Upload
siti-mastura-yunus
View
629
Download
11
Embed Size (px)
Citation preview
1.0 PENGENALAN
Kursus BMM 3103 memfokuskan kepada konsep dan prinsip pengujian,
penilaian, dan pengukuran serta teori-teori kognitif, afektif dan psikomotor. Di
samping itu, mata pelajaran ini juga turut mengandungi jadual spesifikasi ujian,
pembinaan ujian, jenis dan kaedah penilaian bahasa serta penilaian kemahiran
bahasa dan tatabahasa.
Tugasan yang diberikan pada kali ini bertujuan supaya guru pelatih dapat
menghasilkan folio yang memperlihatkan kefahaman kami tentang konsep
pengujian dan pengukuran. Selain itu, supaya kami dapat menjelaskan domain
kognitif taksonomi Bloom dan membina Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) serta item
ujian Bahasa Melayu.
Oleh itu, kami harus mendapatkan terlebih dahulu pelbagai maklumat dari
semua sumber yang berkaitan tentang konsep pengujian, penilaian dan
pengukuran serta domain kognitif taksonomi Bloom. Kemudian menghuraikan
dan menjelaskan tentang konsep pengujian, penilaian dan pengukuran serta
domain kognitif taksonomi Bloom. Seterusnya, menghasilkan soalan berasaskan
JSU dan menulis refleksi.
2.0 KONSEP PENILAIAN, PENGUJIAN DAN PENGUKURAN
Penilaian dan pengukuran merupakan satu istilah yang biasa digunakan untuk
membawa maksud yang sama. Seorang guru haruslah mempunyai fahaman
yang jelas tentang maksud pengujian dan penilaian. Penilaian dan pengujian
juga sering kali melibatkan pengukuran. Sehubungan itu, pengujian, pengukuran
dan penilaian adalah saling berkaitan antara satu sama lain.
1
2.1 Konsep Penilaian
Penilaian merupakan suatu proses membuat keputusan yang sistematik
melibatkan pengenalpastian, pemerolehan dan pentafsiran maklumat
yang berguna bagi mempertimbangkan pilihan keputusan berasaskan
kepada sesuatu objektif pendidikan.
Dari sudut pengajaran dan pembembelajaran di sekolah, penilaian
juga boleh dikatakan secar ringkasnya sebagai satu proses sistematik
untuk menentukan sejauh mana objektif pengajaran dan pembelajaran di
dalam bilik darjah dicapai. Penilaian ini boleh dijadikan sebagai satu alat
penilaian supaya guru dapat memastikan sejauh mana kefahaman murid
terhadap pelajaran di kelas.
Menurut Azizi Ahmad & MOhd Isha Awang (2008) penilaian ialah
konsep yang digunakan dalam pelbagai bidang yang mempunyai
matlamat tersendiri. Hal ini bermakana, setiap guru mempunyai matlamat
tersendiri dalam setiap pengajaran yang ingin disampaiakn seperti
berharap objektif pengajaran tercapaiaku kepada yang lebih baik dan
sebagainya. Oleh itu, melalui penilaianlah guru dapat menilai adakah
matlamat mereka tercapai. Anggaran boleh dibuat sama ada matlamat
yang telah ditetapkan itu tercapai atau sebaliknya.
2.2 Konsep Pengujian
Menurut Azizi Ahmad & Mohd Isha Awang (2008) pengujian merupakan
proses penyerahan set soalan yang piawai yang perlu dijawab, atau satu
set instrument atau prosedur yang bersistem bagi mengukur sampel
tingkah laku atau perubahan seseorang individu atau murid.
2
Menurut Cronbach (1970), ujian ialah satu prosedur yang bersistem
untuk memerhatikan perilaku atau tigkah laku seseorang individu dan
membuat huraian dengan bantuan skala bernombor atau satu sistem
berkategori. Hasil setiap jawapan yang diberikan oleh murid, satu ukuran
iaitu market (skor) akan diberikan kepada individu berkenaan.
Seseorang guru dapat mengetahui sama ada murid telah
menguasai kemahiran yang dipelajari bermula dari peringkat persediaan,
diikuti peringkat pelaksanaanujian dan berakhir dengan pemeriksaan hasil
uijan.
Pengujian juga bermaksud memperolehi maklumat dengan cara
yang objektif dan bersistem. Contohnya, guru meminta murid meminta
mengisi borang biodata diri supaya guru dapat mengenal murid dengan
lenih dekat. Perkara ini boleh dikategorikan sebagai pengujian. Hal ini
juga menunjukkan pengujian merupakan satu proses mengaturkan satu
siri tugasan untuk diselesaikan supaya pemerhatian tepat dapat dibuat
tentang penguasaan murid dalam kemahiran yang dipeljari dalam kelas.
Uijian merupakan alat ukur. Ujian digunakan mengukur
‘penguasaan’ murid dalam sesuatu pelajaran. Ujian harus mempunyai
satu set tugasan berdasarkan kemahiran yang dipelajari bagi
merangasang murid untuk memperlihatkan tahap penguasaan mereka
dalam pelajaran tersebut. Contohnya, dalam pelajaran bahasa Melayu.
Guru memberikan satu set instrument yang berkaitan bahasa
Melayu kepada murid untuk menguji tahap penguasaan mereka. Sebagai
3
guru, kita perlu memastikan penilaian terhadap keberkesanan pengajaran
dan pembelajarn dapat dilakukan dengan sempurna dan boleh
dipertahankan. Satu daripada cara-cara memastikan ini boleh berlaku
ialah dengan menjalankan pengujian yang berkualiti.
2.3 Konsep Pengukuran
Pengukuran ialah pemberian angka kepada objek atau peristiwa mengikut
criteria tertentu dengan menggunakan satu skala yang ditetapkan. Secara
ringkasnya, pengukuran merupakan cara menggunakan nombor untuk
mewakili maklumat yang diperolehi dengan ringkas dan mudah.
Pengukuran juga membawa maksud yang lebih meluas berbanding
dengan pengujian. Hali ini bermakna, pengukuran bermaksud sebagai
satu proses mendapatkan penjelasan secara numeric atau melalui angka
tentang sebanyak mana individu atau murid-murid mempunyai ciri yang
diukur dengan menggunakan instrument dirujuk dalam definisi oleh Azizi
Ahmad & Mohd ISha Awang (2008).
Apabila seseorang murid itu , contohnya Ahmad mendapat
mendapat markah 70 peratus dalam bahasa Inggeris. Kita sebagai guru
tidak menyatakan prestasi Ahmad sama ada baik atau sebaliknya. Tetapi,
kita hanya mengukur sahaja tanpa penilaian. Sehubungan itu, pengukuran
hanyalah merupakan penentuan tahap atau status.
Pengukuran boleh dilakukan tanpa pengujian dan pengukuran juga
tidak bersifat mutlak. Contohnya, seseorang murid itu tidak boleh
dikatakan tidak me memahami pelajaran walaupun dia tidak mendapat
4
markah yang tinggi begitu juga sebaliknya. Oleh itu, seorang guru
mestilah menggunakan instrument yang tepat agar mendapat pengukuran
yang tepat..
3.0 DOMAIN KOGNITIF TAKSONOMI BLOOM
Taksonomi merupakan satu pengelasan. Kamus Dewan (2005) mentakrifkan
taksonomi sebagai satu kajian tentang prinsip, peraturan dan amalan dalam
pengelasan organisma hidup berdasarkan persamaan dan perbezaan sifat
organisma itu.Ia pertama kali disusun oleh Benjamin S.Bloom pada tahun 1956.
Domain pula bermaksud cabang. Kognitif pula merupakan satu aspek yang
berkaitan dengan pemikiran.
3.1 Aras-aras Taksonomi Bloom
Taksonomi Bloom membahagikan domain ini kepada enam aras iaitu aras
pengetahuan, kefahaman, aplikasi, analisis, sintesis, dan akhir sekali ialah
penilaian. Aras-aras tersebut pula terbahagi kepada 2 aras iaitu aras
rendah dan dan tinggi. Aras rendah ialah pengetahuan, kefahaman dan
aplikasi manakala aras tinggi pula ialah analisis, sintesis dan penilaian.
Aras-aras tersebut ditunjukkan dalam gambar rajah 1 di bawah.
5
Rajah 1: Aras-aras Taksonomi Bloom
Taksonomi Bloom penting dalam pembinaan soalan ujian kerana
setiap aras tersebut bermula dari peringkat mudah kepada peringkat yang
lebih mencabar bagi menggalakkan pelajar untuk berfikir.
3.1.1 Pengetahuan
Aras ini merupakan aras paling rendah dalam Taksonomi Bloom
dan aras yang amat mudah dalam soalan. Ia meliputi kebolehan
untuk mengingat kembali perkara-perkara khusus dan universal,
kaedah-kaedah dan proses, corak, struktur serta latar. Aspek
tingkah laku yang diutamakan dalam pada peringkat ini ialah aspek
daya ingatan untuk mengingat.
Aras pengetahuan juga terbahagi kepada tiga tahap iaitu
pengetahuan tentang sesuatu perkara yang khusus seperti yang
berkaitan dengan yang berbentuk perkataan atau simbol.
Contohnya simbol ‘’=’’ dalam Matematik bermasuk jumlah atau
sama dengan. Seterusnya ialah pengetahuan tentang cara
6
mengendalikan sesuatu seperti pengetahuan tentang proses, aliran
atau pemeringkatan, penjenisan, kriteria dan teknik atau prosedur
dalam menyelesaikan masalah. Selain itu, pengetahuan juga
terbahagi kepada pengetahuan tentang perkara yang bersifat
umum dan abstrak dalam sesuatu bidang, iaitu pengetahuan
mengenai sesuatu prinsip, teori dan struktur sesuatu perkara.
D
Jadual 1: Ciri-ciri soalan berdasarkan aras pengetahuan, kata tugas yang biasa digunakan, dan contoh soalan aras pengetahuan.
7
Ciri-ciri soalan berdasarkan aras pengetahuan
1. Menggunakan proses mental.
2. Memerlukan maklumat atau kandungan yang serupa dengan
pengajaran guru dan buku teks.
3. Soalan tidak memerlukan murid-murid mengolah isi dalam
bentuk baru.
4. Jawapan dapat ditentukan dengan mudah sama ada betul atau
salah.
Kata tugas yang biasa digunakan
Nyatakan, terangkan, namakan, labelkan, siapa, apa, di mana,
bila,definisi.
Contoh soalan aras pengetahuan
Isi tempat kosong dalam ayat di bawah dengan jawapan yang paling sesuai.
Amin ____________ basikal barunya ke sekolah.
A) memandu
B) menuntun
C) membonceng
D) menunggang
3.1.2 Kefahaman
Kefahaman merupakan aras rendah yang kedua selepas aras
pengetahuan. Ia juga merupakan aras pengelasan yang paling
rendah dalam penaakulan dan merujuk kepada kebolehan untuk
memahami dan menaakul bentuk-bentuk komunikasi serta boleh
menggunakan idea dengan betul. Dalam aspek pemahaman,
murid-murid akan mengubah bentuk pemahamannya dalam bentuk
tulisan, lisan atau simbol tertentu.
Pemahaman dibahagikan kepada tiga aspek iaitu kebolehan
menterjemah sesuatu yang melibatkan bentuk komunikasi diubah
kepada bentuk lain tanpa mengubah mesej asal komunikasi
tersebut. Contohnya membuat ringkasan daripada sebuah petikan
yang panjang.
Aspek pemahaman yang kedua pula ialah kebolehan
menginterpretasi pelbagai bentuk komunikasi apabila mesej
berkenaan dikemukakan dalam bentuk tersirat atau tersurat.
Setelah murid-murid faham terhadap sesuatu perkara, mereka
akan menterjemahkan apa yang difahami mengikut kefahaman
mereka sendiri. Contohnya setelah murid-murid melakukan
eksperimen bagi menguji adakah cahaya boleh mempengaruhi
proses fotosintesis. Setelah murid-murid mengetahui hasilnya,
mereka akan menterjemahkan kefahaman mereka dalam bentuk
jadual.
Seterusnya ialah aspek ekstrapolasi. Ekstrapolasi
bermaksud membuat anggaran atau aliran yang wujud daripada
8
komunikasi yang ditunjukkan. Contohnya murid-murid akan dapat
menyimpulkan apa yang akan terjadi sekiranya hujan lebat turun
berpanjangan.
9
Ciri-ciri soalan berdasarkan aras kefahaman
1. Menggunakan proses mental untuk memahami melalui langkah-
langkah seperti terjemahan, tafsiran dan ekstrapolasi.
2. Maklumat asas telah diberikan kepada murid.
3. Memerlukan objek, data, atau alat komunikasi yang lain untuk
diterjemah, ditafsir dan dilanjutkan.
4. Murid mengolah dan mengemukakan kefahaman mereka dalam
ayat mereka sendiri.
Kata tugas yang biasa digunakan
Huraikan, bandingkan, nyatakan, bezakan, nyatakan dalam ayat anda
sendiri, pilih, terangkan, tulis semula.
Contoh soalan aras kefahaman
Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat bergaris.
“ Jangan mandi di lombong itu”, larang ayah kepada abang.
A) Abang melarang ayah mandi di lombong itu.
B) Ayah memberitahu abang supaya mandi di lombong itu.
C) Ayah tidak membenarkan abang mandi di lombong itu.
D) Ayah menjangankannya mandi di lombong itu.
Jadual 2: Ciri-ciri soalan berdasarkan aras kefahaman, kata tugas yang biasa digunakan, dan contoh soalan kefahaman.
3.1.3 Aplikasi
Aplikasi merupakan aras ketiga dalam Taksonomi Bloom. Abu
Bakar Noordin (1986) mentakrifkan aplikasi sebagai penguasaan
ciri-ciri yang terdiri daripada konsep, prinsip, teori, hukum, prosedur
dan cara am dalam situasi khusus dan situasi umum. Pada
peringkat ini, murid-murid perlu menguasai ciri-ciri asas yang
terdapat pada aspek-aspek berkaitan agar mereka dapat
mengaplikasikan penggunaan sesuatu item dengan betul.
Contohnya, murid telah memahami faktor-faktor yang
mempercepat tempoh pengeringan. Oleh itu, bagi memastikan baju
yang dijemur cepat kering, mereka akan menjemur pakaian mereka
di kawasan yang berangin dan panas.
Soalan pada peringkat ini juga memerlukan murid
memahami, meneliti dan mengingat semula idea-idea daripada
kandungan teks, mengaitkannya dengan pengetahuan dan
pengalaman sedia ada seterusnya menggunakannya semula
dalam situasi baru yang berlainan daripada kandungan teks untuk
tujuan member huraian atau menyelesaikan masalah.
10
Bloom (1971) berpendapat murid akan dapat menguasai
peringkat aplikasi jika mereka dapat menyatakan alasan yang
munasabah untuk menyokong penggunaan dalam sesuatu situasi.
Selain itu juga, murid tersebut akan boleh menentukan sesuatu
tindakan atau keputusan dalam situasi baru menggunakan prinsip
dan generalisasi yang sesuai.
11
Ciri-ciri soalan berdasarkan aras aplikasi
1. Menggunakan proses mental aplikasi.
2. Soalan objektif memerlukan tiga frasa, iaitu kebolehan
menggunakan, prinsip atau generalisasi dan masalah atau
situasi baru.
3. Situasi soalan yang ditanya mestilah situasi baru dan tidak boleh
sama dengan situasi yang biasa berlaku dalam bilik darjah.
Kata tugas yang biasa digunakan
Gunakan, pilih, buat, kira, selesaikan, ramalkan, cari, bina alat.
Contoh soalan aras aplikasi
Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.
A) Cuaca pagi ini paling tercerah.
B) Air sungai yang keruh itu sangat cerah dan pekat.
C) Perutnya cerah apabila selalu lulus dalam ujian.
D) Kulit adik lebih cerah jika dibandingkan dengan abang.
Jadual 3: Ciri-ciri soalan berdasarkan aras aplikasi, kata tugas yang biasa digunakan, dan contoh soalan aplikasi.
3.1.4 Analisis
Peringkat analisis merupakan salah satu aras tinggi dalam
Taksonomi Bloom. Peringkat ini mempunyai fungsi tertentu dengan
membahagikan dan menentukan bahagian-bahagian kecil atau
unsur bagi sesuatu perkara yang dikemukakan atau dengan kata
lain sesuatu yang kompleks dipecahkan kepada struktur yang kecil.
Pada peringkat ini, seorang murid itu akan mampu menganalisis
maklumat yang diterima dan membahagikannya atau
menstrukturkan maklumat tersebut ke bahagian yang lebih kecil
untuk mengenali pola atau hubungannya.
Analisis terbahagi kepada tiga iaitu analisis unsur, analisis
perhubungan dan analisis prinsip organisasi. Analisis unsur
menentukan fungsi kenyataan yang terdapat dalam sesuatu
komunikasi. Bagi analisis perhubungan pula, ia menentukan
perhubungan unsur-unsur yang terdapat dalam pelbagai bentuk
bahagian komunikasi. Murid dikehendaki menentukan perkaitan
antara bukti atau hujah, bukti dengan hipotesis dan hipotesis
dengan kesimpulan. Seterusnya ialah analisis prinsip organisasi.
Analisis ini merupakan penyediaan sesuatu dengan tujuan,
pandangan, pendirian, dan sikap.
Menurut Bloom (1971), analisis mempunyai ciri-cirinya yang
tertentu. Antaranya ialah murid dapat mengelaskan perkataan,
frasa dan kenyataan dalam satu set dokumen. Selain itu, murid
12
juga dapat mengenalpasti kualiti tertentu atau sifat yang tidak
dinyatakan dengan jelas daripada petunjuk yang diperoleh. Di
samping itu juga, murid akan dapat menggunakan kriteria yang
relevan dan menyusun kriteria tersebut mengikut sebab dan akibat.
JJadual 4: Ciri-ciri soalan berdasarkan aras analisis, kata tugas yang biasa digunakan, dan contoh soalan analisis.
3.1.5 Sintesis
13
Ciri-ciri soalan berdasarkan aras analisis
1. Menggunakan proses mental analisis iaitu dengan
menganalisis sama ada analisis itu merupakan analisis
unsur atau analisis prinsip organisasi.
2. Situasi masalah mestilah baharu dan berbeza dengan apa
yang diajar oleh guru.
3. Situasi, dokumen atau bahan yang hendak dianalisis perlu
ada pada murid.
4. Soalan ini memerlukan pengetahuan yang kritis dan bukan
mengulang pengetahuan yang dipelajari.
Kata tugas yang biasa digunakan
Mengapa, kenapa, apakah faktor, buatkan rumusan, buktikan,
bezakan, pastikan, pilih, ramalkan, bandingkan, lakarkan.
Contoh soalan aras analisis
Terangkan kepentingan air kepada manusia dan benda hidup.
______________________________________________________
_
______________________________________________________
_
Aras tinggi yang kedua dalam Taksonomi Bloom ialah sintesis.
Sintesis merupakan penggabungan unsur dan bahagian supaya
komunikasi itu lebih berstruktur dan tersusun. Menurut Bloom
(1971), bentuk penghasilan sintesis adalah seperti menghasilkan
komunikasi unik dalam bentuk penulisan esei, puisi atau lukisan.
Sintesis terbahagi kepada tiga jenis iaitu peringkat
menghasilkan komunikasi yang unik dengan menumpukan
perhatian kepada aspek penyampaian dengan tujuan tertentu
seperti menghibur, menghuraikan, menarik minat atau
menunjukkan perasaan marah yang meluap-luap. Contohnya
seorang murid bercerita mengenai kisah binatang dengan nada
suara yang berbeza-beza bagi setiap watak dalam cerita tersebut.
Seterusnya ialah peringkat cadangan bagi menghasilkan
satu himpunan perlakuan dan yang terakhir ialah mengaitkan set
hubungan yang abstrak melalui analisis yang dilakukan terhadap
perkara yang dikemukakan. Murid juga dapat menggunakan data
dalam menghuraikan sesuatu dan dapat membuat andaian dalam
ayat mereka sendiri.
Menurut Bloom (1971), terdapat beberapa bentuk
penghasilan sintesis. Bentuk-bentuk tersebut ialah menghasilkan
komunikasi unik dalam bentuk penulisan esei, puisi atau lukisan,
menghasilkan perancangan atau set operasi yang dicadangkan,
dan akhir sekali ialah menghasilkan penerbitan atau satu set
hubungan abstrak seperti membuat hipotesis.
14
Jadual 5: Ciri-ciri soalan berdasarkan aras sintesis, kata tugas yang biasa digunakan, dan contoh soalan sintesis.
3.1.6 Penilaian
Peringkat penilaian merupakan paling tinggi dan peringkat terakhir
dalam Taksonomi Bloom. Peringkat ini memerlukan murid tahu
akan kriteria yang digunakan bagi menilai perkara yang berlainan.
15
Ciri-ciri soalan berdasarkan aras sintesis
1. Soalan perlu sesuai dengan proses mental sintesis.
2. Masalah, tugas atau situasi hendaklah baru kepada pelajar dan
berbeza dengan pengajaran guru di dalam bilik darjah.
3. Memberikan kebebasan kepada murid untuk menjawab sama
ada dari segi isi atau masa.
4. Hasil dinilai oleh “pengguna” seperti pembaca atau pemerhati.
5. Soalan tidak perlu terperinci kerana ia akan membataskan
kreativiti.
6. Bentuk soalan objektif dan esei memerlukan masalah untuk
diselesaikan dalam bentuk daya kreatif.
Kata tugas yang biasa digunakan
Ramalkan, hasilkan, tuliskan, cadangkan apa akan berlaku, bina,
susun, kembangkan.
Contoh soalan aras sintesis
Kamu telah mengikuti satu perkhemahan unit beruniform. Tuliskan sebuah catatan
mengenai perkhemahan unit beruniform yang telah kamu ikuti itu.
Murid perlu membuat pertimbangan tentang nilai bagi sesuatu
tujuan atau idea, hasil kerja, penyelesaian bahan, dan sebagainya.
Ciri-ciri soalan berdasarkan aras penilaian
1. Soalan menguji proses mental peringkat penilaian.
2. Situasi masalah mesti berbeza dengan pengajaran guru di dalam
bilik darjah.
3. Mutu penilaian boleh dibandingkan dengan penilaian pakar.
4. Soalan dibentuk oleh tiga bahagian iaitu apa yang hendak dinilai,
arahan tindak balas dan kriteria yang digunakan dalam penilaian
tersebut.
Kata tugas yang biasa digunakan
Pertimbangkan, taksirkan, tentukan, pertahankan, pilih, berikan alasan,
kritikan, buktikan.
Contoh soalan aras penilaian
Pilih jawapan yang betul bagi soalan di bawah.
I Berguni-guni padi telah musnah dalam kebakaran itu.
II Projek Sekolah Sihat telah dilancarkan ke seluruh Negara.
III Segala-gala persiapan Hari Anugerah Cemerlang dibiayai oleh ibu bapa.
IV Setiap orang rakyat harus menunjukkan kesetiaan mereka terhadap
negara.
A) I dan II sahaja.
B) III dan IV sahaja.
C) I, II dan III sahaja.
D) II, III dan IV sahaja.
Jadual 6: Ciri-ciri soalan berdasarkan aras penilaian, kata tugas yang biasa digunakan, dan contoh soalan penilaian.
4.0 JADUAL SPESIFIKASI UMUM (JSU)
16
Jadual Spesifikasi Umum (JSU) merupakan jadual yang menggambarkan ciri-ciri
sesuatu ujian dari segi kandungannya. JSU dikenali juga sebagai rancangan
persediaan item atau soalan di samping dikenali sebagai “ Test Blue Print” dan
“test Specification”.
Ujian dan penilaian ialah alat pengukuran yang mempunyai pelbagai
kegunaan di sekolah. Ujian boleh digunakan sebagai alat untuk mengesan
kelemahan murid-murid. Di samping itu, ujan juga boleh dijadikan sebagai
peramal kajayaan dalam aktiviti pembelajaran masa hadapan. Tambahan lagi,
ujian-ujian yang boleh digunakan untuk pemilihan murid bagi menempatkan
mereka di dalam kelas tertentu mengikut tahap pegetahuan mereka.
4.1 Prinsip-prinsip JSU
Bagi pemastian ujian dan penilaian itu menepati tugas dan fungsinya, ia
haruslah mempunyai prinsip-prinsip tertentu. Ujian haruslah mempunyai
prinsip seperti berikut:
4.1.1 Kandungan Ujian tentang topik-topik pelajaran.
Ujian perlulah mengandungi topik-topik pelajaran yang telah
dipelajari. Kandungan ujian merupakan kandungan ujian yang
paling penting dalam sesuatu ujian. Kadungan ujian akan mewakili
kandungan sukatan dan onjektif-objektif pembelajaran.
Kandungan ujian tentang topik-topik pelajaran menekankan
bahawa isi ujian perlu ditentukan seperti kandungan sukatan
pelajaran, penekanan yang diberi kepada tajuk-tajuk dalam sukatan
pelajaran, dan peringkat atau kategori objektif pelajaran bagi tiap-
tiap tajuk. Setiap ujian yang dibina hendaklah dititikberatkan
mengenai tajuk-tajuk yang berkaitan pengetahuan yang telah
dipelajari secara menyeluruh. Kita dapat simpulkan bahawa
17
pengetahuan dan kemahiran yang disenaraikan dalam JSU
haruslah berupa pengetahuan dan kemahiran yang terkandung
dalam sukatan pelajaran serta yang telah diajar di dalam bilik
darjah.
4.1.2 Aras Kemahiran yang mengikut taksonomi objektif
pendidikan.
Dalam ujian yang dibina, aras kemahiran yang diselitkan hendaklah
mengikut aras taksonomi bloom. Aras taksonomi bloom ini
terbahagi kepada enam peringkat iaitu pengetahuan, kefahaman,
aplikasi, analisis, sintesis,dan penilaian.
Penentuan aras-aras kemahiran untuk diuji bergantung
kepada mata-mata pelajaran, tajuk-tajuknya dan peringkat pelajar-
pelajar. Pada amnya, boleh dikatakan bahawa aras kemahiran
pengetahuan dan kefahaman adalah lebih ditekankan pada
peringkat sekolah rendah, manakala di sekolah-sekolah
menengah penggunaan dan penganalisaan memainkan peranan
yang lebih besar. Pada peringkat institut pendidikan guru, selain
daripada aplikasi dan analisis, aras sintesis dan penilaian adalah
ditekankan juga. Pada prinsipnya, untuk mencapai dan menguasai
kemahiran pada peringkat yang lebih tinggi, kemahiran asas atau
kemahiran sebelumnya perlulah dibina dahulu.
4.1.3 Pemberatan (%) pada kandungan aras kemahiran
berdasarkan lama masa mengajar dan kepentingan sesuatu
kemahiran itu diajar.
18
Bilangan item ujian bagi setiap topik dan kemahiran itu pula
ditentukan oleh jumlah masa yang diperuntukkan untuk
pengajarannya. Contohnya, jika topik 1 memerlukan dua minggu
untuk diajar dan topik 2 cuma memakan masa seminggu, maka
bilangan soalan bagi topik 1 seharusnya lebih banyak daripada
soalan topik 2.
Rajah 2:
Aras-aras Taksonomi Bloom
4.1.4 Bentuk ujian sama ada berbentuk objektif, esei, amali,
kertas kursus dan lain-lain.
JSU juga menetapkan bilangan soalan yang dikatakan senang,
sederhana dan susah dari segi aras kesukarannya. Aras
kesukaran soalan lebih kurang memadai aras kemahiran yang diuji,
mengikut taksonomi yang digunakan.
4.1.5 Bilangan item yang mengikut bentuk, kandungan dan aras
kemahiran.
19
Soalan aras pengetahuan biasanya adalah lebih mudah
berbanding dengan soalan aras kefahaman, aplikasi dan analisis
yang merupakan soalan sederhana. Manakala soalan yang
menguji kemahiran sintesis dan penilaian pula adalah merupakan
soalan yang susah. Namun begitu, aras kesukaran soalan ini
merupakan satu perkara yang relatif. Yakni, satu soalan yang
didapati senang bagi sekumpulan pelajar mungkin susah untuk
sekumpulan pelajar lain. Jadi, dalam ujian buatan guru, guru harus
membina soalan mengikut kebolehan pelajarnya.
4.1.6 Kepayahan atau kesukaran item yang berada dalam
lingkungan 20 % - 80%.
Setiap soalan dibina berdasarkan aras kepayahan atau kesukaran
item yang berada dalam lingkungan 20% hingga 80%. Soalan
yang dibina berdasarkan pemberatannya, akan menentukan
kedudukan soalan itu. Berikut merupakan rumus bagi menetapkan
bilangan item dalam sukatan :
Bilangan item = Jam Masa × Jumlah Soalan
Jam Masa Keseluruhan
4.2 Kepentingan JSU
JSU ini diwujudkan bukan hanya sekadar mencukupi syarat tetapi
terdapat sebab musabab mengapa JSU ini dibina. Bagi mengetahui
sebab pembinaan JSU ini, kita boleh melihat kepada kepentingan JSU
kepada semua penggubal soalan.
Pembinaan ujian berdasarkan JSU ini dapat mengelakkan daripada
membina ujian secara sembarangan. Di sampingitu, ia juga menjamin
20
kesahan isi kandungan sesuatu ujian. Hal ini kerana kesahan kandungan
isi merupakan kesahan paling pening bagi sesuatu ujian dalam bidang
pendidikan. Kesahan isi menegaskan setakat mana ujian tersebut
meliputi bidang pelajaran yang harus diuji. Kebiasaanya, ujian yang
mempunyai kesahan isi yang tinggi akan mencerminkan bahasa isi
kandungnya mempunyai sampel yang baik bagi mewakili kandungan
sukatan dan objektif-objektif pembelajaran.
Seterusnya, berdasarkan JSU penggubal soalan akan sedar untuk
menimbulkan rasa kepentingan topik-topik dan aras-aras kemahiran. Di
samping itu, penggubal soalan juga perlu menentukan perseimbangan
antara topik-topik dengan aras-aras kemahiran yang diuji. JSU banyak
memberi panduan untuk membentuk format ujian. Tambahan lagi, JSU
juga memberi panduan untuk membentuk soalan. Lantas, menstabilkan
taraf serta aras kesukaran ujian dari setahun ke setahun. Justeru, JSU ini
juga mengambil kira bilangan masa yang diperuntukkan untuk sesuatu
topik. Apabila terdapatnya JSU, penggubal dapat mebuat perbandingan
dibuat antara satu ujian dengan ujian yang lain.
4.3 Langkah-langkah Pembinaan
Dalam pembinaan JSU, empat langkah utama yang harus dititikberatkan
iaitu:
4.3.1 Tentukan topik kandungan
Antara aspek-aspek yang dikaji antaranya ialah skop dan
kedalaman pengajaran bagi sesuatu tajuk. Di samping itu,
pendekatan yang telah diambil dalam pengajaran sesuatu tajuk
juga perlu diberi keutamaan bagi membentuk soalan. Seterusnya,
perbandingan di antara satu tajuk dengan tajuk-tajuk lain amat
penting bagi menentukan bilangan soalan bagi setiap tajuk.
Kompleksiti sesuatu tajuk serta masa pengajaran yang
diperuntukkan bagi sesuatu tajuk juga perlu diambil berat.
21
Jadual 1 : Senarai tajuk dan masa belajar
4.3.2 Menentukan soalan yang ingin dibina
Seterusnya, kita harus menentukan soalan yang akan dibina iaitu
soalan objektif sebanyak 30 soalan. Jumlah soalan bagi setiap
topik dikira berdasarkan rumus di bawah:
Bilangan item = Jam Masa × Jumlah Soalan
Jam Masa Keseluruhan
4.3.3 Tentukan model aras kesukaran
Bagi menentukan JSU, kebiasaannya menggunakan taksonomi
objektif pendidikan Bloom. Objektif pendidikan Bloom terdiri
daripada tiga domain iaitu kognitif, afektif dan psikomotor. Dalam
22
Bil Tajuk-tajuk Pengajaran dan Pembelajaran Masa
Belajar
1.1 Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu 5
• Asal usul BM, BM sebelum merdeka, dan
selepas merdeka
1.2 Linguistik BM 15
• Pengenalan linguistik
Definisi, Sejarah , Linguistik, Diskriptif
1.3 Fonologi 20
• Definisi, alat artikulasi, cara penghasilan
• Fonem segmental
• Fonem suprasegmental
Jumlah 40
pembentukan ujian, kita merujuk kepada Domain Kognitif. Domain
kognitif telah dijelaskan arasnya dari aras mudah sehinga kepada
sukar. Berikut merupakan Domain kognitif beserta aras:
4.3.4 Jenis ujian
Bagi menyediakan ujian, perkara yang harus dititikberatkan adalah
kita harus menentukan jenis ujian yang akan diuji. Guru perlu
memastikan ujian yang hendak dibina itu sama ada ujian objektif,
ujian struktur, ujian esei, dan lain-lain.
4.3.5 Menentukan bilangan soalan.
Kita harus menentukan bilangan soalan bagi setiap komponen
ujian sama ada ujian objektif, ujian struktur, ujian esei, dan lain-lain.
Penentuan bilangan ujian perlulah mengikut aras kesukaran soalan
iaitu dari soalan mudah kepada soalan sukar.
Bil Bidang/Topik/Topik Kecil Masa Belajar Anggaran
Jumlah Item
Jumlah Item
1.1 Sejarah Perkembangan
Bahasa melayu
5 5 x 32
40
4Asal usul BM, BM sebelum
merdeka dan selepas
merdeka
1.2 Linguistik BM
- Pengenalan linguistik
23
15
5 x 32
40 12
- Definisi, Sejarah,
Linguistik Diskriptif
1.3 Fonologi
20 20 x 32
40
16
Definisi, alat artikulasi,
cara penghasilan
Fonem segmental
Fonem
suprasegmental
Jumlah 40 32
Jadual 7 : Bilangan soalan mengikut topik
4.3.6 Pemarkahan
Akhir sekali, perkara yang perlu dinilai ialah prestasi murid-
muridnya dalam menghujah sesuatu fakta dengan mengunakan isi
dan bahasa yang berkesan. Skim pemarkahan amatlah penting
dalam menilai ujian. Markah bagi setiap item perlu ditetapkan
seperti contoh 1 markah bagi setiap item.
4.4 Jenis Ujian
24
Jenis ujian yang biasa dijalankan dalam bilik darjah terbahagi kepada dua
iaitu ujian objektif dan ujian subjektif. Ujian objektif hanya memerlukan
murid menandakan jawapan pada kertas soalan sahaja manakala ujian
subjektif pula memerlukan murid menulis jawapan pada ruangan yang
disediakan. Penilaian ini bertujuan untuk menumpukan kemajuan dan
penguasaan murid terhadap pembelajaran berdasarkan objektif-objektif
pelajaran itu.
4.4.1 Ujian Objektif
Ujian ini terdiri daripada soalan yang memerlukan jawapan yang
pendek sahaja. Jawapan bagi soalan ini adalah terbatas dan murid
hanya boleh memilih jawapan daripada beberapa pilihan jawapan
yang diberikan.
Dalam pemeriksaan jawapan bagi ujian objektif, jawapan
bagi setiap soalan telah disediakan dan pemeriksa tidak boleh
untuk membuat pertimbangan sendiri terhadap jawapan yang
diberikan oleh murid. Justeru itu, pemeriksa yang tidak mempunyai
pengetahuan terhadap subjek yang diperiksa juga boleh
menyemak kertas jawapan murid.
Terdapat ciri penting dalam item ujian objektif. Ciri tersebut
ialah setiap item itu hanya tertumpu kepada pengetahuan atau
kemahiran. Item itu adalah spesifik dan tidak menguji banyak
perkara sekaligus dan dirangka secara berstruktur bagi
memudahkan calon untuk menjawabnya.
Ujian objektif terbahagi kepada dua bentuk iaitu jenis item
respon bebas (gerak balas bebas) dan jenis item tetap (gerak balas
tetap). Bagi gerak balas bebas, item ini hanya memerlukan calon
25
memberikan jawapan yang pendek sahaja manakala bagi item
tetap pula memerlukan calon memilih salah satu jawapan yang
diberi.
4.4.2 Ujian Subjektif
Ujian ini juga dikenali sebagai ujian esei atau ujian bertulis. Bagi
soalan ini, calon dikehendaki menulis jawapan dalam ayat mereka
sendiri pada ruangan yang disediakan. Bagi pemeriksa yang
memeriksa jawapan calon, pemeriksa tersebut perlu teliti dalam
menyemak dan memberi markah kepada jawapan calon
berdasarkan kriteria yang telah ditentukan.
Bagi soalan ini, calon bebas memilih, merancang,
menceritakan atau membentangkan hujah, idea dan isi dalam ayat
mereka sendiri semasa menjawab soalan. Seperti ujian objektif,
ujian subjektif juga terbahagi kepada dua iaitu jenis respons (gerak
balas) terhad dan jenis respons lanjutan.
Jenis respons terhad hanya meminta calon memberikan
jawapan pendek sahaja bagi setiap soalan yang dikemukakan.
Kata kunci yang biasa digunakan ialah tuliskan, nyatakan, berikan,
senaraikan, dan takrifkan. Bagi respons lanjutan pula member
kebebasan kepada calon untuk menulis sebarang jawapan yang
difikirkan tepat. Kata tugas yang biasa digunakan ialah seperti
huraikan, terangkan, bezakan, tafsirkan, atau tulis sebuah
karangan.
26
4.5 Jenis Penilaian
Terdapat enam jenis penilaian dalam bilik darjah. Jenis-jenis penilaian
tersebut ialah melalui ujian formatif, ujian sumatif, ujian kefasihan, ujian
kemajuan, ujian bakat dan ujian pencapaian.
4.5.1 Ujian Formatif
Ujian Formatif merupakan ujian yang dijalankan oleh guru setiap
kali selepas proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Ia
bertujuan untuk menguji kefahaman murid-murid terhadap
pengajaran guru. Ujian ini merupakan satu pentaksiran yang
sistematik kerana maklumat daripada ujian ini dapat digunakan
terus oleh guru untuk membantu guru merancang objektif
pembelajarannya dan mengesan kelemahan murid-murid. Selain
itu, guru juga boleh menyediakan satu ujian penguasaan (mastery
test) yang pendek bagi mendapatkan maklumat yang menunjukkan
penguasaan murid terhadap apa yang diajar oleh guru.
Penilaian formatif boleh dijalankan secara informal melalui
latihan dan pemerhatian. Jika penilaian ini mahu dilakukan secara
formal, ia perlu melalui beberapa langkah. Langkah-langkah
tersebut ialah menentukan unit atau topik pembelajaran yang
dinilai, menetapkan peringkat pencapaian yang dikehendaki,
menyenaraikan perkara-perkara yang akan diuji dalam unit itu dan
membetulkan item ujian.
4.5.2 Ujian Sumatif
Ujian sumatif merupakan penilaian keseluruhan satu proses
pengajaran dan pembelajaran. Matlamat ujian ini adalah untuk
27
menguji sejauh mana objektif pengajaran telah dicapai dan
skopnya juga meliputi sebahagian besar perkara dan kemahiran
yang dipelajari. Ujian ini juga dijalankan secara formal.
Antara contoh ujian sumatif ialah seperti peperiksaan
penggal dan tahunan sekolah, Ujian Pencapaian Sekolah Rendah
(UPSR), Penilaian Menengah Rendah (PMR), dan Sijil Pelajaran
Malaysia (SPM). Item ujian hendaklah menyeluruh dan aras
soalannya disusun dari mudah kepada susah mengikut aras
Taksonomi Bloom. Ujian sumatif dibuat bertujuan untuk
menggredkan pelajar mengikut taraf kedudukan mereka dalam
pencapaian pembelajaran dan menentukan taraf pensijilan.
4.5.3 Ujian Kefasihan
Untuk kefasihan digunakan untuk menentukan tahap sejauh mana
seseorang murid itu dapat mengetahui dan menguasai sesuatu
bahasa secara keseluruhan. Selain itu ia juga digunakan untuk
menempatkan seseorang dalam kumpulan pembelajaran yang
sesuai dengan pengetahuan dan kebolehan mereka.
Namun begitu ujian kefasihan berbeza dengan ujian
pencapaian kerana ujian kefasihan tidak berpandukan kepada
sesuatu isi pelajaran sebaliknya menilai kebolehan keseluruhan
terhadap bahasa yang dipelajari murid. Terdapat beberapa aspek
yang dinilai dalam ujian ini.
28
Antara aspek-aspek penilaian tersebut ialah dari segi
penyebutan dan pengucapan sesuatu bahasa dengan betul dan
jelas. Selain itu, aspek intonasi dan penggunaan nada yang
sesuatu semasa berkomunikasi juga dinilai. Di samping itu,
pemilihan ungkapan yang betul, ekspresi mimik muka yang dapat
membayangkan sesuatu maksud dengan jelas, dan posisi tubuh
badan yang betul serta pergerakan mata juga akan diberi penilaian.
4.5.4 Ujian Kemajuan
Ujian Kemajuan digunakan di dalam bilik darjah dan hanya akan
dinilai oleh guru kelas. Selain itu, ujian ini bertujuan untuk
mengukur dan menilai sejauh mana seseorang murid itu telah
menguasai topik satu-satu pelajaran. Namun begitu, ujian ini juga
perlu berpandukan kepada objektif pengajaran, program
pembelajaran yang telah diikuti oleh murid dan pengetahuan yang
ingin diuji. Hasil daripada ujian ini membolehkan guru mengetahui
dengan lebih lanjut mengenai kemajuan setiap murid dan juga
kemajuan darjahnya secara keseluruhan.
4.5.5 Ujian Bakat
Ujian bakat digunakan untuk mengelas individu kepada kumpulan
mengikut kebolehan setelah individu tersebut dipilih ke dalam
kursus yang sama. Ujian bakat juga boleh diguankan untuk
mendiagnos masalah pelajar. Contohnya guru tersebut boleh
menjalankan Ujian Kesediaan kepada pelajar tersebut bagi
menentukan sama ada pelajar tersebut telah menguasai
kemahiran membaca, menulis dan mengira. Jika tidak, guru
tersebut akan menjalankan pemulihan ke atas murid itu.
29
Selain itu, terdapat juga beberapa jenis ujian bakat yang
spesifik yang digunakan untuk menguji pelbagai jenis kemahiran
seperti bakat seni lukis, muzik, kreativiti, perkeranian dan
mekanikal. Contohnya seperti Minnesota Clerical Test yang
digunakan untuk memilih pegawai kerani manakala Minnesota
Assembely Test pula menguji kebolehan calon untuk memasang
kembali tiga puluh tiga objek mekanikal dalam masa yang terhad.
Salah satu ujian bakat yang sesuai dijalankan di peringkat
sekolah rendah ialah ujian Metropolitan Readiness Tests.ujian ini
bertujuan untuk mengenalpasti kelemahan-kelemahan murid dalam
menguasai kemahiran membaca. Menurut Sax (1974), ujian ini
mengandungi enam sub ujian. Sub-sub tersebut ialah makna
perkataan, pendengaran, pemadanan, abjad, nombor, dan
menyalin.
Terdapat dua kaedah ujian bakat dapat dijalankan dalam
membuat keputusan pemilihan. Kaedah-kaedah tersebut ialah
kaedah komposit dan kaedah penentu.
4.5.5.1 Kaedah Komposit
Melalui kaedah ini, calon diberi beberapa ujian bakat yang
ingin diuji yang berkaitan dengan beberapa kriteria. Markah
bagi semua ujian itu akan dijumlahkan. Dengan itu,
pemilihan calon boleh dibuat mengikut markah yang
diperoleh tadi.
30
4.5.5.2 Kaedah Penentu
Berbeza dengan kaedah komposit, markah yang diperoleh
individu adalah berasingan bagi setiap sub ujian. Individu
akan dipilih berdasarkan markah sub ujian yang diperoleh
dan bukan bepandukan markah keseluruhan.
4.5.6 Ujian Pencapaian
Ujian ini digunakan bagi menilai tahap pengetahuan, kemahiran,
dan kecekapan semasa. Ujian pencapaian akademik berbeza
daripada ujian bakat akademik iaitu dari segi tujuan dan kaedah
pengesahan.
Ujian bakat diberi kepada calon sebelum calon dipilih dan
ditempatkan manakala ujian pencapaian diberi sesudah murid
menerima pengajaran guru. Selain itu juga, ujian bakat dan ujian
pencapaian juga berbeza kegunaannya. Ujian pencapaian
akademik digunakan untuk mengukur pengetahuan yang diperoleh
daripada pembelajaran formal manakala ujian bakat akademik juga
digunakan untuk mengukur pengetahuan dan tingkah laku yang
tidak diajar secara formal.
Ujian prestasi pula digunakan untuk menilai setakat mana
seseorang itu dapat melakukan sesuatu perkara. Ujian ini tidak
boleh diketahui oleh calon. Ujian ini boleh dilakukan melalui
pemerhatian atau laporan kendiri. Pemerhatian boleh dibuat
semasa diberi tugas seperti perbincangan dalam kumpulan dan
sebagainya.
31
Melalui kaedah laporan kendiri juga maklumat mengenai
personaliti seseorang juga dapat diperoleh. Ini kerana seseorang
itu sentiasa menilai dirinya sendiri melalui soal selidik tetapi
seseorang individu itu perlu jujur dalam melakukan ujian ini bagi
mendapatkan keputusan ujian yang tepat.
5.0 SOALAN TATABAHASA TAHUN 3
(RUJUK LAMPIRAN A)
6.0 RUMUSAN
Dalam penilaian, JSU memainkan peranan yang penting. Individu-individu yang
berkaitan dengan ujian seperti calon, pendidik yang mengajar dan ibu bapa
mempunyai hak dalam maksud kata sebenarnya menolak sesuatu ujian tersebut
jika diragukan kesahannya. Justeru, data-data yang terhasil daripada ujian
sedemikian tidak layak digunapakai untuk tujuan pemilihan, pengkelasan atau
bimbingan. Konkulsinya, penekanan yang wajar terhadap objektif pembelajara,
dan prosedur penilaian perlu dititikberatkan.
7.0 REFLEKSI
(RUJUK LAMPIRAN B)
32