23
(TEMPLET TUGASAN - VERSI BAHASA MALAYSIA) (MUKA SURAT HADAPAN) < FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA > < MEI 2014 > < HBML 4103 > < SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU > NO. MATRIKULASI : < 720726115399001 > NO. KAD PENGENALAN : < 720726-11-5399 > NO. TELEFON : < 012-9841274 > E-MEL : < [email protected] > PUSAT PEMBELAJARAN : < TERENGGANU LEARNING CENTRE >

HBML 4103 SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU.doc

Embed Size (px)

Citation preview

(TEMPLET TUGASAN - VERSI BAHASA MALAYSIA) (MUKA SURAT HADAPAN) HBML4103

< FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA >

< MEI 2014 >

< HBML 4103 >

< SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU >NO. MATRIKULASI

: < 720726115399001 >NO. KAD PENGENALAN: < 720726-11-5399 >NO. TELEFON

: < 012-9841274 >E-MEL

: < [email protected] >PUSAT PEMBELAJARAN: < TERENGGANU LEARNING CENTRE >

ARAHAN Jangan menyalin soalan dan arahan tugasan dalam jawapan anda. Sediakan jawapan tugasan anda mengikut susunan KRITERIA PENILAIAN (ASSESSMENT CRITERIA) seperti tertunjuk dalam RUBRIK. Jika RUBRIK TIDAK dibekalkan, ikut arahan/garispanduan yang ditetapkan oleh Fakulti bagi tugasan kursus berkenaan. Tugasan anda hendaklah antara 2500 hingga 3000 patah perkataan TIDAK termasuk rujukan. Taipkan jawapan anda dengan menggunakan saiz fon 12 Times New Roman dan langkau baris 1.5. Tunjukkan bilangan perkataan di hujung tugasan anda. Jadual dan gambar rajah jika ada, hendaklah menunjukkan tajuk yang wajar. Senaraikan secara berasingan, rujukan/referensi dalam muka surat APENDIKS.Isi Kandungan

Muka Surat1. Pengenalan

3- 42. Perkembangan Bahasa Melayu

5 - 83. Pendapat Mengenai Perkembangan Bahasa Melayu Selepas Merdeka9 - 12

4. Kesimpulan

12 -135. Rujukan

14Pengenalan

Selepas 31 Ogos 1957, bermulalah era selepas merdeka. Bahasa Melayu telah dijadikan bahasa kebangsaan Persekutuan Tanah Melayu melalui peruntukan undang-undang yang terkandung dalam Perkara 152 Bahasa Kebangsaan ialah bahasa Melayu dan hendaklah ditulis dalam apa-apa tulisan sebagaimana yang diperuntukan dalam undang-undang Tiada sesiapa pun boleh dilarang (bagi apa-apa maksud, selain daripada maksud rasmi) atau daripada mengajar atau belajar apa-apa bahasa lain dan lagi tiada apa-apa dalam fasal ini yang menyentuh hak kerajaan Persekutuan atau hak mana-mana Kerajaan Negeri bagi memelihara dan meneruskan penggunaan dan pengajian bahasa mana-mana kaum lain dalam persekutuan. Menurut Abdul Rashid Melebek dan Amat Juhari Moain (2006:8), perkara 160 seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 mengariskan Melayu sebagai seseorang yang berbahasa Melayu, berkebudayaan Melayu dan beragama Islam.

Menurut Wan Muna Ruzanna Wan Mohammad (2009:2), pembinaan istilah Bahasa Melayu bermaksud perkataan yang mempunyai makna khas mengikut bidang ilmu pengetahuan tertentu yang menerangkan makna, konsep proses, keadaan atau sifat khusus bagi sesuatu ilmu Pendapat Awang Sariyan (2002) pula, pembinaan istilah Bahasa Melayu merupakan suatu usaha dalam menggubal istilah bagi mengisi peranan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan, rasmi dan ilmu di negara ini yang telah bermula sejak 1957. Ianya melibatkan dua bidang paling awal iaitu Istilah Kerajaan dan Istilah Ilmu Sains dan teknik yang sehingga kini mencatatkan jumlah yang mencecah hampir 1 juta istilah terhasil meliputi ratusan bidang ilmu dan profesional yang telah dibukukan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka sebanyak 199 judul yang melibatkan semua peringkat. Abdullah Hassan(1987:85) bersetuju dengan penyataan ini di mana perancangan korpus bahasa dalam istilah telah bermula sejak 1957 melalui penubuhan Jawatan kuasa Istilah yang pertama berdasarkan dua peringkat iaitu sebelum 1975 iaitu Penerbitan Pedoman Pembentukan istilah bahasa Melayu oleh Dewan Bahasa dan Pustaka dan selepasa 1975 di mana kerjasama dengan Majlis bahasa Indonesia-Malysia (MBIM) yang mengeluarkan Pedoman Umum Pembentukan Istilah (PUPI) yang telah diisytiharkan penggunaannya oleh Menteri Pendidikan Malaysia dan Menteri Pendidikan dan Kebudayaan Republik Indinesia pada 30 Ogos 1975.

Objektif Penulisan sejarah perkembangan Bahasa Melayu sukar untuk diperjelaskan secara terperinci disebabkan kekangan sumber dan data yang tepat dalam kuantiti yang banyak. Walaupun begitu perancangan yang digariskan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka amnya bertujuan untuk mengangkat martabat Bahasa Melayu dalam aspek pembinaan dan perkembangan. Aspek pembinaan membicarakan pembinaan atau perancangan korpus bahasa dari segi istilah, kosa kata, laras bahasa, ejaan, sebutan dan tatabahasa tanpa menafikan akan wujudnya pinjaman bahasa asing mengikut keperluan dalam Bahasa Melayu yang sangat diperlukan dalam semua bidang. Aspek perkembangan menjadi suatu yang sinonim dalam penulisan untuk membincangkan kronologi perkembangan Bahasa Melayu mengikut tahun bermula dari sebelum merdeka sehingga selepas merdeka. Adalah menjadi keperluan untuk mengupas isu-isu yang berkaian dengan perkembangan Bahasa Melayu bagi menilai sejauh mana usaha yang dilakukan oleh kerajaan Malaysia dalam menjadikan Bahasa Melayu setanding dengan bahasa-bahasa lain di dunia yang mampu menjadi penggerak kepada pembangunan negara dalam semua bidang. Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar ilmu mula disuarakan dalam laporan Razak 1956 dan kemudian diperkukuhkan lagi dalam laporan Abdul Rahman Talib 1960. Bagi memantapkan dan martabatkan lagi penggunaan bahasa Melayu kerajaan Malaysia telah menggalakkan pengguna menggunakan bahasa Melayu dalam sebutan bahasa baku di sekolah-sekolah, institut pengajian tinggi dan juga media massa. Penggunaan Bahasa Melayu pesat berkembang. Ianya dapat dilihat melalui pemodenan kosa kata bahasa Melayu melalui pembentukan korpus dalam bidang ilmiah. Bahasa Melayu tinggi telah digunakan dalam wacana ilmiah di mana ianya mempunyai ciri-ciri tersendiri dengan kosa kata khusus, struktur morfologi dan fonologi menjadi lebih kompleks.

a). Perkembangan bahasa Melayu berdasarkan kajian-kajian yang telah dijalankan untuk memastikan kepentingan bahasa Melayu terjaga dan selaras dengan keperluan matlamat pendidikan di Malaysia.

Sebaik sahaja merdeka pada 1957, banyak usaha dan pelaksanaan yang dilakukan oleh tokoh-tokoh terkenal. Mereka bangkit untuk meningkatkan lagi kualiti bahasa Melayu agar terjaga dan selaras dengan keperluan matlamat pendidikan di Malaysia. Pelbagai perancangan dibuat supaya bahasa Melayu lebih berkembang dan maju serta dapat memainkan peranan utama sebagai asas kebudayaan masyarakat. Bahasa Melayu telah dijadikan bahasa rasmi dan digunakan dalam sistem pelajaran negara. Kerajaan telah melakukan pelbagai usaha dan cara bagi meningkatkan penggunaan dan penguasaan bahasa Melayu di kalangan masyarakat yang masih belum tahu berbahasa Melayu. Laporan Razak telah memberi penegasan agar mengutamakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar ilmu pengetahuan. Pada permulaannya bahasa Melayu gagal dilaksanakan dalam pengajaran bahasa Melayu. Kegagalan ini dilihat dari semua aspek penguasaan bahasa seperti sebutan, ejaan, imbuhan, ayat, kata, intonasi dan peribahasa (Abdullah Hassan, 1996). Kesan kegagalan itu, pelbagai usaha giat telah dijalankan untuk mengembangkan bahasa Melayu sebagai bahasa Melayu Moden. Sistem persekolahan aliran kebangsaan telah menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar sementara sekolah dalam aliran jenis kebangsaan pula diwajibkan mengguna bahasa Melayu dalam pengajaran. Penggunaan tulisan Rumi telah dicadangkan dalam Dasar Pelajaran Kebangsaan dengan syarat persediaan dibuat untuk pelajaran tulisan Jawi di kalangan murid-murid sekolah pada masa itu. Mengikut Laporan Razak, untuk menjadikan bahasa Melayu lebih berfungsi, bahasa Melayu harus diajar di semua sekolah dan menjadi syarat utama kepada sesebuah sekolah mendapatkan bantuan kerajaan.

Ketika itu, Dasar Pelajaran Kebangsaan juga telah mencadangkan penubuhan Maktab Perguruan Bahasa yang memainkan peranan penting iaitu melatih guru untuk mengajar bahasa Melayu dan menjalankan penyelidikan tentang bahasa Melayu. Penubuhan Dewan Bahasa dan Pustaka telah disokong Laporan Razak. Untuk memastikan kepentingan bahasa Melayu terus maju dan terjaga, Dasar Pelajaran Kebangsaan telah mencadangkan agar kelulusan bahasa Melayu diperlukan bagi seseorang calon untuk memasuki perkhidmatan awam. Di samping itu, bahasa Melayu menjadi faktor yang dipertimbangkan dalam pemilihan kanak-kanak ke sekolah menengah. Mereka juga diwajibkan mengambil peperiksaan yang diawasi kerajaan. Dasar Pelajaran Kerajaan juga mencadangkan agar bahasa Melayu dijadikan syarat kelulusan yang penting bagi calon yang memohon biasiswa kerajaan. Bonus juga akan diberi kepada pegawai kerajaan yang lulus peperiksaan Bahasa Melayu. Bantuan kerajaan dalam mempelajari bahasa Melayu akan sentiasa diberi dalam mempelajari bahasa Melayu di sekolah. Bahasa Melayu juga menjadi bahasa wajib dalam sebahagian daripada kursus latihan guru dan peperiksaan ketika itu dan ianya diamalkan sehinggalah sekarang.

Dasar bahasa Melayu baru yang digariskan dalam Pelan Akta Pelajaran 1961 telah menyebabkan Laporan Razak 1956 dikaji semula oleh Jawatankuasa Rahman Talib 1960. Laporan ini telah menjadi asas kepada pengubalan Akta Pelajaran 1961 yang menggariskan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar rasmi dalam semua peringkat pendidikan. Penggunaan kurikulum dan peperiksaan yang sama juga telah ditetapkan untuk semua pelajar. Abdul Rahman Talib, Menteri Pelajaran ketika itu melalui Laporan Rahman Talib, 1960 telah mengumumkan nama sembilan orang anggota Jatawankuasa Penyemak Dasar Pelajaran yang ditugaskan untuk mengkaji Dasar Pelajaran Razak yang telah diluluskan oleh Majlis Undangan Persekutuan pada 16 Mei 1956. Ianya mempertimbangkan kesan-kesan nasional dan kewangan Dasar Pelajaran termasuk memberi pelajaran percuma pada peringkat rendah selain mengkaji semula langkah-langkah untuk mewujudkan satu sistem pelajaran nasional yang menjadikan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar yang utama. Mengikut Laporan Rahman Talib 1960, adalah dicadangkan supaya bahasa Kebangsaan diajar bermula dari darjah satu dalam di semua sekolah termasuk sekolah Cina, Tamil dan Inggeris sama ada bantuan separuh atau sekolah persendirian. Jawatankuasa tersebut juga mencadangkan agar bahasa Melayu dimajukan dengan menjadikannya bahasa pengantar di semua sekolah yang dahulunya sekolah rendah kerajaan. Kementerian Pelajaran telah mewajibkan pengajaran bahasa Kebangsaan menerusi arahan di bawah Peraturan-Peraturan Khusus (kursus-kursus pengajian) Sekolah 1956. Kemudian mata pelajaran bahasa Melayu dijadikan mata pelajaran wajib untuk memperoleh Sijil Rendah Pelajaran dan Sijil Pelajaran Malaysia. Penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di sekolah menengah pula bermula pada tahun 1963 setelah semua mata pelajaran kursus jurusan sastera di Tingkatan Satu diajar dalam bahasa Melayu. Dasar Pendemokrasian Pendidikan 1962 memberi penekanan kepada pendidikan percuma untuk semua pelajar. Menurut Raja Mukhtaruddin (1982), Mulai tahun 1970, PENA telah menggesa supaya semua murid darjah Satu dan Dua sekolah-sekolah jenis kebangsaan Inggeris supaya menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantarnya. Di samping itu, jumlah waktu juga ditambah. Tindakan yang sama juga diambil di peringkat sekolah menengah demi kepentingan bahasa Melayu pada masa itu.

Melalui laporan Kabinet 1979, usaha untuk meningkatkan perkembangan bahasa Melayu masih lagi diteruskan. Mengikut laporan Kabinet, semakan semula telah dibuat oleh Jawatankuasa Kabinet yang mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran 1979 dengan menggariskan cadangan, pendekatan dan strategi baru untuk memantapkan sistem pendidikan. Salah satu daripada cadangan tersebut ialah memberikan penegasan kepada pendidikan asas 3M iaitu membaca, menulis dan mengira. Pada masa ini juga sistem pendidikan mengalami banyak perubahan. Antaranya bahasa Melayu telah dijadikan bahasa pengantar utama secara sepenuhnya di peringkat sekolah menengah di Semenanjung Malaysia dan Sabah pada tahun 1982, manakala di Sarawak bermula pada tahun 1990.

Dalam satu kertas kerja yang pernah dibentangkan dalam seminar bahasa di Universiti Sains Malaysia, Abdullah Hassan (1983) menjelaskan mengenai kedudukan bahasa Melayu sebagai salah satu mata pelajaran yang diajar di intitusi pengajian tinggi. Menurut laporan Jawatankuasa Mengkaji Penggunaan Bahasa Malaysia 1981 di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), pada peringkat awal bahasa Melayu tidak diajar secara khusus. Namun begitu, kursus bimbingan jangka pendek ada ditawarkan dari semasa ke semasa untuk pelajar dan pensyarah yang memerlukannya. Melayu dianggap mampu sebagai bahasa pengantar di Universiti Kebangsaan Malaysia khususnya dalam bidang pengajian sastera dan perubatan boleh dianggap sebagai sudah mantap.

Tindakan Dewan Bahasa dan Pustaka dalam usaha memartabatkan Bahasa Melayu telah menyebabkan bahasa Melayu dapat berkembang pesat. Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) memainkan peranan yang cukup besar dalam pembinaan bahasa Melayu terutamanya dalam perkembangan kata-kata baru, istilah, ejaan, kamus dan pedoman tatabahasa. Melalui Ordinan Dewan Bahasa dan Pustaka 1959, autonomi telah diberi untuk melaksanakan tugas membina dan mengembangkan bahasa Melayu sebagai salah satu bahasa utama dunia menjelang tahun 2020. Dewan Bahasa dan Pustaka telah membantu kerajaan dalam usaha menerangkan maksud bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan. Tahap penggunaan Bahasa Melayu menjadi semakin baik khususnya di kalangan generasi muda pelbagai kaum. Pelaksanaan sistem pendidikan kebangsaan telah mewajibkan penyampaian diadakan dalam bahasa kebangsaan biarpun di sekolah jenis kebangsaan. Usaha demi usaha yang dijalankan oleh kerajaan untuk mendaulatkan Bahasa Melayu. Kerajaan telah menggalakkan orang ramai memilih bahasa Melayu sebagai bahasa utama mereka dan pembatalan PPSMI adalah satu contoh betapa pentingnya bahasa Melayu yang sentiasa terjaga dan selaras dengan keperluan matlamat pendidikan di Malaysia.b) Berikan pendapat anda mengenaiperkembangan bahasa Melayu selepas merdeka sama ada telah mencapai matlamat pendidikan seperti yang diharapkan atau sebaliknya.Pada pendapat saya melalui bacaan dan kajian seperti yang dilihat pada beberapa laporan seperti laporan Razak, Laporan Abdul Rahman Talib dan Laporan Kabinet, perkembangan bahasa Melayu begitu pesat membangun selepas merdeka. Orang ramai telah mula sedar kepentingan bahasa Melayu kepada mereka. Bahasa Melayu telah menjadi bahasa yang dituturkan oleh rakyat Malaysia dalam komunikasi harian mereka. Pengetahuan mereka tentang bahasa Melayu amat tinggi dan cukup membanggakan kerana hubungan sosial atau hubungan dagang mengutamakan bahasa Melayu khususnya dalam kalangan masyarakat umum di luar bandar. Melalui perkembangan ini, maka bermulalah era pemodenan bahasa Melayu di Malaysia. Bahasa Melayu moden mula berkembang pada abad ke 19 dimulai oleh hasil karangan Abdullah Munsyi. Pendapat sesetengah pengkaji menyatakan bahawa zaman Abdullah Munsyi merupakan zaman peralihan di mana bahasa Melayu moden berkembang pesat setelah Malaysia mencapai kemerdekaan. Terdapat beberapa tokoh penting dalam usaha memperkembangkan bahasa Melayu ini seperti Mohd Said bin Haji Sulaiman, Abdullah bin Abdul Kadir Munsyi, Raja Ali Haji dan Zainal Abidin Ahmad (1895-1973). Abdul Kadir Munsyi telah melahirkan pembaharuan dari segi pemikiran dan menandakan zaman permulaan bahasa Melayu moden. Beliau menghasilkan karya berdasarkan pengamatan dan pengalaman yang dilaluinya seperti karya Syair Singapura Terbakar. Raja Ali juga dianggap tokoh bahasa yang penting kerana karya beliau menghasilkan asas pembinaan dan pembakuan bahasa Melayu. Sumbangan beliau lebih tertumpu kepada puisi dan syair. Beberapa pertubuhan telah diwujudkan seperti Pakatan Belajar Mengajar Pengetahuan Bahasa (PBMPR) yang berfungsi sebagai majlis ceramah dan perbincangan tentang aspek ilmu bahasa Melayu seperti ejaan dan perkataan. Kegiatan utamanya menerbitkan buku, membentuk istilah dan memberi ceramah dan sebagainya.

Bagi memupuk bahasa Melayu ke arah yang lebih maju, Dewan Bahasa dan Pustaka telah diwujudkan. Dewan Bahasa dan Pustaka bermatlamat untuk memajukan dan memperkaya bahasa kebangsaan, memajukan bakat kesusasteraan terutama penggunaan bahasa kebangsaan, menyamakan ejaan dan bunyi sebutan dan menggubal istilah-istilah yang sesuai dalam bahasa kebangsaan, menyusun dan menerbitkan sebuah kamus bahasa kebangsaan. Perancangan bahasa Melayu merujuk kepada usaha memupuk, membaiki dan mengembangkan sesuatu bahasa ke arah bahasa yang moden. Usaha ini termasuklah dengan membuat keputusan tentang bahasa, menyeragamkan variasi bahasa dan memupuk usaha pengembangan bahasa, meninjau semula hasil dan kesan aktiviti perancangan bahasa, mengumpulkan data serta menyusun strategi dalam memajukan bahasa. Dalam perkembangan bahasa Melayu, terdapat aktiviti yang dijalankan iaitu perancangan taraf bahasa yang bertujuan untuk meluskan dan meningkatkan taraf penggunaa bahasa dalam masyarakat. Ini melibatkan usaha pemilihan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi, kebangsaan dan pengantar dalam sistem pendidikan negara.Menurut Awang Sariyan(2002), pembinaan bahasa juga terdiri daripada aktiviti perancangan bahasa Melayu yang melibatkan kerja-kerja pembinaan bahasa iaitu usaha menetapkan kosa kata, ejaan, istilah, tatabahasa dan sebutan dan laras bahasa yang telah berjaya. Perancangan bahasa Melayu juga dipecahkan kepada perancangan strategi. Perancangan strategi ini terbahagi kepada tiga iaitu memberikan nilai kepada bahasa Melayu iaitu sentimen, nilai pentadbiran dan nilai sosial. Perancangan strategi yang kedua ialah menubuhkan jentera-jentera seperti penerbit akhbar dan majalah, MABIM dan sebagainya dengan matlamat untuk melaksanakan dasar-dasar bahasa. Perancangan strategi ketiga pula mendorong rakyat menggunakan bahasa Melayu melalui kempem Cinta Bahasa Kita dan pembelajaran bahasa Melayu seperti Anugerah Sastera Negara.Dewan Bahasa dan Pustaka turut memainkan peranannya dengan menyusun dan menerbitkan Kamus Bahasa Malaysia Edisi Pelajar pada tahun 1975 bagi pelajar sekolah menengah dan Kamus Rendah Dewan Bergambar pada tahun 1989 bagi keperluan pelajar sekolah rendah di samping turut menerbitkan edisi baharu pada tahun 2002 iaitu Kamus KBSR Dewan dan Kamus Umum Bahasa Melayu Dewan pada tahun 2007. Bagi memastikan pembinaan kosa kata bahasa Melayu lebih berkesan, DBP turut mengadakan kerjasama dengan pihak swasta dengan menerbitkan kamus elektronik iaitu Kamus Telap BESTA DBP-1(1998). Awang Sariyan (2002) berkata, usaha dalam pembinaan kosa kata telah dilakukan oleh para sarjana asing sejak beberapa abad silam dalam bentuk daftar kata dan kamus. Kemudian usaha ini diteruskan oleh DBP secara terancang bermula pada tahun 1964 yang akhirnya berjaya menerbitkan Kamus Dewan pada tahun 1970 dan seterusnya sehinggalah sekarang.Menurut Abdullah Hassan (1986:95), bahasa Melayu yang menjadi bahasa ilmu harus mempunyai ciri-ciri gramatis, halus, jitu, intelektual dan eletis. Dari konteks untuk melihat kemampuan bahasa Melayu sebagai wacana ilmu, Abdullah Hassan (1997:38) menyarankan pemisahan antara bahasa Melayu ilmu dan bahasa Melayu umum dilakukan. Bahasa Melayu di Malaysia sudah mencapai martabatnya sebagai bahasa kebangsaan berpunca daripada usaha memperkasakannya semenjak zaman kegemilangan Kerajaan Melayu Melaka hingga Malaysia mencapai kemerdekaan bertujuan agar bahasa Melayu terjamin kedudukannya untuk terus bersaing dalam era moden. Dalam untuk memartabatkan lagi bahasa Melayu telah diadakan program bacaan seperti komponen sastera dalam bahasa Melayu, buku sastera sekolah rendah, bacaan awal berstruktur dan Projek NILAM. Beberapa penambahbaikan dilakukan supaya pembacaan bahan sastera dapat dipertingkatkan. Pihak kementerian juga memastikan guru-guru bahasa Melayu adalah berkualiti. Guru-guru bahasa Melayu yang mengajar bahasa Melayu mesti beropsyen Bahasa Melayu untuk memastikan kualiti dari segi ilmu pedagogi. Guru digalakkan menghadiri kursus peningkatan profesionalisme yang memberikan pendedahan tentang perkembangan terkini ilmu pedagogi dan juga perkembangan bahasa daripada pakar bahasa dalam dan luar negara.Pengiktirafan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan menjadi asas terbentuknya konsep negara yang berdaulat dan telah menjadi faktor penyatuan rakyat yang ampuh sehingga terbentuk perpaduan kebangsaan. Sebagai bahasa rasmi pula, bahasa Melayu telah menjadi wacana komunikasi rasmi yang menggerakkan jentera pentadbiran kerajaan dalam membangunkan negara dalam pelbagai sektor seperti pentadbiran, pendidikan, undang-undang dan kehakiman serta media massa. Bahasa Melayu telah mencapai tahap kemajuan dan kecekapan yang membanggakan. Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu telah mewujudkan pendemokrasian pendidikan apabila sejumlah besar generasi muda mendapat peluang belajar dalam bahasa kebangsaan tanpa kekangan faktor taraf sosioekonomi dan pengasingan etnik serta keekslusifan bahasa penghantar ilmu yang dahulunya didominasikan oleh bahasa Inggeris. Walaupun pada tahap pengajian tinggi, khususnya yang melanjutkan pengajian di luar negara, ilmu diperolehi melalui bahasa asing, kenyataan yang tidak dapat dinafikan ialah bahawa sehingga peringkat menengah atas, pendidikan disampaikan dalam bahasa kebangsaan.

Kesimpulan.

Sebagai rumusannya, keindahan bahasa Melayu telah berperanan sebagai bahasa penghantar di sekolah kebangsaan dan sekolah jenis kebangsaan. Sebaik Malaysia merdeka, bahasa Melayu telah dinobatkan sebagai bahasa kebangsaan dan penggunaannya daripada peringkat sekolah rendah ke peringkat sekolah menengah serta menjadi bahasa penghantar rasmi sehingga ke hari ini. Pelaksanaan Memartabatkan Bahasa Melayu Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI) dalam mata pelajaran Sains dan Matematik yang dijalankan pada awal tahun 2012 telah membuktikan bahasa Melayu tetap diperjuangkan dan memberikan hasil yang baik dalam penggunaan Bahasa Malayu sebagai bahasa pendidikan dewasa ini. Kita sebagai rakyat Malaysia wajar mengangkat bahasa Melayu sebagai bahasa yang boleh memajukan pendidikan negara dan juga negara di mata dunia. Pelaksanaan Laporan Razak, Abdul Rahman Talib, Laporan Kabinet telah membantu dalam menjaga bahasa Melayu agar sentiasa dipelihara sehingga hari ini. Dengan wujudnya MBMMBI menandakan satu kemenangan kepada pejuang-pejuang bahasa yang tidak putus asa cuba merealisasikan usaha untuk mengekalkan penggunaan bahasa Melayu dalam pendidikan negara.

RUJUKAN / REFERENSI1. Dr Puteri Roslina Abdul Wahid, HBML3203 Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu2. http://sejarahperkembanganbm.blogspot.com/3. http://www.slideshare.net/nzhi91/bab-1-sejarah-perkembangan-bahasa-melayu4. http://cikgunoorsgi.blogspot.com/p/bm-kertas-satu.html5. http://literasibahasamelayu.blogspot.com/2012/08/sejarah-perkembangan-bahasa-melayu.html6. http://assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBML4103SMP/18764/740707135747_155756_final.pdf 7. http://zanas.wordpress.com/pembinaan-bangsa-dan-negara-malaysia-yang-berdaulat/sejarah-perkembangan-dan-asal-usul-bahasa-melayu/8. http://edubahasabyayda.blogspot.com/2009/09/sejarah-perkembangan-bahasa-melayu.htmlPAGE 14

_1253083327.bin