1
BAHASA MELAYU DI PERSADA DUNIA D ewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan Universiti Prince of Songkhla (PSU), Kampus Pattani, Thailand me- nandatangani Memorandum Per- sefahaman DBP – PSU, antara lain bertujuan untuk memartabatkan bahasa Melayu atas kesepakatan bersama dan mengeratkan lagi hubungan kedua-dua buah insti- tusi itu. Susulan daripada itu, pada 4 hingga 18 Mei yang lalu DBP menerima kunjungan seramai 26 orang pelajar daripada Jurusan Bahasa Melayu, PSU berserta pensyarah pengiringnya, Puan Djusmalina Eastren sempena Program Cuti Semester DBP – PSU 2008. Program tahunan yang ber- mula sejak dari tahun 2002 lagi bertujuan untuk meningkatkan penguasaan bahasa Melayu para peserta dengan memberikan pendedahan secara langsung tentang budaya dan kehidupan masyarakat Melayu di Malaysia. Sempena program tersebut pelbagai aktiviti telah disusun meliputi aspek kebahasaan, ke- susasteraan dan kebudayaan Me- layu. Sepanjang program tersebut berlangsung semua pelajar diwajibkan mengikuti kuliah bahasa dan sastera serta diberi pendedahan tentang kebudayaan Melayu. Malah pelajar PSU juga berpeluang belajar tarian Zapin dan Endang, yang sangat cantik langkah dan gerak tarinya. Kerjasama Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Institut Perguruan Bahasa Melayu Ma- laysia (IPBMM) juga banyak membantu para peserta dalam memberikan pendedahan dalam memahami bahasa, sastera serta budaya masyarakat Melayu khususnya di Malaysia melalui program dua hari bersama insti- tusi tersebut. Usai program pemantapan bahasa di Menara DBP pelajar dibawa mengenali rakyat dan ne- gara Malaysia dengan lebih dekat lagi iaitu ke Melaka Bandar Raya Bersejarah dan Putrajaya. Di Melaka, pelajar melihat sendiri kesan-kesan peninggalan sejarah yang terdapat di sana. Kunjungan ke Taman Mini Malaysia mem- beri pengalaman yang berbeza dengan menyaksikan pelbagai jenis tarian dan budaya ma- syarakat berbilang kaum di se- luruh Malaysia. Di akhir program pelajar mempersembahkan ilmu yang dipelajari kepada tetamu yang hadir pada majlis penutupan. Persembahan deklamasi sajak, bernasyid, menari dan sebagainya menarik perhatian para penonton yang hadir. Nyatalah, persamaan budaya mengeratkan lagi sepakat demi memartabatkan bahasa Melayu di kalangan bangsa serumpun di dua negara sahabat. Halaman Dua Belas BERITA HARIAN Rabu, 18 Jun 2008 Kerjasama DBP – PSU Memartbatkan Bahasa Melayu BH PILIH L12 18 emel "S eronoknya Membaca!” me- rupakan program Gerakan Membaca yang dianjur- kan oleh Pusat Penyelidikan dan Pengembangan Kesusasteraan Kanak-kanak dan Remaja (PUR- NAMA), Dewan Bahasa dan Pus- taka. Pada 22 Mei lalu, DBP ke Sekolah Kebangsaan Batu 9, Jalan Bomba, Tanjung Karang, Kuala Selangor. Seramai enam orang pegawai DBP yang menyertai rom- bongan ini. Dalam sesi pertama yang bermu- la pada pukul 9.00 pagi, Mama Filza mulai sesi ini dengan menyanyi lagu ABC dan lagu Ayahku Pulang. Kakak Nurul pula menyanyi sam- bil melukis. Lagu yang berjudul Anak Beruang amat menarik hati kanak-kanak kerana sambil menyanyi mereka melukis patung anak beruang. Menarikkan! Mama Filza pula bercerita dengan meng- gunakan teknik tampal dengan ceritanya yang berjudul Baju Julia Cantik. Cerita ini diperdengarkan kepada 60 kanak-kanak prasekolah dan juga 60 murid sekolah tahun satu. Manakal dalam sesi kedua pula, Mama Filza bercerita dengan menggunakan teknik lipat kertas, sambil bercerita sambil melipat kertas. Tentu seronokkan! Lebih menyeronokkan apabila seramai 130 murid-murid turut bersama- sama melipat kertas sehingga men- jadi sebuah kotak seperti dalam cerita tadi yang berjudul Keluarga Anjang dan Keluarga Endek. Dalam sesi kedua ini, murid-murid turut mendendangkan lagu Lompat Si Katak Lompat, Tanya Sama Pokok, Rama-rama serta diakhiri dengan lagu Rasa Sayang Eh! Sesi kedua yang dimulai pada jam 11.00 pagi berakhir pada jam 12.30 tengah hari. PURNAMA mengucapkan teri- ma kasih kepada Encik Mohd. Ikhsan bin Ahmad Guru Besar sekolah tersebut, Cikgu Mustafa bin Md. Sharif selaku Setiausaha Unit Bimbingan dan Kaunseling sekolah tersebut yang mengu- ruskan undangan serta murid- murid sekolah tersebut, Cikgu serta Guru-guru Penolong Kanan yang terlibat dalam program “Seronoknya Membaca!” Terima kasih cikgu! Oleh Wan Mohd Saophy Amizul Wan Mansur “Seronoknya Membaca” di Kuala Selangor Oleh Filzah Ibrahim P os Laju mengutamakan khidmat kiriman cepatnya agar barang yang dikirim oleh pelanggan tiba tepat pada waktunya. Namun, sikap tidak mengutamakan bahasa kebang- saan sebagai bahasa rasmi negara jelas terlihat pada nota pesanan Sorry Note yang ditinggalkan di pintu rumah pelanggan yang tidak dapat dihubungi. Klik DBP merakamkan aduan dan kekecewaan pelanggan terbabit, Encik Ahmad Fuad dari Shah Alam agar dapat dikongsi bersama-sama pembaca. Bahasa kebangsaan jelas tidak diutamakan dalam nota pesanan tersebut umpama tiada tempat untuk bahasa Melayu dalam perkhidmatan pos di Malaysia, sedangkan pelanggannya rata- rata rakyat Malaysia yang meng- gunakan bahasa kebangsaan. Judul nota pesanan tersebut, Sorry Note seharusnya diterjemahkan kepada “Nota Maaf” dan perkataan Important! diterjemahkan sebagai “Penting!”. Sementara, ungkapan Your courier item is with us... diterjemahkan sebagai “Barang khidmat kiriman cepat anda ber- sama-sama kami.... Istilah item mempunyai padanannya dalam bahasa Melayu, iaitu “barang” manakala courier sebagai “khidmat kiriman cepat”. Pihak penyedia dokumen tersebut seharusnya merujuk Dewan Ba- hasa dan Pustaka (DBP) bagi memastikan penggunaan bahasa kebangsaan dan penterjemahan yang betul. Pusat Pos Laju Kuala Lumpur sebagai satu-satunya institusi khidmat kiriman cepat di bawah pengawasan Pos Malaysia Berhad dan dinaungi oleh Kementerian Te- naga, Air dan Komunikasi (KTAK) seharusnya menyahut seruan kerajaan memperkasakan bahasa kebangsaan sebagai bahasa rasmi negara dengan mengutamakan penggunaannya dalam dokumen rasmi, terutama dokumen ber- kaitan dengan pelanggan dalam negara. Lebih mengecewakan laman web dan slogannya, Your prefered on time service tercipta dalam bahasa Inggeris seolah-olah khidmatnya lebih kerap digunakan oleh pelancong asing berbanding dengan masyarakat tempatan. Dalam hal ini, DBP yang bakal diberi kuasa “polis bahasa” ber- ikutan pindaan Akta Bahasa Ke- bangsaan 1963/67 memberikan ruang kepada pihak terbabit agar berusaha mewujudkan do- kumen yang mengutamakan bahasa kebangsaan di samping penggunaan bahasa-bahasa lain sebelum denda dan kompaun dikuatkuasakan. Meskipun negara kita telah lama merdeka, sikap prejudis terhadap bahasa kebangsaan ini hanya dapat diatasi dengan memberikan kuasa penguatkuasaan kepada DBP dan barulah bahasa itu “bernilai” di mata masyarakat. Khidmat Nasihat Bahasa (KNB) DBP boleh dihubungi melalui talian 2148 1960, 2148 5887, 2148 5905 dan 2148 2139 atau layari KNB secara dalam talian melalui laman web http://www.dbp.gov.my yang akan dijawab dalam masa 24 jam. Pengguna harus bijak memanfaatkan kemudahan yang disediakan oleh kerajaan. Bak kata pepatah, “Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan”. Dimanakah Letaknya Bahasa Kebangsaan? Oleh Normala Mohamad Yusof DBP DI SANA SINI DI MANA BUMI DIPIJAK DI SITU LANGIT DIJUNJUNG MENYERONOKKAN: Kanak-kanak menyertai aktiviti yang dianjurkan. SERONOKNYA: Mama Filza bersama kanak-kanak pra sekolah. PENGHARGAAN: Ketua Bahagian Pengembangan Bahasa dan Antarabangsa Puan Hajah Zaiton Ajamain menyam- paikan cenderamata kepada pelajar PSU. KENANGAN: Pelajar PSU bergambar bersama pegawai dan pelaksanan program DBP - PSU di majlis penutupan.

BAHASA MELAYU DI PERSADA DUNIA Kerjasama DBP – · PDF fileCantik. Cerita ini diperdengarkan kepada 60 kanak-kanak prasekolah dan juga 60 murid sekolah tahun satu. Manakal dalam sesi

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: BAHASA MELAYU DI PERSADA DUNIA Kerjasama DBP – · PDF fileCantik. Cerita ini diperdengarkan kepada 60 kanak-kanak prasekolah dan juga 60 murid sekolah tahun satu. Manakal dalam sesi

BAHASA MELAYU DI PERSADA DUNIA

Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan Universiti Prince of Songkhla (PSU),

Kampus Pattani, Thailand me-nandatangani Memorandum Per-sefahaman DBP – PSU, antara lain bertujuan untuk memartabatkan bahasa Melayu atas kesepakatan bersama dan mengeratkan lagi hubungan kedua-dua buah insti-tusi itu.

Susulan daripada itu, pada 4 hingga 18 Mei yang lalu DBP menerima kunjungan seramai 26 orang pelajar daripada Jurusan Bahasa Melayu, PSU berserta pensyarah pengiringnya, Puan Djusmalina Eastren sempena Program Cuti Semester DBP – PSU 2008.

Program tahunan yang ber-mula sejak dari tahun 2002 lagi

bertujuan untuk meningkatkan penguasaan bahasa Melayu para peserta dengan memberikan pendedahan secara langsung tentang budaya dan kehidupan masyarakat Melayu di Malaysia.

Sempena program tersebut pelbagai aktiviti telah disusun meliputi aspek kebahasaan, ke-susasteraan dan kebudayaan Me-layu. Sepanjang program tersebut berlangsung semua pelajar diwajibkan mengikuti kuliah bahasa dan sastera serta diberi pendedahan tentang kebudayaan Melayu. Malah pelajar PSU juga berpeluang belajar tarian Zapin dan Endang, yang sangat cantik langkah dan gerak tarinya.

Kerjasama Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Institut Perguruan Bahasa Melayu Ma-laysia (IPBMM) juga banyak membantu para peserta dalam memberikan pendedahan dalam

memahami bahasa, sastera serta budaya masyarakat Melayu khususnya di Malaysia melalui program dua hari bersama insti-tusi tersebut.

Usai program pemantapan bahasa di Menara DBP pelajar dibawa mengenali rakyat dan ne-gara Malaysia dengan lebih dekat lagi iaitu ke Melaka Bandar Raya Bersejarah dan Putrajaya. Di

Melaka, pelajar melihat sendiri kesan-kesan peninggalan sejarah yang terdapat di sana. Kunjungan ke Taman Mini Malaysia mem-beri pengalaman yang berbeza dengan menyaksikan pelbagai jenis tarian dan budaya ma-syarakat berbilang kaum di se-luruh Malaysia.

Di akhir program pelajar mempersembahkan ilmu yang

dipelajari kepada tetamu yang hadir pada majlis penutupan. Persembahan deklamasi sajak, bernasyid, menari dan sebagainya menarik perhatian para penonton yang hadir. Nyatalah, persamaan budaya mengeratkan lagi sepakat demi memartabatkan bahasa Melayu di kalangan bangsa serumpun di dua negara sahabat.

Halaman Dua Belas BERITA HARIAN Rabu, 18 Jun 2008

Kerjasama DBP – PSU Memartbatkan Bahasa Melayu

BH PILIH L12 18 emel

"Seronoknya Membaca!” me-rupakan program Gerakan Membaca yang dianjur-

kan oleh Pusat Penyelidikan dan Pengembangan Kesusasteraan Kanak-kanak dan Remaja (PUR-NAMA), Dewan Bahasa dan Pus-taka. Pada 22 Mei lalu, DBP ke Sekolah Kebangsaan Batu 9, Jalan Bomba, Tanjung Karang, Kuala Selangor. Seramai enam orang pegawai DBP yang menyertai rom-bongan ini.

Dalam sesi pertama yang bermu-la pada pukul 9.00 pagi, Mama Filza mulai sesi ini dengan menyanyi lagu ABC dan lagu Ayahku Pulang. Kakak Nurul pula menyanyi sam-bil melukis. Lagu yang berjudul Anak Beruang amat menarik hati kanak-kanak kerana sambil menyanyi mereka melukis patung

anak beruang. Menarikkan! Mama Filza pula bercerita dengan meng-gunakan teknik tampal dengan ceritanya yang berjudul Baju Julia Cantik. Cerita ini diperdengarkan kepada 60 kanak-kanak prasekolah dan juga 60 murid sekolah tahun satu. Manakal dalam sesi kedua pula, Mama Filza bercerita dengan menggunakan teknik lipat kertas, sambil bercerita sambil melipat kertas. Tentu seronokkan! Lebih menyeronokkan apabila seramai 130 murid-murid turut bersama-sama melipat kertas sehingga men-jadi sebuah kotak seperti dalam cerita tadi yang berjudul Keluarga Anjang dan Keluarga Endek. Dalam sesi kedua ini, murid-murid turut mendendangkan lagu Lompat Si Katak Lompat, Tanya Sama Pokok,

Rama-rama serta diakhiri dengan lagu Rasa Sayang Eh! Sesi kedua yang dimulai pada jam 11.00 pagi berakhir pada jam 12.30 tengah hari.

PURNAMA mengucapkan teri-

ma kasih kepada Encik Mohd. Ikhsan bin Ahmad Guru Besar sekolah tersebut, Cikgu Mustafa bin Md. Sharif selaku Setiausaha Unit Bimbingan dan Kaunseling sekolah tersebut yang mengu-

ruskan undangan serta murid-murid sekolah tersebut, Cikgu serta Guru-guru Penolong Kanan yang terlibat dalam program “Seronoknya Membaca!” Terima kasih cikgu!

Oleh Wan Mohd Saophy Amizul Wan Mansur

“Seronoknya Membaca” di Kuala SelangorOleh Filzah Ibrahim

Pos Laju mengutamakan khidmat kiriman cepatnya agar barang yang dikirim

oleh pelanggan tiba tepat pada waktunya. Namun, sikap tidak mengutamakan bahasa kebang-saan sebagai bahasa rasmi negara jelas terlihat pada nota pesanan Sorry Note yang ditinggalkan di pintu rumah pelanggan yang tidak dapat dihubungi. Klik DBP merakamkan aduan dan kekecewaan pelanggan terbabit, Encik Ahmad Fuad dari Shah Alam agar dapat dikongsi bersama-sama pembaca.

Bahasa kebangsaan jelas tidak diutamakan dalam nota pesanan tersebut umpama tiada tempat untuk bahasa Melayu dalam perkhidmatan pos di Malaysia, sedangkan pelanggannya rata-rata rakyat Malaysia yang meng-

gunakan bahasa kebangsaan. Judul nota pesanan tersebut, Sorry Note seharusnya diterjemahkan kepada “Nota Maaf” dan perkataan Important! diterjemahkan sebagai “Penting!”. Sementara, ungkapan Your courier item is with us... diterjemahkan sebagai “Barang khidmat kiriman cepat anda ber-sama-sama kami.... Istilah item mempunyai padanannya dalam bahasa Melayu, iaitu “barang” manakala courier sebagai “khidmat kiriman cepat”. Pihak penyedia dokumen tersebut seharusnya merujuk Dewan Ba-hasa dan Pustaka (DBP) bagi memastikan penggunaan bahasa kebangsaan dan penterjemahan yang betul.

Pusat Pos Laju Kuala Lumpur

sebagai satu-satunya institusi khidmat kiriman cepat di bawah pengawasan Pos Malaysia Berhad dan dinaungi oleh Kementerian Te-naga, Air dan Komunikasi (KTAK) seharusnya menyahut seruan kerajaan memperkasakan bahasa kebangsaan sebagai bahasa rasmi negara dengan mengutamakan penggunaannya dalam dokumen rasmi, terutama dokumen ber-kaitan dengan pelanggan dalam negara. Lebih mengecewakan laman web dan slogannya, Your prefered on time service tercipta dalam bahasa Inggeris seolah-olah khidmatnya lebih kerap digunakan oleh pelancong asing berbanding dengan masyarakat tempatan.

Dalam hal ini, DBP yang bakal diberi kuasa “polis bahasa” ber-

ikutan pindaan Akta Bahasa Ke-bangsaan 1963/67 memberikan ruang kepada pihak terbabit agar berusaha mewujudkan do-kumen yang mengutamakan bahasa kebangsaan di samping penggunaan bahasa-bahasa lain sebelum denda dan kompaun dikuatkuasakan.

Meskipun negara kita telah lama merdeka, sikap prejudis terhadap bahasa kebangsaan ini hanya dapat diatasi dengan memberikan kuasa penguatkuasaan kepada DBP dan barulah bahasa itu “bernilai” di mata masyarakat.

Khidmat Nasihat Bahasa (KNB) DBP boleh dihubungi melalui talian 2148 1960, 2148 5887, 2148 5905 dan 2148 2139 atau layari KNB secara dalam talian melalui

laman web http://www.dbp.gov.my yang akan dijawab dalam masa 24 jam. Pengguna harus bijak memanfaatkan kemudahan yang disediakan oleh kerajaan. Bak kata pepatah, “Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan”.

Dimanakah Letaknya Bahasa Kebangsaan?Oleh Normala Mohamad Yusof

DBP DI SANA SINI

DI MANA BUMI DIPIJAK DI SITU LANGIT DIJUNJUNG

MENYERONOKKAN: Kanak-kanak menyertai aktiviti yang dianjurkan. SERONOKNYA: Mama Filza bersama kanak-kanak pra sekolah.

PENGHARGAAN: Ketua Bahagian Pengembangan Bahasa dan Antarabangsa Puan Hajah Zaiton Ajamain menyam-paikan cenderamata kepada pelajar PSU.

KENANGAN: Pelajar PSU bergambar bersama pegawai dan pelaksanan programDBP - PSU di majlis penutupan.