of 40 /40
Almari almari SOALAN TUGASAN 1 Berdasarkan Rajah 1, kenapakah tumbuhan A kurang subur berbanding tumbuhan B? A B A Daun tumbuhan A tidak menarik B Terdapat ulat beluncas pada daun tumbuhan A C Tumbuhan A tidak menerima cahaya matahari yang mencukupi D Tumbuhan A tidak dapat tumbuh subur dalam ruang yang sempit Cadangan Jawapan:

SOALAN CONTOH TIMSS

Embed Size (px)

DESCRIPTION

soalan TIMSS

Citation preview

SOALAN TUGASAN 1

Berdasarkan Rajah 1, kenapakah tumbuhan A kurang subur berbanding tumbuhan B?

A B

ADaun tumbuhan A tidak menarik

BTerdapat ulat beluncas pada daun tumbuhan A

CTumbuhan A tidak menerima cahaya matahari yang mencukupi

D Tumbuhan A tidak dapat tumbuh subur dalam ruang yang sempit

Cadangan Jawapan:

C Tumbuhan A tidak menerima cahaya matahari yang mencukupi.

CADANGAN JAWAPAN TUGASAN 1Lembaran Guru

LANGKAHHURAIAN

Kenalpasti kehendak soalanKenapakah tumbuhan A kurang subur berbanding tumbuhan B?

Kenalpasti fakta yang diberi dalam soalan Tumbuhan A diletakkan di dalam almari Tumbuhan B diletakkan di bawah cahaya matahari

Kemukakan soalan yang merangsang pemikiran untuk menyelesaikan masalahApakah keperluan asas bagi tumbuhan?Apakah yang terjadi sekiranya tumbuhan tidak mendapat keperluan asas yang mencukupi?Terangkan kepentingan cahaya matahari dalam proses hidup tumbuhan.

Selesaikan masalahTumbuhan memerlukan cahaya matahari untuk terus hidup.

Lembaran Murid

LANGKAHHURAIAN

Kenalpasti kehendak soalan

Kenalpasti fakta yang diberi dalam soalan

Kemukakan soalan yang merangsang pemikiran untuk menyelesaikan masalah

Selesaikan masalah

SOALAN TUGASAN 2

Rajah menunjukkan susunan radas dalam satu penyiasatan.

Apakah yang ingin dikaji dalam penyiasatan ini?

AAnak pokok bergerak bergerak balas terhadap air.

BAkar anak pokok bergerak balas terhadap air.

CPucuk anak pokok memerlukan cahaya matahari.

D Anak pokok memerlukan air.

Cadangan Jawapan:

B Akar anak pokok bergerak balas terhadap air.

CADANGAN JAWAPAN TUGASAN 2Lembaran GuruLANGKAHHURAIAN

Kenalpasti kehendak soalanApakah yang ingin dikaji dalam penyiasatan ini?

Kenalpasti fakta yang diberi dalam soalan Tanah lembap berada di sebelah kanan rajah. Akar bergerak menuju ke arah tanah lembap.

Kemukakan soalan yang merangsang pemikiran untuk menyelesaikan masalahApakah keperluan asas bagi tumbuhan?Apakah yang terjadi sekiranya tumbuhan tidak mendapat keperluan asas yang mencukupi?Terangkan kepentingan air dalam proses hidup tumbuhan.Bahagian tumbuhan manakah yang bergerak balas terhadap air?

Selesaikan masalahAkar tumbuhan bergerak balas terhadap air untuk terus hidup.

Lembaran Murid

LANGKAHHURAIAN

Kenalpasti kehendak soalan

Kenalpasti fakta yang diberi dalam soalan

Kemukakan soalan yang merangsang pemikiran untuk menyelesaikan masalah

Selesaikan masalah

SOALAN TUGASAN 3Puan Lim meletakkan sebatang pokok berpasu di tepi tingkap dapurnya. Selepas beberapa minggu didapati pokok itu tumbuh membengkok ke arah tingkap.

Apakah yang boleh dilakukan oleh Puan Lim supaya tumbuhan itu tumbuh menegak?

AMencantas dahan-dahannya.

BMemusing pasu sebanyak setengah pusingan.

CMeletakkan pasu di suatu tempat terbuka di luar dapur.

D Menyiramnya dengan lebih kerap.

Cadangan Jawapan:

C Meletakkan pasu di suatu tempat terbuka di luar dapur.

CADANGAN JAWAPAN TUGASAN 3Lembaran Guru

LANGKAHHURAIAN

Kenalpasti kehendak soalanApakah yang boleh dilakukan oleh Puan Lim supaya tumbuhan itu tumbuh menegak?

Kenalpasti fakta yang diberi dalam soalan Puan Lim meletakkan sebatang pokok berpasu di tepi tingkap dapurnya.. Selepas beberapa minggu didapati pokok itu tumbuh membengkok ke arah tingkap.

Kemukakan soalan yang merangsang pemikiran untuk menyelesaikan masalahApakah keperluan asas bagi tumbuhan?Apakah yang terjadi sekiranya tumbuhan tidak mendapat keperluan asas yang mencukupi?Mengapakah tumbuhan tersebut membengkok ke arah tingkap?

Selesaikan masalahMeletakkan pasu di suatu tempat terbuka di luar dapur kerana tumbuhan tersebut memerlukan cahaya matahari secara terus untuk tumbuh tegak.

Lembaran Murid

LANGKAHHURAIAN

Kenalpasti kehendak soalan

Kenalpasti fakta yang diberi dalam soalan

Kemukakan soalan yang merangsang pemikiran untuk menyelesaikan masalah

Selesaikan masalah

SOALAN TUGASAN 4

Rajah menunjukkan sebuah akuarium ikan.

Antara yang berikut, yang manakah tujuan tumbuhan hijau diletakkan di dalam akuarium ikan seperti yang ditunjukkan dalam rajah?

AUntuk perhiasan.

BTumbuhan membersihkan air di dalam akuarium.

CTumbuhan membekalkan gas oksigen kepada ikan-ikan.

D Menjadi tempat perlindungan ikan-ikan.

Cadangan Jawapan:

C Tumbuhan membekalkan gas oksigen kepada ikan-ikan.

CADANGAN JAWAPAN TUGASAN 4Lembaran Guru

LANGKAHHURAIAN

Kenalpasti kehendak soalanAntara yang berikut, yang manakah tujuan tumbuhan hijau diletakkan di dalam akuarium ikan seperti yang ditunjukkan dalam rajah?

Kenalpasti fakta yang diberi dalam soalan Tumbuhan hijau diletakkan di dalam akuarium. Terdapat hidupan seerti ikan di dalam akuarium tersebut. Akuarium dibiarkan terbuka.

Kemukakan soalan yang merangsang pemikiran untuk menyelesaikan masalahApakah kepentingan tumbuhan hijau bagi hidupan lain?Apakah yang terjadi sekiranya tumbuhan hijau tidak diletakkan dalam akuarium tersebut?

Selesaikan masalahTumbuhan membekalkan gas oksigen kepada ikan-ikan.Tumbuhan hijau membuat proses fotosintesis di mana ia membebaskan oksigen dan menyerap karbon dioksida dari persekitaran.

Lembaran Murid

LANGKAHHURAIAN

Kenalpasti kehendak soalan

Kenalpasti fakta yang diberi dalam soalan

Kemukakan soalan yang merangsang pemikiran untuk menyelesaikan masalah

Selesaikan masalah

SOALAN TUGASAN 5

Rajah menunjukkan susunan radas yang disediakan untuk menyiasat gerak balas tumbuhan terhadap air.

Antara langkah berikut, yang manakah perlu dilakukan?

P Lembapkan salah satu jalur kapas.Q Lembapkan kedua-dua jalur kapas.R Perhatikan arah pergerakan akar anak benih.S Ukur panjang akar anak benih.

AP dan RBP dan SCP, R dan SD Q, R dan S

Cadangan Jawapan:A P dan R

CADANGAN JAWAPAN TUGASAN 5Lembaran Guru

LANGKAHHURAIAN

Kenalpasti kehendak soalanAntara langkah berikut, yang manakah perlu dilakukan?

Kenalpasti fakta yang diberi dalam soalan Menyiasat gerak balas tumbuhan terhadap air. Terdapat dua jalur kapas di kiri dan kanan anak benih. Akar anak benih diletakkan di tengah-tengah jalur kapas.

Kemukakan soalan yang merangsang pemikiran untuk menyelesaikan masalahApakah gerak balas tumbuhan?Apakah bahagian tumbuhan yang bergerak balas terhadap air?

Selesaikan masalahSatu jalur kapas dilembapkan manakala jalur lain dibiarkan kering dalam penyiasatan ini.Akar bergerak balas terhadap air kerana akar menyerap air untuk proses fotosintesis.Akar akan bergerak ke arah jalur yang lembap untuk menyerap air.

Lembaran Murid

LANGKAHHURAIAN

Kenalpasti kehendak soalan

Kenalpasti fakta yang diberi dalam soalan

Kemukakan soalan yang merangsang pemikiran untuk menyelesaikan masalah

Selesaikan masalah

SOALAN TUGASAN 6Rajah menunjukkan dua jenis pokok di dalam pasu.

Kedua-dua pokok disiram dengan air setiap hari. Pemerhatian ke atas pokok-pokok tersebut selepas dua minggu ditunjukkan dalam jadual.

TempatPemerhatian pada pokok

XDaun bertukar kuning

YDaun berwarna hijau

Berikan sebab (inferens) tentang pertumbuhan pokok X dan Y.

Cadangan Jawapan:

Daun pada tumbuhan X bertukar kuning kerana tumbuhan tersebut tidak mendapat cahaya matahari.Daun tumbuhan Y masih berwarna hijau kerana mendapat cahaya matahari yang cukup.

CADANGAN JAWAPAN TUGASAN 6

Lembaran Guru

LANGKAHHURAIAN

Kenalpasti kehendak soalanBerikan sebab (inferens) tentang pertumbuhan pokok X dan Y.

Kenalpasti fakta yang diberi dalam soalan Kedua-dua pokok disiram dengan air setiap hari. X : Daun bertukar kuning Y : Daun berwarna hijau

Kemukakan soalan yang merangsang pemikiran untuk menyelesaikan masalahApakah keperluan asas bagi tumbuhan?Apakah yang terjadi sekiranya tumbuhan tidak mendapat keperluan asas yang mencukupi?Terangkan kepentingan cahaya matahari dalam proses hidup tumbuhan.

Selesaikan masalahTumbuhan memerlukan cahaya matahari untuk terus hidup.Daun akan bertukar kuning dan layu apabila tidak mendapat cahaya matahari yang cukup.Kehadiran matahari diperlukan untuk membuat makanan.

Lembaran Murid

LANGKAHHURAIAN

Kenalpasti kehendak soalan

Kenalpasti fakta yang diberi dalam soalan

Kemukakan soalan yang merangsang pemikiran untuk menyelesaikan masalah

Selesaikan masalah

SOALAN TUGASAN 7

Rajah menunjukkan tiga anak benih yang sama di dalam sebuah bekas. Tanah kering diisi di sebelah kiri dan tanah basah diisi di sebelah kanan bekas tersebut. Air direnjis ke atas tanah basah setiap hari untuk melembapkannya. Arah pertumbuhan akar anak benih itu diperhatikan selepas satu minggu.

Berikan sebab (inferens) tentang keputusan eksperimen ini.

Cadangan Jawapan:

Akar tumbuhan akan bergerak ke arah tanah basah kerana tumbuhan memerlukan air untuk terus hidup.

CADANGAN JAWAPAN TUGASAN 7Lembaran Guru

LANGKAHHURAIAN

Kenalpasti kehendak soalanBerikan sebab (inferens) tentang keputusan eksperimen ini.

Kenalpasti fakta yang diberi dalam soalan Tiga jenis anak benih yang sama di dalam sebuah bekas Tanah kering di sebelah kiri Tanah basah disebelah kanan Tanah basah direnjis dengan air setiap hari.

Kemukakan soalan yang merangsang pemikiran untuk menyelesaikan masalahApakah keperluan asas bagi tumbuhan?Apakah yang terjadi sekiranya tumbuhan tidak mendapat keperluan asas yang mencukupi?Terangkan kepentingan air dalam proses hidup tumbuhan.Bahagian tumbuhan manakah yang akan bergerakbalas terhadap air? Terangkan mengapa.

Selesaikan masalahTumbuhan memerlukan air untuk terus hidup.Akar tumbuhan bergerakbalas terhadap air.

Lembaran Murid

LANGKAHHURAIAN

Kenalpasti kehendak soalan

Kenalpasti fakta yang diberi dalam soalan

Kemukakan soalan yang merangsang pemikiran untuk menyelesaikan masalah

Selesaikan masalah

SOALAN TUGASAN 8

Seorang murid menyentuh anak daun pokok semalu seperti yang ditunjukkan dalam Rajah.

Apakah pemerhatian yang dapat dilakukan apabila anak daun pokok semalu disentuh.

Cadangan Jawapan:Anak daun pokok semalu menguncup.

CADANGAN JAWAPAN TUGASAN 8Lembaran Guru

LANGKAHHURAIAN

Kenalpasti kehendak soalanApakah pemerhatian yang dapat dilakukan apabila anak daun pokok semalu disentuh.

Kenalpasti fakta yang diberi dalam soalan Seorang murid menyentuh daun anak pokok semalu.

Kemukakan soalan yang merangsang pemikiran untuk menyelesaikan masalahApakah yang berlaku kepada anak daun pokok semalu tersebut?Mengapakah tumbuhan tersebut bertindak balas sedemikian?Apakah ciri-ciri perlindungan khas anak pokok daun semalu?

Selesaikan masalahAnak daun pokok semalu akan menguncup apabila disentuh kerana ia adalah salah satu ciri khas melindungi dirinya daripada musuh.

Lembaran Murid

LANGKAHHURAIAN

Kenalpasti kehendak soalan

Kenalpasti fakta yang diberi dalam soalan

Kemukakan soalan yang merangsang pemikiran untuk menyelesaikan masalah

Selesaikan masalah

SOALAN TUGASAN 9

Rajah menunjukkan pokok periuk kera.

Berdasarkan pemerhatian anda, apakah gerak balas tumbuhan itu sekiranya terdapat serangga yang hinggap di daunnya?

Cadangan Jawapan:Daun periuk kera akan memerangkap serangga untuk dijadikan makanan.

CADANGAN JAWAPAN TUGASAN 9Lembaran Guru

LANGKAHHURAIAN

Kenalpasti kehendak soalanApakah gerak balas tumbuhan itu sekiranya terdapat serangga yang hinggap di daunnya?

Kenalpasti fakta yang diberi dalam soalan Tumbuhan tersebut ialah pokok periuk kera.

Kemukakan soalan yang merangsang pemikiran untuk menyelesaikan masalahApakah yang berlaku kepada pokok periuk kera apabila serangga masuk ke dalamnya?Apakah ciri-ciri perlindungan khas pokok periuk kera?

Selesaikan masalahDaun pokok periuk kera akan memerangkap serangga yang menyentuh daunnya untuk dijadikan makanan.

Lembaran Murid

LANGKAHHURAIAN

Kenalpasti kehendak soalan

Kenalpasti fakta yang diberi dalam soalan

Kemukakan soalan yang merangsang pemikiran untuk menyelesaikan masalah

Selesaikan masalah

SOALAN TUGASAN 10

Satu penyiasatan dijalankan seperti dalam rajah di bawah. Biji benih kacang dibiarkan di atas kapas lembap selama seminggu.

Mengapakah kapas lembap digunakan dalam penyiasatan ini?

Cadangan Jawapan:

Biji benih memerlukan air dari kapas lembap untuk terus hidup.

CADANGAN JAWAPAN TUGASAN 10Lembaran Guru

LANGKAHHURAIAN

Kenalpasti kehendak soalanMengapakah kapas lembap digunakan dalam penyiasatan ini?

Kenalpasti fakta yang diberi dalam soalan Biji benih kacang dibiarkan di atas kapas lembap selama seminggu

Kemukakan soalan yang merangsang pemikiran untuk menyelesaikan masalahApakah fungsi kapas lembap dalam penyiasatan ini?Apakah yang terjadi sekiranya kapas kering digunakan? Mengapa?

Selesaikan masalahKapas lembap digunakan kerana kehadiran air diperlukan untuk percambahan biji benih.

Lembaran Murid

LANGKAHHURAIAN

Kenalpasti kehendak soalan

Kenalpasti fakta yang diberi dalam soalan

Kemukakan soalan yang merangsang pemikiran untuk menyelesaikan masalah

Selesaikan masalah