24
ALTERNATIF BARU BAHAN LATEKS DALAM SOLEKAN KESAN KHAS NOR FADILAH BINTI MAT ZAMAN (52936) Ijazah Sarjana Muda Seni Gunaan Dengan Kepujian (Sinematografi) 2018

ALTERNATIF BARU BAHAN LATEKS DALAM SOLEKAN ... baru...kesan, terbakar, luka, kesan kelar, kesan tembakan. Kesan khas juga boleh menampakkan seseorang itu kelihatan seperti makhluk

  • Upload
    others

  • View
    8

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: ALTERNATIF BARU BAHAN LATEKS DALAM SOLEKAN ... baru...kesan, terbakar, luka, kesan kelar, kesan tembakan. Kesan khas juga boleh menampakkan seseorang itu kelihatan seperti makhluk

ALTERNATIF BARU BAHAN LATEKS DALAM SOLEKAN KESAN KHAS

NOR FADILAH BINTI MAT ZAMAN (52936)

Ijazah Sarjana Muda Seni Gunaan Dengan Kepujian (Sinematografi)

2018

Page 2: ALTERNATIF BARU BAHAN LATEKS DALAM SOLEKAN ... baru...kesan, terbakar, luka, kesan kelar, kesan tembakan. Kesan khas juga boleh menampakkan seseorang itu kelihatan seperti makhluk

ALTERNATIF BARU BAHAN LATEKS DALAM SOLEKAN KESAN KHAS

NOR FADILAH BINTI MAT ZAMAN 52936

Projek ini merupakan salah satu keperluan untuk

Ijazah Sarjana Muda Seni Gunaan dengan kepujian

(Sinematografi)

Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK

(2018)

ii

Page 3: ALTERNATIF BARU BAHAN LATEKS DALAM SOLEKAN ... baru...kesan, terbakar, luka, kesan kelar, kesan tembakan. Kesan khas juga boleh menampakkan seseorang itu kelihatan seperti makhluk

UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK

Gred:

Sila Tandakan (ý )

Laporan Projek Tahun Akhir

Sarjana

Ijazah Doktor Falsafah

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS/LAPORAN

Pengisytiharan ini dibuat pada tarikh ................. hari bulan ................. 2018.

Pengesahan Pelajar:

ý

0

ý

Saya NOR FADILAH BINTI MAT ZAMAN (52936) FAKULTI SENI GUNAAN DAN

KREATIF dengan ini mengesahkan bahawa kerja yang bertajuk ALTERNATIF BARU BAHAN

LATEKS DALAM SOLEKAN KESAN KHAS adalah kerja saya yang asli. Saya tidak disalin dari kerja mana-mana pelajar yang lain atau dari mana-mana sumber lain kecuali di mana rujukan

sewajarnya atau pengakuan telah dinyatakan dengan jelas dalam teks, dan tidak mempunyai mana-mana bahagian telah ditulis untuk saya dengan orang lain.

11 /-}/1019 WikTarikh Penghantaran Nor Fadilah Binti Mat Zaman

(52936)

Pengesahan Penyelia:

Saya EN. MOHD AFFENDI BIN AZIZAN dengan ini memperakui bahawa kerja yang bertajuk ALTERNATIF BARU BAHAN LATEKS DALAM SOLEKAN KESAN KHAS telah disediakan

oleh pelajar yang bernama di atas, dan telah diserahkan kepada "FAKULTI" sebagai * memenuhi

sebahagian / penuh bagi penganugerahan IJAZAH SARJANA MUDA SENI GUNAAN DAN

KREATIF, dan kerja yang dinyatakan di atas adalah sepanjang pengetahuan dan bimbingan saya,

adalah kerja pelajar tersebut.

I

Diterima untuk diperiksa oleh: Tarikh:

(En. Mohd Affendi Bin Azizan)

iii

Page 4: ALTERNATIF BARU BAHAN LATEKS DALAM SOLEKAN ... baru...kesan, terbakar, luka, kesan kelar, kesan tembakan. Kesan khas juga boleh menampakkan seseorang itu kelihatan seperti makhluk

Saya mengaku Projek ini / Tesis diklasifikasikan sebagai (Sila tandakan (ý)):

SULIT (Mengandungi maklumat sulit di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972) *

TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi di

0mana penyelidikan dijalankan) *

AKSES TERBUKA

Pengesahan Projek / Tesis Oleh itu, saya disahkan dengan sewajamya dengan kebenaran bebas dan kesediaan

mengisytiharkan bahawa ini berkata Projek / Tesis hendaklah diletakkan secara rasmi di Pusat Khidmat Maklumat Akademik dengan kepentingan mematuhi dan hak-hak seperti berikut:

" Projek / Tesis ini adalah harta undang-undang tunggal Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS).

" Pusat Khidmat Maklumat Akademik mempunyai hak yang sah untuk membuat salinan untuk tujuan akademik dan penyelidikan sahaja dan bukan untuk tujuan lain.

" Pusat Khidmat Maklumat Akademik mempunyai hak yang sah untuk mendigitalkan kandungan untuk untuk Pangkalan Data Kandungan Tempatan.

" Pusat Maklumat Perkhidmatan Akademik mempunyai hak yang sah untuk membuat salinan Projek / Tesis pertukaran antara institusi pengajian antara Institut Pengajian Tinggi.

" Tiada pertikaian atau apa-apa tuntutan akan muncul dari pelajar itu sendiri tiada pihak ketiga dalam Projek ini / Tesis apabila ia menjadi milik tunggal UNIMAS.

" Projek / Tesis ini atau apa-apa bahan, data dan maklumat yang berkaitan dengannya tidak boleh diedarkan, diterbitkan atau didedahkan kepada mana-mana pihak oleh pelajar melainkan dengan kebenaran UNIMAS.

Tandatangan Pelajar(TArikh)

Alamat Semasa: No, 35 Felda Papulut Lawin 33410 Lenggong Perak

Tandatangan Penyelia: (Tarikh)

Nota: * Jika Projek / Tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan bersama-sama sebagai lampiran

surat daripada organisasi dengan sebab dan tempoh kerahsiaan dan sekatan. [Instrumen ini telah disediakan dengan sewajarnya oleh Pusat untuk Maklumat Perkhidmatan Akademik]

iv

Page 5: ALTERNATIF BARU BAHAN LATEKS DALAM SOLEKAN ... baru...kesan, terbakar, luka, kesan kelar, kesan tembakan. Kesan khas juga boleh menampakkan seseorang itu kelihatan seperti makhluk

Projek bertajuk `Alternatif Baru Bahan Lateks Dalam Solekan Kesan Khas' Telah disediakan oleh Nor Fadilah Binti Mat Zaman dan telah diserahkan kepada Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif sebagai syarat untuk Ijazah Sarjana Muda Seni Gunaan dengan Kepujian (sinematografi)

Diterima untuk diperiksa oleh:

(Encik Mohd Affendi Bin Azizan)

Tarikh:

V

Page 6: ALTERNATIF BARU BAHAN LATEKS DALAM SOLEKAN ... baru...kesan, terbakar, luka, kesan kelar, kesan tembakan. Kesan khas juga boleh menampakkan seseorang itu kelihatan seperti makhluk

PENGISYTIHARAN

Saya dengan ini mengaku bahawa bahan dan maklumat yang terkandung di dalam kajian ini

adalah hasil kerja saya sendiri dan pengiktirafan sewajamya telah diberikan dalam bibliografi

dan rujukan kepada semua sumber dapat mereka bercetak, elektronik atau peribadi.

I I p}J-XolgTarikh diserahkan Nor Fadilah Binti Mat Zaman

VI

Page 7: ALTERNATIF BARU BAHAN LATEKS DALAM SOLEKAN ... baru...kesan, terbakar, luka, kesan kelar, kesan tembakan. Kesan khas juga boleh menampakkan seseorang itu kelihatan seperti makhluk

PENGHARGAAN

Assalammualaikum W. B. T

Alhamdulillah segala puji bagi Allah yang mentadbir sekelian alam dengan limpah dan

kurniaNya di curahkan kepada hambanya yang kerdil ini. Berserah kepadanya atas segala

takdir yang dikehendakinya kepada isi alam seluruhnya. Selawat dan salam kepada junjungan

besar Nabi Muhammad S. A. W dan para sahabat serta para tabiin. Syukur Alhamdulillah

kajian ini dapat disiapkan bagi melengkapi keperluan kursus Ijazah Sarjana Muda Seni

Gunaan dan Kreatif dengan kepujian (sinematografi) Universiti Malaysia Sarawak.

Sehubungan itu, sekalung penghargaan buat tenaga pengajar yang tidak loket memberi

bimbingan dan nasihat terutamanya penyelia saya yang dihormati Encik Mohd Affendi Bin

Azizan yang banyak mebantu saya dalam menjayakan kajian ini. Tidak lupa juga kepada

penyelia lain yang turut menyumbang tenaga dan masa Encik Yow Chong Lee, Encik

Aliffazrie Bin Jali, Cik Miaw Teo Lee, Encik Jeffri Bin Samaroon dan Dr Abdul Riezal Bin

Dim.

Sejuta penghargaan buat ayahnda dan ibunda tercinta Encik Mat Zaman Bin Abdullah

Sa'audi dan Azizah Binti Hasim yang tidak lelah memberikan semangat dan sokongan wang

ringgit dengan iringan doa sepanjang saya menjalankän kajian ini. Terima kasih juga buat

rakan-rakan seperjuangan atas semua bentuk pertolongan dan semua pihak yang terlibat

secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan kajian ini budi dan jasa kalian

amatlah saya hargai.

VII

Page 8: ALTERNATIF BARU BAHAN LATEKS DALAM SOLEKAN ... baru...kesan, terbakar, luka, kesan kelar, kesan tembakan. Kesan khas juga boleh menampakkan seseorang itu kelihatan seperti makhluk

SENARAI KANDUNGAN

PENGESAHAN

PENGAKUAN

PENGHARGAAN

ISI KANDUNGAN

ABSTRAK

ABSTRACT

BAB 1

PENGENALAN

1.0 Pengenalan

1.1 Latar Belakang Kajian

1.2 Permasalahan Kajian

1.3 Objektif Kajian

1.4 Persoalan Kajian

1.5 Matlamat Kajian

1.6 Kepentingan Kajian

1.7 Skop/ Limitasi Kajian

1.8 Sasaran Penonton

1.9 Kesimpulan

MUKA SURAT

w

IVvff

viii

%lli

%iv

1

3

8

10

12

12

13

14

14

15

viii

Page 9: ALTERNATIF BARU BAHAN LATEKS DALAM SOLEKAN ... baru...kesan, terbakar, luka, kesan kelar, kesan tembakan. Kesan khas juga boleh menampakkan seseorang itu kelihatan seperti makhluk

BAB 2

SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengenalan

2.2 Sifat Bahan Lateks

2.3 Jenis-Jenis Lateks

2.4 Kandungan Bahan Lateks Dan Sagu

2.5 Kesan Bahan Lateks

2.6 Sifat Bahan Tepung Sagu

2.7 Kandungan Tepung Sagu

2.8 Perbandingan Harga

BAB 3

KAEDAH PENYELIDIKAN

3.1 Persediaan Bentuk Kajian

3.2 Metodologi

3.3 Kaedah Reka Bentuk dan perlaksanaan Kajian

3.4 Prosedur Pengumpulan Data

3.4.1 Kaedah primer

3.4.2 Kaedah Skunder (Contant Analisis)

3.5 Kaedah Penilaian Data

3.6 Latar Belakang dan Lanjutan Konsep

3.7 Kesimpulan

16

21

24

25

26

27

29

30

33

34

36

38

39

42

43

44

44

IX

Page 10: ALTERNATIF BARU BAHAN LATEKS DALAM SOLEKAN ... baru...kesan, terbakar, luka, kesan kelar, kesan tembakan. Kesan khas juga boleh menampakkan seseorang itu kelihatan seperti makhluk

BAB 4

DAPATAN KAJIAN

4.1 Pengenalan 45

4.2Rangka Kaedah Kajian 47

4.3 Dapatan Kajian Melalui Kaedah Experiment 48

4.3.1 Eksperimen Cecair Lateks 48

4.3.2 Pembentukan Lateks 48

4.3.3. Prosedur Penggunaan Lateks 49

4.3.4 Eksperimen Terhadap Sifat Tepung Sagu 52

4.3.5 Pembentukan Formula Bahan Altematif Baru 53

4.3.6 Prosedur Eksperimen Berkala 54

4.4 Analisis Hasil Prosedur Eksperimen 64

4.5 Fomula Akhir Bahan Altematif Baru 68

4.6 Penerangan Proses Penghasilan Bahan Altenatif 69

4.7 Hasil Akhir Pembentukan Struktur Jaringan Bahan Alternatif 73

4.8 Daya Tahan Bahan Altematif 74

4.8.1 Daya Tahan Bahan Alternatif Terhadap Cahaya 74

4.8.2 Daya Tahan Bahan Alternatif Terhadap Air . 75

4.8.3 Daya Tahan Bahan Altematif Terhadap udara . 76

4.9 Action Research 77

4.9.1 Hasil Temu bual 77

4.10. Perbandingan Kelebihan Dan Kekurangan Bahan 77

X

Page 11: ALTERNATIF BARU BAHAN LATEKS DALAM SOLEKAN ... baru...kesan, terbakar, luka, kesan kelar, kesan tembakan. Kesan khas juga boleh menampakkan seseorang itu kelihatan seperti makhluk

BAB 5

RUMUSAN KAJIAN

5.0 Pengenalan

5.1 Aplikasi Bahan Alternatif Pada Projek Tahun Akhir

5.2 Perbincangan

5.3 Cadangan

5.4 Rumusan/ Kesimpulan

SENARAI JADUAL/ RAJAH

2.3 Jenis-Jenis Lateks

2.4 Kandungan Lateks dan Sagu

2.7 Kandungan Tepung Sagu

2.8 Perbandingan Harga

4.2. Kaedah Reka Bentuk

4.3.1 Eksperimen Cecair Lateks

4.3.3 Menghasilkan Solekan Kesan Khas Menggunakan Lateks

4.3.4 Eksperimen Sifat Tepung Sagu

4.3.6 Prosedur Eksperimen Berkala

Eksperimen 1

Eksperimen 2

Eksperimen 3

Eksperimen 4

80

80

82

84

84

MUKA SURAT

24

25

29

30

47

48

50

49

55

54

56

58

60

XI

Page 12: ALTERNATIF BARU BAHAN LATEKS DALAM SOLEKAN ... baru...kesan, terbakar, luka, kesan kelar, kesan tembakan. Kesan khas juga boleh menampakkan seseorang itu kelihatan seperti makhluk

Eksperimen 5

4.4 Analisis Hasil Prosedur Eksperimen

SENARAI GAMBAR

4.3.6 Prosedur Eksperimen Berkala

Gambar 1: Hasil Akhir Eksperimen 1

Gambar 2: Hasil Akhir Eksperimen 2

Gambar 3: Hasil Akhir Eksperimen 3

Gambar 4: Hasil Akhir Eksperimen 4

Gambar 5: Hasil Akhir Eksperimen 5

4.6 Penerangan Proses Penghasilan

4.7 Hasil Akhir Sturktur Bahan Alternatif

4.8 Daya Tahan Bahan Altematif

LAMPIRAN A

LAMPIRAN B

LAMPIRAN C

RUJUKAN /BIBLIOGRAFI

62

64

52

55

57

59

61

63

69

73

74

86

87

88

88

xii

Page 13: ALTERNATIF BARU BAHAN LATEKS DALAM SOLEKAN ... baru...kesan, terbakar, luka, kesan kelar, kesan tembakan. Kesan khas juga boleh menampakkan seseorang itu kelihatan seperti makhluk

ALTERNATIF BARU BAHAN LATEKS DALAM SOLEKAN KESAN KHAS

NOR FADILAH BINTI MAT ZAMAN

(SINEMATOGRAFI) FAKULTI SENI GUNAAN DAN KREATIF

UNIVERSITI MALAYSIA SARAWASK

Abstrak

Kajian ini adalah bertujuan untuk mengurangkan kos perbelanjaan penerbitan filem dengan

menggantikan bahan lateks dengan alternatif baru dalam penghasilan solekan kesan khas.

Kajian ini dijalankan bagi mengenalpasti sifat bahan antara tepung sagu dan bahan lateks (1).

Menghasilkan bahan altematif baru bagi menggantikan penggunaan lateks dalam solekan

kesan khas (2). Mengaplikasikan dan membandingkan bahan alternatif dalam menghasilkan

solekan kesan khas (3). Cara penghasilan altematif baru ini adalah dengan menggunakan

tepung sagu mengikut campuran dan sukatan yang betul berdasarkan eksperimen yang

dijalankan. Bahan altematif ini dapat di hasilkan dengan harga yang lebih murah berbanding

bahan lateks

XIII

Page 14: ALTERNATIF BARU BAHAN LATEKS DALAM SOLEKAN ... baru...kesan, terbakar, luka, kesan kelar, kesan tembakan. Kesan khas juga boleh menampakkan seseorang itu kelihatan seperti makhluk

Abstract

This study is aimed to reduce the cost of film making by replacing latex material with a new

alternative in producing special effects make-up. This study was conducted to identify the

content of sago flour and latex material (1). Produce new alternative substances to replace

latex in special effects makeup (2). Apply and compare alternative materials in producing

special effects makeup (3). The way of generating new alternatives is using the sago flour with

the correct mixture and scale based on the experiments carried out. This alternative material

can be produced at a cheaper price than latex material

XIV

Page 15: ALTERNATIF BARU BAHAN LATEKS DALAM SOLEKAN ... baru...kesan, terbakar, luka, kesan kelar, kesan tembakan. Kesan khas juga boleh menampakkan seseorang itu kelihatan seperti makhluk

BAB 1

PENGENALAN

1.0 Pengenalan : Alternatif Baru Bahan Lateks Dalam Solekan Kesan Khas

Hambatan arus globalisasi dan teknologi terutamanya dalam aspek

penghasilan filem dalam industri perfileman negara menunjukan banyak kemajuan.

Ianya dapat dilihat dari hari ke hari, penghasilan karya menerusi teknologi yang

serba canggih dan moden dihasilkan saban hari. Walaupun revolusi kreativiti ini

berlaku, dan lanskap penghasilan filem ini telah berubah kerana munculnya teknilogi

CGI computer generated imergery cara konvensional masih lagi digunakan dalam

penghasilan filem. Menurut sumber The New York Time: Film Is Dead Long Live

Movie. (Thome, 2012), kemunculan teknologi digital dan gedget telah

mentransformasikan bidang sinema ke arah yang lebih baik. Tetapi disebabkan

kemunculan teknologi CGI yang lebih mahal kosnya disebabkan oleh bayaran

penyewaan studio dan tenaga pakar melebih kos penghasilan solekan kesan khas

menyebabkan kaedah solekan kesan khas masih lagi digunakan. Disebabkan perkara

tersebut yang menanggung bebanan adalah pengamal filem apabila terpaksa

1

Page 16: ALTERNATIF BARU BAHAN LATEKS DALAM SOLEKAN ... baru...kesan, terbakar, luka, kesan kelar, kesan tembakan. Kesan khas juga boleh menampakkan seseorang itu kelihatan seperti makhluk

menggunakan kedua-dua kaedah dalam merialisasikan visual yang diinginkan.

(Thome, 2012).

Menurut Jurnal Komunikasi jilid 30, (2014), tidak semua pengamal industri

perfileman beranggapan bahawa penggunaan teknologi canggih terutamanya dalam

penghasilan kesan khas solekan däpat menghasilkan filem yang berkualiti dan

mencabar kreativiti. Menurut buku Bromberg. Serge, dan Eric. Lange, Los Angeles:

Technicolor Laboratories, (2011). Georges Melies telah mengaplikasikan solekan

kesan khas paling awal dan beliau digelar bapa kepada kesan khan dalam filem.

Mengikut penyusunan karya yang paling terkenal Georges Melies, ialah Trip To The

Moon. Pengaplikasian kesan khas yang sering digunakan melalui koleksi filemnya

membuktikan semua filem Melies yang popular dengan pengaplikasian kesan khas.

Menonton filem Melies memberi pemahaman yang lebih baik tentang pencapaiannya

dalam kesan khas dan _ teknik yang digunakannya dalam mengaplikasikannya pads

filem (Bromberg. Serge, 2011).

Tetapi cabaran menghasilkan kesan khas secara konvensional pada ekonomi

masa kini memakan kos perbelanjaan yang tinggi terutamanya penggunaan bahan

asas dalam penghasilan kesan khas seperti lateks yang mahal dan terhad dipasaran.

Oleh hal yang demikian, kajian ini adalah bertujuan untuk mengkaji cara bagi

mengurangkan kos perbelanjaan penghasilan kesan khas dengan mencari altematif

baru dalam menggantikan penggunaan lateks.

2

Page 17: ALTERNATIF BARU BAHAN LATEKS DALAM SOLEKAN ... baru...kesan, terbakar, luka, kesan kelar, kesan tembakan. Kesan khas juga boleh menampakkan seseorang itu kelihatan seperti makhluk

1.1 Latar Belakang Kajian

Industri perfileman di Malaysia juga turut terkesan dengan kemajuan demi

kemajuan perfileman. Solekan kesan khas merujuk kepada kesan makanikal yang

dilakukan sebelum pengambaran bermula. Khasnya kesan khas dapat mewujudkan

kesan, terbakar, luka, kesan kelar, kesan tembakan. Kesan khas juga boleh

menampakkan seseorang itu kelihatan seperti makhluk asing, muda, tua, sakit, seram

dan kesan fantasi juga antara salah satu kesan khas yang diwujudkan mengikut tema

yang diinginkan dan dibayangkan. Kesan tersebut dilakukan secara manual sebelum

pengambaran dijalankan. Kesan khas solekan ini merupakan kesan yang diada-

adakan untuk memanifestasikan dan mentranformasikan sesuatu rupa bentuk dan

keadaan kepada sesuatu yang lain dari sifat asalnya. Dengan penggunaan teknik

kesan khas dalam sesebuah filem, menjadikan setiap cerita tampil berbeza mengikut

kreativiti setiap art director itu sendiri. kesan khas tampak lebih nyata dan mampu

membuatkan audien lebih tertarik untuk menonton filem tersebut (Bapang, 2014).

Dalam menghasilkan solekan kesan khas ini sedia maklum kos bagi sesuatu

teknik dan proses penghasilannya bukan sekadar memakan masa yang lama bahkan

ianya juga menelan perbelajaan kos yang sangat tinggi. Dalam kajian ini, pengkaji

cuba memfokuskan kajian terhadap bidang kesan khas iaitu solekan kesan khas.

Solekan ini selalunya mempunyai pelbagai kaedah penghasilannya. Secara amnya,

segala kesan khas yang digunakan perlu menggunakan pelbagai teknik dan proses

dalam penghasilannya. Solekan kesan khas yang digunakan kadangkala menjadikan

3

Page 18: ALTERNATIF BARU BAHAN LATEKS DALAM SOLEKAN ... baru...kesan, terbakar, luka, kesan kelar, kesan tembakan. Kesan khas juga boleh menampakkan seseorang itu kelihatan seperti makhluk

sesuatu watak itu jauh daripada sifat normalnya. Tetapi, setiap hasil solekan yang

berkualiti menampilkan hasil dan nilai estetika tersebut di mata penonton.

Untuk menghasilkan kesan khas tersebut bahan lateks diperlukan dalam

merialisasikan solekan kesan khas tersebut. Penggunaan bahan lateks yang

merupakan medium asas dalam setiap penghasilan solekan kesan khas adalah kerana

sifat lateks itu sendiri yang berupa getah yang melekat, kalis air dan kenyal. Lateks

merupakan perkataan yang digunakan untuk menggantikan cairan getah yang

dikeluarkan oleh tumbuhah dari pokok getah. Lateks terdapat pada bahagian kulit,

daun dan integument biji getah. Lateks diperoleh dari tanaman Hevea Brasiliensis,

diolah dan diperdagangkan sebagai bahan industri dalam bentuk getah sheet, crepe,

lateks pekat dan getah remah Crumb rubber. Lateks merupakan suatu larutan koloid

dengan partikel getah polimer organik dan bukan getah yang tersupensi di dalam

suatu media yang banyak mengandungi bermacam-macam zat. Bahagian-bahagian

yang terkandung tersebut tidak larut sempurna, melainkan terpancar secara serta

merata di dalam air. Partikel-partikel koloid ini kecil dan halus sehingga dapat

menembus saringan (Tim, 1999).

Penggunaan lateks dalam solekan kesan khas tidak asing lagi, penggunaan bahan

lateks menjadi medium utama selain prostetik. Menurut pelajar solekan kesan khas

(Nur Atiqah Zulkifli, 2011), kaedah penggunaan lateks sering digunakan untuk

menghasilkan luka misalnya penggunaan latek amat penting untuk merialisasikan

luka yang dihasilkan. Hal ini demikian kerana, lateks yang bersifat melekat dan

elastik pada kulit membantu menghasilkan visual luka yang nampak nyata.

4

Page 19: ALTERNATIF BARU BAHAN LATEKS DALAM SOLEKAN ... baru...kesan, terbakar, luka, kesan kelar, kesan tembakan. Kesan khas juga boleh menampakkan seseorang itu kelihatan seperti makhluk

Menurut (Dana Paker, 2014), penggunaan lateks lebih murah jika dibandingkan

dengan penggunaan Silicon Prosthetic tetapi perbandingan yang dibuat mengikut

mata wang dollar. Jika ditukar dalam mata wang Malaysia harga lateks masih mahal

ianya masih mencecah ratusan ringgit.

Hal ini membebankan kos perbelanjaan dalam penghasilan solekan kesan

khas. Terutamanya bagi pelajar jurusan filem untuk mengaplikasikan kesan solekan

khas tersebut. Menurut pasaran lateks (2017), harga bagi 30 ml cecair lateks

USD35.47 bersamaan RM145.70 pada tahun (2017). Namun demikian, penggunaan

lateks kadangkala digunakan secara banyak untuk menghasilkan kesan khas yang

lebih nyata menyebabkan kos meningkat. Oleh hal yang demikian, kajian ini mencari

altematif baru bagi menggantikan lateks dengan cara ujikaji menggunakan bahan

sedia ada yang mudah diperolehi serta murah bagi menggantikan lateks yang mahal

dalam menghasilkan solekan kesan khas. Oleh itu, Kajian ini cuba menginspirasikan

tepung sagu sebagai bahan utama kajian untuk diujikaji kesan pembentukan bahan

tersebut supaya mampu menggantikan bahan lateks untuk digunakan dalam solekan

kesan khas. Menurut (Dick Smith, 1922) (founding father of Special Makeup

Effects).

"untuk menjadi special effect artist, kita perlu menjadi saintis gila dalam

mencari dan experiment dengan sesuatu yang baru supaya dapat

menghasilkan teknik-teknik baru dalam special effect makeup" .

(Dick Smith, 1922)

5

Page 20: ALTERNATIF BARU BAHAN LATEKS DALAM SOLEKAN ... baru...kesan, terbakar, luka, kesan kelar, kesan tembakan. Kesan khas juga boleh menampakkan seseorang itu kelihatan seperti makhluk

Dalam penghasilan kesan khas solekan perlu menggunakan medium asas untuk

merialisasikan visual solekan kesan khas tersebut. Sebagai contohnya, penghasilan

kesan luka yang dikaji melalui permerhatian di YouTube. Kesan luka yang

dihasilkan dengan menggunakan darah tiruan, wax, dan tisu memerlukan lateks

supaya dapat menimbulkan dimensi yang bersifat nyata. Penggunaan bahan lateks

dalam dunia solekan kesan khas memang tidak asing lagi. Dalam industri perfileman

setiap hasil kesan khas solekan yang dihasilkan pasti menggunakan lateks.

Penggunaan lateks tersebut telah meningkatkan kos perbelanjaan bagi produksi

kerana harga lateks yang mahal dan sangat terhad di pasaran.

Oleh hal yang demikian, pengkaji mencuba untuk menggantikan lateks dengan

bahan altematif yang boleh dihasilkan sendiri melalui bahan sedia ada seperti dalam

kajian ini bahan tersebut yang merupakan bahan utama. Tepung sagu menjadi

sumber inspirasi dalam menggantikan lateks. Memandangkan sifat lateks yang

melekat dan kenyal apabila kering menyebabkan tepung sagu dipilih dalam

menghasilkan solekan kesan khas. Hal ini demikian kerana menurut (Yuanda, 2017),

tepung sagu menghasilkan tekstur padat dan kenyal manakala tepung ubi hanya

memiliki tekstur kenyal saja tetapi tidak padat.

Tepung Sagu apabila dipanaskan bersama air didihan akan menghasilkan sifat

kenyal dan melekit. Namu begitu, penghasilan bahan alternatif ini cuba menjalani

beberapa peringkat ujikaji dengan bahan lain yang bersifat organik untuk

mewujudkan sifat dan kesan yang sama seperti penggunaan lateks dalam

menghasilkan kesan khas. Hal ini bertujuan untuk menjamin penghasilan bahan

6

Page 21: ALTERNATIF BARU BAHAN LATEKS DALAM SOLEKAN ... baru...kesan, terbakar, luka, kesan kelar, kesan tembakan. Kesan khas juga boleh menampakkan seseorang itu kelihatan seperti makhluk

altematif supaya lebih sesuai digunakan pada kulit manusia dan ianya tetap organik

tanpa bahan kimia.

Menurut sumber bacaan. Lateks menggandungi campuran Ammonia yang dapat

dikenalpasti dalam bahan lateks bertujuan untuk mengekalkan bentuk dan tekturnya.

Namun begitu, Menurut laporan majalah Kimiä (2014), penggunaan bahan amonia

merupakan senyawa kimia berbentuk gas yang mempunyai bau yang tajam.

Ammonia bersifat racun yang berbahaya untuk kesihatan terutama paru-paru.

Dalam review berkaitan sagu, ternyata sagu yang diproses untuk dijadikan tepung

menghasilkan tekstur yang juga sama dengan tepung ubi. Sifat kedua bahan ini

menghasilkan tekstur yang sama tetapi dari sumber yang berbeza. Tepung sagu

dihasilkan daripada pokok sagu rumbia yang diambil dari teras batang pokok sagu.

Manakala Tepung Ubi dihasilkan melalui ekstrak ubi kayu yang mengandungi

kalsium serat, vitamin, kadar karbohidrat dan protein dalam tepung tersebut juga

mempunyai kesamaan dengan tepung sagu. Kelebihan dan manfaat kedua-dua

sumber ini juga memberikan kebaikan terutamanya terhadap kesihatan manusia.

Oleh itu, kajian ini menjalankan ujikaji secara berkala dengan mencampurkan antara

tepung sagu dan tepung ubi dengan bahan yang lain bagi mengasilkan bahan

alternatif baru menggantikan bahan lateks (Antalina, 1998).

7

Page 22: ALTERNATIF BARU BAHAN LATEKS DALAM SOLEKAN ... baru...kesan, terbakar, luka, kesan kelar, kesan tembakan. Kesan khas juga boleh menampakkan seseorang itu kelihatan seperti makhluk

1.2 Permasala6an Kajian

Bahan lateks kebanyakan digunakan dalam penghasilan solekan kesan khas.

Namun begitu, bahan lateks sukar diperolehi dipasaran Malaysia dan harganya

sangat mahal. Oleh itu, kajian ini cuba untuk mencari alternatif baru bagi

menggantikan lateks.

Masalah yang sering dikaitkan dengan penggunaan kesan khas solekan ini ialah

masalah kos perbelanjaan yang tinggi bagi menghasilkan sesuatu filem yang

menggunakan kesan khas. Hal ini demikian kerana, penggunaan barangan kesan khas

solekan memerlukan perbelanjaan yang tinggi, barang asas solekan sehingga kepada

barangan yang penting dalam solekan kesan khas. Menurut jurusolek (Ciara Rose

Griffin, 2017), lepasan pelajar daripada Universiti Montana. Solekan kesan khas

kebanyakan menggunakan bahan lateks bagi mewujudkan sesuatu kesan luka atau

kesan terkoyak pada kulit dengan lebih nyata. Penggunaan lateks sering digunakan

dan menjadi pilihan kerana sifat lateks itu sendiri bersesuian dengan kulit dan

memberikan keselesaan untuk dipakai dengan jangka masa yang lama.

Namun demikian, disebabkan harga bahan mentah meningkat naik

terutamanya harga minyak telah menyebabkan segala barang mentah yang lain juga

turut terjejas. Melalui kajian yang diperolehi daripada sumber internet bahan lateks

diperbuat daripada getah yang dikeluarkan oleh sejenis tumbuhan dalam Mapighiales

antaranya Hevea Grasiliensisi. Tanaman tesebut merupakan tanaman yang tersenarai

dalam industri perladangan di Malaysia. Hevea Grasiliensisi ialah tanaman getah

8

Page 23: ALTERNATIF BARU BAHAN LATEKS DALAM SOLEKAN ... baru...kesan, terbakar, luka, kesan kelar, kesan tembakan. Kesan khas juga boleh menampakkan seseorang itu kelihatan seperti makhluk

yang diuruskan di bawah Felda Global Venture menghasilkan bahan lateks. Tetapi

Penghasilan bahan lateks kebanyakannya dihasilkan di luar negara seperti Amerika

Syarikat dan Indonesia. Penghasilan lateks ini banyak membantu dalam bidang

perubatan dan ianya juga turut membantu industri perfileman dalam menghasilkan

solekan kesan khas.

Memandangkan harga lateks yang mahal dipasaran menyebabkan kos

perbelajaan pembuatan filem yang menggunakan pengaplikasian kesan khas solekan

sangat tinggi. Kajian yang dijalankan ini bertujuan untuk mencari jalan penyelesaian

dan penambah baikan yang boleh dilakukan terhadap pengaplikasian kesan khas

solekan dengan mencari alternatif baru yang dapat menggantikan lateks. Oleh hal

yang demikian, dengan kekangan yang dihadapi menyebabkan pendedahan dan

penglibatan penggunaan teknik kesan khas solekan tidak setanding dengan filem-

filem Asian yang lain seperti, filem-filem luar negara yang sentiasa menduduki

tangga teratas.

Hal ini demikian kerana, barangan solekan kesan khas sukar diperolehi dan

amat terhäd penjualannya di pasaran Malaysia, kebanyakan barangan solekan kesan

khas dari luar negara. Kekangan untuk memperolehi barangan solekan kesan khas

tesebut menyebabkan solekan kesan khas kurang diberi pendedahan di Malaysia.

Perkara tersebut menyumbang kepada kurangnya tenaga pakar dalam bidang solekan

kesan khas di Malaysia. Hal ini meyebabkan, langkah penggunaan kesan khas

solekan secara altematif untuk menggantikan bahan lateks diaplikasikan bertujuan

9

Page 24: ALTERNATIF BARU BAHAN LATEKS DALAM SOLEKAN ... baru...kesan, terbakar, luka, kesan kelar, kesan tembakan. Kesan khas juga boleh menampakkan seseorang itu kelihatan seperti makhluk

bagi mencari jalan penyelesaiaan agar kesan khas solekan ini dapat diberi

pendedahan dap mudah diaplikasikan dalam filem solekan kesan khas..

Oleh itu, kajian yang dijalankan ini adalah untuk mencari altematif baru

menggantikan bahan lateks dalam solekan kesan khas. Antara bahan yang menjadi

idea utama untuk mengantikan lateks ialah tepung sagu. menurut (Yuanda, 2017)

tepung sagu menghasilkan tekstur padat dan kenyal. Oleh itu, bahan sagu diuji secara

berkala dengan campuran bahan organik lain untuk membentuk sifat yang lebih baik

dalam menggantikan lateks seterusnya kedua-dua bahan dibandingkan

penggunaannya dalam penghasilan solekan kesan khas. Sifat sagu yang melekit dan

berupaya menjadi gam menjadikan bahan tersebut idea utama pencetus kepada bahan

ujikaji untuk menggantikan lateks.

1.3 Objektif Kajian

Dalam kajian ini pengkaji menetapkan beberapa objektif yang ingin dicapai

dalam menjalankan kajian ini bagi memudahkan kajian yang dilakukan mencapai

hala tuju yang ditetapkan antaranya seperti berikut: -

i. Mengenalpasti sifat bahan lateks dan tepung sagu dalam mencari alternatif

baru menggantikan bahan lateks dalam solekan kesan khas.

ii. Menghasilkan bahan altematif baru bagi menggan tikan penggunaan lateks

dalam solekan kesan khas

10