25
FAKULTI SEMESTER JANUARI 2015 HBML 3303 PSOKOLINGUISTIK DAN SEMANTIK NO MATRIKULASI : NO KAD PENGENALAN : NO TELEFON : E-MEL : PUSAT PEMBELAJARAN : HBML PSOKOLINGUISTIK DAN SEMANTIK 1

HBML 3303

Embed Size (px)

DESCRIPTION

:P

Citation preview

Page 1: HBML 3303

FAKULTI

SEMESTER JANUARI 2015

HBML 3303

PSOKOLINGUISTIK DAN SEMANTIK

NO MATRIKULASI :

NO KAD PENGENALAN :

NO TELEFON :

E-MEL :

PUSAT PEMBELAJARAN :

HBML PSOKOLINGUISTIK DAN SEMANTIK 1

Page 2: HBML 3303

ISI KANDUNGAN HALAMAN

Pengenalan 3

1.0 Rancangan Pengajaran Harian Teori Behavioris 6

2.0 Kekuatan Dan Kelemahan Teori Behavioris 13

Kesimpulan 16

Rujukan 17

SENARAI KANDUNGAN

HBML PSOKOLINGUISTIK DAN SEMANTIK 2

Page 3: HBML 3303

PENGENALAN

Menurut Mangantar Simanjuntak (1989) ( dalam Abdul Rasid Bin Jamian 2002) , bahasa sebagai

satu sistem biologi yang wujud pada sistem kognitif manusia dan pemerolehan bahasa ialah

proses-proses yang berlaku di dalam otak seseorang kanak-kanak sewaktu memperoleh bahasa

ibundanya. Pemerolehan bahasa pertama ini terjadi apabila kanak-kanak yang belum pernah

belajar bahasa apa pun mulai belajar bahasa untuk pertama kali . Proses-proses yang berlaku

sewaktu kanak-kanak sedang mempero leh bahasa ibundanya terdiri daripada dua jenis, yang

pertama ialah perlakuan (performance) yang terdiri daripada proses-proses pemahaman dan

proses-proses pemerhatian dan yang kedua ialah kecekapan (competence).

Tay Meng Huat (2006) dalam kajiannya mengatakan pemerolehan bahasa merupakan

satu proses perkembangan bahasa manusia. Lazimnya pemerolehan bahasa pertama dikaitkan

dengan perkembangan bahasa kanak-kanak manakala pemerolehan bahasa kedua bertumpu

kepada perkembangan bahasa orang dewasa (Language Acquisition: On-line). Perkembangan

bahasa kanak-kanak pula bermaksud pemerolehan bahasa ibunda kanak-kanak berkenaan.

Namun terdapat juga pandangan lain yang mengatakan bahawa terdapat dua proses yang terlibat

dalam pemerolehan bahasa dalam kalangan kanak-kanak iaitu pemerolehan bahasa dan

pembelajaran bahasa. Dua faktor utama yang sering dikaitkan dengan pemerolehan bahasa ialah

faktor nurture dan faktor nature. Namun para pengkaji bahasa dan linguistik tidak menolak

kepentingan tentang pengaruh faktor-faktor seperti biologi dan persekitaran. Kajian-kajian telah\

dijalankan untuk melihat sama ada manusia memang sudah dilengkapi dengan alat biologi untuk

kebolehan berbahasa seperti yang didakwa oleh ahli linguistik Noam Chomsky dan Lenneberg

ataupun kebolehan berbahasa ialah hasil daripada kebolehan kognisi umum dan interaksi

manusia dengan persekitarannya.

Teori behaviorisme beranggapan bahawa bahasa diperolehi melalui proses pengulangan

bahasa. Ia dikuasai melalui rangsangan dan gerak balas. Golongan dalam teori ini mementingkan

pengukuhan dalam pembelajaran yang dapat ditimbulkan melalui ganjaran. Dalam konteks

pengajaran dan pembelajaran bahasa, teori ini menegaskan latihan dan latih tubi pola ( bermula

daripada senang kepada yang lebih susah ) . Teori ini juga menekankan kemahiran lisan dalam

pengajaran. Prinsip-prinsip pengajaran bahasa dari golongan ini adalah dari pandangan dan

pendapat ahli-ahli psikologi dan linguistik aliran Behaviorisme. Golongan ini beranggapan

HBML PSOKOLINGUISTIK DAN SEMANTIK 3

Page 4: HBML 3303

bahawa; Pertama, bahasa yang diutamakan ialah bahasa lisan manakala bahasa tulisan

merupakan bahasa kedua penting. Ahli-ahli Behaviorisme menegaskan bahawa pengajaran

bahasa mestilah didahulukan bahasa lisan.

Kemudiannya pembelajaran bahasa tulisan yang dianggap perkara penting yang kedua

dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Hal ini bermakna guru-guru mestilah berusaha untuk

membolehkan murid-murid bertutur dalam bahasa itu dahulu dan kemudian baharulah kepada

pengajaran membaca dan menulis setelah murid-murid dapat menguasai sistem bahasa dan

struktur bahasa.

Kedua, bahasa adalah satu tabiat. Prinsip ini sesuai diterapkan dalam proses pembelajaran

kedua. Latihan dan latih tubi serta perbualan bahasa turut diutamakan. Guru perlu menyusun

pelajaran dengan baik dan pengajaran dimulakan daripada pola-pola yang senang kepada yang

lebih susah.

Ketiga, pengukuhan adalah satu syarat penting di dalam pembelajaran yang merupakan

satu alat untuk menentukan pembentukan tingkah laku yang dikehendaki. Dalam situasi

pembelajaran bahasa, pujian, keistimewaan, pengiktirafan, maklum balas, galakan dan lain-lain

bertindak sebagai pengukuh. Mengikut prinsip ini, sesuatu gerak balas yang betul perlu

diteguhkan oleh guru dengan cara memberi pengukuhan seperti yang disebutkan di atas.

Keempat, latihan pembelajaran adalah latihan yang dikukuhkan. Hal ini merupakan

latihan ulangan satu-satu gerak balas dengan satu-satu rangsangan. Latihan dan latih tubi

hendaklah dilakukan dalam keadaan yang bermakna. Ini adalah untuk mengelakkan pelajaran

tersebut menjadi bosan. Peneguhan boleh dilanjutkan oleh guru melalui penggunaan bahan-

bahan makmal bahasa. Dalam hal ini, satu model pembelajaran telah dikemukakan oleh

Behaviorisme iaitu :

Latihan yang dikukuhkan -> pembelajaran -> perubahan tingkah laku

HBML PSOKOLINGUISTIK DAN SEMANTIK 4

Page 5: HBML 3303

Kelima, model-model bahasa yang terbaik haruslah diutamakan. Dalam konteks

pembelajaran bahasa di sekolah-sekolah. Bahasa guru menjadi model yang diikuti oleh murid-

murid. Jika model-model ini menggunakan bahasa yang sama atau mirip-mirip sama dengan

bahasa matlamat, maka ini akan menguntungkan pelajar-pelajar itu.

Keenam, mewujudkan operasi rangsangan dan tindak balas dalam proses pembelajaran.

Bahasa adalah hasil operasi rangsangan dan tindak balas. Pembelajaran bahasa akan lebih

berkesan jika kedua-dua unsur ini dapat diwujudkan. Selain bertujuan menghasilkan satu

pembentukan tingkah baru yang berkesan, ia juga boleh bertindak sebagai daya penggerak dan

meningkatkan minat serta motivasi.

Ada beberapa cara yang boleh dilakukan oleh guru untuk mempelbagaikan situasi

rangsangan. Pertama adalah dengan cara mempelbagaikan tingkah laku. Kedua adalah dengan

cara mempelbagaikan pengalihan saluran deria, ketiga dengan cara mempelbagaikan pola

interaksi guru dan murid dan keempat dengan cara mempelbagaikan pendekatan, kaedah, teknik,

strategi dan alat-alat bantu mengajar.

Berdasarkan teori ini terdapat satu pendekatan yang boleh diaplikasikan dalam

pengajaran dan pembelajaran bahasa iaitu melalui pendekatan induktif. Pendekatan induktif ialah

memulakan sesuatu pengajaran itu dengan memberikan contoh-contoh terlebih dahulu dan

kemudian baharulah diterangkan.

HBML PSOKOLINGUISTIK DAN SEMANTIK 5

Page 6: HBML 3303

1.0 RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN TEORI BEHAVIORIS

RANCANGAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU TAHUN 1

Tarikh : 8 Mac 2015

Masa : 8.00-9.00 pagi

Tahun : 1 Pintar

Mata pelajaran : Bahasa Melayu Tahun 1

Tema : Pelancongan

Tajuk : Makan Angin

Objektif :Pada akhir pembelajaran, murid dapat :

1. Membaca teks dengan sebutan dan intonasi yang betul.

2. Menyatakan empat pengajaran daripada teks yang telah disediakan.

3. Menyatakan lima maksud lambang yang diberikan berdasarkan

kad bergambar yang telah disediakan.

Fokus utama : 5.2 Membaca kuat teks prosa dan puisi dengan sebutan dan intonasi

yang betul dan lancar serta memahami perkara yang dibaca.

Aras 2 (i) baca teks informatif dengan sebutan dan intonasi yang betul.

Fokus sampingan : 4.1 Mengemukakan idea, pandangan, dan pendapat tentang sesuatu

perkara secara terperinci, tepat dan tersusun.

Aras 2 (i) Menyatakan pandangan tentang sesuatu perkara yang

dibualkan.

Sistem bahasa : Tatabahasa - Kata nama khas dan Kata adjektif

Kosa kata - makan angin, berbudii bahasa, cantik,

gembira, dll.

HBML PSOKOLINGUISTIK DAN SEMANTIK 6

Page 7: HBML 3303

Ilmu : Kajian Tempatan dan Muzik

Nilai : Berbudi bahasa dan semangat bermasyarakat.

KBT :KB-menyenaraikan, membanding beza, belajar cara belajar dan

behaviorisme, konstuktivisme

BBM : Klip Video ‘Cuti-cuti Malaysia’, Petikan bertajuk ‘Makan Angin

bersama Keluarga Saya.’, Kad bergambar, Lembaran kerja.

Masa / Langkah Isi Pelajaran Aktiviti P& P Catatan

Set Induksi

(5 minit)

Mengenal pasti

tempat-tempat

pelancongan di

Malaysia dalam

klip video ‘Cuti-

cuti Malaysia’.

1.Guru menayangkan klip video bertajuk

‘Cuti-cuti Malaysia’

2.Guru meminta murid mendengar lagu

sambil mengenal pasti nama tempat

pelancongan yang terdapat dalam klip video

tersebut.

3. Murid mendengar dan mengenal pasti

nama-nama tempat pelancongan yang

terdapat dalam klip video .

BBM

- Klip video ‘ Cuti-

cuti Malaysia ‘

KBT

Kontekstual

Kecerdasan

pelbagai

Kemahiran berfikir

Langkah 1

(10 minit)

Guru bersoal jawab

mengenai

pengalaman murid

melancong dalam

negara

1.Guru memilih 5 orang murid secara

rambang untuk menyatakan pendapat tentang

klip video yang telah ditayangkan.

2. 5 orang murid menyatakan pendapat

tentang klip video yang telah ditayangkan.

3.Murid berkongsi pengalaman mereka

‘makan angin’ bersama guru dan rakan-

KBT

Konstruktivisme

Teori

Behaviourisme

Sistem bahasa:

HBML PSOKOLINGUISTIK DAN SEMANTIK 7

Page 8: HBML 3303

rakan. Kata nama khas

Langkah 2

(15 minit)

Membaca petikan

‘Makan Angin

bersama Keluarga

Saya’

1.Guru membahagikan murid kepada lima

kumpulan dan setiap kumpulan diberikan

nama bersempena dengan tempat

pelancongan yang telah dinyatakan.

2.Guru mengedarkan petikan bertajuk ‘

Makan Angin Bersama Keluarga Saya’

kepada murid-murid.

3.Guru membaca petikan tersebut secara

kuat, terang dan jelas dengan intonasi yang

betul

4.Murid mengajuk bacaan guru secara kuat,

terang dan jelas dengan menggunakan

intonasi yang betul.

5. Guru meminta 5 orang murid untuk

membaca petikan dan diikuti oleh rakan-

rakan lain.

6. 5 orang murid membaca ayat secara kuat,

terang dan jelas dengan intonasi yang betul

dan diikuti dengan rakan-rakan yang lain.

Kemahiran

Membaca Mekanis

BBM

Petikan ‘Makan

Angin bersama

Keluarga Saya’

Teori

Behaviourisme

Teknik Ajuk-sebut

Langkah 3

(15 minit)

Nilai dan

pengajaran dalam

petikan ‘Makan

Angin bersama

Keluarga Saya’

1. Guru bertanyakan apa yang difahami oleh

murid mengenai petikan yang telah dibaca.

2. Murid menyatakan dengan lisan 4

pengajaran yang terdapat dalam petikan

yang dibaca.

Kemahiran Lisan

KBT:

Kontekstual,

Kemahiran

HBML PSOKOLINGUISTIK DAN SEMANTIK 8

Page 9: HBML 3303

3. Guru meminta murid menyatakan kesan

jika tidak mengamalkan nilai-nilai yang

terdapat dalam petikan.

4. Murid menyatakan nilai-nilai yang mereka

peroleh dan berkongsi dengan rakan kesan

jika tidak bersikap sedemikian.

berfikir,

Kajian masa depan

Sistem bahasa:

Kata adjektif

Nilai:

Berbudi bahasa,

semangat

bermasyarakat,

Langkah 4

(10 minit)

Membezakan ciri-

ciri orang yang

berbudi bahasa dan

ciri-ciri orang yang

tidak berbudi

bahasa

1.Guru mengedarkan kepada setiap

kumpulan sebanyak 5 keping kad bergambar

yang menunjukkan 5 situasi berbeza dan

lembaran kerja.

2. Guru meminta murid mengenal pasti

gambar sama ada gambar tersebut

menunjukkan nilai yang baik atau buruk.

3. Murid akan menandakan ‘betul’ sekiranya

gambar tersebut menunjukkan nilai yang

baik, dan ‘pangkah’ sekiranya menunjukkan

nilai yang tidak baik.

BBM:

Kad bergambar,

Lembaran Kerja

KBT:

Kontekstual

Kaedah koperatif

Nilai:

Berbudi bahasa,

kerjasama,

kepimpinan

Penutup

(5 minit)

-Rumusan isi

-Murid-murid

diminta

menyanyikan lagu

‘Cuti-cuti

1.Guru merumuskan P&P dengan sesi

soal jawab bersama murid.

2.Guru memasang semula klip video ‘Cuti-

cuti Malaysia’

3.Murid dan guru menyanyikan lagu

BBM: Klip Video

‘Cuti-cuti

Malaysia’

KBT:

HBML PSOKOLINGUISTIK DAN SEMANTIK 9

Page 10: HBML 3303

Malaysia’ tersebut bersama-sama. Kontruktivisme

Kecerdasan

Pelbagai

Refleksi :

______________________________________________________________________________

_____________________________________________________________________________

HBML PSOKOLINGUISTIK DAN SEMANTIK 10

Page 11: HBML 3303

PETIKAN

”MAKAN ANGIN BERSAMA-SAMA KELUARGA”

Pada cuti yang lepas, saya bersama-sama ahli keluarga telah

melancong ke Sabah. Pelbagai tempat menarik telah kami

lawati. Antaranya Kundasanag, Ranau, Pulau Manukan dan

sebagainya.

Ketika berjalan-jalan, telah berlaku sesuatu yang malang

kepada saya. Saya telah ditinggalkan secara tidak sengaja oleh

bas yang membawa kami sebagai alat pengangkutan di sini.

Perkara ini berlaku kerana kedegilan saya yang

tidakmendengar cakap ibu bapa supaya sentiasa berada di sisi

dan meminta izin sekiranya hendak ke tandas. Namun, perkara

yang berlaku sebaliknya apabila saya tidak memberitahu ibu

bapa saya ketika hendak berlaku. Perkara berikut sangat

menyedihkan dan menakutkan bagi saya.

Saya berjanji akan menjaga kelakuan saya dan sentiasa

mendengar kata kedua-dua orang tua saya. Aktiviti makan angin

bersama keluarga ini adalah suatu perkara yang tidak akan saya

lupakan.

HBML PSOKOLINGUISTIK DAN SEMANTIK 11

Page 12: HBML 3303

KSSR

INSTRUMEN BAHASA MALAYSIA

TAHUN 1

KEMAHIRAN lisanSTANDARD PEMBELAJARAN 4.1 Mengemukakan idea, pandangan, dan

pendapat tentang sesuatu perkara secara

terperinci, tepat dan tersusun.

EVIDENS B6 DL1 E1

Aktiviti: Murid membezakan ciri-ciri orang berbudi bahasa dan tidak berbudi bahasa

2.0 KEKUATAN DAN KELEMAHAN TEORI BEHAVIORIS

HBML PSOKOLINGUISTIK DAN SEMANTIK 12

Page 13: HBML 3303

Behaviour atau tingkah laku merujuk kepada aksi atau reaksi dalam bentuk gerak balas hasil

daripada rangsangan sama ada rangsangan dalam mahupun rangsangan luaran (Siti Hajar Abdul

Aziz, 2009).

Dari konteks pemerolehan bahasa pula, teori Behavioris merupakan sebuah fahaman

yang menekankan bahawa pemerolehan bahasa kanak-kanak adalah melalui proses pencernaan

tatabahasa dalam bentuk yang betul. Menurut teori ini juga, pemerolehan bahasa adalah

berdasarkan pengukuhan sama ada bersifat positif ataupun sebaliknya (Siti Hajar Abdul Aziz,

2009). Peneguhan merupakan suatu teknik atau proses yang menggunakan elemen peneguhan

untuk mengukuh serta mengekalkan gerak balas dalam pemerolehan bahasa (Mok Soon Sang,

2012). Ini bermakna, pembelajaran berlaku apabila terdapat perubahan tingkah laku secara

spontan, sama ada diteguhkan dengan ganjaran atau dilemahkan melalui hukuman. (Siti Hajar

Abdul Aziz, 2009).

Antara pelopor utama dalam teori ini adalah Thorndike dan juga B.F. Skinner. Mereka

berpendapat bahawa bahasa dikuasai melalui proses pengulangan kerana bagi mereka, perkara

yang berlaku dalam otak manusia tidak dapat diamati (Siti Hajar Abdul Aziz, 2009). Oleh yang

demikian, mereka menolak fungsi otak dan operasi kognitif dalam dalam pemerolehan bahasa

(Siti Hajar Abdul Aziz, 2009).

i. Kekuatan Teori Behavioris

Teori ini sangat sesuai untuk melatih atau mendidik kanak-kanak yang masih memerlukan

bantuan daripada orang dewasa di sekeliling mereka. Sebagai contoh, kanak-kanak tadika

memerlukan bimbingan dan perhatian yang khusus daripada orang di persekitarannya

terutamanya guru-guru mereka kerana mereka mudah mengikuti apa yang diajar dan disuruh

selain suka meniru perlakuan orang di sekelilingnya. Selain itu, mereka juga suka dengar bentuk-

bentuk penghargaan yang diberi kepadanya seperti pujian dan melalui bentuk penghargaan

tersebut ianya dapat menaikkan semangat belajar dalam diri mereka.

Guru tidak perlu mengambil masa yang lama memberi penerangan yang panjang tentang

pembelajaran kepada murid-murid. Selain daripada itu teori ini menekankan kemahiran lisan

berbanding kemahiran membaca dan menulis. Melalui aspek kemahiran yang ditekankan dapat

HBML PSOKOLINGUISTIK DAN SEMANTIK 13

Page 14: HBML 3303

memberikan kelebihan kepada murid kerana aspek lisan iaitu mendengar dan bertutur penting

dalam situasi harian murid.

Proses pemerolehan dan penguasaan sesuatu bahasa merupakan suatu proses

pembelajaran yang memerlukan latihan secara berulang-ulang. Dengan itu, proses pengajaran

bahasa dapat dilakukan secara lebih sistematik. Mementingkan persekitaran murid untuk

membantu proses pengajaran dan pembelajaran. Hal ini termasuk perlakuan guru, kawan-kawan

mereka sendiri serta suasana dalam bilik darjah. Menekankan aspek peneguhan. Ini bermakna

murid akan dapat mempelajari sesuatu bahasa dengan adanya ganjaran dan peneguhan

ii. Kelemahan Teori Behavioris

Proses pembelajaran yang tidak kondusif bagi murid-murid kerana pembelajaran berlaku dalam

keadaan sehala di mana ianya berpusat pada guru sahaja. Guru hanya mengajar dan melatih

murid manakala murid hanya menerima apa yang diajar guru tanpa memberi sebarang maklum

balas. Murid berperanan sebagai pendengar dan mereka menghafal apa yang didengar dan

dipandang cara belajar yang efektif. Penggunaan hukuman merupakan salah satu cara guru

mendisiplinkan murid dan akan mendatangkan akibat buruk kepada murid.

Hal ini kerana sistem pembelajaran tersebut lebih tertumpu kepada rangsangan dan gerak

balas yang ditunjukkan. Sekiranya tiada rangsangan maka tindak balas tidak akan berlaku.

Sebagai contoh, guru akan beri rangsangan seperti hadiah dan baru mereka memberi jawapan

yang dikehendaki guru. Teori ini adalah penambahan ilmu pengetahuan lebih tertumpu kepada

buku teks. Hal ini kerana mereka belajar mengikut urutan kurikulum yang sangat ketat

sehinggakan buku teks merupakan buku wajib dalam pembelajaran mereka. Malah, mereka juga

dikehendaki memahami dan mempersembahkan kembali isi pembelajaran di dalam buku teks

tersebut dengan baik.

Teknik peneguhan hanya sesuai diaplikasikan kepada pengajaran tetapi tidak kepada

masalah pengajaran. Teori ini hanya tertumpu kepada tingkah laku yang boleh dilihat sahaja

tanpa mempedulikan yang terselindung, seperti aktiviti mental. Teori ini gagal dipraktikkan

dalam aplikasi latihan ketenteraan, seperti mengesan masalah utama bagi mengenal pasti bahan

yang perlu diajar.

HBML PSOKOLINGUISTIK DAN SEMANTIK 14

Page 15: HBML 3303

Teori Behaviorisme hanya relevan dengan tingkah laku yang dilihat dan menyediakan

istilah-istilah yang tidak berguna semasa menentukan objektif untuk pembelajaran. Ada

kalanya, objektif tingkah laku tidak dapat menentukan tingkah laku yang hendak diajar dan

seterusnya menyebabkan pengajar keliru dan tidak pasti sama ada dia harus memberikan

tumpuan terhadap ujian ataupun kepada objektif pembelajaran. Tidak ada langkah yang boleh

diikuti untuk melaksanakan teori ini. Secara praktisnya, seseorang pendidik behavioris perlu

bersandar pada pengajaran konvensional untuk mereka bentuk dan menjalankan langkah-langkah

mengikut urutan.

HBML PSOKOLINGUISTIK DAN SEMANTIK 15

Page 16: HBML 3303

KESIMPULAN

Proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu dalam bilik darjah harus dirancang dengan

rapi agar ilmu pengetahuan yang diajari dapat disampaikan kepada murid dengan berjaya.

Perancangan yang rapi dapat dilakukan apabila mengikuti panduan yang betul. Contohnya,

perancangan pengajaran Bahasa Melayu berpandukan beberapa teori yang telah dinyatakan

sebelum ini, iaitu teori Behaviorisme. Dengan ada perancangan yang rapi serta berpandukan

teori-teori ini, maka proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu dapat dilaksanakan

dengan baik dan berjaya.

Pengajaran dan pembelajaran yang baik lagi berkesan tidak akan berlaku tanpa

perancangan yang rapi. Perancangan yang rapi perlu berlandaskan sesuatu yang kukuh dan

diakui kebenaran atau kewajarannya. Perancangan itu merupakan sesuatu yang terbukti boleh

dan benar. Sesuatu yang dimaksudkan itu dikenali sebagai teori. Justeru itu, kerja amali dan

pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran yang baik serta wajar perlu berdasarkan teori yang

terbukti keupayaan dan kejayaannya.

Menurut Noriati A.Rashid, Boon Pong Ying dan Sharifah Fakhriah Syed Ahmad (2009),

Kerlinger (1986) menyatakan bahawa teori ialah satu set prinsip dan definisi yang saling berkait

serta menerangkan sesuatu fenomena secara sistematis. Menurut mereka lagi, Jary dan Jary

(1995) pula melihat teori sebagai satu set hipotesis atau prinsip yang berkait secara logik atau

berdasarkan penerangan Bahasa Melayu yang menerangkan hakikat empirikal sesuatu fenomena.

Sebenarnya, teori ialah hasil daripada kajian saintifik yang telah sah dan diterima sebagai sesuatu

prinsip atau asas yang boleh dijadikan panduan pelaksanaan.

(2460 Patah Perkataan)

HBML PSOKOLINGUISTIK DAN SEMANTIK 16

Page 17: HBML 3303

RUJUKAN

Chomsky, N. (1985). Aspect of theory of Syantax. Massachusset: Massachusset Institute of

Technology Press

Juriah Long et al(1994). Perkaedahan Bahasa Melayu(Edisi Ke-4). Kuala Lumpur:Fajar Bakti

Sdn. Bhd

Kamarudin Hj. Husin(1998). Pedagogi Bahasa Melayu(edisi ke-8). Selangor:Longman Malaysia

Sdn. Bhd

Mangantar Simanjuntak. (1987). Pengantar psikolinguistik moden. Dewan Bahasa dan Pustaka:

Kuala Lumpur.

Mangantar, Simanjuntak. (1982). Pemerolehan Bahasa Melayu: Bahagian Fonologi. Jurnal

Dewan Bahasa. Ogos/September. 615-625.

Mohd Rasdi bin Saamah. Pemerolehan Bahasa Kanak-Kanak Berusia Dua Tahun: Satu

Tinjauan. Jabatan Pengajian Melayu, IPGM Kampus Tengku Ampuan Afzan.Mangantar

Simanjuntak. (1987). Pengantar psikolinguistik moden. Dewan Bahasa dan Pustaka:

Kuala Lumpur (Bab 1-5, dan Bab 9).

Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying & Sharifah Fakhriah Syed Ahmad. (2009). Murid dan alam

belajar. Selangor: Oxford Fajar Sdn Bhd

Tay Meng Guat.(2007). Pemerolehan Bahasa Kanak-Kanak.Satu Analisis Sintaksis. Jabatan

Pengajian Melayu.IPGM Kampus Batu Lintang.

Vua Yaletchumy A/p Subramaniam. ( 2000). Pemerolehan Bahasa Di Kalangan Kanak•Kanak

Melayu.Universtiti Putra Malaysia.

HBML PSOKOLINGUISTIK DAN SEMANTIK 17