Author
emi-echizen
View
282
Download
8
Embed Size (px)
8/11/2019 183547745 Sastera Bandingan Ppt
1/44
SASTERA BANDINGAN
8/11/2019 183547745 Sastera Bandingan Ppt
2/44
DEFINISI
Kajian sastera tanpa batas -- merentas
bahasa, budaya, bangsa / negara, seni,
genre, dan disiplin.
8/11/2019 183547745 Sastera Bandingan Ppt
3/44
Abad ke-19& awal Abad
ke-20
SeparuhPertamaAbad ke-20
MulaiPertengahanAbad ke-20
8/11/2019 183547745 Sastera Bandingan Ppt
4/44
Pentas utama: Eropah
Konteks: Nationalisme & Imperialisme
Nationalisme
*Pencarian watak nasional
*Pertukaran pengaruh; memahami budaya lain
Imperialisme
*Sikap Erosentrik
*Perbandingan karya/sastera yang setaraf
sahaja
8/11/2019 183547745 Sastera Bandingan Ppt
5/44
Model: Model / Sekolah Pemikiran Perancis[Empirikal]
*Penekanan pada sejarah
*Pendekatan binari [banding karya dua
sastera bangsa/budaya]
*Pencarian pengaruh; asal-usul
8/11/2019 183547745 Sastera Bandingan Ppt
6/44
Rapport de faits[hubungan faktual antara teks
sastera; dicari secara forensik]
Hutcheson Macaulay Posnett (1882-1901; NewZealand) Comparative Literature1886.
Penekanan kepada sifat antarabangsa.
Pengaruh J.W. Goethe (1749-1832; Jerman);
konsepWeltliteratur (Sastera dunia) 1827
karya-karya besar yang merentas bahasa,
budaya; terjemahan daripada Parsi, Arab,
Sanskrit dan lain-lain.
8/11/2019 183547745 Sastera Bandingan Ppt
7/44
Main player / stage: America (USA)
Model: Perancis [penerusan]
Sekolah Pemikiran Amerika:
*Penekanan pada sastera; formalistik
*Tidak terhad kepada pendekatan binari; juga
lihat di luar Barat*Antara disiplin
Tokoh:Henry Remak (1916-2009) across
nations and across disciplines
Rene Wellekkesarwajagatan sastera
8/11/2019 183547745 Sastera Bandingan Ppt
8/44
Pentas: Barat dan negara-negara Pascakolonial
Konteks:
Situasi Pascakolonial
Nasionalisme & pencarian jati diri
Emergent literatures [sastera yang berbeza
daripada sastera Barat yang
domenen / hegemonik]
8/11/2019 183547745 Sastera Bandingan Ppt
9/44
Kesusasteraan Bandingan sebagai aktiviti politik[un-namingdannaming]
Kerelevanan model sastera Barat dipersoal
Situasi PascamodenFragmentasi, ketiadaan pusat, ketiadaan
naratif besar dan lain-lain
8/11/2019 183547745 Sastera Bandingan Ppt
10/44
Terdapat dua mod kajian bandingan:
Merentas negara / bangsa (Transnational)
Merentas disiplin (Interdisciplinary)
Kaedah / Pendekatan Dalam
Kesusasteraan Bandingan
8/11/2019 183547745 Sastera Bandingan Ppt
11/44
Di bawah Mod Merentas Negara(merentas ruang
& masa):
1. Tematik [cinta, perang, ketaatan, pembelotan
dll]
2. Generik [epik, novel, cerpen, sajak, dramadll]
3. Genetik [asal-usul, untung nasib,
penerimaan, pengaruh, terjemahan dll]
4. Keselarian
5. Konsentrik [holistik, bergerak dari pusat ke
pinggir]
8/11/2019 183547745 Sastera Bandingan Ppt
12/44
Di bawah Mod Merentas Disiplin:
1. Sastera dan seni lain (seni tampak, seni
muzik, seni filem, seni pentas dll)
2. Sastera dan disiplin lain (psikologi, sosiologi,
antropologi, sejarah dll)
3. Sastera dan kepercayaan (Islam, Kristian dll)
8/11/2019 183547745 Sastera Bandingan Ppt
13/44
JenisKesusasteraan
Bandingan
Interteks Parodi
8/11/2019 183547745 Sastera Bandingan Ppt
14/44
INTERTEKS
Definisi
Jaringan hubungan antara satu teks dengan
teks yang lain.
Penelitian dilakukan dengan cara melakukan
hubungan-hubungan bermakna d antara dua
teks atau lebih. Hubungan yang dimaksudkansama ada sebagai persamaan mahupun
melainkan sebagai pertentangan.
8/11/2019 183547745 Sastera Bandingan Ppt
15/44
Interteks terjadi melalui dua cara, iaitu:
(a) membaca dua teks atau lebih secara
berdampingan pada saat yang sama,
(b) hanya membaca sebuah teks tetapi dilatar
belakangi oleh teks-teks yang lain yang
sudah pernah dibaca sebelumnya.
8/11/2019 183547745 Sastera Bandingan Ppt
16/44
Kajian Antara Disiplin: Sastera dan
Sosiologi / Ideologi
Merenung Mitos dalam Fiksyen:
Karya Alatas dalam sebuah CerpenMelayu Mutakhir
INTERTEKS
8/11/2019 183547745 Sastera Bandingan Ppt
17/44
Bagi Syed Hussein Alatas tanggapan bahawa
orang Melayu, Jawa dan Filipina malas adalah
satu mitos dan satu penghinaan besar;tanggapan palsu yang dibentuk dalam konteks
ideologi dan amalan kapitalisme kolonial abad
ke-19.
Inilah tujahan & hujah utama buku beliau The
Myth of the Lazy Native: A Study of the Malays,
Filipinos and Javanese from the 16th to the 20thCentury and its function in the ideology of
colonial capitalism,1977.
8/11/2019 183547745 Sastera Bandingan Ppt
18/44
Perbincangan ini akan melawat semula dan
merenung pandangan Alatas lewat sebuah
cerpen seorang pengarang muda, MuhammadAli Atan, iaitu Sekuntum Melayu di Taman
Ibunda, (Berita Minggu,10 Jun 2007).
Tujuan: meneliti fiksyen tersebut; menilai sejauh
mana pengarangnya memahami, menghayati
dan mengaprisiasi pandangan Alatas tentang
mitos kolonial yang secara tegas dipertikaikanoleh beliau.
8/11/2019 183547745 Sastera Bandingan Ppt
19/44
Dalam The Myth of the Lazy Native Alatas
secara tuntas mendemistifikasikan mitos kolonial
yang mendakyahkan bahawa kaum pribumikepulauan Asia Tenggara malas dan tidak
berdaya.
Perkara yang sama juga dapat dilihat di dalam
Intellectuals in Developing Societies, walaupun
karya ini lebih tertumpu pada sifat dan prestasi
para intelektual di negara-negara membangun.
8/11/2019 183547745 Sastera Bandingan Ppt
20/44
Untuk projek demistifikasiknya, Alatas
menggunakan metode sosiologi ilmu (sociology
of knowledge). Beliau menggalurkan asal-usuldan fungsi mitos pribumi malas dan
menemuinya pada korpus penulisan para
pentadbir kolonial, sarjana, pengarang, paderi
dan para pengembara Barat.
8/11/2019 183547745 Sastera Bandingan Ppt
21/44
Setelah menganalisis dengan cermat dan
menimbang dengan adil korpus tersebut dan
sumber-sumber lain, beliau mendapati bahawasebenarnya kaum pribumi di Asia Tenggara,
khususnya Malaya, Jawa dan Filipina, bukanlah
malas.
Mereka hanya tidak berminat bekerja untuk dan
di bawah orang-orang yang menjajah mereka;
enggan bekerja menurut peraturan dan normakapitalisme kolonial yang mereka dapati amat
eksploitatif.
8/11/2019 183547745 Sastera Bandingan Ppt
22/44
Malangnya, ketiadaan minat dan keengganan
inilah yang sering ditonjolkan oleh pihak
pentadbir dan penulis kolonial; hingga pribumidiberi label pemalas dan tidak berdaya; walhal
ini hanya satu mitos!!
Apapun, tanggapan salah dan label buruk ini
telah memberi justfikasi untuk penjajah
melakukan intervensi ke atas sistem politik dan
ekonomi pribumi di tanah semenanjung danseluruh kepulauan Melayu.
8/11/2019 183547745 Sastera Bandingan Ppt
23/44
Sebaliknya, tenaga yang diperlukan untuk
pembangunan ekonomi kolonial diisi dengan
mengimport secara besar-besaran danberterusan kaum-kaum asing yang didatangkan
dari China dan India.
Citra buruk ini kekal pada orang Melayu,
Filipina, dan Jawa sepanjang zaman
penjajahan, malah di bawa ke zaman pasca
merdeka
8/11/2019 183547745 Sastera Bandingan Ppt
24/44
Lebih malang, ia telah juga mempengaruhi
sebahagian inteligensia pribumi sendiri,
menjadikan mereka orang dengan minda yangtertawan (the captive mind).
Di Malaysia, banyak inteligensia pribumi masih
melabelkan orang Melayu sebagai kaum yang
malas, bergantung pada takdir dan lain-lain.
8/11/2019 183547745 Sastera Bandingan Ppt
25/44
Di Indonesia, Belanda telah mereka cipta istilah
dan konsep intel Melayu, ertinya pribumi tidak
mempunyai akal yang cerdas; istilah dan konsepini wujud hingga kini.
The Myth of the Lazy Native telah memecah
mitos kolonial. Karya ini telah diulang cetak dan
menarik perhatian banyak sarjana di seluruh
dunia.
8/11/2019 183547745 Sastera Bandingan Ppt
26/44
Pemikir dan ahli teori pascakolonial yang
menjadikan karya ini sebagai rujukan:
Edward W. Said
Dalam bukunya Culture and Imperialism (1993),
Said memuji dan berulang kali merujuk kepada
The Myth of the Lazy Native.
8/11/2019 183547745 Sastera Bandingan Ppt
27/44
Culture and Imperialism (1993)
Di Filipina ia dimanfaatkan oleh Floro C.
Quibuyen dalam A Nation Aborted: Rizal,American Hegemony, and Philippine
Nationalism (1999).
Di Malaysia, hal ini dibicarakan dengan
mendalam oleh Chandra Muzaffar dalam
Protector?: An Analysis of the Concept and
Practice of Loyalty in Leader-led Relationshipswithin Malay Society (1979).
8/11/2019 183547745 Sastera Bandingan Ppt
28/44
Muhammad Ali Atan
Telah merenung dan berbicara tentang buku
The Myth of the Lazy Native melalui fiksyennya,Sekuntum Melayu di Taman Ibunda (Berita
Minggu 10 Jun 2007).
Inilah kali pertama buku The Myth of the Lazy
Native memasuki arena penulisan kreatif Melayu
secara terus.
8/11/2019 183547745 Sastera Bandingan Ppt
29/44
Muhammad menggunakan The Myth of the Lazy
Native versi Melayu / Indonesia, iaitu Mitos
Pribumi Malas, bersama Intelektual MasyarakatMembangun (terjemahan daripada Intellectuals
in Developing Societies).
Isu yang menjadi perdebatan adalah isu
pribumi malas dengan membandingkan
kandungan Mitos Pribumi Malas dan kandungan
Revolusi Mental (1971), sebuah buku projekPemuda UMNO hasil sekumpulan inteligensia
Melayu yang diketuai Datuk Senu Abdul
Rahman.
8/11/2019 183547745 Sastera Bandingan Ppt
30/44
Revolusi Mental
Menghasilkan sebuah teks yang lebih awal, The
Malay Dilemma (1970) oleh Tun MahathirMohamad, yang juga menonjolkan kemunduran
orang Melayu dan mengaitkannya dengan
banyak sebab, termasuk faktor genetik. Orang
Melayu mundur kerana bakanya tak bagus!
8/11/2019 183547745 Sastera Bandingan Ppt
31/44
Dalam karya Muhammad Ali Atan, protagonis
beliau, Aku, membantah antagonis, Dia,
dengan mengulangi kritikan Alatas terhadappara penulis Revolusi Mental.
Terutama mengenai salah guna pepatah Melayu
dalam menuduh orang Melayu sebagai
pemalas, dan kerana dakwaan yang tidak
berasas bahawa orang Melayu tidak berinisiatif
dan berdisiplin.
8/11/2019 183547745 Sastera Bandingan Ppt
32/44
8/11/2019 183547745 Sastera Bandingan Ppt
33/44
Melalui cerpennya Sekuntum Melayu di Taman
Ibunda, Muhammad Ali Atan telah meneliti
karya besar Alatas, The Myth of the Lazy Native.
Beliau nampaknya tertarik dan memahami
projek demistifikasi tokoh teori sosial itu. Namun,
beliau juga bersimpati dengan Revolusi Mental,
sebuah karya yang mengikut pandangan Alatas
telah menghina orang Malayu.
8/11/2019 183547745 Sastera Bandingan Ppt
34/44
8/11/2019 183547745 Sastera Bandingan Ppt
35/44
PARODI
Parodi adalah satu ulangan, lakonan semulaberdasarkan sesebuah karya asal atau watak
asal, penulisan asal, subjek asal, gaya asal atau
apa-apa sahaja berkenaan karya asal tersebut
dengan tujuan humor, menimbulkan rasa lucu,satira, sindiran, ejekan dan mempersendakan
karya asal.
Parodi adalah satu karya biadab yang selalunya
dapat diterima oleh kebanyakan penonton dan
pengkarya asal sama ada secara sedar dan
tidak sedar.
8/11/2019 183547745 Sastera Bandingan Ppt
36/44
Parodi boleh wujud dalam pelbagai bentuk
seperti di dalam muzik, teks, animasi, lakonan
filem dan dialog.
Dalam menghasilkan karya parodi, seseorang
pengkarya perlu bijak membezakan antara
satira dengan menghina.
Pendek kata, parodi mungkin satu bentuk karya
yang biadab, namun biadabnya terletak padasubjek, idea atau hasil ciptaan karyawan lain,
namun bukannya menyerang atau
mempersendakan karyawan tersebut.
8/11/2019 183547745 Sastera Bandingan Ppt
37/44
Antara sasterawan yang menghasilkan karya
parodi ialah:
Usman Awang
Usman Awang ada menulis rangkap-rangkap
pantun yang berupa ejekan. Rangkap pantun inibertitik tolak daripada pembayang yang sedia
ada.
Ini ialah rangkap-rangkap asalnya:
8/11/2019 183547745 Sastera Bandingan Ppt
38/44
Apa guna kepuk di ladang,
Kalau tidak berisi padi;
Apa guna berambut panjang,Kalau tidak berani mati.
Kiri jalan kanan pun jalan,
Di tengah-tengah pohon mengkudu;Dikirim jangan dipesan pun jangan,
Sama-sama menanggung rindu.
Timang tinggi-tinggi,
Sampai cucur atap;
Belum tumbuh gigi,
Sudah baca kitab
8/11/2019 183547745 Sastera Bandingan Ppt
39/44
Apa guna kepuk di ladang,
Kalau tidak berisi padi;
Apa guna hidup membujang,
Tidur malam syok sendiri.
Kiri jalan kanan pun jalan,
Di tengah-tengah pohon
mengkudu;
Kirim jangan pesan pun
jangan,
Sama-sama kepala batu.
Timang tinggi-tinggi,
Sampai cucur atap;
Bila besar nanti,
Duduk dalam lokap
Setalah diubah atau dicipta semula oleh Usman
Awang, inilah bunyinya:
8/11/2019 183547745 Sastera Bandingan Ppt
40/44
Shahnon Ahmad
Telah menghasilkan jenaka parodi (jenaka
moden yang berasaskan karya silam).
Cerpen yang dihasilkan bertajuk Kentut.
Telah mencapai kemenangan (Hadiah Utama
Hadiah Sastera Utusan-Public Bank 1993)
dalam genre cerpen melalui cerpen tersebut.
8/11/2019 183547745 Sastera Bandingan Ppt
41/44
Mamat Khalid
Genre parodi menjadi pilihan Mamat yang
merujuk kepada beberapa aspek sejarah
bangsa dan negaranya dan digarap dengan
gaya yang tersendiri.
Elemen sejarah di dalam filem-filem Mamat
Khalid mampu menjadi satu bentuk bukt
tentang sesuatu dalam sejarah bangsa,
masyarakat dan negara yang mampu dirujukoleh sejarawan dan ahli sosiologi.
8/11/2019 183547745 Sastera Bandingan Ppt
42/44
Tetapi ia agak sukar untuk diterima sebagai
bukti yang sebenar kerana digarap secara
parodi yang bergelumang dengan pelbagaipenanda, kiasan dan subteks.
Antara contoh hasil karya beliau ialah:
1.Filem pertamanya, Lang Buana (2003),
Lang Buana ialah zaman feudal di Perak. Tiga sahabat
menjadi wira yang tidak dijangka. Dan pada akhir cerita,Mamat menampakkan betapa mulia, bijak dan sopan
tuanku sultan dibandingkan dengan Residen British
yang licik.
8/11/2019 183547745 Sastera Bandingan Ppt
43/44
2. Filem Rock (2005), berkisar kepada era rock di
tahun 1980-an.
Ramai remaja tergila-gila dengan gaya dan muzik Baratpada zaman itu. Mamat juga tidak terlepas daripada
pengaruhnya. Dia menjadi sebahagian dari sejarah rock
di tanah air namun tidak dikenali secara umum. Selepas
dua puluh tahun, Mamat menjadi self-reflexive tentangera itu. Dia mentertawakan dirinya sendiri kerana
terpengaruh dengan satu gaya yang begitu terasing
dengan adat dan budaya bangsanya. Namun semuanya
itu sudah menjadi sejarah.
8/11/2019 183547745 Sastera Bandingan Ppt
44/44
3. Filem Man Laksa (2006) adalah parodi tentang
industri muzik dan filem.
Dalam pada itu, Mamat menampakkan kekagumannya
terhadap beberapa penyanyi 1970 dan 80-an seperti
Saloma dan Ahmad Jais. M. Daud Kilau pula dianggap
sebagai sebahagian daripada budaya popular. Pada
akhir cerita, melalui adegan pengadilan PertandinganRatu Kebaya, Mamat menyindir festival-festival filem di
Malaysia yang menguntungkan kroni.