Upload
abdul-rahim-agus
View
259
Download
4
Embed Size (px)
DESCRIPTION
pengenalan kepada anatomi dan fisiologiperingkat-peringkat selular, kimia dan tisu
Anatomi & Fisiologi
Dibentangkan oleh:
Abdul rahim agus
PJM3106
DefinisiAnatomi dan
Fisiologi
Anatomi dan fisiologi
Definisi Anatomi Anatomi berasal daripada perkataan Greek
yang bermaksud “memotong atau
membelah anggota badan”.
Anatomi ialah bidang sains yang berkaitan
dengan struktur tubuh manusia. Anatomi
juga dikenali sebagai morfologi atau sains
bentuk.
Konsep Asas
Anatomi merangkumi bebarpa subdisiplin
seperti anatomi kasar dan mikroskopik.
“Anatomi kasar” mengkaji struktur
tubuh yang dapat dilihat dengan mata
kasar. Cth: paru-paru, otot, dsb.
“Anatomi mikroskopik” (histologi) ialah
kajian tisu dengan bantuan mikroskop.
Anatomi kasar terbahagi kepada:
Konsep Asas
1) Anatomi kawasan (regional)
Semua struktur badan dalam bahagian atau kawasan
tubuh yang dikaji secara berkumpulan. Sebagai
contoh, anatomi bahagian abdomen atau kepala.
2) Anatomi bersistem (systemic)
Semua organ yang mempunyai fungsi yang ada
kaitan antara satu sama lain akan dikaji secara
bersama. Pendekatan anatomi bersistem ini sesuai
bagi melihat hubungkait antara struktur dan
fungsinya.
Konsep Asas
3) Anatomi permukaan (surface)
Kajian ini melibatkan struktur –
struktur tubuh yang dapat dilihat dan
dirasa pada permukaan tubuh.
Konsep Asas
Definisi Fisiologi
Anatomi berkait rapat dengan fisiologi
iaitu disiplin yang mengkaji fungsi
struktur tubuh badan. Sebagai contoh,
tulang-tulang kaki yang panjang dan
tebal seperti femur, tibia dan fibula
dapat menyokong berat badan kita.
Konsep Asas
Sistem Tubuh Badan
Sistem Tubuh Badan
Sistem Tubuh Badan
Sistem Integumentari
Komponen utama
Fungsi
KulitRambutKukuKelenjar peluh
• Melindungi dan mengelakkan kecerdaan pada tisu-tisu dalaman.
• Pembalut luar tubuh• Sintesis vitamin D• Peka kepada rangsangan
sakit, sejuk, panas, tekanan dan sentuhan.
• Mengkumuhkan air, asid urik dan lebihan garam mineral.
Sistem Tubuh Badan
Sistem Tubuh Badan
Struktur kulit
Struktur kuku
Sistem Tubuh Badan
Sistem Rangka
Komponen utama
Fungsi
Tulang rangkaKartilejLigamen sendi
• Memberi dan mengekalkan bentuk badan
• Menyokong berat badan• Melindungi organ-organ
dalaman.• Tuas untuk pegerakan badan• Lokasi pembentukan sel
darah merah dan putih serta platelet dalam sum-sum tulang.
• Lokasi pelekatan tulang.
Sistem Tubuh Badan
Sistem Rangka
Sistem Tubuh Badan
Sistem Otot
Komponen utama
Fungsi
Otot rangka • Menghasilkan lokomotor• Mengekalkan postur badan• Menghasilkan haba melalui
aktiviti sel di dalam otot• Mempamerkan ekspresi
muka• Menstabilkan sendi.
Sistem Tubuh Badan
Sistem Otot
Sistem Tubuh Badan
Sistem Saraf
Komponen utama
Fungsi
OtakSaraf tunjangSaraf periferiReseptor
• Sistem kawalan tindak balas pantas badan
• Mengesan, menerima dan bergerak balas terhadap rangsangan yang diterima.
• Menyimpan maklumat.
Sistem Tubuh Badan
Sistem Saraf
Sistem Tubuh Badan
Komponen utama
Fungsi
Kelenjar:- Tiroid- Pituitari- Adrenal- Pankreas
• Kelenjar merembeskan hormon untuk menyelaraskan dan mengawal atur proses fungsi tubuh seperti pertumbuhan, reproduktif dan metabolisma.
• Mengubahsuai aktiviti sistem organ-organ yang lain dengan bertindsak balas secara perlahan terhadap struktur atau persekitaran.
Sistem Endokrin
Sistem Tubuh Badan
Sistem Saraf
Sistem Tubuh Badan
Komponen utama
Fungsi
JantungDarahSalur darah
• Jantung mengepam darah• Darah merupakan
pengangkutan utama badan dengan membawa hormon, nutrien dan oksigen ke seluruh badan serta bahan kumuh seperti karbon dioksida ke sistem respiratori
• Salur darah menyerap oksigen dari paru-paru ke jantung secara resapan
Sistem Kardiovaskular
Sistem Tubuh Badan
Sistem Tubuh Badan
Komponen utama
Fungsi
Nodus limfaPembuluh limfatikDuktus torasikTimus
• Rumah kepada sel darah putih yang menjadi sistem pertahanan badan
• Menghasilkan limfosit• Mengangkut bahan kumuh
dari tisu ke sistem darah untuk diuraikan oleh hati.
Sistem Limfatik
Sistem Tubuh Badan
Sistem Tubuh Badan
Komponen utama
Fungsi
Rongga hidungFarinksLarinksBronkiolParu-paru
• Membekalkan oksigen ke dalam darah danmengkumuhkan karbon dioksida
• Pertukaran gas oksigen dan karbon dioksida antara paru-paru
• Mengekalkan keadaan dan persekitaran dalaman tubuh yang stabil (homeostasis)
Sistem Respiratori
Sistem Tubuh Badan
Sistem Tubuh Badan
Komponen utama
Fungsi
Rongga mulutEsofagusPerutUsus besarUsus kecilRektumIleumHati
• Memecahkan makanan kepada unit-unit kecil yang boleh diserap oleh darah
• Makanan yang tidak dicernakan dikumuhkan dalam bentuk najis
Sistem Pencernaan
Sistem Tubuh Badan
Sistem Tubuh Badan
Komponen utama
Fungsi
GinjalPundi kencingUreter Uretra
• Menyingkirkan bahan kumuh nitrogen dari badan
• Mengawal air dan eletrolit• Mengawal keseimbangan
asid-bes dalam darah
Sistem Urinari
Sistem Tubuh Badan
Sistem Tubuh Badan
Komponen utama
Fungsi
TestisPenisPundi postatSkrotumVasikel semen
• Menghasilkan zuriat• Testis menghasilkan sperma
dan hormon seks lelaki• Duktus dan kelenjar
membantu menyalurkan sperma ke trek reproduktif wanita.
Sistem Reproduktif (lelaki)
Sistem Tubuh Badan
Sistem Tubuh Badan
Komponen utama
Fungsi
OvariTiub fallopioUterusVagina
• Ovari menghasilkan telur dan hormon seks wanita
• Uterus merupakan lokasi persenyawaan antara sperma dan ovum dalam perkembangan janin semasa kehamilan
Sistem Reproduktif (wanita)
Sistem Tubuh Badan
Peringkat Kimia, Selular dan Tisu
Organisma
Peringkat
Kimia ialah bidang sains yang mengkaji jasad
yang kecil serta interaksinya.
Bidang ini adalah penting kerana setiap unit
jasad adalah terdiri daripada bahan kimia.
Contohnya, air adalah dibentuk melalui
penggabungan satu ato oksigen dan dua atom
hydrogen. Garam masak pula adalah daripada
natrium dan klorin
Pengenalan
Pengenalan
Peringkat Kimia
Atom
Unsur (elemen)
Kompaun
(sebatian)
Molekul
Elektrolit
Karbohidrat
Lipid
Protein
Peringkat Kimia
Kimia Utama Dalam Badan
Atom adalah satu struktur yang asas untuk
membina sesuatu bahan kimia.
Setiap atom mempunyai elektron bercas negatif,
proton bercas positif dan neutron yang neutral.
Atom boleh dibezakan antara satu sama lain
dengan bilangan subatomnya iaitu elektron,
proton dan neutron yang terkandung dalam
suatu atom.
Peringkat Kimia
Atom
Peringkat Kimia
Atom Hidrogen Atom Hellum
Bilangan proton sentiasa diimbangi dengan
bilangan elektron yang sama supaya
sesuatu atom adalah sentiasa bercas
neutral (tidak bercas).
Dalam tindak balas kimia, sesuatu atom
boleh kehilangan proton ataupun elektron
dan seterusnya menjadi atom yang bercas
positif atau negatif.
Peringkat Kimia
Peringkat Kimia
Unsur (elemen) Unsur pula merujuk kepada jenis atom iaitu nama
bagi sesuatu atom.
Unsur-unsur kimia telah diatur ke dalam jadual
berkala mengikut sistem elektron dan petalanya.
Hasilnya, atom-atom yang berlainan jenis
mempunyai nama yang unik seperti hidrogen,
oksigen, bromin, nitrogen dsb.
Unsur-unsur hendaklah selalu dalam keadaan yang
neutral kerana unsur yang bercas akan
mengelirukan.
Peringkat Kimia
Peringkat Kimia
Sebatian ialah satu kumpulan unsur yang
digabungkan secara ionik apabila satu unsur
kehilangan elektron (bercas positif) dan satu
lagi menerima elektron (bercas negatif).
Contoh sebatian ialah seperti NaCI, KNO3,
Fe(NO3)2 dan sebagainya.
Sebatian berperanan membekalkan elektrolit
(cecair yang bercas) untuk mengimbangi caj-caj
dalam cecair badan.
Kompaun (sebatian)
Peringkat Kimia
Sebatian Natrium Klorida
Peringkat Kimia
Dalam air, molekul tidak terlarut dan tidak
membentuk ion kerana sifat kimia adalah
berlainan dengan air (air merupakan
molekul yang berkutub).
Molekul boleh wujud dalam cecair apabila ia
dileburkan atupun larut dalam pelarut
organik yang bersifat kovalen.
Contoh molekul adalah seperti CCl4, O2,
Cl2, H2 dsb.
Molekul
Peringkat Kimia
Molekul Hemoglobin
Peringkat Kimia
Ion yang terhasil apabila sesuatu campuran
terlarut dalam air akan membentuk
elektrolit yang berupaya membawa elektrik.
Dalam biokimia, elektrolit dalam cecair
badan berfungsi untuk memekatkan /
mencairkan kandungan cecair badan.
Elektrolit
Kehadiran ion yang tinggi akan
memekatkan cecair dan seterusnya
mengawal tekanannya seperti dalam darah.
Ion-ion dalam elektrolit juga penting dalam
menolong proses- proses lain seperti
penghadaman yang memerlukan faktor
sampingan dan sebagainya.
Individu yang muntah dan cirit-birit
berlebihan boleh mengakibatkan kehilangan
ion yang berlebihan dan badan akan
menjadi lemah.
Peringkat Kimia
Peringkat Kimia
Elektrolit
Larutan Elektrolit
Peringkat Kimia
Ia adalah sejenis makanan organik yang
larut dalam pelarut organik kerana
kehadiran banyak ikatan kovalen antara
unsur-unsur C, H, dan O.
Dalam perkataan harian, karbohidrat adalah
gula. Namun, dalam istilah biokimia,
karbohidrat adalah sukrosa, maltosa,
glukosa, fruktosa dsb.
Karbohidrat
Kesemua gula ini akan dicernakan dalam
sistem pencernaan supaya menjadi unit
yang lebih kecil iaitu glokosa untuk diserap
oleh sel.
Kekurangan glukosa dalam darah bermakna
seseorang tidak mempunyai tenaga yang
mencukupi untuk meneruskan proses dalam
badan.
Kesannya, individu tersebut akan pitam dan
pengsan.
Nasi, roti, dan gandum merupakan sumber
karbohidrat yang utama.
Peringkat Kimia
Peringkat Kimia
Karbohidrat
Sistem Pencernaan
Lipid adalah lemak yang diperlukan untuk
melindungi badan kita.
Ia berfungsi sebagai penebat bawah kulit
untuk melindungi badan daripada kesejukan.
Ia juga bertindak sebagai minyak pelincir
untuk mengelakkan geseran antara organ
semasa bergerak.
Lipid juga merupakan komponen yang
penting dalam membentuk sel membran.
Lipid
Peringkat Kimia
Peringkat Kimia
Peringkat Kimia
Protein adalah sumber yang penting dalam
membina otot-otot badan.
Ia adalah unsur yang penting semasa
pertumbuhan dari peringkat kanak-kanak
ke dewasa.
Protein biasanya diambil dari daging-daging
seperti ayam, lembu, ikan, soya dsb.
Protein
Peringkat Kimia
Peringkat Selular
Sistem Sel Sebagai Unit Asas Hidup
Sel adalah unit yang paling asas untuk
kesemua benda hidup kerana ia mempu
menjalankan semua proses hidup seperti
bernafas, berkumuh, makan, bertumbuh dan
membiak.
Dalam biologi, sel dibezakan sebagai sel
haiwan dan sel tumbuhan.
Perbezaan utama antara kedua-dua sel
tersebut adalah kehadiran sel dinding dan
kloroplas.
Peringkat Selular
Peringkat Selular
Struktur Membran dan Fungsinya Dengan mikroskop elektron membran sel
kelihatan tersusun dari dua lapisan dengan ketebalan antara 7.5 hingga 8 nanometer
Membran plasma juga dikenali sebagai membran sel
Membran plasma mempunyai selaput nipis, kenyal, dan separa telap. Ia terbina daripada dua lapisan fosfolipid dan protein.
Fosfolipid mempunyai bahagian kepala berkutub yang bersifat hidrofilik (tertarik kepada air) dan bahagian ekor tidak berkutub yang hidrofobik (tidak tertarik kepada air).
Peringkat Selular
Peringkat Selular
Molekul protein dan fosfolipid tidak statik tetapi boleh bergerak bebas. Sifat ini menyebabkan membran plasma mempunyai sifat bendalir
Protein mempunyai tugas-tugas khusus seperti membantu pengangkutan molekulmolekul merentasi membran sel.
Tugas membran sel ialah memisahkan sitoplasma daripada bahagian luar sel (yang umumnya terdiri daripada cecair ekstrasel), ia juga membekalkan sistem pengangkutan untuk sebahagian bahan-bahan supaya dapat masuk ke dalam sitoplasma.
Peringkat Selular
Pergerakan bahan melalui Membran Sel
Pengangkutan pasif Pengangkutan aktif
Peringkat Selular
Pengangkutan Pasif
Pengangkutan pasif ialah bentuk
pergerakan molekul yang tidak
memerlukan tenaga apabila merentasi
membran sel dan halaju pergerakan
bergantung kepada kecerunan kepekatan
disebalik sempadan membran tersebut.
Peringkat Selular
Peringkat Selular
Bentuk pengangkutan pasif:
- Resapan mudah
- Resapan berbantu melalui terusan
protein
- Resapan berbantu melalui
perlekapan
- osmosis
Peringkat Selular
Resepan mudah
- Antara bahan-bahan yang merentasi
membran plasma melalui resapan mudah
ialah air, gas dan molekul yang telap lipid.
Melalui cara ini, pergerakan bahan
berkenaan adalah mengikut arus (‘pasif’).
Kadar pergerakan resapan bergantung
pada kecerunan kepekatan/tekanan/cas
bahan berkenaan
Peringkat Selular
Resapan berbantu melalui protein
terusan
- Bahan-bahan yang telap air, seperti ion
(K+, Na+, Ca2+) asid amino dan
monosakarid tidak dapat melepasi
dwilapisan fosfolipid ini. Ia memerlukan
suatu mekanisma bantuan untuk
membawanya melepasi membran.
Bantuan ini didapati daripada protin
terusan yang terdapat secara berselerak
terbenam dicelahcelah struktur membran.
Peringkat Selular
Resapan berbantu melalui perlekapan
pada protein pembawa
- Protein pembawa yangterdapat pada
membran mempunyai tapak pelekap untuk
bahan-bahan tertentu seperti asid amino,
gula dan protin yang kecil. Bahan-bahan
tersebut akan melekapkan diri pada pada
protin pembawa. Protein pembawa, yang
mulanya bertukar bentuk, akan balik semula
kepada bentuk asal selesai membawa bahan-
bahan tersebut.
Peringkat Selular
Osmosis
- Air, seperti juga molekul-molekul lain,
bergerak melalui resapan daripada kawasan
yang tinggi kepekatan air kepada kawasan
yang rendah kepekatannya. Resapan air
melalui membran separa telap dan
mengikut kecerunan, dipanggil osmosis.
Bahanbahan terlarut merendahkan
merendahkan kepekatan molekul air bebas.
Osmosis tidak memerlukan tenaga sel.
Peringkat Selular
Pengangkutan Aktif
Pengangkutan aktif merupakan
pergerakan yang melawan arus; yakni
jenis melawan kecerunan kepekatan.
Dengan itu, ia memerlukan tenaga (yang
terdiri daripada Adenosine Trifosfat atau
‘ATP’) untuk menggerakkan bahan-bahan
melalui membran plasma.
Peringkat Selular
Peringkat Selular
Bentuk pengangkutan
aktif:
- Endositosis
- eksositosis
Peringkat Selular
Endositosis
- Bahan-bahan menerusi proses kemasukan
yang sukar yang di panggil endositosis
(bahasa Yunani bermakna ‘masuk kedalam
sel’). Semasa endositosis, membran plasma
mula2 sekali akan merangkumi partikel
tersebut, memencil dan seterusnya
membentuk suatu karung membran yang
dipanggil vesikel dengan partikel tersebut
terperangkap didalamnya.
Peringkat Selular
Jenis Endositosis
- Pinositosis: ialah pegerakan yang
membawa masuk bahan cairan,
khususnya cecair ekstrasel
- Endositosis berbantu mediator: ianya
dibawa oleh reseptor “Exositosis” jika
pergeraknannya menghala dari dalam sel
ke arah luar sel
- Fagositosis: dilakukan oleh sel darah
putih dan organisma peringkat tinggi.
Peringkat Tisu Organisma
Jenis dan Fungsi Tisu Utama Tisu ialah sekumpulan sel yang telah bersatu
untuk menjalankan tugas yang tertentu. Di
dalam tubuh manusia, terdapat empat jenis
tisu utama iaitu:
- Tisu Epitelium
- Tisu Otot
- Tisu Saraf
- Tisu Penghubung atau Pengikat
Peringkat Tisu Organisma
Peringkat Tisu Organisma
TISU EPITELIUM
- Epitelium ialah tisu yang dibina oleh
sekumpulan sel. Epitelium berasal
daripada ketiga-tiga lapisan germa
embrio, iaitu ektoderma, mesoderma dan
endoderma.
- Terbahagi kepada:
Tisu epitelium permukaan
Tisu epitelium kelenjar
Tisu epitelium khusus
Peringkat Tisu Organisma
Peringkat Tisu Organisma
Ciri-ciri umum epitelium:
- Epitelium menyelubungi seluruh
permukaan ekterior badan. Cth: epidermis
kulit.
- Epitelium juga melapisi semua saluran
yang mempunyai hubungan, samada
secara langsung ataupun tidak dengan
bahagian ekterior badan. Cth: epitelium
dalam sistem pernafasan, sistem
pencernaan dan sistem urogenital.
Peringkat Tisu Organisma
- Epitelium melapisi kaviti-kaviti badan
seperti kaviti peritoneum, kaviti pleural dan
kaviti perikardium
- Epitelium juga melapisi salur-salur sistem
kardiovaskular (jantung dan pembuluh).
Epitelium ini disebut endothelium
- Epitelium terletak diatas satu lapisan
membran yang dipanggil membran asas, i.e
satu lapisan yang memisahkan epitelium
dengan tisu perantara dibawahnya.
Peringkat Tisu Organisma
Tisu epitelium permukaan
- Epitelium yang menyelubungi atau melapisi
sesuatu permukaan. Ini termasuk
permukaan eksterior atau permukaan
interior badan atau organ.
- Faktor pengelasan epitelium:
i. Susunan lapisan selnya iaitu samada
selapis (simple) atau berlapis (stratified).
ii. Bentuk selnya iaitu samada skuamus, kiub,
kolumna atau peralihan.
Peringkat Tisu Organisma
Epitelium selapis:
-Epitelium squamus
selapis
-Epitelium kiub
selapis
-Epitelium kolumnar
selapis
-Epitelium kolumna
berlapis palsu
Epitelium berlapis:
-Epitelium skuamus
berlapis
-Epitelium kiub
berlapis
-Epitelium kolumna
berlapis
-Epitelium peralihan
Peringkat Tisu Organisma
- Epitelium squamus selapis
Sel-sel epitelium ini berbentuk pipih
menyerupai sisik ikan. Nukleusnya
memanjang dan terletak mengikut paksi
panjang sel. Fungsi, sel-sel epitelium ini
sesuai untuk aktiviti pemindahan gas, cecair
dan metabolit. Didapati di kaviti-kaviti badan
(peritonuem, perikardium, pleural), sistem
kardiovaskular dan saluran limfa, lapisan
parietal kapsul Bowman (ginjal), alveolus
paru-paru.
Peringkat Tisu Organisma
- Epitelium kiub selapis
Sel-sel epitelium ini berbentuk kiub.
Nukleusnya kelihatan lebih bulat dan terletak
ditengah sel. Dari segi fungsi, saiz dan
bentuk sel epitelium ini sesuai melapisi
duktus-duktus dan mempunyai peranan
dalam proses rembesan dan penyerapan.
(e.g tubul proksimal dan distal ginjal).
Didapati di tubul proksimal dan distal ginjal,
duktus kelenjar, bronkiol terminal
danpermukaan ovari.
Peringkat Tisu Organisma
- Epitelium kolumnar selapis
Sel-sel epitelium ini kelihatan lebih tinggi dan
mempunyai bentuk seperti satu turus
memanjang. Nukleusnya membujur mengikut
paksi panjang sel dan biasanya bertempat
berdekatan dengan bahagian dasar sel.
Epitelium ini sesuai untuk aktivit rembesan
dan penyerapan. Didapati di: sebahagian
besar trakus sistem pencernaan, duktus
kelenjar, uterus, bronkiol, oviduktus dan
pundi hempedu
Peringkat Tisu Organisma
- Epitelium kolumna berlapis palsu
Epitelium ini dikatakn berlapis palsu kerana
sel-selnya kelihatan seolah-olah mempungai
lebih dari satu lapisan Epitelium ini biasanya
mengandungi sel goblet dan mempunyai
silium atau stereosilium di permukaan
bebasnya. Didapati di sebahagian besar
trakus pernafasan, vas deferens, sebahagian
urethra lelaki dan wanita.
Peringkat Tisu Organisma
- Epitelium skuamus berlapis
Epitelium skuamus berlapis terdiri daripada
dua jenis iaitu yang berkeratin dan yang tak
berkeratin. Dalam jenis berkeratin, sel-sel
skuamus di bahagian permukaan epitelium
kelihatan tidak mempunyai nukeus. Untuk
epitelium skuamus tak berkeratin, kesemua
lapisan selnya masih mengandungi nukleus
sebab ia tidak mengalami proses
pengkeratinan.
Peringkat Tisu Organisma
- Epitelium kiub berlapis
Epitelium ini terbentuk daripada dua lapisan
sel kiub. Didapati di: duktus kelenjar peluh.
- Epitelium kolumna berlapis
Sel-sel kolumna yang membentuk eoitelium
ini hanya terdapat di lapisan superfisial
sahaja. Di bahagian bawah, bentuk sel
berbeza daripada kiub kepada polihedron.
Didapati di forniks konjunktiva, duktus
kelenjar yang besar.
Peringkat Tisu Organisma
- Epitelium peralihan
Epitelium ini agak unik kerana bentuk sel di
alpisan superfisialnya tidak menunjukkan
ciri-ciri skuamus atau kolumna tetapi lebih
membulat atau berbentuk kubah. Epitelium
ini sesuai bagi organ yang memerlukan
tindakan regang. Didapati di: trakus sistem
kencing seperti pelvis renal, ureter, pundi
kencing dan bahagian proksimal uretra.
Peringkat Tisu Organisma
Tisu epitelium kelenjar
Bermula dengan proliferasi sel-sel epitelium.
Sel-sel epitelium akan menembusi lapisan
tisu perantara. Kelenjar ini membentuk dua
bahagian, i.e bahagian duktus dan bahagian
rembesan. Jika duktus kekal, membentuk
kelenjar eksokrin (Kelenjar parotid). Jika
duktus hilang, membentuk kelenjar
endokrin (Kelenjar tiroid).
Peringkat Tisu Organisma
- Kelenjar Eksorin
unisel dan multisel - berasaskan bilangan sel
yang membentuk kelenjar. Unisel – dibina
oleh satu sel rembs sahaja, eg. sel goblet.
Multisel – dibina oleh beberapa sel rembes.
Ringkas dan majmuk – berdasarkan sistem
duktus kelenjar
Peringkat Tisu Organisma
Tubul, alveolus (asinus) dan tubulo-alveolus –
berdasarkan bahagian rembesan yang
bersifat tubul, alveolus dan tubulo-alveolus.
Serus, mukus, dan seromukus – berasaskan
ciri-ciri bahan yang dirembeskan. Serus
rembes cecair, mucus rember mucus (cecair
pekat), seromukus rembes kedua-dua jenis
rembesan.
Merokrin, holokrin dan apokrin – berasaskan
cara sel epitelium merembeskan bahan.
Peringkat Tisu Organisma
- Kelenjar Endokrin
Tidak mempunyai sistem duktus. Bahan
rembesan masuk terus ke sistem darah. Cth:
kelenjar tiroid, adrenal dan pituitari.
Peringkat Tisu Organisma
Pengkhususan sel epitelium
Mikrovilus
Struktur berbentuk seperti jejari yang
terdapat dipermukaan bebas sel epitelium
yang menunjukkan fungsi penyerapan
seperti sel yang melapisi usus. Fungsi
mikrovilus adalah untuk menambahkan luas
permukaan sel bagi melicinkan proses
peyerapan.
Peringkat Tisu Organisma
Silium dan flagelum
Silium merupakan struktur rerambut pada
permukaan sel epitelium. Banyak pada
epitelium pada permukaan sistem
pernafasan dan tiub uterus. Flagellum lebih
panjang. Fungsi flagelum sebagai satu
struktur yang motil jelas dilihat dalam
pergerakkan spermatozoa..
Peringkat Tisu Organisma
Kompleks persimpangan
Struktur yang biasanya terdapat di sel-sel
epitelium yang mudah terdedah kepada
tarikan (traction) dan tekanan. Lekatan yang
wujud di antara sel bukan sahaja disebabkan
oleh bahan-bahan yeng terdapat diantara sel
malah juga dibantu oleh struktur ini. Terdapat
tiga bentuk :
- Zonula okludens atau persimpangan
ketat
- Zonula adherens
- Makula adherens atau desmosom
Peringkat Tisu Organisma
TISU PERANTARA/PENYAMBUNG DAN
PENYOKONG
- Ciri umum semua tisu penyambung dan
penyokong ialah berasal dari mesoderma.
Tisu penyambung embrio (mesenkima)
berasal dari mesodermal somites dan
splancnic mesoderm. Semua tisu
penyambung dan penyokong berasal dari
mesenkima.
- Semua tisu penyambung dan penyokong
terdiri daripada sel, serat dan
bahanbahan berbagai bentuk (amorphous
ground substance, yang terdiri daripada
proteoglycans) dalam komposisi yang
berbeza
Peringkat Tisu Organisma
Peringkat Tisu Organisma
Peringkat Tisu Organisma
Fungsi tisu perantara
- Membina bentuk atau menyokong
- Memberi perlindungan atau pertahanan
dari serangan mikroorganisma
Peringkat Tisu Organisma
Jenis tisu perantara:
- Tisu perantara sebenar
Ia merupakan tisu penyokong bagi sel-sel
epitelium, tisu otot dan tisu saraf. Selain itu
tisu perantara juga memainkan peranan
dalam fungsi pertahanan, pusat simpanan,
pengangkutan, pemulihan tisu dan sintesis
serat-serat kolagen. Tisu perantara wujud
daripada tisu mesenkima (iaitu tisu
perantara embrionik) yang berasal daripada
lapisan mesoderm.
- Tisu perantara khusus.
Tulang, darah, rawan, limfa dan tisu
hematopoiesis (seperti sumsum tulang,
nodus limfa, limpa dan timus) adalah
merupakan tisu perantara khusus. Ini kerana
mereka mempunyai fungsi yang lebih khusus
Peringkat Tisu Organisma
Peringkat Tisu Organisma
TISU OTOT
Tisu otot berasal dari mesoderm dan khusus
untuk kontraksi. Secara umum, otot boleh
dibahagikan kepada tiga jenis berasaskan ciri-
ciri morfologi dan fungsi-fungsinya.
i. Otot rangka/berjalur/terkawal - Otot yang
terdapat pada sistem rangka.
ii. Otot jantung - Otot yang terdapat pada
jantung.
Iii. Otot licin / tak berjalur / tak terkawal /
viscera - Otot yang terdapat dalam viscera
badan.
Peringkat Tisu Organisma
Peringkat Tisu Organisma
Otot berjalur
Terdiri daripada serat-serat multinukleus,
tidak bercabang dan memanjang. Terdapat
dua jenis otot berjalur: merah dan putih
(pink). Otot merah terdapat pada kawasan
yang melakukan kerja-kerja yang
berterusan, manakala otot putih terdapat
yang melakukan pergerakkan yang cepat
dan berselang-seli.
Peringkat Tisu Organisma
Otot Licin
Boleh didapati dengan banyak dalam trakus
sistem pencernaan, sistem pernafasan,
sistem pembiakan dan sistem kencing.
Terdapat dua jenis, satu dipaggil viscera dan
satu lagi otot multi-unit. Otot viscera
terdapat perut dan usus, sistem urogenital,
dan dalam otot arector pilli pada dasar
rambut, terutamanya pada bahagian leher
dan bahu disepanjang spine scapula.
Peringkat Tisu Organisma
Otot Jantung
Mempunyai ciri morphologi yang hampir
serupa dengan otot rangka. Perbezaan yang
ketara ialah dari segi bentuk selnya dan
kedudukan nukleus. Sel-sel otot jantung
mempunyai cabang dan bercantum dengan
sel-sel lain. Nukleus otot jantung terletak
dibahagian tengah sarkolemma. Otot jantung
bergerak secara involuntary dan berterusan.
Maka ia kaya dengan mitokondrion dan
glikogen.
Peringkat Tisu Organisma
TISU SARAF
- Melalui tisu saraf, isyarat atau stimulus
yang diterima dari luar dan dalam badan
akan diproses dan dianalisis terlebih dahulu
sebelum tindakbalas berlaku. Fungsi utama
ialah mekoordinasikan kesemua kegiatan
badan, khususnya yang berkaitan dengan
fungsi-fungsi visera, endokrin, motor dan
mental.
Peringkat Tisu Organisma
Peringkat Tisu Organisma
- Sistem saraf boleh dibahagikan kepada
dua bahagian utama: sistem saraf pusat
yang terdiri daripada otak dan korda spina,
dan sistem saraf periferi yang merangkumi
serat-serat saraf spina dan saraf kranium,
serta ganglion. Dua kumpulan sel yang
membina tisu saraf: neuron dan neuroglia
(sel bukan neuron)
Peringkat Tisu Organisma
Neuron
Terbahagi kepada 3 bahagian iaitu
Perikarion (badan sel), dendrit dan akson.
Dendrit dan akson adalah cuaran. Badan sel
adalah bahagian yang mempunyai nukleus.
Mengandungi organel sel – nukleus, ER,
lisosom, fibrils, tubul, mitokondria, granul,
vesikel dan alat golgi.
Peringkat Tisu Organisma
Neuroganglia
Merupakan kumpulan sel-sel kecil dalam tisu
saraf. Ia terletak diantara neuron. Selain
sebagai sel penyokong, ia juga
membekalkan makanan, dan pertahanan
neuron. Berdasarkan fungsi dan morfologi,
ia boleh dibahagikan kepada 4 jenis:
astrosit, oligodendrosit, mikroglia dan sel
ependima.
-TAMAT-
Sekian, terima kasih
PJM3106