Upload
riderfrs
View
6.360
Download
1
Embed Size (px)
DESCRIPTION
Ringkasan mengenai perbezaan Tatabahasa Dewan (2008) dengan Petunjuk Bahasa (Asraf 2008)
Citation preview
Penghargaan
Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah izin-Nya, saya dapat menyiapkan
tugasan ini dengan sempurna.
Saya ini mengucapkan jutaan terima kasih yang juga penghargaan khusus buat En.
Fuadi B. Hj. Abd Razak kerana segala tunjuk ajar serta membimbing saya dalam
menyiapkan tugasan ini.
Tidak lupa juga ribuan terima kasih kepada rakan-rakan seperjuangan PISMK -OUM
Pengajian Melayu yang banyak membantu saya dalam menyiapkan tugasan ini.
Penghargaan juga kepada orang yang terlibat secara langsung atau tidak dalam
menjayakan tugasan ini.
Akhir sekali, penghargaan istimewa buat ibu bapa saya yang banyak memberi
galakan dan sokongan agar memastikan saya berjaya dalam pelajaran.
Semoga mereka semua mendapat balasan yang setimpal daripada Yang Maha Esa.
Sekian, terima kasih.
1
Soalan tugasan
Penggolongan kata bahasa melayu merupakan aspek yang penting dikuasai oleh
pelajar. Kaji dua buah buku, iaitu Tatabahasa Dewan dan Petunjuk Tatabahasa dan
buatlah perbandingan tentang penggolongan kata. Huraian anda mestilah disertai
dengan contoh-contoh yang relevan.
Rujukan buku
1. Asraf (2008) Petunjuk Tatabahasa Bahasa Melayu, Kota Damansara:
Sasbadi Sdn. Bhd.
2. Nik Safiah et. al (2008) Tatabahasa Dewan, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka.
(40 markah)
2
Pendahuluan
Golongan kata merupakan sesuatu perkataan dalam bahasa dapat digolongkan ke
dalam golongan tertentu berdasarkan beberapa kriteria, misalnya kriteria struktur
fonologi atau bunyi, kriteria struktur morfem, kriteria sintaksis dan kriteria semantik.
Oleh itu, sesuatu perkataan digolongkan berdasarkan kriteria sintaksis dan kriteria
semantik kerana penggolongan yang sedemikian didapati selaras dengan status
perkataan sebagai satu bentuk bebas yang menjadi unsur dalam binaan sintaksis,
iaitu frasa, klausa, dan ayat.
Ayat dan klausa mengandungi dua konstituen utama, iaitu frasa subjek dan frasa
predikat. Frasa subjek dibentuk oleh frasa nama. Frasa predikat pula dibentuk oleh
empat jenis frasa, iaitu frasa nama, frasa kerja, frasa adjektif, dan frasa sendi nama.
Frasa-frasa ini disebut frasa utama ayat.
Dalam bahasa Melayu terdapat dua kumpulan kata, iaitu:
I. Kata isian (kumpulan yang terbuka kerana sentiasa berkembang)
II. Kata tugas (kumpulan kata tertutup seperti dan, itu, amat, walaupun,
sekiranya, dan sebagainya.
Kata-kata boleh digolongkan berdasarkan faktor sintaksis dan semantik. Kata-kata
dalam bahasa Melayu boleh digolongkan kepada empat iaitu:
I. Kata nama
II. kata kerja
III. kata adjektif
IV. kata tugas
Kata nama, kata kerja dan kata adjektif ialah kata isian yang terbuka.
3
Definisi Penggolongan Kata
Menurut Nik Safiah(2008) kata nama, kata kerja, dan kata adjektif bolehlah disebut
golongan kata utama kerana menjadi inti bagi frasa utama ayat. Selain tiga golongan
utama ini, tidak terdapat lagi perkataan-perkataan yang boleh menjadi inti bagi
mana-mana frasa utama.
Oleh itu, perkataan-perkataan, selain tiga golongan kata nama itu, boleh dikelompok
ke dalam satu golongan kata secara kolektif, disebut kata tugas yang bersifat
heterogen. Kesimpulannya, golongan kata dalam bahasa Melayu menurut Nik
Safiah terbahagi kepada empat, iaitu :
i. Kata nama
ii. Kata kerja
iii. Kata adjektif
iv. Kata tugas
Manakala menurut Asraf (2008) kata-kata dala bahasa Melayu dapat digolongkan
kepada kelas-kelas berikut :
i. Kata nama
ii. Kata kerja
iii. Kata adjektif
iv. Kata sendi
v. Kata keterangan
vi. Kata hubung
vii. Kata seru
viii. Kata sandang
Di antara kelas-kelas kata itu, kata nama,kata kerja, dan kata adjektif dapat berdiri
sendiri dengan makna sepenuhnya. Manakala kelas kata yang lain tidak dapat
berdiri sendiri dengan makna sepenuhnya, tetapi dapat bertugas untuk menentukan
makna sesuatu ayat. Oleh itu, kata sendi, kata keterangan, kata hubung, kata
seru, dan kata sandang boleh dimasukkan dalam kelas kata tugas.
4
Perbandingan Utama Golongan Kata
Nik Safiah Karim (2008) Asraf Abdul Wahab (2008)
Kata Namai. Kata nama amii. Kata nama khasiii. Kata ganti nama
Kata Nama
i. Kata nama am
ii. Kata nama khas
iii. Kata ganti nama
iv. Kata bilangan
Kata Kerjai. Kata kerja aktif
- Kata kerja aktif transitif- Kata kerja aktif tak transitif
ii. Kata kerja pasif
Kata Kerja
i. Kata kerja tak transitif
ii. Kata kerja transitif
iii. Kata kerja pasif
Kata Adjektifi. Kata adjektif sifat @ keadaanii. Kata adjektif warnaiii. Kata adjektif ukuraniv. Kata adjektif bentukv. Kata adjektif waktuvi. Kata adjektif jarakvii. Kata adjektif caraviii. Kata adjektif perasaanix. Kata adjektif pancaindera
Kata Adjektif
i. Kata penguat
Kata Tugasa) Kata hubungb) Kata seruc) Kata tanyad) Kata perintahe) Kata pangkal ayatf) Kata bantug) Kata penguath) Kata penegasi) Kata nafij) Kata pemerik) Kata sendi namal) Kata pembenarm) Kata arahn) Kata bilangan
Kata Tugas
i. Kata sendi
ii. Kata keterangan
iii. Kata hubung
iv. Kata seru
v. Kata sandang
5
Golongan Kata Nama
Nik Safiah Karim (2008) Asraf (2008)
- merangkumi sejumlah perkataan yang
boleh menjadi unsur inti dalam binaan
frasa nama dan lazimnya kata ini
menamakan orang, haiwan, tempat,
benda atau konsep.
Kata nama dipecahkan seperti berikut :
i. Kata nama am
ii. Kata nama khas
iii. Kata ganti nama
Kata Nama Am
Kata nama am ialah perkataan yang
merujuk benda atau perkara yang umum
sifatnya. Kata nama am terbahagi
kepada dua jenis, iaitu
a. Kata nama am konkrit (yang
membawa konsep kebendaan)
Contohnya : tangan, pekerja,
rumah, kereta, sungai, kambing,
lautan
b. Kata nama am abstrak (yang
membawa konsep mujarab atau
bukan kebendaan)
Contohnya : mimpi, roh, idaman,
kedamaian, perpaduan serapan
- kata yang menyatakan makna orang,
binatang, benda tempat, dan sebagainya
yang disertai kata bilangan di depannya
atau kata ganti tunjuk ini atau itu
dibelakangnya.
Kata nama terbahagi kepada :
i. Kata nama am
ii. Kata nama khas
iii. Kata ganti nama
iv. Kata bilangan
Kata nama am ialah merujuk sesuatu
yang bernyawa dan hidup seperti
manusia, binatang dan tumbuhan serta
yang tidak bernyawa dan tidak hidup
seperti benda dan tempat.
Dibahagikan kepada dua jenis
a. Konkrit – nama sesuatu yang
dapat dilihat, atau dipegang dan
dirasakan.Kata nama am konkrit
terdiri daripada kata asal atau kata
terbitan.
Contohnya : biara – biarawan,
duta – kedutaan, duri – durian.
6
Kata Nama Khas
Kata nama yang merujuk nama sesuatu
benda yang khusus dan ejaannya
berpangkalkan huruf besar. Terbahagi
kepada dua iaitu :
a. Kata nama khas hidup
- Manusia
Contohnya : Nina, Hani
- Bukan manusia
Contohnya : Lassie, Putih
b. Kata nama khas tak hidup
Contohnya : Kuala Lumpur,
Proton Saga, Pasir Mas, Brunei,
Gunung Jerai, Angkasapuri
b. Abstrak – nama sesuatu yang
hanya dibayangkan sebagai ada
dalam fikiran atau khayalan. Kata
nama am abstrak pun boleh terdiri
daripada kata asal atau kata
terbitan.
Contohnya : agama – keagamaan,
Kata – perkataan, kisah –
pengisahan.
Kata nama yang ditulis dengan huruf
besar dipangkalnya termasuk dalam
kelas kata nama khas. Merupakan kata
yang khasnya merujuk kepada :
a. manusia,
contohnya : Ali, Abu Chua
b. binatang,
contohnya : Comel, Hitam, Tomi
c. bangunan,
contohnya : Wisma Putra,
Dayabumi
d. bandar,
contohnya : Kuantan, Dubai
e. negeri,
contohnya : Kedah, Perlis, Perak
f. judul buku,
contohnya : Hujan Pagi, Cinta
g. makhluk lain seperti malaikat.
Contohnya : Jibrail, Mikail
7
Kata Ganti Nama
Kata ganti nama terbahagi kepada dua
iaitu :
a. kata ganti nama tunjuk
- kata ganti nama tunjuk
umum
contohnya : ini, itu
- kata ganti nama tunjuk
tempat
contohnya : sini, situ
b. kata ganti nama diri
- kata ganti nama diri tanya
contohnya : siapa, apa,
mana
- kata ganti nama diri
orang
Manakala kata ganti nama diri orang
terbahagi kepada
a. kata ganti nama diri orang
pertama
contohnya : saya, aku, beta, kita,
patik, kami
b. kata ganti nama diri orang
kedua
contohnya : saudara, kamu, awak,
kau, engkau, anda
c. kata ganti nama diri orang
ketiga
Kata ganti nama ialah kata yang
mengambil tempat kata nama sebagai
pengganti. Terbahagi kepada
a. kata ganti diri
b. kata ganti tanya
c. kata ganti tempat
d. kata ganti tunjuk
e. kata ganti tak tentu
a) Kata ganti diri ialah untuk
mengganti kata nama orang. Kata
ini terbahagi kepada tiga iaitu :
1. kata ganti diri pertama
contohnya : aku, beta, daku,
hamba
2. kata ganti diri kedua
contohnya : dikau, kalian,
kamu, tuanku, anda
3. kata ganti diri ketiga
contohnya : baginda, ,mereka,
dia
b) Kata ganti diri singkat dapat
disingkatkan seperti yang berikut :
- aku menjadi ku
- engkau menjadi kau
- kamu menjadi mu
- dia atau ia menjadi nya
c) Kata ganti tanya digunakan untuk
membentuk ayat-ayat tanya.
8
contohnya : ia, dia, beliau, mereka
-nya
Contohnya : apa, mana, dan
siapa
d) Kata ganti tempat ialah kata
yang digunakan untuk mengganti
kata nama tempat. Ada tiga
sahaja kata ganti tempat iaitu :
- sana
- sini
- situ
e) Kata ganti tunjuk ialah kata yang
menunjukkan sesuatu atau
seseorang.
Kata ganti tunjuk ada dua sahaja
iaitu:
- ini
- itu
f) Kata ganti tak tentu ialah kata
ganti yang menunjukkan sesuatu
atau seseorang secara tidak tentu.
Antara contoh kata ganti tak tentu
ialah :
a. apa-apa (mengganti nama
benda atau hal tidak tentu).
contoh ayat : Dia tidak berkata
apa-apa.
b. mana-mana (mengganti
nama benda atau nama
tempat yang tidak tentu).
contoh ayat : Mana-mana pun
berguna bagiku.
c. siapa-siapa atau sesiapa
9
(mengganti orang yang tidak
tentu).
contoh ayat : Kami tidak
menyebelahi siapa-siapa.
Kata Bilangan
-merupakan kata yang digunakan untuk
menghitung sesuatu.
-boleh terdiri daripada kata asal atau
kata terbitan.
-kata bilangan terbahagi kepada 7 jenis :
a) kata bilangan tentu
contohnya: satu, dua, tiga, seratus
b) kata bilangan tak tentu
contohnya: beberapa,semua,para
c) kata bilangan tanya
contohnya: berapa
d) kata bilangan pecahan
contohnya: setengah,suku, dua
pertiga
e) kata bilangan pisahan
contohnya: setiap, tiap-tiap,
masing-masing
f) kata bilangan perhimpunan
contohnya: ribuan,
pelbagai,puluhan,berabad-abad
10
g) kata bilangan tingkat
contonya: pertama, kedua, ketiga
Penjodoh bilangan
-merupakan kata yang digunakan
bersama-sama dengan kata bilangan.
-ada kalanya penjodoh bilangan
biasanya tidak digunakan bersama-sama
dengan kata bilangan. Misalnya:
a) sekalian peserta (betul)
sekalian orang peserta (salah)
b) seluruh negeri (betul)
seluruh buah negeri (salah)
-penjodoh bilangan tidak juga diperlukan
untuk menghitung kata nama abstrak.
-misalnya, beberapa cara, dua abad,
ketiga-tiga sifat, dan sebagainya.
-beberapa contoh penjodoh bilangan :
- batang
- bentuk
- bidang
- biji
- bilah
- buah
- butir
- carik, dll.
Golongan Kata Kerja
Nik Safiah Karim (2008) Asraf (2008)
-kata kerja ialah perkataan yang menjadi
inti bagi binaan atau konstruksi frasa
-kata kerja ialah kata yang menyatakan
makna perbuatan atau perlakuan.
11
kerja.
-kata kerja terbahagi kepada dua iaitu :
a) kata kerja aktif
- kata kerja aktif tak
transitif
- kata kerja aktif transitif
b) kata kerja pasif
Kata kerja aktif tak transitif
-kata kerja yang tidak memerlukan
penyambut atau objek sesudahnya.
-dibahagi kepada subgolongan, iaitu:
a) kata kerja aktif tak transitif
tanpa pelengkap
- kata kerja yang boleh berdiri tanpa
objek atau penyambut.
Contohnya: Semua orang pulang.
b) kata kerja aktif tak transitif
berpelengkap
- kata kerja yang mesti diikuti oleh
pelengkap untuk
menyempurnakan maksud ayat.
Contohnya: Keadaan bapanya
beransur baik.
Kata kerja aktif transitif
-kata kerja yang mengandungi objek
yang terdiri daripada frasa nama untuk
melengkapkan maksudnya.
-umumnya kata kerja ditandai dengan
imbuhan-imbuhan seperti ber-…, ber…
an,ber…kan,me-…kan, me…kan, me…i,
memper-..,memper…kan, dan memper…
i
-kata kerja terbahagi kepada tiga,iaitu:
a) Kata kerja tak transitif
b) Kata kerja transitif
c) Kata kerja pasif
Kata kerja tak transitif
-terbahagi kepada beberapa bentuk iaitu:
- Asal
Merupakan kata kerja bebas dan
tidak berimbuhan.
Contohnya: balik, bangkit, bersin,
- Berawalan ber-..
Dikenali sebagai kata kerja bentuk
terbitan.
Contohnya: berasal,beroda,belajar
- Berapitan ber…kan
Contohnya: beralaskan,
berdasarkan
- Berapitan ber...an
Contohnya: bercucuran,
berdekatan
- Berawalan me-
12
- contohnya:
Saya telah menjawab surat itu.
Kami membaiki kereta itu.
Kata kerja pasif
-kata kerja hasil daripada proses
transformasi atau perubahan ayat aktif
menjadi ayat pasif.
- Contonya:
Surat itu telah saya jawab.
Kereta itu telah kami baiki.
Contohnya: menyala,mendarat
- Berawalan ter-
Contohnya: termenung, tertawa
Kata kerja terikat
-ada juga kata kerja tidak berimbuhan
tetapi bukan pula kata kerja asal
melainkan kata kerja terikat yakni tidak
bebas.
-contohnya: adu, ampun, angkat,beli,
beri,bina,bawa, cabut, capai, dadak, dll.
Kata kerja Transitif
-kata kerja yang mesti disertai objek
untuk menjadi frasa kerja yang dapat
bertugas sebagai predikat ayat.
-objek yang menyertai kata kerja transitif
mesti frasa nama.
-terbahagi kepada beberapa bentuk iaitu:
- Berawalan me-..
Contohnya: melukis, membeli
- Berapitan me…kan
Contohnya: mengajarkan,
membelikan
- Berapitan me…i
Contohnya: membasahi,mendekati
- Berawalan rangkap memper-
Contohnya: memperalat,
13
memperoleh
- Berapitan memper…kan
Contohnya: memperhatikan,
mempersatukan
- Berapitan memper…i
Kata kerja Pasif
-kata kerja yang berasal daripada kata
kerja transitif tetapi yang tidak lagi
berawalan me-.
-kata kerja pasif boleh berawalan per-
serta berakhiran –i dan berakhiran –kan.
-kata kerja pasif berawalan ber-,ter-,
berapitan ke..an.
- contohnya: ambil, atasi, berikan,
percepat, peringati, perhatikan,
berasah,bertulis, terbunuh,tercapai,
kehujanan, kecurian dan dll.
-satu lagi ialah bentuk frasa kerja pasif
bantuan yang terdiri daripada kata kerja
pasif serta kata bantu kena.
-contohnya: kena curi, kena pukul,
Golongan Kata Adjektif
Nik Safiah Karim (2008) Asraf (2008)
-dikenali sebagai kata sifat ialah
perkataan yang menjadi unsur inti dalam
binaan frasa adjektif.
-kata adjektif dibahagia kepada 9 jenis
-kata adjektif dikenali juga sebagai kata
sifat.
-kata yang menerangkan sifat atau
keadaan sesuatu benda atau kata nama.
14
iaitu:
a) Kata adjektif sifatan @ keadaan
-memberi pengertian sifatan atau
keadaan.
Contohnya: baik, lemah, gopoh,
sihat, pandai, berani, takut.
b) Kata adjektif warna
-membawa pengertian warna
sebagai unsur keterangan.
Contohnya : merah, biru, putih
c) Kata adjektif ukuran
-membawa pengertian ukuran.
Contohnya: panjang, pendek,
besar, kecik, tebal, nipis
d) Kata adjektif bentuk
-membawa pengertian rupa
bentuk.
Contohnya: bulat, lurus, buncit,
leper, lekuk, bujur, bengkok.
e) Kata adjektif waktu
-membawa pengertian konsep
masa.
Contohnya: baharu, lama, awal
f) Kata adjektif jarak
-membawa pengertian konsep
ruang antara dua bentuk atau
keadaan sebagai penerang
k.nama
Contohnya: jauh, rapat, hampir,
-Contoh kata adjektif :
- Adil, aman, beku, cemas, , cerdas,
dahaga, damai, elok, enak, fasih,
gagah, , hina, hebat, indah, jahat,
gila, kagum, lambat, mahal, dan dll.
-ada juga kata adjektif yang berawalan
ter-. Misalnya : terdekat, tertinggi, dll
-kata adjektif disertai kata keterangan
amat, paling, sangat, dan bertugas
sebagai kata penguat.
Kata penguat
-sebagai penanda adjektif terbahagi
kepada tiga, iaitu:
a) Penguat depan
Contohnya: agak,begitu,lebih,
paling
b) Penguat belakang
Contohnya: benar, betul, nian, dan
sekali.
c) Penguat bebas
Contohnya: amat, sangat,
sungguh
15
g) Kata adjektif cara
-membawa pengertian keadaan
kelakuan atau ragam.
Contohnya: cepat, selalu, laju,
deras, lincah, jelas.
h) Kata adjektif perasaan
-membawa pengertian konsep
perasaan.
Contohnya: rindu, benci, cinta
i) Kata adjektif pancaindera
-membawa maksud konsep rasa,
pandang, dengar, bau, sentuh,
atau gabungan kelima-lima indera.
i. Deria rasa
Contohnya: sedap,masin
ii. Deria pandang
Contohnya:cantik,segak
iii. Deria dengar
Contohnya: lunak,garau
iv. Deria bau
Contohnya:harum,busuk
v. Deria sentuh
Contohnya:kasar,licin
Golongan Kata tugas
Nik Safiah Karim (2008) Asraf (2008)
-kata tugas ialah perkataan yang
tergolong ke dalam golongan kata yang
bersifat pelbagai jenis atau heterogen,
iaitu tidak boleh menjadi unsur inti bagi
frasa-frasa endosentrik: frasa nama, frasa
-kata tugas dibahagikan kepada 5
jenis iaitu:
a) Kata sendi
-bertugas sebagai sendi yang
merangkaikan frasa nama
16
kerja, frasa adjektif.
-kata tugas dapat dikelompokkan kepada
empat kelompok yang berikut :
1. Kata penyambung ayat
-ialah kata hubung, iaitu sejumlah
perkataan yang bertugas
menghubungkan dua binaan ayat
atau lebih sehingga menjadi satu
bentuk ayat yang berlapis, yang
dikenali sebagai ayat majmuk.
a) Kata hubung
-kata hubung gabungan
Jenis kata yang
menghubungkan dua klausa
atau lebih yang sama tara
sifatnya.
Contohnya: dan, lalu, serta,
sambil, atau, malahan
-kata hubung pancangan
Jenis kata hubung yang
menyambung klausa tak
setara atau klausa pancangan
pada klausa utama atau
klausa induk.
Kata hubung pancangan
terbahagi kepada 3 jenis iaitu:
- keterangan
Berfungsi
menghubungkan klausa
yang menjadi keterangan
pada klausa utama.
dengan kata-kata atau frasa-
frasa yang lain.
-kata sendi dari, di, dan ke,
adalah kata sendi utama.
-Contoh kata sendi nama yang
lain ialah: akan, bagi, daripada,
dengan, hingga, kepada,oleh,
pada, sebagai, sejak, seperti,
dan tentang.
b) Kata keterangan
-adalah kata yang menerangkan
kata adjektif, kata kerja, dan kata
keterangan yang lain.
-kata keterangan terbahagi
kepada:
- Kata keterangan cara
seperti begini, begitu,
demikian,dll.
- Kata keterangan masa
seperti akan, belum,
masih, pernah, sedang,
sudah, telah, dll
- Kata keterangan tanya
iaitu bagaimana, bila dan
mengapa.
- Kata keterangan darjah
seperti agak, amat, nian,
paling, sangat, dll.
17
Contohnya: kerana, agar,
semasa, ketika, untuk,
apabila, kalau dll.
- komplemen
Berfungsi
menghubungkan klausa
yang menjadi komplemen
atau pelengkap apda
klausa utama.
Contohnya ada dua iaitu:
bahawa dan untuk.
- relatif
Berfungsi
menghubungkan klausa
utama dengan klausa kecil
yang lain.
Contohnya: yang
2. Kata praklausa
-sejumlah perkataan yang terletak
di hadapan klausa, yang terdiri
daripada :
a) Kata seru
Bentuk kata yang berfungsi
melahirkan berbagai-bagai
perasaan dan digunakan dalam
ayat seruan.
Contohnya: aduh, aduhai, ah,
amboi, cih, cis, eh, nak, oh, wah,
dan wahai.
- Kata keterangan tak
tentu seperti agaknya,
barangkali, entah-entah,
dll.
- Kata keterangan nafi
seperti bukan,tak, dan
tidak.
-ada beberapa lagi kata keterangan
yang tidak dapat dijelaskan lagi.
Misalnya : hanya,jua, juga, saja, dll.
c) Kata hubung
-kata yang digunakan untuk
menghubungkan unit-unit
tatabahasa dalam ayat
gabungan dan ayat pancangan.
-kata hubung terbahagi kepada :
- Kata hubung gabungan
-iaitu kata hubung yang
digunakan untuk
menggabungkan sepatah
kata, atau satu frasa
dengan satu frasa, atau
satu klausa dengan satu
klausa dalam bentuk ayat
majmuk gabungan.
Contohnya: atau, dan,
lalu, maka, serta dan
tetapi.
18
b) Kata tanya
Perkataan yang digunakan
untuk menanyakan sesuatu atau
menyoalkan sesuatu.
Contohnya: mengapa,
bagaimana, berapa, bila, apa,
siapa, mana.
c) Kata perintah
Bertujuan menimbulkan sesuatu
tindak balas terhadap perintah,
arahan, larangan, silaan, atau
permintaan.
Contohnya: jangan, usah, sila,
jemput, minta, tolong, harap.
d) Kata pembenar
Perkataan yang mengesahkan
sesuatu pernyataan.
Contohnya: ya, benar, dan betul.
e) Kata pangkal ayat
Perkataan yang hadir di
bahagian hadapan ayat yang
menjadi penanda
kesinambungan ayat dalam
wacana.
Contohnya: hatta, maka,
adapun, arakian, sebermula,
alkisah
- Kata hubung pancangan
-iaitu kata yang digunakan
untuk memancangkan
satu klausa yang lain
untuk membentuk ayat
pancangan.
Contohnya: agar,
andaikata, apabila,
bahawa, hingga, supaya,
tatkala, dll
- Kata hubung
berpasangan
-iaitu kata yang digunakan
secara berpasangan
dalam bentuk ayat
majmuk gabungan juga.
Contohnya: baik…
mahupun, baik…baik,
bukan saja… tetapi juga,
kian…kian, sedangkan…
tambahan pula, dll
d) Kata seru
-ialah kata yang digunakan untuk
menyatakan perasaan seperti
geram, hairan, marah, sakit,
takut, dll.
-digunakan untuk membentuk
ayat-ayat yang dikenal sebagai
ayat seruan.
Contoh kata seru ialah
- aduh, aduhai, ah, amboi,
19
3. Kata prafrasa dan pascafrasa
-sejumlah perkataan yanghadir
sebelum dan sesudah empat frasa
tersebut.
a) Kata bantu (sebelum frasa)
Jenis perkataan yang bertugas
membantu frasa kerja, frasa
adjektif, dan frasa sendi nama
dengan menimbulkan makna
tambahan dari segi aspek waktu
atau ragam.
Kata bantu di bahagikan kepada
2 kumpulan iaitu:
- Kata bantu aspek
Menimbulkan suasana
perbezaan masa, iaitu masa
lampau, masa kini atau masa
hadapan.
Contohnya: telah, sudah,
baru, pernah, masih, mula,
belum, akan, sedang.
- Kata bantu ragam
Bentuk kata yang
menyatakan atau
menerangkan ragam
perasaan yang berkait
dengan perbuatan yang
dilakukan.
Contohnya: hendak, mahu,
cih, cis, eh, nak, oh,
wah, dan wahai.
e) Kata sandang
-dikenali sebagai kata penyerta
merupakan partikel yang tidak
mempunyai erti serta tidak dapat
berdiri sendiri.
-mempunyai tugas yang penting
untuk menentukan makna dalam
ayat.
Contoh kata sandang ialah
- nya
- sang
- si
- yang
20
harus, mesti, dapat, boleh.
b) Kata penguat
Perkataan yang mendahului
atau mengikuti frasa atau kata
adjektif dan berfungsi
menguatkan maksud yang
terkandung dalam kata atau
frasa adjektif.
Ada 3 jenis kata penguat iaitu:
- Kata penguat hadapan
Perkataan yang terletak di
hadapan frasa atau kata
adjektif.
Contohnya : terlalu, paling,
agak, cukup, makin, dan
kurang.
- Kata penguat belakang
Perkataan yang terletak di
belakang frasa atau kata
adjektif.
Contohnya: sekali, benar,
betul, nian.
- Kata penguat bebas
Perkataan yang terletak di
hadapan atau pun di
belakang frasa atau kata
adjektif.
Contohnya: amat, sangat,
dan sungguh.
21
c) Kata penegas
Sejumlah perkataan yang
memberikan penekanan pada
bahagian-bahagian tertentu
dalam ayat.
Terdapat dua jenis kata
penegas iaitu :
- Yang menegaskan hanya
frasa predikat atau
bahagiannya.
Contohnya, -kah, -tah, -lah
- Yang menegaskan kedua-
dua bahagian ayat iaitu
subjek atau predikat.
Contohnya, juga, jua, pun,
sahaja, lagi dan memang.
d) Kata nafi
Perkataan yang menjadi unsur
nafi frasa-frasa predikat.
Contohnya : bukan dan tidak.
e) Kata pemeri
Unsur yang menjadi pemeri hal
atau perangkai antara subjek
dengan frasa-frasa utama dalam
predikat.
Terdapat dua cara iaitu,
- Secara persamaan antara
22
subjek dengan predikat
atau ekuatif, dengan
penggunaan kata pemeri
ialah.
- Secara huraian tentang
subjek oleh predikat,
dengan penggunaan kata
pemeri adalah.
f) Kata sendi nama
Perkataan yang terletaknya di
hadapan frasa nama.
Contohnya: di, bagi, laksana,
antara, untuk, dalam, sampai,
pada, kepada, dari, daripada,
ke, bagai, akan, oleh, dll.
g) Kata arah
Sejumlah perkataan yang hadir
sebelum frasa nama dan
lazimnya sesudah kata sendi
nama untuk menunjukkan hala
atau jurusan.
Contohnya: atas, bawah, tepi,
belakang, hadapan, tengah,
sudut, sisi, luar, utara, selatan,
dll.
h) Kata bilangan
Sejumlah perkataan yang
menjadi penerang jumlah pada
23
frasa nama dan hadir sebelum
frasa tersebut.
Jenis kata bilangan ialah :
- Jumlah yang tentu.
Contohnya, dua, sejuta,
seribu, tiga, sepuluh, dll
- Bilangan tak tentu.
Contohnya, semua, para,
beberapa, seluruh,
banyak, sedikit dll.
- Himpunan. Contohnya,
beribu-ribu, berguni-guni,
bertiga-tiga, dll.
- Pisahan. Contohnya
masing-masing, setiap,
tiap-tiap.
- Pecahan. Contohnya
setengah, dua pertiga,
dll.
i) Kata adverba
Perkataan yang menerangkan
kata kerja, kata adjektif, kata
nama, dan frasa sendi nama
dari segi cara, masa dan
tempat.
Contohnya, selalu, sentiasa,
esok, dan sering kali.
4. Kata pascakata
-satu bentuk kata yang hadir
selepas perkataan. Bentuk itu ialah
–nya yang berfungsi sebagai
penekan dan pembenda.
Antara bentuk kata demikian ialah
24
sesungguhnya, nampaknya,
lajunya, dan datangnya.
a) Kata penekan
Bentuk yang memberikan
penegasan kepada kata yang
bergabung dengannya.
Contohnya: Lapisan ozon
sesungguh nya semakin menipis.
b) Kata pembenda
Bentuk yang menjadikan
sesuatu perkataan yang bukan
daripada kata nama sebagai
kata nama.
Contohnya: Lajunya ialah
100km sejam.
Bibliografi
Bagi menyiapkan tugasan ini, rujukan utama saya adalah seperti di bawah. Hal ini
disebabkan soalan tugasan berkehendakan perbandingan antara dua buku ini
sahaja. Bagi rujukan internet pula, saya hanya merujuk untuk pendahuluan sahaja.
1. Asraf (2008) Petunjuk Tatabahasa Bahasa Melayu, Kota Damansara:
Sasbadi Sdn. Bhd.
2. Nik Safiah et. al (2008) Tatabahasa Dewan, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka.
Internet
25
http://www.tutor.com.my/stpm/golongan%20kata/golongan_kata.htm
www.geocities.com/wr200x/ Golongan _ Kata .htm
26