Asignment KAE3013 Ekspresi Kreativiti Kanak-Kanak

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Pendidikan Seni Visual

Citation preview

  • 5/28/2018 Asignment KAE3013 Ekspresi Kreativiti Kanak-Kanak

    1/26

    KAE3013: EKSPRESI KREATIVITI KANAK KANAK

    1 | P a g e

    ___________________________________________________________________________

    ___________________________________________________________________________

    PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU

    SEMESTER 32013

    KAE 3013

    EKSPRESI KREATIVITI KANAK-KANAK

    TUGASAN 1: 20 APRIL 2013

    PENSYARAH:

    PROF MADYA A. RAHMAN MOHAMED

    PELAJAR:

    KAMARUL SULAIMAN700106-13-5809

    MATRICS NO:

    PPG/32281/12

    INSTITUSI:

    UNIVERSITI SAINS MALAYSIACAWANGAN KUCHING

    SARAWAK

    PROGRAM PENSISWAZAHAN GURUKEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

  • 5/28/2018 Asignment KAE3013 Ekspresi Kreativiti Kanak-Kanak

    2/26

    KAE3013: EKSPRESI KREATIVITI KANAK KANAK

    2 | P a g e

    ___________________________________________________________________________

    ___________________________________________________________________________

    KandunganMukasurat

    1. Pengenalan 3

    2. Kepentingan Ekspresi 4

    3. Skop Kajian 4

    4. Tahap Perkembangan Artistik Kanak- Kanak

    4.1 Peringkat Scribbling ( 5 -7 tahun ) 5

    5 Karya terbaik

    4.2 Peringkat Manipulative ( 7- 9 Tahun ) 10

    5 Karya terbaik4.3 Peringkat Symbol Making ( 9 12 Tahun ) 15

    10 Karya terbaik

    5. Penutup 25

    Bibliografi 26

    PROGRAM PENSISWAZAHAN GURUKEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

  • 5/28/2018 Asignment KAE3013 Ekspresi Kreativiti Kanak-Kanak

    3/26

    KAE3013: EKSPRESI KREATIVITI KANAK KANAK

    3 | P a g e

    1. Pengenalan

    Seni visual merangkumi aspek pengkaryaan yang dihubungkan dengan disiplin seni

    halus, dan perekaan, yang meliputi bidang-bidang komunikasi visual, reka bentuk teknologi,

    dan reka bentuk persekitaran. Ringkasnya, seni visual merangkumi seni lukis dan seni reka.

    Karya seni visual ialah suatu ekspresi visual akan sesuatu idea ataupun pengalaman yang

    dibentuk menerusi penggunaan sesuatu bahan ataupun medium dengan menggunakan

    teknik-teknik yang tertentu. Pengkarya dan pereka lazimnya memilih bahan yang sesuai

    dengan idea ataupun perasaan yang ingin disampaikannya. Cara-cara penggunaan bahan

    tertentu membolehkan sesuatu objek atau persembahan itu difahami ataupun digunakan

    mereka.

    Berdasarkan konsep ekspresi visual ini, setiap orang melukis atau mencipta imej

    sesuai dengan tanggapan daripada apa yang mereka tahu dan lihat. Ini adalah tertaklukkepada persepsi dan daya tafsir yang berbeza. Dalam erti kata lain sebarang ungkapan

    yang terpancar melalui imej yang diciptakan ialah apa yang dirasai oleh pelukis itu sebagai

    satu ekspresi dalaman yang mempengaruhi ekspresi visualnya. Dengan sebab itulah

    terdapatnya pelbagai rupa dan corak hasil lukisan dan ini merupakan gagasan yang

    diekspresikan oleh seseorang pelukis. (The Expression Theory.http://www.david-

    closs.com/express.html )

    2. Kepentingan Ekspresi Visual

    o Menggambarkan Perasaan

    o Menghasilkan Pengucapan Lisan

    o Menghasilkan/Memaparkan Reaksi

    o Menggambarkan Emosi

    o Menghasilkan Ekspresi Bukan Lisan

    o Menyampaikan Idea

    3. Skop Kajian

    Untuk tugasan ini saya telah memilih 20 buah lukisan yang telah dihasilkan oleh 20

    orang responden yang terdiri daripada murid sekolah yang berada di peringkat umur 5 tahun

    hingga 12 tahun. Kajian ini terlah dijalankan ke atas murid-murid di Sekolah Kebangsaan

    Tabuan Hilir , Kuching. Sebahagian daripada mereka telah diberikan tema kepada lukisan

    mereka dan sebahagian murid lagi bebas meluahkan imaginasi mereka ke dalam kertas

    lukisan yang disediakan. Bahan-bahan seperti krayon, warna pastel, warna air dan pensel

    warna telah disediakan. Responden terdiri daripada 3 peringkat tahap/perkembangan artistik

    yang telah dipilih iaitu Peringkat Scribbling ( 5 7 tahun ), Peringkat Manipulative ( 7 9

  • 5/28/2018 Asignment KAE3013 Ekspresi Kreativiti Kanak-Kanak

    4/26

    KAE3013: EKSPRESI KREATIVITI KANAK KANAK

    4 | P a g e

    tahun ) dan Peringkat Symbol Making( 9 12 tahun ). Melalui karya yang telah dihasilkan

    saya telah mentafsir lukisan mereka dari 3 perspektif iaitu visual expressive concept,

    graphic idea dan material treatment.

    Visual expressive conceptialah luahan perasaan seseorang kanak-kanak terhadap

    sesuatu melalui lukisan berfokus dan bebas. Contohnya dalam sebuah kelas ada 20 orang

    kanak-kanak dan mereka ini mempunyai visual expressive yang berlainan dan hasil

    daripada lukisan berfokus dan bebas dapat menentukan perasaan kanak-kanak melalui

    lukisan tersebut. Kalau lukisannya cantik kemas dan ceria maknanya dia gembira dan

    seronok. Kalau lukisannya comot dan tidak siap mungkin dia bosan atau ada masalah.

    Penggunaan warna juga melambangkan expressive conceptkanak -kanak tersebut dengan

    penggunaan warna yang terang dan ceria, terang dan garang, lembut dan tenang dan

    sebagainya.

    Graphic Idea merujuk kepada kebolehan seseorang kanak-kanak dalam menyusun

    atur cara imaginasinya yang unik dan kreatif dalam meluahkan perasaan atau ideanya

    dalam bentuk lukisan. Ideanya ialah seperti susun atur objek , bentuk dan saiz objek serta

    warna yang sesuai mengikut imaginasinya.

    Material Treatmentpula merujuk kepada bahan-bahan yang boleh digunakan untuk

    memperbaiki, menambah daya tarikan dan keunikan sesebuah hasil seni. Contoh bahan

    yang boleh digunakan ialah seperti lilin, minyak masak, kulit buah naga, air limau kasturi,

    kunyit dan banyak lagi bahan semula jadi untuk menghasilkan keunikan sesebuah seni.Keunikan dan kreativiti juga boleh dihasilkan daripada keberanian dan kaedah cubajaya

    yang digunakan oleh murid tersebut.

    Berdasarkan pemahaman, saya telah cuba mentafsir lukisan yang telah dihasilkan

    oleh responden yang terdiri daripada murid-murid mengikut peringkat umur 5 hingga 12

    tahun berdasarkan peringkat atau tahap perkembangan artistik kanak-kanak.

  • 5/28/2018 Asignment KAE3013 Ekspresi Kreativiti Kanak-Kanak

    5/26

    KAE3013: EKSPRESI KREATIVITI KANAK KANAK

    5 | P a g e

    4. Analisa Lukisan Mengikut Tahap/ Perkembangan Artistik Kanak- Kanak

    4.1 Pering kat Scrib bling ( 5 7 tahun )

    Pada peringkat ini kanak-kanak menghasilkan contengan secara rawak dan tidak terkawal.

    Mereka mula melukis dari peringkat contengan kepada lukisan garisan lurus dan melintang

    kepada melukis bulatan. Berikut adalah hasil lukisan murid peringkat ini:

    Lukisan 1

    Nama Responden : Azri Aiman

    Umur : 7 Tahun

    Visual/ Ekspressiv e Concept

    Gambaran yang ditunjukkan oleh lukisan ini ialah jalinan bentuk dan nombor.

    Beberapa bentuk seperti bentuk segi tiga, segiempat dan bulat digabungkan menjadi suatu

    bentuk baru seperti bangunan. Gambaran yang kedua dalam lukisan tersebut adalah

    kombinasi beberapa nombor yang ditulis melintang. Lukisan yang dihasilkan dengan kemas

    dan meletakkan renjisan warna air sebagai latar belakang lukisan. Kombinasi warna yang

    digunakan menghasilkan warna seakan-akan warna hitam untuk melukis objek tersebut.

    Warna latar belakang agak lembut dan tenang dengan menggunakan teknik renjisan.Graphi c Idea

    Susunan objek di dalam lukisan agak kemas dan terancang. Penggunaan ruang

    kertas lukisan juga seimbang dengan objek diletakkan di ruangan tengah kertas lukisan.

    Saiz objek juga seimbang antara satu sama lain. Murid ini kreatif dalam mewujudkan suatu

    bentuk baru daripada gabungan beberapa bentuk yang dihasilkan dan mempunyai kaitan

    antara bentuk baru yang dihasilkan dengan nombor yang dilukiskan.

  • 5/28/2018 Asignment KAE3013 Ekspresi Kreativiti Kanak-Kanak

    6/26

    KAE3013: EKSPRESI KREATIVITI KANAK KANAK

    6 | P a g e

    Material Treatment

    Lukisan ini diolah dan dihasilkan di atas kertas lukisan dengan menggunakan warna

    air. Kombinasi warna yang agak rambang digunakan untuk menghasilkan warna baru tidak

    menjadi menyebabkan warna seakan-akan hitam dihasilkan. Penggunaan teknik

    renjisan/percikan sebagai warna latar belakang dilihat seperti tarancang. Ini disebabkan

    guru memainkan peranan mengawal penggunaan warna dalam membuat renjisan atau

    percikan

    Lukisan 2

    Nama Respnden : Afiq

    Umur : 5 tahun

    Visual/Ekspressive Con cept

    Lukisan ini menunjukkan pemandangan sebuah rumah dan penghuninya. Meskipun

    lakaran rumah tersebut agak tidak sempurna tetapi idea yang dinyatakan boleh difahami

    dengan jelas. Imej penghuni rumah juga digambarkan dalam lukisan tersebut meskipun

    orang yang digambarkan dengan garisan untuk badan dan bentuk bulat untuk kepala.Lukisan yang dihasilkan agak comot dan tidak siap yang mungkin menunjukkan murid ini

    kurang minat melukis tajuk yang guru berikan. Murid ini cenderung menggunakan warna

    yang terang dan ceria.

    Graphi c Idea

    Susunan objek dalam lukisan yang dihasilkan tidak seimbang. Objek dalam lukisan

    kebanyakan terletak disebelah kiri. Ruang sebelah kanan kosong dan tiada objek yang

    dilukiskan. Benntuk rumah yang dilukiskan tidak lengkap. Rumah yang digambarkan tiada

    beratap dan tiang. Saiz pintu dan tingkap juga tidak seimbang dengan saiz rumah yang

    dilukiskan.

  • 5/28/2018 Asignment KAE3013 Ekspresi Kreativiti Kanak-Kanak

    7/26

    KAE3013: EKSPRESI KREATIVITI KANAK KANAK

    7 | P a g e

    Material Treatment

    Bahan yang digunakan untuk lukisan ini adalah kertas dan pensel warna.Cara

    mewarna tidak kemas dan jalinan warna tidak teratur. Tiada kombinasi warna yang

    menghasilkan warna baru digunakan. Muird ini hanya menggunakan warna asal yang

    terdapat dalam pensel warna yang disediakan.

    Lukisan 3

    Nama Responden : Erra Fatiha

    Umur : 5 Tahun

    Visual/Ekspressive Con cept

    Murid ini menggambarkan tentang pemandangan sebuah rumah , kereta dan

    seorang budak perempuan. Persekitaran murid ini mempengaruhinya untuk

    menggambarkan dirinya tinggal di sebuah rumah dan keluarganya memiliki sebuah kereta.

    Unsur alam sekitar juga dapat dilihat daripada lukisan tersebut di mana terdapat pokok

    bunga, pokok, awan, burung dan matahari yang mungkin ada di kawasan rumahnya. Selain

    itu, pelukis juga menggambarkan anak panah yang dilukis berhampiran kereta menunjukkanjalan raya. Murid ini menggunakan warna-warna yang terang dan ceria.

    Graphi c Idea

    Susun atur objek di dalam lukisan tersebut agak terancang dan kemas. Namun saiz

    yang digunakan menggambarkan setiap objek tidak seimbang contohnya budak perempuan

    dilukis sama besar dengan saiz rumah dan kereta. Bentuk rumah yang dihasilkan adalah

    lengkap namun bentuk kereta yang dihasilkan lebih kepada bentuk segiempat tepat dan

    bentuk bulat yang menunjukkan tayar. Lakaran budak perempuan juga seakan-akan

    sempurna cuma bahagian tangan dan kaki yang dilukis menggunakan garian lurus sahaja.

  • 5/28/2018 Asignment KAE3013 Ekspresi Kreativiti Kanak-Kanak

    8/26

    KAE3013: EKSPRESI KREATIVITI KANAK KANAK

    8 | P a g e

    Objek yang di masukkan ke dalam lukisan bagi memperlihatkan hubungkait di antara satu

    dengan yang lainnya. Ia sekaligus menjadikan lukisan lebih harmoni.

    Material Treatment

    Lukisan yang dihasilkan menggunakan pensel warna. Murid ini menggunakan warna

    pelbagai.Warna yang biasa digunakan adalah berlainan untuk memberi perbezaan kepada

    bentuk-bentuk yang dilukis mengikut warna-warna tertentu atau warna yang telah dipilih

    seperti yang mereka minati setiap yang dihasilkan membawa makna yang tersendiri bagi

    dirinya, apa yang dibuat, diwarnakan boleh difahami Misalnya warna hijau bagi atap, jingga

    untuk bahagian tepi rumah, dan unggu untuk pintu.

    Lukisan 4

    Nama Responden : Aizat

    Umur : 5 Tahun

    Visual/Ekspressive Con cept

    Tema lukisan ini ialah bunga. Bunga-bunga yang dihasilkan terdiri daripada pelbagai

    jenis bunga dengan warna yang berbeza. Lukisan ini menunjukkan bahawa pelukisnya

    sedang menggambarkan susunan bunga yang terdiri daipada pelbagai jenis dan rupa yang

    diwakili oleh warna-warna yang berbeza. Garisan lengkung yang besar disekeliling lukisan

    pula digambar sebagai bunga yang terdapat di dalam taman. Lukisan ini kelihatan agak

    tidak kemas dan kesan warna yang comot. Ini menunujukkan murid ini kurang berminat

    melukis ataupun bosan dengan tajuk yang diberikan.

    Graphi c Idea

    Objek diletakkan di bahagian atas kertas lukisan. Susunan objek tidak kemas tetapi

    objek masih dalam satu barisan. Objek juga di masukkan ke dalam lukisan bagi

  • 5/28/2018 Asignment KAE3013 Ekspresi Kreativiti Kanak-Kanak

    9/26

    KAE3013: EKSPRESI KREATIVITI KANAK KANAK

    9 | P a g e

    memperlihatkan hubungkait di antara satu dengan yang lainnya. Saiz objek juga tidak

    seimbang. Bentuk bunga yang dihasilkan daripada bentuk bulat dan bujur. Bunga yang

    dihasilkan seakan-akan sama rupa namun dibezakan oleh warna-warna yang digunakan.

    Material Treatment

    Murid lebih mudah menggunakan pensel warna untuk lukisan mereka. Jenis buga

    dibezakan oleh warna-warna yang diletakakan pada bunga. Murid ini belum menguasai

    kemahiran menggunakan warna dengan baik. Mereka cenderung menggunakan warna yang

    disukai untuk mewarna objek yang dilukis. Tiada warna latar belakang yang digunakan

    untuk menyerikan lagi lukisan ini

    Lukisan 5

    Nama Responden : Sharmila

    Umur : 6 Tahun

    Visual/Ekspressive Con cept

    Tema lukisan ini adalah pemandangan sebuah rumah yang dikelilingi pokok.

    Terdapat unsur-unsur alam sekitar yang ditunjukkan dalam lukisan ini iaitu gunung-ganang,

    burung, matahari dan pokok. Gambaran ini menunjukkan terdapat unsur-unsur semula jadi

    ini di kawasan tempat tinggal murid ini. Mesej yang disampaikan melalui lukisan ini jelas

    namun cara mewarna objek dalam lukisan ini agak comot. Murid ini cenderung

    menggunakan warna-warna semulajadi atau natural dalam memberikan warna kepada objek

    yang dilukisnya seperti warna hitam, coklat dan hijau.

    Graphi c Idea

    Susunan objek di dalam lukisan ini agak teratur. Ruang pada kertas lukisan

    digunakan sepenuhnya. Objek diletakkan di bahagian atas merupakan gunung-

    ganang,burung dan matahari yang merupakan objek yang saling berkaitan antara satu

  • 5/28/2018 Asignment KAE3013 Ekspresi Kreativiti Kanak-Kanak

    10/26

    KAE3013: EKSPRESI KREATIVITI KANAK KANAK

    10 | P a g e

    sama lain. Saiz objek yang dilukisakan agak seimbang kecuali saiz tangga yang terlalu kecil

    daripada objek lain.

    Material Treatment

    Lakaran pada lukisan diwarnakan dengan warna pensel. Murid ini menggunakan

    pelbagai warna untuk mewarna sesuatu objek. Ini disebabkan untuk membezakan antara

    satu objek dengan objek yang lain, misalnya warna rumah, setiap bahagian diwarnakan

    dengan warna yang berlainan. Bagi warna awan pelukis menggunakan kobinasi warna biru

    muda dan biru tua seolah-oleh ingin menunjukkan ton warna pada awan yang terlindung

    daripada cahaya matahari.

    4.2 Pering kat Manipu lative ( 7 9 tahun )

    Lukisan yang dihasilkan juga selalunya tidak terkawal dan banyak terdapat di

    dinding, di atas meja dan kertas lukisan dengan menggunakan pelbagai jenis bahan dan

    medium seperti krayon, pensil serta bahan-bahan lain. Lukisan yang dihasilkan tidak bersifat

    realistik dan banyak menggunakan lukisan garisan bagi menggambarkan sesuatu

    imej.Terdapat empat peringkat contengan pada peringkat manipulatif iaitu contengan

    garisan tidak terkawal, contengan garisan terkawal, contengan rupa terkawal dan contengan

    rupa. Berikut adalah hasil lukisan yang telah diperoleh untuk tugasan ini:

    Lukisan 1Nama Responden : Mohd Ariff

    Umur : 7 Tahun

  • 5/28/2018 Asignment KAE3013 Ekspresi Kreativiti Kanak-Kanak

    11/26

    KAE3013: EKSPRESI KREATIVITI KANAK KANAK

    11 | P a g e

    Visual/Ekspressive Con cept

    Lukisan ini menggambarkan pemandangan di sebuah kampung yang terletak di tepi

    sungai. Elemen kampung dapat dilihat daripada kedudukan dua buah rumah yang terletak di

    tepi sungai dan terdapat sebuah sampan yang di tambat di tepi sungai. Unsur alam

    semulajadi seperti pokok, burung dan warna hijau merupakan unsur yang saling berkaitan.

    Lukisan ini kemas dan menggunakan warna yang terang dan ceria.

    Graphi c Idea

    Susun atur objek yang dihasilkan seimbang. Pelukis menggunakan ruang pada

    kertas lukisan sepenuhnya. Objek di susun pada dua bahagian iaitu bahagian atas dan juga

    bawah yang mewakili sungai. Objek seperti sampan yang di masukkan ke dalam lukisan

    bagi memperlihatkan hubungkait dengan sungai. Ia sekaligus menjadikan lukisan lebih

    harmoni. Setiap objek yang dihasilkan menepati bentuk sebenar objek tersebut.

    Material Treatment

    Penggunaan pensel warna dengan kombinasi warna yang terang dan ceria

    menyebabkan lukisan ini cantik dan kemas. Terdapat penggunaan ton warna pada satu-satu

    tempat dengan kombinasi warna. Misalnya untuk mewarna awan murid ini menggunakan

    kombinasi warna biru muda dan biru tua. Keadaan yang sama pada warna pokok, tanah, air

    sungai dan rumput. Murid ini menunjukkan kreativiti dalam menghasilkan warna yang

    harmoni dalam lukisannya.

    Lukisan 2

    Nama Responden : Fatin Nazirah

    Umur : 9 Tahun

  • 5/28/2018 Asignment KAE3013 Ekspresi Kreativiti Kanak-Kanak

    12/26

    KAE3013: EKSPRESI KREATIVITI KANAK KANAK

    12 | P a g e

    Visual/Ekspressive Con cept

    Lukisan ini menggambarkan imaginasi pelukis pada sebuah rumah yang terletak di

    kawasan air terjun. Gambaran alam semulajadi seperti gunung-ganang dan barisan pokok

    yang tinggi dan besar menunjukkan kawasan tersebut di dalam hutan. Namun yang

    demikian kawasan kediaman tersebut dinamakan Taman Putri Fatin. Elemen air terjun dan

    gunung-ganang yang dijadikan latar belakang menunjukkan tempat tersebut adalah di

    sebuah kampung yang terletak di luar bandar. Lukisan kemas dengan kombinasi warna

    yang harmoni. Murid ini cenderung menggunakan warna yang natural sesuai dengan

    gambaran lokasi yang digambarkan.

    Graphi c Idea

    Susun atur objek di dalam lukisan tersebut tratur dan terancang. Saiz objek menepati

    seimbang dan bentuk menepati objek sebenar. Murid inin menggunakan ruang yang

    terdapat pada kertas lukisan sebaiknya. Kewujudan objek seperti air terjun, pokok dan

    gunung-ganang merupakan sumber alam yang saling berkaitan yang menunjukkan

    kedudukan lokasi yang digambarkan.

    Material Treatment

    Murid ini menggunakan pensel warna dalam mengolah warna pada lukisannya.

    Warna-warna natural seperti coklat, hijau dan biru amat bersesuaian dengan unsur

    semulajadi yang ingin ditonjolkan. Terdapat kombinasi warna yang seakan-akan

    menunjukkan ton warna pada tempat-tempat tertentu. Namun tiada jalinan warna digunakanuntuk menunjukkan secara jelas kewujudan air terjun di kawasan tersebut.

    Lukisan 3

    Nama Responden : Faris

    Umur : 8 Tahun

  • 5/28/2018 Asignment KAE3013 Ekspresi Kreativiti Kanak-Kanak

    13/26

    KAE3013: EKSPRESI KREATIVITI KANAK KANAK

    13 | P a g e

    Visual/Ekspressive Con cept

    Lukisan ini menggambarkan pemandangan sebuah rumah dan sebuah kereta di

    tempat letak kereta di tepi rumah tersebut. Muird ini berimaginasi tentang rekabentuk rumah

    yang diidamkan yang dilengkapi dengan sebuah kereta. Unsur alam semula jadi yang turut

    dimasukkan dalam lukisan seperti kehadiran matahari, pokok, awan dan burung. Pelukis

    menggunakan warna yang terang dan ceria. Setiap bahagian rumah ditunjukkan oleh warna

    yang berbeza. Lukisan ini kelihat seperti tidak siap diwarnai.

    Graphi c Idea

    Susunan objek di dalam lukisan ini seimbang dan pelukis menggunakan ruang kertas

    lukisan sepenuhnya. Bentuk objek yang dihasilkan sama seperti objek sebenar. Murid ini

    kreatif dalam menghasilkan rekabentuk rumah yang agak berbeza daripada murid lain yang

    kebanyakannya menunjukkan bentuk rumah tradisional. Bentuk kereta yang dihasilkan

    kelihatan kurang jelas tetapi masih boleh difahami.

    Material Treatment

    Murid ini menggunakan pensel warna untuk menghasilkan warna pada objek yang

    dilukis. Penggunaan warna yang sekata menyebabkan ton warna tidak kelihatan.

    Berdasarkan calitan warna yang agak tidak kemas memperlihatkan murid ini kurang

    menguasai kemahiran mewarna.

    Lukisan 4Nama Responden : Zetty Syazlin

    Umur : 9 Tahun

  • 5/28/2018 Asignment KAE3013 Ekspresi Kreativiti Kanak-Kanak

    14/26

    KAE3013: EKSPRESI KREATIVITI KANAK KANAK

    14 | P a g e

    Visual/Ekspressive Con cept

    Lukisan ini menunjukkan imaginasi tentang sebuah rumah yang terletak berhampiran

    dengan kawasan sawah padi. Oleh yang demikian, kedudukan lokasi rumah tersebut adalah

    di sebuah kampung. Ini diperkukuhkan lagi dengan latarbelakang bukit dan pokok kelapa

    yang terletak berhampiran dengan rumah tersebut. Kawasan sawah padi terletak agak jauh

    dari kawasan rumah berdasarkan kedudukan dan saiznya.

    Graphi c Idea

    Susunan objek teratur dan terancang. Bahagian atas lukisan difokuskan kepada

    bukit, awan dan mata hari manakala di bahagian bawah pula terdapat rumah pokok kelapa

    dan sawah padi, Ini membawa maksud kawasan rumahdan sawah padi tersebut terletak di

    kawasan kaki bukit. Murid ini membezakan jarak objek yang dilukiskan berdasarkan kepada

    saiz objek. Apabila diperhatikan kawasan sawah padi kelihatan mengecil menunjukkan

    kawasan tersebut jauh dari kawasan rumah.

    Material Treatment

    Pensel warna merupakan sumber asas warna yang digemari oleh murid-murid di

    peringkat ini. Murid ini hanya menggunakan warna asas namun terdapat kombinasi warna

    untuk menunjukkan ton warna pada objek. Namun murid ini masih tidak meletakkan warna

    pada latar belakang lukisannya.

    Lukisan 5

    Nama Responden : Nurul SyahieraUmur : 8 Tahun

  • 5/28/2018 Asignment KAE3013 Ekspresi Kreativiti Kanak-Kanak

    15/26

    KAE3013: EKSPRESI KREATIVITI KANAK KANAK

    15 | P a g e

    Visual/Ekspressive Con cept

    Gambaran yang ditunjukkan dalam lukisan ini ialah sebuah rumah dan sebatang

    pokok di halamannya. Unsur semula jadi juga diterapkan dalam lukisan ini dengan adanya

    kawasan bukit, matahari, burung dan kehadiran awan. Namun imaginasi agak tidak logik

    apabila pelukis meletakkan kedudukan awan di bawah bukit.

    Graphi c Idea

    Susunan objek seimbang dan terancang kecuali susunan awan yang tidak logik yang

    berada di bawah kawasan bukit. Bentuk objek menepati bentuk sebenar objek. Kombinasi

    warna menepati objek sebenar misalnya kawasan bukit menggunakan warna hijau dan

    awan berwarna biru. Saiz pintu dan tingkap yang ditunjukkan tidak seimbang dengan saiz

    rumah.

    Material Treatment

    Pensel warna merupakan bahan asas untuk mewarna lukisan ini. Warna-warna

    yang berbeza digunakan untuk membezakan bahagian rumah. Namun objek-objek semula

    jadi diwarnai mengikut warna objek sebenar.

    4.3 Peringkat Symbo l Making ( 9 Tahun hingg a 12 tahun )

    Pada peringkat ini kanak-kanak terus melukis dengan mengekalkan konsep dan

    skema tertentu. imej yang dilukis secara realistik dan teliti. Imej lukisan mula mengecil dari

    segi saiz dan kanak-kanak mula menunjukkan sifat kritikal dengan hasil karya sendiri.

    Mereka mula membandingkan karya dengan karya rakan sebaya dan ini menjadikan merekaberhati-hati dan sedikit individualistik serta menitikberatkan kualiti karya yang dihasilkan.

    Lukisan 1

    Nama Responden : Mohd Maliyana Bin Fauzan

    Umur : 11 Tahun

  • 5/28/2018 Asignment KAE3013 Ekspresi Kreativiti Kanak-Kanak

    16/26

    KAE3013: EKSPRESI KREATIVITI KANAK KANAK

    16 | P a g e

    Visual/Ekspressive Con cept

    Gambaran yang ditunnjukkan oleh pelukis dalam lukisannya ialah pemandangan di

    tepi laut yang terdapat sebuah pondok, sebatang pokok kelapa dan sebuah perahu yang

    berpenghuni berada dipinggir laut. Murid ini juga menunjukkan semangat patriotisme di

    mana dilukisakan bendera Malaysia pada perahu yang berada di laut. Garisan-garisan

    berwarna biru melambangkan air yang sedang bergelombang kecil apabila ditiup bayu.

    Lukisan yang dihasilkan agak kemas dan mesej yang ingin disampaikan agak jelas dan

    mudah difahami.

    Graphi c Idea

    Lukisan dibahagikan kepada 2 bahagian iaitu bahagian daratan yang berupa pantai

    dan lautan. Susunan objek yang dilukis agak terancang. Bentuk objek yang digambarkan

    agak jelas meskipun terdapat bentuk yang tidak sempurna seperti daun pokok kelapa yang

    terlalu pendek. Bentuk gunung juga lebih kepada bentuk segitiga. Kombinasi warna yang

    sepadan dengan alam semulajadi digunakan seperti warna biru untuk laut.

    Material Treatment

    Penggunaan pensel warna untuk menghasilkan warna pada lukisan. Penggunaan

    warna yang bersesuaian dengan warna alam sekitar seperti warna coklat untuk batang

    pokok kelapa dan biru untuk warna laut. Penggunaan garisan tebal untuk menghasilkan

    warna yang lebih cerah di bahagian tepi objek menunjukkan sempadan sesuatu objek.

    Lukisan 2

    Nama Responden : Nur Atyra

    Umur : 11 Tahun

  • 5/28/2018 Asignment KAE3013 Ekspresi Kreativiti Kanak-Kanak

    17/26

    KAE3013: EKSPRESI KREATIVITI KANAK KANAK

    17 | P a g e

    Visual/Ekspressive Con cept

    Murid ini menggambarkan pemandangan di sebuah kampung yang terletak di kaki

    bukit. Di tengah-tengah kampung terdapat sebuah sungai. Kawasan penempatan tersebut

    digambarkan berhampiran dengan kawasan sawah padi. Ramai orang yang sedang lalu

    lalang di kawasan sungai. Lukisan ini kelihatan kemas dan menggunakan warna yang

    lembut dan tenang sesuai dengan situasi tenang di kawasan desa.

    Graphi c Idea

    Bentuk objek seperti rumah, pokok, sungai dan bukit seakan-akan menepati rupa

    sebenar objek. Namun bentuk manusia dan sawah padi tidak menepati objek yang

    sebenarnya tetapi simbol yang digunakan masih boleh difahami. Bentuk bukit yang

    digambarkan seperti bentuk segitiga dan matahari diberikan sifat manusia mempunyai mata

    dan mulut. Susun atur objek juga terancang dan kemas

    Material Treatment

    Murid ini menggunakan pensel warna sebagai warna asas kepada lukisannya.

    Penggunaan warna yang bersesuaian dengan alam seperti hijau digunakan untuk sawah

    padi dan biru untuk air sungai menjadikan lukisan ini nampak harmoni.Kecenderungan murid

    ini menggunakan warna yang berbeza untuk memperlihatkan bahagian yang berlainan

    hanya dilihat pada warna bukit.

    Lukisan 3Nama Responden : Natasha binti Umar

    Umur : 12 tahun

  • 5/28/2018 Asignment KAE3013 Ekspresi Kreativiti Kanak-Kanak

    18/26

    KAE3013: EKSPRESI KREATIVITI KANAK KANAK

    18 | P a g e

    Visual/Ekspressive Con cept

    Lukisan ini mengenai pemandangan di tepi pantai . Matahari yang diwarnakan

    dengan warna jingga seolah-olah menunjukkan bahawa waktu tersebut adalah waktu senja.

    Digambarkan juga sebuah pulau yang berhampiran dengan pantai tersebut. Lukisan ini

    kemas dengan kombinasi warna semula jadi menjadikan lukisan ini lebih harmoni.

    Graphi c Idea

    Susun atur objek di dalam lukisan ini teratur. Bentuk objek yang digambarkan

    menepati bentuk sebenar objek. Saiz sampan yang mengecil menunjukkan bahawa sampan

    tersebut berada di dalam jarak yang jauh daripada pokok.

    Material Treatment

    Bahan utama di dalam lukisan ini ialah pensel warna. Tiada penggunaan ton warna

    digunakan dalam lukisan ini. Penggunaan warna yang terang menunjukkan bahawa

    keadaan yang digambar adalah waktu matahari hampir terbenam iaitu menghampiri senja

    Lukisan 4

    Nama Responden : Nur Marzatul Aisyah binti Saruji

    Umur : 10 Tahun

    Visual/Ekspressive Con cept

    Lukisan ini menggambar tentang pemandangan ditepi pantai yang bersih dan

    tenang. Unsur-unsur semulajadi yang biasa berada di tepi pantai seperti pokok kelapa, batu,

    burung-burung berterbangan dan bukit mewarnai pemandangan tersebut. Lukisan ini kemas

    dan menggunakan warna yang harmoni bersesuaian dengan tema tentang alam semulajadi.

  • 5/28/2018 Asignment KAE3013 Ekspresi Kreativiti Kanak-Kanak

    19/26

    KAE3013: EKSPRESI KREATIVITI KANAK KANAK

    19 | P a g e

    Graphi c Idea

    Bentuk objek yang ditunjukkan menepati objek sebenar. Susunan objek juga

    terancang sehinggakan bukit tersebut disusun mengikut saiz yang dikehendaki pelukis iaitu

    saiz besar ke saiz yang lebih kecil. Saiz pokok kelapa yang lebih besar daripada saiz objek

    lain menunjukkan keduduka kawasan yang digambarkan jauh jaraknya daripada pokok

    kelapa tersebut.

    Material Treatment

    Penggunaan pensel warna telah berjaya mewujudkan warna yang harmoni dalam

    lukisan ini. Murid ini cuba untuk menggunakan kombinasi beberapa warna untuk

    mewujudkan warna bukit yang sebenar dari jarak yang jauh. Pelukis juga cenderung

    menggunakan warna yang lebih terang di bahagian tepi objek dan garisan tebal yang

    bergelombang untuk menunjukkan pergerakan air laut.

    Lukisan 5

    Nama Responden : Arsyad

    Umur : 9 Tahun

    Visual/Ekspressive Con cept

    Lukisan ini menggambarkan sebuah rumah yang dilengkapi dengan pagar

    sekelilingnya. Rumah tersebut seakan-akan rekabentuk sebuah rumah tradisional atau

    istana raja zaman dahulu. Rumah tersebut dikelilingi oleh pagar konkrit yang dijaga oleh

    seseorang. Lukisan rumah ini dihasilkan menggunakan warna yang terang dan ceria. Unsur

    rekabentuk tradisonal pada rumah tersebut menunjukkan murid ini berminat pada

    rekabentuk rumah tradisional yang pernah dilihatnya.

  • 5/28/2018 Asignment KAE3013 Ekspresi Kreativiti Kanak-Kanak

    20/26

    KAE3013: EKSPRESI KREATIVITI KANAK KANAK

    20 | P a g e

    Graphi c Idea

    Murid ini menggunakan kreativitinya untuk menhasilkan sebuah rumah berbentuk

    tradisional. Bentuk ini meskipun tidak 100 peratus menepati bentuk asal rumah tradisional

    tetapi bentuk rumah yang dihasikan berbeza daripada bentuk yang dihasilkan oleh pelajar-

    pelajar yang lain. Murid ini menggunakan ruang yang ada sepenuhnya untuk meletakan

    objek yang dikehendaki dalam lukisannya.

    Material Treatment

    Pensel warna digunakan oleh murid ini dalam menghasilkan warna-warna yang

    dikehendaki dalam lukisannya. Warna-warna yang berbeza digunakan untuk membezakan

    bahagian terdapat pada rumah dan pagar rumah tersebut.

    Lukisan 6

    Nama Responden : Afizan

    Umur : 12 Tahun

    Visual/Ekspressive Con cept

    Lukisan tersebut menunjukkan pemandangan di tepi pantai. Terdapat beberapa

    unsur yang sinonim dengan pantai seperti perahu, pokok kelapa pondok dan batu juga

    ditonjolkan dalam lukisan tersbut. Penggunaan warna lembut dan harmoni amat

    bersesuaian dengan alam semulajadi yang ingin ditunjukkan.

    Graphi c Idea

    Susun atur objek yang terdapat dalam lukisan teratur dan terancang. Namun

    kedudukan pokok kelapa yang seperti tumbuh di atas air laut nampak seperti tidak logik.

  • 5/28/2018 Asignment KAE3013 Ekspresi Kreativiti Kanak-Kanak

    21/26

    KAE3013: EKSPRESI KREATIVITI KANAK KANAK

    21 | P a g e

    Bentuk objek yang dihasilkan menepati bentuk asal objek. Garapan warna seperti biru,

    coklat dan hijau amat bersesuaian dengan tema alam semulajadi.

    Material Treatment

    Warna yang harmoni dan lembut digunakan oleh murid untuk memperlihatkan

    keharmonian dan ketenangan kawasan tepi pantai. Meskipun hanya menggunakan pensel

    warna murid ini cuba menggunakan kombinasi warna coklat dan kuning untuk

    menggambarkan kawasan berpasir di tepi pantai. Garisan-garisan yang ditebalkan dengan

    warna yang lebih gelap berjaya menunjukkan pergerakan air laut

    Lukisan 7

    Nama Responden : Faliezatul

    Umur : 11 tahun

    Visual/Ekspressive Con cept

    Gambaran yang ditunjukkan dalam lukisan ini ialah sebuah rumah yang terletak di

    tepi pantai.Terdapat dua buah sampan yang kelihatan di pinggir pantai yang mungkin

    menunjukkan penghuni rumah tersebut seorang nelayan. Unsur semulajadi seperti pokok

    kelapa, batu dan burung merupakan objek yang begitu sinonim dengan kawasan pantai.

    Lukisan ini kemas dan mempunyai kombinasi warna yang harmoni.

    Graphi c Idea

    Bentuk objek yang dihasilkan di dalam lukisan tersebut seakan-akan menepati objek

    sebenar. Bentuk rumah jelas tetapi terdapat bahagian rumah tidak lengkap kerana hanya

    ada pintu sahaja manakala tingkap tiada. Berbeza dengan bentuk bukit yang diadaptasi

  • 5/28/2018 Asignment KAE3013 Ekspresi Kreativiti Kanak-Kanak

    22/26

    KAE3013: EKSPRESI KREATIVITI KANAK KANAK

    22 | P a g e

    daripada bentuk segitiga. Lukisan ini dibahagian kepada dua bahagian iaitu bahagian

    daratan dan bahagian laut yang diletakkan objek sampan di atasnya.

    Material Treatment

    Warna yang dihasilkan menggunakan pensel warna menepati tema alam semulajadi

    kerana pelukis menggunakan warna yang natural. Kekemasan warna menunjukkan murid ini

    telah menguasai kemahiran mewarna di peringkat asas

    Lukisan 8

    Nama Responden : Izanie

    Umur : 10 Tahun

    Visual/Ekspressive Con cept

    Lukisan ini menggambarkan aktiviti berkelah di tepi pantai. Beberapa kumpulan

    manusia sedang melakukan pelbagai aktiviti yang berkaitan dengan laut dan pantai. Akiviti

    yang ditunjukkan dalam lukisan tersebut ialah berenang, bermain badminton, membina

    istana pasir, menaiki perahu layar dan menaiki bot untuk bersiar-siar di kawasan laut.

    Lukisan menggunakan warna yang lembut yang menunjukkan keharmonian di kawasan tepipantai.

    Graphi c Idea

    Ruang dalam lukisan ini memberatkan kawasan laut untuk menunjukkan aktiviti yang

    dilakukan di kawasan laut seperti menaiki perahu layar, berenang, aktiviti perkapalan dan

    sebagainya. Objek yang dilukis menepati objek asal seperti manusia/orang yang dilukis

    menepati sifat-sifat yang ada pada manusia. Pelukis berjaya menghasilkan satu situasi yang

    seakan-akan realiti yang pernah dilihatnya. Banyak objek yang dimasukkan ke dalam

    lukisan memperlihatkan kepelbagaian dan hubungkait di antara satu sama lain.

  • 5/28/2018 Asignment KAE3013 Ekspresi Kreativiti Kanak-Kanak

    23/26

    KAE3013: EKSPRESI KREATIVITI KANAK KANAK

    23 | P a g e

    Material Treatment

    Garapan warna semulajadi seperti biru dan hijau untuk kawasan gunung dan air laut

    menjadikan lukisan lebih harmoni. Murid ini menggunakan pensel warna dengan warna yang

    sekata menampakkan kekemasan lukisannya.

    Lukisan 9

    Nama Responden : Ameerah Zafirah Binti Zahari

    Umur : 12 Tahun

    Visual/Ekspressive Con cept

    Lukisan ini menggambarkan sebuah rumah yang terletak berhampiran dengan

    sungai. Sungai tersebut terletak di kaki bukit yang dipagari oleh pokok kelapa di bahagian

    tepinya. Terdapat sebuah kolam cetek di bahagian tepi rumah tersebut yang digunakan

    untuk memelihara itik. Lukisan ini diilhamkan dengan kombinasi warna yang lembut dan

    harmoni yang menunjukkan murid ini seorang yang cermat dan berhati-hati dalam

    menghasilkan lukisannya.Graphi c Idea

    Susunan objek terancang dan teratur. Pemberatan lukisan ini adalah pada objek

    semulajadi seperti gunung-ganang, kawasan lapang dan sungai. Objek seperti rumah,

    pokok kelapa, dan kolam lebih kecil saiznya. Sesuai dengan keadaan tempat yang

    digambarkan bentuk rumah tradisi. Suatu kawasan yang digambarkan seperti kolam

    merupakan tempat memelihara beberapa ekor itik.

    Material Treatment

    Murid ini menggabungkan penggunaan warna air dan pensel warna untuk

    menghasilkan warna pada objek lukisannya. Murid ini berjaya menghasilkan gambaran

  • 5/28/2018 Asignment KAE3013 Ekspresi Kreativiti Kanak-Kanak

    24/26

    KAE3013: EKSPRESI KREATIVITI KANAK KANAK

    24 | P a g e

    gunung-ganang seperti objek sebenar dengan penggunaan ton warna pada warna iar yang

    gunakan. Warna-warna pelangi juga menggunakan warna air meskipun bilangan warnanya

    tidak mencukupi. Daun- daun kelapa juga menggunakan garapan warna air dan pensel

    warna bagi menampakkan daun pokok kelapa.Murid ini menggunakan warna pensel bagi

    menghasilkan warna rumah, rumput dan batang pokok kelapa.

    Lukisan 10

    Nama Responden : Sally Marcellena

    Umur : 12 Tahun

    Visual/Ekspressive Con cept

    Lukisan ini menggambarkan suasana akitivti perkelahan di tepi pantai. Terdapat

    pelbagai aktiviti yang dinyatakan seperti mandi-manda, berenang, bermain bola di pantai,

    membina istana pasir dan menaiki bot. Berhampiran dengan kawasan perkelahan tersebut

    terdapat sebuag gerai yang menjual pelbagai barangan cenderamata seperti baju, beg dan

    sebagainya. Seorang ibu yang sibuk melayan kerenah anak-anaknya sedang duduk di atastikar di kawasan pantai.

    Graphi c Idea

    Dalam lukisan ini pemberatan objeknya adalah aktiviti dikawasan pantai. Objek yang

    digambarkan menepati objek asal. Kegiatan atau aktiviti yang digambarkan oleh objek

    mudah difahami. Susun atur objek kemas dan terancang. Kepelbagaian objek yang

    dimasukkan yang mempunyai hubungkait antara satu sama lain memperlihatkan

    keharmonian dalam lukisan yang dihasilkan. Kombinasi warna terang yang digunakan

    memperlihatkan kesibukan di kawasan pantai tersebut.

  • 5/28/2018 Asignment KAE3013 Ekspresi Kreativiti Kanak-Kanak

    25/26

    KAE3013: EKSPRESI KREATIVITI KANAK KANAK

    25 | P a g e

    Material Treatment

    Murid ini menunjukkan kreativitinya dalam mewarna walaupun hanya menggunakan

    warna pensel sahaja. Goresan warna yang satu hala memperlihatkan hasil kerja yang

    kemas. Murid ini bertendensi menggunakan warna yang terang dan garang yang

    bersesuaian dengan keadaan di tepi pantai yang sibuk dan panas. Garisan tebal seperti

    gelombang yang diletakkan pada air berjaya menunjukkan pergerakan air laut. Garisan tebal

    ini juga digunakan untuk menunjukkan sempadan kawasan seperti kawasan pantai dan air

    laut.

    5. Penutup

    Berdasarkan analisa yang telah dibuat terhadap lukisan yang dihasilkan mengikut

    tahap atau peringkat scribbling, manipulative dan symbol making terdapat perbezaan yang

    ketara daripada penghasilan lukisan. Pada peringkat awal kanak-kanak lebih bertendensi

    untuk menghasilkan imaginasi mengenai persekitaran mereka. Mereka lebih gemar

    menggambarkan rumah dan persekitaran mereka. Meskipun bentuk-bentuk yang dihasilkan

    kurang logik tetapi mesej yang ingin disampaikan dapat difahami dengan jelas. Pada

    peringkat manipulative pula kanak- kanak mula melukis objek yang menepati atau seakan-

    akan obek asal yang mereka lihat. Kekemasan warna dan lukisan juga dititikberatkan pada

    peringkat ini. Pada usia 9 12 tahun kanak- kanak mula meneroka alam sekeliling mereka

    dengan lebih mendalam. Mereka mula cuba menggambarkan sesuatu yang mereka lihatdan bayangkan secara realistik. Penggunaan warna dan penguasaan kemahiran mewarna

    diberi penekanan dalam menghasilkan lukisan. Penggunaan ton warna juga memainkan

    peranan yang penting dalam menggambarkan sesuatu objek dalam lukisan.

  • 5/28/2018 Asignment KAE3013 Ekspresi Kreativiti Kanak-Kanak

    26/26

    KAE3013: EKSPRESI KREATIVITI KANAK KANAK

    26 | P a g e

    Bibliografi

    1. Ahmad Rashidi Hasan. 2006. Seni Lukis d an Idea. Penerbitan Universiti. Shah

    Alam.

    2. Dr Loy Chee Luen et.al. 2013. KAE 3013 : Ekspresi K reativ i t i Kanak-Kanak.

    Penerbitan Universiti Pendidikan Sultan Idris. Tanjung Malim, Perak.

    3. Mecho dan Loh Pei Chen. 2004. Kom unikasi Seni Visual. Feringghi Distributor.

    Pulau Pinang.

    4. Mulyadi Mahamood. 2007. Seni Lukis Sezaman. Dewan Bahasa dan Pustaka.

    Kuala Lumpur.

    5. http://www.slideshare.net/SabariahBahrum/kreativiti-estetika-dan-ekspresi-visual

    6. http://fadhlah.blogspot.com/2011/12/nota-seni-visual-dan-ekspresi-kanak.html

    7. http://norlizasamzakaria.blogspot.com/2012/12/kae3013-ekspresi-kreativiti-kanak-

    kanak.html

    8. http://thenotejots.blogspot.com/2010/12/kepentingan-ekspresi.html

    http://www.slideshare.net/SabariahBahrum/kreativiti-estetika-dan-ekspresi-visualhttp://www.slideshare.net/SabariahBahrum/kreativiti-estetika-dan-ekspresi-visualhttp://fadhlah.blogspot.com/2011/12/nota-seni-visual-dan-ekspresi-kanak.htmlhttp://fadhlah.blogspot.com/2011/12/nota-seni-visual-dan-ekspresi-kanak.htmlhttp://norlizasamzakaria.blogspot.com/2012/12/kae3013-ekspresi-kreativiti-kanak-kanak.htmlhttp://norlizasamzakaria.blogspot.com/2012/12/kae3013-ekspresi-kreativiti-kanak-kanak.htmlhttp://norlizasamzakaria.blogspot.com/2012/12/kae3013-ekspresi-kreativiti-kanak-kanak.htmlhttp://norlizasamzakaria.blogspot.com/2012/12/kae3013-ekspresi-kreativiti-kanak-kanak.htmlhttp://thenotejots.blogspot.com/2010/12/kepentingan-ekspresi.htmlhttp://thenotejots.blogspot.com/2010/12/kepentingan-ekspresi.htmlhttp://thenotejots.blogspot.com/2010/12/kepentingan-ekspresi.htmlhttp://norlizasamzakaria.blogspot.com/2012/12/kae3013-ekspresi-kreativiti-kanak-kanak.htmlhttp://norlizasamzakaria.blogspot.com/2012/12/kae3013-ekspresi-kreativiti-kanak-kanak.htmlhttp://fadhlah.blogspot.com/2011/12/nota-seni-visual-dan-ekspresi-kanak.htmlhttp://www.slideshare.net/SabariahBahrum/kreativiti-estetika-dan-ekspresi-visual