30
Disediakan Oleh: Nur Adilla Suhaila Binti Ahmad Shahar Nur Shahuda Warset

Kesan kesan perang dunia kedua 11

  • Upload
    nohafiq

  • View
    405

  • Download
    7

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Kesan kesan perang dunia kedua 11

Disediakan Oleh: Nur Adilla Suhaila Binti Ahmad ShaharNur Shahuda Warset

Page 2: Kesan kesan perang dunia kedua 11

Perang Dunia Kedua berlaku sekitar tahun 1939

hingga 1945. Perang ini melibatkan dua pihak, iaitu

Kuasa Berikat yang dianggotai oleh Amerika Syarikat,

Britain, Perancis,dan Rusia serta Pakatan Paksi yang

disertai oleh Jerman, Itali, dan Jepun.

Page 3: Kesan kesan perang dunia kedua 11

POLITIK

Page 4: Kesan kesan perang dunia kedua 11

Selepas Perang Dunia Kedua tamat, penubuhan

sebuah badan antarabangsa yang berperanan

memelihara keamanan dunia.

Perang Dunia Kedua menunjukkan bahawa Liga

Bangsa yang ditubuhkan selepas Perang Dunia

Pertama gagal memainkan peranan dengan berkesan

bagi menghalang peperangan.

Pada tahun 1945, penubuhan Bangsa-bangsa

Bersatu ditubuhkan dengan matlamat utamanya:

oMengekalkan keamanan dunia

oMenggalakkan kerjasama antarabangsa dalam bidang

sosial dan ekonomi.

Page 5: Kesan kesan perang dunia kedua 11

Ia juga berperanan memberikan bantuan

kemanusiaan serta mencegah wabak penyakit

berjangkit dalam kalangan negara-negara anggota.

Page 6: Kesan kesan perang dunia kedua 11

Selepas Perang Dunia Kedua tamat, penduduk

jajahan bangkit menentang penjajah yang cuba

mengukuhkan kedudukan mereka di Asia dan Afrika.

Penduduk tanah jajahan ingin memperoleh

kemerdekaan dan menentukan nasib negara dan

bangsa mereka sendiri.

Kemusnahan di negara-negara Eropah telah

menjatuhkan maruah negara-negara tersebut dalam

kalangan pendududuk di tanah jajahan.

Kos peperangan yang amat tinggi telah menyebabkan

negara-negara eropah menghadapi masalah kewangan

untuk menguruskan tanah-tanah jajahan.

Page 7: Kesan kesan perang dunia kedua 11

Ini menyebabkan negara-negara Eropah memulakan

proses dekolonisasi dengan memberikan kemerdekaan

kepada tanah-tanah jajahan mereka.

Pada bulan ogos 1947, India dan Pakistan mencapai

kemerdekaan dari Britain.

Malaysia dan negara-negara di Asia Tenggara turut

mencapai kemerdekaan.

Indonesia mencapai kemerdekaan dari Belanda.

Indochina mencapai kemerdekaan dari Perancis.

Page 8: Kesan kesan perang dunia kedua 11

Selepas Perang Dunia Kedua tamat, Rusia dan

Amerika Syarikat muncul sebagai kuasa besar dunia.

Hubungan antara kedua-dua kuasa besar ini menjadi

renggang semasa Persidangan Yalta yang diadakan

pada tahun 1945.

Hubungan menjadi semakin tegang apabila Rusia

menolak tuntutan Amerika Syarikat dalam Persidangan

Postdam agar diadakan pilihan raya bebas di negara-

negara Eropah Timur.

Ini menyebabkan Amerika Syarikat memperjuangkan

penubuhan kerajaan bercorak demokrasi di Eropah

Barat.

Page 9: Kesan kesan perang dunia kedua 11

Rusia pula mengasaskan pemerintahan komunis di

negara-negara Eropah Timur.

Semasa Perang Dingin, kedua-dua kuasa besar ini

menggunakan pelbagai pendekatan untuk

mengukuhkan ideologi dan pengaruh masing-masing.

Perang Dingin berlanjutan hingga keruntuhan

negara-negara komunis di Eropah Timur pada tahun

1989.

Page 10: Kesan kesan perang dunia kedua 11

Perang Dunia Kedua telah menyebabkan negara Jerman

mengalami perpecahan iaitu terbahagi kepada empat zon.

Zon-zon tersebut berada dibawah penguasaan Britain,

Perancis, Amerika Syarikat,dan Soviet Union.

Dalam Persidangan Postdam, keempat-empat kuasa

besar mencapai kata sepakat untuk mengamalkan sistem

ekonomi yang seragam di zon-zon tersebut.

Pada disember 1946, Britain, Perancis,dan Amerika

Syarikat bertindak menggabungkan zon-zon sebagai satu

zon ekonomi.

Jerman Barat telah mendapatkan bantuan ekonomi

daripada Amerika Syarikat melalui Rancangan Marshall.

Page 11: Kesan kesan perang dunia kedua 11

Rusia pula membangunkan Jerman Timur sebagai

zon Komunis.

Pada bulan jun 1948, Rusia bertindak menutup jalan

darat yang menghubungkan Jerman Timur dengan

Jerman Barat.

Tindakan Rusia menyebabkan penduduk di Jerman

Barat menghadapi kebuluran.

Amerika Syarikat menghantar bekalan ke Berlin

melalui udara .

Pada bulan mei 1949, Persekutuan Republik Jerman

telah ditubuhkan dan ibu kotanya Bonn.

Pada oktober 1949, Republik Demokratik Jermanditubuhkan dan ibu kotanya di Berlin.

Page 12: Kesan kesan perang dunia kedua 11

Soviet Union meluaskan sempadannya hingga meliputi

wilayah-wilayah Jerman, Finland, Czechoslovakia,

Romania dan Jepun

Soviet Union juga menguasai tiga negara iaitu Estonia,

Latvia,dan Lithuania yang tidak memihak kepada mana-

mana pihak dalam Perang Dunia Kedua.

Soviet Union juga berusaha menubuhkan kerajaan

yang berasingan di wilayah-wilayah yang dikuasainya

semasa peperangan berlangsung.

Page 13: Kesan kesan perang dunia kedua 11

Perancis telah bertindak menguasai Wilayah Saar dari

Jerman. Wilayah tersebut diletakkan dibawah kawalan

ekonomi Perancis

Poland mendapat ganti rugi dengan menguasai

wilayah-wilayah perindustrian di Silesia, Jerman.

Jerman telah kehilangan satu perempat daripada

wilayahnya.

Page 14: Kesan kesan perang dunia kedua 11

EKONOMI

Page 15: Kesan kesan perang dunia kedua 11

Perang Dunia Kedua telah menyebabkan kawasan

tanah pertanian yang luas rosak dan pengeluaran hasil

pertanian merosot.

Peperangan ini turut menjejaskan pengeluaran dalam

sektor perindustrian.

Pada tahun 1948, pengeluaran hasil perindustrian

hanya mencapai semula paras pengeluaran tahun 1938.

Dalam perniagaan dengan Amerika Syarikat, negara-

negara Eropah mengalami defisit sebanyak empat billion

dollar Amerika.

Kos Perang Dunia Kedua dianggarkan hampir US$ 500

billion keseluruhannya.

Page 16: Kesan kesan perang dunia kedua 11

Peperangan ini mengorbankan banyak nyawa dalam

sejarah manusia.

Selain serangan bom, angka kematian yang tinggi juga

disebabkan oleh wabak penyakit,pembunuhan dan

masalah kekurangan makanan.

Sekurang-kurangnya 600 000 rakyat Jerman terkorban

dalam peperangan ini.

Negara yang mengalami kehilangan nyawa yang

paling tinggi ialah Rusia. Dianggarkan lebih kurang 7

juta orang awam dan 11 juta anggota tentera dari Rusia

terkorban dalam peperangan.

Page 17: Kesan kesan perang dunia kedua 11

Britain dan negara-negara Komanwel mencatatkan

kehilangan 445 000 tentera. Lebih kurang 60 000 orang awam

Britain telah terkorban ekoran serangan bom dan roket.

Perancis kehilangan hampir 500 000 orang.

Amerika Syarikat telah mengorbankan 325 000 tentera.

Dianggarkan bilangan anggota tentera yang terkorban

melebihi 17 juta orang manakala bilangan orang awam yang

terkorban adalah sekurang-kurangnya 15 juta orang.

Page 18: Kesan kesan perang dunia kedua 11

Negara-negara yang menang menuntut ganti rugi daripada

negara-negara yang kalah dalam Perang Dunia Kedua.

Dalam Perjanjian Damai Paris, Hungary, Finland,dan Romania

dikehendaki membayar ganti rugi sebanyak $ 300 000 kepada

Soviet Union.

Itali dikehendaki membayar ganti rugi sebanyak $ 360 000 000

kepada Greece, Yugoslavia,dan Soviet Union.

Sebagai kos ganti rugi peperangan, Soviet Union telah

memindahkan jentera-jentera dan mesin dari kilang-kilang

perindustrian di wilayah Jerman.

Page 19: Kesan kesan perang dunia kedua 11

Britain Dan Perancis mendapatkan bekalan arang batu secara

percuma sebagai ganti rugi dari Jerman.

Amerika Syarikat mengambil semua aset milik syarikat-syarikat

jerman sebagai ganti rugi.

Amerika syarikat turut mendapatkan paten(hak cipta) bagi

semua jentera dan mesin-mesin yang dihasilkan oleh saintis

Jerman dianggarkan nilai paten adalah $10 billion.

Page 20: Kesan kesan perang dunia kedua 11

SOSIAL

Page 21: Kesan kesan perang dunia kedua 11

Penglibatan ramai golongan lelaki dalam peperangan

menyebabkan berlaku masalah kekurangan pekerja di sektor

perindustrian dan perkilangan.

Golongan wanita mula bekerja di sektor perindustrian.

Ramai kaum kini menjadi pekerja dan buruh di kilang-kilang.

Page 22: Kesan kesan perang dunia kedua 11

Lebih kurang 6 juta kumpulan etnik minoriti Jerman di

Czechoslovakia dan Hungary menjadi pelarian.

Ratusan ribu pekerja-pekerja di Eropah Timur yang tidak mahu

kembali ke negara asal telah menjadi orang pelarian.

Page 23: Kesan kesan perang dunia kedua 11

Perbicaraan terhadap penjenayah-penjenayah perang telah

diadakan di nuremberg selepas tamat Perang Dunia Kedua.

Antara tahun 1945 hingga tahun 1947, sebanyak 13

perbicaraan telah diadakan terhadap orang Jerman yang dituduh

melakukan jenayah perang.

Perbicaraan ini dikendalikan oleh para hakim dari Amerika

Syariakat, Britain, Perancis,dan Rusia.

Seramai 177 orang Jerman telah dihadapkan ke mahkamah.

Page 24: Kesan kesan perang dunia kedua 11

KETENTERAAN

Page 25: Kesan kesan perang dunia kedua 11

Perkembangan teknologi peperangan telah menyebabkan

negara-negara yang terlibat berlumba-lumba untuk mencipta

kapal terbang menggunakan teknologi terkini.

Persaingan ini menyebabkan muncul era peperangan udara,

Menjelang peringkat akhir Perang Dunia Kedua, muncul peluru

berpandu.

Page 26: Kesan kesan perang dunia kedua 11

Semasa Perang Dunia Kedua, Amerika Syarikat menggerakkan

para saintis bagi menjalankan kajian dalam bidang persenjataan

nuklear.

Saintis Amerika Syarikat dan Britain di bawah pimpinan Robert

Oppenheimer berjaya mencipta bom atom menerusi Projek

Manhattan.

Page 27: Kesan kesan perang dunia kedua 11

Kuasa-kuasa besar yang terlibat dalam peperangan mula

melengkapkan askar-askar dengan peralatan yang canggih

selepas tamat Perang Korea.

Page 28: Kesan kesan perang dunia kedua 11

Sesungguhnya Perang Dunia Kedua memberi kesan

mendalam terhadap senario politik antarabangsa dalam dekad-

dekad seterusnya. Dua kuasa besar muncul menjadi super

powers, iaitu Amerika Syarikat dan Soviet Union yang masing-

masing menjadi pemimpin ideologi dunia. Amerika Syarikat

menjadi jaguh ideologi demokrasi manakala Soviet Union menjadi

jaguh ideologi komunis. Kedua-dua kuasa cuba melebarkan

ideologi berkenaan keseluruh pelusuk dunia.

Page 29: Kesan kesan perang dunia kedua 11

Keadaan menjadi lebih parah apabila benua Eropah terbahagi

kepada dua blok, iaitu blok komunis(Timur) dan blok

demokrasi(Barat) setelah terdirinya Tembok Berlin. Di Asia, dua

negara berpecah mengikut ideologi yang dianuti sehingga hari ini,

iaitu Korea dan Vietnam.

Page 30: Kesan kesan perang dunia kedua 11

tamat