contoh soalan temubual

  • View
    5.045

  • Download
    10

Embed Size (px)

Text of contoh soalan temubual

KUMPULAN B

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS 35900 TANJONG MALIM, PERAK DARUL RIDZUAN TEL : 05-4506000 FAX : 05-4595488 FAKULTI: PENDIDIKAN DAN PEMBANGUNAN MANUSIA KBC 3023

PENSYARAH: DR. MD NASIR BIN MASRAN

TAJUK: FIZIKAL, SOSIAL DAN EMOSI KAJIAN KES TUGASAN: INDIVIDU (1) OLEH: NORSHAHIDA BINTI JUSOH NO.MATRIK: D20091034771 PROGRAM: PENDIDIKAN KHAS

1

Kandungan Isi kandungan 1.0 Pendahuluan 2.0 Definisi 2.1 Fizikal 2.2 Emosi 2.3 Sosial 3.0 Teori perkembangan fizikal, emosi dan sosial kanak-kanak pintar cerdas 3 3.1 Teori perkembangan fizikal 3.2 Teori perkembangan emosi 3.3 Teori perkembangan sosial 3 4 9 2 2 2 Muka surat 1

3.3.1 Peringkat perkembangan sosial mengikut teori perkembangan psikososial Erik Erikson 9 4.0 Biodata responden 5.0Perkembangan responden 5.1 Temubual dengan keluarga responden 5.2 Temubual bersama jurulatih 6.0 Perkembangan responden dari segi fizikal, sosial dan emosi 7.0 Strategi untuk menangani masalah emosi responden 7.1 Strategi jangka panjang 8.0 Kesimpulan 11 13 15 17 18 19 20 21

2

Abstrak Kajian ini bertujuan mengkaji tentang perkembangan sosial, emosi dan fizikal seorang responden. Hasil daripada kajian ini telah dibantu oleh semua pihak yang terlibat seperti ibu bapa responden, dan kawankawannya. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini adalah soal selidik yang meliputi beberapa aspek iaitu latar belakang responden, perkembangan responden dan tingkah laku positif dan negatif. Secara keseluruhannya, dapatan kajian ini menunjukkan pembentukan awal perwatakan dan perkembangan yang menyeluruh. Selain itu, kajian ini untuk mencadangkan strategi-strategi untuk responden.

1.0

Pendahuluan

Sebagai sebuah negara, Malaysia perlu membangunkan sumber tenaga manusia sebagai usaha untuk meningkatkan tahap kemajuannya. Setiap masyarakat sentiasa berharap untuk menambah bilangan individu yang mampu menyumbang terhadap kesejahteraan dan kemajuan masyarakat tertentu. Setiap individu yang telah dikenalpasti berpotensi tinggi atau berbakat wajar diberikan peluang untuk memaksimumkan perkembangan mereka sehingga menjadi cemerlang dalam bidang-bidang yang berlainan. Kanak-kanak pintar cerdas merupakan kepentingan pembangunan modal insan negara. Milgram (2000) merujuk kepada Feldhusen menyatakan bahawa sehingga ke hari ini perubahan yang besar telah berlaku dalam bidang pendidikan untuk pelajar pintar cerdas dan berbakat. Ramai yang menganggap bahawa individu yang mempunyai tahap kecerdasan yang tinggi tidak mempunyai sebarang masalah dalam kehidupan seharian mereka. Walaupun telah dianugerahkan kelebihan berbanding individu lain, tetapi golongan mereka juga tetap memerlukan tumpuan dan perhatian daripada orang lain terutama individu yang rapat dengan mereka. Bukti saintifik menunujukkan bahawa mereka juga memerlukan keperluan menyeluruh sebagai manusia, sama seperti rakan sebaya mereka. Dewasa ini kanak-kanak sering terdedah lebih awal dengan pelbagai sumber maklumat. Fenomena ini sedikit sebanyak boleh memberi kesan yang besar dalam perkembangan dan pertumbuhan fizikal, kognitif, psikomotor dan emosi mereka terutama mereka yang dikenali sebagai pelajar pintar cerdas. Pelajar-pelajar pintar cerdas juga terdapat dalam kalangan pelajar3

pelajar khas yang mempunyai pelbagai ketegori keistimewaan (Gallagher & Gallagher 1994). Ini merujuk kepada pelbagai jenis keistimewaan seperti masalah pendengaran, penglihatan, emosi dan sebagainya. Anggapan bahawa pelajar pintar cerdas tidak memerlukan bantuan atau tidak menghadapi masalah dalam apa jua perkara hanyalah satu mitos sahaja. Walaupun diberikan kelebihan melebihi orang lain, namun sebagai manusia biasa mereka juga tidak sempurna. Mereka juga terlibat dalam masalah gelodak perasaan seperti sedih, gembira, marah, malas dan sakit hati. Justeru, mereka memerlukan bantuan dan perhatian daripada orang yang terdekat.

2.0

Definisi Fizikal, Emosi dan Sosial 2.1 Definisi Fizikal

Perkembangan fizikal kanak-kanak boleh dibahagikan kepada tiga kategori asas iaitu keseimbangan, pergerakan dan manipulasi (Gallahue, 1993) . Perkembangan ini penting bagi diri kanak-kanak tersebut untuk berinteraksi. Keseimbangan merujuk kepada kebolehan dalam mengekalkan kedudukan badan mereka kepada tindakan graviti. Pergerakan merupakan aspek berkaitan dengan tingkah laku, manakala manipulasi adalah kemahiran berhubung dengan objek di persekitarannya. 2.2 Definisi emosi

Emosi merupakan setiap kegiatan atau pergolakan fikiran, perasaan, nafsu, keadaan mental. Emosi merujuk kepada suatu perasaan dan fikiran-fikiran yang khas. Kematangan emosi menghubungkan dengan perwatakan orang yang berkeperibadian yang matang. Individu sebegini mampu mengekspresikan rasa cinta kasih dan takutnya secara cepat dan spontan. 2.3 Definisi sosial

Perkembangan sosial dapat ditakrifkan sebagai kemajuan secara beransur-ansur melalui kegiatan dan kefahaman mengenai warisan masyarakat dan pembentukan corak kelakuan. Rancangan institusi sosial yang diikuti dengan keinginan sendiri menyebabkan ada4

kalanya kelakuan dalaman dan luaran turut mengalami perubahan. Aspek sosial berkaitan dengan pergaulan dan interaksi seseorang individu dengan individu yang berada di sekitarnya. Tingkah laku sosial juga dihubungkan dengan proses sosialisasi dan dapat dikaitkan dengan perlakuan, sikap dan nilai. Dari aspek psikologi sosial, bidang ini menerangkan bagaimana fikiran, perasaan dan tingkah laku individu dipengaruhi jangkauan, khayalan atau kehadiran orang lain (Azizi Yahaya, 2004).

3.0 Teori Perkembangan Fizikal, Emosi Dan Sosial Kanak-Kanak Pintar Cerdas Perkembangan merupakan perubahan yang tidak dapat diukur iaitu bersifat kualitatif. Perkembangan ialah perubahan secara kualitatif serta cenderung kea rah yang lebih baik daripada segi pemikiran, rohani dan sosial. Perkembangan terhasil daripada tindakan yang saling berkait antara perkembangan jasmani dan pembelajaran. Semua perkembangan, sama ada berbentuk struktur kemahiran satu siri tingkah laku ataupun keseluruhan sahsiah, adalah mengikut beberapa aturan semula jadi dan sifat-sifat yang sejagat. Secara ringkas, perkembangan boleh disifatkan sebagai pengaliran berkait antara perubahan kuantitatif dan perubahan kualitatif yang menuju ke arah tertentu yang telah dijangkakan. 3.1 Teori Perkembangan Fizikal

Individu akan mengalami perkembangan sepanjang hayat mereka iaitu perkembangan fizikal. Perkembangan adalah aspek perubahan. Perkembangan fizikal merujuk kepada perubahan saiz fizikal, kadar pertumbuhan bahagian-bahagian badan, fungsi anggotaanggota badan dan perawakan manusia. Semasa pembesaran kanak-kanak akan mengalami perubahan dalam ketinggian, berat badan, menjadi kuat dan dapat melibatkan diri dalam kegiatan fizikal yang lebih kompleks. Perubahan-perubahan ini mempengaruhi tingkah laku kanak-kanak secara langsung dan tidak langsung. Suatu proses perkembangan juga melibatkan interaksi antara kematangan kanakkanak dan aktiviti pembelajaran yang dilalui oleh kanak-kanak tersebut. Proses pembelajaran ini berlaku dalam ruang persekitaran dan perlu memenuhi kehendak khusus aktiviti yang diberikan kepada kanak-kanak tersebut. Kemahiran fizikal kanak-kanak5

perlu dilihat dalam dua kategori iaitu sebagai tertutup dan terbuka. Bagi aspek kemahiran fizikal tertutup bermakna mereka menjalankan aktiviti dalam persekitaran yang terkawal. Manakala bagi aspek terbuka pula bermakna persekitaran dan situasi bagi kanak-kanak menjalankan aktiviti fizikal sentiasa berubah.

3.2

Teori Perkembangan Emosi

Menurut English and English emosi adalah A complex feeling state accompanied by characteristic motor and glandular activities , iaitu suatu keadaan perasaan yang kompleks yang disertai karakteristik kegiatan kelenjar dan motoris. Emosi merupakan setiap keadaan pada diri seseorang yang disertai warna afektif baik pada tingkat lemah maupun pada tingkat yang luas. Warna afektif disini dapat diartikan sebagai perasaan perasaan tertentu yang dialami pada saat menghadapi ( menghayati ) suatu situasi tertentu, contohnya gembira, bahagia, putus asa, terkejut, benci, tidak senang dan sebagainya. Menurut Goleman (1995), kecerdasan emosi merupakan suatu keupayaan untuk mengenal perasaan sensiri dan individu lain. Beliau cuba menerangkan kebolehankebolehan lain selain daripada kecerdasan akademik yang dianggap sebagai pelengkap kepada kebolehan kognitif yang diukur melalui ujian kecerdasan IQ. Goleman telah membahagikan lima komponen kecerdasan emosi. Tiga komponen yang pertama berbentuk kompetensi emosi, manakala dua komponen berbentuk kompetensi sosial. Lima komponen tersebut merangkumi mengenali emosi diri sendiri, mengatur emosi diri sendiri, memotivasikan diri sendiri, mengenal emosi orang lain dan membina hubungan. Bagi komponen pertama iaitu mengenali emosi diri sendiri bertujuan agar seseorang itu dapat merasai apakah keadaan emosi mereka pada ketika itu dan dapat membuat keputusan yang terbaik untuk dirinya. Keputusan yang dilakukan mestilah melalui keyakinan diri yang kukuh. Subkompetensi yang dikenalpasti merangkumi tiga iaitu kesedaran emosi, ketepatan menilai diri sendiri dan keyakinan kendiri.Komponen kedua ialah kemahiran dalam mengatur emosi dan berupaya mengatur kehidupan dan psikologi diri sendiri dengan6

lebih terkawal. Terdapat lima subkompetensi iaitu kawalan kendiri, amanah, berhemah, kebolehsuaian dan inovasi. Goleman berpendapat bahawa, individu yang cerdas emosinya dapat mengawal emosi mereka dan menggiatkan lagi kehidupan dalam mencapai matlamat hidup. Selain itu, beliau juga menegaskan emosi yang stabil dapat membantu seseorang mengawal perasaan bimbang, marah dan tingkah laku yang agresif di samping dapat mengembalikan emosi ke arah yang lebih baik setelah berhadapan dengan ujian atau halangan. Seterusnya ialah berkaitan dengan keupayaan untuk mendorong diri sendiri