31
FAKULTI BAHASA DAN PENDIDIKAN SEMESTER 2 / TAHUN 2011 HBEF 3203 PENILAIAN DAN PENGUKURAN DALAM PENDIDIKAN NO. MATRIKULASI : 761028115384001 NO. KAD PENGENALAN : 761028-11- 5384 NO. TELEFON : 012-9901142

Assiment Pengukuran dan penilaian

Embed Size (px)

DESCRIPTION

sce 3111

Citation preview

Page 1: Assiment Pengukuran dan penilaian

FAKULTI BAHASA DAN PENDIDIKAN

SEMESTER 2 / TAHUN 2011

HBEF 3203

PENILAIAN DAN PENGUKURANDALAM PENDIDIKAN

NO. MATRIKULASI : 761028115384001

NO. KAD PENGENALAN : 761028-11-5384

NO. TELEFON : 012-9901142

E-MEL : [email protected]

PUSAT

PEMBELAJARAN : PUSAT PEMBELAJARAN

KELANTAN

Page 2: Assiment Pengukuran dan penilaian
Page 3: Assiment Pengukuran dan penilaian

ISI KANDUNGAN Muka Surat

1. Sekapur Sirih i

2. Pengenalan : 1 - 2 2.1 - Objektif Pengajaran, 2.2 - Pengukuran 2.3.- Penilaian 2.4 - Pengujian

3. Ujian Objektif 3 3.1 - Langkah-langkah Pembinaan Ujian - Sukatan pelajaran Sains tahun 4

4. JPU / JSU 4

5. Indeks Kesukaran Item 5-8 5.1 - Analisa Jawapan Ujian 5.2 - Analisa Indeks Kesukaran 5.3 - Ulasan Analisa Indeks Kesukaran

6. Indek Diskriminasi 9- 13 6.1 - (a) 27% Pencapaian Pelajar Tertinggi 6.2 - (b) 27% Pencapaian Pelajar Terendah 6.3 - Analisa Indeks Diskriminasi 6.4 - Ulasan Analisa Indeks Diskriminasi

10. Kesimpulan / Rumusan 14

11. Rujukan 15

12. Lampiran

Page 4: Assiment Pengukuran dan penilaian

1. SEKAPUR SIRIH

Bersyukur kehadrat Allah SWT kerana dengan izinNya saya telah berjaya

menyiapkan kerja kursus yang telah diamanahkan.

Setelah meneliti kehendak soalan tugasan yang diberi oleh pihak Universiti

Terbuka Malaysia, maka saya telah memutuskan untuk memilih mata pelajaran Sains

Tahun 4. Sebagai permulaan, kami telah merujuk kepada sukatan mata pelajaran Sains

Tahun 4. Kami mengenalpasti topik pilihan dan seterusnya menetapkan objektif-objektif

pengajaran yang dikehendaki. Kemudian untuk mengukur dan menilai kefahaman pelajar

terhadap topik tersebut, maka suatu bentuk ujian formatif berupa 20 soalan aneka pilihan

dan 5 soalan subjektif telah digubal. Penilaian formatif ini telah dijalankan di Sekolah

Kebangsaan Pasir Tumboh Gua Musang Kelantan dengan jayanya.

Kami mengucapakan ribuan terima kasih kepada Puan Noorashikim bt Noor

Ibrahim pensyarah HBEF 3203 , di atas bimbingan dan panduan yang telah diberikan.

Tidak lupa juga kepada Guru Besar, Guru panitia sains dan murid-murid Tahun 4

Sekolah Kebangsaan Pasir Tumboh yang telah memberi kerjasama bagi menjalankan

ujian yang berkaitan dengan kerja kursus. Sepanjang tugasan ini saya dapat mempelajari

sesuatu yang langsung tidak di ketahui sebelum ini. Sekaligus dapat digunakan untuk

meningkatkan profesion sebagai seorang guru.

Seterusnya kepada keluarga kami yang telah banyak memberi sokongan

sepanjang saya menyiapkan tugasan ini. Moga-moga segala bimbingan,sumbangan, dan

sokongan yang telah diberikan dinilai sebagai ibadah di sisi Allah swt.

Sekian, Wassalam.

i2. Pengenalan

Page 5: Assiment Pengukuran dan penilaian

Proses Pengajaran dan pembelajaran merupakan satu sistem pendidikan yang sangat berkesan bagi melihat pencapaian pelajar / murid. Pengajaran adalah satu aktiviti bagi membantu pelajar mencapai hasil pembelajaran yang telah ditetapkan.

2.1 - Objektif Pengajaran

Objektif pengajaran adalah perubahan tingkah laku pelajar yang ingin dicapai oleh guru dalam satu-satu proses pembelajaran . Perubahan ini boleh dicapai melalui aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dirancang dengan baik. Setiap perubahan atau kemajuan pelajar itu perlu dinilai dari semasa ke semasa.

Penilaian berterusan akan menentukan tahap keberkesanan pengajaran guru dan juga pembelajaran pelajar / murid. Kemajuan atau perubahan pelajar perlu dinilai dari masa ke semasa. Ini jelas menunjukkan wujudnya hubungan antara objektif pengajaran, pengujian, pengukuran dan penilaian.

2.2 - Pengukuran

Pengukuran ialah satu proses / prosedur yang sistematik bagi mengukur perubahan tingkah laku pelajar yang boleh dibuat secara pemerhatian, lisan atau secara bertulis. Pengukuran juga merupakan proses yang menentukan takat, dimensi atau kuantiti / gred / skor dengan membandingkan perkara itu dengan sesuatu standard. Tujuan pengukuran ialah untuk menentukan perubahan tingkah laku pelajar termasuk pencapaian akademik, penguasaan kemahiran dan sikap pelajar.

2.3 - Penilaian

Penilaian adalah satu proses yang sistematik bagi membuat pertimbangan dalam mentafsir hasil pengukuran. Penilaian juga merupakan satu proses untuk menentukan, mendapat dan memberikan maklumat yang berguna untuk membuat pertimbangan mengenai tindakan selanjutnya. Tujuan penilaian ialah untuk memberi maklumat tentang pencapaian akademik, kemahiran dan sikap.

1

2.4 -Pengujian

Page 6: Assiment Pengukuran dan penilaian

Pengujian merupakan sebahagian penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Pengujian juga adalah satu teknik untuk mendapatkan maklumat tingkah laku seseorang individu. Ujian hanya merupakan satu alat yang sistematik bagi menentukan prestasi atau peringkat pencapaian seseorang pelajar dalam sesuatu bidang.

Dalam melaksanakan penilaian, guru perlu membuat ujian terlebih dahulu. Terdapat beberapa criteria dalam pembinaan ujian. Untuk menggubal sesuatu kertas ujian, ia perlu mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan anataranya ialah ujian yang hendak ditadbir sebaiknya mewakili keseluruhan sukatan pelajaran. Ini dibuat untuk memastikan para pelajar diuji dengan menggunakan soalan-soalan yang relevan dengan sukatan pelajaran atau objektif pengajaran.

Ujian ini dikatakan sebagai prosedur yang bersistematik kerana soalan-soalan yang dibina mengikut peraturan tertentu. Prosedur mentadbir ujian ditentukan dan prosedur pemarkahan dinyatakan secara terperinci. Ujian membantu murid membina sikap positif terhadap pengajaran guru.

Ujian yang digunakan untuk menentukan pencapaian murid dijalankan dengan cara ujian bertulis. Jenis ujian bertulis boleh dibahagikan kepada dua sahaja iaitu ;

i ) Ujian Objektif / Aneka pilihan ii ) Ujian Subjektif.

23. Ujian Objektif

Page 7: Assiment Pengukuran dan penilaian

Ujian objektif bermaksud item / soalan yang mempunyai jawapan yang tepat / tertentu / spesifik. Ujian yang dijalankan adalah untuk menguji pengetahuan, kefahaman, aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian. Soalan / item bagi ujian objektif boleh dibahagikan kepada empat iaitu :

i) Soalan aneka pilihan – jawapan secara tepat, soalan sukar dibina dan dijawab tetapi mudah untuk dipereksa.

ii) Item Betul / Salah - sesuai digunakan untuk menguji fakta yangmengkehendaki pelajar menentukan sama ada penyataan yang diberikanadalah betul atau salah.

iii) Item mengisi ruang kosong) - amat sesuai digunakan untuk menguji fakta yang menghendaki pelajar memberi jawapan pendek yang tepat.

iv) Item Padanan - sesuai untuk mengukur kefahaman dan keupayaan pelajar mengaitkan fakta konsep.

3.1 - Langkah-langkah Pembinaan

Terdapat langkah-langkah yang telah disusun dengan teratur sebelum membina ujian agar penggubal / guru boleh melaksanakan ujian dengan baik. Langkah-langkah tersebut ialah :

1. Menyediakan Jadual Penentu Ujian / Jadual Spesifikasi Ujian

2. Menulis item / soalan ujian

3. Menyemak item / soalan ujian

4. Menilai item / soalan ujian

3JADUAL PENENTUAN UJIAN / SPESIFIKASI UJIAN

Page 8: Assiment Pengukuran dan penilaian

Mata Pelajaran : SAINS Tahun : 4

Unit : MENYIASAT ALAM KEHIDUPAN

PENGETAHUAN

KEFAHAMAN

APLIKASI ANALISIS

BAHAGIAN A

1. Keperluan asas benda hidup

M

P S M P S M P S M P S

1.1 keperluan asas tumbuhan

1 4

610

2 7, 8,15

11,12

13161719

1.2 keperluan asas haiwan

9 35

14 1820

JUMLAH SOALAN A 2 3 3 3 2 2 5

1. Keperluan asas benda hidup

1.1 keperluan asas tumbuhan

2 5

1.2 keperluan asas haiwan

4

Perlindungan Ciri-ciri khas haiwan

1 (a)

1c 3 1b

1d

JUMLAH SOALAN B 1 3 1

4

Page 9: Assiment Pengukuran dan penilaian

5. Indeks Kesukaran Item ( p)

Indeks Kesukaran Item adalah ciri uta8irriang dapat menunjukkan aras kesukaran sesuatu item / soalan ; iaitu sama ada sesuatu itu mudah dijawab atau susah dijawab. Indeks ini dikira dengan menggunakan nisbah bilangan calon yang memberi jawapan betul dengan dibahagikan kepada jumlah calon yang menjawab. Pengiraannya adalah seperti di bawah :-

Bilangan calon yang memberi jawapan betul Nilai p = --------------------------------------------------------- Jumlah calon yang menjawab

30 (Bilangan yang menjawab betul) Contoh : p = ----------------------------------------------- 35 (Jumlah calon yang menjawab)

= 0.86

0.00 0.50 1.00

Item Sukar Sederhana Mudah Item yang sukar mempunyai nilai p yang rendah, sebaliknya item yang mudah mempunyai p yang tinggi. Untuk lebih jelas lagi dalam menilai aras kesukaran item ini dapat dijelaskan dalam jadual di bawah. Aras Kesukaran dan Pengkelasan Item

Nilai p Pengkelasan Item Keputusan 0.00 - 0.20 Terlalu Sukar Ubah suai0.21 - 0.40 Sukar Terima0.41 - 0.60 Sederhana Sukar Terima0.61 - 0.80 Mudah Terima0.81 - 1.00 Terlalu Mudah Ubah suai

5

Page 10: Assiment Pengukuran dan penilaian

Kajian Rintis

Untuk menjamin item yang digubal mempunyai cirri-ciri keesahan, kebolehpercayaan, keobjektifan, kebolehtadbiran dan kemudahtafsiran, item yang telah disemak eloklah ditujukan kepada sebahagian kecil pelajar untuk memastikan keesahannya. Soalan-soalan ini telah diberikan kepada 11 orang murid Tahun 4 dari Sekolah Kebangsaan Pasir Tumboh Gua Musang Kelantan.

Kelemahan-kelemahan item ini boleh diperbaiki dengan maklumat yang didapati dari kajian rintis tersebut. Set instrument yang baik dan yang telah dibaiki boleh digunakan sebagai ujian yang sah, atau disimpan dalam bank item untuk kegunaan pada masa hadapan.

Keputusan kajian rintis digunakan untuk menganalisa dan mentafsir item. Dalam hal ini Indeks Kesukaran (p) dan Indeks Diskriminasi (d) dikira bagi setiap item untuk menentukan kuantiti sesuatu item, sama ada item itu benar-benr sesuai digunakan atau sebaliknya.

Page 11: Assiment Pengukuran dan penilaian

JADUAL INDEKS KESUKARAN (P)ANALISIS ITEM SOALAN OBJEKTIF

ItemBilangan Menjawab

Betul(n)Indeks Kesukaran

Item(p) Pengkelasan Item Keputusan1 7 0.636363636 Mudah TERIMA2 8 0.727272727 Mudah TERIMA3 5 0.454545455 Sederhana sukar TERIMA4 7 0.636363636 Mudah TERIMA5 8 0.727272727 Mudah TERIMA6 7 0.636363636 Mudah TERIMA7 7 0.636363636 Mudah TERIMA8 10 0.909090909 Terlalu mudah UBAHSUAI9 9 0.818181818 Terlalu mudah UBAHSUAI10 6 0.545454545 Sederhana sukar TERIMA11 5 0.454545455 Sederhana sukar TERIMA12 1 0.090909091 Terlalu sukar UBAHSUAI13 6 0.545454545 Sederhana sukar TERIMA14 8 0.727272727 Mudah TERIMA15 7 0.636363636 Mudah TERIMA16 8 0.727272727 Mudah TERIMA17 6 0.545454545 Sederhana sukar TERIMA18 7 0.636363636 Mudah TERIMA19 7 0.636363636 Mudah TERIMA20 4 0.363636364 Sukar TERIMA

ANALISIS ITEM SUBJEKTIF

ITEM MARKAH PURATA INDEKS KESUKARANPENGKELASAN

ITEM KEPUTUSAN1 37 0.85 TERLALU MUDAH UBAHSUAI2 30 0.68 MUDAH TERIMA

3 28 0.51SEDERHANA

SUKAR TERIMA4 22 0.67 MUDAH TERIMA

5 25 0.57SEDERHANA

SUKAR TERIMA

Page 12: Assiment Pengukuran dan penilaian

5.3 ULASAN ANALISA INDEKS KESUKARAN ITEM OBJEKTIF

Berdasarkan indeks kesukaran item objektif kita dapat membuat kesimpulan bahawa

JPU yang telah dibina seperti yang telah ditetapkan dalam langkah pembinaan JPU/JSU.

Item Indeks Kesukaran Ulasan

1 & 2

4 - 7

0.72

0.63

- Peratusan yang murid dapat menjawab soalan ini adalah

sama seperti yang telah di tetapkan dalam JPU iaitu

sebanyak 5 soalan aras senang dan murid dapat ramai dapat

menjawab soalan ini dan pengekelasan soalan ini adalah

mudah adalah menepati seperti dalam JPU. Walaupun item

3 indeks kesukarannya bernilai 0.45 iaitu sederhana sukar

namun soalan ini tidak perlu di ubahsuai kerana sebahagian

daripada murid dapat menjawab soalan ini kerana ianya

masih beraras senang.

8

9

0.81

0.91

- Semua murid dapat menjawab soalan ini dengan betul. Item ini

perlu di ubahsuai kerana mengikut pengkelasan item, item ini

terlalu mudah dan kerana P masing-masing bernilai 0.81 dan 0.91.

Berdasarkan JPU yang dibina item beraras sederhana, dan di

anggarkan murid ada yang tidak dapat menjawab soalan ini. (Sila

lihat lampiran untuk item yang telah diubahsuai.)

Ulasan untuk analisa item subjektif pula ialah, item no 1 perlu di ubahsuai kerana

mempunyai P 0.85 iaitu 85 % murid dapat menjawab soalan ini. Item ini terlalu mudah dan tidak

dapat membezakan murid pandai dan lemah. Bagi soalan lain yang berada dalam aras mudah,

sederhana sukar, akan disimpan dalam bank soalan dan akan digunakan bila-bila masa yang di

perlukan. Begitu juga dengan soalan objektif soalan-soalan lain boleh terus di gunakan dan tidak perlu

diubahsuai kerana ianya dibina mengikut aras yang dikehendaki dan telah dapat membezakan

pencapaian murid-murid.

8

Page 13: Assiment Pengukuran dan penilaian

6. Indeks Diskriminasi

Indeks diskriminasi item digunakan untuk menentukan perbezaan keupayaan pelajar. Item / soalan yang baik akan dapat membezakan antara mereka yang berkeupayaan rendah dan berkeupayaan tinggi. Langkah-langkah diskriminasi telah dicadangkan oleh Mehrens & Lehmann seperti di bawah ;

a) Membahagikan pelajar kepada 3 kumpulan iaitu 27% pencapaian pelajar tertinggi, 27% pencapaian pelajar terendah dan 46 % pencapaian pelajar antara tertinggi dan terendah.

b) Mengira pelajar menjawab dengan betul di kalangan berpencapaian rendah (R u), bilangan pelajar menjawab dengan betul di kalangan pelajar berpencapaian tinggi (R L) dan jumlah pelajar berpencapaian tinggi ( T ( L– U ) )

c) Indeks diskriminasi boleh dikira dengan membahagikan perbezaan ( R U - R L ) dengan separuh T ( L - U ) seperti berikut:

(R U - R L ) d = --------------------- ( ½ T ( L + U ) )

Indeks diskriminasi boleh bernilai antara -1.00 hingga 1.00. Secara amnya, item yang mempunyai Indeks Diskriminasi positif menunjukkan soalan tersebut adalah baik manakala bagi soalan yang mempunyai indeks diskriminasi negative dikira tidak baik untuk penilaian rujukan norma. Sebagai panduan, aras kesukaran item boleh ditafsirkan mengikut jadual di bawah

Aras Diskriminasi dan Pengkelasan Item

Nilai ( d ) Pengkelasa Item Keputusan0.00 – 0.10 Tidak baik Ubah suai0.11 – 0.20 Kurang baik Terima0.21 – 0.30 Sederhana baik Terima0.31 – 0.40 Baik Terima0.41 – 1.00 Sangat baik Ubah suai

9

Page 14: Assiment Pengukuran dan penilaian

RUJUKAN

1. Proaktif science year 4 KBSR ( UNIK )

2. UJIAN TOP A UPSR Science Year 4 KBSR ( info didik )

3. Kertas Peperiksaan Pertengahan Tahun Oleh MGB Gua Musang

4. Zoom-a Pembelajaran Interaktif Berasaskan Komputer

5. Modul HBEF 3203 PENILAIAN DAN PENGUKURAN DALAM PENDIDIKAN

15

Page 15: Assiment Pengukuran dan penilaian
Page 16: Assiment Pengukuran dan penilaian
Page 17: Assiment Pengukuran dan penilaian
Page 18: Assiment Pengukuran dan penilaian

Item Jawapan betul Right Upper(RU)

Jawapan betul Right Lower(RL)

RU - RL(d)= ---------- ½ T

Pengkelasan Item

Keputusan

1 0 3 -1.00 Tidak baik Ubahsuai2 3 0 1.00 Sangat baik Terima3 3 1 0.66 Sangat baik Terima4 3 2 0.33 Baik Terima5 3 1 0.66 Sangat baik Terima6 2 1 0.33 Baik Terima7 3 1 0.33 baik Terima8 3 1 0.33 baik Terima9 3 1 0.66 Sangat baik Terima10 3 0 1.00 Sangat baik Terima11 2 1 0.33 Baik Terima12 1 0 0.33 Baik Terima13 3 2 0.33 baik Terima14 3 0 1.00 Sangat baik Terima15 3 1 0.66 Sangat baik Terima16 3 1 0.66 Sangat baik Terima

17 3 1 0.66 Sangat baik Terima18 3 0 1.00 Sangat baik Terima19 3 1 0.66 Sangat baik Terima20 2 0 0.66 Sangat baik Terima

ANALISA INDEKS DISKRIMINASI ITEM OBJEKTIF

Jadual di atas menunjukkan analisa indeks Diskriminasi terhadap item sebanyak 20 item. Berdasarkan jadual di atas Indeks Diskriminasi adalah baik. Item yang disediakan dapat membezakan murid bercapaian tinggi atau pandai dengan murid bercapaian rendah atau lemah. Kita juga dapat melihat terdapat item yang indeks diskriminasi bernilai -1.00. Ini dapat memberi peluang kepada pelajar bercapaian rendah untuk mendapat markah. Secara logiknya kita memang mengandaikan murid yang bercapaian tinggi akan dapat menjawab sesuatu soalan dengan betul berbanding dengan murid yang bercapaian rendah atau lemah.

Justeru itu, guru atau pengkaji perlu tahu soalan yang bernilai -1.00 adalah tidak baik untuk PRN sebab tidak berupaya untuk membezakan murid pandai dengan murid lemah. Oleh itu saya sebagai guru atau pengkaji akan memperbaiki atau ubahsuai item yang mempunyai indeks diskriminasi yang rendah atau negatif.

Page 19: Assiment Pengukuran dan penilaian

9.2 - Contoh Pengiraan Indeks Diskriminasi

Formula ( d ) =

Item No 1. (d) = = 0.00

Item No2. (d) = = 0.00

Item No 3. (d) = = = 0.55

Item No 4. (d) = = = 0.11

Item No 5. (d) = = = 0.33

Page 20: Assiment Pengukuran dan penilaian

6.5 - Ulasan Analisa Indeks Diskriminasi

Page 21: Assiment Pengukuran dan penilaian

Item Indeks Diskriminasi Ulasan / Catatan

1 2

0.00 (Tidak Baik)

- Item yang tidak baik akan tetap diterima dan digunakan kerana memberi peluang kepada murid yang aras rendah untuk mendapat markah. Soalan ini juga terdapat dalam JPU iaitu soalan berbentuk mudah. Walaubagaimana pun guru boleh mengubahsuai soalan ini .

4 0.11 (Kurang Baik)

- Item yang kurang baik juga tetap digunakan dalam pengujian 27 % adalah soalan dari aras sukar. Soalan ini dapat menguji minda murid dengan lebih bernas

Bagi item yang berada dalam kategori baik, sederhana baik dan sangat baik, ia akan terus disimpan di bank soalan dan akan digunakan pada pelajar-pelajar lain pada bila-bila masa yang diingini oleh guru. Soalan yang tidak baik dan kurang baik pula boleh diubahsuai.

********************************

13

Rumusan / Kesimpulan

Page 22: Assiment Pengukuran dan penilaian

Penilaian / pengujian memerlukan beberapa proses sistematik dari awal hingga akhir.

Dengan adanya langkah-langkah yang sistematik akan terbentuknya satu set ujian yang

berkualiti. Ini adalah kerana memberi ujian adalah sebahagian dari proses pengajaran dan

pembelajaran. Dalam menjalankan ujian, guru mestilah mengenal pasti soalan-soalan yang

dibina menepati semua objektif pengajaran dan pembelajaran yang telah dilaksanakan.

Jika dilihat keputusan Indeks Kesukaran dan Indeks Diskriminasi dari kertas kerja kursus

yang kami sediakan ini, item / soalan yang dibina adalah baik dan sesuai untuk digunakan oleh

pelajar bagi tujuan pengujian. Ini adalah kerana kedua-dua indeks tersebut tidak menunjukkan

sebarang kesukaran / perbezaan yang melampau.

Oleh itu setiap guru mestilah mempunyai pengetahuan yang secukupnya dalam bidang

pembinaan ujian agar murid / pelajar dapat menguasai kemahiran yang dipelajari dengan lebih

berkesan, dan item yang dibina bersesuaian dan mencabar kebolehan murid agar dapat

mencambahkan daya pemikiran mereka.

14