53
PERKEMBANGAN KREATIVITI DAN PEMBELAJARAN KANAK- KANAK PENGENALAN Kebanyakan sistem pendidikan di dunia menekankan kepentingan membina minda yang kreatif dalam kalangan pelajarnya. Hari ini, kreativiti dan pemikiran asal dikenali sebagai salah satu faktor penggerak sesebuah negara untuk bersaing di arena antarabangsa. Sistem pendidikan ini mengenali kepentingan kreativiti dipupuk dari masa kanak-kanak masih kecil lagi kerana minda mereka belum dibentuk sepenuhnya oleh persekitaran melalui norma masyarakat dan pembelajaran formal. Kanak-kanak dilahirkan dengan mempunyai sifat yang dinamik serta berkembang mengikut fitrah semula jadi proses tumbesaran mereka. A. Teori Jean Piaget Jean Piaget (Rajah 1.1) ialah ahli psikologi dan pendidik. Beliau telah dilahirkan di Neuchatel, Switzerland pada 9 Ogos 1896 dan telah meninggal dunia pada tahun 1980. Piaget berminat dalam bidang biologi. Sepanjang hidupnya beliau suka membaca subjek falsafah, sosiologi dan teologi. Akhirnya beliau telah memilih bidang psikologi, khususnya mengkaji tingkah laku kanak-kanak.

an Kreativiti Dan Pembelajaran Kanak

  • Upload
    aken

  • View
    10.672

  • Download
    5

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: an Kreativiti Dan Pembelajaran Kanak

PERKEMBANGAN KREATIVITI DAN PEMBELAJARAN KANAK- KANAK

PENGENALAN

Kebanyakan sistem pendidikan di dunia menekankan kepentingan membina minda yang kreatif dalam kalangan pelajarnya. Hari ini, kreativiti dan pemikiran asal dikenali sebagai salah satu faktor penggerak sesebuah negara untuk bersaing di arena antarabangsa. Sistem pendidikan ini mengenali kepentingan kreativiti dipupuk dari masa kanak-kanak masih kecil lagi kerana minda mereka belum dibentuk sepenuhnya oleh persekitaran melalui norma masyarakat dan pembelajaran formal. Kanak-kanak dilahirkan dengan mempunyai sifat yang dinamik serta berkembang mengikut fitrah semula jadi proses tumbesaran mereka.

A. Teori Jean Piaget

Jean Piaget (Rajah 1.1) ialah ahli psikologi dan pendidik. Beliau telah dilahirkan di Neuchatel, Switzerland pada 9 Ogos 1896 dan telah meninggal dunia pada tahun 1980. Piaget berminat dalam bidang biologi. Sepanjang hidupnya beliau suka membaca subjek falsafah, sosiologi dan teologi. Akhirnya beliau telah memilih bidang psikologi, khususnya mengkaji tingkah laku kanak-kanak.

Rajah 1.1: Jean PiagetSumber: bp0.blogger.com/.../5-WZnWd5MH0/ s320/piaget.gif

Menurut Piaget, perkembangan intelektual kanak-kanak tidak bergantung kepada pengajaran secara langsung orang dewasa. Sebaliknya, perkembangan kanak-kanak bergantung kepada interaksi antara dua faktor utama iaitu faktor keturunan (baka) dan faktor persekitaran. Kanak-kanak lahir dengan kebolehan mental semula jadi untuk belajar.

Page 2: an Kreativiti Dan Pembelajaran Kanak

Piaget percaya bahawa kanak-kanak belajar melalui aksi. Interaksi mereka dengan persekitaran semasa membesar membantu mereka mencipta dengan sendiri tanpa pertolongan orang dewasa, pengetahuan atau skema. Pengetahuan baru sentiasa menggantikan skema yang lama dalam proses yang dikenali sebagai asimilasi, akomodasi dan ekuiliberasi. Piaget juga menekankan bahawa perkembangan intelektual menguasai semua aspek perkembangan yang lain seperti emosi, sosial dan moral.

Piaget paling dikenali untuk hujah beliau yang mengatakan bahawa kematangan dari segi biologi mendahului kebolehan pembelajaran mereka. Ini bermakna, kanak-kanak harus ada kesediaan dari segi kematangan (biologi) mereka sebelum mereka boleh melakukan operasi mental. Menurut Piaget, perkembangan kognitif kanak-kanak dari bayi hingga dewasa adalah melalui empat peringkat konsekutif iaitu:

1. Peringkat Sensorimotor: 0-2 tahun2. Peringkat Praoperasi: 2- 7 tahun3. Peringkat Operasi Konkrit: 7- 11 tahun4. Peringkat Operasi Formal: 11 - 15 tahun

Implikasi Terhadap Pengajaran Dan Pembelajaran

Oleh kerana Piaget menyarankan bahawa kanak-kanak belajar melalui pengalaman dan melakukan aktiviti secara hands-on, penyediaan persekitaran yang menarik dan merangsang pembelajaran adalah penting. Persekitaran yang kondusif adalah penting untuk membolehkan kanak-kanak mencipta pengetahuan secara tidak langsung. Untuk tujuan ini, penggunaan makmal, bengkel dan teknologi yang interaktif sangat berguna bagi menggalakkan perkembangan kreatif kanak-kanak. Sebaliknya, penghafalan maklumat dan pembelajaran bahasa secara latih-tubi ditolak sama sekali oleh Piaget.

Jelasnya, ramai pakar pendidikan psikologi menganggap teori perkembangan Piaget sebagai hampir sempurna kepada sistem perkembangan kognitif manusia. Banyak pandangannya yang bersangkut paut dengan pemprosesan maklumat di dalam otak manusia. Melalui model pemprosesan maklumat Piaget menjelaskan bahawa penerimaan maklumat bergantung pada pemprosesan dan penterjemahan data sensori dan menukar data itu ke dalam bentuk yang boleh disimpan dan diguna semula apabila diperlukan. Dengan mempelajari bagaimana otak manusia memproses maklumat, kita dapat melihat dan mengkaji bagaimana manusia mampu berfikir, berpersepsi, menterjemah dan mempercayai. Jean Piaget memandang kecerdikan itu sebagai dasar kepada proses yang aktif di mana manusia dapat memperoleh maklumat melalui interaksi dengan pelbagai objek, idea dan pergaulan dengan orang lain di persekitarannya.

B.Teori Vygotsky

Page 3: an Kreativiti Dan Pembelajaran Kanak

Lev S. Vygotsky (Rajah 1.2) ialah seorang pakar psikologi Russia yang meninggalkan andaian yang jelas tentang perkembangan bahasa. Idea utama Lev Vygotsky ialah kemahiran perkembangan kognitif berlaku di dalam konteks sosiobudaya dan berkembang di dalam interaksi sosial kanak-kanak.

Rajah 1.2: Lev S. VygotskySumber: http://en.wikipedia.org/wiki/Lev_Vygotsky

Lev S. Vygotsky ialah pengkritik terawal kepada andaian-andaian yang diketengahkan oleh Piaget. Vygotsky memberi pandangan tentang perkembangan kognitif kanak-kanak yang cukup berlainan dengan pendapat Jean Piaget. Vygotsky menyatakan bahawa perkembangan kanak-kanak tidak mengikut tahap-tahap perkembangan. Sebaliknya, Vygotsky menegaskan bahawa setiap fungsi dalam perkembangan budaya kanak-kanak muncul dalam dua aras iaitu pada aras sosial dan pada aras individu.

Teori budaya-sosial (socio-cultural) menyatakan bahawa kanak-kanak belajar melalui interaksi sosial dan budaya. Budaya dan masyarakat memainkan peranan sangat penting di dalam teori Vygotsky. Menurutnya, pengalaman sosial dan budaya mempengaruhi cara berfikir, dan perkara yang difikirkan. Kanak-kanak berinteraksi menggunakan bahasa atau dialog dengan ahli-ahli yang lain dalam masyarakatnya untuk belajar tentang nilai budaya. Kanak-kanak mengembangkan bahasa mereka melalui interaksi dengan ibu bapa serta rakan-rakan di dalam budaya mereka.

Beberapa ciri penting teori ini dijelaskan seperti berikut:

i. Tahap pembelajaran atau kematangan mental seseorang kanak-kanak boleh ditingkatkan melalui scaffolding. Scaffolding merupakan pertolongan atau bimbingan yang diberi oleh orang yang lebih berpengalaman untuk meningkatkan tahap pembelajaran atau pemikiran kanak-kanak.

ii. Vygotsky percaya semua orang mempunyai Zone Of Proximal Development (ZPD) iaitu potensi kognitif pada tahap yang lebih tinggi. Potensi ini hanya mampu dicapai melalui proses scaffolding.

Page 4: an Kreativiti Dan Pembelajaran Kanak

iii. Bahasa merupakan alat untuk berfikir dan alat yang digunakan oleh orang dewasa untuk memindahkan pengetahuan kepada kanak-kanak.

iv. Alat-alat yang digunakan dalam sesuatu budaya atau cultural tools (seperti bahasa, media, televisyen atau komputer) adalah sangat penting untuk meningkatkan komunikasi, pembelajaran dan pemprosesan pemikiran ke tahap yang lebih tinggi.

Implikasi Terhadap Pengajaran Dan PembelajaranDari segi pengajaran dan pembelajaran, seseorang guru yang mengamalkan prinsip-prinsip teori Vygotsky akan mendapati proses pembelajaran yang sangat aktif. Guru akan menggunakan teknik scaffolding dengan membimbing dan memberi tindak balas tentang pembelajaran isi kandungan baru. Guru juga akan menyediakan alat-alat pembelajaran yang bersesuaian dan mencukupi untuk mencapai objektif pengajatan yang efektif.

Vygotsky mengutarakan cadangan supaya perkembangan kanak-kanak didasarkan kepada keupayaan mereka menggunakan perantaraan bahasa, sistem nombor dan peta bagi perkembangan kognitif. Keupayaan mereka pula bergantung kepada pendedahan mereka kepada pembantu dan persekitaran orang dewasa yang kebiasaannya terdiri daripada guru-guru dan pengasuh. Ini sangat bermakna terhadap perkembangan kreativiti, kognitif, sosial dan kemahiran mengawal perasaan.

Pendekatan Teori Perkembangan Kanak-kanak Piaget dan Vygotsky terhadap Konsep Kreativiti

Walaupun pendekatan teori Piaget dan Vygotsky terhadap pengajaran dan pembelajaran berbeza, namun kedua-dua teori ini bersetuju akan kepentingan pembelajaran melalui discovery learning. Piaget menyarankan pembelajaran penemuan di mana guru kurang membimbing. Vygotsky pula menekankan bimbingan guru sebagai faktor utama.

Dalam konteks perkembangan kreativiti, Piaget dan Vygotsky bersetuju berkenaan kebaikan bermain dalam mengembangkan kreativiti kanak-kanak. Kreativiti boleh dirangsang melalui aktiviti bermain. Bagi kanak-kanak, masa bermain merupakan masa yang penuh dengan keseronokan dan cabaran. Justeru, rangsangan melalui permainan berbentuk akademik juga perlu diwujudkan. Sebagai contoh, guru boleh menggalakkan aktiviti seperti aktiviti melukis, menconteng, membuat kolaj, “sandplay” dan sebagainya.

Apabila bermain, kanak-kanak menggunakan daya imaginasi ketika bermain. Menurut Piaget dan Vygotsky, imaginasi terikat kepada cara bagaimana kanak-kanak memahami dunia persekitarannya dan perkara-perkara yang berlaku di sekeliling mereka. Murid juga seharusnya diberikan peluang untuk memilih bahan dan alatan yang boleh digunakan untuk pelbagai aktiviti bermain dan aktiviti seni.

Page 5: an Kreativiti Dan Pembelajaran Kanak

Oleh itu, dalam pengajaran dan pembelajaran, adalah berfaedah jika guru menyediakan aktiviti-aktiviti yang berbentuk permainan untuk mengembangkan kreativiti kanak-kanak.

C. TEORI PERKEMBANGAN EMOSI MENURUT ERIKSON

Rajah 1.3: Erik EriksonSumber: http://en.wikipedia.org/wiki/Image:Erik_Erikson.png

Erik Erikson (Rajah 1.3) ialah seorang ahli psikososial yang banyak menumpukan kajian kepada perkembangan sosial dan emosi kanak-kanak. Erikson mengatakan bahawa semua individu melalui lapan peringkat perkembangan yang bersiri dari hari pertama dilahirkan hingga dewasa. Pada setiap peringkat terdapat krisis-krisis yang perlu diselesaikan sebelum boleh berkembang ke peringkat seterusnya. Jika krisis-krisis ini tidak ditangani dengan baik, seseorang individu akan mengalami kesukaran menangani krisis pada peringkat-peringkat yang berikutnya.

Peringkat perkembangan emosi kanak-kanak menurut Erikson adalah seperti berikut:

a. Percaya lawan Tidak Percaya (trust vs mistrust)Dalam lingkungan usia 0 hingga 18 bulan. Erikson merujuk kepada peringkat ini sebagai peringkat oral-sensori di mana bayi dipengaruhi oleh deria visual dan sentuhan. Perkembangan emosi kanak-kanak bergantung kepada orang dewasa terutamanya ibu bapa untuk memenuhi keperluan fizikal dan emosi. Peringkat ini dianggap peringkat paling penting kerana ia akan mempengaruhi perkembangan bayi melalui pengalamannya. Peringkat rasa kepercayaan ini dibina dalam tahun pertama dan kanak-kanak membina rasa kepercayaan secara berperingkat. Kanak-kanak akan membina rasa ketidakpercayaan jika keperluannya tidak dapat dipenuhi.

Kepercayaan akan memudahkan seorang kanak-kanak menghadapi serta mengatasi masalah dalam hidup. Rasa percaya akan terus dipupuk jika kanak-kanak itu sentiasa berasa selamat disayangi serta diberi perhatian oleh ibu bapa. Sebaliknya, jika keperluan asas pada peringkat ini tidak dirasai, ketidakpercayaan akan menghalang atau melemahkan bayi dalam mengatasi kesulitan hidup dan

Page 6: an Kreativiti Dan Pembelajaran Kanak

kanak-kanak akan membesar dengan rasa kecewa, tidak percaya dan ragu-ragu kepada semua orang disekelilingnya.

b. Otonomi lawan Rasa Malu (autonomy vs shame) Dalam lingkungan usia 18 bulan hingga 3 tahun. Pada ketika kanak-kanak berumur 18 bulan, konsep kendiri kanak-kanak mula bertambah. Kanak-kanak mula mengetahui apa yang disebut. Pada peringkat ini kanak-kanak meningkatkan kemahiran berdikari dari segi belajar berjalan, bercakap, makan dan menggunakan tandas. Mereka membina konsep kendiri dan autonomi melalui kemahiran mengawal pergerakan motor kasar. Kebolehan membezakan perlakuan yang betul dan salah juga turut berkembang. Keinginan memiliki kuasa dan keinginan untuk melakukan sesuatu dengan daya usaha sendiri juga turut berkembang. Kanak-kanak akan berasa malu jika tidak diberi kuasa atau merasakan dirinya kurang cekap. Sebaliknya, keyakinan kanak-kanak akan dapat dipupuk apabila dipuji.

Pada peringkat umur ini, kanak-kanak akan merasa takut jika melakukan kesalahan. Tingkah laku yang tidak diingini hendaklah dikawal supaya kanak-kanak tidak merasa malu. Tingkah laku yang positif dan yang diingini juga patut dipuji. Cara ini akan membantu kanak-kanak mengenal dan membezakan jenis-jenis tingkah laku yang digalakkan dan yang perlu dielakkan.

Pada peringkat ini, jika kanak-kanak dimalukan atau dihalang daripada melakukan aktiviti, perasaan malu akan timbul. Rasa malu ini boleh membuatkan kanak-kanak meragui kebolehannya sendiri, dan mengakibatkan wujud konsep kendiri yang rendah.

c. Inisiatif lawan Rasa Bersalah (initiative vs guilt)Dalam lingkungan usia 3 hingga 5 tahun. Peringkat ini dipanggil peringkat bermain di mana kanak-kanak cuba meniru tingkah laku orang dewasa melalui proses bermain. Kanak-kanak menggunakan inisiatif dan imaginasi mereka untuk mencipta pelbagai situasi permainan dan memainkan peranan sebagai orang dewasa. Dengan cara ini kanak-kanak belajar berbagai kemahiran yang menunjukkan keupayaan menggunakan imaginasi seperti bekerjasama dan memimpin.

Proses ini juga menggalakkan perkembangan kemahiran menyelesaikan masalah, mencari maklumat baru dan membentuk konsep yang berkaitan dengan peranan jantina. Pada peringkat ini, jika kanak-kanak sentiasa diperlakukan supaya rasa bersalah, mereka akan rasa kecewa, takut dan terlalu bergantung kepada orang dewasa. Ini akan mewujudkan keadaan yang kurang membina kemahiran kreativiti, bermain dan aktiviti yang melibatkan imaginasi.

Oleh itu Erikson menegaskan bahawa kanak-kanak perlu digalakkan menjelajah, beraksi dan melakukan aktiviti untuk mendapatkan kepuasan emosi. Jelasnya, kanak-kanak dilahirkan dengan mempunyai sifat yang dinamik serta berkembang mengikut fitrah semula jadi proses tumbesaran mereka. Pada peringkat 1 hingga 3 tahun kanak-kanak gemarkan aktiviti melukis dan mewarna. Ini kerana aktiviti ini dapat memberikan

Page 7: an Kreativiti Dan Pembelajaran Kanak

kepuasan kepada kanak-kanak dalam meluahkan apa yang dilihat lalu dipindahkan semula dalam bentuk dan rupa imej yang unik mengikut tahap pemahaman mereka. Melalui aktiviti melukis, kanak-kanak dapat meningkatkan daya sensitiviti pancaindera dan lukisan yang dihasilkan berfungsi sebagai alat komunikasi dan merupakan refleksi pemikiran kanak-kanak.

D. TEORI KECERDASAN PELBAGAI

Howard Gardner (1983), merupakan orang yang bertanggungjawab mengasaskan teori kecerdasan pelbagai. Beliau merupakan seorang ahli psikologi Jerman terkenal dan berpengaruh dari Universiti Havard. Gardner (1983) menyatakan bahawa manusia mempunyai sekurang-kurangnya lapan kecerdasan dan pada tahun 1999 Gardner menyatakan bahawa semua ada satu lagi kecerdasan iaitu Kecerdasan Spiritual.

Rajah 1.4: Howard Garder Sumber: http://www.weac.org/graphics/conven97/gardner.jpg

Rajah 1.5 Menerangkan teori kecerdasan menurut Gardner.

Page 8: an Kreativiti Dan Pembelajaran Kanak

Rajah 1.5: Sembilan Jenis Kecerdasan Menurut Gardner

Gardner percaya semua jenis kecerdasan ini bekerjasama secara kompleks, berkembang melalui pendidikan, pengalaman dan persekitaran yang bermakna dan kecerdasan tersebut boleh dipelajari, dibentuk, ditingkatkan dan sentiasa berubah sepanjang hayat.

Beberapa prinsip penting Teori Kecerdasan Pelbagai ialah seperti berikut:

i. Kecerdasan pada asasnya adalah diwarisi turun temurun tetapi boleh ditingkatkan melalui pembelajaran dan pengajaran.

ii. Setiap individu mempunyai kombinasi 9 kecerdasan yang dipanggil profil kecerdasan yang berbeza bagi setiap individu.

iii. Setiap individu mempunyai kebolehan membangunkan kesemua kecerdasannya dengan adanya galakan, pengayaan dan pengajaran yang sesuai.

Page 9: an Kreativiti Dan Pembelajaran Kanak

iv. Semua kecerdasan adalah bersifat dinamik yang boleh dikenal pasti dan dinyatakan dengan jelas jika setiap individu mendapat peluang untuk mengenal dan membangunkan kepelbagaian kecerdasannya.

v. Latar belakang peribadi menjadi faktor penting dalam membentuk dan mengembangkan pengetahuan, kepercayaan dan kemahiran dalam semua jenis kecerdasan.Setiap individu mempunyai adunan kecerdasan yang unik, sentiasa berubah, kecerdasan antara individu itu adalah berbeza dari segi perkembangannya.

Teori Kecerdasan Pelbagai Dan Perkembangan Kreativiti Kanak-kanak

Gardner (1993) menganggap semua kanak-kanak berpotensi berfikir secara kreatif. Pada peringkat awal, kanak-kanak sentiasa melintasi sempadan-sempadan norma ketika asyik bermain atau apabila tekun melakukan sesuatu aktiviti.

Menurut Gardner (1999), kreativiti kanak-kanak boleh ditingkatkan melalui cara-cara berikut:

a. Pendedahan awal kepada individu lain yang selesa mengambil risiko dan yang tidak mudah mengalah.

b. Memberi peluang untuk cemerlang dalam sekurang-kurangnya satu aktiviti atau bidang yang diceburi.

c. Menyediakan persekitaran yang sentiasa mencabar supaya murid sentiasa berada pada tahap kecemerlangan.

d. Membentuk hubungan dengan rakan sebaya yang rela diuji dan tidak takut gagal.e. Menyediakan persekitaran keluarga yang menggalakkan atau mewujudkan

hubungan toleransi terhadap sifat kanak-kanak yang gemar mencabar autoriti.

Aktiviti Kreativiti Dan Estetika Yang Membantu Perkembangan Kecerdasan Pelbagai

Unsur-unsur Kreativiti Dan Estetika adalah terdiri daripada elemen asas yang penting dalam menghasilkan sesuatu yang mempunyai unsur kreatif. Guru boleh melaksanakan aktiviti berikut untuk mengembangkan pelbagai kecerdasan murid.

i. Membentuk GarisanGarisan ialah cantuman dari satu titik ke titik yang lain dengan mempunyai jarak-jarak tertentu. Aplikasi berbagai jenis garisan dapat mencipta rupa, jalinan, ton, corak serta menimbulkan gambaran bentuk, ruang dan gerakan dalam seni visual (lihat Rajah 1.6).

Page 10: an Kreativiti Dan Pembelajaran Kanak

ii. Melakar bentuk atau rupaRupa mesti mempunyai garisan luar (outline) dan sempadan yang mengelilinginya. Ianya dapat dikategorikan kepada rupa geometri dan organik. Rupa geometri lebih kepada rupa yang mempunyai sudut dan penjuru. Rupa organik pula yang mempunyai rupa bebas dan tidak terikat pada bentuk yang khusus. Rupa ialah sesuatu kawasan yang berbeza dari ruang di sekeliling dan bersifat 2-D (tidak berjisim). Merupakan hasil pertemuan antara penghujung garisan dan permulaannya.

iii. Membentuk Bentuk lazimnya merujuk kepada struktur jisim dan isi padu. Terdapat dua jenis bentuk iaitu bentuk konkrit dan bentuk ilusi. Bentuk dapat dihasilkan melalui lukisan, catan, arca, komputer dan kraf tradisi. Bentuk konkrit ialah bentuk sebenar yang bersifat tiga dimensi. Bentuk ilusi ialah bentuk yang dilihat melalui gambar atau ilustrasi. Ianya bersifat rata dan boleh dihasilkan melalui lakaran, catan dan lukisan berkomputer 3 dimensi.

iv. Jalinan Jalinan merujuk kepada kesan yang terdapat pada permukaan sesuatu objek. Ia dapat menunjukkan kesan rasa dan ekspresi sesuatu objek kepada kita. Jalinan terbahagi kepada dua iaitu; jalinan sentuh dan jalinan tampak. Jalinan sentuh ialah jalinan yang dapat dirasai melalui sentuhan, contohnya kulit buah durian (alam semula jadi) dan jahitan sulaman (alam buatan manusia). Jalinan tampak pula jenis jalinan yang hanya dapat dilihat tetapi tidak dapat dirasai melalui sentuhan. Ruang merupakan kawasan yang dikelilingi oleh garisan, atau kawasan kosong di sekeliling objek, atau jarak antara dua objek.

v. Warna Warna ialah pigmen pewarna kimia yang bertindak balas pada sesuatu permukaan. Warna terbahagi kepada tiga kumpulan utama iaitu warna asas, warna sekunder dan warna tertier. Warna asas terdiri daripada warna biru, merah dan kuning; dan ianya boleh menghasilkan warna sekunder dan warna tertier. Warna sekunder pula terdiri daripada warna hijau, jingga dan ungu; dan dapat dihasilkan daripada campuran dua warna asas. Sementara itu, warna tertier terhasil daripada percampuran warna asas dan sekunder.

Rajah 1.6: Contoh aktiviti membentuk garisanSumber: http://www.dafko.com/Colorins/connect%20the%20dots%202.jpg

Page 11: an Kreativiti Dan Pembelajaran Kanak

RUMUSAN

• Teori perkembangan intelektual memberi inspirasi dan panduan berguna kepada pendidik kerana memberikan gambaran yang menakjubkan berkenaan dunia pemikiran murid.

• Sekiranya guru dapat mengesan dan membantu murid untuk mengatasi kekurangan atau kelemahan di dalam perkembangan pemikiran mereka, maka proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih berkesan.

• Teori ini juga penting untuk membantu guru mengembangkan konsep pemprosesan maklumat kerana perkembangan kognitif individu dapat digambarkan sebagai suatu proses perkembangan yang berterusan dalam sistem pemprosesan maklumat.

• Proses kognitif adalah termasuk persepsi, perhatian, ingatan dan menguji hipotesis yang saling berkait di dalam proses pengembangan bahasa khususnya kemahiran membaca.

• Kecemerlangan kognitif kanak-kanak bukan sahaja dapat dilihat dalam bentuk hitungan nombor sahaja, malah tetap diperlukan di dalam bidang sastera, budaya dan sosial serta lebih banyak berkaitan dengan kreativiti.

• Kanak-kanak sangat berminat dengan aktiviti seni dan kreatif. Aktiviti seni dan kreatif memberi peluang kepada kanak-kanak untuk merealisasikan imaginasi mereka di dalam pelbagai cara. Ini termasuklah aktiviti seni seperti melukis, mewarna, kraf tangan, muzik, nyanyian, drama, puisi, membentuk arca dan sebagainya.

• Kanak-kanak seronok melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti kreatif dan estetika, yang paling penting guru haruslah sentiasa bersedia dan membuat perancangan yang teliti terutamanya dalam menyediakan bahan yang ingin digunakan untuk sesuatu aktiviti kerana perancangan yang baik membantu kelancaran pengajaran dan pembelajaran.

http://cikguani.blogspot.com/2010/06/teori-jean-piaget.html

PENILAIAN DI PRASEKOLAH

1.0 Pengenalan

Page 12: an Kreativiti Dan Pembelajaran Kanak

Pendidikan prasekolah adalah peringkat terpenting bagi membentuk emosi,

fizikal, sosial, dan perkembangan pemikiran kanak-kanak yang berusia dalam lingkungan

4 hingga 6 tahun sebagai persediaan untuk melangkah ke sekolah rendah.. Semasa belajar

di prasekolah kanak-kanak memperoleh asas komunikasi, kemahiran sosial, dan

kemahiran lain yang positif dari aspek fizikal, kognitif, emosi, rohani dan nilai estetika.

Oleh itu, penilaian adalah salah satu aspek yang harus diberi penekanan oleh guru

prasekolah bagi menentukan pencapaian dan perkembangan seseorang kanak-kanak

sepanjang mereka mengikuti pembelajaran di prasekolah.

Kementerian Pelajaran Malaysia (2003) menyatakan penilaian adalah sebahagian

daripada proses pengajaran dan pembelajaran dan dijalankan secara berterusan. Ianya

adalah proses pengumpulan maklumat tentang perkembangan dan kemajuan kanak-kanak

dengan menggunakan pelbagai kaedah. Penilaian ini bertujuan untuk mengenal pasti

pelbagai kecerdasan dan potensi untuk diberi pengukuhan dan dipertingkatkan. Penilaian

yang dijalankan hendaklah direkodkan dengan tepat dan jelas seperti yang termaktub

dalam Akta Pendidikan (1996) dan disebutkan lagi dalam Peraturan-peraturan Pendidikan

(Kurikulum Prasekolah) 1997, yang ditulis dalam perenggan:

“5. (1) Tiap-tiap tadika hendaklah membuat penilaian berterusan tentang

perkembangan murid-muridnya dalam domain kognitif, afektif dan psikomotor”.

Penilaian di peringkat prasekolah dijalankan secara tidak formal dan berterusan. Guru

prasekolah hendaklah menilai kanak-kanak dari semasa ke semasa. Setiap pengajaran

yang disampaikan oleh guru hendaklah dinilai. Tujuannya supaya guru dapat mengumpul

maklumat sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran serta mengetahui kemajuan

kanak-kanak dalam berbagai aktiviti dan perkembangan sikap mereka. Selaras dengan

matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan, perkembangan kanak-kanak secara

menyeluruh, bersepadu, dan seimbang perlu diberi pertimbangan yang sewajarnya di

dalam program prasekolah kerana pengalaman pembelajaran di prasekolah bakal

mencorakkan perkembangan kanak-kanak seterusnya.

Page 13: an Kreativiti Dan Pembelajaran Kanak

Penilaian dalam Mengenal Pasti Kemajuan Kanak-kanak

2.1 Konsep Penilaian

Guru memainkan peranan penting dalam mengesan kebolehan, kemajuan dan

pencapaian murid. Guru juga menentukan hasil pembelajaran yang hendak dinilai,

merancang dan membina instrumen penilaian, menganalisis maklumat penilaian, melapor

dan membuat tindakan susulan.

Penilaian ialah proses mengumpul maklumat dan mengesan kemajuan kanak-

kanak dalam aspek pengetahuan, kemahiran dan penguasaan kanak-kanak terhadap

sesuatu proses pembelajaran bagi membantu perkembangan yang seterusnya. Proses ini

dijalankan secara berterusan dan bersesuaian dengan objektif pembelajaran dan tahap

perkembangan individu setiap kanak-kanak semasa kanak-kanak mengalami proses

pembelajaran.

Penilaian juga dapat dianggap sebagai satu cara untuk mendapatkan bukti yang

tepat tentang sesuatu perkara. Gay (1985) berpendapat bahawa penilaian ialah satu proses

yang sistematik semasa mengumpul dan menganalisis data bagi menentukan sama ada

sesuatu objektif yang telah ditetapkan itu telah tercapai.

Arthur et.al. (1996) berpendapat penilaian ialah proses mengumpul bukti dan

membuat pertimbangan tentang keperluan, kekuatan, kebolehan dan pencapaian. Ia juga

membawa maksud proses mengumpul data dan membuat pertimbangan tentang

keberkesanan program pengajaran, polisi dan prosedur.

Matlamat Penilaian

Penilaian dalam pengajaran dan pembelajaran adalah sama pentingnya dengan

pengajaran dan pembelajaran itu sendiri. Matlamat utama penilaian ialah untuk

memperbaiki pengajaran dan pembelajaran. Menurut Putri Zabariah dan Rohani (2007)

penilaian dijalankan adalah supaya guru dapat:

2.2.1 Mengesan perkembangan kanak-kanak secara menyeluruh;

2.2.2 Melihat perubahan pada perkembangan setiap kanak-kanak;

2.2.3 Membuat perancangan dan pengubahsuaian aktiviti pengajaran untuk membantu

meningkatkan pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak;

2.2.4 Mempelajari keperluan setiap kanak-kanak;

Page 14: an Kreativiti Dan Pembelajaran Kanak

2.2.5 Mengesan keberkesanan aktiviti, rutin, dan strategi yang digunakan;

2.2.6 Mengenal pasti kekuatan dan kelemahan murid dalam pembelajaran dari semasa ke

semasa.

2.2.7 Memberi laporan yang tepat kepada ibu bapa, pakar-pakar kesihatan, guru besar dan

pegawai-pegawai yang memantau;

2.2.8 Menghargai hasil kerja kanak-kanak; dan

2.2.9 Membuat tindakan susulan serta-merta

Kaedah Penilaian

Penilaian di peringkat prasekolah bercorak tidak formal dan dijalankan ke atas

kanak-kanak secara pemerhatian yang berterusan. Pemerhatian adalah satu kaedah

penilaian melalui pemerhatian yang dijalankan secara sistematik, jelas dan tepat.

Penilaian dilaksanakan melalui pemerhatian terhadap tingkah laku, perbualan atau

interaksi dan hasil kerja murid. Oleh sebab kadar penerimaan dan kefahaman sesuatu

konsep bagi setiap murid adalah berbeza, maka penilaian sangat sesuai dilakukan secara

individu.

Pemerhatian

Pemerhatian ialah pengamatan kepada perlakuan kanak-kanak yang bersesuaian

dengan perkembangan mereka. Dalam konteks penilaian, pemerhatian adalah satu kaedah

yang sistematik yang dilakukan oleh guru untuk mengumpul data atau maklumat atau

merekodnya dengan tepat. Guru perlu ada kemahiran memerhati secara prihatin pada apa

yang berlaku pada setiap kanak-kanak melalui pemerhatian yang dibuat terhadap tingkah

laku, perbualan dan hasil kerja kanak-kanak.

Melalui pemerhatian terhadap tingkah laku kanak-kanak, guru boleh

memerhatikan dan menilai murid semasa aktiviti bermain pondok-pondok, menyusun

blok bersama rakan-rakan, semasa mereka bermain bersama rakan-rakan atau

bersendirian, semasa aktiviti pembelajaran seperti membuat kolaj dalam kumpulan,

aktiviti mengikat tali kasut, menyelesaikan masalah bersama rakan dan sebagainya.

Manakala pemerhatian terhadap perbualan atau interaksi yang boleh diperhatikan

ialah semasa perbualan atau interaksi antara murid dengan guru, perbualan atau interaksi

antara murid dengan murid, interaksi murid dengan bahan, main peranan, bercerita dan

bersoal-jawab, semasa aktiviti nyanyian, hafazan, bacaan dan lain-lain. Pemerhatian ke

Page 15: an Kreativiti Dan Pembelajaran Kanak

atas kanak-kanak hendaklah dilakukan dalam semua domain iaitu domain kognitif,

afektif dan psikomotor.

Selain itu, guru boleh menilai hasil kerja murid melalui rekod kerja yang

dikumpulkan dan menjadi sumber maklumat kemajuan kanak-kanak, kekuatan,

kelemahan, konsep, dan kemahiran yang mereka ketahui dan kuasai. Setiap bahan atau

hasil kerja murid dikumpulkan dalam bentuk portfolio. Beberapa bahan yang

dikumpulkan dalam portfolio murid ialah hasil lukisan, mewarna, lakaran, tulisan, buku

skrap, kraf tangan, buku kecil, dan model, video kanak-kanak, gambar yang diambil

semasa kanak-kanak menjalani aktviti pengajaran dan pembelajaran di prasekolah dan

sebagainya.

Waktu Penilaian

Dalam konteks pendidikan prasekolah, setiap pengajaran yang disampaikan oleh

guru kepada kanak-kanak hendaklah dinilai. Penilaian ke atas kanak-kanak hendaklah

dijalankan sepanjang masa pengajaran dan pembelajaran berlangsung sama ada secara

berkala masa atau mengikut kekerapan yang perlu.

Hal ini bersesuaian dengan pendapat Putri Zabariah dan Rohani (2007) bahawa

penilaian ke atas sesuatu pengajaran dan pembelajaran mesti bermula daripada awal,

semasa dan di akhir pembelajaran. Segala maklumat yang dikumpulkan sepanjang proses

pengajaran dan pembelajaran memberi suatu gambaran berkenaan penguasaan kanak-

kanak. Melalui proses penilaian yang dijalankan, guru dapat mengikuti perubahan yang

berlaku daripada semasa. Justeru itu, waktu penilaian ke atas kanak-kanak adalah secara

berterusan dan tiada had masa tertentu.

Tindakan Susulan

Sebagaimana yang terkandung dalam Huraian Kurikulum Prasekolah Kebangsaan

(2003), Tindakan susulan adalah aktiviti bimbingan, pengukuhan dan pengayaan, setelah

dikenal pasti kelebihan atau kekurangan perkembangan murid. Aktiviti bimbingan

dirancang bagi membantu murid mengatasi masalah pembelajaran agar kelemahan murid

tidak terhimpun. Proses penilaian hendaklah dilaksanakan semula. Aktiviti pengukuhan

merupakan pengukuhan kepada pengetahuan dan kemahiran yang telah dikuasai. Aktiviti

pengayaan hendaklah dirancang untuk memberi peluang kepada murid menjalani aktiviti

Page 16: an Kreativiti Dan Pembelajaran Kanak

yang lebih mencabar setelah aktiviti, kemahiran, atau aspek yang sepatutnya dipelajari

telah dikuasai atau disiapkan.

Semasa menjalankan tindakan susulan guru boleh menyediakan aktiviti bagi

membantu murid yang memerlukan lebih perhatian atau pun aktiviti yang lebih

mencabar. Kepekaan guru dalam penilaian berterusan ini dapat meningkatkan pencapaian

setiap murid ke tahap yang optimum. Antara kebaikan menjalankan tindakan susulan di

prasekolah ialah:

Kelebihan murid dalam pencapaian boleh diperkukuh dan dipertingkatkan melalui

aktiviti yang mencabar. Kekurangan tahap pencapaian murid boleh dibantu

melalui bimbingan yang sewajarnya.

Perkembangan dan kemajuan murid dapat dipantau dengan seadilnya secara individu,

kumpulan, dan kelas melalui proses pembelajaran.

Murid yang telah menguasai tahap pencapaian yang sepatutnya perlu disokong dan diberi

dan diberi lebih banyak aktiviti pengukuhan bagi meningkatkan pencapaian.

Murid yang belum menguasai tahap pencapaian yang sepatutnya perlu diberi aktiviti

bimbingan dan sokongan yang bersesuaian dengan aras penguasaan murid

tersebut.

Guru juga perlu memaklumkan kepada ibu bapa tahap penguasaan anak mereka untuk

memperoleh sokongan tambahan di rumah.

Main dan Kanak-kanak

Bermain ialah apa-apa kegiatan yang memberikan kegembiraan dan kepuasan

kepada kanak-kanak tanpa menimbangkan apakah hasil kegiatan itu. Bermain bukan satu

kegiatan yang dipaksa tetapi ia merupakan fitrah semula jadi kanak-kanak dalam proses

mereka berkembang. Bagi kanak-kanak, bermain merupakan aktiviti di dalam kehidupan

seharian mereka. Melalui aktiviti bermain kanak-kanak belajar berkenaan diri dan alam

persekitarannya.

Dalam konteks pendidikan prasekolah, bermain ialah satu proses pembelajaran

yang terancang dan berstruktur dalam memberi peluang kepada murid belajar dalam

suasana yang informal, menyeronokkan, bebas dan selamat. Melalui bermain, kanak-

kanak berinteraksi dengan bahan, orang lain atau secara bersendirian. Kanak-kanak

merasa terhibur apabila mereka bermain. Bermain adalah satu bentuk kesenian kanak-

Page 17: an Kreativiti Dan Pembelajaran Kanak

kanak. Ia merupakan saluran untuk melahirkan perasaan dan punca untuk mendapatkan

kegembiraan dan keseronokan.

Banyak tokoh ahli Psikologi kanak-kanak yang menekankan kepentingan bermain

kepada kanak-kanak termasuklah Montessori yang menganggap permainan adalah

pekerjaan kanak-kanak. Beliau berpendapat bahawa semua kanak-kanak suka belajar

melalui bermain.

Friedrich Wilhelm Froebel (1782–1852) yang digelar ‘father of kindegarten’ telah

meneroka dan membina satu sistem pendidikan awal kanak-kanak yang berasaskan

kepada konsep belajar melalui bermain. Beliau percaya bermain adalah asas untuk kanak-

kanak mempelajari sesuatu. Froebel juga yakin permainan yang sesuai dapat membantu

kanak-kanak berfikir mengenai dan mampu memberi keseronokan, kebebasan, kepuasan,

kerehatan dalaman dan luaran serta kedamaian di dalam dunia kanak-kanak. Beliau

percaya bahawa kanak-kanak belajar dari persekitarannya dan pembentukan peribadi di

pengaruhi oleh cara kanak-kanak bermain. Alat-alat permainan yang digunakan oleh

kanak-kanak perlu dipilih dengan teliti bagi tujuan untuk menyokong perkembangan

kanak-kanak.

Herbert Spencer (1973) dalam teori Surplus energy menyatakan main adalah

penting bagi kanak-kanak untuk membuang lebih tenaga mereka. Semua manusia telah

dibekalkan dengan tenaga dan sekiranya tenaga ini tidak digunakan ia harus dibuang dan

cara yang menyeronokkan ialah melalui main.

Mengikut Vygotsky (1967) Main membantu perkembangan bahasa dan

pemikiran. Struktur otak akan membentuk melalui penggunaan simbol dan alat, ia juga

membantu dalam pembentukan ini. Main juga memberi kebebasan kepada kanak-kanak

untuk meluahkan tekanan dalam menghadapi dunia sebenar. Dalam cara ini kanak-kanak

dapat mengawal situasi dan menyesuaikannya dalam dunia sebenar. Mereka dibenarkan

untuk memperoleh proses pemikiran yang tinggi melalui bermain.

Sigmun Freud (1968) memandang main sebagai suatu cara untuk mengurangkan

emosi kebimbangan, dan mengawal emosi dengan melepaskan tindakan haram dalam

dunia khayalan. Maka, main memainkan peranan yang penting dalam perkembangan

emosi dan sosial kanak-kanak. Begitu juga dengan Jean Piaget (1962) yang berpendapat

bahawa tujuan main ialah menggerakkan perkembangan kognitif kanak-kanak, di

Page 18: an Kreativiti Dan Pembelajaran Kanak

samping memperkukuhkan pembelajaran yang baru dijalankan dalam suasana yang

tenang.

Terdapat pelbagai jenis main yang boleh dijadikan aktiviti pengajaran dan

pembelajaran di prasekolah. Antaranya ialah Main Sosial (Social Play), Main Kognitif

(Cognitive Play), dan Main Sosiodrama (Socio-dramatic Play). Guru haruslah peka dan

memahami pelbagai nilai main yang boleh menyumbang ke arah perkembangan kanak-

kanak di prasekolah secara menyeluruh dan seimbang dari aspek kognitif, fizikal, sosial,

bahasa, kreativiti dan emosi. Guru-guru prasekolah pada masa kini sedar nilai sesebuah

permainan sebagai satu cara pembelajaran yang mampu merangsang minda dan

mempunyai kepentingan tersendiri dalam perkembangan kanak-kanak prasekolah.

Penilaian Semasa Kanak-kanak Bermain

Dari sudut psikologi terdapat 12 aspek perkembangan yang dapat dikenal pasti

semasa memerhati kanak-kanak yang sedang bermain. Walau bagaimanapun hanya lima

aspek perkembangan yang akan dibincangkan iaitu:

4.1 Aspek Perkembangan Kognitif

Banyak kajian telah menunjukkan perhubungan yang positif antara main dan

pembelajaran kanak-kanak. Mengikut Piaget (1983, keupayaan adaptasi psikologikal

adalah amat penting dalam memastikan perkembangan struktur kognitif atau mental

kanak-kanak. Piaget memandang main sebagai aktiviti pengukuhan untuk tingkah laku

yang baru dipelajari. Walaupun main bukan kesamaan dengan pembelajaran, apa yang

pasti, main mempermudahkan cara pembelajaran. Ini adalah kerana bermain memberi

peluang kepada kanak-kanak untuk memperoleh pengalaman baru agar dapat

diadaptasikan dalam struktur kognitif mereka.

Banyak aktiviti yang boleh dilakukan untuk membantu merangsang

perkembangan kognitif kanak-kanak. Guru boleh menggalakkan kanak-kanak berfikir

dengan cara mengadakan permainan yang boleh mencabar pemikiran kanak-kanak seperti

bersoal-jawab apa yang mereka akan rasa sekiranya mereka menjadi sebuah buku,

menjadi sebuah basikal, dan sebagainya. Permainan seperti ini mendorong kanak-kanak

berfikir secara spontan dan secara langsung akan membantu perkembangan kognitif

mereka.

Page 19: an Kreativiti Dan Pembelajaran Kanak

Aktiviti lain yang guru boleh jalankan ialah aktiviti permainan air. Permainan air

boleh dijalankan di dalam atau di luar kelas. Tempat air boleh berbentuk tetap atau

sementara. Guru perlu mengambil kira beberapa aspek semasa kanak-kanak menjalani

aktiviti main air. Antaranya ialah penyediaan bahan, penyediaan tempat atau ruang,

pakaian yang sesuai, mestilah berdekatan dengan sumber air, dan mengambil langkah-

langkah keselamatan yang perlu.

Berbagai perkara dalam aspek kognitif dapat dikembangkan melalui permainan

air seperti kemahiran menyiasat, menjalankan eksperimen, membuat anggaran, dan

membuat perbandingan. Selain itu, kanak-kanak juga dapat menambah pengetahuan

tentang konsep isi padu, kapasiti, saiz, bentuk, konsep penyerapan, timbul tenggelam,

serta penyejukan dan pemanasan. Melalui Permainan air kanak-kanak boleh meneroka

persekitaran, mempelajari perkara baru dan juga belajar dalam menyelesaikan masalah.

Aktiviti-aktiviti yang boleh dijalankan semasa main air yang boleh menggalakkan

perkembangan kognitif ialah:

4.1.1 Memerhati dan meneroka ciri-ciri air seperti menuang air ke dalam beberapa bekas

berbeza saiz dan bentuk melalui cara seperti membuat teh tarik.

Membanding dan membezakan serta membuat anggaran isi padu air.

Menjalankan eksperimen seperti menyediakan larutan air daripada bahan-bahan berbeza

seperti garam, pasir, gula, batu, dan sebagainya.

Melakukan penyelenggaraan pada akuarium yang mengandungi hidupan air.

Bermain dengan kenderaan air atau objek untuk mengetahui konsep tenggelam dan

timbul.

Aktiviti bermain dengan bongkah juga boleh mengembangkan kognitif kanak-

kanak. Contohnya bagi meningkatkan kefahaman kanak-kanak mengenai bentuk, saiz

dan ciri-ciri, kanak-kanak boleh menjalani aktiviti dengan cara bermain seperti

mengumpulkan bongkah mengikut ciri-ciri yang ditetapkan iaitu mengumpulkan semua

bongkah berwarna merah, mengumpulkan semua bongkah berbentuk bulat, segi tiga, segi

empat dan sebagainya. Menurut Piaget ( 1962 ), main dengan binaan mengajar pelbagai

konsep kuantitatif dan ruang.

Selain itu, melalui aktiviti bermain dengan bongkah juga kanak-kanak dapat

meneroka kemahiran awal sains yang merupakan salah satu cabang perkembangan

Page 20: an Kreativiti Dan Pembelajaran Kanak

kognitif. Contohnya, bagi kemahiran membezakan warna dan bentuk, guru akan

menggunakan bongkah pelbagai warna dan bentuk. Kanak-kanak menyusun dan

mengumpul bongkah mengikut warna serta menamakan warna itu. Kanak-kanak

memberikan bongkah yang sama warna seperti yang dikehendaki guru. Permainan

diulang dengan kanak-kanak membezakan bentuk pula.

Aspek Perkembangan Bahasa

Melalui bermain juga dapat membantu perkembangan bahasa kanak-kanak.

Permainan yang melibatkan bahasa dapat merangsang minda kanak-kanak menguasai dan

membantu mereka menambah perbendaharaan kata. Mereka juga menyedari setiap objek

di persekitaran mereka mempunyai nama dan peranan yang tersendiri. Guru boleh

menjalankan aktiviti bagi memberi peluang kepada kanak-kanak meluaskan

perkembangan bahasa melalui aktiviti bermain bongkah, bermain pondok-pondok, main

pasir dan main peranan.

Melalui aktiviti bermain bongkah, kanak-kanak bermain dengan bongkah yang pelbagai

warna, saiz, dan bentuk. Mereka membuat binaan seperti rumah, jambatan, jalan raya,

bangunan, kenderaan dan sebagainya. Semasa aktiviti ini berjalan guru menggalakkan

kanak-kanak melahirkan perasaan seperti bercerita, berimaginasi, dan menyanyi ketika

bermain dengan bongkah. Oleh itu, secara tidak langsung, perbendaharaan kata kanak-

kanak akan bertambah. Melalui permainan ini juga kanak-kanak akan berbincang sesama

sendiri mengenai bahan binaan mereka. Guru juga hendaklah memberi perangsang

dengan mengemukakan beberapa soalan yang boleh menggalakkan kanak-kanak berbual

dan bercerita mengenai aktiviti yang mereka lakukan.

Aktiviti main pondok-pondok juga boleh menggalakkan perkembangan bahasa di

kalangan kanak-kanak. Sewaktu bermain pondok-pondok, kanak-kanak meniru

perwatakan ahli keluarga seperti bapa, ibu, kakak, abang, dan adik. Mereka juga akan

meniru perwatakan orang-orang di sekeliling mereka seperti doktor, anggota polis, guru,

peniaga dan sebagainya. Sewaktu bermain kanak-kanak akan berbual sesama mereka

berdasarkan watak yang telah dipilih. Aktiviti yang baik ini perlu dipupuk tetapi perlu

ada kawalan dan batasan daripada guru. Melalui aktiviti ini aspek perkembangan bahasa

kanak-kanak dapat dipertingkatkan.

Page 21: an Kreativiti Dan Pembelajaran Kanak

Selain aktiviti main bongkah dan main pondok-pondok, aktiviti main sambil menyanyi

juga adalah satu cara bagaimana kanak-kanak memperkembangkan penguasaan bahasa

mereka. Dengan nyanyian juga dapat memperkenalkan pelbagai konsep dan bahasa dapat

ditingkatkan kerana ia mudah diingati dan difahami oleh kanak-kanak. Peningkatan

perkembangan bahasa dapat berkembang melalui sebutan semasa menyanyi.

Contoh aktiviti yang boleh dijalankan ialah menyanyi lagu Row Row Your Boat

atau dalam bahasa Melayu ialah Dayung Dayung Sampan sambil membuat aksi

mendayung sampan secara berpasangan. Kanak-kanak memegang tangan pasangannya

dan kaki bertemu kaki pasangannya. Kemudian, tangan dan kaki bergerak secara

berselang-seli seperti mendayung sampan sambil menyanyi lagu tersebut dalam bahasa

Inggeris dan bahasa Melayu dengan iringan muzik. Sepanjang aktiviti tersebut kanak-

kanak kelihatan sangat gembira. Aktiviti tersebut diulang beberapa kali sehingga kanak-

kanak dapat menyebut lirik lagu itu. Melalui aktiviti ini kanak-kanak dapat mempelajari

perkataan-perkataan baru dan secara langsung kosa kata kanak-kanak akan semakin

bertambah.

Kanak-kanak belajar bahasa melalui pelbagai cara. Antaranya dengan meniru

bunyi yang pernah didengarinya. Mereka belajar dengan meniru orang dewasa dan

rakannya bercakap dan meluahkannya dengan cara tertentu. Contohnya, permainan lagu

berantai membolehkan kanak-kanak menghafal, menghasilkan , mempelbagaikan dan

memanipulasikan perkataan dalam pelbagai situasi. Mereka membina perkataan yang

lucu, mudah, dan mereka cerita khayalan daripada pengalaman mereka sendiri. Dengan

cara ini, kanak-kanak guru dapat meningkatkan perkembangan bahasa kanak-kanak.

Contoh permainan lagu berantai ialah seperti:

Malam yang sepi pi… pi

Pak Mat jual topi pi…pi

Topinya koyak yak…yak

Pak Mat jual tempoyak yak…yak

Tempoyaknya basi si…si

Pak Mat jual nasi si… si

Aspek Perkembangan Sosial

Page 22: an Kreativiti Dan Pembelajaran Kanak

Perkembangan sosial amat penting dalam kehidupan manusia dan dipelajari sejak

kecil. Kemahiran asas sosial yang perlu dikuasai oleh kanak-kanak ialah kemahiran

menarik perhatian orang lain, berkongsi dan memberi, meminta dan bertanya, memberi

idea dan memuji atau memberi penghargaan. Ini termasuklah cara kanak-kanak

berinteraksi dengan kanak-kanak lain dan orang dewasa dalam kehidupan mereka.

Kemahiran sosial termasuklah berkongsi, bekerjasama dan mematuhi peraturan.

Menurut Philip (1991) kemahiran sosial membawa maksud tingkah laku-tingkah

laku yang prihatin untuk melakukan perhubungan interpersonal yang efektif. Sebaliknya

Thacker (1996) pula mendefinisikan kemahiran sosial sebagai keupayaan untuk

berkomunikasi secara efektif dengan individu lain dalam situasi sosial atau kerja.

Pelbagai aktiviti bermain boleh dilakukan di prasekolah dalam membantu

perkembangan sosial kanak-kanak. Antaranya aktiviti bermain pasir. Permainan pasir

boleh dijalankan di dalam dan di luar kelas. Ruang pasir haruslah berkeadaan teduh dan

selesa untuk kanak-kanak bermain. Guru harus menyediakan pelbagai peralatan untuk

memberi peluang kepada murid membuat penerokaan dan penemuan baru serta

bersosialisasi dengan rakan-rakan. Semasa bermain pasir kanak-kanak akan berkongsi

dan bergilir-gilir menggunakan peralatan bersama rakan-rakan, hormat-menghormati,

menghargai sumber dan idea orang lain, dan bekerjasama sesama rakan.

Selain itu, aktiviti bermain di taman permainan juga boleh menggalakkan kanak-

kanak meningkatkan aspek perkembangan sosial di kalangan kanak-kanak. Hal ini

demikian kerana, semasa aktiviti bermain di taman permainan kanak-kanak perlu bergaul

dengan semua rakan sebaya. Di samping itu, mereka dilatih bersifat sabar dan mematuhi

peraturan kerana perlu bergilir-gilir semasa bermain dengan alatan permainan yang

terhad. Secara tidak langsung kanak-kanak ini belajar untuk menghormati perasaan dan

hak orang lain.

Begitu juga aktiviti bermain pondok-pondok, bermain doh ataupun semasa

bermain permainan dalaman seperti congkak, dam ular, ketingting dan sebagainya.

Semasa bermain bersama rakan-rakan, kanak-kanak sebenarnya sedang belajar cara-cara

berinteraksi dan bersosial bersama orang lain di luar daripada lingkungan ahli keluarga.

Memberi pendedahan sosial yang awal kepada kanak-kanak memudahkan mereka

Page 23: an Kreativiti Dan Pembelajaran Kanak

menyesuaikan diri dengan persekitaran di samping dapat menanam sifat berani dan

berani ke hadapan.

Oleh itu, jelas menunjukkan bahawa aktiviti-aktiviti main ini menggalakkan

kanak-kanak bergaul dengan rakan dan secara langsung membantu perkembangan sosial

mereka. Semasa bermain dengan kanak-kanak lain, kanak-kanak akan cuba belajar dan

mengekalkan hubungan yang sedia terjalin. Ini adalah kerana penyesuaian semasa

bergaul adalah asas kepada proses sosialisasi kanak-kanak.

Aspek Perkembangan Emosi

Terdapat pelbagai cara untuk memupuk perkembangan emosi kanak-kanak di

peringkat prasekolah. Contohnya, aktiviti bermain yang dijalankan semasa berada di

sekolah. Kepentingan emosi dalam kehidupan telah mula diakui oleh ahli-ahli falsafah

sejak zaman Greek lagi. Tidak hairanlah jika Plato, Aristotle, Spinoza, Descartes,

Hobbes, dan Hume telah mengemukakan teori-teori berkaitan emosi yang menjadi asas

kepada penyelidikan tentang emosi dan kaitannya dengan kehidupan manusia.

Emosi bermaksud jiwa yang kuat. Manusia adalah makhluk yang mempunyai

perasaan yang tinggi dan paling halus. Emosi juga boleh dimanifestasikan melalui bahasa

badan ataupun gerak geri seseorang. Bahasa badan ialah pergerakan badan seperti postur

dan ekspresi wajah. Mengikut Daniel Goleman ( 1997 ), emosi merujuk kepada sesuatu

perasaan dan pemikiran tersendiri di bawak keadaan psikologikal dan biological, serta

ada kecenderungan yang berbeza-beza untuk bertindak. Ini bermakna emosi biasanya

digambarkan dengan bahasa badan fizikal , iaitu bahasa bukan lisan.

Menurut Plato, terdapat tiga komponen asas dalam minda manusia iaitu daya

taakulan, kehendak (desire), dan komponen emotif. Antara komponen emotif yang

dimaksudkan ialah kegembiraan, kesedihan, ketakutan, dan kemarahan. Bagi Aristotle

juga, emosi mempunyai peranan yang sangat besar dalam mempengaruhi kehidupan

manusia secara keseluruhannya.

Perkembangan emosi bagi seseorang kanak-kanak adalah sangat penting.

Sekiranya seseorang kanak-kanak gagal berkembang secara positif, mereka mungkin

tidak akan berjaya menghadapi tekanan-tekanan yang bakal dihadapi dalam hidup. Oleh

sebab itulah di peringkat prasekolah pemupukan emosi positif amat dititik beratkan

terutamanya dalam aktiviti bermain. Ini adalah kerana bermain dapat membantu

Page 24: an Kreativiti Dan Pembelajaran Kanak

memberikan kepuasan dan ketenangan emosi kepada kanak-kanak terutamanya apabila

mereka diberikan kebebasan berkreatif dan berimaginasi tanpa gangguan.

Antara aktiviti yang boleh dijalankan untuk guru menilai dan menggalakkan

perkembangan emosi kanak-kanak ialah melalui aktiviti Komponen Kreativiti dan

Estetika. Ini kerana aktiviti ini memberi peluang untuk kanak-kakak menyampaikan

perasaan, karya, meluahkan emosi, dan kebolehan mereka dalam pelbagai cara.

Contohnya aktiviti seni visual dengan menggunakan warna air. Kebanyakan kanak-kanak

suka bermain dengan warna air kerana pada mereka aktiviti ini mencabar kebolehan

mereka. Aktiviti percikan dan tiupan warna air di atas kertas lukisan. Semasa aktiviti ini

dijalankan, kelihatan kanak-kanak seronok dan emosi kegembiraan terpancar di wajah

mereka. Banyak lagi aktiviti seni visual yang boleh dijalankan di prasekolah dalam

membentuk perkembangan emosi kanak-kanak.

Selain itu, perkembangan sosioemosi juga boleh dipupuk semasa guru mengajar aktiviti

nyanyian, serta muzik dan gerakan. Hal ini demikian kerana muzik digemari secara

semula jadi oleh kanak-kanak. Kanak-kanak dapat meluahkan perasaan gembira atau

seronok melalui aktiviti muzik. Aktiviti muzik dapat membantu menggalakkan

perkembangan emosi kanak-kanak. Antaranya semasa penyertaan kanak-kanak dalam

aktiviti nyanyian berkumpulan, kanak-kanak akan menyanyi dan menari bersama rakan-

rakan yang lain. Dengan cara ini, mereka dapat meluahkan perasaan gembira yang

ditunjukkan melalui ekspresi muka semasa aktiviti nyanyian ini dijalankan. Oleh itu, guru

dapat menilai sejauh mana meningkatnya perkembangan emosi seseorang kanak-kanak.

Aspek Perkembangan Fizikal

Permainan biasanya melibatkan aktiviti fizikal yang berhubung rapat dengan

perkembangan kanak-kanak dari aspek motor kasar dan motor halus serta kesedaran

tentang badan mereka. Kanak-kanak berasa seronok dan gembira sewaktu aktif

menggunakan bahagian-bahagian anggota badan mereka untuk bersenam. Ini

membolehkan kanak-kanak meningkatkan kemahiran yang membolehkan mereka berasa

lebih selamat, lebih yakin, dan boleh berdikari. Dalam masyarakat di mana kanak-kanak

menghadapi tekanan, keyakinan dan sikap bersaing untuk berjaya dalam segala bidang

amat diperlukan.

Page 25: an Kreativiti Dan Pembelajaran Kanak

Perkembangan fizikal merupakan suatu aspek penting dalam pendidikan awal

kanak-kanak. Komponen Perkembangan fizikal memberi fokus kepada empat aspek

penting iaitu perkembangan psikomotor halus, perkembangan psikomotor kasar,

kesihatan dan keselamatan. Aspek perkembangan fizikal kanak-kanak dapat

dikembangkan melalui empat aspek yang telah dinyatakan. Antara strategi pengajaran

dan pembelajaran yang boleh dijalankan untuk memupuk perkembangan fizikal kanak-

kanak ialah:

Aspek Perkembangan Psikomotor Kasar

Kanak-kanak harus diberi peluang menyertai pelbagai aktiviti pergerakan yang

aktif, pantas, dan mencabar. Dengan bermain terutamanya dalam permainan aktif, kanak-

kanak belajar mengawal pergerakan dan mengimbangi tubuh mereka serta melicinkan

perjalanan sistem dalam tubuh seperti sistem pernafasan dan sistem saraf.

Aktiviti pergerakan akan membantu pertumbuhan tubuh badan menjadi sihat.

Selain itu, kanak-kanak dapat menguasai kemahiran fizikal serta dapat meningkatkan lagi

keupayaan pergerakannya melalui pengalaman yang diperolehi melalui permainan,

pergerakan kreatif dan gimnastik.

Misalnya, aktiviti bermain di padang permainan, aktiviti seperti memanjat dan

menuruni gelongsor, bergayut pada ‘ monkey bar ’, bermain buaian dan sebagainya dapat

membantu perkembangan fizikal kanak-kanak.

Aspek Perkembangan Motor Halus

Kemahiran motor halus ialah kemahiran yang melibatkan kemahiran

menggunakan otot kecil seperti pergerakan jari serta koordinasi jari dan mata.

Penguasaan psikomotor halus yang baik amat penting dalam membantu pergerakan asas

dan kemahiran menulis kepada kanak-kanak. Antara aktiviti dalam bentuk permainan

yang boleh dijalankan bagi membantu perkembangan fizikal dalam aspek ini ialah seperti

merantai manik, menjahit kad berlubang, menconteng kertas, melipat, mengoyak dan

merenyuk kertas, menguli doh dan lain-lain lagi.

Salah satu aktiviti yang menyeronokkan kanak-kanak dalam membantu aspek

perkembangan fizikal ialah bermain dengan doh. Sebelum kanak-kanak bermain dengan

doh, guru hendaklah membimbing kanak-kanak membuat doh sendiri. Menyediakan doh

sendiri memberi peluang kepada kanak-kanak merasa sendiri struktur doh dan memilih

Page 26: an Kreativiti Dan Pembelajaran Kanak

sendiri warna yang mereka suka. Biarkan kanak-kanak menggaul dan menguli doh

dengan tangan. Dengan cara ini, ia melatih pergerakan motor halus kanak-kanak. Proses

mengadun, menggaul, meramas adalah baik untuk jari-jemari kanak-kanak dan ia juga

adalah latihan awal bagi persediaan untuk menulis.

Merekodkan Pemerhatian

Setiap pemerhatian yang dilakukan merupakan maklumat penting yang perlu

direkodkan secara sistematik, tepat, lengkap dan jelas. Merekod pemerhatian ialah

aktiviti mencatat maklumat secara sistematik daripada apa yang diperhatikan berkaitan

dengan perkembangan, kebolehan, kemajuan, pengetahuan, dan pencapaian murid yang

ingin dinilai. Pemerhatian guru memainkan peranan penting untuk menilai kanak-kanak

prasekolah. Guru hendaklah sentiasa memerhatikan sesuatu perubahan tabiat atau

perlakuan kanak-kanak. Maklumat ini hendaklah direkodkan secepat mungkin. Maklumat

tersebut dapat membantu guru menyediakan laporan kemajuan kanak-kanak pada bila-

bila masa diperlukan.Pemerhatian boleh direkodkan dengan menggunakan rekod senarai

semak, rekod anekdot, dan rekod berterusan.

5.1 Rekod Senarai Semak

Senarai semak ialah senarai item yang disediakan untuk mengenal pasti

perkembangan dari segi pengetahuan, kemahiran, sikap dan kebolehan. Senarai item yang

disediakan adalah untuk menentukan sama ada tingkah laku yang berlaku, tingkah laku

dapat diperhatikan, dan kekerapan tingkah laku itu berlaku dengan menandakan ( ) atau

cara lain mengikut arahan dalam senarai semak. Senarai item yang disediakan hendaklah

mengambil kira domain kognitif, afektif dan psikomotor. Senarai semak ini juga dapat

menyatakan sama ada murid itu boleh atau tidak boleh, mencapai atau tidak mencapai

hasil pembelajaran yang diingini.

Rekod Anekdot

Rekod anekdot adalah satu catatan yang ringkas, tepat dan padat mengenai

sesuatu peristiwa atau tingkah laku murid yang dianggap penting, unik dan signifikan

untuk direkodkan. Maklumat yang perlu ada dalam rekod anekdot ialah nama kanak-

kanak, tarikh, masa, tempat, peristiwa yang berlaku, ulasan guru dan cadangan atau

tindakan guru. Catatan ringkas ini akan membantu guru memahami kanak-kanak

Page 27: an Kreativiti Dan Pembelajaran Kanak

berkenaan. Rekod anekdot hendaklah ditulis secara objektif untuk menerangkan apa yang

berlaku, bila dan di mana berlaku.

Perkara-perkara yang perlu dipertimbangkan untuk menulis rekod anekdot ialah:

- Membuat pemerhatian terhadap peristiwa yang berlaku.

- Mengenal pasti peristiwa itu penting dan signifikan kepada aspek

perkembangan kanak-kanak, merangkumi kelebihan dan kekurangan.

- Menulis maklumat selepas peristiwa berlaku

- Menulis apa yang dilihat secara objektif

- Maklumat yang biasanya direkodkan adalah berpandukan peristiwa

menggambarkan tentang perkembangan bahasa dan literasi, pola

interaksi sosial dan kemahiran menyelesaikan masalah.

Panduan Merekod:

- Membuat catatan dalam buku nota bagi memastikan peristiwa yang

direkodkan tidak tercicir.

- Merekod hasil pemerhatian sebaik sahaja selesai pemerhatian dibuat.

- Mencatat tingkah laku dan apa yang diperkatakan oleh kanak-kanak.

- Masukkan respons orang lain sekiranya ada kaitan dengan tingkah laku

Kanak-kanak yang diperhatikan.

- Pastikan peristiwa dicatat mengikut urutan

- Maklumat yang direkodkan hendaklah berpandukan peristiwa yang

menggambarkan perkembangan kanak-kanak.

5.3 Rekod Berterusan

Rekod Berterusan merupakan catatan dalam bentuk cerita (narative) yang dibuat

ke atas individu atau kumpulan murid semasa berlakunya sesuatu peristiwa. Setiap

perlakuan dan apa yang dikatakan oleh murid akan dicatat sepanjang tempoh

pemerhatian. Pemerhatian yang terperinci ini biasanya dijalankan dalam tempoh 3 hingga

8 minit.

Prosedur pemerhatian:

Fokus kepada kanak-kanak yang ingin diperhatikan.

Pastikan item yang akan difokuskan semasa pemerhatian.

Rekodkan apa yang dilakukan oleh kanak-kanak secara terperinci.

Page 28: an Kreativiti Dan Pembelajaran Kanak

Rekod hendaklah tepat dan padat.

Catatkan dengan jelas setiap perlakuan mengikut urutan.

Panduan menulis:

Merekodkan perkara-perkara yang sebenarnya berlaku.

Gunakan bahasa yang boleh difahami.

Gunakan singkatan semasa mencatat.

Tulis secara terperinci tentang tingkah laku yang ingin diperhatikan.

Tulis secara objektif, tidak terlalu deskriptif atau “ Judgemental”.

Pastikan buku nota atau kertas catatan diletak di tempat yang strategik

atau sulit.

Dua Cara Merekod Tingkah Laku Kanak-kanak

Saya akan menghuraikan tentang dua cara merekodkan tingkah laku kanak-kanak

daripada aspek Perkembangan Sosial iaitu Rekod Anekdot dan Rekod Berterusan.

6.1 Rekod Anekdot

Nama : Muhammad Munir Bin Mohtar

Umur : 6 Tahun

Kelas : Pra Bestari

Tarikh : 22 Februari 2009

Masa : 8.35 Pagi

Tempat : Taman Permainan Prasekolah

Nama Guru : Puan Zailani Binti Zakaria

Peristiwa yang diperhatikan:

Semasa aktiviti bermain di taman permainan prasekolah. Kelihatan Munir, Hazeem,

Faris, dan Iskandar beratur untuk memanjat tangga gelungsur. Tiba-tiba, Haikal berlari

menuju ke arah kumpulan kanak-kanak yang sedang beratur tadi lalu menolak Faris

hingga terjatuh. Faris kelihatan memarahi Haikal kerana berebut hendak memanjat

gelungsur dahulu. Tambahan pula, tangannya sakit.

Munir dengan segera membangunkan Faris. Dia berkata kepada Haikal bahawa tidak baik

berbuat demikian. Katanya, cikgu sudah beritahu kalau bermain mesti ikut giliran. Haikal

kelihatan mengangguk-angguk seolah-olah mengiakan kata-kata Munir. Munir menyuruh

Haikal bersalam dan meminta maaf pada Faris. Haikal dan Faris pun bersalam.

Page 29: an Kreativiti Dan Pembelajaran Kanak

Ulasan Guru:

Munir memiliki sifat empati pada rakan. Selain itu, dia juga mempunyai sifat

interpersonal yang positif serta sudah memahami bahawa dia perlu mengikut peraturan-

peraturan tertentu semasa bermain di taman permainan.

Cadangan:

Guru harus menonjolkan sifat terpuji yang dimiliki Munir dengan menceritakan semula

peristiwa yang berlaku di hadapan rakan-rakan yang lain agar menjadi teladan kepada

orang lain.

Rekod Berterusan

Nama : Nur Arifah Aqilah Binti Sulaiman

Umur : 6 Tahun

Tarikh : 18 Mac 2009

Masa : 9.15 – 9.20 pagi

Tempat : Pusat Main Pasir

Nama Guru : Puan Zailani Binti Zakaria

http://cikguani.blogspot.com/2009/03/penilaian-di-prasekolah.html

MENILAI KANAK- KANAK PRASEKOLAH

Dalam tempoh 25 tahun yang lalu, taraf kesihatan dan pemakanan kanak-kanak adi negara ini telah meningkat. Ini menjadi Faktor utama menurunnya kadar kematian bayi dan kanak-kanak berbanding masapmasa lalu. Bilngan anak dalam sesuatu keluarga pula semakin berkekurangan . Ibu bapa semakin menumpukan perhatian yang lebih kepada perkembangan intelek anak -anak mereka . Mereka sangat khuatir jika anak mereka yang berada dalam lingkungan usia tiga hingga lima tahun (pra sekolah ) lembab .

Kecacatan -kecacatan yang serius biasanya mudah dikenal pasti oleh ibu bapa sebelum anak menjangkau usia tiga tahun . Ini termasuklah cacat penglihatan , rencat akal yang teruk serta cacat fizikalyang mengakibatkan ketidakupayaan untuk mengerakkan tangan dan kaki seperti lazimnya . Tetapi , ada sesetengah ibu bapa yang merasakan bahawa anak mereka terlalu lembab dibandingkan dengan kanak -kanak yang sebaya dengannya walaupun pada zahirnya ,

Page 30: an Kreativiti Dan Pembelajaran Kanak

dia kelihatan normal . Ibu bapa yang bersikap demikian sebenarnya membuat kesimpulan daripada pemerhatianmereka terhadap pencapaian kefahaman bahasa atau keupayaan pertuturan anak mereka yang dirasakan lebih lambat berbanding dengan kanak -kanak yang sebaya dengannya .

Ibu bapa sering membanding kebolehan anak mereka dengan adik -beradik yang lain atau dengan anak jiran tetangga mereka . Tetapi , pada hakikatnya kanak -kanak berbeza antara satu sama lain dari segi pencapaian sesuatu ciri perkembangan. Ibu bapa mungkin menganggap anak mereka lembab jika si anak lebih lambat memperolehi kemahiran bertutur , membaca , bergaul dan berdikari berbanding dengan adik -beradiknya yang lain . Ada juga ibu bapa yang saya temui yang tidak langsung berasa bimbang tentang prestasi intelek anak mereka walaupun si anak memang lembab jika dibandingkan dengan kanak -kanak yang sebaya dengannya . Oleh itu , persepsi ibu bapa tentanganak mereka akan mempengaruhi mereka dalam membuat penilaian tentang prestasi intelek anak mereka .

Kadangkala , persekitaran dan cara gaya keibubapaan yang tidak menggalakkan perkembangan anak boleh menjadi punca sesetengah kanak -kanak prasekolah lembab dari segi pencapaian bahasa , kemahiran sosial dan kebolehannya melakukan aktiviti -aktiviti tanpa bantuan orang lain seperti makan , minum , bersalin pakaian dan sebagainya . Tidaklah menghairankan mengapa kanak -kanak di pusat -pusat jagaan yang tidak mendapatcukup perhatian didapati lembab dalam banyak aspek . Ini dibuktikan melalui satu projek penyelidikan yang pernah dijalankan dipusat jagaan kanak -kanak tempatan oleh jabatan pediatrik , UKM dalam tahun 1983 .

Kanak -kanak tersebut telah dibahagikan kepada dua kumpulan dan diuji daya intelek mereka . Satu kumpulan telah diberikan program pengayaan (enhancement programme ) yang memerlukan juga penglibatan sekumpulan wanita secara sukarela yang telah dilatih tentang cara -cara merangsang bayi dan kanak -kanak . mereka telah meluangkan banyak masa untuk berinteraksi , bercakap ,bercerita , bermain , membelai , mengasuh serta melayan kanak -kanak ini makan , minum ,memakai baju dan membuka seluar sendiri . Selepas dua bulan , setiap kanak -kanak dalam kedua -dua kumpulan telah diuji inteleknya . Didapati bahawa kanak -kanak dalam kumpulan yang telah mendapat rangsangan lebih cepat mencapai kemahiran bertutur , berdikari , bersosial dan sebagainya . Ini menunjukan betapa kuatnya faktor stimulasi dalam proses meningkatkan prestasi intelek seseorang kanak -kanak itu

Pakar kanak -kanak menyarankan agar kanak -kanak yang mengalami masalah perkembangan dikenal pasti dari awal -awal lagi supaya rancangan pemulihan atau pengayaan dapat diatur untuknya . Faktor -faktor negatif yang mempengaruhi perkembangannya perlu dikenal pasti untuk membolehkan pakar -pakar merancang program pemulihan dari peringkat awal lagi . Banyak kajian telah menunjukkan bahawa intervensi awal lebih membawa manfaat daripada intervensi yang dijalankan apabila si anak itu sudah dewasa .

Punca seseorang anak itu lembab prestasi inteleknya boleh dikaitkan dengan faktor biologi (baka ) dan faktor budaya atau kekeluargaan . Faktor baka banyak mempengaruhi prestasi intelek seseorang kanak -kanak tetapi tanpa persekitaran yang optimum , kanak-kanak itu tidak dapat mencapai potensi yang optimum . Jika penilaian terhadapkanak -kanak prasekolah yang lembab dilakukan dari awal -awal lagi , dapatlah program pembelajaran masa depannya diaturkan Ibu bapa perlu mengetahui kekutan -kekuatan dan kelemahan -kelemahan anak mereka . Mereka perlu dibimbing oleh para profesional tentang caragaya keibubapaan dan strategi -strategi pembelajaran yang betul supaya intervensi awal dapat di jalankan di rumah .

Kanak-kanak prasekolah yang bagaimanakah yang perlu dinilai?

Pengetahuan tentang perkembangan kanak-kanak telah berkembang denagn pesatnya melalui sumbangan-sumbagan pakar kanak-kanar, pakar psikologi, pakar pendidikan dan pakar patologi

Page 31: an Kreativiti Dan Pembelajaran Kanak

pertuturan (speech pathologist). Memandangkan perkembangan yang pesat dalam bidang ini, pendekatan yang bercorak multidisiplinari telah digunakan di negara-negara maju. Walau bagaimanapun, pendekatan ini amat sukar dilaksanakan di negara-negara membangun seperti Malaysia yang masih kekurangan pakar dalam bidang-bidang berkenaan. Untuk menilai seseorang kanak-kanak prasekolah yang lembab, pengetahuan dalam bidang perubatan pediatrik (paediatrics medicine), sains urat saraf dan psikologi (nuerilogical and psychological sciences,) embriologi, patologi pertuturan, pendidikan, perubatan sosial jurulatih cara kerja dan jurupulih cara anggota diperlukan. Doktor dan pakar kanak-kanak merupakan golongan profesional yang mula-mula berhadapan dengan kanak-kanak yang mempunyai masalah kesihatan atau perkembangan.Merekalah yamg perlu memastikan sama ada kanak-kanak tersebut menghidap sebarang penyakit lain yang memerlukan rawatan atau tidak. Mereka juga perlu memastilkan sama ada tumbesaran yang dihadapi ole kanak-kanak itu disebabkan oleh penyakit, kurang zat pemakanan atau lain-lain. Masalah pendegaran atau penglihatan perlu dikenal pasti. Pakar tersebut juga akan menentukan sama ada masalah perkembangan yang dialami oleh seseorang kanak-kanak adalah disebabkan oleh faktor baka, kurang zat pemakanan atau kurang rangsangan. Merekalah yang bertanggungjawab mengaturkan penilaian lanjut oleh pakar-pakar psikologi dan para profesional dalam bidang yang berkaitan, jika perlu.

Para profesional dalam bidang perkembangan kanak -kanak mempunyai teknik mereka sendiri untuk menilai kanak -kanak yang bermasalah . Apa yang agak merumitkan iailah keadaan di mana seseorang kanak -kanak itu mengalami masalah rencat akal akibat sesuatu penyakit atau lain -lain keadaan yang memerlukan rawatan . Contohnya iailah seorang kanak -kanak berusia tiga tahun yang dikatakan lembab .Dia mual pandai berjalan hanya pada usia dua tahun serta masih belumpandai bertutur , sukar memahami sesuatu arahan yang di beri , kurang aktif dan bantut . Kebetulan , dia mengalami keadaan yang dinamakan congenital hypothyroidism dan memerlukan penilaian doktor untuk memastikan keadaan ini. Dianggarkan satu daripada seribu orang kanak -kanak yang mengalami congenital hypothyroidism . Kanak -kanak yang mengalami perkembangan perlu dipasti sama ada menghidap keadaan di atas atau tidak . Keadaan ini boleh dirawat dengan menggunakan hormon tiroksina . Pakar psikologi atau pakar pendidikan perlulah benar -benar pasti bahawa kanak -kanak yang lembab mengalami masalah perubatan dan merujukkan kes -kes berkenaan kepada pakar kanak -kanak atau doktor untuk pemeriksaan selanjutnya . Jika si anak dinilai oleh seorang pakar psikologi atau pakar pendidikan , pendiagnosan penyakit tidak akan dibuat kecuali pakar tersebut berhubung rapat dengan doktor atau pakar kanak -kanak .

Penyakit sawan yang terbiar tanpa rawatan boleh menjejaskan prestasi intelek kanak -kanak yang menghidapinya . Ahli profesional yang tidak mempunyai latar belakang perubatan mungkin tidak akan terfikir untuk menimbangkan kemungkinan ini . Oleh itu , penyakit sawan kanak -kanak itu kemungkinan lambat atau tidak akan dirawat langsung . Saya pernah bertemu seorang kanak -kanak berusia lima tahun yang telah menghidap penyakit sawan selama tiga tahun . Daripada riwayat yang diambil , sungguh ketara sekali yang dia menghidap penyakit tersebut . Pemeriksaan electroen - cephalogram (EEG ) menyokong diagnosis ini dan telah dirawat dengan ubat tahan sawan .

Sawan ada berbagai -bagai jenis. Sejenis sawan yang dinamakan petit mal epilepsy yang sering menyerang kanak -kanak akan mengakibatakn si mangsa secara tiba -tiba termenung beberapa ketika walaupun sejurus sebelum itu dia bercakap atau sedang menjalankan sesuatu aktiviti . Peristiwa ini mungkin berlaku 10 hingga 20 kali dan perlu dirawat dengan ubat . Tanpa rawatan , dia tidak akan dapat menumpukan perhatian kepada pelajarannya di dalam bilik darjah .

Kanak -kanak yang bagaimana yang memerlukan penilaian ?

Dari pengalaman saya, kebanyakanibu bapa yang mempunyai anak yang bermasalah dapat mengesan jika ada sesuatu yang tidak kena pada anak mereka itu . Tetapi , sama ada mereka akan mengambil perhatian berat dan mendapatkan nasihat para profesional dengan segera

Page 32: an Kreativiti Dan Pembelajaran Kanak

tidaklah dapat dipastikan . Pada pandangan saya, bilangan kanak -kanak prasekolah yang dikenal pasti lembab dan diberi intervensi awal oleh para profesional adalah terlalu kecil . Golongan yang mempunyai taraf sosioekonomi rendah biasanya mempunyai reratusan kanak -kanak prasekolah lembab yang lebih tinggi dibandingkan dengan golongan sosioekonomi dan taraf pendidikan yang tinggi .

Kanak -kanak yang termasuklah dalam golongan di bawah mempunyai risiko yang tinggi untuk mengalami masalah pembelajaran . Penilaian para profesional yang arif tentang masalah ini perlu di perolehi .

Mereka yang dilahirkan ringan timbangan beratnya (kurng daripada 2.5kg ) terutamanya jika mereka pernah menerima rawatan intensif selepas dilahirkan akibat kelemasan (perinatal aspyxia ) atau penyakit kuning yang serius (septicaemia )

1. Mereka yang mempamerkan ciri -ciri perkembangan yang lambat .

2. Mereka yang sering berpenyakit

3. Mereka yang menunjukan prakelakuan seperti kurang tumpuan perhatian (attenspan deficit disorder ) , masalah pergaulan dan masalah komunikasi

4. Mereka yang tinggal dalam suasana rumahtangga dan keluarga yang kucar -kacir sehingga mereka berasa kurang tenteram .

. Bagaiman menilai kanak -kanak prasekolah yang lembab ?

Riwayat yang terperinci perlu dicatitkan . Maklumat -maklumat yang diperoleh dapat membantu doktor menentukan sama ada kanak -kanak itu benar -benar mempunyai masalah pembelajaran dan sebab -sebab timbulnya masalah tersebut .

Contohnya kanak -kanak berusia 3 1/2 tahun yang hanya boleh menuturkan beberapa patah perkataan sahaja tetapi boleh menuturkan beberapa patah perkataan sahaja tetapi boleh memahami dan mengikut arahan -arahan yang diberikan walaupun kepintarannya dianggarkan hanya setaraf dengan kanak -kanak yang berusia dua tahun . Keupayaan dari segi pelaksanaan aktiviti -aktiviti harian seperti makan minum , bersalin pakaian , berjalan dan sebagainya adalah memuaskan . Dia dilahirkan prematur ( 32 minggu sahaja dan telah disahkan menghidap sawan pada hari pertama kelahirannya . Ini di sebabkan oleh kekurangan bahan glukos dalam darahnya pada masa itu. Maklumat ini penting untuk memahami punca asa kelembapan pemikiran si anak ini. Pakar kanak-kanak sudah lama mengetahui bahawa sawan di peringkat pranatal yang disebabkan oleh kekurangan bahan kimia glukos boleh mengakibatkan seseorang anak itu lembab pemikirannya apabila dia meningkat dewasa. Itulah sebabnya setiap bayi yang dilahirkan prematur diawasi supaya tahap glukos dalam darahnya sentiasa berada pada paras normal.

Satu lagi kes melibatkan seorang kanak-kanak lelaki yang berusia tiga tahun yang telah dibawa berjumpa doktor kerana didapati tahap pemikirannya lembab. Apabila dikaji riwayatnya secara terperinci, didapati bahawa dia pernah mendapat penyakit meningitis atau lembam otak pada usia tiga tahun. Penyakit meningitis boleh mengakibatkan rencat otak, pekak atau sawan.

Kedua-dua kes ini menunjukkan betapa pentingnya kajian yang terperinci keatasa riwayat seseorang kanak-

kanak itu untuk mengatahui punca-punca atau sebab -sebab pemikirannya lembab.

Page 33: an Kreativiti Dan Pembelajaran Kanak

Kajian terhadap perkembangan bahasa seseorang kanak -kanak juga amatlah penting kerana kanak -kanak yang lembab mempunyai risiko yang tinggi untuk mengalami masalah pembelajaran apabila dia dewasa . Lazimnya , pada usia tiga tahun seorang kanak -kanak yang normal sudah boleh bercakap menggunakan ayat yang penuh , umpamanya , " Mak , adik haus , nak minum air oren ". Kanak -kanak berusia tiga tahun yang rencat akal mungkin hanya boleh bertutur satu atau dua patah perkataan sahaja .

Ada berbagai -bagai punca yang menyebabkan seseorang kanak -kanak lambat bercakap . Antaranya iailah kurang daya pendengaran , kurang peluang bergaul dan berinteraksi dengan orang di sekelilingnya , rencat akal dan mungkin juga kerosakan di bahagian otak yang menguasai fungsi pertuturan . Saya pernah bertemu kanak -kanak yang lambat bercakap walaupun dia boleh memahami dan mengikuti arahan -arahan yang diberikan . Kanak -kanak yang sebegini seolah -olah kurang mempunyai motivasi untuk bercakap . Pemeriksaan fizikal tidak menunjukan apa -apa masalah seperti kurang pendengaran , kerosakan pada alat pertuturan dan sebagainya . Perkembangan dari segi yang lain juga memuaskan . Apabila dikaji riwayat keluarganya , didapati bahawa ayahnya , didapati bahawa ayahnya juga lambat bercakap sewaktu kecilnya dahulu .Olehitu , masalah yang dihadapi oleh kanak -kanak itu kelihatannya ada kaitan dengan baka dan tidak perlu bimbangkan kerana dia bercakap dengan normal apabila dewasa sedikit kelak . Memang tepat seperti yang diduga , kemahiran pertuturannya meningkat dalam tempoh masa beberapa bulan kemudiannya .

Pemeriksaan perkembangan kanak -kanak prasekolah yang lembab perlu dijalankan untuk menentukan tahap perkembangannya dalam aspek seperti pergerakan motor halus , kemahiran kendiri dan juga kemahiran sosialnya . Jika dia mempamerkan tingkah laku yang abnormal seperti kurang tumpuan perhatian , terlalu aktif , tidak mahu bergaul dengan orang lain atau asyik bersendirian , perhatian yang sewajarnya perlu diberikan kerana ini boleh menjejaskan perkembangan bahasanya . Jika perkembangan pertuturannya berlainan daripada kanak -kanak lain , perhatian juga perlu diberikan . Kebolehan melukis , meniru gambar lukisan atau membuat sesuatu bentuk dengan kiub boleh memberi maklumat tentang prestasi inteleknya . Umpamanya , kanak -kanak yang berusia tiga tahun lazimnya sudah boleh meniru bentuk bulatan dengan pensil jika disuruh dan boleh mengecam serta menunjukan gambar -gambar binatang dengan tepat seperti yang di arahkan oleh si penguji .

Dalam menilai prestasi intelek seseorang kanak -kanak , penguji perlulah meninjau kebolehannya dari berbagai -bagai segi termasuklah kemahiran pertuturan , keupayaan memahami bahasa yang digunakan oleh orang lain , kebolehan menggunakan tangannya untuk melukis , mereka bentuk model, meniru susunan kiub dan memasukkan sesuatu bentuk geometrik kedalam acuannya. Dari bahasa dan percakapan kanak-kanak, dapatlah seseorang penguji itu mengaggarkan tahap pemikirannya. Tetapi, jika seseorang kanak-kanak itu pekak atau tidak berupaya bersuara seperti kanak-kanak biasa, ujian-ujian ini akan diubahsuaikan. Umpamanya kecerdasan pemikiran seorang kanak-kanak yang pekak dan tidak boleh bercakap seperti kanak-kanak biasa boleh diukur berdasarkan keupayaannya mematuhi arahan-arahan si penguji.

Satu kaedah ujian yang digunakan bagi kanak-kanak pekak yang berusia dua tahun ialah dengan menyuruh dia menunjukkan mulut,rambut, mata, hidung dan telinganya. Satu cara lagi ialah dengan menyuruh dia menunjuk kearah gambar kucing, kereta, botol susu dan sebagainya. Gambar-gambar yang dipilih mestilah sesuai dengan tahap intelek kanak-kanak itu. Pakar kanak-kanak dan pakar psikologi perkembangan kanak-kanak yang mahir boleh menilai tahap perkembangan seseorang kanak-kanak dari pelbagai segi hanya dengan memerhatikan kanak-kanak itu menjalani ujian-ujian yang diaturkan, meneliti tingkah lakunya. Dalam pergaulan dan cara dia berinteraksi dengan orang lain. Pakar tersebut juga boleh memerhatikan tingkah laku kanak -kanak tersebut tatkala dia bermain -main seorang diri atau bersama -sama kanak -kanak lain dan juga dengan mendengar pertuturannya yang secara tidak langsung dapat memberikan gambaran tentang apa yangterkandung dalam pemikirannya (thought content ) . Satu kaedah yang saya gunakan untuk kanak -kanak yang berusia dua hingga tiga tahun iailah dengan

Page 34: an Kreativiti Dan Pembelajaran Kanak

menunjukkannya gambar -gambar serta menyuruh dia bercerita tentang setiap gambar itu . Gambar -gambar yang biasa saya gunakan iailah gambar pemandangan di tepi laut , lapangan terbang , suasana di pasar , pemandangan di tengah -tengah kota raya dan sebagainya . Kanak -kanak yang bijak akan menunjukkan kebolehannya bercerita dengan baik tentang setiap gambar itu .

Kebanyakan pakar kanak -kanak tidak mempunyai masa yang cukup untuk meneliti perkembangan kanak -kanak prasekolah yang lembab . Mereka hanya sekadar dapat membuat pendiagnosan masalah yang dihadapi oleh kanak -kanak itu mungkin terpaksa merujuk pada ahli psikologi untuk mendapat keputusan ujian intelek yang lebih terperinci .

Dalam menjalankan pemeriksaan , pakar kanak -kanak akan meninjau prestasi tumbesaran kanak -kanak itu dengan menggunakan carta tumbesaran ( growth chart ). Dia akan memastikan yang kanak -kanak itu tidak mengalami masalah pendengaran dan penglihatan . Kanak -kanak yang bermasalah akan dirujukkan kapada pihak -pihak yang berkenaan untuk tindakan selanjutnya .

Pakar -pakar yang menjalankan pemeriksaan perkembangan urat saraf ( neurodevelopmental examinition ) akan memastikan sama ada si anak itu boleh menggerakkan kaki dan tangannya tanpa rasa kekok atau mempamerkan sebarang ciri -ciri kelemahan dan gerakan yang tidak normal . Dia juga perlu meninjau sama ada tumpuan perhatian kanak -kanak itu singkat atau tidak dan sama ada kemahiran pengamatan (perceptual skills ) , daya ingatan (memory ) , cara memproses sesuatu maklumat atau stimulasi yang diberikan serta tingkah laku kanak -kanak itu memuaskan atau tidak .

Kadang kala , pemeriksaan terhadapkanak -kanak yang lembab mungkin mendedahkan kelainan -kelainan tertentu seperti rabit lelangit (cleft palate ) , buah zakar tak turun ( undescended testis ) , masalah jantung dan katarak mata . penyakit - penyakit seperti lelah , resdung , sawan tidak membesar ( failure to thrive ) , pucat dan sebagainya perlu dirawat terlebih dahulu sebelum penilaian intelek kanak -kanak prasekolah yang lembab ini boleh dilakukan dengan memuaskan . Kanak -kanak yang pucat (anaemic) mungkin mengalami kerurnnan cacing seperti cacing kerawit dan sebagainya . dia sering mengantuk , tidak bermaya dan tidak menunjukan minat untuk belajar.

Intervensi awal

Penilaian ke atas kanak -kanak dari peringkat prasekolah awal adalah penting supaya program -program intervensi awal dapat diaturkan. Program -program intervensi juga perlu disesuaikan untuk setiap kanak -kanak menurut diagnosis , kekuatan -kekuatan dan kelemahan -kelemahan kanak -kanak itu sendiri .

Sesuatu program yang diatur itu mempunyai objektif -objektifnya yang tersendiri yang perlu difahami oleh ibu bapa . Umpamanya , jika seseorang kanak -kanak itu tidak mempunyai motivasi untuk bercakap , usaha -usaha untuk merangsang minatnya , membina keyakinan diri dan memberi dia peluang berinteraksi serta bergaul dengan dengan rakan -rakan sebayanya boleh dijalankan . Kanak -kanak yang berusia tiga hingga empat tahun yang masih tidak mempamerkan kemahiran pengamatan (perceptual skills ) boleh diberikan pendidikan khas . Jika penguasaan bahasanya lemah , dia haruslah digalakkan supaya lebih banyak berbual serta mengikuti sesi -sesi bimbingan khas untuk mempertingkatkan kefahaman bahasanya .

Sebagaimana yang telah diterangkan , kemahiran bahasa mempunyai kaitan yang rapat dengan pencapaian akademik . Oleh itu , perhatian yang sewajarnya haruslah diberikan terhadap perkembangan bahasa seseorang kanak-kanak.

Page 35: an Kreativiti Dan Pembelajaran Kanak

Intervensi mungkin memerlukan rawatan ubat. Contohnya, kanak-kanak yang sering mendapat sawan perlu diberikan ubat cegah sawan. Kanak-kanak yang mengalami kekurangan hormon tirod (hypothyroidism) akan dibekalkan denagn hormon tersebut seumur hidup. Bagi kanak-kank yang hiperaktif, intervensi-intervensi awal yang merangkumi program pengubahsuaian tingkah laku bagi membantunya mengawal diri (self-control) perlu diaturkan. Ubat-ubat tertentu boleh digunakan untuk mengurangkan keresahan anak itu sewaktu menjalani program pemgubahsuaian tingkah laku. Bagi kanak-kanak yang menghadapi masalah pengamatan dan tidak boleh mengenal abjad, berbagai-bagai kaedah pembelajaran boleh digunakan untuk mempertingkatkan prestasi inteleknya.

Kesimpulan

Kanak-kanak prasekolah yang lembab perlu mejalani penilaian yang terperinci supaya pendiagnosan dapat dibuat dan ciri-ciri kekuatan serta kelemahan anak itu dapat dikenal pasti. Ini amatlah penting agar program pemulihan berserta objektif-objektif yang telah disesuaikan bagi seseorang kanak-kanak itu dapat diaturkan. Biasanya, seseorang kanak-kanak yang lembab akan mempamerkan ciri-ciri perkembangan bahasa yang lembab. Setiap kanak-kanak yang didapati lambat bercakap perlulah mendapatkan penilaian lanjut . Perlu ditegaskan lagi bahawa pencapaian bahasa amatlah penting kerana ini adalah asas bagi menguasai kebolehan membaca dan menulis .

Penilaian awal keatas kanak-kanak prasekolah yang dikhuatiri lembab akan membantu para profeional, ibu bapa dan jabatan pendidikan menentukan sama ada dia boleh ditempatkan disekolah biasa, disekolah yang menawakan pendidikan khas ataupun dipusat-pusat pengajian yang mempunyai program-program pendidikan diluar sistem persekolahan yang formal.

Sumber: http://home.hamidarshat.com/TENTANG%20KANAK-KANAK.htm

http://cikguani.blogspot.com/2010/07/menilai-kanak-kanak-prasekolah.html