah perlu sebagai motivasi untuk pelajar berinteraksi sesama
mereka. Bahkan, ganjaran juga perlu untuk mendorong pelajar mengambil berat antara
ahli kumpulan. Struktur ganjaran yang berbentuk koperatif akan mendorong pelajar
merasa penting untuk membantu ahli kumpulan dan memberi sokongan sesama mereka
bagi mencapai matlamat kumpulan. Tanpa adanya ganjaran, pelajar kurang berminat
untuk melibatkan diri di dalam aktiviti kumpulan kerana tidak merasakan kepentingan
untuk berbuat demikian (Slavin, 1995).
20
Semasa berinteraksi, berlaku perubahan di dalam kognitif pelajar. Teori
perkembangan kognitif menyarankan apabila pelajar berbincang berkaitan dengan bahan
pembelajaran, mereka berupaya menguasai konsep-konsep yang sukar. Melalui
bimbingan rakan sebaya, pencapaian pelajar yang berkebolehan rendah dapat
ditingkatkan sehingga berupaya mencapai zon perkembangan proksimal mereka.
Menurut Vygotsky, zon tersebut merupakan tahap pencapaian pelajar yang hanya boleh
dicapai dengan bantuan orang dewasa atau rakan mereka yang lebih berkebolehan(Tudge,
1990).
Mengikut Piaget (Slavin, 1990) berpendapat konsep-konsep sosial yang abstrak
hanya dapat difahami melalui perbincangan. Apabila berlaku pertentangan pendapat,
timbul ketidakseimbangan di dalam kognitif pelajar. Berdasarkan maklum balas yang
diterima daripada rakan-rakan, pelajar tersebut dapat menguasai sesuatu lojik dengan
alasan yang lebih kukuh. Manakala teori penerangan kognitif berpendapat pelajar yang
memberi penerangan berupaya mengekalkan maklumat di dalam ingatan mereka dalam
jangka masa yang lebih panjang dengan berlakunya proses pengajaran kepada rakan-
rakan (Slavin, 1995).
Pelajar yang memberi penerangan melihat diri mereka sebagai guru dan bertujuan
untuk membantu rakan memahami pelajaran. Pelajar tersebut cenderung untuk
memikirkan cara yang sesuai bagi mengajar rakan mereka. Maka, berlaku proses
penstrukturan semula di dalam kognitif pelajar tersebut ketika membuat persediaan untuk
memberi penerangan dan ketika sedang memberi penerangan. Pada masa yang sama,
21
pelajar yang menerima pertolongan bertindak sebagai pemproses maklumat dan bukan
penerima yang pasif (Webb, 1982).
Keempat-empat teori pembelajaran tersebut lebih merupakan pelengkap dalam
menerangkan kesan PK ke atas pencapaian. Melalui interaksi sesama pelajar, berlaku
peningkatan di dalam proses kognitif pelajar yang membantu proses pembelajaran. Bagi
mewujudkan suasana berinteraksi, pelajar perlu saling kenal-mengenali dan perlu ada
sesuatu yang mendorong mereka untuk bekerja di dalam kumpulan, sama ada melalui
aktiviti mengeratkan hubungan mereka atau pun dengan pemberian insentif.
HIPOTESIS KAJIAN
i) Tidak terdapat perubahan sikap terhadap pencapaian akademik antara sebelum
dan selepas rawatan intervensi dijalankan
22
BAB 2
METODOLOGI
PENDAHULUAN
Bab ini bertujuan membincangkan metodologi yang digunakan oleh penyelidik untuk
menyempurnakan kajian ini. Ianya dibahagikan kepada lima bahagian iaitu reka bentuk
kajian, subjek kajian, tempat kajian, tatacara kajian, dan analisis data.
REKA BENTUK KAJIAN
Dalam kajian ini maklumat pelajar yang terlibat akan di kumpul melalui penggunaan
instrumen berbentuk soal selidik.
SUBJEK KAJIAN
Subjek kajian sebanyak Tiga puluh (n=30) orang murid tingkatan 4 yang terlibat dalam
program intervensi ini. 26 pelajar lelaki dan 4 pelajar perempuan yang terdiri daripada
pelajar yang mempunyai tahan yang lemah khususnya dalam pencapaian akademik.
Manakala 5 pelajar yang mempunyai pencapaian baik dalam pencapaian akademik
digunakan dalam membantu pelajar yang lemah dalam pendekatan pembelajaran
koperatif (cooperatif learning). Tahap pencapaian lemah pelajar di kenal pasti melalui
pencapaian PMR mereka dan segala proses pemilihan subjek dilakukan oleh pihak
sekolah menengah likas, kota Kinabalu.
23
TEMPAT KAJIAN
Kajian ini dijalankan di Sekolah Menengah Kebangsaan Likas yang terletak di Kota
Kinabalu. Tempat kajian ini dipilih berdasarkan peratusan pelajar lelaki yang lebih ramai
berbanding dengan pelajar perempuan.
ALAT KAJIAN
Kajian ini mengandungi struktur 3 faktor dalam komponen ujian sikap iaitu faktor efektif,
tingkah laku dan juga kognitif. Berikut adalah ujian yang digunakan dalam kajian
mengenai perubahan sikap terhadap pencapaian akademik.
I )Ujian Sikap (Attitude test)
Instrumen ini terdiri dari 22 item soal selidik yang berasaskan skala Likert 5, iaitu 1
mewakili sangat tidak setuju, skala 2 mewakili tidak setuju, skala 3 mewakili tidak pasti,
skala 4 mewakili setuju dan skala 5 mewakili sangat setuju. Dalam ujian sikap, setiap
soalan pada setiap item direka dengan merujuk 3 komponen faktor dalam perubahan
sikap iaitu faktor kognitif, emosi dan tingkah laku. . Kebolehpercayaan instrumen dalam
komponen sikap dalam mengubah pelajar terhadap pencapaian akademik diukur melalui
Alpha Cronbach ialah 0.658 bagi ujian pra dan 0.736 bagi ujian pos. Pengkaji
menggunakan SPSS (Statistical Packages Science Social) versi 12.0 untuk menganalisis
statistik inferensi menggunakan ujian t berpadanan. Hasil kajian rujuk dalam keputusan.
24
II ) Soal selidik.
Dalam soal selidik merangkumi 2 bahagian iaitu bahagian A mengandungi item yang
berkaitan dengan maklumat diri iaitu jantina, agama, tempat tinggal, pekerjaan ibu bapa,
dan pendapatan ibu bapa sebulan. Responden hanya perlu menjawab dengan menandakan
(√) pada ruangan yang disediakan mengikut kesesuaian maklumat yang ada. Kaedah ini
mampu memberikan maklumat tepat yang dikehendaki. Bahagian B adalah soal selidik
berkaitan dengan komponen sikap dalam mengubah sikap pelajar terhadap pencapaian
akademik mereka. Berikut adalah 3 komponen sikap mengikut item-item dalam soal
selidik.
Faktor sikap Item-item sikap
Afektif (emosi)
Tingkah laku
Kognitif
b3,b4,b5,b6,b7,b8,b9,b12
b15,b16,b17,b18,b19,b20,b21,b22
b1,b2,b10,b11,b13,b14
PROSEDUR KAJIAN
Dalam program intervensi ini, soal selidik diberikan kepada 30 pelajar iaitu 4 pelajar
perempuan dan 26 pelajar lelaki. Semasa soal selidik (sebelum intervensi) di berikan,
pengkaji akan menerangkan secara terperinci berkaitan butiran dalam soal selidik,
penerangan ini adalah bertujuan untuk subjek memahami borang soal selidik dan
mengelakkan dari ketidakfahaman dalam mengisi borang soal selidik.
25
BAB 3
PROGRAM INTERVENSI
PENGENALAN.
Dalam bab 3 ini, membincangkan tentang perjalanan program intervensi yang di adakan
di sekolah Menengah Kebangsaan Likas, Kota Kinabalu. Berikut adalah rangka program
intervensi berdasarkan 3 fasa yang digunakan dalam intervensi ini.
-
Rajah 3.0 :kerangka perjalanan program intervensi.
IceBreaking
CeramahMotivasi
LDK-1Kenalpastimasalah(Emosi)
Surat akurjanji/penilaianprogram)
LDK-3Permainan/“game”(tingkah laku)
LDK-2(Brainstroming)(kognitif)
Pengedaran soalselidik sebelum
intervensi
Pengedaran soalselidik selepas
intervensi
26
KAEDAH ATAU PROGRAM INTERVENSI
Penerapan kepentingan rakan sebaya melalui perbincangan kelompok pelajar diketuai
oleh seorang fasilitator. Sepanjang intervensi pelajar dinilai melalui percambahan idea
peserta pandangan diri mereka ke atas pembelajaran. Di samping itu, melalui intervensi
yang dibuat juga pengkaji ingin melihat apakah pengaruh rakan sebaya menjadi titik tolak
kepada tahap pembelajaran mereka kini yang merupakan kelas kedua terkebelakang.
Melalui program ini pengkaji menerangkan kepada mereka apakah cara pelajar yang
terbaik dengan sebagai contoh melalui cooperative learning dan peer support network.
Mereka dilihat agak baru dalam cara pembelajaran mengikut cara yang dicadangkan.
Kesan cooperative learning dan peer support network adalah positif dan ia dilihat
banyak membawa kebaikan. Cara ini dilihat sebagai alternative terbaik dalam proses
pembelajaran seseorang pelajar khususnya pelajar di SMK Likas ini. Cara pembelajaran
secara begini mampu meningkatkan pencapaian akademik seseorang dengan lebih
mendadak serta diyakini memberi kelapangan kepada seseorang pelajar untuk mendapat
pengetahuan yang meluas serta aktif dalam sesi pembelajaran. Pelajar memberi tumpuan
yang penuh serta berasa seronok dengan sesi yang menggunakan cara belajar yang
sebegitu di mana tiada lagi perasaan takut bertanya serta malu untuk memberi pendapat
yang membantu mereka membuang kepasifan semasa kelas bermula.
Cara belajar yang lebih efektif ini juga membantu meningkatkan aktiviti
pembelajaran seseorang pelajar serta guru- guru juga terlibat secara aktif dengan sesi
27
pembelajaran. Pelajar yang sebenarnya boleh ditarik fokus mereka dengan pembelajaran
yang tidak membosankan dan tidak membebankan boleh membantu keputusan
pencapaian akademik yang baik melalui pertolongan cara pembelajaran yang betul ketika
di sekolah dan juga ketika di rumah.
Melalui peer support network membantu mereka mendalami ilmu pengetahuan
secara beramai-ramai dan seronok di samping dapat mengeratkan hubungan antara raka-
rakan seperjuangan. Melalui aktiviti secara bersama juga akan menyediakan peluang
untuk meningkatkan sifat kendiri dan perhubungan di sekolah yang akan membantu
pelajar meningkatkan mutu diri sebenar yang akan mampu dimanipulasi pada masa
depan. Sokongan rakan sebaya akan dapat memberi faedah dari segi bantuan dalam
berkongsi masalah yang dihadapi. Mereka akan berkongsi suka duka bersama-sama
dalam meningkatkan kesan-kesan positif dan meminimumkan pengaruh negative yang
mana akan meningkatkan kemahiran sosial dan sokongan di kalangan rakan.
PERJALANAN PROGRAM INTERVENSI
Sesi 1 - Ice Breaking
Sesi suai kenal dengan pelajar (20 minit) untuk membetuk suatu perhubungan antara
pengkaji dengan pelajar agar tidak merasa kurang selesa semasa sesi seterusnya
dijalankan. Pada sesi pertama ini pengkaji mengambil masa yang diperuntukkan untuk
sesi suai kenal iaitu membina hubungan di antara pengkaji dengan pelajar dengan lebih
28
baik dan rapat supaya sepanjang sesi yang dijalankan itu berlaku secara telus dan santai.
Sesi ini juga perlu bagi pelajar membina hubungan secara formal sebagai pengenalan
kepada pengkaji dan pelajar memulakan suatu yang dipanggil sesi intervensi.
Sesi suai kenal yang mengambil masa lebih kurang 20 minit tersebut juga
memberi pengkaji mencatat sedikit sebanyak perihal latar belakang pelajar serta
pencapaian akademik mereka yang berfokus kepada pelajar yang telah dibenarkan untuk
kami menjadikan subjek dalam intervensi ini oleh pihak kaunselor iaitu Pn. Siti Rahimah.
Sesi suai kenal bermula dengan pengkaji memperkenalkan diri dan apakah program yang
ingin dijalankan serta matlamatnya. Pada masa sesi berjalan pelajar memberi tumpuan
ekoran ia berbeza sama sekali dengan apa yang pernah dikelolakan dengan seorang yang
bergelar guru. Mereka dilihat inginkan pembaharuan dalam sesi pembelajaran.
Pembahagian Kumpulan dan ceramah motivasi
Seramai 30 orang pelajar yang terlibat dalam program intervensi iaitu 4 pelajar
perempuan dan 26 pelajar lelaki. Pengkaji telah membahagikan kepada lima kumpulan
yang terdiri daripada enam orang pelajar daripada tingkatkan empat. Setiap kumpulan
akan ditadbir oleh seorang fasilitator yang bertindak sebagai pemudah cara dan
pemerhati. Kebanyakan pelajar yang menjadi subjek kami ini dilihat kurang aktif dalam
kelas dan merupakan pelajar yang kurang pencapaian dalam akademik.
Kemudian, seorang wakil pelajar psikologi Tahun 3 akan memberikan ceramah
berkaitan dengan motivasi diri bagaimana cara untuk menjadi pelajar yang cemerlang
dalam akademik.
29
3 fasa dalam pembelajaran koperatif (PK)
Fasa 1 – mengenal pasti (emosi)
Dalam fasa ini, setiap fasilitator perlu mencungkil apakah masalah yang dihadapi oelh
pelajar sehingga menyebabkan prestasi akademik mereka kurang baik.
Fasa 2 – brainstroming
Dalam setiap kumpulan, terdiri daripada gabungan antara pelajar yang mempunyai
pencapaian akademik yang kurang baik dengan pelajar yang mempunyai pencapaian
akademik yang baik. Mereka akan bersama-sama memberikan idea dan pandangan
tentang cara untuk meningkatkan pencapaian akademik. Kemudian, setiap kumpulamn
akan membentangkan hasil kerja mereka.
Fasa 3 – game
Terdapat 2 jenis permainan yang digunakan dalam program intervensi ini iaitu pen
aladdin dan ayat berangkai.
30
BAB 4
KEPUTUSAN
Bahagian ini akan menjelaskan hasil dapatan kajian yang telah dijalankan oleh penyelidik
iaitu melihat kesan program intervensi dalam mengubah sikap pelajar terhadap
pencapaian akademik pelajar. Dalam bab ini pengkaji menggunakan Ujian- t berpadanan
dalam melihat perbezaan antara sebelum dan selepas program intervensi.
Jadual 1.1 Statistik sampel berpadanan
RawatanIntervensi min N Sisihan piawai
SebelumIntervensi 68.57 30 7.09
Selepas intervensi 82.00 30 19.55
Jadual 1.2 Korelasi sampel berpadanan
Rawatan Intervensi N Korelasi ( r ) Sig.
sebelum & selepas 30 .673 .032*
*k<0.05
31
Jadual 1.3: Jadual Paired Samples Test menunjukkan hasil analisis ujian t sampel
berpadanan
Hipotesis Ho:Tidak terdapat perbezaan yang signifikan pada perubahan sikap terhadap
pencapaian akademik sebelum dan selepas rawatan intervensi.
Rawatan Min sisihan N t df sig. (2 tailed)Intervensi piawai
Sebelum (Pre) 13.43 20.09 30 2.55 29 .033*dan Selepas (post)
*k<0.05
Jadual Paired Samples Statistics (statsitik sample berpadanan ) menunjukkan hasil
statistik deskriptif iaitu bilangan subjek (N= 30 responden) , min untuk sebelum rawatan
ialah 68.57, dan selepas rawatan ialah 82.00, bagi sisihan piawai sebelum dan selepas
rawatan ialah 7.09 dan 19.55
Jadual 1.2 Paired Samples Correlations menunjukkan hasil analisis korelasi di antara
pemboleh ubah perubahan sikap terhadap pencapaian akademik sebelum dan selepas
program intervensi. Semakin besar nilai pekali korelasi menunjukkan semakin rapat
hubungan antara kedua-dua set skor itu atau semakin rapat hubungan antara kedua-dua
sampel itu, semakin kecil nilai ralat piawai dan semakin cekap kaedah ini. Merujuk
jadual Paired Samples Correlations, hasil menunjukkan pekali korelasi antara dua set
32
skor itu adalah sederhana kuat tetapi signifikan (r = .6.73, k < .05). keputusan yang
signifikan ini menjelaskan dua set skor itu di kumpul daripada individu yang sama atau
berkaitan.
Jadual 2.3 (Paired Samples Test) menunjukkan hasil analisis ujian t sampel
berpadanan. Keputusan ujian t menunjukkan terdapat perbezaan perubahan sikap
terhadap pencapaian akademik subjek sebelum dan selepas menerima rawatan intervensi
(t = 2.55, k <.05). manakala min bagi sebelum dan selepas program intervensi adalah
sebanyak 13.43.
Hasil analisis menolak hipotesis nol (t=2.55 (29), k<0.05. Hasil dapatan keputusan
menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan pada tahap pencapaian akademik
sebelum dan selepas program intervensi. Secara tidak langsung menunjukkan program
yang dijalankan di Sekolah Menengah Likas telah Berjaya mengubah sikap pelajar
tersebut berkaitan pencapaian akademik mereka.
33
BAB 4
PERBINCANGAN
Hasil analisis menolak hipotesis nol. Hasil dapatan keputusan menunjukkan terdapat
perbezaan yang signifikan pada tahap pencapaian akademik sebelum dan selepas program
intervensi. Secara tidak langsung menunjukkan program yang dijalankan di Sekolah
Menengah Likas telah Berjaya mengubah sikap pelajar tersebut berkaitan pencapaian
akademik mereka. Kajian ini turut disokong oleh Davidson yang turut mengkaji kaedah
pembelajaran koperatif dalam meningkatkan pencapaian akademik pelajar. Beliau
berpendapat kaedah pembelajaran koperatif banyak melibatkan pelajar dalam mengatasi
masalah pembelajaran mereka. Davidson (1990) telah membuat ringkasan terhadap
banyak kajian oleh pengasas PK dan menyatakan lebih dari 40% kajian tersebut
menunjukkan pencapaian murid adalah jauh lebih baik dengan pendekatan PK.
Penggunaan model sikap A-B-C dalam program intervensi ini banyak mengubah sikap
pelajar terhadap pencapaian akademik.
Kajian ini juga turut di sokong oleh pengkaji luar yang mengkaji keberkesanan
pembelajaran koperatif dari dalam dan luar negara, Johnson, Johnson dan Holubec
(1990), Kagan (1992) dan T. H. Gan & Wong (1995) mendapati bahawa ia membawa
kesan positif sama ada dari segi pencapaian akademik mahupun dari segi sikap, minat,
motivasi dan kemahiran sosial di kalangan murid.
Program ini lebih menfokuskan kepada 3 komponen dalam mengubah sikap
seseorang pelajar terhadap pencapaian akademik mereka. Antara konponen sikap ialah
34
komponen afektif (emosi), kompenen tingkah laku dan kognitif. Ketiga-tiga komponen
tersebut digunakan dalam intervensi ini. Dalam program intervensi ini pengkaji
menggunakan ketiga-tiga kompenen sikap adalah bertujuan untuk melahirkan sikap
asertif dalam diri, lebih bertanggungjawab terhadap sesuatu tugasan, melahirkan sifat
penumpuan khususnya dalam pembelajaran dan secara tidak langsung dapat mengubah
sikap yang negatif dalam pembelajaran seperti malas memberi tumpuan di dalam kelas,
ponteng sekolah dan sebagainya kepada nilai atau sifat yang lebih positif dalam
pembelajaran seperti sentiasa bertanggung jawab dalam tugasan, sering memberi
tumpuan, bersemangat untuk belajar dan sebagainya. Selain itu, hasil keputusan penilaian
ini juga turut disokong oleh Kajian kes yang dibuat oleh Lindquist (1995) ke atas kelas
audit mendapati pencapaian pelajar meningkat dengan kegunaan pembelajaran koperatif.
Di dalam situasi Pembelajaran koperatif, pelajar tidak mudah putus asa di dalam
menyelesaikan masalah tugasan di samping lebih bersifat terbuka untuk menerima
strategi-strategi alternatif (Duren & Cherrington, 1992).
PENILAIAN KESELURUHAN PROGRAM INTERVENSI
35
LIMITASI KAJIAN
Terdapat beberapa limitasi yang dihadapi oleh pengkaji. Anataranya ialah tidak dapat
melihat perbezaan antara lelaki dan perempuan kerana responden jantina itu tidak
seimbang kerana perempuan hanya 4 orang sahaja berbanding dengan pelajar lelaki
seramai 26 orang. Selain itu, pengkaji itu mengalami kekekangan masa untuk bersana
dengan responden kerana program ini hanya dijalankan mengikut waktu sesi
persekolahan sahaja iaitu bermula dari pukul 7.30 pagi sehingga 2 petang.
CADANGAN.
Dicadangkan bahawa kajian kesan pembelajaran koperatif terhadap sikap dan pencapaian
murid dalam pencapaian akademik dapat dijalankan untuk jangka masa yang lebih
panjang. Ini adalah kerana masa diperlukan untuk mengetahui latar belakang, gaya
pembelajaran, minat dan masalah yang dihadapi oleh seseorang murid sebelum guru atau
fasilitator dapat merancang aktiviti pengajaran-pembelajaran yang berkesan dengan
pembelajaran koperatif. Menurut T. H. Gan (1999), semua inovasi dalam pembelajaran
memerlukan masa untuk guru atau fasilitator mencari jalan pelaksanaan yang paling
sesuai dengan konteks kelasnya dan murid-murid pula perlukan masa untuk memahami
peranan mereka.
Cadangan kedua ialah mengadakan bengkel ‘kemahiran sosial’ untuk murid-
murid yang terlibat dalam kajian Pembelajaran koperatif. Menurut D. W. Johnson dan R.
36
T. Johnson (1989), Kagan (1992), untuk melaksanakan Pembelajaran koperatif dengan
berkesan, murid-murid perlu menguasai unsur-unsur kemahiran sosial yang penting
seperti kemahiran berkomunikasi, mengurus konflik, memimpin, membuat keputusan,
mendengar, memberi galakan dan mengikut giliran.
Cadangan ketiga ialah kajian kesan pembelajaran koperatif terhadap sikap dan
pencapaian murid, memberi peluang kepada pelajar untuk menunjukkan kemahiran yang
mereka ada. Jangan terlalu menyekat kemahiran pelajar, ini akan menyebabkan
perkembangan kognitif pelajar akan tersekat dan membantutkan perkembangan kreatif
pelajar. Selain itu banyakkan program-program yang lebih berunsurkan pembelajaran
koperatif. Dengan adanya program seumpama ini, akan membantu pelajar yang lemah
dalam pelajaran untuk memperbaiki diri mereka dan wujudkan “peer support network”
dalam memberi keberkesanan program pembelajaran koperatif.
37
BAB 5
KESIMPULAN
Pembelajaran dalam kumpulan dapat membantu ahli meningkatkan ketegasan diri. Pada
peringkat permulaan, mereka tidak berasa yakin dengan ahli yang lain, tetapi apabila
kejelekitan telah terbentuk dalam kumpulan, maka mereka berani untuk mengeluarkan
pendapat tanpa rasa tergugat dan terancam.
Semua pihak haruslah mengambil tindakan segera untuk membantu pelajar yang
menghadapi masalah dalam pencapaian akademik kerana mereka mempunyai potensi
dalam diri. Pembelajaran koperatif banyak memberi kesan yang positif khususnya dalam
meningkatkan pencapaian akademik pelajar. Pembelajaran koperatif mestilah dilakukan
dengan mencampurkan pelajar yang lemah dan pelajar yang mempunyai pencapaian yang
baik dan berkemahiran supaya pembelajaran tersebut lebih efisien dan berkesan. “Peer
support network” turut digunakan dalam membantu pelajar yang lemah, selain itu,
intervensi menggunakan pembelajaran koperatif ini sememangnya berkesan. Peranan
guru atau fasilitator amat penting dalam membentuk pelajar yang cemerlang. Selain itu
juga pelajar seharusnya di beri pendedahan yang positif dan guru tidak seharusnya
mengabaikan pelajar yang lemah. Jika guru melakukan perkara tersebut, keadaan ini akan
memberi kesan negatif yang besar dalam diri pelajar. Oleh itu, semua pihak harus
memainkan peranan khususnya ibu bapa dalam membentuk pelajar yang cemerlang,
gemilang dan terbilang.
38
RUJUKAN
Azizi Hj. Yahaya, Sharifuddin Ismail, Amir Hamzah Abdul & Halimah Ma’Alip. 2008.
Hubungan di Antara Konsep Kendiri Dengan Kemahiran Komunikasi Terhadap
Pencapaian Akademik Pelajar Di sekolah Menengah Di Johor Bahru:Fakulti
Pendidikan UTM Skudai Johor.
Cheah T. T., Adlan A., Baskaran N. dan Lim C. L. (2002). Keberkesaan Kaedah
Pembelajaran Koperatif dalam Pembelajaran Bacaan Pemahaman Teks di Kalangan
murid SJK(C) dan SJK(T), Jurnal Pendidikan MPSAH Jld 6, pp21-35.
Johnson, D. W., Johnson, R. T.,Johnson, J., & Anderson, D. (1976). Effects of
cooperative versus individualized instruction on student prosocial behavior, attitudes
toward learning, and achievement: Journal of Educational Psychology, 68(4), 446-
452.
Johnson, D. W., Johnson, R. T., & Scott, L. (1978). The effects of cooperative and
individualized instruction on student attitudes and achievement:Journal of Social
Psychology, 104,207-216.
Johnson, D. W., Maruyama, G., Johnson, R., Nelson, D., & Skon, L. (1981). Effects of
cooperative, competitive, and individualistic goal structures on achievement: A
meta-analysis. Psychological Bulletin, 89(1), 47-62.
39
LAMPIRAN
Gambar semasa intervensi dijalankan di sekolah Men. Keb. Likas
Ceramah motivasi “jalan pintas ke arahmencapai matlamat”Pengedaran soal selidik sebelum program
Nyanyian lagu Yakin Boleh selepasceramah untuk meningkatkan keyakinandiri dan motivasi dalam diri pelajar
Sesi LDK 1 mengenalpasti masalah pelajar ,fasilatator sebagai pemudah cara, peersupport network digunakan iaitudenganmencampurkan pelajar yang pandaidan kurang pandai bertujuan prosesmembantu pelajar lemah.
40
41