21
ANATOMI DAN FISIOLOGI BAGI KEMAHIRAN SERVIS (BOLA TAMPAR) Disediakan oleh MOHD SHAHRIL FAIZUL BIN SHAFIEE

Anatomi Dan Fisiologi-powerpoint.ppt

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Anatomi Dan Fisiologi-powerpoint.ppt

ANATOMI DAN FISIOLOGI BAGI KEMAHIRAN SERVIS (BOLA TAMPAR)Disediakan oleh

MOHD SHAHRIL FAIZUL BIN SHAFIEE

Page 2: Anatomi Dan Fisiologi-powerpoint.ppt

OTOT-OTOT UTAMA YANG TERLIBAT DALAM KEMAHIRAN BOLA TAMPAR

Kemahiran Otot-otot utama

Menyangga Deltoid

Servis Deltoid, Pectoralis major

Mengumpan Deltoid

Mengadang Gastrocnemius, Quadriceps, Deltoid

Merejam Gastrocnemius, Erector spinae,Quadriceps, Deltoid

Page 3: Anatomi Dan Fisiologi-powerpoint.ppt

Semasa fasa persediaan, kedua-dua tangan akan dibengkokkan dan terletak pada paras bahu. Tangan kiri (bukan dominan) dibengkokkan ke atas pada paras bahu sambil memegang bola manakala tangan kanan tidak memegang bola. Untuk menghasilkan pergerakan membengkok, dua jenis otot akan bergerak secara berlawanan yang bermaksud salah satu mengendur dan satu lagi menguncup sama seperti tuas kelas ketiga. Otot-otot tersebut ialah otot triseps braki dan otot biseps braki. Serentak dengan pergerakan otot ini, otot deltoidakan mengecut. Pengecutan otot ini akan menyebabkan tangan diangkat ke hadapan. Pergerakan ini melibatkan sendi lesung di bahu dan menghasilkan pergerakan abduction.

Page 4: Anatomi Dan Fisiologi-powerpoint.ppt
Page 5: Anatomi Dan Fisiologi-powerpoint.ppt

Sementara itu, semasa tangan dibengkokkan, otot triseps braki akan mengendur manakala otot biseps braki akan mengecut. Pergerakan otot ini akan menyebabkan tulang radius dan ulna menghampiri tulang humerus. Oleh yang demikian, sendi engselpada bahagian siku akan digerakkan. Pergerakan ini dinamakan fleksor di mana tangan dibengkokkan. Posisi kedudukan tangan yang dibengkokkan adalah sama seperti sistem tuas kelas ketigadi mana daya terletak di antara beban dan fulkrum. Pada masa ini, siku bertindak sebagai fulkrum, tangan sebagai beban dan menghasilkan pengecutan pada otot biseps braki.Oleh yang demikian, pemain boleh membengkokkan tangan untuk persediaan melakukan servis.

Page 6: Anatomi Dan Fisiologi-powerpoint.ppt

Untuk memegang bola pada tangan kiri pula, otot fleksor karpi radialis dan fleksor karpi ulnarisakan bertindak secara berlawanan. Tulang yang terlibat dalam pergerakan ini adalah tulang metacarpal 2, 3 dan 5, pisiform dan hamate.Pergerakan ini berlaku kerana adanya sendi engselpada bahagian pergelangan tangan yang membolehkan pemain membuat pergerakan fleksi dan abduksi.Selain itu, pergerakan tulang carpal dan metacarpal pula disebabkan adanya sendi gelungsur dan sendi pelana di bahagian ibu jari membolehkan jari pemain dibengkokkan sedikit dan melakukan pergerakan abduction untuk menggenggam bola semasa fasa persediaan.Kedudukan pergelangan tangan yang memegang bola adalah berasaskan kepada sistem tuas kelas pertama.Hal ini kerana sendi (fulkrum) berada di antara otot (daya) dan bola (beban).Oleh itu, pergerakan ini tidak memerlukan daya yang banyak namun pergerakannya adalah perlahan.

Page 7: Anatomi Dan Fisiologi-powerpoint.ppt

Semasa fasa ini juga, bahagian kaki diluruskan.Keadaan ini adalah untuk menampung berat badan dan memberi kestabilan kepada pemain untuk fasa seterusnya. Ketika ini, otot biseps femoris mengendur, otot kuadriseps iaitu otot vastus lateralis, otot vastus medialis dan otot vastus intermediusakan mengecut dan otot di pinggul iaitu gluteus maksimus turut mengecut untuk menarik tulang femurbagi meluruskan kaki. Selain daripada tulang femur, tulang tibia dan fibula turut terlibat membantu pemain berada dalam posisi ini manakala tulang tarsel yang terletak di bahagian tapak kaki digunakan untuk menampung berat badan. Oleh yang demikian, sendi engsel di bahagian lutut dan di bahagian pergelangan kaki akan terlibat bagi memastikan lutut dalam keadaan lurus. Pergerakan ini dikenali sebagai ektensi.

Page 8: Anatomi Dan Fisiologi-powerpoint.ppt

Sewaktu fasa pelaksanaan, pemain akan membengkokkan sedikit bahagian kaki manakala bahagian badan didongakkan ke atas. Pada kedudukan ini, hampir keseluruhan otot pada bahagian tubuh badan pemain akan terlibat. Pada waktu yang sama, kedua-dua tangan dibengkokkan dan kepala pemain akan sentiasa mendongak ke atas untuk melihat ke arah bola yang melambung tinggi.

Page 9: Anatomi Dan Fisiologi-powerpoint.ppt

Pergerakan seterusnya,adalah pada bahagian leher.Semasa fasa ini, kepala akan di dongakkan ke atas untuk melihat bola diudara. Oleh yang demikian,beberapa otot pada bahagian yang terlibat akan terlibat ketika fasa ini berlaku. Otot-otot tersebut antaranya trapezius dan Stemocleidomastoid . Untuk mendongakkan kepala ke atas, otot trapeziusakan mengecut manakala otot Stemocleidomastoid mengendur. Apabila otot trapeziusmengecut, otot Stemocleidomastoid menagalami pengenduran seterusnya secara automatik kepala pemain akan mendongak ke atas. Pergerakan ini melibatkan sendi paksi pada bahagian tulang servikal iaitu atlas dan aksis dan menghasilkan pergerakan hiperekstension. Oleh yang demikian , pemain dapat mendongakkan kepala ke atas dan dapat memandang bola bagi melakukan kontak pada bola tampar tersebut.

Page 10: Anatomi Dan Fisiologi-powerpoint.ppt

Seterusnya, tangan dominan (kanan atau kiri) pemain akan diangkat ke atas ke dalam posisi dibengkokkan. Tangan pemain akan dibengkokkan ketika melakukan fasa ini. Hal ini kerana tangan yang dibengkokkan membantu memberikan kuasa kepada bahagian otot-otot badan untuk mengahasilkan daya tolakan kuasa yang maksimum pada bola. Otot yang terlibat semasa tangan diangkat dan dibengkokkan ke atas antaranya otot pectoralis ,majordeltoid,biseps brakil dan juga trisep brakil.

Page 11: Anatomi Dan Fisiologi-powerpoint.ppt

Manakala semasa tangan di angkat ke atas, otot pektoralis majorakan mengalami penguncupan. Penguncupan ini menyebabkan humerus digerakkan ke atas yang turut melibatkan sendi lesung pada bahu. Oleh yang demikian, tangan mengalami hiperekstension iaitu keadaan di mana tangan bergerak ke atas.Otot-otot mengalami pengenduran dan pengecutan ketika tangan dibengkokkan.Semasa otot Biseps brakil pada lengan mengecut, Otot Trisep brakilakan mengendur serentak dengan pengecutan otot biseps brakil. Pengecutan otot bisep brakil ini akan menyebabkan ulnadan radius merapati humerus ketikalengan dibengkokkan. Semasa tangan dibengkokkan ,sendi engsel pada bahagian siku memainkan peranan bagi membolehkan ianya dibengkokkan. Pergerakan ini dikenali ekstensi.Kesimpulannya, melalui pergerakan ini pemain dapat menghasilkan daya yang maksimum untuk melakukan kontak dengan bola.

Page 12: Anatomi Dan Fisiologi-powerpoint.ppt

Seterusnya, keadaan tangan adalah sama seperti fasa persediaan sebelum bola dilambungkan ke udara. Tulang metakarpal dan karpalterlibat ketika melambungkan bola ke udara dan kedua-dua tulang ini akan melakukan pergerakan ekstensi menggunakan sendi gelungsur yang terdapat diantara karpal. Setelah bola dilambung ke udara, tangan kiri akan diluruskan dan diangkat ke hadapan. Otot deltoid yang berada pada bahagian sisi di hujung bahu akan menguncup bagi membolehkan tangan kiri diluruskan. Penguncupan otot deltoid anterior membolehkan tulang humerus diangkat kehadapan. Pergerakan ini melibatkan sendi yang berada pada bahagian bahu iaitu sendi lesung dan menghasilkan pergerakan abduksi. Otot biseps brakil dan trisep brakil pula terlibat untuk meluruskan tangan.Otot-otot ini akan bertindak secara berantagonis dan pengecutan dan pengenduran ini akan menyebabkan tulang ulnadan radius tertarik ke arah humerus dan sendi engsel pada bahagian siku bertindak untuk menghasilkan pergerakan fleksi.

Page 13: Anatomi Dan Fisiologi-powerpoint.ppt

Bahagian seterusnya yang terlibat dalam fasa ini adalah badan ( body) . Pada masa ini, pemain akan melentikkan badan ke belakang bagi memberikan lebih daya semasa kontak dengan bola supaya menepati sasaran dan tangan pemain menampar bola pada bahagian bola yang betul. Oleh itu, semasa badan dilentikkan , bahagian hadapan badan dan bahagian belakang akan mengalami pengecutan dan pengenduran. Otot-otot dibahagian hadapan iaitu otot pektoralis major, rektusabdominis dan eksternal oblikakan mengalami pengenduran. Manakala otot-otot di bahagian belakang pula iaitu otot Latisimus dorsi dan Trapeziusakan mengecut.

Page 14: Anatomi Dan Fisiologi-powerpoint.ppt

Apabila otot-otot bahagian hadapan badan mengalami pengenduran dan bahagian belakang mengalami pengecutan , tulang belakang yang terdiri daripada tulang toraksik, lumbar dan sakrum pemain akan mengalami lentikan dan menyebabkan badan pemain melentik ke belakang. Lentikan badan akan memberikan pemain lebih daya untuk mengahasilkan kontak pada bola dan membolehkan pemain menampar bola dengan baik.

Seterusnya, kaki pemain yang dibengkokkan pada fasa ini akan dapat memberikan momentum yang cukup semasa melakukan kontak pada bola. Berat badan pemain secara automatik akan ditampung oleh bahagian kaki yang dibengkokkan ketika itu. Otot-otot kaki akan mengecut dan mengendur samasa kaki dibengkokkan dan otot yang terlibat sewaktu kaki dibengkokkan ialah otot vastus lateralis, otot vastusmedialis dan otot vastus intermedius . Secara serentak ,otot Hamstring pula akan mengecut. Ketika kaki dibengkokkan juga ,Otot Gluteus maksimus dibahagian pinggul mengalami pengenduran. Mekanisme pengenduran dan pengenduran otot-otot ini membuatkan tulang tibia dan febula ditarik menghampiri tulang femur. Oleh yang demikian, sendi engsel pada bahagian lutut akan bergerak untuk membolehkan kaki dibengkokkan. Keadaan ini akan menghasilkan pergerakan posterior fleksi anggota bawah. Justeru itu, kaki pemain akan berada dalam keadaan bengkok yang membolehkan pemain bersedia melakukan fasa pelaksanaan.

Page 15: Anatomi Dan Fisiologi-powerpoint.ppt

Berat badan pemain secara automatikakan ditampung oleh kaki yang dibengkokkan ketika fasa kontak pada bola. Antara otot yang terlibat sewaktu melakukan posisi ini ialah otot Kuadrisep yang terdiri daripada otot vastus lateralis, otot vastus medialis dan otot intermediusakan mengendur. Pada masa yang sama otot hamstring akan mengecut manakala otot Gastrocnemius di bahagian betis pemain turut mengecut. Ketika kaki dibengkokkan, otot Gluteus maksimus dibahgian pinggul mengalami pengenduran.Mekanisme pengecutan dan pengenduran otot-otot membuatkan tulang tibia dan fibula ditarik menghampiri tulang femur. Oleh yang demikian, sendi engsel pada bahagian lutut akan bergerak untuk membolehkan kaki dibengkokkan. Keadaan ini akan menghasilkan pergerakan posterior fleksi pada anggota bawah. Justeru itu, kaki pemain akan berada dalam keadaan bengkok yang membolehkan pemain bersedia untuk melakukan fasa pelaksanaan.

Page 16: Anatomi Dan Fisiologi-powerpoint.ppt

OTOT YANG TERLIBAT

Page 17: Anatomi Dan Fisiologi-powerpoint.ppt

Semasa fasa ikut lajak, mata pemain memandang ke arah pergerakan bola setelah melakukan kontak. Kedua-dua tangan kanan dan kiri akan diluruskan kehadapan. Tangan kiri akan berada lurus di sisi badan manakala tangan kanan diangkat lurus dihadapan badan .Tangan kanan berada dalam kedudukan lurus otot-otot tangan yang berada di humerus akan bertindak secara berantagonis untuk meluruskan tangan dihadapan badan.Otot deltoid akan mengecut dan pengecutan ini akan membolehkan humerus bergerak ke hadapan badan. Pergerakan ekstensi terlibat semasa menggerakkan tangan ke hadapan.Sendi yang terlibat ketika ini ialah sendi lesung.Otot trisep braki akan mengendur serta pengecutan dan pengenduran ini melibatkan tulang ulna dan radius dan juga tulang skapula sewaktu tangan digerakkan kehadapan.Kemudian pergelangan tangan akan berada dalam kedudukan fleksi dan ikut lajak yang melibatkan tulang karpel, metakarpel dan phalanges.

Page 18: Anatomi Dan Fisiologi-powerpoint.ppt

Tangan kiri berada di sisi badan setelah bola dilambung ke udara. Pergerakan otot deltoid tengah yang mengalami pengenduran telah menyebabkan tangan dilurus ke bawah dan berada di sisi badan. Sendi yang terlibat semasa tangan digerakkan ke bawah ialah sendi lesung yang menggerakkan bahagian bahu dan sendi engsel di bahagian siku. Serentak dengan itu ,ototBiseps brakil dan Otot Trisep brakil akan mengendur dan otot brakil bertindak secara berlawanan. Pengenduran otot-otot ini akan menjarakkan tulang humerus dengan tulang radius dan ulna yang menyebabkan ekstensi berlaku.

Setelah melakukan servis, kedudukan kaki kiri dan kanan berada dalam keadaan lurus.Kedudukan kaki kanan agak berbeza sedikit dengan kaki kiri keranan seperti berdiri dihujung kaki.Posisi ini adalah salah satu posisi yang menyamai tuas kelas kedua.Tuas kelas kedua berlaku apabila beban terletak diantara daya dan fulkrum,otot kaki sebagai daya dan berat badan badan sebagai beban.

Page 19: Anatomi Dan Fisiologi-powerpoint.ppt

Keadaan kaki lurus disebabkan otot Kuadriseps mengecut manakala otot Gastrocnemius juga akan turut mengecut dan otot dibahagian pinggul iaitu otot Gluteusmaksimus juga mengecut serentak dengan pengecutan dan pengenduran otot-otot dibahagian kaki. Sendi engsel terlibat dalam keadaan ini dan tulang femur, tibia dan fibula juga terlibat.Kaki kanan yang berdiri dengan hujung kaki melibatkan tulang tarsal, metatarsal dan phalanges.Fleksiplantar berlaku dalam keadaan ini.

Page 20: Anatomi Dan Fisiologi-powerpoint.ppt
Page 21: Anatomi Dan Fisiologi-powerpoint.ppt

SEKIAN TERIMA KASIH…