2. Secara berkumpulan 5-6 orang. Bina skrip persembahan yang
sesuai dengan memasukkan 2 atau 3 kemahiran di abawah a.PENGAJARAN
NYANYIAN, MUZIK KANAK-KANAK b. PENGAJARAN TARIAN KANAK-KANAK c.
PENGAJARAN DRAMATIKA KANAK-KANAK Rancang persembahan dan buat
persembahan yang bersesuaian (M4) Penilaian akan diberi berdasarkan
: Kreativiti Skrip Integrasi pergerakan dan muzik Kesesuaian dengan
pengajaran dan pembelajaran di sekolah rendah Kerjasama
berkumpulan. Tugasan Individu : Hasilkan sekeping kad ucapan hari
lahir dengan menggunakan perisian grafik komputer. Terkandung di
dalamnya seni kata lagu hasil ciptaan anda sendiri. Saiz A4 , Font
(bebas), warna / hitam putih. Hantar pada M5.
3. BAB 1 : PENDEKATAN DAN TEORI DALAM SENI 1.1 Pengenalan
Konstruktivisme Konstruktivisme adalah satu fahaman bahawa murid
membina sendiri pengetahuan atau konsep secara aktif berdasarkan
pengetahuan dan pengalaman sedia ada. Pembelajaran ini menggalakkan
murid mencari idea, membuat kajian, yakin diri dan dapat
berinteraksi yang akhirnya proses inkuiri akan terhasil. 1.1.1
Pendekatan Konstruktivisme Bruner telah menggariskan tiga prinsip
utama di dalam konteks pembelajaran menggunakan pendekatan
konstruktivisme. a. Pengajaran perlu menitikberatkan pengalaman
pelajar serta mengikut konteks kesanggupan pelajar untuk belajar
(kesediaan). b. Pengajaran perlu mengikut struktur atau urutan yang
mampu difahami oleh pelajar dengan mudah (organisasi). c.
Pengajaran perlu dirangka untuk memudah cara penghasilan ilmu
(melangkaui maklumat yang dibekalkan guru).
4. Konstruktivisme Kaedah ini mengaplikasikan empat cara
tertentu di dalam penyampaian sesuatu topik. a. Menekankan
perbezaan iaitu melatih pelajar agar bijak membezakan jenis dan
sifat maklumat yang diterima. b. Menstruktur maklumat agar lebih
mudah diterima dan difahami c. Susunan paling berkesan di dalam
menyampaikan material pengajaran d. Sifat dan bentuk ganjaran
(reward) atau hukuman (punishment) yang akan dikenakan sekiranya
pelajar berjaya atau gagal melakukan sesuatu.
5. 1.1.2 Ciri-ciri Pembelajaran Konstruktivisme a. Menggalakkan
murid bertanya dengan murid dan guru b. Menganggap pembelajaran
sebagai satu proses yang sama penting dengan hasil pembelajaran c.
Menyokong pembelajaran secara koperatif d. Menggalakkan dan
menerima daya usaha dan autonomi murid e. Memberi peluang kepada
murid untuk membina pengetahuan baru dengan memahami melalui
penglibatan murid dengan situasi dunia sebenar f. Menggalakkan
soalan/idea yang dimulakan oleh murid dan menggunakannya sebagai
panduan merancang pengguna g. Mengambil kira kepercayaan dan sikap
yang dibawa oleh m urid h. Mengambil kira dapatan kajian tentang
bagaiamana murid belajar sesuatu idea i. Menggalakkan proses
inkuiri murid melalui kajian dan eksperimen
6. Soalan Bagaimana seni dapat dikaitkan dengan teori
konstruktivisme?
7. Jawapan - Hubungkait ilmu baru kepada pengetahuan sedia ada
- Menyusun atur maklumat dan pengetahuan - Mengekspresi ilmu baru
dalam bentuk baru - Memberi gambaran mengenai pengetahuan baru
dengan berbagai cara dan bentuk - Menyampaikan pengetahuan baru
melalui representasi danpersembahan - Mengukuhkan pemahaman dengan
aktiviti lanjutan
8. 1.2 Teori Sosial-Interaksi Piaget(ahli epistemologi genetik
di dalam bidang biologi dan falsafah.) Piaget merumuskan bahawa
kanak-kanak kecil bukanlah tidak mempunyai kapasiti untuk berfikir,
cuma kanak-kanak dewasa mempunyai lebih pengalaman yang mengasah
minda mereka.
9. Jawapan kanak-kanak kecil berbeza daripada kanak-kanak
dewasa kerana cara berfikir mereka yang berbeza. - prinsip
penyelidikan biologinya (a) Penyerapan (Assimilation) dan Ubahsuai
(Accommodation) Piaget menjelaskan dua proses yang digunakan oleh
individu sepanjang hayat dalam menyesuaikan diri mereka dengan
persekitaran, iaitu asimilasi (assimilation) dan akomodasi
(accommodation). Kedua-dua proses ini sentiasa berlaku dalam diri
individu dan sentiasa menimbulkan ketegangan yang memerlukan
penyelesaian. Hasil daripada penyelesaian kepada ketegangan ini
akan mempengaruhi perkembangan kognitif.
10. (b) Refleksi, Skema, Struktur dan Hierarki Piaget juga
mengemukakan hipotesis bahawa setiap bayi dilahirkan dengan skema
fungsi yang dikenali sebagai refleksi. Refleksi pada bayi ini
berfungsi dalam membantu menyesuaikan diri dengan persekitaran yang
baru (daripada dunia janin ke dunia sebenar). Apabila bayi mula
biasa dengan persekitaran yang baru, refleksi ini akan digantikan
dengan skema tersusun.
11. 1.2.1 Perkembangan Kebolehan Kognitif (a) Peringkat
Deria-Pergerakan (0-2 Tahun) Kanak-kanak masih belum dapat
menguasai simbol ataupun bahasa untuk menamakan objek di
sekitarnya. Satu-satunya cara interaksi dengan persekitaran ialah
melalui kesan deria dan gerak-gerinya. Apabila umur bayi meningkat
10 bulan, bayi tersebut mula memahami konsep kekal (permanence)
iaitu kesedaran bahawa walaupun sesuatu objek hilang daripada
pandangannya, objek tersebut tidak ghaib begitu sahaja.
12. (b) Peringkat Pra-olahan (2 6 Tahun) Di peringkat ini,
kanak-kanak telah mula menguasai bahasa dan menggunakan nama untuk
panggilan objek di sekelilingnya. Walaupun begitu, penguasaan ini
masih baru dan terbatas dan akan berkembang sepenuhnya sehinggalah
kanak-kanak tersebut mencapai peringkat pengolahan formal.
13. (c) Peringkat Pengolahan Konkrit (7 11 Tahun) Kebolehan
kanak-kanak menguasai konsep pengekalan tentang paduan, nombor,
berat dan padatan. Kebolehan ini membantu mereka memahami konsep
lain yang lebih rumit seperti susunan angka, pengklasifikasian
bahan mengikut sifat, serta kemampuan melihat sesuatu perkara
daripada pelbagai perspektif.
14. d) Peringkat Pengolahan Formal (12 Tahun ke Atas)
Kanak-kanak ini mencapai tahap kemuncak kecerdasan mental di
penghujung zaman remaja, namun kekurangan pengalaman mengehadkan
pengetahuan dan kebolehan mereka untuk menggunakan apa yang mereka
tahu. Di peringkat ini juga, perkembangan fizikal kanak- kanak
adalah lebih pantas berbanding perkembangan mental apabila mereka
mula melangkah ke awal alam remaja.
15. 2.2 Pendekatan Teori Sosial-Interaksi Piaget dalam
Pembelajaran (a) Peringkat Pra-olahan (2-6 Tahun) Imaginasi
kanak-kanak adalah sangat tinggi pada peringkat praolahan, iaitu
apabila kanak-kanak mencapai umur dua hingga enam tahun. Adalah
penting bagi guru-guru prasekolah ataupun ibu bapa menggalakkan
kanak-kanak untuk berimaginasi kerana secara tidak langsung ia juga
akan menggalakkan daya cipta kanak-kanak.
16. (b) Peringkat Pengolahan Konkrit Di peringkat ini,
kanak-kanak mempunyai kepetahan bercakap yang sangat tinggi dan
sentiasa ingin bertutur untuk menarik perhatian. Namun begitu, di
dalam kelas yang sama mungkin ada sebilangan kanak-kanak yang
sangat petah bertutur dan sangat aktif, manakala sebilangan lagi
lebih suka mendiamkan diri.
17. (c) Peringkat Pengolahan Formal (12 Tahun ke Atas) Di
peringkat ini, pelajar telah mula faham konsep- konsep abstrak dan
mula membentuk identiti diri. Mereka mula memahami kepentingan
falsafah hidup dan prinsip, politik dan konsep agama. Guru boleh
membantu dengan mengadakan perbincangan dalam topiktopik ini agar
dapat dijadikan panduan oleh pelajar. Antara bentuk perbincangan
ialah membantu dalam menentukan hala tuju pelajar, persediaan yang
perlu dilakukan serta menetapkan matlamat.
18. 1.3 Teori Gestalt Prinsip asas teori ini menitikberatkan
keseluruhan daripada sebahagian. Dalam erti kata lain, melihat
sesuatu objek secara keseluruhan (contohnya rumah) memberi makna
yang lebih mendalam daripada melihat komponenkomponen individu
(tiang, lantai, dinding, pintu, tangga). Proses melihat secara
keseluruhan melibatkan proses kognitif minda membuat anjakan
daripada memahami setiap komponen dalam menghasilkan makna daripada
pandangan yang menyeluruh.
19. Hukum-hukum Teori Gestalt (a) Hukum Pragnanz Hukum Pragnanz
menyatakan bahawa apabila individu berhadapan dengan pengalaman
yang baru, persepsi individu tersebut adalah tidak teratur. (b)
Hukum Persamaan (Similarity) Konsep hukum persamaan adalah lebih
mudah untuk difahami. Individu akan lebih cenderung untuk
mengklasifikasikan rangsangan yang mempunyai persamaan di dalam
kumpulan yang sama. (c) Hukum Keintiman (Proximity) Mengikut hukum
keintiman, pengklasifikasian setiap rangsangan adalah berdasarkan
elemen jarak dan hubungan. Rangsanganrangsangan yang mempunyai
hubung kait di antara satu sama lain akan diletakkan di dalam
kumpulan yang sama. d) Hukum Lengkap (Closure) Hukum lengkap
menganjurkan bahawa individu cenderung untuk meletakkan rangsangan
yang telah lengkap di dalam kumpulan yang sama. (e) Hukum
Kesinambungan Positif (Good Continuation) Hukum ini menyatakan
bahawa sifat sesuatu rangsangan tidak akan berubah, dan pada masa
yang akan datang sifat yang sama akan dikekalkan. Contohnya, garis
yang lurus dilihat sebagai akan tetap lurus pada masa yang akan
datang dan tidak akan berubah sifatnya.
20. (f) Hukum Ciri-ciri Bahagian (Membership Character) Di
dalam hukum ini, individu akan mentafsir sesuatu berdasarkan
pandangan mereka secara keseluruhan terhadap sesuatu objek
tersebut, dan bukannya melihat setiap bahagian daripada keseluruhan
objek tersebut.
21. BAB 2 Kreativiti
22. KREATIVITI DAN KANAK-KANAK Kreativiti berasal daripada
perkataan Latin iaitu creare yang membawa maksud membuat. Manakala
daripada perkataan Greek pula creare bermaksud memenuhi. Kamus
Dewan, (2002) mentakrifkan kreativiti sebagai satu kemampuan
(kebolehan) mencipta daya kreatif, kekreatifan manakala kreatif
pula sebagai mempunyai kebolehan mencipta, menghasilkan dan
mengembangkan sesuatu idea baru dan asli. Kesimpulannya kreativiti
adalah kebolehan dan kemampuan seseorang menghasilkan sesuatu yang
kreatif, baru dan asli. Ada juga pendapat yang mentakrifkan kreatif
dan kreativiti sebagai penghasilan sesuatu yang tidak ada
sebelumnya.
23. PANDANGAN TOKOH-TOKOH SENI VISUAL MENGENAI KREATIVITI Ellis
Paul Torrance lebih dikenali sebagai Paul Torrance merupakan
penyelidik dan ahli akademik yang tersohor dalam bidang kreativiti.
Kerja-kerja penyelidikannya di dalam mendalami bidang ini telah
berjaya mengembangkan bidang kreativiti dan beliau telah diiktiraf
dengan gelaran Bapa Kreativiti. mencadangkan Ujian IQ bukanlah
satu-satunya cara mengukur daya intelektual seseorang. Beliau
memperkenalkan instrumen untuk menguji tahap kreativiti sesseorang
menggunakan Torrence Test of Creative Thinking.
24. June King McFee mentakrifkan kreativiti itu sebagai
keupayaan seseorang mencipta sesuatu yang baru dan pada masa yang
sama mampu untuk mengolah idea. Seni tidak terhad kepada hasil
karya seni sahaja tetapi juga melibatkan pengalaman estetika.Seni
ialah satu bentuk komunikasi yang dipengaruhi oleh konteks
budaya.
25. Carl Rogers menggariskan lima faktor yang menjadi asas
kepada individu yang sihat, yang dapat berfungsi dengan sepenuhnya
dalam kehidupan. Kelima-lima faktor tersebut ialah keterbukaan
kepada pengalaman, cuba menikmati kehidupan yang dialaminya,
menghargai diri sendiri, mengamalkan kebebasan dan akhirnya menjadi
individu kreatif.
26. Victor Lowenfeld - menjelaskan bahawa kreativiti seseorang
murid itu boleh diukur melalui empat komponen utama iaitu
kelancaran,( secara spontan serta pantas ) fleksibel, (mampu
menyesuaikan diri dengan pelbagai keadaan) situasi keaslian
(mencari idea baru dan asli) kepekaan (penggunaan deria pancaindera
seperti melihat, merasa,mendengar, menghidu dan sentuhan digunakan
secara sepenuhnya sebagi proses pengamatan dan merekod)
27. TAHAP PERKEMBANGAN KREATIVITI - Fisher (a) Peringkat
Rangsangan Pemikiran kreatif dirangsang dengan apa, mengapa, siapa,
bagaimana dan sebagainya. Guru perlu merangsang minda pelajar
dengan pelbagai soalan kritikal. (b) Peringkat Penerokaan Peringkat
rangsangan telah berjaya merangsang murid untuk berusaha menjawab
persoalan yang dikemukakan oleh guru atau permasalahan yang
timbul.
28. TAHAP PERKEMBANGAN KREATIVITI - Fisher (c) Peringkat
Perancangan Peringkat ini menggalakkan pemikiran kreatif untuk
merancang dan memetakan semua aktiviti dan merekodkan segala
kemungkinan. Aktiviti pada peringkat ini akan dilakukan melalui 3
cara iaitu: Perancangan secara verbal iaitu perancangan melalui
perbincangan, pemerhatian, interaksi dan sebagainya. Perancangan
secara visual dilakukan melalui visual, graf, imej lukisan
29. TAHAP PERKEMBANGAN KREATIVITI - Fisher (d) Peringkat
Aktiviti Pemikiran kreatif bermula dengan set idea. Justeru
melahirkan pemikiran kreatif melalui tindakan setelah merencana
segala aktiviti. Pada peringkat ini segala perancangan dibantu
melalui persoalanpersoalan seperti Bagaimana harus kita mengambil
tindakan ke atas cadangan tersebut?
30. TAHAP PERKEMBANGAN KREATIVITI - Fisher (e) Kajian Semula
Peringkat ini menilai keberkesanan tindakan yang telah diambil bagi
proses penambahbaikan selain melihat pencapaian objektif kerja.
Murid-murid digesa untuk memberikan pendapat dan komen terhadap apa
yang telah dilalui sebagai satu bentuk refleksi diri.
31. KAEDAH PERKEMBANGAN KREATIVITI - Laura H. Chapman (a)
Kaedah Penjanaan Idea (Inception of Idea) Di dalam menjana idea,
pengkarya menetapkan objektif, haluan dan tujuan penghasilan karya.
guru dimestikan untuk membimbing pelajar dalam menetapkan hala tuju
penghasilan karya selain menerangkan kaedah menjana idea.
32. (b) Pengolahan dan Pemurniaan (Elaboration and Refinement)
Proses pengolahan dan pemurnian idea dilakukan bagi mendapatkan
kajian visual yang lebih sistematik dan tersusun. Proses ini
digunakan oleh pengkarya bagi memastikan imej atau visual yang
hendak dihasilkan atau dipilih bertepatan dengan tema dan objektif
penghasilan. KAEDAH PERKEMBANGAN KREATIVITI - Laura H. Chapman
33. (c) Kemahiran Menggunakan Bahan (Execution in a Medium)
guru perlu membimbing murid melalui pengenalan terhadap bahan dan
teknik penggunaan serta penghasilan. Guru perlu menjelaskan melalui
demonstrasi dan tunjuk cara supaya pemilihan bahan oleh murid
mempunyai makna dan nilai tersendiri. KAEDAH PERKEMBANGAN
KREATIVITI - Laura H. Chapman
34. (a) Kreativiti Bersifat Ekspresif Kreativiti bersifat
ekspresif berlaku secara rawak dan bebas. Keadaan ini boleh dilihat
melalui lukisan kanak-kanak yang dihasilkan secara spontandan bebas
mengikut kemampuan yang sesuai dengan perkembangan fizikal mereka
yang belum stabil. Penghasilan lukisan pada peringkat ini banyak
digambarkan melalui garisan dan contengan mudah. PERKEMBANGAN
KREATIVITI - Calvin W. Taylor
35. (b) Kreativiti Melalui Penghasilan guru membantu murid
untuk menambahbaik kemahiran sedia ada kepada kaedah yang lebih
sistematik dan tersusun. (c) Kreativiti Bersifat Inventif
Kreativiti bersifat inventif merujuk kepada keupayaan mencipta
benda atau objek melalui proses eksprimentasi. Peranan guru pada
peringkat ini adalah memberikan motivasi dan galakan supaya pelajar
tidak cepat bosan dan putus asa. PERKEMBANGAN KREATIVITI - Calvin
W. Taylor
36. (d) Kreativiti Bersifat Inovatif Peringkat ini melibatkan
modifikasi kepada konsep- konsep asas sedia ada kepada idea baru
yang lebih bermakna. pelajar mula bertindak luar dari kaedah
konvensional dan menghasilkan alternative bagi setiap perancangan.
(e) Kreativiti Bersifat Emergen Ini merupakan bentuk kreativiti
tertinggi di mana keseluruhan prinsip formal diterjemahkan dan
muncul di dalam bentuk abstrak dan mudah. Sebagi contoh, figura
manusia digambarkan tanpa menitikberatkan bentuk formal dan bentuk
asalnya oleh kanakkanak apabila melukis. PERKEMBANGAN KREATIVITI -
Calvin W. Taylor
37. proses memupuk dan mengembangkan kreativiti para pelajar.
(a) Penyoalan Rangsangan melalui proses penyoalan melalui sesi
kritikan seni. (b) Penemuan Proses penemuan merujuk kepada usaha
untuk memberikan galakan dan rangsangan oleh guru kepada murid bagi
menggalakkan penemuan- penemuan terbaru melalui penyelidikan dan
kajian. TEORI PERKEMBANGAN KREATIVITI - Paul Torrance
38. (c) Pemerhatian proses pemerhatian tidak tertumpu hanya
pada deria pengamatan semata-mata malahan proses pemerhatian turut
melibatkan deria yang lain seperti deria sentuhan, dan sebagainya.
(d) Percubaan Percubaan merujuk kepada usaha berterusan bagi
mendapatkan hasil terbaik. Individu yang kreatif akan terus
bereksperimentasi bagi mendapatkan kesan dan hasil yang
dikehendaki. TEORI PERKEMBANGAN KREATIVITI - Paul Torrance
39. (e) Penerokaan Penerokaan atau eksplorasi merujuk kepada
galakan untuk memanipulasi pelbagai barangan dan alat yang terdapat
di sekeliling. (f) Memanipulasi murid mampu menggunakan objek dan
bahan yang terdapat di sekeliling untuk dijadikan hasilan seni.
Dalam konteks pendidikan seni visual usaha ini mengajar pelajar
supaya lebih berjimat dan mengelakkan pembaziran. TEORI
PERKEMBANGAN KREATIVITI - Paul Torrance
40. (g) Aktiviti/Bermain Kreativiti boleh dirangsang melalui
aktiviti bermain. Bagi kanakkanak, masa bermain merupakan masa yang
penuh dengan keseronokan dan cabaran. Justeru, rangsangan perlu
diwujudkan melalui permainan berbentuk akademik. Sebagai contoh,
guru boleh menggalakkan aktiviti seperti membuat mural di sekolah.
TEORI PERKEMBANGAN KREATIVITI - Paul Torrance
41. (a) Memilih Bahan dan Alat Murid seharusnya diberikan
peluang untuk memilih bahan dan alatan yang boleh digunakan untuk
pelbagai aktiviti seni visual. (b) Masa Rancang pelajaran dengan
baik dan teratur supaya murid mempunyai masa yang cukup untuk
berfikir, membuat eksperimentasi, dan meneroka. STRATEGI
MENINGKATKAN MOTIVASI
42. (c) Rangsangan Pamerkan hasil karya murid sebagai satu
bentuk sokongan berterusan. Pameran hasil karya murid boleh
merangsang pelajar untuk menghasilkan banyak lagi hasil karya seni
visual. (d) Pengajaran dan Pembelajaran Fleksibel Guru pendidikan
perlu fleksibel dalam proses pengajaran. Mereka seharusnya bersedia
untuk mengubah cara mengajar mengikut minat idea dan cadangan
daripada murid. (e) Hormat-menghormati Guru pendidikan seni visual
perlu mempunyai sikap menghormati murid dan menghargai sumbangan
dan komitmen yang ditunjukkan STRATEGI MENINGKATKAN MOTIVASI
43. (f) Memberikan Galakan dan Motivasi Elakkan daripada
mengkritik keterlaluan sehingga pelajar patah semangat dan tidak
berminat untuk meneruskan penghasilan karya. (g) Penghargaan
Galakkan dan berikan penghargaan kepada murid di atas usaha dan
komitmen yang mereka berikan di dalam kelas. STRATEGI MENINGKATKAN
MOTIVASI
44. DEFINISI SENI Seni boleh dirujuk sebagai suatu proses dan
manifestasi kepada ekspresi diri, penilaian yang menentukan elemen-
elemen yang wajar diketengahkan di dalam hasil seni, di dalam
menyampaikan idea, emosi, perasaan, kepercayaan di dalam bentuk
yang difikirkan paling efektif. Bab 3:Pandangan Tokoh Mengenai
Seni
45. DEFINISI SENI Bahasa Inggerisnya art Bahasa Latin ars
Bermaksud penyusunan @ untuk menyusun Seni merupakan intipati
kepada ekspresi kreativiti sesorang Secara amnya, dirujuk sebagai
suatu proses dan manifestasi kpd ekspresi diri, penilaian yg
menentukan elemen yg wajar diketengahkan seperti idea, emosi,
perasaan, kepercayaan dlm bentuk yg difikirkan efektif.
46. Sambungan Seni juga sebagai satu hasil aplikasi kreativiti
yang mempunyai elemen atau nilai apresiasi, berdasarkan nilai
estetik dan kesan emosi. Seni mempunyai konotasi yang amat rapat
dengan kemampuan dan penguasaan sesuatu medium utnuk menyampaikan
maksud. Untuk itu ia perlukan asas kritis yang baik dlm membuat
penilaian.
47. Pandangan tokoh-tokoh mengenai Pendidikan Seni Herbert Read
dan Viktor Lowenfeld berpendapat Pendidikan seni seharusnya
berasaskan aspek psikologi yang melihat kepada perkembangan
kanak-kanak dalam melahirkan pernyataan dirinya. Dalam konteks ini,
guru seni perlu melihat potensi kedua-dua pihak, pelajar dan guru
itu sendiri dari asoek motivasi, personaliti dan sebagainya. June
McFee Menekan kepada kesenian dan individu serta seni dalam
masyarakat (warisan budaya)
48. KEPENTINGAN PENGAJARAN MATA PELAJARAN PENDIDIKAN SENI
VISUAL KEPADA KANAK-KANAK (a) Aspek Kognitif Penganjuran aktiviti
seni visual yang tersusun dan terancang dapat melahirkan
kanak-kanak yang empunyai keupayaan menyelesaikan masalah serta
mampu membuat penilaian dan bijak membuat keputusan. (b) Aspek
Fizikal Penggunaan alat dan bahan memberikan satu bentuk latihan
berkesan kepada otot tangan (psychomotor) dan koordinasi tangan
serta mata.
49. (c) Aspek Kreativiti Latihan dan projek yang bersifat
terbuka dapat membantu murid untuk mengembangkan aspek kreativiti
mereka. Aktiviti dan projek di dalam pendidikansenivisual
mengutamakan proses, berbanding dengan hasilan akhir. KEPENTINGAN
PENGAJARAN MATA PELAJARAN PENDIDIKAN SENI VISUAL KEPADA
KANAK-KANAK
50. (d) Aspek Persepsi murid boleh mempertingkatkan dan
menajamkan penggunaan pancaindera dan deria melalui proses
penghasilan dan hasilan seni, produk dan objek yang terdapat di
sekeliling mereka. (e) Aspek Sosial dan Emosi Murid boleh
berinteraksi dan meningkatkan keupayaan bersosial selain
meningkatkan keyakinan diri. Mata pelajaran pendidikan seni juga
menganjurkansemangat ekerjasama di dalam aktiviti berkumpulan yang
dibentuk. KEPENTINGAN PENGAJARAN MATA PELAJARAN PENDIDIKAN SENI
VISUAL KEPADA KANAK-KANAK
51. KANAK-KANAK DAN SENI LUKIS (a) Melukis sebagai Medium
Komunikasi Lukisan merupakan bentuk komunikasi awal kanak-kanak
sebelum mereka berupaya untuk bertutur. Ianya dijadikan alat
perhubungan yang berkesan untuk berinteraksi. (b) Melukis sebagai
Cara Mencapai Kepuasan Diri Melukis merupakan aktiviti yang mampu
memberikan kepuasan kepada kanak-kanak. Melalui lukisan,
kanak-kanak dapat meluahkan perasaan dan emosi selain dapat membina
kekuatan otot. Aktiviti sebegini juga dapat membantu menajamkan
daya intuisi kanak-kanak.
52. (c) Melukis untuk Meningkatkan Daya Penguasaan Kendiri
(Self Esteem) Aktiviti melukis dapat memberikan kepuasan kepada
kanak-kanak dalam meluahkan apa yang dilihat lalu dipindahkan
semula dalam bentuk dan rupa imej yang unik mengikut tahap
pemahaman mereka.Melalui aktiviti melukis, kanak-kanak dapat
meningkatkan daya sensitiviti pancaindera. KANAK-KANAK DAN SENI
LUKIS
53. Bab 4 : ESTETIKA DAN KANAK-KANAK Konsep relatif dan konsep
objektif dalam perkembangan estetika dan teori kecantikan
54. 4.1 Definisi estetika Berdasarkan kepada perkataan Greek
iaitu aisthetikos merujuk kepada perkaraperkara yang berkaitan
dengan persepsi deria. Bates (2000), - satu kajian falsafah yang
berkaitan dengan kecantikan. Gazalba (1978) - satu cabang ilmu
normatif yang membawa nilainilai kecantikan dan kebaikan. Lankford
(1992) satu konsep dan kaedah di dalam falsafah seni termasuk
persoalan yang bermatlamat untuk menerangkan dan memahami
pengalaman estetika yang berkaitan dengan perkembangan artistik dan
penghasilan produk.
55. Definisi estetika Abdul Shukor Hashim (1991) yang melihat
setiap pengalaman pembelajaran sebagai pengalaman estetika.Guru
pendidikan seni visual boleh menggunakan kemahiran ini untuk
membantu pelajar memahami hasil karya yang dihasilkan selain
menghurai persoalan mengapa karya seni dihasilkan dan kepentingan
menghargainya.
56. 4.2 Perkembangan estetika dan teori kecantikan Konsep
Relativist- Faktor utama adalah persekitaran individu, nilai,
budaya serta cara hidup seseorang individu pada satu-satu
masa.Pandangan golongan relativist atau individu terhadap
kecantikan adalah subjektif dan abstrak. Penghuraian dan makna
kecantikan tidak terletak pada objek tetapi pada persepsi
seseorang. Konsep Objektivist- sangat bertentangan dengan konsep
relativist. Konsep objektivist percaya bahawa kecantikan
sememangnya telah sedia ada bersama karya seni dan bukan terletak
pada persepsi seseorang. Kecantikan dapat dibahagikan kepada
kriteria tertentu seperti yang terdapat di dalam elemen dan
prinsip-prinsip dalam seni seperti harmoni, rentak, warna,
keseimbangan dan sebagainya.
57. 4.3 Estetika dan kanak-kanak Perasaan kanak-kanak mudah
tertarik dengan perkara baru menjadikan mereka sebagai golongan
yang unik dan luar biasa Lowenfeld (1975) menyatakan perkembangan
estetika kanak-kanak bersesuaian dengan kreativiti dipengaruhi oleh
faktor tumbesaran dan persekitaran yang membentuk ciri-ciri dan
corak pemikiran. Tindak balas estetika bagi kanak-kanak dipengaruhi
oleh faktor umur, pengalaman serta latar belakang dan budaya.
58. 4.4 Tindakbalas estetika tindak balas spontan terhadap
karya. Ianya berlaku melalui hasil karya dan juga melalui
pengamatan terhadap alam. (a) Kualiti Literal atau Imitanionalism
keupayaan pengkarya untuk menghasilkan karya secara realistik
melalui peniruan alam sekeliling Sebagai contoh, pengkarya yang
melukis imej realistic penunggang kuda, kualiti literal pada
lukisan ini adalah imej lelaki yang menunggang kuda tersebut yang
ditonjolkan secara realistik.
59. (b) Kualiti Rekaan atau Formalism kaedah menyusun elemen
dan prinsip seni di dalam sesuatu karya. Sebagai contoh,
bagaimanakah artis atau pengkarya mengutamakan elemen imbangan,
garisan, ritma dan sebagainya. (c) Kualiti Ekspresif atau Kualiti
Emosi menghuraikan makna karya dari aspek meningkatkan dan melihat
tindak balas emosi, mood dan idea penonton yang mengamati
karya.
60. 4.5 Meransang perkembangan dan tindakbalas estetika
kanak-kanak Koster (2001) - kanak-kanak perlu dirangsang dengan
aktiviti yang dirancang rapi dan tersusun supaya tindak balas
semula jadi estetika yang dimiliki oleh kanak- kanak selari dengan
peningkatan umur mereka. Peranan guru (a) Memilih Karya Berkualiti
mempunyai standard dan kualiti yang tertentu dalam jenisnya. (b)
Mempunyai Kepelbagaian Media dan Teknik mempunyai kepelbagai teknik
dan media penghasilannya seperti memilih karya arca, kolaj, lukisan
dan tidak tertumpu hanya kepada catan sahaja.
61. Peranan guru (c) Kepelbagaian Gaya, Budaya dan Artis
memilih karya kontemporari dan moden yang dihasilkan oleh artis
daripada pelbagai etnik dan latar belakang termasuk pengkarya muda
dan artis wanita. (d) Mempamerkan Budaya -mencerminkan warisan dan
kesenian supaya murid mempunyai perspektif yang luas mengenai
budaya dan kepelbagaiannya.
62. 4.6 Kepentingan mempelajari estetika a) Menghidupkan
Suasana Aktif Pembelajaran -menggalakkan interaksi di antara murid
dan guru, menjadikan proses pembelajaran lebih menyeronokkan. (b)
Meningkatkan Kefahaman terhadap Imej dan Bahasa Visual - membantu
murid mempelajari gaya bahasa tampak dan memperkayakan mereka
dengan istilah-istilah baru.
63. 4.6 Kepentingan mempelajari estetika (c) Menyemai Kefahaman
terhadap di antara Satu Sama Lain - murid memahami bahawa karya
yang dihasilkan mempunyai makna berbeza. (d) Meningkatkan Keupayaan
Pemikiran - pelajar perlu membuat perbandingan, perbezaan
menganalisa dan menilai karya. Kesemua ini membantu murid
mengerakkan daya pemikiran mereka.
64. BAB 5 : IMAGINASI KANAK-KANAK
65. Penglibatan kanak-kanak di dalam aktiviti seni visual
berupaya memberikan rangsangan a. Aspek Kognitif Penganjuran
aktiviti seni visual yang tersusun dan terancang dapat melahirkan
kanak-kanak yang mempunyai keupayaan menyelesaikan masalah serta
mampu membuat penilaian dan bijak membuat keputusan. b. Aspek
Fizikal Penggunaan alat dan bahan dalam pengajaran dan pembelajaran
pendidikan seni visual memberikan satu bentuk latihan berkesan
kepada otot tangan (psychomotor) dan koordinasi tangan serta
mata.
66. c. Aspek Kreativiti Latihan dan projek yang bersifat
terbuka dapat membantu murid untuk mengembangkan aspek imaginasi
mereka. Aktiviti dan projek di dalam pendidikan seni visual
mengutamakan proses, berbanding dengan hasilan akhir. Oleh yang
demikian, proses ini menyuburkan budaya pemikiran kritikal di dalam
menyelesaikan sesuatu permasalahan. Selain itu, aktiviti pendidikan
seni visual menggalakkan eksplorasi dan eksperimentasi supaya
kanak-kanak mempunyai pengalaman luas dalam bidang penghasilan
karya. d. Aspek Persepsi Melalui mata pelajaran seni visual, murid
boleh mempertingkatkan dan menajamkanpenggunaan pancaindera dan
deria. Pendidikan seni visual menambahkan pengetahuan mengenai
konsep pembuatan dan kronologi sesuatu produk iaitu proses
penghasilan dan hasilan seni, produk dan objek
67. aktiviti seni visual juga meningkatkan daya imaginatif
kanak-kanak selain berupaya mengimbangi emosi mereka. Ianya
dijadikan sebagai satu proses pembelajaran kepada kanak-kanak
melalui aktiviti imitasi alam sekeliling lalu dipermudahkan menjadi
penghasilan simbol abstrak seterusnya menjadikan ianya satu bentuk
hasil karya yang unik.
68. AKTIVITI PENGKARYAAN Pengkaryaan sebagai Medium Komunikasi
Pengkaryaan sebagai Cara Mencapai Kepuasan Diri Melalui lukisan,
kanak-kanak dapat meluahkan perasaan dan emosi selain dapat membina
kekuatan otot. Aktiviti sebegini juga dapat membantu menajamkan
daya intuisi kanak-kanak. Aktiviti melukis dapat memberikan
kepuasan kepada kanak-kanak. Kesan penghasilan karya lukisan mampu
membentuk personaliti kanak-kanak. Konsep kendiri terbina apabila
kanak-kanak mampu melukis tanpa ragu dan tidak bimbang memikirkan
soal kecantikan karya mereka.
69. Perkembangan artistik kanak-kanak banyak dipengaruhi oleh
persekitaran dan suasana mereka dibesarkan. Dalam konteks ini,
persekitaran memainkan peranan penting kerana persekitaran yang
sihat membantu perkembangan kognitif kanak-kanak dengan cara yang
positif.
70. Bagaimana menjana imaginasi kanak- kanak Soalan-soalan yang
berimaginasi 1. Adakah kamu tahu bagaimanakah rupa seekor buaya?
Bagaimana jika buaya boleh terbang? 2. Gunung yang paling tinggi di
Malaysia ialah gunung Kinabalu. Bolehkan anda bayangkan anda sedang
mendakinya? 3. Bayangkan seekor arnab yang berbelang? 4. Jika anda
boleh tinggal di sangkar burung, Bagaimanakah keadaannya?