44
PEMARKAHAN KAE 3013 EKSPRESI KREATIVITI KANAK-KANAK TAJUK ESEI ILMIAH TUGASAN INDIVIDU 1 DISEDIAKAN OLEH NAMA NO. MATRIK KUMPULAN EL-24 (A122PJJ) NAMA TUTOR E-LEARNING: TARIKH SERAH: 25 APRIL 2013

KAE3013 EKSPRESI DAN KREATIVITI KANAK-KANAK

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Teori Kreativiti Paul Torrence, Teori Lowenfield (Stages Of Artistics Development), aktiviti-aktiviti yang boleh merangsang pemikiran kanak-kanak.

Citation preview

PEMARKAHANKAE 3013 EKSPRESI KREATIVITI KANAK-KANAKTAJUK ESEI ILMIAH

TUGASAN INDIVIDU 1DISEDIAKAN OLEHNAMANO. MATRIK

KUMPULAN EL-24 (A122PJJ)NAMA TUTOR E-LEARNING:

TARIKH SERAH: 25 APRIL 20131ISI KANDUNGAN

HALAMAN

PENDAHULUAN3

PEMIKIRAN KREATIF KANAK-KANAK BERGANTUNG KEPADA

PENGALAMAN DAN PROSES PENDIDIKAN YANG DITERIMA SEJAK

AWAL USIA

Teori Kreativiti Paul Torrence4

Teori Lowenfield Stages Of Artistics Development6

AKTIVITI YANG BOLEH MERANGSANG PEMIKIRAN KANAK-KANAK

A. Aktiviti melukis dan mewarna7

B. Aktiviti kraftangan10

C. Aktiviti muzik, lagu dan nyanyian serta pantun dan sajak13

D. Aktiviti tarian dan pergerakan kreatif16

E. Aktiviti drama kanak-kanak19

2PENDAHULUANMenurut Dr. Loy Chee Luen dan Dr. Noor Aini (UPSI), kreativiti ialah keupayaan untuk menghasilkan sesuatu yang baru. Kamus Dewan (1993) memberikan maksud kreativiti sebagai kemampuan (kebolehan) mencipta daya kreatif dan kekreatifan. Menurut May (1975), kreativiti sebagai poses membawa sesuatu yang baru ke dalamnya. Torrance (1970) pula menerangkan bahawa kreativiti sebagai sesuatu yang mempunyai keunikan. Schirmacher (1998) mengatakan bahawa perkembangan kreativiti kanak-kanak boleh dikategori kepada dua, iaitu menerusi aktiviti seni dan aktiviti harian mengikut umur.Pemikiran kreatif pula mengikut Dr. Loy Chee Luen dan Dr. Noor Aini, adalah bermaksud kebolehan kanak-kanak untuk mencerna, berimaginasi, menghasilkan idea dan mempelbagaikan idea masing-masing. Mereka juga mengatakan bahawa pemikiran kreatif dapat meningkatkan inovasi, imaginasi dan kreativiti kanak-kanak menerusi aktiviti seni.Dr. Loy Chee Luen dan Dr. Noor Aini, menerangkan lagi bahawa pemikiran kreatif kanak-kanak dalam aktiviti seni merupakan satu pemikiran yang berupaya untuk merangsang kanak-kanak menghasilkan idea baru serta menyelesaikan masalah yang wujud sepanjang proses aktiviti seni secara kreatif. Proses ini akan membantu kanak-kanak berfikir, menghasilkan karya seni yang unik dan mencungkil bakat seni seseorang kanak-kanak. Mereka menyatakan terdapat empat ciri utama pemikiran kreatif iaitu:(i) imaginatif (ii) keberanian (iii) perkembangan idea (iv) mereka cipta. Menurut Dr. Loy Chee Luen dan Dr. Noor Aini, lagi imaginasi meliputi imaginasi yang mencapah berdasarkan pengalaman dan kemahiran sintesis cantuman idea-idea sedia ada, keberanian boleh diertikan sebagai seseorang yang sanggup menerima risiko dan kritikan serta bertanggungjawab atas keputusan yang dibuat. Mereka juga menyatakan bahawa perkembangan3idea meliputi perluasan idea dan mensintesis idea yang ada. Mereka cipta meliputi penghasilan idea baru dan reka cipta berdasarkan alternatif.Disini dapatlah difahami bahawa pemikiran kreatif kanak-kanak merupakan keupayaan yang ada pada kanak-kanak dalam mencerna, berimaginasi, menghasilkan suatu idea dan menggunakannya. Kebolehan ini juga dapat ditingkatkan lagi melalui pelbagai aktiviti yang melibatkan kesenian yang sesuai mengikut perinngkat umur kanak-kanak. Pemikiran kreatif juga dapat dibahagikan kepada empat komponen utama iaitu imaginasi, keberanian, menghasilkan idea dan mereka cipta.PEMIKIRAN KREATIF KANAK-KANAK BERGANTUNG KEPADA PENGALAMAN DAN PROSES PENDIDIKAN YANG DITERIMA SEJAK AWAL USIATeori Kreativiti Paul TorrenceTeori Kreativiti Paul Torrence menerangkan terdapatnya tujuh komponen yang sangat penting di dalam proses mencungkil kreativiti seseorang individu iaitu yang berlaku sejak dari awak usia sehinggalah seseorang itu meningggal dunia iaitu penyoalan, penemuan, pemerhatian, percubaan, penerokaan, memanipulasi dan aktiviti.Sejak daripada awal kanak-kanak lagi mereka terdedah dengan pelbagai pengalaman yang melibatkan ketujuh-tujuh komponen kreativiti yang dikata oleh Paul Torrence. Proses soal jawab sentiasa berlaku dalam kehidupannya sehinggalah kanak-kanak itu menjadi dewasa ke tua hingga ke akhir hayatnya. Dari sinilah minda kanak-kanak itu terstimulasi dan pengalaman-pengalaman baru diperolehi daripada tidak mengetahui kepada mengetahui lalu pengalaman-pengalaman ini menyumbang kepada kreativitinya.Kanak-kanak sentiasa mempunyai naluri ingin tahu yang sangat kuat. Kebanyakkan daripada proses penemuan berlaku semasa kanak-kanak ini bermain. Sebagai contoh semasa bermain tanah kanak-kanak ini akan mengetahui jari-jarinya boleh membentuk jalur-jalur pada4tanah tersebut malah membuat lukisan dengannya. Sewaktu bermain air, apabila tangan dicelupkan ke dalam air maka terbentuk gelombang pergerakan air yang cantik. Proses penemuan merupakan proses yang menarik maka ini menggalakkan lagi murid untuk mendapatkan penemuan-penemuan baru terhadap apa yang ada disekeliling mereka. Ia juga berlaku mengikut kemampuan pemikiran seseorang kanak-kanak itu. Kanak-kanak yang berumur 10 hingga 11 tahun, kemampuan untuk visualisai merupakan penemuan yang boleh dipertingkatkan keupayaannya sehingga mampu untuk menghasilkan karya seni yang cantik.Pemerhatian yang dilakukan oleh kanak-kanak dari sehari ke sehari merupakan komponen dalam Teori Kreativiti Paul Torrence. Kanak-kanak itu mungkin didedahkan dengan ilmu masakan oleh ibunya di dapur dan pada satu hari nanti kanak-kanak ini mungkin boleh mencipta masakan baru hasil daripada pemerhatian daripada ibunya.Percubaan hasil lebih daripada eksperimen yang dijalankan berkaitan dengan Sains. Sebagai contoh, kanak-kanak yang mempelajari bahawa barang yang berat akan tenggelam dalam air sebaliknya barang yang ringan akan timbul.Aktiviti penerokaan berlaku apabila kanak-kanak cuba mengeksplorasi bahan-bahan yang terdapat disekeliling mereka. Sebagai contoh, semasa kanak-kanak itu berumur 5 tahun, dia mengetahui bahawa sekiranya pokok disiram dengan air maka ia akan tumbuh tinggi. Sebaliknya jika tidak disiram dengan air selama beberapa hari maka tumbuh-tumbuhan itu akan mulai layu. Kanak-kanak juga cuba mengeksplorasi suara intonasi nada suara mereka iaitu seperti sejauhmana kanak-kanak ini mampu untuk menyanyi sesebuah lagu.Memanipulasi sesuatu iaitu apabila kanak-kanak ini mengetahui bahwa plastisin dan doh boleh dibuat pelbagai bentuk mengikut kebolehannya. Warna air boleh dicampur-campurkan bagi menghasilkan warna yang lain atau warna yang lebih menarik.Kreativiti juga boleh dipelajari oleh meurid melalui pelbagai aktiviti pendidikan Jasmani yang diajar oleh guru disekolah seperti bermain Datuk Harimau dan berlawan lari dalam guni.5Dari pelbagai komponen aktiviti yang diatas, maka kanak-kanak tersebut boleh mengembangkan idea-idea yang dilihatnya menjadi sesuatu yang lebih menarik dan bermakna. Sebagai contoh, murid yang telah meneroka pelbagai intonasi suara yang boleh dibuat olehnya sendiri maka kanak-kanak ini boleh mencipta muzik yang ringkas menggunakan anggota badannya seperti tapak tangan dan mulut.Teori Lowenfeld Stages of Artistics DevelopmentLowenfeld memperkenalkan teori Lowenfeld Stages of Aritistics Development yang dapat menggalakkan kanak-kanak berfikir secara kreatif. Aktiviti seni yang dilaksanakan secara berterusan memberi peluang kepada kanak-kanak untuk menggunakan deria pancaindera secara menyeluruh sebagai proses pengamatan dan merekod. Lapan kategori kreatif yang diperkenalkan oleh Lowenfeld meliputi cabaran, kelancaran, kelenturan, keaslian, pemikiran bercapah, keinginan, kompleks dan makna baru.Bagi kategori cabaran, murid yang kreatif dapat menyesuaikan diri dengan sebarang situasi yang mereka tidak sukai. Mereka mencontohi kreativiti ini daripada orang dewasa atau melalui pengalaman-pengalaman sejak dari awal. Kanak-kanak yang mempunyai adik-beradik yang hampir sama umur dengannya dimana mereka akan lebih mudah menyesuaikan diri dengan sebarang situasi yang mencabar. Mereka juga dapat lebih pandai menjaga diri mereka sendiri untuk survival.Kategori kelancaran iaitu kanak-kanak mempunyai daya berimaginatif dan fikiran terbuka untuk mengaitkan idea yang sebelumnya bagi menghasilkan kerja kreatif supaya berjalan lancar. Kanak-kanak ini juga sanggup menerima perubahan dan menyesuaikan diri mengikut situasai iaitu kategori kelenturan. Kanak-kanak yang tidak disekat oleh kedua ibu bapanya atau penjaganya dalam membuat sesuatu perkara atau meneroka sesuatu pengalaman adalah kanak-kanak yang lebih berfikiran terbuka dan lebih mudah berimaginasi serta lebih mudah untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran. Oleh itu sebarang kerja yang memerlukan kreativiti dapat dijalankan dengan lancar kerana kanak-kanak itu sentiasa boleh menjana idea baru dan cuba membuatnya dalam keadaan yang tenang.6Ketegori keaslian iaitu mudah meluahkan idea sendiri tanpa meniru daripada orang lain. Kanak-kanak yang mempunyai kendiri yang poisitif mempunyai keyakinan diri yang tinggi. Ini berlaku apabila kanak-kanak tersebut biasanya melalui pelbagai pengalaman hidup yang positif. Ibu bapa dan penjaga juga sentiasa memberi dorongan untuk kemajuan kanak-kanak ini dengan motivasi yang baik sepanjang tumbesarannya.Kategori pemikiran bercapah ialah dapat mengembangkan idea yang sedia ada. Kanak-kanak jenis ini lebih banyak terdedah dengan pengalaman-pengalaman daripada pembacaan. Kanak-kanak yang diberikan masa untuk menonton rancangan televisyen yang bermakna setiap hari dengan kawalan ibu bapa lebih mudah mengembangkan sesuatu idea yang diperolehinya. Ini kerana mereka terdedah dengan pelbagai cabang ilmu yang juga menyumbang kearah pengembangan idea.Kategori keinginan iaitu kanak-kanak tersebut mempunyai perasaan ingin tahu yang tinggi untuk membuat analisis. Kategori kompleks ialah berupaya membuat sintesis dan kategori makna baru ialah menghasilkan sesuatu produk atau idea yang kreatif dan inovatif. Ketegori-kategori ini merupakan keupayaan yang tinggi yang dipunyai oleh seseorang kanak-kanak. Keupayaan ini bekaitan dengan genetik dan keadaan sekeliling penyumbang ke arah keupayaan ini.AKTIVITI YANG BOLEH MERANGSANG PEMIKIRAN KANAK-KANAKTerdapat pelbagai aktiviti yang boleh merangsang pemikiran kanak-kanak iaitu melalui aktiviti melukis, aktiviti kraftangan, aktiviti lagu, nyanyian, pantun dan sajak, aktiviti tarian dan pergerakan kreatif dan drama kanak-kanak.A. AKTIVITI MELUKIS DAN MEWARNA Aktiviti seni lukis sebenarnya dapat mentrangsang pemikiran kanak-kanak. Ini kerana kanak-kanak akan menggunakan semua deria apabila belajar dan membuat ekspresi melalui seni lukis. Aktiviti seni lukis juga dapat meningkatkan sensitiviti terhadap dunia fizikal dan mereka7dapat belajar cara untuk meluahkan emosi dengan lebih sihat. Kanak-kanak juga kadangkala berfikir secara simbolik. Pemikiran ini digambarkan di atas kertas lukisan sebagai hasil yang unik. Melalui lukisan yang digambarkan oleh kanak-kanak dari kita dapat melihat konsep dirinya terhadap perkembangan personalitinya. Jika lukisan yang dihasilkan adalah lukisan yang baik dan tidak terdapat unsur-unsur negetaif, keperibadian kanak-kanak yang baik telah berjaya dibentuk.Aktiviti seni lukis boleh mengembangkan kebolehan kreativiti semulajadi kanak-kanak kerana proses penghasilan lukisan menggabungjalinkan emosi, sosial dan nilai estetika mereka. Lukisan merupakan perlambangan grafik awal kanak-kanak terhadap apa pengalaman-pengalaman yang mereka lalui yang melibatkan pemerhatian, penerokaan dan penemuan dalam kehidupan mereka. Terdapat empat proses estetika dan daya kreativiti kanak-kanak iaitu proses penajaman daya intuisi, persepsi, imaginasi dan konsepsi.Unsur seni lukis atau seni visual yang biasa diperhati dalam lukisan kanak-kanak merangkumi garisan, warna, bentuk, jisim atau isipadu, rekaan atau gubahan, corak, ruang, imbangan dan tekstur.Pada peringkat awalnya iaitu semasa kanak-kanak berumur diantara 2 hingga 5 tahun, kreativiti mereka boleh dilihat melalui contengan bagi meluahkan perasaan secara spontan dengan apa sahaja yang mereka boleh dapati seperti krayon, lipstick dan lain-lain. Peringkat ini dinamakan peringkat manipulatif. Kanak-kanak pada umur ini sukar untuk memperkembangkan kreativiti mereka kerana hasil karya yang dilihat adalah sama iaitu dalam bentuk contengan atas batasan perkembangan fizikal dan juga mental. Hasil yang ditunjukkan merupakan ciri personal mereka. Apabila kanak-kanak berumur 6 hingga 9 tahun mereka mulai boleh mengemukakan idea melalui imej yang dilakarkan. Ianya merupakan simbol sahaja mewakili gambar sebenar objek yang cuba ditunjukkan di dalam gambarnya. Dari seni kanak-kanak sudah boleh melakarkan apa yang dilihat atau pengalaman yang pernah ditempuhi dengan lebih jelas melalui simbol-simbol yang mewakili pemerhatiannya atau penemuannya. Mereka juga sudah boleh memperkembangkan idea atau menambah pengalaman yang dilalui melalui aktiviti melukis. Sebagai contoh seorang kanak-kanak melukis gambar adiknya sedang bermain dihalaman rumah8(pengalaman) dan tiba-tiba datang seekor raksasa dan raksasa itu ditewaskan oleh Ultraman(perkembangan idea melalui imaginasi). Apabila kanak-kanak itu berumur 10 hingga 13 tahun yang dinamakan peringkat praremaja, kanak-kanak itu dengan bantuan guru sudah berupaya menggunakan pelbagai kombinasi elemen-elemen seni untuk menghasilkan sebuah lukisan. Lukisan kanak-kanak mempunyai cerita mereka sendiri dan tidak ada lukisan kanak-kanak yang dihasilkan bukan berdasarkan pengalaman yang ditempuhi. Pengalaman juga meliputi apa yang ditonton di televisyen. Mulai dari sini lukisan yang lebih sistematik dihasilkanMelukis merupakan satu teknik menggambar dengan menggunakan warna kering atau warna basah. Guru boleh membantu kanak-kanak melukis dengan menghasilkan satu lukisan yang hampir-hampir sama dengan objek sebenar.Terdapat 8 langkah melukis untuk menghasilkan sebuah karya yang asli. Langkah-langkah tersebut adalah seperti dibawah:1. Pilih objek yang sesuai Guru boleh meletakkan satu objek seperti sebiji buah epal dihadapan murid-murid. Objek tersebut hendaklah mudah dilukis dan menarik minat mereka. Adalah amat sukar sekiranya guru meletakkan objek yang perlu dilukis dalam tiga dimensi untuk jelas kelihatan objek sebenar iaitu seperti buku. 2. Menentukan sudut pandangan Guru boleh meletakkan objek yang hendak dilukis dihadapan murid-murid. Jika murid duduk mengelilingi objek itu, adalah lebih objek berkenaan berbentuk bulat atau hampir bulat. Ini kerana objek tersebut kelihatan sama dari mana-mana sudut pun. 3. Pilih media yang bersesuan dengan kertas Kertas yang disediakan di sekolah sangat bersesuaian dengan aktiviti melukis kanak-kanak. Saiz kertas lukisan boleh dipotong dua bagi kanak-kanak tahap satu kerana masa yang diberikan tidak cukup untuk kanak-kanak tersebut siap likisannya. 4. Melakar garidan datar Minta murid melakar garisan lurus dengan pensel yang mereka ada dan lakaran hendaklah samar-samar dan bukan ditekan dengan pensel. 95. Membahagikan ruang tertentu bagi objek-objek dalam lukisan Objek-objek yang terdapat dalam lukisan perlu seimbang saiznya dan dan hampir mengikut skala. Sebagai contoh buah durian lebih besar daripada buah rambutan. Oleh itu murid purlu ditunjukkan dengan buah yang sebenar atau objek lain secara maujud. 6. Melukis lakaran kasar objek Kemudian guru bolehlah membimbing murid untuk melakar objek yang hendak dilukis dan perlu mempunyai persamaan yang sebanyak mungkin dengan objek yang sebenar. 7. Menggunakan teknik yang sesuai Lukisan yang hendak dilukis terlebih dahulu handaklah diberitahu kepada murid teknik yang sesuai sama ada teknik pensil, pensil warna atau oil pastel. 8. Memperincikan bahagian objek Guru bolehlah membantu murid untuk melukis objek secara lebih terperinci. Sebagai contoh selepas lukisan itu diwarnakan dengan pensil warna, garisan tepi gambar buah dilukis dengan menggunakan warna magik hitam agar ianya nampak lebih terperinci dan kemas bagi lukisan kanak-kanak. Aktiviti mewarna juga merupakan aktiviti yang boleh merangsang minda kanak-kanak dan mengembirakan mereka. Aktiviti mewarna tersebut merupakan catan. Catan ialah menghasilkan sebuah hasil seni menggunakan bahan-bahan berwarna yang dibuat ke atas sekeping kertas, kanvas atau kadbod. Bahan pewarna bukan sahaja warna air, oil pastel dan pewarna sebuk tetapi juga tumbuhan-tumbuhan yang mengeluarkan warna seperti kunyit, dragon fruit yang kuat dengan warna merahnya dan lilin yang bewarna-warni.Disebabkan imaginasi dan pengalaman mempengaruhi hasil seni seseorang kanak-kanak maka guru boleh menggunakan teknik bercerita terlebih dahulu sebelum meminta mereka melukis dan tajuk juga diberikan oleh guru.B. AKTIVITI KRAFTANGAN Menurut Dr. Loy Chee Luen dan Dr. Noor Aini, kraf mudah dapat membantu perkembangan motor kasar dan motor halus kanak-kanak. Aktiviti kraf mudah menggalakkan penggunaan dan10kawalan otot secara berkesan. Aktiviti memegang gunting, bermain dengan bahan dan alatan memungkinkan pergerakan motor halus dapat membantu peningkatan gerak otot kanak-kanak. Aktiviti menggunakan tanah liat dapat meningkatkan perkembangan kemahiran seni dan kreativiti kanak-kanak di mana mereka dapat membentuk pelbagai objek. Mereka juga menyatakan bahawa kraf mudah sama ada dalam bentuk 2D atau 3D dapat mempertingkatkan kreativiti kanak-kanak dan menggembirakan mereka. Penghayatan seni penting dalam kehidupan kanak-kanak kerana berkaitan dengan kognitif dan nilai estetika dalam kehidupan.Kraf mudah adalah kraf untuk kanak-kanak. Melalui pembelajaran kraf mereka dapat menggunakan teknik menggambar, membuat corak dan rekaan serta bentuk binaan. Aktiviti menggambar untuk kanak-kanak adalah seperti lukisan, catan, kolaj, montaj, cetakan, resis, gosokan, stensilan, percikan, gurisan, capan dan mozek. Aktiviti membuat corak dan rekaan untuk kanak-kanak adalah seperti ikatan dan celupan, tiupan, titisan, renjisan, percikan, lukisan, catan, cetakan, capan, resis, kolaj, pualaman, lipatan dan guntingan. Aktiviti bentuk binaan kanak- kanak adalah seperti topeng, boneka, origami, mobail, stabail, model dan diorama. Kraf mudah pula terbahagi kepada dua bahagian iaitu kraf 2 dimensi atau kraf 3 dimensi. Kraf 2D adalah seperti kolaj, topeng dan kad ucapan. Manakala kraf 3D alah seperti boneka dan mobail.Kesemua aktiviti ini dapat merangsang minda kanak-kanak seperti:1. Kolaj Ianya merupakan aktiviti menampal kain, kertas, daun, ranting atau lain-lain media untuk menghasilkan sebuah corak atau gambar seperti pasu bunga, rumah dan juga anak patung. Tampalan disusun dan digamkan ke atas gambar yang telah terlebih dahulu dilakar dia atas kertas lukisan. Kanak-kanak juga bebas memilih bahan yang dicadangkan untuk aktivti kolaj untuk perkembangan kreativiti mereka. Adalah lebih kreatif lagi jika guru meminta murid-murid pergi mencari bahan diluar kelas seperti mengutip daun-daun kering atau mencabut rumbut untuk ditampal kepada lukisan yang telah dilakarkan. Pasir halus yang terdapat dikawasan sekolah juga boleh dijadikan bahan untuk membuat kolaj.112. Topeng Terdapat dua jenis topeng yang boleh dihasilkan iaitu topeng separuh atau topeng zoro atau topeng penuh. Murid-murid perlu menyediakan gunting, gelung getah, pensil dan warna. Ketua panitia boleh membeli contoh topeng daripada pembekal seperti topeng harimau, kuda belang dan sebagainya. Jika panitia tiada bekalan ini, maka guru boleh meminta mereka membuat topeng mengikut watak kartun yang mereka gemari atau topeng haiwan. Guru boleh membuat contoh topeng terlebih dahulu agar mereka tahu apakah kehendak guru.3. Kad ucapan Aktivti membuat kad upacan boleh juga menggunakan guntingan dan tampalan selaian daripada melukis dan mewarna. Guru boleh menunjukkan contoh-contoh kad ucapan yang dibuat sendiri oleh guru kepada murid-murid. Kad ucapan memerlukan murid menjadi kreatif dalam memikirkan kata-kata yang perlu ditulis didalamnya. Aktiviti ini bukan sahaja merangsang minda kanak-kanak kearah minda seorang usahawan apabila guru meminta mereka berjual beli kad ucapan yang dihasilkan malah memupuk sifat kasih sayang antara keluarga dan rakan-rakan.4. Boneka Boneka boleh dibuat dengan pelbabai cara. Antaranya menggunakan lidi dan juga kertas sebagai bahan utama, telur dan lidi, bekas minuman dan seagainya. Guru boleh menyediakan satu dailong antara boleka-boneka yang dihasilkan oleh murid-murid. Apabila hasil mereka telah siap untuk digunakan, guru boleh meminta mereka melakonkan watak-watak yang telah ditetapkan oleh guru dihadapan kelas. Aktiviti ini bukan sahaja boleh meningkatkan daya pemikiran tetapi juga kebolehan intrapersonal, interpersonal dan juga kemahiran berbahasa.5. Mobail Mobail merupakan hasil kerja yang berupa lukisan atau objek-objek lain yang digantung kepada lidi atau kayu sate. Terdapat tiga perkara yang perlu diperhatian dalam membuat mobail iaitu mereka bentuk, mencari atau membuat sendiri objek untuk digantung dan juga imbangan dalam menggantung mobail. Perkara dapat merangsang kreativiti murid-murid.126. Model Membuat model merupakan pembinaan suatu objek yang konkrit menggunakan bahan-bahan yang dicari sendiri. Murid perlu menggunting, menampal dan mewarna. Sebagai contoh membuat model kereta, murid perlu mencari kotak yang sesuai saiznya dan kertas warna yang diminati atau warna air. Kotak-kotak itu dibalut atau dan diwarnakan atau dibalut terus dengan kertas warna serta digam menjadi sebuah model kereta. Oleh itu dalam aktiviti membuat model, murid akan dirangsang kreativitinya dalam mereka bentuk dan mencari bahan yang bersesuaian.C. AKTIVTI MUZIK, LAGU DAN NYANYIAN SERTA PANTUN DAN SAJAK Kanak-kanak sangat berminat dengan muzik, lagu dan nyanyian. Mereka suka mencuba pic suara dan irama yang pelbagai dan peka terhadap bunyi-bunyi yang ada disekeliling mereka. Kanak-kanak yang sedang bercakap akan berhenti membuat aktivti tersebut apabila mendengar kelas disebelah mereka sedang menyanyikan lagu. Oleh itu biasanya Bilik Muzik biasanya akan diletakkan jauh daripada kelas-kelas lain kerana muzik dapat mengganggu tumpuan terhadap apa yang mereka sedang laksanakan. Oleh itu dapatlah difahami bahawa muzik berperanan untuk memperkembangkan kemahiran mendengar kanak-kanak. Semasa nyanyian kanak-kanak, mereka dapat mempraktikkan pic, irama dan juga lirik lagu. Secara tidak langsung kemahiran membaca dan tatabahasa mereka dapat diperkembangkan. Semasa sesi mata pelajaran ini murid-murid berpeluang untuk menyanyi.Dengan pengajaran guru bahasa yang baik murid-murid juga akan berminat dengan pantun dan mendeklamsikan sajak. Kecerdasan linguistik mereka dapat diiperkembangkan dan dan dari sini berkembangnya bakat dalam berbalas pantun dan mencipta sajak. Aktiviti ini jga dapat membantu murid-murid dalam sebutan perkataan yang jelas. Mereka juga dapat meluahan perasaan melalui ciptaan pantun dan sajak. Pantun dan sajak juga dibentuk daripada pengalaman-pengalaman murid itu dan pendapat dan juga perasaannya tentang sesuatu diluahkan melalui susunan kata-kata yang indah dan boleh dibaca berulangkali.13Aktiviti muzik, lagu dan nyanyian serta pantun dan sajak dimasukkan ke dalam sukatan pelajaran kerana aktiviti ini mengurangkan ketengangan pembelajaran dan dalam pada masa yang sama menggalakkan murid-murid menjadi kreatif dan juga bersifat ekspresif. Sifat ekspresif mengurang tekanan yang dihadapi oleh murid-murid dalam melalui kehidupan seharian mereka. Murid yang mempunyai bakat dan kecenderungan dalam bidang muzik dan nyanyian boleh menyedari tentang bakatnya yang terpendam kerana disekolah aktiviti ini dipupuk dan digilap dari semasa ke semasa. Kreativiti akan berlaku apabila murid dapat mencipta sendiri lagu-lagu dan juga lirik yang sesuai dengan perasaannya. Kanak-kanak Tahun 3 yang diajar menggunakan rekorder dengan not-not yang mudah dapat mencipta lagu mereka sendiri kepada yang mempunyai bakat dalam bidang ini. Guru akan mengajarnya untuk mencatat not lagu yang direkanya dan guru akan meminta kelas untuk memainkan lagu tersebut secara beramai-ramai di dalam kelas. Dibawah ini merupakan aktiviti yang boleh dilakukan dalam menyampaikan pengajaran lagu, pantun dan sajak:1. Fasa demi fasa Pada mulanya guru akan membuat latihan vocal iaitu bagaimana mengeluarkan vocal yang tinggi dan rendah. Guru akan memberikan lirik lagu ataupun pantun atau sajak kepada murid-murid terlebih dahulu. Guru juga boleh meminta mereka menyalinnya daripada papan hitam kerana teknik menyalin memperkembangkan kemahiran menulis meraka. Ini penting kerana murid tidak boleh mengingati atau menghafal daripada apa yang didengarnya kecuali perkara yang hendak disampaikan telah dicatat. Kemudian, murid-murid akan diberi contoh oleh guru dengan menyanyikan lagu yang ingin diajar atau, mendeklamasikan sajak atau pantun terlebih dahulu. Kanak-kanak pula dan mendengar persembahan guru bersama dengan lirik, pantun atau sajak yang telah ditulis atau dicetak. Kemudian guru mengajar murid-murid membaca fasa demi fasa. Guru akan meminta murid mengulangnya beberapa kali. Setiap fasa tidak akan diubah ke fasa lain sehingga murid-murid telah pandaiu membacanya. Kemudian guru akan mengajar murid mendeklamasikan sajak, pantun atau menyanyikan lagu fasa demi fasa. Sekali lagi murid-murid perlu mengulanginya sehingga murid mahir dengannya. Apabila murid-murid telah menunjukkan kemahiran yang diperlukan fasa demi fasa, kemudian guru akan mendeklamasikan seluruh fasa atau menyanyikan lagu seluruh fasa bersama murid-murid. 14Kemudian guru akan menambah pergerakan semasa aktiviti mendeklamasikan sajak atau menyanyi tersebut. Guru akan melaksanakannya bersama murid-murid sehingga murid-murid telah mahir, maka murid-murid berkenaan akan membuat persembahan.2. Secara lengkap Guru akan mengadakan latihan vokal dimana murid akan diperkenalkan dengan cara mengeluarkan vocal tinggi, sederhana dan rendah. Guru akan memberikan lirik lagu ataupun pantun atau sajak kepada murid-murid terlebih dahulu. Guru juga boleh meminta mereka menyalinnya daripada papan hitam kerana teknik menyalin memperkembangkan kemahiran menulis meraka. Kemudian guru akan membuat persembahan nyanyian atau mendeklamasikan sajak bersama-sama dengan pergerakan yang diperlukan. Murid-murid akan mendengar dan menonton persembahan. Guru mengulangi persembahannya jika dia merasa perlu. Kemudian guru mengajar murid-muridnya menyanyi atau mendeklamasikan sajak dengan lengkap dan murid-murid akan mengikut. Selepas itu guru dan kanak-kanak pula bersama-sama mendeklamasikan sajak atau menyanyikan lagu. Apabila guru berasa ianya sudah mencukupi, maka guru akan meneruskannya pula dengan mengajar murid-muridnya mendeklamasikan atau menyanyi dengan pergerakan yang sesuai dan menarik. Kemudian guru dan murid-murid pula membuat pergerakan bersama-sama. Apabila guru murid-murid sudah boleh melaksanakannya sendiri tanpa bantuan guru, maka persembahan sudah boleh dimulakan. 3. Melalui rakaman Guru memainkan rakaman lagu, pantun, sajak atau nyanyian melalui rakaman dan meminta murid-murid untuk mendengar atau menonton. Disamping itu guru juga memberi murid-murid lirik lagu, pantun atau sajak sebgai rujukan. Rakaman tersebut mengandungi gaya pergerakan yang diperlukan bersama-sama dengan persembahan. Guru akan mengulang rakaman dan murid-murid mengikut pergerakan atau aksi yang terdapat di dalam rakaman itu. Selepas itu guru akan meminta murid-murid menguasai nyanyian, pantun atau sajak di dalam rakaman itu. Kemudian guru akan membuat persembahan bersama-sama dengan murid-murid sehingga mereka meguasai setiap langkah yang diperlukan. Akhir sekali murid akan membuat persembahan tanpa bantuan guru. 15Terdapat banyak jenis lagu kanak-kanak yang terdiri daripada permainan jari, lagu permainan, lagu beraksi, lagu rakyat, lagu nasihat dan lagu serantau. Pantun kanak-kanak pula terdiri dari pantun 2 kerat, pantun 4 kerat dan pentun 6 kerat. Pantun juga boleh dinyanyikan dalam bentuk lagu. Ianya mudah untuk direka dan bagi mereka yang berbakat pantun boleh direka secara spontan. Aktiviti berpantun membolehkan kanak-kanak mengecam bunyi perkataan dan mereka dapat didedahkan dengan keindahan bahasa. Puisi pula merupakan sajak baru kanak-kanak yang tidak terikat dengan peraturan dalam membentuk sesuatu rangkap, baris, kata-kata dan ritma. Ritma akhir dihujung setiap baris bagi sajak tidak perlu adanya pertentangan ritma. Bilangan baris ayat pada setipa rangkap juga tidak tetap.D. AKTIVITI TARIAN DAN PERGERAKAN KREATIF Aktiviti tarian dan pergerakan kreatif boleh merangsang kreativiti kanak-kanak dengan cara menggalakkan kanak-kanak menjadi kreatif menggunakan pergerakan anggota tubuh badan ruang, masa dan tenaga. Mereka juga mendapat peluang untuk menari pelbagai tarian kebudayaan Malaysia. Selain daripada itu aktiviti tarian juga merangsang kanak-kanak untuk berimaginasi secara kreatif bagi sesuatu persembahan. Melalui aktiviti ini guru dapat mencungkil kecerdasan kinestetik kanak-kanak dan memperkembangkannya. Aktiviti ini juga dapat memberi kepuasan kepada kanak-kanak yang menyukai tarian.Perkembangan kinestetik kanak-kanakDr. Loy Chee Luen dan Dr. Noor Aini mengatakan bahawa aktiviti tarian dan pergerakan kreatif melibatkan pemikiran dan gerak geri kreatif. Aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan melibatkan aktiviti fizikal untuk perkembangan motor kasar dan motor halus kanak-kanak. Gerakan kreatif dalam tarian dan pergerakan melibatkan koordinasi dan kepantasan fizikal kanak-kanak. Menurutnya lagi aktiviti tarian dan pergerakan kreatif kanak-kanak melatih mereka menginterpretasikan pergerakan anggota atau tubuh dengan pantas dan cekap.16Dr. Loy Chee Luen dan Dr. Noor Aini juga mengatakan bahawa aktiviti tarian dan pergerakan kreatif yang dilaksanakan oleh guru dapat menggalakkan kanak-kanak menggunakan sebahagian atau keseluruhan anggota tubuh badan untuk berkomunikasi dan menyelesaikan masalah. Mereka menyatakan bahawa hasilnya kanak-kanak dapat bergerak mengiringi muzik, sensitif dengan rentak muzik serta mempertingkatkan kecerdasan kinestetik kanak-kanak.TarianTarian boleh mengungkapkan kegembiraan kanak-kanak. Apabila kanak-kanak berasa gembira mereka akan lakukan beberapa pergerakan walaupun tidak seragam, pergerakan mempunyai rentak mereka sendiri sebagai ungkapan apa yang merekai. Maka, bagi kanak-kanak Tarian adalah satu cara yang sangat baik mereka meningkatkan Keupayaan otak. Pergerakan badan mempunyai kaitan yang sangat rapat minda.Pergerakan Kreatif Kanak-kanakPergerakan kreatif kanak-kanak dapat memperkembangkan personaliti kanak-kanak secara menyeluruh. Perkembangan personaliti kanak-kanak memberi kesan terhadap nilai diri yang merangkumi aspek-aspek fizikal, mental dan rohani. Faktor ini menjadi penggalak kepada pengembangan personaliti yang merangsang daya imaginasi dan mencabar intelek mereka. Aktiviti ini juga bukan sahaja menyeronokkan tetapi juga untuk meluahkan perasan perasaan dan mood mereka. Muzik dan props dapat memberi rangsangan kepada pergerakan kreatif kanak-kanak.1. Muzik Selain daripada menyentuh tentang rangsangan kanak-kanak muzik juga sebenarnya menyentuh semua domain pembelajaran, termasuk domain psikomotor (pembangunan kemahiran), domain kognitif (pemerolehan pengetahuan), dan domain afektif iaitu menghargai muzik. Penglibatan kanak-kanak didalam bidang musik adalah penting kerana ianya merupakan komponen asas budaya manusia dan tingkah laku. 2. Props Props merupakan penggunaan barang-barang di dalam sesuatu aktiviti pergerakan kreatif seperti tarian. Contoh props ialah reben, bola dan gelung. Penggunaan Prop akan menyeronokkan lagi kanak-kanak kerana ianya menambah satu elemen menarik untuk 17penonton dan koreografer yang lebih kreatif. Prop digunakan dengan cara yang betul agar tidak membahayakan kanak-kanak dan melatih kanak-kanak mematuhi peraturan dalam tarian.Pergerakan kreatif juga menggabungkan beberapa elemen pergerakan iaitu:1. Elemen tubuh badan Menurut Dr. Loy Chee Luen dan Dr. Noor Aini, elemen tubuh badan merangkumi bahagian luaran tubuh seperti kepala, bahu, kaki dan tangan. Mereka juga mengatakan bahwa kanak-kanak boleh menggunakan imaginasi dan kreativiti masing-masing untuk mereka cipta gerak geri dengan menggunakan elemen tubuh badan. 2. Elemen ruang Menurut Dr. Loy Chee Luen dan Dr. Noor Aini, elemen ruang dalam pergerakan kreatif merangkumi ruang am, ruang diri, aras dan arah. Ruang am merujuk kepada ruang pentas, padang atau bilik, ruang diri merujuk kapada ruang yang digunakan oleh kanak-kanak untuk melakukan aktiviti pergerakan dan aras merangkumi aras rendah, sederhana dan tinggi, arah pula merangkumi arah ke depan, ke belakang, ke sisi, ke bawah dan ke atas. Elemen ini dapat mencipta gambaran mental dan mengamati dunia visual secara kreatif. 3. Elemen masa Menurut Dr. Loy Chee Luen dan Dr. Noor Aini, elemen masa dalam pergerakan kreatif merangkumi tempo, rentak, pola beritma, aksen dan jangka masa. Tempo merujuk kepada kelajuan muzik atau pergerakan yang perlahan atau cepat; rentak merujuk kepada ukuran masa tanpa mengira masa dalam pergerakan kreatif; pola ritma merujuk kepada kronologi pergerakan atau bunyi dalam jangka masa yang berubah; aksen merujuk kepada suatu pergerakan yang lebih kuat daripada pergerakan sebelum atau selepasnya manakala jangka masa merujuk kepada pendek atau panjang setiap rentak pergerakan. Menurutnya lagi pengiraan rentak dan tempo dalam pergerakan kreatif kanak-kanak dapat mempertingkatkan kecerdasan logikal kanak-kanak. Kanak-kanak dapat memahami kiraan rentak dan tempo dan seterusnya dapat membilang nombor dengan betul. 4. Elemen daya Menurut Dr. Loy Chee Luen dan Dr. Noor Aini, elemen daya atau tenaga dalam pergerakan kreatif merangkumi pergerakan perkusif, pergerakan pendular, pergerakan staccato, 18pergerakan bergetar, pergerakan meruntuh dan pergerakan kawal-lambat. Pergerakan perkusif dalam pergerakan kreatif merujuk kepada pergerakan yang bertenaga kuat. Menutut mereka lagi komponen imaginasi membolehkan mereka mencipta persembahan pergerakan yang kreatif dan unik.E. DRAMA KANAK-KANAK Menurut Dr. Loy Chee Luen dan Dr. Noor Aini, drama menceritakan kehidupan yang dilakonkan dengan berdasarkan pengalaman kanak-kanak. Aktiviti drama yang melibatkan gerakan, dialog dan pemikiran yang menyeluruh. Drama memerlukan seseorang kanak-kanak untuk berimaginasi dalam melakonkan watak-watak yang terdapat dalam sesuatu lakonan atau cerita Aktiviti ini dapat merangsang perkembangan berfikir, imaginasi dan kreativiti mereka. Plot drama biasanya berada dikemuncak yang mana memerlukan penyesaian masalah. Ini membantu mereka dalam pengalaman menyelesaikan masalah dan dalam pada masa yang sama membantu mereka dalam agar aktif dan merangsang untuk berfikir secara kreatif.Drama meingkatkan kemahiran berfikir kanak-kanakAktiviti drama dapat menyumbang kefahaman kanak-kanak tentang kehidupan dan masaalah yang biasa dihadapi serta penyelesaian dan sebab akibat dalam sesuatu kehidupan secara realiti. Aktivti ini juga membantu mereka menyedari kefahaman tentang pengetahuan dan pengalaman mereke sendiri. Aktivti ini juga menyumbang kearah pembentukan kendiri yang positif. Secara tidak langsung, kanak-kanak dipupuk dengan sifat berani dalam mengambil suatu risiko dan mencuba sesuatu yang baru.Drama meningkatkan kreativiti kanak-kanakAktivit ini memberi fokus kepada sifat kreatif dan ekspresif. Dalam melakonkan sesuatu drama kanak-kanak perlu berfikir menggunakan imaginasi mereka dalam memainkan sesuatu watak, melihat sesuatu dalam cara yang berbeza dan mendapat kepuasan dalam melakonkan sesuatu watak dalam drama. Kreativiti akan berkembang apabila kanak-kanak menggunakan daya19fikiran agar watak tersebut menjadi hidup. Nilai estetika kanak-kanak dapat dipupuk melalui aktiviti ini secara langsung.Drama menigkatkan imaginasi kanak-kanakSemasa kanak-kanak berlakon, mereka perlu berimaginasi bagi menjayakan sesuatu watak. Imaginasi ini berlaku dibawah minda sedar kanak-kanak yang luarbiasa dan sukar dibuktikan dengan fikiran logik. Sebagai contoh kanak-kanak berimaginasi tentang menjadi seekor burung dan sedang bercakap dengan seekor ikan.Drama meningkatkan kemahiran social dan emosi kanak-kanakInteraksi menerusi aktiviti drama dapat meningkat kemahiran sosial dan emosi kanak-kanak kerana mereka perlu memahami bentuk-bentuk pergaulan rakan-rakan lain, mengenali dan mengurus emosi sendiri dan juga rakan-rakan yang lain.Terdapat beberapa kaedah dalam menjalankan aktivti drama. Diantaranya ialah demonstrasi, kaedah tayangan video dan kaedah penyelesaian masalah.1. Kaedah demontrasi Guru perlu menentukan jenis drama terlebih dahulu samada improvasi, pantomime, memos, main peranan, simulasi, boneka atau teater bercerita. Selapas itu guru perlu menyatakan tujuan demonstrasi drama. Kanak-kanak perlu tahu tujuan drama kerana melalui tujuanlah setiap pelakon dapat memberikan penghayatan terhadap watak yang dipegang. Kemudian guru akan mendemontrasikan drama kepada murid-murid. Semasa demontrasi dijalankan, guru perlu memastikan setiap murid atau kanak-kanak memberi perhatian terhadap perbuatan dan dialog yang ditunjukkan. Demonstrasi perlu jelas dan kanak-kanak memahami drama yang mereka lihat. Bagi menarik perhatian kanak-kanak, guru perlu berdialog dengan mereka berkenaan dengan aksi yang ada dalam drama. Kemudian minta mereka melakonkan aksi yang ditunjukkan oleh guru. Kemudian guru perlu memberi pujian kepada kanak-kanak yang berlakon. Apabila sesi lakonan selesai minta pandangan kanak-kanak atau murid-murid itu terhadap cerita yang disampaikan dan lakonan yang dimainkan oleh kanak-kanak lain. 202. Kaedah tayangan video Guru juga boleh mengajar kanak-kanak dengan menggunakan tayangan video kepada kanak-kanak. Perkara yang pertama yang perlu dilakukan oleh guru ialah menentukan drama yang hendak ditayang iaitu samada drama berbentuk improvasi, pantomime, memos, main peranan, simulasi, boneka atau teater bercerita. Kemudian guru menyebut kesemua tujuan tayangan drama tersebut kepada mereka. Tujuan terhadap sesuatu drama itu dinyatakan untuk membentuk penghayatan pelakon terhadap watak yang dipegangnya. Kemudian guru menyangkan drama kepada murid-murid. Semasa tayangan dijalankan, guru perlu memastikan setiap murid atau kanak-kanak memberi perhatian terhadap perbuatan dan dialog yang ditunjukkan. Tayangan video juga perlu jelas dari segi audio dan kanak-kanak memahami drama yang mereka lihat. Bagi menarik perhatian kanak-kanak, guru kemudiannya membuat sesi berdialog dengan mereka berkenaan dengan aksi yang ada dalam drama. Kemudian minta mereka melakonkan aksi yang sama seperti yang mereka lihat didalam tayangan video itu tadi. Bagi menambah kepuasan kanak-kanak itu dalam lakonannya, guru perlu memberi pujian dan kata-kata motivasi kepada kanak-kanak yang berlakon. Apabila sesi lakonan selesai minta komen kanak-kanak atau murid-murid itu terhadap cerita yang disampaikan dan lakonan yang dimainkan oleh kanak-kanak lain. 3. Kaedah penyelesaian masalah Guru memulakannya dengan memberi satu situasi yang bermasalah kepada kanak-kanak. Kemudian guru perlu bersoal jawab dengan kanak-kanak tentang situasi yang yang terdapat dalam lakonan tersebut. Selepas itu guru minta kanak-kanak atau murid-muridnya melakonkan situasi yang bermasalah itu. Kanak-kanak yang memegang watak-watak tertentu menggunakan dialog sendiri untuk menyelasaikan masalah semasa melakonkannya. Kanak-kanak yang berlakon perlu diberi hadiah tau kata-kata pujian untuk meningkatkan minat mereka dalam lakonan yang akan datang. Setelah selesai sesi lakonan, kanak-kanak itu diminta untuk memberi pandangan tentang lakonan tersebut. Sebelum PdP hari itu berakhir, guru membuat rumusan tentang apa yang mereka pelajari pada hari itu. 21RujukanBuku Ilmiah1. Loy Chee Luen et.all. Ekspresi Dan Kretiviti Kanak-kanak, Tanjung Malim : UPSI 2. Mohd. Azhar Abd. Hamid, (2009). Kreativiti: KOnsep Dan Teori Praktis, Johor : Universiti Teknologi Malaysia. 3. Mayesky, M. (2002). Creative Activities for Young Children, New York: Thomson Delmar Learning. 4. Cox, M (2005). The Pictorial World of the Child. United Kingdom : Cambridge University Press. Jurnal1. Cathy A. et. All, 2005. Indoor Creative Activities For Kids. Sage Journals Online 2. Christy C., 2007. Creative Connections For Kids. Cambridge Journals Sumber Internet1. Creative Ideas (laman web), diambil pada April 2013 daripada http://www.netmums.com/ activities/free-family-fun/free-family-fun-creative-ideas 2. Encouraging preschoolers creative and artistic development (laman web), diambil pada April 2013 daripada http://raisingchildren.net.au/articles/encouraging_creativity _preschoolers.html 3. Fun and Creative Activities For Kids (laman web), diambil pada April 2013 daripada http://www.kinderiq.com/activities-for-kids.php 4. Ways of Nurturing Creativity in Kids (laman web), diambil pada April 2013 daripada http://www.prokerala.com/kids/activities/nurturing-creativity-in-kids.php 22