Pembelajaran Sains Kanak - kanak

Embed Size (px)

Citation preview

  • 8/11/2019 Pembelajaran Sains Kanak - kanak

    1/90

    1 | SCE 3023Pembelajaran Sains Kanak - Kanak

    HALAMAN PENGAKUAN.

    Dengan ini saya mengaku bahawa tugasan ini adalah hasil kerja saya sendiri.

    Nama : MOHAMAD IZRIQ AL HUSAINI BIN MOHAMAD RAMLI

    Tanda tangan :

    Tarikh :

  • 8/11/2019 Pembelajaran Sains Kanak - kanak

    2/90

    2 | SCE 3023Pembelajaran Sains Kanak - Kanak

    ISI KANDUNGAN Muka Surat

    Halaman pengakuan 1

    Isi kandungan 2

    Penghargaan 3

    Bahagian 1Teori Pembelajaran 4

    Definisi Teori Pembelajaran 4

    Teori Pembelajaran Kognitif. 5

    Teori Pembelajaran Behaviouris 36

    Teori Pembelajaran Konstruktivis 50

    Bahagian 2Kertas Cadangan 62

    Tajuk 62

    Latar Belakang 62

    Pengenalan Miskonsepsi 63

    Pernyataan Masalah 64

    Objektif 64

    Persoalan Kajian 66

    Kaedah Mengenalpasti Miskonsepsi 67

    Faktor Miskonsepsi 73

    Kaedah Mengatasi Miskonsepsi 77

    Kesimpulan84

    Refleksi 85

    Rujukan 86

    Lampiran 88

  • 8/11/2019 Pembelajaran Sains Kanak - kanak

    3/90

    3 | SCE 3023Pembelajaran Sains Kanak - Kanak

    PENGHARGAAN

    Bersyukur kami ke hadrat kepada Ilahi kerana dengan limpah dan kurniaNya

    dapatlah kami menyiapkan tugasan Pembelajaran Sains KanakKanak, SCE 3023.

    Sekalung penghargaan ditujukan buat pensyarah kursus ini iaitu Encik

    Azman Bin Omar, atas segala tunjuk ajar, pedoman dan contoh yang telah diberikan

    sepanjang kami mengambil kursus ini. Tanpa tunjuk ajar dan sokongan daripada

    beliau, menjadi satu kesukaran buat kami untuk memenuhkan kehendak kursus ini.

    Seribu penghargaan dan terima kasih diucapkan juga kepada kedua ibu bapa

    saya di atas segala sokongan samada berbentuk kewangan, moral, nasihat,

    pedoman mahupun kasih sayang kepada saya selama ini. Sokongan yang tidak

    berbelah bahagi daripada mereka berjaya mendorong saya hingga melangkah ke

    Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Sains di IPG Kampus Sultan Mizan ini.

    Tidak dilupakan juga, jutaan terima kasih ditujukan kepada rakan rakan.

    Bersama mereka, kami berkongsi sedikit sebanyak info dan maklumat yang ada

    pada kami semua. Tanpa bantuan daripada mereka, menjadi satu cabaran besar

    bagi saya untuk menyempurnakan tugasan yang telah diberi ini.

    Akhir kalam,ucapan terima kasih turut dirakamkan kepada semua pihak yang

    terlibat dalam proses penulisan dan persiapan tugasan ini samada secara langsung

    mahupun tidak langsung.

  • 8/11/2019 Pembelajaran Sains Kanak - kanak

    4/90

    4 | SCE 3023Pembelajaran Sains Kanak - Kanak

    TEORI PEMBELAJARAN

    1. Teori Pembelajaran (Konsep Umum)

    Apa itu Teori Pembelajaran?

    Dunia pendidikan di Malaysia kini semakin meningkat dari segi kualiti, visi , objektif

    serta kandungan pembelajaran yang dibentuk. Keadaan ini amat diperlukan bagi melahirkan

    generasi masa depan negara ini sekaligus meransang perkembangan dan penaiktarafan

    kekuatan nusa ini.

    Sememangnya diakui, pendidikan merupakan kunci utama negara kita dalam

    memastikan masa depan bangsa Malaysia ini mampu bertahan utuh dan bergerak selaras

    malah sebolehnya diinginkan agar lebih pantas dan maju daripada perkembangan dunia

    semasa. Oleh itu, Kementerian Pelajaran Malaysia, dan pihak kerajaan serta barisan

    pendidik juga menjadi pihak pelaksana dan pihak yang dipertanggungjawabkan untuk

    menterjemahkan kehendak dan harapan kita ini menjadi realiti pada masa hadapan.

    Dalam proses merealisasikan visi dan objektif ini, fokus utama harus diberikan

    kepada proses pengajaran dan pembelajaran (P & P) di sekolah-sekolah samaada sekolah

    rendah atau menengah. Namun demikian, revolusi dan evolusi amat perlu dalam proses P &P di sekolah-sekolah rendah berbanding sekolahsekolah menengah. Hal ini kerana pada

    peringkat sekolah rendah, anakanak muda kita baru sahaja belajar untuk mengenali dunia

    pendidikan formal ini. Ransangan dan pembentukan individu yang bermula di peringkat

    sekolah rendah ini sentiasa dikaji dan diperhatikan oleh pelbagai pihak yang pakar terhadap

    ilmu pendidikan kanak-kanak ini. Hasilnya, seantero dunia telah melihat lahirnya gagasan

    atau teori pemikiran yang memerihalkan mengenai pendidikan terhadap anak muda ini.

    Persoalannya di sini, apa yang dimaksudkan dengan teori? Teori ialah satu set

    prinsip dan definisi yang saling berkait serta menerangkan sesuatu fenomena secara

  • 8/11/2019 Pembelajaran Sains Kanak - kanak

    5/90

    5 | SCE 3023Pembelajaran Sains Kanak - Kanak

    sistematis ( Kerlinger : 1986 ). Jary dan Jary (1995) pula memiliki pandangan mengenai teori

    sebagai satu set hipotesis atau prinsip yang berkait rapat secara logik atau berdasarkan

    penerangan matematik yang menerangkan mengenai hakikat empirikal sesuatu kejadian.

    Manakala, pembelajaran menurut Ormrod (1995) , ialah satu proses yangmelibatkan aspek kognitif (pemikiran) , emosi, pengaruh persekitaran dan pengalaman yang

    menghasilkan perubahan dalam tingkah laku, pengetahuan, kemahiran, nilai dan

    pandangan

    Menerusi pandangan pandangan yang telah dikemukakan sebentar tadi, dapat

    dirumuskan bahawa teori merupakan hasil pemikiran daripada keputusan kajian saintifik

    yang telah dapat disahterima sebagai sesuatu prinsip atau asas dan boleh dijadikan

    panduan dalam pelaksanaan apa apa tindakan selagi tidak melampau perbatasan aspek

    kelakuan yang telah digariskan.

    Kesimpulannya, Teori Pembelajaran ialah konsep dan gagasan pemikiran yang

    berusaha untuk menjelaskan mengenai cara manusia belajar dan menyarankan caracara

    penyelesaian masalah yang mungkin timbul akibat daripada kaedah pembelajaran manusia

    tersebut.

    1.1 Teori Pembelajaran Kognitif.

    Faktor yang paling mempengaruhi pembelajaran murid murid kita ialah

    pengetahuan sedia ada mereka. Oleh demikian, amat penting untuk guru pastikan

    apa yang mereka ketahui sebelum guru teruskan dengan pengajaran yang telah

    dirancang [ Terjemahan] David Ausubel

    Petikan di atas merupakan kata kata daripada David Ausubel, iaitu salah seorang

    daripada ahli teori kognitif (kadang kala dipanggil juga dengan nama teori pembelajaran

    kognitif). Intipati daripada petikan tersebut memberikan satu gambaran kasar kepada kita

    akan keperihalan teori pembelajaran kognitif. Salah satu unsur atau elemen yang menjadi

    penekanan kepada teori ini, ialah pengetahuan sedia ada dan pengetahuan baharu.

    Pokok pangkalnya, ahli ahli kognitivis ( ahli psikologi pendidikan yang berpegang

    kepada teori pembelajaran kognitif ) membuat penekanan yang utama terhadap aspek

    pemprosesan mental. Dalam proses mental, terdapat beberapa aspek seperti membuat

    keputusan, penyelesaian masalah , menganalisis , menilai dan mengingat. (Keow, 2011)

  • 8/11/2019 Pembelajaran Sains Kanak - kanak

    6/90

    6 | SCE 3023Pembelajaran Sains Kanak - Kanak

    Menurut gagasan yang dikandung dalam teori ini, terdapat beberapa tanggapan atau

    andaian mengenai konsep pembelajaran dan percambahan ilmu.

    Tanggapan pertama dalam Teori Kognitif ini ialah pembelajaran yang berlaku pada

    masa sekarang adalah berasaskan daripada proses pembelajaran yang sebelumnya. Dapatdifahami bahawa berlakunya penekanan terhadap kekuatan pengetahuan yang sedia ada

    oleh pelajar, bagi menyokong dan melancarkan proses pembelajaran yang sedang berlaku.

    Boleh dikatakan, murid murid dalam satu kelas , memiliki latar belakang keluarga,

    pemikiran, minat, kebolehan dan tahap motivasi untuk belajar yang berbeza antara satu

    sama lain, meskipun mereka menerima gaya, bentuk dan kualiti pembelajarandan

    pengajaran ( P&P ) yang sama. Berbekalkan konsep dan anggapan ini, golongan pelajar

    dijangka akan membina makna dalam pembelajaran mereka secara berlainan walaupun

    pengalaman mereka dalam P&P adalah sama.

    Tanggapan Kognitivis yang seterusnya ialah proses pembelajaran melibatkan

    pemprosesan maklumat. Tanpa berlakunya pemprosesan maklumat dalam minda pelajar,

    maka tiadalah berlaku sebarang pembelajaran meskipun pelajar tersebut mampu menjawab

    pelbagai soalan yang dikemukakan oleh guru. Namun demikian, pembelajaran yang

    dimaksudkan di sini, ialah pembelajaran aktif, dan amat dipengaruhi secara kuat oleh

    pengetahuan yang sedia ada pada murid sebelum mereka mempelajari atau mendapat

    pengetahuan baru itu.

    Proses pembelajaran juga melibatkan aspek hubungan. Hubungan yang dinyatakan

    di sini, bukanlah hubungan antara guru murid, murid bahan bantu mengajar, murid

    persekitaran atau guru bahan bantu mengajar. Hubungan yang menjadi fokus utama di

    sini, ialah melibatkan dua jenis pembelajaran, iaitu pembelajaran lalu ( pengetahuan sedia

    ada ) dengan pembelajaran baru ( P&P oleh guru terhadap murid pada masa sekarang ).

    Apabila wujudnya ikatan dan perkaitan antara dua jenis pembelajaran ini, barulah wujud

    satu proses pembelajaran, dan minda murid mampu menaakul sukatan atau topik yang

    dibincangkan oleh guru pada hari itu.

  • 8/11/2019 Pembelajaran Sains Kanak - kanak

    7/90

    7 | SCE 3023Pembelajaran Sains Kanak - Kanak

    a) Teori Perkembangan Kognitif Piaget.

    Sejarah Pengasasan.

    Teori Perkembangan Kognitif ini mula diasaskan oleh seorang ahli biologi berdarah

    Swiss , Jean Piaget. Beliau dilahirkan di Nauchatel, Switzerland pada 9 Ogos 1896.

    Bapanya bernama Arthur Piaget, merupakan seorang pensyarah (bergelar Professor )

    Fakulti Sastera dalam bidang Sejarah dan ibunya bernama Rebecca Jackson. Piaget

    merupakan anak pertama dalam kalangan adik beradiknya yang suka kepada prinsip

    berdikari penuh dan berminat tentang ilmu alam (sains dan biologi) . Uniknya disini, beliau

    mengemukakan Teori Pembelajarannya menggunakan hasil daripada eksperimen dan

    kajian yang telah dilakukannya terhadap seorang kanak kanak, sejak kanak kanak itu

    kecil sehingga meningkat remaja. Apa yang begitu menariknya mengenai eksperimen

    jangka masa panjang beliau ini, ialah subkej kajian beliau ialah anak beliau sendiri.

    Disebabkan kajian yang begitu panjang ini, beliau menulis kertas kerja mengenai teori beliau

    ini pada lewat usianya, tidak seperti pakar pembelajaran lain yang melakukan kajian dalam

    jangka masa sederhana. Beliau meninggal dunia kajian mengenai pembelajaran dan

    pengajaran ini ketika berusia 84 tahun apabila beliau menghembuskan nafas yang

    terakhirnya.

    Konsep dan Anggapan.

    Piaget berpendapat bahawa struktur kognitif bagi kanak kanak semakin bertambah

    kompleks selaras dengan perkembangan yang mereka lalui (Keow, 2011). Secara

    umumnya, Teori Kognitif Piaget merangkumi dua aspek, iaitu :

    1) Proses yang kita lalui untuk mengetahui sesuatu.

  • 8/11/2019 Pembelajaran Sains Kanak - kanak

    8/90

    8 | SCE 3023Pembelajaran Sains Kanak - Kanak

    2) Peringkat yang dilalui sambil kanak kanak memperoleh kebolehan atau

    pengetahuan tersebut.

    PROSES PENYERAPAN MAKLUMAT.

    Piaget juga mengatakan bahawa tingkahlaku manusia dikawal oleh struktur mental yang

    dikenali sebagai skema. Secara tabii, kita menggunakan skema untuk mewakili dunia serta

    mengambil tindakan ke atas sesuatu perkara. Menggunakan pemahaman tersebut, Piaget

    mengutarakan konsep adaptasi, iaitu adaptasi kita dengan dunia luar daripada tubuh kita,

    sebenarnya dikawal oleh satu desakan biologi yang membolehkan kita mengimbangkan

    skema (struktur mental dalam otak kita) dengan persekitaran yang sebenar. Keseimbangan

    yang wujud di antara struktur mental dengan imej persekitaran ini diistilahkan sebagai

    ekuilibrasi.

    Sebagai satu contoh, bayi sememangnya dilahirkan dengan skema yang bersifat

    refleksif seperti menghidap, menggenggam, menyentuh, dan sebagainya. Namun demikian,

    sambil bayi itu membesar, mereka akan menggunakan skema refleksif ini untuk

    mengadaptasikan diri mereka dengan persekitaran luar. Dalam tempoh masa yang tertentu (

    sama ada lama atau sekejap ), skema refleksif yang lama tersebut akan digantikan secara

    perlahan lahan oleh skema baru ( didapati daripada proses pembelajaran) yang sesuai

    dengan persekitaran mereka.

    Berlandaskan Teori Piaget, terdapat dua jenis proses pembelajaran atau adaptasi yang

    telah digariskan oleh Piaget sendiri. Proses proses adaptasi ini dipanggil asimilasi dan

    akomodasi.Kedua-dua proses ini amat berbeza sekali sekiranya diperhatikan menerusi

    keseragaman maklumat baru dan maklumat lama.

    Dalam asimilasi, pembelajaran ialah satu proses memuatkan maklumat baru (atau

    konsep baru yang diterapkan oleh guru sains) dalam struktur kognitif yang sedia ada dalam

    minda pelajar. Proses ini berlaku sepanjang masa dan tidak terhad kepada satu satu hadmasa tertentu sahaja. Hal ini kerana kanak kanak memproses pelbagai maklumat dan

  • 8/11/2019 Pembelajaran Sains Kanak - kanak

    9/90

    9 | SCE 3023Pembelajaran Sains Kanak - Kanak

    pengalaman baru setiap hari. Dengan erti lainnya, asimilasi hanyalah melibatkan perubahan

    kuantitatif, dan bukan kualitatif kerana tiada penghasilan skema baru, tetapi hanya skema

    lama (struktur mental) yang digunakan oleh kanak kanak. Sebagai satu contoh, kanak

    kanak yang mempelajari mengenai sifat api menerusi eksperimen menggunakan Penunu

    Bunsen, akan mengalami asimilasi apabila mereka atau dia menemui api dalam bentuk

    aktiviti memasak oleh ibunya di dapur, atau ketika dia memerhatikan bapanya membakar

    sampah di halaman rumah. Tiada satu perubahan besar yang berlaku cuma pemadanan

    antara pemerhatian dengan struktur mental atau pengetahuan sedia ada sahaja.

    Beralih pula kepada proses adaptasi melalui akomodasi. Akmodasi boleh dieertikan

    sebagai satu proses mengubah struktur kognitif untuk menerima sesuatu yang baru

    daripada persekitaran. Kebiasaanya, akomodasi berlaku dengan kerap apabila kanak

    kanak itu berdepan dengan maklumat, konsep atau teori sains yang baru. Seterusnya,kanakkanak tersebut akan mewujudkan skema baru dalam struktur mental mereka untuk

    menempatkan maklumat, pengalaman atau konsep sains yang baru, ataupun

    mengubahsuai skema yang sedia ada agar dapat memuatkan teori, konsep atau hipotesis

    baru. Misalnya, kanakkanak telah sedia maklum mengenai air (H2O) ialah sejenis cecair.

    Namun demikian, akomodasi akan berlaku apabila guru sains mula menunjukkan

    persamaan ciri antara jus oren dengan air, sekaligus dia akan mula mengetahui bahawa jus

    oren ialah cecair juga.

    Apakah perbezaan antara skema dengan struktur kognitif? Menurut Teori Piaget ,apabila

    skema menjadi bertambah kompleks, maka skema ini akan menjadi satu struktur kognitif.

    Struktur kognitif kebiasaannya disusun secara hierarki, iaitu daripada umum ke khusus.

    PERKEMBANGAN KANAKKANAK.

    Jean Piaget mencadangkan bahawa proses berfikir akan berkembang secara

    berperingkat sehingga kanak kanak itu telah sebati dengan corak pemikiran berlogik.Beliau telah mengklasifikasikan peringkat perkembangan kognitif kepada empat bahagian

    yang utama. Empat kategori perkembangan tersebut diberi nama sebagai Sensorimotor, Pra

    Operasional, Operasional Konkrit, dan Operasional Formal.

    1) Sensorimotor.

    Peringkat ini boleh juga diertikan sebagai peringkat paling awal bagi kanak

    kanak tersebut. Peringkat ini bermula selepas kanak kanak tersebut lahir dan

    membesar sehingga pada umur dua tahun. Istilah yang digunakan bagi peringkat ini,

    iaitu Sensor dan Motor , menggambarkan bahawa saraf deria dan pergerakan

  • 8/11/2019 Pembelajaran Sains Kanak - kanak

    10/90

    10 | SCE 3023Pembelajaran Sains Kanak - Kanak

    fizikal merupakan teras utama dalam kelas perkembangan ini. Sememangnya diakui,

    kanakkanak pada peringkat ini menimba pengalaman dan pengetahuan mengenai

    dunia luar mereka melalui deria dan kebolehan motor mereka. Sebagai contoh,

    kanakkanak mengetahui epal apabila mereka melihat warna merah epal tersebut,

    memegang epal yang berbentuk licin, dan merasa epal tersebut dengan lidah dan

    kunyahan gigi mereka. Namun demikian, andai kata mereka tidak menggunakan

    deria mereka dengan sepenuhnya, mereka tidak akan mengenal apa itu epal, dan

    bagaimana rupa dan ciriciri benda yang dikatakan epal tersebut.

    2) Pra Operasional.

    Peringkat sekunder bagi kanak kanak ini dikatakan bermula apabila

    berumur dua tahun sehingga tujuh tahun, iaitu boleh dikatakan sehingga peringkat

    Tahun Satu bagi sekolah rendah di Malaysia. Kanak kanak yang berada dalam

    kategori perkembangan ini dianggap sebagai dapat menggunakan dan memahami

    penggunaan lambang atau simbol untuk mewakili sesuatu benda. Sebagai contoh,

    apabila guru sains melukiskan rupa epal, di papan putih, kanak kanak mampu

    mentafsir lukisan itu sebagai epal, meskipun tidak ditunjukkan dengan epal yang

    sebenar.

    Di samping itu, mereka juga tidak dapat memahami dan menaakul mengenai

    konsep pengabadian. Pengabadian merujuk kepada satu idea bahawa satu kuantiti

    adalah sama walaupun telah berubah dari segi rupa. Konsep ini meliputi lima aspek,

    iaitu jisim, nombor, panjang, cecair dan luas. Sebagai satu contoh, (pengabadian

    panjang) sekiranya guru meletakkan dua batang kayu yang selari, dan sama

    panjang. Kemudian, guru itu menggerakkan sebatang kayu ke kanan. Kanakkanak

    akan mengatakan bahawa kayu yang telah digerakkan adalah lebih panjangdaripada kayu yang satu lagi.

    3) Operasional Konkrit.

  • 8/11/2019 Pembelajaran Sains Kanak - kanak

    11/90

    11 | SCE 3023Pembelajaran Sains Kanak - Kanak

    Kanakkanak yang berumur tujuh hingga sebelas tahun (Tahun Satu hingga

    Tahun Lima di sekolah rendah) dikategorikan dalam kelas perkembangan ini. Pada

    peringkat ini, mereka mula berupaya untuk berfikir secara logik akal. Konsep asas

    pengabadian juga dapat dilihat dalam minda mereka apabila mereka dapat

    menyelesaikan tugasan berkaitan dengan konsep pengabadian. Walaupun objek

    tersebut diubah kedudukan, atau disusun semula, mereka faham bahawa tiada apa

    apa perubahan yang telah berlaku. Mereka juga dapat memahami konsep

    pembalikan. Misalnya, apabila guru menunjukkan sistem rantai makanan (food

    chain) seperti di bawah:

    Kangkung UlatBurungManusia.

    Kanak kanak dapat memahaminya dengan konsep yang sama meskipunrantai makanan tersebut disusun seperti ini :

    Manusia BurungUlatKangkung

    4) Operasional Formal.

    Peringkat ini bermula apabila kanak kanak tersebut berada dalam

    lingkungan umur sebelas tahun ke atas ( Tahun Lima ke atas ). Ketika ini, kanak

    kanak mula berkebolehan untuk memikirkan beberapa pertimbangan dan

    penyelesaian bagi satusatu masalah. Keupayaan berfikir secara abstrak juga mula

    dapat diperhatikan daripada kelakuan mereka dalam menyelesaikan masalah yang

    diberi.Oleh itu, pada peringkat ini, mereka dapat menyelesaikan masalah yang

    kompleks dan berbentuk hipotetikal yang melibatkan operasi abstrak. Pada

    lingkungan umur ini, eksperimen yang dijalankan di sekolah ( PEKA) mula dapat

    difahami sepenuhnya oleh muridmurid.

    Contohnya, apabila guru memantau eksperimen merendam daun segar yang

    baru dipetik ke dalam air suling yang sedang dipanaskan oleh penunu Bunsen.

    Pemerhatian yang didapati oleh murid murid seperti terdapat gelembung

    gelembung udara pada permukaan daun. Murid murid dapat membuat beberapa

    hipotesis berdasarkan pemerhatian tersebut. Antaranya, fotosintesis berlaku di

    permukaan daun, klorofil ada di permukaan daun, terdapat oksigen pada permukaan

    daun dan lain lain lagi.

  • 8/11/2019 Pembelajaran Sains Kanak - kanak

    12/90

    12 | SCE 3023Pembelajaran Sains Kanak - Kanak

    Aplikasi dalam P & P dan sistem pelajaran.

    a) Inkuiripenemuan.

    Proses P & P di dalam kelas, luar bilik darjah, atau makmal sains dibentuk dengankonsep inkuiri penemuan. Hasilnya, teras pembelajaran didukung oleh minat dan sifat

    ingin tahu murid itu sendiri. Penglibatan aktif murid amat diperlukan dalam P & P subjek

    sains di sekolah rendah. Hal ini kerana ilmu sains sentiasa berubahubah dan memerlukan

    sifat ingin tahu yang sangat mendalam bagi menyokong sifat perubahan sains itu sendiri.

    Corak P & P perlu berpusatkan murid dan bukan berpusatkan guru atau bahan bantu

    mengajar. Berbekalkan teori ini juga, guru boleh melaksanakan P & P sains secara hands

    on, minds on dan sedikit semaian moral melalui hearts on. Tiga deria ini, iaitu fizikal, mental

    dan hati (moral dan sikap) amat penting dan perlu dititikberatkan oleh guru agar murid tidak

    terkongkong dan tidak bosan dengan pembelajaran subjek sains ini.

    Melalui Teori ini juga, murid akan lebih memahami subjek dan konsep sains yang

    ingin diajar. Guru tidak lagi bertugas sebagai pendeta dan tiada lagi sistem komunikasi

    satua rah berlaku dari guru terhadap murid. Guru hanya perlu bertindak sebagai fasilitator

    dan pengurus proses P & P sahaja, dan penyedia persekitaran pembelajaran yang kondusif

    dan mampu memberi ransangan terhadap muridmurid.

    b) Kesesuaian mengikut tahap kognitif.

    SensorimotorPra

    OperasionalOperasional

    KonkritOperasional

    Formal

  • 8/11/2019 Pembelajaran Sains Kanak - kanak

    13/90

    13 | SCE 3023Pembelajaran Sains Kanak - Kanak

    Majoriti umur bagi murid sekolah rendah adalah dalam lingkungan 7 sehingga 12 tahun.

    Berdasarkan Teori Piaget, hanya tiga kategori atau peringkat kognitif yang terlibat apabila

    guru berhadapan dengan murid murid di sekolah rendah, iaitu Pra Operasional,

    Operasional Konkrit dan Operasional Formal. P & P yang ingin dijalankan mestilah dibentuk

    agar selaras dengan perkembangan tahap kognitif murid murid. Sebagai contoh, murid

    yang berumur 9 tahun ( Operasional Konkrit ), mestilah diselitkan mengenai konsep

    pembalikan, penyelesaian masalah berteraskan pengabadian, dan kaedah berfikir secara

    logik. Mereka yang berada pada tahap ini tidak boleh sama sekali didedahkan dengan

    perkembangan masalah kompleks dan hipotetikal. Hal ini kerana pencapaian tahap kognitif

    mereka masih belum melepasi tahap pemikiran abstrak. Andai kata mereka didedahkan

    dengan corak pembelajaran yang tidak selaras dengan perkembangan kognitif mereka,

    impak proses P & P tidak dapat dihasilkan secara optimum, dan matlamat pembelajaran

    amat sukar untuk dicapai.

    c) Membentuk operasi mental.

    Teori Piaget lebih berpusatkan perkembangan kognitif kanak kanak. Menggunakan

    penekanan ini, guru seharusnya membentuk proses P & P agar lebih ke arah

    perkembangan mental muridmurid. Fokus ini boleh disusun dengan efektif menggunakan

    bahan bantu mengajar yang sesuai, seperti permainan susun kata, catur, kuiz interaktif,

    paparan klip video yang menarik dan sebagainya lagi. Perkembangan kognitif ini amat

    penting untuk diperhatikan dan dibimbing dengan cara yang betul. Hal ini kerana daya

    kognitif manusia amat berguna dalam kehidupan kita, melalui pelbagai gerakusaha untuk

    hidup di dunia ini.

    d) Motivasi dalaman.

    Berteraskan Teori Piaget, proses P & P lebih berpusatkan kepada murid itu sendiri,

    bukan terhadap guru mahupun bahan bantu mengajar. Impaknya, proses pembelajaran kini

    amat memerlukan kepada penglibatan aktif murid sekaligus mengelakkan mereka daripada

    berasa bosan dalam proses P & P sains. Penglibatan aktif daripada kanak kanak juga

    menyebabkan mereka berasa dihargai dan seronok untuk menjalani proses pembelajaran

    sains. Akhirnya, terbentuklah satu motivasi dalaman yang akan kekal dalam hidup mereka

    bahkan mampu mendorong mereka mempelajari subjek sains dengan lebih mendalam.

  • 8/11/2019 Pembelajaran Sains Kanak - kanak

    14/90

    14 | SCE 3023Pembelajaran Sains Kanak - Kanak

    b) Teori Pembelajaran Bruner.

    Sejarah Pengasasan.

    Jerome Seymour Bruner merupakan pengasas kepada penubuhan

    Teori.Pembelajaran Burner ini. Beliau dilahirkan pada 1 Oktober 1915 di Bandaraya New

    York. Beliau adalah seorang ahli psikologi abad ke -20 dan terkenal sebagai tokoh utama

    yang mengeluarkan teori berdasarkan kognitif manusia. Kebanyakan konsep yang

    diutarakan adalah berkenaan dengan pendidikan. Beliau banyak menulis buku buku

    berkisarkan mengenai dunia pendidikan dan cara mendidik manusia mengikut pendapatnya.

    Terdapat dua buku yang lazimnya dibaca oleh golongan pendidik di seantero dunia, iaitu

    The Process of Educationdan Towards a Theory of Instruction.

    Konsep dan Anggapan.

    Aplikasi PdP

    Operasi

    Mental

    Kesesuaian

    tahap

    Inkuiri

    penemuan

    Motivasi

    dalaman

  • 8/11/2019 Pembelajaran Sains Kanak - kanak

    15/90

    15 | SCE 3023Pembelajaran Sains Kanak - Kanak

    o Pembelajaran Penemuan Bruner.

    Pembelajaran (mengikut Bruner ) ditafsirkan sebagai satu proses sosial yang aktif,

    melibatkan murid murid yang akan membina idea atau konsep baru berasaskan

    pengetahuan sedia ada masing masing. Mereka akan membanding beza maklumat yang

    diperlukan, kemudia membentuk hipotesis berdasarkan maklumat tersebut. Hasilnya,

    maklumat maklumat inin diintegrasikan dengan pengetahuan sedia ada dan konstruk

    mental masing masing. Proses pembelajaran mengikut Bruner, juga adalah satu proses

    berterusan yang tiada hentinya.

    Istilah Pembelajaran Penemuan sentiasa dikaitkan dengan Teori Pembelajaran

    Bruner. Perkaitan ini adalah kerana Bruner amat tidak bersetuju dengan kaedah pemberian

    atau penyaluran maklumat konsep, teori atau fakta secara terus daripada golongan pendidik

    kepada murid murid. Pada 1960-an, Bruner telah mengutarakan konsep Discovery

    Learning. Kaedah Discovery Learning ialah kadah belajar melalui pencarian pengetahuan

    secara aktif oleh pelajar dan dengan sendirinya memberikan hasil yang baik.

    Saranan beliau menerusi Teori Pembelajaran Bruner, ialah guru tersebut hanya

    membantu dan membimbing pelajar dengan memberikan mereka pengalaman sebagai

    ransangan terhadap pelajar. Berbekalkan pengalaman dan penemuan oleh murid murid

    ini, mereka dijangka dapat membentuk sendiri pola dan konsep yang ingin diterapkan

    semasa proses P & P.

    Pembelajaran Penemuan

    Pembelajaran Induktif

    Pembelajaran Konsep

  • 8/11/2019 Pembelajaran Sains Kanak - kanak

    16/90

    16 | SCE 3023Pembelajaran Sains Kanak - Kanak

    Sebagai contoh, apabila guru ingin mengajar mengenai haiwan dan tumbuhan. Guru

    boleh meminta muridmurid keluar daripada kelas dalam masa lebih kurang 5 minit, untuk

    mencari haiwan ( serangga) dan tumbuhan (dedaun, dahan kecil atau bunga) . Kemudian,

    mereka diminta pula untuk menunjukkan sampel yang dicari dalam makmal sains. Setelah

    penemuan tersebut dibuat, murid murid akan membina konsep mereka sendiri dalam

    minda mereka, tanpa perlu diterangkan 100 % oleh guru (semestinya sedikit elemen

    pengajaran atau pemberitahuan maklumat diperlukan untuk menjelaskan lagi pemahaman

    mereka). Menerusi pembelajaran penemuan, murid murid akan lebih mudah memperoleh

    dan menaakul ilmu pengetahuan tersebut, berbanding pengajaran satu arah komunikasi

    sahaja.

    Teori Bruner ini juga turut menggariskan mengenai kepentingan persekitaran

    pembelajaran bagi menyediakan proses penemiuan yang terbaik bagi murid murid. Melaluipersekitaran pembelajaran, proses pembelajaran (pemahaman dan penguasaaan konsep)

    dapat dipercepatkan atau dilambatkan menerusi kualiti yang disediakan.

    o Teori Pembelajaran Induktif.

    Konsep pembelajaran penemuan yang ingin diterapkan oleh Teori Bruner ini

    membawa kepada satu lagi kaedah pembelajaran secara induktif. Induktif sebenarnya

    membawa maksud penerangan dari khusus kepada umum. Hal ini terbukti berpunca

    daripada konsep pembelajaran penemuan, iaitu pelajar pelajar membuat penemuan

    sendiri mengenai alam sekeliling. Kebiasaannya, penemuan ini didapati daripada contoh

    contoh yang berbentuk khusus. Kemudian, contoh atau sampel yang berbentuk khusus ini

    akhirnya dikelompokkan dan persamaan atau perbezaan antara sampel sampel difikirkan

    dan penaakulan induktif berlaku. Pada peringkat akhir, ilmu yang dikuasai oleh murid ini

    mampu diaplikasikan pada benda atau situasi yang baharu. Misalnya, guru meminta murid

    mengambil pelbagai sampel daun pada tumbuhan sekeliling tempat tinggal mereka. Contoh

    atau sampel yang diambil berbentuk khusus seperti daun sireh, daun pokok durian, daun

    jambu, daun betik dan sebagainya. Kemudian, hasil penaakulan dan pemerhatian yang

    dibuat, baru murid murid dapat membentuk pola utama daun tersebut, iaitu daun

    berbentuk selari atau jejala (ciri ciri monokotiledon dan dikotiledon). Seterusnya, guru

    mengemukakan persoalan mengenai pokok kelapa, dan murid murid perlu mengelaskan

    ciricirinya menggunakan pengetahuan yang diperoleh.

    o Pembelajaran Konsep.

  • 8/11/2019 Pembelajaran Sains Kanak - kanak

    17/90

    17 | SCE 3023Pembelajaran Sains Kanak - Kanak

    Konsep dalam pendefinisian Bruner, merupakan kategori mental yang membantu

    kita mengklasifikasikan sesuatu bahan, benda, objek, fenomena alam, hidupan atau idea

    mengikut persamaan sifat mahupun perbezaan ciri ciri. Manakala, pembelajaran konsep

    pula ditakrifkan sebagai satu jenis strategi pembelajaran yang memerlukan kanak kanak

    membandingbezakan kumpulan atau kelompok tertentu yang mempunyai ciri ciri relevan

    dan berkaitan dengan kumpulan yang tidak relevan. Aspek bandingbeza ini memberi satu

    pemerhatian kukuh kepada kanak kanak untuk memahami dan mahir dalam

    pengenalpastian persamaan dan perbezaan apaapa konsep, kelas, idea, bahan, hidupan

    mahupun fenomena alam. Sebagai satu perlambangan, guru sains memberi murid murid

    beberapa jenis gambar haiwan iaitu harimau, kucing , lipan, lebah, ikan dugong, ikan paus,

    sotong, ketam, katak, kancil, burung nuri, anjing, jerung, yu, dan bangau. Selepas itu, guru

    meminta mereka membahagikan haiwan ini, mengikut persamaan yang mereka miliki.

    Mungkin sesetengah kanak kanak akan membahagikan haiwan haiwan tersebut

    mengikut tempat mereka hidup (darat dan laut), mungkin juga mereka akan membahagikan

    haiwan haiwan tersebut mengikut sifat berkaki atau tak berkaki dan mungkin juga

    mengikut sifatsifat lain.

    3 Peringkat Pembelajaran.

    Bruner amat mengutamakan mengenai pemahaman konsep. Bagi beliau, tiada guna

    bagi kanak kanak itu mengetahui cara mengaplikasikan konsep itu kepada dunia realiti

    tanpa memahami terlebih dahulu akan perihal konsep tersebut. Pemahaman konsep ini pula

    dikategorikan kepada tiga tahap yang utama, iaitu Enaktif, Ikonik, dan Simbolik.

    a. Enaktif (0-2 tahun)

    Bermula semenjak bayi sehingga hampir atau melebihi dua tahun, kanak kanak

    mula tertarik kepada setiap benda atau bahan yang bergerak. Dalam peringkat ini juga,

    kanak kanak akan menggunakan semua deria yang ada (anggota fizikal) dalam

    merealisasikan kehendaknya, atau menyelesaikan masalah yang dihadapi. Melalui

    sentuhan, mereka dapat memahami dan mentafsir akan sifat dan ciri sesuatu bahan.

    Contohnya, kanakkanak akan memegang, bermain, dan menyentuh sudu bagi memahami

    akan erti kegunaan, sifat dan rupa sudu itu sendiri.

    b. Ikonik (2- 4 tahun)

    Peringkat yang seterusnya ialah ikonik, di mana bermula pada usia 2 tahun hingga 4 atau 5

    tahun. Keupayaan kanakkanak pada masa ini amat meningkat dari segi kognitif mereka.

    Mereka sudah mampu menyimpan imej imej yang tertentu dalam minda mereka. Sinonim

  • 8/11/2019 Pembelajaran Sains Kanak - kanak

    18/90

    18 | SCE 3023Pembelajaran Sains Kanak - Kanak

    dengan keupayaan ini, mereka sudah mampu menyebut atau memikirkan mengenai objek,

    bahan mahupun insan yang di luar dari skop penglihatan mereka. Imej yang dibentuk ini

    dipanggil sebagai imej mental. Misalnya, kanak kanak sudah mampu melukis gambaran

    rupa sudu walaupun sudu tersebut tiada terlihat di hadapan mata mereka.

    c. Simbolik (5-7 tahun)

    Selepas 5 tahun sehingga umur 7 tahun, majoriti kanak kanak dalam julat usia ini,

    penguasaan linguistik asas kanakkanak mula berkembang jelas. Pada tahap ini, mereka

    sudah dapat menguasai simbol simbol, atau penulisan nombor asas, huruf asas dalam

    bahasa yang dipelajari, terutama bahasa ibunda masing masing. Kemahiran komunikasi

    asas mereka juga sudah mula berkembang baik pada usia sebegini. Sebagai satu

    contoh,jika guru menghendaki mereka (murid) menerangkan mengenai ciri dan rupa sudu,

    mereka sudah mampu memberi penerangan ringkas berdasarkan pemahaman mereka

    mengenai sudu yang mereka ketahui.

    Kelemahan.

    Konsep belajar ini menuntut pelajar untuk memiliki kesediaan dan kematangan mental.

    Pelajar harus berani dan berkeinginan mengetahui keadaan di sekitarnya. Jika tidak memiliki

    keberanian dan keinginan, tentu proses belajar akan gagal.

    Konsep ini kurang berhasil apabila dilaksanakan di dalam kelas yang besar.

    EnaktifIkonik

    Simbolik

  • 8/11/2019 Pembelajaran Sains Kanak - kanak

    19/90

    19 | SCE 3023Pembelajaran Sains Kanak - Kanak

    Aplikasi dalam PdP dan sistem pelajaran.

    1) Pengalaman.

    Guru sains seharusnya menjalankan proses P & P berdasarkan penyediaan

    pengalaman kepada murid. Pendidikan sains yang berteraskan pengalaman secara terus

    oleh murid, akan membina perkembangan kemahiran penyelidikan terhadap mereka.

    Kemahiran penyelidikan dan sifat ingin tahu ini amat penting bagi menjamin masa depan

    negara dalam bidang sains dan teknologi. Aktiviti seperti eksperimen, lawatan sambil

    belajar, pemerhatian terus terhadap sampel, dan sebagainya perlu lebih kerap diterapkan

    terhadap pembelajaran muridmurid.

    2) Hukum dan prinsip.

    Proses P & P yang ingin dijalankan oleh guru sains, mestilah bertumpukan kepada

    konsep pemahaman murid mengenai hukum dan prinsip yang dipelajari dalam sukatan

    pembelajaran mereka. Menjadi satu tanggungjawab kepada guru untuk memastikan murid

    bukan lagi belajar melalui penghafalan tetapi memahami secara mendalam dan dapatmenaakul maklumat yang diperoleh, bagi membolehkan mereka menggunakan semula

    Pengalaman

    Hukum &Prinsip

    Penglibatanaktif

    PembentukanKonsep

    Motivasi

    KesediaanBelajar

    Nilai Murni

  • 8/11/2019 Pembelajaran Sains Kanak - kanak

    20/90

    20 | SCE 3023Pembelajaran Sains Kanak - Kanak

    konsep ilmu yang dipelajari ke dalam situasi yang lain samaada secara langsung ataupun

    tidak langsung.

    3) Penglibatan aktif.

    Teori Bruner juga menggariskan proses pembelajaran yang terbaik sebagai proses

    pembelajaran yang melibatkan murid secara aktif. Objektif ini dapat dihasilkan apabila

    berlakunya interaksi di antara murid dengqan murid yang lain, murid dengan guru, murid

    dengan bahan pembelajaran, atau murid dengan persekitarannya. Interaksi yang aktif boleh

    disemai melalui aktiviti perbincangan, pembentangan oleh murid, soal jawab murid terhadap

    murid, dan proses pencarian makluamt oleh murid itu sendiri.

    4) Pembentukan konsep.

    Aplikasi Teori Bruner juga boleh diterapkan dalam proses P&P yang berkonsepkan

    sesetengah maklumat yang sukar dan kompleks untuk difahami oleh murid murid. Guru

    boleh menyusun maklumat atau konsep yang ingin dijalankan dalam P&P mengikut tahap

    kesukaran konsep itu, iaitu dari mudah sehingga mencapai peringkat kompleks.

    Penyusunan tahap kesukaran yang sistematik mampu menjamin berlakunya pembelajaran

    bermakna dan pemahaman murid juga akan bertambah baik.

    5) Motivasi.

    Proses P&P sains samaada dalam kelas, makmal sains, makmal komputer, mahupun di

    mana mana jua, perlu dijalankan dengan tujuan meransang motivasi murid murid itu

    terlebih dahulu. Hasrat murni ini amat perlu dicapai bagi membolehkan murid murid dapat

    melibatkan diri mereka secara sedar dan tidak sedar ke dalam lingkungan pembelajaran

    yang berlaku di antara murid konsep pembelajaran. Perhatian guru perlu ditumpukan

    kepada perkembangan dan kewujudan motivasi ekstrinsik dan motivasi intrinsik. Kedua

    dua jenis motivasi ini diutamakan dalam pembelajaran supaya murid dapat memberi

    sepenuh perhatian dan daya usaha mereka bagi melibatkan diri secara langsung mahupun

    tidak langsung dalam pembelajaran.

    6) Kesediaan belajar.

    Kesediaan murid itu sendiri untuk melibatkan diri dalam proses P&P turut diberikan

    penekanan penting oleh Teori Bruner ini. Guru sains perlu memastikan bahawa murid

    murid dapat menyediakan diri mereka untuk mempelajari konsep atau sukatan berkenaan.

  • 8/11/2019 Pembelajaran Sains Kanak - kanak

    21/90

    21 | SCE 3023Pembelajaran Sains Kanak - Kanak

    Guru boleh memaklumkan kepada mereka untuk membaca sepintas dahulu mengenai topik

    yang akan dipelajari di rumah terlebih dahulu sebelum mempelajarinya di dalam kelas pada

    keesokan hari.

    7) Nilai murni.

    Di samping memastikan muridmurid dapat memahami kandungan sukatan sains yang

    dirangka, guru juga perlu menyemaikan nilai nilai murni terhadap murid melalui konsep

    dan teori yang diajar. Guru mesti memiliki kebolehan yang baik dalam menanamkan sifat

    sifat baik terhadap keperibadian murid murid dalam didikan beliau. Nilai nilai murni ini

    amat penting untuk diterapkan secara mendalam terhadap kanak kanak tersebut kerana

    mereka merupakan masa depan utama negara. Seandainya mereka tidak dididik denganpenerapan nilai murni, kemungkinan besar negara menghadapi masalah yang amat besar

    pada masa hadapan dengan terpaksa berhadapan dengan tenaga pakar dan profesional

    yang terjebak dengan krisis salah laku, jenayah kolar biru, masalah disiplin kerja, dan

    kemerosotan ekonomi akibat ketamakan wang.

    c) Teori Pembelajaran Gagne.

    Sejarah pengasasan.

    Robert M.Gagne dilahirkan dalam tahun 1916 di North Andover, Massachusetts. Beliau telah

    menerima latihan dan belajar mengenai tradisi pembelajaran berbahasa (verbal).Beliau telah

    mengubah gaya kajian beliau yang berteraskan penggunaan makmal kepada tugas latihan

    praktikal dalam angkatan tentera udara semasa Perang Dunia Kedua. Di antaranya, beliau

    menyatakan bahawa adalah tugasan pembelajaran bagi kemahiran intelek boleh disusun

    mengikut hierarki daripada yang mudah kepada yang kompleks. Beliau juga mengemukakan

    pembelajaran masteri.

    Konsep dan Teori

    o Pembelajaran Masteri

    Apa itu Pembelajaran Masteri? Menurut Bloom (1968), Pembelajaran Masteri

    merupakan satu pendekatan pengajarandan pembelajaran yang berfokuskan penguasaan

    kanak-kanak dalam sesuatu perkara yang diajar. Pembelajaran Masteri ialah satu set idea

  • 8/11/2019 Pembelajaran Sains Kanak - kanak

    22/90

    22 | SCE 3023Pembelajaran Sains Kanak - Kanak

    dan amalan pengajaran secara individu yang dapat membantu kanak-kanak untuk belajar

    secara konsisten, idea dan amalan ini menghasilkan pengajaran yang sistematik, membantu

    kanak-kanak apabila menghadapi masalah pembelajaran, memperuntukkan masa yang

    mencukupi untuk kanak-kanak mencapai masteri dengan berpandukan kriteria masteri yang

    jelas [Anderson & Block, 1975]. Induktifnya, pembelajaran masteri boleh didefinisikan

    secara konseptual sebagai suatu pendekatan pengajaran dan pembelajaran (P&P) bagi

    memastikan semua murid dapat menguasai ( mastering ) objektif pembelajaran yang

    ditetapkan dalam suatu konsep pembelajaran sains sebelum berpindah atau maju ke

    konsep pembelajaran yang seterusnya. Dengan erti kata lain, semua murid perlu dididik

    mengikut keupayaan masing masing tanpa memberi tekanan yang melampau kepada

    mereka untuk menguasai sesuatu baba tau konsep sains.

    Umumnya, Pembelajaran Masteri memiliki prinsip prinsip yang telah digariskanoleh Gagne sendiri. Empat prinsip itu adalah :

    Kanak-kanak normal boleh memahami dan menaakul apa yang

    diajarkan oleh guru terhadap mereka.

    Unit pembelajaran dipecahkan kepada beberapa unit kecil supaya

    mudah dikuasai.

    Kanak-kanak memerlukan masa yang mencukupi untuk menguasai

    sesuatu hasil pembelajaran yang ditentukan.

    Arahan pengajaran dan pembelajaran (P&P) bagi setiap unit

    pembelajaran mestilah jelas dan mudah difahami oleh

    muridmurid.

    Menggunakan prinsip prinsip ini, pembelajaran masteri lebih banyak

    memperuntukkan masa bagi proses P&P kerana fokus pembelajaran di sini ialah bagi

    memastikan setiap murid dalam kelompok mereka (kelas, tahap atau umur) berjaya

    menguasai setiap konsep sains yang ingin diajar dan mencapai objektif pembelajaran yang

    ditetapkan. Pendekatan masteri ini mengutamakan keupayaan individu tersebut, dan lebih

    menekankan kepada fokus guru yang lebih utama untuk mengajar dengan memastikan

    semua murid samaada memiliki keupayaan kognitif yang rendah, sederhana atau tinggi,

    dapat menguasai satu konsep sains sebelum melangkah untuk mengajar mengenai konsep

    sains yang lain pula.

    Melalui pengenalan kepada pembelajaran masteri, Gagne mengutarakan Model

    Pembelajaran Masteri. Model ini menyarankan susur galur atau carta aliran bagi sesuatuproses pembelajaran. Carta alir ini melibatkan guru, murid dan pproses P&P itu sendiri.

  • 8/11/2019 Pembelajaran Sains Kanak - kanak

    23/90

    23 | SCE 3023Pembelajaran Sains Kanak - Kanak

    MODEL PEMBELAJARAN MASTERI.

    Sebagai satu permisalan, seorang guru sains semasa mengendalikan proses P&P

    berkaitan konsep pengelasan haiwan berdarah sejuk dan berdarah panas, perlu

    menggunakan sepenuh usahanya untuk memastikan dan mengetahui bahawa semua

    muridnya menguasai konsep tersebut, sebelum memperkenalkan mereka kepada konsep

    tumbuhan berbatang dan tidak berbatang. Guru tersebut boleh melaksanakan pelbagai

    kaedah untuk mengenalpasti samaada murid muridnya telah menguasai konsep yang

    telah diajar seperti kuiz, peperiksaan, soalan secara terus, soal selidik, dan sebagainya.

    o Peringkat Pembelajaran Gagne

    (Pembelajaran Hierarki)

    Selain itu, Gagne turut memperkenalkan pembelajaran secara hierarki. Pendapat

    Gagne menerusi pembelajaran hierarki ialah pembelajaran itu memiliki kategori bersifat

    bertahap kerana setiap pembelajaran itu lebih senang dikendalikan dan direalisasikan

    objektifnya menggunakan salah satu kategori atau campuran pelbagai kategori tersebut.

    Tambahan pula, Gagne turut membincangkan mengenai ideanya iaitusistem Hierarki

    pembelajaran yang terbahagi kepada lapan tahap pembelajaraniaitu pembelajaran isyarat,

    pembelajaran pertalian ransangan gerak balas, pembelajaran rangkaian psikomotor,

    pembelajaran perkaitan verbal, pembelajaran diskriminasi berganda, pembelajaran konsep,

    pembelajaran prinsip (peraturan) dan penyelesaian masalah.

    1. Pembelajaran isyarat

    Pembelajaran pada tahap ini merupakan hasil inspirasi daripada hukum gerak balas

    pelaziman klasik Pavlov. Seseorang itu, atau dalam konteks ini, ialah kanak kanak belajar

    untuk melakukan gerak balas secara umum terlazim terhadap isyarat isyarat yang

    diransangkan terhadapnya. Kebiasaannya, gerak balas (respons) yang dilakukan oleh

    kanakkanak atau individu terbabit ialah berteraskan emosinya. Sebagai satu permisalan,

    seorang guru sains memberitahu kepada kelasnya (murid - muridnya) bahawa pada

    keesokan hari, akan dijalankan satu kuiz ringkas dan sesiapa yang gagal dalam kuiz

    tersebut akan didenda. Perasaan takut dan bimbang mula tercetus dalam hati murid

    murid sekaligus mendorong mereka untuk belajar mengenai topik atau konsep sains yang

    akan dimasukkan dalam kuiz tersebut.

  • 8/11/2019 Pembelajaran Sains Kanak - kanak

    24/90

    24 | SCE 3023Pembelajaran Sains Kanak - Kanak

    2. Pembelajaran pertalian ransangangerak balas (RG)

    Peringkat ini, boleh disamakan dengan Hukum Pelaziman Operan Skinner (Teori

    Pembelajaran Behaviourisme). Juga dikenali dengan nama panggilan gerak balas

    instrumental. Dalam peringkat ini, kanak kanak mula menunjukkan sesuatu gerak balas

    yang spesifik bergantung kepada jenis dan bentuk ransangan yang diberikan( G tertentu

    untuk R yang berbeza sahaja). Pembelajaran pada peringkat ini lebih menekankan aspek

    verbal dan motor yang khusus. Hampir kesemua contoh pembelajaran R G melibatkan

    tingkah laku (gerak balas) yang sengaja (tindak balas itu disedari sendiri oleh kanak -

    kanak). Contohnya, apabila guru menggunakan aspek peneguhan atau ganjaran dalamproses P & P beliau, beliau akan menerima respons yang tertentu berdasarkan ransangan

    yang beliau berikan, dan juga kanak kanak yang mula mengajuk setiap perkataan yang

    didengarinya daripada percakapan orang dewasa.

    3. Pembelajaran rangkaian psikomotor.

    Dikenali juga sebagai pembelajaran kemahiran. Pembelajaran jenis ini melibatkan

    penggabungan atau perkaitan hubungan dua atau lebih unit pembelajaran R G. Gabungan

    ini sebenarnya tidak meliputi aspek lisan tetapi berfokuskan kepada turutan fizikal dan bukanverbal. Satu penekanan utama yang amat penting untuk difahami dalam peringkat ini ialah

    setiap satu elemen pembelajaran ( unit pembelajaran R G) perlu dimantapkan terlebih

    dahulu sebelum pelaksanaan pembelajaran tahap ini. Banyak pembelajaran di sekeliling kita

    berada pada tahap ini seperti menulis, berlari, menangkap bola, dan memutarkan mainan

    spring kanakkanak.

    4. Pembelajaran perkaitan verbal.

    Turut popular dengan nama pembelajaran perkaitan berbahasa. Pembelajaran inimerupakansuatu pembelajaran berbentuk rangkaian, tetapi tetap wujud perkaitan di antara

    unit verbal dengan unit verbal yang lain. Pada tahap ini, kanak kanak menggunakan

    pelbagai rangkaian RG untuk mengeluarkan respons pembelajaran yang lebih kompelks.

    Kebiasaannya, pembelajaran ini melibatkan penggunaan dua atau lebih rangkaian R G.

    Dalam kes ini, sekiranya proses penamaan satu objek diambil sebagai satu pembelajaran,

    rangkaian RG pertama terlibat apabila kanakkanak mula mengenalpasti ciriciri objek

    itu, dan rangkaian R G kedua mula digunakan apabila kanak kanak menamakan objek

    tersebut dengan panggilan kata yang diamalkan oleh masyarakat sekeliling. Selain itu,

  • 8/11/2019 Pembelajaran Sains Kanak - kanak

    25/90

    25 | SCE 3023Pembelajaran Sains Kanak - Kanak

    pembelajaran tahap ini juga turut diterapkan dalam pantun, rumus, atau abjad yang

    mengikut turutan (A,B,C,D,E.Y, dan Z).

    5. Pembelajaran diskriminasi berganda

    Terbentuk daripada rangkaian berasingan yang dipelajari dan dikaitkan bersama.

    Persamaannya di sini ialah rangkaian awal yang diperlukan pada hierarki rendah amat

    diutamakan terlebih dahulu. Pembelajaran ini tersusun daripada tahap rendah sehingga

    peringkat tertinggi. Pada tahap pembelajaran ini, kanak kanak dapat mempelajari untuk

    memberi respons atau gerak balas yang berbeza mengikut ransangan ransangan yang

    berbeza. Amat penting ditekankan melalui aspek ini juga, kanak kanak dapat

    mengenalpasti kekeliruan yang mungkin timbul akibat penyerupaan atau irasiras di antarakonsep sains dengan satu konsep sains yang lain.

    Pemahaman ini dapat dijelaskan lagi melalui satu perlambangan berikut :

    Seorang kanak kanak belajar dan menggunakan panggilan satu blok bagi satu

    kubus yang bersisi panjang lima cm. Namun demikian, nama tersebut turut digunakan untuk

    objek tiga dimensi yang berbentuk lain seperti kon, sfera, dan silinder. Lama kelamaan,

    kanak kanak ini mula mengetahui mengenai konsep kubus, tersedar akan kesilapannya,

    serta mula menggunakan istilah yang tepat bagi struktur yang berbeza dari segi saiz, bucu,tekstur, dan rupa bentuk itu.

    6. Pembelajaran konsep.

    Tahap pembelajaran konsep bermula dengan pengukuhan pembelajaran verbal dengan

    diskriminasi berganda dalam aspek pembelajaran yang dilalui oleh kanak kanak. Melalui

    tahap ini, kanak kanak dianggap akan mengenali ciri-ciri sesuatu konsep secara tepat

    selepas membina pengamatan, pemerhatian dan pandangan mereka terhadap bahan,

    manusia, haiwan, tumbuhan mahupun peristiwa.Harus diingati bahawa kanak-kanak perludidedahkan dengan pelbagai sampel atau contoh yang spesifik atau jelas supaya konsep

    yang tepat dapat dibina. Setelah kanak kanak dapat membina pemahaman konsep itu,

    guru harus mengukuhkannya lagi dengan mengutarakan beberapa lagi perlambangan

    kepada mereka. Contohnya, seorang guru sains yang merancang proses P & P beliau

    mengenai haiwan reptilia. Pada peringkat awal proses P&P, guru perlu mengemukakan

    permisalan mengenai cicak, biawak, buaya dan iguana. Kanak kanak akan mula

    memerhatikan contoh yang telah diberi dan membina satu konsep asas mengenai haiwan

    reptilian ini. Bagi proses pengukuhan konsep pula, guru perlu menambah lagi contoh yang

    diberi berkisarkan haiwan bukan reptilian pula iaitu burung kenari, burung raja udang,

  • 8/11/2019 Pembelajaran Sains Kanak - kanak

    26/90

    26 | SCE 3023Pembelajaran Sains Kanak - Kanak

    beruang, kucing, ayam dan sebagainya. Perbezaan sifat dan ciriciri antara haiwan reptilia

    dan bukan reptilia akan difahami dan konsep haiwan reptilia dapat ditanam kukuh dalam

    minda kanakkanak tersebut.

    7. Pembelajaran prinsip (peraturan)

    Beralih kita kepada tahap pembelajaran yang seterusnya iaitu pembelajaran prinsip. Juga

    dikenali dengan nama pembelajaran hukum atau peraturan. Pembelajaran ini sebenarnya

    terdiri daripada gabungan dua atau lebih pembelajaran konsep. Menjadi satu

    kewajipankepada guru yang ingin menerapkan tahap ini terhadap murid muridnya untuk

    memastikan mereka dapat mengaitkan pelbagai konsep menjadi satu perhubungan konkrit

    dalam minda mereka. Proses ini melibatkan daya kognitif yang sangat tinggi untuk minda

    normal kanak kanak, namun masih boleh diaplikasikan ke dalam alam persekolahan

    mereka. Keupayaan untuk memanipulasikan penggunaan rumus, prinsip, dan generalisasi

    konsep turut diperlukan dalam merealisasikan tahap pembelajaran peraturan ini.

    Misalnya, seorang kanak kanak yang sedang melalui proses P & P mengenai

    haiwan invertebrata dan vertebrata. Kanak kanak itu perlu menganalisa dan menguasai

    beberapa konsep seperti konsep bilangan kaki bagi haiwan invertebrata dan vertebrata,

    jenis kulit, jenis darah samada berdarah panas atau sejuk , sistem pernafasan , struktur

    anggota badan dan struktur tulang. Kemudian, perkaitan antara konsep ini perlu wujud bagi

    menjamin keberadaan kanak kanak dalam tahap ini. Akhirnya, kanak kanak yangberjaya menggabungkan semua konsep berkaitan akan lebih mudah memahami mengenai

    peraturan yang ada abgi mengelaskan haiwan tersebut sebagai haiwan vertebrata atau

    invertebrata.

    8. Penyelesaian masalah.

    Merupakan peringkat pembelajaran tertinggi yang telahdigariskan oleh Gagne

    sendiri, peringkat ini merupakan pembelajaran berstruktur kompleks dan menjadi penentu

    aras kepada keberkesanan proses pembelajaran yang dilaksanakan. Bagi membolehkanmurid mencapai tahap pembelajaran ini, 7 peringkat pembelajaran yang sebelumnya

    mestilah dikuasai oleh murid . Pada peringkat ini, seseorang perlu menggunakan prinsip

    prinsip yang dipelajarinya, menaakul, menapis , dan menyusun prinsip prinsip tersebut

    mengikut peri pentingnya supaya maklumat yang telah diproses itu mampu menjadi kunci

    dan jalan penyelesaian kepada krisis atau masalah yang dihadapi. Terdapat beberapa

    langkah dalam penyelesaian masalah, iaitu mengenalpasti masalah, mencari maklumat

    yang berkaitan, membuat hipotesis bagi masalah tersebut, membuat pilihan bagi

    penyelesaiannya dan merangka rumusan bagi keseluruhan proses penyelesaian itu. Tahap

  • 8/11/2019 Pembelajaran Sains Kanak - kanak

    27/90

    27 | SCE 3023Pembelajaran Sains Kanak - Kanak

    ini mula digunakan dalam pembelajaran sains kanak kanak apabila kanakkanak dapat

    mengendalikan eksperimen dalam modul pembelajaran mereka dengan diberi panduan oleh

    guru sains dan semua persoalan bagi eksperimen itu dijawab oleh pemikiran dan hasil

    kajian mereka sendiri. Contohnya, apabila murid mula menjalankan satu eksperimen untuk

    mengenalpasti kewujudan proses forosintesis daun dengan mengesan kehadiran gas

    oksigen sebagai hasil buangan, dan gas karbon dioksida sebagai bahan perlu.

    o Domain Pembelajaran Gagne.

    Terdapat lima domain pembelajaran yang telah diutarakan oleh Gagne iaitu

    maklumat lisan, kemahiran intelek, strategi kognitif, kemahiran motor dan sikap. Domain

    pembelajaran ini sebenarnya ialah bentuk hasil pembelajaran yang diperoleh setelah proses

    P&P telah dijalankan.

    1. Maklumat lisan.

    Juga dikenali dengan maklumat berbahasa. Tema yang dibawa oleh domain ini ialah

    perkembangan maklumat menggunakan bahasa tidak kira samada bahasa tersebut ialah

    bahasa antarabangsa, bahasa penutur jati, atau bahasa loghat daerah. Contohnya, proses

    penamaan bagi bahagian komponen elektrik seperti perintang, wayar, klip buaya, dan sel

    kering.

    Maklumatlisan

    KemahiranIntelek

    StrategiKognitif

    KemahiranMotor

    Sikap

  • 8/11/2019 Pembelajaran Sains Kanak - kanak

    28/90

    28 | SCE 3023Pembelajaran Sains Kanak - Kanak

    2. Kemahiran intelek.

    Kemahiran intelek merupakan suatu kebolehan untuk berinteraksi dengan persekitaran

    denga menggunakan simbol berkonsep. Contoh prestaasi yang menunjukkan bahawa murid

    murid sudah memiliki domain ini ialah mampu mengenal pasti perpenjuru bagi mana

    mana bentuk berbucu (segiempat tepat, pentagon, heksagon), mampu memberi penerangan

    yang jelas mengenai situasi air yang beku pada suhu 00C, berkemampuan meramal kadar

    pertumbuhan pokok berdasarkan keadaan ransangan yang diberi.

    3. Strategi kognitif.

    Domain yang ke-2 ini sebenarnya hasil pembelajaran berbentuk kebolehan

    mengawal tingkah laku sendiri untuk belajar, mengingati, berfikir dan menaakul. Antara

    aktiviti aktiviti yang dapat meransang perkembangan murid melalui domain ini ialah

    pembinaan carta untuk menyusun data, penaakulan secara terbalik untuk menyelesaikan

    masalah, dan proses memecahkan masalah yang kompleks menjadi masalah yang lebih

    kecil.

    4. Kemahiran motor.

    Berkisarkan mengenai kemahiran manipulatif dan keupayaan menjalankan kerja rutin

    seharian. Subjek sains masih lagi dapat menerapkan domain ini kepada murid murid

    melalui pelaksanaan aktiviti berbentuk fizikal dan memerlukan pergerakan aktif oleh murid

    murid itu sendiri. Contoh aktiviti yang mampu merangka dan mengukuhkan domain ini dalam

    diri muridmurid ialah penyediaan slaid mikroskop, pembinaan model menggunakan mesin

    yang ringkas, pengukuran berat objek menggunakan neraca, dan aktiviti eksperimen normal

    dalam makmal sains.

    5. Sikap.

    Domain sikap ini sebenarnya membawa tujuan bahawa murid murid itu mesti

    mengalami perubahan sikap terhadap objek, orang lain, situasi, persekitaran, flora dan

    fauna, atau perubahan dalam domain afektif. Domain ini hakikatnya disandarkan kepada

    pengukuhan nilainilai moral dalam diri kanakkanak tersebut dengan semaian nilai murni

    daripada guru sains secara sisipan dalam modul pembelajaran sains peringkat KSSR.

    Beberapa bukti atau indikator kepada guru bahawa murid muridnya sudah mencapai

  • 8/11/2019 Pembelajaran Sains Kanak - kanak

    29/90

    29 | SCE 3023Pembelajaran Sains Kanak - Kanak

    domain sikap ini ialah murid itu sendiri memiliki rasa berkeinginan untuk meminjam buku

    tentang haiwan dan tumbuhan di pusat sumber, berminat untuk mengumpul koleksi

    mengenai spesis ramarama, berkeinginan untuk melawat planetarium negara, dan terlibat

    aktif dalam persatuan sains dan matematik di sekolah.

    Implikasi terhadap PdP dan sistem pelajaran.

    Berpegang kepada Teori Gagne, guru bukan lagi menjadi seakan akan seorang

    pendeta atau pemidato yang hanya pandai berkata kata dan tidak pandai mengurus

    proses P&P di sekolah.Kini, guru turut memiliki kepelbagaian peranan dalam melancarkan

    lagi arus pendidikan di negara kita. Di antara peranannya adalah sebagai perancang,pengurus dan penilai proses pengajaran. Guru harus menganalisis sukatan sains kanak-

    kanak berdasarkan modul sains KSSR yang telah dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran

    Malaysia dan kemudian merancang turutan konsep sains dan kemahiran mengikut hierarki .

    Menggunakan Teori Pembelajaran Gagne ini, guru berkemungkinan dapat membentuk

    proses P&P sains di sekolah dengan :

    a) Mengasingkan di antara pengalaman sedia ada dengan pengetahuan baru. Menjadi

    satu kemestian kepada guru untuk mengaitkan pengalaman baru yang akan dialami

    oleh murid murid dengan pengetahuan yang sudah ada dalam minda mereka.

    Melalui cara ini,k anak-kanak akan lebih mudah memahami fakta atau konsep yang

    baru dengan berbekalkan hubungan pengetahuan baru dengan pengalaman sedia

    ada pada masa lepas.

    b) Merangka P&P berteraskan satu kemahiran sahaja yang diajar pada satu-satu masa

    (tidak boleh menerapkan pelbagai kemahiran dalam satu satu masa). Kemahiranyang ingin diasah dala diri murid murid itu perlu dibina daripada kemahiran yang

    telah ada pada mereka (prerequisite) .

    c) Memerhati dan mengambil kira ciri-ciri setiap kanak-kanak yang berada bawah

    didikan beliau. Ciri ciri yang perlu diperhatikan ialah kesediaan, tahap

    kemahiran,dan motivasi pelajar itu samada intristik atau extristik. Hal ini adalah

    kerana ciri ciri tersebut merupakan faktor keberkesanan P&P yang perlu

    diutamakan oleh guru.

  • 8/11/2019 Pembelajaran Sains Kanak - kanak

    30/90

    30 | SCE 3023Pembelajaran Sains Kanak - Kanak

    d) Menerapkan unsur variasi dalam penggunaan media semasa P&P dilaksanakan.

    Setiap jenis pembelajaran memerlukan media yang berbeza untuk mencapai objektif

    pembelajaran dan pengajaran secara lebih berkesan. Misalnya, dalam pembelajaran

    berkisarkan konsep, murid perlu diransang dengan pelbagai contoh atau bukan

    contoh yang konkri dan tetap agar mereka boleh menaakul ciri-ciri yang terdapat

    dalam elemen yang disajikan. Berbekalkan proses tersebut, murid berjaya

    membentuk konsep yang tertentu dalam minda mereka.

    e) Pentafsiran guru terhadap daya kognitif kanak kanak perlu dilaksanakan secara

    formatif dan sumatif. Dengan wujudnya tafsiran dalam bentuk sebegini, guru dapat

    menentukan samada kanak-kanak memerlukan proses pemulihan, pengayaan,

    pengukuhan konsep atau boleh bergerak ke tajuk sukatan yang seterusnya.

    d) Teori Pembelajaran Ausubel.

    Sejarah Pengasasan.

    David Ausuble merupakan seorang ahli psikologi dari Amerika Syarikat. Beliau lahir

    di Brooklyn, New York pada tahun 1918. Pada usia remajanya, beliau telah ditawarkan

    untuk mengambil kursus ijazah dalam pra perubatan dan major Psikologi di University of

    Pennsylvania. Pada tahun 1973, beliau telah bersara daripada dunia akademik dan

    berusaha menumpukan sepenuh masa beliau ke arah amalan psikologi yang dipelajarinya.

    Pada masa ini, beliau banyak membuat kajian. Minat beliau mula beralih ke arah

    psikopatologi umum, pembinaan ego, penagihan dadah dan psikologi forensik. Disebabkan

    sumbangan beliau yang begitu banyak terhadap dunia psikologi dan pembelajaran, beliau

    telah menerima Thorndike Award from the American Psychological Association for

    "Distinguished Psychological Contributions to Education"pada tahun 1976.

    Konsep dan Teori.

    o Pandangan Ausubel mengenai pembelajaran.

    Melalui penyelidikan yang dijalankan oleh Ausubel, beliau sendiri ( 1977) telah

    mengemukakan teori pembelajaran Ausubel.Menurut beliau, pembelajaran adalah melalui

  • 8/11/2019 Pembelajaran Sains Kanak - kanak

    31/90

    31 | SCE 3023Pembelajaran Sains Kanak - Kanak

    pemperolehan ilmu manusia dengan kebanyakan ilmu itu diterima dalam bentuk

    pembelajaran resepsi. Beliau amat tidak bersetuju dengan pembelajaran melalui konsep

    pembelajaran penemuan yang diketengahkan oleh Bruner.Hal ini berpunca daripada

    pendapat Ausubel yang mengatakan pembelajaran penemuan Bruner terlalu mengambil

    masa yang panjang dan tidak memanfaatkan masa P&P secukupnya. Dalam Teori

    Pembelajaran Ausubel, beliau memperkenalkan Model Pembelajaran Ekspositori. Ausubel

    juga mengemukakan kepentingan pembelajaran lisan bermakna (meaningful verbal

    learning) dalam P&P murid, termasuk kepentingan idea yang dicambah daripada pemikiran

    murid, maklumat lisan yang disediakan oleh guru dan hubungan antara idea dengan idea

    yang lain ( juga dikenali dengan nama Konsep Penyusunan Awal).

    Ausubel membahagikan konsep pembelajaran melalui dua jenis iaitu pembelajaran

    bermakna (meaningful learning) dan pembelajaran menghafal (rote learning). Pembelajaran

    bermakna ialah satu proses pembelajaran yang mengaitkan maklumat baru kepada

    pengetahuan relevan yang telah dimiliki dalam struktur kognitif seseorang (dalam kes ini

    merujuk kepada kanak - kanak). Struktur kognitif sebenarnya ialah konsep, teori, fakta, atau

    generalisasi yang telah dipelajari sebelumnya dan disimpan rapi dalam memori minda.

    Selain itu, pembelajaran bermakna juga boleh diertikan sebagai satu proses

    pembelajaran yang berkisarkan mengenai ilmu pengetahuan baru dikaitkan terus denganstruktur pengertian yang sudah wujud dalam minda kanak-kanak apabila mereka

    mempelajari sesuatu. Hakikatnya, pembelajaran bermakna ini terjadi apabila kanak-kanak

    berupaya membina pertalian fenomena baru ke dalam struktur minda mereka. Menjurus

    kepada objektif tersebut, bahan subjek (atau alat bantu mengajar) disarankan agar relevan

    dan sesuai dengan struktur kognitif muridmurid serta selaras dengan arus perkembangan

    semasa.

    Beralih pula kita kepada pentakrifan Ausubel terhadap pembelajaran menghafal.

    Ausubel berpendapat bahawa pembelajaran menghafal adalah pembelajaran tidak

    bermakna (tidak berkesan). Pendapat ini ternyata benar kerana kanak-kanak memperoleh

    pengetahuan baru (melalui pembelajaran menghafal) tanpa menghubungkannya dengan

    pengetahuan sedia ada dalam struktur kognitif mereka. Apabila keadaan ini berlaku, kanak

    kanak hanya seolah olah alat perakam yang menyimpan maklumat sahaja tanpa

    memikirkannya, menaakul, dan mentafsir maklumat yang ada ke dalam bentuk baru dan

    sesuai dengan umur dan kebolehan mereka. Menurut Ausubel, kanak kanak sepatutnya

    dididik dengan mengorganisasikan pengalaman, pengetahuan, konsep dan fakta baru ke

    dalam skemata yang telah diketahui. Oleh itu, pembelajaran hafalan tidak dianggap oleh

  • 8/11/2019 Pembelajaran Sains Kanak - kanak

    32/90

    32 | SCE 3023Pembelajaran Sains Kanak - Kanak

    Ausubel sebagai salah satu pembelajaran bermakna dan tidak disyorkan kepada golongan

    pendidik untuk penggunaan proses P&P.

    o Pembelajaran Verbal dengan penyusunan awal.

    Dalam pembentukan Teori Pembelajaran Ausubel, beliau telah mengetengahkan konsep

    Pembelajaran Verbal atau pembelajaran berbahasa. Aspek yang merangkumi pembelajaran

    ini ialah kemahiran komunikasi melibatkan linguistik. PEmbelajaran berbahasa ini

    berkemungkinan efektif kepada kanak kanak yang berumur 11 atau 12 tahun ke atas

    sahaja (Poh Swee Hiang : 1997). Ausubel bersependapat dengan Piaget bahawa pada usia

    sebelum 11 tahun, kanak kanak hanya bereaksi penuh dengan pengalaman secara

    lansung melibatkan sentuhan dan aktiviti fizikal bersama bahan ransangan mereka. Namun

    demikian, setelah kanak kanak itu mencapai usia 11 tahun ke atas, mereka bernasur

    ansur belajar utnuk menghubungkan pengetahuan baru dengan konsepkonsep asas yang

    tersedia dalam minda mereka. Dalam pandangan Ausubel, faktor terpenting bagi

    memudahkan proses pembelajaran berlaku ialah apa yang telah diserap dan diketahui oleh

    kanakkanak.

    Sejak tahun 1960, Ausubel telah bergiat aktif dalam pembuktian beliau bahawa

    penyediaan Pengelola Awal (Advance Organizers) dapat meransang dan menjadi

    pemangkin bagi keberhasilan objektif pembelajaran terutama dalam aspek pemahaman

    konsep dan mengingati kembali pengetahuan yang diajar. Apakah itu pengelola awal?

    Pengelola awal adalah maklumat pengenalan yang relevan mengenai isi kandungan yang

    Konsep Teori Ausubel

    Pembelajaran Deduktif

    Ekspositori ResepsiBermakna

    PembelajaranVerbal

    Penyusunanawal (AO)

  • 8/11/2019 Pembelajaran Sains Kanak - kanak

    33/90

    33 | SCE 3023Pembelajaran Sains Kanak - Kanak

    ingin disampaikan dalam proses P&P. Pengelola awal juga dapat mempersembahkan

    kesemua konsep atau ilmu yang ingin dipelajari secara umum sahaja dan memberi satu

    gambaran awal mengenai sukatan pembelajaran pada masa itu kepada pelajarpelajar.

    Merujuk kepada pengelola awal, ianya sendiri dapat dikategorikan kepada tigakumpulan, iaitu pengelola awal berjenis pendedahan dan pengelola awal berjenis

    perbandingan dan pengelola awal berjenis naratif.

    Pengelola awal ( A.O.) berjenis pendedahan. A.O. jenis ini rata ratanya bertujuan

    mempersembahkan pengetahuan yang bercirikan baharu kepada murid murid.

    Kebiasaannya, A.O. jenis ini kerap digunakan oleh guru pada awal waktu P&P. Hanya

    generalisasi generalisasi mengenai bab atau tajuk yang ingin diajar pada masa itu

    disisipkan ke dalam A.O. ini. Berdasarkan generalisasi ini, murid akan menambah beberapa

    konsep baru yang bersesuaian dengan generalisasi tersebut bagi mempercepatkan lagi

    proses pembelajaran murid. Contohnya, seorang guru yang ingin melaksanakan proses

    P&P bertumpukan kepada konsep struktur tulang haiwan. Beliau boleh membawa kelas

    beliau melawat zoo negara, dan memberikan A.O. kepada mereka dengan meminta mereka

    mengingati perkataan tulang belakang dan tidak bertulang belakang. Berpandukan A.O.

    ini, mereka akan sentiasa dipandu dan diberi arah dalam pengembaraan mereka

    mengenalpasti haiwan haiwan di zoo itu meskipun hal ini tidak diberitahu secara

    keseluruhan oleh guru tersebut.

    Kembali pula kita kepada jenis A.O. yang kedua iaitu A.O. Perbandingan. A.O. jenis

    ini amat berguna untuk menyampaikan ilmu pengetahuan yang baru kepada pelajar akan

    tetapi tetap memiliki kaitan dengan pengetahuan sedia ada murid. Penggunaan A.O.

    sebegini berfokuskan mengenai perbandingan bahan baru yang dipelajari dengan konsep

    yang sudah difahami oleh murid. Sebagai contoh, apabila guru ingin mengajar mengenai

    topik fotosintesis pada tumbuhan dan murid murid sudah mengetahui mengenai konsep

    respirasi haiwan. Guru tersebut boleh menyediakan A.O. berbentuk jadual perbandingan

    respirasi dan fotosintesis. Jadual ini boleh ditunjukkan kepada murid murid samada pada

    pertengahan waktu P&P atau pada waktu akhir P&P.

    Jenis A.O. yang terakhir pula ialah naratif. Jenis ini sebenarnya memerlukan guru

    untuk berfikir dengan lebih kreatif kerana A.O. kategori ini mempersembahkan bahan baru

    dalam bentuk cerita. A.O. ini amat baik sekiranya diaplikasikan dalam konsep konsep yang

    berkronologi seperti konsep 4 musim (pengorbitan bumi terhadap matahari), konsep bentuk

    bulan pada mata (pengorbitan bulan pada bumi), pasang surut air laut, dan siratan

    makanan. Misalnya, guru sains boleh menyanyikan lagu Bangau Oh Bangau bersama

    muridmurid dalam melaksanakan proses P&P mengenai rantai makanan.

  • 8/11/2019 Pembelajaran Sains Kanak - kanak

    34/90

    34 | SCE 3023Pembelajaran Sains Kanak - Kanak

    o Pembelajaran Ekspositori / Deduktif.

    Konsep ini digabungkan daripada dua konsep awal yang telah diutarakan oleh Ausubel, iaitu

    pembelajaran pendedahan dan pembelajaran resepsi bermakna. Pembelajaran pendedahan

    atau pembelajaran ekspositori ini amat berlainan dengan konsep pembelajaran penemuan

    Bruner. Menggunakan konsep pembelajaran ekspositori ini, guru perlu menyediakan bahan

    bantu mengajar (atau bahan pembelajaran) yang bermakna kepada pelajar untuk diikuti dan

    difahami oleh pelajar itu sendiri. Bahan pembelajaran yang disyorkan ialah pengelola awal

    yang telah kita bincangkan pada halaman yang sebelumnya.

    Manakala, pembelajaran deduktif Ausubel atau boleh juga dianggap dengan istilah

    pembelajaran resepsi bermakna, ialah satu turutan kaedah pembelajaran melalui perincian

    penerangan. Pendek kata, guru disarankan mengajar menggunakan konsep umum pada

    awal proses P&P, dan kemudian penerangan tersebut bertambah spesifik sehingga pada

    akhir proses P&P. Ausubel pernah mengetengahkan konsep pembelajaran resepsi

    bermakna ini dalam pembelajaran sains rendah dan pemikiran beliau disokong oleh ahli

    ahli pendidikan dan psikologi yang lain. Bagi mereka, pembelajaran sains tidak sepatutnya

    terlalu mementingkan proses demi proses sains sehingga melupakan isi kandungan sains

    yang ingin disampaikan. Tambahan pula, Ausubel turut bersefahaman dengan majoriti ahli

    pendidikan (termasuk Gagne dan Bruner) bahawa penyelesaian masalah merupakan

    objektif akhir dalam pembelajaran sains. Namun demikian, Ausubel merasakan bahawa

    penyelesaian masalah akan menjadi lebih berkesan seandainya kanakkanak mempelajari

    konsep sains terlebih dahulu sebelum mereka didedahkan dengan konsep penyelesaian

    masalah.

    Implikasi terhadap PdP dan sistem pelajaran.

    Berpegang kepada Teori Pembelajaran Ausubel, guru sains boleh memperhalusi lagi proses

    P&P sains secara lebih berimpak tinggi dengan:

    I. Penggunaan pembelajaran secara deduktif. Guru dapat mengemukakan konsep

    yang umum dalam P&P, dan semakin spesifik dan khusus bila masa semakin

    bergerak. Keteraturan penerangan dan pembelajaran ini dapat menambahkan lagi

    kefahaman pelajar mengenai sesuatu konsep sains yang ingin diajar.

  • 8/11/2019 Pembelajaran Sains Kanak - kanak

    35/90

    35 | SCE 3023Pembelajaran Sains Kanak - Kanak

    II. Membentuk P&P berlandaskan pengajaran ekspositori supaya murid lebih teransang

    mindanya dan tidak cepat bosan. Pembelajaran ini juga dapat memastikan autoriti

    bahan pembelajaran yang lebih menyakinkan dan panduan arus pembelajaran yang

    lebih terarah dan selamat. Menjadi satu lumrah kepada kanak kanak sekarang

    untuk mencari bahan pembelajaran tambahan dengan melayari web sesawang.

    Namun demikian, kebanyakan blog, ensiklopedia pengguna tidak memiliki autoriti

    yang tulen mengenai kesahihan maklumat yang diberi.

    III. Menggunakan pengelola awal dalam proses pengajaran. Hal ini dapat dimanfaatkan

    untuk meransang pemikiran kanak-kanak bagi mengingati semula konsep yang telah

    dipelajari dan mengaitkannya dengan konsep baru. Di samping itu, penggunaan A.O.

    dapat memastikan ingatan berterusan mereka mengenai konsep atau bab yang telah

    dipelajari dalam sesi P&P yang lalu.

    IV. Menjalankan aktiviti pada akhir pembelajaran bagi memeriksa dan memastikan

    aspek penyelesaian masalah dapat dikuasai oleh muridmurid.

    V. Mengutarakan penerangan umum mengenai konsep terlebih dahulu, penerangan

    khusus dan diakhiri dengan pemberian masalah untuk diselesaikan oleh murid.

    e) Rumusan.

    Kesemua Teori Pembelajaran Kognitif yang meliputi Teori Pembelajaran Piaget,

    Teori Pembelajaran Bruner, Teori Pembelajaran Gagne dan Teori Pembelajaran Ausubel

    amat menitikberatkan penggunaan kognitif iaitu pengaplikasian daya pemikiran mental

    dalam pembelajaran. Aspek pemikiran dan percambahan daya kognitif menjadi pusat utama

    perbincangan mereka. Meskipun kaedah yang disarankan adakalanya berbeza, namun

    mereka masih lagi bersetuju mengenai konsep asas iaitu berpusatkan kepada teori yangdiasaskan oleh Piaget, pengetahuan yang baru mesti dikaitkan dengan pengalaman sedia

    ada pelajar (turut dikenali sebagai struktur kognitif).

    Prinsip penyelesaian masalah turut merupakan persamaan tema yang dibawa dalam

    kesemua Teori Pembelajaran Kognitif yang telah dibincangkan sebelum ini. Namun

    demikian, terdapat sedikit perbezaan dari segi kedudukan jangka masa aspek penyelesaian

    masalah ini diutarakan iaitu samada pada awal P&P, pada akhir P&P atau pada

    pertengahan masa P&P. Penggunaan pendekatan juga adakalanya berbeza namun masih

    lagi dapat dikelompok kepada dua kaedah iaitu secara deduktif mahupun induktif.

  • 8/11/2019 Pembelajaran Sains Kanak - kanak

    36/90

    36 | SCE 3023Pembelajaran Sains Kanak - Kanak

    Tuntasnya, Teori Pembelajaran Kognitif lebih mementingkan keupayaan menaakul,

    memahami dan mengingati secara bermakna oleh pelajar. Oleh itu, kebanyakan ahli teori

    kognitif menyarankan pengaplikasian penggunaan mental dan pemikiran minda terhadap

    kanakkanak yang lebih dewasa (10 atau 11 tahun ke atas sahaja).

    1.3 Teori Pembelajaran Behavioris

    Dalam Teori Pembelajaran Behavioris, terdapat 2 pembahagian iaitu Pelaziman

    Klasik dan Pelaziman Operan. Dalam perbincangan ini, terdapat 4 orang tokoh yang

    mempelopori dan memperkembangkan Behaviourisme ini . 4 orang tokoh ini pula masing

    masing terbahagi kepada dua, iaitu Tokoh Teori Behavioris dalam Pelaziman Klasik dan

    Tokoh Teori Behavioris dalam Pelaziman Operan. Pembahagian ini ditunjukkan seperti

    didalam rajah dibawah.

    Rajah 1 : Tokoh - Tokoh teori behaviorisme

    a. Pelaziman Klasik

    Teori Pelaziman Klasik Ivan Pavlov

    Pelaziman klasik (1927) diperkenalkan oleh Ivan Pavlov (1849-1936), seorang ahli

    fisiologi berbangsa Rusia yang juga pemenang Hadiah Nobel 1904 bagi kajianya tentang

    fisiologi pencernaan. Fokus kajian Pavlov yang menghasilkan pelaziman klasik adalah

    tentang pengeluaran air liur anjing. Pavlov menjadi berminat untuk menjalankan uji kaji

    mengukur lelehan air liur anjing memandangkan setiap kali melihat pembantu makmal,

    Tokoh - TokohTeori Behavioris

    Pelaziman Klasik

    Pavlov

    Watson

    PelazimanOperan

    Thorndike

    Skinner

  • 8/11/2019 Pembelajaran Sains Kanak - kanak

    37/90

    37 | SCE 3023Pembelajaran Sains Kanak - Kanak

    mendengar tapak kaki pembantu makmal atau melihat baju pembantu makmal yang

    membawa makanan anjing, air liur anjing akan meleleh keluar. Oleh itu, Pavlov

    melaksanakan beberapa uji untuk mengkaji fenomena tersebut. Salah satu daripada kajian

    beliau termasuklah seperti yang berikut :

    1. Pavlov menyalakan lampu suluh. Anjing tidak memberikan sebarang respons kepada

    cahaya berkenaan. Cahaya lampu tidak ada sebarang hubungan dengan anjing.

    Oleh itu, tiada sebarang respons yang ditunjukkan oleh anjing. Organisma (manusia

    atau haiwan) tidak akan memberikan sebarang tindak balas atau respons kepada

    rangsangan (sebarang objek) dalam persekitaran yang tidak ada hubungan langsung

    dengan organisma. Rangsangan tersebut dikenali sebagai rangsangan neutral

    (neutral stimulus).

    R (cahaya lampu) G (tiada)

    2. Pavlov menyalakan lampu suluh dan seterusnya menunjukkan daging makanan

    kepada anjing. Setiap kali prosedur ini diulang, air liur anjing akan meleleh keluar.

    Secara semula jadi anijng akan melelekan air liur apabila melihat makanannya.

    Daging makanan anjing ialah rangsangan semula jadi. Oleh itu, gerak balas anjing

    juga adalah semula jadi.

    R (cahaya lampu)

    G (lelehan air liur)

    R (daging)

    3. Pavlov menyalakan lampu suluh tanpa daging makanan anjing. Anjing melelehkan

    air liur, ini menunjukkan bahawa anjing telah belajar gerak balas baru terhadap

    rangsangan suluhan lampu. Cahaya lampu menjadi isyarat yang bermakna kepad

    anjinganjing sebagai masa untuk makan. Anjing telah membuat perkaitan antara

    suluhan lampu (rangsangan neutral) dengan daging (rangsangan semula jadi).

    Gerak balas yang diberikan menunjukkan bahawa pembelajaran telah berlaku.

    R (Cahaya lampu)G (lelehan air liur)

    Sebelum kita terus meneliti bagaimana pembelajaran berlaku melalui proses pelaziman,

    elok kita cuba fahami beberapa konsep dan istilah yang akan digunakan.

  • 8/11/2019 Pembelajaran Sains Kanak - kanak

    38/90

    38 | SCE 3023Pembelajaran Sains Kanak - Kanak

    (a) Terdapat tiga jenis rangsangan:

    (i) Semua objek/perkara/peristiwa dalam persekitaran yang tidak ada hubungan

    langsung dengan diri, kita tidak akan memberikan respons kepadanya.

    Objek/perkara/peristiwa berkenaan dikenali sebagai rangsangan neutral.

    (ii) Semua objek/perkara/peristiwa yang ada hubungan secara semula jadi

    dengan diri, kita akan bergerak balas/respons secara semula jadi atau

    refleksif. Rangsangan tersebut dikenali sebagai rangsangan semula jadi.

    (iii) Rangsangan neutral yang wujud beserta rangsangan semula jadi dan

    menghasilkan gerak balas yang serupa dikenali sebagai rangsangan

    terlazim.

    (b) Terdapat dua jenis gerak balas :

    (i) Gerak balas/respons yang berlaku secara semula jadi atau berupa

    pantulan/refleksif. Contohnya, sejuk-tarik selimut, lapar-makan, panas-

    tanggal baju, dinamakan gerak balas semula jadi.

    (ii) Gerak balas/respons yang berlaku hasil perkaitan antara rangsangan semula

    jadi dan rangsangan neutral ialah gerak balas terlazim, iaitu yang dipelajari.

    Pelaziman klasik (classical conditioning) berupa satu jenis pembelajaran apabila

    organisma dapat membuat perkaitan atau hubungan antara rangsangan neutral dengan

    semula jadi. Apabila perkaitan atau hubungan ini telah terjadi, organisma akan memberikan

    gerak balas atau respons yang serupa. Gerak balas/respons tersebut dikenali sebagai gerak

    balas terlazim. Ini adalah hasil pembelajaran melalui proses perkaitan antara dua

    rangsangan, iaitu rangsangan semula jadi (daging) dan rangsangan terlazim (cahaya lampu

    suluh). Apabila telah wujud perkaitan tersebut, organisma akan bergerak balas kepada

    rangsangan terlazim walaupun rangsangan semula jadi telah tiada. Contohnya, apabila

    loceng berbunyi, pelajaran tamat dan pelajar bersiap untuk mata pelajaran seterusnya,

    masa rehat atau masa pulang. Pada asalnya, bunyi loceng tiada hubungan dengan pelajar

    tetapi setelah dibiasakan/dilazimkan melalui proses pengulangan, isyarat loceng tersebut

    menjadi bermakna kepada pelajar.

    LOCENG (Rangsangan Lazim) LELEHAN AIR LIUR (Gerak Balas Terlazim)

    DAGING (Rangsangan Semula Jadi) LELEHAN AIR LIUR (Gerak Balas Semula jadi)

  • 8/11/2019 Pembelajaran Sains Kanak - kanak

    39/90

    39 | SCE 3023Pembelajaran Sains Kanak - Kanak

    Berikut merupakan uji kaji yang menggunakan rangsangan neutral bunyi loceng

    dalam membentuk gerak balas terlazim. Apabila loceng dibunyikan, tidak ada sebarang

    gerak balas atau respon daripada anjing kerana bunyi loceng ialah rangsangan neutral.

    Apabila bunyi loceng disusuli serentak dengan daging, air liur anjing meleleh keluar.

    Prosedur ini diulangi sehingga terbentuk perkaitan antara loceng dengan daging. Hasilnya

    apabila loceng berbunyi, air liur anjing sudah meleleh keluar.

    Bunyi loceng = Rangsangan terlazim

    Lelehan air liur = Gerak balas terlazim

    Anjing telah mempelajari bahawa apabila loceng berbunyi, dia akan mendapat

    makanan. Proses ini berlaku apabila wujud perkaitan (association) antara rangsangan

    neutral dengan rangsangan semula jadi. Oleh itu, pembelajaran dalam pelaziman klasik

    berlaku apabila individu (organisma) dapat menghubung kait dua rangsangan, iaitu

    rangsangan neutral dengan rangsangan semula jadi atau berlaku juga jika individu

    (organisma) Berjaya membuat hubung kait antara rangsangan terlazim dengan rangsangan

    neutral yang lain. Proses kedua ini dikenali sebagai pelaziman aras tinggi.

    Contohnya :

    Bunyi loceng = Rangsangan terlazim 1

    (pelajar ke kantin sekolah)

    Pelajar beratur untuk membeli makanan = Rangsangan terlazim 2

    Pembelajaran dalam bentuk pelaziman klasik melibatkan pengalaman positif dan

    pengalaman negative. Sekiranya individu dibiasakan dengan rangsangan yang

    menyeronokkan, dia akan menghubungkaitkan pengalaman itu dengan keselesaan didalam

    bilik darjah; begitu juga sebaliknya. Penerimaan guru dan rakan rakan sekelas akan

    menghasilkan perasaan rasa selamat dan suka berada dalam lingkungan bilik darjah

    berkenaan. Sebaliknya, pelajar akan menghubungkaitkan sekolah dengan perasaan takut

    dan benci jika merak sentiasa dibuli atau dikenakan hukuman yang tidak adil.

    Generalisasi

  • 8/11/2019 Pembelajaran Sains Kanak - kanak

    40/90

    40 | SCE 3023Pembelajaran Sains Kanak - Kanak

    Setelah anjing biasa dengan bunyi loceng, iaitu rangsangan terlazim, lama

    kelamaan anjing memberikan gerak balas kepada bunyibunyi lain yang menyerupai bunyi

    loceng. Contohnya, bunyi wisel. Proses ini dinamakan generalisasi, iaitu memberikan gerak

    balas / respons yang sama kepada rangsangan yang serupa. Hal ini bermakna anjing telah

    dapat membuat pemindahan pembelajaran. Selain itu, pelajar yang takut kepada guru

    matematik yang selalu menegaskan ketepatan, menjadi takut kepada mata pelajaran

    matematik dan semua guru yang mengajar matematik.

    Diskriminasi

    Anjing tiak memberikan gerak balas / respons kepada bunyi lain kecuali bunyi

    loceng. Bunyibunyi lain selain bunyi loceng atau yang serupa denganya ialah rangsangan

    neutral. Proses ini dikenali sebagai diskriminasi, iaitu memberikan gerak balas / respons

    kepada rangsangan tertentu sahaja. Pelajar takut kepada guru matematik sahaja tetapi tidak

    kepada guru guru mata pelajaran lain memandangkan perbezaan yang ketara dalam isi

    kandungna dan kaedah pembelajaran.

    Penghapusan

    Dalam uji kajinya, setelah terbentuk gerak balas anjing terhadap bunyi loceng,

    Pavlov membunyikan loceng tanpa memberikan daging. Prosedur ini diulang ulang

    sehingga akhirnya, anjing tidak lagi memberikan gerak balas kepada bunyi loceng. Proses

    ini dikenali sebagai penghapusam. Penghapusan melibatkan proses melemahkan gerka

    balas terlazim dengan meniadakan rangsangan semula jadi. Justeru, perkaitan antara

    rangsngan terlazim dengan rangsangan semula jadi telah terhapus. Kesannya ialah

    terhapuslah gerak balas terlazim. Perasaan takut kepada mata pelajaran dan guru

    matematik boleh diatasi atau menjadi kurang sekiranya pelajar berkenaan mendapat guru

    matematik yang memahami kelemahannya, pandai menggunakan kaedah yang sesuai dan

    menyediakan aktiviti pembelajaran yang berkesan. Perasaan takut dan benci kepada

    matematik akan terhakis secara beransuransur.

    Pembelajaran Semula.

    Setelah beberapa minggu terhapus gerak balas terlazim, Pavlov menyertakan

    semula rangsangan terlazim (loceng) dengan rangsangan semula jadi (daging). Aning

    memberikan tindak balas semula jadi (lelehan air liur) yang kemudiannya menjadi gerak

    balas terlazim. Hal ini bermakna proses pembelajaran berlaku semula. Perlu diingat bahawa

    dalam situasi bilik darjah, pembelajaran semula (relearn) melibatkan proses yang sukar

    dilaksanakan, iaitu unlearn. Untuk menghapuskan apa apa yang telah dipelajari bukanlah

    satu proses yang mudah kerana kebiasaan sukar untuk dibuang. Justeru, adalah lebih baik

  • 8/11/2019 Pembelajaran Sains Kanak - kanak

    41/90

    41 | SCE 3023Pembelajaran Sains Kanak - Kanak

    guru menyediakan suasana bilik darjah yang mesra murid dengan amalan peraturan bilik

    darjah yang adil dan positif agar pelajar berasa selesa serta tidak bersikap negatif.

    Teori Pelaziman Klasik J.B Watson (1878-1958)

    Watson lahir dalam keluarga miskin lagi bermasalah di Greenville, Carolina Selatan.

    Pada zaman remajanya, dia memberontak dan bertindak ganas. Hidupnya berubah hasil

    bantuan tunjuk ajar gurunya, Gordon Moore di Unoversiti Furman. Watson berjaya

    melanjutkan pelajarannya di Universiti Chicago. Di unversiti ini, Watson mula berminat

    dalam bidang psikologi perbandingan dan kajian haiwan. Kajian ilmiahnya adalah tentang

    tingkah laku tikus putih dan pertumbuhan sistem saraf. Pada tahun 1903, Watson menerima

    ijazah kedoktoran dari Unversiti John Hopkins.

    Watson dikenali sebagai bapa behaviorisme. Dalam kuliahnya bertajuk Psychology

    as the Behaviorist Views Itdi Universiti Columbia (1913), Watson menolak kajian tentang

    otak sedar serta kaedah kajian introspektif. Watson menyarankan kajian tingkah laku secara

    objektif yang dinamakan behaviorisme. Watson melihat psikologi sebagai kajian tentang

    tingkah laku manusia yang dapat dikawal dan diramal.

    Watson terkenal dengan kajiannya berkaitan pelaziman dan kawalan emosi manusia,

    iaitu kaji tentang Albert (1920). Kanak kanak Albert dibiarkan bermain tikus putih. KetikaAlbert sedang asyik bermain, Watson membunyikan ketukan yang kuat. Gandingan dua

    perkara ini dibuat berulangulang kali. Albert terkejut dan terus menjadi takut kepada tikus

    putih. Albert mengaitkan tikus putih dengan bunyi yang mengejutkan. Albert kemudiannya

    menjadi takut kepada semua benda putih yang berbulu termasuk rambut Watson dan peran

    muka Santa Klaus. Watson membentuk teori bahawa kanak kanak memiliki tiga tindak

    balas emosi yang asas, iaitu takut, marah dan sayang. Tindak balas emosi ini dapat

    dilazimkan. Cuba bayangkan zaman kanak kanak anda. Adakah anda takut kepada

    sesuatu atau adakah anda telah ditakutkan melalui proses pelaziman ?

    Memandangkan emosi kanakkanak dapat dibentuk melalui proses pelaziman, maka guru

    hendaklah memastikan emosi positif dapat dibina dalam diri pelajar. Suasana bilik darjah

    yang mesra, berperaturan, layanan adil dan seumpamanya dapat membentuk emosi yang

    positif. Dapatlah dirumuskan bahawa persekitaran psikososial bilik darjah memainkan

    peranan yang penting dalam mempengaruhi emosi pelajar anda.

    b. Pelaziman Operan.

    Teori Pelaziman Operan E.L Thorndike (18741949)

  • 8/11/2019 Pembelajaran Sains Kanak - kanak

    42/90

    42 | SCE 3023Pembelajaran Sains Kanak - Kanak

    Thorndike banyak membuat kajian tentang tingkah laku haiwan. Thorndike terlibat

    secara langsung dalam bidang keguruan sebagai pengajar psikologi di Teacher College

    Universiti Columbia. Thorndike banyak memberikan sumbangan dalam bidang pembelajaran

    manusia, pendidikan dan ujian mental.

    Proses pembelajaran yang diperkenalkannya ialah connectionsm. Menurut

    Thorndike, hubungan atau connection antara rangsnagan dengan gerak balas akan menjadi

    kukuh jika kesan tingkah laku menye